Showing posts with label Gerakan. Show all posts
Showing posts with label Gerakan. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Kedah belanja mewah - Gerakan terlepas keretapi rupa-rupanya..!!

Siaran semula artikal untuk menjawab persoalan "KETUA PEMBANGKANG KEDAH" berkenaan isu kereta....

Sebenarnya isu ini MB sudah jelaskan pada tahun lepas lagi tetapi memandangkan isu di Kedah nie tak ada hendak bantai MB maka ianya di recycle supaya kelihatan ada benda tidak betul berlaku...

Sila Klik bawah nie...

MB Kedah Jawab Isu Beli Kereta KCX 8
Alor Setar - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.

“Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna.Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu,” katanya.

Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunjungannya ke Kedah selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu.

“Kita beli sebab ada keperluan. Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke Kedah,” katanya.

Azizan turut menyangkal dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan kereta KCX 8, sebaliknya berkata, kereta itu jarang digunakan kerana tujuan asal adalah sebagai kereta rasmi tambahan untuk kenamaan.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, manakala sebanyak lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dibeli pada 2010 bagi menggantikan kereta Exco dan pegawai kanan yang sering rosak.

“Takkan pula kereta yang sering rosak masih nak digunakan, sampai masa, tetap perlu digantikan, termasuklah kereta saya, sebab yang sedia ada selalu rosak, tak salah beli sebagai persediaan apabila kereta itu rosak,” katanya.

Menurutnya, beliau juga lebih gemar berulang alik untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur dengan kereta berbanding kapal terbang, dan adalah wajar untuk memiliki dua kereta rasmi supaya urusannya tidak terjejas.

“Perjalanan dengan kereta lebih jimat berbanding tambang kapal terbang. Itu yang saya usahakan selain mudah untuk bergerak di sana. Dengan kapal terbang pun ada ketika jadual tertangguh. Sebagai ketua kerajaan, saya tak boleh ikut macam itu kerana ia melibatkan urusan negeri, jadi saya lebih suka guna kereta kerana ia mudah untuk kita buat perancangan,” katanya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan kereta Mercedes Benz KCX 8 dibeli Kerajaan Negeri.

“KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011, manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,” katanya.

Beberapa penulis blog sebelum ini mempersoalkan pembelian kereta Mercedes Benz bernombor plet KCK 8 sama ada ia dibeli dengan wang Azizan sendiri ataupun oleh Kerajaan Negeri yang dikatakan berbelanja besar untuk kemewahan Menteri Besar.

Menjawab soalan Sinar Harian, Azizan menafikan ada membeli kereta bernombor plet KCK 8 sama ada oleh dirinya sendiri mahupun Kerajaan Negeri. Hal itu turut dinafikan Pengarah JPJ negeri yang mengatakan kereta KCK 8 didaftarkan bawah nama indidivu yang tidak kaitan dengan kerajaan.

Soalan yang ditanya kepada Azizan adalah merujuk pada pernyataan penulis blog yang merujuk kereta itu sebagai bernombor plet KCK 8, bukan KCX 8 manakala nombor plet pada gambar kereta yang dipaparkan pula tidak jelas.

Bagaimanapun selepas penjelasan Azizan disiarkan Sinar Harian yang menafikan kereta KCK 8 dibeli, Menteri Besar itu sebaliknya didakwa sengaja memutar belit kenyataan kerana isu sebenar adalah merujuk pada kereta bernombor plet KCX 8. -SH

Wednesday, May 30, 2012

GERAKAN pertikai 'Hak BUMIPUTERA' rakyat Kedah...mana dia pejuang Hidup Melayu..??

Gerakan Kedah: Kuota 50% projek komersial beban rakyat

ALOR SETAR - Pemuda Gerakan Kedah menyifatkan tindakan kerajaan negeri menaikkan kuota Bumiputera untuk projek komersial (bangunan perniagaan) yang dimajukan di atas tanah pertanian yang ditukar status kepada komersial sebagai membebankan rakyat.

