Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Friday, February 8, 2013

Inilah dia BAPAK HARAM JADAH..!!!

Bapa dipenjara, disebat rogol anak tiri 7 tahun
Wartawan Sinar Harian
8 Februari 2013
Tertuduh dibawa keluar sebaik mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya.
Tertuduh dibawa keluar sebaik mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya.
 
SUNGAI PETANI – Seorang bapa berusia 44 tahun dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Seksyen 3 Sungai Petani kerana mengaku bersalah merogol anak tirinya berusia tujuh tahun sembilan bulan dalam kejadian 21 Januari lalu.

Perbuatan dilakukan bapa kepada lima anak itu terjadi di dalam sebuah kedai bunga di Baling lebih kurang jam 6.30 petang hari kejadian.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Syazwani Syed Hussin memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kepada tertuduh memandangkan perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang dan agama.

Sharifah Syazwani dalam hujahnya berkata, perbuatan tertuduh tidak berperikemanusiaan, selain mahu memberi pengajaran kepada masyarakat.
Tertuduh yang diwakili peguam, Siti Haslina Hasbullah memohon mahkamah memberikan hukuman minimum memandangkan pengakuan bersalah dibuat tertuduh menjimatkan masa mahkamah, selain percaya tertuduh sudah insaf atas perbuatannya.

Hakim Mohamad Khalid Ab Karim menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan 10 sebatan dari tarikh dia ditangkap.

Sebaik sahaja mahkamah menjatuhkan hukuman, tertuduh dilihat menghampiri isterinya untuk bersalaman dan meminta maaf atas kesalahan terbabit.

rasanye alasan hakim nak beri pengajaran kepada masyarakat dah lali dah, sbbnya bakal perogol dikalangan masyarakat ni tak nampak depan mata cmne hukuman dirasai. Sbb itulah hukuman Allah swt plg terbaik, org berzina dihukum rejam dan khalayak umum (masyarakat) yg tonton terasa seram dan takut nak berzina dgn bini/laki org,anak org,..berlaku sekali, kes2 akn jadi terpencil..orang yg tolak hukum Allah kata ni primitif, tp bila dah kena kat anak bini laki masing2 barulah rasa hukum Allah patut dibuat.

Wednesday, February 6, 2013

Jika penjenayah masih berkuasa, rakyat salahkan lah diri sendiri

oleh Aspan Alias

Deepak sekali lagi membawa orang ramai menatapi isu pembunuhan Altantuya dengan membuat kenyataan yang memanaskan semasa perjumpaan Mahfudz Omar, Naib Presiden PAS semalam. Dalam kenyataannya beliau meminta perlindungan dari pihak berkuasa jika beliau memberikan segala bukti pembabitan Najib dan isteriya dalam kes pembunuhan itu.

Isu pembunuhan itu sudah menjadi buah mulut orang ramai sejak bertahun-tahun yang lalu dan dua orang pegawai keselamatan yang berkhidmat dengan Najib dan isterinya telah pun di jatuhkan hukuman mati kerana di sabitkan dengan kesalahan membunuh itu. Kedua-dua pegawai keselamatan yang bertugas dengan keluarga Najib ini telah membunuh seorang wanita Monggolia tanpa sebab kerana tidak dipersoalkan kenapa mereka membunuh wanita yang mengenali Najib dan rakan-rakan beliau itu.

Mahkamah Tinggi negara, mendapati mereka berdua bersalah kerana membunuh keatas dua pegawai Polis itu, tetapi yang amat anih dalam kes ini pihak peguam cara tidak pernah bertanyakan motif pembunuhan oleh kedua-dua pesalah itu. Ini merupakan satu-satunya kes pembunuhan yang sangat anih kerana tidak di sentuh sedikit pun tentang motif pembunuhan terhadap Altantuya itu dan ini lah yang menjadi tandatanya semua pihak. Bagaimana dua orang pegawai keselamatan kepada Perdana Menteri dan isterinya melakukan pembunuhan tanpa sebab.

Semalam Deepak, ‘adik angkat’ Rosmah Mansor sendiri telah meminta Mahfudz Omar untuk melakukan sesuatu bagi melindungi beliau kerana beliau sudah bersedia untuk membongkar segala-galanya tentang apa yang beliau tahu berhubung dengan pembunuhan itu. Di negara ini, kita mempunyai ‘Protection Act 2009’ dan ‘Whistleblower Act 2010’ dan Mahfudz Omar percaya itu mencukupi untuk Deepak berlindung dalam menghadapi pembongkarannya terhadap isu pembunuhan Altantuya beberapa tahun dahulu.


Deepak percaya adalah mustahil bagi Peguam Negara hendak menafikan apa yang ada dengan saya, iaitu bukti-bukti kukuh tentang penglibatan pemimpin utama negara dan isterinya dalam isu pembunuhan ini. “Saya akan membongkar semuanya dan saya mempunyai segala bukti penglibatan semua pihak dalam pembunuhan Altantuya ini” kata Deepak.

Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh pihak Najib termasuk isu-isu yang di sebut oleh Deepak ini untuk membenamkan kes ini dari perbincangan rakyat negara. Tetapi ia tetap menjadi isu yang memanaskan. Saya percaya cadangan setengah pihak untuk membuat penyiasatan dan perbicaraan semula kes ini wajar dilakukan bagi mengelakkan dari rakyat masih tertanya-tanya tentang isu yang melibatkan pemimpin utama negara ini.

Oleh kerana isu ini melibatkan kewibawaan kerajaan dan rakyat negara maka semua pihak mesti berusaha untuk melakukan sesuatu yang benar-benar berkesan untuk menangani isu yang membosankan dan memalukan ini. Ini bukan isu untuk menjatuhkan atau membela mana-mana pihak tetapi ini isu negara dan kedaulatan yang bersama negara itu. Sebuah negara yang berdaulat tidak boleh ambil isu ini secara enteng dan ia perlu dilakukan dengan teliti dan terbuka dan di ketahui oleh rakyat jelata.

Pihak yang bersalah wajib menerima padahnya dan pihak yang berfikir ini adalah isu yang wujud mereka sepatutnya memperbetulkan keadaan samada melalui proses perundangan atau pun melalui politik. Tetapi jika di sandarkan kepada proses undang-undang kita mempunyai Peguam Negara yang menghadapi kredibilitinya. Terlalu banyak isu yang menjengkiti batang tubuh Peguam Negara itu sendiri. Walaupun kita mempunyai ‘Protection Act 2009’ serta ‘Whistleblower Act 2010’, jika Peguam Negara tidak bekerjasama isu ini tidak mungkin mampu di bawa ke tengah.

Masalahnya negara kita telah terlalu rendah kredibiliti institusi demokrasi dan penguatkuasaan undang-undangnya sejak pencabulan Badan Kehakiman dan Perundangan dari zaman Dr Mahathir sehingga sekarang. Banyak kesalahan yang dihadapi oleh pimpinan kita terlalu nyata tetapi tidak mampu diketengahkan kerana kekuasaan politik yang begitu mencengkam.

Selama ini rakyat hanya memerhatikannya sahaja. Segala bukti-bukti di sorokkan oleh pengamal undang-undang di Jabatan kehakiman dan Jabatan Perundangan itu sendiri. Immuniti yang ada kepada pemimpin politik terlalu besar, malahan lebih besar dari immuniti yang ada kepada Raja-Raja Melayu kita.

Kita tidak seperti negara-negara lain. Filipina contohnya telah mengambil segala tindakan undang-undang terhadap Presidennya Arroyo dan sekarang semua orang tahu apa yang sedang dihadapi oleh bekas Presiden itu kerana isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah semasa bekuasa. Banyak ketua-ketua kerajaan dalam dunia ini terpaksa menghadapi undang-undang kerana kesalahan mereka semasa mentadbir negara. Ini masalah negara, bukannya masalah mempertahankan atau tindakan mendedami sesiapa.

