Friday, February 8, 2013
JASA UMNO - 300,000 Melayu masih berpendapatan bawah RM1000.00
Monday, February 4, 2013
Betulkan penyokong UMNO mula kutip banner Nurul Izzah untuk di buat simpanan peribadi..!!
Monday, November 12, 2012
Jika Nurul hina Agama maka PAK LAH pun kira 2x5 la jugak..!!!
Laporan bertarikh Julai 2007 dari media Singapura itu dikesan berlegar di laman sosial dan juga blog para penyokong Pakatan Rakyat, antaranya blog Anak Sungai Derhaka dan juga laman Facebook Demi Rakyat.
Kemunculan semula laporan berkenaan dipercayai ekoran serangan keras daripada pemimpin BN ke atas Nurul Izzah Anwar, susulan satu kenyataan kontroversi naib presiden PKR itu pada 3 November lalu.
Menurut laporan Channel News Asia itu, yang diterbitkan semula oleh akhbar Today, Abdullah didakwa menyatakan bahawa "golongan yang mahu meninggalkan Islam patut dinasihati oleh pihak berkuasa agama, dan sekiranya tetap mahu menukar agama, patut dibenarkan berbuat demikian."
"Ini bukan satu perkara yang tidak boleh dilakukan. Untuk mereka yang tidak mahu menjadi Islam lagi, apa yang anda boleh lakukan?
"Jika mereka mahu tinggalkan Islam, apa yang anda mahu lakukan. Lebih baik anda biarkan mereka (tinggalkan Islam)," kata Abdullah seperti dipetik dalam laporan tersebut.
"Saya selalu berkata kepada pegawai agama bahawa mereka perlu dengan rintihan (orang yang mahu meninggalkan Islam).
"Ada disebabkan mereka kecewa dengan perkara tertentu yang berlaku dan disebabkan itu mereka mahu meninggalkan agama Islam?," soalnya, seperti dilaporkan.
Satu lagi melibatkan Nyonya Tahir yang meninggal dunia pada usia 89 tahun dan telah membuat perakuan bersumpah memohon dikebumikan sebagai seorang penganut Buddha.
"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegasnya lagi.
Nurul Izzah teraniaya - dia telah dipelupuh hingga hampir mati oleh orang yang benci kepada Anwar
Sunday, November 11, 2012
Di mana salahnya kenyataan Nurul Izzah?
Oleh: Sulaiman Ahmad
Utusan Malaysia atau panggilan sinis di kalangan rakyat Malaysia sebagai Utusex Meloya berhempas pulas memutarbelitkan kenyataan Nurul Izzah Anwar. Akhbar yang telah berpuluh kali disaman kerana memfitnah itu hanya menyiarkan kenyataan Izzah yang diputarbelit, tetapi menyembunyikan latarbelakang bagaimana kenyataan itu terbit dan apa maksud sebenarnya.
Ia berdasarkan soalan yang diajukan oleh Siti Kasim, seorang yang dilaporlan penganut Kristian berketurunan Orang Asli berhubung ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256 berhubung konsep ‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….’
Jawapan yang diberi oleh Nurul Izzah memang tepat sekali iaitu tiada paksaan dalam agama bukan hanya untuk bukan Islam sahaja tetapi juga untuk orang Melayu yang sinonim dengan Islamnya. Maksudnya, bukan orang bukan Islam sahaja yang tidak boleh dipaksa mengganut Islam atau mengamalkan ajaran Islam tetapi orang Melayu/Islam juga tidak boleh dipaksa untuk menganut ajaran bukan Islam. Jadi, di mana salahnya kenyataan Izzah itu?
Baiklah, kalaulah kenyataan asal beliau tidak jelas atau terdedah untuk membawa kepada beberapa maksud maka perkara terbaik untuk dilakukan ialah merujuk balik kepada kepada orang yang mengeluarkan kenyataan maksud sebenarnya.
Setelah dirujuk kepada Izzah ternyata ia tidak bermaksud seperti yang diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia.
“Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad,” tegas Nurul Izzah.
Nah, jelas, terang lagi bersuluh bahawa beliau tidak bermaksud seperti yang difitnah oleh Utusan Malaysia maka mengapa beriya-iya sangat puak tertentu nak terus mengaitkan Izzah dengan dakwaan tersebut.
Nampak sangat UMNO dan konco-konconya bukan berhajat memperjuangkan isu aqidah ummah tetapi lebih memikir bagaimana mahu mencari untung politik melalui cara menipu orang Melayu.
Maka dengan kekuasaan yang diperolehi dapat teruslah mereka merompak khazanah kekayaan negara untuk kepentingan diri dan kroni... walhal Islam tidak terbela juga. Itulah perangai sejati UMNO.
Tuesday, November 6, 2012
Nik Abduh - Adakah kekal beragama Islam adalah satu paksaan?
Nah Ambik Suka Fitnah Sangat.. Nurul Izzah mahu SAMAN........
6 November 2012
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
"Peguam akan mengambil langkah seterusnya," ujar Nurul Izzah menerusi laman mikro Twitter milik beliau.
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam memaklumkan mungkin akan memanggil Ahli Parlimen Lembah pantai itu untuk membantu siasatan.
Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya pihaknya menerima maklumat berhubung perkara tersebut.
“(Kenyataan itu) serupa juga dengan kenyataan semua agama adalah sama. Ia salah, mana boleh semua agama sama. Islam lain, Tuhan sudah kata Islam adalah sebaik-baik agama.
