Showing posts with label Bolasepak Kedah. Show all posts
Showing posts with label Bolasepak Kedah. Show all posts

Monday, February 18, 2013

KEDAH menewaskan Kuala Lumpur SPA 2-1


KEDAH menewaskan Kuala Lumpur SPA 2-1 dalam perlawanan ketujuh Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, sebentar tadi.

Jaringan Kuala Lumpur SPA:
Mohd Hanifuddin (56)

Jaringan Kedah:

Nelson Marcelo Sam Martin (60, penalti)
Mohd Khyril Muhymeen (70)

Sunday, February 17, 2013

BERLEPAS KE KUALA LUMPUR TANPA KETUA JURULATIH MARIO TOT

Wartawan: Bashah Zainol Abidin
Foto/Grafik: Tajul Arifin Kamal Baharin


Pasukan Kedah bertolak dari Alor Setar tepat jam lapan pagi tanpa ketua jurulatih Mario Tot yang di serang demam panas malam semalam, ketika tiba di perkarangan Stadium Darulaman pembantunya Antonio Sisic yang tiba dengan menaiki teksi memberitahu mereka terpaksa meneruskan perjalanan mereka tanpa Tot.

Sekali lagi barisan pemain Kedah terpaksa bersabar dan meneruskan perjalanan mereka ke Kuala Lumpur yang memakan masa selama enam jam, apa yang dapat di lihat dari air muka kesemua pemain Pasukan Hijau kuning ialah mereka kelihatan ceria dan sudah dapat mengatasi kekecewaan di tangan Perlis Jumaat lalu.

Barisan pemain Kedah yang tiba di Shah Alam jam 2.30 petang hanya berehat selama dua jam sebelum mereka meneruskan latihan di Stadium UiTM Shah Alam, sehingga tujuh petang dan mereka juga menjalani segala latihan yang sudah disediakan oleh Tot dan Antonio.

Walaupun padang permainan bertakung air hujan yang turun jam empat petang tadi keadaan ini tidak melemahkan semangat kesemua pemain Kedah mengikuti segala arahan Antonio dengan ceria dan kesungguhan bagi memastikan mereka tidak pulang dengan tangan kosong dari Shah Alam bertemu KL SPA FC.

Menurut Antonio dia tidak mengetahui sama ada Tot akan turut bersama pasukan Kedah pada esok hari (Isnin) ataupun dia terpaksa berehat di Alor Star kerana arahan yang diterimanya ialah untuk meneruskan perjalanan bersama barisan pemain Pasukan Hijau kuning dan meneruskan segala perancangan yang telah di atur.

“Saya berharap Tot akan pulih secepat mungkin dan dapat bersama kita esok (hari ini) supaya ini akan menaikkan lagi semangat perjuangan pemain Kedah yang bertekad untuk mencuri mata penuh dari KL SPA FC setelah tercicir tiga mata berharga ketika bertemu Perlis Jumaat lalu di Stadium Darulaman.

“Kita tidak mampu kehilangan tiga mata lagi kalau kita berhasrat mahu terus menjadi pencabar utama menjuarai Liga premier musim ini dan sekaligus memastikan layak beraksi pada Liga Super musim depan kerana selain dari kemenangan kita akan ketinggalan lebih jauh lagi dari pendahulu liga, keadaan ini pasti akan mengurangkan lagi peluang kita mencapai hasrat kita sejak awal musim ini,” kata Antonio.

Kehadiran Khyril Muhymeen Zambri bersama pasukan ke Shah Alam pasti melegakan Antonio kerana ketiadaan penyerang kebangsaan begitu dirasai ketika Kedah kecundang kepada Perlis. Bukan sahaja bersama rakan sepasukan lain ke Shah Alam, malah dia juga turut serta pada sesi latihan selama sejam setengah dan tidak menampakkan sebarang kekurangan pada pergerakannya.

Ketiadaan penyerang import Chayene Santos yang terpaksa menjalani hukuman gantung sebanyak satu perlawanan setelah dia menerima tiga kad kuning sejak liga di mulakan pada 7 Januari lalu turut melemahkan barisan serangan tetapi kehadiran Khyril Muhymeen sudah pasti melegakan Antonio dan pemain Kedah sendiri kerana mengetahui ketajamannya menepati sasaran ketika berpeluang untuk berbuat demikian.

Berita yang diterima pada jam tujuh petang tadi ialah Tot akan bersama penolong pengurus pasukan Kedah, Amirul Nizam Mahadzir ke Kuala Lumpur pagi Isnin (pagi ini) dan akan berada di tepi padang ketika Kedah berdepan cabaran KL SPA FC di Shah Alam.

END.
#iamhijaukuning
© Media KFA

Saturday, February 9, 2013

[Gempar] Pemain Import KEDAH bawa peluru masuk tengah padang..!!!

ONLY ONE IN A MILLION – HANYA SATU SAHAJA DALAM SATU JUTA


CHAYENE Santos penyerang utama pasukan Kedah berasal dari Brazil adalah hanya seorang pemain bola sepak dalam satu juta yang beraksi di atas padang permainan dengan peluru masih berada dalam perutnya.

Ramai peminat mengkritik dia kerana hanya berjaya menjaringkan satu gol sahaja selepas beraksi pada enam perlawanan iaitu lima pada Liga Perdana dan satu perlawanan Piala FA tetapi semangat kentalnya untuk terus memastikan janjinya dengan Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Dr Hamdan Khalib di tunaikannya.

“Saya terkena peluru sesat pada tanggal 9 November 2012 di Brazil dan tarikh ini menjadi keramat saya kerana pada hari itulah peluru sesat telah menembusi tepi perut dan sedikit menguris hati tetapi saya masih dapat bernafas dan bermain bola sepak bersama pasukan Kedah.

“Saya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu, hanya kawan baik saya menelefon Hospital untuk mendapatkan khidmat ambulan memastikan saya mendapat rawatan, pegawai perubatan yang memeriksa saya menyatakan peluru masih ada dalam perut saya dan dia gagal mengenal pasti di mana ia berada tetapi saya mampu meneruskan hidup saya seperti biasa selama enam bulan sebelum menjalani imbasan x-ray sekali lagi.


“Saya juga mengesahkan yang saya mampu bermain bola sepak dengan melakukan pemeriksaan di Alor Setar dan doktor tempatan juga menyatakan perkara yang sama tetapi saya perlu menjalani imbasan x-ray dalam masa enam bulan lagi untuk mengeluarkan peluru yang masih ada dalam badan saya,” kata Santos.

