Showing posts with label KedahLa. Show all posts
Showing posts with label KedahLa. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

BONGKAR 403 : Orang suruh hang jawab akan isunya bukan "hang kelepiaq..!!"

RM403 juta... jawablah dengan fakta Mat Bashah oooiii, jangan bagi hujah macam budak kanyaq Pekan Naka tuu..

Oleh: Ipad China

Alahai Tok Mat Bashah... kami serang hangpa dengan fakta dan angka takkan jawab macam budak kanyaq UMNO Pekan Naka tu saja isu RM403 juta... mudah saja jawab, "tak ada penyelewengan apa-apa pun, fitnah pihak pembangkang jee tuu.."

Kalau pihak BN dulu tak bersalah, kenapa mahkamah jatuh hukum arahkan kerajaan negeri bayar RM11 juta dalam isu Yayasan Islam, arahkan bayar RM2.16 juta dalam isu udang Kerpan, saman demi sama oleh pihak tertentu terhadap seri Temin atas kesalahan depa dulu? serta semua angkara BN dulu hingga kerajaan la ni kena tanggung beban sampai RM403 juta. 
Mat Bashah kena jawab kata (contohnya) hakim tu tak betoi, dia gila masa jatuhkan hukuman.... kira boleh pakai jugak jawapan macam tu sebab spesifik kepada isu dibangkitkan (kih kih) tapi kalau sebut.. itu cuma fitnah pihak Pakatan... budak kanyag UMNO kaki maki hamun kat Pekan Naka tu pun reti buat macam tuu. Takpalah mat bashah oii... mai jawab isu ni pulak...
Gagal Projek 990East Langkawi rugi RM48 juta... UMNO sanggup serah negeri dekat pihak asing!!!

Projek 990 East Langkawi bermula sejak 15 Januari 2007 di mana perjanjian usahasama dan perjanjian saham ditandatangani oleh KCB dengan Terra Monda Pte Limited iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di England. CEO KCB pada ialah Datuk Tajul Urus Md Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok. Terma perjanjian berat sebelah, di mana PKB perlu menyediakan tanah seluas 360 ekar di Bukit Malut serta segala pengurusan yang berkaitan dengan tanah. Terra Monda (syarikat asing) pegang 80 peratus saham. Mengapa benarkan pihak asing kuasai pemilikan sampai 80 peratus?

Isu besarnya ialah tanah yang dimasukkan dalam perjanjian itu bukan milik KCB. Terpaksa buat pengambilan, urus pampasan terhadap tanah pihak lain yang bukan milik kerajaan negeri, termasuk individu. KCB juga dikatakan akan membina ‘mahligai’ bernilai RM5 juta untuk pihak tertentu (terdapat dalam terma perjanjian, kini harga cecah RM9 juta). Nilai untuk semua kos, termasuk kos luarjangka yang sangat besar itu, premium tanah sahaja RM39 juta.

Sekarang kerajaan negeri sedang berunding dengan Terra Monda untuk membatalkan perjanjian tersebut. Namun penamatan perjanjian juga mempunyai kos yang besar kerana nilai projek sahaja sudah mencecah RM1.2 billion.
http://kedahla.blogspot.com/2013/02/rm403-juta-jawablah-dengan-fakta-mat.html

Ketua Pemuda Gerakan nie IQ zero tapi gila buat statement kondem Kerajaan Negeri...!!

Ketua Pemuda Gerakan Kedah : Cerdik tak boleh diikut...bodo tak boleh diajaq...


Oleh : TUKUL BESI

Kalau kata bodoh hampa marah..tapi memang jelas bodoh...macam ni boleh kita labelkan..' bodoh tak boleh diajar..cerdik tak boleh diikut '. Sia-sia saja belajaq undang-undang, jadi lawyer..tapi pemikiran yang terlalu rendah......nak sama dengan pemikiran orang yang tak pernah kenal sekolah dan tak pernah sekolah.

Itulah, tuan-tuan dan puan-puan sekelian, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang, yang kerap mengadakan sidang media..keluar statement yang menampakkan kebodohannya dan sekaligus merugikan BN sendiri. Dulu cuba nak jadi hero pasai kerugian balak di Papua New Geine, last-last habih semua penyelewengan UMNO kita bongkar....padan muka..bodoh sombong.

Ni pulak..satu lagi statement bodo lagi bangang yang dikeluarkan oleh beliau. rujuk Sinar Utara ( 7.2.2013), beliau mempertikaian keupayaan dan kemampuan kerajaan negeri kedah untuk membayar hutang pinjaman sebanyak RM330 juta yang dipinjam untuk pembinaan kampus induk KUIN di Kuala Ketil.

Keng Liang ni ingat...hutang bank..untuk buat universiti ni macam orang berhutang kat apek juai ikan kat kampung ka..boleh main2 tulis dalam buku tiga 5. Belajar sampai jadi lawyer..tapi tahap pemikiran dah sampai tahap gaban nie....

Beliau mendakwa wang tunai kerajaan negeri sedia ada hanya RM193 juta dan baki hutang awam RM2.6 billion. EEE..eh...bila agaknya MB Kedah lantik beliau jadi pemegang kira2 kewangan negeri.

Hang tak pikiaq ka...bila kerajaan negeri nak buat pinjaman mestilah perlu menyediakan proposal dan ianya akan dinilai dan diteliti oleh pihak bank. Kalau kemampuan kerajaan negeri tidak diyakini pihak bank, sudah tentu bank berkenaan tidak meluluskan pinjaman berkenaan. Kalau hang pun, Keng Liang oii..nak buat pinjaman bank..boleh ka hang pi sembang-sembang kedai kopi dengan orang bank tu...tentulah hang kena sedia dokumen lengkap dan dinilai oleh bank...kalau bank puas hati dengan pendapatan hang..dengan keupayaan hang untuk pemotongan bayaran..barulah bank akan luluskan pinjaman..kalau tidak bank akan reject..AWAT HANG INGAT BANK BODO MACAM PEMIKIRAN HANG KA?

Tu laa..org tua-tua selalu dok peringat kita...'cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar' tapi jenis hang ni..bukan saja cakap siang ka..cakap malam ka..hang tak pandang dan hang tak dengar..last-last hang yang sebenar kantoi.

Agaknya pemikiran ketua-ketua pemuda dalam BN Kedah ni..sama taraf kut...dulu ketua pemuda UMNO Kedah nak tunjuk hero..pertikai kononnya belanjawan Kedah 2013 defisit...rasa-rasanya depa-depa ni semuanya kena bagi kursus agak cerdik sikit....heheheh..buat malu BN saja...tentu Tun Mahadhir tak tau nak sorok muka kat mana...

Janganlah dok susah hati...RM330 juta nak bayar macaman, pikiaqlah hutang BN tinggalkan kat PR dulu yang berjumlah RM2.7 billion...sapa bayaq....pasai apa hang tak pertikai pula..buat sidang media...'macamana hutang lapok BN Kedah kepada kerajaan pusat sebanyak RM2.7 billion yang ditinggalkan kepada PR Kedah hendak dilunaskan'....

