Showing posts with label Hina Agama. Show all posts
Showing posts with label Hina Agama. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

Guan Eng - 2 bukti awal Umnop-BN hina Islam, tidak DAP

Oleh LIM GUAN ENG


Perlu diingatkan bila Perdana Menteri hendak meluluskan pemberian lesen judi bola pada 3 tahun lepas, kerajaan negeri Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengharamkannya dan seterusnya memaksa kerajaan Pusat BN menarik balik lesen judi bola. 

Lagipun pemimpin DAP tidak ada saham dalam syarikat besar arak atau menjadi ahli lembaga pengarah kasino judi macam kroni Melayu UMNO.

Adalah dikesali Perdana Menteri dan BN yang merestui pemimpin MCA seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menghina dan mengecam pemimpin wanita PAS enggan bersalam dengan kaum lelaki sebagai suatu perbuatan ekstremis sungguhpun itu adalah hak dan pilihan seorang wanita Islam.

Sehingga sekarang semua tuduhan bahawa DAP anti-Islam dibuktikan fitnah bila saman fitnah oleh saya ke atas Utusan Malaysia berjaya di mahkamah.


Sedutan kenyataan akhbar Lim Guan Eng

Wednesday, January 30, 2013

Jangan tangguhkan tindakan terhadap Ibrahim Ali

Abu Talib mengingatkan penguatkuasa undang-undang tidak perlu berlengah-lengah membuat keputusan sama ada mahu mendakwa Ibrahim atau tidak. – Gambar oleh Saw Siow Feng
 
KUALA LUMPUR, 31 Jan – Pihak berkuasa harus mempercepatkan tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali berhubungan dengan gesaannya untuk membakar bible, kata bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman.
 
Pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang lantang itu dilaporkan menggesa agar kitab suci penganut agama Kristian itu dibakar dalam satu sidang media di Pulau Pinang pada 19 Januari
.
“Isunya bukan pembakaran bible. Apa yang menjadi isu adakah beliau mengucapkan kata-kata tersebut?” kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah baru-baru ini.

“Jika ya, sama ada kata-kata tersebut berunsur hasutan menurut Akta Hasutan dengan membacanya secara keseluruhan dan dalam konteks ianya dibuat. Jadi, sama ada bible telah dibakar adalah tidak ketara walaupun membantu dalam pendakwaan kes itu jika beliau didakwa,” katanya.


Bekas peguam tertinggi kerajaan itu berkata laporan polis yang dilakukan  pengadu terhadap kenyataan provokatif Ibrahim berkait dengan pertikaian mengenai penggunaan kalimah “Allah” yang masih belum selesai semenjak empat tahun lalu.

Beliau mengatakan tidak ada sebab penguatkuasa undang-undang berlengah-lengah membuat keputusan sama ada mahu mendakwa atau tidak ahli parlimen bebas itu yang telah dituduh mencetuskan ketegangan di antara penganut agama Islam Malaysia dan penganut agama lain.
“Polis mengatakan mereka merakamkan kenyataan dari saksi yang relevan. Sudah tentu mereka tidak perlukan masa yang begitu banyak untuk melengkapkan penyiasatan dan membuat keputusan jika mereka komited kepada penyiasatan yang adil dan saksama.
 “Demi keadilan kepadanya bersihkan beliau segera jika beliau tidak bertindak bertentangan dengan Akta Hasutan 1948 atau untuk perkara itu, mana-mana undang-undang yang terpakai,” kata lelaki berusia 73 tahun itu yang menjawat jawatan peguam negara selama 13 tahun dari 1980 hingga 1993, merujuk kepada Ibrahim. 
 
Majlis Peguam dan ahli parlimen pembangkang Karpal Singh telah mendesak kerajaan untuk mendakwa ahli parlimen Pasir Mas itu kerana menghasut akan tetapi Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengatakan tindakan hanya akan diambil kepada Ibrahim jika bible telah dibakar, dan kenyataan Ibrahim tidak membimbangkan beliau.

Menekankan tentang isu ini, Abu Talib berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bekerja untuk memansuhkan undang-undang kuno, seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - yang telah secara meluas digunakan sebagai alat untuk menindas perbezaan pendapat – untuk mempercepatkan perjalanan sistem keadilan di negara ini dan selaras dengan dasar hak asasi manusia antarabangsa.

“Demokrasi, menjadi kerajaan dari, untuk dan oleh rakyat, menunjukkan penduduk perlu diberi perkhidmatan dan yang dipilih adalah hamba, dan bukan sebaliknya,” kata Abu Talib yang pernah mempengerusikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Pejabat Peguam Negara dan pasukan polis telah dikutuk oleh orang ramai baru-baru ini dengan pembangkang Rakyat Pakatan (PR) menuduh dua institusi awam itu bekerja dengan musuh politik mereka Barisan Nasional (BN), bagi memastikannya terus berkuasa.

Pejabat Peguam Negara di bawah pimpinan Abdul Gani diserang dengan tuduhan mengamalkan pendakwaan terpilih, termasuk daripada bekas penjawat awam lain seperti bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Tinjauan baru-baru ini terhadap lima institusi awam oleh Merdeka Center menyaksikan polis adalah yang paling tidak dipercayai dikalangan pengundi kali pertama Pilihan Raya 2013, berbanding kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri, sistem kehakiman, badan penggendali pilihan raya dan parti politik.

Ahli-ahli politik dan pemimpin gereja telah membidas Ibrahim, pengasas dan presiden Perkasa kerana didakwa menyemarakkan kebencian agama diantara orang Islam dan bukan Islam.

Islam adalah kumpulan agama terbesar di Malaysia sebanyak 60 peratus, manakala minoriti Kristian hanya di bawah 10 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mengecewakan pemimpin gereja dengan khutbah Jumaat lepas, di mana ia memberi amaran kepada umat Islam di seluruh negara “musuh-musuh Islam” akan cuba untuk mengelirukan mereka supaya mempercayai semua agama berkongsi tuhan yang sama.

Pemimpin Islam dan Kristian di sini bertelagah di atas penggunaan perkataan Arab “Allah” walaupun penghakiman Mahkamah Tinggi pada 2009 memerintahkan Islam tidak mempunyai hak eksklusif kepada perkataan “Allah”. 

Perdebatan timbul semula bulan lalu selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam perutusannya sempena Hari Natal mendesak kerajaan persekutuan agar menarik semula pengharaman terhadap penggunaan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu.

Kumpulan gereja Sabah juga telah mendakwa kebebasan beragama Bumiputera Kristian diserang sambil menegaskan kebanyakan penganutnya datang daripada Malaysia Timur dan menggunakan bahasa Melayu.