Katanya, kelewatannya untuk berlatih bersama pasukan Kedah seperti yang di janjikannya adalah kerana kecelakaan yang menimpa dirinya di Rio De Janeiro pada 9 November tahun lalu dan luka tempat peluru menembusi perutnya dan bekas jahitan sepanjang 10cm masih menjadi parut di atas perutnya.

“Kerana janji saya kepada Datuk Dr Hamdan Khalib serta saya sudah menanda tangani kontrak bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) untuk beraksi bersama Pasukan Hijau Kuning saya bertekad untuk bermain walaupun ia akan membahayakan diri saya.

“Kini Kedah adalah keutamaan saya dan memastikan mereka kembali beraksi pada Liga Super musim depan adalah matlamat saya, tidak ada perkara lain lebih penting dari ini, saya akan melakukan apa sahaja demi kepercayaan yang diberikan oleh KFA dan juga pihak pengurusan pasukan kepada saya.

“Ketika beraksi saya memang tidak terasa sakit ataupun sebaliknya tetapi semangat dan keperihatinan yang ditunjukkan oleh ribuan peminat setia Pasukan Hijau Kuning membakar semangat saya untuk terus memberi prestasi terbaik saya pada setiap perlawanan di lalui oleh Kedah sehingga akhir musim ini,” kata Santos.

Katanya, sifat prihatin dan sokongan padu daripada rakan sepasukan juga turut menambah keyakinannya untuk meningkatkan permainannya serta memastikan Kedah mendapat hanya yang terbaik daripadanya demi kejayaan pasukan.

BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (64) Sabtu, 9.2.2013
Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN
Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN
#iamhijaukuning
© Media KFA

Sunday, January 27, 2013

TMJ tidak pernah minta tukar venue Piala FA

NORSHIKIN MOHD SALLEH
28 Januari 2013
TUNKU ISMAIL
Tunku Ismail Sultan Ibrahim
 
TIADA permohonan dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) untuk menukar  venue perlawanan dari Stadium Darul Aman ke Stadium Larkin bagi saingan kedua Piala FA bulan depan.

Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim berkata, dakwaan itu tidak benar dan tidak mengetahui dari mana isu tersebut ditimbulkan.

“Kita tidak tahu dari mana cerita ini datang dan seterusnya disebarkan, malah kami tidak mengetahui niat sebenar cerita ini dibuat.


“Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak pernah menyatakan untuk menukar venue Piala FA, malah kami ikut  seperti yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Katanya, pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah untuk beraksi di Darul Aman atau di mana sahaja kerana ia perkara biasa.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memohon kepada FAM untuk menukar venue dari Stadium Darul Aman ke Stadium Larkin bagi saingan kedua Piala FA menentang Kedah.

Program Team Kedah sepanjang FAM bagi cuti...

Persatuan Bolasepak Kedah - KFA -
 Aktiviti pasukan hijaukuning sepanjang tempoh rehat Liga Malaysia selama 3 minggu ini:

26-29 Januari - Rehat

30 Januari - Lapor diri semula ke kem latihan skuad Kedah

1 Februari - Perlawanan Persahabatan VS Penang FA (dalam perbincangan, belum disahkan)

3 Februari - Perlawanan Persahabatan VS Songkhla FC (confirm)

*Venue perlawanan persahabatan di Stadium Darul Aman, 8.45 malam.

Saturday, January 26, 2013

Penjelasan KFA berkenaan venue pertandingan pusingan ke-2 Piala FA

Keratan FB yang berlegar ketika ini
Persatuan Bolasepak Kedah - KFA -

Sedikit pencerahan berkenaan venue pertandingan pusingan ke-2 Piala FA antara KEDAH FA vs JOHOR DARUL TAKZIM FC pada 26hb Februari ini.

Spekulasi berkenaan venue pertandingan menjadi perbualan hangat peminat-peminat bolasepak tempatan. Status quo ketika ini adalah venue pusingan kedua Piala FA mengikut peraturan pertandingan PIALA FA adalah Stadium Darul Aman. 

Selagi tiada pengumuman rasmi dari FAM jadi berpeganglah bahawa venue masih kekal di Stadium Darul Aman. Tiada sebarang kenyataan rasmi dari FAM berkenaan sebarang perubahan venue ketika ini.

Berita yang tidak rasmi sebelum ini diterima selepas perlawanan oleh persatuan berdasarkan maklumat semasa bahawa akan dimainkan di Larkin. Jika terdapat sebarang kekeliruan, maaf di pihak kami.

Pihak persatuan akan memaklumkan pengesahan rasmi venue untuk kali ke-2 pada Isnin ini paling awal untuk semua peminat hijaukuning bagi menjernihkan suasana bolasepak hijaukuning 'PULUN KEDAH PULUN' dan suasana bolasepak Johor 'LUASKAN KUASAMU".

Apapun demi bolasepak, doakan yang terbaik untuk pasukan hijaukuning!

Thursday, January 24, 2013

Piala FA - Malam ini Kedah berentap dengan NS Betaria FC di Darulaman

BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (41) Jumaat, 25.1.2013
Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN
Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN

BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (41) Jumaat, 25.1.2013 Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN  PREVIU KEDAH BERTEMU NS BETARIA FC PADA PERTANDINGAN PIALA FA DI STADIUM DARULAMAN MALAM INI  Musuh Kedah yang akan menjadi penghalang bagi mereka mencapai kemenangan mudah di Stadium Darulaman malam ini ketika bertemu NS Betaria FC pada pertandingan Piala FA adalah diri mereka sendiri bukan lawan mereka.  Kedah sepatutnya tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mengenepikan cabaran NS Betaria FC tetapi sifat mengambil mudah yang kemungkinan besar akan menguasai barisan pemain Pasukan Hijau Kuning setelah membenam Sabah di Kota Kinabalu Isnin lalu takut akan menjadi penghalang pada hasrat mereka meraih kemenangan.  Di atas kertas Kedah memang lebih jauh mantap dan konsisten prestasinya  pada lima perlawanan Liga Perdana musim ini tetapi di atas padang apa sahaja boleh berlaku kerana terlalu yakin kerap kali pasukan pilihan menjadi mangsa karenah diri sendiri.  Selepas tamat latihan di Stadium Darulaman petang semalam ketua jurulatih Mario Tot tidak bercakap panjang lebar mengenai lawan mereka esok (malam ini) , beliau hanya memberi tahu anak buahnya perlu berada pada tahap terbaik dari segi mental mereka kerana keletihan pada keadaan mental bererti letihlah seluruh anggota mereka tetapi cergas mental untuk menghadapi lawan mereka bererti cergaslah keseluruhan anggota badan mereka.  Kesemua pemain perlu merenungi kata-kata daripada Tot  kerana apa yang di sampaikan adalah benar dan juga menjadi faktor utama yang akan membantu mereka melepasi pusingan pertama Piala FA musim ini.  Baddrol yang diketepikan oleh Tot pada perlawanan kerana kecederaan juga nampaknya akan berada dalam kesebelasan utama memulakan perlawanan esok (malam ini) dan ini adalah berita baik untuk pasukan Kedah dan ribuan peminat yang pasti akan memenuhi setiap ruang Stadium Darulaman bagi menyaksikan kehebatan pasukan kesayangan mereka. END. #iamhijaukuning © Media KFA
PREVIU KEDAH BERTEMU NS BETARIA FC PADA PERTANDINGAN 
PIALA FA DI STADIUM DARULAMAN MALAM INI