“Kalau ada rakaman itu minta dipanjangkan kepada kita. Tak semestinya ada laporan, maklumat (sudah) cukup, kita boleh bertindak. (Setakat ini), kita tak dengar maklumat itu lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nurul Izzah yang didakwa membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan peserta sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama sama seperti orang bukan Melayu dalam satu forum di Subang Jaya, Sabtu lalu.
Terdahulu media melaporkan, Nurul Izzah dipetik sebagai berkata: “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak menyatakan orang Melayu sepatutnya diberikan hak dari segi undang-undang berkaitan kebebasan beragama.
Nurul Izzah menerusi blog beliau, www.nurulizzah.com berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas pertanyaan lanjut yang diterima beliau ekoran kenyataannya di dalam forum “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.
"Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.
"Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
"Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan,"katanya.
Menurut pemimpin PKR itu lagi, beliau kesal terhadap percubaan memutarbelitkan kenyataannya yang kelihatan seolag-olah meremehkan soal aqidah "atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad."
"Saya cenderung mendukung program pendidikan dan dakwah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.
"Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama," tulis beliau lagi.
Ekoran kenyataannya Nurul Izzah turut dikecam oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang yang menganggap beliau sebagai menggadai agama.
Ketua Penerangannya, Muhammad Faiz Hashim berkata, kenyataan itu tidak wajar dikeluarkan seorang Islam seperti Nurul Izzah, sebaliknya beliau perlu mempertahankannya.
Monday, November 5, 2012
Nurul Izzah Sedia Beri Kenyataan Jika Dipanggil Jais
Apa lagi Nurul..jangan dok bagi muka kat UTUSAN nie..saman jee..!!!
"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegasnya lagi.
Anak sulung ketua umum PKR itu merujuk kenyataannya sebagai panelis dalam forum tersebut yang bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?"
Beliau dilapor berkata tiada seorang pun boleh dipaksa untuk menerima ajaran agama tertentu dan perkara itu juga terpakai untuk orang Melayu.
Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Melayu bebas pilih agama?" dengan memetik laporan Malaysiakini berhubung kenyataan Nurul itu.
Tuesday, September 18, 2012
Kenyataan #Hishammuddin bukti polis tidak bebas, kata #Nurul Izzah
KUALA LUMPUR, 17 Sept — Ahli parlimen PKR kawasan Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) menyifatkan kenyataan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tidak memberi jaminan keselamatan bagi program anjuran Pakatan Rakyat (PR) sebagai gambaran jelas institusi polis negara tidak lagi bebas.Tuesday, September 11, 2012
PR dan BN: Sama Tapi Berbeza
- Lima persamaan yang wujud adalah dimana kedua-dua gagasan politik ini sama pendirian di dalam tiang-tiang kenegaraan iaitu: Perlembagaan Persekutuan menjadi teras demokrasi;
- Institusi Raja-raja Melayu sebagai Ketua Negara;
- Islam sebagai agama rasmi;
- Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;
- dan Kedudukan Istimewa orang-orang Melayu dan penduduk bumiputera.
Tuesday, July 31, 2012
Insya'allah.. Berdoalah semoga Raya tahun depan kita pulang ke kampung dengan kereta baru dan murah..!!!
JOM LIKE
: Kami Sokong Pakatan Rakyat Mahu Turunkan Harga Kereta
Thursday, January 5, 2012
Hangpa Ambik Artikal nie copy dan print kemudian pie lempaq muka UMNO suruh depa jawab soalan-soalan tuu..???!!
oleh Nurul Izzah Anwar,
Sinopsis sejarah negara kita jarang sekali dipapar di dada media arus perdana. Walhal kisah lampau berserta pengajaran yang disemat di hati kita semua lah yang menjadi penentu kepada kejayaan kelak.
Seraya mengambil hasrat ini sebagai pembuka kata, saya lontarkan persoalan-persoalan berikut dalam meneliti liku-liku sebab-musabab kelemahan kita:
Siapa yang telah memerintah negara selama 54 tahun tanpa putus dengan menggunakan undang-undang keras anti-demokratik?
Siapa bersubahat dengan penjajah British menahan dan tidak berusaha membebaskan pejuang-pejuang kemerdekaan Melayu daripada tahun 1948 sehingga 1957?
Siapa yang sengaja benarkan Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1965 dengan mudah?
Siapa lemahkan kuasa dan martabat raja-raja dengan pindaan perlembagaan pada 1993?
Siapa memberitahu seluruh rakyat bahawa raja-raja Melayu tidak relevan dan membahayakan bangsa pada tahun 1993?
Siapa yang menghasut agar semua harta Raja-Raja disiasat dan dirampas pada 1993?
Siapa yang melemahkan institusi kehakiman dengan memecat Ketua Hakim Negara dan meminda perlembagaan pada tahun 1988?
Siapa yang hancurkan UMNO Lama yang ditubuhkan tahun 1946 dan gantikan dengan UMNO Baru pada tahun 1988?
Siapa yang melemahkan kuasa politik Melayu dengan mengurangkan kerusi majoriti melayu melalui proses persempadanan semula semenjak 1999?
Siapa yang memberikan kerakyatan dan kad pengenalan biru kepada warga asing dengan mudah untuk undi?
Siapa lemahkan ekonomi Melayu dengan menjual RM50 billion daripada RM52 billion saham DEB semenjak 1970?
Siapa serahkan dengan mudah dan murah; Pulau Batu Putih dan tanah KTM ke Singapura dan Blok L dan M ke Brunei?
Siapa yang menjual tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu dengan merubah status tanah kepada pegangan bebas (freehold) dengan mudah?
