Showing posts with label Aspan Alias. Show all posts
Showing posts with label Aspan Alias. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Pembubaran Parlimen- Hari ini atau bila pun apa bezanya?

oleh Aspan Alias

 

Hari ini telah dispekulasikan sebagai hari pembubaran Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ramai telah menghubungi saya samada berita itu benar atau tidak. Jawapan saya standard, “saya tidak tahu, tanya Najib atau Rosmah” Siapa kita untuk mengetahui perkara penting itu. Terpenting bagi kita ialah dengan memberikan perimbangan serta berfikir sejenak sebelum memangkah semasa dalam bilik mengundi itu nanti.

Bagi saya samada pembubaran itu dilakukan pada hari ini tidak penting. Yang penting kita sudah bersedia untuk melakukan yang terbaik untuk negara kita. Kita jangan tertipu dengan dakyah karut yang kita ikuti selama ini. Di negara ini kita boleh mengundi sesiapa sahaja dan tidak seperti apa yang di dakyahkan yang negara kita ini hanya selamat jika UMNO memerintah. Sememangnya pimpinan UMNO sedang mendagu dan merayu supaya diberikan peluang sepenggal lagi seperti yang di minta oleh Najib di Kuching semalam.

Najib merayu untuk BN di berikan sepenggal lagi seolah BN telah memerintah hanya sepenggal yang lalu. Beliau terus merayu agar diberikan sepenggal lagi walaupun telah di beri peluang sejak merdeka dahulu memerintah negara ini. Sepatutnya yang merayu untuk meminta sepenggal itu adalah pihak pembangkang bukannya pihak kerajaan. Tetapi tidak mengapalah, kerana rakyat ramai yang membuat keputusan samada untuk memberikan BN sepenggal lagi walaupun telah berpenggal-penggal mentadbir kita.

Sebenarnya Najib masih belum berkeyakinan untuk membubarkan Parlimen, tetapi oleh kerana penggal Parlimen sudah sampai ke penghujung nya maka beliau akan terpaksa membubarkannya juga atau di biarkan sahaja penggal ini terbubar dengan sendirinya pada 28hb April nanti. Itu tidak ada apa-apa salahnya jika Najib memilih untuk berbuat demikian.

Tidak ada sebab untuk Najib tergesa-gesa untuk membubarkan Parlimen itu sedangkan jika beliau membubarkan Parlimen pada hari ini Najib tetap mencatat rekod seorang Perdana Menteri yang tidak di pilih oleh rakyat. Persepsi itu tidak dapat di hilangkan jika Najib membubarkan Parlimen hari ini atau besok. Sudah alang-alang tunggu sahaja sampai penghujung bulan April nanti.

Tindakan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tidak juga menjadi kesalahan kerana sebagai sebuah negara Persekutuan, Dewan Legislatif Negeri itu adalah hak negeri untuk menentukan tarikh pilihanraya bagi kawasan-kawasan Undangan Negeri nya. Jangan kita persoalkan tindakan itu kerana ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negeri Selangor dan Persekutuan kita. UMNO tidak payah sibuk dengan urusan kerajaan Negeri Selangor kerana UMNO sudah di tolak oleh rakyat Selangor.

Kerja dan tugas UMNO yang penting sekali sekarang ialah untuk menentukan yang mereka melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang negara. UMNO sendiri mempunyai masalah besar. Biarkan PAS, DAP serta PKR dengan urusan mereka kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mempastikan perancangan untuk melakukan perbezaan dengan BN jika mereka di beri peluang untuk mentadbir Putrajaya selepas PRU ini.

Tidak salah untuk UMNO bertahan, tetapi untuk bertahan UMNO sendiri tidak berkeyakinan. Ramai di antara pemimpin mereka menzahirkan perasaan mereka kepada saya sehari dua ini. UMNO mempunyai banyak ‘factions’ dan mempunyai ‘warlords’ mereka termasuk Dr Mahathir sendiri. UMNO sedang menghadapi tekanan dari rakyat dan dalam pada menguruskan tekanan rakyat itu, parti itu sendiri wujud tekan menekan sesama sendiri.

Puak Dr Mahathir memberikan sokongan kepada Muhyiddin dan jika boleh mereka mahukan Najib berhenti untuk memberikan Muhyiddin peluang menerajui PRU ke13 ini. Serba salah puak Mahathir ini nampaknya. Begitu juga puak Muhyiddin. Kalau hendak berkeras untuk menekan Najib, pilihanraya sudah hampir dan akan menjejaskan keputusannya nanti. Tidak berkeras pun tidak boleh kerana UMNO sedang dalam keadaan telur di hujung tanduk.

Satu isu yang terbesar akan mereka (UMNO) hadapi ialah masalah calon pilihanraya untuk UMNO dan BN. Jika Najib biarkan Muhyiddin menentukan calon UMNO ia serupa lah memberikan parang tajam kepada Muhyiddin untuk Timbalannya itu gunakan untuk memenggal politik Najib seperti yang di kehendaki oleh Mahathir. Setakat yang saya tahu sudah berbelas Ketua Bahagian yang dulunya adalah pengikut totok Najib dengan senyap-senyap telah berpihak kepada Muhyiddin.

Tidak tahu lah kita samada Najib maklum tentang perkara ini tetapi yang pastinya mereka sudah hilang keyakinan terhadap Najib. Mereka ingin bergantung kepada dahan yang baru tetapi tidak tahulah kita samada mereka terasa bahawa dahan yang baru ini pun akan tumbang bersama pokok besarnya (UMNO) dalam pilihanraya nanti. Bagi UMNO, parti ini sudah sampai ke persimpangan.

UMNO tidak mempunyai jalan selain dari mengakui kesulitan mereka dalam pilihanraya kali ini. Itu pun tidak mengapa kerana dalam demokrasi sememangnya UMNO boleh di jatuhkan seperti yang di alami oleh mana-mana parti di dalam mana-mana negara demokrasi. Tetapi UMNO tidak rela menghadapi kekalahan kerana masing-masing ‘warlords’ dalam UMNO itu mempuyai rekod buruk masing-masing yang mereka takutkan jika parti itu tidak berkuasa lagi.

Mahathir tersangat takut jika Pakatan Rakyat menang dan Anwar menjadi Perdana Menteri. Mahathir bukan sedikit masalah yang beliau lakukan terhadap diri beliau sendiri semasa memegang kuasa dahulu. Itulah yang menyebabkan beliau bermatian menegakkan benang basah UMNO hari ini. Najib pun begitu. Beliau takut jika Pakatan menang dan terpaksa menghadapi Anwar jika Pakatan menang.

Jika UMNO menang dengan tipis sekali pun, Najib terpaksa menghadapi hari akhir kepimpinan beliau dan ini juga menakutkan beliau sendiri. Apa kah Muhyiddin mampu untuk tidak mengambil tindakan terhadap Najib jika beliau mengambil alih kuasa? Najib tahu dalam UMNO tiada siapa yang mempunyai ‘allegiance’ terhadap pemimpin yang mereka sokong sebelumnya. Najib akan menangis kesaorangan. Itu sudah banyak berlaku dalam UMNO kerana setiap pemimpin dalam UMNO itu adalah pimpinan yang lemah dan mereka hanya di ikuti oleh mereka yang berkepentingan peribadi. Semua mereka itu akan mengikut dan bersama-sama mengutuk pimpinan yang telah pergi yang pernah mereka dukung dahulu.

UMNO sudah tidak ada lagi pemimpin yang ‘magnanimous’ seperti dahulu. Dendam mendendam sudah menjadi amalan mereka. Kata perpatah Melayu, ‘mati ayam mati tungau’ Berhenti sahaja Najib maka Najib akan terpaksa menghadapi zaman gelap beliau sampai akhir hayat.

Najib sekarang memang tidak boleh bertahan lagi. Hanya jika beliau ada sedikit kemampuan untuk berfikir sahaja boleh menyelamatkan beliau dari menghadapi zaman gelap beliau nanti.

Najib tahu Mahathir tidak akan membela beliau dan Muhyiddin jauh sekali untuk melakukannya. Apa tah lagi jika UMNO yang sekarang mempunyai kecenderungan untuk tewas dalam pilihanraya kali ini bersama parti komponennya MCA dan MIC yang sudah pasti akan tewas kali ini.

Boleh mula belajar menjadi PEMBANGKANG wahai UMNO..!!!

UMNO perlu menjadi pembangkang untuk kebaikan negara dan parti itu sendiri
oleh Aspan Alias

Tali hayat UMNO sudah begitu halus dan bila-bila masa boleh putus dan menjatuhkan parti itu. Kalau hendak di kira dari sudut politiknya, tidak ada sebab kenapa UMNO itu mesti wujud lagi dan akan di ketepikan oleh rakyat kali ini. UMNO hanya bergantung kepada kuasa wang dengan pembelian undi melalui BRIM dan berbagai-bagai kaedah lagi. Parti itu hanya bergantung kepada kekeliruan rakyat dalam membuat pemilihan kerana ini lah kali pertama membuat keputusan untuk memberikan sokongan kepada parti-parti alternatif negara.

Menghadapi tekanan rakyat ini amat merunsingkan UMNO kerana parti itu belum berpengalaman menjadi pembangkang. Tidak seperti parti-parti yang ada di negara demokrasi yang maju, UMNO belum pernah di jatuhkan dan berasa amat perit untuk menanti saat-saat masuk ke Dewan-Dewan Legislatif sebagai pembangkang. Dalam demokrasi setiap parti wajar bersedia untuk ditewaskan dalam pilihanraya. Kalah dalam pilihanraya ini seperti manusia yang wajib menghadapi mati. Mati itu wajib dan begitu juga lah parti-parti yang berada di dalam mana-mana demokrasi di dunia ini.

Parti Labour Britain dan Parti Conservative negara itu telah bergilir-gilir mentadbir negara mengikut kemahuan dan kehendak rakyat nya. Begitu juga di Amerika Syarikat di mana parti Demokrat dan Republican telah hampir seratus kali bertukar-tukar tempat duduk di dalam Dewan Legislatif mereka.

Di Malaysia oleh kerana inilah kali pertama parti pemerintah merasakan mereka akan mengambil giliran untuk duduk di petak pembangkang, mereka merasakan ketakutannya. Bebagai-bagai cara untuk berkubu dari serangan dan pengaruh parti pembangkang dilakukan oleh UMNO dan BN. Kekalahan kepada UMNO dan pemimpin merupakan saat-saat masuk neraka dan memisahkan UMNO dengan rakyat yang mengundi itu ibarat memisahkan kulit dari daging. Masih ada sedikit lagi sikap dan kepercayaan orang ramai khususnya orang Melayu yang kekalahan UMNO itu merupakan nasib malang yang menimpa negara dan rakyat.

Momokan ini sudah di tanam sejak setengah abad dan ia sebati dalam benak orang Melayu terutamanya di kalangan yang dewasa dan tua. Kebobrokkan UMNO begitu tebal sehinggakan orang yang cerdik dan pandai pun menjadi bingung setelah menyertai UMNO kerana pengaruh budaya songsang yang terbentuk dalam parti itu sudah se begitu lama. Mereka yang pandai berfikir pun akan hilang kemampuan untuk berfikir secara rasional apabila aktif dalam UMNO.

Bukan sedikit di antara mereka yang berpelajaran tinggi yang terikut-ikut dengan budaya buruk UMNO itu. Rupa-rupanya pelajaran dan pendidikan tidak dapat menyaingi sikap mengampu dan membodek yang telah terbentuk dalam parti itu selama ini. Kita melihat melalui kaca TV hampir setiap hari dalam mana ahli-ahli akademik yang bergelar Professor dan Vice Chancellor Universiti di negara ini bersama-sama menyanyikan lagu lama yang di nyanyikan oleh UMNO selama ini.

Professor-Professor ini di berikan ruang dalam saluran TV tempatan menyanyikan lagu-lagu yang bersenikata ciptaan UMNO. Di antara nya ialah ‘tidak ada UMNO negara akan berkecai dan Melayu akan hilang di dunia ini’. Lagu yang akhir-akhir ini yang di nyanyikan oleh Mahathir ialah pembangkang tidak berpengalaman untuk memerintah dan bermacam-macam lagi yang membayangkan kesombongan pimpinan UMNO yang beranggapan hanya UMNO mampu mentadbir negara.

