Friday, November 16, 2012
Wednesday, October 31, 2012
Tuesday, October 23, 2012
Sunday, September 9, 2012
Janji 2005 lagi.. Tapi K'jaan Pusat khianati penduduk Langkawi..!!
Janji Dicapati... Pengusaha Feri Langkawi Gagal Beri Tambang Istimewa
Tindakan tegas jika pengusaha feri Langkawi gagal beri tambang istimewa
LUMUT - Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pengendali feri penumpang di Langkawi yang dilaporkan masih gagal melaksanakan sepenuhnya pemberian kadar tambang istimewa kepada penduduk tempatan di pulau tersebut.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata pihaknya kesal dengan sikap syarikat feri tersebut yang terus berdegil dan enggan memberikan kadar tambang istimewa walaupun dipersetujui sebelum ini.
"Persetujuan ini (kadar tambang istimewa) kepada penduduk Langkawi bukan perkara baru... sejak 2005 lagi. Sepatutnya mereka kena patuhi janji yang dipersetujui. Isu tersebut sepatutnya tidak timbul lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 1Komuniti 1JPJ Peringkat Parlimen Lumut di Dewan Kolej Vokasional Seri Manjung dekat sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta kuatkuasakan arahan pemberian diskaun kepada penduduk Langkawi selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Langkawi, Jumaat lepas.
Kong berkata sehubungan itu pihak kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap syarikat feri yang terlibat termasuk kemungkinan menarik semula lesen perkhidmatan pengangkutan awam tersebut.
Kong yang juga anggota Parlimen Lumut berkata bagaimanapun pihaknya akan menghantar beberapa pegawai termasuk petugas Jabatan Laut untuk berunding terlebih dahulu dengan syarikat terlibat sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Sebelum September 2011, penduduk Langkawi menikmati diskaun harga tiket RM3 daripada harga asal RM23 bagi laluan Kuala Kedah dan RM15 bagi Kuala Perlis.
Bagaimanapun, bermula September 2011, kadar istimewa bagi penduduk Langkawi itu turut tidak lagi terpakai pada waktu cuti sekolah, cuti umum, Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Selain itu pesara, warga emas dan pelajar serta orang kurang upaya diberikan kadar tambang kanak-kanak iaitu RM17 bagi laluan Kuala Kedah dan RM13 bagi Kuala Perlis, tetapi kini tidak diberikan lagi.
Isu perkhidmatan feri di Langkawi dibangkitkan Ketua Umno Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad dalam ucapannya pada majlis yang dihadiri Muhyiddin itu. - Bernama
Friday, April 20, 2012
Usaha jadikan langkawi ‘1 dari 10’ destinasi terkemuka dunia
“Cadangan perancangan tersebut merangkumi beberapa pendekatan, antaranya, memberi fokus kepada aset pelancongan semulajadi di Langkawi, penekanan kepada dua nilai utama iaitu pulau, pantai dan Eco-advanture, memberi kesan hasil yang seimbang antara pelancong dan penduduk tempatan di samping meningkatkan kecenderungan pelancong untuk berbelanja di Langkawi,” jelas beliau.
Tambahnya lagi, kerajaan negeri memberi fokus kepada pelancongan di Langkawi kerana ingin jadikan Langkawi sebagai destinasi terbaik di dunia, permata ekologi, bersih dan sentiasa baru (pristine) di samping kecantikan semulajadi dan asli.
Saturday, February 18, 2012
Maahad Tahfiz Sains: Lagi Kedah di bidang pendidikan
PULAU TUBA – Selepas Kolej Universiti Insaniah dinaiktarafkan, kerajaan negeri mengembangkan pembangunan pendidikan dengan membina satu lagi pusat pendidikan, iaitu Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, di sini.
Pembinaan Maahad Tahfiz ini adalah bukti bahawa sebagai kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab kepada rakyat, kerajaan amat serius dalam pengajian yang menjurus kepada agama dan sains.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, projek bernilai RM15 juta ini dicetuskan setelah beliau mengadakan dialog bersama penduduk Pulau Tuba.
