Sunday, February 17, 2013
BERLEPAS KE KUALA LUMPUR TANPA KETUA JURULATIH MARIO TOT
Saturday, February 9, 2013
[Gempar] Pemain Import KEDAH bawa peluru masuk tengah padang..!!!
Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN
Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN
Saturday, January 26, 2013
Penjelasan KFA berkenaan venue pertandingan pusingan ke-2 Piala FA
![]() |
| Keratan FB yang berlegar ketika ini |
Friday, December 28, 2012
Thursday, December 27, 2012
Transformasi KFA...!!!!
Tuesday, November 6, 2012
TS Anuar Musa dah call bapak Khyrel... hangpa dok makngut lagi wahai KFA..!!!
Bola Kedah - Presiden & AJK KFA buat kerja 'lembab'
kena la cengei sikit....nie dak dok kira nak cengei dengan geng sendiri jaa mcm org kata PAK BERANI JERKAH ANAK TAPI ANAK ORANG CURI KONEN DIA PON SEPATAH TAK KATA PAA..!! .... cuba tgk statment dia waktu org tanya player nak belah...
Ada ka pie jawab mcm tuuu..sekurangnya mai aku nak habaq cara nak jawab...
"Kita akan tengok kontrak yg di tawarkan mcmana...jika perlu di naikkan nilainya sekadar mampu kita insya'allah kita akan usahakan sehingga beliau kekal dengan KEDAH"
macam nie pon tak reti nak pikiaq dah....nie baca apa pulak penyokong lain bebel kat hang...
KFA tidak agresif
5 November 2012
Tuesday, October 30, 2012
[Gempar] Adakah KFA juga sedang dipenuhi golongan TANGAN-TANGAN HITAM seperti dalam WISMA DARUL AMAN..???
Tuesday, October 16, 2012
Thursday, October 11, 2012
KFA nie jika semua dalam perbincangan habih hangpa meeting apanya semalam..nak claim elaun..??
Tuesday, August 7, 2012
Menter Besar Kedah didesak letak jawatan
Dey macha...tajuk entry mesti kena power. Letak jawatan daripada apa itu lain hal. Hahaha.
Kalau sebelum ini, Datuk Khazali Din dikhabarkan akan meletak jawatan, tetapi semalam Ustaz Azizan pula didesak untuk meletak jawatan daripada KFA atas prestasi hambar skuad Kenari.
Bro, mamat Sazali ni memang power bila bercakap. Satu hal bagus tentang mamat ni, dia boleh kawal emosi bila ditemuramah. Itu yang power beb! Orang yang macam dia ni yang kita mau.
ALOR SETAR - Empat kelab penyokong bola sepak Kedah hari ini mendesak semua pihak dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) termasuk Presidennya Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletak jawatan dengan segera berikutan prestasi hambar pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Gesaan tersebut dibuat oleh Kenari Fans Skuad, Ultras Kedah, Kelab Peminat Bola Sepak Kedah dan Persatuan Setia Anak Rantau Kedah yang mendakwa mewakili 50,000 penyokong dan peminat bola sepak Kedah, berikutan prestasi buruk yang ditunjukkan pasukan negeri hingga terpaksa turun ke Liga Perdana dalam saingan tahun depan.Jurucakap gabungan kelab penyokong Kedah itu, Mohd Sazali Mohd Sobri berkata selama empat tahun di bawah pengurusan Azizan, yang juga Menteri Besar Kedah, prestasi pasukan tersebut tidak konsisten sehingga gagal mengekalkan kedudukan dalam Liga Super musim depan.
Beliau berkata rata-rata jawatan tertinggi dalam KFA disandang oleh ahli politik yang menjadikan persatuan sebagai platfom untuk meraih undi pada pilihan raya umum akan datang tanpa memikirkan cara untuk membangunkan bola sepak negeri. - Sinar Hairan
NOTA: Boleh mentadbir negeri tak semestinya boleh mentadbir bola. Berilah jawatan kepada ahlinya. Jangan sampai gua ceramahkan tok-tok lebai ni. Kahkahkah.
http://www.anakkedah.com/2012/08/menter-besar-kedah-didesak-letak-jawatan.html
Wednesday, June 20, 2012
Bola Kedah : Jika tidak mampu, apa kata kalau dilepaskan jawatan itu?
| Gambar Kredit Kepada Ahmad Husni Ahmad Basri |
http://www.hijaukuning.com/new/?p=2256
Tuesday, April 10, 2012
Dulu dalam KFA ada penyamun yang memimpin sampai buat hutang RM5juta..
Friday, March 30, 2012
Hamidan akur keputusan apa keputusan KFA
Monday, February 13, 2012
Bekas pegawai KFA didakwa seleweng gaji
13 Februari 2012
ALOR SETAR - Seorang bekas Pegawai Akaun Persatuan Bolasepak Negeri Kedah (KFA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan penipuan membabitkan wang berjumlah RM76,026 lima tahun lepas.