TAN KENG LIANG OIII...BANK DAN KERAJAAN NEGERI BUKANNYA BODO MACAM HANG..!!!!

Wednesday, February 6, 2013

[BONGKAR 403] Aduhai PERKASA & UMNO...bila atug program tak dapat sambutan, dok kalut nak kacau program orang pulak..!!!

Tak habih-habih nak buat khianat program Pakatan...

Oleh: Aiman Rasist

Mungkin kerana teruja dengan kejayaan menggagalkan ceramah Mazlan Aliman di Felda Teloi Timur semalan... maka dengan rasa diri penuh gagah perkasa nak mai pulak gagalkan Himpunan Bongkar 403 yang dijadualkan di Alor setar esok. Depa atug program tak dapat sambutan, dok kalut nak kacau program orang. Jenih ni pun ada dalam dunia ni... entahlah apa nak jadi puak-puak nii.

Jangan pedulikan mereka, mai kita hadir beramai-ramai...

Sunday, January 27, 2013

Teknik Menjawab Solan UMNO - PAS tukar dasar kerana berkawan DAP....

pasai apa pulak PAS asyik sebut Negara Kebajikan? PAS dah tinggal dasar perjuangan?? Jeng jeng... mai pakat baca nih....



(Foto hiasan - Ahli MCA seumur hidup yang menghina Islam, tapi UMNO takut untuk bertindak terhadapnya)

Fitnah UMNO: PAS tukar dasar kerana berkawan DAP, dahulu perjuangkan Negara Islam tapi sekarang Negara Kebajikan.

Inilah jawapannya: 

Dasar PAS tidak pernah berubah, yang berubah cuma strategi dan istilah. Misalnya masa bersama permuafakatan dalam Angkatan Perpaduan Ummah dahulu PAS guna ayat ‘menegakkan Islam sebagai addin’ dalam manifesto. Sekarang PAS guna ‘Negara Berkebajikan’ untuk mengelak fobia dari kalangan yang mahu menyokong Pakatan Rakyat tetapi takut dengan 'Negara Islam' akibat persepsi negatif yang berjaya ditanamkan oleh BN terhadap PAS selama separuh abad.

Ambil iktibar Sirah Rasulullah SAW. Waktu Perjanjian Hudaibiah, draf perjanjian tertulis perkataan ‘Allah sebagai Al-Rahman dan Al-Rahim’ dan ‘Muhammad adalah Rasulullah’. Wakil puak kafir Quraisy, Suhair bin Anbar tidak bersetuju dengan istilah tersebut kerana ia membawa maksud mereka mengakui kebenaran sebahagian ajaran Islam. Maka Rasulullah SAW bersetuju membuang perkataan tersebut dari dokumen perjanjian. 

Masa itu Hassan Ali belum wujud tapi Saidina Ali yang menulis draf perjanjian itu keberatan apabila Rasulullah mengarahkan beliau memadamkan perkataan 'Al-Rahman, Al-Rahim dan Muhammad Rasulullah'. Rasulullah yang tidak tahu membaca dan menulis meminta Saidina Ali menunjukkan di mana kalimah yang dipertikaikan itu tertera di atas kertas dokumen. Apabila Saidina Ali menunjukkannya maka Rasulullah SAW sendiri yang memadamkannya. Ia tidaklah bermakna Nabi Muhammad tolak sifat kemuliaan Allah atau tolak baginda sebagai Rasulullah. Itu adalah strategi Rasulullah SAW.
Perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah dicorakkan oleh mana-mana rakan kerjasama, termasuk DAP. Sebab itu PAS tidak pernah mengubah keputusan parti yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak sekalipun terdapat perbezaan dengan pihak lain. Ia berbeza dengan Umno yang seringkali tunduk dengan desakan dan ugutan MCA dan Gerakan. Sebab itu apabila MCA dan Gerakan menentang secara terbuka peraturan berpakaian sopan dalam persembahan terbuka yang dibuat oleh kerajaan negeri Kedah, Umno hanya membisu seribu bahasa. Mereka sangat takut dengan MCA dan Gerakan.

Lepas jawab soalan UMNO tu... kita nak tanya soalan dekat UMNO pulak... Awat UMNO takut sangat dengan MCA dan Gerakan? Sila jawab....

Wednesday, January 23, 2013

Kisah Tudung Puteri UMNO Kedah nak kena londeh laa pulak....!!!

Misteri kain tudung Puteri Umno (macam cerita hantu laa pulak…)


Oleh: Aiman Rasist

Entah mimpi apa boss aku ni, tiba-tiba suruh selongkark kain tudung Puteri UMNO, eh maksud aku isu kain tudung… duit yang disumbangkan oleh Seri Temin sebanyak RM20 ribu. Kisah berlaku zaman Datuk Shahanim Yusof (ehhh Datuk ke belum?) jadi Ketua Puteri Kedah dulu nun.

Maka sebagai pekerja sukarela kepada boss, aku pun bawak fail pi siasat. Ikut catatan dalam akaun runcit Seri Temin duit RM20 ribu tu dibayaq kat pembekal bernama HM Design & Trading. Maka pendekkan cerita bawak fail, bawak no. rujukan bertarikh sekian-sekian pi jumpa HM Design kat Kanchut… rupanya depa tak terima pembayaran serupa itu pada tarikh itu, dan depa pun tak pernah berurusan dengan Seri Temin. Maknanya catatan akaun Seri Temin tu mungkin palsu... opss silap, bukan palsu... muhong.

Nasib aku baik sebab bila risik2 dengan rakan-rakan Puteri UMNO rupanya ada orang kiri kanan Shahanim ramai yang dah tak bersamanya kini. Pendekkan cerita lagi… berapa kali pendek dahh, mengikut cerita mereka kaian tudung RM20 ribu tu tak pernah dibeli pun. Abih tu kalau tak beli duit RM20 ribu tu pi mana…?Nak habag pun tak tau, aku bukan habih lagi siasat nii.. jadi kalau ada peluang aku nak pi jumpa sendiri Datuk Shahanim untuk minta penjelasan misteri kain tudung tu. Tentu dia boleh bagi penjelasan duduk perkara sebenagnya… Lebih adil kalau tuan punya badan sendiri yang bagi penjelasan.

OK boss, itu dulu berita ringkas untuk kali ni. Nak cerita detail tunggu Buletin uatama nantilah nooo.
 
http://kedahla.blogspot.com/2013/01/misteri-kain-tudung-puteri-umno-macam.html

Wednesday, January 16, 2013

Berpolitik dengan UMNO nie sampai tahap boleh nai Booo Booo Sannnn nak habaq kat hangpa..!!!

Bo.bo..bo.saannn..bla..bla..bla..UMNO..bosan...

Oleh : PUTERI BULAN

Fuhh...penat Puteri baru nak lega...beting kering Puteri macam nak tercabut...berjalan..berlarak ke stadium merdeka sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR #KL112 tapi tobat Puteri nak bagi tau..syok sungguh...nikmat bersama dari semua lapisan masyarakat seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak...