“Tak sampai setahun yang lepas, saya telah melawat pulau ini, bersama kakitangan kerajaan dan Exco, kita telah adakan dialog dengan rakyat, seorang dari pulau ini minta kerajaan buat sekolah agama, jadi saya berjanji, InsyaAllah saya akan usahakan.
“Setelah dibincang bersama mereka yang terlibat, ianya pun jadi, tapi saya tak mau lambat, bila siap baru belajar, maka saya suruh cari tempat sementara dulu, iaitu di Kulim.
“Permintaan daripada ibu bapa untuk masuk sekolah amat menggalakkan, ini kerana ibu bapa telah sedar betapa penting penndidikan agama kepada anak-anak, selain akademik,” jelas beliau pada majlis pecah tanah Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, di sini.
Sekolah berasrama penuh ini dilengkapi dengan 20 bilik darjah, empat makmal sains yang dilengkapi makmal fizik, kimia, biologi dan makmal biasa, surau, pusat sumber, kantin dan kuarters untuk guru dan kakitangan sekolah.
Projek ini dijangka siap dalam masa tiga tahun yang mampu menempatkan 300 pelajar.
Tuesday, February 14, 2012
Permodalan Kedah Berhad bina hotel di Langkawi
LANGKAWI – Anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah, Permodalan Kedah Berhad (PKB) bakal bangunkan hotel bertaraf tiga bintang di Pekan Kuah, di sini bagi menampung keperluan penginapan berikutan peningkatan pelancong.
Pengarah Urusan Kumpulan PKB, Haji Harun Khalib berkata, hotel 14 tingkat ini menelan belanja RM50 juta dan diuruskan berasaskan konsep ‘halalan toyyiban’.
“Satu kelainan hotel ini adalah kita akan menguruskan hotel berasaskan halalan toyyiban, sebagai contoh, kita akan adakan dua kolam renang, iaitu dipisahkan untuk lelaki dan perempuan, belum ada lagi hotel di Langkawi yang ada dua kolam renang berasingan.
“Berprinsipkan halalan toyyiban juga, minumam keras sama sekali tidak disediakan di hotel ini,” jelas beliau pada majlis pecah tanah hotel projek hotel 14 tingkat, di sini.
Tambah beliau, PKB memilih membina hotel taraf sederhana, yang mana golongan berpendapatan rendah mampu untuk menginap di hotel ini.
“Sebelum ini belum ada hotel kepunyaan anak syarikat kerajaan negeri di Langkawi, jadi kita berbangga dengan usaha ini, separuh pembiayaan hotel ini diperolehi daripada Affin Islamic Bank.
“Hotel 14 tingkat ini dilengkapi dengan 206 bilik penginapan, di samping itu kita juga ada suite sebanyak 26, jadi mereka yang inginkan bilik yang lebih luas boleh tempah suite, ada bilik persidangan, dan kepada mereka yang mahu buat kenduri di tempat-tempat khas, hotel ini juga menyediakan ruang untuk reception
Menyentuh mengenai nama hotel, Haji Harun memberitahu mereka belum menetapkan nama sehingga ia siap.
Apabila siap kelak, hotel ini diuruskan oleh anak syarikat PKB, PKB Hotel Management Sdn Bhd.
“Nama hotel tak bubuh lagi, sebab ikut hukum syarie, bila siap baru bubuh nama, kami juga ikut ungkapan YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan, bubuh nama bila dah beranak,” ujar beliau.
Friday, November 25, 2011
Promosi tanah besar Kedah dan Langkawi giat dijalankan
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India, dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB Encik Manikumar Subramaniam berkata,kerajaan negeri menetapkan bahawa Pulau Langkawi mesti terus dipromosikan sebagai destinasi utama pelanconagn di Kedah dan Malaysia.
Beliau menjelaskan dalam jawapan bertulis bagi menjawab persoalan daripada YB Mohd Rawi Abdul Hamid, (Ayer Hangat - BN), mengenai promosi dan peruntukkan untuk memajukan Pulau Langkawi, semasa Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke -12.
