KedahLanie.info: [ADUAN] Guar Stesyen Gurun : GAMUDA & JKR KUALA MUDA lepas tangan AKHIRNYA rakyat pula yang tanggung
Showing posts with label Ahli Majlis. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012
Monday, October 29, 2012
Ahli-ahli Majlis akan buat Laporan Polis 2 Ke Atas Dato’ Rasli
Oleh : KUNING 77
ALOR SETAR – Ahli-ahli majlis PBT Kedah (lantikan politik) akan membuat laporan polis yang kedua pada minggu ini berhubung isu permohonan tanah oleh syarikat Tirai Sutera (M) Sdn. Bhd. di kawasan Bandar Kuah, Langkawi.
Menurut Ir Mohd Jamal Nasir, Ahli Jawatankuasa Sekretariat Ahli-Ahli Majlis PBT Kedah (KLCS), pihak akan membuat laporan polis kedua ke atas Datuk Rasli pada Khamis ini.
Katanya, kali ini pihaknya akan membuat laporan berhubung isu permohonan sebidang tanah oleh syarikat Tirai Sutera (M) Sdn. Bhd. di Lot PT. 1501, Sekyen 6 di kawasan Bandar Kuah, Langkawai Kedah Darul Aman, dimana syarikat berkenaan didakwa mempunyai hubungan keluarga rapat dengan Datuk Rasli sendiri.
Sumber dari Pejabat Tanah Langkawi, anggaran keluasan tanah tersebut ialah 1817 meter persegi (19,558 kaki persegi), dianggarkan bernilai hampir RM 1 juta. Tanah berkenaan adalah tanah bandar, Luar Simpanan Melayu berada di kawasan perkhidmatan Majlis Perbandaran Langkawi, ia terletak bertumpu dengan lot-lot hakmilik bersebelahan dengan Hotel Grand Continental, Langkawi.
Mohd Jamal berkata, tujuan laporan ini untuk membolehkan pihak polis membuat siasatan sejauh mana penglibatan dan penyalahgunaan kuasa oleh Datuk Rasli sebagai Setiausaha Kerajaan dan pihak-pihak lain di dalam isu ini. Ini kerana, kami mendapati terdapat kecurigaan dan manipulasi kuasa oleh pihak berkenaan tentang proses permohonan tanah tersebut.
Katanya, dakwaan kami berasaskan beberapa dokumen berkaitan permohonan tersebut, akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Berdasarkan kefahaman kami bahawa ia menjurus kepada penyalahgunaan kuasa dan manipulasi di atas kedudukannya sebagai Setiausaha Kerajaan”.
“Difahamkan Bahagian Pembangunan dan Penguatkuasaan, Tanah dan Galian Negeri Kedah terlibat menyediakan kertas kerja tujuan untuk pertimbangan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MKK),” katanya.
Maksud kertas kerja ialah mendapatkan kelulusan exco ke atas permohonan tanah tersebut untuk tujuan tapak kediaman kakitangan syarikat Tirai Sutera (M) Sdn. Bhd.
Namun, terserahlah kepada pihak polis untuk mengklasifikasi laporan kami di bawah kesalahan jenis apa… tanggungjawab kami membuat laporan supaya boleh dibuat siasatan, katanya lagi.
Katanya lagi, sekiranya Datuk Rasli melakukan penyalahgunaan kuasa dan perlanggaran mana-mana undang-undang berkaitan kedudukannya, maka tindakan undang-undang hendaklah di ambil ke atasnya bersesuaian dengan undang-undang yang berjalan di Malaysia, sekali gus ia akan menjadi pengajaran kepada pihak lain supaya menjalankan tugas dengan amanah, telus dan beretika.
Sebelum ini, seramai 11 orang ahli-ahli majlis PBT Kedah telah membuat laporan polis berhubung isu Pulau Bumbun Besar, Langkawi yang didakwa berlaku penyalahgunaan kuasa oleh Datuk Rasli. Walau bagaimanapun, Menteri Besar Kedah (kelmarin) telah menyangkal dakwaan tersebut kerana kononnya fakta tidak tepat.
http://kedahla.blogspot.com/2012/10/ahli-ahli-majlis-akan-buat-laporan.html
Sunday, October 28, 2012
Sekretariat ahli-ahli majlis PBT Kedah sifatkan pemuda BN sebagai buta Akta 171
JITRA – Sekretariat Ahli-Ahli Majlis PBT Kedah atau Kedah Local Councillors Secretariat (KLCS) menyifatkan pemuda BN Kedah buta undang-undang (Akta 171) dan tertinggal bas, apabila mengulas tentang tindakan ahli-ahli majlis PBT (lantikan politik) mendesak Datuk Rasli Bin Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah meletakkan jawatannya. Menurut jurucakap KLCS, Basir Ismail bahawa pengerusi pemuda BN Kedah cuba nak menegakkan benang basah dalam hal ini semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan Datuk Rasli Basir yang kini mendapat desakan kuat dari ahli-ahli majlis PBT Kedah supaya meletakkan jawatan.