Aduhhh..tapi Puteri frust menonggeng pasai tak dapat masuk dalam stadium...penuh..sesak...heheheh..maka berlapuklah Puteri dengan ribuan lagi pencinta keadilan yang senasib dengan Puteri...walau macamana pun hati dan fikiran Puteri sentiasa berlegar-legar dalam stadium....terhinjut-hinjut juga bahu Puteri bila mendengar lagu Ubah Sekarang oleh Ito...walau pun Puteri tak dapat melihat suasana di dalam sana...jadi Puteri buka You Tube sajalah nak tengok macamana rupanya...

Keliling kelalang Puteri ketika diluar stadium...nampak anak-anak muda bersemangat dan ibu-ibu dan ayah-ayah muda membawa anak-anak bersama-sama tidak lepaskan peluang detik bersejarah itu. Bagai diajar-ajar anak-anak yang dibawa macam di 'makan ajar'. Duduk elok..ikut arahan mak ayah...tak buang sampah merata-rata..bila jalan pegang tangan mak ayah..tak ada pun yang lari sana...lari sini...pekik sana..pekik sini. 
 
Mak ayah pun Puteri tengok sentiasa mengawasi anak masing-masing..bimbang terlepas pandanag dan hilang dalam ribuan lautan manusia...macam tulah bila jadi mak ayah...tentulah persediaan rapi samada fizikal dan mental cukup kuat barulah berupaya membawa anak-anak ke program seumpama itu..Puteri tabik spring...dan terhibur dengan gelagat mereka..walau pun dibaham panas terik dan kaki lenguh dah macam spring buaian....( sayang..kamera Puteri terlepas pada kawan Puteri..yang entah kemana hilangnya...heheheh..tanpa dapat dikesan...line telefon pun dah tak upaya nak cari empunya-empunya nombor-nombor yang didail..

Tapi yang Puteri heran...macamana UMNO/BN khususnya ( sebab mereka memerintah Malaysia)..nak kenakan hukuman kepada yang bawa kanak-kanak keperhimpunan sebegitu...pasai apa nak larang..apa pulak bahayanya...Pakatan Rakyat tak pernah anjurkan perhimpunan ganas..yang boleh mencederakan sesiapa termasuk kanak-kanak...melainkan sekiranya pasukan keselamatan bertindak menyembur air atau gas pemedih mata..( memanglah orang lari lintang pukang...so..tentulah membahayakan kanak-kanak..takut terpijak dan sebagainya....atau lebih tepat lemah apabila terkena gas pemedih mata)

Kalau pasukan keselamatan memberi laluan terbaik..jaga keselamatan..tak kacau-kacau..tak ikut arahan UMNO/BN yg memang hati sentiasa busuk..(uppppss..tutup hidung)..tak akan terjadi insiden yang tak diingini...

Bagi Puteri..apalah bahaya sangat kalau kanak-kanak bersama dalam perhimpunan sebegitu ( hey..dey..kalau kami tau..yg bahaya...orang pun rheti..tak akan bawa anak bersama..apa ingat kami tarak baca punya orang ka?)...tapi kalau nak dbandingkan dengan program-program anjuran UMNO/BN yang bukan sahaja merosakkan aqidah..akhlak malah banyak menanamkan budaya asing yang tentunya menyimpang dari ajaran Islam...contohnya..Idola Kecil..My Kid TV3, rancangan hiburan-hiburan yang melibatkan kanak-kanak...tapi yang lebih membuat hati Puteri ni nak bengkak...bila kanak-kanak..atau budak-budak duduk dalam program UMNO..okey pulak...jadi tukang pegang bendera kati..okey pulak..terhinjut-hinjut menari bersama PM Tok Najib dan kak Mah..okey pulak...jadi peramai demo Perkasa..Pemuda BN..boleh pulak...asalkan bukan pakatan rakyat...halal belaka....hemmmmm..itulah sebenarnya UMNO/BN..yang bukan saja takut pada bayang-bayang sendiri..pada anak muda...tapi pada kanak-kanak yang tak boleh mengundi lagi pun depa takuttttt....

Aduh..UMNO..UMNO..UMNO..wa tarak caya sama lu la....lu punya pikilan aaaaa...manyak talak fare ooooooo..aduuuuuiii...wa manyak bobobo.....saannnnnnnnnnn..sama lu...

Aku bosan...aku bosan...bobobo..saannnnnnn...bla..bla..bla..bobobobo sannn..( pinjam lagu Stacy..)




Sunday, January 6, 2013

Kenapa UMNO selalu tumpas di ALAM MAYA..???

Pejuang maya Pakatan jangan gelak saja, kena ambil iktibar jugak!

Oleh: Tok Non

Haritu Najib dah beri pengiktirafan dan 'watikah kerja' kepada 10 ribu pejuang maya UMNO BN untuk berperang melawan Pakatan Rakyat di alam cyber. Maka mereka pun pulang bekerja di tempat masing-masing. Kita dapat saksikan alam cyber ketika itu dikuasai oleh para penyokong UMNO BN, ia ditambah lagi kekuatan dengan setiap orang pahlawan maya UMNO BN itu diarah membuka sebanyak2 akaun FB, twitter dan blog supaya menunjukkan sokongan kepada UMNO BN adalah terlalu ramai.

Kira-kira setahun selepas itu marilah kita melihat hasilnya....
Survey di atas dibuat secara online oleh oleh UMNO Selangor untuk mengkaji kesan kempen Sayangi selangor yang dijalankan secara agresif untuk menarik rakyat menyokong BN, keputusan yang sangat mengecewakan BN. Bila guna online bermakna semua pengundinya adalah yang kenal internet sahaja ataupun mereka sering berada di alam maya. Mereka membuat keputusan berdasarkan maklumat maya juga, apa yang mereka dapat dari FB, twitter, blog dan laman web.
Apakah pejuang maya BN tidak berkempen dengan agresif? Tok Non bercaya mereka berkempen sekali ganda lebih agresif dari Pakatan... ini kenyataan, kita boleh lihat sendiri.
Habih tu apa yang tak kena? Aspek yang tak kena inilah yang Tok Non nak minta para pejuang maya Pakatan tolong beri perhatian. Patutnya Tok Non cerita secara sulit... tapi Tok Non pun tak kenal dengan ribuan pejuang maya Pakatan, nak sulit macam mana... terpaksa cerita terbuka macam niilah.
Meh kita lihat kesilapan2 cybertrooper UMNO BN yang menyebabkan sokongan pengundi alam maya melarikan diri dari mereka... yg Tok Non nak minta TOLONG, TOLONG dan TOLONG para pejuang maya Pakatan jangan ikuti kesilapan itu.
Berikut senarai kesilapan mereka....
1. FITNAH
Contoh berita Fitnah yang dibuat oleh blog UMNO. Fitnah sudah jadi macam Rukun Nombor 1 UMNO, 'masalahnya' zaman cyber ni sekali tersiar berita fitnah tak sampai berapa jam berita itu berjaya ditangkis di alam cyber juga. Terlalu banyak seseorang buat fitnah maka orang hilang kepercayaan untuk selamanya.
2. Makihamun