Musuh Kedah yang akan menjadi penghalang bagi mereka mencapai kemenangan mudah di Stadium Darulaman malam ini ketika bertemu NS Betaria FC pada pertandingan Piala FA adalah diri mereka sendiri bukan lawan mereka.

Kedah sepatutnya tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mengenepikan cabaran NS Betaria FC tetapi sifat mengambil mudah yang kemungkinan besar akan menguasai barisan pemain Pasukan Hijau Kuning setelah membenam Sabah di Kota Kinabalu Isnin lalu takut akan menjadi penghalang pada hasrat mereka meraih kemenangan.

Di atas kertas Kedah memang lebih jauh mantap dan konsisten prestasinya pada lima perlawanan Liga Perdana musim ini tetapi di atas padang apa sahaja boleh berlaku kerana terlalu yakin kerap kali pasukan pilihan menjadi mangsa karenah diri sendiri.

Selepas tamat latihan di Stadium Darulaman petang semalam ketua jurulatih Mario Tot tidak bercakap panjang lebar mengenai lawan mereka esok (malam ini) , beliau hanya memberi tahu anak buahnya perlu berada pada tahap terbaik dari segi mental mereka kerana keletihan pada keadaan mental bererti letihlah seluruh anggota mereka tetapi cergas mental untuk menghadapi lawan mereka bererti cergaslah keseluruhan anggota badan mereka.

Kesemua pemain perlu merenungi kata-kata daripada Tot kerana apa yang di sampaikan adalah benar dan juga menjadi faktor utama yang akan membantu mereka melepasi pusingan pertama Piala FA musim ini.

Baddrol yang diketepikan oleh Tot pada perlawanan kerana kecederaan juga nampaknya akan berada dalam kesebelasan utama memulakan perlawanan esok (malam ini) dan ini adalah berita baik untuk pasukan Kedah dan ribuan peminat yang pasti akan memenuhi setiap ruang Stadium Darulaman bagi menyaksikan kehebatan pasukan kesayangan mereka.

END.
#iamhijaukuning
© Media KFA

Piala FA bermula...masa membuktikan kewibawaan kita sebenar....

BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (39) Khamis, 24.1.2013
Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN
Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN


PIALA FA ADALAH MEDAN UNTUK MEMBUKTIKAN KEWIBAWAAN SEBENAR KITA
BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (39) Khamis, 24.1.2013 Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN  Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN   PIALA FA ADALAH MEDAN UNTUK MEMBUKTIKAN KEWIBAWAAN SEBENAR KITA  Menurut ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar medan Piala FA adalah pertandingan terbaik untuk membuktikan kewibawaan sebenar mereka dengan kehadiran pasukan-pasukan dari Liga Super dan juga Pertandingan FAM.  Katanya, matlamat utama beliau dan rakan sepasukan lain ialah mengatasi cabaran NS Betaria FC pada perlawanan pusingan pertama di Stadium Darulaman malam esok dan kejayaan mereka berjaya melayakkan diri sehingga ke perlawanan separuh akhir pada pertandingan Piala FA musim lalu menjadi cabaran utama kepada mereka.  “Saya tidak sabar untuk bersama rakan sepasukan lain ketika mereka berdepan NS Betaria FC pada perlawanan Piala FA esok kerana menjadi penonton ketika rakan beraksi di Sabah memang sesuatu yang begitu menyakitkan dan membuat kaki saya gatal untuk beraksi semula.  “Kini saya hanya berdoa agar Mario Tot akan dapat menamakan saya dalam kesebelasan utamanya pada perlawanan esok, kalau saya dapat menjalani latihan seperti biasa di Stadium Darulaman petang ini, saya memang sudah tidak sabar untuk beraksi semula.  “Kami mengetahui bukanlah sesuatu yang mudah untuk kami melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA musim ini setelah di undi berada dalam kumpulan kuat seperti Johor Darul Takzim FC, Selangor, Perak dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kalau dapat melepasi kesemua halangan ini bermakna pasukan Kedah akan di segani oleh kesemua lawan dalam pertandingan Liga Malaysia musim ini,” kata Baddrol.  Katanya, musim lalu Sime Darby FC berjaya ke perlawanan akhir dan kalah kepada Kelantan 1-0 walaupun mereka beraksi dalam Liga Perdana musim lalu dan ini adalah cabaran kepada kesemua pasukan dari liga bahagian rendah untuk dijadikan pembakar semangat mereka.  “Pasukan Kedah yang beraksi pada Liga Perdana musim 1992 telah berjaya ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan rekod cemerlang ini sepatutnya menjadi pencabar utama kepada kesemua pemain Pasukan Hijau Kuning musim ini khususnya bermula pada pertandingan Piala FA musim ini.  “Di atas kertas memang kita memiliki kemampuan untuk menjinakkan NS Betaria FC tetapi di atas padang lain pula ceritanya kerana kejayaan terletak pada prestasi barisan pemain yang beraksi esok, kalau dapat mengekalkan permainan yang di pamerkan ketika beraksi di Sabah Isnin lalu tidak ada sebab mengapa kita tidak mampu mencatatkan kemenangan.  “Kini kesemua pemain memang bersemangat tinggi dan kehadiran ribuan peminat setia dalam Stadium Darulaman malam esok pasti akan dapat meningkatkan lagi prestasi demi mencari kemenangan bertemu lawan yang berjaya mengatasi KL SPA FC pada perlawanan Liga Perdana lalu walaupun ketinggalan dua jaringan pada awal perlawanan,” kata Baddrol.  Katanya, kesemua pemain dan juga pihak pengurusan tidak pernah memandang rendah kemampuan  mana-mana pasukan yang ditemui kerana mereka beranggapan lawan mereka mampu mengatasi mereka seperti mana mereka mampu melakukannya ke atas lawan.  END. #iamhijaukuning © Media KFAMenurut ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar medan Piala FA adalah pertandingan terbaik untuk membuktikan kewibawaan sebenar mereka dengan kehadiran pasukan-pasukan dari Liga Super dan juga Pertandingan FAM.

