Showing posts with label POLIS. Show all posts
Showing posts with label POLIS. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

UMNO parlimen NAJIB "Geng Samseng"

Kenyataan Media Untuk Hebahan Segera
Angkatan Muda Keadilan Selangor
13 Februari 2013

Pukul Mahasiswa Berkempen: Bukti Najib Razak Gagal Transformasi Budaya Kasar Umno

Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini membidas tindakan pengecut ahli Umno di Kampung Datuk Keramat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis.dalam Parlimen Pekan yang bertindak ganas dengan memukul mahasiswa Ekhsan Bukhari ,bekas Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) ketika selesai mengedarkan risalah 'Harapan Malaysia' semalam.

AMK Selangor melihat insiden keganasan terbaru ini sebagai satu lagi siri kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri , dan juga Ketua Umno Bahagian Pekan yang tidak mampu melakukan transformasi terhadap ahli parti di bahagian sendiri. Kegagalan Najib Razak ini juga dilihat sebagai satu simbol kelemahan pentadbiran beliau yang semakin ditolak oleh rakyat Malaysia

AMK Selangor mempersoalkan sekiranya benar Najib Razak diterima oleh majoriti mahasiswa seperti yang didakwa dalam satu kajian, mustahil Perdana Menteri itu goyang apabila berhadapan dengan kempen demokrasi yang dilakukan oleh lima orang mahasiswa sahaja? Jelas ada kegusaran sebenar yang disembunyikan Najib Razak selaku orang nombor satu Umno yang bukan sahaja goyah di peringkat Nasional, tetapi juga mungkin merasa bahang dibenci di bahagian sendiri.


Najib Razak Perlu Minta Maaf Atas Kekasaran Ahli Umno Bahagian Pekan

Najib Razak seharusnya bersikap positif dalam isu ini dan meminta maaf secara terbuka kepada kumpulan mahasiswa ini khasnya dan rakyat Malaysia umumnya atas insiden yang tercetus dalam kawasan Parlimen beliau.

AMK Selangor menuntut Perdana Menteri itu bertanggungjawab sebagai Ketua Bahagian dan Perdana Menteri untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berulang lagi. AMK Selangor percaya sekiranya kawasan Parlimen yang diwakili Perdana Menteri sendiri tidak selamat untuk satu kempen demokrasi yang bebas, apakah nasib individu atau kumpulan lain yang cuba menjual idea dan hujah terutama ketika bahang PRU 13 semakin hampir.

Atau menurut pemikiran AMK Selangor, adakah ini isyarat penolakan dan sabotaj ahli Umno Bahagian Pekan sendiri terhadap Najib Razak, kerana mustahil mereka yang melakukannya tidak sedar akan impak negatif yang akan terpalit pada imej Najib Razak berikutan insiden ini. Najib Razak harus segera menyiasat apakah wujud 'gunting dalam lipatan' di bahagian Umno Pekan sendiri.

Namun yang jelas, AMK Selangor bertegas kejadian ganas terbaru ini sama sekali tidak seharusnya berlaku ketika Umno Barisan Nasional mencanang mereka berada pada tahap terbaik untuk menang 2/3 majoriti kerusi di Parlimen dan berada di tahap paling kuat sejak 2008.

AMK Selangor memberikan sokongan padu kepada mana-mana inidvidu dan kumpulan yang ingin terus melibatkan diri dalam proses demokrasi demi masa depan negara yang lebih baik. AMK Selangor juga memberi jaminan tidak akan wujud kekasaran dan provokasi terhadap mana-mana kumpulan pembangkang dan Umno di Selangor yang turun berkempen, sama seperti kebebasan yang mereka kecapi sejak 2008 kerana Keadilan wujud atas citra anak muda bebas dan cintakan keamanan


AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Sunday, December 30, 2012

Kenapa Menteri ada kuasa 'ARAHAN LANGSUNG' dengan by-pass Ketua Polis Negara..???

MyWatch persoal keperluan pegawai perhubungan PDRM Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 30 Dis — NGO pemerhati jenayah MyWatch hari ini menyeru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan keperluan Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohamad sebagai pegawai perhubungannya bagi Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

MyWatch mengatakan Hishamuddin (gambar) mempunyai seorang pegawai perhubungan dengan jawatan Timbalan Penguasa Polis (DCP) membolehkan Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan langsung bagi pasukan polis, tanpa melalui Ketua Polis Negara (IGP).

“Ini dengan jelas menunjukkan bahawa Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan PDRM tanpa menyampaikan arahan secara terus kepada IGP.

“Ini juga satu lagi bentuk pembaziran sumber polis dan tidak produktif,” kata Pengerusi MyWatch dalam satu kenyataan di sini.

Menurut MyWatch, pembantu Perdana Menteri (ADC) hanya berpangkat Timbalan Penguasa Polis, (ACP), tetapi Wan Ahmad Najmuddin diberikan pangkat yang lebih tinggi, dan pendapatan setaraf dengan Ketua Polis (CPO), Pegawai Penyiasat Jenayah (OCCI) atau Ketua Polis Daerah (OCPD).

NGO itu turut melahirkan kekecewaannya dengan aduan-aduan yang dikemukakan kepada Hishammuddin melalui akaun Twitter @HishammuddinH2Onya yang hanya dihantar ke akaun @tok_we Wan Ahmad Najmuddin yang mana jarang sekali pernah digunakan.

Minggu lepas, MyWatch mengatakan terdapatnya penglibatan pegawai-pegawai polis atasan dalam aktivit pengubahan wang haram, judi haram, pelacuran, penyelenggaraan taruhan bola sepak dan mempunyai hubungan langsung dengan tokoh-tokoh dunia penjenayah.

Malah, mereka juga turut mempersoalkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang hanya mendiamkan diri apabila berhadapan dengan bukti salah laku kumpulan yang mana jelas kumpulan itu akan menyediakan bukti kepada pihak berkuasa.

“Mengapa harus beliau memilih untuk berdiam diri, dan kenapa beliau tidak bertindak ke atas pegawai yang rasuah?” kata Sanjeevan.

MyWatch pertama kali muncul di media apabila penaungnya, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa beberapa menteri dan ahli-ahli politik, termasuk Hishammuddin memberikan arahan langsung kepada pasukan polis.

Berikutan pendedahannya, Musa dan kumpulan telah dikritik oleh beberapa bekas tokoh awam termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Datuk Ramli Yusuff, bekas panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang, dan bekas ketua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Datuk Mat Zain Ibrahim.

Tuesday, December 11, 2012

Musa Hassan belasah Cawangan SB pulak...!!

Musa minta SB tumpu jenayah bukan politik

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta agar pegawai Cawangan Khas (SB) polis memberi lebih tumpuan kepada isu-isu jenayah dan tidak hanya tertumpu kepada isu politik sahaja.

(Musa dalam sidang media MyWatch hari ini)

"Saya harap SB ini berikan tumpuan kepada isu-isu untuk banteras jenayah dan jangan terlalu lebih beri tumpuan kepada isu-isu politik.

"Biarlah kerja-kerja siasatan politik ini dijalankan oleh mereka yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), kerja polis untuk memastikan kadar jenayah terus berkurangan dan rakyat lebih terjamin keselamatan mereka," sambung beliau lagi.

Beliau yang berkata demikian pada sidang media anjuran Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) di sebuah hotel di Petaling Jaya petang tadi.

Isu polis terlalu memberikan tumpuan kepada politik menjadi panas baru-baru ini sehingga menyebabkan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata polis sudah cukup tetapi silap tumpuan.


Ia dijawab oleh pihak polis dengan berkata bilangan anggota polis berkurangan dari yang sepatutnya.

