Showing posts with label Balak. Show all posts
Showing posts with label Balak. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

BN Kedah harap keajaiban balak selepas gagal isu lain

Oleh ZULKIFLI YAHAYA


UNTUK kali kedua BN Kedah menghimpunkan penyokongnya dari seluruh pelosok negeri di Charok Genting Bunga bagi melakukan 'battle cry' terhadap isu pembalakan yang kononnya berlaku dengan rakusnya di bawah Pakatan Rakyat

Mereka mendakwa 12,000 orang berhimpun kali ini, lebih 2,000 orang berbanding perhimpunan pertama.

Setiap peserta perhimpunan dibekalkan dengan baju-T percuma, minyak motosikal untuk konvoi, wang sagu hati dan makanan. Ditambah dengan bayaran untuk artis jemputan, sewa ratusan buah khemah, publisiti dalam pelbagai bentuk - maka jumlah yang dianggarkan tidak kurang RM1 juta dibelanjakan untuk himpunan kali kedua.

Himpunan kali pertama juga tidak kurang besar belanjanya apabila orang kampung yang tidak tahu apa-apa dikerahkan dengan beratus-ratus buah bas, hadir terpinga-pinga mendengar ucapan Dato' Ibrahim Ali.

Persoalan menarik ialah, mengapa BN Kedah sanggup melaburkan wang dan masa dengan begitu banyak hanya untuk memfokuskan isu yang satu, iaitu balak? Cukupkah dengan isu tersebut untuk menumbangkan Pakatan di Kedah?

Hakikatnya, di negeri Jelapang Padi ini pembangkang memang ketandusan isu sejak awal lagi. Kalau mereka peroleh isu pun ia hanya untuk sementara waktu, akhirnya isu tersebut tidak memihak kepada mereka.

Isu cadangan meroboh ganti Madrasah Salihiah untuk projek Aman Central dikira cukup besar. Himpunan demi himpunan diadakan, hingga akhirnya Menteri Besar turut diheret ke mahkamah. Namun ia selesai dalam keadaan hampir tiada siapa pun peduli mengenainya, bahkan sewaktu bangunan madrasah itu diroboh tiada satu biji mata pun yang bersagang nyawa untuk 'menyelamatkannya'.

Sebabnya, dari awal isu tersebut berpihak kepada kerajaan Negeri, cuma menghadapi tentangan yang dibuat-buat tanpa prinsip. Bahkan sewaktu mereka mempertikaikan kaedah Istibdal yang diguna pakai oleh kerajaan negeri, mereka kantoi apabila yang memberi penjelasan mengenainya bukan Exco kerajaan tetapi Mufti.

Isu penyelewengan dalam penyelenggaraan perumahan awam yang melibatkan kerugian sebanyak RM2.55 juta seperti dilaporkan oleh Ketua Audit Negara bagi laporan audit 2011 juga tidak mampu bertahan.

Mulanya BN sungguh ghairah menyerang kerajaan negeri tetapi termonyeh akhirnya apabila pegawai yang didakwa terbabit dengan penyelewengan itu adalah 'orang kuat' Umno Kedah.

Kenaikan tarif air sebanyak RM0.10 untuk satu meter padu air juga tidak bertahan lama kerana rakyat Kedah tidak merasa beban kenaikan akibat yang terlalu kecil, berlaku pula dalam tempoh yang lama. Apatah lagi kualiti perkhidmatan air jauh lebih baik berbanding di zaman BN dahulu.

Isu air yang berlaku di selatan dan utara Kedah selesai akhirnya dengan pembinaan logi pembersih air baru di Lubuk Buntar, Sik dan Padang Sanai. Tiada lagi cerita mahasiswa UUM membawa baldi, menadah air dari lori tangki di tepi jalan tetapi cerita yang kedengaran ialah paip lama di kampus itu pecah kerana tidak mampu menahan tekanan air yang terlalu kuat.

Apabila BN menyerang kerajaan negeri dalam isu pertambahan pusat hiburan, serangan itu berpatah balik kepada mereka kerana pertambahan pusat hiburan haram mesti dipantau oleh pihak polis, sedang polis adalah agensi Persekutuan. Dari aspek lain, akibat terlalu kuat menyerang pusat hiburan mereka ditempelak oleh rakan sekutu Gerakan dan MCA, akhirnya Umno menikus dalam isu tersebut.

Isu kerugian balak dalam pelaburan Kedah Corporation Berhad (KCB) di Papua New Guinea sebanyak RM6.4 juta juga tidak dapat bertahan lama. Ia 'lekat di celah gigi' apabila muncul pendedahan penyelewengan dan bebanan di zaman BN yang jauh lebih besar iaitu sebayak RM403 juta!

Itu baru jumlah bebanan yang akibatnya ditanggung oleh kerajaan negeri kini. Kalau dihitung jumlah penyelewengan, kerugian dan bebanan yang tidak ditanggung kerajaan kini - jumlahnya jauh lebih besar.

Isu kononnya berlaku pertembungan antara pegawai dengan pemimpin politik, yang cuba dipanaskan oleh pihak pembangkang di Sidang Dun juga tidak sampai ke mana kerana akhirnya ia selesai begitu sahaja.

Isu kononnya berlaku kelemahan pentadbiran di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) juga nampaknya tidak bertahan lama. Ia selesai dalam sekelip mata apabila Yang di-Pertuan Agong berangkat merasmikan kampus induk KUIN di Kuala Ketil bernilai RM330 juta untuk fasa pertama.

Maka menempelak KUIN sama seperti menempelak Agong yang juga merupakan Sultan Negeri ini.

Maka selemah-lemah isu pembalakan pun, itulah pula isu yang paling besar bagi BN di Kedah. Itulah yang mereka canangkan kepada rakyat siang dan malam dalam propaganda yang penuh putarbelit.

Selepas dua himpunan BN di tapak balak Tasik Pedu, kini giliran penyokong kerajaan negeri pula akan berhimpun di Tasik Pedu mempertahankan tindakan kerajaan negeri sambil membongkar salahlaku BN. Menteri Besar sendiri akan turun dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah ini.

Selepas ini, besar kemungkinan isu balak pun akan terpadam macam isu-isu lain yang dimainkan oleh pembangkang di Kedah.

Thursday, January 17, 2013

Projek Padang Golf di Tasik Pedu zaman BN lebih bawa mudharat


YAN – Tasik Pedu suatu ketika dulu sekitar tahun 90-an ‘dibangunkan’ dengan padang golf dengan keluasan lebih daripada seribu ekar, namun tiada tentangan terhadapnya.