Siapa yang telah menenggelamkan Bank Bumiputera Malaysia Berhad yang diwujudkan daripada Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1965?
Siapa yang memberikan lesen judi yang bertentangan dengan Islam kepada syarikat swasta tauke seperti Genting, Berjaya Sports Toto dan lain lagi?
Siapa lemahkan penguasaan matematik dan sains anak melayu dengan mengubah bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris dan setelah berbelanja lebih RM6 billion dan 8 tahun sekarang mahu mengubah balik kepada Bahasa Melayu?
Siapa yang membebankan anak muda dengan hutang pendidikan tinggi melebehi RM 25 billion?
Siapa yang menyebabkan peluang pekerjaan anak muda berkurangan dengan dasar pengunaan buruh asing yang membantut kadar upah di pasaran buruh Negara?
Siapa galakkan harga barang naik berganda dengan membenarkan monopoli seperti Bernas dan amalan herotan pasaran yang hanya menguntungkan para peniaga berterusan?
Siapa bebankan rakyat dengan kadar bil letrik yang tinggi berbanding dengan Negara jiran yang bukan pengeluar minyak?
Siapa yang bertanggung jawab meluaskan lagi jurang pendapatan dengan ‘gini coefficient’ 0.492 yang kedua tertinggi di Asia dimana yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin?
Siapa yang menjadikan harga kereta mahal dua kali ganda dengan dasar perlindungan otomotif yang membebankan rakyat dan menguntungkan industri otomotif?
Siapa bebankan rakyat dengan kadar tol lebuhraya yang tinggi sedangkan kutipan cukai jalan dan saman kenderaan mampu menampung pembinaannya tanpa tol?
Siapa yang membenarkan harga rumah bertambah tinggi sehinga 15 kali gaji tahunan berbanding piawaian antarabangsa dengan hanya 5 kali gaji tahunan?
Siapa benarkan syarikat-syarikat gergasi merosot dan gagal sehingga hanya menjadi jaguh kampung seperti MAS, Perwaja dan Proton?
Siapa yang untung daripada bakal penyenaraian 800,000 hektar tanah perladangan milik peneroka nanti dengan anak syarikat Felda yang rugi besar?
Siapa benarkan rangkaian stesen minyak Esso dijual bukan kepada LTAT yang wakili perajurit majoriti Melayu tapi dijual kepada syarikat arak San Miguel dari Filipina?
Siapa untung apabila hasil khazanah minyak negara akan diberikan kepada syarikat milik anak-anak pemimpin melalui skim lapangan minyak pinggiran (marginal oil fileds)?
Siapa untung apabila semua harta kerajaan seperti pelabuhan Pulau Pinang yang bakal diswastakan murah dan apabila rugi seperti Indah Water akan diselamatkan kerajaan menggunakan duit rakyat dengan harga tinggi?
Siapa yang menyebabkan kemerosotan Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa yang telah jatuh ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003?
Siapa yang membeli alat-alat pertahanan Negara seperti Kapal Selam (RM6 billion), kapal laut (RM9 billion) dan kereta perisai (RM6 billion) yang berlipat ganda dari harga biasa semata-mata untuk memperolehi komisen untung atas angin?
Siapa kekalkan 70% melayu terus miskin dengan pendapatan bawah RM3,000 sebulan sehinggakan majoriti 5.2 million yang dijangka dapat sumbangan RM500 daripada kerajaan adalah melayu?
Siapa yang kurangkan pengurusan dan peluang perniagaan Melayu dalam Petronas dan syarikat-syarikat GLC lain?
Siapa yang menyebabkan dan juga menerima faedah ketirisan ekonomi lebih RM1 trillion semenjak merdeka?
Siapa yang menambahkan lagi beban hutang negara bakal melebihi 50% KDNK yang mencecah RM500 billion yang digunakan untuk berbelanja boros membayar projek atau pembelian dengan harga yang sengaja diganda tinggikan?
Siapa yang menerima tapi pada masa yang sama tidak mahu mengaku menerima pinjaman dari Bank Dunia?
Siapa benarkan ekonomi Singapura, Taiwan dan Korea Selatan yang sama besar dengan Negara pada tahun 1960an merosot jauh ketinggalan sebanyak tiga kali ganda sekarang?
Siapa yang hidup mewah dengan mampu membeli kondo mewah, kereta mewah, pakaian fesyen mewah, perhiasan mewah, cincin mewah, percutian mewah dan gaya hidup serba mewah dengan gaji penjawat awam atau gaji menteri?
Siapa selalu meggunakan bahasa keras dan lucah untuk mengugut diludah serta memaki hamun orang dan bangsa lain?
Siapa gemar memperkudakan semua institusi dan agensi kerajaan untuk kepentingan sempit?
Natijahnya, kenalilah kita siapa penghasut, pembatu api dan pengkhianat Agenda Melayu sebenar. Dan bangkit mengganti kelemahan dengan kekuatan sebenar.
Friday, November 25, 2011
Saksi kepada fenomena dalam diam.. Rakyat semakin di tindas..!!
Ada kayu diukir indah berseni; Ada kayu dibakar merah membara; Diam-diam ubi, untunglah petani; Diam-diam korupsi, rugilah negara;
Pun begitu, dengan kewujudan laman-laman berita alternatif dan sumber maklumat lainnya, rakyat mengetahui juga, dalam diam berapa individu di lantik menjadi senator; atas dasar apa, kita hanya boleh berspekulasi dalam diam. Tahukah kita dalam diam sebanyak 44 Ahli Dewan Negara dilantik kerajaan tanpa rasional serta penjelasan sumbangan mereka ini kepada negara?