Ketuanya Tan Keng Liang berkata tindakan menaikkan kuota daripada 30 peratus kepada 50 peratus itu menyebabkan harga bangunan meningkat sekaligus rakyat tidak mampu untuk membelinya.

Beliau memberikan contoh harga bangunan komersial dua tingkat kini meningkat kepada antara RM500,000 hingga RM600,000 seunit berbanding RM200,000 hingga RM300,000 sebelum ini.

"Saya menerima beberapa aduan daripada pemaju yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri menaikkan kuota Bumiputera bagi projek komersial menyebabkan harga bangunan yang akan dibina naik  mendadak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya semasa Barisan Nasional (BN) memerintah negeri itu, kuota Bumiputera ialah 30 peratus tetapi selepas pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008, mereka menaikkan kuota tersebut.

Beliau mahu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat penjelasan tentang isu itu supaya rakyat tahu apa sebenarnya yang kerajaan negeri hendak lakukan.

"Saya ada bukti untuk mendedahkan perkara ini secara lebih terperinci tetapi saya mahu menteri besar menjelaskan dahulu perkara ini," katanya. - Bernama

Tuesday, February 21, 2012

30% - MCA Gerakan dicabar kemuka bukti

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak menggesa pemimpin MCA dan Gerakan kemukakan bukti atas dakwaan mereka terhadap kerajaan negeri yang meminta badan bukan kerajaan (NGO) perlu memulangkan semula 30 peratus daripada jumlah bantuan yang diterima.

Menurut beliau, berdasarkan polisi kerajaan negeri, peruntukan yang ditetapkan kepada setiap wakil rakyat untuk tujuan projek-projek kecil diserahkan kepada pejabat daerah yang bertindak sebagai pengawal.

Oleh demikian, segala pembayaran yang telah siap dibayar oleh pejabat daerah atas nama kontraktor terlibat dengan menggunakan cek, bukannya secara tunai.

“Mana-mana wakil rakyat yang memerlukan projek-projek projek-projek kecil untuk kawasan masing-masing seperti jambatan patah, membeli peralatan pendidikan, dia maklumkan kepada pejabat daerah “Maka, di sini pejabat daerah akan memilih kontraktor untuk membekalkan dan semua pejabat daerah bila nak buat bayaran mesti bawa keluar cek, tak ada orang bagi duit tunai, dan cek itu mesti atas nama kontraktor,” jelas beliau kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wism Darul Aman, di sini.

Tambah beliau, terdapat juga NGO mahu melakukan projek tersebut sendiri, disebabkan tidak berpuas hati dengan kerja kontraktor, tetapi NGO itu tetap menggunakan nama kontraktor yang telah mendapatkan lesen bagi projek tersebut.

“Kadang kalanya ada NGO yang tak puas hati dengan kerja yang dibuat oleh kontraktor, mereka kata biar kami buat sendiri, di sinilah kontraktor akan mengenakan beberapa perkara.

“Dalam hal ini adalah antara penerima dan kontraktor yang berjaya mendapat projek tersebut, rebet bukan dari kerajaan, mahupun wakil rakyat, maka sebab itu saya meminta mereka kena kaji dulu, apakah prosedur sebenarnya yang berlaku,” ujar beliau.

Beliau sempat menyindir MCA dengan penyelewangan yang mereka lakukan terhadap Port Klang Free Zone (PKFZ) yang berjumlah RM8 bilion.

Sunday, November 27, 2011

Pemuda semakin meninggalkan Gerakan yang dikatakan mereka semakin tidak relevan...

"Pujuk Najib bukan saya!"
Pemuda Gerakan keluar parti kerana kecewa dengan Koh

"Semasa Hari Malaysia, Najib memberi harapan kepada negara ini, dengan ucapannya untuk menjanjikan pemansuhan ISA, memberi lebih kebebasan...dan sebagainya. Tetapi terkini Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, kelihatan lebih draconian berbanding dahulu. Jadi, apa yang dikatakan Najib? Dan mengapa Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) berdiam dalam hal ini?"