Izhan Abdullah Sani, 45, minta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Rosli Osman.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Izhan didakwa memalsukan baucar bayaran gaji dan elaun 14 pemain Liga Super Kedah Musim 2006-2007, bagi bulan Julai dan Ogos 2007 yang dilampirkan bersama sekeping cek dan penyata kredit gaji bagi dua bulan itu, di pejabat KFA di sini.
Setelah dokumen itu ditandatangani oleh KFA, dia kemudiannya menyediakan penyata kredit gaji yang lain dengan memasukkan namanya sebagai salah seorang pemain sebelum menghantarnya ke bank dan dia menerima gaji berjumlah RM5,817 bagi bulan Julai dan Ogos 2007.
Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa sengaja membuat bayaran gaji sekali lagi bagi tiga pemain import berjumlah RM64,392, bagi September 2007 sedangkan gaji mereka bagi bulan itu telah dibayar lebih awal.
Setelah baucar bayaran gaji tiga pemain import itu ditandatangani KFA, Izhan kemudiannya sekali lagi menyediakan penyata kredit gaji yang lain dan memasukkan namanya sebagai pemain bola sepak Liga Super Kedah dengan niat untuk memperoleh wang RM64,392 itu.
Izhan yang kini bertugas sebagai Pembantu Tadbir di sebuah institusi pengajian tinggi awam di negeri ini, dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang jika sabit boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda minimum RM10,000 bagi setiap pertuduhan.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fieza Fazlin Fandi turut menawarkan pertuduhan pilihan terhadap Izhan iaitu melakukan tiga pemalsuan kira-kira bagi maksud hendak menipu KFA dan dengan itu akan didakwa menurut Seksyen 477A Kanun Keseksaan (Akta 575) yang jika sabit boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Hakim menetapkan jaminan RM17,000 dengan seorang penjamin dan 18 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes serta menasihati Izhan mendapatkan khidmat peguam sebelum tarikh berkenaan.- Bernama
Wednesday, February 1, 2012
Harap penyokong Kenari bersabar - Azizan
Menurut Azizan, tempoh saingan Liga Malaysia masih panjang dan yakin skuad Kedah mampu kembali kepada kedudukan terbaik liga setelah segala masalah dan kelemahan pemain dapat diatasi.
Katanya, beliau memahami masalah yang dihadapi pasukan itu ekoran penggantungan Ketua Jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan menyebabkan pemain kehilangan pembimbing sekali gus menjejaskan prestasi mereka.
''Radhi (Mat Din) dan Ahmad Sobri (Ismail) pun sudah boleh membimbing pasukan selepas tempoh penggantungan tamat. Wan Jamak tidak boleh melatih, malah duduk tepi padang pun tidak boleh, namun setelah tempoh hukuman berakhir masalah serta kelemahan dapat diatasi dan Kedah mampu kembali ke kedudukan terbaik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.
Kedah ketika ini terbenam di dasar liga dengan hanya mengutip dua mata hasil seri dua kali dan tewas dalam tiga perlawanan.
Ekoran prestasi buruk itu, para penyokong menuntut Datuk Khazali Din berundur daripada jawatan sebagai pengurus pasukan.
Menyentuh tuntutan penyokong itu, Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berpuas hati dengan kesungguhan yang ditunjukkan Khazali dalam menguruskan pasukan.
Katanya, sekiranya Khazali berundur dari jawatan pengurus pasukan, penggantinya akan turut menghadapi nasib dan desakan sama daripada penyokong.
''Dia (Khazali) bukan jaringkan gol tetapi orang lain yang main bola. Saya berpuas hati dengan Khazali tetapi anak buah dia tidak dapat menunjukkan prestasi baik, apa boleh buat. Insya-Allah apabila menang balik (Kedah) ada pula pihak yang rayu Khazali dikekalkan," katanya.
Azizan memberitahu, kalah atau menang dalam permainan bola sepak adalah biasa termasuk melibatkan kelab ternama dunia.
''Mancester United kalah kepada Liverpool baru-baru ini. Barcelona dulu berada di tempat pertama liga tetapi kini diambil alih pula oleh Real Madrid. Jatuh bagi sesebuah pasukan itu bukan tidak bagus tetapi itulah bola sepak. Bola yang bergolek," katanya.
Menyentuh penyokong yang mahu memboikot perlawanan Kedah di Stadium Darulaman, Azizan berkata; ''Itu terserah kepada penyokong."
Wan Jamak digantung tujuh perlawanan kerana didakwa mengkritik mutu pengadilan dan turut menerima nasib sama Radzi yang merupakan penolong jurulatih dan jurulatih penjaga gol, Ahmad Sobri Ismail yang digantung empat perlawanan dan memulakan tugas mereka semula minggu lepas.
