Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Saturday, January 26, 2013

Penjelasan KFA berkenaan venue pertandingan pusingan ke-2 Piala FA

Keratan FB yang berlegar ketika ini
Persatuan Bolasepak Kedah - KFA -

Sedikit pencerahan berkenaan venue pertandingan pusingan ke-2 Piala FA antara KEDAH FA vs JOHOR DARUL TAKZIM FC pada 26hb Februari ini.

Spekulasi berkenaan venue pertandingan menjadi perbualan hangat peminat-peminat bolasepak tempatan. Status quo ketika ini adalah venue pusingan kedua Piala FA mengikut peraturan pertandingan PIALA FA adalah Stadium Darul Aman. 

Selagi tiada pengumuman rasmi dari FAM jadi berpeganglah bahawa venue masih kekal di Stadium Darul Aman. Tiada sebarang kenyataan rasmi dari FAM berkenaan sebarang perubahan venue ketika ini.

Berita yang tidak rasmi sebelum ini diterima selepas perlawanan oleh persatuan berdasarkan maklumat semasa bahawa akan dimainkan di Larkin. Jika terdapat sebarang kekeliruan, maaf di pihak kami.

Pihak persatuan akan memaklumkan pengesahan rasmi venue untuk kali ke-2 pada Isnin ini paling awal untuk semua peminat hijaukuning bagi menjernihkan suasana bolasepak hijaukuning 'PULUN KEDAH PULUN' dan suasana bolasepak Johor 'LUASKAN KUASAMU".

Apapun demi bolasepak, doakan yang terbaik untuk pasukan hijaukuning!

Saturday, December 1, 2012

Harimau terkam Garuda.. tahniah..!!!

Harimau Malaya makin garang


PENJAGA gol Malaysia, Farizal Marlias berjaya menangkap kemas bola percubaan pemain Indonesia pada aksi Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.



MASALAH komunikasi dilihat masih menghantui skuad Harimau Malaya sebaik melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012 apabila membenam Indonesia 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Andai ia tidak diatasi segera, tidak mustahil anak-anak buah Datuk K. Rajagobal berdepan tugas getir ketika melayan kunjungan juara Kumpulan A, Thailand dalam aksi separuh akhir pertama pada 9 Disember ini.

Kesukaran benteng pertahanan Harimau Malaya mengekang larian deras Andik Vermansyah, Elie Aiboy dan Oktovianus Maniani malam tadi juga seolah-olah memberikan petunjuk jelas buat Thailand nanti.

Namun pada masa sama, kejayaan menewaskan Sang Garuda malam tadi sememangnya detik yang paling istimewa buat seluruh rakyat Malaysia, sekali gus mengulangi kecemerlangan final edisi dua tahun lalu yang menyaksikan Malaysia muncul juara buat julung kalinya.

Ternyata, skrip yang lebih kurang sama seperti mana edisi dua tahun lalu masih menjadi pilihan Rajagobal kali ini apabila kembali bangkit melakar dua kemenangan bergaya setelah dikejutkan Singapura 0-3 dalam aksi pembuka tirai kumpulan, Ahad lalu.


Sebaik membelasah Laos 4-1 dalam perlawanan kedua, Harimau Malaya tidak lagi menoleh ke belakang apabila menjadikan Sang Garuda sebagai medan melepaskan geram malam tadi sebaik dikritik hebat penyokong fanatik negara pada permulaan kempen kali ini.

Lebih manis, kekalahan Indonesia itu juga bermakna Sang Garuda ditunjukkan jalan keluar lebih awal dalam kempen kali ini setelah Singapura berjaya menewaskan Laos 4-3 dalam satu lagi aksi dramatik kumpulan yang berlangsung serentak di Stadium Shah Alam malam tadi.

Dengan keputusan itu, Singapura muncul juara kumpulan biarpun berkongsi enam mata dengan Harimau Malaya, namun kedua-dua pasukan dibezakan dengan jaringan gol.

Dalam perlawanan malam tadi, Harimau Malaya nyaris 'lemas' dengan asakan bertali-arus Sang Garuda yang dilihat beberapa kali berjaya memerangkap benteng pertahanan negara yang diterajui Aidil Zaquan Abdul Razak dan Mohd. Fadhli Shas.

Masalah komunikasi antara jentera tengah dan benteng pertahanan negara juga nyaris mengundang padah pada awal babak pertama, mujurlah kecekapan penjaga gol negara, Farizal Marlias melegakan lebih 60,000 penyokong tuan rumah.

Namun, keghairahan skuad kendalian Nil Maizar memburu gol awal akhirnya dihukum pasukan negara apabila Azammuddin Mohd. Akil tenang memecah kebuntuan pada minit ke-26.

Pemain pertahanan, Mahalli Jasuli menambah derita Indonesia apabila menggandakan kelebihan tiga minit kemudian hasil hantaran kemas Wan Zack Haikal Wan Nor sekali gus mengatasi jangkauan penjaga gol lawan, Wahyu Tri Nughoro.

Indonesia yang terdesak memburu gol penyamaan dilihat semakin garang lantas mengundang aksi kasar beberapa pemain negara selepas itu sehingga memaksa pengadil dari Uzbekistan, Kovalenko Valentin melayangkan kad kuning kepada Aidil dan Shakir Shaari.

Mujur kebijaksanaan Fadhli dan Zubir Azmi merantai pergerakan Andik dan M. Syafiq sepanjang babak kedua juga menyebabkan Indonesia berputih mata bagi menyamakan kedudukan.

Begitupun, kecederaan beberapa pemain seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha yang dilihat terhincut-hincut pada penghujung babak kedua dilihat meresahkan menjelang pertemuan menentang Thailand nanti.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2DqVPk9W6

Hakcipta terpelihara

Wednesday, November 28, 2012

Alhamdulillah.. Macam nie permainan baru boleh dipanggil Harimau..!

Misi Malaysia masih belum selesai




DARI kiri, Safiq, Safee, Wan Zack dan Khyril masing-masing menyumbang satu gol buat Malaysia ketika menentang Laos pada Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Malaysia menang 4-1.

MISI skuad Harimau Malaya masih belum selesai biarpun slot ke separuh akhir kembali terbuka sebaik anak-anak buah Datuk K. Rajagobal membelasah Laos 4-1 dalam aksi Kumpulan B kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Sedar atau tidak, kepantasan jentera serangan Laos yang diterajui Keoviengpheth Lithideth, Soukaphone Vongchiengkham dan Khampheng Sayavutthi ketika melakukan serangan kilat malam tadi juga sering kali 'melemaskan' benteng pertahanan negara yang diterajui Aidil Zafuan Abdul Razak dan Mohamad Fadhli Shas.

Jika aksi kurang meyakinkan itu ditunjukkan Harimau Malaya ketika berdepan Indonesia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Sabtu ini, tidak mustahil 'malapetaka' bakal menanti mereka.


Ini kerana Sang Garuda dilihat memiliki pemain yang jauh lebih pantas seperti Andik Vermansyah dan Oktavianos Maniani seperti mana yang dibuktikan mereka ketika mengejutkan Singapura 1-0 dalam satu lagi aksi kumpulan semalam.

Analisisnya mudah. Harimau Malaya dilihat mudah kehilangan fokus apabila terlalu ghairah menyerang selain mempamerkan persembahan yang 'tidak masuk akal' apabila gagal memecah kebuntuan mahupun ketinggalan.

Pada masa sama, ketumpulan penggempur yang diterajui Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha pada babak pertama juga cukup meresahkan biarpun pertahanan Laos dilihat tidak sehebat mana sebenarnya.