Kumpulan penganut agama Buddha telah menggesa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk campur tangan menyelesaikan pertikaian tentang penggunaan kalimah “Allah” daripada terus berlarutan.

Monday, January 28, 2013

Ibrahim Ali yang nak bakar Bible...Nik Aziz yang di temui Uskup Katolik Sebastian Francis...

Uskup temui Nik Aziz redakan ketegangan bakar Injil di P. Pinang

 Ahli parlimen bebas Pasir Emas, Ibrahim pada minggu lalu mencetuskan kontroversi dan bantahan daripada pemimpin gereja dan kumpulan bukan Islam apabila menggugut untuk membakar cetakan Injil berbahasa Melayu. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 28 Jan — Uskup Katolik Sebastian Francis mengadakan lawatan mengejut bertemu pemimpin utama PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena ulang tahun kelahiran ke lapan puluh dua tahun pemimpin PAS tersebut semalam di Pulau Pinang, lapor akhbar parti tersebut Harakah Daily hari ini — langkah yang dianggap bertujuan meredakan ketegangan antara penganut Kristian dan Islam melibatkan isu penggunaan kalimah “Allah”.

Uskup Pulau Pinang tersebut dilaporkan oleh laman berita PAS berkata negara perlu mencontohi Musyidul Am PAS tersebut yang bukan seperti pemimpin Perkasa, Datuk Ibrahim Ali atau penyokongnya yang berterusan mengapi-apikan sentimen berunsur kebencian.

Sebastian turut dilaporkan telah menghadiahkan Nik Aziz sebiji kek ulang tahun sebagai tanda pertemuan buat kali pertama kedua-dua pemimpin tersebut.

Selasa lalu, seorang paderi Anglican di Pulau Pinang telah membuat laporan polis ekoran pengedaran risalah oleh pihak tidak dikenali untuk mengadakan upacara membakar Injil di Butterworth, yang dirancang berlaku semalam.

Ahli parlimen bebas Pasir Emas, Ibrahim pada minggu lalu mencetuskan kontroversi dan bantahan daripada pemimpin gereja dan kumpulan bukan Islam apabila menggugut untuk membakar cetakan Injil berbahasa Melayu.

Ahli politik dan paderi tempatan mengecam pemimpin Melayu berhaluan kanan tersebut dan mendakwa beliau cuba mewujudkan kebencian antara agama dan perbalahan lebih parah antara kedua-dua majoriti penganut di dalam negara tersebut.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada Jumaat lalu juga mengeluarkan teks rasmi khutbah mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan “musuh Islam” yang cuba mengelirukan mereka supaya mempercayai agama lain berkongsi tuhan yang sama.

Kenyataan tersebut nyata mengecewakan pemimpin gereja.

Muslim dan penganut Kristian di Malaysia berhadapan pertikaian dan perebutan menggunakan kalimah “Allah” dengan pihak satu lagi mendakwa ianya hanya ekslusif merujuk kepada tuhan umat Islam.

Selain itu, keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 mengatakan perkataan “Allah” tidak terhad kepada orang Islam dan Gereja Katolik mempunyai hak untuk menerbitkan perkataan dalam seksyen bahasa Melayu akhbar mingguan itu, Herald.

Kemuncak isu tentang kalimah “Allah” kembali diperkatakan semula selepas sambutan Perayaan Hari Natal tahun lalu, apabila penganut Kristian meminta Putrajaya untuk membenarkan kalimah suci tersebut digunakan dalam kitab Injil berbahasa Melayu tetapi kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan “Allah” bermaksud tuhan kepada orang Islam.

Kumpulan gereja Sabah pada Jumaat lalu mendakwa kebebasan beragama Bumiputera Kristian telah diserang sambil menegaskan kebanyakan penganutnya datang daripada Timur Malaysia dan menggunakan bahasa Melayu.

Hari ini, kumpula penganut Buddha menggesa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk campur tangan menyelesaikan pertikaian tentang penggunaan kalimah “Allah”.

Monday, November 12, 2012

Sanggup jadi pelakon hina DSAI GAY semata nak cari rezeki bela nak bini..!!!

Hadoiiii

Kesian plak aku baca komen terakhir si Nazs Sirap Limau. Sapa Nazs Sirap Limau neh? Owh individu yang cakap dsai gay tue. Kemain kaw. Beria2 kutuk dsai gay. Tak boleh blah betul. Video tue kat bawah neh hah


Korang dengar kan? Jelas kan? 

Dia cakap Anwar gay kan? Oke. Korang baca dan dengar alasan dia kat bawah neh pula ;



Komen terakhir dia sebelum dia hilang disebabkan kena serang bertubi2 di media sosial. Dia dah tak larat nak jawab apabila kena terjah tak henti2. Itupun sendiri cari sebab berani fitnah orang. 

Dia bagi alasan dia kerja. Bukan politik. Aku nak cakap sikit kat ko nazs. In case ko or sedara mara ko baca neh la kan. Ko cakap ko kerja kan? Oke, aku pun faham ko kerja. Ko perlukan duit untuk hidup. Aku faham. Tapi tak semestinya ko kena setuju utk berlakon iklan di atas. Terang2 iklan bermotifkan politik lepas tue ko sembang cakap ko bukan politik mana pun?


Mana orang peduli seme tue. Bila ko berlakon mana2 iklan politik automatik orang assume ko sokong parti tersebut. Bukan atas alasan kerja lagi dah. Contoh kalau ko tak sokong umno apa kejadahnya ko nak kempen suruh orang undi umno dan benci pr? So sama la seperti apa yang ko buat dalam video tue.

Memang ko sendiri sokong umno. Sebenarnya tak kisah la ko nak sokong umno or berlakon dalam video propaganda apa sekalipun. Hak masing2 oke. Tapi ko berani fitnah kan? So berani la jawab kalau kena serang. Apa nak lari2.

Boleh je buat video propaganda. Tak payah selit unsur2 fitnah la. Just tonjolkan apa yang bn boleh buat or bakal buat. Tak payah nak heret isu tuan guru sokong gay la dsai gay la apa la. Benda tue bukan boleh selesaikan masalah rakyat pun. Ko cakap dsai gay itu neh lepas tue harga barang turun ka? Harga kereta murah ka?

Apa pun takde. Serang tak fikir. Main sembur jek. Buat video kos mahal2 tapi isi takde. Hujah takde. Haprak dan sampah jek. Kalau aku diberikan bajet aku boleh buat video propaganda yang mendorong penyokong sesama sendiri berhujah cara baik. 

Bukan macam korang. Bazirkan duit pembayar cukai jek. Takyah cakap korang buat guna dana parti sendiri la. Memang sah2 korang seme dibayar guna wang kerajaan. Wang kami seme. Sebab tue kami seme ada hak nak rasa marah oke.