Ada juga yang merasionalisasi sumbangan mereka ada kaitannya dengan kicauan murai menghina dan mencerca burung personaliti pembangkang. Ya, dalam diam, murai-murai upahan ini dapat habuan lumayan, dalam diam, nilaian berpuluh ribuan. Dalam diam seorang senator yang hanya duduk diam memanaskan kerusi Dewan Rakyat mendapat habuan seperti berikut. (cuba baca dalam diam)
Elaun mesyuarat : RM200 sehari untuk hadiri persidangan Majlis Parlimen
Elaun keraian : RM1,500
Bayaran khas : RM750 sebulan
Elaun hidup harian : RM150 bagi tiap 24 jam bertugas rasmi di luar negara.
Elaun RM100 perjalanan: Jarak tidak kurang 32 km dari pejabat/tempat kediaman MP
Elaun bulanan tetap perjalanan: RM750 sebulan
Elaun tetap pemandu kereta : RM1,200 sebulan.
Dalam diam: berapa undi pos bertambah dan berapa pula undi askar Wataniah tersenarai selaku undi pos yang dirancang diwujudkan di seluruh kawasan Parlimen di bumi Malaysia. Hal ini berlaku sedang pengumuman dibuat kononnya sistem pilihan raya akan melalui proses reformasi yang menyeluruh!
Dalam diam: jumlah permohonan taraf kewarganegaraan yang diluluskan dari 2008 hingga Ogos 2011 sebanyak 27,293 permohonan. Jumlah ini tidak termasuk penduduk tetap yang sedang rancak diberikan hak mengundi setelah dijadikan warganegara. Dalam diam: RM437 bilion hutang ditanggung negara yang kini hampir mencecah 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar Negara (KDNK) yang semakin menghampiri paras had yang bertentangan undang-undang negara, memetik Laporan Ekonomi Kerajaan Pusat 2010/11.
Dalam diam: inflasi naik mendadak tetapi kerajaan kata ia masih lagi rendah tahap 3.4 peratus. Mana mungkin boleh naik, kayu ukuran yang diguna hanyalah barang terkawal? Dalam diam: berapa jumlah jutawan dicatat di Malaysia, yang kini mencecah 39,000 -antara yang tertinggi di Asia Tenggara sedangkan negara berhadapan dengan hutang beratus bilion, bagaimana negara mencipta jutawan sedangkan berjuta-juta rakyat sengsara memikirkan setiap hari mencari sesuap nasi. Jumlah cukai yang dibayar mereka bergaji RM20,000 atau RM200,000 sebulan sama saja! Sebaliknya, hendak juga dipaksa rakyat, tidak kira miskin atau kaya, membayar cukai GST nanti!
Dalam diam: sejak April 2010 sehingga kini, hampir satu juta rakyat sudah meninggalkan negara mencari kemakmuran di negara lain, kerana mereka dalam diam berasa kecewa dengan apa yang berlaku di dalam negara ini. Dalam diam - rujuk laporan Ketua Audit Negara - saban tahun seribu satu pembaziran berlaku, namun bila diambang bankrupsi, rakyat dipersalahkan, kerana sudah terbiasa subsidi.
Dalam diam; kedai-kedai runcit orang Melayu dirubah imej dan wajah menerusi program Tukar. Sebenarnya bukan sangat nak menolong; Pak menteri nak pastikan kedai-kedai runcit luar bandar boleh Dicukai nanti menerusi cukai baru GST! Oleh itu, bukankah sudah tiba masanya rakyat Malaysia membuat keputusan dalam diam, seperti api di dalam sekam?
Thursday, November 17, 2011
Isu Nurul Izzah ada Simpanan di Bank Israel - Tak Rasa Berdosa kaa dok buat kerja fitnah nie..??
Nurul Izzah ada Simpanan Di Bank Israel?.. FITNAH tu.. ini buktinya..

Ada dengan tajuk “MENGGEMPARKAN ! Nurul Izzah Anak Anwar Ibrahim, Ada Kaitan Dengan Israeli National Bank ??” seperti printscreen di bawah..

Ada pula dengan tajuk“Patutla Anwar selalu pergi ke Luar Negara rupa-rupanya terlalu banyak wang dalam USD di simpan di Bank Of Israel” seperti dibawah..

Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip tanpa usul periksa (mungkin dia buta IT)telah mencabar Nurul Izzah untuk mengikut jejak langkah bapanya Anwar Ibrahim yang akan membuat tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas pendedahan yang berkaitan akaun simpanan dan jumlahnya di dalam Israeli National Bank.
Adakah benar dakwaan mereka itu atau sekadar fitnah? Maklumlah.. fitnah dengan Blog-blog Pro UMNO ni umpama aur dengan tebing..
Isu mengenai beberapa pemimpin mempunyai account dalam Israeli National Bank ini bukanlah satu perkara yang baru, ianya telah tersebar meluas pada pertengahan tahun 2008.
Antara nama yang dikatakan mempunyai account di dalam Israeli National Bank itu ialah Tun Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO.
Bagaimanapun ianya terbukti sebagai satu fitnah apabila individu yang menyebarkannya mendiamkan diri bila Tun telah mencabarnya untuk memberikan nama dan nombor kad pengenalannya..
Tun Mahathir menjelaskannya sebagai satu fitnah besar jika dikatakan beliau dan keluarganya mempunyai jumlah simpanan sebanyak USD199.45 juta dan SGD42 juta dalam bentuk deposit tetap melalui pelaburan di cawangan bank tersebut di Singapura.