"Untuk Gerakan, seandainya ia menganggap ini adalah sesuatu yang salah, dia seharusnya bercakap sesuatu. Tetapi ia masih diam. Hanya apabila saya menyerah perletakan jawatan saya, baru beliau (Koh Tsu Koon) cuba untuk memanggil saya, memujuk saya untuk tidak tinggalkan (parti)."

"Ini cara yang salah! Beliau tidak seharusnya memujuk saya, beliau seharusnya memujuk Najib. Ubah pandangan dia (Najib)! Beliau (Koh Tsu Koon) mencari orang yang salah, saya bukan siapa dalam Gerakan. Beliau harus beritahu Najib, bukan saya... Keutamaannya salah!"

Demikianlah kekecewaan yang diluahkan kepada MerdekaReview, oleh Delren Terrence Douglas (gambar kanan), seorang pemuda Gerakan yang mengambil keputusan untuk keluar parti dari Gerakan. Beliau memegang jawatan Ketua Pemuda Cawangan Ijok, Ketua Pemuda Bahagian Kuala Selangor, Ketua Informasi Pemuda Negeri Selangor sebelum meninggalkan parti.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan MerdekaReview, Delren berkata notis letak jawatan telah dihantar kepada pimpinan tempatan kelmarin, dan melalui sms kepada Kohilan, Tan Lian Hoe dan Koh Tsu Koon, pagi tadi. Beliau menunjukkan panggilan Koh Tsu Koon yang tidak dijawab olehnya, pagi tadi.

Ketika ditanya faktor yang mendorong beliau keluar parti, Delren berkata, "Gerakan masih merupakan anak tiri kepada UMNO. Masa dia masuk dalam Barisan Nasional dulu, dia setaraf dengan UMNO. Apa pendapat dia, UMNO boleh terima. Masa Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, zaman dulu... Tapi sekarang, Gerakan seolah-olah macam anak tiri."

Beliau tidak berpuas hati apabila pimpinan atasan Gerakan berdiam diri dalam skandal yang terdedah, termasuk skandal National Feedlot Centre yang melibatkan Shahrizat Jalil, Menteri Ketua Wanita UMNO baru-baru ini. Beliau berkata, peringatan demi peringatan diketengahkan, malah dalam Mesyuarat Agung Gerakan baru-baru ini, beliau antara pembahas yang melontarkan ketidakpuasannya, malah berkata Gerakan mesti bertukar (berubah).

Meskipun fenomena ini telah berlaku sejak lama lagi, tetapi beliau masih memilih untuk memberi peluang kepada Koh Tsu Koon. "Tapi nampaknya, dia (Koh Tsu Koon) tukar, dia kata dia tak akan bertanding dalam pilihan raya saja. Dia tak kata dia nak letak jawatan. Dia tak kata apa dia nak lakukan," beliau menyatakan kekecewaannya terhadap Koh Tsu Koon dan pimpinan atasan dalam Gerakan.

Ketika dilontarkan andaian Koh Tsu Koon berundur, apakah beliau akan kembali yakin kepada Gerakan, "Kena tengok arah mereka (pimpinan baru) nak pergi."

Delren hadir dalam Kongres Nasional Tahunan Keadilan yang berlangsung semalam dan hari ini, di Pulai Springs Resort, Johor Bahru. Beliau menerima temuramah MerdekaReview di sini, tadi. Ketika ditanya mengapa PKR dipilih, beliau berkata ideologi perjuangan PKR hampir sama kepada Gerakan, dengan komposisi anggota yang berbilang kaum.

Ketika ditanya apakah suasana Kongres Nasional PKR berbeza dengan Mesyuarat Agung Gerakan, "Lebih kurang sama," jawab Delren.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

Wednesday, November 16, 2011

Presiden Gerakan umum tak tanding PRU-13

NONEPresiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, baik di kerusi parlimen, mahupun di peringkat negeri.

Bercakap kepada wartawan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, Koh berkata tindakan itu bagi memberi peluang kepada barisan pelapis kedua pemimpin Gerakan.

Ia juga sebahagian daripada strategi transformasi Gerakan yang dinamakan “Bergerak bersama rakyat’.

