Wednesday, November 28, 2012
Hasil nelayan Kedah merosot dengan keadaan cuaca yang melanda.
Sunday, September 23, 2012
Inilah yang dikatakan negara kita "aman & selamat"..!!!
[kosmo] KUALA LUMPUR – Seramai 20 mangsa beberapa kes rompak di Taman Sri Segambut, Segambut di sini meminta pihak polis meningkatkan kekerapan rondaan dan menempatkan sebuah balai polis bergerak bagi mengatasi masalah jenayah yang meningkat di kawasan tersebut sejak kebelakangan ini.
Difahamkan, tiga kes rompak berlaku dalam tempoh seminggu sehingga menyebabkan penduduk terutama golongan wanita dan kanak-kanak terpaksa tinggal dalam ketakutan setiap hari.
Seorang peniaga, Sia Mei Kei, 56, berkata, kes samun yang menimpa dirinya beberapa minggu lalu menyebabkan dia mengalami kerugian berjumlah RM50,000.
“Kumpulan perompak menyerbu masuk rumah saya pada awal pagi ketika saya mahu keluar berniaga.
“Saya terpaksa menurut segala perintah mereka dengan menyerahkan wang tunai, barangan kemas dan sebuah kereta bagi mengelakkan mereka mencederakan saya sekeluarga,” katanya ketika membuat aduan di Pusat Perkhidmatan Gerakan Segambut di sini semalam.
P/s: Kata Malaysia negara paling selamat...kah kah kah
Wednesday, June 20, 2012
Doktor bukan Tuhan
CHEN Winnie (kiri) bersama Tan Geek Koon antara pesakit yang menggunakan jantung mekanikal di IJN. |
Wednesday, April 25, 2012
2.27 juta pengundi baharu didaftar
Monday, April 9, 2012
Gara-gara gagal menjelaskan tunggakan sewa sebanyak RM5,600..lalu gerai kena sita..
Peniaga tergamam gerai kena sita
norlida.idros@kosmo.com.my
Saturday, April 7, 2012
Tak Payah Nak Tunjuk Baiklah TUANKU.. sebenarnya FAM nie memang sengal pun..!!
Tengku Abdullah simpati nasib Annuar
IMBAS KEMBALI... Tengku Abdullah (kiri) dan Annuar ketika sidang media mesyuarat Exco FAM di Wima FAM pada 2 Januari 2011. |
Sunday, April 1, 2012
Dari akai kami 99.99% sahabat yang terkorban kena letrik tengah pasang bendera kati ataupun umno..!!
Dua korban renjatan elektrik
khairi.mohamad@kosmo.com.my
- dia kerja dengan JASA
- Sebab paper tak habaq parti mana..jika ikut hukum kalau yg kena tu puak PAS ka kompom kena spin 24jam punya....
- Akhir kata AL FATIHAH dari kami untuk ARWAH....
Menara jam Mekah terima sentuhan 18 anak muda Malaysia
MENARA Hotel Jam Diraja Mekah atau Abraj Al-Bait mendapat sentuhan 18 anak muda dari Malaysia. |
Thursday, March 29, 2012
Kena Penari Tiang kalut suruh tukaq masa kena Mamat Serban apa pun tak kata..!!!
Tukar segera akta lapuk
PENARI tiang yang ditahan polis enjalani ujian alkohol di Nilai Sabtu lalu. |
Pemain Kedah tertekan angkara penyokong
syahir.kassim@kosmo.com.my
PEMAIN Kedah (jersi hijau) agak tertekan apabila beraksi di halaman sendiri gara-gara kerenah penyokong |
Wednesday, March 28, 2012
Aduhai Mak Koo..!! 50 tahun Islam Perintah Malaysia denda menari separuh bogel RM25 jee..!!!
Tiga penari tiang didenda RM25
rais.johari@kosmo.com.my
Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu. |
Saturday, March 24, 2012
PDRM lancar maskotnya "HARIMAU BIRU"
Harimau Biru maskot PDRM
| |
| HARIMAU BIRU yang menjadi maskot PDRM. |
Pelancaran maskot tersebut disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bersama lebih 10,000 pegawai, anggota polis serta orang awam.
