oleh DepaKataV2
Standart laa....ada ka sapa nak mengaku...
note : depakata dah pindah rumah baru.. http://depakatav2.blogspot.com

![]() |
| tengok doa puak UMNO nie..apa kata kita pakat aminnn.. jika betul PAS munafik & sesat laa.. |
"ITU hak dia," kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika ditanya khabar angin penyerang skuad Hijau Kuning, Khyril Muhymeen Mohd Zambri, 25, dikatakan bakal 'dilamar' pasukan negeri lain dengan tawaran gaji lumayan.Azizan yang juga Menteri Besar Kedah seperti merelakan penghijrahan penyerang kebangsaan itu yang terkenal dengan panggilan Khyril ke negeri selatan tanah air.


Amir Aiman Akashah said...
betul sepertimana yg telah diperkatakan, dalam Pas itu sendiri banyak kekeliruannya.
mereka sanggup bercakaran pendapat dan pendirian semata2 kepentingan diri.
mereka bukan nak mengalahkan UMNO atau nak memenangkan Pas lantas mendaulahkan Islam. mereka hanya berpolitik ala SYOK SENDIRI.
rakyat marhean skrg mengharapkan Pas dapat mengantikan UMNO berdasarkan baju Islam yg mereeka pakai jika hendak dibandingkan dgn UMNO. tapi syg, ada lagi orang2 yang jadi pimpinan PAS yg konon banyak ilmu agama tapi tidak berpijak dibumi nyata.
Pas menjadi harapan rakyat di dlm PR untuk mengantikan teraju/tulang belakang pemerintahan negara supaya segala kebejatan UMNO terhadap negara keseluruhannya dapat disembuhi. Tapi sayang sekali jika segelintir pemimpin Pas car fikir mereka 2x5....5x2 shj dgn UMNO...........
KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Keadaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) stabil selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC), Alor Setar semalam.Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, beliau telah berbual dengan Azizan dan juga berbincang dengan doktor yang merawat menteri besar itu."Buat masa sekarang, beliau dinasihatkan doktor agar berehat di hospital untuk mempastikannya mendapat rehat yang cukup, makan ubat dengan teratur dan tidak memakan makanan yang tidak sesuai untuk kesihatan beliau."Doktor mendapati Ustaz Azizan keletihan akibat terlalu banyak menyertai pelbagai program sepanjang bulan puasa yang lalu."Doktor berpendapat beliau perlu berehat di hospital buat masa ini di bawah pengawasan doktor dan tidak membuat kerja yang terlalu berat tetapi boleh mempengerusi mesyuarat-mesyuarat penting," kata Mustafa dalam kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.Mustafa berkata beliau diberitahu bahawa MB akan memanggil mesyuarat Exco dalam waktu yang terdekat dan atas nasihat doktor, mesyuarat tersebut akan diadakan di hospital.Sehubungan dengan itu kata Mustafa, rakyat Kedah dan ahli-ahli PAS tidak perlu bimbang dengan hal ini.
Azizan merupakan menteri besar Kedah ke-10 dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Sungai Limau.
Beliau mula memegang jawatan tersebut selepas gabungan parti Pakatan Rakyat (PR) memenangi 22 daripada 36 kerusi dewan undang negeri di Kedah pada pilihan raya umum 2008.