Dr Mahathir lebih tahu yang Pakatan Rakyat telah berjaya mentadbir negeri-negeri yang di tadbirnya dan inilah yang menyakitkan Dr Mahathir. Mahathir tidak ada sayangnya kepada negara tetapi beliau hanya mahukan rakyat mendengar nasihat beliau untuk kepentingan beliau sendiri. Beliau sedaya upaya mengarahkan segala kesalahan kepada Abdullah Badawi sedangkan Abdullah ada lah pilihanan beliau sendiri.

Sekarang ternyata Abdullah Badawi lebih berhemah setelah bersara dan tidak membuka mulut busuknya untuk memberikan racun yang berbisa kepada rakyat. Abdullah tidak bercakap semborono sahaja sedangkan Mahathir masih berleter sedangkan leteran beliau itu hanya di anggap seperti leteran orang tua yang sedang sakit terlantar sahaja. Mahathir sentiasa berada di dalam kerugian kerana beliau sudah tidak lagi menjadi seorang yang bergelar negarawan negara. Ciri-ciri seorang negarawan sudah hilang dari beliau. Beliau tidak akan mendapatkan ciri-ciri negarawan itu sampai bila-bila.

Seorang yang berjiwa bersih tidak akan merasa gusar seumur hidupnya. Seorang yang tidak melakukan kesalahan tidak akan merasa resah dan gundah gulana dan sebagai seorang rakyat negara demokrasi beliau tidak seharusnya merasakan kehilangan kuasa dari rakyat itu akan menjadikan beliau hidup dalam kesedihan. Sampai masa untuk menjadi pembangkang, jadilah pembangkang yang baik. Mahathir sendiri pernah menasihatkan kita semua, untuk menjadi pemimpin yang baik, perlu merasakan dan mengalami sebagai pengikut yang baik.

UMNO mesti ikut contoh-contoh yang baik.yang kita lihat di rantau kita sahaja. Liberal Demokrat Jepun telah kembali berkuasa setelah di ketepikan oleh rakyat Jepun beberapa ketika. Congress Party of India telah kembali berkuasa setelah parti itu diketepikan oleh rakyat negara demokrasi terbesar di Asia itu. Apa yang boleh menghalang UMNO untuk berkuasa kembali setelah Pakatan Rakyat memerintah barang sepenggal dua. Tetapi perbaiki lah moral parti itu dahulu semasa berada di petak pembangkang.

Jadilah parti yang tidak boleh di persepsikan oleh rakyat sebagai parti yang rasuah. Selagi UMNO tidak berundur buat sementara, UMNO tidak mungkin akan mampu untuk memperbaiki diri. Lagi pun sememangnya sampai masanya untuk pembangkang pula menjadi kerajaan. Jika Mahathir mengatakan pembangkang tidak mempunyai pengalaman untuk memerintah negara, nah…kali ini kita beri peluang. Kita boleh tengok sendiri samada tohmahan Mahathir, Najib dan lain-lain terhadap pembangkang itu benar atau tidak.

Apa yang kita hendak resahkan. Yang akan mengganti pentadbiran kerajaan ialah parti PAS, DAP dan PKR, bukannya parti komunis dari mana-mana negara. Sebaliknya pula UMNO perlu membuktikan yang parti itu mampu menjadi pembangkang yang baik untuk menyuburkan demokrasi negara dengan lebih baik dan menjadi ikutan masyarakat antarabangsa.

Saya selalu membuat anologi memimpin negara ini biarlah ibarat kita bermain gasing. Orang bermain gasing akan memusing dan memangkah gasing itu secara bergilir-gilir. Selama ini hanya pembangkang terutamanya PAS dan DAP sahaja yang memusing gasing untuk dipangkah. Sekarang UMNO ambil lah giliran untuk memusing gasing untuk PAS, DAP dan PKR pula mengambil giliran untuk memangkah. Baru kita tahu pihak mana yang lebih baik sebagai pemangkah dan pihak mana yang lebih baik sebagai pemusing gasing.

Sepatutnya pemimpin-pemimpin UMNO beriya-iya untuk memberikan pembangkang peluang untuk mentadbir negara ini bagi membuktikan pembangkang itu tidak tahu mentadbir negara.ini. Jika terbukti pembangkang tidak boleh mentadbir, barulah UMNO dapat membuktikan tuduhan mereka itu benar. Barulah UMNO boleh kembali untuk berkuasa jika di restui rakyat dan di izin Tuhan.

Apabila UMNO menjadi pembangkang semasa itu barulah UMNO sedar yang selama ini mereka berkuasa hanyalah kerana bergantung kepada rakyat yang keliru (confused) oleh momokan mereka (UMNO) selama ini. Semasa itu nanti barulah UMNO dapat memperbaiki sikap mereka dan tahu yang sebuah parti itu tidak boleh melakukan rasuah dan berniaga di atas sokongan rakyat.

Selama ini pemimpin UMNO hanya memperniagakan rakyat dengan bermodalkan rakyat yang memberikan mereka mandat itu. Semasa itu nanti barulah UMNO tahu yang pemimpin tidak boleh mengambil wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak mereka yang gagal seperti yang berlaku ke atas Mirzan Mahathir dahulu.

Dalam waktu UMNO duduk di petak pembangkang, barulah UMNO akan tahu bahawa kos projek yang di naikkan kerana hendak komisyen itu menjadikan harga pembekalan alat peperangan tentera itu menjadi mahal dan di bayar oleh rakyat. Masa itu nanti barulah UMNO tahu bahawa memberikan pelajaran percuma dan menghapuskan tol lebuhraya seperti yang ingin dilakukan oleh Pakatan Rakyat itu benar-benar boleh dilaksanakan.

Perlaksanaan pendidikan percuma dan menghapuskan tol itu tidak membankrapkan negara. Menghapuskan tol itu hanya akan memberhentikan kutipan yang dilakukan oleh pemegang ‘konsessioner’ lebuhraya yang telah mengutip wang rakyat ramai hampir-hampir RM30 billion bagi lebuhraya utara selatan sahaja. Setiap keluarga akan beruntung kerana dapat menggunakan sumber kewangan mereka dalam jumlah ribuan ringgit setahun untuk perbelanjaan yang lain.

Pemberian BRIM itu tidak membawa apa-apa erti kerana RM500 atau seribu ringgit sekali sekala yang rakyat terima itu akan di gunakan untuk membayar saman AES sahaja. Tetapi pemberian pelajaran percuma melibatkan setiap rakyat yang belajar merasakan nikmatnya sedangkan BRIM yang sejemput itu hanyalah untuk satu keluarga sahaja.

Itu sebabnya penting pemimpin UMNO duduk di petak pembangkang kerana mereka selama ini tidak tahu yang pengurusan kewangan yang baik dan telus itu boleh memberi faedah kepada rakyat ramai.

Dalam masa menjadi pembangkang itu juga UMNO boleh belajar yang pemimpin tidak payah membawa penyanyi pop antarabangsa untuk berkempen. Semasa itu juga UMNO akan tahu jika negara ditadbir dengan baik, maka rakyat tidak perlu menanggung beban perbelanjaan besar untuk pemimpin berkempen keseluruh negara dengan kos yang tinggi. UMNO akan tahu kewibawaan pimpinan dan kebersihan pimpinan itu sendiri akan berkempen untuk kerajaan yang berkuasa.

Semasa itu nanti barulah UMNO sedar yang selama ini parti mereka itu sepatutnya menjadi pembangkang lebih lama dahulu. Mana-mana pemimpin UMNO yang sedar dan mahu memperbaiki diri mereka akan sedar dan mengakui bahawa selama ini UMNO tidak sepatutnya berada sebagai kerajaan sebegitu lama.

Tetapi bak kata perpatah Inggeris, ‘better late than never’. Jika kita tidak lakukannya dalam pilihanraya ini, ia akan terlalu lewat untuk memperbaikinya. Kita lakukan sekarang ‘and it’s now or never’.

Wednesday, February 20, 2013

Rupa-rupanya sudah berjuta ahli UMNO sertai pembangkang..!!!

Berjuta ahli UMNO menyertai pembangkang dalam peti undi

Sekarang tektik UMNO untuk mendapatkan ‘mileage’ politik sangat rendah tarafnya dan memalukan. Akhir-akhir ini satu ‘trend’ lama yang diperbaharui sedang berlaku, iaitu menunjukkan dalam berita dan buletin utama TV3 tentang pengisytiharan ahli-ahli PAS menyertai UMNO. Hampir setiap malam ia dilakukan oleh media perdana negara. Apabila saya melihat isu ini dilakonkan melalui TV3 dan saluran TV media perdana yang lain saya teringat semasa UMNO melakukan perang psikologi terhadap Parti Melayu Semangat 46 dahulu.

Semasa itu setiap malam kita menyaksikan kemasukkan ahli-ahli Semangat 46 dalam UMNO. Parti S46 hanya mempunyai 350,000 ahli tetapi kalau dikira jumlah ahli S46 keluar parti yang disiarkan oleh TV3 itu melebihi 1 juta orang. Tektik ini tektik lama tetapi masih digunapakai oleh UMNO yang begitu terdesak dengan gerakan rakyat seluruh negara untuk menyaksikan perubahan dalam kepimpinan negara.

Saya masih teringat cerita penyampai berita TV yang saya kenali semasa itu. Pada zaman itu pembaca berita selalunya merupakan seorang wartawan berita dalam masa yang sama. Oleh itu mereka tahu hal keadaan sebenarnya. Pembaca berita ini telah menelefon memberi tahu saya yang beliau akan membaca berita mengenai kemasukan 150 orang ahli Parti S46 ke dalam UMNO sedangkan sebenarnya hanya 10 orang sahaja yang berbuat demikian. “Semuanya bohong bro!” katanya.

Saya pun menjawab sambil berseloroh, “Tak apalah. Tapi kalau boleh semasa kau baca berita bohong itu, kau kenyit-kenyitlah mata kau tu. Orang yang menontonnya akan fahamlah yang kau baca itu berita bohong." Dia tidak menjawab hanya ketawa berdekah-dekah sahaja.

Sesungguhnya inilah cara ‘desperado’ UMNO selama ini. Tetapi mereka tidak menyedari satu perkara yang saya selalu menulis tentangnya. Dalam pilihanraya kali ini berjuta ahli-ahli UMNO akan keluar parti semasa berada di dalam peti undi nanti. Ia telah berlaku dalam pilihanraya yang lalu dalam mana lebih dari sejuta ahli-ahli UMNO telah memangkah simbol Pakatan Rakyat, dan ia akan berlaku dengan lebih hebat sekali. UMNO tahu ini akan berlaku lagi kali ini.

Itulah sebabnya Dr Mahathir meminta setiap pemimpin-pemimpin bahagian seluruh negara berikrar di hadapan beliau yang mereka tidak akan melakukan sabotaj terhadap UMNO itu. Dr Mahathir tahu perkara ini akan berlaku dan beliau faham dengan sedalam-dalamnya isu ini kerana beliau merupakan pensabotaj UMNO yang paling terkenal. Mahathir merupakan pensabotaj UMNO yang paling hebat kerana perkara itu dilakukannya dalam pilihanraya yang lalu.

Kalau Mahathir, seorang yang telah diangkat begitu tinggi oleh partinya sanggup mensabotaj UMNO itu, apa yang boleh menahan ahli-ahli biasa yang tidak mendapat apa-apa kepentingan untuk melakukan sabotaj terhadap UMNO itu? Kalau bapa sudah kencing berdiri, apa yang boleh menahan anak-anak tidak kencing dan berak sambil berlari?

Isu ini sebenarnya isu besar. Contohnya di Negri Sembilan sahajalah. Pengerusi Perhubungannya tidak mendapat sokongan dari kebanyakan atau hampir keseluruhan Ketua-Ketua Bahagian dalam Negeri itu. Mohammad Hasan sememangnya tidak boleh menjaga UMNO NS itu, tetapi entah kenapa beliau masih berada di sana. Saya tidak tahu apakah jampi serapah yang beliau lakukan kerana beliau masih mengetuai UMNO di negeri adat itu.

