Showing posts with label EXCO. Show all posts
Showing posts with label EXCO. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Azizan, 10 anggota exco Kedah angkat sumpah sessi 2013

Bernama

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta 10 anggota exco kerajaan negeri Kedah, mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit Bukit, di Alor Setar hari ini.

Azizan ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata pelantikan barisan exco itu dibuat memandangkan tempoh lantikan mereka akan berakhir pada 28 Februari ini dan portfolio masing-masing dikekalkan.

"Lepas 28 Februari ni masa tu kalau berlaku pilihan raya, sementara nak keluar keputusan dah ada pemegang jawatan, portfolio masih berjalan sampai angkat sumpah Menteri Besar dan exco baru (lepas pilihan raya)," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Kedah merupakan satu-satunya negeri dengan jawatan pengerusi jawatankuasa peringkat negeri (exco) perlu diperbaharui setiap tahun.

Menurut senarai exco yang dikeluarkan, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dilantik semula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembanguan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan.

Datuk Phahrolrazi Zawawi kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, manakala Datuk Amiruddin Hamzah memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi.

Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dilantik semula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, manakala Datuk Siti Aishah Ghazali masih menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat.

Datuk Dr Ismail Salleh memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, manakala Datuk S Manikumar pula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, HalEhwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam.

Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad dan Tan Joon Long @ Tan Chow Kang juga masing-masing menerima tawaran pelantikan semula itu.

Lim kekal memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia; Abd Ghani sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Insan dan Pembangunan Usahawan; manakala portfolio Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan kekal disandang Tan.

Sementara itu, portfolio Azizan turut dikekalkan iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Keselamatan Negeri, Kewangan dan Syarikat Milik Kerajaan.

-Bernama

Tuesday, January 8, 2013

EXCO KEDAH - Siasatan SPRM bersih nama saya

Chow Kang: Siasatan SPRM bersih nama saya
Wartawan Sinar Harian
8 Januari 2013
Tan Chow Kang
Tan Chow Kang
 
ALOR SETAR - Siasatan telus yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah membersihkan nama baik Exco Kerajaan Negeri, Tan Chow Kang dari dikaitkan dengan kes rebat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tan Chow Kang yang juga Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan berkata, beliau amat berterima kasih kerana SPRM kerana melakukan siasatan rapi sehingga membawa kepada penahanan seorang kontraktor dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan seorang kontraktor memiliki dua syarikat persendirian di Sungai Petani dipercayai terlibat dengan kes ‘pemotongan’ 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang disalurkan kepada beberapa NGO di negeri ini.
“Kes berkenaan sudah berlarutan hampir setahun setelah dilaporkan media pada Februari tahun lalu dan sepanjang tempoh berkenaan saya turut bekerjasama dengan SPRM termasuk memanggil mereka untuk berjumpa bagi membantu siasatan.

“Saya amat menyokong usaha SPRM untuk mengambil tindakan terhadap individu yang tidak mengikut syarat termasuk melakukan perkara tidak betul dalam kerja mereka,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, beliau akan meneruskan tugasnya menjaga kebajikan masyarakat dan kes berkenaan tidak pernah mengganggu tumpuannya terhadap kerjanya selama ini kerana sejak dari awal yakin berada di pihak yang benar.

Sebelum ini Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohamad Yusoff Akope berkata berdasarkan siasatan, Chow Kang didapati tiada kaitan dengan kes berkenaan sebaliknya ia melibatkan seorang kontraktor berusia 45 tahun itu.

Menurut Mohamad Yusoff kontraktor berkenaan sepatutnya membekal peralatan kepada NGO, namun bekalan itu tidak dapat dibuat walaupun bayaran sudah dikeluarkan.

Monday, January 7, 2013

Hari tu bukan main heboh kata EXCO KEDAH RASUAH..tetapi yang SPRM tahan ialah kontraktor..!!

SPRM Kedah tahan kontraktor terbabit kes rebat NGO

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang kontraktor dipercayai terbabit dengan kes 'pemotongan' 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang disalur kepada badan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu.

Pengarahnya Datuk Mohamad Yusoff Akope berkata SPRM menjalankan siasatan mengenai kes itu setelah dilaporkan media pada Februari tahun lalu.

Laporan media itu menyebut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri Tan Chow Kang telah mengarahkan wakilnya untuk membuat potongan itu sebagai balasan kepada sumbangan yang telah diberi.

Mohamad Yusoff berkata berdasarkan siasatan, Tan didapati tiada kaitan dengan kes berkenaan, sebaliknya ia melibatkan seorang kontraktor berusia 46 tahun itu.

Mohamad Yusoff berkata kontraktor berkenaan sepatutnya membekal peralatan kepada NGO, namun bekalan itu tidak dibuat walaupun bayaran telah dikeluarkan.

"Lebih kurang 30 saksi dipanggil sepanjang siasatan dan ada enam tuntutan terhadap kontraktor itu dan pihak SPRM telah mendapat persetujuan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk menuduh dia di mahkamah," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Mohamad Yusoff berkata enam tuntutan itu melibatkan Persatuan Teo Chew Jalan Sekerat berjumlah RM5,000, Penganut Dewa Fu De Ci (RM3,000), Bomba Sukarela Semeling (RM5,000), Bomba Sukarela Sungai Petani (RM5,000), Penduduk Batu 2 Sungai Petani (RM3,000) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Min Terk (RM7,000).

Pada Februari tahun lalu MCA Kedah mengemukakan senarai lapan NGO yang didakwa terlibat memulangkan semula antara 25 dan 30 peratus daripada jumlah bantuan yang diterima daripada kerajaan negeri.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew turut mengemukakan bukti salinan jumlah peruntukan yang diterima oleh pihak berkenaan dalam bentuk cek dan wang tunai.

NGO terbabit dikatakan perlu bersetuju dengan rebat itu atau mereka tidak akan memperoleh bantuan yang dijanjikan wakil rakyat terbabit.

- Bernama

Friday, December 14, 2012

Penyebaran maklumat melalui Media Digital Dalaman

ALOR SETAR -  Kerajaan Negeri akan membentangkan taklimat mengenai perlaksanaan prasarana Media Digital Dalaman (Indoor Digital Media) di premis strategik di  negeri ini dalam mesyuarat Exco.

