Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Utusan tetap kena bayaq terhadap MP Khalid Samad

MP Shah Alam kekal dapat gantirugi RM60,000

Bernama 8:55AM Jan 18 2013

Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhadmembayar RM60,000 sebagai gantirugi kepada anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad kerana menerbitkan artikel bersifat memfitnah di akhbar itu.

Keputusan itu dibuat panel hakim lima anggota diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Panglima Richard Malanjum semalam sewaktu menolak permohonan semakan oleh Utusan Melayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan Melayu membayar gantirugi itu.

Panel hakim lain terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, juga mengarahkan Utusan membayar kos guaman RM10,000 kepada Khalid Samad.


Utusan Melayu, yang diwakili peguam Mohana Kumar menegaskan wujud ketidakadilan kerana Mahkamah Rayuan melucutkan hak syarikat untuk lanjutan masa bagi memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu (terhadap keputusan Mahkamah Tinggi) di Mahkamah Rayuan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 16 Peraturan-Peraturan Mahkamah Rayuan 1994.

Sementara itu, peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Khalid berhujah tidak berlaku ketidakadilan kepada Utusan Melayu.

Anggota Parlimen PAS itu menamakan Ketua Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak serta penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, berhubung penyiaran dan pencetakan perkataan berbaur fitnah terhadapnya di muka depan Utusan Malaysia pada 11 September 2009.

Defendan dalam pernyataan pembelaan mereka menyatakan penyiaran artikel berkenaan dibuat berdasarkan komentar Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkfli Noordin dalam blognya pada 9 September 2009.

Pada 30 September 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan tuntutan saman Khalid dan memutuskan Khalid dapat membuktikan kesnya bahawa beliau telah difitnah dan dimalukan oleh defendan dalam artikel bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut'.

Pada 14 Oktober 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas membuat taksiran kerosakan yang dialami, memberi award itu kepada Khalid.

Pada 24 Mei tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Utusan Melayu selepas memutuskan notis rayuan syarikat itu tidak kukuh.

Mahkamah membenarkan permohonan Khalid untuk membatalkan notis rayuan Utusan Melayu dengan alasan ia tidak kukuh kerana gagal mematuhi Seksyen 68(1)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Seksyen itu menyatakan rayuan untuk tuntutan kurang daripada RM250,000 kebenaran mesti diperoleh daripada mahkamah untuk mengemukakan rayuan.

Utusan Melayu mengambil pendirian bahawa ia tidak memerlukan kebenaran untuk merayu berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2011 dalam kes Harcharan Singh, Sohan Singh lawan Ranjit Kaur S.Gean Singh.

- Bernama

Friday, December 28, 2012

[Kantoi] UTUSAN jika cerita kena kat UMNO terus buat cerita nak cover line..

Tengok neh !! Utusan oh utusex mcm sial....



Isi cerita sama tapi tajuk ada kelainan.Apa yang nak diceritakan bukalah isu  besar cuma apa yang nak diperkatakan sikap akhbar utusan bila kena dekat batang idung dia bila mana seorang ketua Umno didapati bersalah oleh mahkamah kerana rasuah tajuk cerita pun molek bunyinya.
Berbeza pula dengan portal Malaysiakini  ditulis detail segala kejadian dan pernama serta parti persalah.
Hari ini Utusan cukup lembut gaya penulisan ,cuba melindungi keahlian persalah sebagai Ketua Umno Pandan.Cuba bayangkan jika persalah ini ketua Cabang Pandan..
Apa akan jadi kepada tajuk utama utusan pada hari itu ? dan agak agak korang la  berapa hari berapa malam utusan akan spin cerita ini...
ha ha ha ....Utusan oh utusan macam sial.....~ batuvskayu
 
 

Thursday, December 20, 2012

Siapa kata UTUSAN tak berubah.. Kan dari ELOK berubah jadi HARAM JADAH..

Umno sebabkan Utusan hilang kepercayaan rakyat

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong pandangan mantan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang bahawa Utusan perlu berubah jika mahu kekal relevan sebagai akhbar nasional.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata selagi mana Utusan dipengaruhi parti politik khususnya Umno, selagi itu ianya terus terbelenggu sehingga terpaksa mengikut telunjuk pihak tertentu.

"Bagi saya, pandangan Datuk Seri Azman Ujang wajar diberikan perhatian. Utusan Malaysia, akhbar yang diangkat sebagai akhbar nasional dan menduduki tempat pertama akhbar arus perdana akan terus merosot jualannya jika mereka kekal sebegini.

"Malah, mentaliti atau persepsi rakyat sudah meletakkan Utusan sebaris dengan akhbar nyamuk yang tidak ada harga untuk dibaca," katanya.

Azman Ujang sewaktu bercakap di forum 'Utusan: Kewartawanan Dahulu dan Kini' di Dewan Bahasa dan Pustaka semalam dilaporkan berkata, pendirian editorial Utusan yang membawakan agenda pro Melayu tidak cocok dengan demografi Sabah dan Sarawak.