Di samping, UMNO/BN yang pernah menjadi kerajaan di Kedah sejak merdeka hingga 2008, seolah-olah tidak sedar bahawa Akta 171 yang menjadi undang-undang di dalam perjalanan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dijadikan asas di dalam hal ehwal perlantikan Yang DiPertua PBT di negeri ini”.
“Ini bermakna mereka (pemuda BN) bukan tidak tahu undang-undang tersebut, malah tidak tahu tentang risiko yang bakal dihadapi oleh PBT. Ia juga mengambarkan mereka (UMNO/BN) tidak tahu menggunakan kuasa untuk menguruskan kerajaan tempatan, katanya”.
Dalam hal ini, saya melihat pemuda BN Kedah mulai cemas dan rasa terancam apabila ahli-ahli majlis PBT meminta Pihak Berkuasa Negeri menggunakan haknya di dalam perlantikan Yang DiPertua PBT.
Barangkali mereka (UMNO/BN) amat bimbang jika Pihak Berkuasa Negeri akan melantik seseorang Yang DiPertua dikalangan individu yang beramanah, telus serta boleh berkerjasama dengan ahli-ahli majlis, sekali gus mendukung dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat. Ini kerana jawatan Yang DiPertua adalah jawatan terbuka, tidak terikat mesti dilantik dikalangan pegawai tadbir negeri (KCS) semata-mata.
Oleh itu, saya menanggapi kenyataan pengerusi pemuda BN Kedah sebagai mengambil maklumat tepi jalan, ia tidak merujuk kepada undang-undang (Akta 171), apabila mahu mempersoalkan tindakan ahli-ahli majlis PBT Kedah, kata Basir.
Tuduhan mengatakan ahli-ahli majlis mendesak Datuk Rasli adalah seperti mempertikaikan Al Sultan Kedah, Basir menjelaskan ia adalah usaha yang berterusan pihak UMNO/BN Kedah untuk mengalihkan isu sebenar yang berlaku.
“Pemuda BN Kedah, kalau nak campurtangan dalam isu ini, elok rasanya mereka bantu Datuk Rasli menafikan dakwaan salahlaku yang sudah mula terbongkar satu demi satu, katanya.
“Adakah pemuda BN bersedia menjadi pembantu Datuk Rasli menafikan penyalahgunaan kuasanya ke atas isu Pulau Bumbun Besar, Langkawi dan projek rasuah ibu pejabat baru Majlis Perbandaran Sungai Petani yang bernilai RM 46 juta dan lain-lain penyalahgunaan kuasa, rasuah yang akan didedahkan sedikit masa lagi, soal Basir.
Oleh itu saya meminta supaya pemuda BN Kedah tidak lagi mengeksploitasi isu ini, lebih baik mereka (pemuda BN Kedah)buat keraja lain supaya rakyat nampak mereka masih releven untuk memimpin negeri ini di masa depan”.
Wednesday, January 11, 2012
Oh AHLI MAJLIS...............Versi PKR KEDAH...
Assalamualaikum...
Salam to all
Rasa syukur yang tidak terhingga apabila menerima berita tentang pembebasan DSAI mengenai kes FITNAH 2,tidak dapat tidak inilah berita gembira yang harus di kongsi bersama.Semestinya UMNO mahupun parti komponen BN merasakan bahang dengan pembebasana DSAI,kebenaran tetap akan muncul jua.
Namun keputusan MAHKAMAH sememangnya memeranjatkan banyak pihak,ada ketika merasakan ia satu mimpi.Apapun ia anugerah kepada penyokong PR khususnya penyokong PARTI KEADILAN RAKYAT.
Gelombang dan gerakkan 901 sememangnya memainkan peranan sehinggakan pihak UMNO dan PERKASA terasa tempias menyebabkan IBRAHIM ALI terpaksa membuat program qiamullai di MASJID WILAYAH.Ini yang di katakan tekanan sehingga merimaskan UMNO dan BARISAN NASIONAL.Cuma yang peliknya ada juga segelintir manusia di dalam PARTI KEADILAN RAKYAT tidak merasai bahang 901,yang mereka tahu jawatan yang perlu di rebut.Di saat semua penyokong PKR susah hati dengan nasib DSAI,ada juga sebilangan pimpinan PKR KEDAH terus menerus memikirkan jawatan itu dan ini.Lebih memeranjatkan sesi taklimat 901 di selit sesi soal jawab mengenai jawatan AHLI MAJLIS.Keadaan yang sebegini sememangnya tidak sihat untuk kemajuan parti.Seolah-olah jawatan itu penting sehinggakan fokus untuk program 901 menjadi penghalang di dalam mendaptkan jawatan.