Pada aksi malam tadi, Rajagobal akhirnya 'mendengar kata' para pengkritiknya apabila melakukan sedikit rombakan termasuk mengetepikan bakal 'Raja Sehari', Khairul Fahmi Che Mat yang digantikan Farizal Marlias selaku penjaga gol manakala Mahalli Jasuli, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Mohd. Shakir Shaari juga tersenarai dalam kesebelasan utama.

Percaturan itu pada mulanya dilihat berhasil apabila Harimau Malaya berjaya mempamerkan gerakan yang jauh lebih tersusun berbanding semasa 'dikerjakan' Singapura 0-3 dalam aksi pembuka tirai kumpulan Ahad lalu.

Harimau Malaya terlebih dulu di depan menerusi sepakan percuma kapten, Safiq Rahim yang berjaya melepasi jangkauan penjaga gol Laos, Sengpachan Bounthisanh pada minit ke-15.

Namun, 'penyakit lama' Harimau Malaya kembali berulang apabila kesilapan Safiq melakukan hantaran lemah berjaya disambar Khampheng yang kemudiannya melorongkan bola kepada Khonesavanh Sysomvang sebelum rembatan pemain itu terkena kaki Aidil dan melepasi jangkauan Farizal untuk jaringan penyamaan Laos pada minit ke-38.

Mujurlah keadaan berjaya dikawal semula oleh anak-anak buah Rajagobal sebaik babak kedua bersambung apabila Safee yang sebelum itu dicemuh 20,000 penyokong tempatan, tenang menyempurnakan hantaran Wan Zack pada minit ke-66 untuk gol kedua Harimau Malaya.

Gol itu ternyata menyuntik kembali semangat Harimau Malaya yang memperoleh gol ketiga menerusi Wan Zack pada minit ke-75 sebelum pemain gantian, Khyril Muhymeen Zambri melengkapkan derita Laos menerusi gol keempat empat minit kemudian.

Dengan keputusan itu, Malaysia kini berada di tempat ketiga kumpulan apabila berkongsi tiga mata dengan Singapura, namun dipisahkan menerusi perbezaan jaringan.

Tatkala Singapura dilihat tidak berdepan masalah membenam cabaran Laos pada aksi terakhir kumpulan Sabtu ini, Malaysia sewajarnya sedar hanya kemenangan ke atas Indonesia sahaja yang mampu memastikan peluang mara ke separuh akhir sebelum boleh 'berkira-kira' sama ada mampu mempertahankan kejuaraan ataupun tidak kali ini.

Monday, November 26, 2012

Jika GAGAL kali ini.. Berundurlah SEMUA demi Sukan Bolasepak Negara

Kenyataan Terbuka
26 November 2012


Jika Skuad Kebangsaan Gagal ke Separuh Akhir, Undurlah Demi Sukan Bolasepak Negara

Atas rasa tanggungjawab sebagai penggerak dan pelopor anak muda tanahair, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merasakan sudah tiba masanya keputusan drastik harus dibuat bagi menyelamatkan bolasepak negara dari terus merundum.

Bolasepak merupakan sukan nombor satu negara, sukan yang paling diminati dari puluhan jenis sukan popular. Mustahil rakyat Malaysia tidak nampak apakah kelemahan dan kekurangan sebenar dan mustahil rakyat tidak tahu apakah faktor yang menyebabkan bolasepak negara tidak bermaya. Benarkah negara ini ketandusan bakat pemain sehingga gagal menyerlah dalam peringkat antarabangsa?

Percayalah bahawa negara ini tidak ketandusan pemain berbakat dan tidak juga ketandusan kepimpinan yang sebenarnya mampu membawa bolasepak negara ke tahap yang lebih baik. Cuma badan sukan bolasepak negara gagal menjalankan tanggungjawab tetapi tidak pula mengambil tanggungjawab dalam setiap kegagalan tersebut.

Puluhan tahun masa telah diberi, ratusan juta malah bilion ringgit telah dihabiskan, namun prestasi pemain kebangsaan bukan sahaja berada di takuk lama malah kini lebih jauh ketinggalan. Harus diingat, duit yang digunakan untuk pembangunan bolasepak itu adalah duit rakyat maka hasrat rakyat terbanyak harus diambil kira.

Sebagai sukan nombor satu di Malaysia, pastinya majoriti peminat mahukan prestasi terbaik mengikut kadar peruntukkan yang telah dilaburkan. Jika prestasi merosot pasti menimbulkan khuatir di kalangan peminat kerana telah banyak kali peluang telah diberikan untuk pasukan kebangsaan bangkit semula.

Bukan kali pertama bolasepak negara dilihat jatuh merundum, ia telah berlaku banyak kali termasuklah kemuncaknya pada tahun 2007 apabila Malaysia dibelasah teruk dalam ketiga-tiga perlawanan Piala Asia 2007. Malaysia tewas 0-5 kepada China, 0-5 kepada Uzbezkistan dan 0-2 kepada Iran walaupun ketika itu Malaysia sebagai tuan rumah bersama. Siri kekalahan memalukan itu berakhir dengan perletakkan jawatan Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah pada akhir Julai 2007. Ia juga kemuncak kedudukan tercorot pada awal 2008 apabila Malaysia menduduki tangga ke 170 dunia.

Perletakkan jawatan Tengku Abdullah merupakan satu keputusan yang tepat kerana bolasepak negara selepas itu kembali bersinar apabila bukan sahaja berjaya memperolehi pingat emas bolasepak sukan SEA kali pertama selepas dua dekad, malah pasukan Harimau Malaya turut berjaya menjuarai piala AFF edisi 2010 buat kali pertama dalam sejarah. Bolasepak negara kembali rancak, penyokong kembali memenuhi stadium dan Harimau Malaya kembali digeruni.

Namun sinar kebangkitan bolasepak tanahair dilihat tidak bertahan lama, tidak terus bangkit sepertimana yang diharapkan. Bolasepak negara hari ini disaksikan semakin tidak bermaya dengan permainan yang longgar tidak menunjukkan kegarangan.

Dalam beberapa perlawanan persahabatan kita tewas ditangan pasukan Vietnam dan Thailand. Pasukan malaysia juga hanya mampu seri dengan Hongkong, hampir tewas ditangan pasukan Filipina yang pernah kita tumbangkan dengan jaringan super besar 15-1. Baru-baru ini juga Kita gagal melepasi pasukan bolasepak Bangladesh sedangkan Thailand membelasah pasukan yang sama dengan jaringan lima gol tidak berbalas. Di manakah tahap sebenar permainan kita hari ini?

Semalam, Harimau Malaya bagaikan patah kaki apabila dibelasah tiga gol tidak berbalas oleh pasukan Singapura. Ini satu petunjuk jelas, bolasepak negara sekali lagi dalam bahaya. Persoalannya sampai bila? Wang berjuta diperuntukkan bukan untuk dihabis dengan hasil sebegini rupa?

Apakah yang sebenarnya perlu dilakukan? Presiden dan Timbalan Presiden FAM harus berundur?

Walaubagaimanapun, SAMM tetap optimis untuk melihat kejuaraan Piala AFF Suzuki dipertahankan oleh pasukan kebangsaan. Malaysia masih mempunyai peluang yang baik untuk mara ke separuh akhir setelah dibantu keputusan seri di antara Indonesia dan Laos. Terlebih dahulu Malaysia perlu membenam Laos sebelum membenam Indonesia dalam baki perlawanan kumpulan. Keputusan seri tidak banyak membantu dan jika kalah, maka ucapan selamat tinggal Piala AFF boleh dilafazkan.

Kita anak muda harus bersikap adil dalam perkara ini, peluang terakhir harus diberi sebelum sebarang keputusan drastik didesak. SAMM tetap menyokong pasukan kebangsaan sedia ada hingga ke wisel penamat dan menggesa orang ramai turun ke Bukit Jalil memberi sokongan mengambil kesempatan sebagai tuan rumah kejohanan. Sekurang-kurangnya peringkat separuh akhir kejohanan harus dijejak dan kejuaraan Piala AFF harus dipertahankan.