"Saya sendiri akan memimpin melalui teladan dan mengambil langkah pertama untuk pembaharuan.

"Saya telah memutuskan untuk tidak bertanding sebagai calon dalam mana-mana kerusi sama ada di parlimen mahupun negeri pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.

Monday, October 17, 2011

GERAKAN bayaq sampai RM300 supaya orang mai majlis depa di Sabah

Sabah Umno MP claims Gerakan hired crowd for launch

October 17, 2011
Ghapur said Gerakan would fare no better in Sabah. — File pic

KUALA LUMPUR, Oct 17 — A Sabah Umno lawmaker today accused Gerakan of paying RM300 to members of the public to attend a launch of its branch office in Tawau by Tan Sri Koh Tsu Koon a few weeks ago.

Kalabakan MP Datuk Ghapur Salleh said this in Parliament today while telling the Gerakan president to forget about contesting in Sabah as the Chinese community there would not support the party.

“If (the money) is confined to just their own members then it would not be so bad. But they even had to bring Umno members, including those from Kalabakan.

“It is shameful,” he said while debating Budget 2012 today.

Gerakan secretary-general Teng Chang Yeow said yesterday that the party is in talks with Sabah Barisan Nasional (BN) to contest in three parliamentary and one state seat there in the coming general election.

On October 8, Koh had said in Tawau that the party is capable of serving effectively if allowed to contest in the constituency.

“We hope to be considered because we have a potential candidate who is popular in the area,” he said after opening the Sabah Gerakan annual delegates meeting.

Today, Ghapur said Gerakan should not look to contest in Sabah after having been rejected in the peninsula during the March 2008 election.

Gerakan was wiped out in its stronghold of Penang where it ceded the state administration to Pakatan Rakyat (PR). It also won just two federal seats nationwide.

One of their MPs, Liang Teck Meng, later denied Ghapur’s allegation and called for BN whip Tan Sri Muhyiddin Yassin to take disciplinary action against the Sabah backbencher.

“This is not the first time he has criticised his (BN) family,” the Simpang Renggam MP said.

Gerakan has struggled to recover from the mauling it took in Election 2008 and Koh, a minister in the Prime Minister’s Department, said yesterday he was willing to “sacrifice himself” for the good of the party. He stopped short, however, of confirming if this included resigning his post.

On Saturday, Wanita Gerakan chief Datuk Tan Lian Hoe had called for the former Penang chief minister to shape up or ship out.

Saturday, September 3, 2011

Pemuda Gerakan: Pinda Perlembagaan Kedah bagi Timbalan MB

Saya merujuk kepada cadangan penukaran Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak seperti yang dilaporkan dalam media baru-baru ini. Ini adalah berikutan masalah kesihatannya selepas diserang sakit jantung bulan lepas.



Dalam hal ini, kita harus memahami bahawa tiada pihak yang akan dapat meramal apa-apa masalah kesihatan ataupun apa-apa malapetaka lain yang mungkin terjadi ke atas mana-mana Menteri Besar Kedah, samada dari pihak Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional.



Tetapi,ini tidak bermakna kerajaan negeri tidak perlu mengambil apa-apa langkah untuk mengelak ketidakpastian sedemikian.



Dalam situasi di mana Menteri Besar Kedah tidak dapat berfungsi bagi suatu tempoh panjang, adalah lebih baik sekiranya kerajaan negeri mempunyai seorang Timbalan Menteri Besar bagi mengambil alih tugas beliau dan memastikan pentadbiran negeri stabil dan tidak terjejas.



Walau bagaimanapun, Perlembagaan negeri Kedah tidak mempunyai apa-apa peruntukan bagi perlantikan jawatan "Timbalan Menteri Besar" sejak dahulu lagi.



Sebuah kerajaan negeri yang stabil harus mempunyai peruntukan untuk apa-apa kejadian yang mungkin menimpa pemimpin tertingginya.



Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah mengkaji untuk mewujudkan peruntukan dalam Perlembagaan negeri Kedah untuk jawatan Timbalan Menteri Besar Kedah, sekiranya diperkenan oleh Sultan negeri Kedah.