Apabila kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat hendak majukan kawasan tersebut dengan projek agro pelancongan, ianya mendapat tentangan hebat daripada segelintir pihak yang sama ada cemburu akan keupayaan kerajaan negeri ataupun mahu menjadi ‘hero’ kepada penduduk.

Di zaman pemerintahan Dato’ Syed Razak, demi menyelamatkan padang golf daripada ditenggelami banjir, kerajaan mahu lepaskan air dari Empangan Pedu, dimana bakal merosakkan padi yang sedang dituai.

Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, pemilihan Charok Genting Bunga sebagai agro pelancongan adalah cadangan yang dkemukan oleh Jabatan Perhutanan.


“Sekarang kita (kerajaan negeri) tebang sebab nak tanam semula, dulu masa zaman Barisan Nasional tebang habis pokok-pokok di situ nak buat padang golf lebih daripada seribu ekar tak ada sapa pun buat rombongan untuk buat bantahan, akhirnya padang golf tu tinggal nama saja, saya nak pulih semula tasik.

“Cuba kita tengok di Tasik Pedu, kiri kanan jalan semua pokok rendah sebab dah ditebang dulu, tapi tak ada sapa pun buat bantahan.

“Pemilihan Charok Genting Bunga adalah cadangan daripada Jabatan Perhutanan, bukannya saya yang perintah, dok main ‘isu’ saja, kita boleh buat di Ulu Muda, tapi kita ambil kira dengan adanya lebuhraya, dengan udara tasiknya, amat sesuai tanam pokok disitu,” jelas beliau.

Tambah beliau, kawasan tersebut sudah tidak diwartakan sebagai kawasan tadahan hujan.

“Setelah bincang dengan Jabatan Perhutanan, baru kita tebang, tadahan air dah tukar lama dah diwartakan ke tempat lain, masa nak buat laluan Tekih dulu, kawasan ini masih diwartakan sebagai tadahan air, tiada bantahan juga dibuat.

“Sebenarnya Perkasa dah tak ada isu, dia kalah dalam kes Madrasah Salahiah, jadi dia main isu ini pula,” ujar beliau.

Tuesday, January 8, 2013

Tak puas hati Isu Salihiah selesai pun jangan la dok marahkan kepada ISTANA..!!

Perhimpunan di Pedu mahu balas dendam terhadap istana isu Madrasah Salihiah???


Oleh: MKBB

Sebuah pertubuhan pelampau Melayu akan mengadakan demonstrasi dekat Tasik Pedu, ini kira kali pertama dalam sejarah orang demo tepi hutan. Rasanya beruk2 kat Tasik Pedu tu akan gelak tengok kelaku depa.

Baru-baru ini hasil titah Yang Di-Pertuan Agong maka pihak jawatankuasa bertindak pertahan Madrasah Salihiah akhirnya akur dengan cadangan asal kerajaan negeri supaya madrasah itu dibuat istibdal atau pindahwakaf. Ada yang malu sebab depa kena ikut cadangan asal kerajaan negeri. Nak marah kat Agong tak boleh, baginda ketua negara. Dok merekam dalam dirilah.

Maka mengikut pirasat MK, cara puak-puak ni nak lepas geram dekat pihak istana ialah pi buat bantahan kat Tasik Pedu. Awat pulak Tasik Pedu? Sebab di situlah kompartment terakhir balak sedang diangkut dan kompartment terakhir tu milik Kerabat Di-Raja Kedah. Raja Kedah tu sapa? Yang Di-Pertuan Agonglah!

Logik jugak 'tujuan' perhimpunan tu... maka geram dekat istana pun berjaya dilepaskan. Mokalau kata demo tu dibuat desak kerajaan negeri hentikan balak, tak munasarawak kerana projek tebang balak di situ memang selesai dah pun.

Huru hara sungguh puak ni, dekat pihak istana pun nak buat korang ajark. Depa ingat yang Di-Pertuan Agong dan Kerabat Di-Raja Kedah tak terasa apa-apa depa dok buat korang ajark dekat projek balak tu....

Sunday, January 6, 2013

Balak Pedu - JOHARI BAHARUM di jemput turut serta dalam lawatan PERKASA nanti..!!!

Johari dakwa Kedah sembunyi tujuan pembalakan

NAMPAKNYA BOLEH PANGGIL JOHARI BAHAROM PIE SAMA KOT MELAWAT TAPAK TUU..DOK CAKAP BANYAK SANGAT

JITRA -  Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd Johari Baharom mendakwa kerajaan Kedah menyembunyikan tujuan sebenar mereka meluluskan penerokaan kawasan hutan simpan berhampiran Tasik Pedu dan Gunung Inas di Baling.

"Saya yakin mereka ada tujuan lain. Saya harap kerajaan Pas Kedah lebih bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR/PMR 2012 anak-anak anggota polis daerah Kubang Pasu di sini, hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak baru-baru ini menegaskan lebih 400 hektar hutan simpan berhampiran Tasik Pedu yang ditebang akan dibangunkan dengan ladang buah-buahan manakala lebih 1,000 hektar di Gunung Inas untuk dijadikan ladang rakyat.

Azizan juga mengumumkan kerajaan negeri sedang mengenal pasti antara 800 hektar hingga 1,000 hektar lagi kawasan hutan untuk dipajak kepada persatuan-persatuan agama sebagai sumber pendapatan mereka.

Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kerajaan negeri sewajarnya membuat perancangan teliti dan tidak memberi kebenaran meneroka hutan sesuka hati.

"Jawapan Azizan bahawa tidak perlu kajian tanah kawasan yang ditebang balak berhampiran Tasik Pedu menjelaskan sikap tidak bertanggungjawab dan lepas tangan Menteri Besar.

"Kita juga nak tahu projek ini berdaya maju atau tidak... bukan buat dulu. Akhirnya balak sudah ditebang dan tinggal bukit yang gondol, sungai terjejas dan mendap oleh hakisan," katanya.

Mohd Johari berkata, walaupun pembalakan berhampiran Tasik Pedu dibuat di bahagian bawah, hakisan pasti akan berlaku dan akan memasuki Sungai Pedu, Sungai Kuala Nerang dan Sungai Padang Terap. - Bernama

Cepat la PERKASA tunggu apa lagi...MB dah ajak hangpa pie melawat Tasik Pedu nuuu..!!!