Itulah, lainkali berhati2lah nak berlakon pun. Kalau boleh tutup muka. Kalau benda tue bukan fitnah takde hal sangat. Orang pun tak marah apa. Rekod, seme pelakon2 sembang rakyat mana ada fb. Masing2 takut kena serang. 

So jikalau ada di antara korang berniat nak berlakon sembang rakyat pastikan takde media sosial, kalau ada sekalipun set privacy sebaik mungkin, pastikan seme kekawan umno jek so takde la kena serang.. nak buat macam mana.. masyarakat internet celik maklumat bukan macam orang yang takde internet. Buta2 kena tipu jek..

Wednesday, November 7, 2012

Pimpinan PAS dalam majlis dengan Nurul dah jawab apa yg Utusan dok gebang hari nie..!!!

Serang Nurul golongan desperado, kata Mujahid

KUALA LUMPUR: Mujahid Yusof Rawa menyifatkan, kenyataan Nurul Izzah Anwar telah diputarbelitkan untuk kepentingan pihak tertentu yang desperado.

Bagi beliau, "Tiada paksaan dalam agama" adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

Bagi beliau, mengaitkan prinsip ini dengan rela pemurtadan menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman.

"Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara," katanya mengulas serangan Utusan terhadap Nurul Izzah.

Kenyataan itu dibuatnya dalam laman facebooknya hari ini.

Mujahid, anggota Parlimen Parit Buntar turut berada dalam forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility? bersama Nurul Izzah.

Utusan hari ini juga menyerang Mujahid kononnya beliau tidak berbuat apa-apa apabila mendengar penyataan Nurul itu.

Tuesday, November 6, 2012

Nik Abduh - Adakah kekal beragama Islam adalah satu paksaan?


Salam Palestin,

Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal tuhannya sebagaimana non muslim.

Kelahirannya sebagai seorang muslim itu juga adalah satu ganjaran besar Allah kepada kedua ibu bapanya yang istiqamah dengan iman dan Islam sepanjang hayat mereka. Dengan itu, menjadi mudahlah bagi mereka untuk mendidik anak-anak kepada Islam. Anak-anak adalah amanah yang diperlu dijaga, tidak dikhianati dan akan ditanya Allah nanti.

Oleh kerana ia satu anugerah agung daripada Allah, adalah pelik dan tidak logik jika anugerah itu dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.

Bukankah Islam itu agama fitrah yang lahir bersama kelahiran dirinya?

Bukankah Islam itu saudara akalnya yang turut membesar, matang dan baligh bersama tumbesaran fizikalnya?

Bukankah ibu bapanya yang muslim sentiasa di sisinya menjadi tiang yang gagah untuknya bergantung dan meminta pertolongan?

Justeru seorang muslim semenjak lahir tidak berhak menukar ugamanya atau murtad. Ia adalah satu penderhakaan dan penghinaan terhadap tuhannya, ugamanya, ibu bapanya dan juga masyarakat. Ia telah sengaja mendatangkan kesusahan dan fitnah terhadap ugama Islam dan penganutnya.

Jika dia keliru dan was-was dengan ugamanya akibat sebab-sebab peribadi dan tertentu yang boleh menyebabkannya menyimpang daripada landasan istiqamah masyarakat Islam di sekelilingnya, maka dia mestilah merujuk atau dirujuk kepada masyarakatnya itu yang diwajibkan oleh ugama untuk berperanan dan bergandingan menjaga ugama dan iman setiap individu muslim di kalangan mereka.

Islam adalah ugama hujjah akal dan diperkuatkan pula dengan petunjuk al Quran yang penuh keterangan menakjubkan yang menjadi mukjizat agung kehidupan. Maka ruang syaitan adalah tertutup rapat untuk memurtadkan individu muslim dalam sebuah masyarakat muslim.

Jika dia masih enggan tunduk kepada kebenaran dan bersedia murtad daripada ugamanya, maka dia sebenarnya adalah pemberontak terhadap Allah, al rasul, ugama dan masyarakatnya. Demi kelangsungan martabat dan kemuliaan masyarakat muslim yang menjunjung Islam sebagai nikmat tertinggi, syariat Islam akan mengancamnya dan mengenakan hukuman keras ke atas kemurtadan. Ia adalah hukuman hudud yang telah nyata daripada Allah sendiri. Hukuman ugama, bukan hanya hukuman daripada masyarakat.

Dia akan ditahan, kemudian diberi peluang masa untuk belajar, bertanya, berhujah dan berfikir bersama ulama berwibawa yang dikira mampu membuka segala kekusutan yang melanda dirinya. Ia mungkin ditahan dan diberi peluang berbulan-bulan, bahkan bertahun sehingga keputusan akhir dibuat. Jika dia sedar, maka dengan izin Allah dia akan bertaubat dan dibebaskan dengan sambutan lega masyarakat. Jika sebaliknya, maka hukum Allah adalah paling adil dan layak ke atasnya. Perbincangan lanjut boleh didapati dalam bab hukum murtad di tempatnya.

Pernyataan di atas secara jelas menunjukkan bahawa ayat ‘tiada paksaan dalam berugama’ adalah merujuk kepada hak non muslim untuk kekal dalam ugama mereka sebebas-bebasnya. Itu satu hak yang Allah berikan kepada manusia untuk memilih ugama masing-masing. Tiada pemerintah muslim yang berkuasa atau sesiapa pun boleh memaksa non muslim untuk memeluk ugama Islam.

TETAPI, jika Allah telah membuat pilihan (menjadikan manusia dilahirkan sebagai muslim), maka manusia itu tidak hak untuk melanggar pilihan Allah ke atasnya.

Bagaimana dibayangkan seorang muslim dipaksa untuk menjadi muslim? Bukankah dia itu telah muslim?

Bagaimana dibayangkan haknya untuk menukar ugama? Bukankah itu melanggar hak Allah dan hak maruah ibu bapanya juga? Bagaimana dianggap hak jika ia melanggar hak yang lain??

Adapun seorang muslim yang murtad di negara bukan Islam dan di luar masyarakat Islam, maka tiada hukuman murtad ke atasnya di dunia, tetapi dia tetap dilaknat Allah sehinggalah dia bertaubat. Dia tidak akan diburu di dunia oleh masyarakat Islam. Kekurangan bantuan sosial ke atas ugamanya menjadikan hukuman duniawi adalah tidak terpakai untuknya.

Kemudian, bagaimana seorang bukan Islam jika dia memeluk Islam? Bukankah itu melanggar hak ugama asalnya dan masyarakat non muslim? Mengapa Islam melarang di sini dan membenarkan di sana?

