Showing posts with label Tan Keng Liang. Show all posts
Showing posts with label Tan Keng Liang. Show all posts

Saturday, October 20, 2012

Tan Keng Liang digesa letak jawatan


Wan Salleh Wan Isa
Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa

ALOR SETAR - Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang digesa meletak jawatan kerana didakwa gagal berperanan sebagai pemimpin politik di sebuah negara pelbagai kaum, ekoran membangkitkan isu sensitiviti agama Islam.

Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, Keng Liang disifatkan sebagai pemimpin yang cuba memporak-perandakan hubungan baik yang terjalin antara Islam-bukan Islam, dan tindakannya itu adalah tidak matang.

“Pelbagai pihak cuba menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini, tetapi beliau biadap menyentuh isu agama Islam. Jika tidak memahami sesuatu perkara mengenai Islam, lebih baik diam sahaja, daripada mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat,” katanya.

Menurutnya, PKR dan Pas Kedah sepakat mahu tindakan undang-undang diambil terhadap kelantangan Keng Liang kerana sengaja menimbulkan isu terbabit.

“Jika Keng Liang mahu berpolitik, buatlah dengan baik. Jangan jadi seperti samseng politik. Suasana politik di Kedah dalam terkawal sebelum ini, jangan disebabkan beliau, ianya menjadi huru-hara,” katanya.

Wan Salleh berkata, tindakan Keng Liang yang menyentuh isu agama lain hanya menyebabkan rakyat marah kepada kaum bukan Islam, ibarat ‘nila setitik rosak susu sebelanga’.

“Jika dibiarkan bimbang keadaan semakin tidak terkawal. Saya gesa beliau letak jawatan dan tinggalkan politik jika tidak faham adab berpolitik. Ini kerana kesannya amat besar kepada negara dan perpaduan rakyat,” katanya.

Menurutnya, sebagai pemimpin beliau wajar lebih memahami dan menghormati budaya dan nilai-nilai murni agama lain, bukannya menghina atau mempertikai perbuatan itu.

“Setiap kaum hormat kaum yang lain, Pas, PKR atau DAP pun tidak sentuh isu agama lain sebab kita tak faham, tetapi Gerakan nampaknya ambil mudah perkara ini. Saya harap pada masa akan datang mereka belajar daripada kesilapan ini,” katanya.

Monday, October 15, 2012

TAN KENG LIANG MENGHINA ISLAM - Mana PEMUDA PAS PKR & DAP KEDAH.. takan nak harap NGO SAMM sahaja buat laporan POLIS

SIDANG MEDIA: LAPORAN POLIS DI SELURUH NEGARA TERHADAP TAN KENG LIANG YANG MENGHINA ISLAM


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama sekutu rapat akan membuat laporan polis terhadap kebiadapan pemimpin pemuda Barisan Nasional yang mempersenda dan menyebabkan kemarahan umat islam di negara ini.

Berikut adalah lokasi balai/IPD/IPK di seluruh negara yang akan berlangsung report polis terhadap Tan Keng Liang yang menghina Islam melalui laman sosial twitternya;
N.Sembilan
IPD Seremban 2
16 Oktober, Jam 11.00 pagi
012-3696474

Perlis
IPD Kangar
16 Oktober, Jam 5.00 petang
019-4342244

Kedah
IPK Kota Star
16 Oktober, Jam 4.00 petang
017-5568557

Terengganu
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu
16 Oktober, Jam 6.00 petang
019-9809974

WP Kuala Lumpur
IPD Dang Wangi -
16 Oktober, Jam 6.30 petang
012-2231239

Kelantan
IPD Kota Bharu
16 Oktober, Jam 3.00 petang
019-9317608

Johor
IPD Ayer Baloi Pontian
16 Oktober, jam 2.00 petang
013-7501589

Selangor
IPD Sepang & IPD Sabak Bernam
16 Oktober, Jam 6.00 petang
016-6858558 & 012-3312364

P.Pinang
IPD Timur Laut
16 Oktober, 11.30 pagi
017-4760274, 012-4984556

Perak
IPD P.Buntar
16 Oktober, 6.00 petang
012-5595258, 012-4702074

Pahang
IPK Kuantan / IPD Muadzam Shah
16 Oktober, Jam 6.00 Petang
017-9573855, 017-5008769

Melaka
IPD Melaka Tengah
17 Oktober (Rabu) jam 3 petang
012-2478016

Sidang media akan diadakan di seluruh lokasi laporan polis dibuat di seluruh negara.
ORANG RAMAI DAN SEMUA PENGAMAL MEDIA DIJEMPUT HADIR


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

KENYATAAN MEDIA :


SHAH ALAM, 15 OKT: Kenyataan Ketua Pemuda Parti Gerakan, Tan Keng Liang yang menyatakan arahan Kerajaan Negeri Kedah tidak membenarkan foto lelaki berseluar pendek untuk mengelakkan golongan lelaki PAS teransang merupakan satu kenyataan biadap dan menghina agama Islam.

Dua kenyataan dalam tweet Keng Liang yang dianggap melampau dan mempersenda hukum agama Islam itu timbul berikutan tindakan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBAS) untuk melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model berpakaian sopan.