Sekiranya Menteri Besar Kedah tidak dapat berfungsi dalam tempoh 30 hari, maka Timbalan Menteri Besar Kedah tersebut akan mengambil alih fungsi beliau dalam pentadbiran negeri.



Saya berharap Pakatan Rakyat negeri Kedah akan meneliti cadangan ini bagi kestabilan negeri pada masa hadapan dan bagi kebaikan rakyat negeri Kedah.



*Kenyataan media oleh Tan Keng Liang (gambar kiri) selaku Ketua Pemuda Gerakan Kedah.

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=12219


Saturday, August 13, 2011

Umno-APCO Yang Terliur Perintah Pulau Pinang

Serang Tsu Koon: Umno-APCO Yang Terliur Perintah Pulau Pinang



Dengan menggunakan dua ahli parlimen "lompat katak", Tan Tee Beng dan Zahrain Hashim, Umno-APCO kini giat melumpuhkan terus GERAKAN di Pulau Pinang.



Alasannya mudah, GERAKAN sudah tidak lagi relevan dengan politik semasa negeri itu di kala khabar angin pilihanraya umum ke 13 terus bertiup kencang akan diadakan beberapa bulan lagi.



Umno-APCO sebenarnya sudah tahu GERAKAN tidak akan bangkit semula, manakala MCA juga masih ditolak majoriti masyarakat Cina negeri itu.



Dan Umno-APCO kini mengambil kesempatan di atas kelemahan kedua-dua parti kompenennya untuk mengambil alih jawatan Pengerusi Barisan Najis negeri, seterusnya jawatan Ketua Menteri sekiranya kembali berkuasa kelak.



Dalam pilihanraya umum lalu, GERAKAN tewas kesemua 15 kerusi yang ditandinginya kepada DAP dan PKR manakala Umno-APCO menang 11 kerusi yang membolehkan Azhar Hashim (Penaga) dilantik ketua pembangkang, menghampiri sasaran Umno-APCO sendiri untuk terus merampas jawatan ketua menteri.



Lihat!



Bagaimana Umno-APCO langsung tidak mahu membantu kedua-dua parti komponennya yang sedang nazak, bahkan terus membuli dan menekan lagi sehingga separuh mampus.



Kesian Tsu Koon, bertandinglah di Segambut atau Batu, lupakan Batu Kawan atau Tanjong buat selama-lamanya.



JALAN PULANG



Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno menggesa Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar menerima “mesej yang jelas” daripada gelombang kritikan terhadap beliau agar memberi laluan kepada kepimpinan baru menerajui parti itu.



“Tolonglah faham,” kata Mingguan Malaysia menerusi ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat hari ini.



Awang Selamat menulis bahawa Koh (gambar) tampil menjawab kritikan kelmarin tetapi penjelasan beliau tidak meyakinkan sambil menyerlahkan sindrom penafian.



Ia seterusnya meminta Koh agar tidak selalu “menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri.”



Sejak kebelakangan ini, Koh menjadi sasaran beberapa pihak termasuk bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping dan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang berpandangan Gerakan perlu merombak semula kepimpinan parti jika mahu memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang.



Masing-masing juga berpandangan pemimpin Gerakan sedia ada sudah tidak relevan selain tidak melakukan apa-apa perubahan sepanjang meneraju parti itu.



Dalam reaksinya kelmarin, Koh membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.



Sebaliknya kata Koh, ‘serangan’ terhadap kepimpinan beliau itu didalangi pihak tertentu yang cuba mensabotaj Gerakan dan juga Barisan Nasional (BN) dalam usaha parti menawan semula Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat.



Koh juga adalah Pengerusi BN Pulau Pinang.



“Kita tahu siapa jadi dalang kerana siapa makan cabai dia akan terasa pedasnya.



Saya tidak akan cakap apa-apa, biar tok dalang muncul sendiri jika dia mahu... apa yang penting kita tahu siapa di sebalik semua ini,” katanya.