Carilah jawabannya. Ia pasti menyeronokkan untuk lebih berilmu. Tetapi bukan di sinilah. Saya berhenti di sini dulu. Jika diizin, saya tulis lagi.

Bersama menyintai ugama Islam. Ugama terbaik dan terpilih dari tuhan pencipta alam. Allahu akbar wa liLlahil Hamd..

http://nikabduh.com/2012/11/06/adakah-kekal-beragama-islam-adalah-satu-paksaan/

Monday, November 5, 2012

[DEDAH] Bukti VIDEO bahawa Chua Soi Lek Hina HUDUD bukan HUDUD PAS..!!

"CHUA SOI LEK TETAP PERLU MEMOHON MAAF! - 
SETIAUSAHA PEMUDA PAS"
20 Dzu al-Hijjah 1433 bersamaan 05 November 2012

Merujuk kepada satu kenyataan balas oleh Datuk Seri Chua Soi Lek berkenaan dengan isu hudud, beliau menafikan kenyataan beliau menghina Islam dan mengandungi unsur-unsur Islamofobia. Beliau mendakwa ini adalah fitnah permainan Pakatan Rakyat berhubung isu hudud ini.

Beliau seolah-olah memberikan kenyataan yang berputar belit terhadap isu penghinaan beliau ke atas Islam melalui hudud. Beliau menyatakan bahawa beliau hanya mempertikaikan hudud versi PAS dan itu tidak bererti beliau menghina Islam.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi Pas, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk (Pas) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama (Islam). Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik (Pas) itu adalah agama Islam” – Utusan, 4-11-2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat respon beliau terhadap hudud dalam beberapa kenyataan beliau yang lalu tidak lansung menyebut hudud PAS. Antara kenyata beliau yang menyebut bahawa dengan melaksanakan hudud, Malaysia akan hilang pelaburan dari luar kerana pelabur-pelabur takut dengan perlaksanaan undang-undang yang kejam di Malaysia.


“Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.
Apabila rekod hak asasi kita tidak baik dan hukuman pula dianggap sebagai kejam, kedudukan global Malaysia akan merosot.” – The Malaysia Insider, 4-12-2011.

Presiden MCA ini juga telah membuat kenyataan bahawa lapan daripada sebelas negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara yang paling korup dan tidak selamat - Malaysiakini, 21-10-2012

Tidakkah ini sudah jelas bahawa Dr Chua telah menghina hudud kerana telah menyatakan bahawa lapan negara tersebut adalah di antara negara yang korup dan tidak selamat ataupun mungkin Dr Chua ingin menyatakan bahawa lapan negara tersebut melaksanakan hudud PAS?
Sekali lagi Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan agar beliau tidak menyebut atau menyentuh isu berkenaan hudud lagi. Bukan kerana mahu menutup ruang bagi non Muslim bertanya tentang Islam tetapi berdasarkan daripada kenyataannya yang lalu, kami dapati beliau banyak memberikan persepsi negatif kepada masyarakat mengenai hudud dan seolah-olah beliau cuba mewujudkan suasana Islamofobia.

Beliau perlu sedar, bukan MCA yang perlu berbicara mengenai hudud. Ini kerana masih ada Umno di dalam Barisan Nasional yang lebih layak daripada MCA untuk bercakap tentang hudud. Apa yang mengecewakan UMNO bukan sahaja mendiamkan diri bahkan tidak menasihatkan rakan sekututnya itu untuk tidak menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia dengan menyebut dan mempertikaikan hudud secara terbuka.

Dewan Pemuda PAS Malaysia masih bertegas agar beliau memohon maaf kepada semua umat Islam di Malaysia kerana telah memberikan persepsi yang buruk terhadap undang-undang dalam agama Islam.

Apabila anda tidak bersetuju dengan satu-satu agama bukanlah bermakna anda boleh mempertikaikan agama secara terbuka dengan sesuka hati anda!

Disediakan oleh ;
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Monday, October 29, 2012

Imam Muda sahut cabaran Soi Lek untuk debat..!!!

Imam muda sahut debat hudud dengan Chua Soi Lek !

 
Jangan debat pasal hudud dengan CSL. Dia bukan faham islam pun. Dia nak menghina jek. Buang masa je la layan dia tue.

Setuju sangat. CSL tue dikira menghina islam. Dia bukan muslim buat apa la debat dengan dia? Tak payah la nak layan.

Tak penting pun debat hudud dengan CSL. Takde faedah. Bukan boleh tukar pemikiran dia. Lepas debat dia still hina hudud juga. Dah tak payah la layan la. Bagi free publisiti jek kat dia tue.

Debat yang tiada hujung pangkal dan buang masa. Merosakkan nama baik islam je la. 

Ramai tau orang komen2 begini. Aku pun pelik bin ajaib. Kenapa pula tak boleh debat dengan CSL? Bukan kah tujuan debat itu kita boleh anggap sebagai penjelasan dan penerangan kepada non muslim apa itu hukum hudud?

CSL itu kita kena baca sebagai icon non muslim. Bukan icon mca. Jauh sekali icon bn. Baca ia sebagai icon non muslim. Suara2 CSL tue pun sebenarnya suara2 ahti non muslim di malaysia juga. Mungkin bukan semua. Tetapi still boleh consider as suara non muslim malaysia.
Jadi suara2 seperti ini harus kita fahami. Bagaimana nak faham? Kena dengar la luahan mereka. Bagaimana nak dengar? Kena la buat forum dan perdebatan terbuka. Biarlah kita dengar suara ikhlas mereka mengenai hudud. Apa yang mereka faham. Sejauh mana mereka menilai hudud. Sebesar mana penolakkan mereka terhadap hudud. Ini perlu difahamkan in order kita umat islam boleh merangka strategi terbaik untuk memahamkan mereka.

Siasat masalah sebenar.

Satu2 masalah tidak boleh diselesaikan dengan tepat kalau kita gagal memahami permasalahan tersebut. Nak menyelesaikan masalah dengan cekap ialah kita kena faham masalah itu terlebih dahulu. 

Sama juga kes nya dengan hudud. Untuk faham kenapa CSL menentang, untuk memahami kenapa ada non muslim menentang, untuk memahami kenapa ada muslim menentang, untuk memahami kenapa karpal dan dap menentang, kita kena face it la masalah tue terlebih dahulu.

Bagaimana nak face it? Melalui akhbar? Melalui tv? Melalui forum2 politik mca? Sudah semestinya tidak. Kena bersemuka dan biarkan non muslim berbicara apa sebab mereka tolak hudud. Berikan mereka ruang, peluang dan pentas untuk cakap apa benda yang mereka anti dan jaki sangat bab hudud neh.