Di dalam laman web Mahathir di www.chetdet.cc semasa menafikan laporan tersebut, Tun telah mencabar individu yang terbabit menyebarkannya supaya memberikan nama beliau dan nombor kad pengenalan supaya boleh disaman oleh pihaknya.
Tun juga telah memberikan kebenaran penuh kepada Israel National Bank untuk menyiarkan kepada awam akaun yang dimaksudkan tersebut supaya beliau boleh menuntut wang yang dikatakan milik dirinya dan keluarganya itu.
Malangnya tiada kenyataan yang disiarkan oleh Israeli National Bank dan manusia yang mula menyebarkan fitnah ini tidak berani tampil untuk menyerahkan nama dan nombor kad pengenalan beliau kepada Tun.
Kini isu ini dimainkan semula oleh Blogger Pro UMNO … dan Nurul Izzah yang mempertikaikan kualiti barangan di kedai 1Malaysia menjadi mangsa..
Lebih hebat lagi apa yang difitnah sebagai account Nurul Izzah itu hanyalah diubahsuai dari fitnah yang telah tersebar pertengahan tahun 2008 dulu..
Ini kononnya data-data tentang account Nurul Izzah..
Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00
7. Name : Ms Marina Bte Mahathir
Post : Malaysia AIDS Council President
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : C-719-418-210 (M)
Amount : USD 13,000,000.00
Date of opening account : 17/06/96
Date of Maturity : 17/06/99
12. Name : Mr Mokhzani Bin Mahathir
Post : Son of Prime Minister
Passport No. : R 719325 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00
Kecuali nama, tidakkah ianya sama dengan data-data yang digunakan oleh blogger pro UMNO untuk memfitnah Nurul Izzah?
12. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00
Begitu juga dengan yang ini.. perhatikan apa yang telah ditukar pencacai UMNO..
8. Name : Ms Nurul Izzah Bte AnwarDan juga yang ini..
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : F-817-200-11 (C)
Amount : USD 12,500,000.00
Date of opening account : 03/12/96
Date of Maturity : 03/12/99
8. Name : Ms Marina Bte Mahathir
Post : Malaysia AIDS Council President
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : F-817-200-11 (C)
Amount : USD 12,500,000.00
Date of opening account : 03/12/96
Date of Maturity : 03/12/99
9. Name : Ms Nurul Izzah Bte AnwarHanya nama dan post yang ditukar mereka..
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
5 years
Account No : G-211-922-718-2 (D)
Amount : USD 15,000,000.00
Date of opening account : 12/07/97
Date of Maturity : 12/07/02
9. Name : Ms Marina Bte Mahathir
Post : Malaysia AIDS Council President
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
5 years
Account No : G-211-922-718-2 (D)
Amount : USD 15,000,000.00
Date of opening account : 12/07/97
Date of Maturity : 12/07/02
Lain-lain korang comparelah sendiri.. aku paste kandungan e-mail fitnah terhadap pemimpin UMNO dan juga data-data yang mengatakan itu adalah dari account Nurul Izzah..
Sumber dan maklumat selanjutnya klik di SINI (ASD).
Thursday, November 10, 2011
Skim Pak Man telo dan bahananya
Jikalau Pak Man Telo yang mengasaskan Skim Cepat Kaya masih lagi menjalankan skim tersebut tentunya dia orang yang paling gembira di Malaysia. Masakan tidak sebagai pengasas skim ini tentunya dia akan menjadi perujuk utama kepada pelbagai skim yang sedang beroperasi di Malaysia.
Pertama, kita ada Skim Perunding 1Malaysia, di mana skop tugasan hanya melibatkan persembahan kepada kerajaan tentang bagaimana hendak menunjukkan kepada rakyat bahawa negara akan bankrap. Selesai sahaja, dapatlah berpuluh-puluh juta.
Kedua, Skim Kurangkan Subsidi Rakyat, buatlah pelbagai unjuran, angka dan sedikit ugutan bahawa subsidi perlu dikurangkan, nyatakan rakyat perlu mengikat perut dalam zaman yang makmur ini. Balasannya juga maha lumayan - menjangkau jutaan ringgit. Hai, sekadar makmal sahaja sudah boleh meraih RM24 juta.
Ketiga, Skim Miliki RM75 juta, skim ini amat menarik; di mana perjanjian dibuat dengan pemaju perumahan melibatkan sebidang tanah yang kini diduduki oleh majoriti setinggan Melayu. Pindahkan saja setinggan ni ke rumah flat atau penempatan rakyat. Selepas dipindahkan, hanya perlu menunggu beberapa tahun sebelum saham dalam syarikat kerjasama dijual untuk RM75 juta. Begitulah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh parti pemerintah, oleh sebuah negara berjaya meraih untung RM75 juta.Keempat, Skim Cincin Berlian RM24 juta. Caranya mudah; hanya simpan duit ketika anda belum lahir lagi dan tanpa diduga, apabila anda mencecah umur 50 tahun ke atas, maka anda berpeluang untuk miliki cincin berlian yang maha bernilai itu. Apa yang paling penting ia tidak akan dikenakan cukai import dan perkhidmatan - lumayan, bukan?
Kelima, Skim Kapal Selam yang punyai masalah (kadangkala) tidak boleh menyelam. Caranya mudah - hanya cadangkan kepada kerajaan pembelian kapal selam atau apa-apa senjata untuk keperluan ketenteraan, kemudian kenakan komisen. Hanya terma, komisen jangan disebut. sebaliknya cukup sekadar menyatakan ia bayaran perkhidmatan sokongan.