Namun dengan permintaan bekas orang nombor satu polis ini, isu kekurangan anggota boleh diselesaikan dengan cara polis memberikan tumpuan kepada jenayah bukannya kerja-kerja menjadi alat orang politik.

Dedah statistik jenayah

Musa juga meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan angka statistik yang sebenar jenayah negara ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan.

Musa menyatakan, angka statistik yang diumumkan sebelum ini hanya merujuk kepada jenayah jalanan sahaja tetapi tidak merangkumi jenayah-jenayah lain.

"Kita melihat pada NKRA kerajaan hanya mengumumkan kadar statistik jenayah yang melibatkan jenayah jalanan sahaja iaitu seperti ragut dan sebagainya.

"Tetapi apa yang berlaku pada jenayah-jenayah lain seperti pecah rumah mahupun bentuk-bentuk jenayah yang lain, apakah kadar statistik jenayah tersebut," jelasnya.

Menurut beliau, rakyat sebenar keliru dengan kadar statistik yang diumumkan apabila kerajaan mengatakan kadar jenayah telah menurun sedangan rakyat terus mempersoalkan jenayah yang sering berlaku disekeliling mereka.

"Kerajaan perlu mendedahkan yang sebenar tentang kadar statistik jenayah biar semua tahu dan rakyat akan mengetahui kedudukan mereka dalam situasi jenayah negara," kata beliau lagi.

Beliau yang mengulangi masih menyayangi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan berharap agensi tersebut dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat.

Monday, December 10, 2012

Musa Hasan mula dok londeh bau busuk dalam Kerajaan & Polis.. kini bab APCO pulak..!!!

Musa Hassan dedah Phang arah polis lulus projek berkaitan APCO

PETALING JAYA 10 Dis: Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di mata dunia.

Kata bekas Ketua Polis Negara itu, ia adalah projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.
 


“Projek tersebut diperolehi pada akhir 2009. (Hal) Apco dulu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Musa, bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang ‘mengarahkan’ pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut.

“Saya tak tahu berapa jumlah projek. Tapi saya dimaklumkan oleh sumber-sumber tertentu bahawa projek komunikasi belum lengkap sepenuhnya, tetapi telah diminta untuk dikomisenkan (diluluskan) untuk beroperasi.

“Kalau pegawai komunikasi yang menjaga itu tadi tidak dikomisenkan, maka mereka tidak dibayar. Oleh itu dia (Robert) telah meminta untuk seorang pegawai yang menjaga komunikasi untuk komisenkan komunikasi itu,” katanya.

Jelas Musa, pegawai yang tidak dinamakan tersebut tidak mahu meluluskan sistem komunikasi itu kerana spekifikasinya tidak lengkap.

“Sebab itu, dia (Robert) telah mengugut pegawai ini – kalau komunikasi tidak diluluskan, pegawai itu akan ditukar 24 jam.

“Kalau seorang awam boleh mengugut pegawai polis untuk ditukar kerana tidak meluluskan projek tadi, siapa yang berkuasa dalam polis?” soalnya.

Musa berkata, pegawai tersebut dipanggil Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar untuk menandatangani, namun masih enggan. Akibatnya pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut.

“Ia berlaku lepas saya bersara,” jelas Musa sambil menambah isu tersebut telah lama dimaklumkan kepadanya.

“Ini salahguna kuasa yang perlu disiasat. Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh sumber polis.

“Kalau orang (Robert) macam ini boleh mengarah pegawai polis, bermakna dia berkuasa dalam pasukan (PDRM). Dia boleh serang orang lain yang dia tak suka,” kata Musa.

Pada April 2010, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, kewujudan perisik Israel dalam PDRM melalui satu kontrak dengan nama APCO 425.

Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) yang berpangkalan di Israel.

Friday, December 7, 2012

Isu Campur Tangan Kuasa POLIS - Hishamuddin, Musa Hassan sama-sama bersalah

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN


Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan mendedahkan bahawa Menteri Dalam Negeri, Dato' Hishamuddin Hussein terlibat dalam memberi arahan kepada pegawai-pegawai polis yang lebih rendah daripadanya dan pegawai polis di peringkat daerah.

Musa menyatakan beliau telah menegur tindakan Hishamudin tersebut dengan menarik perhatian kepada Seksyen 4 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan bahawa kuasa memberi arahan kepada pihak polis hanya diberikan kepada KPN.

Bagi PAS dan penyokong Pakatan Rakyat yang seringkali menjadi mangsa kerakusan dan kezaliman pihak berkuasa, khususnya pihak polis, sudah lama merasakan kerakusan dan kezaliman polis tersebut hasil restu Umno dan pemimpin tinggi parti tersebut. Pendedahan Musa membenarkan tanggapan Pakatan selama ini - polis adalah ejen Umno!

Polis telah disalahgunakan oleh Umno melalui Hishamuddin. Jika apa yang dilakukan Hishamuddin di era Musa KPN logiknya hal sama terus berlaku sehingga kini iaitu di bawah KPN sedia ada.

Pendedahan Musa meyakinkan kita bahawa tiga perhimpunan Bersih di ibu kota sebelum ini menunjukkan bahawa Hishamuddin adalah "culprit" sebenar ke atas segala kezaliman pihak polis ke atas rakyat.

Pendedahan Musa wajib disiasat. Berdasarkan undang-undang, siasatan hendaklah dilakukan pihak polis. Persoalannya, bagaimanakah pihak polis yang menerima arahan Hishamuddin berupaya untuk menyiasat Hishamudin secara telus tanpa gentar dan memihak (without fear and favour) .

Apa yang berlaku ini samalah seperti kata pepatah Arab, "penjaga kambing menjaga kambing agar tidak dimakan oleh serigala, bagaimana pula jika yang menjadi penjaga kambing itu sendiri adalah serigala!”

Pilihan terbaik dalam hal ini adalah Hishamudin yang manjadi sasaran siasatan sewajarnya sama ada digantung tugasnya atau diminta bercuti atau meletakkan jawatannya. Mengambil kira jawatan menteri adalah satu tugas yang melibatkan urusan penting maka peletakan jawatan adalah opsyen terbaik bagi Hishamudin.

Saya tidak rasa Dato' Seri Najib Razak berani memecat Hishamuddin. Jika Hishamuddin dipecat sudah tentu orang Umno sendiri akan berkata, kenapakah Najib sendiri tidak dipecat atau meletakkan jawatan apabila "Skandal Deepak" juga dicemari oleh jenayah salah guna kuasa. Inilah masalah besar Umno. Wujudkan mana-mana pemimpin Umno yang benar-benar bersih atau dilihat sebagai bersih?

Berdasarkan pendedahan Musa, jelas wujud satu salah guna kuasa, maka kertas sisatan wajar dibuka bagi menyiasat dakwaan Musa itu. Musa adalah mantan KPN, maka sudah tentu beliau mempunyai maklumat yang terperinci berkaitan penglibatan Hishamucdin.

Satu perkara yang mungkin tidak disedari Musa adalah jika benar beliau sudah mengetahui apa yang Hishamudian lakukan bercanggah dengan undang-undang, maka beliau juga sepatutnya tidak mendiamkan diri selama ini tanpa membuat laporan polis. Tindakan beliau yang hanya mendedahkan salah guna kuasa Hishamuddin setelah beberapa tahun persaraan beliau boleh disifatkan sebagai merestui tindakan Hishamudin. Di sinilah pentingnya satu siasatan dilakukan secara telus.

Mengambil kira agak sukar untuk pihak polis menyiasat kes ini dengan telus, tanpa gentar dan memihak, adalah lebih baik satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Musa itu.