Katanya, matlamat utama beliau dan rakan sepasukan lain ialah mengatasi cabaran NS Betaria FC pada perlawanan pusingan pertama di Stadium Darulaman malam esok dan kejayaan mereka berjaya melayakkan diri sehingga ke perlawanan separuh akhir pada pertandingan Piala FA musim lalu menjadi cabaran utama kepada mereka.

“Saya tidak sabar untuk bersama rakan sepasukan lain ketika mereka berdepan NS Betaria FC pada perlawanan Piala FA esok kerana menjadi penonton ketika rakan beraksi di Sabah memang sesuatu yang begitu menyakitkan dan membuat kaki saya gatal untuk beraksi semula.

“Kini saya hanya berdoa agar Mario Tot akan dapat menamakan saya dalam kesebelasan utamanya pada perlawanan esok, kalau saya dapat menjalani latihan seperti biasa di Stadium Darulaman petang ini, saya memang sudah tidak sabar untuk beraksi semula.
“Kami mengetahui bukanlah sesuatu yang mudah untuk kami melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA musim ini setelah di undi berada dalam kumpulan kuat seperti Johor Darul Takzim FC, Selangor, Perak dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kalau dapat melepasi kesemua halangan ini bermakna pasukan Kedah akan di segani oleh kesemua lawan dalam pertandingan Liga Malaysia musim ini,” kata Baddrol.

Katanya, musim lalu Sime Darby FC berjaya ke perlawanan akhir dan kalah kepada Kelantan 1-0 walaupun mereka beraksi dalam Liga Perdana musim lalu dan ini adalah cabaran kepada kesemua pasukan dari liga bahagian rendah untuk dijadikan pembakar semangat mereka.

“Pasukan Kedah yang beraksi pada Liga Perdana musim 1992 telah berjaya ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan rekod cemerlang ini sepatutnya menjadi pencabar utama kepada kesemua pemain Pasukan Hijau Kuning musim ini khususnya bermula pada pertandingan Piala FA musim ini.

“Di atas kertas memang kita memiliki kemampuan untuk menjinakkan NS Betaria FC tetapi di atas padang lain pula ceritanya kerana kejayaan terletak pada prestasi barisan pemain yang beraksi esok, kalau dapat mengekalkan permainan yang di pamerkan ketika beraksi di Sabah Isnin lalu tidak ada sebab mengapa kita tidak mampu mencatatkan kemenangan.

“Kini kesemua pemain memang bersemangat tinggi dan kehadiran ribuan peminat setia dalam Stadium Darulaman malam esok pasti akan dapat meningkatkan lagi prestasi demi mencari kemenangan bertemu lawan yang berjaya mengatasi KL SPA FC pada perlawanan Liga Perdana lalu walaupun ketinggalan dua jaringan pada awal perlawanan,” kata Baddrol.

Katanya, kesemua pemain dan juga pihak pengurusan tidak pernah memandang rendah kemampuan mana-mana pasukan yang ditemui kerana mereka beranggapan lawan mereka mampu mengatasi mereka seperti mana mereka mampu melakukannya ke atas lawan.

END.
#iamhijaukuning
© Media KFA

Bola Kedah - Tuan Pengurus dengan Nyok Pandan..!!!

BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (40) Jumaat, 25.1.2013
Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN
BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (40) Jumaat, 25.1.2013 Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN  PENGURUS YANG PATUT DI TELADANI OLEH SEMUA PENGURUS PASUKAN LAIN  Keprihatinan pengurus pasukan Kedah, Datuk Jeffrey Low Hang Chow patut di teladani oleh semua pengurus pasukan pada Liga Malaysia musim ini kerana beliau sanggup mengutip kelapa Pandan muda dari laman rumahnya dan membawa sendiri bagi dinikmati oleh barisan pemainnya setelah menjalani latihan di Stadium Darulaman petang semalam.  Datuk Jeffrey tidak segan dan malu untuk membawa kelapa muda itu dari rumahnya yang terletak lima kilometer dari stadium dan memunggahnya sendiri dari kereta ke dalam stadium dan di letakkannya dalam longgokan ais bagi dinikmati dalam keadan sejuk oleh anak buahnya.  Beliau juga turut membawa sebilah parang untuk membelah kelapa muda kalau pemain mahu merasakan isi kelapa pandannya dari pokok yang di tanam oleh beliau sendiri.  Para pemain sejurus selepas tamat latihan tidak mensia-siakan masa dengan terus mendapatkan kelapa muda itu untuk melegakan rasa dahaga setelah menjalani latihan selama satu  jam setengah sebelum itu.  Suasana yang dapat di lihat oleh peminat setia pasukan yang berada di stadium serta penulis sendiri ialah betapa akrab hubungan di antara pemain dengan pengurus mereka dan inilah juga menjadi punca utama mengapa Kedah kini berada di tangga kedua Liga Perdana ketika ini.  END. #iamhijaukuning © Media KFA
 Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN

PENGURUS YANG PATUT DI TELADANI OLEH SEMUA PENGURUS PASUKAN LAIN

Keprihatinan pengurus pasukan Kedah, Datuk Jeffrey Low Hang Chow patut di teladani oleh semua pengurus pasukan pada Liga Malaysia musim ini kerana beliau sanggup mengutip kelapa Pandan muda dari laman rumahnya dan membawa sendiri bagi dinikmati oleh barisan pemainnya setelah menjalani latihan di Stadium Darulaman petang semalam.

Datuk Jeffrey tidak segan dan malu untuk membawa kelapa muda itu dari rumahnya yang terletak lima kilometer dari stadium dan memunggahnya sendiri dari kereta ke dalam stadium dan di letakkannya dalam longgokan ais bagi dinikmati dalam keadan sejuk oleh anak buahnya.

Beliau juga turut membawa sebilah parang untuk membelah kelapa muda kalau pemain mahu merasakan isi kelapa pandannya dari pokok yang di tanam oleh beliau sendiri.

