Showing posts with label S.Manikumar. Show all posts
Showing posts with label S.Manikumar. Show all posts

Monday, November 26, 2012

Exco - Jawatankuasa urus pembangunan Gunong Jerai


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri menubuhkan jawatankuasa kecil yang lebih efisien dalam mengurus pembangunan di Gunung Jerai yang menjadi salah satu sektor pelancongan yang penting di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, YB. Dato’ S. Manikumar berkata, pihaknya inginkan satu pembangunan yang komprehensif di Gunung Jerai serta dikenali di persada antarabangsa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan ADUN Gurun, YB. Dr. Leong Yong Kong mengenai pembangunan di Gunung Jerai pada Sidang Dewan Negeri Bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Kedua Belas di Dewan Undangan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman, di sini.

Menjawab soalan ADUN Ayer Hangat, YB. Mohd Rawi Abd. Hamid mengenai sektor pelancongan lain yang diwujudkan, beliau memberitahu, Kerajaan Negeri juga turut mewujudkan pelancongan berbentuk Islam (Islamic Tourism) yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

“Kita juga turut mengetengahkan halal tourism (makanan halal) mengikut syariah dan pengasingan lelaki dan perempuan di kolam renang,” katanya.

YB. Dato’ S. Manikumar menjelaskan, dengan pertumbuhan ekonomi di Pulau Langkawi dengan mewujudnya hotel-hotel, pembangunan yang ada di situ perlulah dikongsi bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

“Jumlah pelancong dari Arab Saudi turut meningkat di Langkawi iaitu sebanyak 34,316 orang pada tahun ini berbanding 28,009 orang pada tahun 2011 sepertimana yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA),” katanya.

Sementara itu, YB. Manikumar memberitahu, baru-baru ini beliau menerima kunjungan daripada pelancong Singapura yang datang ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidiladha di Amanpura, Sungai Petani.

“Ia secara tidak langsung merupakan salah satu jualan pakej pelancongan di Singapura. Kita turut menerima jualan pakej pelancongan di sana yang agak besar,” ujarnya.

Ketika menjawab soalan tambahan ADUN Guar Chempedak, YB. Dr Ku Rahman Ku Ibrahim mengenai promosi Gunung Jerai, beliau menjelaskan bahawa setakat ini pengurusan di Gunung Jerai berjalan dengan baik dan tidak menghadapi masalah.

“Kita juga turut memberi perhatian kepada pembangunan di Arkeologi Lembah Bujang dan Sungai Batu di Lembah Bujang,” tambahnya.

Friday, July 13, 2012

Isu Kuil Hindu dan Wat Siam baru diatasi sejak 50 tahun


bukit selambau by election pkr candidate s manikumar campaign 300309 03
ALOR SETAR, 12 Julai 2012 – Ekoran tiada pihak yang mengambil tahu masalah berkaitan dengan status tanah wat-wat Siam dan kuil Hindu di seluruh Kedah sejak 50 tahun dahulu, maka kerajaan negeri kini sedang berusaha menyelesaikan masalah tersebut dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, YB Dato’ Manikumar Subramaniam berkata, masalah ini sudah berlanjutan kira-kira 50 tahun, namun tidak ada sebarang pihak yang mengambil kisah mengenainya.

Beliau berkata demikian semasa bercakap di Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Masyarakat Siam Negeri Kedah Kali Ke 2, 2012 di Wisma Darul Aman.

“Oleh itu, kerajaan negeri kini mengambil inisiatif segera bagi menyelesaikan masalah yang sudah berpuluh tahun ini dengan menjemput tuan-tuan bermesyuarat dan bersemuka dengan pihak yang berkaitan dengan tanah ini sendiri agar ianya dapat diselesaikan dengan segera.


“Masih terdapat banyak masalah yang berkaitan dengan wat Siam dan kita kini sedang cuba menyelesaikannya,” katanya.

Menurutnya, beliau perlukan komitmen daripada ‘orang-orang penting’ masyarakat Siam untuk meneruskan usaha murni ini kerana ianya merupakan suatu tanggungjawab sosial.