Pendedahan Musa mempunya kesan yang amat serius. Jika fenomena ini tidak dihentikan ia akan terus memburukkan imej polis dari imejnya yang sedia buruk. Tidak guna slogan-slogan diperkenalkan pihak polis jika ia dengan mudah mengikut telunjuk pihak seperti Hishamddin dalam menjalankan tugas mereka.

Dalam mana-mana negara sekalipun pasukan polis mestilah di atas politik (above the politics). Institusi polis hanya berupaya menjalankan tugas meraka jika ia adalah satu institusi yang bebas dan profesional dalam melaksankan tugas dan tanggungjawabnya.

Tindakan Hishamuddin sepertimana dakwaan Musa mengakibatkan kebebasan dan profesionalisme polis dengan mudah dikompromi. Hari di mana pihak polis tidak lagi bebas dan profesional dalam menjalankan tugasnya adalah hari berlakunya kemusnahan integriti polis.

Siapakah lagi yang berupaya menghancurkan institusi polis dan institusi-institusi lain di negara ini jika bukan Umno dan BN. Menghancurkan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang adalah satu kemestian jika rakyat dah generasi akan datang tidak mahu melihat negara ini hancur!

Thursday, December 6, 2012

Umno tidak bermoral, pemimpin pula rendah akhlak

Apa yang sedang dikatakan oleh Tan Sri Musa Hasan akhir-akhir ini merupakan ‘consequence’ yang amat buruk hasil daripada pencerobohan pihak ‘executive’ terhadap badan-badan bebas seperti Badan Kehakiman dan Perundangan serta ‘Badan Legislative’ yang mula dilakukan oleh pentadbiran Dr Mahathir dan Dr Mahathir itu sendiri. Walaupun ramai yang menentang tindakan Dr Mahathir mencemari badan-badan bebas negara semasa itu, tetapi mereka ini tidak dipedulikan kerana ketamakan kuasa dan tidak mahu tunduk kepada sistem demokrasi negara.

Pihak kerajaan pimpinan Mahathir semasa itu amat jelas tidak berakhlak dengan memecat Ketua Hakim Negara dan empat Hakim Mahkamah Agung semasa itu. Dr Mahathir telah menekan Badan Kehakiman khususnya terhadap Tun Salleh Abas semasa Mahkamah Agung bersedia untuk menghakimkan tuntutan ahli-ahli UMNO (asal) untuk menghidupkan UMNO yang telah dibunuh oleh Dr Mahathir.

Kalau dikaji dari mana sudut penghakiman sekali pun, UMNO asal akan hidup, dan inilah yang tidak digemari oleh Dr Mahathir. Mahathir mahukan UMNO asal itu mati terus dan tidak mahu melaksanakan penghakiman Mahkamah Tinggi yang memutuskan untuk diadakan sekali lagi pemilihan UMNO. Pemilihan sebelumnya itu tidak sah kerana wujudnya beberapa orang yang tidak layak mengundi dan menjadi perwakilan UMNO ke Perhimpunan Agung 1987.

Dr Mahathir tidak mahu pemilihan itu diadakan sekali lagi kerana takut dengan keputusan pemilihan yang demokratik dalam UMNO semasa itu. Dr Mahathir terpaksa menggunakan peguam, Sri Ram, untuk mengharamkan UMNO di Mahkamah Tinggi kerana Dr Mahathir mahu UMNO terus mati dan beliau terus menjadi Perdana Menteri walaupun jawatan yang beliau pegang itu sudah tidak lagi ‘legitimate’.


Untuk memenuhi kehendak dan nafsu beliau itu cara yang terbaik ialah dengan mengharamkan UMNO dan menubuhkan sebuah parti baru yang diberi nama UMNO (baru). Badan Executive pimpinan Mahathir telah menceroboh badan kehakiman dengan meminta Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas untuk duduk membuat penghakiman dengan hanya tiga Hakim Mahkamah Agung. Mahathir mahukan Tun Salleh sebagai Ketua Hakim Negara bersama dua orang Hakim yang Mahathir boleh pengaruhi duduk untuk menghakimkan tuntutan ahli-ahli UMNO untuk menghidupkan UMNO yang telah terbatal pendaftarannya itu.

Tun Salleh tetap dengan pendirian untuk semua kesembilan hakim-hakim Mahkamah Agung untuk duduk bersama menghakimkan tuntutan itu kerana isu ini merupakan isu yang amat besar bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya. Tetapi Dr Mahathir tidak gemar dengan tindakan Ketua Hakim Negara itu kerana Mahathir begitu ‘desperate’ untuk mempertahankan jawatan Perdana Menteri yang beliau pegang itu. Dr Mahathir mahu semua pihak tunduk kepada beliau kerana beliau begitu terdesak dan akan kehilangan kerusi PM itu jika demokrasi terlaksana secara telus.

Dr Mahathir sudah hilang pertimbangan dan tidak mahu lagi institusi demokrasi menghalang niat beliau untuk berkuasa mengikut kehendak hati beliau. Beliau secara peribadi telah memanggil Tun Salleh Abas dan bertanyakan samada Ketua Hakim itu mahu bersara. Tun Salleh tidak berganjak kerana Hakim-Hakim mempunyai umur persaraan dalam usia 65 tahun sedangkan beliau semasa itu baru berumur 59 tahun.

Tun Salleh memberitahu yang beliau mengetuai Badan Kehakiman yang bebas dari campur tangan ‘Executive’ termasuk Perdana Menteri. Sesungguhnya Tun Salleh akan hanya boleh berhentikan jika ‘brother judges’ melakukannya. Cara kedua untuk memberhentikan Ketua Hakim ialah dengan menubuhkan tribunal yang di titahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tribunal untuk membicara Tun Salleh ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dengan tergesa-gesa dan lucunya cara penubuhannya tetap menjadi ingatan kepada semua yang mengikuti isu itu dengan cara yang lebih dekat. Tribunal itu telah ditubuhkan dalam satu hari dan dengan pantas.

Nasihat PM kepada Tuanku Agong dibuat pada 1hb Mei 1988  dan persetujuan YDP Agong juga didapati pada 1hb Mei. Perlantikan hakim Mahkamah Tinggi Sri Lanka dan Singapura dibuat pada 1hb Mei dan jawapan persetujuan mereka pun pada hari yang sama. Yang lebih lucu dan menyedihkan 1hb Mei itu adalah hari buruh dan cuti umum dan hari minggu pula. Semuanya ini adalah tindakan ‘desperate’ pimpinan semasa itu untuk bergayut kepada kuasa yang hampir terlepas itu.

Insiden ini merupakan titik hitam dalam sejarah negara kerana pada saat itulah bermulanya Badan Kehakiman dicerobohi dan ditakluk oleh pihak ‘executive’ yang diketuai oleh Dr Mahathir Mohammad. Dari saat itulah semua badan-badan bebas demokrasi dikuasai oleh Perdana Menteri dan semua sistem demokrasi terkubur dan tidak lagi bebas untuk melaksanakan tugas dengan betul.

Dari saat itu jugalah badan kepolisian negara tercemar serta badan perundangan seperti Jabatan Peguam Negara tidak lagi bebas untuk melaksanakan tugas dengan betul. Apabila sesuatu badan bebas yang mempunyai tanggungjawab terhadap negara sudah tidak bebas lagi, maka politik sahajalah yang menentukan segala-galanya.

Kecacatan sistem demokrasi kita ini telah rosak sehingga ke hari ini dan tidak mungkin boleh diperbetulkan oleh parti atau kepimpinan kerajaan yang telah mencemarinya iaitu UMNO dan Barisan Nasional. Kenyataan-kenyataan Tan Sri Musa Hasan itu adalah sebahagian yang sangat kecil dari apa yang sebenarnya dilakukan oleh pimpinan kerajaan yang tidak henti-henti mencemari tugas Ketua Polis Negara dan Peguam Negara misalnya.