Pemilihan maskot itu melambangkan integriti pasukan tersebut yang berani dalam menjalankan tugas serta amanah untuk menjaga keamanan negara.
Sempena hari bersejarah dengan tema 'Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami' itu, PDRM telah membuka sebanyak 18 buah ruang pameran di Dataran Merdeka yang mewakili setiap jabatan dalam pasukan itu sebagai pendedahan kepada orang ramai berkaitan tugas-tugas polis.
Selain itu, pelbagai acara lain turut berlangsung termasuk pertunjukan khas dan persembahan hiburan.
Monday, March 19, 2012
Aduhai....Gua Nak Kata Aman Macamana Bumi Malaysia Sekarang nie.... Budak Hilang lagi..!!!!
Fatihah hilang lepas direntap
berita@kosmo.com.my
KUANTAN – Seorang suri rumah kini hidup dalam keadaan tidak keruan apabila mengenangkan nasib anak perempuannya yang didakwa dilarikan dua lelaki dan seorang wanita ketika mangsa pergi ke kedai telefon untuk membeli kad tambah nilai prabayar RM5 berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini kelmarin.
Nor Mala Mohd. Lazin, 34, memberitahu, anaknya, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dikatakan diculik oleh tiga individu terbabit yang menaiki sebuah kereta bercermin gelap pada pukul 12 tengah hari.
Katanya, anak gadisnya itu pergi ke kedai bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman. Dua beradik itu berusia 11 tahun. Kedai itu terletak hanya 100 meter dari rumahnya.
“Pada hari kejadian, saya terkejut apabila mendapati dua anak saya pulang dalam keadaan tergesa-gesa sambil menangis.
“Saya tanya kenapa dan mereka memberitahu yang Fatihah (nama panggilan Siti Nur Fatihah) telah diculik dua lelaki dan seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta bercermin gelap,” ceritanya ketika ditemui semalam.
Mengikut cerita dua anaknya, ketika sedang berjalan ke kedai itu, kereta penculik yang dipandu wanita tersebut telah berhenti berhampiran mereka sebelum seorang lelaki menarik Fatihah.
Menurut Nor Mala, kedua-dua anaknya cuba menyelamatkan kakaknya tetapi lelaki tersebut merentap Fatihah dengan kuat menyebabkan pegangan tangan mereka terlepas mengakibatkan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini itu dibawa lari.
Sunday, March 18, 2012
Bukti NAJIB Cakap 'Mohong'...............
Saya berniat kotakan janji - Najib
NAJIB melambaikan tangan kepada orang ramai yang hadir pada majlis ulang tahun ke-30 SMC di SJK (T) Vivekananda, Petaling Jaya, Kuala Lumpur semalam.PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sentiasa berniat untuk mengotakan janjinya bahawa di bawah pentadbirannya, rakyat akan mendapat layanan yang adil daripada kerajaan.
"Apabila saya memegang jawatan (Perdana Menteri) hampir tiga tahun lalu, saya berjanji kepada negara bahawa anda akan dilayan secara adil daripada kerajaan dan saya berniat untuk menunaikan janji itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan sambutan ulang tahun ke-30 Pusat Sri Murugan (SMC) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) (SJK (T)) Vivekananda di sini semalam.
Najib menjelaskan bahawa pelan transformasinya dan inisiatif yang lain adalah bagi kesejahteraan hidup rakyat dan bukan mengenai pilihan raya umum yang akan datang.
Sambil menyatakan keikhlasan kerajaan dalam membantu rakyat termasuk masyarakat India, Najib berkata, beliau tidak akan berjanji sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan.
Pierahhhhhh Kotakan JANJI Tengkorak Che Hang NAJIB... nie dua tempat utama kat KEDAH tak dapat HOSPITAL walaupun dah berkurun hangpa janjinya...

Friday, March 2, 2012
AWAS Kedah..!!!!
Sang Gergasi Merah tekad benam Kedah
fazli.yadi@kosmo.com.my
REKOD cemerlang Selangor ketika menentang Kedah menjadi azimat buat pengendali Gergasi Merah, Irfan Bakti Abu Salim.