Pelik juga melihat gelagat KETUA PENERANGAN PKR KEDAH di dalam isu perebutan AHLI MAJLIS seolah2 AHLI MAJLIS ADALAH SEGALANYA dan menjadi fokus utama di dalam perjuangan.Reaksi PENGURUSI MPN PKR KEDAH juga seakan merestui keadaan ini berlaku.Di dalam keadaan ahli parti bimbang nasib DSAI mereka ini masih memikirkan soal jawatan.Di dalam penulisan yang terdahulu telah di nyatakan agar PENGURUSI MPN PKR KEDAH berhati-hati di dalam membuat keputusan,dan kini beliau telah melakukan kesilapan sehinggakan beliau sering jatuh sakit.Anasi-anasir yang tidak baik semakin menular di dalam PKR KEDAH,ia bakal menjadi barah dan seterusnya menyusahkan PARTI KEADILAN RAKYAT terutama di KEDAH
Rata-rata masyarakat maklum mengenai track rekod PKR KEDAH iaitu sentiasa di palitkan dengan isu KATAK,tetapi ini semua gagal di jadikan pengajaran oleh PKR KEDAH TERMASUK PENGURUSI PKR KEDAH iaitu DATO HJ WAN SALLEH WAN ISA.Tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.Sikap dan perangai UMNO seharusnya di tinggal jauh sebelum menyertai PARTI KEADILAN RAKYAT.Janganlah terlalu memikirkan jawatan kerana ia semuanya sementara dan boleh bertukar ganti dan bukan monarki.Di harap kepada pimpinan yang berwajib sila ambil perhatian mengenai sindrom gila JAWATAN AHLI MAJLIS kerana ia akan merosakkan parti dan dapat memecahbelahkan perpaduan di dalam parti.Kepada DATO WAN SALLEH WAN ISA silalah tinggalkan kerusi empuk pengurusi PKR KEDAH jika berlaku perpecahan di kalangan anggota PARTI kerana tindakkan menukar AHLI MAJLIS.Di waktu yang genting seperti ini adalah tidak wajar sama sekali tindakkan menukar AHLI MAJLIS di lakukan,perpaduan di dalam PARTI itu lebih penting daripada menjadi satu dua kerat pembodek.
Di dalam PARTI KEADILAN RAKYAT tidak perlu manusia yang bersikap makan bodek bahkan kaki ampu pun tidak di perlukan,kerana PARTI KEADILAN RAKYAT sebuah parti yang menuntut KEADILAN dan memperjuangankn hak RAKYAT. Ia bukannya sebuah parti serpihan UMNO dan bukannya PARTI yang isinya anggota yang membawa sikap buruk UMNO sehinggakan boleh meruntuhkan parti itu sendiri.Sedarlah bahawa PKR KEDAH telah melalui zaman getir dan kini PKR KEDAH bakal melalui saat getir jika DATO HJ WAN SALLEH WAN ISA terus menerajui PKR KEDAH.Jangan dilihat apa yang di utarakan ini sebagai suatu perkara yang pelik,kerana di saat ini ANASIR UMNO semakin meresap masuk di dalam BARISAN KEPIMPINAN PKR KEDAH,semoga yang berkenaan berwaspada selalu......
MENUJU PUTRAJAYA
Nukilan Merak Buih

Thursday, July 28, 2011
Ahli Majlis TAK SUKA, YB pun TAK SUKA tapi mai tang MB awat dia suka pompuan nie tak tau..???
Mohon MB nilai semula YDP
SUNGAI PETANI – Tiga Ahli Parlimen dari kawasan Sungai Petani, Merbok dan Jerai memohon Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat penilaian semula keputusan mengekalkan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Rozaina Datuk Radzi.
Tiga Ahli Parlimen berkenaan termasuk Datuk Johari Abdul (Sungai Petani), Datuk Rashid Din (Merbok) dan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) memohon pertimbangan Menteri Besar supaya membuat penilaian semula terhadap YDP yang menerima bantahan majoriti Ahli Majlis.
Johari berkata, beliau yakin Menteri Besar tidak diberi maklumat tepat berhubung tindakan 17 Ahli Majlis yang memboikot YDP atas sebab tertentu yang telah disenaraikan melalui memorandum mengandungi 10 sebab mengapa YDP perlu ditukar yang dihantar 30 Mei lalu.
“Kami mahukan MB buat penilaian semula apa yang terkandung dalam memorandum di mana Ahli Majlis mahukan YDP ditukarkan jika tidak 17 Ahli Majlis tidak akan menghadiri mesyuarat sekiranya YDP sedia ada masih menjawat jawatan,” katanya kepada media semalam.