Tetapi jika diketepikan Mohammad Hasan siapa pula yang hendak mengambil alih tempat beliau? Itu pun merupakan satu persoalan besar juga. Di NS semua pemimpin yang berkebolehan tidak mendapat tempat kerana permainan Ketua Perhubungan yang takut pada bayang-bayang. Isa Samad, semasa menjadi Menteri Besar, hanya mengumpulkan rakan-rakan guru sekolah beliau sahaja untuk menjadi EXCO kerana mereka pandai menggeli pundi-pundi beliau (Isa).

Puluhan orang yang berkebolehan diketepikannya kerana takut kepada bayang-bayang. Semua yang berkebolehan mati begitu sahaja. Isa pun seperti Dr Mahathir juga, takut kepada orang yang beliau anggap akan menjatuhkan beliau. Itu sebab di semua peringkat dalam UMNO itu tidak ada lagi kepimpinan.

Akhirnya Dr Mahathir sendiri mengakui yang UMNO sudah busuk sampai ke ususnya, tetapi sejak kebelakangan ini beliau masih menyokong parti yang beliau anggap sudah busuk sampai ke situ. Itu sebabnya Dr Mahathir tidak boleh dijadikan ikutan kerana beliau seperti Ibrahim Ali, akan menyelekoh dengan tiba-tiba dalam hal politik ini. Mungkin itulah sebabnya Dr Mahathir dengan Ibrahim Ali, itu mempunyai ‘chemistry’ yang baik dan secocok serta saling menyandar di antara satu dengan yang lain.

Setelah Isa digantikan oleh Mohammad Hasan, orang ramai ingat akan berlaku peningkatan mentaliti dalam UMNO itu kerana semasa Mohammad mula-mula menjadi MB ramai orang Negeri Sembilan beranggapan yang beliau itu adalah pemimpin yang turun dari langit ketujuh. Tetapi akhirnya keadaan di negeri itu lebih teruk dari apa yang UMNO alami semasa Isa menjadi Menteri Besar dahulu. Lagi rendah kredibiliti wakil rakyat di negeri itu, mereka itu jugalah yang sedang dipertahankan oleh Mohammad. Kerana apa? Kerana rasa rendah diri beliau dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

Sekarang ini tinggallah pemimpin-peimpin yang pucat-pucat, seperti orang yang bercacing ‘kerawit’, untuk memimpin negeri itu. Itu sebabnya orang Melayu di Negeri Sembilan lebih mengenali Taufek, ADUN tunggal PAS, di sana dan ramai orang-orang Melayu UMNO akan berpindah randah di dalam peti undi nanti.

Lama juga saya berada dalam parti itu dahulu dan saya tahu apa yang sedang berlaku. Mungkin saya tidak tahu apa yang berlaku di kalangan pemimpin-pemimpinnya tetapi saya dapat merasakan yang ahli-ahli biasa dalam UMNO itu sudah lumpuh semangat nya dan tidak berdaya untuk mempertahankan arus perubahan di kalangan rakyat yang ramai. Siapa yang hendak menidakkan pandangan saya ini, mereka boleh berbuat sekendak hati mereka. Tetapi hakikatnya UMNO sudah lumpuh kerana pimpinan UMNO telah membunuh benih-benih kepimpinan sebegitu lama bukan sahaja di NS tetapi di seluruh negara.

Sekarang UMNO hanya tinggal dari kalangan yang ‘buta mata hati’ tentang politik dan siasah. Tetapi oleh kerana semuanya dalam kategori yang sama mereka menganggap mereka yang menentang seperti saya ini sebagai pengkhianat kepada negara.

Sesungguhnya pengkhianat itu akan menganggap semua yang lain itu pengkhianat seperti mereka juga. Apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Sampailah masanya UMNO itu duduk di petak pembangkang untuk mendapatkan masa bagi melakukan perubahan dalamannya.

Kalau orang besar-besar macam Dr Mahathir boleh beralih-alih perjuangannya kenapa pula orang biasa seperti kita ini takut untuk melakukan seperti apa yang beliau telah lakukan itu?

Dalam pilihanraya dulu beliau minta rakyat memilih calon, tetapi sekarang beliau meminta orang memilih parti pula. Dia ingat orang ramai ini siapa? Beliau mesti ingat pengundi-pengundi sekarang terdiri dari manusia yang berfikir, bukannnya haiwan belaan yang boleh dicucuk hidungnya.

Sunday, February 17, 2013

Senator Xenophon tidak tahu di sini demokrasinya acuan sendiri

oleh Aspan Alias

Seorang Senator bebas Australia Xenophon yang mendarat di Kuala Lumpur pada jam 6.40 pagi semalam ditahan oleh pihak Immigresen negara dan di hantar pulang ke Australia setelah ditahan selama 14 jam di lapangan terbang LCCT. Kerajaan BN telah menyenarai hitamkan nama beliau dan negara menganggap beliau sebagai musuh negara Malaysia yang 'demokratik' ini.

Sesiapa pun yang mempunyai pemikiran yang sedikit waras akan faham yang penahanan beliau itu merupakan tindakan politik sempit dan sedikit sebanyak menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa yang negara kita tidak mengambil kisah tentang kewibawaan hubungan antarabangsanya. Kenyataan Hishamudin Hussein semalam membayangkan yang beliau mempunyai ‘diplomatic language’ yang begitu rendah dan memalukan.

Senator ini telah menjadi mangsa politik negara kerana bercakap benar tentang keadaan demokrasi negara kita. Kesalahan Senator ini sebenarnya sangat besar. Kesalahannya ialah kerana bercakap benar dan tidak mahu berbohong. Mungkin sebelum ini Senator ini belum memahami undang-undang negara ini. Beliau tidak memahami yang di negara ini bercakap benar itu adalah dicegah (forbidden).


Berjuang untuk menghapuskan rasuah itu salah. Sesiapa yang memperjuangkan untuk diadakan pilihanraya bebas itu lebih salah sehingga ada seorang bekas Perdana Menteri menyarankan supaya di pinda perlembagaan supaya membolehkan Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dilucutkan kerakyatannya. Senator ini mungkin menganggap demokrasi itu semuanya sama seperti yang wujud di semua negara maju yang lain di dunia ini.

Beliau tidak tahu yang Malaysia mempunyai demokrasi acuannya tersendiri. Sepatutnya Senator ini belajar tentang latar belakang demokrasi di negara ini sebelum berbuat apa-apa dalam negara ini.

Apa yang kerajaan Malaysia marahkan Xenophon itu mudah sahaja. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana komen beliau tentang cara Bersih di kendalikan oleh pihak berkuasa Polis Malaysia pada 28hb April tahun lepas. Xenophon berada di sini semasa itu untuk melihat sendiri bagaimana ‘rally Bersih’ itu berjalan.

Xenophon sepatutnya jangan bercakap benar yang pihak Polis lah yang memulakan keganasan itu yang di mulakan dengan beberapa orang anggota Polis yang menyamar dan menjadi sebagai agen ‘provocateur’ bagi mencetuskan pertempuran di antara Polis dengan peserta rally itu..Di sini bukan tempatnya untuk memberikan pandangan yang adil. Di sini ialah tempat di mana hanya pihak kerajaan sahaja yang benar.

Kenyataan Xenophon yang memberikan kenyataan yang lebih dari dua ratus ribu peserta adalah salah. Xenophon sepatutnya memberikan angka yang sama seperti yang di berikan oleh Rais Yatim, iaitu 22,700 orang sahaja. Senator itu mesti juga memahami yang berjalan beramai-ramai ke tempat rally itu dianggap sebagai demonstrasi jalanan di sini. Kerajaan pimpinan UMNO mahukan semua peserta rally itu terbang dan terus sahaja mendarat di tempat rally itu diadakan.

Sesiapa bercakap yang tidak di sukai oleh pimpinan UMNO itu dianggap sebagai musuh negara. Jika kita tutup tindakan rasuah yang dilakukan oleh pimpinan UMNO barulah boleh datang ke sini. Sesiapa juga yang membawa berita yang anak seorang Perdana Menteri suatu ketika dahulu telah mengambil wang rakyat hampir RM2 billion itu amat salah kerana anak dan keluarga pimpinan BN di berikan keistimewaan menggunakan wang rakyat untuk menyelesaikan masalah perniagaan mereka.

Menjaga maruah dan integriti bukan perkara penting bagi pimpinan kita. Yang penting ialah kuasa dan kali ini kuasa itu mahu dikekalkan untuk menutup dan menjauhi segala kesalahan mereka di ketahui oleh rakyat negara ini dan masyarakat antarabangsa.

Xenophon telah melanggar semuanya ini, maka terpaksalah beliau kembali ke negara beliau serta merta. Kalau setakat hendak sampai ke LCCT itu boleh lah. Xenophon jangan sekali-kali datang ke sini lagi kerana jika beliau berada di sini beliau akan menjadikan negara kita ini tidak selamat lagi. Bercakap sahaja perkara yang tidak di sukai oleh pihak parti pemerintah, maka orang itu akan di kurung dan dijadikan ‘banduan’ sementara.

Xenophon mesti memahami kenyataan yang rakyat Malaysia tidak akan bercakap tentang segala ketidak adilan tidak lama lagi, kerana mereka akan bertindak dan berusaha untuk menolak pimpinan dan parti yang sedang berkuasa ini dalam pilihanraya yang akan datang. Sesungguhnya kerajaan kita bukannya mengurung Xenophon atau sesiapa. Sebenarnya mereka sedang mengurung diri mereka sendiri untuk mengelak diri mereka di kenali sebagai pemimpin otokratik yang berselindung di sebalik demokrasi acuan kita sendiri itu.

Setelah parti yang berkuasa sekarang sudah tidak diberi mandat lagi Xenophon boleh lah datang kembali ke sini. Semasa itu nanti barulah beliau boleh bercakap apa yang benar tanpa was-was. Bukannya lama untuk menunggu perubahan itu.

Saturday, February 16, 2013

Terjumpa Najib peniaga petai


Najib dan pimpinan UMNO menyelenggarakan kempen pilihanraya seperti orang menjual petai dan jering yang saya pernah kenali. Kebetulan namanya ialah Najib dan beliau menjual petai itu di salah sebuah tempat pasar sehari di Selangor. Najib penjual petai ini akan menunggu petai yang di pesannya dari orang asli di sekitar tempat perniagaan pasar sehari itu.

Saya pernah duduk dengan si Najib penjual petai ini di sebuah warung di tempat beliau berniaga itu dan saya bertanya kepadanya apa yang dia sedang tunggu di warung itu. Dia berkata dia menunggu petai yang dia pesan dari salah seorang asli yang akan menghantar petai itu kepadanya setiap hari pasar sehari itu beroperasi. Saya berseloroh dengannya sambil bertanya siapa yang memberi nama ‘Najib’ itu.

Dia menjawab sambil tersenyum, “kebetulan bang, nama ayah saya pun Razak, dan dialah yang memberi nama ini kepada saya. Saya sebenarnya berasal dari Tanjung Malim tetapi pindah ke sini mengikut arwah bapa saya yang bertugas sebagai anggota Polis di sini”. Saya menjawab sambil berseloroh, “bagus nama tu, itu nama Perdana Menteri tu!” Dia lantas menjawab, “tak sama bang, saya beli petai untuk di jual, Najib yang satu lagi tu membeli undi dari orang dengan harga RM500 sekali beli untuk di jual juga”

Dalam hati saya ternyata Najib pembeli dan penjual petai dan jering ini seorang yang agak ‘witty’ juga. Saya tidak menjangka seorang pembeli dan penjual petai ini prihatin dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.

Najib penjual petai ini ramah orangnya seperti Najib PM juga. Najib penjual petai ini bercerita yang beliau telah membayar orang asli itu dengan bayaran pendahuluan yang banyak. Jadi orang asli itu akan menghantar sahaja petai itu setiap hari pasar sehari ini beroperasi. Kadangkala dia menghantar selama dua bulan petai tanpa dibayar kerana saya telah membayar pendahuluan dengan penuh dahulu. Dengan cara itu dia dapat petai dengan murah, iaitu lebih kurang RM0.20 sahaja sepapan kalau di kira secara pukul rata.

Saya pun menjawab, “pandai kau ni Najib, terhutang orang asli itu kerana pembayaran secara advance itu” Dia pun manjawab, “Nak hidup bang, kena pandai-pandai sikit. Najib ini pun pandai juga bang!” katanya.