Segala tindakan ‘professional’ telah diambil alih oleh tindakan politik di mana-mana dan jika pimpinan politik itu gila, ia bermakna kita dipimpin oleh orang-orang gila. Hasil daripada pencerobohan inilah yang telah menjadikan segala-galanya tidak betul lagi termasuk politik yang kini menjadi aktiviti ganas yang dilakukan oleh penyokong pihak kerajaan yang sudah dibenci rakyat dan akan ditumbangkan oleh rakyat juga dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Jika kita pertimbangkan secara halus kita sudah boleh membuat pertimbangan yang ‘conclusive’ Dr Mahathir bukanlah seorang PM yang ‘legitimate’ dan tidak bermoral. Mengekalkan Dr Mahathir semasa itu amat mahal harganya sehinggakan semua sistem demokrasi kita telah punah ranah.

Keadaan ini lebih teruk lagi kerana pimpinan yang mewarisi kepimpinan Mahathir telah terikut-ikut dengan budaya dan sistem Mahathir dalam mentadbir negara. Mereka yang mewarisi Dr Mahathir telah melakukan perkara yang lebih teruk lagi kerana sistem Mahathir itu telah menjadi ikutan pimpinan yang mengambilalih darinya (Mahathir). Pendeknya memang tepat kata-kata perbidalan, "jika bapa kencing berdiri anak-anak pula kencing berlari." Mahathir yang kencing berdiri, Pak Lah dan Najib juga kencing berlari. Jika Muhyiddin mengambil alih Najib sekarang seperti yang dihajati Dr Mahathir mungkin Muhyiddin akan kencing sambil menonggeng.

Kenyataan Musa Hasan wajar didengar dengan baik kerana beliau mempunyai hak untuk membela diri dari tohmahan pimpinan UMNO terhadap beliau sedangkan apa yang berlaku semasa beliau dalam perkhidmatan sehingga hari ini ialah UMNO dan pimpinnya sendiri.

Musa Hasan wajar membuat kenyataan-kenyataan dari masa ke semasa dengan membongkar segala apa yang berlaku dan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Kenyataan Musa itu nanti akan menjadi kenyataan yang membantu usaha ramai untuk mengetahui segala-gala yang berlaku di belakang tabir dan ia akan ditambah pula dengan kenyataan Deepak yang akhir-akhir ini telah membongkar isu Altantuya dan lain-lain yang berkaitan dan yang menghangatkan itu.

Pendeknya, tidak ada lagi yang betul dalam UMNO dan BN sekarang ini. Jika mereka benar, masakan apa yang kita lihat dan dengar itu boleh berlaku di hadapan mata dan kepala kita. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Wednesday, December 5, 2012

Baru hang tau ka MUSA HASAN oi yang negara ini akan rosak...!!!

Musa Hassan: Kalau tidak diperbetulkan, negara akan rosak


KUALA LUMPUR, 5 Dis — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini menyatakan tindakan beliau mengeluarkan komen berkenaan camputangan sesetengah menteri dan ahli politik dalam urusan polis kerana keadaan sudah semakin teruk dan jika tidak diperbetulkan, negara akan rosak .

"Perkara ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri hati dengan orang.

"... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak.

"Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang..., tidak... tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

Manurut Musa (gambar), sejak akhir-akhir ini campurtangan menteri semakin dalam pasukan polis semakin parah berbanding dahulu.

"Dulu tak kerap berlaku begini. Dulu tak ada saya rasa. Masa Menteri Dalam Negeri yang lama-lama kita tak pernah (dengar) jadi begini. Tapi yang baru-baru ni lah."

"Kalau IGP itu tak berani, ia berlakulah (campur tangan), kalau IGP berani, maka tak berlakulah. Saya merasakan kebanyakan IGP tak pernah akan mengikut apa kehendak menteri suruh buat kalau tak betul mengikut undang-undang lah," katanya.

Tambah Musa, tidak menjadi kesalahan bagi Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa KPN.

"Macam Bersih, itu IGP sahaja lah bagi arahan. Tak perlu nak bagi arahan. Kalau salah tindakan IGP, biar IGP sahaja yang kena tindakan. Janganlah atas arahan turun lagi. Orang di bawah pun pening kepala nak buat kerja.

"Campur tangan dari segi pentadbiran itu memang tanggungjawab dia, tetapi jangan lah campur tangan dalam hal-hal buat kerja polis. Campur tangan dalam operasi polislah, macam-macamlah. Operasi tak boleh (campur tangan), pentadbiran tidak apa sebab dia (Menteri Dalam Negeri) Pengerusi Suruhanjaya Polis," jelas beliau dipetik dari Sinar Harian Online.
Dalam laporan pagi ini, Musa mempertahankan dirinya tidak pernah menyalahgunakan kuasa sepanjang 41 tahun berkhidmat dengan pasukan polis walaupun bekas rakan sepasukannya, Datuk Ramli Yusuff seringkali mengaitkan bekas ketua polis itu dengan peguam negara (A-G) dan melepaskan diri dari tuduhan mengaitkan beliau dengan penjenayah Johor.

Musa memberitahu beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membersihkan namanya.

"Saya tidak ada lakukan kesalahan," kata Musa apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider malam semalam, sebelum menambah, "Kalau ada salah, biar SPRM siasat."

Thursday, November 29, 2012

HISHAMUDDIN dah strart KONA bila MUSA kata dia campur tangan siasatan polis..!!

Dalam sidang akhbar yang dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) semalam, mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah mendakwa Menteri Kabinet dan Ahli Politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu.

Tindakan Hishammuddin Hussein melanggar Sesyen 4(1) Akta Polis dimana arahan dan kawalan dalam Pasukan Polis adalah hak Ketua Polis Negara bukannya hak seorang Menteri - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Berikut adalah jawapan dari Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai dakwaan itu..
KUALA LUMPUR, 29 Nov — Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein melihat isu dibangkitkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tentang berlakunya campurtangan menteri Kabinet dan ahli politik dalam urusan pihak polis adalah cubaan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sedang berlangsung.

Menteri Dalam Negeri itu menegaskan, isu yang dibangkitkan adalah isu sampingan dan kementeriannya telah pun memberi penjelasan ketika Sidang Dewan Rakyat di Parlimen sebelum ini.

“Ada mana-mana pihak cuba alih (perhatian) dengan isu sampingan ... saya harap orang ramai jangan terkeliru dalam pemikiran dan agenda mereka.
“Ia isu cubaan untuk alih isu yang di sini (Perhimpunan Agung Umno),” kata Hisham ketika menjawab soalan pemberita berkenaan kenyataan Musa tersebut.

“KDN sudah jawab (isu tersebut),” katanya, dan menambah, bagi pihak Barisan Nasional (BN) dan Umno, mereka mahu melihat isu yang lebih besar.

“Dalam BN kita nak lihat isu besar,” tambahnya.

Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal bagaimanapun melihat kenyataan Musa itu umpama beliau sedang “lemas” dan memerlukan “ranting” untuk berpaut.

“Bekas IGP (Ketua Polis Negara) umpama manusia, kalau dia lemas, ranting pun akan digunakan, tidak kira ranting baik atau tidak baik pun tak mengapa.

“Namun saya yakin Musa Hassan matang, tidak semudah itu untuk beliau diperalatkan pihak seumpama ini,” kata menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu lagi ~ The Malaysian Insider

Ada tak dia jawab tuduhan Musa Hassan tu??

