Sunday, February 24, 2013
Guan Eng - 2 bukti awal Umnop-BN hina Islam, tidak DAP
Apa bukti DAP tindas agama Islam?
Sunday, February 10, 2013
IMBASAN Fakta "Pelik" : MELAYU ROGOL MELAYU, CINA KENA JEL!!!
kenyataan nenek kepada mangsa rogol Rahim Tamby Chik
Berikut disiarkan semula kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin bagi pihak ibunya Pendek binti Ahmad, nenek kepada Noryati binti Mohamad Yusop, mangsa rogol yang terlibat dengan kekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di Hotel Belmount, Melaka pada 3hb November 1999:
Ahli Parlimen Kota Melaka waktu itu, Lim Guan Eng dipenjara kerana mempertahankan gadis Melayu yang dirogol oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik.
Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.
Cucu saya, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.
Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.
Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan.
Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995. Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya.
Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen. Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.
Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya. Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya.
Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-
“Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB.
Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu.”
Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.
Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.
Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik. Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.
Lim Guan Eng ditangkap kerana membantu mangsa yang dirogol oleh Rahim Thamby Chik. Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara.
Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan. Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN.
Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami. Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.
*LGE Membantu, Tapi Dirinya "Dijerat"...Apa anda RASA jika Berada ditempatnya????
Pendek binti Ahmad Sabri bin Mohamad Yasin Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka
Friday, February 8, 2013
PENANG - PM janji bagi RUMAH jika BN menang tapi KM pula bagi takyah tunggu menang..!!
8 Februari 2013
Guan Eng menyerahkan borang permohonan untuk membeli rumah.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri bercadang membina 1,320 unit rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik dan hanya 6.2 peratus untuk rumah mampu milik (pangsapuri) dengan keluasan 1,000 kaki persegi dijual dengan RM400,000.
Beliau berkata, 70 unit pangsapuri kos sederhana bernilai RM72,500 dibina dengan keluasan 700 kaki persegi; 303 unit dengan 800 kaki persegi (RM200,000) dan 165 unit dengan 900 kaki persegi RM300,000.
“Semua rumah itu akan dibina dari Dana Perumahan Mampu Milik Kerajaan Negeri bernilai RM500 juta,” katanya pada majlis pendaftaran perumahan mampu milik kerajaan negeri di Komtar semalam.
Sejurus perasmian, orang ramai mengambil borang pendaftaran rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik di kaunter pendaftaran.
Difahamkan, PDC membuka kaunter pendaftaran di Komtar, pejabat PDC dan ibu pejabat MPSP di Bandar Perda bermula 7 Februari dari 9 pagi hingga 5 petang termasuk cuti umum Tahun Baru Cina.
Keutamaan diberikan kepada pengundi berdaftar di Pulau Pinang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan (gaji pokok isi rumah tidak melebihi RM3,500), layak memohon rumah kos sederhana rendah (maksimum RM72,500).
Pemohon dengan gaji pokok isi rumah lebih RM3,501 ke atas hanya layak memohon rumah mampu milik dari harga RM72,500 ke atas.
“Oleh itu, harga rumah mampu milik terlalu mahal di luar kemampuan rakyat yang dipertikaikan adalah tidak berasas. Malah pembinaan 19,172 unit rumah mampu milik diusahakan kerajaan negeri adalah satu angka besar berbanding negeri lain,” katanya.
Thursday, February 7, 2013
UMNO BN Penang meroyan bila tengok orang ramai serbu dapatkan borang rumah mampu milik kerajaan negeri..!!
Thursday, December 6, 2012
UMNO kata PAS takut DAP... Tapi MCA pulak kata DAP takut PAS.. yang mana satu betoi nie BN oi..???
Bajet agama naik 300%: BN tuduh DAP menuju Islamisasi
Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada kerajaan negeri kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus tetapi tidak banyak diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang.Saturday, October 27, 2012
Operasi Lalang jadi batu asas kerjasama DAP-PAS hari ini
Sunday, August 5, 2012
Mana UMNO Penang ?? Lu Olang Tak Nak DEMONTRASI ka Marah Cina Guan Eng Bagi Rasuah sama rakyat nie..!!
(Lim Guan Eng menyerahkan bantuan kepada seorang waris warga emas)
TASEK GELUGOR: Kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan paras miskin tegar di negeri itu ke RM600 berbanding RM500 sebelum ini.
Dengan paras baru ini, kerajaan negeri akan menampung kewangan keluarga berkenaan sehinggalah menjadi RM600 bagi mengeluarkan mereka dari miskin tegar berbanding RM500 sebelum ini.
"Contohnya keluarga yang mempunyai isi rumah berpendapatan RM400 sebulan, Kerajaan Pakatan Rakyat akan memberikan RM200 lagi sebagai tambahan untuk mengeluarkan mereka daripada paras kemiskinan tegar.
"Mana ada Kerajaan Barisan Nasional (BN) buat bantu melainkan mengaut memenuhi kantong mereka sendiri, " kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal Daerah Seberang Perai Utara di Dewan Besar Sungai Dua baru-baru ini.
Turut hadir dalam program itu tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Lim Hock Seng dan Phee Boon Poh, Adun Bagan Dalam, Tanasekharan, Pegawai Daerah SPU,Haji Jasni Haji Ismail dan semua penyelaras Dun peringkat Seberang Perai Utara.