Berdasarkan rekod dalam saingan Liga Super musim lalu, Selangor berjaya menewaskan Kedah 2-0 pada aksi di laman sendiri dan di gelanggang lawan.
Justeru, Irfan berharap skuad kendaliannya dapat meneruskan rentak kemenangan ke atas Kedah apabila kedua-dua pasukan itu bertembung di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.
“Rekod Selangor ketika bertemu Kedah setakat ini masih baik berdasarkan dua pertemuan musim lalu dalam Liga Super.
“Saya mahukan pemain-pemain saya meneruskan rekod tersebut pada perlawanan malam esok (malam ini).
“Begitupun, saya berharap para pemain tidak memandang mudah kemampuan Kedah selepas jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan kembali mengemudi pasukan itu.
“Kita dapat saksikan peningkatan Kedah terutama daripada segi psikologi sejak Wan Jamak kembali,” kata Irfan Bakti kepada Kosmo! semalam.
Ditanya mengenai Selangor yang dilihat mula bergantung kepada awang import baharu, Bosko Balaban, Irfan menepis dakwaan tersebut dengan mengatakan kehadiran penyerang yang berasal dari Croatia itu sebagai ‘suntikan semangat’ buat pasukannya.
Biarpun mengakui jentera serangan Selangor semakin mantap selepas kehadiran Balaban, namun Irfan tetap menganggap kejayaan Gergasi Merah ketika ini adalah hasil daripada kerja berpasukan.
“Kami tidak hanya bergantung kepada Balaban, tetapi kehadiran Balaban memberikan kami satu semangat kepada pasukan.
“Kami beraksi sebagai satu pasukan. Benar sebelum ini kami memiliki masalah serangan, tetapi dengan kehadiran Balaban, Amri (Yahyah) juga sudah mula menjaringkan gol.
“Jadi, tidak benar untuk mengatakan Selangor terlalu bergantung kepada seorang pemain sahaja,” ujarnya.
Tuesday, February 21, 2012
Harimau Muda tidak gentar
ATAS kertas, impian skuad Harimau Muda untuk beraksi di bumi London sudah berakhir selepas gagal mengutip sebarang mata pada aksi kelayakan Olimpik 2012 peringkat kumpulan zon Asia.
Namun, bagi pengendalinya, Ong Kim Swee, beliau menyifatkan sebagai suatu kejayaan paling bermakna sekiranya barisan pemainnya dapat menundukkan ‘ego’ Jepun pada aksi Kumpulan C itu.
Kim Swee memberitahu, mereka kini berazam untuk melakarkan satu sejarah baharu dan sudah bersedia menghadapi ‘amukan’ pasukan yang dikenali sebagai Samurai Biru itu.
Jelasnya, tiada perasaan gentar yang menyelubungi pasukannya, sebaliknya beliau merumuskan perlawanan pada hari ini sebagai lain daripada lain.
Katanya, beliau menuntut barisan pemainnya supaya menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dan menampilkan aksi agresif sebaik wisel permulaan dibunyikan.
“Tidak kira apa yang bakal berlaku pada malam esok (hari ini), kami sudah bersedia (untuk menghadapi Jepun).
“Apa yang pasti, corak yang kami tampilkan pada pertemuan tersebut pasti berbeza berbanding sebelum ini.
“Tekanan mungkin lebih terarah kepada Jepun yang merupakan pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini. Kami tidak tertekan dan kami bersedia untuk melakarkan kejutan terhadap pasukan No. 1 Asia ini.
“Sudah tentu ia merupakan pencapaian terbaik buat skuad negara sekiranya kami berjaya menewaskan Jepun.
“Jadi, saya mahukan pemain-pemain saya memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri dengan memberikan laluan sukar kepada skuad kendalian Takashi Sekizuka ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Begitupun, Kim Swee masih bersikap realistik dan mengakui ia merupakan suatu cabaran besar buat skuadnya untuk merealisasikan impian tersebut.
