Showing posts with label Sungai Petani. Show all posts
Showing posts with label Sungai Petani. Show all posts

Friday, December 21, 2012

Trajedi SP - Disebabkan Pakat Naik Syeih Tak Ketahuan Punca.. Akhirnya ada 'hikmah' yang tersirat..!!

Alhamdulillah!!! Hikmah di sebalik cerita 'Rusuhan India-Melayu' di Sungai Petani

(foto hiasan)

Oleh: Saiburi Sudin

SS ke Kulim kelmarin ada urusan keluarga, kebetulan jumpa rakan India, Annamalai yang merupakan MKK di kawasan Padang Serai. Berborak hampir setengah jam di kedai nasi kandaq bersama beberapa rakannya, semuanya India.

"Ada hikmah rupanya cerita Hindu gaduh sama Melayu di Sungai Petani.." kata Malai. Nak tergelak SS, sejak India PKR ni berkawan dengan PAS dah pandai sebut 'hikmah'... sejauh mana dia faham hikmah tu SS pun tak tau.
Semua orang tahu cerita kononnya pergaduhan di Sungai Petani hanyalah cerita antara dua kumpulan yang berselisih faham, kebetulan satu kumpulan Melayu satu India. Isu pergaduhan bukan kerana politik, agama atau perkauman... isunya sangat remeh. Tetapi menjadi besar akibat campurtangan puak ultra Melayu....

"Sekarang rata-rata orang India marah sama Perkasa, Pekida depa pun tau ini semua UMNO punya orang.." terang Malai.

PRU 2008 dulu sokongan India untuk pembangkang memang kuat tapi lepas dua tahun ramai kembali sokong BN. "Sekarang orang India memang marah sama UMNO kes Sungai Petani punya pasal," kata Malai.

Memang betul, ada hikmah atau manfaat politiknya bila puak2 'terlebih Melayu' ni pi dok campurtangan tunjuk samseng kat orang India di Sungai Petani. Tiba-tiba saja tanggapan orang India terhadap Perkasa, Pekida (sebelum ni orang India mungkin tak pernah dengar) dan UMNO jadi negatif.

Bagi SS, bila Allah nak menentukan penolakan rakyat untuk BN maka muncullah sebab musabab yang dibuat oleh penyokong mereka sendiri.
 
http://kedahla.blogspot.com/2012/12/alhamdulillah-hikmah-di-sebalik-cerita.html

Wednesday, December 19, 2012

Ahli Parlimen Sg Petani gesa orang politik dan blogger hentikan sentimen perkauman.

Inilah Dalang Sebar Fitnah Insiden Sg. Petani


KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno menerusi bloggernya paling berperanan memainkan sentimen perkauman dalam insiden Sungai Petani, Kedah kononnya untuk menyatupadukan orang Melayu, kata Datuk Johari Abdul.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengulas khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah tersebut.Jelas Johari, ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan samseng tetapi berita itu sengaja disebar oleh Umno melalui media sosial seperti facebook, twitter dan sistem pesanan ringkas (SMS) dan menyatakan insiden berkenaan merupakan pergaduhan antara kaum.

"Apa yang kita lihat, blogger Umno paling kuat mainkan sentimen perkauman. Ia adalah percubaan Umno kononnya untuk mengembalikan perpaduan orang Melayu, menampakkan seolah-olah ditindas kaum lain,” katanya kepada Keadilan Daily.

“Saya juga hairan apabila orang Sungai Petani sendiri tak tahu mengenai hal itu, tapi orang luar berlebih-lebihan menyampaikan berita yang tak betul ini,” katanya.Menurut Johari, polis turut memaklumkan keadaan di Sungai Petani terkawal dan tiada kematian.

Hanya kecederaan ringan melibatkan ahli kumpulan yang bergaduh.“Ia hanya helah untuk mengambil kesempatan di atas kejadian yang langsung tiada kena-mengena dengan perkauman,” tegas beliau.“Saya minta mana-mana ahli politik hentikanlah semarak sentimen perkauman kerana ia langsung tidak memberi anda kemenangan. Jangan sampai keamanan negara tergadai,” serunya. ~kd

Tuesday, July 10, 2012

Isu Pusat Hiburan - [Urgent] Sukarelawan Sekitar SP di Perlukan malam ini juga...!!....