Apa yang aku nampak ialah dia tidak menjawab langsung berkenaan tuduhan itu tetapi cuba mengalih isu sepertimana yang sering Pencacai UMNO lakukan bila tak boleh menepis tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka..
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/11/dituduh-campur-siasatan-polis-ini.html 

Wednesday, November 28, 2012

POLIS kena tangkap Menteri Dalam Negeri sebab mencampuri urusan polis..!!

Desak tangkap Hishammuddin Hussein
SUSUPAN PETANG

Pendedahan bekas IGP Musa Hassan kononnya Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein mencampuri urusan polis sesutau yang serius dan patut mendapat perhatian persidangan agung Umno yang bersidang waktu ini.

Pendedahan itu tidak boleh dianggap satu pengkhianatan tetapi maklumat yang wajar didedahkan kerana persidangan Umno yang dalam rangka memperkuatkan partinya untuk menang patut menanganinya bagi menjaga maruah dan air muka kerana dakwaan itu melibatkan pemimpin kanan mereka.

Sekiranya dakwaan Musa itu benar, perbuatan Hihammuddin itu sesuatu yang mencemarkan integriti kerajaan UBN dan menjatuhkan maruah kerajaan itu di muka dunia. Hishammuddin ialah salah seorang naib presiden Umno dan sepupu kepada Najib Razak.

Musa Hassan hari ini dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya ketika menjawab pertanyaan wartawan mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein.

Menurutnya campur tangan berbentuk arahan dibuat oleh Hishammuddin kepada pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Tindakan Hishamuddin itu menurut Hasan bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.


Katanya dia sudah memberi tahu kesalahan dan percanggahan kepada Hishammuddin tetapi tidak dihirau dan kurang bersetuju dengannya. Menurut Musa salah satu sebab kenapa beliau tidak disambung kontrak sebagai Ketua Polis Negara untuk kali kedua adalah disebabkan keberaniannya menegur menteri dalam negeri itu.

Sangat elok kalau para perwakilan Umno membangkitkan soal tindakan Hishmmuddin itu kerana ia jelas melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan Akta Polis. Sepatutnya NGO seperti Perkasa(m), Jaringan Melayu dan sebagainya membuat laporan polis dan kepada SPRM apa yang berlaku itu.

Perwakilan Umno yang mengakui partinya sebagai sebuah parti yang telus, berjuang untuk bangsa dan negara tidak boleh mendiamkan perkara ini. Ahli Umno jangan berani dan tahu menuding jari kepada pihak lain saja tetapi hendaklah berani mengambil tindakan sama kepada pemimpin dan ahlinya sendiri.

Kalaupun tidak ada yang berani untuk mendesak Hishammuddin ditangkap tetapi kenalah ada seorang dua yang mendesak ditubuhkan jawatankuasa siasatan khas mengenai dakwaan Musa Hassan itu. Adalah malang lagi kalau campur tangan dimaksukan Musa itu melibatkan soal keselamatan negara misalnya seperti melindung penjenayah negara.

Dalam pada itu Musa Hassan hendaknya tidak setakat memberi maklumat itu, sebaliknya perlu mendedahkan seberapa banyak kesalahan, kes-kes kacau ganggu Polis Diraja semasa beliau menjadi ketuanya. Hanya mendedahkan itu untuk menjustifikasikan kenapa beliau tidak disambung kontrak kurang menyengat.

Pendedahan Musa itu juga sesuatu yang mengejutkan dan membuka isu baru dalam pasukan Polis DiRaja Malayisa yang sering dilemparkan sebagai komponen BN yang ke-17 selepas SPR (15) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN 16). - http://msomelayu.blogspot.com/

Macam 'HARAM JADAH' menteri nie sebab dok gangu kerja POLIS..!!

'Menteri campur tangan tugas polis'
NORAIZURA AHMAD
29 November 2012
Tan Sri Musa Hassan
Tan Sri Musa Hassan 
 
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa ada campur tangan luar, dalam tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa beliau memimpin pasukan tersebut.

Beliau berkata, semasa pimpinannya, pegawai junior dan seorang ketua polis daerah pernah menerima arahan daripada seorang menteri tanpa pengetahuannya.

Menurutnya, tindakan menteri tersebut adalah tidak wajar dan bertentangan dengan peruntukan undang-undang.

“Saya berdepan dengan menteri tersebut dan menerangkan dalam Seksyen 4 (1) Akta Polis 1967 menjelaskan hanya mereka yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara sahaja boleh mengeluarkan arahan untuk polis.

“Walaupun saya tahu beliau tidak suka dengan penerangan itu, tetapi saya menyampaikan dengan cara baik,” katanya pada sidang media isu peningkatan jenayah, semalam.
Turut sama, Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevam dan Penasihat MyWatch, S Gobikrishnan.

Musa yang telah memegang jawatan sebagai KPN selama empat tahun mengakui ada menerima aduan daripada pegawai polis yang mendakwa menerima arahan daripada menteri.

Menurutnya, pihak pengurusan tertinggi PDRM perlu melihat keadaan ini bagi memperbaiki mutu kerja dan profesionalisme polis.

Musa Hasan dedah HISHAMUDDIN campur tangan dalam urusan siasatan PDRM


Bekas Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Musa Hassan hari ini mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, Musa berkata Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Oleh itu, katanya, beliau memberitahu Hishammuddin mengenai Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh IGP dan bukannya menteri.

"Sudah tentu, saya tidak boleh biadap kepadanya kerana (beliau) seorang menteri. Saya memberitahunya dengan baik. Dia tak suka," kata Musa.

Beliau menjawab soalan media sama ada beliau pernah berdepan dengan halangan daripada Hishammuddin pada zamannya sebagai pegawai tertinggi pasukan polis negara. Musa bersara pada September 2010.

Sidang akhbar diadakan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), di mana Musa menjadi penaung dan penasihatnya.

Ditanya lagi sama ada Hishammuddin menunjukkan reaksi negatif, Musa menjawab: "Saya fikir begitulah. Itulah sebabnya (kontrak saya) tidak dilanjutkan."

 
sebenarnya bab ini sudah diusulkan dalam PARLIMEN untuk di bincangkan dalam PARLIMEN namun di tolak oleh SPEAKER...


usul Allahyarhamuha YB Dr. Lo'lo' dulu.....

Usul menangguhkan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat Perkara 18(1) .

Bahawa saya, Dr. Lo’lo Binti Hj. Mohd. Ghazali, Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Titiwangsa mohon mencadangkan bahawa Majlis ini hendaklah ditangguhkan mengikut Perkara 18(1), Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membolehkan Dewan yang mulia ini berunding isu kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa ada campur-tangan orang ketiga dalam urusan Polis DiRaja Malaysia.

Isu ini adalah perkara tertentu kerana Ketua Polis Negara sendiri telah membuat kenyataan bahawa ada tekanan daripada pihak ketiga kepada Polis DiRaja Malaysia yang mengarahkan pihak Polis DiRaja Malaysia melakukan sesuatu yang di luar pengetahuan dan keizinan Ketua Polis Negara sendiri.

Perkara ini adalah melibatkan kepentingan ramai malah melibatkan keselamatan negara. Keselamatan negara dan rakyat terletak di bawah kawalan Polis DiRaja Malaysia. Kenyataan Ketua Polis Negara bahawa terdapat pihak ketiga yang memberikan arahan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia adalah amat serius dan jelas menunjukkan bahawa tahap keselamatan negara berada dalam keadaan tidak terkawal. Kenyataan tersebut memberi gambaran bahawa pihak Polis DiRaja Malaysia boleh diperkotak-katikkan dalam mengambil tindakan selaras dengan hasrat pihak ketiga. Bagaimana rakyat akan merasa selamat berada di dalam negara di mana pihak yang menjaga keselamatan mereka iaitu Polis Diraja Malaysia boleh diarahkan oleh pihak ketiga yang tidak diketahui asal-usul dan tidak diketahui kepentingan mereka.