Namun sekiranya pasukan negara gagal melangkah ke peringkat separuh akhir, ia suatu perkara yang sukar diterima. Maka dengan keputusan seperti ini SAMM merafak sembah memohon supaya YM Presiden dan juga Timbalan Presiden FAM, memberi pertimbangan untuk melepaskan jawatan masing-masing, demi bolasepak negara.

SAMM juga mencadangkan Tan Sri Annuar Musa dilepaskan dari hukuman gantung FAM yang dikenakan ke atas beliau, dan Anwar Musa juga merupakan susuk paling berkaliber untuk dilantik sebagai Presiden FAM berdasarkan prestasi beliau dalam pengurusan dan pembangunan bolasepak peringkat negeri dan kebangsaan.

Inilah menifestasi anak muda yang ingin melihat bolasepak negara diselamatkan selain mengekang pembaziran melampau duit rakyat ke atas sukan bolasepak jika hasilnya tidak berbaloi.

Edy Noor Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia

Punca sebenar Malaysia tewas malam tadi.. bukan salah Rajagopal, Mat Yo, Apek dan semua terlibat..tapi..!!!

oleh AnakKedah007



Amboi sedapnya nahasa hangpa kata kat negara orang.... bila orang kata kat negara hangpa semua pakat meroyan.. nie mai dok panggil negara orang ANJING tu apa kejadahnya... Jika panggil ISRAEL ANJING ok la gua boleh terima.... Tak pun lagu yg PRESIDEN FAM LETAK JAWATAN...

So far bukan salah RAJAGOPAL, MAT YO, APEK dan semua yg bermain malam tadi tapi salah hangpa yg berkelakuan macam ANJING sendiri menyalak mengata negara orang

Kira game lawan LOAS nanti sapa yg dok buat macam nie kira tobat buang dah laa... 
 

Thursday, November 8, 2012

[Cekik Pengadil] - Inilah Padahnya bila buat satu perkara tak pikiaq panjang..!!!

Muhammad Bahiyuddin mohon maaf kerana cekik leher pengadil


Muhammad Bahyuddin Razali mencekik leher ref sebagai tanda tidak puas hati .
KUALA LUMPUR - Pemain bola sepak Kolej Komuniti Kedah (KKK), Muhammad Bahiyuddin Razali memohon maaf atas tindakannya mencekik leher pengadil pada perlawanan akhir Piala Menteri Pengajian Tinggi di Stadium Universiti Teknoloji Mara (UiTM), Selasa lepas.

Tekanan cukup tinggi untuk cuba menang piala. Saya tidak tahu bagaimana saya boleh bertindak seperti itu dan saya minta maaf kepada pengadil, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan semua rakan sepasukan atas tindakan saya.

"Saya tidak pernah bertindak seperti itu dan saya di luar kawalan ketika itu. Saya faham dan berharap ia dapat diteliti semula untuk diberikan hukuman lebih ringan," kata pemain berusia 24 tahun itu ketika dihubungi hari ini.

Pada perlawanan akhir itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengalahkan KKK 2-1 dalam masa tambahan.

Pada perlawanan itu, Muhammad Bahyuddin telah dilayangkan kad merah oleh pengadil Zulkifli Ahmad setelah mengasari pemain UKM Baharom Putra ketika kedua-dua pasukan itu terikat 1-1.

Dalam pada itu, pengurus pasukan KKK, Muhammad Amirul Abdullah, berkata Muhammad Bahiyuddin digantung oleh KKK dan tidak dibenarkan menyertai pasukan itu dalam semua pertandingan sehingga satu keputusan muktamad dibuat. - Bernama

Wednesday, August 8, 2012

LCW punya pasal... Solat Tarawih saya terganggu

 Solat Tarawih saya terganggu
ABD JALIL ALI
9 Ogos 2012


Lebih baik mengaku, saya bukan minat sangat pada sukan. Tetapi Ahad lalu, malam ke-16 puasa, solat Tarawih saya tidak berapa khusyuk sebab badminton. Setiap selepas salam dua rakaat, saya melihat seketika pada skrin BlackBerry.

Ada sms daripada anak saya di rumah: ‘Set pertama kita menang 21-15’. Sms seterusnya agak mendukacitakan: ‘Set kedua China menang 10-21’. Pada sujud terakhir rakaat kelapan, saya berdoa agar Datuk Lee Chong Wei menang set penentuan.

Doa saya, juga doa 28 juta rakyat, tidak dimakbulkan. LCW tewas, kali kedua dalam Olimpik, di tangan musuh yang sama, Lin Dan @ pemain No.1 dunia. Dan, Malaysia terus kempunan pingat emas sepanjang penyertaan dalam sukan tersohor dunia itu sejak merdeka.

Walaupun emas tidak berkilauan, secara peribadi saya tabik pada pemain No.2 dunia itu. Sebenarnya dia telah berusaha sedaya upaya, bermandi peluh dan berhempas pulas lebih kurang sejam untuk tiga set yang amat cemas itu.


Memang, hero dari negara China itu lebih bernasib baik. Tetapi kekalahan hanya dua mata pada set penentuan itu, sebenarnya sama seperti kemenangan buat Malaysia. Meski hanya membawa pulang pingat perak, saya menganggap LCW tetap wira.

Tentu yang paling kecewa ialah pemain itu sendiri. Melihat wajahnya di TV juga di akhbar jelas sekali memaparkan kesedihannya. Dia berasa gagal melaksanakan satu tanggungjawab berat untuk negara. Sebab itu dia menulis dalam Twitter selepas kegagalan: “Maafkan saya...”

Dia tidak perlu meminta maaf, sebab semua orang bersetuju bahawa dia telah melakukan yang terbaik. Mengambil kira fizikalnya yang tidak begitu mantap berikutan kecederaan kaki semasa Piala Thomas, tewas hanya dua mata pada temasya Olimpik London adalah dikira hebat.

Tetapi, biasalah pasti ada seorang dua yang bernada sinis, dan langsung tiada semangat kesukanan. Malang sekali salah seorang yang bernada sinis itu adalah wakil rakyat yang sepatutnya sentiasa memberi dorongan dan bukan komen negatif.

Adun Kota Alam Shah, M Manoharan sedap sahaja memperlekeh LCW, dan seperti mendewakan Lin Dan. Memang mengutuk lebih mudah, itu hak beliau sebagai YB. Tetapi ada ketikanya kutukan – walaupun dalam Twitter peribadi – hanya menampakkan sikap tidak bijak kita!

Seperti yang dibuktikan, rakan-rakan dalam pembangkang pun tidak bersetuju dengan kenyataan Manoharan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap apa yang dinyatakan oleh YB berkenaan sebagai “ulasan tidak bijak.”

Adun PKR Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata: “Kenyataan seperti itu tidak wajar dan tidak sepatutnya dikeluarkan kerana pada saya itulah kalau terlalu taksub pasal politik. Sepatutnya beliau lebih terbuka mengenai perkara itu dan tidak mencampuradukkan antara politik dan sukan.”

Veteran DAP Lim Kit Siang pun mengiktiraf kehebatan LCW, malah mencadangkan kerajaan memberi gelaran khas ‘Atlet Sepanjang Dekad’ kerana memenangi dua pingat perak bagi Malaysia dalam Sukan Olimpik.

Kalau tidak ada LCW Skuad Olimpik kita pulang dengan tangan kosong. Setelah sekian lama kita menyertai sukan dunia itu, pencapaian negara masih tidak ke mana. Kita sepatutnya berasa malu sebab ada negara yang jauh lebih mundur boleh meraih pingat beraneka warna pada sukan No.1 dunia ini.