Kita masih lagi ketinggalan zaman dan tidak salah jika kita menganggap negara kita ini terlalu mudah melupakan semua jenayah yang dilakukan oleh kepimpinan kita. Kita masih lagi membiarkan isu pengambilan wang rakyat yang berbillion oleh pemimpn negara untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang terbankrap dalam perniagaannya. Bagaimana perkara ini masih berlaku dalam sebuah negara yang dikatakan sedang menuju kepada negara maju jika perkara seperti jenayah yang diperlakukan oleh pemimpin kita masih tidak dapat di berhentikan.

Dalam kes Altantuya ini saya masih merasakan ia terpaksa diselesaikan melalui proses politik dahulu kerana ia memerlukan ‘political will’ untuk memulakan penyelesaian terhadap isu yang terlalu buruk ini. Pemimpin-pemimpin kita yang berada diatas tidak mungkin mempunyai kudrat untuk memastikan proses perundangan berjalan dengan betul kerana kuasa Perdana Menteri serta pengaruhnya terhadap Badan-Badan dan institusi demokrasi itu amat kuat.

Penggubal undang-undang dengan perlaksana undang-undang itu sama-sama melakukan perkara yang buruk, maka mereka bekerjasama melindungi kesalahan masing-masing. Pengasingan kuasa yang jelas patut dikembalikan kepada negara seperti sebelum pentadbiran Dr Mahathir dahulu. Jika pimpinan kerajaan hari ini tidak berkemampuan untuk membuang perkara-perkara yang dilakukan oleh Mahathir dahulu, kita rakyat yang ramai inilah yang bertanggungjawab memperbetulkannya. Rakyat perlu menyayangi negara kita. Kita tidak boleh mengharapkan pimpinan hari ini untuk mensabitkan kesalahan yang mereka lakukan sendiri.

Rakyat sahajalah yang selayaknya melakukan penghakimannya melalui proses politik dan ‘decisive’ dan ini sudah menjadi kewajipan kita semua. Jika mereka yang menjenayahi kita ini masih berada di tampuk kuasa itu bukan kesalahan sesiapa lagi.

Itu sudah menjadi kesalahan rakyat sendiri.

Saturday, February 2, 2013

Ragut - Pakat boh penyepak ja jika terjumpa kejadian macam nie..!!!

Dua peragut berputih mata
Wartawan Sinar Harian
2 Februari 2013
Dua peragut berputih mata
Suspek patah kaki kanan terlibat dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah.
Dua peragut berputih mata
Suspek yang mengalami cedera ringan dibawa balik ke Balai Polis Kulim.
 
KULIM - Dua peragut terpaksa berputih mata apabila motosikal jenis Yamaha 125Z ditunggangi mereka merempuh belakang sebuah kereta ketika cuba melarikan diri setelah meragut seorang lelaki di sebuah kedai 24 jam, di sini, kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam empat petang itu, kedua-dua suspek merempuh bahagian belakang kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kilang Lama.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, suspek menghampiri mangsa yang juga ahli PPKM dan cuba merampas telefon bimbit mangsa bagaimanapun, telefon itu terjatuh.

Menurutnya, mangsa kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepadanya sebelum operasi mencari suspek diadakan oleh ahli PPKM.

“Saya mengarahkan semua ahli PPKM mengekori suspek dan apabila tiba di persimpangan lampu isyarat Jalan Kilang Lama, suspek merempuh bahagian belakang kereta di hadapannya.

"Akibat kemalangan itu, kedua-dua suspek tercampak dan penunggang motosikal patah kaki kanan manakala pembonceng luka di bahagian dagu," katanya.

Tambahnya, kejadian itu  dilaporkan kepada polis dan suspek yang patah kaki dikejarkan ke Hospital Kulim manakala pemboncengnya diserahkan ke Balai Polis Kulim.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis berjaya merampas beberapa alat peralatan mencuri motosikal dan palam pencucuh motosikal yang diubah suai bagi tujuan memecahkan cermin kereta.

Menurutnya, kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan aktif menjalankan kegiatan jenayah di sekitar Kulim dan Bukit Mertajam.

"Motosikal yang digunakan suspek juga motosikal curi yang dilaporkan hilang di Permatang Pauh, Bukit Mertajam.

“Dengan tertangkapnya suspek, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes, samun, ragut dan curi motosikal di sekitar Kulim,” katanya.

Wednesday, January 30, 2013

Eishhh budak-budak lanie punya kelaku jahat...sampai tak tercapai pikiaq dek otak..!!!

Jual pil khayal di sekolah
Wartawan Sinar Harian
30 Januari 2013
Ketua Polis  Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh
 
KULIM - Persatuan Pengguna Kulim meminta pihak berkuasa membuat pemantauan terhadap pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam kegiatan penagihan dan pengedaran dadah.

Pengerusinya, Mohd Zailan Hashim berkata, hal ini kerana beliau mendapati ada pelajar di beberapa sekolah didapati terlibat dalam kes pengedaran dadah dan pil khayal yang dijual dengan harga RM0.70 sebiji.

Menurutnya, malah daripada maklumat diterima, dalam ujian pemeriksaan air kencing dijalankan di sekolah, ada pelajar didapati positif tetapi, sehingga kini tiada tindakan tegas diambil untuk mengatasi masalah itu.

“Penjualan pil khayal itu berlaku secara berleluasa di dalam sekolah, bagaimanapun tidak ada tindakan diambil pihak terlibat untuk memastikan masalah itu diselesaikan.


"Pihak sekolah sepatutnya bertindak dan tidak merahsiakan perkara berkenaan daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD),” katanya kepada Sinar Harian.

Kata beliau, selain itu, pemantauan daripada Agensi Anti Dadah  Kebangsaan (AADK) juga diperlukan bagi memastikan perkara itu dapat dibendung.

Jelasnya, perkara berkenaan perlu dipandang serius kerana ia boleh merosakkan bangsa Melayu dalam usia remaja dan perlaku seharusnya dikenakan hukuman berat.

Sementara itu, Ketua Polis  Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini polis belum menerima laporan mengenai kegiatan itu bagaimanapun akan membuat pemantauan terhadap sekolah terlibat.

Katanya, tidak boleh salahkan pihak berkuasa 100 peratus kerana kebanyakan pelajar terlibat ini tinggal bersama ibu bapa mereka.

"Ibu bapa seharusnya mengawal aktivit anak mereka agar tidak terlibat dalam kancah sebegini.

"Apa yang dapat dilihat hari ini, kebanyakan ibu bapa bersikap melindungi anak-anak mereka sehingga tidak segan silu melakukan jenayah malahan ada yang masih menyebelahi anak walaupun tahu mereka bersalah,” katanya.

Saturday, January 26, 2013

Jenayah Oh Jenayah.. Benarkah Negara Kita Selamat..???

Pembunuhan, penculikan dan rompakan di mana-mana. Benarkah negara kita selamat?

Setidak-tidaknya dua kes yang amat menyedihkan berlaku di negara ini yang melibatkan kematian. Kes yang pertama ialah kes kematian William Yau seorang kanak-kanak yang berumur enam tahun yang dilarikan oleh orang yang tidak dikenali di Putra Heights minggu lepas. Mayatnya dijumpai di Pelabuhan Kelang dan dikenal pasti oleh ibunya sendiri Goh Ying Ying semalam sebagai anaknya yang telah hilang diculik sejak seminggu yang lalu.

Kes yang kedua ialah kematian C Sugumar yang dikatakan dipukul oleh beberapa orang anggota Polis semasa C Sugumar tangannya masih digari. Yang lebih menyedihkan ialah C Sugumar telah ditaburkan dengan serbok kunyit di muka yang ini menyebabkan C Sugumar menghadapi masalah jantung dan akhirnya meninggal dunia. Kejadian ini berlaku di Serdang dan dengan kejadian ini ramai yang bertanya samada negara kita ini benar-benar sebuah negara yang aman dan damai.