Bayangkan dalam tulisan yang seringkas ini terdapat 8 perkataan bodoh di samping perkataan bengap, tolol, bohong, penipu, mengheput dan lain-lain kata kesat.. petikan dari blog UMNO menjawab tulisan Kedah La.
3. Hina peribadi keterlaluan

Segelintir UMNO sendiri pun tidak dapat terima penghinaan yang begini dahsyat, apatah lagi golongan atas pagar. Jadi Pakatan jangan tiru cyber trooper UMNO

4. Mencarut


Orang baik-baik, agamawan dan kaum wanita sudah tentu tidak gemar untuk mendengar perkataan mencarut macam ni. Bila tanggapan pembaca sudah negatif dari awal, maka ia tidak membantu kita menyebarkan info selanjutnya.
5. Lucah


Menyiarkan bahan lucah macam ni untuk menunjukkan kononnya kejahatan pihak lain... sama juga dengan kes mencarut tadi, golongan yang rasional tidak suka melihatnya apatah lagi di rumah atau pejabat yang terbuka. Yang berminat hanyalah golongan sex maniac, mereka hanya berminat bahan sex tersebut tapi bukan mesej yang disampaikan.

6. Provokasi

Taktik makan diri yang terakhir ialah provok rakan2 maya suruh berkelahi. Post bahan menyakitkan hati lepas tu tag pada semua pihak. Bila orang berkelahi kerana posting tersebut maka golongan rasional akan lihat pihak yang mulakan (yg buat posting) adalah jahat.
OK itulah dulu kuliah Tok Non hari ini untuk pengiktibaran seluruh para pejuang maya PAS/Pakatan Rakyat. Ingat jangan tiru kesilapan yang dibuat oleh cybertrooper UMNO!!!
 
http://kedahla.blogspot.com/2013/01/pejuang-maya-pakatan-jangan-gelak-saja.html

Sunday, December 30, 2012

[Gempar] Azizan di kelilingi oleh 20 ribu pendemo bantah tebang balak di Pedu..!!!!

 20 ribu rakyat Kedah berdemo bantah tebang balak di Pedu (lawak hujung tahun ki ki kii..) 

(Caption: Sepatutnya kawasan hutan untuk tadahan air... UMNO tadah air dengan kayu balak? Konpius sepanduk tu.)
Oleh: Mat Yeh Pekan Naka

Kira-kira 20 pemuda UMNO Padang Terap yang diketuai oleh Wan Ketom mengadakan bantahan aman di tapak pengumpulan balak milik kerabat DiRaja. Mereka yang ditemui kebanyakannya tidak tahu apa tujuan mereka membantah.
"Kami hanya disuruh pegang kain rentang yang disediakan oleh puak di atas sana, upah makan tengahari dan rokok sorang sebatang," ujar seorang pelajar sekolah yang enggan namanya disiarkan.
Seorang peserta demonstrasi ketika ditanya, sama ada dia sedar bahawa air kesan pembalakan di Charuk Genting Bunga tidak akan masuk ke Tasik Pedu dengan tegas berkata, "Pasaipa kami tak tuu (tau) pulak bang, kami orang sini... dah lama dah kami tau TV3 dok muhong rakyat hah hah hah." Ujar budak angkat sepandok tu sambil gelak deraih.

Sunday, December 23, 2012

Pengarah Hutan KEDAH menafikan apa yang di tulis dalam UTUSAN

Tak bohong kalu, bukan Utusex namanya...



Tercatat di muka hadapan Utusex Meloya kenyataan Pengarah Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman yang kononnya berkata:

"Memang dari segi pendirian kami di Jabatan Perhutanan tidak setuju dengan rancangan pembangunan di Pedu kerana kawasan tadahan dan disuarakan dalam mesyuarat bersama Exco, tetapi hutan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."

Kenyataan tersebut tersiar dalam Utusex Meloya 22 Disember 2012. Pada pagi hari 23 Disember 2012, Ku Azmi datang bertemu YAB Menteri Besar Dato' Seri Di-Raja Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan pendirian sebenarnya bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Memang musykil jugaklah macam mana pengarah hutan boleh menghadiri dan memberi pandangan dalam mesyuarat Exco.


Abih tu kenyataan sebenar Pengarah Perhutanan Kedah macam mana. Ini dia surat rasmi yang dikeluarkan dan ditandatanganinya sendiri. Adakah dokumen ini akan disiarkan oleh Utusex Meloya? Mustahil!

(BACA BAGI HABIS... JANGAN MALAS MEMBACA!!!)












Friday, December 21, 2012

Antara yang berlaku di PONDOK PAK YA semalam... baguih baguih...mai la taboq lagi apa yang ada tuu..!!!

Alhamdulillah... inilah faedahnya bila PAS kuat

Lawatan Sambil Kerja YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kedah adalah untuk 'meminta nyawa' dari rakyat negeri ini ada jugak faedahnya. Perkara yang tak pernah berlaku sewaktu PAS jadi pembangkang di Kedah dahulu ialah, bantuan datang dari kerajaan Pusat untuk sekolah agama dan maahad tahfiz. Kini apabila PAS kuat dan dapat memerintah negeri, BN merasa kedudukan mereka tergugat maka bantuan pun datang untuk sekolah agama. Jadi sapa kata bila PAS kuat maka rakyat tak dapat faedah?

(Turut hadir menyambut kedatangan Muhyiddin ialah bekas Timbalan PJ PAS Kedah, Dato' Haji Mohd Muslim Othman... terima kasih Dato' dengan depa ni kena 'berlakon' sikit, tak apa yang penting manfaat untuk sekolah agama)
 
Ada pengetua yang terkekut berok bila dimaklumkan bahawa PM akan turun hulur peruntukan tetapi akhirnya percaya jugak, bila ada jemputan rasmi mereka percaya dan tak ada masalah untuk menghadirkan diri kalau itu syarat peruntukan diterima. Nak segan apa itu duit rakyat bukan duit Muhyiddin.
 
(Kedatangan TPM disambut konvoi oleh kira-kira 8 orang anak muda)

Dalam lawatan TPM ke Sekolah Menengah Agama Al-Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih terkenal dengan nama Pondok Pak Ya sebanyak 12 Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 600 Ribu serta 7 Sekolah Tahfiz yang mendapat sumbangan sebanyak RM 240 Ribu keseluruhannya. Kira apa Ustaz, depa bagi duit ambik tapi PRU nanti insyaAllah semua sekolah agama di Kedah macam sedia dimaklumilah kannn... bagi duit ambik, undi untuk Pakatan.
 