Koh berkata dakwaan individu berkenaan tidak munasabah memandangkan sepanjang 18 tahun beliau meneraju Pulau Pinang sebagai ketua menteri, pembangunan dan kemajuan negeri itu meningkat daripada semua segi.



Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata dia tidak terkejut apabila Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng iaitu bekas pemimpin Gerakan dan PKR, melemparkan kritikan secara terbuka terhadap Koh Tsu Koon baru-baru ini.



“Apa yang disuarakan oleh Tee Beng sebenarnya dikongsi oleh banyak pihak terutama di Pulau Pinang.



Menurut Tee Beng, selagi Gerakan dipimpin oleh (Koh) Tsu Koon, selagi itulah peluang BN untuk menawan kembali Pulau Pinang daripada pembangkang, amat tipis.



“Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang dan beberapa pemimpin termasuk Huan Cheng Guan turut membidas Tsu Koon.



Ada yang merasakan perlunya kepimpinan parti itu dirombak dengan mendapat teraju baru.



Awang setuju,” katanya.



Awang Selamat menambah selepas pilihan raya umum 2008, Gerakan seakan lumpuh dan hilang arah dan tidak kelihatan tanda-tanda untuk kebangkitan.



“Ia berkait rapat dengan soal kepimpinan.



Pemimpin bukan sahaja diuji ketika berada di puncak kuasa dan semasa situasi tenang.



“Ujian terbaik untuk menilai seseorang pemimpin ialah kemampuan untuk bangkit dan menempuh detik getir,” kata Awang Selamat sambil menambah, “setakat ini, Awang tidak nampak keghairahan dan keyakinan Tsu Koon untuk membawa kebangkitan.”



Sebaliknya kata Awang Selamat, Yang beliau lebih ghairah, menurut ramai pemerhati, ialah untuk memastikan wajahnya terselit bersama pemimpin negara bagi tujuan publisiti media.



“Dalam kaitan ini, nampaknya jawatan menteri Kabinet yang diberikan kepada beliau (di sebalik kekalahan terburuk Gerakan), bagaikan sia-sia.



“Tsu Koon patut sedar, jawatan itu bukan sekadar untuk disandang suka-suka.



Ia adalah untuk memberi kekuatan dan motivasi kepada Gerakan bagi merampas Pulau Pinang,” kata Awang Selamat lagi.



Awang Selamat juga berkata, apakah Koh yang kini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seakan rela DAP terus memerintah Pulau Pinang.



http://jalanpulang1978.blogspot.com/2011/08/serang-tsu-koon-umno-apco-yang-terliur.html

Friday, May 6, 2011

Najib makin terhimpit politik perkauman BN

Di satu sudut, Umno sekali lagi berjinak dengan PAS dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengajak parti itu keluar dari Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan Umno demi Islam dan penyatuan orang Melayu.

umno pas mcaTidak apa jika ada bantahan keras dari parti komponen kedua terbesar BN, MCA, yang menolak agenda Islam PAS.

Di satu lagi penjuru, MCA mengugut kaum Cina kononnya mereka akan hilang suara dalam kerajaan jika terus menyokong DAP yang akrab dengan PAS dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran pihaknya akan menolak segala jawatan dalam kerajaan jika parti itu kecundang pada pilihan raya umum seperti yang dialami parti itu pada tahun 2008.

umno mca chua soi lek najibInilah pendekatan politik yang digunapakai oleh dua tonggak BN, satu-satunya parti yang memerintah negara sejak kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.

Islam, survival Melayu serta ugutan bahawa orang Cina akan kehilangan suara dalam kerajaan dicanang dengan sewenang-wenangnya, dijaja dalam media setiap hari, demi mencari kemenangan di peti undi.

Dalam politik negara ini, lazimnya matlamat menghalalkan cara. Justeru, keghairahan Umno melamar PAS dan ugutan MCA kepada pengundi Cina tidak menghairankan sungguhpun ia membangkitkan beberapa persoalan asas.