Pulangannya bukan main; minimum pun sudah mencecah RM500 juta dan kalau peralatan lebih canggih, maka bolehlah kita tambah keperluan selenggaraan untuk membolehkan peralatan tu terus beroperasi. Kos selenggara mampu mencapai sampai satu bilion ringgit!
Saya boleh saja menyenaraikan pelbagai lagi skim di Malaysia; namun rasanya helaian dalam akhbar Sinar Harian tidak mencukupi kerana terdapat beribu-ribu skim, Skim Sapu 1Malaysia, Skim Curi-Curi Wang Malaysia, Skim Ambil Bangunan MRT, Skim paksa GLC Pinggirkan saman untuk selamatkan kroni, Skim Lesap Wang Zakat dan pelbagai skim cepat kaya yang berilhamkan Skim Cepat Kaya Pak Man Telo.
Skim ini berkemungkinan memastikan parti pemerintah mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum akan datang dengan menjadikan penduduk tetap sebagai pengundi.
Tetapi kepada rakyat yang setia kepada negara, tidak pernah lupa membayar cukai dan zakat, tidak pernah lupa membayar pelbagai lagi cukai termasuklah cukai air kumbahan, semua skim yang diperkenalkan ini dilihat sebagai Skim Memiskinkan Rakyat, Skim Melesapkan Harta Negara dan paling penting Skim Melupuskan Hak Rakyat.
Mengapa, kerana inilah sedang berlaku kepada rakyat yang sedang berhempas pulas mengikat perut kerana kenaikan harga melampau, bagaimana harga barang naik disebabkan keputusan parti pemerintah menarik balik subsidi minyak kepada industri pengangkutan yang merupakan penyebab utama kenaikan harga barang.
Bagaimana ia menggugat kehidupan rakyat apabila kenaikan harga barang ini tidak diikuti dengan kenaikan gaji, malah gaji minimum yang dijanjikan masih lagi tidak ditunaikan, walhal janji untuk mengawal harga barang hanya janji-janji kosong.
Apakah Skim NKRA, ETP dan pelbagai lagi yang di perkenalkan telah berjaya membantu rakyat, malangnya tidak ada yang dapat dibuktikan setakat ini; sedang dana negara sudah dibelanjakan, dong!
Angin sepoi-sepoi berserta alasan - itu sahaja yang diperoleh rakyat, yang terus cuba dijahilkan dengan skim-skim yang gah pada nama sahaja tetapi tiada faedah kepada rakyat yang kini berhadapan dengan tekanan maha teruk dan terpaksa pula berhadapan dengan pelbagai kesan sampingan yang diwujudkan oleh skim-skim yang diperkenalkan. Kesimpulannya: ayuh, kita hapuskan skim-skim ciptaan ini, ayuh kita hentikan skim yang menggugat kesejahteraan rakyat agar tidak dibiarkan sukses sebagai Pak Man Telo selama-lamanya! @KedahLanie.info
Wednesday, October 26, 2011
Apabila telaga minyak kering
Oleh NURUL IZZAH
“Salam sejahtera. Saya seorang rakyat Malaysia. Saya cintakan negara kita. Malaysi
a cukup indah, tapi ada macam-macam masalah. Tak perlulah saya sebutkan, kita tahu apa masalah ini. Masa depan negara kita terletak di tangan kita sendiri. Ingatlah, apa pun terjadi Malaysia ini negara kita. Ia memang banyak masalah. Malaysia perlukan kita semua. Ingatlah walau apa pun terjadi, negara ini adalah negara anda. Ia negara kita. Malaysia perlukan kita semua.”
Sebaliknya, ia diguna untuk keuntungan pihak terpilih di mana dalam generasi ini jika tidak ada perubahan dasar dan amalan pengurusan yang strategik, rakyat akan terus menjadi mangsa kepada apa yang Perdana Menteri sebutkan sebagai perangkap sumber asli (resource trap) atau sumpahan sumber (the oil curse) - di mana negara-negara yang kaya dengan sumber minyak akan lebih autokratik, pembangunan ekonomi tidak seimbang dan jurang kemiskinan akan melebar.
Adakah negara kita termakan dengan sumpahan sumber ini? Pada hemat saya, memang negara kita menyaksikan bahana sumpahan sumber dalam penyalahgunaan pendapatan sumber minyak dan gas negara yang boleh dibahagi kepada lima, iaitu sebagai Sumber Ketirisan Ekonomi, Sumber Herotan Ekonomi, Sumber Pemborosan Belanjawan Kerajaan, Sumber Kewangan ‘Gelap’ dan Sumber Krisis Ekonomi Generasi Muda.
Pertama, Petronas dijadikan kerajaan sebagai sumber ketirisan ekonomi. Sejak 1974 Petronas peroleh keuntungan (pendapatan tolak perbelanjaan) RM700 bilion. Sekiranya nisbah 30 peratus diambil kira sebagai ketirisan ‘perbelanjaan’ sebagai wang komisen orang tengah, mungkin kah keuntungan Petronas cecah RM1.0 trilion? Ke mana pergi jumlah wang begitu besar ini?
Kedua, Petronas diarah kerajaan menjadi penyumbang sumber herotan ekonomi. Subsidi gas dan petrol yang kurang saksama mencetus herotan ekonomi di mana subsidi ‘tenaga’ dinikmati pelabur asing sebagai sumber kos rendah bila ditambah dengan kos buruh asing yang rendah akan terus memerangkap dan menjerut potensi peningkatan manufacturing value chain untuk negara - tidak seperti di Jepun, Korea dan Singapura di mana mereka ini miskin sumber asli tapi kaya sumber modal insan.