Kita ada prasarana sukan yang terbaik. Stadium berkelas dunia, kolam renang bertaraf Olimpik, ada sekolah khas sukan, ada jurulatih dari luar negara, ada sekian banyak badan sukan, dan ada kementerian khusus sukan yang diperuntukkan beratus juta RM setiap tahun.

Tetapi dulu, kini dan selamanya tahap sukan kita pada Olimpik masih ‘gitu-gitu’. Ratus-ratus juta RM habis setiap tahun, antaranya menghantar pegawai kanan melihat sukan di luar negara, hasilnya tetap kosong. Orang Tanjung kata: “Pi mai, pi mai, dok tang tu!”

Pegawai sukan dan ketua-ketua badan sukan, tidak kira bola sepak, badminton, olah raga, asyik bergaduh sama sendiri. Mereka lebih bersemangat mempertahankan jawatan daripada berusaha untuk memajukan sukan.

Sesetengahnya menjadikan sukan sebagai landasan kelangsungan politik. Sebab itu sukan kita kantoi!

Kita ada empat tahun lagi sebelum Olimpik 2016 di Rio de Janeiro. LCW sudah tua ketika itu. Kalau inginkan emas, kita perlu mempersiapkan pengganti beliau. Siapa? Sumpah, saya tidak fikir M Manoharan boleh mengambil tempat LCW.

Thursday, June 7, 2012

Euro 2012 : Zaman Qiamullai & Tahajjud sudah bermula

Euro 2012: Siapa kegemaran anda

Kehangatan kejohanan bola sepak benua Eropah [EURO] 2012 sememangnya dirasai oleh peminat-peminat sukan ini. Sebelum ini penganjur bersama kejohanan ini adalah Austria dan Switzerland, kini giliran Poland dan Ukraine menjadi tuan rumah bersama dalam kejohanan kejohanan EURO 2012 yang dijangka akan berlansung pada 8 Jun esok.

Kejohanan berprestij ini menampilkan 16 buah negara termasuklah skuad-skuad bola sepak gergasi Eropah seperti England, Italy, Jerman dan juga juara EURO 2008 Sepanyol. Memetik dari satu portal rasmi TV3, “bermula 8 Jun hingga 1 Julai nanti, TV3 selaku rakan penyiar bersama Maxis, penaja utama siaran, bakal memberi anda liputan eksklusif setiap hari menerusi pelbagai rancangan, antaranya, Score Board (TV3), Grand Stand (TV3), Sorak Borak (TV3), Kaki Bola (TV9) dan peraduan “Be A Fan” di ntv7!”.

Ketua Eksekutif barangan sukan Jerman, Herbert Hainer juga turut mengulas mengenai bola Adidas yang bakal digunakan di dalam kejohanan EURO kali ini. Kata beliau, “pastinya, kami mencipta bola lebih pantas dan mahu menyaksikan lebih banyak gol dijaringkan pada saingan di Poland dan Ukraine nanti”.

Kejohanan yang menampilkan nama-nama besar di dalam bintang bola sepak ini turut mengundang para penonton untuk menonton perlawanan ini. Bahkan rata-ratanya mempunyai pasukan pilihannya yang tersendiri dan mereka mengharapkan pasukan pilihan mereka untuk menjuarai kejohanan EURO kali ini.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Saudara Khairul Faizi juga dilihat antara yang mengikuti perkembangan EURO ini. Beliau sendiri telah memilih Belanda sebagai pasukan pilihannya.

“Kenapa saya pilih Belanda? Pertama kerana ranking. Belanda berada di kedudukan kedua selepas Spanyol. Kedua, Belanda dibarisi dengan skuad pemain bertaraf dunia seperti Wesley Sneijder, Rafael van der Vaart ,Dirk Kuyt , Arjen Robben dan Robin van Persie. Ketiga, sebab jersi Belanda berwarna JINGGA”, ulas beliau di dalam portalnya.

Selain daripada anak muda, ternyata kejohanan-kejohanan besar seperti ini turut juga diminati oleh ahli-ahli politik. Ustaz Nasrudin juga adalah antara peminat tegar sukan bola sepak. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Malaysia turut memilih Spanyol sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan pada kali ini.

“Saya rasa Sepanyol antara pasukan kegemaran untuk memenangi EURO kali ini. Mereka bukan sahaja memiliki pemain-pemain bertaraf dunia seperti Xavi, Aniesta tetapi majoriti pemain-pemain dari negara ini bermain di liga Eropah dengan kelab-kelab bertaraf dunia seperti Barcelona, Real Madrid. Jadi apabila tenaga ini digabungkan di dalam satu pasukan pasti impaknya sangat memberansangkan. Bukan itu sahaja, mereka juga pernah memenangi kejohanan FIFA 2010 di Afria bahkan mereka juga berjaya menjulang trofi Henri Delaunay sebanyak dua kali di dalam kejohanan EURO selain Prancis”, beliau mengulas panjang.

Berikut merupakan jadual perlawanan yang dibawa secara langsung di TV3:

TARIKH
PERLAWANAN
MASA
8 Jun 2012, Jumaat
Poland lwn Greece
12.00 tgh mlm
9 Jun 2012, Sabtu
Belanda lwn Denmark
12.00 tgh mlm
10 Jun 2012, Ahad
Ireland lwn Croatia
2.45 pagi (Isnin)
11 Jun 2012, Isnin
Ukraine lwn Sweden
2.45 pagi (Selasa)
12 Jun 2012, Selasa
Greece lwn Republik Czech
12.00 tgh mlm
13 Jun 2012, Rabu
Belanda lwn Jerman
2.45 pagi (Khamis)
14 Jun 2012, Khamis
Sepanyol lwn Ireland
2.45 pagi (Jumaat)
15 Jun 2012, Jumaat
Sweden lwn England
2.45 pagi (Sabtu)
16 Jun 2012, Sabtu
Greece lwn Russia
2.45 pagi (Ahad)
17 Jun 2012, Ahad
Belanda lwn Portugal
2.45 pagi (Isnin)
18 Jun 2012, Isnin
Itali lwn Ireland
2.45 pagi (Selasa)
19 Jun 2012, Selasa
England lwn Ukraine
2.45 pagi (Rabu)
22 Jun 2012, Jumaat
Suku Akhir 2
2.45 pagi (Sabtu)
23 Jun 2012, Sabtu
Suku Akhir 3
2.45 pagi (Ahad)
28 Jun 2012, Khamis
Separuh Akhir
2.45 pagi (Jumaat)
1 Julai 2012, Ahad
Akhir
2.45 pagi (Isnin)

Saturday, May 12, 2012

[Video] Kedah bangkit ikat Lions XII 3-3


KEDAH membawa pulang satu mata berharga apabila mengikat Lions XII 3-3 di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.

Dalam perlawanan yang  bermula jam 7.45 malam tadi menyaksikan tuan rumah meledak gol pertama menerusi Kaptennya Shahril Ishak pada minit kesembilan.

Sejurus selepas itu, Kedah kembali bangkit mengikat kedudukan 1-1 hasil jaringan Khyril Muhymeen pada minit ke-21.
Lions menggandakan jaringan melalui penyerang Shahril Anuar di minit ke-28


Selepas separuh masa kedua bermula, Lions kembali menambah derita Sang Kenari hasil jaringan pemain pertahanan, Baihakki Khaizan pada minit ke-56.

Bagaimanapun Kedah kembali bangkit hasil jaringan Amar Rohidan menjadikan kedudukan jaringan 3-2.

Sang Kenari bagaikan mendapat suntikan semangat dan mempamerkan semangat tidak berputus asa apabila terus merapatkan kedudukan menerusi pemain import, Verdan Gerc menjadi wira pasukan mengikat Lions 3-3 minit ke-64.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga-malaysia/liga-super-kedah-bangkit-ikat-lions-xii-3-3-1.47455 (12/05/2012)

Friday, January 27, 2012

Semua tu alasan sahaja.. cakap la kata dengki.. Nama saja ada LANGKAWI tapi haram tak kayuh di pulau lagenda tu pun..!!


KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Bhd (MAS) sekali lagi akan menaja Jersi Putih (Pelumba Terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012, bermula 24 Feb ini.

Naib Presiden Kanan Serantau MAS (Jualan Malaysia) Azman Ahmad berkata ia merupakan misi perniagaan yang baik untuk menjadi penaja jersi juara Asia itu di kalangan pelumba kejohanan tahunan itu.

"Ia juga menjadi kebanggaan MAS untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama strategik dan rakan perkongsian dengan Kementerian Belia dan Sukan, selaku penganjur LTdL 2012," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perlumbaan LTdL sejauh 1,414.8km dari 24 Feb hingga 4 Mac ini menampilkan 22 pasukan profesional termasuk dua pasukan Malaysia iaitu skuad kebangsaan dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG).

Kejohanan 10 hari itu itu bermula dengan perlumbaan peringkat pertama iaitu ujian masa individu sejauh 20.3km di Putrajaya dan peringkat akhir tamat di Kuala Terengganu. - Bernama

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu hari ini menyerahkan cek tajaan bernilai RM1 juta sebagai tuan rumah kepada tiga peringkat terakhir Le Tour de Langkawi (LTdL).

Cek diserahkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said kepada Pengarah Pengurusan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ab Jalil Abdullah yang mewakili LTdL.

Ahmad berkata ini merupakan kali pertama kerajaan negeri membuat penajaan kejohanan lumba basikal terbesar Asia itu.

"Saya pasti penganjuran ini akan memberi impak yang besar dan membantu ekonomi negeri terutama aspek yang melibatkan sukan," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Terengganu akan menjadi tuan rumah bagi peringkat Pekan ke Chukai (100.8 km), Kemasik-Kuala Terengganu (165.7km) dan Tasik Kenyir-Kuala Terengganu (114.8km).

Kejohanan akan berlangsung dari 24 Feb hingga 4 Mac ini.

Beliau juga berharap penganjur LtdL menjemput pasukan yang turut diwakili pelumba Terengganu seperti Champion System dari China yang memiliki Anuar Manan dan Adiq Husainie Othman serta OCBC Cycling Team Singapura yang mempunyai Ahmad Haidar Anuwar.

Ahmad berkata bagi memeriahkan lagi LTdL, kerajaan negeri akan turut mengadakan beberapa acara berbasikal. - Bernama

Misi hidup, mati skuad Kedah


KEDAH (jersi hijau kuning) tiada pilihan lain kecuali menang pada aksi menentang Johor FC malam ini bagi mengembalikan keyakinan mereka.


PERTEMUAN Kedah dengan Johor FC di Stadium Darulaman, Alor Setar malam ini ibarat hidup dan mati berikutan himpitan tekanan skuad Kenari yang masih gagal mencapai sebarang kemenangan selepas mengharungi empat perlawanan Liga Super musim ini.

Perlawanan itu juga pasti menjadi tumpuan penyokong dan pemain selain pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang sudah pastinya mengharapkan tuah berpihak kepada mereka.

Biarpun KFA meminta penyokong tidak gusar, sebaliknya memberi peluang kepada skuad Kenari meningkatkan aksi mereka, namun realiti yang mungkin tidak boleh dielakkan ialah tekanan akan terus memuncak jika kemenangan malam ini berpihak kepada lawan.

Pertemuan dua pasukan yang boleh dianggap ‘final’ itu bakal menjadi penentu bagi meredakan sedikit tekanan yang ditanggung Kedah atau sebaliknya.

Perlawanan ini juga ‘menarik’ kerana kedua-dua pasukan kepingin kemenangan untuk keluar daripada dasar carta liga.

Sebahagian penyokong Kedah sebelum ini juga mahu KFA bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi Kenari selain desakan pengurus pasukan, Datuk Khazali Din berundur daripada jawatannya.

Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Hasmadi Hamzah memberitahu, para penyokong bersikap tunggu dan lihat perkembangan prestasi pasukan itu, khususnya keputusan perlawanan menentang Johor FC.

Katanya, sekiranya tersurat Kedah tewas, dia percaya gelombang desakan penyokong kian memuncak selain bakal menyaksikan kemerosoton orang ramai ke stadium selepas ini.

“Kita terkilan kerana KFA gagal mendapatkan penyerang import berkualiti seperti Marlon Alex James (penyerang Angkatan Tentera Malaysia).

“Kononnya faktor usia dan kecederaan biarpun pemain itu dikatakan berminat menyarung jersi Kedah.

“Ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan yang masih dalam penggantungan diharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu kebangkitan Kedah kerana dia masih dapat memberi arahan di belakang tabir,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib menuntut pemain Kedah memberikan aksi terbaik dan komitmen tinggi bagi mencari kemenangan pertama musim ini.

Katanya, kemenangan itu mampu melonjakkan kedudukan Kedah ke tangga lebih baik kerana perbezaan mata yang kecil dengan pasukan lain.

“Kedah memiliki barisan pemain berkaliber dan komited untuk memperbaiki kelemahan, namun tidak boleh secara mendadak.

“Semua pihak yang sayangkan skuad Hijau Kuning perlu terus berada di belakang pasukan dan bersabar,” katanya.

Tuesday, January 17, 2012

Surat Cinta kepada KFA selepas 3 game pasukan Kedah : Mangkit Cek Oi Mangkit..!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhO6hZQQSq-QcMOEL8Qz9OVSBarDNkOjrq0HKuxVOZjfV1KBElVEC1x96flJmx99EzjvyemdtAhrsJhbdH16M4xUGRv3SbNQ02WlwbKNs4KB9tA8gNfH38t1TUKjuztRpHZ6vqgTQbQezgj/s1600/2012-01-17_232932.jpg

1 - "Pemain import sangat mengecewakan pada malam ini"
2 - "Saya akan berbincang dengan pengurusan. Jika perlu tukar pemain import, tukar saja"

3 - "Menentang Kelantan Jumaat ini, kalau saya rasa nak turunkan semua pemain local, saya akan turun dengan semua pemain local"


Antara komen-komen pedas pasca-perlawanan menentang PKNS Selangor oleh Coach Mohd Nidzam Adha Yusof sebentar tadi bersama RTM.

Ini komen penyokong yg kami kutip di facebook:

Hafizlah Zainolabidin
defend kedah pmain tempatan pn xpe,aku tgk dh ok,cma kedah kna cri pemain import tngah n striker yg btul2 brkualiti n sempoi...,kfa jgn dk smpan wang2...BANGKITLA KEDAH

Hijau Kuning
penyokong kat stadium td lbh ramai penyokong kedah...KFA tolong la jgn mengecewakan penyokong lg..jgn smpi nanti stadium kosong baru nak kalut..ambik pemain import yg lebih bermutu...

Anizar Bin Arifin
sebelum sign kontrak masa friendly pulun sakan.90min agkat tgn mintak bola.mcm2 skill hg tnjuk.bila dh sign main mcm hampeh.klau game lps ni mcm tu jgk elok buang ja la.

Mohamad Asyraaf
Saya amat-amat setuju dengan apa yang dikatakan oleh PEMANGKU jurulatih pasukan Kedah, Nizam Adha tadi. Apa yang jelas tadi, impak Baddrol Bakhtiar amat ditagih selepas ini manakala sudah tiba masanya Nizam Adha menukar corak permainan pasukan Kedah.

Kenapa saya berkata sedemikian? Ya, sudah pasti kerana jelas pemain pasukan Kedah seolah-olah sedang berlatih menahan asakan pasukan lawan. Sepakan entah kemana hala oleh barisan pemain pertahanan ketika diserang sedangkan pada secara dasarnya pemain boleh membuat sepakan kearah rakan sepasukan.