Masalah yang paling rumit dan sering berlaku dalam kalangan masyarakat Siam dan India adalah masalah status tanah rumah ibadat.

“Saya nak selesaikan masalah ini dengan segera dan takmau dah lepas ni masalah ini wujud,” ujarnya.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 54 hadirin yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Masyarakat Siam, sami-sami wat dan wakil-wakil pejabat kerajaan.

Mesyuarat ini bertujuan menyelesaikan masalah-masalah yang sering menghantui masyarakat Siam antaranya isu status tanah wat dan rumah, biasiswa pelajar, hari-hari perayaan dan pelbagai lagi.

Friday, April 20, 2012

Usaha jadikan langkawi ‘1 dari 10’ destinasi terkemuka dunia

ALOR SETAR – ‘Tourism Blueprint For Langkawi’ adalah cadangan perancangan untuk menjadikan Langkawi sebagai satu dari sepuluh destinasi terkemuka di dunia. Melalui beberapa pendekatan yang diambil, dalam jangka masa panjang, langkawi akan dapat dilihat dalam peta dunia sebagai destinasi pelancongan yang mesti dilawati. Menjawab soalan bertulis dari YB Mohd Rawi Abdul Hamid (BN- Ayer Hangat), Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB Dato’ Manikumar Subramanian menjelaskan, sekiranya perancangan berkenaan dapat dilaksanakan, ianya akan membawa kesan yang amat positif kepada penduduk Langkawi khasnya, negeri dan negara amnya.

“Cadangan perancangan tersebut merangkumi beberapa pendekatan, antaranya, memberi fokus kepada aset pelancongan semulajadi di Langkawi, penekanan kepada dua nilai utama iaitu pulau, pantai dan Eco-advanture, memberi kesan hasil yang seimbang antara pelancong dan penduduk tempatan di samping meningkatkan kecenderungan pelancong untuk berbelanja di Langkawi,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri memberi fokus kepada pelancongan di Langkawi kerana ingin jadikan Langkawi sebagai destinasi terbaik di dunia, permata ekologi, bersih dan sentiasa baru (pristine) di samping kecantikan semulajadi dan asli.
Soalan bertulis yang dikemukakan sempena Sidang Dewan Negeri bagi Mesyuarat Ke tiga Penggal Ke empat Dewan Undangan Negeri ke dua belas yang berlangsung di Wisma Darul Aman inginkan penjelasan berkenaan ‘Blue Print’ menaik taraf program pelancongan di Langkawi menjelang 2015 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Disember 2011 yang lalu. Dalam soalan berkenaan memohon penjelasan mengenai konsep, kesan jangka panjang serta kesan sosial terhadap program tersebut.

Tuesday, November 22, 2011

Tiada kuil akan dibina di situ, bantahan tidak berasas

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri menyangkal dakwaan segelintir pihak yang beranggapan satu kuil baru bakal dibina di kawasan tanah lapang berdekatan penempatan masyarakat Melayu di Sungai Petani.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB. S. Manikumar berkata, ada pihak yang mempunyai kepentingan tertentu cuba bertindak campur tangan dengan mencetuskan pelbagai kekeliruan mengenai tapak pembinaan kuil itu.

Menurutnya, sehingga kini belum ada sebarang permohonan dibuat secara rasmi di peringkat jabatan untuk memberi kelulusan terhadap pelan pembangunan rumah ibadat di kawasan berkenaan.

“Sebenarnya pada tahun 1994, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) mengambil alih tanah ladang di kawasan berkenaan setelah dilelong oleh bank. PKNK turut memperuntukkan sebahagian kecil tanah seluas 4.047 hektar bagi dijadikan penempatan bagi masyarakat India yang tinggal di situ,” katanya.

Beliau memberitahu, usaha itu dibuat bagi membela kebajikan masyarakat India disebabkan proses pengambilalihan tanah berkenaan dan satu agensi swasta dipertanggungjawab membina 68 unit rumah di atas tanah itu.

Manikumar berkata, satu pelan perancangan pembangunan turut diluluskan dan ketika dibentangkan dalam mesyuarat, tapak untuk rumah ibadat turut disediakan di satu kawasan lain dalam lingkungan tanah 4.047 hektar itu.