Lepas kita dah faham owhh begini rupanya penerimaan mereka terhadap hudud. Owhh begini rupanya mereka anti hudud.. so boleh la kita bagi jawapan kepada salah faham mereka. Memang tak mungkin nak ubah persepsi CSL selepas satu dua forum. Bahkan ia mungkin tidak boleh dilakukan sebab tujuan MCA ialah nak meraih sokongan politik jek.

Tetapi apa yang kita boleh buat ialah kita amek keuntungan daripada penentangan CSL terhadap hudud. Caranya kita biarkan sahaja CSL meluahkan apa benda yang dia tak puas ahti kat hudud ini kerana pemikiran dia tue pemikiran sebahagian non muslim juga.  Dari situ kita kaji patern dan kita jawab persoalan mereka.

Ubah persepsi.

Perdebatan ini akan mendapat liputan dan orang akan alert. Jadi acara tahunan pun oke sehingga seme orang faham hudud. 

Owhhh rupanya kita tak boleh suka2 potong tangan orang. 

Owhh rupanya i kerja di kasino satusen pun tak effect itu hudud. 

Cisss.. i non muslim minum arak itu hudud law takde kaitan dengan i punya. 

Aiyaa baru i tahu kalau u tak boleh bagi saksi takpe punya. U ada bukti sainstifik sokong u punya kes pun boleh. Itu hudud bukan pasal saksi sahaja maa.

Rupanya hudud bukan mengenai rejam, potong tangan jauh sekali bunuh orang. Baru aku nampak faedah dan kebesaran hudud. 

Penerangan2 mengenai hudud jika dilakukan secara berkala dan tidak menekankan aspek hukuman semata2 lama kelamaan pasti boleh mengubah persepsi orang khususnya non muslim. Ko tak hadap buat penerangan satu dua kali lepas tue terus non muslim owhh oke i mesti terima itu hudud. 

Ia perlukan masa. So tak salah pun debat hudud antara CSL dan jamil khir. Ia bukan bertujuan nak ubah persepsi CSL sebaliknya ia bertujuan menyebarkan benih2 penerangan hudud kesan daripada perdebatan tersebut. Oleh itu jika jamil khir tidak mahu maka berikan sahaja tempat itu kepada imam muda kerana mereka telah menyahuti cabaran itu. Rujuk bawah.


Amacam? 

Umat islam ada berani ka selangkah ke hadapan untuk berunding dan berbincang tentang hudud secara terbuka dengan non muslim pula? 

Sunday, October 28, 2012

Soi Lek hina Islam depan Najib.. Tak ada sapa pun nak tegoq..!!!

Anwar: 'Kenyataan Soi Lek hina Islam'
Wartawan Sinar Harian
28 Oktober 2012
Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim 
 
SHAH ALAM –  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan dilontar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek  tentang hudud satu penghinaan nyata terhadap agama Islam.

Dakwa Anwar, tindakan Soi Lek itu amat memalukan dan tidak mampu dipertahankan lagi.

Katanya, kenyataan Soi Lek yang dilakukan di hadapan Datuk Seri Najib Razak,  juga bermaksud menghina beliau sebagai Perdana Menteri dan tetamu khas konvensyen tersebut.

“Saya sifatkan ianya sebagai satu serangan yang biadab dan telah menyinggung perasaan umat Islam,” katanya yang dipetik dalam blog miliknya, semalam.

Soi Lek sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.

Beliau selepas itu meminta semua anggota parti MCA supaya meningkatkan lagi publisiti dalam usaha menepis dakyah pembangkang.

Katanya, lebih parah lagi, kenyataan  Soi Lek itu seolah-olah dipersetujui Najib.

“Kebisuan Najib tentang perkara ini jelas menunjukkan beliau berada di pihak yang salah,” katanya.

Chua Soi Lek patut dilantik menjadi Menteri Agama, gantikan Jamil Khir

Chua Soi Lek cabar Ulama Umno Jamil Khir berdebat isu Hudud

PORTAL The Star milik parti komponen Barisan Nasional, MCA menyiarkan kenyataan presiden parti itu, Chua Soi Lek yang meminta Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir membuat "homework" berhubung Hukum Hudud

Ini berikutan Jamil Khir sebelum ini mengeluarkan kenyataan Hukum Hudud yang mahu dijalankan oleh Parti Islam, PAS tidak akan melibatkan atau memberi kesan kepada orang bukan Islam.



Tambah mengejutkan, Chua Soi Lek turut mencabar Jamil Khir untuk berdebat dengannya berhubung isu bagaimana Hukum Hudud akan memberi kesan kepada orang bukan Islam.

Jamil Khir barangkali sudah lupa bahawa United Malays National Organization, Umno yang diterajui Najib Razak sudah awal-awal lagi bersetuju dengan tindakan MCA yang menentang Hukum Hudud.


Malah Najib Razak sebelum ini memberi jaminan bahawa Barisan Nasional tidak akan menjalankan Hukum Hudud di Malaysia. Dengar sendiri jaminan Najib di bawah ini.


Sudah terang lagikan bersuluh, Umno dan MCA sekapal dan sekepala menentang hudud. Kerana itulah tempoh hari Presiden MCA, Chua Soi Lek ini dengan berani dan lantang menghina Hukum Hudud di depan Najib Razak ketika Perhimpunan Agung MCA. Lihat video di bawah.



ReJaM© "Chua Soi Lek patut dilantik menjadi Menteri Agama, gantikan Jamil Khir "

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/chua-soi-lek-cabar-ulama-umno-jamil.html#ixzz2AeKRWH6u

Wednesday, October 24, 2012

Pas desak Soi Lek mohon maaf


Leonard Tan Soon Huat -  Idris Ahmad - Khairul Faizi
Setiausaha Pemuda MCA, Leonard Tan Soon Huat (kiri) menerima memorandum bantahan oleh ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Idris Ahmad dan Khairul Faizi 
 
KUALA LUMPUR - Pemuda Pas Pusat hari ini mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya memohon maaf kepada umat Islam di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum Islam secara terbuka.

Setiausaha Pemuda Pas Pusat, Khairul Faizi memberi tempoh seminggu kepada Presiden MCA itu untuk mengemukakan permohonan maaf.

Sekiranya Soi Lek enggan berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

"Satu demonstrasi besar-besaran akan dibuat jika Soi Lek berdegil tidak mahu minta maaf.

"Kami juga akan berbincang dengan para peguam untuk mempertimbangkan tindakan mahkamah jika perlu," kata Khairul kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kenyataan Presiden MCA yang menghina Islam di pekarangan Wisma MCA di sini hari ini.

Seramai 150 penyokong Pakatan Rakyat turut sama menyatakan bantahan terhadap kebiadapan bekas Menteri Kesihatan itu.