Beliau juga berpandangan Utusan mempunyai toleransi yang agak rendah terhadap parti-parti pembangkang serta bersikap tidak lunak terhadap ahli-ahli politik pembangkang dalam pemberitaannya.



Mengulas lanjut Riduan berkata, pendirian Utusan itu telah menyebabkan akhbar yang dilabel sebagai 'akhbar Umno' itu acapkali disaman oleh pemimpin parti politik dan ada kes mereka kalah di mahkamah.

Ini katanya, menjadi bukti pemberitaannya yang berat sebelah serta mengandungi elemen fitnah atau mengadu domba.

"Kekerapan Utusan naik turun mahkamah menyebabkan rakyat hilang kepercayaan untuk membacanya, apatah lagi untuk memilikinya," katanya.

"Saya yakin, jika Utusan berani melakukan perubahan drastik seperti yang dihasratkan, harapan mereka menjadi akhbar terlaris di negara ini pasti menjadi kenyataan. Malah, mungkin boleh menyelamatkan nyawa Umno BN yang kini tinggal nyawa-nyawa ikan dalam survival politik mereka," katanya.

Wednesday, November 28, 2012

Utusan Rugi... tahniah rakyat Malaysia...


Utusan catat kerugian sebelum cukai RM1.09 juta bagi suku ke-3
November 28, 2012

KUALA LUMPUR, 28 Nov —Utusan Melayu (M) Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM1.09 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14.82 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Utusan berkata pendapatannya susut kepada RM90.05 juta daripada RM92.14 juta.

“Utusan menjual anak syarikatnya, Utusan Print Corp Sdn Bhd, dalam segmen percetakan pada September tahun lepas. Ekoran itu kumpulan ini meraih keuntungan RM14.1 juta daripada penjualan itu, yang menghasilkan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi,” katanya.

Mengenai prospek, Utusan Melayu berkata kumpulan itu akan terus memanfaatkan acara-cara seperti jualan mega dan kempen kembali ke sekolah untuk meningkatkan pendapatan daripada pengiklanan dan mengurangkan kerugian bagi tahun kewangan ini. — Bernama

Saturday, November 24, 2012

VENDOR JUAL UTUSAN merayu supaya saman TOKEY UTUSAN sudah depa sekadar menjual sahaja..!!

Kuburkan Utusan saja bukan vendornya

oleh ABU,

Assalamualaikum...

Saya mewakili vendor/peniaga surat khabar, amat tidak bersetuju di atas cadangan agar pengedar dan penjual Utusan di saman Di atas beberapa sebab.

1- Kami hanya mencari rezeki di bumi Allah ini, bukanlah hak Umno.Ini bukan penyelesaian .

2-Kami hanya berniaga, bukanlah penfitnah macam umno.

3-ALLAH swt mengurniakan akal kepada manusia, agar menimbang sesuatu berita sama ada benar atau fitnah.

4-KAmi adalah peniaga yg mempunyai akaun vendor di dalam setiap akhbar,sama ada Utusan meloya,NSTP,The star,Dan setiap akhbar yg ingin di ambil, perlu menggunakan wang hasil berniaga, harian, bukan dari UMNO. Termasuk Harakah, Keadilan, Roket.

5- Setiap akhbar ada pembaca dan peminat, terserah lah pada pembaca bagi menilai setiap berita atau artikel.

6- Janganlah bersikap macam Umno...mahu menyekat kebebasan bersuara.

7- Kami juga sering mempromosikan akhbar yang dekat di hati kami, ini kerana, setiap pagi, ketika sampai akhbar2 di cawangan negeri2, kami lah yang akan membaca dan menilai ..dah tentu lah kami akan promosi akhbar Harakah, Keadilan dan segala yg berkaitan kebenaran, keadilan ..walaupun keluaran hanya seminggu 2 kali atau sekali..so jangan lah judge kami..

8-Semoga pihak tuan dapat menimbang dan memikirkan cadangan yang diutarakan En Mohd Sayuti Omar, walaupun kami ini hanya rakyat marhen, yang tiada apa2 ..dan hanya mempromosi kan kebenaran di atas setiap laporan akhbar.

9- Untuk pengetahuan pihak Harakah, sejak dari 1998 lagi jualan akhbar Utusan memang telah jatuh dan kalau nak kuburkan, biarlah kuburkan syarikat Utusan sahaja, janganlah sampai dengan vendor2 ...ini kerana, kami juga tak nak sekubur dengan akhbar yg jijik n bnyak dosa. Apakah kami juga hendak disingkirkan?

10- Semoga Allah bersama kita dimasa susah dan ketika senang.

ABU-ASAL BUKAN UMNO!!!

Friday, November 16, 2012

Ucapan Perwakilan Muslimat Kedah pula di SPIN oleh UTUSAN...

UTUSEX MELOYA memang sah anak didik IBLIS LAKNATULLAH


Kalau tak FITNAH tak nama Utusex Meloya

Yang sebenar disebut perwakilan Muslimat Kedah, Sarina Ismail ialah Kerajaan BN dahulu gagal menjaga kebajikan golongan wanita di negeri itu serta mengiktiraf mereka yang banyak berjasa tetapi ia mampu dilakukan oleh PAS meskipun baru empat tahun memerintah Kedah.