“Kekeliruan mula timbul apabila pihak berkenaan tidak menggunakan tapak asal yang diperuntukkan untuk membina kuil kerana beranggapan saiz tapak kecil serta tidak sesuai, lalu bertindak mengubah lokasi tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Tambahnya, kuil lama masih berada dalam kawasan ladang, namun jalan masuk ke sana sudah ditutup. Kerajaan Negeri memandang serius perkara itu dan mengambil berat mengenai kepentingan semua lapisan masyarakat di kawasan terlibat.

Beliau menjelaskan, satu mesyuarat di peringkat Pejabat Daerah turut diadakan pada 20 November 2011 dengan dihadiri Pegawai Daerah, wakil Majlis, wakil Pentadbiran Tanah Daerah, pengerusi kuil, wakil Malaysia Hindu Sangam, Ahli Parlimen Sungai Petani, YB. Dato’ Johari Abdul; wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, penghulu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit bagi membincangkan perkara itu.

“Kita juga sudah membuat rundingan dengan jawatankuasa kuil lama untuk memberhentikan dahulu semua aktiviti mengubah kuil ke kawasan berkenaan sehingga satu jalan penyelesaian terbaik dicapai,” jelasnya.

Manikumar berkata, adalah lebih baik sekiranya pembinaan kuil baru kelak diletakkan di kawasan penempatan baru masyarakat India apabila pembinaan 68 unit rumah baru disiapkan dalam tempoh masa yang terdekat bagi memudahkan penduduk melakukan acara agama.

Menurutnya, walaupun kedudukan tanah bersebelahan, namun lokasi antara projek perumahan baru dengan tanah lapang yang menjadi bantahan penduduk agak berjauhan. Ia terletak di penghujung kawasan tanah yang diperuntukkan.

“Saya sendiri tidak menyokong sekiranya kuil didirikan di kawasan tanah lapang yang dimaksudkan sebelum ini kerana berdekatan dengan kawasan perumahan majoriti didiami masyarakat Melayu,” katanya.

Mengenai dakwaan seorang menteri akan hadir untuk melaksanakan upacara pecah tanah pada 27 November 2011 juga, ujarnya, sebenarnya tidak betul dan penduduk diminta bertenang serta tidak perlu bimbang.

Beliau berharap tiada pihak cuba menimbulkan sebarang provokasi mengenai isu berkenaan, sebaliknya menggunakan saluran dengan berunding untuk mencari kata putus tanpa menjejaskan kepentingan mana-mana pihak.

“Tanah di kawasan lapang berkenaan adalah tanah rizab kerajaan dan tidak ada sebarang projek pembangunan dirancang di atas tanah itu dalam tempoh masa terdekat,” jelasnya.

Empat hari lalu, kira-kira 500 penduduk dari Bandar Puteri Jaya, Bandar Utama, Bandar Sri Astana dan Bandar Perda membuat perhimpunan membantah pembinaan kuil yang didakwa di sebuah kawasan lapang yang menghubungkan kesemua bandar berkenaan.

Wednesday, October 5, 2011

Sekolah-sekolah Tamil di Kedah terima sumbangan Kerajaan Negeri

Oleh WADIASSOFI JAAFAR

images/stories/OKTOBER2011/yb. manikumar - sumbangan kepada sekolah-sekolah tamil negeri kedah.jpgALOR SETAR - Sebanyak 58 sekolah menerima sumbangan berupa cek yang diterima oleh wakil-wakil Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Kedah yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB. S. Manikumar.Peruntukan yang disalurkan kepada Sekolah-Sekolah Tamil di Negeri Kedah ialah sebanyak RM229,000.

Majlis yang berlangsung di Dewan Seri Mentaloon, di sini merupakan perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan sistem pendidikan di negeri ini.

YB. S. Manikumar dalam ucapannya berkata, hasil mesyuarat yang dijalankan baru-baru ini, satu pengkalan data yang komprehensif berjaya dihasilkan untuk merancang keperluan bantuan untuk pembangunan sekolah-sekolah di negeri ini.