“Oleh itu, sebarang pembangunan pelancongan di Pulau Langkawi perlu mengikut garis panduan alam sekitar dan tidak merosakkan keadaan semula jadi pulau tersebut yang berstatus Geopark.
“Setiap program promosi pada kebiasaannya adalah diselaraskan oleh pihak Tourism Malaysia dan Negeri Kedah akan bertindak sebagai peserta program-program tersebut. Pada tahun 2011 antara program yang telah disertai ialah Arabian Travel Mart (Dubai), Fascinating Malaysia Travel Fair (Singapura), Tara Na Sa Malaysia Travel Fair (Filipian) dan The 9th Thai International Travel Fair (Thailand),” jelasnya.
Beliau sendiri, katanya, telah ke luar negara sebanyak tiga kali pada tahun 2010 dan 2011 bagi mempromosikan tanah besar dan Pulau Langkawi.
Peruntukan promosi di pulau tersebut dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Langakwi (LADA). Ini berlaku kerana setiap tahun Kementerian Kewangan akan menyalurkan peruntukan kewangan bagi keseluruhan kos operasi pengurusan LADA yang bertindak sebagai agensi di bawah kementerian tersebut.
“Antara acara yang dijalankan di peringkat antarabangsa ialah The Royal Kedah International Paramotor Challenge, The Kedah -Satun International Fishing Challenge,” terangnya.
Friday, November 18, 2011
Hari tu menteri kata LANGKAWI Pelancungnya Kurang..nie awat plak nie..??
Berjaya Air mula penerbangan ke Langkawi
LANGKAWI — Berjaya Air menawarkan perkhidmatan penerbangan berjadual ke pulau peranginan ini mulai semalam bagi memenuhi permintaan pelancong yang semakin meningkat.
Pengarah Berjaya Air, Datuk Azlan Meah Ahmad Meah berkata, pihaknya menawarkandengan menawarkan penerbangan empat kali seminggu ke Langkawi.
Beliau berkata, penerbangan berkenaan akan menggunakan pesawat jenis ATR-72 500 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Subang.
Katanya, perkhidmatan itu ditawarkan ekoran beberapa program yang dilancarkan oleh kerajaan termasuk mempromosikan Langkawi ke serata dunia.
“Perkhidmatan ini akan meningkatkan ketibaan pelancong ke pulau peranginan ini dan ia menjadi rangsangan serta dorongan kepada syarikat kami untuk memenuhi permintaan itu,” katanya pada Majlis Permulaan Perkhidmatan Penerbangan Berjadual di Langkawi, di sini.— Bernama
Monday, November 7, 2011
Kedah akan bina Sekolah Tahfiz Sains di Langkawi
YAN - Kerajaan negeri Kedah akan membina sebuah Sekolah Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi sebagai sebahagian usaha menjadikan negeri itu sebagai pusat ilmu terkemuka.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihaknya telah mengenal pasti tanah yang sesuai untuk dijadikan tapak pembinaan bangunan sekolah berkenaan.
"Bajet kita telah buat dan tanah telah ada seluas 12.21 hektar di Pulau Tuba. Pada masa ini seramai 50 orang pelajar tahfiz tingkatan satu sedang belajar di bangunan sekolah sementara di Kulim," katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan bantuan kepada 302 pelajar institusi pengajian tinggi awam dari kerajaan negeri di sini hari ini.
Beliau berkata sekolah itu disasarkan kepada pelajar cemerlang lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 50 orang pelajar sedia ada yang merupakan kumpulan pertama sekolah berkenaan.
Azizan berkata kos membina bangunan sekolah itu dianggarkan menelan belanja melebihi puluhan juta ringgit iaitu termasuk peruntukan membina asrama, makmal dan pelantikan para guru. [Sinar Harian]
Thursday, September 22, 2011
PAS, PKR & UMNO bersatu bantah pengusaha feri penumpang Langkawi
Lebih 100 ahlinya berhimpun membantah tindakan pengusaha feri menarik balik diskaun sebanyak RM3 khusus untuk penduduk tempatan yang menggunakan khidmat feri ke tanah besar atau sebaliknya.