Corak permainan 'long ball' adalah amat tidak sepatutnya pasukan Kedah amalkan kerana jika bermain hantaran pendek rasanya peluang untuk kehilangan penguasaan bola itu akan dapat diminimakan.

Pemain-pemain pasukan Kedah tahun 2012 ini boleh dikatakan 70% adalah muka-muka yang sudah dua hingga tiga tahun dalam arena Bolasepak Malaysia dan boleh dikatakan cukup mantap apabila mendengar nama-nama berikut, kecuali tiga hingga empat pemain baru yang diambil oleh pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah - KFA - tetapi kesilapan-kesilapan mudah oleh muka-muka lama ini adalah amat dikesali.

Adakah jurulatih masih bersalah jika pemain itu sendiri selalu membuat kesilapan yang paling mudah iaitu menampan bola pun tak betul? Rasanya itu sudah menjadi kesalahan pemain itu sendiri. Memang taktikal diatur oleh jurulatih dan pemain wajib mengikuti arahan jurulatih dan seandainya tidak menurut kata, ruang kosong di bangku simpanan adalah habuan untuknya.

Oleh itu, jurulatih perlu menukar corak 'long ball' kepada 'short pass'. Ini benda asas yang perlu Nizam mahupun selepas ini Wan Jamak kerana jika penguasaan bola gagal dilaksanakan, mana mungkin serangan dapat dilakukan secara kerap.

Satu lagi, tak guna juga kita mencari kesalahan sampai ke lubang cacing sekalipun tetapi tidak disertakan dengan sesuatu yang dapat membaiki prestasi pasukan. Ayuh kita sama-sama memerah idea untuk membantu sang kenari.

Mungkin ada yang akan kata, "hang cakap boleh la, tobat coach akan kata, 'saya coach ka hang yang coach?'" tetapi bagi saya, mencuba tetapi gagal adalah lebih baik tanpa tidak mencuba langsung kerana sekurangnya kita ada Usaha dan Ikitiar dan selebihnya lebih baik kita berDoa dan berTawakal.

Sekian sedikit luahan hati/coretan kekecewaan/harapan yang masih belum pudar kepada pasukan kesayangan sampai mati, negeri Kedah Darul Aman. Kalah atau menang,gemilang atau hina pasukan, mahupun jatuh bangun saya sebagai PENYOKONG SETIA HIJAU KUNING akan terus dibelakang pasukan.

SEMOGA PIHAK PENGURUSAN TAU APA PENYAKIT KEDAH SEBENARNYA...

KREDIT KAT FAN PAGE: PENYOKONG SETIA HIJAU KUNING

Thursday, January 12, 2012

Surat Cinta Pada MB Kedah - Masih banyak yang sayang pada team Hijau Kuning...

Assalamualaikum...

kalau kedah lanie masih ingat,saya pernah tulis dah msg lebh kurang camni sblum ni,tapi buat kali kedua rasanya perlu kerana saya sayangkan pentadbiran kerajaan Kedah yg duk ada la ni..
didoakn moga kerajaan kedah trus kekal untk meningkatkan lagi kualiti hidup kat kedah ni,amin..

Saya nak share pasal keresahan ramai fan2 bola sepak kedah la ni..

seperti yg kita tau kedah ni kuat gn bolanya,dan ada bunyi2 dah kata ustaz azizan gagal tadbir KFA gn baik,kedekut duit ,tak pandai cari sponsor dan macam2 lagi..semua ni membawa effect kepada kerajaan negeri kedah skrng..

perlu diingat sesetengah orang muda yg tak ikut sgt politik akan mengundi base on benda2 camni la,dia rasa ustaz azizan jaga kfa tak elok,dia undi bn,sebab bola macam2 leh jadi,saya tau sebb saya memang duk gn depa2 ni,kita yg rugi nnti..

So disini saya cadangkan untk cik bagi pendapat kat ustaz azizan untk lepaskan jawatan gn rela hati dan buat pilihanraya untk pilih calon2 profesional yg btui2 tau pasai bola,tau cari sponsor(penting sgt untk kemajuan bola kedah yg mngkn ustaz azizan terlepas pandang) dan pentadbiran..bukan nak pertikaikan kredibiliti ustz azizan,tapi beliau sudah cukp buzy gn keja2 negeri,baik kita ringankan beban dia pegang kfa sekaligus dapat focus kat kerajaan kedah..

InsyaAllah kalau dia buat cam saya cakap tu,buat pilihanraya untk pilih presiden kfa dan kemudian kerajaan negeri support kfa dari belakang,orang akan respect ustz azizan dan suka akan keputusan dia...dalam masa sama insyaAllah Negeri Kedah akan maju dari segi pentadbiran(yg sememangnya kian maju) dan juga Sukan(terutamanya bola yg memang kita tau betapa semangat orang kedah)...

harap sangat2 rintihan saya ni dapat diketengehkan ke pihak2 yg sepatutnya..

Pembaharuan dalam bola sepak seperti yg giat dibuat kelantan akan menambahkan sayang rakyat gn kerajaan la ni..

Sori,panjang lebar dan kurang menarik susunan bicara,tgh exam mode,harap kita serba sket dapat membantu negeri kesayangan kita...

saya tau saya cuma rakyat biasa ja,tapi harap sgt dapat dipertimbangkan cadangan ni demi kejayaan negeri kita yg tercinta..

Terima kasih bnyak kerana sudi dengar luahan saya ..

Aku Nama Zuhai
Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua..

Saturday, December 17, 2011

PERR - Kedah kena lawan semula dengan Penang

Aksi Kedah, Melaka dibatalkan
Piala Emas Raja-Raja

ENTAH mana silapnya, perlawanan separuh akhir pertama Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2011, membabitkan pertemuan Kedah menentang Melaka sepatutnya diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam, terpaksa dibatalkan.

Ia berikutan bantahan daripada pihak Persatuan Bola Sepak Melayu Pulau Pinang (PBPP) yang mendakwa pasukan Kedah menurunkan Azrizan Ahmad yang digantung perlawanan semasa mewakili SDM Kepala Batas dalam saingan Piala Presiden, tahun lalu.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah Darul Aman (PBMK), Syed Ahmad Syukri Syed Abdullah berkata, pihaknya agak terkilan dan kecewa keputusan dilakukan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), namun akur dengan ketetapan tersebut.
“Kami menerima keputusan ditetapkan Jawatan­kuasa Pertandingan PERR, walaupun sedikit terkilan kerana segala persiapan dibuat memandangkan kami menjadi tuan rumah dan menanggung segala kos perbelanjaan.
“Malangnya, aksi separuh akhir ini tidak dapat diadakan. Namun begitu, kami terima dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai masalah teknikal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ini bermakna, kemenangan Kedah mengatasi Pulau Pinang 1-0 Disember lalu dibatalkan dan satu perlawanan ulangan melibatkan aksi suku akhir kedua terpaksa dilangsungkan semula Selasa ini di Stadium Bandaraya.
Untuk rekod, Kedah adalah juara edisi sulung PERR pada 1922 yang mana pada waktu itu dikenali sebagai Piala Emas Sultan-Sultan.

Sunday, November 27, 2011

3 gol dalam tempoh 6 minit mengundang padah buat Harimau Muda

Bahrain malukan Harimau Muda

PEMAIN pertahanan Harimau Muda, Mohd. Zubir Azmi (kiri) diasak pemain Bahrain, Sami Mohamed Al Husaini pada aksi Kumpulan C kempen kelayakan Olimpik 2012 di Stadium, Bukit Jalil malam tadi. Harimau Muda tewas 2-3.