Alhamdulillah inilah faedahnya bila PAS kuat! Baru tawan 5 negeri banyak manfaat rakyat dapat, kalau dapat tawan Putrajaya terus... boleh bagi terus peruntukan dekat rakyat tak payah tunggu BN lagi dah.
 
http://kedahla.blogspot.com/2012/12/alhamdulillah-inilah-faedahnya-bila-pas.html

Trajedi SP - Disebabkan Pakat Naik Syeih Tak Ketahuan Punca.. Akhirnya ada 'hikmah' yang tersirat..!!

Alhamdulillah!!! Hikmah di sebalik cerita 'Rusuhan India-Melayu' di Sungai Petani

(foto hiasan)

Oleh: Saiburi Sudin

SS ke Kulim kelmarin ada urusan keluarga, kebetulan jumpa rakan India, Annamalai yang merupakan MKK di kawasan Padang Serai. Berborak hampir setengah jam di kedai nasi kandaq bersama beberapa rakannya, semuanya India.

"Ada hikmah rupanya cerita Hindu gaduh sama Melayu di Sungai Petani.." kata Malai. Nak tergelak SS, sejak India PKR ni berkawan dengan PAS dah pandai sebut 'hikmah'... sejauh mana dia faham hikmah tu SS pun tak tau.
Semua orang tahu cerita kononnya pergaduhan di Sungai Petani hanyalah cerita antara dua kumpulan yang berselisih faham, kebetulan satu kumpulan Melayu satu India. Isu pergaduhan bukan kerana politik, agama atau perkauman... isunya sangat remeh. Tetapi menjadi besar akibat campurtangan puak ultra Melayu....

"Sekarang rata-rata orang India marah sama Perkasa, Pekida depa pun tau ini semua UMNO punya orang.." terang Malai.

PRU 2008 dulu sokongan India untuk pembangkang memang kuat tapi lepas dua tahun ramai kembali sokong BN. "Sekarang orang India memang marah sama UMNO kes Sungai Petani punya pasal," kata Malai.

Memang betul, ada hikmah atau manfaat politiknya bila puak2 'terlebih Melayu' ni pi dok campurtangan tunjuk samseng kat orang India di Sungai Petani. Tiba-tiba saja tanggapan orang India terhadap Perkasa, Pekida (sebelum ni orang India mungkin tak pernah dengar) dan UMNO jadi negatif.

Bagi SS, bila Allah nak menentukan penolakan rakyat untuk BN maka muncullah sebab musabab yang dibuat oleh penyokong mereka sendiri.
 
http://kedahla.blogspot.com/2012/12/alhamdulillah-hikmah-di-sebalik-cerita.html

Saturday, December 1, 2012

10 perbezaan nyata antara Muktamar PAS dengan Perhimpunan Agung UMNO



1) PAS bermuhasabah, banyak memfokuskan isu dalaman, bagaimana memperkuatkan parti dan perjuangan Islam. UMNO menumpukan kepada pihak lawan mereka, sebahagian besar pemikiran mereka ditumpukan untuk menyerang lawan.

2) Perwakilan PAS yang berucap bebas untuk menyatakan apa sahaja termasuk mengkritik kepimpinan parti. UMNO pula menapis ucapan perwakilan, awal-awal lagi (dalam taklimat khas) perwakilan sudah diugut agar jangan mengkritik kelemahan parti.

3) PAS berhujah berlandaskan nas, dalil, fakta dan angka. UMNO banyak memfitnah dan memaki hamun pihak lawan. Hujah mereka tiada fakta, melainkan hentam keromo semata-mata.

4) PAS mengemukakan hujah dengan penuh hemah, hikmah serta tidak emosi keterlaluan. UMNO berucap sungguh kasar, beremosi, biadap, terjerit terlolong macam dirasuk hantu, sekejab ketawa sekejab menangis.
5) PAS memanjatkan puji-pujian kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. UMNO memanjatkan pujian kepada para pemimpin mereka, tak habis-habis membodek.

6) Semua pemimpin dan perwakilan PAS menutup aurat. Ramai isteri pemimpin UMNO dan ahli-ahli Puteri dan Wanita tidak menutup aurat.

7) PAS berazam mahu berkuasa sambil berserah diri kepada Allah. UMNO dengan angkuh dan sombong mengatakan mereka pasti menang besar. Jika PAS berlapik dengan perkataan ‘insyaAllah’ maka UMNO hampir tidak menyebutnya.

8) PAS bercakap dari lubuk hati yang ikhlas, apa yang dicakap datangnya dari hati. UMNO pula lain di lidah tetapi lain di hati dan lain pula perbuatannya. Kononnya UMNO ikhlas demi agama, bangsa dan negera tetapi hakikatnya semua itu hanya ‘pemanis kata’ dalam PAU, nawaitu sebenar mereka ialah untuk terus merampok reta meredak kekayaan negara.

9) Dalam muktamar PAS, ahli-ahli digalak banyak berderma atau bertabaruat. UMNO pula banyak meminta dari pucuk pimpinan mereka macam-macam, sampai minta yang muflis dibebaskan.

10) Muktamar PAS banyak dipandu oleh persoalan halal, haram, dosa dan pahala dalam ucapan. Namun tiada panduan seumpama itu bagi UMNO. Halal haram dia baham semacam, fitnah dan maki hamun jadi ‘makanan lazat’ mereka. 
 
http://www.kedahla.blogspot.com/2012/12/mai-kita-tengok-perbezaan-muktamar-pas.html

7hb nanti PR nak buat himpunan UMNO pun nak buat jugak tapi..!!

Himpunan 50K Pemuda UMNO Kedah 7 Dec batal sebab penganjur sukar nak dapat sokongan

Oleh: Tok Non

Media maya UMNO Kedah telah memukul canang seantero dunia bahawa Pemuda UMNO Kedah akan adakan 'Himpunan 50 Ribu Pemuda UMNO Kedah' pada 7 Disember 2012 di Taman Tema Tasik Bandar Darul Aman.

Tup tup maklumat yang Tok Non terima dari rakan cybertrooper UMNO, program itu terpaksa dibatalkan sebab penganjur tak yakin nak himpun sampai 50 ribu orang. Kalau mai 5 ribu pun dah besaq tuah. Apatah lagi tarikh 7 Disember itu akan ada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti. Icon anak muda Ustaz Azhar Idrus akan hadir, ahli-ahli Pemuda UMNO pun dijangka ramai akan ke Pentas Icon Anak Muda itu.
Sebab yang kedua ialah bajet tak turun lagi. Nak himpun 50 ribu orang kena upah satu kepala RM50 paling koman... 50,000 x RM50 = RM2.5 juta, tentulah peruntukan itu kena mai dari Najib. Maka menurut sumber tersebut, sebab itu program itu terpaksa dibatalkan.

Dalam dok tengah nazak teruk macam tu pun jangan... dalam Pesta Fitnah UMNO di PWTC bercakap berdegaq-degag dengan penuh takabur, ego, riak dan ujub nak rampas Kedah kunun.

'Jangan Serah Kedah Dekat Penyamun.'

Tuesday, November 27, 2012

Cerita UMNO termonyeh, Pesta Fitnah UMNO dan UMNO nak buat PRU13 bulan Disember..??