Saturday, January 28, 2012
Video Komen "BANG MISAI" - Satu Stadium Maki Dia Suruh Letak Jawatan namun beliau tetap "COOL"
HKCtv | POST MATCH INTERVIEW | Kedah vs Johor FC 28.1.2012 | Pengurus Kedah dan Jurulatih Johor FC
Wednesday, November 30, 2011
Bola Sepak Kedah Hebat, Mewah, Tapi kecundang
Berjuta ringgit telah dibelanjakan tanpa membawa sebarang kesan yang boleh dianggap satu kejayaan. Disebalik komen dan pendapat yang dinyatakan meluas dalam urusan dan iteraksi harian yang boleh membawa hasil yang baik atau disebaliknya sering didengari tetapi sayangnya telah dikaitkan dengan kegagalan.
Sejarah Kejayaan dan Kedudukan Semasa
Selepas usaha awal membangunkan pasukan melalui tahun 1984, pasukan Jelapang Padi telah mncul dalam pertandingan akhir Piala Malaysia pada tahun 1987 kali kedua sejak kemunculan pertama 47 tahun yang lalu pada tahun 1940.
Dengan penampilan ini maka terciptalah gelaran sebagai pasukan Hijau Kuning dan juga lagu pasukan yang berkemundang ketika itu, tetapi sekarang hanya tinggal nama sahaja.
Era 80 dan 90 an
Masa Depan Pasukan Kedah
Bola Sepak Liga Profesional
Wawasan Baik
Kesan Positif
Pembangunan Melalui Akademi
Kegagalan Perlaksanaan
KESIMPULAN
Kesimpulan yang di atas kegagalan ini adalah:-
Bola sepak Kedah, sejak Mac 2008 di bawah kepimpinan baru telah gagal dalam persaingan dalam Liga Malaysia, sedangkan pasukan kita dibarisi bekas pemain-pemain Malaysia dan pemain yang masih lagi menyarung jersi Malaysia yang mewakili Negeri kedah 2008-2011.
Kegagalan KFA mengadakan "LIGA K" yang dianjurkan setiap tahun bagi merebut Piala KDYMM, Piala Raja Muda dan Piala Presiden, tidak diadakan selama 3 tahun kebelakangan ini.
Persatuan Bolasepak Kedah yang diterajui kepimpinan yang berkaliber dan jawatankuasa eksekutif, telah gagal menjayakan dan merancang Liga tempatan, pembangunan akar umbi, pengadilan dan kejurulatihan.
Persatuan Bolasepak Kedah gagal dan tidak prihatin terhadap keperluan pada satu program pembangunan yang tersusun berjangka masa panjang dan sehingga kini masih tidak menentu dalam menghadapi keperluan utama menjayakan bolasepak secara menyeluruh di Negeri Kedah.
Persatuan bolasepak Kedah gagal dalam bertindak dan berinteraksi untuk melahirkan gandingan kerja dan kemampuan bertindak yang selaras dikalangan ahli-ahli gabungannya, sebaliknya lebih berlagak dengan memegang jawatan dalam persatuan dari merealisasikan kehendak bolasepak dan peminat.
Sikap kakitangan, petugas dalam pentadbiran KFA tidak selaras dengan aspirasi pembangunan bolasepak yang menjadi tanggungjawab mereka dari segi perlaksanaan mereka lebih dilihat membangkitkan halangan seolah-olah ada unsur kurang sihat.
Sebilangan jawatankuasa dan kaitangan KFA yang bertugas di bawah kepimpinan KFA kurang arif dibidang pentadbiran dan pengurusan pasukan dari segi latarbelakang dan pengalaman mereka. Mereka memang arif dari segi memberi khursus, ceramah dan sebagainya, tetapi kurang faham dari segi kehendak aspek bolasepak masa kini.
Kepimpinan KFA tidak membanru membaiki keadaan pasukan yang ada, kerana pucuk kempimpinan lepas tangan kepada Pengurusan Pasukan dan amat bergantung kepada penasihat dan panduan yang tidak ada pengetahuan dalam bidang bolasepak dan tidak bersikap positif.
Ahli-ahli gabungan dari 12 Daerah yang menjadi ahli gabungan KFA tidak dapat menyuarakan hasrat mereka, kerana mereka tidak lagi berada dalam Ahli Majlis atau jawatankuasa Eksekutif, bagaimana Daerah hendak bergerak dan memartabatkan bolasepak bagi mencari bakat.
Ada jawatankuasa eksekutif yang dilantik semasa menyuaray Agong terlalu hormat kepada kepimpinan KFA tidak ingin terpinggir atau mengharap sesuatu.
Ada juga Ahli Jawatankuasa yang lebih mengutamakan kepentingan diri mereka dan menghadirkan diri dalam mesyuarat hanya untuk menyatakan "YA" dalam segala hal.