Para pemain sejurus selepas tamat latihan tidak mensia-siakan masa dengan terus mendapatkan kelapa muda itu untuk melegakan rasa dahaga setelah menjalani latihan selama satu jam setengah sebelum itu.

Suasana yang dapat di lihat oleh peminat setia pasukan yang berada di stadium serta penulis sendiri ialah betapa akrab hubungan di antara pemain dengan pengurus mereka dan inilah juga menjadi punca utama mengapa Kedah kini berada di tangga kedua Liga Perdana ketika ini.

END.
#iamhijaukuning
© Media KFA

Friday, January 18, 2013

Liga Perdana : Kedah 2-1 Johor FA

LAPORAN PERLAWANAN KEDAH BERTEMU JOHOR DI STADIUM DARULAMAN


Akhirnya pasukan Kedah mengotakan janji untuk mencari kemenangan sebagai hadiah hari keputeraan baginda Sultan Kedah dan juga Yang Di Pertuan Agong Malaysia dan terus mengembirakan peminat setia Pasukan Hijau kuning di Stadium Darulaman.

Pada minit ke 46 Khyril Muhymeen yang hanya berdepan penjaga gol Johor menguis bola melepasinya tetapi bola itu melepasi tiang kiri pintu gawang pelawat.

Seminit kemudian tendangan kencang Santos dari jarak 40 meter juga turut sedikit melawati palang gol JOHOR FA untuk Kedah kekal mendahului pelawat.

Akhinya kealpaan pertahanan Kedah di manfaatkan oleh penyerang Johor Mohd Izuan menanduk masuk bola hantaran rakan sepasukannya dari luar kotak penalti bagi merapatkan kedudukan menjadi 2-1.


Pemain pertahanan Johor Jasazrin dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil perlawanan kerana mengkasari pemain Kedah Shazuan dan pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain bermula dari minit ke 80.

Akhirnya Kedah meraih kemenangan mengatasi Johor sebagai hadiah untuk hari keputeraan yang ke-85 di Stadium Darulaman dengan keputusan 2-1.

END.
#iamhijaukuning

© Media KFA

Thursday, January 10, 2013

Malam Ini - Di Stadium Darulaman : KEDAH FA Vs KL POS Malaysia

PREVIEW KEDAH FA BERTEMU KL POS MALAYSIA FC MALAM INI
BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (13) Jumaat, 11.1.2013  Oleh: BASHAH ZAINOL ABIDIN  PREVIEW KEDAH FA BERTEMU KL POS MALAYSIA FC MALAM INI  SLOGAN pulun Kedah pulun sudah memadai untuk barisan pemain Pasukan Hijau Kuning memastikan tiga mata penuh memihak mereka pada perlawanan malam ini di Stadium Darulaman tetapi kejayaan mengatasi UiTM FC di Melaka Isnin lalu boleh menjadi azimat bagi mereka mengatasi lawan malam ini.  Pasukan Kedah yang memiliki barisan pemain yang berpengalaman dan juga muda adalah satu adunan yang dicari bagi memastikan prestasi mantap dan semangat jitu meraih kemenangan dan pasti akan menjadi tonik mengatasi KL Pos Malaysia malam ini.  Kejayaan mengatasi UiTM FC pada perlawanan lepas dengan dua jaringan oleh Khyril Muhymeen Zambri serta kelicikan Chayene Santos dari Brazil dan Nelson Sam Martin dari Chile, menjadi kelebihan Pasukan Hijau Kuning di suntik lagi dengan kepantasan Baddrol Bakhtiar, ketua pasukan musim ini.  Seperti kata pepatah “kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih”, bukan setakat hendak malah Kedah memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri di hadapan ribuan penyokong setia Pasukan Hijau Kuning dan ini mencerahkan harapan Kedah meraih mata penuh.  Barisan pemain Kedah sudah dipersiapkan dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi asakan dan juga kehebatan KL Pos Malaysia yang berjaya mengatasi Kuala Lumpur FA walaupun ketinggalan dua gol sebelum meraih keputusan 3-2.  Seperti kata ketua jurulatih Kedah, Mario Tot, tidak ada kemenangan yang mudah di kecapi tanpa usaha dan kerja sama daripada kesemua pemain yang beraksi dan seharusnya tidak memandang rendah keupayaan lawan untuk melakarkan keputusan luar dugaan.  Sokongan tidak kurang dari 20,000 peminat setia Pasukan Hijau kuning di Stadium Darul Aman sudah memadai untuk membakar semangat kesebelasan utama yang beraksi malam ini bagi meraih kejayaan yang di harapkan oleh pihak pengurusan dan juga peminat sendiri.  Kehadiran pengurus pasukan Datuk Jeffrey Low Hang Chow di bangku simpanan buat pertama kali musim ini pasti akan menambahkan keyakinan setiap pemain bagi beraksi dengan kewibawaan sebenar mereka yang pasti menguntungkan pasukan Kedah sendiri.  KEDAH PANTANG KALAH, BIAR SAKIT JATUH REBAH, PULUN KEDAH PULUN, BIAR JASA KEMENANGAN JADI KENANGAN.  END.  #iamhijaukuning  © Media KFA
SLOGAN pulun Kedah pulun sudah memadai untuk barisan pemain Pasukan Hijau Kuning memastikan tiga mata penuh memihak mereka pada perlawanan malam ini di Stadium Darulaman tetapi kejayaan mengatasi UiTM FC di Melaka Isnin lalu boleh menjadi azimat bagi mereka mengatasi lawan malam ini.

Pasukan Kedah yang memiliki barisan pemain yang berpengalaman dan juga muda adalah satu adunan yang dicari bagi memastikan prestasi mantap dan semangat jitu meraih kemenangan dan pasti akan menjadi tonik mengatasi KL Pos Malaysia malam ini.

Kejayaan mengatasi UiTM FC pada perlawanan lepas dengan dua jaringan oleh Khyril Muhymeen Zambri serta kelicikan Chayene Santos dari Brazil dan Nelson Sam Martin dari Chile, menjadi kelebihan Pasukan Hijau Kuning di suntik lagi dengan kepantasan Baddrol Bakhtiar, ketua pasukan musim ini.

Seperti kata pepatah “kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih”, bukan setakat hendak malah Kedah memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri di hadapan ribuan penyokong setia Pasukan Hijau Kuning dan ini mencerahkan harapan Kedah meraih mata penuh.