Selamatkan Islam

Kenapa Umno begitu terdesak sehingga sanggup melamar PAS berulang kali dan membelakangkan perasaan rakan setianya MCA?

mca chua soi lek 050511 lost again then no cabinet 02Apakah MCA begitu tertekan sehingga terpaksa memberikan ugutan halus kepada pengundi Cina bahawa “sokong kami, jika tidak…”

Kalau itu bukan ugutan namanya, maka kita menunggu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberikan definisi yang lebih tepat.

Tindakan sebegini oleh Umno dan MCA untuk mendapatkan undi daripada kaum yang mereka wakili menyerlahkan politik perkauman sempit yang menjadi teras perjuangan mereka.

Sejak tahun 2008, Umno tidak pernah lelah untuk meyakinkan PAS supaya meninggalkan Pakatan Rakyat.

Pelbagai alasan dilontarkan saban hari menerusi TV3 dan Utusan Malaysia bagi meyakinkan pemimpin-pemimpin PAS bahawa langkah itu cara terbaik untuk menyelamatkan Islam dan orang Melayu.

NONE“Pentingnya” Umno-PAS duduk semeja bagi memperjuangkan Islam, video lucah yang mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rekod DAP yang kononnya mengabaikan umat Islam di Pulau Pinang menjadi sandaran Umno kenapa PAS perlu bercerai dari Pakatan.

Segala perkembangan ini meresahkan MCA kerana strategi parti itu adalah menggunakan kerjasama DAP-PAS untuk menakut-nakutkan pengundi Cina demi meraih undi mereka.

Bagaimana MCA akan berbuat begitu, jika Umno semakin bersungguh-sungguh melamar PAS?

Muhyiddin-Mahathir menunggu

Malah Umno dikatakan menawarkan jawatan kanan dalam kerajaan kepada pemimpin-pemimpin PAS jika sanggup keluar dari Pakatan.

MCA pimpinan Chua Soi Lek sudah pun mengumumkan akan menolak jawatan kerajaan jika parti itu di tolak oleh pengundi pada PRU akan datang.

NONEBagaimana untuk mengekang kemaraan DAP, jika PAS tidak lagi menjadi rakan DAP dalam Pakatan Rakyat?

Persoalan ini membelenggui Chua namun tidak menjadi pertimbangan Umno dan Najib.

Ini kerana Umno terpaksa menjaga kepentingannya sendiri untuk mencari kemenangan mutlak daripada pengundi Melayu khususnya di kawasan luar bandar pada pilihan raya umum ke-13.

Hanya kemenangan sebegitu dan penguasaan semula majoriti dua pertiga di Parlimen akan membolehkan Najib menang selesa pemilihan Umno tahun depan. Jika tidak gandingan Muhyiddin-Mahathir menunggu untuk mencabar beliau.

NONEWalaupun Umno meminggirkan MCA demi survival politiknya sendiri, parti kaum Cina itu bernasib baik kerana PAS menolak pelawaan Najib.

PAS menolak undangan Najib itu bukan kerana parti Islam itu sayangkan MCA, tetapi kerana perjuangan Islam yang didokong PAS melarang kerjasama dengan pihak yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Tidak akan kerjasama

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi menegaskan PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.

ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 anwar ibrahim dan hadi awang“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama Pakatan adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” katanya lagi.

Kenyataan Hadi itu pasti melukai dan mencalar ego dan jatidiri Umno, khususnya Najib. Segala perancangan mengenai video lucah dan laporan Utusan mengenai rekod DAP di Pulau Pinang tidak mengenai sasaran.

Namun ada juga pihak yang berterima kasih kepada Hadi – iaitu MCA kerana satu-satu senjatanya (kerjasama DAP-PAS) untuk menakut-nakutkan pengundi Cina -- masih boleh bernyawa.

Itulah realiti politik BN. Kerangka perkauman sempit telah lama mencorakkan agenda parti pemerintah untuk menakut-nakutkan pengundi menerusi isu-isu agama dan perkauman.