Perhimpunan aman bermula 9.30 pagi itu adalah yang kedua selepas perhimpunan pertama anjuran Pemuda Umno Bahagian Langkawi, Sabtu lalu.
Beberapa sepanduk bertulis ‘Kembalikan Hak Kami’, ‘Kembalikan Segera Harga Tiket Untuk Penduduk Langkawi’, ‘Neutralkan Semula Harga Tiket Feri’ serta ‘Kami Bukan Orang Kaya’ ditujukan kepada syarikat feri penumpang yang menaikkan harga tiket secara mengejut membabitkan perjalanan pada hari minggu, Jumaat, Sabtu dan Ahad, cuti sekolah dan cuti umum.
Ketua Pemuda Umno Langkawi, Nor Saidi Nanyan ketika ditemui di pekarangan Jeti Kuah berkata, syarikat feri menaikkan harga kepada penduduk Langkawi sejak Jumaat lalu sedangkan sejak empat tahun lalu, penduduk dan pemegang kad pengenalan beralamat di Langkawi diberi harga istimewa dengan potongan RM3 bagi setiap perjalanan berbanding harga pelancong.
“Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Laut digesa mengambil tindakan segera. Tindakan ini seolah-olah membelakangkan kebajikan penduduk di sini,” katanya.
Hadir sama pada perhimpunan itu, Yang Pertua Pas Langkawi, Zuber Ahmad dan Timbalan Pengerusi PKR Cabang Langkawi, Razali Abas.
Nor Saidi berkata, walaupun berbeza fahaman politik tetapi sebagai penduduk Langkawi, semua parti politik bersatu demi untuk kepentingan penduduk pulau ini.
"Kami yakin jika bantahan ini tidak dilakukan, pengusaha feri akan sewenang-wenangnya menaikkan tambang selepas ini dan ini membebankan pengguna,” katanya.
Zuber berkata, pihak pengurusan feri perlu sedar bahawa majoriti penduduk tempatan kini kurang senang dengan tindakan mereka menamatkan pemberian tambang diskaun itu.
“Keputusan drastik tanpa memberi notis awal menyebabkan pengguna yang tiba di jeti pada Jumaat lalu terpinga-pinga dan ini tidak wajar,” katanya.
Sementara itu, Razali menyifatkan langkah terbaru pengusaha feri itu membebankan pengguna, khususnya penduduk tempatan yang berulang-alik setiap hujung minggu menggunakan perkhidmatan feri dari Langkawi ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis.
“Pengusaha feri perlu faham, mereka boleh berniaga kerana adanya penumpang terdiri daripada pelancong dan penduduk tempatan. Mereka boleh buat untung tapi jangan sampai menyusahkan penduduk,” katanya.
Tambang tiket sehala dari Kuala Kedah ke Langkawi atau sebaliknya adalah RM23 tetapi penduduk Langkawi diberi harga istimewa, RM20 manakala dari Kuala Perlis ke Langkawi atau sebaliknya adalah RM18 harga biasa, RM15 untuk penduduk Langkawi.
Wakil ketiga-tiga parti politik itu kemudian menyerahkan memorandum daripada penduduk Langkawi kepada pengusaha syarikat feri, antaranya merayu syarikat terbabit menimbang semula pemberian harga istimewa itu.
Mengulas perkara sama, Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid berharap pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Laut, Pejabat Daerah, Kerajaan Negeri dan pengusaha syarikat feri serta wakil penduduk mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan masalah itu.
“Melalui perbincangan sahaja akan dapat selesaikan masalah yang dihadapi kedua-dua pihak. Namun Kerajaan Negeri juga harus memberi perhatian,” katanya.
Sementara itu, wakil sebuah syarikat feri, Ng Ean Soon berkata, kenaikan harga dibuat berikutan tidak lagi mendapat subsidi minyak diesel daripada kerajaan.