Dalam pada itu, Jingga 13 yang diwakili setiausahanya, DK Vicky turut menyerahkan memorandum secara berasingan mendesak  Soi Lek dan MCAS memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong serta umat Islam.

Tegasnya, Soi Lek perlu menghentikan penghinaan ke atas Islam dan hudud sambil menyifatkan perbuatannya melampau dan mencabar sensitiviti umat Islam.

Dalam pada itu, ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Idris Ahmad menyelar sikap tidak bertanggunjawab Soi Lek, yang menurutnya sengaja menyalakan api permusuhan antara agama.

Katanya, tindakan beliau cubaan meraih kembali sokongan kaum Tionghua kepadanya.

“Dalam 10 orang Cina yang saya temui, seorang pun tidak mahukan Chua Soi Lek," katanya di hadapan 150 penyokong Pakatan Rakyat sebelum menyerahkan memorandum bantahan terhadap Presiden MCA itu.

Idris menambah, Pas yang memerintah Kelantan selama 22 tahun pun tidak pernah menekan orang Cina, jauh sekali menghina dan memperlekehkan agama anutan mereka.

“Chua Soi Lek bukan saja mata buta, tapi hati buta semata-mata kepentingan politik sokongan dia,” tegasnya.
Idris menggesa semua rakyat Malaysia termasuk orang bukan Islam supaya menolak Umno-Barisan Nasional serta parti komponennya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) susulan kebiadapan Soi Lek.

Tuesday, October 23, 2012

Umno bolehlah berpesta habis-habisan apabila Chua Soi Lek makin ganas mengutuk Islam

Chua boleh kata apa, Umno akan pertahankannya

KUALA LUMPUR: Umno bolehlah berpesta habis-habisan apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek makin ganas mengutuk Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).

"Ego Presiden MCA sudah melambung hingga ke peringkat tidak takut apa-apa pun lagi untuk mengutuk dan menghina Islam. Dia tahu Umno pasti melindunginya.

"Sekarang bolehlah Umno, ulama-ulamanya termasuk lebai-lebai pecacai terbarunya dan semua yang mengampu bodek parti itu memeriahkan lagi sepuas-puasnya pesta mengutuk dan menghina Islam," katanya sambil menyifatkan Chua seolah-olah ditabalkan sebagai 'mursyidul am' Umno dalam pakatan jahat mereka menghina Islam.

Mohamad mengingatkan bahawa pakatan jahat mengutuk dan menghina Islam diasas dan dimulakan oleh para pemimpin Umno dan semakin menjadi-jadi apabila PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990.

"Semua kutukan, penghinaan dan persendaan mereka direkodkan dalam sejarah.

"Contohnya, merekalah mencipta istilah 'sup tangan' untuk menghina dan mempersendakan hukum potong tangan seperti yang diperintahkan di dalam al-Quran," katanya.


Apabila mereka melihat para pemimpin Umno berbuat demikian, orang-orang bukan Islam akhirnya semakin berani menghina Islam secara terbuka dan lantang, kata Mohamad.

Beliau yakin, orang-orang bukan Islam seperti Chua tidak akan berani mengutuk dan menghina Islam jika para pemimpin Umno tidak mengajar mereka berbuat demikian.

"Kenyataan Chua bukan sekadar menolak perlaksanaan hudud berdasarkan keyakinan agamanya dan tafsirannya terhadap Perlembagaan, tetapi sudah melampau hingga ke peringkat mengutuk dan menghina Islam," katanya.

Mohamad menyifatkan apa yang dilakukan oleh Chua itu sebagai menyambung kerja Umno yang kini sudah pandai berdalih dengan alasan kesesuaian masa untuk melaksanakan hudud, maqasid syariah dan sebagainya.

"Dulu ketika mereka tidak pandai lagi menggunakan hujjah dalam ilmu-ilmu Islam seperti maqasid syariah untuk menolak perlaksanaan hukum Islam, para pemimpin Umno dan pengikut mereka mencaci dan mencerca hukum Islam habis-habisan dan menuduh hukum Islam primitif, menimbulkan huru hara dan sebagainya.

"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya.

Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua.

"Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran.

"Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau.

Monday, October 22, 2012

Imam Muda yang nie lagi berani tegoq Soi Lek dari Imam Muda Fathul Bari..!!!

Boleh panggil ULAMAK ANJING ke..???

Terima Kasih MCA sebab bagi umur BN semakin pendek..!!

Terima kasih, MCA sengaja nak jatuhkan Umno

Terima kasih MCA. Itulah ucapan yang boleh Dewan Ulamak PAS Pusat ucapkan kepada MCA hari ini.

Terima kasih kerana membantu untuk menjatuhkan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umno dalam PRU13 nanti.

Ucapan berterusan pemimpin MCA berkaitan hudud sememangnya disengajakan bagi menjatuhkan Umno dalam PRU ke13.

MCA tahu Umno tidak akan membantah sebarang kenyataan mereka tentang hudud kerana Umno bukan pejuang hudud dan juga bukan pejuang hukum-hakam Islam. Yang dikenali sebagai pejuang Islam oleh rakyat Malaysia adalah PAS

Terima kasih MCA kerana dengan jelas mempamerkan mereka adalah penentang tegar hudud dan undang-undang Islam.

Justeru, orang Islam tidak perlu lagi teragak-agak bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat dan bukannya kekal bersama Barisan Nasional yang dianggotai oleh MCA, penentang tegar hudud dan undang-undang Islam.

Selama ini walaupun lebih 55 tahun merdeka, rupa-rupanya hudud dan undang- undang Islam gagal dinobatkan di Malaysia kerana tentangan MCA manakala Umno pula sangat takutkan MCA dan sangat menjaga hati MCA.

Umno hanya berani berkokok menyerang PAS tetapi sangat kecut dan penakut berhadapan dengan MCA.

PAS istiqamah memperjuangkan Hudud, sementara Umno memang berpura-pura mempertahankan Islam, terutama apabila mula ditolak oleh rakyat dalam PRU12. Dalilnya mereka tidak berani membantah MCA yang jelas mempersendakan hudud.

Dalam masa yang sama, bukan Islam dalam Pakatan Rakyat pula semakin mesra hudud dan undang-undang Islam walaupun PR masih baru dibentuk persefahamannya antara 3 parti PAS, PKR dan DAP.

PAS tetap akan memperjuangkan hudud menurut lunas demokrasi sebagaimana telah ditegaskan oleh Presiden PAS. Pelaksanaan hudud adalah hak umat Islam yang menjadi majoriti rakyat Malaysia.

Justeru, umat Islam diseru untuk bersama PAS dan meninggalkan Umno yang memang gagal mempertahankan hudud dan undang-undang Islam.