Note : mana-mana MKK, Ahli Majis, Ketua Cawangan, Ketua Kawasan, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat, Ketua Ulamak beserta AJK-AJK PAS, PKR serta DAP semua boleh turut serta kot.... ini benda baik dan benda nie kita dok buat selalu waktu belum memerintah negeri....jadi pakat-pakat bantu lah noo..!!

Info - Ada Pusat Hiburan Mungkar beroperasi di Sg Petani - MB, Exco, Ahli Majlis, MKK serta Ketua parti dok buat apa..???




Friday, November 18, 2011

DEMO BANTAHAN PEMBINAAN KUIL HINDU DI BANDAR PUTERI JAYA

OLEH LANDAS

Bandar Puteri Jaya - Gambar di atas adalah sekumpulan aktivis hindu sedang berkumpul di Tapak Milik PKNK bersebelahan Bandar Puteri Jaya sekitar jam 11.00 pagi pada 18 November 2011. Mereka merancang untuk membina kuil hindu yang dijangka majlis perletakan batu asas pembinaan kuil tersebut akan disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia Dato' S.Subramaniam pada 27 November 2011.

Jawatankuasa bertindak bantahan pembinaan Kuil Hindu di Tapak Milik PKNK berhampiran Bandar Puteri Jaya, Bandar Utama, Bandar Sri Astana dan Bandar Perdana telah panjangkan surat bantahan kepada Pegawai Daerah Kuala Muda, Pejabat Agama Daerah, Ketua Polis Daerah, YDP MPSPK, Pengarah PKNK, Pengurus SP Baiduri Developer Bandar Aman Jaya, Dato' Mufti Negeri Kedah, Majlis Agama Negeri Kedah, Pentadbir Tanah Daerah Kuala Muda, Penghulu Mukim dan Majlis Ketua Kampung (MKK).

Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak telah bermesyuarat pada 14 November 2011 yang mewakili 80% penduduk Islam di kawasan Kariah Masjid Bandar Puteri Jaya membantah pembinaan Kuil Hindu tersebut yang boleh menjejaskan keharmonian penduduk Islam yang majoriti dan penduduk beragama hindu hanya sekitar 5% sahaja. Lagi pun lokasi tersebut tidak sesuai didirikan sebuah kuil hindu yang menampakkan berada di atas kawasan tinggi yang di kelilinggi kawasan penduduk Islam yang melingkungi kuil yang dicadangkan.

Maklumat pihak berkuasa tempatan, tidak ada sebarang surat pemohonan untuk membina kuil hindu tersebut. Pembinaan tersebut menampakkan semata-mata menggunakan pengaruh politik. Sepatutnya menteri berkenaan tidak akan merasmikan perletakan batu asas kuil hindu jika pembinaan tersebut tidak mendapatakan kelulusan pihak berkuasa tempatan khususnya. Sebagai seorang menteri sudah pasti memahami undang-undang yang ditetapkan dan tidak akan campurtangan segala urusan yang menyalahi undang-undang.

Sebentar tadi selepas Solat Jumaat, Jawatankuasa Bertindak Penduduk bersama ahli jamaah telah berkumpul di kawasan tapak milik PKNK mengdakan demo bantahan dan meminta pihak kerajaan negeri khususnya pihak berkuasa tempatan campurtangan menghalang pembinaan kuil hindu tersebut sebelum berlaku tindakan tidak diingini oleh penduduk Islam.

Bandar Utama dalam Kariah Masjid Dandar Puteri Jaya



Plan tapak lokasi kuil hindu yang dicdangkan

khatib Kariah Masjid Bandar Puteri Jaya sedang
menyampaikan khutbah pada 18 Nov 2011

Jamaah baru selesai Solat Hajat memohon supaya
kuil hindu gagal didirikan di Tapak Milik PKNK













Tuan Imam Kariah Masjid Bandar Puteri Jaya Ustaz
Abdul Rahman Jailani sedang bercakap di hadapan
media akhbar dan TV 1

Monday, June 27, 2011

Ada Ahli Majlis MPSPK lapaq elaun.. langgaq perjanjian bersama untuk boikot mesyorat majlis..!!