TETAPI apa yang dilaporkan oleh Utusex Meloya anak didik pecacai Iblis Laknatullah adalah seperti berikut:

Kerajaan Pas Kedah dikritik kerana masih gagal menjaga kebajikan golongan wanita di negeri itu serta mengiktiraf mereka yang banyak berjasa meskipun telah memerintah selama empat tahun.

Memang aku dah kata rukun UMNO no 1 ialah FITNAH.



Wednesday, November 14, 2012

Utusan dah semakin gelisah.. Sudah melarang risalah politik diselit dalam setiap edarannya...

  Takut pembohongannya terbongkar, Utusan larang diselit risalah politik pada edarannya..

Kita sering melihat Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerang pemimpin Pakatan Rakyat khasnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui media-media yang dikuasai UMNO.

Dan bagi mengelakkan rakyat yang hanya bergantung kepada maklumat yang disiarkan oleh media tunggangan UMNO/BN itu mendapat maklumat sebaliknya, media tersebut langsung tidak memberikan peluang kepada pimpinan Pakatan Rakyat bagi menjawab serangan Najib itu.

Tindakan ini tak lebih daripada tindakan seorang yang bacul kerana tangan lawannya diikat ketika beliau menyerang, jadi beliau bebas menyerang apa saja sesuai dengan kehendaknya..

Nampaknya kini langkah penakut @ bacul Najib itu kini menular kepada Lidah Rasmi UMNO iaitu Utusan Malaysia pula yang telah beberapa kali dibuktikan oleh Mahkamah sebagai penyebar fitnah.

Bagi mengelakkan rakyat tahu apa pembohongan yang disiarkannya, pihak pengedar di daerah Lenggong, Perak telah dilarang dari menyelitkan sebarang risalah berbentuk politik dalam edaran surat khabar tersebut.
Ceh!! Dah nak bungkuspun masih tak sedar diri? 

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/11/takut-pembohongannya-terbongkar-utusan.html

Monday, November 12, 2012

Utusan - "Fitnah dulu, bayar kemudian"

Ahmad Tajdid, 12 Nov 2012


KETIKA Mingguan Malaysia diarah memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung sebuah cerpen yang memfitnah beliau, ramai di kalangan pembaca Melayu akhbar itu sudah melupai bilakah cerpen itu diterbitkan dan reaksi-reaksi menggila pemimpin Umno dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno terhadapnya.

Ramai juga yang tidak memperdulikan pengakuan penulis cerpen itu, Chamil Wariya bahawa karyanya telah diubah suai pengarang akhbar terbabit sehingga 'membunuh' imej Teresa sebagai wakil rakyat.

Malah ketika Utusan Malaysia diarah membayar ganti rugi kepada beberapa pemimpin PAS yang dilapor fitnah, ramai juga orang Melayu pembaca setia akhbar itu tidak lagi mengingati apakah isu yang diputarbelitkan Utusan Malaysia sehingga mengakibatkan ia menghadapi saman fitnah.

Begitulah hebatnya akhbar milik Umno itu dalam 'membentuk fikiran pembaca' khususnya para penyokong Umno. Mungkin 'tagline' paling tepat bagi digunakan Utusan Malaysia bukanlah 'penyebar fikiran rakyat' tetapi 'fitnah dahulu, bayar kemudian'.

Kini sekali lagi Utusan Malaysia muncul dengan strategi yang sama. Kali ini dengan memutarkan isu kononnya Timbalan Presiden KeADILan, Nurul Izzah Anwar menggalakkan orang Melayu murtad.

Secara tiba-tiba media massa pro-BN diketuai Utusan Malaysia muncul sebagai 'pembela akidah Islam' walaupun sebelum ini tidak langsung bersuara terhadap kebiadapan Presiden MCA memperlekeh dan menghina syariah Islam. Malah setelah kenyataan sekutu Umno itu seakan memakan diri, akhbar milik Umno itu menyediakan ruang pula kepada Chua Soi Lek untuk menjelaskan penghinaannya terhadap hukum hudud.

Komen-komen liar pemimpin Umno dan sekutu-sekutu mereka terhadap kenyataan Nurul Izzah juga jelas tidak matang, berniat jahat dan pre-emptive. Lebih memualkan komen-komen tersebut dibuat semata-mata atas laporan akhbar dan tidak memetik langsung kenyataan asal Nurul Izzah.

Di awal isu ini diputarkan, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu telah pun mengeluarkan kenyataan media yang menjelaskan perkara sebenar. Bagi panduan bersama disiarkan semula kenyataan media tersebut:

"Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk 'Islamic State: Which version? Whose responsibility?' sebagai seorang panelis.

"Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – 'Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)...' – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

"Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal akidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

"Saya cenderung mendukung program pendidikan dan dakwah untuk memperkukuh akidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

"Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama."