Pengerusi Jawatankuasa Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, YB. Dr. Ismail Salleh berkata, taklimat itu perlu dibentangkan dalam mesyuarat Exco sebelum ia diluluskan.

“Menteri Besar telah mempersetujui cadangan itu dan kita tidak menghadapi masalah mengenai perkara itu. Apabila pembentangan itu diluluskan, kita akan menyerahkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri bagi mengenal pasti lokasi-lokasi strategik untuk pemasangan prasarana berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Taklimat Pelaksanaan Prasarana Media Digital Dalaman di Premis Strategik di Negeri Kedah di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa, Aras Lima, Blok E (Zon A), Wisma Darul Aman, di sini.

Gambar Hiasan
Menurutnya, pemasangan prasarana Media Digital Dalaman di setiap premis yang dikenal pasti, secara tidak langsung mampu mempromosikan negeri Kedah.

Sementara itu, Pengurus Besar Chester Phila Sdn Bhd, Razuan Sahan berkata, pemasangan prasarana Media Digital Dalaman adalah bertujuan bagi penyebaran maklumat dan informasi kepada seluruh warga negeri Kedah.

“Adalah dicadangkan agar Media Digital Dalaman dipasang di lokasi strategik seperti kaunter perkhidmatan pelanggan di setiap premis yang dikenal pasti,” katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya mensasarkan sebanyak 100 unit Media Digital Dalaman dipasang di seluruh negeri ini.

“Kaedah pelaksanaan prasarana ini ialah di mana kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak Chester Phila Sdn Bhd tanpa sebarang implikasi kepada Kerajaan Negeri Kedah,” katanya.

Tambahnya, paparan maklumat adalah secara digital dan multimedia di mana lokasi strategik akan diberikan keutamaan.

Wednesday, July 18, 2012

[Video] Jangan menghasut isu dasar perumahan yang masih dibincang - EXCO Ir Amiruddin

ALOR SETAR – Dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan negeri mahu menguatkuasakan dasar perumahan baru adalah bersifat hasutan yang ingin menimbulkan rasa kebenciaan rakyat kepada kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, dasar yang diwar-warkan oleh Parti Gerakan Kedah adalah suatu draf yang sedang dirangka, dan masih belum diputuskan sebagai polisi baru kerajaan negeri.

Kajian mengenai dasar perumahan ini telah dilakukan sejak sekian lama, dan ianya masih diperingkat perbincangan dengan pihak-pihak terlibat demi mencapai kepentingan bersama, terutama rakyat negeri Kedah.

“Sebenarnya ia berkaitan dengan satu draf dasar perumahan negeri Kedah, bukannya polisi yang telah diputuskan (mesyuarat Exco).

“Ianya baru draf, tetapi telah diwar-warkan, yang menjadi satu hasutan kepada rakyat untuk membenci kerajaan negeri, bagi menunjukkan bahawa kerajaan negeri lepas tangan dalam membina rumah kos rendah.

“Draf ini merupakan dokumen sulit yang bukan menjadi hebahan awam, tetapi telah dihebahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan niat untuk menghasut serta memberi tekanan kepada pemaju,” jelas beliau pada sidang media di Wisma Darul Aman, di sini.

Tambah beliau, setelah diadakan perbincangan dengan ‘stakeholders’, kerajaan negeri mendapat maklumbalas yang baik bagi draf ini.

“Kita jemput Rehda, beberapa pertubuhan profesional yang lain, termasuk persatuan pengguna untuk mendapat pandangan dan maklumbalas, dan ianya berjalan dengan baik, dan saya tegaskan sekali lagi bahawa ianya masih draf, bukannya muktamad lagi,” ujar beliau.

Friday, July 13, 2012

Isu Pusat Urut di Sg Petani - Depakata EXCO tak lulus pun tapi......


Nampaknya inilah hasil siasatan kami selepas bertanya kepada beberapa sumber yang dekat dengan exco tersebut.... dari jawapan itu pihak MPSP sebenarnya tidak bersetuju Pusat rawatan tersebut beroperasi....

Jadi apa yang di perkatakan sekarang ini ialah EXCO telah meluluskan lesen itu maka ianya tidak benar sama sekali dan sudah jelas Pusat Urut tersebut telah beroperasi tanpa memperolehi lesen..

Habis sekarang pihak penguatkuasaan lah yang harus menguruskan masalah ini..... tetapi dimana mereka.... PIHAK BERKUASA TEMPATAN, POLIS, IMIGRESEN, JABATAN AGAMA serta sewaktu dengannya....
mereka ini dilihat seperti sunyi sepi tidak ada apa perkara yang berlaku... jadi sekarang di harap warga kedah semua bangkit untuk melakukan amal makruf nahil mungkar ini.... satu desakan yang kuat seperti mana desakan-desakan yang pernah dilakukan suatu masa dahulu...
Jika pihak penguatkuasa pun "hilang" bagaimana pula dengan suara-suara "PEMUDA PAS, PEMUDA PKR serta PEMUDA DAP".... yang mana sebelum ini begitu lantang menolak LESEN JUDI BOLA sampai berarak ramai depan jam besar Sg Petani.... tetapi bila ada isu ini semuanya diam menyepi.....
Jadi sekarang ayuh bangun PEMUDA-PEMUDA semua.... jangan terus lagi kita benarkan bumi Kedah di penuhi dengan lembah maksiat.....


Wednesday, June 27, 2012

Exco selesai masalah pemilikan tanah bomba sukarela

KULIM – Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, YB Lim Soo Nee menyelesaikan kemelut pemilikan tanah oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Karangan, Kulim.

Menurut beliau, PBS Karangan telah memohon tanah milik kerajaan untuk dijadikan balai PBS Karangan sejak tahun 2001, dan telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu.

Namun, apa yang dikesalkan, wakil rakyat pada masa itu (MCA), tidak melakukan sebarang tindakan susulan sehingga menyebabkan kes ini tergantung begitu sahaja.

“Pasukan Bomba Sukarela Karangan datang kepada saya untuk minta saya selesaikan masalah mereka yang dialami sejak 2001, di mana sehingga kini mereka gagal untuk dapat geran tanah balai mereka.