Setiap hari ada sahaja berita manusia dibunuh dan mayatnya dijumpai merata-rata samada di dalam semak atau di dalam longkang serta di kebun-kebun kelapa sawit dan dimana-mana. Bangkai kucing pun susah untuk ditemui tetapi mayat manusia bergelimpangan di mana-mana seolah manusia ini lebih rendah dari haiwan seperti kucing dan anjing. Jumlah kematian manusia dibunuh dalam tempoh dua tiga tahun ini sahaja mungkin melebihi jumlah kematian di dalam peperangan Iran Iraq dahulu walaupun peperangan itu melibatkan penggunaan senjata berat dan berbagai-bagai alat peperangan yang canggih-canggih. .

Saya berserta dengan semua pihak yang lain meminta kerajaan menubuhkan IPCMC untuk melakukan penyiasatan terhadap perlakuan anggota-anggota Polis yang terlibat dalam kes C Sugumar ini kerana jika Polis menjadi penyebab kepada jenayah yang berlaku kita tidak tahu dimana kah rakyat hendak mendapatkan perlindungan jika mereka berada dalam keadaan bahaya. Kita tidak boleh berdiam diri kerana musibah yang berlaku keatas orang lain itu tidak semestinya tidak akan berlaku kepada diri dan keluarga kita sendiri.

Sesebuah negara hanya boleh dianggap aman damai jika rakyat mudah berjalan dan bergerak tanpa rasa takut dan risau tentang keselamatanm diri kita dan keluarga kita. Hishamuddin Hussein berusaha untuk meningkatkan persepsi keselamatan negara dan persepsi pihak penguatkuasa seperti Polis dan lain-lain tetapi bagaimana persepsi buruk ini dapat diperbaiki jika kematian rakyat berlaku dimana-mana di seluruh negara akibat jenayah yang berlaku dikalangan rakyat itu sendiri.

Kematian ini tidak termasuk kematian yang berlaku dijalanraya akibat kemalangan di lebuhraya dan jalan-jalan persekutuan. Kadar kematian dijalanraya adalah 18 orang sehari dan ini merupakan satu fenomena yang tidak dapat di terima oleh sesiapa yang tinggal dalam sebuah negara dalam mana pimpinannya beriya-iya mengatakan negara kita adalah sebuah negara aman dan selamat didiami.

Kematian dalam peperangan di antara rakyat Iraq dan tentera Amerika pun tidak sampai sepuluh ribu sejak tahun 2003 dahulu. Tetapi kematian di jalanraya kita jauh mengatasi jumlah kematian yang berlaku di dalam peperangan di Iraq itu. Di negara kita ini ada sahaja keluarga yang menghadapi musibah kematian dan kemalangan di kalangan ahli-ahli keluarga mereka.

Kita tidak dapat ‘comprehend’ bagaimana kehidupan kita sentiasa dalam ketakutan dan kebimbangan setiap hari dan waktu? Sampai bila kita hendak merasa takut untuk meminta anak kita pergi ke kedai membeli barang dapur dalam keadaan tertekan dan bimbang tentang keselamatan anak-anak kita itu? Bagaimana kah rasa seorang ibu atau bapa yang menunggu kepulangan anak gadisnya yang balik kerja dan tidak tahu samada anak kita itu akan kembali ke rumah dalam keadaan selamat.

Sampai bila kita sentiasa dalam kekhuatiran samada isteri dan ahli keluarga kita selamat tinggal di rumah semasa kita keluar mencari rezki dan bekerja setiap hari. Ramai yang mengalami tekanan ini. Ramai yang mengalami keadaan gembira bersama anak-anak sebelah pagi itu bertukar menjadi malang selepas petang hari.

Rakyat sentiasa dalam kesusahan kerana takut rumah mereka akan dipecah dan dirompak oleh perompak dan penyamun yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja sekarang ini. Rompakan kolar biru ini kita dengar berlaku di mana-mana di seluruh negara. Itu belum lagi di campurkan dengan kesusahan hati kita kerana rompakan terhadap harta rakyat yang tidak henti-henti dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab terhadap negara dan rakyat yang dipimpin mereka.

Di mana-mana ada rompakan. Di mana mana ada samunan terhadap harta orang lain. Manusia yang berpakaian kemas dengan pejabat besar serta mempunyai pengawal peribadi , pemandu dan berpengaruh dalam masyarakat itu juga terlibat dalam rompakan. Bagi perompak berkolar biru mereka merompak rumah-rumah kediaman dan melakukan ragut tas tangan wanita di pasar raya tetapi penyamun dan perompak kolar putih menyamun secara sistematik terhadap harta rakyat yang berada di dalam tanggungjawab mereka melalui pembahagian kontrak dan sebagainya. Jumlahnya bukan seribu dua, tetapi dalam beratus juta malahan ada yang sampai ketahap billion ringgit.

Pendeknya kita sekarang sedang hidup dalam masyarakat perompak dan penyamun. Mereka yang tidak berwang dan berharta pun dirompak nyawa mereka. Bukan sedikit jumlah mereka yang dibunuh oleh perompak apabila mereka dapati rumah yang mereka pecah dan rompak itu tidak mempunyai apa-apa. Hasilnya mereka membunuh tuan rumah itu kerana kecewa tidak mendapat habuan rompakan itu.

Lain-lain perkataan yang berduit dan berharta mereka dirompak harta mereka tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai apa-apa akan dirompak nyawa mereka pula. Keadaan ini sama-samalah kita telah dan hayati setiap waktu agar kita boleh melakukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan yang terlalu buruk ini.

Alangkah enaknya hidup jika kita boleh berada dalam negara-negara yang tidak mempunyai isu keselamatan peribadi ini? Kalau kita berjalan di Switzerland misalnya kita akan lihat tiada polis negara itu berkeliaran di mana-mana. Begitu juga dinegara-negara Timur Tengah dan Asia Barat. Di Dubai misalnya amat susah kita hendak ketemu dengan polis di tepi jalan dan di pusat membeli belah dan pusat peranginan.

Negara-negara yang saya sebutkan itu adalah negara yang selamat untuk kehidupan yang sebenarnya. Tetapi kalau kita kaji dengan teliti semua jenayah yang berlaku ini bermula dengan jenayah yang dilakukan oleh kepimpinan negara. Jika negara kita dipimpin oleh mereka yang rasuah dan menjadikan merompak dan menyamun itu sebagai budaya, ia akan menjadi cara hidup rakyat biasa di bawah ini.

Itulah sebabnya rakyat sekarang memilih untuk menyebelahi sesiapa yang mempunyai usaha untuk melaksanakan cara hidup yang sederhana dan di harap Pakatan Rakyat dapat melakukannya tidak lama lagi.

Kepada pimpinan Pakatan Rakyat hanya kita perlukan mereka untuk mengelak dari menyamun dan merompak seperti yang dilakukan oleh pimpinan sesat yang sedang berkuasa pada hari ini. Jadilah pemimpin yang sebenarnya dan jangan sekali menjadi seperti yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa sekarang ini.

Tunjukkanlah perbezaan selepas pilihanraya nanti. Semoga dengan kepimpinan yang bersih akan seterusnya membersihkan budaya kehidupan rakyat biasa di negara ini.

Friday, January 18, 2013

Amannya MalaysiaKu sampai sekolah pun pencuri dah masuk merompak..!!

Dua pengawal keselamatan diugut bunuh empat lelaki berparang
Wartawan Sinar Harian
18 Januari 2013
Dua pengawal keselamatan diugut bunuh empat lelaki berparang
Yogananthanan (kanan) melakonkan semula bagaimana dia dan rakan setugasnya diikat dan ditutup muka dalam kejadian cubaan merompak semasa ditemui di Butterworth semalam.
 