UMNO termonyeh di Sidang DUN Kedah, Pesta Fitnah UMNO dan PRU13 bulan Disember?


i. Sidang DUN Kedah

Alhamdulillah Sidang DUN Kedah Mesyuarat Bajet 2013 sudah berakhir. Harapan BN untuk menjadikan sidang kali ini sebagai tempat mendedahkan ‘segala kepincangan’ kerajaan Pakatan Kedah nampaknya tidak menjadi. Kerajaan negeri untuk tahun ketiga berturut-turut membenarkan penyiaran Sidang DUN secara langsung.

Semua yang mengikuti sepenuhnya dan menilai secara rasional persidangan membuat kesimpulan bahawa Pakatan menang dan BN kalah dalam Dewan. Semua soalan yang dibangkitkan oleh ADUN pembangkang berjawab sedangkan semua isu yang dibangkitkan oleh ADUN Pakatan tidak mampu dijawab oleh BN. Dato' Seri Mahdzir Khalid mengaku UMNO termonyeh di Sidang DUN.

Isu penyelewengan udang Kerpan, Seri Temin, Jerai International Park, Taman Industri Tandop, perjanjian dengan Taliworks Langkawi, 99 East dan macam-macam lagi semuanya tidak dapat dijelaskan dalam perbahasan mereka. Penyelewengan BN didedahkan oleh Exco dalam soalan kedua persidangan sebenar hari pertama, selepas itu semua ADUN dibenarkan berucap. ADUN BN mempunyai masa yang cukup untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan tetapi apa lagi yang mereka mampu jelaskan kerana BN benar-benar bersalah. Sebahagian kesalahan itu berlaku di zaman Tan Sri Osman Aroff tapi pokoknya beban yang ditanggung ialah kerajaan Pakatan kini. Osman Aroff, Sanusi Junid dan Syed Razak mereka tetap UMNO BN, menyalahkan BN memang wajar dan tepat.

ii. Pesta Fitnah UMNO

Perhimpunan Agung UMNO atau lebih dikenali sebagai Pesta Fitnah Malaysia akan bermula 29 November hingga 1 Disember. Dalam perhimpunan itu nanti para pemimpin dan perwakilan UMNO akan berlumba-lumba menabur fitnah dan memakihamun Pakatan Rakyat dengan penuh kejam ala Israel menyerang Palestine tempohari. Oleh kerana semua media utama negara adalah mak bapak depa punya maka rakyat tiada pilihan siang malam terpaksa mendengar fitnah yang dijaja tanpa henti. Keluhan yang didengari dari sebahagian besar rakyat Malaysia setiap kali membuka tv di musim perhimpunan UMNO ialah “UMNO, UMNO, UMNO... tak ada cerita lain ke? kerja dok maki PAS lah tuu.. depa tu betoi sangat?” Ia berbeza dengan ayat waktu UMNO tengah kuat lebih 20 tahun lalu.

Hari ini kalau kita lihat propaganda media BN lebih hebat berbanding 20 tahun lalu, segmen kutuk PR mesti ada dalam siaran berita sama seperti segmen sukan yang wajib ada. Tapi hasilnya bilangan rakyat Malaysia yang menyampah dekat BN makin hari makin bertambah. Ini yang memeningkan kepala Najib. Rakyat umumnya dah tak peduli akan dakyah dan propaganda UMNO sebab rakyat tahu itu semua fitnah. Fitnah dah jadi macam rukun nombor 1 UMNO.

Rakyat Malaysia mendoakan semoga perhimpunan Agung UMNO kali ini adalah yang terakhir untuk UMNO. Lepas itu UMNO akan hancur berkat doa umat Islam yang bermunajat.


iii. PRU13 bulan Disember?

Ada ramalan yang kuat bahawa Najib akan bubar Parlimen sebaik selesai Perhimpunan Agung UMNO. Ramalan ini dibuat oleh rakyat entah kali yang ke berapa tapi tak menjadi juga. Semua tahu baha Najib amat takut dengan PRU sebab bayangan kekalahan sudah sampai di depan matanya.

Baru semalam Tun Mahathir menyampaikan pirasat bahawa kalau PRU buat tahun ini makan BN akan mendapat mandate dua pertiga. Kalau tahun hadapan, katanya, tak nampak jalan... yang dok nampak BN boleh jalannn.

Jika Parlimen bubar lepas perhimpunan UMNIO maka tarikh mengundi ialah hujung bulan Disember ketika rakyat Pantai Timur dijangka bergelut dengan banjir. BN tiada masalah untuk berkempen dan memberi bantuan kerana logistic mereka cukup, mereka akan guna bot tentera dan jabatan kerajaan yang lain. Yang jadi masalah tentulah jentera PR. Pada hari mengundi BN dijangka akan mengerahkan tentera supaya membawa pengundi BN sahaja keluar mengundi menggunakan bot atau lori tentera manakala penyokong PR akan dibiarkan tidak boleh mengundi.

Satu lagi hujah yang kuat untuk Najib bubarkan parlimen bulan Disember ialah bantuan rakyat 1Malaysia akan diberi mulai tahun hadapan. BN akan kempen, “kalau hangpa nak RM500 satu keluarga ni hangpa kena pastikan BN menang.” Macam-macam taktik Najib boleh guna. Maka eloklah kita persiapkan jentera semaksimanya untuk menghadapi serangan Najib UMNO dan Be End....
 
http://kedahla.blogspot.com/2012/11/sidang-bajet-2013-pesta-fitnah-umno-dan.html

Monday, November 26, 2012

MP Jerai difitnah 'ceraikan isteri', bakal saman blogger pro UMNO

(Inilah fitnah terkutuk yang tersiar dalam blog UMNO)

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Dah jadi kebiasaan pulak dah, kebanyakan bahan sensasi mengenai Kedah MK dapatkan dari kedai catok Taman Wira. Pagi tadi macam biasa waktu minum, sorang rakan buka blog UMNO yang rasanya 'made in Kedah' tunjukkan satu bahan fitnah yang sungguh dahsyat. MK macam boss Kedah la jugak Tok Senapi, kira-kira tak tak baca dah blog UMNO dari group tertentu... kalau tak kerana ada member tunjuk memang tak akan buka baca.

Demi terbaca berita fitnah tersebut... Ya Allah, termengung seketika. Hairan, macam mana pemfitnah tu tanpa rasa simpati dan belas kasihan menyebarkan cerita yang betul-betul menjahanamkan maruah orang. MK tak perlu tanya YB Firdaus tentang cerita ini sebab kenal beliau dan isterinya bahkan anak-anaknya secara peribadi sejak awal perkahwinan mereka sampai la-la ni. YB Firdaus antara YB yang sangat setia dengan keluarga, asyik usung anak bini pi sana sini... semua orang tau itu, tiba-tiba difitnah akan bercerai... siap dengan tarikh fail di mahkamah syariah. Apa punya dahsyat dan terkutuknya fitnah yang dibuat.