Demikian menurut Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Badrul Hisham yang juga merupakan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan juga menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas Keng Liang.

“SAMM akan membuat laporan polis ke di seluruh negara berkenaan perkara melampau ini dan Tan Keng Liang perlu di tahan, telefonnya perlu dirampas dan dia perlu dihukum.

“Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas seperti mana jika ada laporan polis terhadap yang lain.

“Saya pernah ditahan dan telefon saya dirampas, komputer Ketua AMK Rembau dirampas hanya kerana laporan polis yang telah kami buktikan akaun twitter palsu,” ujar beliau.

Terdahulu, satu kenyataan menerusi akaun laman sosial Twitter milik Keng Liang menyebut “Now, PAS govt male model appearing in billboard to wear decently & not to wear short. Why? afraid ‘jambus’ in PAS get arroused?”

Keng Liang turut menyambung dalam tweet berikutnya “imagine what will happen if PAS seize Putra Jaya… All Malaysian atheletes, including non Muslim musat wear long pants & shirt with sleeves.”

Wednesday, August 29, 2012

TQ Gerakan atas cadangan TMB...!!!

oleh depakata.co.cc

Depa dok kata Tak pa aihh gerakan oi...hang tok sah kalut laa.. tinggai 6,7 bulan ja lagi MB Azizan nak dok kerusi tuuu.. hangpa pulon bagi menang PRU13 dan AMBIK Mukriz tu jadi MB pihak hangpa.. dia kan hensem bergaya lagi...Habih cerita.... tapi jika Mat Bashah tak jamin laa....

Tapi Jikalau Hangpa Boleh Menang Laaa..!!!

Jika masih kalah juga pakai tak merasa la hangpa... bab TMB tu baguih jugak... tengok hang pun dah tak yakin nak boleh balik dah Kedah nie... bukan apa cadangan hang tu nampak macam nak membantu menguatkan lagi system pentadbiran Kjaan Negeri... TQ sahabat...

http://www.depakata.co.cc/2012/08/tq-gerakan-atas-cadangan-tmb.html

Monday, July 30, 2012

Kedah belanja mewah - Gerakan terlepas keretapi rupa-rupanya..!!

Siaran semula artikal untuk menjawab persoalan "KETUA PEMBANGKANG KEDAH" berkenaan isu kereta....

Sebenarnya isu ini MB sudah jelaskan pada tahun lepas lagi tetapi memandangkan isu di Kedah nie tak ada hendak bantai MB maka ianya di recycle supaya kelihatan ada benda tidak betul berlaku...

Sila Klik bawah nie...

MB Kedah Jawab Isu Beli Kereta KCX 8
Alor Setar - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.

“Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna.Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu,” katanya.

Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunjungannya ke Kedah selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu.

“Kita beli sebab ada keperluan. Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke Kedah,” katanya.

Azizan turut menyangkal dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan kereta KCX 8, sebaliknya berkata, kereta itu jarang digunakan kerana tujuan asal adalah sebagai kereta rasmi tambahan untuk kenamaan.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, manakala sebanyak lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dibeli pada 2010 bagi menggantikan kereta Exco dan pegawai kanan yang sering rosak.

“Takkan pula kereta yang sering rosak masih nak digunakan, sampai masa, tetap perlu digantikan, termasuklah kereta saya, sebab yang sedia ada selalu rosak, tak salah beli sebagai persediaan apabila kereta itu rosak,” katanya.

Menurutnya, beliau juga lebih gemar berulang alik untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur dengan kereta berbanding kapal terbang, dan adalah wajar untuk memiliki dua kereta rasmi supaya urusannya tidak terjejas.

“Perjalanan dengan kereta lebih jimat berbanding tambang kapal terbang. Itu yang saya usahakan selain mudah untuk bergerak di sana. Dengan kapal terbang pun ada ketika jadual tertangguh. Sebagai ketua kerajaan, saya tak boleh ikut macam itu kerana ia melibatkan urusan negeri, jadi saya lebih suka guna kereta kerana ia mudah untuk kita buat perancangan,” katanya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan kereta Mercedes Benz KCX 8 dibeli Kerajaan Negeri.

“KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011, manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,” katanya.

Beberapa penulis blog sebelum ini mempersoalkan pembelian kereta Mercedes Benz bernombor plet KCK 8 sama ada ia dibeli dengan wang Azizan sendiri ataupun oleh Kerajaan Negeri yang dikatakan berbelanja besar untuk kemewahan Menteri Besar.

Menjawab soalan Sinar Harian, Azizan menafikan ada membeli kereta bernombor plet KCK 8 sama ada oleh dirinya sendiri mahupun Kerajaan Negeri. Hal itu turut dinafikan Pengarah JPJ negeri yang mengatakan kereta KCK 8 didaftarkan bawah nama indidivu yang tidak kaitan dengan kerajaan.

Soalan yang ditanya kepada Azizan adalah merujuk pada pernyataan penulis blog yang merujuk kereta itu sebagai bernombor plet KCK 8, bukan KCX 8 manakala nombor plet pada gambar kereta yang dipaparkan pula tidak jelas.