Dalam ucapannya juga, Lim Guan Eng mempersoalkan apa makna kemerdekaan Malaysia sedangkan rakyat hidup sengsara dicengkam kemiskinan dalam sebuah negara yang kaya hasil buminya.
Menurut beliau, Malaysia sebuah negara yang kaya tidak sepatutnya mempunyai ramai rakyat miskin terutamanya negeri Trengganu yang penuh dengan minyak dan Sarawak yang banyak kayu kayan yang bermutu tinggi.
"Apa maknanya sambutan kemerdekaan bagi rakyat walhal mereka tetap hidup melarat, senggsara dan berada di paras kemiskinan setiap masa sedangkan Malaysia mempunyai kekayaan yang melimpah ruah. Sebagai rakyat mereka patut sedar di mana perginya keuntungan hasil keluaran harta negara, " tegasnya.
Justeru itu, untuk mengatasi masalah terbut Pulau Pinang berjaya sebagai negeri pertama melaksanakan Program Miskin Tegar demi menyelamatkan golongan yang selama ini berada di paras terlalu miskin.
Kerajaan Pakatan Rakyat ada beberapa cadangan lagi untuk membebaskan rakyat yang selama ini miskin tidak dapat merasai kenikmatan hidup berada dalam sebuah negara maju dan kaya namun cadangan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.
Sewajarnya sambutan kemerdekaan yang ke 55 turut dikongsi bersama rakyat bukan terus menindas dengan pelbagai akta, harga barangan, petrolium dan sebagainya.
Bahkan sampai saat ini sambungnya, Kerajaan Persekutuan masih belum memberikan bantuan kepada Kerajaan Negeri hasil kememangan rakyat pada 2008 sebaliknya menyalurkan kepada wakil Kerajaan Pusat yang ada di negeri ini.
Akibatnya, wujud penyalahgunaan kuasa, projek kroni dan seumpamanya. Yang mana akhirnya menjahamkan negara sendiri.
"Saya akui amat susah jika tiada bantuan dari Kerajaan Persekutuan untuk memajukan pembangunan. Tetapi nak buat macamana Kerajaan Persekutuan tidak berikan.
"Maka, sebab itulah Kerajaan Pakatan Rakyat kena cari alterenatif lain untuk memajukan negeri dan meningkatkan sosio ekonomi rakyat agar jauh dari jurang antara kaya dan miskin, " katanya.
Thursday, June 28, 2012
Pensyarah: Aktivis Islam selesa dengan DAP dari Umno
Dalam program wacananya untuk mendekati Melayu di Shah Alam malam tadi, sesi soal-jawab menjadi panas apabila peserta Melayu yang rata-rata muda bangkit bertanyakan isu itu kepadanya.
Lim mengulangi pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud kerana mereka "berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud" di dalamnya.
Bagaimanapun tegasnya, perkara itu tidak menghalang DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR khususnya dalam perkara yang dipersetujui seperti menentang kemungkaran dan membanteras rasuah.
"Kita berbincang untuk berpegang kepada yang sedia ada. Kita mesti mengikut amalan dan konvensyen yang ditetapkan.
"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya dalam wacana bertajuk "Benarkah DAP mengancam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini.
'Tak mungkin pujuk non-Muslim terima hudud'
Lim turut ditanya seorang anak muda bagaimana parti itu menerapkan kefahaman kepada bukan Islam mengenai hudud selepas ia didakwa ditakut-takutkan pemimpin BN.
"Tidak mungkin (DAP) memujuk orang bukan Islam untuk menerima hudud. Hakikatnya bukan DAP sahaja tidak terima hudud, tetapi kebanyakan orang bukan Islam, di Sabah dan Sarawak lebih ramai tidak bersetuju.
"Itulah hakikat yang kita kena terima. Pemimpin PAS perlu menerima hakikat, hudud tidak diterima oleh golongan bukan Islam. Tetapi mereka memberi keyakinan bahawa mereka tidak akan paksa. (Saya rasa) itu yang penting," katanya.
Sehubungan itu, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mengajak semua pihak supaya tidak terperangkap dengan Umno yang didakwanya mahu menonjolkan isu hudud untuk memecahbelahkan Pakatan.
"Kita berdasarkan kerjasama atau prinsip musyawarah. Kalau kita bersetuju, mari kita cari kata putus. (Perkara) yang tidak boleh bersetuju, kita terima pandangan yang berbeza," katanya.
Sementara itu, Lim menegaskan salah faham rakyat khususnya orang Melayu-Islam terhadap parti itu disebabkan "persepsi palsu" yang didakwanya dibentuk oleh BN.
Lum juga menafikan dakwaan DAP anti-Islam, memandangkan parti yang ditubuhkan pada 1966 itu menerima perkara yang termaktub dalam perlembagaan termasuk Islam sebagai agama persekutuan.
"Ia (anti-Islam) tidak mungkin berlaku... Apa bukti DAP anti Islam? Sejak DAP jadi kerajaan di Pulau Pinang, halang maulud (nabi) ka? Fitnah yang berulang-ulang mungkin akan percaya.