Barisan pemain Kedah sudah dipersiapkan dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi asakan dan juga kehebatan KL Pos Malaysia yang berjaya mengatasi Kuala Lumpur FA walaupun ketinggalan dua gol sebelum meraih keputusan 3-2.

Seperti kata ketua jurulatih Kedah, Mario Tot, tidak ada kemenangan yang mudah di kecapi tanpa usaha dan kerja sama daripada kesemua pemain yang beraksi dan seharusnya tidak memandang rendah keupayaan lawan untuk melakarkan keputusan luar dugaan.

Sokongan tidak kurang dari 20,000 peminat setia Pasukan Hijau kuning di Stadium Darul Aman sudah memadai untuk membakar semangat kesebelasan utama yang beraksi malam ini bagi meraih kejayaan yang di harapkan oleh pihak pengurusan dan juga peminat sendiri.

Kehadiran pengurus pasukan Datuk Jeffrey Low Hang Chow di bangku simpanan buat pertama kali musim ini pasti akan menambahkan keyakinan setiap pemain bagi beraksi dengan kewibawaan sebenar mereka yang pasti menguntungkan pasukan Kedah sendiri.

KEDAH PANTANG KALAH, BIAR SAKIT JATUH REBAH, PULUN KEDAH PULUN, BIAR JASA KEMENANGAN JADI KENANGAN.

END.

#iamhijaukuning

© Media KFA

Monday, January 7, 2013

KEDAH -Kemenangan Sulung Yang Bermakna

Oleh: BASHAH ZAINOL ABIDIN


BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (6) Selasa, 8.1.2013  Oleh: BASHAH ZAINOL ABIDIN   KEMENANGAN SULUNG YANG BERMAKNA  KEDAH membuka tirai Liga Perdana dengan cemerlang mengatasi pasukan UiTM FC 2-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka dan memastikan tiga mata penuh milik mereka hasil jaringan dua gol oleh penyerang kebangsaan Khyril Muhymeen Zambri.  Pada babak pertama Kedah terpaksa menunggu sehingga minit ke-28 untuk menjaringkan gol pertamanya kerana sebelum itu prestasi barisan pemain Pasukan Hijau Kuning sedikit gugup kerana ini adalah perlawanan pertama dalam kancah Liga Perdana musim ini.    Pada minit ke 28 bola silangan cantik oleh ketua pasukan Baddrol Bakhtiar gagal di tampan oleh penjaga gol UiTM FC, Afif Aizad Azman dan Khyril Muhymeen Zambri dengan mudah menguis bola masuk ke dalam bagi Kedah mendahului 1-0.    Sebelum ini pada minit ke-26 tendangan kencang Baddrol dari jarak 40 meter menggegarkan palang gol UiTM FC dengan Afif penjaga gol lawan sekadar dapat melihat keadaan ini dan gawang UiTM FC terselamat.    Selepas jaringan pertama, Kedah mula menguasai permainan dengan mengatur gerakan-gerakan cantik menerusi Nelson Sam Martin, Chayene Santos dan Mohd Syazwan Mohd Asyraf tetapi pertahanan UiTM FC berjaya menghalangnya.    Pada minit ke-31, Khyril berjaya mengelecek dua pemain pertahanan UiTM FC dan menewaskan Afif penjaga gol lawan dengan menendang bola masuk terus ke penjuru kiri gawang lawan.    Tiga minit kemudian Khyril Muhymeen hampir menjaringkan hatriknya tetapi ketangkasan Afif yang berjaya menolak bola melepasi palang golnya hasil tandukan penyerang Pasukan Hijau Kuning, bermula dari umpanan cantik sebelah kiri kotak penalti UiTM FC oleh Santos.   Pada permulaan separuh kedua, Kedah mengeluarkan Arman Fareez Mohd Ali dan memasukkan Muhamad Fiqkry dan pada minit ke-55 Kedah melakukan satu lagi pertukaran mengeluarkan Mohd Syazwan Mohd Asyraf.    Kedah seterusnya mengeluarkan Khyril Muhymeen mengantikan dengan Tengku Hasbullah Raja Hassan bagi menguasai permainan tetapi barisan pemain Kedah yang terpaksa beraksi pada perlawanan petang nampak begitu letih berbanding barisan pemain UiTM yang jarang-jarang melakukan serangan.  END.  #iamhijaukuning  © Media KFA
KEDAH membuka tirai Liga Perdana dengan cemerlang mengatasi pasukan UiTM FC 2-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka dan memastikan tiga mata penuh milik mereka hasil jaringan dua gol oleh penyerang kebangsaan Khyril Muhymeen Zambri.

Pada babak pertama Kedah terpaksa menunggu sehingga minit ke-28 untuk menjaringkan gol pertamanya kerana sebelum itu prestasi barisan pemain Pasukan Hijau Kuning sedikit gugup kerana ini adalah perlawanan pertama dalam kancah Liga Perdana musim ini.

Pada minit ke 28 bola silangan cantik oleh ketua pasukan Baddrol Bakhtiar gagal di tampan oleh penjaga gol UiTM FC, Afif Aizad Azman dan Khyril Muhymeen Zambri dengan mudah menguis bola masuk ke dalam bagi Kedah mendahului 1-0.

Sebelum ini pada minit ke-26 tendangan kencang Baddrol dari jarak 40 meter menggegarkan palang gol UiTM FC dengan Afif penjaga gol lawan sekadar dapat melihat keadaan ini dan gawang UiTM FC terselamat.

Selepas jaringan pertama, Kedah mula menguasai permainan dengan mengatur gerakan-gerakan cantik menerusi Nelson Sam Martin, Chayene Santos dan Mohd Syazwan Mohd Asyraf tetapi pertahanan UiTM FC berjaya menghalangnya.

Pada minit ke-31, Khyril berjaya mengelecek dua pemain pertahanan UiTM FC dan menewaskan Afif penjaga gol lawan dengan menendang bola masuk terus ke penjuru kiri gawang lawan.

Tiga minit kemudian Khyril Muhymeen hampir menjaringkan hatriknya tetapi ketangkasan Afif yang berjaya menolak bola melepasi palang golnya hasil tandukan penyerang Pasukan Hijau Kuning, bermula dari umpanan cantik sebelah kiri kotak penalti UiTM FC oleh Santos.

Pada permulaan separuh kedua, Kedah mengeluarkan Arman Fareez Mohd Ali dan memasukkan Muhamad Fiqkry dan pada minit ke-55 Kedah melakukan satu lagi pertukaran mengeluarkan Mohd Syazwan Mohd Asyraf.