“Duit BRIM nanti kau nak buat apa dengannya?” tanya saya. Dia jawab, “Saya nak bayar saman trafik bang dengan duit BRIM tu. “Saya di saman kerana membawa petai berlebihan di jalanraya bang. Ada dua saman. Duit BRIM tu balik balik ke kerajaan bang!” katanya pantas.

Itu sahajalah cerita pendek yang benar-benar saya alami dua minggu lepas. Rupa-rupanya orang bernama Najib ini pandai orangnya....pandai menekan orang susah. Bezanya Najib penjual petai ini menekan orang asli sahaja, Najib yang PM itu menekan orang ramai yang miskin termasuk orang asli serta Najib pembeli dan penjual petai itu sekali.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2013/02/terjumpa-najib-pembeli-dan-penjual-petai.html

Friday, February 15, 2013

Keinginan untuk berubah itu sudah lama terpendam di hati rakyat

oleh Aspan Alias

 Ketidakpuasan hati terhadap UMNO memimpin negara sebenarnya sudah lama di rasakan oleh rakyat khususnya bagi mereka yang boleh berfikir dan menilai sesuatu isu itu dengan baik, telus, ikhlas dan rasional. Hanya mereka tidak perasan yang ketidak puasan mereka itu sudah bersemi di dalam diri mereka sebegitu lama.

‘Sub conscience’ mereka yang inginkan perubahan itu sudah berada di dalam diri mereka sebegitu lama. Hanya setelah mereka nampak ketidak telusan dan elemen-elemen negatif sudah menjadi sebegitu jelas berlaku maka barulah mereka menzahirkannya melalui parti-parti politik dan NGO-NGO dan berbagai-bagai saluran yang lain. Mereka kini menzahirkan rasa tidak puas hati itu dengan terbuka, lebih-lebih lagi zaman komunikasi yang canggih yang menjadi cara hidup rakyat di zaman kemajuan ini.

Di dalam sesebuah negara demokrasi elemen terpenting yang penyaluran ‘informasi’ yang aktif dan terbuka dan elemen ini sudah menjadi begitu maju sehinggakan kerajaan yang selama ini menekan dan menutup segala ‘avenue’ untuk rakyat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku itu tidak lagi berdaya untuk membendungnya.


Di negara ini, jika penyaluran maklumat itu berlaku dengan baik dua puluh tahun dahulu gerakan perubahan yang sekarang ini sepatutnya berlaku dalam tempuh itu untuk memberikan semangat melakukan gerakan perubahan itu. Semasa itu orang ramai sudah merasakan keadaan ini tetapi tidak terzahir kerana tidak mempunyai saluran maklumat yang bebas, salah satu dari elemen penting di dalam sesebuah demokrasi itu.

Keadaan itu sudah berubah. Apa-apa maklumat pun dari serata pelusuk dunia boleh di ketahui oleh semua asalkan sahaja seseorang itu tekun dan tidak ketinggalan menerima dan membaca semua maklumat itu setiap waktu. Tidak banyak perkara buruk yang dilakukan oleh sesiapa dan semua pihak itu bolih di sorokkan dengan mudah dan tidak juga mudah bagi sesiapa yang melakukan kebaikan itu dapat di lindungi dari pengetahuan umum.

Di negara kita perasaan gusar rakyat sudah begitu lama di rasakan tetapi seperti yang saya katakan tadi ia tidak terzahir dengan jelas dan perasaan itu terpendam di dalam jiwa rakyat sebegitu lama. Apabila timbul sahaja alasan dan sebab yang datang maka dengan sendirinya segala perasaan itu terluah dan selalunya ia akan menjadi isu siasah dan politik yang besar jika perasaan yang terpendam itu adalah perasaan yang terlalu menekan ramai rakyat jelata.

Perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan sudah mula dirasakan semasa kerajaan ini dipimpin oleh Dr Mahathir Mohammad apabila beliau telah mengubah segala-gala nilai pentadbiran dan politik yang menusuk perasaan banyak pihak. Beliau merasakan perkara itu tidak menjadi kudis kepada kerajaan dan parti pimpinannya kerana UMNO tidak pernah berusaha untuk merasakan denyut nadi dan jantung perasaan ramai. UMNO merasakan apa sahaja yang mereka lakukan itu akan di terima oleh rakyat dan tidak akan ada rakyat menentang terhadap perlakuan kerajaan UMNO itu..

Waktu itu rakyat terpaksa melihat dan berdiam diri sahaja dengan tindakan kerajaan yang menswastakan keperluan asas seperti air, letrik, kemudahan perjalanan dan perkhidmatan kenderaan awam dan berbagai-bagai lagi. Rakyat sudah merasakan keresahan melihat kerajaan memberikan keistimewaan kepada orang-orang dan individu tertentu untuk berniaga secara monopolistik. Sekarang gula di niagakan secara monopoli oleh Syed Mokhtar, misalnya. tepung juga mempunyai kepentingan Syed Mokhtar lagi. Proton dan berbagai-bagai lagi peluang perniagaan secara monopoli itu di perolehi oleh orang kuat pemimpin besar negara.

Air yang merupakan keperluan yang paling asas untuk manusia di peniagakan oleh nama besar dan kroni kepada parti kerajaan persekutuan dan mendapat gaji melebihi setengah juta ringgit sebulan sedangkan rakyat di biarkan menjadi mangsa politik oleh pimpinan persekutuan. Tidak cukup ruang untuk menyenaraikan salah laku pimpinan sejak tiga dekad dahulu.

Apabila berlaku pertelingkahan di antara pemimpin dan memecahkan parti dan kesatuan di antara mereka selama ini maka wujud puak-puak yang melakukan penentangan terhadap kepimpinan kerajaan. Maka keadaan dan perasaan yang ada di ‘sub conscience’ mereka tadi mula terzahir dan terburai. Segala yang tersorok menjadi terbuka dan segala kerja hina yang selama ini terlindung sudah mula terbuka dan menjadi pengetahuan umum. Rakyat mula menilai semua pihak dan kita rakyat sudah pun hampir 'conclusive' persepsi mereka terhadap kewibawaan kerajaan pimpinan parti pemerintah selama ini.

Pendeknya tindakan pihak rakyat melakukan tentangan terhadap kerajaan pimpinan UMNO pada hari ini merupakan manifestasi sebenarnya dari rakyat. Mereka (rakyat) sudah begitu lama berfikir dan terasa diperdaya oleh kerajaan terhadap mereka yang selama ini telah memberikan sokongan begitu kuat terhadap kerajaan ini. Rakyat sudah begitu kecewa, kerana kebaikan dan kelembutan mereka selama ini di ambil sebagai kelemahan oleh pihak pemerintah. Kerajaan dan pimpinan terus-terusan melakukan segala kerja hina seperti rasuah yang keterlaluan tanpa had itu dan banyak lagi penindasan yang telah di lakukan secara sistematik itu. Jiwa dan pemikiran rakyat memberontak kerana dikecewakan oleh parti yang di berikan kepercayan secara total selama ini.

Kini keseluruhan rakyat terbabit dengan politik samada secara aktif atau pun pasif. Rakyat tidak sabar-sabar menunggu hari membuat pilihan itu. Rata-rata rakyat samada yang sudah dewasa atau pun yang muda-muda, tidak sabar menunggu bagi melunaskan tanggungjawab untuk menyertai kegiatan dan tindakan untuk perubahan itu. Satu lagi yang ada di ‘sub conscience’ rakyat ialah tentang cengkaman media perdana yang terlalu berat sebelah yang digunakan oleh parti pemerintah untuk menghina dan menistakan usaha rakyat untuk melakukan perubahan terhadap negara yang mereka sayangi ini.

Di mana-mana pun kita akan di tanya oleh sesiapa sahaja yang kita berjumpa, ‘bila pilihanraya?’ Sememangnya secara psikologi nya, jika rakyat biasa menunggu dengan kurang kesabaran untuk mengundi itu, ia akan membawa perubahan yang drastik. Di mana-mana kita mendengar rakyat berkata, “Letih menunggu pilihanraya ini”. Ini sahaja sudah cukup untuk memberikan keputusan awalan pilihanraya itu.

Itulah sebabnya saya selalu berkata keputusan pilihanraya kali ini adalah ‘predictable’. Hanya hendak menunggu kenyataan dan keputusan rasminya sahaja.

Sudah menjadi bisikan biasa kita dengar di mana-mana, “Let’s change! It’s now or never!” kata mereka

Muhyiddin seperti Najib, sangka rakyat rela dijual beli

oleh Aspan Alias


Muhyiddin Yassin yang di ura-urakan oleh sebahagian pimpinan UMNO untuk mengambil alih kepimpinan dari Najib itu adalah seorang pemimpin yang lebih lagi tidak menggunakan alat untuk berfikir (otak) anugerah Tuhan untuk digunakan dengan sebaik-baiknya. Itu lah sebabnya saya tidak berhenti-henti berkata bahawa siapa sahaja dalam kepimpinan tertinggi UMNO itu adalah mereka yang tidak sempurna akal fikiran politik mereka. Mereka tidak tahu apa yang baik untuk disebut dan yang sepatutnya dihindari untuk terkeluar dari mulut seorang yang bercita-cita tinggi untuk mengambil alih kepimpinan negara kita yang kita sayangi ini.

Saya terpaksa memberikan komen terhadap kata-kata Muhyiddin di Johor semalam di mana beliau telah menjanjikan BRIM akan di tambah menjadi RM1000 selepas ini. Beliau berkata jika menolak BN dan UMNO itu merupakan penolakan terhadap rezki. “kalau hendak rezki yang seribu itu terpaksa lah kekalkan kepimpinan BN dalam pilihanraya ini” kata beliau lebih kurang kepada orang-orang yang menyambut ketibaan beliau dan di siarkan dalam saluran-saluran TV arus perdana malam tadi. Mendengar kata-kata ini membuatkan saya hampir terjatuh dari kerusi kerana terkejut dengan taraf pemikiran seorang yang bergelar Timbalan Perdana Menteri itu.

Kalau ini lah contoh kata-kata seorang yang berselera untuk menjadi PM, beliau akan menjadi seekor tikus membaiki labu. Tiada apa yang beliau boleh perbaiki dalam kerajaan malahan beliau akan menjadikan nilai kepimpinan kerajaan bertambah buruk dan nesta lagi. Ayat yang saya acapkali sebut dalam blog ini ialah sesiapa sahaja dalam kepimpinan tertinggi UMNO itu merupakan jenis yang sama kerana mereka adalah dari acuan yang sama. Acuan ini adalah acuan yang di bentuk oleh Dr Mahathir sebaik sahaja beliau mengambil alih kerajaan pada 1981 dahulu.

Muhyiddin dalam keadaan tertekan beliau telah berkempen dengan terang dan jelas serta di siarkan dalam media perdana yang beliau melakukan pujukan secara rasuah dan ini merupakan satu tindakan yang amat buruk dilakukan oleh seorang pemimpin kerajaan yang semakin hari semakin lemah itu. Apa eloknya menggantikan Najib dengan Muhyiddin ini? Jika Najib berkata kepada orang Cina dan rakyat “Lu tolong gua. Gua tolong lu”, Muhyiddin pula ‘kalau hendak BRIM lebih besar undilah BN dan kekalkan kuasa BN’.

Ini kah jenis kepimpinan yang kita hendak letakkan harapan untuk menjamin masa depan anak-anak dan generasi kita yang akan datang?. Pernahkah kita mendengar kerajaan dan parti-parti di negara-negara maju menjanjikan wang tunai kepada rakyat mereka jika mereka di pilih untuk memerintah negara? Bagaimana kah caranya negara kita hendak menjadi negara maju jika mentaliti pimpinan yang memerintah tidak lebih dari mentaliti pemimpin zaman kuno atau zaman batu dahulu.

Apa yang menyebabkan mereka sanggup melutut begitu rendah semata-mata untuk mendapatkan serta menguasai kerajaan yang mereka telah lama menguasainya. Inikah dia hasil dari didikan parti yang telah lama memerintah. Tidak kah mereka belajar dari kesilapan dan kesalahan orang lain atau dari kesalahan diri sendiri yang begitu banyak mereka lakukan itu? Baik Najib mahu pun Muhyiddin, mereka adalah dari kumpulan dan bermentaliti yang sama, iaitu membeli perasaan dan undi rakyat dengan menggunakan wang rakyat itu sendiri?