Menurutnya, tindakan YDP yang tidak pernah berunding permasalahan yang berlaku adalah tidak patut kerana langsung tiada memberi peluang wakil rakyat bertemu dengannya walaupun ingin membuat temu janji beberapa kali.
Selain itu, Mohd Firdaus berkata, perkara yang dinyatakan dalam memorandum adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin yang mengatur perjalanan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana Bandar Sungai Petani adalah bandar contoh yang pesat membangun dengan pelbagai aktiviti.
“Sekiranya YDP dibiarkan dengan keputusannya, manakala Ahli Majlis tidak juga masuk ke mesyuarat, masalah rakyat terus-terusan tidak dapat diselesaikan dan pelaksanaan beberapa agenda juga akan terganggu.
“Rakyat terbeban dengan pelbagai masalah, tiada tempat mengadu dan akhirnya masalah berhubung soal sampah, jalan berlubang, longkang bocor dan sebagainya tergendala.
“Kita tidak mahu perkara ini berlanjutan dan mahukan setiap Ahli Majlis kembali bertugas seperti biasa namun permintaan Ahli Majlis yang mahukan YDP ditukarkan perlu dilaksanakan terlebih dahulu,” katanya.
Selain itu, Rashid menjelaskan, memorandum itu menunjukkan kewibawaan YDP yang lemah selain terkilan dengan sikap pemimpin tersebut yang seolah-olah tidak prihatin dengan masalah berkenaan.
Beliau mengharapkan Kerajaan Negeri mendengar dan memahami permintaan Ahli Majlis supaya mengambil langkah terbaik dalam menyelesaikan perkara berkenaan agar Ahli Majlis dapat meneruskan kembali tugas dan berkhidmat kepada rakyat.
Menurutnya, desas-desus yang mengatakan bahawa Ahli Majlis mempunyai kepentingan mendapat tender sehingga diabaikan YDP menyebabkan mereka memboikot adalah tidak benar dan sekiranya berlaku, perkara itu boleh dipanjangkan ke siasatan terperinci berserta bukti kukuh.
“Kami tidak akan membiarkan sekiranya ada Ahli Majlis yang ada kepentingan masing-masing dan tindakan akan diambil kepada mereka sekiranya didapati bersalah,” katanya.

Monday, June 27, 2011
Ada Ahli Majlis MPSPK lapaq elaun.. langgaq perjanjian bersama untuk boikot mesyorat majlis..!!
Assalamualaikum,

Aduhai nie mai bangjoe nak habaq kat hangpa pasai isu ahli majlis lapaq elaun... hangpa ingat dak lagi pasai ahli majlis MPSPK yg mana depa seblom nie dah berpakat nak pulau mesyorat majlis... so far alhamdulillah.. laa kata sepakat depa tu menjadi.. namun sejak dua menjak nie dah ada yg nak ngelat dah dok tebiang pie jugak mesyorat majlis tuu... depa nie 2 org sorang PKR sorang PAS... lanie kira depa dah mungkiaq janji laa..
So far mesyuarat penoh ahli majlis skrg nie tak dapat dijalankan kerna semua ahli majlis masih lagi dok boikot...dan YDP serta SU memang tengah dok musing pikiaq benda nie.. org suruh letak jawatan haram tak mau letak... namun bila 2 org ahli majlis nie dok terhegeh pie sua kepala jugak hadir mesyorat ahli majlis kira depa 2 org ja lah kupang tembaga dalam mesyorat tuu..
Sehari dua nie MPSPK dah keluaq notis untuk roboh gerai kot area bukit makmur ... tapi tak dapat dijalankan kerana melanggari perintah mesyorat EXCO NEGERI dimana setiap operasi pemutihan nak kena ambik kata putus dalam mesyorat penuh... nasib baik mesyorat tak cukup korom jika tidak jadi macam gerai cinta sayang dulu laa.. tapi yang herannya mesyorat penoh tak dapat buat tapi mai kot mana pulak notis roboh tuuu....
jadi dengan ini BangJoe harap parti PAS & PKR kena ambik tindakan atas kelaku ahli majlis hangpa nie...dah kebuloq sangat kaa duit elaun tuu.. kalau lapaq habaq la mai sini kami rakyat nak kumpoi derma bagi kat hangpa 2 ekoq...jadi sebelum merebak lagi busok kelaku nie baik ambik tindakan segera...tu baru jadi ahli majlis macamana kalau jadi ADUN kaa MP kaaa dah kira dalam ketegori 'melompat katak' dah nie.....
BangJoe Merbok

Subscribe to:
Posts (Atom)