Pensyarah: Aktivis Islam selesa dengan DAP dari Umno
Menurut ahli parlimen Bagan itu, DAP dan PAS sebenarnya mempunyai banyak persamaan dari sudut "mahu rakyat hidup dengan bermaruah, keadilan dan kebebasan".
Bahkan, beliau tidak mahu perbezaan antara kedua-dua parti memecahkan Pakatan Rakyat di samping saling hormat-menghormati dan menyifatkan perbezaan pandangan merupakan satu lumrah.
Sementara itu, pensyarah Univerisiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik berkata, berdasarkan tinjauannya, ramai aktivis Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) "lebih selesa" dengan DAP berbanding Umno.
Beliau membangkitkan beberapa isu sebelum ini berkaitan Islam antaranya menukar cuti hari Jumaat kepada Ahad di beberapa negeri, meroboh surau dan isu memecat mufti.
"Adakah DAP Pulau Pinang yang buat? Siapa yang anti-Islam?" soal Dr Maszlee yang diiringi jawapan "Umno" dari kira-kira 150 hadirin.
"Ini persepsi.... Persepsi selalu bersalahan dengan fakta. (Jadi) lihat fakta," katanya.
Di samping itu, Dr Maslee juga berkata beliau pelik, mengapa MCA tidak dikatakan sebagai anti-Islam sedangkan pemimpinnya didakwa menghina hudud, haji dan wanita bersalaman dengan lelaki.
Friday, June 22, 2012
Inilah laporan yang menyebabkan Utusan kena paw dengan Guan Eng sebanyak RM450,000
(Inilah laporan yang menyebabkan Utusan kena RM450,000)
RM200,000 adalah untuk kerosakan yang dibuat oleh akhbar itu manakala RM250,000 lagi adalah kos mahkamah.
Utusan Melaysia dalam laporannya pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB" mendakwa DAP akan menghapuskan DEB.
Lim mendakwa laporan itu tidak tepat kerana yang Ketua Menteri Pulau Pinang itu maksudkan dalam ucapannya adalah pentadbirannya akan menghapuskan 'kroni, rasuah dan ketidakcekapan' dalam polisinya.
Anggota Parlimen Bagan itu menuntut gantirugi kerana tulisan itu seolah-olah mendakwa beliau seorang pemimpin yang tidak bertanggung jawab dan tidak boleh dipercayai.
Walaupun beliau telah membuat beberapa kali penjelasan mengenainya, akhbar Umno itu berterusan membuat dakwaan yang sama, dakwa Lim.
Akibat dari tulisan yang berterusan itu menyebabkan protes demi protes dianjurkan oleh Umno termasuk perhimpunan yang disertai 1,000 peserta di perkarangan bangunan Komtar selepas solat Jumaat pada 14 Mac tahun berkenaan.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi pada Disember 2011 lalu juga memutuskan akhbar Umno itu bersalah apabila melaporkan berita bertajuk 'Kebiadapan Guan Eng'.
Mahkamah memutuskan laporan itu secara jahat memalukan Lim Guan Eng dan membuat dia dan DAP dilihat sebagai anti Melayu dan anti Islam.
Sunday, April 8, 2012
Cina Guan Eng buat kerja celaka lagi...habihlah warisan Islam zaman UMNO BN dulu lingkup dek cina nie..!!!
Lagi bukti Lim Guan Eng anti Islam
LAGI KERJA GILA KETUA MENTERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG YANG MEMALUKAN MELAYU UMNO DAN PERKASA PULAU PINANG.. SATU LAGI ANCAMAN KEPADA ISLAM DI PULAU PINANG
KETUA PEMUDA UMNO "MELAYU" DAN GEROMBOLANNYA WAJIB MENENTANG SATU LAGI KERJA GILA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH LIM GUAN ENG. JIKALAU PERLU PERKASA DAN KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG INI PERLU MENGGERAKKAN KESELURUHAN MELAYU UMNO ISLAM PULAU PINANG MENGADAKAN DEMONSTRASI BAGI MEMBANTAH TINDAKAN TERBARU KETUA MENTERI YANG TERNYATA "ANTI ISLAM" INI
TERGAMAK SUNGGUH GUAN ENG MENGGANTIKAN BANGUNAN 2 TINGKAT YANG SELAMA PEMERINTAHAN BN/GERAKAN DIGUNAKAN SEBAGAI MAHKAMAH SYARIAH, MAHKAMAH RAYUAN.. SEBALIKNYA LIM GUAN ENG TELAH MENGGUNAKAN KAPASITINYA SEBAGAI KETUA MENTERI UNTUK MEMBERIKAN SEBIDANG TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI YANG BERNILAI RM73 JUTA RINGGIT UNTUK DIBINA SEBUAH KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH SETINGGI 7 TINGKAT BERNILAI RM36 JUTA DI JALAN SCOTLAND
DAN YANG LEBIH MENYEDIHKAN LAGI, TENDER PEMBINAAN KOMPLEKS MAHKAMAH INI DIBERIKAN KEPADA SYARIKAT BUMIPUTER MELAYU TULEN (BUKAN MAMAK) IAITU IHSARA SDN BHD.. YANG TIADA KENA MENGENA DENGAN UMNO...
SUNGGUH KURANG AJAR LIM GUAN ENG BERBANDING MAT KOH TSU KOON YG UMNO DAKWA DIA ORANG MELAYU DULU. KEH KEH KEH..!!!