Ketiga, Petronas menjadi telaga buta kewangan untuk belanjawan boros kerajaan. Sepatutnya hasil khazanah negara digunakan secara bijak seperti di Norway yang menubuhkan Tabung Hasil Minyak Negara untuk menabung bagi generasi masa depan apabila sumber minyak habis. Tabung negara Norway hanya membenarkan empat peratus hasil pendapatan minyak (bukan 40 peratus seperti di negara kita) digunakan dalam belanjawan negara.
Keempat, Petronas menjadi sumber kewangan ‘gelap’ di mana segala akaun dan pengurusan kewangan syarikat tidak perlu dilaporkan kepada Parlimen untuk pengetahuan umum. Oleh demikian kita dapati sumber wang Petronas digunakan untuk pelbagai ‘projek khidmat negara’ seperti Malaysia Philharmonic Orhestra yang berbelanja tinggi, membina Putrajaya dengan kos berganda dan pelbagai projek mega yang membazir.
Kelima, lebih dari persoalan penyalahgunaan dan pengurusan tidak strategik sumber asli negara adalah apa yang akan berlaku apabila telaga minyak kering? Apakah ini akan cetuskan krisis ekonomi generasi muda kelak yang akan memperlihatkan negara bukan saja miskin sumber asli, tetapi modal insan kerana kurang tumpuan dan pelaburan pendidikan strategik ketika mewah?
Apabila telaga minyak kering, kerajaan terpaksa mencari sumber pendapatan lain seperti menambah pelbagai jenis kutipan cukai baru seperti GST, menaikkan yuran perkhidmatan kerajaan seperti pendidikan, kesihatan, tol, tarif elektrik dan semua yang boleh dinaikkan sehingga beban rakyat berganda.
Oleh itu tidak terlambat untuk rakyat menuntut agar dasar dan pengurusan sumber minyak dan gas negara dipulihkan dengan bijaksana melalui dua pendekatan iaitu Petronas diletakkan di bawah kawal selia Parlimen dan keuntungannya digunakan 10 tahun untuk menjayakan gagasan revolusi pendidikan yang akan membina kapasiti daya saing rakyat.
Monday, October 17, 2011
Sakan inisiatif, sakan pandangan
Kedua-dua kerajaan - kita dan British – menghadapi perasaan tidak senang, kekecewaan yang meningkat dalam kalangan rakyat atau istilah politik saya ‘malaise’. Saya riang musim hawa dingin. United Kingdom (UK), Eropah, Amerika Syarikat (AS) memasuki musim sejuk (sebelum salji) secara rasmi akhir September awal Oktober. Musim autumn di Eropah atau fall (daun gugur) di AS. Kita tiada empat musim seperti UK dan AS: spring (musim bunga), summer (musim panas), autumn dan musim salji atau winter. Kita hanya mempunyai dua tempoh: panas dan hujan. Mutakhir kita ada tiga musim – panas, hujan dan jerebu! Jepun ada tsunami, gempa bumi, typhoon; India, Bangladesh, Pakistan bah, monsun (monsoon) yang menyebabkan banjir kilat berlaku juga musim kemarau yang berlanjutan seperti majoriti negara Afrika yang dilandai musim kontang.
Lazimnya orang British dan Eropah tidak minati musim panas. ‘How I hate August’, tulis novelis Susan Hill tahun lepas waktu summer hampir tamat. Kemuncak musim panas di Eropah dan England ialah bulan Ogos sebab itu mereka tidak suka bulan itu. Sebabnya banyak. Antaranya saya perturunkan dalam bahasa asal Hill: ‘it’s the month (yakni Ogos) when everything goes on hold and nobody answers the phone because they are not there (musim panas ramai tuang kerja!) and Americans looking for Buckingham Palace in the wrong place (yakni pelancong AS mencari-cari Istana Buckingham di tempat salah)...the garden is full of wilting flowers. Airports are crammed with people sleeping on their luggage. Holidays abroad in August, bah!’ Touris Malaysia dan Asia gemar ke Eropah masa panas. Buat apa ke sana waktu hawa lebih kurang seperti musim panas kita? Satu sebab sahaja saya nampak bagus ke UK dan AS masa summer: membeli belah terutama pakaian musim panas yang amat sesuai dipakai di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan negara ASEAN lain. Sekarang saya gesa orang Malaysia mengunjungi UK dan AS kerana wang tukaran atau foreigh exchange antara Sterling Pound dan AS Dollar dengan Ringgit Malaysia agak murah. Sebulan dahulu RM4.88 atau kurang lebih begitulah untuk 1 Sterling Pound. Semasa kali pertama saya di UK (1962), tukarannya antara $8 – $8.50 Straits Dollars untuk 1 Sterling Pound, Straits Dollars mata wang yang diguna oleh Malaya waktu itu. Apa pun seorang itu akan menjadi produk, asuhan, acuan pendidikannya. Yang berpendidikan di Barat lazimnya mirip kebaratan dan yang belajar di Timur Tengah ke‘arab’an.