Kita merasakan amat mual dan menjelekkan mendengar kata-kata Muhyiddin yang mengatakan mengundi pembangkang itu adalah mengundi untuk menolak rezki kerana hanya BN boleh memberikan BRIM kepada rakyat. Dalam pada mereka ini berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat mereka memalui proses berkempen itu dengan menghina orang ramai seolah-olah hanya BN yang boleh memberikan rezki sedangkan kita tahu rezki itu datangnya dari mana.

Itulah sebabnya janji-janji Pakatan Rakyat itu lebih menepati kehendak ramai kerana dengan hanya menghapuskan tol dan penghapusan PTPTN itu sahaja sudah jauh melebihi keuntungan dari menerima BRIM seribu dua itu. Dengan hanya mendapatkan BRIM rakyat masih terpaksa membayar kos pendidikan anak-anak serta perjalanan orang ramai yang semakin hari semakin tinggi itu.

Dengan penghapusan bayaran tol dan PTPTN ini sahaja sudah menguntungkan rakyat puluhan ribu ringgit jumlahnya setahun. Lebih penting lagi rakyat tidak akan mendengar ungkitan-ungkitan seperti yang dilakukan oleh Najib setiap malam melalui TV semasa melawat seluruh negara sekarang ini. Beri rakyat sejemput tetapi di ungkit setiap malam dalam ucapan-ucapan mereka setiap hari. Wang yang diberikan itu seolah-olah wang Barisan Nasional, tetapi mereka terlupa wang itu adalah wang rakyat sendiri yang tidak putus-putus membayar cukai kepada kantung negara setiap tahun itu.

Sesungguhnya negara mesti bermula dengan politik dan negara yang baru. Rakyat sudah tidak berdaya menahan cemuhan dan penghinaan dari pimpinan setiap hari. Marilah kita berusaha mencari jalan kearah pembaharuan ini. Kata Muhyiddin itu jelas membuktikan yang pemimpin UMNO mahu membuktikan bangsanya boleh dijual beli dengan wang ringgit mereka sendiri yang sejemput.

Kepada kedua-dua pimpinan UMNO ini orang Melayu rendah darjatnya.....beli undi mereka dengan empat lima ratus ringgit sahaja sudah cukup untuk memenangi pilihanraya.Pemimpin-pemimpin ini sudah hilang hidayah dan tidak pun merasakan yang orang Melayu sudah tidak mahu lagi di pujuk dengan wang ringgit. Mereka mahukan sebuah kerajaan yang bermoral dan berdisiplin dan faham tentang tanggungjawab terhadap negara dan rakyat.

Kita mulakan pencarian ini dengan menolak BN dalam pilihanraya kali ini. Insyaallah secara beransur-ansur kita akan dapat memperbaiki mentaliti kerajaan dan rakyat pada masa-masa yang akan datang.

Masanya pun sudah hampir tiba. Lakukanlah pembaharuan itu tanpa was-was. Selari dengan usaha-usaha kita itu, kita berdoa dengan intensif agar kita berada di dalam sepenuh keredhoan Allah SWT.

It’s now or never.

Wednesday, February 13, 2013

Rakyat tidak berselera lagi dengan UMNO

oleh Aspan Alias


Kalau kita menganggap isu Deepak dan Perdana Menteri serta isterinya ini secara ringan, ia merupakan satu isu yang sangat seronok di jadikan kajian semua kerana Deepak sudah jadikan isu ini sebagi satu isu politik besar untuk negara. Deepak bukannya seorang ahli politik tetapi apa yang dilakukan keatas beliau oleh Rosmah dan suaminya Najib itu secara terus menjadikan Deepak menjadi orang penting dalam politik negara sekarang ini.

Secara terus terang Deepak mahukan Najib bersara dan di gantikan dengan Muhyiddin Yassin untuk membina imej baru bagi BN sebelum pilihanraya kita tiba. Tetapi oleh kerana Deepak menjadi isu politik sekarang ini maka Deepak seolah-olah menjadi orang penting dalam politik atasan yang melibatkan Najib dan Muhyiddin. Isu Deepak dan Rosmah Mansor serta Najib ini di andaikan dilakukan oleh pihak pembangkang tetapi lama kelamaan ia menunjukkan kecenderungan yang isu ini datang dan di perbesarkan oleh UMNO sendiri dan yang menjadi ‘suspect’ nya ialah Muhyiddin Yassin sendiri.

Deepak mula merasakan jemu dan marah terhadap Najib dan isteri apabila beliau merasakan tertipu dengan segala urusan perniagaan beliau sehinggakan beliau mendapatkan kerugian besar. Isu ini telah di ketahui umum dan ruang terlalu sempit untuk di muatkan dalam posting ini. Orang ramai memahami keadaan yang menimpa Deepak apabila beliau di perguna oleh Najib dan isterinya ketahap optima untuk menutup kejahatan yang dilakukan oleh Najib dan isteri.

Deepak telah menulis surat terbuka kepada Dr Mahathir yang beliau anggap mempunyai sama keturunan itu kerana saranan Dr Mahathir agar Najib hanya membiarkan dan tidak melayan tuduhan Deepak yang bermacam-macam terhadap Najib. Deepak bertanyakan jika Dr Mahathir berada di dalam situasi beliau apa yang Dr Mahathir akan lakukan dan lain-lain lagi. Deepak merasa tersentuh dengan komen Dr Mahathir itu kerana sememangnya Mahathir merupakan seorang yang terlalu biasa mengambil kesempatan dui atas keadaan seperti sekarang ini.

Tidak ada siapa yang menyalahkan Deepak dalam isu ini kerana imej Najib itu sememangnya tidak mengejutkan jika perkara seperti yang di alami oleh Deepak itu dilakukan oleh Najib terhadap sesiapa termasuk Deepak.

Tetapi apa yang tidak betulnya Deepak memberikan ulasan politik dan beliau terjun dalam politik yang beliau tidak memahami latar belakangnya sekarang ini. Bagaimana Deepak boleh memberikan pandangan yang Najib mesti berhenti dan digantikan dengan Muhyiddin? Apakah Deepak seudah terlalu yakin yang Muhyiddin boleh memperbaiki imej parti sedangkan tiada siapa yang ada di dalam barisan majlis tertinggi parti UMNO itu layak untuk mengambil alih kepuimpinan Najib.

Bagi pandangan saya dan ramai yang lain jika Muhyiddin menjadi pengganti kepada Najib elok di cadangkan supaya kekalkan Najib sahaja kerana Muhyiddin tidak mampu untuk membawa perbezaan dengan tadbiran dan politik Najib. Jauh sekali jika Najib digantikan dengan tiga orang Naib Presiden parti itu kerana mereka tidak mempunyai sisek untuk menjadi pemimpin utama negara.

Pendeknya Muhyiddin serta kesemua Naib-Naib Presiden UMNO tidak mempunyai kelayakkan untuk mengambil alih kepimpinan Najib walau seburuk mana pun trahap kepimpinan Najib. Ini di sebabkan kerana semua mereka yang duduk di dalam Majlis Tertinggi itu merupakan mereka yang datang dari acuan yang sama sahaja. Jika Muhyiddin mengambil alih mungkin yang beruntung hanyalah Dr Mahathir kerana itu kerhendak beliau sebenarnya. Mahathir tidak ada perasaan sayang kepada partinya dan apa yang beliau mahu hanyalah kemuntungan untuk diri beliau dan kroni beliau semata-mata. Beliau hanya mahu dilihat sebagi orang penting dalam segala-galanya.

Saya bukan mengatakan yang Najib itu layak dan berkepimpinan Malahan itu lah sebabnya rakyat menolak UMNO dan BN sekarang ini. Yang saya katakan ialah tiada siapa yang ada di dalam Majlis Tertinggi UMNO sekarang ini termasuk Najib akan mampu mempertahankan arus perubahan yang sedang berlaku dikalangan rakyat dan Pakatan Rakyat akan menjadi pilihan rakyat dalam pilihanraya ini.

Pandangan ini tentu tidak akan diterima oleh penyokong membuta tuli UMNO atau pun Najib tetapi hakikatnya UMNO akan tumpas dengan kepimpinan yang ada sekarang ini. Blog ini telah berulang kali manyatakan yang rakyat tidak menghormati barisan kepimpinan UMNO itu lagi dan parti itu akan menjadi parti tunggal yang akan memenangi sedikit kerusi dalam BN di Semenanjung ini. Ia akan menjadikan BN itu UMNO, UMNO itu BN. Itu shaja. Parti-parti komponen yang lain boleh di anggap tiada lagi selepas pilihanraya nanti.

Saya memberikan reaksi ini kerana saya hanya mempunyai satu keyakinan. UMNO sudah begitu terlewat untuk memperbaiki diri kerana parti itu dikuasai oleh mereka yang tamak haloba yang sanggup melihat parti itu jatuh bergelimpangan dalam pilihanraya kali ini.

Pihak pembangkang dan penyokong-penyokongnya wajar berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana beliau (Mahathir) telah lama melakukan kerja yang akhirnya memusnahkan parti yang di tubuhkan oleh beliau sendiri itu. Sehingga ke saat ini Mahathir masih lagi melakukan kerja yang membinasakan parti itu sehinggakan UMNO sudah tidak di kenali lagi oleh rakyat termasuk ahli-ahlinya sendiri.

Rakyat lebih mengenali Pakatan Rakyat

Tuesday, February 12, 2013

Umno patut bersyukur jika jadi pembangkang

Lawatan Najib ke Pulau Pinang merupakan lawatan yang membazir bagi dirinya dan partinya. Lawatan beliau itu adalah lawatan politik dan kali ini beliau diiringi oleh penyanyi pop terkenal Psy dari negeri Korea dan berbelanja sebanyak RM2 juta untuknya. Saya tidak tahu berapa pula bayaran yang dibayar kepada penyanyi tempatan, Shila Hamzah. Psy menyanyi tidak lebih dari 10 minit itu merupakan orang yang diharapkan oleh Najib untuk meniupkan ‘mood’ bagi mendapatkan sokongan terhadap beliau dan BN dalam pilihanraya nanti. Najib sedang berusaha untuk merampas Pulau Pinang dari DAP dan Pakatan Rakyat.

Najib tidak membawa dirinya sebagai pemimpin utama secara betul dan tidak ada siapa di kalangan kabinetnya mampu membawa diri mereka sebagai pemimpin yang baik lagi. Najib telah dimalukan oleh orang ramai semasa berada di Pulau Pinang di hadapan tujuh ribu orang yang diangkut beramai-ramai itu. Beliau dimalukan oleh orang ramai dengan jeritan ‘NO!’ apabila beliau bertanya sama ada sudah bersedia untuk BN atau tidak. Laungan ‘NO’dengan spontan dan gemuruh telah ditunjukkan oleh orang ramai di situ. Sebelum itu pertanyaan Najib sama ada mereka bersedia untuk Psy, orang ramai dengan gemuruh menjawab YES apabila Najib bertanya sama ada sudah bersedia untuk Psy atau pun belum.

Keadaan seperti ini sepatutnya memberikan kesedaran kepada semua pemimpin UMNO BN bahawa rakyat sudah tidak mahu lagi memberikan sokongan atau dukungan terhadap BN pimpinan Najib dan barisan kepimpinan UMNO dalam Majlis Tertinggi parti itu. Rakyat terpaksa berhimpun dan menyatakan secara berdepan yang mereka tidak mahukan lagi BN untuk memerintah mereka.


Dalam perhimpunan CNY itu sepatutnya memberikan Najib kesedaran yang rakyat tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan hiburan yang mengasyikkan lagi. Rakyat mahukan kerajaan yang serius dan berani berubah. Tetapi rakyat tahu pimpinan hari ini tidak berani berubah sikap dan perangainya kerana berubah bermakna tidak rasuah dan tidak menyalahgunakan kuasa.

Kini elok kita bertanya, mampukah BN meyakinkan rakyat yang mereka tidak akan rasuah lagi? Rakyat sedar yang ketagih rasuah seperti pimpinan UMNO tidak mampu mahu berubah dan tidak akan mampu untuk berubah. Stigma kotor yang melekat kepada batang tubuh pimpinan BN dan UMNO itu tidak dapat di bersihkan lagi. Itu sebab saya katakan yang UMNO perlu mencari orang lain untuk memimpin bagi menukar imejnya yang terlalu busuk dan buruk itu.