“Sebanyak 58 Sekolah Tamil di negeri ini terpilih untuk menerima sumbangan ini dalam usaha meningkatkan mutu pembelajaran yang sedia ada,” ujarnya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga turut memberikan tumpuan kepada pembangunan prasarana dengan cadangan memasukkan dalam bajet negara yang mencukupi melalui Kementerian Pendidikan.

“Bajet itu diluluskan pada tahun 2011 untuk aktiviti meningkatkan mutu pendidikan di Sekolah-Sekolah Tamil di negeri ini,” katanya.

Beliau menjelaskan, Lembaga Biasiswa Negeri Kedah juga turut menyediakan biasiswa kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.
images/stories/OKTOBER2011/copy of yb. manikumar - sumbangan kepada sekolah-sekolah tamil negeri kedah1.jpg
images/stories/OKTOBER2011/copy of yb. manikumar - sumbangan kepada sekolah-sekolah tamil negeri kedah2.jpg
“Bagi pelajar yang melanjutkan pengajian dalam jurusan ijazah akan menerima pemberian wang saguhati sebanyak RM400 manakala jurusan diploma sebanyak RM200,” tambahnya.


Sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang mencetuskan revolusi dengan meletakkan bajet yang seimbang dalam usaha meningkatkan sistem pendidikan terutama untuk masyarakat India di negeri ini.

Turut hadir ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, V. Arumugam.

Saturday, August 6, 2011

‘Tak timbul isu rebut kerusi’ - S Manikumar

ALOR SETAR - Tidak timbul isu perebutan kerusi yang bakal ditandingi parti komponen Pakatan Rakyat (PKR) iaitu Pas, PKR mahupun DAP dalam pilihan raya umum (pru) ke-13, memandangkan semua tuntutan masih di peringkat perbincangan.

Naib Presiden Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, S Manikumar berkata, dalam satu mesyuarat yang diadakan kira-kira tiga hari lalu, tiga wakil dihantar dari setiap parti komponen PR.

Menurutnya, kesemua wakil mengutarakan cadangan mengenai kerusi yang akan ditandingi dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita melihat perkara ini secara positif, apa yang diminta oleh parti komponen adalah cadangan dan bukannya permintaan yang mesti ditunaikan.

“Bagaimanapun setiap cadangan perlu dikemukakan bersama dengan hujah yang relevan, barulah masing-masing dapat menyuarakan pendapat berhubung tuntutan yang dibuat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Manikumar berkata, tidak ada sebab untuk menolak tuntutan yang dikemukakan jika mempunyai alasan yang kukuh.

“Sebagai contoh, jika ada parti komponen lain yang ingin bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, mereka perlu kemukakan hujah dan jika relevan, mungkin laluan boleh diberikan kepada calon parti yang menuntut.

“Setiap parti boleh mengutarakan cadangan dan perkara ini masih di peringkat cadangan, selepas ini akan dianalisis secara terperinci sebelum dimaklumkan kepada peringkat atasan. Keputusan akan dibuat selepas mencapai kata sepakat,” katanya.

Menurutnya, semua wakil rakyat PR di negeri ini berpegang teguh kepada prinsip perjuangan yang jujur, tidak hanya di Kedah tetapi di semua negeri lain.

“PR sudah matang dan berjaya menawan beberapa negeri malah semakin bersedia untuk suatu tahap yang lebih matang.

“Jika rakyat memberi peluang kepada PR untuk ke Putrajaya, kita akan menubuhkan kerajaan baru yang mengutamakan negara kebajikan,” katanya yang tidak mahu pertandingan tiga penjuru di DUN Derga pada 2008 berulang demi kepentingan PR.

Pada pilihan raya umum ke-12, tiga parti yang bertanding untuk kerusi Derga ialah PKR, DAP and Barisan Nasional (BN) dan dimenangi Dr Cheah Soon Hai (BN) dengan 6,516 undi, manakala Teoh Teik Guan (DAP) dan Cheung Khai Yan (PKR) masing-masing memperoleh 2,095 dan 6,353 undi.