Pihak ketiga yang dimaksudkan oleh Ketua Polis Negara tersebut juga tidak diketahui dengan jelas dan boleh menyebabkan spekulasi di kalangan rakyat mengenai status pihak ketiga tersebut. Siapa pihak ketiga itu, adakah mereka orang politik parti pemerintah? Adakah mereka ini kumpulan yang terlibat dengan kongsi gelap atau kumpulan jenayah? Siapa mereka?

Perkara ini perlu disegerakan kerana ini melibatkan keselamatan negara dan keselamatan rakyat. Perkara ini juga boleh menyebabkan keadaan keselamatan negara tidak stabil dan dipenuhi dengan spekulasi. Adakah Polis DiRaja Malaysia boleh dipercayai? Adakah Ketua Polis Negara juga boleh dipercayai kerana walaupun beliau dilihat berkuasa memberikan arahan mengikut Akta Polis 1957 tetapi masih ada pihak ketiga yang boleh melangkaui kuasa beliau dalam memberikan arahan?

Kita juga maklum melalui kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara bahawa sekarang terdapat juga balai-balai polis di dalam negara ini yang enggan menerima laporan polis daripada rakyat yang ingin mengadu. Adakah ini juga akibat arahan daripada pihak ketiga seperti yang disebutkan oleh Ketua Polis Negara.?

Oleh kerana itu, suatu siasatan perlu dibuat terhadap kenyataan yang amat serius ini. Maka, saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, perlu disegerakan dan berkepentingan orang ramai.

MALANGNYA Usul ditolak oleh Speaker

Sunday, November 18, 2012

Selepas 25 tahun buat dosa SB minta maaf pada PAS


KOTA BHARU: Seorang bekas polis yang bertugas dengan Cawangan Khas (SB) selama 25 tahun, Abdullah Omar memohon maaf atas segala dosa yang beliau lakukan terhadap PAS sepanjang bertugas sebagai polis.

"Dosa apa yang saya tak buat terhadap PAS sepanjang lima pilihan raya yang lepas...saya tidak mahu sebut di sini, biar saya dan Allah sahaja yang tahu.

"Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya yang tampil sebagai perwakilan Taiping yang menyokong usul Pilihan Raya yang dibawa PAS Pusat.

Abdullah juga merupakan bekas OCPD Taiping pernah bertugas sebagai SB selama 25 tahun berterima kasih kepada PAS kerana sanggup menerima beliau yang pernah berdosa dengan PAS dan rakyat.

"Saya berbesar hati hari ini diangkat untuk berucap di Muktamar walau pun baru dua tahun bersama PAS, paling terharu PAS boleh terima orang yang berdosa seperti saya," katanya.

Cabar Majlis Fatwa

Pada masa sama beliau yang juga bekas OCPD itu turut mencabar Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tentang gaji yang diperoleh oleh mana-mana calon yang menang pilihan raya melalui penipuan pilihan raya.

"Saya nak cabar Majlis Fatwa dan Mufti, kalau menipu dalam pilihan raya kemudian menang. Jadi Perdana Menteri, jadi menteri-menteri, bagaimana dengan gaji mereka.

"Saya tanya tuan-tuan gaji yang mereka dapat halal atau haram?" soal Abdullah terus dijawab para perwakil 'haram'.

"Kalau haram, kenapa Majlis Fatwa tidak keluarkan Fatwa?"

"Ya gaji yang mereka dapat tidak halal, jawablah di akhirat esok," soalnya balik ketika berucap menyokong usul pilihan raya oleh PAS Pusat.

Tambahnya, daripada banyak-banyak pilihan raya negara diadakan Malaysialah yang paling teruk.

Ditambah pula katanya, pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing seperti Thailand, Bangladesh, Myanmar dan paling malang mereka ini didaftarkan sebagai pengundi.

Beliau juga membayangkan jika pilihan raya negara ini dijalankan dengan bersih sudah lama Umno BN terkubur.

"Kalau bersih! sudah tentu kita sapu bersih Umno BN. Kita sudah lama jadi pemerintah," tegasnya diringi takbir para perwakilan.

Sunday, November 4, 2012

Betulkan ketidak seimbangan pengagihan gerak kerja anggota polis menyebabkan jenayah meningkat..!!??

Police personnel poorly utilised in crime fighting

azlan

MP SPEAKS Reprioritising the tasks of police personnel is the way forward to lower the crime rate and safeguard our families instead of "chasing shadows" in the BN government's obsession with regime security.

Recently, national debate about whether the recent spike in crimes was mere ‘perception' has captured headlines and fuelled a blame game. However, police distribution is an important factor that has escaped public notice. Statistics will show a clearer picture of what is hindering the men in blue from making us feel safe.

As of January 2011, for every uniformed police handling crime, there are six in non-crime sectors. This means six times as many police officers are tasked with non-crime related jobs, than those who are fighting crime.

It is a sobering fact that the Criminal Investigation Department makes up only 9 percent, or 9,346, of the total 105,929 uniformed police force. No wonder we feel unsafe!


Overall, barely 14 percent of the uniformed police force is in crime-related departments (criminal investigation department, narcotics and commercial crime investigation).

Meanwhile, a whopping 86 percent of police personnel belong to the non-crime related sectors (management, internal security and public order, logistics, special branch, and special task force).

azlanCould this be due to the BN government's obsession with regime security by placing emphasis on the surveillance of political foes, resulting in such a cock and bull story of Jemaah Islamiah (JI) terrorists and former communists who have supposedly infiltrated Pakatan Rakyat as alleged by the Special Branch?

These startling figures were revealed by the Home Ministry in a written parliamentary reply during last year's parliamentary session. The Home Ministry has refused to answer a similar question at this year's parliamentary session.

In 2005, the Dzaiddin Police Royal Commission of Inquiry Report made recommendations on transforming the Malaysian police into an efficient, incorruptible, professional world-class police service focussed on three core functions - to keep crime low, to eradicate corruption and to uphold human rights.

The total number of uniformed police personnel has increased from 82,135 in 2001 to 105,929 a decade later. (Civilian staff in the police force is not included in the statistics). Throughout the years, there has not been changes in the distribution of personnel among departments despite public concern over the increase crime.

For instance, in 2011, 41 percent of uniformed police are in management, 31 percent internal security and public order, 9 percent in logistics, 5 percent in Special Branch, whereas the Criminal Investigation Department only had 9 percent of the uniformed personnel.

The police was given an allocation of RM4.5 billion in 2010, RM5.8 billion in 2011 and RM6.3 billion in 2012 respectively. There is an increase of RM1.8 billion, or 40 percent, between 2010 and 2012.

Consistently in the past three years, the Criminal Investigation Department has received only 8 percent of the total allocation. Talk about misplaced priorities!

There is no point quarrelling over statistics unless the government is willing to move beyond its own obsession with regime security and take measures to prioritise the safety of ordinary Malaysians.
azlan




LIEW CHIN TONG is DAP MP for Bukit Bendera.

http://www.malaysiakini.com/news/204254

Monday, October 22, 2012

Penempatan polis di kuarters punca jenayah naik

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mendekatkan diri dengan rakyat dan tidak memahami situasi yang dihadapi rakyat Malaysia yang rata-rata mengakui bimbang dengan kadar jenayah di dalam negara ketika ini.

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat pagi ini, ahli parlimen DAP tersebut berkata peranan pihak PDRM masih lemah dan tidak mampu memberi keyakinan kepada rakyat.

“Indeks persepsi rasa takut jenayah dalam kalangan masyarakat masih 60 peratus, ini membuktikan PDRM tidak memberikan keyakinan kepada rakyat,” kata Kulasegaran semasa membidas penjelasan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop (gambar).