Jika keburukan imej yang dihadapi oleh UMNO itu tidak dapat diubah, berikanlah sepuluh kali BRIM, TRIM dan apa-apa RIM yang lain rakyat perlukan perubahan. Kalau UMNO masih menerajui negara, ia bukannya perubahan. UMNO tidak boleh menggantikan Muhyiddin sebagai gantian kepada Najib. Begitu juga Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Shafie Afdal. Mereka mereka ini tidak boleh menggantikan Muhyiddin dan begitulah seterusnya.

Menggantikan Najib dengan Muhyiddin tidak akan membawa apa-apa kebaikan malah ia akan meruntuhkan lagi UMNO dan akan mati lebih cepat. Kesemua pemimpin dalam Majlis Tertinggi itu tidak boleh menggantikan Najib. Yang boleh menggantikan Najib hanya lah sesiapa yang berada di luar barisan pimpinan itu untuk membawa imej dan aura yang baru bagi parti itu. Tetapi itu tidak juga berlaku. Maka perubahan parti pemerintah merupakan jalan dan satu-satunya kaedah untuk membetulkan yang salah, menyambung yang putus dan menampal yang koyak hasil perlakuan UMNO dan BN itu.

Tetapi rakyat masih bernasib baik kerana jika UMNO dan BN tidak mampu berubah maka kita ubah, kita boleh tukar BN itu dengan parti-parti yang lain yang telah lama wujud secara halal dalam negara ini. UMNO boleh kembali memerintah mungkin sepuluh tahun lagi apabila mereka memperbaiki imej mereka semasa berada sebagai pembangkang nanti.

Di India parti Kongress telah kembali berkuasa setelah ditumpaskan oleh parti Janata dahulu. Parti Kongress telah mencapai kemerdekaan negara India dan telah ditumpaskan oleh rakyat kerana isu yang sama seperti yang dihadapi oleh UMNO di negara ini. Di Jepun juga parti Liberal Demokrat telah kembali berkuasa setelah berada sebagai parti pembangkang beberapa ketika kerana ditolak oleh rakyat Jepun pada awal tahun 2000 dahulu sedangkan Liberal Demokrat merupakan parti yang telah membawa Jepun menjadi kuasa ekonomi ketiga besarnya dalam dunia ini.

UMNO perlu melalui proses introspeksi kerana parti itu sudah tidak lagi tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Yang buruk dianggap baik dan yang baik dianggap buruk. Itulah sebabnya rakyat negara ini wajar melakukan perubahan itu sedaya upaya kerana jika rakyat tidak mampu mengubahnya maka kesalahan itu akan terletak di bahu rakyat sendiri.

Jika UMNO menjadi pembangkang masa itu boleh digunakan untuk melakukan pembaikan kepada kualiti kepimpinan parti itu dan pemimpin-pemimpinnya boleh belajar berfikir kerana pengalaman sebagai pembangkang itu perlu untuk melatih pemimpin-pemimpin parti itu untuk berfikir dengan baik. Apabila UMNO sudah bersedia menjadi parti yang baik, mungkin Hishammuddin tidak akan bercakap seperti orang yang hilang akal lagi.

Mungkin Najib akan lebih matang dan memahami perasaan rakyat dan tidak lagi bercakap memperbodoh-bodohkan rakyat lagi. Mungkin semasa itu Mahathir akan lebih baik dan tidak lagi melakukan hasutan dan memecahbelahkan pimpinan UMNO lagi. Semasa itu nanti mungkin Rais Yatim tidak lagi menunjukkan sikap mengampu dan membodek pucuk pimpinan semasa itu. Satu lagi kemungkinan ialah UMNO akan sedar yang melakukan rasuah itu kerja hina dan boleh menjatuhkan tamadun rakyat.

Dengan meletakkan UMNO sebagai pembangkang maka UMNO akan tahu samada tuduhan Pakatan Rakyat mampu mentadbir negara. UMNO boleh memantau samada pimpinan Pakatan Rakyat melakukan apa yang mereka (UMNO) lakukan semasa memerintah selama 56 tahun itu. UMNO boleh memantau sama ada PAS, DAP dan PKR akan menaikkan harga bekalan alat pertahanan negara berlipat kali ganda atau tidak.

Yang terlebih penting untuk UMNO semasa menjadi pembangkang itu ialah bahawa memberikan pendidikan percuma itu boleh dilakukan. Menghapuskan tol itu juga boleh dilakukan dan tidak akan membankrapkan negara. Pakatan Rakyat juga akan mengajar bagaimana Badan Kehakiman yang bebas itu boleh membina negara dengan baik. UMNO juga boleh melihat sama ada berlaku pembunuhan wanita asing yang melibatkan pimpinan negara semasa itu nanti.

UMNO juga akan belajar dan mengetahui yang rupa-rupanya pemimpin boleh mentadbir negara tanpa rasuah dan belajar yang ketagihan rasuah itu boleh dielakkan jika usaha menolaknya dibuat pada awal pentadbiran kerajaan baru itu.

UMNO juga akan belajar bagaimana untuk menjadikan media massa yang lebih adil dan terbuka itu akan membina minda dan sikap rakyat keseluruhannya.

Pendeknya jika UMNO menjadi pembangkang ia lebih menguntungkan UMNO lagi kerana ia memberikan kesempatan bagi parti itu memperbaiki diri mereka untuk menjadi parti yang bertanggungjawab dan berdisiplin yang tinggi.

Yang terpenting lagi bagi UMNO belajar semasa menjadi pembangkang itu ialah mengakui yang negara ini rakyat yang punya, bukannya Mahathir, Najib atau pun mana-mana pemimpin dari partinya. -

http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Monday, February 11, 2013

Biarkan Mahathir meroyan.. Otak dia dah tepu dah memikirkan cara nak sekat Anwar

Mahathir sudah tidak mampu berfikir lagi
oleh Aspan Alias
 
Dr Mahathir semakin hari semakin tidak berpedoman dengan meminta supaya dipinda Perlembagaan untuk memberi kuasa kepada kerajaan melucutkan kerakyatan kepada peguam-peguam seperti Ambiga, Pengerusi Bersih dan yang lain-lain. Ini di sebabkan Mahathir tidak selari dengan pemikiran manusia yang bertamaddun dan selari dengan kehendak masa dan zaman rakyat dan negara. Mereka dianggap sebagai penentang kerajaan oleh Dr Mahathir.

Sikap Dr Mahathir semakin hari semakin mencacau dan tidak lagi menampakkan ciri-ciri seorang yang berkepimpinan untuk sebuah negara demokrasi yang beliau pernah pimpin ini. Cadangan beliau itu merupakan satu cadangan yang begitu 'unconstitutional' dan amat memeranjatkan ramai. Kata-kata yang begitu 'unlawful' itu meranapkan imej Dr Mahathir dan tidak mungkin beliau dianggap sebagai seorang negarawan sampai bila-bila.

Dengan sikap Dr Mahathir ini maka semakin hari semakin jelas membuktikan yang bekas PM ini merupakan orang yang bertanggungjawab menjadikan minda rakyat beku khususnya orang Melayu yang beliau pimpin melalui UMNO selama dua dekad itu. Bagi Mahathir memberikan tekanan untuk meningkatkan ketelusan dan kebersihan di dalam pilihanraya negara. Memberikan pandangan yang berbeza dan mendesak untuk mendapatkan hak rakyat itu adalah salah kepada pemimpin yang sudah lama bersara ini.


Elok kita bertanya kepada Dr Mahathir apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Ambiga sehingga Mahathir bermain dengan pandangan yang Ambiga layak dilucutkan kerakyatannya kerana meminta diadakan pilihanraya yang bersih. Bukankah kita sedang melihat ketidak adilan pihak berkuasa dalam menghadapi pilihanraya ini?

Bukankah kita melihat dan menonton saluran TV yang hanya di kuasai oleh UMNO dan BN dan tidak memberikan peluang kepada pihak pembangkang untuk pemimpin-pemimpinnya mendapatkan peluang untuk berhubung dengan rakyat? UMNO boleh menggunakan saluran-saluran TV yang ada untuk membidas pihak pembangkang tetapi dalam sebuah demokrasi pembangkang berhak untuk di berikan peluang yang sama untuk menjawab tuduhan dan tohmahan pihak kerajaan melalui saluran-saluran TV itu.

Bukankah Bersih dan Ambiga menuntut keseimbangan peluang untuk kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan liputan masing-masing. Apakah salah bagi sesiapa yang tertekan untuk mendapatkan pembelaan. Kenyataan Mahathir ini memaparkan kepada kita yang Mahathir hanya berani melawan musuh yang diikat dan saya selalu mengatakan bahawa sesungguhnya Mahathir merupakan seorang pengecut dari dulu sehingga sekarang. Mahathir bijak menutup sikap pengecutnya kerana beliau pandai menggunakan orang lain untuk menyokongnya dengan memelihara politik dan kepentingan kroni dan pengampu beliau selama ini.

Mahathir telah membentuk kumpulan kepimpinan di sekeliling beliau yang tugas mereka hanyalah untuk menghiburkan beliau semata-mata. Hanya mereka yang berjiwa kecil dan fakir sahaja yang suka kepada ampuan sahaja dan tidak boleh di tegur dan dikritik. Mengkritik beliau atau kerajaan yang di sokong beliau dianggap sebagai pengkhianat dan layak di lucutkan kerakyatan mereka. Bagi Dr Mahathir sesiapa yang membangkang itu adalah pengkhianat negara dan rakyat selayaknya hanya untuk menjadi pengangguk dan pengampu sahaja.

Semasa Dr Mahthir sehingga sekarang ini demokrasi tidak terlaksana dengan adil. Bagi pimpinan UMNO dan BN itu mengadakan pilihanraya itu merupakan satu-satunya ciri demokrasi, tetapi cara pilihanraya itu diadakan sesungguhnya jauh dari demokratik. Pihak pembangkang selama ini diikat dan digari dan UMNO membelasah mereka yang tergari ini. UMNO tidak berani bermain di atas padang yang rata. Bagi UMNO digari dahulu barulah mereka berani berlawan.

Sifat UMNO yang di tonjolkan oleh Mahathir itu telah pun sama-sama kita lihat seperti yang dilakukan keatas seorang jaga yang telah di belasah dan di bunuh oleh pasukan polis semasa jaga itu masih di gari baru-baru ini. Mayatnya masih tergari semasa sampai di bilik mayat hospital. UMNO begitulah sikapnya. UMNO hanya berani berlawan apabila pembangkang di ikat tangan mereka. Hendak berlawan secara demokrasi yang tulin sampai sekarang UMNO belum berjaya membuktikannya kepada rakyat tempatan dan masyarakat antarabangsa.

Sesungguhnya dari segi moralnya Mahathir lah yang sepatutnya dilucutkan kerakyatan beliau kerana kerenah beliau telah memecah belahkan rakyat berbilang kaum yang dahuluinya hidup dalam situasi muhibbah dan bersatu. Mahathir telah pun mengaku yang beliau terlibat dalam pemberian kerakyatan kepada pendatang Filipina dan ini merupakan satu pengkhianatan terhadap negara dan selayaknya dilucutkan kerakyatan beliau sebaliknya.

Mahathir sudah sebegitu lama menganggap kesabaran rakyat menahan kerenah beliau itu sebagai kelemahan rakyat. Beliau terlalu biasa mengambil kesempatan terhadap rakyat dan sanggup membekukan pemikiran rakyat dan befikir dengan nilai yang terbalik dari nilai manusia yang biasa. Mahathir telah cuba untuk mengalihkan pusingan dunia ini. Mahathir cuba untuk membuatkan matahari terbit dari barat dan terbenam di timur. Mahathir mahu menjadi malam itu siang dan siang itu dijadikan malam.

Mahathir sesungguhnya tidak bersikap seperti seorang negarawan seperti yang dilabelkan oleh penyokong beliau terhadapnya. Negara selalunya tidak merapek dan merapu bila memberikan pandangan terhadap sesuatu isu. Semakin hari semakin jelas siapa Mahathir sebenarnya.

Beliau hanya sebagai seorang yang tidak berpendirian yang selari dengan tamadun dan kehendak negara yang kini sedang menuju kearah perubahan dan pembaharuan dalam semua bidang kehidupan bernegara.