Terdahulu, perbincangan mengenai agihan kerusi PR Kedah dilaporkan menemui kegagalan apabila terdapat pertindihan tuntutan kerusi melibatkan PKR dan DAP, kedua-dua parti terlibat akhirnya menyerahkan kepada pimpinan PR untuk membuat keputusan.

Difahamkan, pertindihan tuntutan itu berlaku apabila DAP meminta untuk bertanding kerusi yang ditandingi PKR (pada 2008), dalam pilihan raya umum akan datang.

DAP yang bertanding dua kerusi iaitu DUN Kota Darul Aman dan Derga pada pilihan raya umum 2008, menuntut tambahan empat kerusi DUN iaitu Gurun, Bakar Arang, Lunas dan Bakar Bata serta dua kerusi Parlimen iaitu Alor Setar dan Padang Serai.

Thursday, July 21, 2011

Pusat hiburan Langkawi diminta bekerjasama

ALOR SETAR - Semua pengusaha pusat hiburan, khususnya di Langkawi diminta memberi kerjasama mematuhi peraturan yang ditetapkan sepanjang Ramadan ini.

Exco Pelancongan, S Manikumar berkata, walaupun Langkawi diiktiraf sebagai pulau pelancongan bertaraf antarabangsa, ianya masih tertakluk bawah Enakmen Hiburan Tempat-tempat Hiburan 1997.

“Kerajaan Negeri telah beri kelonggaran sewajarnya dan saya harap semua premis hiburan membantu menguatkuasakan undang-undang. Pastikan tiada orang Islam memasuki premis hiburan sepanjang Ramadan jika tidak mahu lesen mereka digantung,” katanya.

Menurutnya, tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha terbabit sekiranya didapati ada yang cuba mengambil kesempatan terhadap kelonggaran syarat itu.

“Jangan asyik kejar untung sahaja, hanya sebulan sahaja mereka perlu mengurangkan pengunjung dan saya yakin kerugian yang ditanggung mereka tidak sebesar mana,” katanya.

Manikumar berkata, semua pihak diminta menghormati undang-undang Islam, termasuk pengusaha luar negara yang mengusahakan pusat hiburan di Langkawi.

“Kelonggaran itu wajar kerana negeri ini mempunyai pelbagai kaum dan agama. Namun kita tetap hormati kehendak budaya dan bukan Islam,” katanya.

Thursday, May 26, 2011

Baru sahaja YB Manikumar bagi cadangan tapi YDP dah tunjuk kuasa..!!

Ambil berat peniaga tepi jalan

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri disaran menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membincangkan isu peniaga tepi jalan yang berleluasa di seluruh Kedah selain meneliti proses ke arah pemutihan masalah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, S Manikumar berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu penting kerana isu peniaga tepi jalan tidak pernah dibincangkan secara terperinci di setiap mesyuarat pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah, sedangkan terdapat pelbagai aduan dan tindakan penguatkuasaan dijalankan ke atas mereka.

:Menurutnya, keperluan Kerajaan Negeri untuk meneliti permasalahan peniaga tepi jalan penting memandangkan kegagalan menangani isu tersebut dengan bijak akan menyebabkan nama baik Kerajaan Negeri terjejas walaupun sebarang tindakan dilakukan berlandaskan peraturan.

“Sebagaimana masalah penjaja yang berniaga di atas rizab jalan di kawasan saya (Bukit Selambau) baru-baru ini, saya mengakui mereka berniaga tanpa mematuhi semua peraturan perniagaan sebagaimana disyaratkan PBT, bagaimanapun tindakan penguatkuasaan terhadap mereka akan menyebabkan kehilangan sumber pendapatan kerana sudah lama bertapak di sesuatu tempat.

“Sekiranya tindakan penguatkuasaan awal diambil terhadap mereka, peniaga terbabit kemungkinan tidak berniaga di situ. Bagaimanapun, setelah tindakan tidak diambil dalam tempoh masa lama, peniaga terbabit sudah bergantung pendapatan dengan berniaga di tempat itu.