Ramai manusia British gembira apabila musim panas beredar akhir Ogos – awal Oktober. Dalam musim summer orang British yang berada lazimnya, ‘flee to the Highlands of Scotland, which is what I usually do. So long, that is, as you don’t expect the sun to shine and are prepared to endure the midges’, tegas Hill. Elit Malaysia seperti penjajah British terdahulu, kalau sakan panas pergi ‘makan angin’ atau bercuti ke Bukit Cameron, Bukit Frasers, Bukit Maxwell (Bukit Larut dan Matang di Taiping), Bukit Bendera di Tanjung. Kami pelajar MCKK sebelum merdeka dibawa dan digalakkan bercuti di tempat-tempat peranginan ini seolah-olah sebahagian latihan awal menyesuaikan diri dengan musim sejuk apabila belajar di UK kelak. Apabila pulang senanglah memasuki iklim, dunia sosial kolonial selepas itu dunia sosial post merdeka dan sekarang globalisasi. Dunia sosial, politik dan ekonomi yang dinikmati majoriti elit Malaysia. Mereka seangkatan dengan saya menikmati peluang ini.
Kawan-kawan di UK – kulit putih juga pegawai kita yang bekerja di UK dan Malaysians diaspora berpendapat perdana menteri Najib Tun Razak harus mengadakan PRU-13 secepat mungkin: sebab dia agak popular sekarang. Kononnya 59 peratus pengundi sayanginya walaupun peratus itu sudah jatuh jauh dari mula-mula dia mengambil alih dari Badawi. Kedua taufan ekonomi mungkin berlaku di Amerika dan Eropah. Kalau ribut ekonomi berlangsung (ramai menjangka begitulah) ekonomi kita yang kini berkembang pada kadar 4 – 5 peratus terancam, akan mudah diperlemahkan lagi. Our economy becomes vulnerable’ terang Speaking. Ketiga parti pembangkang dilihat berada dalam keadaan yang kucar-kacir (disarray) terutama PKR. DAP kukuh, PAS stabil. Saya tidak setuju. Kalaulah saya penasihat politik Umno-BN janganlah adakan PRU tahun ini hatta ‘musim bunga antara Mac – Jun 2012’ pun. Sungguhpun perdana menteri Najib telah mengumumkan berbagai-bagai inisiatif – ISA dimansuhkan dan sakan lagi.
Juga sakan pandangan yang berbeza. Saya rasa dan berharap mereka terus berkhidmat sehingga slogan yang dilaung-laungkan kini ‘utamakan pencapaian, rakyat didahulukan’ menjadi kenyataan dan tempoh pilihan raya tamat April 2013! Sebelum ke England sebulan dahulu nak jumpa pemimpin Umno pun susah. Di Kelantan tengah sibuk membuat persediaan PRU-13 olok-olok. Speaking berkata, ‘good luck to them’. Ingat, inisiatif Najib ini telah pun di ‘discounted’kan oleh pengundi yang berfikir dan muda-mudi kerana mereka telah menjangkakan ini semua.
Kononnya Pakatan Rakyat sedang menghadapi jalan buntu. Siapa PM kalau PR menang.
Menanglah dahulu! Anwar Ibrahim akan didapati bersalah dan dipenjarakan teka ramai di dalam dan di luar negara. Saya tidak nampak kenapa Nurul Izzah tidak boleh jadi ‘Yingluck Shinawatra’ Malaysia? Lebih muda, lebih berpendidikan, lebih rupawan, walaupun mungkin tidak banyak wang seperti Yingluck; apa pula salah dengan Tok Guru Haji Hadi, Lim Kit Siang? Dalam perlembagaan tidak disebut PM mesti Melayu/Islam. Ku Li masih nak sangat jadi PM. Ku Li bisa dilantik kalau Nurul Izzah, Haji Hadi, Lim Kit Siang agak sukar mendapat sokongan sebulat suara. Ku Li mengikut sok sek sok sek boleh jadi calon yang boleh diterima oleh semua. Apa lagi kalau dia dapat membawa bersamanya ramai MP Umno-BN. Saya tidak nampak langsung pilihan PM isu besar. Gampang. Kata orang seberang. Bisa diatur.
Memenangi pilihan raya sukar diatur tetapi tidak mustahil.
Baik Melayu, Cina, India dan Pribumi di Sarawak dan Sabah sakan menikmati anugerah Allah SWT di bumi Malaysia yang subur dan makmur ini. Pada keseluruhannya kita makmur (relatively speaking that is), aman damai (relatively speaking) dan pentadbiran boleh dikira cekap juga; korupsi (masih boleh ditelan walaupun toleransi rakyat tidak boleh lagi taken for granted). Ramai masih tidak senang dan tenteram kerana mereka tidak mensyukuri apa yang dinikmati dan dikurniakan. Mereka yang tidak puas hati, tidak berterima kasih berhijrah. Penduduk kita kini 28 – 29 juta, 30 – 35 peratus bukan Peribumi tetapi mendahului Peribumi yang berjumlah antara 65 – 70 peratus dalam ekonomi, pendidikan, profesion, separa profesional dan dalam semua bidang industri canggih, kewangan, insurans dan reinsurans.
Kalau yang tidak senang serta mendapati Malaysia mengamalkan quasi-demokrasi yakni separuh demokrasi, demerit bukan meritokrasi kita tidak boleh menahan mereka membuat pilihan suka hati mereka. Semoga mereka ini akan mendapat apa yang mereka kejar di destinasi yang ditujukan. Siapa kata tiada ‘ethnic divide’ di UK, AS? Sama ada mereka ini buta atau sengaja tidak mahu menerima hakikat hidup.
Saya ingin membaca satu hari sejarah negara kita yang sahih yakni sejarah kemerdekaan yang dianggap lengkap, definitif dan muktamad. Apa pun pelajarilah dari penjajah British dengan menjadikan history satu subjek penting dalam silibus pendidikan kita.