BUTTERWORTH - Dua pengawal keselamatan melalui detik-detik mencemaskan apabila diugut dengan parang, diikat dan dikurung selama sejam dalam tandas di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Butterworth di sini dalam kejadian cubaan merompak jam 3.05 pagi kelmarin.

A Yoganathanan, 39, dan rakan sekerjanya, Zaharudin Abu Talib, 40, turut trauma apabila mereka diugut untuk dibunuh jika enggan memberikan kerjasama dan cuba melawan.

Yoganathanan berkata, dia dan rakannya dihampiri oleh empat lelaki berparang yang memegang besi pengumpil ketika sedang bertugas di dalam pondok pengawal depan sekolah itu ketika bertugas syif malam.

“Mereka dikesan memanjat pagar di bahagian tepi sekolah sebelum tiba-tiba muncul di pondok pengawal dan meletakkan parang di leher saya dan Zaharudin membuatkan kami ketakutan.

“Kami berdua diugut untuk dibunuh jika cuba melawan dan membuat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang ramai kerana kawasan pondok terletak berdekatan jalan raya utama ke Perhentian Sementara Pengangkutan di Jalan Bagan Luar di sini,” katanya.

Menurut pengawal keselamatan yang telah setahun bertugas di sekolah itu, tiga lelaki mengenakan topeng manakala seorang lagi tidak menutup wajah kemudian membawa dia dan rakannya ke bilik air yang terletak di Blok C sebelum mengikat kaki dan tangan menggunakan pita pelekat.

“Muka dan mulut kami berdua juga ditutup menggunakan kain sebelum diarah mendiamkan diri serta diugut untuk ditetak.

“20 minit kemudian saya terdengar mereka cuba mengumpil pintu bilik guru dan pejabat yang terletak bersebelahan tandas,” katanya yang tidak berani bergerak kerana bimbang tingkah lakunya diperhatikan oleh lelaki terbabit.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, lebih kurang sejam kemudian dia dihampiri lelaki berkenaan yang bertanya selain dia dan Zaharuddin siapa lagi yang berada di sekolah.

“Kerana mulut ditutup saya menggelengkan kepala dan dalam masa sama empat lelaki itu tiba-tiba didapati melarikan diri sebelum saya berusaha membuka ikatan di muka dan tangan dengan bantuan Zaharudin kemudiannya.

“Saya kemudiannya mencapai sebatang besi dan cuba mencari lelaki terbabit sambil ditemani Zaharuddin, namun merasa lega apabila mendapati mereka telah menghilangkan diri,” katanya.

Menurutnya ,dia kemudian membuat pemeriksaan di bilik guru dan pejabat dan hanya mendapati pintu gril kedua duanya telah cuba diumpil namun gagal dipecah masuk.

“Saya kemudian menghubungi pegawai bertugas serta membuat laporan polis dan hasil pemeriksaan kemudiannya mendapati tiada sebarang kehilangan barangan dialami pihak sekolah.

“Syukur kami berdua tidak diapa-apakan walaupun lelaki terbabit cukup agresif pada mulanya termasuk sanggup mengugut untuk membunuh kami,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan.

Thursday, January 10, 2013

Dalam dok AMAN nie pun ada lagi mangkok dok curi kabel telekom..

Leka bakar kabel curi
Wartawan Sinar Harian
10 Januari 2013
Leka bakar kabel curi
Polis memunggah kabel yang dibawa ke Balai Polis Bukit Selambau pagi semalam
 
BUKIT SELAMBAU - Seorang suspek berusia 35 tahun ditahan ketika sedang leka membakar kabel sebelum dijual bersama dua lagi yang masih bebas dalam kejadian di Ladang Kelapa Sawit Sin Hock, Bukit Selambau berdekatan kawasan jerat Cina semalam.

Suspek yang juga merupakan penduduk tempatan ditahan semasa serbuan dijalankan oleh sepasukan empat anggota dari Balai Polis Bukit Selambau sebaik sahaja menerima maklumat dari orang awam.

Serbuan diketuai Koperal Joned Ismail bersama tiga anggota lain bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan.

Difahamkan, sebaik sampai ke lokasi kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, tiga lelaki sedang leka membakar kabel yang dipercayai dicuri di beberapa kawasan sekitar.

Bagaimanapun, dua lelaki sempat melarikan diri manakala seorang suspek yang sedang memunggah keluar kabel dalam sebuah kereta berjaya diberkas.

Jurucakap polis berkata, pihaknya mengenal pasti dua lagi suspek yang juga merupakan penduduk tempatan dan tindakan memburu kedua-duanya sedang giat dijalankan.

Katanya, hasil tangkapan berkenaan, polis berjaya menyelesaikan beberapa kes curi kabel di sekitar Bukit Selambau dan Jeniang yang dilaporkan sebelum ini.

“Kita percaya kabel yang dicuri sekitar ini melibatkan pencawang beberapa syarikat telekomunikasi yang dipasang sekitar Bukit Selambau dan Jeniang. Kumpulan ini juga dilaporkan aktif menjalankan kegiatan mencuri kabel sejak kebelakangan ini.

“Semasa serbuan, kita dapati terdapat unggun api dalam ladang terbabit dan apabila didekati, suspek sedang membakar kabel dalam ladang berkenaan yang juga berdekatan sebuah jerat Cina dalam kejadian Subuh tadi (semalam),” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kabel yang dicuri dibakar di mana ada sebilangannya sudah pun diketuk sebelum dijual.

Saturday, December 22, 2012

Setahun 134 kali , sebulan dalam 11 kali kena rompak... perghhhh hebat sungguh di negara yang aman nie..!!!

10 kali dah kena, buat laporan tak? Dah buat laporan, penguatkuasa buat surveillance tak? sampai kena 10 kali.... hairan .... negara paling selamat,... tak payah jaga orang politik, jagalah orang awam.... penguasa yang budiman......

134 kes jenayah berlaku setahun di kedai tersebut, ini bermakna setiap bulan 11 kes jenayah berlaku. 

Dengar pun dah takut....Oh negara ku 1Malaysia yang aman dan tenteram ! hidup umno, yang mati rakyat !

Tak serik walaupun 10 kali dirompak dalam dua tahun...
Pada Rabu lalu KK Supermart Holdings Sdn Bhd dilaporkan memberitahu media bahawa ia telah berdepan dengan 134 kes jenayah dalam masa setahun - separuh daripadanya dirompak.

NONEMungkin perkara itu akan menjadi pengalaman yang menakutkan tetapi tidak bagi kakitangan kedai serbaneka KK
Supermart, Hasem Magrabali, dari Bangladesh yang mendakwa sudah berdepan dengan kejadian dirompak lebih daripada 10 kali.

 "Sudah biasa. Saya tak takut. Buat apa nak takut. Satu hari kita akan mati juga," katanya yang sedang bertugas di kedai serbaneka tersebut di Jalan Besar, Serdang - antara yang sering menjadi sasaran rompakan.

"Saya pernah diletak pistol di kepala. Orang tunjuk parang. Tapi apa saya boleh buat. Saya bagi sajalah apa yang mereka mahu," kata Hasem ketika ditemui Malaysiakini semalam.

Dengan wajah yang tenang, Hasem, 29, memberitahu, sebagai pekerja warga asing, beliau tidak dapat membuat apa-apa melainkan menyerahkan wang apabila diminta oleh perompak.


Menurut Hasem yang sudah bekerja selama dua tahun di premis tersebut, selain tidak melawan, beliau juga adakalanya hanya mampu untuk menasihati perompak yang sedang melakukan "kerja" tersebut.