“Justeru, penelitian sewajarnya isu ini perlu dilakukan terhadap kedua-dua pihak memandangkan ada pro dan kontra dalam soal kewajaran tindakan penguatkuasaan PBT diambil ke atas mereka,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Manikumar berkata, satu proses pengumpulan data peniaga tepi jalan perlu dilakukan PBT setiap daerah untuk memastikan jumlah peniaga dan lokasi perniagaan mereka dikenal pasti bagi membolehkan urusan ‘pemutihan’ peniaga terbabit dapat dijalankan.

“Urusan ‘pemutihan’ yang dimaksudkan bukan membasmi peniaga-peniaga terbabit, sebaliknya Kerajaan Negeri menggunakan kesempatan ini untuk membantu mereka dengan menyediakan prasarana dan tapak berniaga baru yang lebih selamat dan terjamin.

“Di pihak Kerajaan Negeri, isu peniaga tepi jalan ini perlu diletakkan di bawah satu komponen khas untuk memantau dan meneliti permasalahan dialami kedua-dua pihak iaitu peniaga dan PBT bagi mengelakkan masalah berbangkit timbul di kemudian hari,” katanya.

Manikumar menegaskan cadangan yang dikemukakannya bukan untuk menghalalkan tindakan peniaga tepi jalan yang kebanyakannya berniaga tidak memenuhi syarat diperlukan, sebaliknya bertujuan memberi perlindungan kepada mereka.

“Dari sudut penguatkuasaan, sememangnya tindakan mereka salah. Tetapi kita perlu akui kegagalan kita melaksanakan tindakan penguatkuasaan awal terhadap mereka menyebabkan mereka terus bergantung harap terhadap sumber pendapatan diperoleh daripada berniaga di situ.

“Justeru, masalah ini perlu diperhalusi dengan kerjasama kedua-dua pihak termasuk Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat Kedah,” katanya.

Sunday, March 27, 2011

Perkongsian kuasa Azizan faktor ‘Kedah Sejahtera’


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgu7EImgE6pXn2KKJLAzJTV8WZPR0bklO3PudNMWO8lsUfJvM78SDdEpt4V8hjHd30fbzE8o_poITm0U01VYqpY9vMpzFV3O8k0QE61z9KqiJGLB6NdvUw9w4sR2YGI9v_4-2N5BBNYk3Lq/s1600/kedah%2520sejahtera%25202.png
ALOR SETAR - Pendekatan perkongsian kuasa yang diamalkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam mentadbir Kerajaan Negeri dikenal pasti antara faktor utama Kedah dianggap sebagai lebih sejahtera dan aman.

Ahli Exco, S Manikumar berkata, pendekatan yang lebih dikenali ‘approach power sharing’ itu pada mulanya ditentang kebanyakan orang termasuk segelintir pemimpin dalam PR sendiri kerana ‘tersalah faham’ tetapi mereka mula menyedari hasil positif setelah tiga tahun diamalkan.

Menurutnya, pendekatan perkongsian kuasa merujuk kepada tiga entiti yang menerajui dan mentadbir Kedah iaitu institusi diraja, pembuat dasar iaitu Menteri Besar, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai kerajaan dan pelaksana dasar iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan pegawai Kerajaan Negeri (KSC).

“Secara profesional, Azizan dapat meletakkan ketiga-tiga entiti ini secara berasingan dan menjadi peneraju ke arah hala tuju yang positif.

“Banyak orang pada mulanya menyalahkan Azizan dan mendakwa beliau terlalu berlembut dengan KCS sekiranya sesuatu isu timbul, sedangkan tindakannya adalah betul dan di bawah undang-undang negeri,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Manikumar berkata, Kerajaan Negeri ditunjangi Pakatan Rakyat (PR) perlu mewujudkan revolusi minda dalam kalangan rakyat Kedah bagi membolehkan mereka lebih profesional dalam menilai sesuatu tindakan atau isu yang timbul.

Menurutnya, sehingga kini, terdapat sebahagian rakyat negeri ini yang terus menuding jari ke arah Menteri Besar dan Exco Negeri sekiranya terdapat masalah melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri.

“Saya ambil contoh penguatkuasaan sampah yang sebenarnya merupakan tugasan harian PBT melalui Akta Kerajaan Tempatan 171 dan 172.