Kulasegaran juga membidas pelaksanaan menempatkan anggota polis di dalam kuarters sebagai antara salah satu punca pihak PDRM tidak memahami situasi yang dihadapi oleh rakyat ketika ini.

“Dahulu kebanyakkan anggota polis di tinggal bersama rakyat, perkara ini berbeza sama sekali dengan sekarang dimana banyak anggota polis banyak ditempatkan di kuarters.

“Pihak polis juga bersalah atas masalah ini, kita lihat selama 20 tahun kebelakangan ini dimana mereka tinggal sekarang ini?

“Jadi bagaimana mereka (PDRM) boleh mengetahui permasalahan jenayah yang dihadapi oleh rakyat ini?,” tambah ahli parlimen DAP itu lagi.


Abu Seman dalam jawapan kepada soalan oleh ahli parlimen Hulu Rajang, Datuk Billy Abit Joo menerangkan secara keseluruhan kadar jenayah diseluruh negara menurun berdasarkan statistik yang diperoleh daripada PDRM.

“Statistik PDRM menunjukkan jenayah indeks yang direkodkan oleh PDRM diseluruh negara pada tahun 2009 adalah sebanyak 209,817 kes dan jumlah ini telah menurun kepada 177,520 kes pada tahun 2010 iaitu pengurangan sebanyak 15.4 peratus.

“Jumlah ini terus menurun kepada 157,851 ribu kes pada tahun 2011 (11.1 peratus). Bagi tempoh Jan hingga Ogos tahun ini pula, sebanyak 101,317 kes direkodkan,” kata Abu Seman.

Menurut Abu Seman, walaupun angka-angka jenayah ini mencatatkan penurunan pihak PDRM masih lagi tetap menjalankan peranan dan tanggungjawab mereka dalam membanteras jenayah.

“Walaupun angka-angka ini menurun, pihak PDRM masih tetap komited dan berusaha keras dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia dipelihara. Pelbagai aktiviti dan kempen-kempen telah dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dan membanteras jenayah,” tambah Abu Seman.

Disamping itu, Abu Seman juga berkata keselamatan dalam negara masih dalam keadaan baik terutamanya apabila diperakui oleh badan antarabangsa bebas Institut Ekonomi dan Keamanan yang mengeluarkan Indeks Keamanan Global (GPI).

Dalam indeks yang dikeluarkan tersebut, Malaysia berada ditangga ke-20 mengatasi Singapura dan Australia daripada 158 buah negara yang terlibat.

Dalam pada itu, Abu Seman juga menyelar pihak media dan sesetengah parti yang sengaja mensensasikan insiden jenayah yang berlaku dalam negara hingga ia mewujudkan persepsi yang negatif di kalangan rakyat Malaysia.

Pada Ogos lalu, bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan meminta kerajaan supaya mengkaji semula statistik kadar jenayah atau membuktikan dakwaan mengatakan statistik tersebut dimanipulasi adalah tidak benar untuk menunjukkan kadar kejayaan polis di tengah-tengah penelitian awam terhadap keselamatan.

Bekas KPN itu menambah, langkah ini adalah penting kerana dapat membantu mengurangkan kebimbangan awam terhadap peningkatan dalam kadar jenayah walaupun terdapat inisiatif kerajaan untuk menjadikan negara ini lebih selamat.

Pihak polis merespon semalam atas dakwaan yang disiarkan minggu lepas dalam surat yang kononnya daripada pegawai polis yang berkhidmat.

“Lebih baik kerajaan kaji semula statistik kadar jenayah.

“Kalau tak betul seperti yang didakwa, buktikan.

“Jangan diam saja kerana ini akan membuka ruang kepada orang untuk buat spekulasi,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.

Tuesday, October 16, 2012

Daerah Kuala Muda terima ketua polis baru



SUNGAI PETANI - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima kepimpinan baru apabila bekas Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, ACP Khalil Arifin memulakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda, bermula hari ini.

Khalil menggantikan ACP Hashim Ali yang dinaikkan pangkat sebagai SAC dan meneruskan khidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal Veteran, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas daripada pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Ong Aik Chang di IPD Kuala Muda, di sini hari ini, disaksikan Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim.

Khalil, 53, merupakan anak kelahiran Kulim dan mula menyertai PDRM sejak 32 tahun lalu. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).- Bernama

Wednesday, September 26, 2012

Rakyat masih ragu-ragu bahawa kes jenayah menurun seperti yang dilapor PDRM

PDRM ‘perlu lakukan lebih dari sekadar tunjuk statistik’
KUALA LUMPUR, 26 Sept — Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu melakukan lebih dari sekadar menunjukkan statistik dalam isu keselamatan awam, kata Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata ini kerana pemerhatian umum mendapati masyarakat yang menyandarkan persepsi mereka kepada kehidupan seharian, masih ragu-ragu bahawa kes jenayah menurun seperti yang dilapor PDRM.

“Bagi tempoh dua tahun lepas, secara keseluruhan polis mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam menurunkan kadar jenayah, namun statistik yang diberi polis dan pihak berkuasa tidak cukup untuk meyakinkan masyarakat,” katanya kepada Bernama, di sini.

Usaha memerangi jenayah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sejak 2010 menunjukkan kadar jenayah di negara ini menurun kepada 11.1 peratus pada tahun lepas, sementara jenayah jalanan pula berkurangan sebanyak 40 peratus.

Statistik PDRM juga mencatatkan untuk tempoh lima bulan pertama tahun ini, kes jenayah keganasan menurun kepada 12,294 kes berbanding 12,446 bagi tempoh sama tahun lepas, sementara jenayah harta benda pula berkurang daripada 9,287 kepada 9,252.

Usaha Malaysia mengurangkan jenayah mendapat pengiktirafan badan dunia termasuk World Justice Project yang meletakkan Malaysia sebagai negara kelas pertengahan atas ke-19 paling selamat di dunia dalam Rule of Law Index 2011 .

Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 pula meletakkan Malaysia sebagai negara paling aman di rantau Asia Tenggara dan ke-19 paling selamat daripada 153 negara di dunia.

“Statistik dan laporan ini sememangnya menggalakkan hasil usaha yang dilakukan pihak berkuasa, namun ini sekadar permulaan dan komitmen jangka panjang diperlukan untuk memastikan keadaan ini berterusan,” katanya.

Beliau berkata selain memantapkan strategi membanteras dan mencegah jenayah, polis juga harus menumpukan kepada usaha meningkatkan hubungan dengan orang ramai menerusi komunikasi dan kerjasama dengan mereka.

Pembabitan setiap segmen masyarakat umum juga penting dalam usaha mengekang perbuatan jenayah pada peringkat akar umbi, kata Lee.

“Saya dapati ada budaya jenayah keganasan sedang muncul dalam masyarakat kita, terutama dalam kalangan belia yang menggunakan keganasan sebagai cara menyelesaikan masalah. Mungkin mereka dipengaruhi kemajuan teknologi maklumat dan ini kita perlu teliti,” katanya.

Beliau juga mencadangkan agar kurikulum khas mengenai budaya jenayah dan pencegahannya diperkenal dalam sistem pendidikan negara dan pada masa yang sama masyarakat melihat semula peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengekang jenayah.

“Kita perlu mendidik orang awam dan memupuk dalam diri mereka bahawa sebarang bentuk jenayah termasuk rasuah adalah salah dan mempunyai kesan buruk ke atas masyarakat.

“Saya fikir ini cara berkesan untuk kita mencapai satu masyarakat bebas jenayah dalam jangka masa panjang,” katanya menambah MCPF juga bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran menubuhkan kelab pencegahan jenayah di sekolah. — Bernama

Tuesday, September 18, 2012

Khalid Samad - Polis baru siasat tapi menteri kata dah di tangkap.. mana satu betul nie?