NONE"Saya pernah cakap dengan seorang perompak lelaki yang datang sini. Saya kata dengan dia, 'Malaysia ada banyak kerja. Kamu ada tangan, ada kaki. Apa pasal kamu ini macam'.  Tetapi dia suruh jangan banyak cakap dan bagi wang.

"Kalau mereka mari, jangan hentam. Nanti dia kasi hentam sama kita. Jangan lawan. Saya orang dari Bangladesh, (kalau) saya mati nanti keluarga saya di sana nanti ada masalah... kalau tak kerja, tak ada duit nak kasi keluarga," kata Hasem sambil menundukkan mukanya yang jelas terpancar kebimbangan.

Sementara itu dalam kejadian berbeza, seorang pekerja yang baru pertama kali dirompak ketika bertugas di kedai serbaneka 24 jam tersebut, Hanifa Wirae masih terkejut dengan kejadian yang menimpanya dua hari lalu.

Saturday, December 15, 2012

Bersyukurlah Kita.. Dalam negara yang aman ini hanya ada sedikit sahaja kes samun macam nie.... betulkah..??

Nyaris maut disamun

SUNGAI KOB, Kedah - Empat sekeluarga nyaris maut apabila rumah mereka di Kampung Padang Cina di sini, disamun empat lelaki bersenjatakan parang panjang kira-kira jam 3.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Seperintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian semua ahli keluarga mangsa sedang tidur.

Menurutnya, sebaik sahaja masuk ke dalam rumah mangsa, suspek duduk di atas badan mangsa dan mencederakannya dengan parang supaya mangsa bekerjasama.

“Suspek kemudiannya masuk ke bilik anak mangsa dan mengumpulkan semua ahli keluarga mangsa di satu tempat di dalam rumah sebelum mengarahkan mangsa menyerahkan semua barangan berharga.

“Mangsa terpaksa akur setelah suspek mengacu pisau ke leher salah seorang ahli keluarga mangsa dan mengugut akan mencederakan mereka sekiranya enggan memberi kerjasama,” katanya.


Ghuzlan berkata, mangsa yang mengalami kecederaan di badan dan kaki hanya mampu melihat empat suspek terbabit menggeledah rumahnya sebelum melarikan diri.

Mangsa kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah.

“Mangsa datang ke Balai Polis Sungai Kob untuk membuat laporan. Jumlah kerugian dianggarkan melebihi RM200,000,” katanya.

Monday, December 10, 2012

Tu dia aihh.. Penjenayah di Malaysia dah mula guna 'BOM' belajaq dari kes C4 ka nie..??

Pengedar dadah lempar bom sebelum ditembak mati
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
10 Disember 2012
 Pengedar dadah lempar bom sebelum ditembak mati
Keadaan lokasi kejadian yang berdebu setelah bom tangan dibaling suspek 
dimusnahkan skuad pengesan bom polis.
 Pengedar dadah lempar bom sebelum ditembak mati
Kesan tembakan yang dilepaskan suspek ke arah kenderaan polis.
 Pengedar dadah lempar bom sebelum ditembak mati
Anggota polis memeriksa kenderaan jenis Honda Accord yang 
dinaiki suspek di Gunung Semanggol, pagi tadi.
 
GUNUNG SEMANGGOL - Tertekan dikepung sepasukan polis, seorang pengedar dadah bertindak nekad melemparkan bom tangan ke arah dua kenderaan polis yang berjaya memintasnya di hadapan simpang masuk ke Bukit Merah Laketown Resort, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, bom tangan yang dibaling suspek tidak meletup, sebaliknya dia ditembak mati seorang anggota polis ketika hendak melarikan diri ke dalam semak-samun berhampiran lokasi kejadian, kira-kira jam 10.30 pagi.

Sumber polis berkata, lebih kurang jam 10 pagi, sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pergi ke rumah suspek di Kampung Dew, Taiping untuk menahannya sebelum dia bertindak melarikan diri menaiki sebuah kereta Honda Accord putih.

Menurutnya, polis bertindak mengekori kenderaan suspek dengan dibantu sebuah kenderaan polis jenis pacuan empat roda hingga ke kawasan kejadian sebelum suspek bertindak melepaskan tembakan ke arah polis. “Adegan tembak-menembak mula berlaku di antara suspek yang berusia lingkungan 40-an dengan anggota polis ketika kejar-mengejar sebelum kenderaan dipandunya berjaya dipintas ketika tiba di lokasi kejadian.

“Sebaik dipintas, anggota polis terlibat mengarahkan suspek keluar dari kenderaan dinaiki dan menyerah diri," katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Bagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku apabila suspek keluar dari kenderaan dan menembak ke arah polis sebelum adegan tembak-menembak kedua berlaku di situ.


Suspek abis peluru nekad lempar bom tangan arah polis

SUMBER polis menjelaskan, suspek yang berkemungkinan tidak sempat mengisi semula peluru bertindak nekad melemparkan bom tangan ke arah pasukan polis terbabit secara tiba-tiba.

Terkejut dengan tindakan suspek, tiga anggota polis yang mengekorinya terus melarikan diri ke tempat lebih selamat bersama beberapa orang awam.

Bagaimanapun, menurutnya, bom tangan yang dilontar tidak meletup dan seorang anggota polis bertindak melepaskan lebih kurang tujuh tembakan ke arah suspek yang cuba melarikan diri.

“Suspek yang sedang berlari ke arah semak-samun berhampiran akhirnya rebah dan mati serta-merta setelah salah satu peluru yang dilepaskan mengenai badannya.

“Bom tangan yang tidak meletup itu dimusnahkan oleh skuad pengesan bom lebih kurang jam 2 petang setelah lokasi kejadian dikosongkan,” katanya.


Beberapa jenis dadah, dua pistol berserta peluru ditemui

SUMBER polis berkata, kejadian tembak- menembak itu menyebabkan sebuah kenderaan dinaiki pasukan polis berkenaan dipenuhi kesan peluru yang ditembak suspek.

“Selain itu, siasatan polis menjumpai dua pistol bersama beberapa peluru, pisau dan beberapa jenis dadah dalam kenderaan dinaiki suspek.

“Polis masih lagi menyiasat kes ini dan ianya diserahkan ke IPD Kerian untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian dan menegaskan kes itu masih dalam siasatan.


Adegan tembak-menembak disangka penggambaran filem

SAKSI kejadian yang ditemui menyangka adegan tembak-menembak berkenaan adalah sesi penggambaran filem yang dijalankan di kawasan itu.

Peniaga buah-buahan, Norizan Salleh, 33, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, dia ternampak adegan kejar-mengejar di antara dua kenderaan polis dengan sebuah kereta Honda Accord.

"Saya menyangka ada adegan lakonan filem sedang dijalankan di kawasan Bukit Merah, pagi ini (semalam).

"Ketika itu, saya melihat sebuah Proton Waja polis bertindak memintas kereta Honda Accord dinaiki seorang lelaki sebelum semua kenderaan ini berhenti di lokasi kejadian," katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian, semalam.

Susulan itu, menurutnya, tiga anggota polis keluar dari kenderaan dan mengacukan pistol ke arah pemandu kereta Honda Accord.

"Bagaimanapun, lelaki itu bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota polis dan adegan tembak- menembak bermula seolaholah mereka sedang menjalani penggambaran filem,” katanya.

Melihat adegan itu, Norizan pada mulanya menyangka ada syarikat produksi filem tempatan sedang menjalankan penggambaran filem.Dia tidak menyedari ia adalah kejadian sebenar memandangkan pemandu kereta Honda Accord dilihat seolah-olah melepaskan tembakan
rambang tanpa ‘peluru’.

“Sangkaan saya meleset apabila melihat pemandu kereta ini bertindak mencampakkan sesuatu seperti bom tangan ke arah dua kenderaan polis berkenaan.

"Ketika itu, baru saya sedar kejadian itu benar apabila melihat-tiga anggota polis berkenaan melarikan diri sambil menjerit mengarahkan saya lari ke tempat lebih selamat,” katanya.