Sambil mengakui tahap kecergasan pemainnya sebagai memuaskan, beliau tetap merasa optimis sambil melaungkan keyakinan untuk menyekat lawan mereka itu.
“Beraksi menentang Jepun, sudah tentu ia sukar buat kami. Jika Jepun berazam untuk ‘membelasah’ Harimau Muda, kami pula mengidam untuk ‘memalukan’ Samurai Biru menjelang pertemuan tersebut.
“Kami mahu mencapai suatu tahap yang boleh dibanggakan. Menewaskan Jepun mungkin dapat ‘mengubati’ kekecewaan kami setelah gagal mara ke pusingan seterusnya.
“Begitupun, saya tetap berpuas hati dengan pencapaian barisan pemain saya setakat ini,” ujarnya.
Wednesday, February 15, 2012
Dalam Idris Jalan kata nak bangrap pon boleh bagi RM1.79juta kepada rakyat...OK laa tuu.. tiap-tiap tahun pun boleh bagi nie..
RM1.79b dana BR1M telah diagih
KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan telah meluluskan 3,580,916 permohonan untuk program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga 12 Februari lalu dengan melibatkan dana sebanyak RM1.79 bilion.
Kementerian tersebut dalam satu kenyataannya semalam menjelaskan, daripada jumlah itu, sebanyak 1,205,159 baucar bernilai RM500 setiap satu telah ditunaikan oleh orang ramai dengan melibatkan peruntukan RM602,579,500.
"Pihak kami telah menerima 4,597,434 juta permohonan tetapi hanya 3,580,916 sahaja yang diluluskan," jelasnya.
Menurut kementerian terbabit, punca permohonan BR1M ditolak disebabkan maklumat borang tidak lengkap atau salah isi, pendapatan isi rumah melebihi RM3,000 serta terdapat lebih daripada satu permohonan oleh individu dalam isi rumah yang sama.
Haram main Forex Internet
adham.shadan@kosmo.com.my
KOTA BHARU - Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan aktiviti perdagangan mata wang asing (Forex) melalui Internet dan perkhidmatan broker bagi urus niaga itu sebagai haram.
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya melaksanakan kajian dan mendapati ada beberapa isu yang meragukan.
"Ia antara lain tidak memenuhi syarat jual beli dalam Islam, tidak ada kontrak dan mendatangkan spekulasi yang besar. Seseorang boleh untung dan rugi pada suatu masa. Justeru, kami meminta orang Islam supaya tidak menyertai program atau perniagaan Forex di Internet, setakat ini ia haram," tegasnya ketika ditemui selepas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-98 di sini semalam.
Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya mendapati perdagangan Forex melalui bank dan pengurup wang yang sah masih dibenarkan kerana semua transaksinya jelas dan tidak melibatkan spekulasi.
"Terdapat tiga jenis perdagangan Forex; pertama, bank ke bank, yang keduanya, menerusi pengurup wang, dan yang ketiga ialah perdagangan di Internet atau broker.
Sunday, February 12, 2012
Awat laa Majlis Daerah Padang Terap dok tutup market orang dok menega nie..???
400 peniaga pasar sehari rugi
norlida.idros@kosmo.com.my
PADANG TERAP - Kira-kira 400 peniaga pasar sehari Naka di sini mendakwa mengalami kerugian apabila mereka tidak lagi dibenarkan berniaga di tapak tersebut oleh Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) sejak dua minggu lalu.
Rata-rata peniaga tidak berpuas hati apabila hanya tapak pasar sehari sahaja diarah tutup manakala peniaga lain termasuk pasar malam dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Kalangan peniaga mendakwa rugi antara RM300 hingga RM500 sehari selain terpaksa menanggung kos bahan jualan yang rosak akibat tidak dapat berniaga.
Wakil peniaga, Matzuki Shamsul, 42, berkata, walaupun tapak niaga ditutup untuk sementara waktu sahaja namun ia menjejaskan periuk nasi mereka yang rata-rata terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.
"Semua peniaga di sini ada keluarga untuk diberi makan dan jika kami terus dihalang untuk berniaga, sukarlah kami nak cari rezeki untuk tampung perbelanjaan harian," katanya ketika mengadakan perhimpunan bantahan di tapak pasar sehari itu di sini semalam.