TIGA gol pasukan lawan dalam tempoh enam minit mengundang padah buat Harimau Muda apabila tewas 2-3 kepada Bahrain pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Lebih mendukacitakan, anak-anak buah Ong Kim Swee gagal menggunakan kelebihan dua gol sekalipun Bahrain terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua.

Ternyata beraksi di depan lebih 40,000 penyokong sendiri bukannya kelebihan buat Harimau Muda yang mungkin sudah boleh melupakan impian untuk menjejakkan kaki ke bumi London tahun depan.

Percaturan jurulatih Bahrain, Salman Shareeda yang membawa masuk dua penyerang gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna, dalam tempoh 10 minit membuahkan hasil apabila kedua-dua pemain itu meledak ketiga-tiga gol pasukan pelawat.

Bahrain terlebih dahulu menguji gawang negara apabila rembatan Mohamed Ali Tayeb Al-Alawi terus ke dakapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat seawal minit kedua.

Tersentak dengan asakan itu, Harimau Muda yang kembali mengatur gerak, namun rembatan Wan Zack Haikal Wan Nor hasil hantaran cantik satu dua bersama Irfan Fazail, mudah dibaca penjaga gol pelawat, Ashraf Waheed Al-Sebaie lima minit kemudian.

Gol pendahuluan Harimau Muda akhirnya menjelma apabila rembatan deras kaki kiri Nazmi Faiz Mansor dari luar kotak penalti terus menerjah jaring Bahrain pada minit ke-30.

Jaringan itu ternyata menambah tonik Harimau Muda apabila berterusan menggandakan asakan, namun tandukan Mohamed Amer Saidin sedikit melewati palang gol hasil sepakan penjuru Mahali Jasuli pada minit ke-37.

Sebaik babak kedua bersambung, Bahrain dilihat semakin tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Fahad dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Mohd. Affize Faisal Mamat pada minit ke-58.

Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya Harimau Muda yang berjaya menggandakan kelebihan apabila kesilapan mudah Ashraf Waheed yang gagal menangkap kemas bola hantaran lintang Mohd. Fandi Othman dihukum Mahali Jasuli yang tenang menyambar bola muntah untuk gol kedua pada minit ke-66.

Bahrain yang tidak berputus asa berjaya merapatkan kedudukan apabila sepakan gunting Saad Salah terus menerjah gawang Harimau Muda pada minit ke-80.

Gegak gempita di Stadium Nasional, Bukit Jalil akhirnya bertukar sunyi sepi apabila Isa Ahmed berjaya menjaringkan dua gol pantas dalam tempoh dua minit bagi memastikan tiga mata berharga buat Bahrain.

Cubaan Harimau Muda untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan tidak berhasil apabila Mohd. Ferris Danial Mat Nasir yang tidak dikawal gagal menyambut hantaran Mahali pada masa kecederaan.

Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat Harimau Muda dalam saingan kelayakan Olimpik selepas tewas 0-2 dalam dua-dua perlawanan menentang Jepun dan Syria sebelum ini.

Dengan keputusan itu, Harimau Muda kini kekal di tangga tercorot Kumpulan C, sementara Jepun kekal menerajui takhta apabila menjinakkan Syria 2-1 di Stadium Olimpik Nasional, Tokyo semalam.

Saturday, November 26, 2011

Malaysia mahu 'pulun' Bahrain


KIM SWEE memberi taklimat kepada barisan pemainnya pada sesi latihan ringan menjelang pertemuan dengan Bahrain malam ini.

MALAYSIA akan tampil dengan corak menyerang dalam usia memburu tiga mata penuh pada aksi menentang Bahrain pada saingan Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

"Kami akan terus menyerang sebaik wisel permulaan dibunyikan dengan harapan dapat meraih jaringan awal," jelas jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim swee.

Menurutnya, di sebalik menggunakan corak menyerang terhadap pasu- kan hebat seperti Bahrain, beliau juga tidak mahu barisan pertahanannya leka dengan membuat kesilapan kecil seperti yang berlaku pada aksi menentang Syria, Rabu lalu.

"Saya tetap mengutamakan aspek pertahanan dan sering mengingatkan semua pemain agar cuba mengelak daripada melakukan kesilapan.

"Jurang antara kita dengan pasukan-pasukan dari Asia Barat tidak begitu jauh. Oleh sebab itu, saya yakin kita mampu mencapai satu keputusan positif pada malam esok (hari ini)," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Meskipun Kim Swee kini mempunyai banyak pilihan pemain untuk disenaraikan dalam kesebelasan utamanya, namun beliau masih belum memutuskan siapa yang bakal diberi kepercayaan mengetuai jentera serangan.

Apa yang pasti, A. Thamil Arasu bakal sekali lagi diberi kepercayaan sambil Muhd. Nazmi Faiz Mansor akan kembali menerajui bahagian tengah.

Khidmat pemain pertahanan, Mohd. Muslim Ahmad mungkin tidak dapat digunakan kerana pemain terbabit masih mengalami kecederaan hamstring.

"Muslim dijangka tidak dapat beraksi ekoran masalah kecederaan hamstring yang dihadapinya ketika menentang Syria pada Rabu lalu," katanya.

Tambahnya, beliau masih mempunyai pilihan untuk menggantikan posisi Muslim dan Amer Saidin yang beraksi cemerlang pada aksi menentang Syria bakal diberi kepercayaan.

Namun, pada masa yang sama, Kim Swee mengakui kehilangan khidmat perancang utama negara dan kapten Sukan SEA 2011, Baddrol Bakhtiar, 23, yang tidak dapat beraksi berdasarkan faktor umur.

"Ketiadaan Baddrol amat dirasai oleh kami, namun kami tidak mahu mengambil itu sebagai satu alasan, malah terus berazam untuk memburu kemenangan pertama di hadapan penyokong sendiri," ujarnya.

Sementara itu, jurulatih Bahrain, Shareed mengakui bukan satu tugas yang mudah untuk mencuri tiga mata berharga di Stadium Nasional pada malam ini.

Katanya, meskipun menyedari Malaysia akan berjuang habis-habisan, beliau tetap optimis untuk memburu kemenangan pertama bagi menghidupkan peluang kembali untuk bersaing di dalam peringkat kumpulan.

"Malaysia satu pasukan yang sangat bagus. Corak permainan mereka sangat pantas dan memiliki barisan pertahanan yang sangat kukuh," katanya.

Friday, November 25, 2011

‘Kami mahu menang’


“KAMI masih ada peluang untuk terus memberi cabaran dalam saingan Kumpulan C. Walaupun tewas kepada Syria baru-baru ini, saya tetap yakin bahawa peluang Malaysia untuk meneruskan saingan dalam aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia tetap ada.”

Itu keyakinan yang dilontarkan oleh jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang aksi menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Kim Swee memberitahu bahawa perlawanan ‘hidup mati’ menentang Bahrain itu amat penting buat Malaysia dan tiga mata perlu diperoleh bagi menghidupkan kembali peluang untuk memburu tempat kedua peringkat Kumpulan C.

Jelasnya, jika pasukannya mampu melakarkan kemenangan menentang Bahrain yang dibimbing oleh Salman Shareeda esok, ia bakal memberikan impak kepada barisan pemain Malaysia untuk terus melontarkan saingan dalam Kumpulan C yang turut disertai Jepun dan Syria.

“Saya masih percaya kami masih mempunyai peluang untuk memburu tempat kedua dalam Kumpulan C dengan syarat kami berjaya menewaskan Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini (esok).

“Malah, selain mahu memburu tiga mata pertama di laman sendiri, perlawanan ini boleh diibaratkan sebagai misi ‘hidup mati’ buat kami. Jika gagal mencapai kemenangan, ia akan menutup peluang kami untuk menduduki tempat kedua dalam kumpulan.