“Mesyuarat Exco tahun 2011 dah luluskan untuk dapatkan geran tersebut, tetapi wakil rakyat pada masa itu, MCA tak buat apa-apa tindakan, sehingga menyebabkan mereka gagal untuk perolehi geran tersebut,” jelas beliau.


Justeru, bagi menyelesaikan masalah tersebut, YB Lim Soo Nee telah menghubungi Pejabat Tanah Kulim untuk mengeluarkan geran yang telah diluluskan itu.

“Saya hantar surat kepada Pejabat Tanah Kulim bertarikh 8 Jun 2012 pohon untuk keluarkan geran tersebut, mereka pun bersetuju untuk proceed kes ini.

“Maka, bertarikh 18 Jun 2012, Pejabat Tanah Kulim hubungi saya dan maklumkan bahawa geran tersebut telah siap dan boleh ambil,” ujar beliau.

Monday, June 25, 2012

Kikis sikap pandang rendah bidang pertanian - Exco

TIMAH TASOH – Kerajaan negeri sentiasa memajukan bidang pertanian di Kedah kerana pertanian merupakan sektor yang tidak boleh diabaikan di mana-mana negeri di dunia bahkan di negeri maju sekalipun. Budaya memandang rendah kepada golongan yang melibatkan diri secara langsung dalam pertanian hendaklah dikikis kerana di negara-negara maju status mereka setaraf dengan sektor-sektor lain.

“Di negara maju, golongan yang terlibat dengan pertanian tarafnya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan sektor-sektor yang lain,” ucap Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerjaraya, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi, YB Dato’Ir Amiruddin Hamzah ketika merasmikan Jambori Pergerakan Pelapistani, Peringkat Negeri Kedah, di sini.

Katanya lagi, Menteri Besar meletakkan matlamat yang tinggi kepada sektor pertanian, menaik taraf dari keperluan sendiri kepada lonjakan yang lebih besar dan seterusnya menjadikan hasil pertanian untuk diekspot ke luar negara.

“Oleh itu, kita wujudkan Pelapistani sebagai kemajuan pertanian untuk masa depan. Melalui Pelapistani, kita dapat melahirkan petani-petani moden yang dapat merealisasikan harapan kerajaan negeri selain melengkapkan diri sebagai petani moden yang menggunakan teknologi canggih dan terkini untuk kemajuan pertanian negara,”ujarnya kepada kira-kira 291 peserta dari 24 sekolah seluruh Kedah.

Sambungnya, di Kedah pertanian berada di tempat ke tiga selepas sektor industri dan pembuatan. Walau pun begitu, pertanian merupakan agenda yang penting terutama untuk membekalkan makanan kepada negeri, negara malah dunia.

“Maju macamana sekali pun, rakyat perlu makanan. Mereka tak makan microchips tetapi makan makanan yang dihasilkan oleh pertanian. Oleh itu, sektor pertanian perlu diberi penekanan yang tinggi sebagai penyelamat segala-galanya.

“Kalau ada duit, tapi negara lain tak mahu jual makanan kepada kita, apa yang kita nak buat. Duit pun tak menjadi harga dah ketika itu,”jelas beliau.

Setakat ini import makanan di Malaysia menjangkau RM10 bilion dan ianya mengatasi ekspot. Sektor pertanian perlu ada tranformasi dari kaedah secara tradisional kepada kaedah moden melalui teknologi canggih dan terkini serta dikormesialkan dan bukan hanya untuk sara hidup semata-mata.

Oleh itu katanya, cetusan idea dari Jabatan Pertanian melalui kerjasama Jabatan Pendidikan mewujudkan Bridget Pelapistani di sekolah-sekolah secara tidak langsung menyemai semangat kepada mereka untuk berbudi kepada tanah dan seterusnya berbakti kepada rakyat dan negara.

“Bukanlah bermakna bila minat pertanian, jadi Pelapistani, seolah-olah kita berasa lekeh dan rendah diri berbanding dengan orang lain yang terlibat dalam sektor lain.

“Jadi Pelapistani ini bukan hanya setakat SPM saja, lepas ini sambung belajar di bidang yang sama, agar ilmu yang kita perolehi dapat dikembangkan.

“Dan saya juga nak cadangkan agar kursus-kursus seumpama ini dilanjutkan terutama kepada pelajar-pelajar kita yang agak kurang menyerlah dalam akedamik. Kebolehan mereka boleh disalurkan melalui pertanian dan seterusnya boleh menjadi petani yang berjaya dan setaraf dengan orang lain yang berada di sektor-sektor lain,”nasihat beliau.

Sambung beliau lagi, dalam merencanakan keadah-kaedah moden, perlu juga mengambil kira beberapa perkara penting terutama penggunaan baja kimia yang ada kalanya meninggalkan kesan kurang elok kepada ekosistem sekeliling.

“Dulu masa kita kurang menggunakan bahan kimia, kita boleh lihat banyak rakan ladang hidup di tempat tanaman kita, contohnya labah-labah. Labah-labah ini kewujudannya boleh menghalang makhluk-mahkluk perosak padi  tapi bila kita guna racun kimia, semua rakan-rakan ladang kita musnah dan secara tidak langsung menimbulkan masalah kepada petani,”jelasnya.

Beliau mengesyorkan agar keadah penggunaan secara organik dikembalikan. Kaedah berkenaan boleh diberi pendedahan oleh Kedah Agro untuk mempelajari bagaimana menghasilkan baja organik yang selamat dan berkesan.
“Daun mambu yang kita guna sebagai ubat demam campak sebenarnya boleh diproses menjadi racun serangga yang boleh kita gunakan untuk buah-buahan dan lain-lain hasil ladang kita,”sambungnya lagi.
Kerajaan negeri akan terus memberi sokongan kepada Pelapistani  dan berharap mereka suatu hari nanti akan menjadi peladang yang berjaya di samping menggunakan kelengkapan moden dan kaedah-kaedah pertanian yang terancang.

Sempena Jambori Pelapistani berkenaan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam, beberapa acara telah dipertandingkan, antaranya pertandingan kuiz yang dimenangi oleh Sekolah Menengah Tunku Ismail, Pemasangan Fertigasi jatuh kepada Sekolah Menangah Pokok Sena dan Sekolah Menengah Langgar pula menjadi juara pertandingan Kawad Kaki. Sementara itu, johan keseluruhan diraih oleh Sekolah Menangah Langgar.