“Bagaimanapun, sekiranya masalah melibatkan penguatkuasaan sampah, Menteri Besar perlu merujuk tindakan di bawah akta terbabit terlebih dahulu dan bukannya boleh ‘ketuk’ kepala PBT secara semberono. Inilah antara perkara penting yang ramai orang tidak tahu,” katanya.

Manikumar berkata, sehingga kini hubungan Kerajaan Negeri dengan KCS juga semakin baik dan pelbagai perancangan sudah dapat dilaksanakan hasil daripada sistem politik terbuka diamalkan Azizan.

“KCS kini sudah menyedari fungsi sebenar mereka untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada Kerajaan Negeri dan saya yakin hubungan semakin intim ini mampu memberi manfaat kepada rakyat.

“Kerajaan Negeri hanya boleh bergerak apabila disokong tiga tulang belakang utama (institusi diraja, Kerajaan Negeri dan KCS) yang bergerak seiring. Kekalkan hubungan sedia ada, slogan Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua bakal menjadi realiti suatu hari nanti,” katanya.

Wednesday, March 9, 2011

Kerajaan Pusat digesa cari mekanisme penyelesaian

ALOR SETAR - Kerajaan Pusat wajar mempertimbangkan mekanisme penyelesaian terbaik untuk membendung kebanjiran teksi Thailand atau van sapu Siam yang menjejaskan sumber pendapatan pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

Exco Pelancongan, S Manikumar berkata, kebanjiran teksi Thailand bukan lagi isu baru memandangkan perkara itu sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan kehadiran mereka sebenarnya memberi kerugian besar kepada negara.

Menurutnya, hasil keuntungan yang diperoleh pemilik teksi Thailand akan dialirkan kembali ke Thailand, manakala tindakan mereka membolot pelancong yang hendak ke negara ini atau pulang ke negara itu juga boleh melumpuhkan perkhidmatan teksi dan van pelancong tempatan.

“Mereka bukan sahaja bawa pulang pelancong, malah beli minyak petrol dan diesel serta bahan makanan bersubsidi seperti gula, tepung dan susu dengan harga murah untuk dibawa pulang ke negara mereka.

“Bayangkan berapa banyak keuntungan diperoleh mereka,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian, semalam.

Manikumar berkata, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah kebanjiran teksi Thailand kerana ia terletak bawah tanggungjawab agensi-agensi bawah Kerajaan Pusat.

“Masalah ini perlu dipandang serius oleh Kerajaan Pusat kerana ia melibatkan pengaliran keluar wang negara kita ke negara lain dan sekiranya industri pelancongan di negara ini hendak diperkasakan, rakyat negara ini yang harus menjadi pemain utama industri tersebut dan bukan dimonopoli rakyat asing.

“Pada masa sama, Kerajaan Pusat perlu mengambil kira masalah keselamatan penumpang yang menaiki teksi Thailand terutama pelancong asing kerana mereka tidak dilengkapi dengan insurans,” katanya.

Manikumar turut menggesa Kerajaan Pusat mengiktiraf peranan pengusaha pengangkutan awam di negara ini sebagai duta kecil negara di sempadan di samping melindungi hak kepentingan mereka terutama di kawasan sempadan.

Thursday, February 24, 2011

Jangan manipulasi undang-undang tanah untuk kepentingan peribadi


Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 24 Februari - Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Pejabat Hutan diminta menyusun atur dalam proses permohonan tanah-tanah dalam usaha supaya kelonggaran dalam peruntukan perundangan sedia ada tidak dimanipulasi pihak tidak tanggungjawab yang berkepentingan peribadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan YB S Manikumar berkata, koordinasi yang didapati terbabit dalam isu pencerobohan tanah di Langkawi ini telah dikumpulkan dan pengkalan data itu akan dibawa kepada perhatian pihak berkuasa atasan.

Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam berkata, dengan adanya campurtangan YAB Menteri Besar secara langsung isu tersebut sudah pasti mencapai penyelesaian terbaik serta komitmen yang serius untuk hapus gejala tidak sihat.

Menurutnya, pencerobohan hutan di Langkawi yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab amatlah dikesalkan kerana untuk menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang itu akan mengambil masa yang lama.