Dr Khairuddin A. Razali
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat

Sunday, October 21, 2012

Mana JAKIM, JATI, UMNO, PERKASA, JAB. AGAMA, MUFTI.. depa hina Islam nie takan nak duk saja..??

Hina Islam: Mapim gesa Raja-Raja Melayu bertindak

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memohon agar Raja-Raja Melayu yang menjadi pelindung agama Islam di negara ini bertindak untuk menegaskan bahawa orang bukan Islam tidak berhak untuk memberi komentar yang menyentuh soal hukum Islam di negara ini.

Justeru, Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) menegaskan parti politik seperti MCA sepatutnya diingatkan bahawa mereka jangan menyentuh sensitiviti umat Islam mengenai hukum Islam yang mereka berhak untuk tuntut dilaksanakan.

Katanya, ucapan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dalam persidangan MCA semalam yang sekali lagi memuncakkan serangannya kepada hukum hudud sangat melampau dan tidak harus dikompromi lagi.

“Hanya beberapa hari sahaja sebelum ini hanya dengan bersandar kepada sebuah tulisan dalam blog yang tidak dikenali, beliau menuduh bahawa jika hudud dilaksanakan lebih sejuta orang akan kehilangan kerja di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pemimpin wanita MCA juga menyatakan pendirian yang sama bahawa mereka mencurigai bahawa Umno dikhuatiri akan menyatakan sokongan kepada hudud jika Pakatan berjaya mengambil alih kerajaan Pusat.

“Kali ini Chua Soi Lek menuding bahawa perlaksanaan hudud di Negara-Negara Islam dikaitkan dengan amalan korupsi dan negara-negara yang berada dalam keadaan tidak selamat.

“Konotasi beliau sangat jelas. Hudud tidak mengatasi masalah rasuah dan jenayah. Inilah pendirian yang mahu beliau tegaskan kepada orang Islam khususnya disamping kepada pengundi bukan Islam,” ujarnya.

Ini bermakna kata beliau, Chua mahu mengajar orang Islam bahawa hukum hudud Islam tidak boleh dilaksanakan kerana terbukti negara-negara yang beliau dakwa melaksanakan hukum hudud adalah antara yang ‘paling korup’.

“Apa hak beliau untuk menuding bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan hanya dengan alasan negara lain yang dikatakan melaksanakannya dijangkiti dengan masalah korupsi.

“Ini adalah kesimpulan yang sangat simplistik dan berniat jahat untuk memburukkan hukum Islam di kaca mata bukan Islam,” katanya lagi.

Dengan pendirian itu, tegasnya seluruh umat Islam harus bangkit menyatakan bantahan dan menunjukkan bahawa penghinaan kepada hukum Islam sangat jelas merupakan pendirian rasmi MCA.

Menurutnya, jelas penghinaan itu mencabar bukan sahaja wibawa institusi Islam di negara ini malah juga mencabar kedudukan dan status Islam di negara ini.

“Mempersoalkan dan memberi komen secara menghina dan memburuk-burukkan hukum Islam sepatutnya dilihat sebagai satu hasutan yang akan menimbulkan ketegangan agama.

“Kami melihat kenyataan seperti ini adalah berpunca daripada kegagalan kesepakatan dalam BN yang tidak pernah dijelaskan mengenai Islam dan hukum-hukumnya dengan baik,” ujarnya lagi.

Malah, katanya kenyataan dari kepimpinan orang Melayu Islam sendiri dalam BN yang menggambarkan bahawa hukum Islam tidak boleh dan tidak akan dilaksanakan.

DAP pulak smash Soi Lek sebab hina hudud...!!!

DAP bidas Soi Lek manipulasi isu hudud
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke membidas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang didakwa menyifatkan “kalau pilih UBAH maksudnya pilih untuk hudud” sebagai kenyataan keterlaluan.

Loke ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, “MCA kini sekarang terpaksa menggunakan pembohongan untuk meraih undi” di kalangan masyarakat Tionghoa.

“Adalah tidak benar dan tipu apabila kalau kita pilih UBAH, ia bermakna kita pilih untuk hudud. Tujuan beliau cakap ini dalam kempen mereka untuk burukkan Islam.

“Walaupun DAP tidak setuju hudud, tetapi kita tidak burukkan Islam. Hudud ialah perjuangan Pas dan kita DAP hormati,” tambah beliau.
DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR) menggunakan slogan UBAH sebagai bahan kempen menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Soi Lek semalam meminta semua anggota parti itu supaya  meningkatkan lagi publisiti dalam usaha menepis dakyah pembangkang.

Beliau berkata, usaha itu perlu diperhebatkan untuk mengelak rakyat daripada dikelirukan dengan dakwaan-dakwaan pembangkang.

Bercakap pada sidang media selepas taklimat tertutup bersama anggota MCA di Wisma MCA  semalam, Soi Lek berkata, anggota parti itu juga perlu bijak menangkis janji pembangkang termasuk soal gaji minimum, penghapusan tol dan pelaksanaan hukum hudud yang disifatkannya hanya untuk memancing undi.

Beliau juga berkata, MCA turut menjelaskan isu hudud kepada masyarakat Cina untuk mengelak mereka daripada terus dimanipulasikan pembangkang.

"Ini bukan isu permainan politik, tetapi mungkin menjadi hakikat atau realiti jika mereka (pembangkang) menang (pilihan raya umum) dengan Pas menjadi teraju parti," katanya.

UMNO & BN akan jatuh kerana pelakon porno..!!

Angkara Chua Soi Lek, habislah Umno kali ini

KUALA LUMPUR: Serangan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS, hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini.
“Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya.

Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.

Kata beliau, walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai agamawan.

“MCA dakwa Nik Aziz galakkan rogol. Melayu mana yang percaya? Tuduh Nik Aziz rasuah pun tak masuk, ini tuduh benda yang tidak berasas ini. Video yang dijadikan bukti tu, semua orang Melayu tonton pun faham Nik Aziz sedang mengajar Islam dan menjurus kepada kebaikan,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu turut mempersoalkan taktik yang digunakan MCA dan Umno untuk meningkatkan undi bukan Islam.


“Undi bukan Islam dah hilang. MCA berkata apapun tiada guna. Tapi sekarang MCA sedang menghalau undi Melayu kepada PAS. Orang Umno seperti saya pun terasa tidak tergamak untuk mengundi MCA, malah terasa kesian kat PAS.

“Macam mana orang Melayu boleh membiarkan orang Cina yang moralnya tercalar seperti Chua untuk menyerang seorang ulama bertaraf Nik Aziz tanpa berkata apa-apa. Betullah, hanya syaitan yang dikenali yang sanggup membiarkan keadaan sedemikian berlaku,”  tambah beliau.