Begitu jawapan pandat dan ringkas yang diberikan Nurul Izzah yang sepatutnya boleh merungkaikan segala kemunykilan dan salah faham yang sengaja dimainkan media pro-BN.

Namun seperti mana biasa, penjelasan Nurul Izzah tidak langsung diterbitkan oleh media massa pro-BN yang mencetuskan isu ini. Apa yang ada cumalah 'komen-komen menggila' yang diberikan pemimpin tertinggi Umno, NGO-NGO sekutu Umno juga ahli agama yang sengaja membiarkan diri diperbodohkan oleh 'spin doctor' BN.

Nurul Izzah sudah pun memulakan tindakan menyaman dua akhbar pro-BN kerana memutarbelitkan kenyataan beliau. Laporan juga telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Kita yakin jika Utusan Malaysia dan Berita Harian diarahkan membayar ganti rugi kepada Nurul Izzah beberapa tahun lagi, isu ini tidak lagi diingati para pembaca.

Nampaknya pesta 'membodohkan Melayu' ini tetap menjadi agenda Utusan Malaysia. Tanpa menghiraukan impak kehadiran media baru yang mencabar dominasi media konvensional, isu-isu membabitkan pemimpin lawan BN (khususnya Pakatan Rakyat) terus dimainkan Utusan dan media massa pro-BN. Tujuannya satu, untuk memburukkan Pakatan Rakyat dan memastikan sokongan Melayu terus kekal buat Umno dan BN.

Sampai bilakah strategi 'ketinggalan zaman' yang merugikan bangsa Melayu ini mahu diteruskan. Sudah lebih 50 tahun Melayu dibuai sentimen sedangkan buaian sentimen ini gagal menjadikannya bangsa yang berdaya saing, hatta dengan bangsa sendiri di seberang tambak sana.

Friday, November 9, 2012

UTUSAN jadi pencaci lagi - Isu Majlis Perbandaran roboh rumah tanpa notis dan zalim Melayu.. ini penjelasannya..!!

Kantoi - Bukan Utusan Meloya kalau bukan menipu


Hari ini Utusan Meloya dengan tajuk provokasi : Melayu Pulau Pinang semakin dizalimi - cuba buat putar belit mengenai perobohan sebuah rumah kononnya di punyai oleh seorang warga emas yang tinggal bersama dengan anaknya yang OKU (Orang Kuat Umno?) tanpa sebarang notis. Laporannya di sini
 
Puak-puak Umno dan Barisan Nasional Penang memang dah lama cuba memburuk-burukan dan menggambarkan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng serta DAP anti Melayu hatta cuba digambarkan mengusir Melayu daripada negeri berkenaan.

Wanita warga emas itu (gambar sebelah) bukanlah pemilik sebenar bangunan tersebut.

Pemiliknya, adalah En.Md.Noor bin Tahir. Beliau telah mengaku salah dan telah dikenakan denda oleh mahkamah sebanyak RM2,000/= atas kesalahan  dibawah Seksyen 70 AJPB dan pada 21/7/2008 bila kes tersebut di bawa ke mahkamah.

Dakwaan Utusan Meloya kononnya tindakan dilakukan tanpa sebarang notis adalah pembohongan yang disengajakan dan sangat menjijikan.Bukan Utusan Meloya kalau tak menipu!

Tuan punya premis pun sudah akui kesalahannya dan telah didenda oleh mahkamah.

Namun dia terus engkar dengan arahan merobohkan bangunan tambahan yang dilakukan tanpa sebarang pelan dan kelulusan dari MPPP dan juga bangunan tiada anjakan 2 meter dari sempadan lot sisi.

Menurut sumber, pihak Majlis telah beberapa kali menangguhkan langkah penguatkuasaan ke atas rumah berkenaan, termasuk selepas diminta secara rasmi oleh Koid Teng Guan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi Kawasan Sungai Pinang.

Pada 8 Nov. 2012, Jam 10.00 pagi , Petugas-petugas pihak penguatkuasa telah tiba di tapak dan memaklumkan penghuni rumah seorang perempuan warga emas dan anak perempuan beliau akan tujuan operasi dan menerangkan kepada beliau secara baik akan perlanggaran undang-undang yang telah dibuat oleh pemilik rumah.


Perobohan dilaksanakan ke atas pindaan tambahan di premis terbabit (lihat gambar atas) – bukan keseluruhan premis tersebut sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Meloya.Lagi-lagi menipu kerja puak-puak nih!

Namun pada jam 11.30 pagi operasi tersebut terpaksa dihentikan kerana berlaku kekecohan dan kegawatan di tapak bilamana 10 samseng Melayu tiba dan membuat kecoh di situ.

Siapakah samseng Melayu itu? Siapa lagi kalau bukan puak-puak dari Umno! Dengan bantuan dari pihak Polis yang ada, kekecohan dapat dileraikan dan keadaan adalah terkawal. Sila baca kronologi kes ini di sini
 
---------------------------------
 Kronologi: Roboh binaan 'haram' di Sg.Gelugor selepas 5 tahun jiran adu
BiNAAN 'haram' pada rumah pusaka ini undang rasa tidak selesa serta mengganggu kediaman jiran-jran sejak lima tahun lepas.
 