PLs share our page :www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=www.facebook.com/PolitikKini
Friday, March 23, 2012
Jangan terkejut dengan 100 kerusi pun PR sudah boleh ambil alih Parlimen
Guan Eng: Pakatan hanya perlu 100 kerusi untuk ambil alih Parlimen
KUALA LUMPUR, 22 Mac — Lim Guan Eng percaya Pakatan Rakyat (PR) hanya perlu menang 100 kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang harus dilaksanakan sebelum Mei depan untuk menawan Putrajaya dan "Umno akan musnah".
Setiausaha Agung DAP itu berkata PR "mungkin tidak mampu" untuk menawan keseluruhan 112 kerusi untuk majoriti di Parlimen dalam pilihan raya umum pertama mereka tapi Barisan Nasional (BN) akan tumbang sekiranya pembangkang menguasai majoriti di Semenanjung.
"Pilihan raya kali ini agak sukar. Kami mungkin tidak mampu, dan kami tidak perlukan 112 kerusi untuk memegang kuasa. Cukup hanya 100.
"Sekiranya kami adalah parti majoriti di Semenanjung Malaysia, adakah akan ada lagi kesetiaan daripada parti Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak?" soal Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu temuramah khas dengan The Malaysian Insider minggu ini.
Beliau turut menjangkakan "jika kami memperolehi 90 kerusi di Semenanjung dan 10 di Sabah dan Sarawak", Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjatuhkan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Lim menjelaskan bagaimana Najib sendiri mengambil kuasa daripada kedua-dua jawatan berkenaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya lepas setahun menguasai kerajaan selepas pilihan raya terburuk BN pada Mac 2008.
"Kamu yakin Muhyiddin tidak akan cabar Najib? Itu sudah pasti. Umno kemudian akan musnah. Itu merupakan permainan yang sangat berbeza," jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi.
DAP telah menyertai pakatan tidak rasmi antara PKR dan PAS dalam pilihan raya 2008 yang menyaksikan rekod kemenangan 28 kerusi kerajaan dan menafikan dua per tiga majoriti Parlimen dan lima kerajaan BN.
Ketiga-tiga parti pembangkang berkenaan menerima sokongan lebih daripada separuh undi popular di kawasan semenanjung, dengan memenangi 80 daripada 166 kerusi.
Parti-parti tersebut kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan 30 ahli Parlimen akan berpaling tadah kepada PR pada 16 September, 2008 dan menamatkan penguasaan selama 50 tahun parti pemerintah sejak kemerdekaan.
Pemimpin pembangkang dipercayai telah mensasarkan Sabah dan Sarawak terutamanya setelah Parti Progressif Sabah, yang mempunya dua Ahli Parlimen keluar BN.
Bagaimanapun, janji bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak pernah tertunai dan peningkatan Najib menyaksikan BN kembali bertenaga dengan kemenangan pilihan raya kecil.
Namun begitu, Najib yang menggantikan Abdullah kononnya dilihat akan meningkatkan kemenangan kepada 140 kerusi sejak empat tahun lalu dan pemerhati melihat, hanya melalui kemenangan dua per tiga majoriti akan menjamin masa depan Najib.
Kajian bulan lalu yang dibuat oleh Merdeka Centre menunjukkan rating Najib melonjak 10 peratus kepada 69 peratus dengan peningkatan ekonomi dan pemberian wang tunai RM500 kepada kumpulan berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah melonjakkan nama beliau.
Lim sebelumnya berkata pembangkang harus menambahbaik kedudukan mereka di Sabah dan Sarawak daripada dua kepada sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi untuk berpeluang memiliki kuasa memerintah.
Namun demikian, ketika temuramah tersebut beliau berkata "kita harus realistik, perkara itu bukan mudah, tapi bukan juga mustahil."
Wednesday, February 8, 2012
Tekan UMNO sampai detail macam nie.. kompom kancing gigi aihhh..!!!
Pembangkang khususnya Umno Pulau Pinang digesa menjelaskan mengenai agihan RM1.1 juta Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang kononnya diterima oleh 301 keluarga miskin d negeri berkenaan, kata Lim Guan Eng.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut meminta Datuk Zainal Abidin Osman selaku Ketua Perhubungan Umno negeri merangkap Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) supaya menjelaskan mengenai 22 keluarga miskin kononnya dari Nibong Tebal dekat Seberang Perai Selatan (SPS) yang dihitung menerima kira-kira RM50,000 setiap keluarga dari peruntukan RM1.1 juta oleh kerajaan pusat.
“Hanya selepas 3 tahun, barulah Datuk Zainal sudi menjelaskan bahawa SPKR sebanyak RM1.1 juta diberikan bukan kepada 22 buah keluarga miskin tegar tetapi sebenarnya kepada 301 keluarga miskin.
“(Jika) 301 buah keluarga yang menerima RM1.1 juta ini, bermakna setiap keluarga miskin memperolehi RM3,654. Perlu ditanya, mengapa hanya 301 buah keluarga miskin yang mendapat faedah sedangkan ada lebih 700 keluarga miskin tegar di Pulau Pinang?
“Mengapa 400 buah miskin tegar (berbaki yang lain) tidak mendapat perhatian daripada kementerian Datuk Zainal?” soal beliau yang juga Ahli parlimen Bagan merangkap ADUN Air Puteh.