MB sokong tinjau lokasi balak
NURUL FATIHAH SULAINI
6 Januari 2013
MB sokong tinjau lokasi balak
Azizan menyampaikan sumbangan kepada murid sekolah 
 
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri menyokong inisiatif badan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa kira-kira 5,000 rakyat negeri ini melihat sendiri kawasan pembalakan yang dijadikan projek ladang buah-buahan di Pedu, Padang Terap.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengalu-alukan usaha berkenaan kerana rakyat boleh menilai sendiri lokasi projek berada di kawasan bawah dari Tasik Pedu.

“Elok la depa (mereka) pergi ramai-ramai, saya pun mahu bagi pokok-pokok (balak yang sudah ditebang) itu dipijak buang.

“Baru depa tahu betul tasik berada di atas manakala tempat projek di bawah,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyerahkan sumbangan buku kerja Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan bantuan wang tunai untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Seri Mentaloon, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, Datuk Manikumar Subramanian dan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik.

Dalam pada itu beliau turut mempertikai tindakan penunjuk perasaan yang menggesa Kerajaan Negeri menghentikan penebangan balak di kawasan berkenaan.

“Tindakan (demonstrasi tunjuk perasaan) mahu menghentikan aktiviti pembalakan tidak betul kerana orang (pemaju) sudah lama menghentikan aktiviti berkenaan dan sekarang proses menanam semula pokok buah-buahan,” katanya.

Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Perkasa yang mahu membawa sekitar 5,000 rakyat negeri ini ke kawasan pembalakan berkenaan pada 11 Januari ini untuk mengetahui perkembangan sebenar projek berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih terhadap ahli jawatankuasa Madrasah Salihiah yang setuju untuk menyelesaikan isu madrasah berkenaan secara baik di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan di Mahkamah Tinggi.

“Projek pembinaan Kompleks Aman Central akan berjalan semula seperti yang dirancang selepas usaha untuk merobohkan bangunan Madrasah Salihiah itu selesai.

“Sebelum ini proses menanam cerucuk terpaksa dihentikan sementara waktu namun akan disambung semula,” katanya.
Terdahulu pada majlis itu, seramai 311 murid dari enam sekolah rendah (Tamil), sekolah wawasan dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah menerima sumbangan Persatuan Kemajuan Masyarakat Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India Kedah.

Wednesday, January 2, 2013

Nak buka Felda dulu kawasan hutan digondolkan juga


PADANG TERAP – Terdapat segelintir pihak yang kurang senang dengan usaha kerajaan negeri untuk bangunkan hutan di Charok Genting Bunga menjadi ladang buah-buahan yang terbesar di Malaysia.

Mereka mengatakan kerajaan negeri rakus menebang balak serta penggondolan hutan dilakukan dan berselindung di sebalik Projek Ladang Buah-Buahan bagi mengaburi mata rakyat.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, jika kita bercakap mengenai isu penebangan hutan, dalam membangunkan Felda juga hutan ditebang untuk tanam kelapa sawit.

“Tapak ini jadi isu besar, seolah-olah kita nak rosakkan alam sekitar. Sekarang kita tebang sebab nak tanam semula, nak buat ladang buah-buahan untuk tingkatkan hasil pertanian.

“Ada dua isu besar yang dibangkitkan, iaitu mereka kata kita nak rosak alam sekitar dan pencemaran air tasik.

“Masa zaman Tun Razak, di Pahang, di Felda pun tebang habis sebab nak tanam kelapa sawit, sama juga macam nak tanam serai, kena cabut rumput dulu, bukan boleh tanam macam tu saja, sama juga pembinaan laluan TEKIH di atas tanah hutan, maka balak-balak juga perlu ditebang, tetapi tak ada siapa pula yang nak bising kata rakus menebang balak,” ujar beliau.

Menurut beliau, projek ini dibangunkan bawah daripada Tasik Pedu, maka tidak mustahil air dari ladang tersebut boleh mengalir ke Tasik Pedu.

“Tasik Pedu berada lebih tinggi dari ladang buah-buahan ni, jadi air tak boleh masuk dalam Tasik Pedu tu..

“Selain itu, mengikut tafsiran Jabatan Perhutanan, ketinggian tanah mesti berada lebih 700 meter dari paras laut, manakala Jabatan Alam Sekitar lebih daripada 250 meter, kedu-dua ni berada di bawah satu kementerian, jadi kita ikut Jabatan Perhutanan,” jelas beliau.

Sunday, December 30, 2012

[Gempar] Azizan di kelilingi oleh 20 ribu pendemo bantah tebang balak di Pedu..!!!!

 20 ribu rakyat Kedah berdemo bantah tebang balak di Pedu (lawak hujung tahun ki ki kii..) 

(Caption: Sepatutnya kawasan hutan untuk tadahan air... UMNO tadah air dengan kayu balak? Konpius sepanduk tu.)
Oleh: Mat Yeh Pekan Naka

Kira-kira 20 pemuda UMNO Padang Terap yang diketuai oleh Wan Ketom mengadakan bantahan aman di tapak pengumpulan balak milik kerabat DiRaja. Mereka yang ditemui kebanyakannya tidak tahu apa tujuan mereka membantah.
"Kami hanya disuruh pegang kain rentang yang disediakan oleh puak di atas sana, upah makan tengahari dan rokok sorang sebatang," ujar seorang pelajar sekolah yang enggan namanya disiarkan.
Seorang peserta demonstrasi ketika ditanya, sama ada dia sedar bahawa air kesan pembalakan di Charuk Genting Bunga tidak akan masuk ke Tasik Pedu dengan tegas berkata, "Pasaipa kami tak tuu (tau) pulak bang, kami orang sini... dah lama dah kami tau TV3 dok muhong rakyat hah hah hah." Ujar budak angkat sepandok tu sambil gelak deraih.

Sunday, December 23, 2012

Pengarah Hutan KEDAH menafikan apa yang di tulis dalam UTUSAN

Tak bohong kalu, bukan Utusex namanya...



Tercatat di muka hadapan Utusex Meloya kenyataan Pengarah Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman yang kononnya berkata:

"Memang dari segi pendirian kami di Jabatan Perhutanan tidak setuju dengan rancangan pembangunan di Pedu kerana kawasan tadahan dan disuarakan dalam mesyuarat bersama Exco, tetapi hutan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."

Kenyataan tersebut tersiar dalam Utusex Meloya 22 Disember 2012. Pada pagi hari 23 Disember 2012, Ku Azmi datang bertemu YAB Menteri Besar Dato' Seri Di-Raja Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan pendirian sebenarnya bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Memang musykil jugaklah macam mana pengarah hutan boleh menghadiri dan memberi pandangan dalam mesyuarat Exco.