NONESebenarnya kedudukan Islam di negara ini tidak luntur jika ada Umno dan PAS di pihak bertentangan, kerana kedudukan Islam terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga dengan soal kedudukan Raja-Raja dan hak keistimewaan Bumiputera dan pribumi.

Kedudukan Islam

Soal perbezaan politik Umno dan PAS tidak langsung menjejaskan kedudukan Islam di Malaysia.

Namun hakikat adalah penyatuan antara PAS dan Umno secara rasmi atau sebaliknya amat penting, kerana tanpanya Umno tidak boleh mendabik dada sebagai suara orang Melayu.

“Lesen” ini yang diperlukan oleh pemimpin Umno untuk menjamin jangka hayat politik mereka.

azlanTun Dr Mahathir Mohamad hilang lesen itu sejak tahun 1999 selepas memecat Anwar dan terpaksa berundur pada tahun 2003.

Penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi gagal mengekalkan mandat yang diperolehinya pada tahun 2008 dan dipaksa oleh Umno-Mahathir untuk meletakkan jawatan.

Kini tiba giliran Najib untuk mencari semula balik kiblat Umno – justeru beliau tidak putus-putus mencuba meleraikan ikatan PKR-PAS-DAP dengan pelbagai helah dan sogokan supaya tidak mengalami nasib sama seperti Abdullah.

Biarpun pelawaan kepada PAS mengundang kemarahan MCA dan parti lain dalam BN, bagi Najib matlamat menghalalkan cara – kemenangan mutlak harus dicari untuk

Umno supaya beliau boleh terus diangkat menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan editorial Malaysiakini

Monday, March 28, 2011

Guan Eng kena jelaskan apa yang Pemuda Gerakan katakan ini..!!

Ketua Pemuda Gerakan Kedah: PR gagal laksana tender terbuka bagi SEMUA projek

Saya merujuk kepada keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk memberi kontrak RM8.5 juta bagi projek WiFi Pulau Pinang tanpa proses Tender Terbuka.

Pada pilihanraya umum lepas, Pakatan Rakyat (dahulunya dikenali sebagai Barisan Alternatif) telah berjanji akan melaksanakan Tender Terbuka bagi projek kerajaan. Ini juga jelas termaktub dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diperkenalkan mereka pada akhir tahun 2009.

Baru-baru ini, Pakatan Rakyat juga telah menyatakan di dalam "Buku Jingga" bahawa Pakatan Rakyat akan meneruskan sistem Tender Terbuka. Tetapi di sebalik janji-janji tersebut, Pakatan Rakyat telah gagal untuk memastikan Tender Terbuka diadakan bagi semua projek negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Pemberian kontrak RM8.5 juta bagi projek WiFi Pulau Pinang tanpa Tender Terbuka adalah bukti jelas bahawa Pakatan Rakyat tidak mengamalkan Tender Terbuka bagi SEMUA projek negeri-negeri Pakatan Rakyat. Ini bakal menjadi asas ("precedent") bagi Pakatan Rakyat untuk tidak melaksanakan Tender Terbuka bagi projek negeri-negeri Pakatan Rakyat lain (Kedah, Selangor dan Kelantan).

Insiden ini juga merupakan suatu lagi contoh Pakatan Rakyat gagal untuk mengamalkan apa yang dijanjikan mereka kepada rakyat apabila diberi peluang di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Justeru, saya menyeru agar ketua umum Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim memperjelaskan kepada rakyat Malaysia:-

1. Kenapa sistem Tender Terbuka tidak diadakan untuk SEMUA projek negeri Pakatan Rakyat?

2. Apakah tindakan yang akan diambil Pakatan Rakyat untuk memastikan sistem Tender Terbuka diadakan untuk SEMUA projek negeri-negeri Pakatan Rakyat?

Selaku ketua umum Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim tidak harus lagi menutup mata apabila jelas negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak memperdulikan janji-janji yang diberi Pakatan Rakyat kepada rakyat dalam "Buku Jingga" dan "Dasar Bersama Pakatan Rakyat".

*Kenyataan media oleh Tan Keng Liang selaku Ketua Pemuda Gerakan Kedah.

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11681