Pada keseluruhannya KFA adalah persatuan sukan yang kaya dari sukan-sukan lain dan bertanggungjawab menguruskan sukan bolasepak yang paling popular di dunia, tetapi KFA telah gagal mengurus, melaksanakan peranan untuk mencapai kejayaan yang sewajarnya. Apa yang dilihat pengurusan dan pentadbiran yang kurang sempurna secara menyeluruh dan profesional.
REMEDI
Untuk memulihkan KFA kelandasan yang tepat bagi memajukan bolasepak Kedah disemua peringkat maka perubahan drastik perlu perlu dibuat untuk mengubah rupa bentuk dan sistem pengurusan dengan mengadakan berbagai liga tempatan, projek pembangunan kejurulatihan pengadil dan sebagainya.
Kepimpinan dan jawatankuasa dari kalangan mereka yang mampu dan sanggup berinteraksi dengan cara terbuka bagi menjayakan kemajuan bolasepak negeri Kedah.
Bahagian pentadbiran, pengurusan dan jawatankuasa perlu disusun semula, mereka yang cekap dan bertanggungjawab hendaklah diberi tugas utama. Ketua pentadbiran hendaklah mempunyai kewajipan, kemampuan dari segi segala sudut pengurusan, pembangunan, kewangan dan pentadbiran persatuan.
Kepimpinan ahli-ahli gabungan dan jawatankuasa hendaklah bertanggungjawab, melahirkan satu rangkaian kerjasama dari masa ke semasa yang selaras sehaluan serta saling bantu membantu sesama insan.
KFA perlu ada setiausaha Agung yang mampu menegur, merancang dan bertindak selaras dengan kehendak era bola sepak profesional masa kini dan bukanya seperti yang ada sekarang.
RUMUSAN
Saya dengan ini menulis laporan ini dengan cadangan ikhlas dan jujur di atas tanggungjawab sebagai yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang sukan bolasepak, dan ingin melihat Kedah D.A dipimpin YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah dan kepimpinan KFA dapat mengambil laporan ini secara positif, ikhlas untuk pembangunan bolasepak Negeri Kedah
Yang Benar
MOHAMAD SHARIF BIN WAHAB
BEKAS JURULATIH DAN AHLI MAJLIS KFA.
Thursday, March 17, 2011
KFA & Azraai - Amacam dalam hati ada taman kaa.. Peminat dok harap-harap sangat nuu..!!



Azraai meninggalkan skuad Hijau Kuning pada 2009 dan kemudian dilantik sebagai jurulatih skuad bawah 21 tahun negara Harimau Muda A.
"Saya amat bangga dengan sokongan padu yang ditunjukkan penyokong setia Hijau Kuning yang mahu saya kembali semula membimbing Kedah, melalui laman sosial Facebook dan media.
"Bagaimanapun saya tidak menerima apa-apa surat dan panggilan daripada pihak KFA untuk menggunakan khidmat saya semula bagi membimbing pasukan Kedah.
"Saya akan tunggu dan lihat perkembagan semasa KFA," katanya.
Kedah telah merehatkan jurulatih Ahmad Yusof dan melantik penolong jurulatih Radhi Mat Din sebagai pemangku jurulatih bagi satu tempoh yang akan ditentukan kelak.
Langkah itu dibuat oleh KFA, ekoran para peminat Kedah melahirkan rasa kecewa dengan prestasi pasukan mereka yang tersingkir daripada saingan awal Piala FA.
Azraai berkata sekiranya ada tawaran daripada KFA beliau akan melakukan perbincangan lebih terperinci dan mahu beberapa syarat yang dimintanya dipenuhi agar peristiwa 2009 tidak berulang lagi.
"Saya akan kenakan syarat-syarat tertentu kepada mereka (KFA) sebelum menerima sebarang tawaran. Lebih elok jika saya dan pihak KFA capai kata sepakat barulah saya boleh terima," katanya.
Azraai menjadi jurulatih yang popular di kalangan penyokong setia Kedah berikutan prestasi cemerlang beliau membimbing skuad Kedah hingga mencapai kejuaraan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA bagi dua musim berturut-turut iaitu pada 2007 dan 2008.
Beliau yang menamatkan kontrak dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) 9 Mac lalu turut menerima tawaran sebagai jurulatih daripada Persatuan Bolasepak Perlis dan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan.
"Saya masih menimbang tawaran terbaik daripada kedua-dua pihak dan keputusannya akan diketahui minggu hadapan.
"Paling mustahak saya mahukan pengurusan yang berwibawa, berwawasan dan bercita-cita tinggi untuk menjulang nama pasukan mereka dan sekaligus merangkul kejuaran dalam Liga Malaysia," kata Azraai.
sumber: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newssport.php?id=571717 (17/03/2011)