Abih tu kenyataan sebenar Pengarah Perhutanan Kedah macam mana. Ini dia surat rasmi yang dikeluarkan dan ditandatanganinya sendiri. Adakah dokumen ini akan disiarkan oleh Utusex Meloya? Mustahil!

(BACA BAGI HABIS... JANGAN MALAS MEMBACA!!!)












Friday, December 21, 2012

Pembohongan besar Utusan Malaysia dalam isu pembalakan di Tasik Pedu


Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Saya telah membuat penjelasan berhubung isu pembalakan di Kedah yang kononnya telah memberi kesan buruk terhadap alam sekitar, khususnya di Tasik Pedu. Perkara sangat penting yang diberitahu ialah setitik pun kesan air pembalakan tidak masuk ke mana-mana kawasan takungan air di negeri ini.

Malangnya selepas penjelasan yang dibuat itu, media-media BN terus memainkan isu tersebut secara besar-besaran, khususnya Utusan Malaysia dan TV3. Mereka memulakan tuduhan dengan mendakwa bahawa pembalakan di kawasan tadahan di Pedu menyebabkan Empangan Pedu dan Empangan Muda menerima kesan pencemaran yang teruk.

Akhbar penipu itu melaporkan, pencemaran kedua-dua kawasan itu dijangka bertambah kronik selepas ini memandangkan kerajaan merancang mewujudkan pusat agropelancongan dengan menanam pokok buah-buahan di situ.

Lagi akhbar itu (Utusan 20 Disember 2012 halaman 11) memetik satu sumber yang berkata, “Apabila pokok buah-buahan itu mula ditanam akan berlaku proses larut resap sisa baja dan racun setiap kali selepas hujan ke dalam Tasik Pedu yang hanya dipisahkan oleh sebatang jalanraya. Inilah cerita sebenar tetapi jika saudara sangsi sejahmana kebenaran, cabar pihak terbabit dengan syarikat berkenaan membuat sumpah laknat menafikan penyelewengan ini jika mereka berani.”
Saya ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan itu. Pertama, sumpah laknat itu bukan dari ajaran Islam tetapi sebuah amalan sesat yang dibawa oleh pihak tertentu dalam menentukan kebenaran. Kedua, takkanlah isu pencemaran air Tasik Pedu pun sampai nak kena bersumpah-sumpah laknat sedangkan fakta saintifik berasaskan geografi pun sudah cukup untuk menjelaskannya.
Pembohongan paling besar Utusan ialah pembalakan berlaku di kawasan hutan tadahan air Empangan Pedu dan Empangan Muda. Sebenarnya kawasan terbabit adalah hutan simpan biasa yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Pedu pada 11 September 1952. Ia terletak di seberang Tasik Pedu yang dipisahkan dengan jalan TEKIH. Kawasan hutan terbabit tidak membekalkan walau setitik air pun ke Empangan Pedu dan Empangan Muda selama ini.

Selepas kawasan pembalakan itu menjadi projek agroteknologi nanti, tidak ada setitik air pun dari kawasan tersebut boleh mengalir ke Tasik Pedu. Kawasan berbukit yang dimaksudkan itu memang lebih tinggi dari aras Tasik Pedu tetapi air dari bukit tu tidak boleh melompat terus ke Tasik Pedu, ia mengalir di lereng bukit dan memasuki anak sungai. Itu hukum graviti. Dari anak sungai ia mengalir ke Sungai Pedu. Anak sungai dan Sungai Pedu tu letaknya jauh lebih rendah dari aras Tasik Pedu. Terdapat aliran sungai dan beberapa terowong membuang air Tasik Pedu ke Sungai Pedu bila air tasik berlebihan.

Andaikata ditakdirkan berlakulah limpahan air dari kawasan projek agroteknologi memasuki Tasik Pedu maka logiknya seluruh negeri Kedah akan karam dilanda banjir besar seperti zaman Nabi Noh.
Benteng atau tebing binaan Tasik Pedu terlalu tinggi, juga kawasan projek agroteknologi dipisahkan dengan laluan TEKIH sejauh 300 meter yang tidak memungkinkan untuk baja atau racun diserap. Jangan berani sumber Utusan itu mencabar sumpah laknat untuk mempertahankan perkara bohong, kelak hancur badan disambar petir, baru padan muka.

Kelulusan membalak di kompartment terbabit tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya. Kajian dibuat dengan mendalam oleh Jabatan Hutan sebelum beri kelulusan. Mustahil pembalakan diluluskan kalau ia membawa pencemaran terhadap Empangan Pedu dan Muda yang membekalkan air untuk 40 peratus penanam padi dalam negara.

Jabatan Hutan Negeri walaupun terletak di bawah negeri tetapi pelaksanaannya tertakluk dengan semua akta Pusat. Pegawai hutan semua Pusat bukan KCS, mereka dibayar gaji oleh Pusat yang diperintah BN. Kalau semua mereka menyeleweng dan 'mentekedarah' rasuah laporkan saja pada SPRM yang juga di bawah Pusat! Janganlah mudah sangat menuduh semua pegawai kerajaan jahil dan jahat belaka, seolah-olah mereka tidak tahu melaksanakan peraturan dalam pentadbiran.

Isu pembalakan juga dikaitkan dengan cerita banjir lumpur yang melanda enam buah kampung di Sik pada 2010, untuk disalahkan kepada kerajaan Pakatan Kedah. Kalau ‘Amanat Haji Hadi’ tahun 1981 pun dibangkitkan tidak peliklah kalau peristiwa 2010 juga dibangkitkan semula. Isu tersebut juga telah dijelaskan dua tahun lalu. Kompartment 73 Hutan Simpan Rimba Teloi (yang dikaitkan dengan banjir lumpur yang kononnya berpunca dari pembalakan itu) telah diluluskan untuk pembalakan pada 25 Ogos dan 9 November 2005, dan ia dibahagikan kepada tujuh blok. Tiga blok telah dikeluarkan lesen menebang pada masa itu.

Khabarnya, salah satu blok dianugerahkan kepada ADUN BN yang menggunakan syarikat proksi. Semua tauke balak tahu siapa orang kuat Umno Kedah itu. Bila berlaku banjir lumpur, dialah jura pembela rakyat. Orang BN senang lenang makan hasil balak, kerajaan negeri pulak kena tibai.