Jambori Pelapistani Peringkat Negeri Kedah ini diadakan sempena sambutan ke 10 tahun penubuhan pergerakan tersebut dan diadakan di Tasoh Lake Resort, Perlis.

Monday, June 18, 2012

Macam nie punya 'mangkaq' EXCO hangapa boleh pangkah



Apa punya mangkaq punya EXCO... Rakyat dan Adun datang nak berdiskusi dan beramah mesra sambil menyelesaikan masalah antara Kerajaan yg memerintah dengan rakyat di bawah tapi boleh suruh tinggalkan majlis...apa punya turrrrrrr laa EXCO mcm nie...

Thursday, April 5, 2012

MB syukur dua ADUN kembali ke jawatan Exco

http://www.wartakedah.net/images/mbexco.jpg
ANAK BUKIT, 5 April 2012 – Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak melahirkan rasa gembira dan syukur kehadrat Allah di atas perlantikan semula dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi dan YB Dr Ismail Salleh sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

“Saya berasa sangat gembira kerana dua orang exco ini dapat bersama semula dan kami akan berpadu tenaga dalam satu kumpulan untuk memantapkan Kerajaan Kedah.

“Kita akan memperkemaskan saf  agar menjadi lebih kuat dan sebarang anggapan negatif  yang timbul sebelum ini akan dianggap semuanya positif,” jelasnya ketika sidang media sejurus Majlis Angkat Sumpah selesai.

Berikutan perlantikan tersebut, beliau memaklumkan portfolio Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga diserahkan kepada YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi sementara Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi diserahkan kepada YB Dr Ismail Salleh.

“Tidak timbul sedikit atau banyak, pertukaran portfolio adalah perkara biasa. Lagi pun PBT bukan satu benda yang kecil. Kita mempunyai 12 daerah yang perlu dikendalikan dan ianya boleh diibaratkan sebagai satu kerajaan.

“PBT perlu diberi tumpuan khas kerana kuat PBT kuat kerajaan,” kata beliau menjawab pertanyaan pemberita yang mengatakan portfolio YB Dato’ Phahrolrazi agak kecil dan sedikit.

Tegas beliau lagi, pertukaran Exco dan portfolio berlaku setahun sekali dan ianya menjadi perkara biasa kepada mereka. Pertukaran dibuat mengikut kesesuaian dan kebolehan di samping mengambil kira hal-hal lain demi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri.

 “Mereka berdua adalah pembantu saya samada dalam kerajaan mahu pun parti. Portfolio mereka dikurangkan juga untuk memberi laluan kepada mereka menumpukan kerja-kerja pilihanraya yang akan datang,” sambungnya.

Ikutan pertanyaan kononnya terdapat perbezaan pendapat antara beliau dan Exco-exco lain, beliau menjawab, perkara tersebut adalah perkara biasa dalam pentadbiran . Walau bagaimana pun apabila berada dalam satu kumpulan, perlu patuh kepada ketua kerana ianya etika yang perlu dihormati agar perjalanan pentadbiran menjadi teratur dan licin.

“Bila timbul pendapat yang bertentangan, kita perlu perjelaskan dan bagi saya semua ini perkara biasa. Sedangkan Tun Dr Mahadir pun berkelahi dengan Musa Hitam, Ghafar Baba dan pecat Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” tambah beliau.

Apabila disentuh mengenai perlantikan Exco kanan, Azizan berkata, tiada masalah Exco kanan atau sebaliknya kerana ianya bukan jawatan sebagai Timbalan Menteri Besar, malah ianya hanya berfungsi sebagai pengganti beliau untuk menghadiri sesuatu majlis sekiranya beliau keuzuran.

Majlis Angkat Sumpah berkenaan diadakan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit dan disempurnakan oleh YTM Tunku Bendahara Kedah.

Wednesday, February 29, 2012

Isu EXCO - Siapa kata selesai... Perang baru bermula....

Isu Exco: Phahrolrazi beri Amirudin kata dua
Amiruddin Hamzah

ALOR SETAR - Pas kawasan Kuala Kedah memberi kata dua kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan itu kerana didakwa melanggari keputusan mesyuarat jawatankuasa yang diadakan pada 17 Februari lalu.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, sebaik Amiruddin mengangkat sumpah jawatan Exco kelmarin, tindakannya itu menyalahi keputusan dan Amiruddin diberi dua pilihan dalam tempoh 14 hari.

“Kita beri kata dua kepada beliau, jika ingin bersama Pas Kuala Kedah, kena letak jawatan Exco dan kita anggap isu ini selesai. Jika Amiruddin ingin bersama Menteri Besar, beliau bukan lagi sebahagian daripada Pas Kuala Kedah,” katanya.

Menurutnya, ini bermakna Amiruddin tidak dibenarkan terlibat dalam gerak kerja parti atau pengurusan Pas kawasan itu, dan beliau perlu bergerak secara sendirian sebagai Adun Anak Bukit.

Bagaimanapun, Phahrolrazi berkata, tindakan yang akan diambil terhadap Amiruddin bergantung kepadanya dan beliau diberi tempoh 14 hari untuk menghantar surat jawapan.

“Apabila Amiruddin menerima tawaran sebagai Exco Kerajaan Negeri dan mengangkat sumpah jawatan, ini bermakna beliau ingkar arahan. Setiausaha Pas Kuala Kedah, Aris Awang akan menghantar surat rasmi
kepada Amiruddin hari ini (semalam), tindakan selanjutnya akan diputuskan dalam mesyuarat akan datang,” katanya.

Menurutnya, antara keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah Pas Kuala Kedah sebulat
suara menyokong pendirian Phahrolrazi untuk tidak menerima jawatan Exco bagi penggal seterusnya.

Arahan turut dikeluarkan kepada semua Adun dalam kawasan Kuala Kedah iaitu Phahrolrazi (Pengkalan Kundor), Amiruddin (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) supaya tidak menerima tawaran untuk dilantik sebagai Exco.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Phahrolrazi itu bagaimanapun tidak dihadiri Amiruddin yang ketika itu mempunyai urusan di luar kawasan manakala Mohd Nasir selaku Naib Yang Dipertua Pas Kuala Kedah hadir.