SEKUMPULAN Direktorat Penguatkuasaan Majlis Perbadaran Pulau Pinang (MPPP) semalam menjadi mangsa keganasan 10 pemuda - dipercayai penyokong Umno - gara-gara mahu merobohkan sebahagian binaan tambahan tanpa kebenaran membabitkan sebuah rumah milik Melayu di Sungai Gelugor, Sungai Pinang.
 
Seorang pemandu jentera turut dikasari selain cermin jenteranya dipecah oleh pemuda-pemuda misteri berkenaan.
 
Kekecohan yang berlaku kira-kira jam 10.00 pagi itu tergendala sehingga jam 11.30 pagi sebelum menerima campur tangan polis.
 
Dilaporkan, sehingga kini langkah penguatkuasaan masih tertangguh sungguhpun aduan penduduk setempat kepada Majlis dilakukan sejak lima tahun lepas lagi.
 
Ekoran itu, beberapa blog serta Facebook mesra pembangkang Pulau Pinang - Umno dan Barisan Nasional - mula menggambarkan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng serta DAP anti Melayu hatta cuba digambarkan mengusir Melayu daripada negeri berkenaan.
 
PenangInsight.com pagi tadi cuba mendapatkan maklum balas Jabatan Pembangunan MPPP mengenai insiden yang dikatakan membabitkan rumah pusaka seorang warga emas (kiri) berbangsa Melayu bersama anaknya.
 
Sumber memberitahu, langkah penguatkuasaan itu sebenarnya adalah hasil aduan jiran setempat sendiri sejak lima tahun lepas dan MPPP telahpun melaksanakan prosedur berwajib sebelum langkah akhir merobohkan binaan tanpa kebenaran itu cuba dilakukan semalam.
 
Malah kata sumber lagi, Majlis pernah beberapa kali menangguhkan langkah penguatkuasaan ke atas rumah berkenaan, termasuk selepas diminta secara rasmi oleh Koid Teng Guan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi Kawasan Sungai Pinang.
 
Berikut adalah kronologi kes bagi membuktikan MPPP mengikut prosedur sebelum langkah meruntuhkan binaan haram itu cuba dilakukan semalam.
 
2007, 1 Oktober – Satu notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 72 Akta Jalan, Parit dan Bangunan ke atas kerja-kerja pindaan dan tambahan yang telah dijalankan tanpa kebenaran. 
 
Majlis juga telah menerima aduan berhubung pembinaan ini.  
 
Tambahan adalah dari jenis tiang dan konkrit bertetulang berukuran 10' 0'' x 80' 0'' dan juga pada bahagian depan 20' 0'' x 10' 0''. 
 
Tiada sebarang pelan dan kelulusan diperolehi dari MPPP dan juga bangunan tiada anjakan 2 meter dari sempadan lot sisi.
 
2007, 11 Oktober – Notis susulan dibawah Sek.72(6) Akta Jalan Parit dan bangunan dikeluarkan memberi tempoh 30 hari kepada pemilik untuk meroboh dan mengosongkan premis terbabit .
 
2008, 2 Januari – Notis 24 jam Sek.97 dikeluarkan meminta pemilik mematuhi arahan notis sebelum ini dan juga notis untuk memberi MPPP kuasa untuk memasuki bangunan bagi tujuan penguatkuasaan.
 
2008, 21 Julai – Kes ini telah dibawa ke mahkamah untuk kesalahan dibawah Seksyen 70 AJPB dan pada 21/7/2008 En.Md.Noor bin Tahir pemilik premis  telah mengaku salah dan telah dikenakan denda oleh mahkamah sebanyak RM2,000/=.
 
2008, 4 November - Kes ini kemudiannya dibentang ke mesyuarat JPO pada untuk tindakan perobohan.
 
2009, 19 Januari - Penguatkuasa telah memberikan amaran lisan kepada pemilik premis.
 
2009, 17 Februari - Satu surat rayuan daripada YB Koid Teng Guan telah diterima meminta Majlis menangguhkan tindakan perobohan dan beri tempoh masa kepada pemilik untuk mematuhi notis. 
 
Rayuan ini telah dipanjangkan kepada Tuan SU utk pertimbangan dan pemilik diberikan tempoh 3 bulan untuk patuhi undang-undang.
 
2009, 12 Mac - Surat makluman kepada YB Koid Teng Guan dan pemilik berkenaan lanjutan tempoh 3 bulan telah dikeluarkan pada 12/3/2009. 
 
Untuk makluman pemilik tidak mengemukakan sebarang permohonan pelan bangunan kepada majlis sehingga kini dan struktur haram di tapak juga dibiarkan terbengkalai dan tidak dirobohkan. 
 
Tempoh lanjutan juga telah tamat dan tiada sebarang permohonan dikemukakan.
 
2012, 7 Disember – Pengadu En.Zulkifly menghantar emel kepada Majlis menyatakan kelewatan Majlis mengambil tindakan ke atas aduan yang beliau yang telah berlarutan selama 5 tahun.
 