Laporan Utusan itu menuduh berlaku penyelewengan dalam kontrak balak. Orang jahat selalu berpandangan jahat terhadap orang lain. Mereka anggap orang lain semua macam mereka. Memang menjadi amalan di zaman BN, ahli politik tidak akan menggunakan nama sendiri dalam perebutan balak. Di atas kertas hanya nama proksi yang digunakan sebagai pemilik lesen tapi pihak yang terbabit tahu, ini kawasan si anu si anu.

Setiausaha Politik Menteri Besar dalam blognya pernah mendedahkan, biasanya apabila surat tawaran kelulusan balak dikeluarkan, pemilik sebenar ataupun ‘politikus balak’ akan menerima bayaran untuk bahagiannya, dan dia tak akan muncul lagi dalam apa-apa urusan di kawasan itu. Pemilik atau penama lesen akan dapat bayaran duit lesen RM50 ribu (biasanya) untuk satu kawasan.

Pengusaha itu patut mendapat apa yang diusahakan, dan pemilik lesen pun patut dapat habuan dia kerana dia membayar duit lesen setiap tahun di samping cukai syarikat. Yang untung ialah 'pemilik sebenar' yang bersembunyi di sebalik lesen dan pengusaha tersebut.

Di zaman balak dianugerahkan secara besar-besaran dengan hanya premium RM1000 bagi hutan dara dan RM500 bagi hutan sudah kerja, para ‘politikus balak’ di zaman BN mengaut keuntungan berjuta ringgit. Hutan digondolkan lebih parah dari yang berlaku hari ini. Mujur sebahagian besar yang digondolkan itu telah ditumbuhi hutan semula atau menjadi ladang pertanian, jika tidak rakyat berpeluang lihat perbandingan antara zaman BN dan kini.

Pernah sekitar tahun 90an berpuluh ekar kawasan getah dan pertanian di kaki Gunung Jerai musnah kerana banjir lumpur yang turun bersama sisa balak. Kerugian yang ditanggung rakyat tidak ternilai namun ia tidak menjadi isu besar pada masa itu kerana yang memerintah ialah BN.

Tuesday, December 18, 2012

Awat lambat sangat KEPUTUSAN SIASATAN KES TEBANG BALAK di KEDAH.. Kami nak tengok MB Kena tangkap nie..!!!


aduhai kenapalh pihak berkuasa LAMBAT sangat nak siasat LAOPRAN-LAPORAN POLIS yang telah dilakukan nie.... sebelum nie pon selepas LAPORAN BERITA HARIAN juga sudah dibuat laporan POLIS dan SPRM serta JAS... 

Dan dengaq kata Kerajaan Negeri sudah pun serahkan file kepada pihak berkuasa.... Tetapi kenapakah masih tiada KEPUTUSAN berkenaan siasatan tersebut

Dok diam lama-lama nie sebab kes tak ada kaa... tak jumpa punca kaa.... atau saja nak bagi jadi modai puak POLITIK dok gebang...

Balak: 7 laporan polis dibuat 
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA 
mohdasron.mustapha@utusan.com.my  
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Tujuh laporan polis dibuat oleh beberapa kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kedah bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat kerakusan aktiviti pembalakan di negeri tersebut.  
Ini berikutan hasil pendedahan Utusan Malaysia menerusi siri laporan khas bahawa Kedah kini berdepan dengan ancaman bencana alam, khususnya banjir lumpur dalam skala besar ekoran pembalakan berleluasa di kawasan tadahan air.  
Laporan dibuat di Balai Polis Kuala Nerang dan antara NGO yang terlibat ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kedah dan Gerakan Belia 4B Kedah.  
Turut tidak ketinggalan membuat laporan polis ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) serta Pergerakan Pemuda UMNO Kedah.  
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, November 20, 2012

Dok Ingat BALAK Papua New Gunie tak jadi tebang tetapi rupa-rupanya Balak Pedu yang jadi mangsanya..!!

oleh Bang Mat Kola

Aduhai Kedah oh Kedah... lepas satu kena tembak lanie kena lagi... isu Papua New Gunie kena rosek nasib baik dapat kilas pie raga udang tup tup mai pulak yang hari nie cerita Ladang Cermai Anggur & Pelam laa pulak... hang pa belek tang nie sat...

 
[keratan dari kedahlanie.info]

lepas tu hangpa tengok pulak apa jawapan Azizan...
 MB Kedah: Tebang balak untuk agropelancongan
Penebangan balak membabitkan kawasan seluas 400 hektar di hutan simpan Tasik Pedu, Padang Terap adalah bagi membangunkan taman agropelancongan pertama negara, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya projek itu akan tetap diteruskan sekalipun Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menolak laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

water catchment area in kedah 260608Ini kerana katanya JAS memperuntukkan EIA bagi kawasan yang berada pada paras 240 meter dari aras laut, manakala Jabatan Perhutanan pula mensyaratkan hanya kawasan pada ketinggian 750 meter yang perlukan EIA.

"Nak ikut yang mana...tanah telah ditolak. Peruntukan RM20 juta untuk projek ini akan dimasukkan dalam Belanjawan 2013," katanya kepada pemberita, di Alor Setar hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang melaporkan mengenai kerja penebangan balak secara berleluasa di kawasan hutan simpan Tasik Pedu dan hutan Bukit Bintang, Gunung Inas, Baling.

Antara lain, laporan itu memetik Timbalan Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai berkata kerajaan Kedah pimpinan PAS tidak mematuhi arahan JAS agar kerja membersih hutan di kawasan Tasik Pedu dihentikan selepas menolak laporan EIA.

Mengulas lanjut, Azizan turut mempertikai gambar yang disiar akhbar berkenaan yang didakwanya memaparkan kawasan pembalakan di kawasan Gunung Inas dan bukan Tasik Pedu.

Mengulas mengenai taman agropelancoangan itu, Azizan berkata pelbagai pokok buahan termasuk anggur dan kurma akan ditanam di taman itu bagi menarik pelancong.

"Setakat ini lebih 1,000 pokok mempelam telah ditanam. Projek ini menawarkan banyak peluang pekerjaan dan diyakini berjaya dengan adanya lebuhraya TEKIH (Trans Eastern Interland Highway) yang menghubungkan tiga daerah Padang Terap-Sik-Baling," katanya.

Azizan sebelum itu hadir di Mahkamah Tinggi di sini bagi memberi keterangan berhubung saman waris pemilik asal tapak Madrasah Salihiah Kancut terhadap kerajaan negeri Kedah, Majlis Agama Islam Kedah dan Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar.