“Berkisar kepada keputusan mesyuarat inilah, tindakan diambil. Keputusan ini juga sudah dimaklum pada Amiruddin dan beliau memaklumkan tidak dapat terima arahan ini dan mengangkat sumpah jawatan Exco Selasa lalu,” katanya.

Phahrolrazi berkata, walaupun Amiruddin sudah menjelaskan alasannya berbuat demikian, namun Pas Kuala Kedah menolak penjelasan itu.

Ditanya sama ada Amiruddin berdepan tindakan disiplin atau digantung keahliannya, Phahrolrazi berkata, hanya Pas Pusat yang layak memutuskan perkara itu.

Tuesday, February 28, 2012

Isu di Kedah : di Katakan Azizan bersikap autokrasi serta tak terima pandangan kawan-kawan pimpinan yang lain..!!!

Kenapa mereka dikatakan tidak bersedia untuk 'bersama' kabinet Azizan ialah kerana tidak senang dengan cara Azizan mentadbir kerajaan Kedah yang lebih bersikap autokrasi dan tidak sedia menerima pandangan kawan-kawan pimpinan lain.

Tindakan Azizan melantik beberapa orang Umno untuk memegang jawatan CEO dalam agensi kerajaan juga menjadi punca wujud rasa kurang senang terhadap MB Kedah itu.

Manakala kemuncak kepada kemarahan itu apabila Azizan menggunakan kuasa eksekutifnya untuk memberi kontrak maintaince kepada kroni Umno bernilai hampir RM1 billion (Pembetulan: sebenarnya RM5 juta menurut email salah seorang CEO yang dipecat)

Tindakan inilah yang menyebabkan kepimpinan Azizan Razak sebagai MB dipertikaian. Bukan itu saja Azizan juga tidak mahu menerima pandangan dan nasihat daripada pimpinan lain sama sekali dan bertindak mengikut pandanganya.

Ada munasabah juga kalau Exco berkenaan hilang sabar dengan tindakan Azizan itu. Untuk apa mereka memegang jawatan, diberi tugas untuk mentadbir negeri kalau pandangan dan nasihat mereka tidak dihiraukan dan Azizan hanya ikut kepalanya seorang saja.

Bagaimana pun dalam melihat pergolakan di Kedah ini, semua pihak harus bertindak dengan penuh hati-hati. Jangan terlampau mengikut nafsu apa lagi 'gumbaan' media musuh Pas.

Apa dibimbangkan bukan saja setakat Azizan Razak terlepas jawatan tetapi Pas juga akan kehilangan kerajaan.

Mereka yang beriya ingin menendang Azizan hendaklah bersabar dan carilah ketika dan 'cerlak' yang baik dan bertindaklah dengan mengambil kira keperluan lain.

Bukan ketika ini kalau Azizan hendak dibuang. Yang penting semua pihak kena tumpu kepada menghadapi pilihan raya umum ke-13. Selepas Pas menang dan tubuh kerajaan, nah ketika itu nanti kalau hendak bergomol atau memulau Aizan. Lakulah kalau sudah tidak serasi, yang perlu dipastikan Pas menang pilihan raya.

Paling tidak diingini sekali ialah gara-gara tindakan tidak fatanah itu menyebabkan Pas akan kalah dalam pilihan raya nanti. Ingatlah media penjilat buntut UBN akan terus mencari lubang dan celah untuk memburuk dan menjatuhkan Pas.

Jangan sesekali pecah lubang kepada mereka. Percayalah mereka tidak akan support mana-mana dalam hal ini, mereka boleh bersikap baik tetapi jauh dilubuk hati dendam membara untuk menumbangkan Azizan dan bersama Exconya sekali.

Mohd Sayuti Omar,
artikal penuh boleh di baca disini...
http://msomelayu.blogspot.com/2012/02/ulasan-malam_24.html


'Pertemuan dengan 2 Exco Kedah positif'

'Pertemuan dengan 2 Exco Kedah positif'

ALOR SETAR - Pertemuan antara Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dengan dua pemimpin Pas Kedah semalam membuahkan hasil positif dan dijangka boleh membantu menyelesaikan kemelut pelantikan semula sebagai Exco.

Salahuddin ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau sudah bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi di rumah masing-masing.

"Pertemuan hari ini (semalam), membuahkan cadangan, buah fikiran dan pendapat yang positif ke arah penyelesaian isu di Kedah.

"Selaku perantara, saya akan membawa semua cadangan, pemikiran dan pendapat ini dalam mesyuarat khas Pas Pusat yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur malam esok (hari ini)," katanya.

Beliau berharap isu itu dapat segera diselesaikan dengan baik bagi melancarkan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri.

"Saya nampak ada harapan yang positif ke arah penyelesaian isu ini. Bagaimanapun sebarang keputusan akan dimaklumkan selepas mesyuarat," katanya.

Ditanya sama ada pertemuan turut melibatkan seorang lagi Exco yang didakwa menolak untuk dilantik semula, Dr Ismail Salleh, beliau berkata, pertemuan dengan Azizan dan Phahrolrazi sudah memadai.

Kehadiran Salahuddin ke negeri ini bertujuan menjadi perantara bagi menyelesaikan kemelut itu setelah Pas Pusat memutuskan untuk campur tangan agar tidak berlarutan.

Lapan daripada 10 Exco semasa menerima tawaran dikekalkan jawatan. Majlis angkat sumpah berlangsung pagi semalam.

Sidang Media Dato' Haji Phahrolrazi Zawawi 28 Feb 2012


8 Exco Angkat Sumpah - Semoga Kedah dibawah Pakatan Rakyat terus aman dan makmur.

Azizan, Lapan Exco Angkat Sumpah

Tahniah kepada Azizan Razak dan lapan orang anggota Exconya atas selamatnya upacara angkat sumpah untuk menyambung perkhidmatan sebagai MB dan pengerusi jawatankuasa kerja kerajaan negeri (Exco) masing-masing. Dengan selamatnya majlis hari ini maka berakhirlah spekulasi yang kurang enak didengar mengenai Pas Kedah sejak beberapa hari lalu.