Bagaimanapun selepas penjelasan Azizan disiarkan Sinar Harian yang menafikan kereta KCK 8 dibeli, Menteri Besar itu sebaliknya didakwa sengaja memutar belit kenyataan kerana isu sebenar adalah merujuk pada kereta bernombor plet KCX 8. -SH

Wednesday, July 4, 2012

Aduhai pie lantik ketua pembangkang Kedah yang baru pun... macam mabok jaa..!!!

'Ketua Pembangkang' Kedah sekog ni mabuk Guinness Stout ka?

Oleh: Tok Non


'Ketua Pembangkang Kedah' yang mengambil alih jawatan tersebut dari Datuk Seri Mahdzir Khalid iaitu Tan Keng Liang merapu meraban lagi. Agaknya lepas tunggang Guinness Stout 3 botoi, dia pun panggil sidang media hentam kerajaan negeri kerana kononnya buat dasar baru perumahan.

Kelmarin selepas mesyuarat Exco, MB ditanya berhubung isu tersebut tapi MB pun hairan sebab tak tahu menahu mengenainya kerana 'dasar baru' yang dikatakan 'Ketua Pembangkang Kedah' tu tak pernah dibincang dalam mesyuarat Exco. Habis tu dokumen tu ambik mana??

Mana teringatlah Tok Non, semalam ada forum kat TV3 di mana panelisnya semua orang BN bincang mengenai kabinet bayangan Pakatan. Dalam kaninet bayangan tu kononnya ada 49 menteri dan jumlah menteri DAP paling banyak. Mengulas panjanglah panelis tu pasai isu tersebut... pengerusi forum kemudian tanya panelis Perkasa, dia dapat dari mana kabinet bayangan Pakatan tu? Jawab Perkasa, ia kabinet bayangan yang dicadang oleh sebuah portal berita.
Laaa.. ingatka cadangan rasmi dari Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Yang jadi lawak antarabangsanya tiga ekog panel pro BN tu boleh bincang lumat kabinet bayangan yang bukan dibuat oleh Pakatan.

Adoii makk oii.. makin gila politik Malaysia angkara BN yang dok nyawa-nyawa ikan nak mampoih dah, sampai kutip bahan tong sampah untuk bincang.

Macam tuu isu 'dasar perumahan baru' yang dibawa oleh Tang Keng Liang... dia sendiri reka dokumen tu, kemudian dia yang ulas hentam kerajaan. Aiiyya apek, lu pi potong lancau masuk Perkasa lagi baik laa..
 

Monday, March 28, 2011

Guan Eng kena jelaskan apa yang Pemuda Gerakan katakan ini..!!

Ketua Pemuda Gerakan Kedah: PR gagal laksana tender terbuka bagi SEMUA projek

Saya merujuk kepada keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk memberi kontrak RM8.5 juta bagi projek WiFi Pulau Pinang tanpa proses Tender Terbuka.

Pada pilihanraya umum lepas, Pakatan Rakyat (dahulunya dikenali sebagai Barisan Alternatif) telah berjanji akan melaksanakan Tender Terbuka bagi projek kerajaan. Ini juga jelas termaktub dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diperkenalkan mereka pada akhir tahun 2009.

Baru-baru ini, Pakatan Rakyat juga telah menyatakan di dalam "Buku Jingga" bahawa Pakatan Rakyat akan meneruskan sistem Tender Terbuka. Tetapi di sebalik janji-janji tersebut, Pakatan Rakyat telah gagal untuk memastikan Tender Terbuka diadakan bagi semua projek negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Pemberian kontrak RM8.5 juta bagi projek WiFi Pulau Pinang tanpa Tender Terbuka adalah bukti jelas bahawa Pakatan Rakyat tidak mengamalkan Tender Terbuka bagi SEMUA projek negeri-negeri Pakatan Rakyat. Ini bakal menjadi asas ("precedent") bagi Pakatan Rakyat untuk tidak melaksanakan Tender Terbuka bagi projek negeri-negeri Pakatan Rakyat lain (Kedah, Selangor dan Kelantan).

Insiden ini juga merupakan suatu lagi contoh Pakatan Rakyat gagal untuk mengamalkan apa yang dijanjikan mereka kepada rakyat apabila diberi peluang di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Justeru, saya menyeru agar ketua umum Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim memperjelaskan kepada rakyat Malaysia:-

1. Kenapa sistem Tender Terbuka tidak diadakan untuk SEMUA projek negeri Pakatan Rakyat?

2. Apakah tindakan yang akan diambil Pakatan Rakyat untuk memastikan sistem Tender Terbuka diadakan untuk SEMUA projek negeri-negeri Pakatan Rakyat?

Selaku ketua umum Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim tidak harus lagi menutup mata apabila jelas negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak memperdulikan janji-janji yang diberi Pakatan Rakyat kepada rakyat dalam "Buku Jingga" dan "Dasar Bersama Pakatan Rakyat".

*Kenyataan media oleh Tan Keng Liang selaku Ketua Pemuda Gerakan Kedah.

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11681