2012, 25 Julai – Memo jabatan kepada Penguatkuasa minta tindakan penguatkuasaan dijadualkan.
 
2012, 28 Ogos – Surat pemberitahuan kepada YB Kawasan Tuan S.N Rayer dan juga kepada YB Exco dikeluarkan untuk memaklumkan  tindakan penguatkuasaan yang akan diambil ke atas premis ini.
 
2012, 4 Oktober – Surat maklumbalas dari YB kawasan Tuan S.N.Rayer diterima memaklumkan yang pihak YB tiada bantahan ke atas tindakan penguatkuasaan.
 
2012, 7 November – Memo diterima dari Pejabat Penguatkuasa memaklumkan yang perobohan akan dilaksanakan pada 8.11.2012 ke atas premis tersebut.
 
2012, 8 November – Jam 10.00 pagi tiba di tapak dan memaklumkan penghuni rumah seorang perempuan warga emas dan anak perempuan beliau akan tujuan operasi dan menerangkan kepada beliau secara baik akan perlanggaran undang-undang yang telah dibuat oleh pemilik rumah. 
 
Perobohan dilaksanakan ke atas pindaan tambahan di premis terbabit, bermula jam  lebih kurang 10.00 pagi dan pada jam 11.30 pagi operasi terpaksa dihentikan kerana berlaku kekecohan dan kegawatan di tapak.
 
Di mana pada jam lebih kurang 11.15 pagi terdapat sekumpulan ( 10 orang ) pemuda melayu tiba dan membuat kecoh ditapak.
 
Pemandu jentera berantai telah dikasari oleh pemuda-pemuda terbabit dan cermin kaca jentera tersebut telah ditendang hingga pecah oleh salah seorang daripada mereka. 
 
Dengan bantuan dari pihak Polis yang ada kekecohan dapat dileraikan dan keadaan adalah terkawal.
 
"Kronologi kes ini akan dibentangkan kepada kepemimpinan Kerajaan Negeri dalam masa terdekat, mungkin minggu depan untuk menolak fitnah pihak-pihak tertentu," ujar sumber kepada PenangInsight.com.
  
INFO DARI :
http://alhusseyn51.blogspot.com/2012/11/kantoi-bukan-utusan-meloya-kalau-bukan.html
http://penanginsight.com/artikel/kronologi-roboh-binaan-haram-di-sggelugor-selepas-5-tahun-jiran-adu

Wednesday, November 7, 2012

Pimpinan PAS dalam majlis dengan Nurul dah jawab apa yg Utusan dok gebang hari nie..!!!

Serang Nurul golongan desperado, kata Mujahid

KUALA LUMPUR: Mujahid Yusof Rawa menyifatkan, kenyataan Nurul Izzah Anwar telah diputarbelitkan untuk kepentingan pihak tertentu yang desperado.

Bagi beliau, "Tiada paksaan dalam agama" adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

Bagi beliau, mengaitkan prinsip ini dengan rela pemurtadan menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman.

"Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara," katanya mengulas serangan Utusan terhadap Nurul Izzah.

Kenyataan itu dibuatnya dalam laman facebooknya hari ini.

Mujahid, anggota Parlimen Parit Buntar turut berada dalam forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility? bersama Nurul Izzah.

Utusan hari ini juga menyerang Mujahid kononnya beliau tidak berbuat apa-apa apabila mendengar penyataan Nurul itu.

Tuesday, November 6, 2012

Tunggu lagi Timb. Ketua Pemuda PAS...saman sahaja UTUSAN tuuu...!!!

Nik Abduh: Utusan bohong lagi

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) menempelak akhbar Umno, Utusan Malaysia yang didakwa membuat laporan tidak benar berhubung kenyataannya.

Kenyataan itu katanya berhubung komentarnya dalam isu 'kebebasan beragama' yang dikaitkan dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Utusan melaporkan kononnya beliau telah menempelak Nurul Izzah dalam komentar tersebut.

"Utusan online melaporkan saya menempelak YB (Nurul Izzah). Sebenarnya tidak.

"Saya telah sebut dalam tweet saya semalam bahawa kita harus terima penjelasan beliau yang menafikan tafsiran media terhadap ucapannya," katanya dalam Facebook hari ini.

Menurut Nik Abduh, memang ucapan ringkas Nurul kelihatan mengelirukan, tetapi tafsirannya kemudian itu adalah penyelesaian dan jawaban.

"Ia tak macam orang kecam hukum hudud kaw kaw. Bila dikecam balik, dia kata, saya kecam hudud PAS, Itu tetap kecam hudud," tempelaknya.


Semalam juga, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan Nurul Izzah kerana ia dimainkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Katanya, ini kerana akhbar itu sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.

Utusan Malaysia, akhbar paling banyak bayar saman…




RASA kasihan juga bila baru-baru ini Utusan Malaysia membebel bila dilarang masuk ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk membuat liputan. Maka, bila tidak puas hati dengan larangan itu, dituduhnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng fobia. Mana tidaknya, kalaulah kita dikejar orang gila, pun akan fobia juga.