Norizan berkata, kejadian itu berlaku hanya beberapa meter dari gerainya, bagaimanapun, bom tersebut tidak meletup, malah sempat menyaksikan tindakan pantas anggota polis menembak mati lelaki berkenaan yang dilihat cuba melarikan diri ke dalam semak  berhampiran.


Geseran tayar disangka kemalangan

MANAKALA, seorang lagi saksikejadian, Siti Zaleha Hassan, 29 dan kakaknya menyangka tiga kenderaan berkenaan terlibat dalam kemalangan setelah terdengar bunyi geseran tayar.

“Saya bergegas keluar dari gerai melihat kejadian sebenar memandangkan pada mulanya kami menyangka berlakunya kemalangan.

“Bagaimanapun, saya bersama beberapa orang awam lain bertindak melarikan diri setelah mendengar bunyi tembakan bertalu-talu di lokasi kejadian kerana bimbang peluru sesat mengenai kami,” katanya.

Wednesday, November 28, 2012

Adakah kehidupan rakyat Malaysia sudah semakin terdesak sehingga sanggup buat kerja JENAYAH.??

Culik sebab anak kelaparan, tiada wang


KERATAN Kosmo! 24 November 2012.


SEREMBAN - Kehabisan wang, terdesak, anak kelaparan serta hilang kawalan merupakan alasan yang dibuat seorang bekas pekerja kedai makan di Mahkamah Majistret di sini semalam ketika mengaku salah atas tuduhan menculik tiga kanak-kanak dan melarikan sebuah kereta dekat Senawang 22 November lalu.

Rose Azrool Mohd. Arshad, 34, dijatuhi hukuman penjara lima tahun lapan bulan atas kedua-dua kesalahan tersebut bermula dari tarikh tangkapan oleh Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

"Saya mengaku salah. Saya bertindak demikian kerana terdesak, kehabisan duit, anak di rumah kelaparan dan hilang kawalan. Saya mohon mahkamah meringankan hukuman," rayunya.

Bagaimanapun Mohamad Izwan menegaskan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tertuduh melakukan jenayah.

"Cara awak salah. Melakukan jenayah bukan menghalalkan cara," tegasnya.


Mengikut pertuduhan, Rose Azrool didakwa menculik tiga beradik iaitu Muhammad Hazimi Khairul Anwar, 12, Muhammad Hanif, 3, dan Muhammad Haziq, 1, dari jagaan Norhayati Shahimi, 42 pada pukul 2.20 petang di hadapan pasar mini di Taman Desa Dahlia dekat Senawang di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh mencuri kereta jenis Proton Wira nombor pendaftaran KAH 4537 milik Khairul Anwar Zakaria di tempat, hari dan masa yang sama mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda.

Sabtu lalu, Kosmo! melaporkan seorang wanita menghadapi debaran hampir tiga jam apabila anak lelakinya yang berusia tiga tahun hilang bersama kereta Proton Wira miliknya yang ditinggalkan dalam keadaan enjin dihidupkan berhampiran sebuah pasar mini di Taman Desa Dahlia.

Suspek kemudian ditahan dalam sekatan jalan di Labu di sini tidak lama kemudian.

Monday, October 22, 2012

Penempatan polis di kuarters punca jenayah naik

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mendekatkan diri dengan rakyat dan tidak memahami situasi yang dihadapi rakyat Malaysia yang rata-rata mengakui bimbang dengan kadar jenayah di dalam negara ketika ini.

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat pagi ini, ahli parlimen DAP tersebut berkata peranan pihak PDRM masih lemah dan tidak mampu memberi keyakinan kepada rakyat.

“Indeks persepsi rasa takut jenayah dalam kalangan masyarakat masih 60 peratus, ini membuktikan PDRM tidak memberikan keyakinan kepada rakyat,” kata Kulasegaran semasa membidas penjelasan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop (gambar).

Kulasegaran juga membidas pelaksanaan menempatkan anggota polis di dalam kuarters sebagai antara salah satu punca pihak PDRM tidak memahami situasi yang dihadapi oleh rakyat ketika ini.

“Dahulu kebanyakkan anggota polis di tinggal bersama rakyat, perkara ini berbeza sama sekali dengan sekarang dimana banyak anggota polis banyak ditempatkan di kuarters.

“Pihak polis juga bersalah atas masalah ini, kita lihat selama 20 tahun kebelakangan ini dimana mereka tinggal sekarang ini?

“Jadi bagaimana mereka (PDRM) boleh mengetahui permasalahan jenayah yang dihadapi oleh rakyat ini?,” tambah ahli parlimen DAP itu lagi.


Abu Seman dalam jawapan kepada soalan oleh ahli parlimen Hulu Rajang, Datuk Billy Abit Joo menerangkan secara keseluruhan kadar jenayah diseluruh negara menurun berdasarkan statistik yang diperoleh daripada PDRM.

“Statistik PDRM menunjukkan jenayah indeks yang direkodkan oleh PDRM diseluruh negara pada tahun 2009 adalah sebanyak 209,817 kes dan jumlah ini telah menurun kepada 177,520 kes pada tahun 2010 iaitu pengurangan sebanyak 15.4 peratus.

“Jumlah ini terus menurun kepada 157,851 ribu kes pada tahun 2011 (11.1 peratus). Bagi tempoh Jan hingga Ogos tahun ini pula, sebanyak 101,317 kes direkodkan,” kata Abu Seman.

Menurut Abu Seman, walaupun angka-angka jenayah ini mencatatkan penurunan pihak PDRM masih lagi tetap menjalankan peranan dan tanggungjawab mereka dalam membanteras jenayah.

“Walaupun angka-angka ini menurun, pihak PDRM masih tetap komited dan berusaha keras dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia dipelihara. Pelbagai aktiviti dan kempen-kempen telah dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dan membanteras jenayah,” tambah Abu Seman.

Disamping itu, Abu Seman juga berkata keselamatan dalam negara masih dalam keadaan baik terutamanya apabila diperakui oleh badan antarabangsa bebas Institut Ekonomi dan Keamanan yang mengeluarkan Indeks Keamanan Global (GPI).

Dalam indeks yang dikeluarkan tersebut, Malaysia berada ditangga ke-20 mengatasi Singapura dan Australia daripada 158 buah negara yang terlibat.

Dalam pada itu, Abu Seman juga menyelar pihak media dan sesetengah parti yang sengaja mensensasikan insiden jenayah yang berlaku dalam negara hingga ia mewujudkan persepsi yang negatif di kalangan rakyat Malaysia.

Pada Ogos lalu, bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan meminta kerajaan supaya mengkaji semula statistik kadar jenayah atau membuktikan dakwaan mengatakan statistik tersebut dimanipulasi adalah tidak benar untuk menunjukkan kadar kejayaan polis di tengah-tengah penelitian awam terhadap keselamatan.

Bekas KPN itu menambah, langkah ini adalah penting kerana dapat membantu mengurangkan kebimbangan awam terhadap peningkatan dalam kadar jenayah walaupun terdapat inisiatif kerajaan untuk menjadikan negara ini lebih selamat.

Pihak polis merespon semalam atas dakwaan yang disiarkan minggu lepas dalam surat yang kononnya daripada pegawai polis yang berkhidmat.

“Lebih baik kerajaan kaji semula statistik kadar jenayah.

“Kalau tak betul seperti yang didakwa, buktikan.

“Jangan diam saja kerana ini akan membuka ruang kepada orang untuk buat spekulasi,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.

Wednesday, October 17, 2012

Kulim panas dengan jenayah 'pukau' diketika ini..!!

Dipukau wanita berjubah hitam


SITI SHAMSHIAH menunjukkan beg tangan yang menjadi tempat dia menyimpan barangan kemas di Kulim semalam.