Bayangkan YB Firdaus ada keluarga adik beradik sedara mara, isterinya ada sedara mara... kalau sampai cerita macam ni ke telinga adik beradik depa, masing-masing akan bertanya balik... mana depa nak tauk maruah depa. Kalau berita itu benar sekalipun ia cukup untuk menjatuhkan maruah inikan pula JELAS cerita fitnah jahat terkutuk. Blogger UMNO tu ingat benda cerai berai ni boleh buat modai politik kot... gila punya jahat.
Apakah di hati sanubari blogger UMNO sorang ni langsung tidak ada cebisan iman? Adaklah elaun yang diterima hasil kerja memfitnahnya itu cukup banyak untuk menebus azab api neraka di akhirat? Inilah agaknya yang menyebabkan para ulamak menghalalkan doa agar golongan ini dihancurkan. Memang cukup jahat sejahat-jahatnya apabila fitnah dijadikan bahan pemuas nafsu serakah sendiri tanpa memperdulikan pengianiayaan yang ditanggung oleh mangsa. Adakah ini akibat memilih syaitan dikenali sebagai kawan dan menolak malaikat... Ya Allah jauhkanlah zuriat keturunanku dari cenderung hati terhadap UMNO walaupun sebesar zarah.

MK masih ingat fitnah geng blogger pro UMNO kononnya Ustaz Azizan kahwin staf KMC umur 19 tahun. Kemudian fitnah kononnya YB Dr. Hamdan main dengan jalang Siam. Kini YB Firdaus pulak kena. MK yang tak kena ni pun rasa ketag satu badan menahan geram dengan perbuatan jahat, zalim, kejam, tidak bertimbangrasa blogger UMNO tu... inikan pula mangsa. Atau mungkin orang politik PR dah rasa mangli dengan permainan fitnah UMNO.

Apabila melihat apa yang berlaku ini maka teringat MK akan kata Tok Senapi, "Kalau tak ada kekuatan kesabaran baik jangan buka blog UMNO sebab depa bukan nak berlawan hujah dengan fakta tapi nak provok kita dengan fitnah dan maki hamun... alang-alang hilang sabaq kita pun jadi macam depa."

Kebetulan MK sempat hubungi YB Firdaus yang sedang rehat tengahari di Parlimen, rupanya dia dah tahu mengenai fitnah tersebut dan akan berbincang segera dengan peguam untuk mengambil tindakan mahkamah. Teruskan YB... kasi ajaq sikit puak-puak yang kurang ajar ini.
http://kedahla.blogspot.com/2012/11/fitnah-maha-dahsyat-terhadap-mp-jerai.html

Wednesday, November 21, 2012

Ingat Udang saja rugi kena saman rupa-rupanya projek Lembu pun rugi RM3.3juta..!!

Pendedahan terbaru... projek feedlot di Pendang rugi RM3.3 juta!!!


Kita telah mendengar 10 projek tinggalan BN yang jadi biawak hidup terpaksa ditanggung oleh kerajaan Pakatan kini. Rupanya terdapat satu ekor biawak hidup lagi yang ditinggalkan BN yang belum disenarai melibatkan kerugian RM3.3 juta. Perkara tersebut didedahkan oleh YB Dato' Amiruddin Hamzah pada Persidangan DUN Kedah tadi.

Oleh : SARINA ISMAIL
ALOR SETAR – Akibat salah tadbir dan perjanjian yang longgar semasa pemerintahan dahulu, kerajaan negeri terpaksa membayar tuntutan kepada syarikat-syarikat  berkaitan yang mengendalikan beberapa projek.
Demikian didedahkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) bagi menjawab soalan yang diajukan oleh YB Abdullah Jusoh (PAS- Pantai Merdeka) yang inginkan penjelasan berkaitan nama syarikat, projek yang dikendalikan, nama agensi dan jumlah tuntutan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.
 
“Antara nama syarikat yang terlibat ialah Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) di mana mahkamah telah memutuskan tuntutan sebanyak RM2.16 juta akibat satu projek pengurusan ternakan udang di Kerpan. KAIMB telah menandatangi  perjanjian pengurusan ternakan berkenaan bersama Kedah Aquaculture Sdn. Bhd (KASB).“KAIMB telah melantik sebuah syarikat Agro Shrimp Sdn. Bhd untuk menguruskan kerja-kerja berkenaan dan Agro Shrimp pula melantik syarikat lain iaitu Usaha Fadilat Sdn. Bhd untuk mengendalikannya,” jelasnya.
Tegasnya lagi, apabila hasil ternakan dijual dan keuntungan diperolehi oleh Usaha Fadilat Sdn. Bhd, amat malang sekali keuntungan berkenaan tidak dimasukkan ke dalam akaun Agro Shrimp Sdn. Bhd dan ini mengakibatkan ianya dituntut oleh KASB. Tuntutan tersebut telah dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan KAIMB perlu membayar kepada KASB sebanyak RM2.16 juta.
“Kita cuba dapatkan maklumat dengan Usaha Fadilat Sdn. Bhd tetapi malang sekali tiada perjanjian yang dibuat. Sekarang pihak kerajaan negeri sedang berusaha memohon perkara ini kepada KASB memandangkan ianya syarikat yang dikuasai oleh Menteri Kewangan DiPerbadankan (MKB).
“Ini semua berlaku berpunca dari salah tadbir  pengurusan  dan berlaku sebelum kerajaan negeri sekarang memerintah Kedah,” sambungnya lagi.

Selain itu beliau turut mendedahkan projek Feedlot di Pendang yang juga di bawah KAIMB serta dibina oleh Bina Ekoculture Sdn. Bhd dan melibatkan RM3.3 juta dan tiada sebarang perjanjian yang diadakan bersama tuan tanah. Setelah dibelanjakan sejumlah wang berkenaan, agak mengejutkan kerana sebaliknya ianya hanya disewa dengan syarikat lain dengan bayaran RM60 ribu setahun dan menuntut kepada bayaran sewaan RM5 ribu sebulan.

“Kita pun tak tahu apa yang syarikat itu buat. Kalau kita nak dapatkan semula kos RM3.5 juta itu kita kena sewa kepada mereka selama 58 tahun. Sekarang ini pun mereka telah berhenti beroperasi dan sewa RM5 ribu sebulan pun tidak dibayar. Insfrastruktor yang ada di kawasan berkenaan pun tidak boleh diambil kerana tanah berkenaan milik orang,” dedahnya lagi.
Lain pula apa yang berlaku kepada Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed), di bawah syarikat YIKed Pengkalan Kundur Sdn. Bhd, akibat kecuaian dalam pengurusan ianya di bawa kemahkamah yang melibatkan pembayaran sebanyak RM11 juta.
“Kita pun tak faham, projek ini sebahagian berjalan manakala sebahagiannya tidak. Ada tanah yang dikeveat tapi kemudian dilepaskan, akibatnya berlaku kecuaian dalam pengurusan dan dibawa ke mahkamah. Orang yang pegang YIKed ketika itu adalah Menteri Besar lalu, Tan Sri Osman Aroff dan akibat kecuaian, kerajaan negeri (kini) terpaksa membayar kepada Syarikat Senisinga Sdn. Bhd sebanyak RM11 juta,” ujar Amiruddin.