Kedah seterusnya mengeluarkan Khyril Muhymeen mengantikan dengan Tengku Hasbullah Raja Hassan bagi menguasai permainan tetapi barisan pemain Kedah yang terpaksa beraksi pada perlawanan petang nampak begitu letih berbanding barisan pemain UiTM yang jarang-jarang melakukan serangan.

END.

#iamhijaukuning

© Media KFA

Amaran Awal Kedah - UITM FC 0 - 2 KEDAH



Kata-Kata Sahabat di fb : Hanz Janz > Kedah bermain sangat cemerlang, tetapi Nelson tetap di turunkan walaupun injured. Manakala Khyril Muhymeen walaupun tidak perform 100% agak kurang cergas tapi masih bernafsu menjaringkan Gol, manakala Santos gerakan yang mengelirukan skill yang tinggi membuat perthanan UITM sibuk bertahan. Semua pemain beraksi baik Kedah mampu menjaringkan banyak gol , tetapi mungkin menyimpan tenaga untuk bertemu Pos Malaysia Jumaat ini di Stadium Darul Aman.

Saturday, January 5, 2013

Bolasepak Kedah - Sejarah 21 Tahun Yang Lepas Akan Berulang

Oleh: BASHAH ZAINOL ABIDIN


SEJARAH AKAN BERULANG SELEPAS 21 TAHUN

SEJARAH yang dilakarkan 21 tahun lalu akan menjadi cabaran utama pasukan Kedah yang beraksi pada Liga Perdana musim ini. Kejayaan pasukan Kedah pada tahun 1992 menjuarai Liga Perdana musim itu dengan rekod cemerlang tidak kalah akan menjadi cabaran utama pasukan musim 2013 bagi mengulanginya ataupun menandingi kegemilangan pasukan yang dibimbing oleh arwah Datuk Paduka Ahmad Basri Haji Akil.

Tahun 1991 pasukan Kedah telah disingkirkan ke Liga Perdana dan pada tahun 1992 berjaya menjuarai pertandingan itu dengan tidak mengalami sebarang kekalahan dan mereka juga berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia tetapi kecundang kepada Pahang dengan jaringan tunggal oleh lawan mereka.

Pada tahun 1992 pasukan yang dilatih oleh Robert Alberts dan dibantu oleh Mohd Azraai Khor Abdullah, manakala pasukan musim 2013 ini dilatih oleh Mario Tot dibantu oleh Antonio Sisic yang berasal dari Croatia, jurulatih penjaga gawang Talib Saidi berasal dari Perak, jurulatih fizikal Mat Zali Lazim serta seorang pengurus yang sudah sinonim dengan permainan bola sepak dan senario bola sepak tempatan, Datuk Jeffery Low Hang Chow iaitu Naib Presiden KFA turut dibantu oleh Amirul Nizam Mahadzir.

Kedua-dua pasukan ini iaitu Kedah musim 1991 dan 2012 disingkirkan ke Liga Perdana bukan kerana kekurangan kemampuan tetapi masalah dalaman dan kedua-dua pasukan ini memiliki barisan pemain yang mantap mampu mengukirkan kejayaan tetapi apa yang telah berlaku kini sudah menjadi sejarah.

Pertama kali sejak beberapa musim lalu jawatankuasa KFA membuat beberapa keputusan bijak yang yang pasti akan manfaatkan pasukan serta menceriakan ribuan pengikut Pasukan Hijau Kuning seluruh Malaysia dan juga memuaskan hati mereka sendiri dengan kejayaan pasukan musim 2013 mencapai matlamatnya melayakkan diri beraksi pada Liga Super musim depan ataupun melebihinya.

Kejayaan mendapatkan khidmat beberapa muka baru yang tidak ternama tetapi menepati keperluan ketara pasukan Kedah memantapkan lagi prestasi Pasukan Hijau Kuning dan kembalinya Nelson Sam Martin yang bukan nama asing kepada ribuan peminat setia pasukan Kedah serta penyerang Chayene Santos dari Brazil yang sudah beraksi di Thailand sejak beberapa tahun lalu pasti akan menjadikan impian KFA menjadi kenyataan pada akhir musim ini.

Kini sudah pasti ribuan peminat setia Pasukan Hijau Kuning tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan Liga Perdana musim ini yang akan membuka tirai pada 8 Januari depan bertemu UiTM FC di Stadium Hang Tuah, Melaka dan beraksi buat pertama kali di Stadium Darulaman pada 11 Januari iaitu hari Jumaat menentang KL Pos Malaysia .

Beberapa perlawanan ujian yang dilalui oleh pasukan Kedah berjaya membuktikan kemampuan dan kewibawaan sebenar mereka dengan kejayaan mereka mengikat Kelantan juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim lalu tanpa jaringan di Stadium Darulaman serta keputusan seri 0-0 ketika bertemu Selangor juga di Alor Star.

Ketika ini dua tonggak import Kedah, Nelson dan juga Santos belum mencapai tahap kecergasan yang diperlukan bagi mengharungi 90 minit perlawanan bola sepak tetapi ketika Liga Perdana membuka tirainya pada 7 Januari depan, InsyaAllah mereka pasti akan lebih bersedia dan ribuan peminat setia Pasukan Hijau kuning boleh fikirkan sendiri apa yang mampu dilakukan oleh mereka.

Kini apa yang tinggal ialah bagi pemain-pemain Kedah untuk membuktikan kewibawaan mereka di atas padang bagi membalas kepercayaan KFA yang telah menyediakan perbelanjaan terbesar dalam sejarah mereka iaitu RM8 juta mengharungu musim 2013.

Tidak ada sesuatu yang lebih baik dan berbaloi untuk membalas segala kepercayaan KFA daripada memastikan Kedah beraksi pada Liga Super musim depan dan kalau ditakdirkan dengan membawa pulang beberapa piala daripada tiga pertandingan yang disediakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

END.

#iamhijaukuning

Depan duduk dari kiri: Akmal, Keon, Santos, Baddrol, Antonio, Yusri Mario, Talib, Khyrill, Nelson, Sabree, Fazliata

Tengah berdiri dari kiri: Razak, Zahari, Amirul, Hariri, Shahrul, Farez, Muhaimin, hadi, Khairul Efsan, Wan Shukri, Reduan, Shah, Illya, Zali

Berdiri belakang dari kiri: Syamim, Faizal, Arman, Wan Hussein, Fiqkry, Hattaphon, Tg. Hasbullah, Zuraindey

Monday, December 31, 2012

Jadual Liga Super Pasukan Kedah 2013


Jadual Liga Super Pasukan Kedah setelah admin memperbetulkan beberapa typo error yang mengelirukan.