“Harap kerajaan dapat menimbang pemberian subsidi minyak kepada syarikat feri penumpang untuk membolehkan kami memberi harga istimewa kepada penduduk Langkawi,” katanya.
Thursday, February 24, 2011
Jangan manipulasi undang-undang tanah untuk kepentingan peribadi
Ditulis oleh AMELIA HASHIM
ALOR SETAR, 24 Februari - Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Pejabat Hutan diminta menyusun atur dalam proses permohonan tanah-tanah dalam usaha supaya kelonggaran dalam peruntukan perundangan sedia ada tidak dimanipulasi pihak tidak tanggungjawab yang berkepentingan peribadi.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan YB S Manikumar berkata, koordinasi yang didapati terbabit dalam isu pencerobohan tanah di Langkawi ini telah dikumpulkan dan pengkalan data itu akan dibawa kepada perhatian pihak berkuasa atasan.
Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam berkata, dengan adanya campurtangan YAB Menteri Besar secara langsung isu tersebut sudah pasti mencapai penyelesaian terbaik serta komitmen yang serius untuk hapus gejala tidak sihat.
Menurutnya, pencerobohan hutan di Langkawi yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab amatlah dikesalkan kerana untuk menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang itu akan mengambil masa yang lama.
Pencerobohan bukan sahaja merosakkan eko sistem alam sekitar tetapi telah mencacatkan keindahan Langkawi Permata Kedah.
Lokasi yang menjadi mangsa kerakusan pihak tertentu itu ialah sekitar kawasan air terjun Durian Perangin dan Pangang Saga.
“Kita melihat dari udara pemandangnnya sungguh menyedihkan kerana kita melakukan berbagai alternatif bagi menjadikan Langkawi sebagai pusat pelancongan dunia kerana aset kita adalah keindahan alam semujadi yang ada di Langkawi,” katanya.
Beliau mempunyai lima belas keping gambar menunjukkan lokasi-lokasi yang rosak akibat pencerobohan itu yang diambil dari udara.
Menurutnya, siasatan secara terperinci yang diarahkan oleh YAB Menteri Besar Kedah bersama Jabatan Hutan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah Galian (PTG) bagi mengenalpasti kawasan terbabit.
Sehubungan itu, hasil siasatan akan dibawa ke pihak atasan untuk dibentangkan maklumat yang harus digunapakai bagi membendung gejala ini daripada berleluasa.
Beliau memohon agensi berkaitan supaya memberi kerjasama sebaiknya sama-sama menangani isu yang membawa kemusnahan industri pelancongan negeri Kedah.
Ujarnya, orangramai harus faham bahawa keunikan flora fauna yang ada di pulau Permata Kedah merupakan aset utama yang perlu dijaga bersama untuk memposisikan Langkawi sebagai pusat kedatangan pelancong terulung di rantau ini.
“Oleh itu pihak terlibat harus meneliti isu berkaitan supaya tidak bertindak ikut kepentingan individu kerana keunikan alam semulajadi Langkawi adalah aset untuk generasi akan dating,” katanya.
Beliau juga menyeru Pejabat Daerah dan Majlis Badaraya Pelancongan Langkawi supaya memain peranan secara efektif dengan memberi kerjasama yang lebih imtim kepada PTG dan Pejabat Hutan.
Tuesday, February 15, 2011
Ceroboh hutan Langkawi, Jabatan Perhutanan akan diminta penjelasan
ALOR SETAR, 15 Februari - Kerajaan Negeri akan memanggil Jabatan Perhutanan dan dan agensi lain yang terlibat dalam masa terdekat meminta mereka memberi laporan mengenai isu penebangan dan pencerobohan hutan di beberapa lokasi di Langkawi Permata Kedah.Ini berikutan pendedahan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam YB S Manikumar mengenai pencerobohan hutan di Langkawi yang semakin berleluasa akhir-akhir ini.
“Saya akan meminta Jabatan Hutan memberi laporan tentang isu ini,” katanya ketika di minta mengulas menganai isu ini yang tersiar di beberapa akhbar tempatan.