Siasatan Polis Berhubung Gambar Pimpinan PR Yang Dipijak dan Dikencing

Susulan dari peristiwa "Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau" yang hangat dibincangkan sejak kebelakangan ini; saya telah dikunjungi oleh seorang pegawai Polis dari Gombak pada hari Khamis pada 13 September sekitar jam 3 petang. Laporan dibuat di Balai Gombak oleh seorang yang sudah pasti meluat dengan sikap berat sebelah pihak berkuasa yang hanya mengambil berat persoalan gambar Najib dipijak tetapi tidak menghiraukan apabila gambar pimpinan PR dilakukan sedemikian rupa, malah lebih dari itu. Atas laporan tersebut pegawai berkenaan telah bertemu saya kerana telah tersebar luas di Internet bagaimana gambar saya dan pimpinan utama PAS, DAP dan PKR pernah juga dipijak oleh para samseng politik.

Semasa pertemuan tersebut, pegawai berkenaan meminta maklumat berhubung peristiwa yang melibatkan gambar saya dipijak di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. Saya memaklumkan bahawa ianya berlaku pada awal 2010 dan bukan sekadar gambar, video pun ada. Apabila ditanya samada saya kenal atau tidak samseng tersebut, saya katakan tidak, tetapi boleh mengagak dari 'cawangan' mana. Saya memberitahunya sekiranya diperlukan, saya boleh cuba dapatkan maklumat berhubung siapakah mereka ini.


Pada masa sama saya juga menunjukkan gambar budak upahan UMNO/BN yang kencing di atas gambar saya dan TGNA serta TGHH. Saya memaklumkan kepadanya bahawa banner yang dikencing itu adalah banner PRU 2008 yang dipasang oleh PAS Shah Alam. Pegawai berkenaan kemudiannya memaklumkan kepada saya bahawa ia adalah kes yang berasingan dan sedang disiasat oleh Polis dari Terengganu kerana laporan dibuat di Kerteh. Dengan itu perbincangan berakhir dan saya berjanji untuk menghantarkan video dan apa jua maklumat berhubung peristiwa tersebut kepadanya. Oleh yang demikian, sekiranya saudara saudari kenal mereka ini, sila maklumkan kepada saya melalui email atau datang sendiri ke pejabat saya di Seksyen 13 Shah Alam.




Esoknya, pada hari Jumaat 14 September, saya mendapat panggilan dari seorang lagi pegawai Polis! Beliau dari Terengganu dan sudah berada di Shah Alam. Beliau ingin berjumpa saya juga berhubung peristiwa gambar TGNA dan TGHH yang telah dikencing itu. Saya berjumpa beliau pada jam 3 petang juga selepas solat Jumaat.

Beliau meminta maklumat dari saya berhubung peristiwa tersebut. Saya memaklumkan kepadanya bahawa ianya berlaku semasa tempoh kempen PRU 2008 iaitu pada awal Mac. PAS Shah Alam telah memasang 5 sepanduk besar ukuran 10'x20' dan memasangnya dibeberapa lokasi strategik. Banner yg dikencing adalah salah satu darinya dan mungkin ianya banner yang dipasang di Seksyen 7.

Itu sahaja maklumat yang ada pada saya. Gambar itu jelas menunjukkan kumpulan berkenaan berpakaian baju BN dan mungkin juga merupakan para petugas yang pemasang bendera yang diupah untuk berkerja pada waktu malam. Saya rasa mereka bukan warga Shah Alam tetapi adalah tenaga kerja dari luar. Selepas itu beliau minta diri dan meminta saya untuk memberikan apa jua maklumat tambahan kalau ada pada dirinya sebagai pegawai penyiasat.

Saya beranggapan siasatan baru sahaja bermula; maka saya amat terkejut apabila Hishamuddin memaklumkan bahawa ada yang telah ditahan pada hari Sabtu keesokan harinya. Betulkah perkara ini saya tertanya? Atau satu lagi helah politik mainan UMNO sepertimana biasa?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Monday, September 10, 2012

Bersangka baik laa..mungkin abang polis seorg nie sahaja yang tak tahu perlembagaan yang lain ok jaa..!!

Polis 'tak tahu' hak berhimpun dijamin perlembagaan
Seorang pegawai polis yang bertugas semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada April lalu memberitahu inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini, beliau tidak mengetahui bahawa hak berhimpun dijamin perlembagaan.

"Saya tidak tahu," kata Insp Farid Sairi ketika ditanya berhubung perkara itu oleh peguam Roger Chan yang menjadi peguam pemerhati untuk Majlis Peguam semasa sidang inkuiri yang masuk hari ke-15 hari ini.

Farid merupakan saksi ke-31 yang dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan inkuiri yang menyiasat pelanggaran hak asasi semasa dan selepas perhimpunan pada 28 April itu.

Inspektor polis itu serta seorang rakan sekerjanya memberi keterangan di hadapan panel Suhakam hari ini.

Sunday, September 9, 2012

Pimpinan Pemuda PAS Kedah pun dah buat laporan isu hina pimpinan PR.. bila nak siasat..??

 
Nasir Zakaria - Pimpinan Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah membuat laporan Polis isu gambar pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat dihina. Termasuk juga gambar Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz dikencing. Polis dalam kenyataannya menyebut, mereka memerlukan laporan polis dibuat sebelum bertindak.

Alhamdulillah kes pijak gambaq Najib dah selesai tapi bab 'kencing' gambar Nik Aziz bila pula..???

Polis selesai siasatan pijak gambar pemimpin negara, bawa bendera 'Sang Saka Malaya'

Tan Sri Ismail Omar
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
 
IPOH - Polis selesai menjalankan siasatan berhubung kejadian memijak gambar pemimpin negara serta membawa bendera 'Sang Saka Malaya' semasa Himpunan Janji Demokrasi pada malam ambang merdeka dan akan mengemukakan laporan itu kepada pejabat Peguam Negara esok.
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata laporan itu diserahkan supaya keputusan selanjutnya dapat diambil oleh pihak Peguam Negara walaupun terdapat beberapa individu yang masih belum menyerah diri atau ditahan untuk direkodkan keterangannya.
 
"Kedua-dua kes tersebut telah selesai...buat sementara kita akan hantar dulu hasil siasatan kepada Peguam Negara dan tengok apa kata mereka," katanya kepada pemberita selepas menutup Kejohanan Bola Sepak kategori terbuka dan veteran sembilan sebelah Piala Ketua Polis Negara 2012 di Markas Briged Utara Polis Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di sini hari ini.
 

Katanya beliau percaya Jabatan Siasatan Jenayah telah menjalankan siasatan mereka dengan sempurna dan perlu mengikut proses kerja iaitu mengemukakan hasil siasatan supaya keputusan boleh dibuat oleh pihak Peguam Negara.
 
Beliau berkata polis akan terus memanggil mereka yang masih belum menyerah diri untuk tampil berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

"Mereka yang terlibat, yang belum serah diri kita akan terus panggil untuk mereka menyerah diri supaya keterangan dapat diambil," katanya.
 
Pada 7 Sept lepas, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Kuala Lumpur, ACP Aziz Zakaria berkata polis masih memburu lima lagi suspek selepas enam individu yang dikehendaki polis menyerah diri. 

Dua lagi individu masing-masing berusia 24 tahun yang dikehendaki polis turut menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 2.30 petang hari berkenaan.
 
Aziz berkata kedua-dua lelaki tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan dan polis akan menyiasat tindakan susulan sewajarnya yang akan dikenakan berdasarkan hasil siasatan. - Bernama