Jawapan itu berikutan bersidangnya Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2013) di Wisma Darul Aman.
 
http://kedahla.blogspot.com/2012/11/pendedahan-terbaru-projek-feedlot-di.html#more

Monday, November 19, 2012

BN Kedah dijangka masuk Sidang DUN sebagai singa tetapi keluar macam kucing Siam



Semua rakan-rakan admin Kedah La nampaknya keletihan baru balik dari Muktamar terpaksa pula menyambung tugasan untuk Sidang Bajet 2013 esok di DUN Kedah. Ada yang jadi perwakilan dan yang jadi petugas ICT, semuanya terpaksa menyumbang bakti untuk perjuangan Islam. Kerja menegakkan kebenaran dan menumbangkan kebatilan ini tidak akan terhenti hingga qiamat. Ditakdirkan kita kembali mengadap Ilahi ada pula mata rantai yang akan menyambung kerja Islam.

Kita adalah pejuang Islam yang sangat kerdil dan lemah dari aspek kekuatan fizikal, material atau logistik berbanding musuh yang memiliki segala-galanya. Itu adalah sunnah perjuangan Islam di sepanjang zaman. Tentera Islam hanya seramai 313 berbading lebih 1000 tentera musuh di medan Badar. Tetapi pejuang kebenaran memiliki satu perkara yang tidak dimiliki oleh musuh iaitu 'senjata rahsia'. Apakah senjata itu? Rasulullah SAW mengajar bahawa 'Doa adalah senjata orang Mukmin.' Itulah senjata yang mampu dimiliki dan digunakan oleh PAS dalam menghadapi Pakatan Ahzab MCA, UMNO, MIC serta lain-lain parti komponen mereka yang berjumlah 13 kesemuanya. Doa adalah sebesar-besar senjata!

Apabila PAS bermunajat dan berdoa ke hadrat Allah SWT meminta supaya pihak musuh dilemahkan, dijahanamkan atau dikalahkan maka PAS sedang menggunakan senjata yang diajar oleh Rasulullah SAW. PAS berdoa supaya parti UMNO itu hancur lebur, bukan berdoa supaya orang-orang UMNO pecah perut, berkecai daging dan tulang.... tak kisah sebab Allah Maha Mengetahui apa yang orang PAS maksudkan.


Hanya beberapa jam selepas ribuan umat Islam menadah tangan berdoa di stadium di Kota Bharu, UMNO sudah menggelepar kesakitan. Ia tergambar secara jelas dalam media-media propaganda mereka. Kononnya berdoa untuk kemusnahan UMNO tidak Islamik tetapi adakah zalim dalam berkuasa, rasuah, menyeleweng, rompak wang rakyat, anjur maksiat, hedonisme, mengambil yahudi APCO sebagai penasihat, mempersenda hukum Allah, mempertahankan pula Chua Soi Lek yang menghina Islam, memfitnah, menyemai kebencian, berbohong, memutarbelit, menghina, menyebar dakyah lucah dan 1001 lagi kebejatan itu adalah Islamik??? UMNO terkapa-kapa tidak mampu menjawab soalan tersebut.

Besok adalah hari pertama Sidang DUN yang dijangka berlangsung selama tiga hari. Kalau lebih sebulan yang lalu ramai menjangkakan Sidang kali ini panas kerana pihak pembangkang buat pertama kali akan tunjuk taring berhubung isu penyelewengan yang didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara. Tetapi selepas jentera penerangan PAS membalas balik serangan dengan 10 projek biawak hidup tinggalan BN kepada Pakatan yang melibatkan kerugian lebih dari RM350 juta, pihak pembangkang nampaknya tidak mampu menjadi 'singa' dalam DUN mungkin sekadar jadi kucing Siam.

Isu yang dijangka dibawa oleh BN ialah kisah kerugian balak di Papua dan isu Insaniah iaitu kegagalan Insaniah keluarkan sijil untuk beberapa orang graduan, kegagalan beri kenaikan gaji 13 peratus... itu sajalah kot. Selain itu nampaknya pihak BN belum menemui senjata besar untuk menyerang kerajaan. Media-media maya BN pun nampaknya tak bermaya, asyik2 main isu lucah... tak lalulah TS nak baca, rasanya dah dua bulan tak jenguk media maya lucah BN. Selain melucah... maki hamun, menghina dan mengutuk peribadi adalah cara hidup mereka. Bagi mereka semua orang bodoh belaka (mengata pihak lawan mereka 'bodoh' menjadi zikir wajib), mereka sajalah manusia yang paling pandai di dunia ini... sekalipun mungkin tak pernah menggenggam segulung ijazah. Selain tak mampu berhujah tak mampu juga mengemukakan fakta... walau sekadar sebaris angka atau sehelai dokumen.

Bila TS benci akan golongan yang berakhlak begitu maka TS juga tak mahu blog Kedah La terikut style macam tu, sebab tu ada artikel yang TS tarik balik sehingga mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tarik balik? Sebab persoalan yang dibangkitkan bersifat peribadi yang melampau (sekalipun mungkin ada kebenaran), tak salah untuk jatuhkan musuh tapi tumpukan kepada isu dasar atau sekurang-kurangnya isu yang lebih besar.

Khabarnya pre council YB2 Pakatan untuk Sidang DUN bermula esok sedang menyediakan 'jawapan' yang paling jitu terhadap serangan yang sudah boleh dijangka akan dibuat oleh pihak pembangkang iaitu BN.

Bagi TS sebaik-baik pertahanan ialah dengan menyerang! TS sudah dapat menjangka kehebatan YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah berpencak nanti khususnya yang berkaitan penyelewengan di zaman BN yang berpuluh kali ganda jauh lebih besar.

Selamat Bersidang para YB....

Friday, November 16, 2012

Ucapan Perwakilan Muslimat Kedah pula di SPIN oleh UTUSAN...

UTUSEX MELOYA memang sah anak didik IBLIS LAKNATULLAH


Kalau tak FITNAH tak nama Utusex Meloya

Yang sebenar disebut perwakilan Muslimat Kedah, Sarina Ismail ialah Kerajaan BN dahulu gagal menjaga kebajikan golongan wanita di negeri itu serta mengiktiraf mereka yang banyak berjasa tetapi ia mampu dilakukan oleh PAS meskipun baru empat tahun memerintah Kedah.

TETAPI apa yang dilaporkan oleh Utusex Meloya anak didik pecacai Iblis Laknatullah adalah seperti berikut:

Kerajaan Pas Kedah dikritik kerana masih gagal menjaga kebajikan golongan wanita di negeri itu serta mengiktiraf mereka yang banyak berjasa meskipun telah memerintah selama empat tahun.

Memang aku dah kata rukun UMNO no 1 ialah FITNAH.