Thursday, February 7, 2013

Siapa Kata cerita ALTANTUYA dah BASI.. selagi siapa yang arah bunuh belum diketahui..selagi itu ianya jadi "misteri"

Jika penjenayah masih berkuasa, rakyat salahkanlah diri sendiri
 
Deepak sekali lagi membawa orang ramai menatapi isu pembunuhan Altantuya dengan membuat kenyataan yang memanaskan semasa perjumpaan Mahfudz Omar, Naib Presiden PAS semalam.

Dalam kenyataannya beliau meminta perlindungan dari pihak berkuasa jika beliau memberikan segala bukti pembabitan Najib dan isteriya dalam kes pembunuhan itu. 

Isu pembunuhan itu sudah menjadi buah mulut orang ramai sejak bertahun-tahun yang lalu dan dua orang pegawai keselamatan yang berkhidmat dengan Najib dan isterinya telah pun di jatuhkan hukuman mati kerana di sabitkan dengan kesalahan membunuh itu.

Kedua-dua pegawai keselamatan yang bertugas dengan keluarga Najib ini telah membunuh seorang wanita Monggolia tanpa sebab kerana tidak dipersoalkan kenapa mereka membunuh wanita yang mengenali Najib dan rakan-rakan beliau itu.

Mahkamah Tinggi negara, mendapati mereka berdua bersalah kerana membunuh keatas dua pegawai Polis itu, tetapi yang amat anih dalam kes ini pihak peguam cara tidak pernah bertanyakan motif pembunuhan oleh kedua-dua pesalah itu.

Ini merupakan satu-satunya kes pembunuhan yang sangat anih kerana tidak di sentuh sedikit pun tentang motif pembunuhan terhadap Altantuya itu dan ini lah yang menjadi tandatanya semua pihak. Bagaimana dua orang pegawai keselamatan kepada Perdana Menteri dan isterinya melakukan pembunuhan tanpa sebab.

Semalam Deepak, ‘adik angkat’ Rosmah Mansor sendiri telah meminta Mahfudz Omar untuk melakukan sesuatu bagi melindungi beliau kerana beliau sudah bersedia untuk membongkar segala-galanya tentang apa yang beliau tahu berhubung dengan pembunuhan itu.
Di negara ini, kita mempunyai ‘Protection Act 2009’ dan ‘Whistleblower Act 2010’ dan Mahfudz Omar percaya itu mencukupi untuk Deepak berlindung dalam menghadapi pembongkarannya terhadap isu pembunuhan Altantuya beberapa tahun dahulu.

Deepak percaya adalah mustahil bagi Peguam Negara hendak menafikan apa yang ada dengan saya, iaitu bukti-bukti kukuh tentang penglibatan pemimpin utama negara dan isterinya dalam isu pembunuhan ini. “Saya akan membongkar semuanya dan saya mempunyai segala bukti penglibatan semua pihak dalam pembunuhan Altantuya ini” kata Deepak.

Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh pihak Najib termasuk isu-isu yang di sebut oleh Deepak ini untuk membenamkan kes ini dari perbincangan rakyat negara. Tetapi ia tetap menjadi isu yang memanaskan. Saya percaya cadangan setengah pihak untuk membuat penyiasatan dan perbicaraan semula kes ini wajar dilakukan bagi mengelakkan dari rakyat masih tertanya-tanya tentang isu yang melibatkan pemimpin utama negara ini.

Oleh kerana isu ini melibatkan kewibawaan kerajaan dan rakyat negara maka semua pihak mesti berusaha untuk melakukan sesuatu yang benar-benar berkesan untuk menangani isu yang membosankan dan memalukan ini. Ini bukan isu untuk menjatuhkan atau membela mana-mana pihak tetapi ini isu negara dan kedaulatan yang bersama negara itu. Sebuah negara yang berdaulat tidak boleh ambil isu ini secara enteng dan ia perlu dilakukan dengan teliti dan terbuka dan di ketahui oleh rakyat jelata.

Pihak yang bersalah wajib menerima padahnya dan pihak yang berfikir ini adalah isu yang wujud mereka sepatutnya memperbetulkan keadaan samada melalui proses perundangan atau pun melalui politik. Tetapi jika di sandarkan kepada proses undang-undang kita mempunyai Peguam Negara yang menghadapi kredibilitinya. Terlalu banyak isu yang menjengkiti batang tubuh Peguam Negara itu sendiri. Walaupun kita mempunyai ‘Protection Act 2009’ serta ‘Whistleblower Act 2010’, jika Peguam Negara tidak bekerjasama isu ini tidak mungkin mampu di bawa ke tengah.

Masalahnya negara kita telah terlalu rendah kredibiliti institusi demokrasi dan penguatkuasaan undang-undangnya sejak pencabulan Badan Kehakiman dan Perundangan dari zaman Dr Mahathir sehingga sekarang. Banyak kesalahan yang dihadapi oleh pimpinan kita terlalu nyata tetapi tidak mampu diketengahkan kerana kekuasaan politik yang begitu mencengkam.

Selama ini rakyat hanya memerhatikannya sahaja. Segala bukti-bukti di sorokkan oleh pengamal undang-undang di Jabatan kehakiman dan Jabatan Perundangan itu sendiri. Immuniti yang ada kepada pemimpin politik terlalu besar, malahan lebih besar dari immuniti yang ada kepada Raja-Raja Melayu kita.

Kita tidak seperti negara-negara lain. Filipina contohnya telah mengambil segala tindakan undang-undang terhadap Presidennya Arroyo dan sekarang semua orang tahu apa yang sedang dihadapi oleh bekas Presiden itu kerana isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah semasa bekuasa. Banyak ketua-ketua kerajaan dalam dunia ini terpaksa menghadapi undang-undang kerana kesalahan mereka semasa mentadbir negara. Ini masalah negara, bukannya masalah mempertahankan atau tindakan mendedami sesiapa.

Kita masih lagi ketinggalan zaman dan tidak salah jika kita menganggap negara kita ini terlalu mudah melupakan semua jenayah yang dilakukan oleh kepimpinan kita. Kita masih lagi membiarkan isu pengambilan wang rakyat yang berbillion oleh pemimpn negara untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang terbankrap dalam perniagaannya. Bagaimana perkara ini masih berlaku dalam sebuah negara yang dikatakan sedang menuju kepada negara maju jika perkara seperti jenayah yang diperlakukan oleh pemimpin kita masih tidak dapat di berhentikan.

Dalam kes Altantuya ini saya masih merasakan ia terpaksa diselesaikan melalui proses politik dahulu kerana ia memerlukan ‘political will’ untuk memulakan penyelesaian terhadap isu yang terlalu buruk ini. Pemimpin-pemimpin kita yang berada diatas tidak mungkin mempunyai kudrat untuk memastikan proses perundangan berjalan dengan betul kerana kuasa Perdana Menteri serta pengaruhnya terhadap Badan-Badan dan institusi demokrasi itu amat kuat.

Penggubal undang-undang dengan perlaksana undang-undang itu sama-sama melakukan perkara yang buruk, maka mereka bekerjasama melindungi kesalahan masing-masing. Pengasingan kuasa yang jelas patut dikembalikan kepada negara seperti sebelum pentadbiran Dr Mahathir dahulu.
Jika pimpinan kerajaan hari ini tidak berkemampuan untuk membuang perkara-perkara yang dilakukan oleh Mahathir dahulu, kita rakyat yang ramai inilah yang bertanggungjawab memperbetulkannya. Rakyat perlu menyayangi negara kita. Kita tidak boleh mengharapkan pimpinan hari ini untuk mensabitkan kesalahan yang mereka lakukan sendiri.

Rakyat sahajalah yang selayaknya melakukan penghakimannya melalui proses politik dan ‘decisive’ dan ini sudah menjadi kewajipan kita semua. Jika mereka yang menjenayahi kita ini masih berada di tampuk kuasa itu bukan kesalahan sesiapa lagi.

Itu sudah menjadi kesalahan rakyat sendiri.
- Aspan Alias

Wednesday, February 6, 2013

Jika penjenayah masih berkuasa, rakyat salahkan lah diri sendiri

oleh Aspan Alias

Deepak sekali lagi membawa orang ramai menatapi isu pembunuhan Altantuya dengan membuat kenyataan yang memanaskan semasa perjumpaan Mahfudz Omar, Naib Presiden PAS semalam. Dalam kenyataannya beliau meminta perlindungan dari pihak berkuasa jika beliau memberikan segala bukti pembabitan Najib dan isteriya dalam kes pembunuhan itu.

Isu pembunuhan itu sudah menjadi buah mulut orang ramai sejak bertahun-tahun yang lalu dan dua orang pegawai keselamatan yang berkhidmat dengan Najib dan isterinya telah pun di jatuhkan hukuman mati kerana di sabitkan dengan kesalahan membunuh itu. Kedua-dua pegawai keselamatan yang bertugas dengan keluarga Najib ini telah membunuh seorang wanita Monggolia tanpa sebab kerana tidak dipersoalkan kenapa mereka membunuh wanita yang mengenali Najib dan rakan-rakan beliau itu.

Mahkamah Tinggi negara, mendapati mereka berdua bersalah kerana membunuh keatas dua pegawai Polis itu, tetapi yang amat anih dalam kes ini pihak peguam cara tidak pernah bertanyakan motif pembunuhan oleh kedua-dua pesalah itu. Ini merupakan satu-satunya kes pembunuhan yang sangat anih kerana tidak di sentuh sedikit pun tentang motif pembunuhan terhadap Altantuya itu dan ini lah yang menjadi tandatanya semua pihak. Bagaimana dua orang pegawai keselamatan kepada Perdana Menteri dan isterinya melakukan pembunuhan tanpa sebab.

Semalam Deepak, ‘adik angkat’ Rosmah Mansor sendiri telah meminta Mahfudz Omar untuk melakukan sesuatu bagi melindungi beliau kerana beliau sudah bersedia untuk membongkar segala-galanya tentang apa yang beliau tahu berhubung dengan pembunuhan itu. Di negara ini, kita mempunyai ‘Protection Act 2009’ dan ‘Whistleblower Act 2010’ dan Mahfudz Omar percaya itu mencukupi untuk Deepak berlindung dalam menghadapi pembongkarannya terhadap isu pembunuhan Altantuya beberapa tahun dahulu.


Deepak percaya adalah mustahil bagi Peguam Negara hendak menafikan apa yang ada dengan saya, iaitu bukti-bukti kukuh tentang penglibatan pemimpin utama negara dan isterinya dalam isu pembunuhan ini. “Saya akan membongkar semuanya dan saya mempunyai segala bukti penglibatan semua pihak dalam pembunuhan Altantuya ini” kata Deepak.

Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh pihak Najib termasuk isu-isu yang di sebut oleh Deepak ini untuk membenamkan kes ini dari perbincangan rakyat negara. Tetapi ia tetap menjadi isu yang memanaskan. Saya percaya cadangan setengah pihak untuk membuat penyiasatan dan perbicaraan semula kes ini wajar dilakukan bagi mengelakkan dari rakyat masih tertanya-tanya tentang isu yang melibatkan pemimpin utama negara ini.

Oleh kerana isu ini melibatkan kewibawaan kerajaan dan rakyat negara maka semua pihak mesti berusaha untuk melakukan sesuatu yang benar-benar berkesan untuk menangani isu yang membosankan dan memalukan ini. Ini bukan isu untuk menjatuhkan atau membela mana-mana pihak tetapi ini isu negara dan kedaulatan yang bersama negara itu. Sebuah negara yang berdaulat tidak boleh ambil isu ini secara enteng dan ia perlu dilakukan dengan teliti dan terbuka dan di ketahui oleh rakyat jelata.

Pihak yang bersalah wajib menerima padahnya dan pihak yang berfikir ini adalah isu yang wujud mereka sepatutnya memperbetulkan keadaan samada melalui proses perundangan atau pun melalui politik. Tetapi jika di sandarkan kepada proses undang-undang kita mempunyai Peguam Negara yang menghadapi kredibilitinya. Terlalu banyak isu yang menjengkiti batang tubuh Peguam Negara itu sendiri. Walaupun kita mempunyai ‘Protection Act 2009’ serta ‘Whistleblower Act 2010’, jika Peguam Negara tidak bekerjasama isu ini tidak mungkin mampu di bawa ke tengah.