KULIM – Seorang bekas pekerja Telekom Malaysia kerugian lebih RM20,000 selepas barang kemas dan jam tangan miliknya dilarikan oleh seorang wanita berjubah hitam di Padang Serai di sini Jumaat lalu.

Mangsa, Siti Shamshiah Ahmad, 60, mendakwa, dia tidak menyedari kehilangan barangan tersebut kerana telah dipukau oleh wanita tersebut.

Ceritanya, ketika kejadian, dia bersama suami serta beberapa ahli keluarga lain keluar untuk membeli barangan keperluan di pekan Padang Serai kira-kira pukul 10.30 pagi.

Ujarnya, ketika singgah di sebuah gerai menjual ubat tradisional, dia tiba-tiba dihampiri oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya.


“Wanita itu mendakwa dia mengalami sakit mata dan meminta saya melihat ke arah matanya yang merah.

“Saya mengikut arahannya dan sebaik melihat mata wanita itu secara dekat, saya tidak sedar apa yang berlaku selepas itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Keladi Lambok di sini semalam.

Thursday, October 11, 2012

URUT BATIN - Mazidul boleh cari jumpa tapi pihak berkuasa tak jumpa..!!!

URUT BATIN ISTERI ORANG (18SX)


'Zara', 28 tahun mula berkhidmat di pusat urut kira-kira 2 tahun lalu.
"Saya bercinta selama 3 tahun, bekas teman lelaki saya berjanji mengahwini saya. Namun selepas saya menyerahkan tubuh, dia meninggalkan saya," katanya.
Saya terus mendengar sambil visual temu bual dirakamkan oleh jurukamera, Rohaizat Roslan dibantu juruteknik, Siva-G.
"Siapakah sebenarnya wanita bekerja sebagai pengurut?," soal saya.
Bilik lokasi rakaman digelapkan, hanya bentuk tubuh Zara sahaja kelihatan. Janji saya kepada anak kelahiran Kuala Lumpur itu, identiti dirinya tidak akan didedahkan. Hanya kisah hidupnya, bakal saya kongsikan bersama penonton Majalah 3, 'Rela atau paksa', 20 Oktober, Sabtu, jam 9 malam.
"Gadis bujang, ibu tunggal dan isteri orang," jawabnya.
Saya tersentak buat seketika.
"Isteri orang? Mereka turut melakukan urutan batin (urutan kemaluan lelaki)?," tanya saya untuk mendapat kepastian.
"Ya, urutan badan, 45 minit, RM110, urutan batin, RM100 untuk 20 minit," jelasnya.
Sebaik mendengar kenyataan itu, spontan terlintas di fikiran saya, suami manakah sanggup mengizinkan isteri mereka melakukan kerja sebegitu?

http://www.mazidulakmal.com/2012/10/urut-batin-isteri-orang-18sx.html

Sunday, October 7, 2012

Hangpa jumpa dan tangkap peragut hangpa buat apa?....

Bila peragut kena belasah
SUHARNE ZAINUDIN, ANITA ABU HASAN & NUR FARHANA ABDUL MANAN
8 Oktober 2012
Izzah
Mukadimah

Jenayah dan kes ragut di Malaysia bukan sekecil lubang jarum. Bukan calang-calang kemarahan orang ramai kepada peragut.

Perbuatan meragut membabitkan kekejaman. Bayangkan ibu sarat mengandung, terbunuh akibat peragut. Belum lagi ratusan mangsa cedera parah ketika menyelamatkan diri daripada peragut.

Pokoknya pelbagai insiden melibatkan nyawa disebabkan peragut.

Dalam kecoh sana sini peragut, tidak kurang juga ada kalangan mereka yang salah sasaran.

Terjolok sarang tebuan dan buku bertemu ruas.

Bukan seorang dua yang pernah tersadai dilanyak orang awam.

Sebenarnya kes peragut dibelasah orang awam bukan isu baru lantaran kemarahan masyarakat tidak pernah surut.

Tidak keterlaluan dikatakan, kini menjadi satu kepuasan bagi sesetengah individu apabila berjaya menyepak, menerajang menumbuk dan memaki hamun peragut. Ada di kalangan peragut hampir hilang nyawa akibat dibelasah.


Misalnya, kejadian di Kepala Batas, Pulau Pinang. Dua lelaki cedera teruk dibelasah dengan batang golf oleh sekumpulan 20 penduduk ketika cuba melarikan beg tangan milik seorang guru.

Bahkan sejak akhir ini, media memaparkan satu demi satu kisah peragut dilanyak orang ramai.

Bayangkan puluhan manusia melanyak seorang peragut. Namun, adakah ini tindakan betul? Bolehkah kita menghukum peragut dengan undang-undang tangan sendiri hanya kerana geram.

Bicara Isnin minggu ini, tidak berkempen untuk melanyak peragut tetapi menyingkap sama ada wajar kita menggunakan siku, tangan, kayu dan belantan sendiri untuk mengajar si peragut.

Geram peragut minta tubuh isteri

“Aku geram apabila peragut itu meminta tubuh isteri ku hingga aku tekad membelasahnya,” akui Izmir Ahmad.

Cerita Izmir, sebelum itu beg tangan mengandungi telefon bimbit milik isterinya, Izzah telah diragut ketika perjalanan ke sebuah pasar raya berhampiran rumahnya.

“Isteri ku mendail nombor telefon bimbitnya. Ternyata berhasil dan suara lelaki mengangkat talian itu. Izzah meminta lelaki berkenaan memulangkan beg tangannya kerana mengandungi pelbagai dokumen.

Tetapi tanpa segan silu, peragut itu meminta isteri ku mengadakan hubungan kelamin. Izzah menceritakan segalanya kepada ku dan aku segera memasang perangkap dengan mengatakan Izzah sudi menyerahkan tubuhnya.

Aku sendiri menghantar Izzah bertemu peragut itu. Tiba di tempat temu janji, aku dan beberapa rakan ku mengepung lelaki itu. Setelah berjaya menangkapnya, aku dan rakan ku membelasah lelaki kurang ajar tersebut sepuas hati. Itu sebagai pengajaran!” Ketika itu aku sangat geram kerana si peragut yang ingin mencemar maruah isteriku.

Sebagai suami, aku rasa tercabar dan kemarahan itu aku lepaskan dengan memijak-mijak tubuh serta menendang muka si peragut.

Aku bukan membelakangkan undang-undang tetapi jika lelaki lain ditempatku pasti akan bertindak sama. Bayangkan, dia minta tubuh isteriku. Adakah boleh sabar?

Peragut itu mendapat habuannya tatkala dibelasah bukan sahaja aku dan rakan-rakan, tetapi orang sekeliling yang membelasahnya dengan topi keledar, besi dan kayu. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada peragut lain,” ujar Izmir.

Puas dapat belasah

“Aku juga ada pengalaman membelasah peragut. Ketika itu aku dan beberapa orang awam berada di Puchong, Selangor.

Secara tiba-tiba mendengar jeritan mangsa dan tanpa berlengah kami mengepung dan berhasil menangkap si peragut.

Apa lagi, teruk peragut itu kami kerjakan hingga lunyai,” cerita Azman. Dia beranggapan, peragut itu ialah penagih dadah berdasarkan keadaan fizikal.

Sebelum itu, dia bersama yang lain mengejar peragut tersebut sejauh beberapa meter dan begitu penat berlari.

“Selepas dapat mencapai bajunya, aku biarkan orang lain membelasahnya cukup-cukup. Akhir sekali barulah aku mengambil bahagian menendangnya bertubi-tubi. Peragut itu lunyai seperti lauk basi dihurung semut. Begitulah kemarahan kami waktu itu,” ujar Azman, berusia 34 tahun.