Azizan memberi keterangan itu dalam kamar.

- Bernama
Ok dah ada jawapan kan.... sekarang macamana dengan jawapan yang diberikan hangpa puas hati dak.. pada kami walaupun jawapan telah diberikan.. tetapi persepsi telah wujud disini dimana walaupun apa alasan yang di keluarkan BALAK TELAH DITEBANG... BALAK OH BALAK....

Daripada balak yang ditebang nampaknya banyak pula persoalan yang boleh timbul disini... berapakah hasil yang dapat di kutip dari kawasan tebangan ini? adakah kawasan yang di tebang ini termasuk dalam kawasan yang dikatakan sama dengan kawasan yang dibenarkan oleh jabatan hutan.. ?? dan yang utama apa kata jabatan hutan berkenaan tebangan ini..?? satu lagi sykt yang dapat hak tebang balak nie dia dapat open tender ka direct nego..??

Ini sebahagian persoalan yang boleh ditimbulkan dan persepsi yang akan di katakan lagi ialah jawapan sekadar jawapan yang pasti dengan gambar yang dilihat kami tidak boleh terima penerangan tersebut. Jika betul nak buat kawasan Agroperlancongan keluaqkanlah dulu paper work macamana nak buat INSANIAH dia Kuala Ketil dahulu lepas tu bagitau lah rakyat akan projek yg nak buat tu baru rakyat boleh nilai dan faham akan perlaksanaan projek tersebut...

Ini tidak dah tebang gondol baru beritahu nak buat apa....itu pun nasib baik ada pembangkang dedahkan jika tidak pakai tumbuh pokok cermai dan anggur tu baru rakyat tahu....

Jadi jangan ingat bila anda semua dah diangkat jadi pemerintah anda berhak lakukan segala-galanya tanpa merujuk pada rakyat...sekurang-kurangnya makluman itu penting supaya persepsi macam ini tidak timbul... jadi sekarang anda bersilatlah dan keluarkanlah buah untuk menepis segala bentuk pukulan yang akan datang nanti dan yang pasti anda telah mengecewakan saya sebagai pengundi ANDA...??



Tuesday, July 24, 2012

Aktiviti pembalakan ditangguh

Pandangan dari kawasan Gunung Inas yang ‘dicerahkan’ untuk pembangunan Ladang Sejahtera.
Pandangan dari kawasan Gunung Inas yang ‘dicerahkan’ untuk pembangunan Ladang Sejahtera.
Shahabudin menunjukkan laporan EIA tahun 2010.
Shahabudin menunjukkan laporan EIA tahun 2010.
 
ALOR SETAR - Kerja-kerja pembalakan di Hutan Simpan Gunung Inas, Baling dihentikan sejak tiga minggu lalu, ekoran arahan terbaru Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) menyediakan laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) baru.

Pengarah Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman berkata, ia melibatkan kawasan ladang hutan yang akan dibangunkan projek Ladang Sejahtera meliputi keluasan 5,000 hektar.

“Kita tangguh sementara aktiviti pembalakan bagi keluasan 3,000 hektar lagi, setakat ini, 2,000 hektar sudah ditebang,” katanya, ketika dihubungi.


Menurutnya, projek terbabit mendapat kelulusan pada tahun 2007 namun laporan EIA ketika itu belum siap.

“PMBKed serahkan laporan EIA pada tahun 2010 tetapi tidak diluluskan ekoran tidak memenuhi syarat ditetapkan. Dalam perbincangan dengan JAS kelmarin, PMBKed diarahkan untuk menyediakan laporan EIA baru,” katanya.

Ku Azmi berkata, sementara menunggu laporan EIA siap, pihaknya mengarahkan aktiviti pembalakan di Gunung Inas dihentikan ekoran laporan JAS menunjukkan berlaku pencemaran alam sekitar di kawasan terbabit.

“Pencemaran yang dikenalpasti babitkan air sungai yang digunakan beberapa buah kampung sekitar tercemar, manakala hakisan dalam kawalan ekoran dibina teres termasuk spesifikasi jalan hutan dipatuhi,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menunggu arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri sama ada perlu meneruskan projek berkenaan atau menunggu sehingga laporan EIA baru siap.

“Anggaran untuk menyiapkan laporan EIA baru mungkin mengambil masa enam bulan atau lebih, dan setakat ini semua pihak memberi kerjasama baik termasuk syarikat konsesi balak terbabit,” katanya.

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif PMBKed, Datuk Shahabudin Shafie berkata, pihaknya kini dalam proses menyediakan laporan EIA baru yang dikendalikan oleh sebuah syarikat perunding yang dilantik.

“Kawasan itu belum diserahkan kepada PMBKed, selepas balak dikeluarkan, barulah kita akan bangunkan Ladang Sejahtera,” katanya.

Kelmarin, dalam suatu kenyataan dikeluarkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menegaskan kegiatan pembalakan di Hutan Simpan Gunung Inas sudah dihentikan, sehingga laporan EIA lengkap dikemukakan kepada JAS.

Menurut kenyataan itu, EIA diperlukan untuk dua jenis pembukaan tanah seperti untuk kegiatan pembalakan atas tanah 500 hektar dan lebih manakala kes membabitkan pertukaran status penggunaan tanah, EIA diperlukan bagi projek-projek membabitkan kawasan lebih daripada 500 hektar.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, 5,000 hektar tanah di Baling dibuka sejak pertengahan 2011 bagi memberi laluan kepada skim Ladang Sejahtera bagi penanaman getah balak.

Menurutnya, kegiatan pembalakan itu dijalankan mengikut peraturan dan hasil jualan balak akan dipulangkan kepada rakyat.

Tuesday, January 24, 2012

Betoika nie..??? Air tercemar sebab tebang balak tak terkawal... Azizan hang pie cek sat..!!!