Assalamualaikum,

http://www.mpspk.gov.my/image/image_gallery?uuid=ff76cbf4-5eb8-4cc2-9abc-ca702221ceb7&groupId=21839&t=1301996296077

Aduhai nie mai bangjoe nak habaq kat hangpa pasai isu ahli majlis lapaq elaun... hangpa ingat dak lagi pasai ahli majlis MPSPK yg mana depa seblom nie dah berpakat nak pulau mesyorat majlis... so far alhamdulillah.. laa kata sepakat depa tu menjadi.. namun sejak dua menjak nie dah ada yg nak ngelat dah dok tebiang pie jugak mesyorat majlis tuu... depa nie 2 org sorang PKR sorang PAS... lanie kira depa dah mungkiaq janji laa..

So far mesyuarat penoh ahli majlis skrg nie tak dapat dijalankan kerna semua ahli majlis masih lagi dok boikot...dan YDP serta SU memang tengah dok musing pikiaq benda nie.. org suruh letak jawatan haram tak mau letak... namun bila 2 org ahli majlis nie dok terhegeh pie sua kepala jugak hadir mesyorat ahli majlis kira depa 2 org ja lah kupang tembaga dalam mesyorat tuu..

Sehari dua nie MPSPK dah keluaq notis untuk roboh gerai kot area bukit makmur ... tapi tak dapat dijalankan kerana melanggari perintah mesyorat EXCO NEGERI dimana setiap operasi pemutihan nak kena ambik kata putus dalam mesyorat penuh... nasib baik mesyorat tak cukup korom jika tidak jadi macam gerai cinta sayang dulu laa.. tapi yang herannya mesyorat penoh tak dapat buat tapi mai kot mana pulak notis roboh tuuu....

jadi dengan ini BangJoe harap parti PAS & PKR kena ambik tindakan atas kelaku ahli majlis hangpa nie...dah kebuloq sangat kaa duit elaun tuu.. kalau lapaq habaq la mai sini kami rakyat nak kumpoi derma bagi kat hangpa 2 ekoq...jadi sebelum merebak lagi busok kelaku nie baik ambik tindakan segera...tu baru jadi ahli majlis macamana kalau jadi ADUN kaa MP kaaa dah kira dalam ketegori 'melompat katak' dah nie.....

BangJoe Merbok

Thursday, May 5, 2011

Awat lengai sangat nie.. Jika dah tahu ROSAK ganti sajalah..!!

CCTV rosak tunggu mangsa

SUNGAI PETANI – Keadaan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah menara dalam kawasan Stesen Bas Tempatan Sungai Petani hampir tercabut sehingga membahayakan keselamatan orang ramai.

Noordin Abd Rahim, 54, berkata, CCTV itu dipasang bertujuan merakamkan kejadian jenayah yang berlaku di kawasan sekitar namun, tidak berfungsi akibat rosak sejak Februari lalu.

Menurutnya, kerosakan berlaku apabila kerja merobohkan sisa kebakaran bangunan bersebelahan menara dilakukan pada 16 Februari lalu terkena CCTV berkenaan sehingga menyebabkan ia hampir tercabut dari tempat asalnya.

“Sejak kemalangan itu, CCTV yang pernah merakamkan kejadian jenayah seperti kecurian motosikal di kawasan ini tidak pernah dibaiki dan diselenggarakan sehingga ke hari ini.

“Keadaannya yang hampir roboh boleh menimbulkan bahaya sekiranya terjatuh bila-bila masa dan terkena pejalan kaki kerana laluan ini merupakan tumpuan orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan bas,” katanya kepada Sinar Harian.

Noordin berkata, pihak bertanggungjawab perlu membuat pemeriksaan ke atas CCTV berkenaan agar ia segera dibaiki dan dapat digunakan semula.

“Dengan adanya perkhidmatan CCTV ini, kita dapat mengenal pasti kegiatan jenayah. Selain itu, ia meningkatkan tahap keselamatan terutama kepada orang ramai yang berada di kawasan stesen bas.

“Kemudahan yang dipasang ini adalah atas dasar keselamatan dan ketenteraman namun, apabila dibiarkan dalam keadaan tidak terurus, pemasangannya hanya mendatangkan kerugian,” katanya.