Pencerobohan bukan sahaja merosakkan eko sistem alam sekitar tetapi telah mencacatkan keindahan Langkawi Permata Kedah.

Lokasi yang menjadi mangsa kerakusan pihak tertentu itu ialah sekitar kawasan air terjun Durian Perangin dan Pangang Saga.

“Kita melihat dari udara pemandangnnya sungguh menyedihkan kerana kita melakukan berbagai alternatif bagi menjadikan Langkawi sebagai pusat pelancongan dunia kerana aset kita adalah keindahan alam semujadi yang ada di Langkawi,” katanya.

Beliau mempunyai lima belas keping gambar menunjukkan lokasi-lokasi yang rosak akibat pencerobohan itu yang diambil dari udara.

Menurutnya, siasatan secara terperinci yang diarahkan oleh YAB Menteri Besar Kedah bersama Jabatan Hutan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah Galian (PTG) bagi mengenalpasti kawasan terbabit.

Sehubungan itu, hasil siasatan akan dibawa ke pihak atasan untuk dibentangkan maklumat yang harus digunapakai bagi membendung gejala ini daripada berleluasa.

Beliau memohon agensi berkaitan supaya memberi kerjasama sebaiknya sama-sama menangani isu yang membawa kemusnahan industri pelancongan negeri Kedah.

Ujarnya, orangramai harus faham bahawa keunikan flora fauna yang ada di pulau Permata Kedah merupakan aset utama yang perlu dijaga bersama untuk memposisikan Langkawi sebagai pusat kedatangan pelancong terulung di rantau ini.

“Oleh itu pihak terlibat harus meneliti isu berkaitan supaya tidak bertindak ikut kepentingan individu kerana keunikan alam semulajadi Langkawi adalah aset untuk generasi akan dating,” katanya.

Beliau juga menyeru Pejabat Daerah dan Majlis Badaraya Pelancongan Langkawi supaya memain peranan secara efektif dengan memberi kerjasama yang lebih imtim kepada PTG dan Pejabat Hutan.

Wednesday, February 23, 2011

Kedah giat promosi 'Green Tourism' sebagai tarikan pelancongan baru


Muhayat Jasmin/harakah

ALOR SETAR, 23 Feb: Usaha bagi mempelbagaikan daya tarikan pelancong ke negeri Kedah dipergiatkan melalui pelbagai program yang telah direncanakan bagi mencapai matlamat menjadikan Kedah sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang amat menarik.

Exco Pelancongan, S. Manikumar yang mengulas mengenai daya tarikan ini berkata, Kerajaan Negeri sedang giat mempromosikan 'Green Tourism' dimana tempat-tempat menarik yang mempunyai keindahan alam hijau dan juga flora serta fauna akan diketengahkan.

"Banyak tempat-tempat menarik seperti Ulu Muda, Lembah Bujang di Merbok, Sungei Sembeling dan juga Gunung Jerai mempunyai keindahan kehijauan alam yang mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong.

"Usaha sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mempromosikan keindahan dan tarikan ini kepada pelancong-pelancong luar negara seperti Singapura dan juga Thailand. 'Green Tourism' ini amat membantu pelancongan di Kedah. Oleh kerana itu ia perlu diketengahkan kepada pelancong kerana keindahan flora dan fauna yang begitu unik dipunyai oleh negeri Kedah," katanya.

Kata beliau, usaha terbaru itu juga bertujuan meluaskan tumpuan pelancongan di Kedah supaya tidak hanya tertumpu kepada Langkawi sahaja.

"Selain Langkawi, banyak lagi kawasan-kawasan pelancongan yang ada di negeri Kedah boleh dipromosikan sebagai destinasi pelancongan yang amat menarik. Jika di Thailand, agensi pelancongan yang ada di sana mempromosikan pusat pelancongan dalam negara.

"Maka itu, adalah tidak sukar bagi semua agensi pelancongan yang ada di Kedah mempromosikan pelancongan di tanah besar Kedah supaya ia setara dengan promosi pelancongan yang dilakukan di Langkawi bagi meningkatkan jumlah kehadiran pelancong ke negeri ini, " ujarnya.