Terpaksa guna air tercemar
Wartawan Sinar Harian
January 24, 2012
air-tercemar
BALING - Lebih 2,000 penduduk di Mukim Siong kecewa berikutan terpaksa berdepan dengan bekalan air yang kotor dan tercemar sejak beberapa bulan lalu sehingga menjejaskan kesihatan mereka.
Bekalan air masyarakat (air bukit) dalam keadaan kotor dan berkelodak terutama ketika waktu hujan sehingga menimbulkan perasaan kurang senang penduduk sekitar yang hanya bergantung kepada bekalan berkenaan.
Bekas Pengerusi Bekalan Air masyarakat Kampung, Weng Ibrahim Ahmad, 63, mendakwa masalah itu berlaku berikutan kesan pembalakan yang tidak terkawal sehingga memberi kesan kepada kualiti air sungai.
“Sebelum ini air jernih. Bila ada pembalakan, air semakin keruh dan berkelodak. Kami tidak menyalahkan mereka yang mengambil balak, itu hak mereka. Tetapi kami kecewa kerana masalah ini tidak dipandang serius oleh pihak sepatutnya.
“Walaupun ramai yang sedia maklum mengenai masalah ini, tiada tindakan sewajarnya yang diambil untuk membedung masalah ini dari terus menghantui penduduk. Sampai bila kami perlu berdepan dengan masalah air kotor ini,” katanya.
Menurutnya, walaupun keadaan air tidak bersih, mereka terpaksa menggunakannya termasuklah untuk bekalan minuman berikutan tidak mempunyai pilihan lain.
“Kualiti air memang jauh berbeza selepas wujudnya aktiviti pembalakan yang tidak terkawal. Penduduk tiada hak untuk menghalang mereka menghentikan penebangan balak. Mereka ada hak untuk mengutip hasil, tetapi tidak seharusnya memandang remeh dengan masalah yang dihadapi penduduk.
“Kami tidak dapat bertahan lagi kerana ia melibatkan bekalan air penduduk, sampai bila kami harus berhadapan dengan masalah ini,” katanya.
Weng Ibrahim berkata, sebelum berbangga dengan hasil balak, pihak berkenaan seharusnya memikirkan soal rakyat yang merana akibat kesan pembalakan melampau.
“Saya menyeru kepada pihak sepatutnya datang ke sini dan lihat sendiri masalah bekalan air kotor ini dan menilai sendiri apakah sebenarnya yang berlaku kepada penduduk di daerah ini. Saya percaya, bukan di kampung ini sahaja, penduduk kampung lain turut berhadapan masalah sama.
“Kebanyakan penduduk kecewa dengan keadaan ini. Sehubungan itu, kami (penduduk) memohon agar masalah ini mendapat perhatian pihak berwajib. Hasil balak yang melonjak tidak membawa makna sekiranya rakyat yang menanggung derita,” katanya.

Monday, October 31, 2011

Pendedahan "PENEBANGAN BALAK" macam nie yang kita nak... jika betul salah kita balon sama-sama TAPI JIKA TAK..!!!

oleh AnakKedah007

Syabas UMNO Kedah..sepanjang gua dok jadi blogger nie...rasanya ini isu kedua selepas isu KARAOKE yg belambak naik kat ALOQ SETAQ dahulu... so far Isu tu Kerajaan Negeri dah jawab...sekarang mai isu yg kedua nie...rasanya kerajaan negeri patut jawab jugak... sebab cara blog tersebut keluarkan artikal nie ianya seperti menjeje kerajaan negeri dimana patutlaaa hasil balak banyak...punca dia tebang tanpa kawalan....

dari apa yg gua tahu kawasan balak yg dibenarkan oleh Jabatan Hutan ialah dalam lebih kurang 2400 hektar sahaja..kwsn nie kira sama laa dgn apa yg K'jaan BN dok tebang dulu.... dan setiap kawasan yang nak ditebang tu ianya kena dapat kelulusan JABATAN HUTAN dahulu..KERAJAAN NEGERI tak boleh nak buat apa kalau JABATAN HUTAN tak luluskan... sebab pihak jabatan laa yg akan pie tengok dulu kwsn balak tersebut... jadi dengan apa yg blog tersebut keluarkan nie rasanya Kerajaan Negeri Kedah kena jawablah pasai apa penebangan tersebut berlaku dikawasan yang dikatakan tuuu.. kita tunggu K'jaan Zizan nak jawab apa..???


syarikat yang diberi tender..

Signboard hutan simpan kekal

balak yang dikumpul

rakyat datang membuat bantahan

semakin ramai..
demo penduduk kampung..tak puas hati..

wartawan temubual Abdullah b. Shari

Wartawan media perdana pun ada..

Ni Ketua Pemuda UMNO Kedah..

Hari ini 31 oktober 2011 HAMPIR 100 orang penduduk-penduduk kampung sekitar daerah Pendang dan Padang Terap membuat demonstrasi membantah tindakan kerajaan negeri Kedah yang diterajui oleh regim Pas Kedah yang meluluskan lesen pembalakan kepada sebuah syarikat Ng N Beh Trading,no lesen KT 01-(P)-52-2011 di kawasan HUTAN SIMPAN KEKAL BUKIT PERAK sejak lebih sebulan yang lalu.

Tindakan kerajaan negeri Kedah itu telah menimbulkan kemarahan kepada penduduk-penduduk di 7 buah kampung iaitu Kg Sg Mas,Kg Sg Pisang,Kg Sungai Siput,Kg Mahawangsa,Kg Lasau,Kg Titi Akar dan Kg Padang Durian kerana aktiviti pembalakan tersebut dilakukan di kawasan tadahan air yang menjadi sumber air bagi ketujuh2 buah kampung terbabit.

Menurut Abdullah b. Shaari S/U JKKKP Kg Mahawangsa dan juga S/U bg Jawatankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak,kerajaan pas Kedah telah bertindak zalim terhadap penduduk2 di 7 buah kampung terbabit kerana meluluskan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air yg menjadi sumber air mereka sejak dari dulu lagi. Malah,kerajaan negeri langsung tidak pernah memaklumkan langsung kepada penduduk2 kampung serta kepada jawatankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak.

Akibat daripada aktiviti pembalakan tersebut,air yang disalurkan ke rumah mereka menjadi keruh berwarna merah hingga menyukarkan kehidupan seharian mereka. Lebih mendukacitakan lagi,apabila ada kematian di kampung mereka kerana urusan memandikan jenazah terpaksa menggunakan air yang kotor. Sebagai mewakili penduduk2 kampung,Abdullah Shaari menegaskan yang demonstrasi yang diadakan tadi adalah bertujuan untuk mendesak kerajaan negeri agar prihatin dan mendengar keluhan mereka agar membatalkan kembali lesen balak yang dikeluarkan kepada syarikat terbabit.