Beliau turut mempersoal kenyataan terbaru Zainal (gambar), iaitu peruntukan RM1.1 juta itu adalah sebahagian dari bantuan keseluruhan SPKR yang didedah kira-kira RM22.9 juta sejak tahun 2009 hingga 2012.
“(Jika benar) RM22.9 juta telah diberikan dalam lebih 3 tahun ini kepada 3,938 peserta miskin (maka) secara purata setiap keluarga dapat RM5,815.
“Ini menimbulkan persoalan macam mana 3,938 keluarga miskin dipilih oleh Datuk Zainal atau pihak kementerian persekutuan kerana masih ada ramai keluarga miskin yang tidak menerima bantuan RM5,815 tersebut,” ujarnya.
Beliau, bagaimanapun mengalu-alukan inisiatif kerajaan pusat melalui Umno membantu rakyat termiskin di negeri Pulau Pinang sekiranya ia benar-benar dilakukan sejak lebih tiga tahun lepas.
Isu ini timbul ekoran akhbar Berita Harian pada 26 Februari 2009 melaporkan bahawa RM1.1 juta diperuntukan untuk membantu 22 keluarga miskin tegar di negeri Pulau Pinang yang sehingga sekarang masih diteraju oleh Pakatan Rakyat.
Ekoran itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan, Masyarakat Penyayang & Alam Sekitar, Phee Boon Poh diarahkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan maklum balas lanjut daripada Zainal.
Pun begitu, Zainal enggan memberi maklum balas lanjut pada dua surat rasmi Boon Poh yang bertarikh 1 April dan 12 Mei 2009.
Tindakan tidak demokratik oleh Zainal itu mendorong Boon Poh yang juga Adun Sungai Puyu membuat laporan polis pada 31 Julai tahun yang sama, namun tiada sebarang tindakan pihak berwajib mengenai laporan polis tersebut.
Guan Eng dalam kenyataan terbaru masih mengarahkan Boon Poh untuk mendapatkan senarai nama serta maklumat mengenai keluarga miskin berkenaan yang kononnya menerima beribu-ribu ringgit daripada kerajaan pusat seperti yang diakui oleh Zainal.
Beliau berbuat demikian kerana beliau mahu membandingkan senarai penerima oleh kerajaan pusat dengan senarai keluarga miskin tegar yang sebenar dalam rekod Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Dijangka pihak zainal akan terus berdalih demi mengelirukan rakyat Pulau Pinang kononnya kerajaan pusat telahpun menyumbang antara RM3,654 hingga RM50,000 kepada sejumlah tertentu keluarga miskin tegar berkenaan.
http://notamerah.wordpress.com/2012/02/09/jelaskan-isu-pembangkang-umno-bantu-keluarga-miskin-p-pinang-cmlimguaneng/
Saturday, December 3, 2011
UMNO buta matematik...DAP bertanding 47 kerusi Parlimen tapi dilaung-laungkan akan perintah Malaysia..!!
Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang.Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang.
“Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.
“Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan?
“Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang.
Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.“Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali.
“Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh sepuluh tahun,” katanya.
Menurut Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang, Najib dan konco-konconya semakin tertekan apabila DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan harapan baru kepada rakyat.
“Walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan kita di Pulau Pinang, serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa, kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat,” kata Lim.Beliau seterusnya membandingkan pentadbiran Pakatan dengan BN yang dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana terlebih belanja RM3.7 bilion dan juga mengenai skandal RM250 juta “lembu dan kondo” yang membabitkan keluarga seorang menteri kabinet.
“Demi menutupkan kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, Umno menggunakan senjata terakhir iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP.
“Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah boleh bermaharajalela”
Lim juga menghuraikan kejayaan-kejayaan Pulau Pinang yang diterajuinya. Antaranya:
negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negeri.
- dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.
- pengurangan hutang yang paling besar - 95 peratus atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.
- berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27 peratus - penurunan yang paling tinggi di Malaysia.
- negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam.
negeri tunggal dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.
- negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan.
- negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris.
- mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010.
- menyumbang lebih 60 peratus daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia.
Friday, December 2, 2011
Nasib hangpa laa DAP oi.. dulu kalau depa nie bersidang Kompom PAS & PKR kena maki hamun...tapi sekarang tak lagi....!!
Dengan sikap tidak mempedulikan pilihan demokratik pengundi, Shaik telah berakhir dengan saranan supaya UMNO mengembalikan dominasi Melayu di Pulau Pinang. Sekali lagi, UMNO telah menunjukkan belang sebenarnya bahawa kuasa rakyat tidak penting dan 1Malaysia itu hanya slogan kosong untuk menipu rakyat Malaysia untuk menyokong BN dan UMNO.
Seorang rakan NGO telah memberitahu saya, serangan ganas UMNO di persada kebangsaan ini jelas menunjukkan bahawa kempen pilihan raya mereka tidak akan berdasarkan pertandingan idea tetapi satu perlumbaan berdasarkan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor. Mungkin aksi memalukan oleh wakil pemuda ini adalah gara-gara perangai Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, yang telah memangsakan anak saya yang berumur 15 tahun dengan "tweet"nya yang berbunyi: "Mungkin di roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada", yang bertujuan untuk memfitnah anak saya bahawa kononnya dia telah mencabul rakan sekolahnya dan saya telah membayar RM200,000 sebagai sogokan untuk menutup skandal itu.