Katanya setakat ini Kerajaan Negeri belum menerima apa-apa laporan mengenai isu pencerobohan hutan di Langkawi seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar, katanya selepas sambutan Majlis Maulidul Rasul di Kolej Universiti Insaniah.
Menurutnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah membangkitkan dua masalah kepada Kerajaan Negeri iaitu aktiviti mereka telah menyebabkan kerosakan sistem ekologi kepada keindahan pulau berkenan dan pihak berkenaan juga telah melakukan kesalahan dengan mengambil tanah kerajaan secara tidak sah.
“Kerajaan Negeri dan penduduk Langkawi mengadapi kekurangan tanah apabila pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dengan rakusnya menceroboh dan menebang hutan-hutan simpan yang ada.
“Hutan-hutan yang ada di Langkawi adalah aset utama bagi pulau itu mengekalkan keindahan alam semula jadi bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke situ,” katanya.
Menurutnya, Langkawi adalah pulau pelancongan dan tanah di Langkawi harganya semakin meningkat. Oleh itu adalah menjadi Beliau akan memanggil pihak berkenaan iaitu Jabatan Hutan dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendengar laporan sebelum sebarang tindakan dilakukan.
Sementara itu YB Manikumar dalam pendedahan isu ini berharap pihak bertanggungjawab segera menghentikan aktiviti itu dan sekiranya mereka masih berdegil beliau tidak akan teragak-agak membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Masa depa Perintah 17 tahun apa tak buat mai 3 tahun macam-macam hangpa suruhnya
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri diminta meluluskan segera permohonan pemilikan tanah yang dibuat penduduk di Pulau Langkawi, yang mengusahakan tanah di situ sejak 20 dan 30 tahun lalu.
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Taib berkata, terdapat beberapa kawasan hutan di Pulau Langkawi sebenarnya sudah diterokai penduduk untuk diusahakan secara kecil-kecilan sejak 20 hingga 30 tahun lalu namun tindakan mereka tidak sampai menyebabkan hutan itu ‘cerah’.
Menurutnya, ada penduduk di Pulau Langkawi mengusahakan tanah di situ sejak sekitar 1950-an dan 1960-an lagi namun permohonan pemilikan terhadap tanah terbabit yang dibuat masih belum diluluskan sehingga kini.
“Isu permohonan pemilikan tanah oleh penduduk yang sudah mengusahakan tanah selama lebih 20 tahun itu pernah saya bincangkan dengan beberapa Menteri Besar Kedah sebelum Pas mengambil alih pentadbiran lagi namun tiada tindakan diambil.
“Saya harap Kerajaan Negeri sekarang ini dapat meluluskan segera permohonan penduduk Langkawi yang sudah lama mengusahakan tanah itu, bukan kepada mereka yang baru mengusahakannya,” katanya semalam.
Abu Bakar berkata, Pulau Langkawi hanya pulau yang kecil dan permohonan itu perlu diluluskan demi kepentingan penduduk yang sudah lama mengusahakan tanah itu.
“Terdapat beberapa kawasan tertentu yang sudah lama diterokai penduduk tetapi setelah Langkawi menjadi tarikan pelancong dari seluruh negara, baru ada pihak ambil kisah mengenainya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau bagaimanapun tidak menafikan bahawa usaha memelihara kehijauan hutan di Pulau Langkawi sebagai tarikan pelancong tetap perlu dilakukan termasuklah pemantauan terhadap penebangan hutan dan pengusahaan tanah secara berleluasa di situ.
“Aktiviti dijalankan penduduk di atas tanah di Kubang Badak, berhampiran Taman Buaya sebagai contoh, bukanlah penyumbang yang menyebabkan kawasan hutan di Langkawi menjadi ‘cerah’, malah saya difahamkan, terdapat beberapa kawasan yang kini diselia agensi tertentu.
“Pemantauan terhadap kawasan hutan di Pulau Langkawi tetap perlu dijaga dan dipelihara, contohnya kawasan di sekitar Telaga Harbour Park, bagi mengekalkan keindahan pulau ini,” katanya.