Bagaimana pun dua orang Exco, Ir Pahkhorazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh tidak ikut sama mengangkat sumpah. Tanpa kehadiran mereka bukan bermakna spekulasi buruk yang sengaja dilontarkan oleh Umno untuk menjejaskan Pas itu benar.

Pahkhorazi dan Ismail ada alasan tersendiri kenapa mereka tidak ikut sama angkat sumpah hari ini. Mereka pasti akan menjelaskan kepada rakyat Kedah kenapa mereka tidak hadir pagi ini untuk angkat sumpah seperti rakannya yang lain bagi mengelakkan kekeliruan dan salah anggap rakyat serta menutup lubang musuh dari terus menganyang Pas Kedah.

Cuma sedikit pesanan dan pandangan dari jauh dari saya terhadap MB Kedah Azizan Razak. Beliau harus memulakan tugas untuk tahun ke empat ini dengan nawaitu yang baik dan azam yang lebih tinggi. Beliau perlu perbetulkan beberapa persepsi mengenai dirinya yang selalu dipertuturkan umum. Amalan kerja secara berpasukan dan membuat keputusan secara kolektif perlulah dipraktikan.

Insiden kecil yang berlaku sebelum ini sehinggakan sempat diulas umum hendaklah dihenti dan dijadikan iktibar. Seeloknya juga Azizan perlu membuang sikap cengeng dan perangai suka merendahkan orang lain secara terbuka. Sebagai MB beliau bukan saja perlu tegas, keras tetapi juga harus bijaksana dan pandai mengambil hati para Exco dan pimpinan Pas yang lain.

Molek juga kalau Azizan mengadakan kenduri kesyukuran menjamu rakyat Kedah dan pergunakan majlis itu untuk mengeratkan ukhwah Islamiyah sesama sendiri. Ini penting kerana pilihan raya umum yang akan tiba perlu dihadapi secara berjemaah.

Tidak terlupa tahniah dan syabas juga perlu diucapkan kepada Pas Pusat yang memainkan peranan penting memantau dan memerhati penuh tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Kedah. Dalam soal ini individu yang perlu merasa puas dengan penyelesaian kemelut Kedah itu ialah Naib Presiden Pas Salehhudin Ayub. Beliaulah khabarnya menjadi perantara penting mendekat, merapat dan menenangkan keadaan di Kedah.

Penyelesaian kemelut ini secara tidak langsung memberi kredit kepada Salehhuddin yang berjaya membuktikan bahawa beliau sudah mampu menjadi orang tua dalam Pas. Sepanjang kemelut di Kedah Presiden Abdul Hadi Awang tidak ada di dalam negeri juteru tugasnya diambil oleh para pembantunya.

Semoga Kedah dibawah Pakatan Rakyat terus aman dan makmur. [wm.kl.4:08 pm 28/02/12]


Phahrolrazi akui ada perbezaan pendapat dengan Azizan

Phahrolrazi Mohd Zawawi.

ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan Pas Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan pendapatnya diambil kira.

Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu "keluar".

" Dalam organisasi kita hendaklah setuju dengan pemimpin kita. Kalau ada banyak perkara yang tak setuju kita tak boleh duduk dalam organisasi itu. Sebagai kerajaan kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak setuju kena ada cara untuk kita tak susahkan mereka (ketua). Menteri Besar ada pendapat dia sendiri. Pendapat itu perlu dihormati.

"Perbezaan pendapat itu memang biasa. Kalau dalam 10 perkara, perbezaan pendapat hanya satu, dua tak apa tapi kalau dah enam, tujuh, ia tak wajar. Tindakan seperti ini perlu (tidak sambung untuk jadi Exco) adalah supaya organisasi lebih tenang," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Phahrolrazi adalah seorang daripada dua Exco yang menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu. Seorang lagi adalah Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri.

Hari ini, hanya lapan anggota exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini. Kelazimannya kerajaan negeri Kedah mempunyai 10 exco.

Phahrolrazi berkata keputusan beliau untuk tidak dilantik semula menjadi exco dan sebabnya ada dimaklumkan kepada Exco yang lain dan empat lagi Exco mempunyai pandangan yang sama dengan beliau.

"Tapi bila hantar surat kepada Menteri Besar (untuk tidak sambung menjadi Exco), hanya saya dan Dr Ismail yang berbuat demikian. Secara peribadi saya merasakan ia tidak serius. Saya ada alasan saya, begitu juga Dr Ismail. Saya telah menjelaskan perkara itu kepada Dewan Ulama Pas Kedah dan mereka bersetuju untuk saya tak sambung. Saya juga sudah memberi penjelasan kepada pimpinan Pas Pusat daripada Presiden sampai ke bawah," katanya.

Mengenai andaian beliau mahu menjatuhkan Menteri Besar, katanya, jika beliau mahu berbuat demikian beliau tidak sepatutnya berhenti menjadi Exco kerana ia lebih mudah.Ditanya sama ada dia masih ada masa untuk menerima pelantikan semula kerana tempoh pelantikannya masih ada sehingga 7 Mac depan, beliau berkata pimpinan Pas Pusat yang melihat perkara itu sebagai serius perlu campur tangan.

Bagaimanapun, Phahrolrazi yang masih bercuti sehingga 1 Mac ini berkata beliau dimaklumkan Menteri Besar telah mempersembahkan senarai nama 10 Exco yang tidak termasuk namanya dan Dr Ismail kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong.

" Di Kedah ni lain, Exco dilantik setiap tahun. Menteri Besar angkat sumpah sekali je (sahaja) lepas pilihan raya," katanya.

Ditanya sama ada masalah beliau dengan Azizan itu boleh diselesaikan melalui perbincangan dengan Menteri Besar itu, beliau berkata perbincangan telah diadakan tetapi masalah perbezaan pendapat itu masih berlaku dan kerana itu memerlukan campur tangan pusat.

Pada sidang media itu, Phahrolrazi turut menafikan masalah itu ada kaitan dengan kumpulan "Erdogan" atau "Anwarinas", serta pertembungan antara kumpulan profesional dan ulama dalam Pas.

"(Dalam hal ini) saya merujuk kepada Dewan Ulama. Tak berlaku pertembungan. Di Kedah sebenarnya tak berlaku perkara itu. Di peringkat nasional mungkin," katanya.