Maka berkokoklah Awang Selamat memperli Ketua Menteri, Lim Guan Eng, “berani kerana benar, takut mungkin kerana salah”. Senang cerita beginilah, kalau nak jadi akhbar rasmi UMNO, ishtihar sajalah. Tak payah nak berselindung lagi dengan lesen akhbar harian, pembaca pun dah naik muak dan meluat.

Guan Eng bukan takut kerana salah atau berani kerana benar. Masalahnya, bila diberi muka kepada Utusan Malaysia masuk membuat liputan, silap gaya; kalaulah yang dicakap  itu emas, dilaporkannya pula sebagai besi buruk. Kan hodoh benar bunyinya tu1.

Utusan Malaysia ‘raja spin’

Bukannya kita tidak tahu, sebelum ini pun bos Utusan Malaysia pernah ajar blogger UMNO untuk  spin-putar belit berita. Kata Zaini Hassan Ketua Pengarang Utusan Malaysia tersohor itu, “Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta supaya memihak kepada kita, itu okay.”

Maka sebab itulah tidak hairan kalau Utusan Malaysia kalah banyak saman. Baru-baru ini Utusan Malaysia kalah kepada Lim Guan Eng sendiri, kenalah bayar RM200,000. Sebelum itu juga pernah cuba membatalkan saman mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syad Hussin Ali yang menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta tetapi gagal. Utusan Malaysia juga pernah kalah saman dengan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, pada 2009 pula, Utusan kalah saman kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengenai isu “Pak Janggut”.
Suka Cabai Burung memetik kata-kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, “Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan dengan saya,” katanya berseloka.

Banyak kali kalah saman tapi tak serik dan tak sedar diri

Bayangkan, siapa saja yang tak pernah kena fitnah dengan Utusan Malaysia, hampir kebanyakan pimpinan Top 10 Pakatan Rakyat biasa difitnah malahan sezuhud-zuhud Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang duduk di rumah papan buruk itu pun pernah dituduh ‘makan suap.’ Tidak serik dengan saman, bermula semalam, mereka keluar lagi fitnah baru ke atas Ahli Pafrlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa, Nurul Izzah kata; Melayu bebas pilih agama?

Utusan cipta rekod

Adegan kalah saman Utusan Malaysia itu menyimpulkan kepada kita beberapa pencapaian utama akhbar propaganda UMNO itu sekitar sedekad ini.

Pertama, Utusan Malaysia menjadi akhbar pertama di Malaysia yang paling banyak disaman, kedua Utusan Malaysia paling banyak kalah dalam kes tuntutan saman dan ketiga, berjaya menjadi akhbar paling banyak kena minta maaf untuk mengelak bayar tuntutan saman.

Kita tunggu dan lihat saja nanti. Utusan Malaysia kena ingat, bab tabur fitnah ini bukanlah kebebasan bersuara yang wajar. PR perjuangkan kebebasan menyuarakan pendapat, kritikan dan cadangan dengan cara yang demokratik. Bukannya kebebasan bersuara untuk membuat fitnah sana-sini. Utusan Malaysia agaknya kena masuk balik sekolah wartawan kot.
 
 http://www.pencacai-semalaysia.com/2012/11/utusan-malaysia-akhbar-paling-banyak.html

Monday, November 5, 2012

Apa lagi Nurul..jangan dok bagi muka kat UTUSAN nie..saman jee..!!!

Nurul Izzah: Saya sama sekali tidak terima murtad
 
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menafikan bahawa kenyataan beliau yang dibuat Sabtu lalu dalam satu forum awam menggalakkan umat Islam murtad.

NONE"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," tegasnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegasnya lagi.

Anak sulung ketua umum PKR itu merujuk kenyataannya sebagai panelis dalam forum tersebut yang bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?"

Beliau dilapor berkata tiada seorang pun boleh dipaksa untuk menerima ajaran agama tertentu dan perkara itu juga terpakai untuk orang Melayu.

Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Melayu bebas pilih agama?" dengan memetik laporan Malaysiakini berhubung kenyataan Nurul itu.

Thursday, November 1, 2012

Utusan nak kait Dr Badrulamin dengan Al-Arqam - Ini penjelasan beliau..

Ditahan di Majlis Al-Arqam.. Ini penjelasan dari Dr. Badrulamin..


Nama Dr. Badrulamin hari ini terpampamg di muka hadapan Utusan Malaysia dengan tajuk besarnya 'Cubaan hidupkan Al-Arqam.


Sekali lalu ianya menggambarkan seolah-olah Dr. Badrulamin dari PKR telah bersama dalam satu majlis untuk menghidupkan semula Al-Arqam yang telah diharamkan oleh Kerajaan.