Katanya, bukan tidak takut undang-undang, tetapi geram kerana peragut sewenangnya mencuri hasil rezeki orang lain dan mereka sangat kejam apabila menyebabkan kesengsaraan kepada mangsa bahkan ada yang terbunuh.

"Aku memukulnya untuk pengajaran supaya jangan ambil mudah hal masyarakat dnegan menyumbangkan jenayah," akhiri Azman.

* Sebahagian daripada kandungan ruangan Bicara Isnin. Dapatkan Sinar Harian edisi Isnin, hari ini

Rumah MB pun pencuri dah masuk....amannnnya bumi Malaysia...

Polis: Pencuri pecah masuk kediaman MB N Sembilan

Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamarudin berkata kediaman keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dipecah masuk dalam satu kejadian pagi ini.

Ketika dihubungi, Saiful Azly mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 10 pagi ini.

Satu set televisyen dan dekoder satelit Astro dilaporkan dicuri daripada kediaman yang terletak kira-kira 20 kilometer daripada bandar Seremban itu, katanya.

Katanya lagi, polis setakat ini bagaimanapun belum menahan mana-mana suspek.

Tuesday, September 25, 2012

Aman haram jadah apa aihh.. Sampai Kg. Jamil Khir pun dah ada orang sembelih orang

wanita cedera parah 'disembelih' perompak


Seorang wanita cedera parah akibat dikelar di leher oleh lelaki yang disyaki cuba merompak mangsa di rumahnya di kampung Teroi, di Yan semalam.
  
Selain kecederaan sepanjang lapan sentimeter di leher, Jamaliah Ali, 55, yang ketika itu berseorangan di rumah, turut mengalami kecederaan di kepala dan beberapa anggota badan.
  
Ketua Polis Daerah Yan DSP Ismail Abu berkata Jamaliah adalah ibu tunggal dan tinggal di rumah itu bersama adiknya.
  

"Ketika kejadian pada pukul 7.10 pagi itu, adiknya keluar menghantar anak-anak saudaranya ke sekolah. Terdapat kesan geledah dalam rumah itu dan mangsa dipercayai dicederakan ketika berada di ruang tamu tingkat bawah.

"Mangsa yang berlumuran darah pergi ke rumah jiran untuk meminta bantuan dan dihantar ke Hospital Yan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (Sungai Petani) kerana kecederaan yang parah," katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada barang berharga yang hilang dan polis percaya suspek melarikan diri selepas mencederakan mangsa dengan senjata tajam.

"Mengikut jiran, mangsa ada menyebut satu nama namun kurang jelas akibat kecederaan di lehernya agak parah seperti disembelih sepanjang lapan sentimeter. Jadi kami percaya mangsa mengenali penyerangnya," katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

- Bernama

Sunday, September 23, 2012

Inilah yang dikatakan negara kita "aman & selamat"..!!!


RUEN YUAN (duduk tengah) bersama mangsa-mangsa samun merayu bantuan pihak polis 
membendung jenayah ketika mengadakan perjumpaan di Segambut, Kuala Lumpur semalam.

[kosmo] KUALA LUMPUR – Seramai 20 mangsa beberapa kes rompak di Taman Sri Segambut, Segambut di sini meminta pihak polis meningkatkan kekerapan rondaan dan menempatkan sebuah balai polis bergerak bagi mengatasi masalah jenayah yang meningkat di kawasan tersebut sejak kebelakangan ini.

Difahamkan, tiga kes rompak berlaku dalam tempoh seminggu sehingga menyebabkan penduduk terutama golongan wanita dan kanak-kanak terpaksa tinggal dalam ketakutan setiap hari.


Seorang peniaga, Sia Mei Kei, 56, berkata, kes samun yang menimpa dirinya beberapa minggu lalu menyebabkan dia mengalami kerugian berjumlah RM50,000.


“Kumpulan perompak menyerbu masuk rumah saya pada awal pagi ketika saya mahu keluar berniaga.


“Saya terpaksa menurut segala perintah mereka dengan menyerahkan wang tunai, barangan kemas dan sebuah kereta bagi mengelakkan mereka mencederakan saya sekeluarga,” katanya ketika membuat aduan di Pusat Perkhidmatan Gerakan Segambut di sini semalam.


P/s: Kata Malaysia negara paling selamat...kah kah kah

Wednesday, September 19, 2012

Orang PR kata tak aman hangpa tak caya.. Nie mai BAPAK BN pulak kata....

Dr M setuju Malaysia kurang selamat, perlu lebih dana untuk cegah jenayah

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bersetuju bahawa keadaan di jalanan di Malaysia hari ini lebih berbahaya dan melabelkannya sebagai “fenomena baru” yang perlu diselesaikan oleh kerajaan dengan membelanjakan lebih banyak pruntukkan.

Perdana menteri (PM) paling lama memerintah itu mengatakan sudah dapat dilaksanakan di mana orang ramai bergantung seratus peratus kepada polis untuk mencegah jenayah walaupun beliau mengiktiraf langkah kerajaan untuk menambah anggota keselamatan untuk menjamin keselamatan keadaan jalanan.

“Saya rasa isu keselamatan adalah masalah di Malaysia sekarang.. Akan tetapi kita perlu ada kajian terperinci untuk mendapat kepastian tentang itu.

“Kita perlu membelanjakan lebih banyak wang untuk berhadapan dengan sesuatu yang sudah menjadi “fenomena baru,” kata beliau semasa sesi soal jawab di Forum CEO 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana.


Pihak berkuasa telah bekerja keras untuk melawan persepsi negatif orang ramai terhadap kadar jenayah di negara ini, yang telah banyak dipengaruhi oleh pertukaran cerita-cerita seram berterusan mengenai serangan, rompakan dan penculikan di internet.

Ahli parlimen pembangkang dan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil juga telah mempertikaikan statistik jenayah yang dikeluarkan secara meluas oleh pihak polis dan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) — mendakwa bahawa data telah dimanipulasi untuk memberikan gambaran palsu bahawa kadar jenayah telah menurun.

Akan tetapi pihak berkuasa telah mempertahankan statistik mereka, yang mereka katakan menunjukkan kadar jenayah menurun, menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada 20 negara paling aman di dunia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI).

Menteri dalam negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menuduh parti-parti pembangkang mengambil kesempatan daripada isu-isu yang membimbangkan rakyat Malaysia, terutamanya kadar jenayah, disebabkan pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Tetapi Dr Mahathir (gambar) mencadangkan bahawa ketakutan orang ramai terhadap jenayah bukanlah tidak berasas, dengan merujuk kepada peningkatan kawasan kejiranan yang memasang pondok pengawal untuk meningkatkan keselamatan.

“Ya, saya fikir kita mempunyai keselamatan yang kurang sekarang,” katanya.

“Kami mempunyai perkembangan kawasan kejiranan berpagar yang memagar ke seluruh kawasan perumahan kerana kita takut seseorang datang dan merompak atau memecah masuk ke dalam rumah kita.

“Saya tinggal di kawasan berpagar tetapi masih terdapat agak banyak rompakan,” katanya.

Dr Mahathir mencadangkan bahawa masalah ini berpunca daripada bilangan tinggi pekerja asing yang bekerja dalam industri pembinaan atau lain-lain bidang yang berpendapatan rendah dan berbahaya.

Beliau berkata bahawa pekerja-pekerja ini boleh melakukan jenayah kecil sebagai satu bentuk “masa lalu” untuk membantu mendapatkan lebih banyak wang saku.

“Kita amat bergantung kepada buruh asing. Rakyat kita tidak akan bekerja di tapak pembinaan dan sebab itu kita memerlukan mereka dan kontraktor kita suka buruh asing kerana mereka bekerja sangat keras dan sanggup bekerja lebih masa jika anda membayar mereka,” katanya.

“Ini adalah sesuatu yang kita perlu belajar untuk menanganinya,” tambah beliau.