Ditanya adakah tindakan beliau dan Dr Ismail ini akan memberi kesan kepada Pas dan kerajaan negeri memandangkan keputusan itu dibuat ketika pilihan raya umum semakin hampir, katanya, beliau tidak meletakkan jawatan sebelum ini kerana kerajaan negeri belum stabil dan beliau yakin itu tidak menjejaskan Pas.

"Menteri Besar dah cakap kerajaan Kedah teguh dan mendapat sokongan yang baik. Dia boleh lantik orang lain sebagai Exco," kataya.

Mengenai jawatan dalam parti, Phahrolrazi berkata beliau akan memikirkan semula mengenai jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah. - Bernama

Monday, February 27, 2012

Meruncing sangatkah pergolakan di Kedah?



Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Sudah agak lama tidak sibuk dengan pertanyaan yang bertalu-talu melalui lisan, telefon dan SMS. Tapi itulah yang berlaku ekoran tercetusnya isu kononnya berlaku pergolakan dalam kepimpinan kerajaan negeri Kedah yang melibatkan Exco dan Menteri Besar. Ia benar-benar mengganggu tumpuan terhadap kerja utama.

Kepimpinan PAS Kedah di semua peringkat tiba-tiba saja diberikan satu tugas luar jangka iaitu menjawab pertanyaan semua pihak yang ingin tahu; sama ada dari dalam atau luar parti. Pergolakan dalam PAS bukan tidak pernah berlaku di negeri ini tetapi rakyat biasa tidak peduli waktu itu berbanding setelah PAS menerajui sebuah kerajaan sekarang.

Sifat ingin tahu adalah naluri semulajadi manusia, justeru mereka tidak boleh diperbodohkan dengan jawapan seringkas, "Tidak ada apa-apa, ini cuma ribut di cawan kopi." Apatah di lagi di zaman manusia berkomunikasi di alam maya melalui pelbagai peralatan canggih. Semua orang menagih jawapan yang pasti.

Sukar juga untuk mengukur sebesar mana krisis yang berlaku di Kedah ini tetapi yang pasti ia tidaklah sebesar yang digambarkan oleh media-media primitif pro BN juga laman-laman maya pro mereka. Bagi jentera propaganda BN sekecil mana pun krisis, jika berlaku pada PR maka ia mesti dieksploit habis-habisan. Cerita sejengkal jadi sehasta, secupak jadi segantang.

Sebuah akhbar harian primitif pro BN menjadikan pergolakan isu ini sebagai berita utama akhbar mereka dengan tajuk 'Azizan diboikot, 5 Exco PAS Kedah pulau mesyuarat khas bersama MB'. Kononnya ia berlaku dalam mesyuarat bersama Menteri Besar, Ustaz Azizan Razak. Walhal mesyuarat yang dimaksudkan adalah mesyuarat lajnah politik yang membincangkan mengenai persiapan pilihanraya. Dua dari Exco yang dimaksudkan ialah Dato' Dr. Hamdan Mohd Khalib dan Ustaz Abdul Ghani Ahmad. Mereka bukan ahli jawatankuasa lajnah politik, maka mereka tidak diundang ke mesyuarat tersebut. Timbalan Pesuruhjaya, Dato' Phahrolrazi Zawawi sedang bercuti manakala Dato' Amiruddin Hamzah mempunyai urusan rasmi di Kuala Lumpur jadi tidak dapat hadir manakala Dr. Ismail Salleh juga tidak dapat hadir bersebab.

Ia satu contoh bagaimana media BN mengeksploit isu melalui pembohongan. Begitulah juga dengan cerita yang mengaitkan kononnya konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Ustaz Azizan, strategi puak Erdogan, perebutan jawatan, perebutan projek dan perang puak; semuanya karut dan merapu.

Empat tahun PAS memimpin PR mentadbir negeri Kedah penuh dengan kecemerlangan. Pelbagai kejayaan dicatatkan. Menteri besar dibantu oleh 10 orang Exco. Ustaz Azizan tidak mentadbir negeri seorang diri. Pelbagai potfolio yang terdapat diagihkan kepada kesemua Exco. Jika natijahnya ialah senarai kejayaan yang mampu dicatatkan kerajaan negeri, maka ia bukan buah tangan menteri besar seorang. Demikian sebaliknya jika masih terdapat kegagalan dalam potfolio tertentu maka ia bukan kegagalan menteri besar seorang. Ia juga kegagalan Exco berkenaan atau semua pihak yang sepatutnya menjayakan potfolio berkenaan.

Ada kalangan rakyat membangkitkan mengapa pelaksanaan Islam tidak sehebat di Kelantan? Orang pertama yang bertanggungjawab ialah Exco yang memegang potfolio agama. Di luar parti sana terdapat Dewan Ulamak PAS serta ribuan ulamak dalam PAS. Mereka pun bertanggungjawab juga. Sejauhmana mereka berperanan dan memberi sumbangan membantu Exco berkenaan? Ada yang membangkitkan perihal pertambahan pusat hiburan. Tentulah ia urusan Exco kerajaan tempatan. Saya menyebutnya sekadar contoh. Cuma nak ceritakan bukan semua kelemahan yang berlaku mesti diletakkan kesalahan di atas kepala menteri besar sedang kerja kita cuma peluk tubuh, cekak pinggang dan tuding jari.

Berbeza pendapat dalam mentadbir adalah perkara biasa kerana pemikiran manusia tidak boleh diklonkan. Cuma yang perlu ada pada kepimpinan ialah kebijaksanaan menguruskan perbezaan. Dalam setiap pertikaian selalunya manusia memikirkan cara meminimumkan perbezaan melalui kaedah 'menang-menang.' Semua pihak tidak menang seratus peratus tetapi tidaklah rugi seratus peratus. Tetapi jika kaedah 'aku saja yang betul', ‘hang mengaji mana?’ ia boleh mengundang malapetaka. Apatah lagi jika pandangan pihak luar lebih digunapakai berbanding Exco, atau rakan jamaah.