“Namun, sekiranya kami berjaya menewaskan Bahrain, ia sudah tentu menjadi satu motivasi yang cukup bagus dan memberikan impak yang sangat baik untuk kami meneruskan saingan yang lebih baik dan hebat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada masa yang sama, Kim Swee juga berkata, kehadiran tiga tonggak utamanya yang kembali menjalani latihan, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd. Fadhli Shas dan Irfan Fazail akan memberinya banyak pilihan menjelang aksi menentang Bahrain, namun tahap kecergasan mereka tetap dipantau.

“Kehadiran tiga pemain itu (Syahrul, Fadhli dan Irfan) adalah berita baik buat kami, namun saya tidak mahu terburu-buru membuat sebarang keputusan (sama ada mereka akan diturunkan atau sebaliknya).

“Selepas meneliti tahap kecergasan mereka, saya akan nilai prestasi mereka sebelum aksi menentang Bahrain.

“Apa yang paling penting ialah kami tidak akan berputus asa untuk meneruskan perjuangan walaupun saya menyedari misi Bahrain adalah untuk mencari kemenangan,” ujarnya.

Sebelum ini, Bahrain tewas dua kali kepada Jepun iaitu 1-3 (aksi pertama) dan 0-2 pada aksi kedua.

“Saya yakin mereka sudah terdesak untuk mencari kemenangan,” tambah Kim Swee.

Thursday, November 24, 2011

Saya juga ada perasaan - Fakri


FAKRI dikutuk peminat tempatan gara-gara persembahan yang kurang meyakinkan sebagai peledak utama skuad Harimau Muda.

“SAYA juga ada perasaan, sesiapa pun pastinya terkilan jika dikutuk sebegitu rupa.“Mulut orang memang susah nak ditutup, jadi saya tidak peduli dengan kutukan itu dan menganggapnya sebagai suatu cabaran buat saya.”

Demikian respons ringkas penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saaraini ketika menjawab segala tohmahan dan kejian yang dihamburkan kepadanya ketika ini.

Kegagalan Ahmad Fakri, 22, dalam menyempurnakan beberapa peluang terhidang ketika tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, ternyata mengundang kemarahan majoriti peminat fanatik bola sepak tempatan yang lantang mengecam pemain Negeri Sembilan itu secara terbuka, tidak kira dari tepi padang mahupun di laman sosial Facebook.

Ternyata, peminat tempatan masih belum dapat melupakan ‘dosa’ Ahmad Fakri yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Indonesia sekali gus mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini.

Sama ada sedar atau pun tidak, mungkin ada yang terlupa dengan jasa pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang berjaya meledak gol tunggal ketika menewaskan Myanmar pada pusingan separuh akhir, sekali gus menempah slot untuk beraksi di final Sukan SEA 2011.

Malah, mungkin ramai juga yang tidak percaya betapa Ahmad Fakri sebenarnya merupakan antara penyerang termuda terbaik yang dimiliki negara selain Thamil Arasu ketika ini, gara-gara kecederaan yang menimpa Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan.

“Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol, cuma saya kurang bernasib baik.

“Hendak kutuk pun biarlah berpada-pada dan ada batasnya, namun setakat ini saya masih mampu bersabar,” katanya kecewa.

Menurut Ahmad Fakri, dia berazam untuk membuktikan sesuatu sekiranya diturunkan Ong Kim Swee ketika menentang Bahrain, Ahad ini.

“Jika saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang Bahrain nanti, sudah tentu ia memberikan moti- vasi yang lebih baik buat saya.

“Cuma pada masa sama, saya tetap berharap supaya penyokong faham dengan kesungguhan saya setiap kali beraksi. Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat saya, sudah tentu ia tidak semudah dijangkakan,” katanya yang memohon dimengertikan.

Wednesday, November 23, 2011

Harimau Muda hilang taring





PEMAIN Malaysia, Nazmi Faiz Mansor (kiri) diasak oleh pemain Syria pada aksi kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Pada aksi tersebut, Malaysia tewas 0-2.


KATA ORANG, robot pun boleh kehabisan bateri sekiranya ‘dilenjan’ habis-habisan.

Namun, lain pula ceritanya dengan skuad Olimpik Malaysia yang tampil dengan persembahan bertenaga meskipun gagal menjinakkan Syria apabila tewas 0-2 pada perlawanan kedua aksi kelayakan Olimpik pusingan akhir Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Kudrat anak-anak buah Ong Kim Swee yang masih keletihan selepas mempertahankan pingat emas Sukan SEA ternyata dipuji apabila mendapat ‘tonik semangat’ daripada lebih 20,000 penyokong yang memberikan tepukan bergemuruh sebaik perlawanan tamat.

Malah sebelum sepak mula, pasukan Syria yang tiba di Kuala Lumpur sejak Sabtu lepas berbanding Harimau Muda yang hanya tiba dari Jakarta kelmarin dilihat seolah-olah beraksi di tempat sendiri apabila turut menerima sambutan hangat penyokong tuan rumah, situasi yang cukup berbeza yang diterima pasukan negara ketika di Stadium Gelora Bung Karno pada temasya Sukan SEA sebelum ini.

Kim Swee juga dilihat melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utamanya apabila meletakkan Wan Zack Haikal Wan Nor yang digugurkan daripada skuad emas sebelum ini untuk bergandingan bersama Fandi Othman, K. Gurusamy dan Nazmi Faiz Mansor di bahagian tengah sementara Mohammad Zubir Azmi, Amer Saidin, Mohamad Muslim Ahmad dan Mahali Jasuli menerajui benteng pertahanan negara.

Pasukan Harimau Muda yang mengasak seawal minit pertama kempunan menjaringkan gol pendahuluan apabila percubaan penyerang kontroversi, Ahmad Fakri Saaraini melambung tinggi meskipun kesilapan penjaga gol Syria, Ibrahim Alma gagal mengeluarkan bola dengan kemas dari kawasan penalti.

Syria yang dikendalikan jurulatih Immad Khankan kembali bangkit mengasak sebelum memperoleh peluang terbaik lima minit kemudian namun percubaan terus M. Zakaria Al Omari terus ke dakapan kapten Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Khairul Fahmi sekali lagi bertindak cemerlang apabila berjaya menangkap kemas percubaan penyerang kelab Al-Iltihad, Mohammad Fares pada minit ke-10 sebelum menepis percubaan Mardek Mardkian enam minit kemudian.

Peluang terbaik Malaysia untuk mendahului hadir selepas itu apabila Wan Zack dilihat beberapa kali gagal memanfaatkan hantaran cantik Nazmi Faiz dari tengah padang, sementara tandukan Thamil Arasu sedikit sipi pada masa kecederaan bagi menyaksikan kedua-dua pasukan kekal terikat tanpa jaringan ketika tamat separuh masa pertama.

Malaysia yang cuba meneruskan penguasaan sebaik babak kedua bersambung dikejutkan dengan gol pendahuluan pelawat menerusi tandukan S. Solaiman pada minit ke-51.

Gol itu ternyata menyuntik semangat Syria yang kembali menggandakan asakan, namun kecemerlangan Khairul Fahmi menjaga gawang wajar dipuji termasuk menggagalkan percubaan Mohammad Zbida dan Mohammed Fares beberapa minit selepas itu.

Penyerang gantian Syria, Nassouh Nakkdahli yang masuk menggantikan Mardkian akhirnya menamatkan mimpi ngeri tuan rumah apabila mudah menolak masuk gol kedua kira-kira tiga minit sebelum perlawanan tamat.

Malaysia kini menghuni tangga kedua tercorot kumpulan sementara Jepun kekal menerajui Kumpulan C setelah menjinakkan Bahrain 2-0 dalam satu lagi perlawanan semalam.

Malaysia akan melayan kunjungan Bahrain di stadium sama Ahad ini.