Penggunaan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor sebenarnya adalah untuk menyembunyikan kekurangan dan ketakutan UMNO. Bermula dengan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan diekori oleh Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin dengan ucapan jihadnya, serangan-serangan ke atas sasaran mudah seperti Kristian, Cina, Pengerusi BERSIH S.Ambiga, DAP dan juga penyokong DAP adalah satu tindakan terdesak untuk mengalih perhatian umum daripada kegagalan UMNO untuk menangani masalah-masalah sebenar seperti rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.
DAP tidak akan bertindak balas terhadap dasar perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor UMNO. DAP akan menumpukan perhatian terhadap reformasi pilihan raya, melawan rasuah melalui kepimpinan berintegriti, memupuk keadilan untuk semua dengan mendaulatkan undang-undang, menjunjung demokrasi dan hak asasi serta menggalakkan tatakelola pentadbiran yang baik berdasarkan kecekapan, kebertanggungjawapan dan ketelusan.
Prestasi 4 negeri Pakatan Rakyat adalah bukti yang paling jelas. Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bukan sahaja sudah menjadi lebih bersih, hijau dan selamat, malah ekonomi pun telah bertumbuh. Pelaburan di keempat-empat negeri PR ini berjumlah 53% daripada jumlah pelaburan negara untuk tahun 2010, jauh melebihi pelaburan di 10 negeri BN.
*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.
Saturday, November 26, 2011
Umno ancam kepentingan Melayu, bukannya DAP
KUALA LUMPUR, 27 Nov — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan parti itu tidak pernah menjadi ancaman kepada kepentingan orang Melayu, sebaliknya hanya Umno, yang merupakan komponen teras Barisan Nasional (BN) mempamerkan sifat-sifat sedemikian.
Sehubungan itu kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini, Umno bukan sahaja menjadi ancaman kepada orang Melayu tetapi juga kepada rakyat Malaysia dengan sikapnya yang menggunakan dan mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan salah guna kuasa.
“Dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, Umno mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Lim (gambar) berkata selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka.
“Ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu. Manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insurans, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu,” katanya.
Dalam kenyataannya, Lim menambah, tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno mempertahankan agenda perkauman partinya dan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1 Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas pilihan raya umum ke-13.
“Yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu.
“Malah Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan.
“Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol,” katanya lagi.
Semalam, Muhyiddin merasmikan Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia dengan berkata pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaan bersesuaian dengan komposisi masyarakat majmuk di negara ini demi mengekalkan keamanan dan keharmonian yang dikecapi.
Muhyiddin berkata sikap fanatik dan taksub akan menyebabkan seseorang itu menutup fikiran mereka daripada menerima sebarang maklumat daripada pihak yang tidak mereka senangi.
Beliau berkata gagasan 1 Malaysia yang membawa nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi, ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi turut diterap dan dibudayakan dengan konsep kesederhanaan.
Muhyiddin berkata matlamat akhir pendekatan wasatiyyah masih tidak lari daripada usaha mempertingkatkan kualiti hidup ummah, sama ada daripada segi penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan insan, sistem ekonomi dan kewangan, perpaduan, pertahanan, kenegaraan dan sebagainya.
Dalam kertas kerjanya pada seminar itu, Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar pula berkata konsep Malaysian Malaysia bertentangan dengan konsep wasatiyyah kerana ia berat sebelah dan idea dangkal ini meminggirkan hakikat sejarah serta latar belakang politik di negara ini.
Monday, November 7, 2011
Ada apa dengan gaya rambut baru Lim Guan Eng
Gambar-gambar ehsan http://www.facebook.com/cmlimguaneng
8 NOVEMBER - Suatu waktu dulu kita ada mendengar cerita tentang perubahan penampilan diri seorang pemimpin UMNO negeri Selangor. Wajahnya yang tepu tiba-tiba menjadi berseri dan kelihatan lebih muda.
Propagandis UMNO sendiri yang memulakan gosip itu telah menuduh pemimpin tersebut menggunakan suntikan Botox. Dakwaan itu dinafikan pemimpin tersebut, sebaliknya menyatakan perubahan fizikal wajahnya adalah kerana beliau suka makan tempe, juadah kegemaran orang Jawa.
Namun, apa pun yang dijelaskan oleh pemimpin berkenaan, iaitu bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo, rakyat sudah membuat persepsi sendiri. Wajah berserinya sejak akhir tahun 2007 dianggap banyak orang sebagai memakan belanja yang bukan sedikit, maklumlah rumahnya sahaja sudah berjuta-juta ringgit harganya.
Walau pun rupa wajahnya menjadi bahan gossip liar di kalangan manusia yang suka mengumpat, rakyat lebih melihat kepada apa yang beliau laksanakan sebagai pemimpin negeri.
Tuduhan-tuduhan rasuah, salah guna kuasa, membazir dan sebagainya, akhirnya menggugurkan kedudukannya. Malah beliau mencatat sejarah UMNO dan Barisan Nasional apabila menjadi Menteri Besar pertama yang kehilangan negeri dalam pilihan raya pada 2008.