Dalam jamaah Islam apa saja isu yang berbangkit bukan masalah besar kerana konsep syura digunakan, sebarang pertikaian rujuklah kepada syura. PAS tidak boleh dikesampingkan dalam apa jua isu. Sekali lagi apa yang dicatatkan di sini tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Dewan Ulamak terutamanya kena bertegas dari awal dan sepanjang masa untuk memantau pentadbiran negeri. Direstui atau tidak bukan persolannya kerana mereka bertanggungjawab dalam persoalan hukum hakam terhadap Allah bukan terhadap manusia. Bertindak terus jika ada yang tersasul. Bukan menghimpun 4 tahun sekali untuk bertindak dengan 'hukuman' yang sangat mengejutkan pula.

Apa sebenarnya pergolakan yang berlaku di Kedah? Saya sedar Harakah bukan medan untuk mendedahkan segalanya, lebih baik serahkan pada pucuk pimpinan jamaah untuk selesaikan. Berwalaklah (patuh) dengan arahan dan jika tidak mampu beruzlahlah.

Jangan terburu nafsu dalam bertindak kerana ia bukan akhlak seorang haraki. Kata orang cinta itu buta. Orang yang sedang ghairah bercinta hanya nampak kekasih hatinya sebagai satu-satunya manusia yang mesti dicintai. Dia lupa untuk mencintai ibu bapa, saudara mara, pelajaran atau pekerjaan. Kadang-kadang sampai lupa mencintai dirinya sendiri.

Sama saja ragamnya dengan orang yang memusuhi seseorang. Keghairahannya hanya untuk memusuhi musuh yang satu, seolah-olah musuh utama yang lain bukan musuh. Golongan yang bermusuh ini seolah-olah lupa untuk melihat implikasi terhadap perpaduan jamaah, menyemai kehodohan akhlak dalam membelasah dan memburukkan peribadi sesama sendiri, meluntur semangat perjuangan aktivis parti di semua peringkat, imej parti yang rosak menjelang pilihanraya, memberi peluru kepada musuh untuk memanipulasi, menjahanamkan siqah dan walak ahli terhadap kepimpinan dan meletakkan parti dalam keadaan yang sukar untuk berhadapan dengan rakyat. Mereka lupa musuh mana yang lebih utama. Ini pun buta juga.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua dan mengampunkan kesilapan kita jika tersasul di luar sedar. Wallahuaklam.

Dr Mahathir Punca Kemelut di Kedah?

The Malaysian insider melaporkan Ketua Dewan Ulama PAS berkata:

"Jelas Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib, kemelut itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh pihak luar yang cuba merosakkan hubungan antara pemimpin parti itu."
Tulang Besi tidak menafikan kenyataan Ketua Dewan Ulama itu.

Bukankah terdapat kepimpinan di Kedah ini yang amat intim dan rapat dengan Dr Mahathir Muhammad?

Bukankah Dr Mahathir pernah ditawarkan sebagai Penasihat Ekonomi KEdah oleh mereka yang terlibat dalam masaalah di Kedah ini?

Mungkinkah Dr Mahathir adalah manusia yang dimaksudkan sebagai orang luar tersebut?

Bagi Tulang Besi pengaruh geng PERPADUANG adalah masaalah utama di dalam krisis di KEdah ini.

Maklumat yg Tulang Besi dapat segala projek2 Mahathir yang mudah sahaja mendapat kelulusan di KEdah.

Sedangkan pada waktu yang sama Dr Mahathir menaja PERKASA dan berbagai lagi untuk menyerang dan menghapuskan PAS.

Hubungan baik dengan musuh tradisi PAS ini adalah antara sebab berlaku sedikit krisis di dalam kepimpinan di Kedah ini. Itu maklumat yang Tulang Besi dapat dari sumber2 yang boleh dipercayai.

Tulang Besi

Pas Pusat hantar wakil selesai ‘krisis’ Kedah

Mustafa Ali

KUALA LUMPUR - Pas Pusat terpaksa campur tangan bagi menyelesaikan ‘krisis’ kepimpinan yang dilaporkan sedang dihadapi oleh parti itu di peringkat negeri Kedah, yang dilihat ketara dalam soal pelantikan semula barisan Exco.

Justeru, menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali, Pas Pusat akan menghantar wakil untuk bertemu dua Exco dan Menteri Besar negeri itu, esok.

“Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub akan ke sana dan akan bertemu semua pihak bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Kami yakin kesemua 10 Exco sebelum ini akan dikekalkan," kata beliau pada sidang media di sini sebentar tadi.


Hanya 5 Exco hadir raptai angkat sumpah

(Dari kiri) Chow Kang, Amiruddin, Mohamed Taulan, Soo Nee dan Abd Ghani selepas majlis raptai di Ist

ALOR SETAR - Hanya lima daripada lapan Exco, yang menyandang jawatan, yang disebut-sebut akan dilantik semula bagi penggal 2012 menghadiri majlis raptai yang diadakan di Istana Anak Bukit pagi ini.

Mereka yang hadir terdiri daripada Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Agama, Pelajaran dan Koperasi), Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan) serta Abd Ghani Ahmad (Penerangan dan Pembangunan Usahawan).

Turut hadir ialah dua Exco dari PKR iaitu Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia) dan Tan Chow Kang (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan).

Sinar Harian difahamkan, Mohamed Taulan mendahului senarai Ahli Exco yang dijadual mengangkat sumpah jawatan esok selepas giliran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan akan diikuti oleh Amiruddin dan Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan dan Kebudayaan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib.

Lima lagi nama yang turut disebut dalam raptai yang diadakan kira-kira jam 9 pagi tadi ialah Datuk Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat), Datuk S Manikumar (Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam), Soo Nee, Abd Ghani dan Chow Kang.

Reaksi awal yang daripada kesemua Exco yang menghadiri majlis raptai, dilihat senada apabila menyatakan belum menerima surat tawaran rasmi dan dimaklumkan untuk menghadiri raptai menerusi panggilan telefon.

Amiruddin berkata, beliau belum melihat surat tawaran dan tidak pasti portfolio yang akan ditawarkan kepadanya.

Setakat ini (pagi ini), saya belum menerima surat, surat kad kredit ," katanya dalam nada berseloroh.

Mohamed Taulan pula berkata, sama ada menerima atau menolak tawaran itu, ia bergantung kepada portfolio yang dinyatakan dalam surat terbabit.

"Mungkin juga semua yang hadir raptai pada hari ini, tidak hadir esok (majlis angkat sumpah)," katanya.