Ketika ditanya mengenai tarikh PRU13, sumber dalaman itu memberitahu Harakahdaily, Pakatan Rakyat kini di depan dengan simple majority seperti yang dikatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

“Tapi selepas bom Chua dan MCA, Najib rasanya terpaksa saja meneruskan lakonan ini dan bertukar serangan kepada DAP. MCA serang PAS tak akan diberi liputan di berita bahasa Melayu, Umno pula serang DAP tidak diliputi di berita bahasa Cina. Perang di Facebook dan internet rasanya boleh diucapkan selamat tinggal,” kata beliau.

Thursday, October 18, 2012

Jui Meng gesa Soi Lek mohon maaf pada Umat Islam..!!

Jui Ming : Umno Makin Lemah Punca Soi Lek Sanggup Hina Islam

SHAH ALAM, 19 OKT : Datuk Chua Jui Ming mengesa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memohon maaf kepada umat Islam kerana mengeluarkan kenyataan menghina Islam di dalam blog video dan Facebook.

Sebelum ini,Soi Lek yang juga Presiden MCA mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Soi Lek yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas dengan kehilangan pekerjaan sekiranya hudud dilaksanakan.

Jui Ming yang juga Naib Presiden PKR menambah Presiden MCA itu sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana Soi Lek sendiri tidak memahaminya.

“Dia dan pemimpin MCA sekarang semakin lebih keras ‘menyerang’ agama(Islam) dan saya pada hari ini menuntut beliau memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia,” kata Jui Ming ketika dihubungi TVSelangor.

Tindakan ini ujarnya, disebabkan kegagalan pemimpin Umno memberikan penjelasan kepada Soi Lek sehinggakan sanggup mengeluarkan kenyataan tidak berasas berkenaan pelaksanaan hukum hudud.

“Pemimpin Umno kini semakin lemah dalam medan politik, Umno kini sudah tidak mampu memperjuangkan sesiapapun sehingga untuk partinya sendiri.

“Dalam keadaan ini, MCA sudah naik kepala terhadap Umno dan tidak peduli sekarang, keadaan Umno akan semakin lemah di masa akan datang dengan MCA berterusan menyerang Islam,” katanya.

Jelasnya, sehingga kini tiada seorangpun kalangan pemimpin Umno yang berani menegur sikap Soi Lek yang secara terang-terangan banyak kali memperlekeh agama Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

“Umno sudah tidak ada pendirian sendiri untuk berhadapan dengan MCA dan membiarkan MCA menyerang agama Islam,” katanya.

Saturday, September 22, 2012

Mana lagi hina 'fatwa' ulama muda Umno dengan Ngeh Dap?

oleh

 
Ulama muda Umno Fathul Bari kata demontrasi haram tak kiralah demontrasi apa pun haram bagi puak tu yang katanya 'Teguh atas jalan Nabi dan para sahabat'.Kata ulama muda Umno tu,"Berkenaan demonstrasi dan menunjuk perasaan, pihak kami sudah berulang-kali menyatakan pendirian. Demonstrasi Bersih yang sebelum ini kita katakan “haram, haram, haram” itu, sama sahaja hukumnya dengan demonstrasi-demonstrasi yang lain.
 
Demonstrasi tidak memberikan apa-apa manfaat kepada umat Islam, sebaliknya yang memberikan manfaat adalah kita menjawab semula isu ini, mengambil kesempatan yang ada ini untuk menjelaskan kepada dunia tentang Nabi kita, agama kita, Al-Quran, sahabat Nabi."Baca semua di sini.
Cara tak langsung 'fatwa' ni turut kata demontrasi yang berlaku di depan kedutaan AS di KL dan demo Umno di Masjid Kg Baru semalam haram la!Bagi puak ni mungkin kerana zaman Nabi tak ada demontrasi,jadi benda yang tak berlaku zaman Nabi kalau buat semua tak boleh dilakukan.Untuk pengetahuan di Malaysia setiap tahun ada demontrasi sayang Nabi Muhammad SAW sempena memperingati kelahiran Baginda iaitu MaulidurRasul.
Mari kita baca pulak apa kata Pengerusi Dap Perak Ngeh Koo Ham yang kini dicemuh dan dikecam pelbagai pihak kerana kritik demontrasi yang ada kaitan dengan filem AS yang hina Nabi Muhammad SAW yang katanya begini,""Khairy mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile (pengarah Innocence of Muslims). Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya."Adakah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini," tulisan anggota parlimen Beruas di Twitter itu dipetik.Baca di sini.
Akibat dikecam dan rasa tersilap Ngeh telah mohon ampun dan maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia.Mohon maaf Ngeh tak diterima oleh puak Umno dan mahu panjangkan kes ini untuk dijadikan talian hayat Umno sebagai isu pilihanraya yang semakin hampir.Setahu saya Chua Soi Lek Presiden MCA yang kata adun Umno yang cadangkan hukum Hudud dilaksanakan di Johor sebagai hilang akal atau gila  tak pernah pulak reti minta maaf.

Orang bukan Islam tak sepatutnya menyibuk tentang Islam lebih baik sibukkan dengan agama sendiri!
Ulama muda Umno juga patut minta maaf sebab kata demontrasi haram sama macam Ngeh yang buta tentang Islam kata buang masa saja berdemontrasi.Mana lagi hina fatwa Fathul Bari dengan Ngeh?Ngeh dikecam kerana dituduh hina Islam kerana beliau bukan seorang Islam.'Fatwa' Fathul Bari juga hampiri apa yang Ngeh maksudkan.

Kepada yang malas turun demo tak kira ustaz Umno atau ustaz Pas lebih suka melayan kitab dalam masjid hang pa buat lah kerja hang pa kami buat kerja kami.Kalau demo Bersih 3.0 tak ada pulak penyokong PR yang kata lebih baik dok rumah tapi bila demontrasi anti filem hina Nabi masing-masing nak corner-corner hujah tak mau turun demo!


Ada yang kata filem lawan dengan filem la...seni lawan dengan seni la geli aku dengaq!Takkan filem lucah nak lawan dengan filem lucah?


Tukang 'fatwa' yang kata demo haram sepatutnya berjalan dan round seluruh dunia Islam kini adakah mereka selesa duduk di rumah menonton tv dan tidak geram dengan makhluk yang hina Nabi Muhammad SAW dan Islam?Pas tu baru buat 'fatwa'.


Takat kecam dalam blog,twitter dan FB tapi tidak berani turun di jalanraya hebat sangat ka 'fatwa' tu? Saya dok teringat 'fatwa' hebat Tun Madey yang kata 'Umno-Bn syaitan yang dikenali'.Tak ada biji mata dalam Umno yang berani lawan 'fatwa' Tun Madey.