Matzuki berkata, pihak MDPT sepatutnya mengambil inisiatif lain seperti menggantikan tapak yang ditutup dengan tapak sementara yang lain untuk peniaga meneruskan perniagaan.
"Ini tidak, cuma bagi notis dan tutup tapak menyebabkan peniaga di sini kerugian kerana tidak dapat berniaga," jelasnya.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, tindakan MDPT itu dilihat menindas peniaga tersebut.
Sunday, January 29, 2012
Nidzam Adzha lepas jawatan
syahir.kassim@kosmo.com.my
| |
| |
KEGAGALAN Kedah meraih sebarang kemenangan setelah mengharungi lima perlawanan memaksa jurulatih sementara skuad Hijau Kuning, Mohd. Nidzam Adzha Yusof (gambar) melepaskan jawatannya.
Keputusan itu dibuat selepas Kedah sekali lagi tumbang di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin yang sebelum ini boleh dianggap sebagai gelanggang keramat buat mereka.
Pada pertemuan itu, skuad Hijau Kuning dihukum atas kelemahan mereka sendiri apabila tewas 1-3 kepada pasukan berstatus kelab, Johor FC.
Nidzam Adzha yang kecewa dengan prestasi anak-anak buahnya sepanjang lima perlawanan setakat ini menyifatkan aksi tersebut sebagai persembahan terburuk barisan kendaliannya.
“Saya melepaskan jawatan sebagai jurulatih skuad utama Kedah dan menyerahkannya kepada Radzi (Mat Din),” kata Nidzam Adzha.
Pada pertemuan di laman sendiri, Kedah hanya sekadar seri tanpa jaringan dengan Lions XII, selain diaibkan dengan kekalahan 0-3 kepada Kelantan dan terbaharu, tewas 1-3 kepada Johor FC.
Nidzam Adzha yang merupakan jurulatih skuad Piala Presiden Kedah menggalas tugas selaku pengendali sementara Kedah bagi menggantikan ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan yang digantung tujuh perlawanan.
Wan Jamak didakwa mengkritik mutu pengadilan ketika menyaksikan anak-anak didiknya seri 1-1 menentang Perak pada perlawanan terakhir Kumpulan A saingan Piala Malaysia pada 28 September lalu.
Turut menerima nasib sama ialah Radzi yang merupakan penolong jurulatih dan jurulatih penjaga gol Kedah, Ahmad Sobri Ismail yang digantung empat perlawanan dan mereka kembali memulakan tugas mulai malam kelmarin.
Mengulas lanjur, Nidzam Adzha memberitahu, Kedah memerlukan jurulatih yang lebih baik bagi membawa pasukan ke puncak kejayaan.
Ujarnya, biarpun beliau sudah berusaha yang terbaik, namun masih gagal membantu Kedah meraih kemenangan dan kejayaan.
“Saya akan fokus kepada pasukan Piala Presiden pula selepas ini,” katanya.
Namun dalam keberatan meninggalkan skuad utama, Nidzam Adzha tetap menaruh keyakinan bahawa para pemain Kedah masih mampu bangkit memandangkan saingan musim ini masih di peringkat awal.
“Cuma pesan saya kepada pemain jangan berputus asa dan bersatu padu.
“Jangan menuding jari sesama mereka, sebaliknya semua perlu rasa bertanggungjawab di atas prestasi Kedah,” katanya.
Kepada penyokong setia skuad Hijau Kuning, jurulatih muda itu melahirkan penghargaan di atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada pasukan.
“Saya memahami kemarahan mereka (penyokong). Ia menunjukan mereka sayangkan pasukan dan mahu pemain bangkit (meraih kemenangan).
“Saya berharap mereka akan terus menyokong Kedah, walau dalam keadaan apa sekali pun prestasi pasukan,” katanya.
Ketika ini, Kedah terbenam di dasar liga dengan hanya mengutip dua mata hasil seri dua kali dan tewas dalam tiga perlawanan.