Terdahulu, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, S Manikumar mendedahkan hutan di Pulau Langkawi semakin ‘cerah’ berikutan penebangan hutan berleluasa.[sinarharian]
Sunday, February 13, 2011
Ada manusia dok curi BALAK di Pulau Langkawi..!!
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, S Manikumar berkata, tinjauannya melalui udara baru-baru ini agak mengejutkan apabila kebanyakan hutan di pulau legenda itu dicerobohi pihak tertentu tanpa kawalan pihak berkuasa.
Berikutan itu, semua pihak diminta membendung aktiviti penebangan itu bagi memelihara khazanah flora fauna pulau Langkawi supaya statusnya sebagai pulau pelancongan tidak terjejas.
“Keaslian flora fauna pulau Langkawi perlu dikekalkan kerana itulah aset utamanya. Pihak berkaitan perlu kaji semula dan pantau dengan ketat mengelak penebangan hutan dan pengusahaan tanah secara tidak terkawal,” katanya.
Manikumar turut mendedahkan beberapa lokasi yang dikenal pasti berlaku penebangan tidak terkawal adalah sekitar Sungai Itam (berdekatan Air Terjun Durian Perangin), kawasan persekitaran Telaga Harbour Park, Gunung Mat Cincang, Pantai Kok dan Kompleks Kraf.
Beliau tidak menafikan perkara itu berlaku kerana kelemahan sistem pentadbiran di pulau itu, yang mungkin dimanipulasi pihak tertentu.
“Saya dapati tanah kerajaan atau hutan terbiar yang diusahakan boleh dipohon oleh individu terbabit selepas tempoh ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang. Ada pula sesetengah pihak mengambil kesempatan daripada kelemahan sistem itu untuk mengaut keuntungan dengan menjadi broker tanah,” katanya.
Manikumar mendakwa terdapat juga kes yang membuat permohonan menggunakan beberapa nama ahli keluarga bagi mendapatkan geran hak milik kekal, bagi memastikan tanah berkenaan menjadi milik mereka walaupun kawasan yang dipohon itu boleh menjejaskan ekologi.
“Mungkin terdapat kelemahan dalam sistem permohonan sedia ada hingga ada pencerahan di kawasan tertentu diklasifikasikan sebagai tanah usaha. Malah aktiviti pertanian berskala besar tidak sesuai diusahakan di situ,” katanya.
Menurutnya, mereka yang rakus meneroka tanah hutan tanpa kawalan dinasihatkan supaya menghentikan perbuatan itu kerana boleh menjejaskan keunikan Langkawi.
Beliau turut meminta pihak terbabit membuat perbandingan pulau itu dengan pulau pelancongan terkemuka lain supaya timbul keinsafan untuk memelihara khazanah itu.
“Singapura dikenali sebagai pulau fantasi membeli-belah, Bali pula pulau warisan manakala Phuket lebih kepada penerokaan penuh cabaran. Identiti Langkawi ialah keunikan flora fauna dan geopark yang diiktiraf oleh Unesco. Jika tidak dihalang pencerobohan itu, kelak identitinya akan hilang,” katanya.
Menurutnya, kawalan secara sistematik perlu dibuat segera untuk menjaga kepentingan semua pihak termasuk pihak pelabur dan rakyat.
“Semua jabatan, unit dan agensi harus gembleng tenaga memastikan perkara ini dipantau untuk selamatkan Langkawi daripada diceroboh. Saya akan panjangkan isu ini kepada Menteri Besar untuk tindakan sewajarnya,” katanya.
Manikumar berkata, pihaknya turut memantau aktiviti itu dengan mengumpul bukti pihak yang terlibat.
:Sekiranya tidak mendapat kerjasama sewajarnya setelah diberi amaran, beliau tidak teragak-agak melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya akan guna pendekatan lembut terlebih dahulu dengan memberi teguran dan menghalang, tetapi jika tidak berkesan, biarlah SPRM pula yang siasat,” katanya.