Sebagai orang politik, beliau sendiri sedar bahawa kalah menang bukan kerana wajah berseri atau tidak, sama ada dengan tempe atau suntikan apa-apa ubat.
Begitu juga dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin pembangkang pusat yang suatu ketika dahulu terkenal dengan cermin matanya, kini tidak lagi.
Ada orang kata Ketua Umum PKR itu Nampak lebih muda, ada pula yang marah kerana kononnya Anwar telah hilang gaya ‘intelektual’ sejak umum melihatnya sebagai pemimpin muda pada tahun-tahun 1970-an dahulu.
Bagi pemimpin besar ini, walau sekecil mana pun perubahan itu, sedikit-sebanyak tetap menjadi bahan bualan. Kata orang-orang UMNO, Anwar mahu ubah penampilan diri semasa dalam UMNO suatu waktu dulu.
Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi adakah semua ini penting dalam agenda Pakatan Rakyat?
Gaya baru
Kini tiba giliran Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang ditohmah dan difitnah tanpa henti oleh kumpulan-kumpulan ultra-kaum termasuk lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia.
Baru-baru ini, selepas kes fitnah anaknya di sekolah menengah oleh juak-juak UMNO, Guan Eng dilihat sedikit berbeza dengan penampilan wajah yang baru. Penampilan yang baru ini kali pertama disedari beberapa hari sebelum perayaan Deepavali baru-baru ini.
Perubahan yang kita maksudkan adalah gaya rambutnya. Apabila kita melihatnya kita rasakan ada sedikit kelainan, tetapi bagi yang kurang peka, mereka tidak dapat mengagak apa yang telah berubah.
Tanpa apa-apa rawatan, tanpa sebarang kos, modalnya hanyalah sikat dan sekeping cermin muka. Dan ia berjaya, nampak kemas dengan ‘mood’ baru.
Gaya rambut Guan Eng dahulu kelihatan terlalu ‘kemas’ seperti gaya ‘cikgu sekolah’ tahun 70-an dengan sisiran rapi berkilat kesan dari minyak rambutnya, menjadikan beliau begitu ‘Cina’ yang skema.
Kini dengan gaya sisiran yang baru yang tidak lagi kelihatan licin berminyak, ia tidak lagi ketara tekstur belahan rambutnya. Kata orang, gaya rambutnya sekarang mirip cara sikatan kebanyakan orang Melayu? Ringkas, sederhana dan nampak ‘cool’.
Bukan gaya rambut yang penting
Namun, sebagaimana dengan isu wajah Khir Toyo, apa yang penting bukan gaya sikat rambut atau mencekangkan muka. Sebagai pemimpin, rakyat menagih kepimpinan yang jujur, cekap dan tegas.
Ketika Guan Eng mengambil tampuk pimpinan negeri pada awal 2008, hutang Pulau Pinang yang dikumpulkan oleh kerajaan Barisan Nasional berjumlah RM630 juta. Kini selepas tiga tahun, hutang negeri hanya tinggal RM30 juta.
Adakah beliau menggunakan silap mata atau rawatan khas untuk menyelesaikan hutang negeri? Barangkali bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Kon ada jawapannya.
Begitu juga dengan iltizam politiknya, wang yang dapat diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bukanlah hasil dari suntikan atau rawatan istimewa, sebaliknya apa yang disebut Guan Eng adalah ‘dividen anti-rasuah’.
Apakah maksudnya? Mudah sahaja, menerusi urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT), rasuah, pembaziran dan salah guna kuasa dapat dikawal dan dibendung kerana iltizam politik kepimpinan negeri. Duit-duit yang dahulunya ‘bocor’ dari kantong negeri inilah yang berjaya diselamatkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Sesebuah kerajaan tidak perlu menjadi berbelanja besar atau boros hanya untuk memberi kebajikan kepada rakyat, sebaliknya dengan sistem urus tadbir yang baik dan cekap, maka khazanah negeri akan berjaya dipelihara dan diagih kepada rakyat dengan meluas.
Dalam aspek pelaburan, kerajaan Pakatan Pulau Pinang berjaya menarik minat penanam modal atas dasar CAT sehingga mendapat pujian banyak pihak antarabangsa.
Memahami makna dari natijah yang tersurat memberi kita sedikit gambaran bahawa jika hendak kelihatan lawa dan segak, tidak perlu berbelanja besar. Sebaliknya, cukup sekadar kita mencermin kembali diri kita sendiri.
Dan lakukanlah yang terbaik dengan penuh kesederhanaan, baik kepada diri mahu pun pentadbiran dan politik. Pemimpin harus tahu membezakan yang mana plastik dan yang mana realistik. – Roketkini.com
Sunday, October 2, 2011
Guen Eng bukan saja kena mohon maaf tapi kena masuk MCA baru puak songkok 3 jengkal akan puas hati..!!
Walaupun Guan Eng telah mohon maaf, rupa-rupanya Guan Eng terlupa ada satu lagi......alahai.....
Gambar hanya sebagai hiasanMemang saya dah agak, hatta Guan Eng menangis air mata darah sekalipun merayu-rayu memohon maaf, puak-puak songkok tiga jengkal ini akan tetap memainkan isu ini lagi dan lagi.
Pada halnya memang sudah jelas Guan Eng sudah mohon maaf seperti DI SINI .