Tinjauan kami di lokasi Pusat Pengumpulan Balak Bukit Merah yang menjadi tempat demonstrasi tadi,kami mendapati banyak kayu kayu balak yang dikumpulkan di situ sebelum di hantar ke kilang memproses kayu balak. Apa yang memeranjatkan,terdapat banyak kayu2 balak yang bersaiz kecil. Bagaimana kayu balak yang bersaiz demikian boleh di tebang? Patutlah hasil kutipan balak Kedah di bawah pentadbiran Pas meningkat berkali ganda berbanding kutipan di zaman kerajaan BN dulu. Rupa-rupanya,sekarang ini semua pokok di tebang tanpa mengira saiz,sama kecil ataupun besar hingga habis gondol hutan.

Rata-rata penduduk yang ditemui,melahirkan rasa kecewa dan tertipu dengan janji-janji Pas sebelum ini yang kononnya akan mentadbir Kedah dengan lebih baik lagi daripada BN. Hakikatnya kini,kerajaan pas dilihat lebih zalim dan rakus berbanding BN dulu kerana meluluskan lesen pembalakan dengan sewenang-wenangnya walaupun di Hutan Simpan Kekal.

Ketua Pemuda UMNO Kedah Hj Badrol Hisham yang ditemubual oleh para wartawan semasa demonstrasi tadi menjelaskan yang kerajaan Pas kedah dilihat terlalu bergantung kepada hasil balak semata-mata untuk menjana pendapatan negeri hingga sanggup meluluskan lesen balak di kawasan tadahan air Hutan Simpan Kekal.

Berbeza dengan polisi kerajaan BN ketika mentadbir Kedah dulu yang tidak terlalu fokus dengan hasil pendapatan daripada sumber balak sebaliknya lebih menumpukan kepada pendapatan daripada Pelaburan Asing (FDI),pelancongan dan lain-lain lagi. Pentadbiran pas dilihat tidak kreatif untuk menjana pendapatan negeri.

Terbukti pas Kedah GAGAL mentadbir negeri Kedah dengan berkesan. Negeri Kedah yang kaya dengan kawasan hutan,yang boleh dieksploitasikan untuk pelancongan kini semakin terhakis akibat kerakusan regim pas Kedah meluluskan lesen aktiviti pembalakan,hatta di kawasan yang telah pun diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal. Rakyat Kedah WAJIB bangkit menjatuhkan Pas Kedah pada PRU13 nanti kerana Pas Kedah bertindak zalim terhadap alam sekitar dan rakyat. Menjadi kewajipan kita untuk sama-sama mempertahankan bumi Kedah Darul Peace daripada kezaliman regim Pas Kedah.


Sunday, February 13, 2011

Ada manusia dok curi BALAK di Pulau Langkawi..!!

Exco dedah hutan sekitar Langkawi makin ‘cerah’

http://www.hotelreservation.com.my/hotel/langkawi/images/tanjung_rhu_langkawi_map.jpg
ALOR SETAR - Sebahagian kawasan di beberapa lokasi hutan di pulau Langkawi didapati semakin ‘cerah’ akibat penebangan hutan dan pengusahaan tanah secara berleluasa sejak kebelakangan ini.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, S Manikumar berkata, tinjauannya melalui udara baru-baru ini agak mengejutkan apabila kebanyakan hutan di pulau legenda itu dicerobohi pihak tertentu tanpa kawalan pihak berkuasa.

Berikutan itu, semua pihak diminta membendung aktiviti penebangan itu bagi memelihara khazanah flora fauna pulau Langkawi supaya statusnya sebagai pulau pelancongan tidak terjejas.

“Keaslian flora fauna pulau Langkawi perlu dikekalkan kerana itulah aset utamanya. Pihak berkaitan perlu kaji semula dan pantau dengan ketat mengelak penebangan hutan dan pengusahaan tanah secara tidak terkawal,” katanya.

Manikumar turut mendedahkan beberapa lokasi yang dikenal pasti berlaku penebangan tidak terkawal adalah sekitar Sungai Itam (berdekatan Air Terjun Durian Perangin), kawasan persekitaran Telaga Harbour Park, Gunung Mat Cincang, Pantai Kok dan Kompleks Kraf.

Beliau tidak menafikan perkara itu berlaku kerana kelemahan sistem pentadbiran di pulau itu, yang mungkin dimanipulasi pihak tertentu.

“Saya dapati tanah kerajaan atau hutan terbiar yang diusahakan boleh dipohon oleh individu terbabit selepas tempoh ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang. Ada pula sesetengah pihak mengambil kesempatan daripada kelemahan sistem itu untuk mengaut keuntungan dengan menjadi broker tanah,” katanya.

Manikumar mendakwa terdapat juga kes yang membuat permohonan menggunakan beberapa nama ahli keluarga bagi mendapatkan geran hak milik kekal, bagi memastikan tanah berkenaan menjadi milik mereka walaupun kawasan yang dipohon itu boleh menjejaskan ekologi.

“Mungkin terdapat kelemahan dalam sistem permohonan sedia ada hingga ada pencerahan di kawasan tertentu diklasifikasikan sebagai tanah usaha. Malah aktiviti pertanian berskala besar tidak sesuai diusahakan di situ,” katanya.

Menurutnya, mereka yang rakus meneroka tanah hutan tanpa kawalan dinasihatkan supaya menghentikan perbuatan itu kerana boleh menjejaskan keunikan Langkawi.

Beliau turut meminta pihak terbabit membuat perbandingan pulau itu dengan pulau pelancongan terkemuka lain supaya timbul keinsafan untuk memelihara khazanah itu.

“Singapura dikenali sebagai pulau fantasi membeli-belah, Bali pula pulau warisan manakala Phuket lebih kepada penerokaan penuh cabaran. Identiti Langkawi ialah keunikan flora fauna dan geopark yang diiktiraf oleh Unesco. Jika tidak dihalang pencerobohan itu, kelak identitinya akan hilang,” katanya.

Menurutnya, kawalan secara sistematik perlu dibuat segera untuk menjaga kepentingan semua pihak termasuk pihak pelabur dan rakyat.

“Semua jabatan, unit dan agensi harus gembleng tenaga memastikan perkara ini dipantau untuk selamatkan Langkawi daripada diceroboh. Saya akan panjangkan isu ini kepada Menteri Besar untuk tindakan sewajarnya,” katanya.

Manikumar berkata, pihaknya turut memantau aktiviti itu dengan mengumpul bukti pihak yang terlibat.

:Sekiranya tidak mendapat kerjasama sewajarnya setelah diberi amaran, beliau tidak teragak-agak melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya akan guna pendekatan lembut terlebih dahulu dengan memberi teguran dan menghalang, tetapi jika tidak berkesan, biarlah SPRM pula yang siasat,” katanya.