Jadual Terbaru perlawanan Liga Perdana Kedah selepas Rombakan Jadual oleh FAM berkuatkuasa 27 Disember 2012.

Pusingan Pertama
1. Uitm FC vs Kedah - Stadium Hang Tuah - 07/01/2013
2. Kedah vs Pos Malaysia - Stadium Darulaman - 11/01/2013
3. PDRM vs Kedah - Stadium Hang Jebat - 14/01/2013
4. Kedah vs Johor - Stadium Darulaman - 18/01/2013
5. Sabah vs Kedah - Stadium Likas - 21/01/2013
6. Kedah vs Perlis - Stadium Darulaman - 15/02/2013
7. KL SPA vs Kedah - Stadium Uitm - 18/02/2013
8. Kedah vs Sime Darby - Stadium Darulaman - 22/02/2013
9. NS Betaria vs Kedah - Stadium Hang Tuah - 01/03/2013
10. Kedah vs Kuala Lumpur - Stadium Darulaman - 08/03/2013
11. Sarawak vs Kedah - Stadium Negeri - 29/03/2013


Pusingan Kedua
1. Kedah vs Sarawak - Stadium Darulaman - 12/04/2013
2. Kedah vs Uitm FC - Stadium Darulaman - 19/04/2013
3. Pos Malaysia vs Kedah - Stadium Selayang - 26/04/2013
4. Kedah vs PDRM - Stadium Darulaman - 03/05/2013
5. Johor vs Kedah - Stadium Pasir Gudang - 06/05/2013
6. Kedah vs Sabah - Stadium Darulaman - 10/05/2013
7. Perlis vs Kedah - Stadium Utama - 13/05/2013
8. Kedah vs KL SPA - Stadium Darulaman - 17/05/2013
9. Sime Darby vs Kedah - Stadium Selayang - 21/06/2013
10. Kedah vs NS Betaria - Stadium Darulaman - 24/06/2013
11. KL vs Kedah - Stadium Cheras - 05/07/2013

Maaf atas sebarang kesulitan...

Thursday, December 27, 2012

Transformasi KFA...!!!!


Sebahagian dari usaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan Kedah FA, tahun ini Unit Media Kedah FA bakal mengambil beberapa langkah baru bagi menjenamakan semula Kedah FA untuk memperkemaskan penajaan dan pemasaran pasukan hijaukuning.

1. MEMPERKUKUHKAN MEDIA SOSIAL
a. Memperkemaskan laman sesawang www.kfa.org.my supaya lebih mesra pengguna dan sentiasa di kemaskini
b. Laman rasmi peminat di facebook di jadikan media hebahan rasmi dan promosi pasukan
c. Mewujudkan KFA TV bagi memuatkan pengiklanan, siri promosi pasukan, siri-siri temubual eksklusif, sidang media sebelum & selepas perlawanan dan juga video perlawanan yang melibatkan pasukan Kedah FA.

2. KEAHLIAN RASMI
a. Eksklusif Pek Keahlian Rasmi
b. Majalah Rasmi Ahli
c. Keutamaan penempahan tiket di halaman sendiri
d. Diskaun 10% pembelian produk Kedah FA Megastore
e. Makluman setiap aktiviti rasmi pasukan melalui emel dan jemputan rasmi untuk aktiviti tahunan bersama pasukan


3. ANUGERAH PEMAIN MEDIA KEDAH FA
a. Man of the Match (hanya untuk perlawanan di halaman sendiri)
b. Player of the Month (mengikut prestasi bulanan)
c. Pemain Bernilai untuk Musim 2013 (dipilih oleh peminat)

4. RAKAN STRATEGIK MEDIA KEDAH FA
a. Sentiasa membuka pintu perbincangan untuk rakan strategik dalam media pengiklanan
b. Memberi peluang kepada usahawan untuk bersama menaja dan seterusnya mendapat hak pemegang jenama
c. Slot-slot pengiklanan disediakan kepada mana-mana pihak untuk dengan kadar yang minima.

5. LEBIH MESRA PEMINAT
a. Bakal diadakan sesi bersama peminat ketika rehat separuh masa pertama perlawanan di halaman sendiri i.e. pertandingan sepak bola ddari tengah padang, trick shot etc
b. Mewujudkan kembali siri rencana ‘nostalgia bolasepak kedah’ ketika masa rehat separuh masa

Dan beberapa langkah lagi untuk memastikan Kedah FA terus kehadapan mengikut arus pemodenan industri bolasepak di dunia.

Teruskan menyokong! 

Friday, December 21, 2012

Jangan Lupa malam ini FINAL PERR : Kedah Vs Perak

 

Jom penyokong hijaukuning kita semua kita pi sokong pasukan Piala Emas Raja-Raja Kedah dalam aksi Final menentang Perak. Sokongan penyokong bakal menyemarakkan lagi saingan kali ini.

PULUN KEDAH PULUN!

*Tiada siaran langsung. Tiket Terbuka RM8 Astaka RM15

Wednesday, December 19, 2012

Jurulatih Kedah Mario Tot bersantai bersama peminat

dari HijauKuning.Com

Satu inisiatif oleh Jurulatih Mario Tot dan Antonio Sisic untuk makan malam bersama wakil kelab peminat Kedah FA. Antara yang dijemput adalah Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (KEPDA), Hijaukuning.Com, Pasukan Bolasepak Kedah (PBK), Kenari Fans Squad, Ultras Kedah. Wakil KEPDA tidak dapat hadir. 

Antara yang dibincangkan secara santai adalah sesi suai kenal bersama wakil yang hadir, bertukar pendapat mengenai pasukan, harapan pengurusan terutama jurulatih kepada peminat dan juga berkongsi pengalaman. 

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan Shamim Cafe yang mengalukan kedatangan Mario Tot dan Antonio Sisic. Live band di Shamim Cafe sempat menyanyikan lagu hijau kuning secara 'unplugged' dgn begitu menarik sekali dan juga memperkenalkan coach Mario Tot kepada pelanggan yang hadir. 


Perjumpaan casual seperti ini akan diteruskan di masa hadapan. Terima kasih pada semua yang hadir. Satu permulaan yang baik dari pihak jurulatih sendiri yang menghargai kehadiran kelab peminat dalam membantu pasukan sebagai satu badan yang penting.

 
Nak tengok gambaq lagi hangpa pie sini laa :