Soal keikhlasannya adalah perkara dalam hati.
Apa, selama ini adakah anda ingat puak-puak songkok 3 jengkal ini ikhlas menolong anda? Terpulanglah kepada anda untuk mentafsirnya jika anda betul-betul ikhlas. [sumber .]
Kenapa puak-puak ni masih memekak hinggakan Mahathir pun masih membebel lagi.
Tapi kita maafkan Mahathir kerana sifat dia sebagai seorang yang sudah lanjut usia tapi masih lagi perasan berkuasa......jadi bila di acah oleh pencacai-pencacai......maka mengomellah dia.
Mungkin Mahathir sudah lupa (nyanyuk?) atau buat-buat lupa bahawa dia masih lagi ber'hutang'.....beliau masih belum memohon maaf dengan Raja-Raja Melayu kerana Mahathirlah yang bertanggungjawab menarik kekebalan Raja-Raja Melayu dalam krisis Perlembagaan 1993 seperti DI SINI dan kepada rakyat Malaysia dalam krisis Perlembagaan 1988 seperti DI SINI .
Konklusinya, Guan Eng tidak dikira memohon maaf atau dalam bahasa yang lain Guan Eng perlu memohon maaf dengan puak-puak di bawah ini barulah beban Guan Eng ter'lepas' kerana puak-puak ini merasakan dirinya yang paling ber'KUASA' di Malaysia.
Itulah puak-puak songkok 3 jengkal yang dibangsakan Umno.al-brangionline:
Orang Melayu perlu mengikiskan stigma bahawa Umnolah yang paling berkuasa di bumi Malaysia ini.
Ubahlah segera......Umno perlu diganti di PRU13 nanti.
http://al-brangionline.blogspot.com/2011/10/walaupun-guan-eng-telah-mohon-maaf-rupa.html
Friday, September 30, 2011
Guan Eng mohon maaf pada Sultan Johor dan masa yang sama bawa isu nie ke Mahkamah..
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Lim berkata, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri lain.
Berikut adalah kenyataan penuh Guan Eng.
Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.
Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.
Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.
Dalam laporan media, DYMM Sultan Johor juga bertitah bahawa Baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah DYMM Sultan Johor.
Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional.
Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang di mana saya membuat ucapan saya, apa yang sebenarnya yang diperkatakan, bagaimana ia dikatakan dan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat.
Setakat ini, selain daripada pita rakaman yang disiarkan oleh TV3, tidak ada sebarang laporan media tentang apa yang saya katakan di Singapura atau di Australia. Saya mempunyai akses untuk pita rakaman wawancara saya dengan Radio Australia. Saya masih sedang mencari pita rakaman tentang apa yang saya katakan di Singapura yang dibuat secara peribadi dalam satu sesi tertutup.
Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah, ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama.
Sementara itu, akhbar-akhbar utama hari ini melaporkan Sultan Johor tersinggung dengan dakwaan yang Guan Eng telah memburukan negeri itu dan ketua menteri Pulau Pinang itu didakwa berkata rakyat Singapura menghadapi kemungkinan diculik jika ke negeri itu.
Berita Harian melaporkan baginda tersinggung bila mendengar tuduhan tidak berasas dibuat berkaitan keadaan Johor.
Menurut baginda, polis Johor yang dipimpin Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, selama ini sentiasa menunaikan tanggungjawab diamanahkan dalam menjaga keselaatan dan keamanan untuk kesejahteraan seluruh rakyat dan pelancong ke negeri ini.
Pada 12 Ogos lalu, Lim didakwa memburukkan negeri itu dalam pertemuan dengan wartawan asing di Singapura, dan rakaman audio yang dikatakan beliau memburukkan Johor, telah disiarkan dalam Buletin Utama TV3.
Kenyataan Lim itu dilaporkan mengundang kemarahan pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak setiausaha agung DAP itu memohon maaf di atas kenyataaan itu.
Bahkan kira-kira 200,000 ahli Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu Johor dilaporkan mahu tindakan undang-undang diambil kepada Lim dan menasihatkan beliau agar tidak masuk ke negeri tersebut.
Wednesday, September 14, 2011
Guan Eng tak heran dgn saman UMNO.. Apa cerita kata beliau kita sembang di mahkamah..!!
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak akan memohon maaf terhadap dakwaan 'memfitnah' Umno dengan menuduh parti itu terbabit dalam percubaan membakar ibupejabat DAP negeri itu bulan lalu.
Hari ini, Lim yang juga setiausaha agung DAP, menerima surat tuntutan dari peguam Umno, memintanya supaya memohon maaf atau berdepan dengan saman fitnah RM30 juta.
Lim berkata beliau sedia berdepan dengan Umno di mahkamah berhubung perkara itu, dan berkata adalah tidak masuk akal untuk memohon maaf kepada "parti yang berbohong".
Lim berkata, beliau "akan melawan Umno habis-habisan" dan menunggu untuk bertemu pemimpin parti itu di mahkamah tidak lama lagi, agar fakta berhubung dakwaan mereka dapat didedahkan.
"Saya harap Umno tidak jadi pengecut dan tunggu kita di mahkamah. Bukannya kita mahu melawan atau kita berani, tetapi kerana kita mahukan kebenaran," katanya.