Masalahnya negara kita telah terlalu rendah kredibiliti institusi demokrasi dan penguatkuasaan undang-undangnya sejak pencabulan Badan Kehakiman dan Perundangan dari zaman Dr Mahathir sehingga sekarang. Banyak kesalahan yang dihadapi oleh pimpinan kita terlalu nyata tetapi tidak mampu diketengahkan kerana kekuasaan politik yang begitu mencengkam.

Selama ini rakyat hanya memerhatikannya sahaja. Segala bukti-bukti di sorokkan oleh pengamal undang-undang di Jabatan kehakiman dan Jabatan Perundangan itu sendiri. Immuniti yang ada kepada pemimpin politik terlalu besar, malahan lebih besar dari immuniti yang ada kepada Raja-Raja Melayu kita.

Kita tidak seperti negara-negara lain. Filipina contohnya telah mengambil segala tindakan undang-undang terhadap Presidennya Arroyo dan sekarang semua orang tahu apa yang sedang dihadapi oleh bekas Presiden itu kerana isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah semasa bekuasa. Banyak ketua-ketua kerajaan dalam dunia ini terpaksa menghadapi undang-undang kerana kesalahan mereka semasa mentadbir negara. Ini masalah negara, bukannya masalah mempertahankan atau tindakan mendedami sesiapa.

Kita masih lagi ketinggalan zaman dan tidak salah jika kita menganggap negara kita ini terlalu mudah melupakan semua jenayah yang dilakukan oleh kepimpinan kita. Kita masih lagi membiarkan isu pengambilan wang rakyat yang berbillion oleh pemimpn negara untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang terbankrap dalam perniagaannya. Bagaimana perkara ini masih berlaku dalam sebuah negara yang dikatakan sedang menuju kepada negara maju jika perkara seperti jenayah yang diperlakukan oleh pemimpin kita masih tidak dapat di berhentikan.

Dalam kes Altantuya ini saya masih merasakan ia terpaksa diselesaikan melalui proses politik dahulu kerana ia memerlukan ‘political will’ untuk memulakan penyelesaian terhadap isu yang terlalu buruk ini. Pemimpin-pemimpin kita yang berada diatas tidak mungkin mempunyai kudrat untuk memastikan proses perundangan berjalan dengan betul kerana kuasa Perdana Menteri serta pengaruhnya terhadap Badan-Badan dan institusi demokrasi itu amat kuat.

Penggubal undang-undang dengan perlaksana undang-undang itu sama-sama melakukan perkara yang buruk, maka mereka bekerjasama melindungi kesalahan masing-masing. Pengasingan kuasa yang jelas patut dikembalikan kepada negara seperti sebelum pentadbiran Dr Mahathir dahulu. Jika pimpinan kerajaan hari ini tidak berkemampuan untuk membuang perkara-perkara yang dilakukan oleh Mahathir dahulu, kita rakyat yang ramai inilah yang bertanggungjawab memperbetulkannya. Rakyat perlu menyayangi negara kita. Kita tidak boleh mengharapkan pimpinan hari ini untuk mensabitkan kesalahan yang mereka lakukan sendiri.

Rakyat sahajalah yang selayaknya melakukan penghakimannya melalui proses politik dan ‘decisive’ dan ini sudah menjadi kewajipan kita semua. Jika mereka yang menjenayahi kita ini masih berada di tampuk kuasa itu bukan kesalahan sesiapa lagi.

Itu sudah menjadi kesalahan rakyat sendiri.

Tuesday, February 5, 2013

Najib melukah di tempat yang genting

oleh Aspan Alias

BN sudah mula membahagi-bahagikan Bantuan Rakyat 1Malaysia. BRIM buat kali kedua dan inilah dia senjata terakhir UMNO serta BN untuk menentukan hidup matinya parti pemerintah selama 56 tahun itu. Bantuan RM500 itu menjadi kebanggaan Najib dan pimpinan BN kononnya begitu prihatin terhadap rakyat yang susah dan tidak berkemampuan. UMNO terutamanya Najib mengesahkan persepsi ramai yang UMNO sentiasa bergantung kepada kesusahan rakyat dengan menitiskan setitik dua air ke tekak mereka yang dahaga. Najib kini sedang melukah di tempat yang genting dan sempit.

Persoalannya, bagaimana sebuah negara yang telah merdeka selama 56 tahun masih berjuta-juta rakyat yang susah dan terpaksa memberikan bantuan RM500 bila pilihanraya tiba? Kalau lah keadaan sebegini, bagaimana pimpinan kerajaan kita begitu bangga mengaku yang negara kita sudah menghampiri ketahap negara maju? Bagaimana kah wang sejumput itu boleh menukar taraf hidup rakyat keseluruhannya? Inikah dia Program Transformasi Ekonomi Najib dan UMNO? Sampai bila budaya ini akan dilakukan oleh kerajaan dan apakah benar bantuan ini boleh menaikkan pendapatan per kapita rakyat seperti yang di gembar-gemburkan oleh Najib dan UMNO nya?

Itu sebabnya rakyat lebih berkeyakinan cara yang hendak dilakukan oleh Pakatan Rakyat jika mandat itu adalah cara yang lebih baik, malahan jauh lebih berfaedah dari apa yang di amalkan oleh UMNO dan BN ini. Kalau ditanyakan apakah pandangan pihak pimpinan UMNO tentang bajet ‘alternative’, PR itu mereka sudah tentu akan menghinanya kerana mereka tidak mahu PR memerintah dan melaksanakan apa yang dihajati oleh pihak Pakatan Rakyat itu.


Saya tidak mahu menyentuh tentang semua yang bakal dilakukan oleh Pakatan Rakyat setelah di izinkan Tuhan untuk membentuk kerajaan nanti kerana masa dan ruang terlalu suntuk untuk dimuatkan ke dalam blog ini. Tetapi biarlah saya sentuh dengan ayat dan bahasa yang mudah bagi memudahkan rakyat yang membaca blog ini untuk memahaminya. Pihak UMNO yang bakal menjadi pembangkang ini akan membidas apa yang saya perkatakan ini. Mereka akan memulakan kritikannya terhadap apa yang saya perkatakan ini sebagai tindakan yang akan mengbankrapkan negara dan sebagainya.

Menghapuskan tol lebuhraya yang telah lama seperti lebuhraya Utara Selatan itu sememangnya satu niat yang baik dan boleh terlaksana jika Pakatan ingin melakukannya setelah mendapat mandat rakyat nanti. Lebuhraya yang berharga RM6 billion itu telah mengutip hampir RM30 billion dan tidak ada sebab untuk pihak yang mendapat konsessi itu tidak boleh menurunkan harga tol atau pihak kerajaan memansuhkan kutipan tol itu samasekali

Jika janji yang satu ini sahaja terlaksana sudah cukup untuk memberikan keringanan kepada rakyat, malahan lebih jauh berfaedah dari rakyat beratur di tengah panas terik menerima baucer RM500 yang tidak tentu berapa kali kita akan menerimanya. Jika kutipan tol ini dihapuskan satu perjalanan dari Johor ke Perlis sahaja sudah menghampiri 50 peratus dari wang BRIM yang Najib dan UMNO bahagi-bahagikan itu. Jika Pakatan Rakyat memerintah tidak payah berikan wang BRIM ini kerana adalah lebih baik memberikan laluan perjalanan secara percuma kerana perjalanan kita ke utara ke selatan dan balik itu lebih kerap dan faedah secara terus terhadap rakyat itu adalah lebih praktikal untuk kesenangan mereka.

Jika dihapuskan PTPTN pula ia akan lebih memberikan faedah kepada semua keluarga kerana setiap keluarga mesti berbelanja untuk anak-anak mereka belajar sampai ke tahap menara gading. Pengapusan PTPTN ini merupakan satu perkara yang amat menyentuh jiwa dan perasaan semua rakyat kerana keseluruhan rakyat kita menghadapi masalah pembiayaan pelajaran untuk anak-anak mereka. Apa yang susah sangat hendak menghapuskan PTPTN ini seolah-olah PTPTN ini sudah wujud sejak merdeka. PTPTN ini hanya wujud di zaman Dr Mahathir sahaja kerana dalam pentadbiran beliau wang ringgit kerajaan di gunakan untuk membina ‘empire’ perniagaan kroni dan suku-sakat mereka sahaja. Selain dari itu wang rakyat yang ‘bertrillion’ telah digunakan untuk melaksanan projek yang tidak mendatangkan hasil kepada rakyat.

Sebelum pemerintahan Dr Mahathir tidak ada pun PTPTN dan semua anak-anak yang pergi belajar ke peringkat universiti semuanya di biayaai oleh biasiswa yang puncanya datang dari berbagai pihak. Sehingga pengakhir tujuh puluhan, mahasiswa masih berbincang sesama sendiri bertanyakan biasiswa mana mereka dapat untuk masuk universiti. “You scholarship mana?” itu merupakan soalan popular di antara mahasiswa semasa itu. Jawapannya banyak. Ada yang kata mereka mendapat ‘state scholarship’, ada yang menjawab ‘Bank Bumi Scholarship’ atau ‘federal scholarship’ dan berbagai-bagai lagi.

Semasa itu pendapatan negara tidak lah sebesar mana pun tetapi rakyat mendapat biasiswa dengan mudah. Tetapi di samping menjerit dan mengaku negara kita sebuah negara yang sudah hampir ketahap negara maju, rakyat tidak dapat lagi biasiswa dan disebaliknya rakyat diberikan pinjaman PTPTN yang akhirnya telah menjerumuskan rakyat yang masih muda terbeban dengan hutang yang bertimbun. Belum pun mendapat pekerjaan hutang sudah menanti dan surat saman pun mula datang berulang kali.

Kita telah mendengar cemuhan dari pihak UMNO dan pimpinannya terhadap cadangan Pakatan Rakyat ini. Berbagai-bagai macam jawapan di keluarkan untuk meremehkan niat Pakatan Rakyat itu dengan mengungut rakyat yang negara akan menjadi muflis jika Pakatan melaksanakan niat mereka ini. Pimpinan BN selalu meletakkan kemampuan orang lain sama rendahnya dengan tahap kemampuan pihak lain. Mereka menganggap cita-cita Pakatan Rakyat itu tidak praktikal kerana mereka menyamakan kemampuan orang lain dengan kemampuan yang terbatas di kalangan mereka.

Sebenarnya BN bukan tidak mampu melakukan apa yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat itu, tetapi oleh kerana di dalam BN itu ada elemen rasuah dan ketidak jujuran maka ia tidak mungkin dapat dilaksanakan. Untuk melaksanakan usaha dan niat Pakatan Rakyat itu ia memerlukan usaha gigih tanpa mempunyai unsur rasuah. Jika pemimpin mengamalkan budaya rasuah sesiapa pun yang memimpin itu tidak akan berdaya untuk membuat keputusan yang baik kerana ada kepentingan peribadi.

Di kesebelasan negara Scandinavia dan beberapa negara di Eropah, pelajaran adalah percuma sedangkan negara-negara itu bukannya negara kaya yang dilimpahi dengan penghasilan minyak dan sebagainya. Tetapi oleh kerana kerajaan mereka merupakan kerajaan yang bersih dan tidak berbelanja wang rakyat seperti wang datuk atau nenek mereka, maka dapatlah mereka memberikan pelajaran dan pendidikan percuma sehingga ke peringkat yang tinggi.

Tetapi di Malaysia ini rakyat sebaliknya terpaksa berkorban kerana kerenah dan sikap pembaziran pemimpin serta keluarga mereka menggunakan kesempatan untuk memberikan tumpuan bagi kepentingan kroni dan keluarga mereka. Maka pemimpin-pemimpin tidak akan memberikan tumpuan untuk memberikan hak rakyat itu. Untuk memberikan hak rakyat itu ia memerlukan pimpinan yang serius serta kerajaan yang peka terhadap keperluan rakyat itu dengan pelan pembangunan untuk mereka (rakyat) yang berkesan.

Kita perlu mengenepikan pemimpin-pemimpin yang terlalu joli dengan wang rakyat tanpa rasa bersalah itu dan kebetulannya pemimpin jenis ini semuanya dari UMNO dan MCA. Budaya bersukaria menggunakan kemudahan dan wang rakyat ini sudah di budayakan dan adalah menjadi dosa yang begitu besar jika rakyat membiarkan perkara ini berterusan berlaku.