Lebih hebat lagi Utusan melaporkan bahawa Dr. Badrulamin adalah tetamu kehormat konsert itu, ini sebahagian laporannya.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah konsert khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Home, Rawang dekat sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, beberapa individu telah ditahan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron.
Difahamkan, Badrulamin merupakan tetamu kehormat konsert yang diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas dan pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad ~Utusan
Adakah benar laporan dari Utusan itu?.. berikut adalah penjelasan dari Dr. Badrulamin sendiri..
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron yang turut ditahan dalam serbuan terhadap konsert didakwa cubaan menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam hari ini menegaskan hanya hadir sebagai tetamu jemputan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd, dan bukannya Al-Arqam.

Dalam kenyataannya, Badrulamin menjelaskan, keluarganya merupakan pelanggan Global Ikhwan dan pihaknya menerima jemputan untuk menghadiri majlis tersebut secara umum, dan bukannya atas jemputan khusus.

“Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus untuk saya ... saya datang bersama isteri dan anak-anak untuk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam dan bersantai.

“Saya diletakkan di meja tamu sebab rasa hormat mereka, dan memang khemah lain tiada meja pun ... ahli jemaah (Global) Ikhwan mengenali saya dan isteri kerana (kami) sering membeli keperluan dapur di pasaraya Ikhwan ... ia menyediakan produk makanan buatan orang Islam,” kata Badrulamin .

Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini menyebut Badrulamin antara tetamu kehormat sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas ajaran sesat tersebut, Ashaari Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Abuya.

Akhbar berkenaan turut menyebut serbuan yang dilakukan Jais kira-kira jam 10 malam di Bandar Country Homes, Rawang itu bertemakan “Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib” turut dihadiri kira-kira 3,500 orang.

Jurucakap Jais berkata,”konsert ini didapati melanggar arahan mufti di bawah Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan Al-Arqam.”

Badrulamin turut menafikan sebarang penglibatan dirinya dengan Al-Arqam dan Global Ikhwan, malah menafikan mempunyai sebarang jawatan dalam pertubuhan tersebut.

“Saya langsung tiada kaitan apa-apa dengan organisasi Ikhwan, jauh sekali dari memegang sebarang jawatan.

“Kehadiran saya tidak ada sebarang agenda peribadi mahupun politik,” katanya lagi.

Al-Arqam telah diharamkan di negara ini pada 1994. Selepas kematian pengasasnya pada 2010, pengikut ajaran sesat ini pernah mengadakan konsert selama empat hari dan menggambarkan Abuya bukan meninggal dunia, sebaliknya hanya “ghaib” dan akan kembali dalam masa terdekat ~ The Malaysian Insider

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/11/ditahan-di-majlis-al-arqam-ini.html

Monday, October 8, 2012

UTUSAN melutut pada Teresa Kok pula..terbang lagi RM50K.....!!

Chamil Wariya, Utusan mohon maaf pada Teresa Kok


Pengerusi Institut Akhbar Malaysia,  Chamil Wariya dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008.

um book launching 021205 chamil wariyaPeguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini - berkata artikel itu telah diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Abdul Hamid Sultan Backer

Peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut bayaran kos daripada Chamil.

Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia.

Tuesday, September 11, 2012

Nak aman lagu mana.. budak-budak lagi dah jadi pencuri..!!

Polis lumpuh geng curi motosikal didalangi pelajar 



MOHD. Ismail Ibrahim (dua dari kiri) melihat rangka motosikal yang ditemui semula pada sidang media di Sik, semalam.

SIK 10 Sept. - Polis menumpaskan kumpulan curi motosikal yang dianggotai pelajar sekolah setelah menahan dua remaja di Kampung Belakang Sekolah, Batu Lima di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Supritendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, dalam tangkapan kira-kira pukul 5.30 petang, 14 Ogos lalu itu, pihaknya menahan suspek yang juga merupakan pelajar sekolah berusia 14 dan 16 tahun semasa meleraikan komponen motosikal di sebuah rumah di kampung berkenaan.

Katanya, turut ditemui adalah rangka 31 buah motosikal ienis Honda EX-5 yang dilaporkan dicuri.

"Bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan polis yang diketuai Inspektor Azizah Abd. Aziz telah melakukan serbuan di rumah berkenaan.

"Semasa polis tiba, kedua-dua pelajar ini sedang leka meleraikan komponen motorsikal yang dicuri mereka di Kampung Sena, Sik beberapa minggu lalu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd. Ismail memberitahu, siasatan lanjut mendapati mereka telah terlibat mencuri berpuluh-puluh motosikal di kawasan Felda Teloi Timur, Teloi Kanan, Kuala Muda, Kulim, Alor Setar, Baling, Kubang Pasu serta Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

"Ekoran tangkapan berkenaan, polis berjaya menahan lapan lagi suspek yang dipercayai bersubahat dengan kes curi motosikal ini.

"Modus operandi yang digunakan adalah meleraikan komponen motosikal curi dan dijual kepada rakan-rakan sekolah mereka. Rangka motosikal pula akan dicampak ke dalam Sungai Lesung di Kuala Ketil yang tidak jauh dari rumah mereka," jelasnya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 dan 414 Kanun keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Mohd. Ismail turut menasihati ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak mereka agar tidak terjebak dalam kegiatan negatif dan jenayah.

Sunday, September 9, 2012