Monday, December 17, 2012
UMNO Kedah tak mau lapur samakah kerugian GLC nie.. Takan sebok bab PAPUA NEW GUNIE sahaja..??
Tuesday, October 30, 2012
Bukan Perakauanan Kreatif.. Tetapi Pemimpin PR berfikiran Kreatif membangunkan Negeri..
Bukan Perakauanan Kreatif.. Tetapi Pemimpin PR berfikiran Kreatif membangunkan Negeri.. , cukup2 la Rahman Dahlan ni menunjukkan Kebodohan Sendiri,, Ditemplak Anwar dalam Parlimen Tak Reti Baca Akaun.. sama macam anak Chua Soi lek..
Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) hari ini mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.Timbalan Ketua BNBBC Abdul Rahman Dahlan mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan dana daripada akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan menjadikannya sebagai hasil.
Sebagai contoh, katanya, jika sesebuah projek memerlukan RM100 juta, wang dimasukkan ke dalam akaun amanah dan sebelum diaudit, bakinya - sebagai contoh RM60 juta - dipindahkan kepada akaun yang disatukan.
"Ini satu bentuk perakaunan kreatif," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
Tuesday, October 23, 2012
MUSANG BERJANGGUT dalam PENTADBIRAN negeri KEDAH yang jadi HANTU..
Pegawai yang enggan namanya disiarkan itu mengakui bahawa penyelenggaraan berkenaan, seperti dinyatakan dalam laporan ketua audit, sememangnya dibuat untuk rumah yang tidak wujud.
Namun, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak tahu menahu mengenai perkara itu kerana tidak dimaklumkan mengenainya sebelum ini.
Dakwanya, pegawai yang bertanggungjawab ke atas perkara itu tidak membincangkannya dengan exco kerajaan negeri.
Sumber mendakwa, pegawai yang dimaksudkannya itu ialah bekas pengarah urusan Permodalan Kedah Berhad (PKB) Abdul Rahman Mohd Saad yang kini masih bertugas di pejabat setiausaha kerajaan negeri.
"Tak ada siapa yang boleh jawab isu ini. Dia sahaja yang boleh jawab," katanya.
"Kita serah pada polis, SPRM dan pihak bertanggungjawab untuk siasat isu ini," katanya.
Sementara itu, Abdul Rahman ketika dihubungi pula enggan memberi kebenaran kepada Malaysiakini untuk menyiarkan kenyataannya bagi mengulas dakwaan terbabit.
Laporan berkenaan, yang dilaporkan Malaysiakini pada hari Rabu lalu menyebut, kerajaan Kedah membayar kontraktor untuk kerja pembaikan rumah kos rendah yang tidak wujud.
Semakan audit turut mendapati lima kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjumlah RM2.55 juta pada tahun 2010 dan 2011 di dua Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di Taman Seri Gemilang dan Flat Seberang Terus serta lima PAKR lain tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).
Menurut laporan itu lagi, pengarah bagi lima syarikat kontraktor tersebut mempunyai hubungan antara satu sama lain serta satu daripada lima kontraktor tersebut tidak wujud dalam rekod pendaftaran syarikat.
Saturday, October 20, 2012
Awat Audit kata Kedah negeri yang teruk dari sudut ketelusan..
- Mungkin MB bagi muka sangat kot kat puak UMNO buat onak dalam pentadbiran
- Mungkin MB tak cengei kot dengan puak UMNO yang buat onak dalam pentadbiran
- Mungkin MB takut kot dengan puak UMNO yang buat onak dalam pentadbiran
- Mungkin MB ada kawteem kot dengan puak UMNO yang buat onak dalam pentadbiran
- Mungkin MB tak ambik peduli kot dengan puak UMNO yang buat onak dalam Pentadbiran
- Mungkin MB tau tau kot puak UMNO yang dok buat onak dalam pentadbiran
Friday, October 19, 2012
S'wak bina jambatan RM20 juta ke belukar
Hasilnya, jambatan konkrit sepanjang 182.4 meter itu hanya menghubungkan pekan berdekatan di Pantu dengan belukar di seberangnya.
"Lawatan audit pada 17 Disember 2011 ke tapak projek di Pantu, Sri Aman mendapati projek jambatan konkrit bernilai RM20.43 juta ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan setelah disiapkan disebabkan jalan di seberang sungai sepanjang 10 kilometer untuk menghubung rumah panjang dan sekolah belum dibina," laporan itu dipetik.
Tanpa jalan itu, kira-kira 3,000 penduduk di 23 rumah panjang serta empat sekolah di situ tidak mempunyai akses kepada jambatan untuk menyeberang ke Pekan Pantu.
Pada 7 Mac, jabatan itu dalam maklum balasnya berkata, pihaknya akan mencadangkan pembinaan jalan itu yang dianggarkan sebanyak RM50 juta dalam rolling plan bawah rancangan Malaysia Kesepuluh.
Thursday, October 18, 2012
AUDIT 2011: RAKYAT DISERU SELAMATKAN AMANAH YANG HILANG
Disediakan oleh ;
NASRUDIN HASSAN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Wednesday, October 17, 2012
Dalam Laporan Audit 2011 kali nie ada Isu yang perlu Kjaan Negeri Kedah jelaskan kenapa ada "kebocoran"
Lagi butiran terperinci kegagalan pentadbiran negeri kedah - Laporan Audit.
Ada pula yang tuduh2 cakap benda neh adalah fitnah dan propaganda. Hak eney. Benda dah tertulis dan direkodkan. Time mendedahkan kepincangan diri sendiri mula la meraban cakap orang fitnah. Time audit dedahkan kepincangan bn laju je p sebar satu fb.
Yang neh nak sebarkan ke tak? Harakah yang islamik + adil + telus + tak selindung2 maklumat, tak masukkan perkara neh dalam news. Sama cam isu dap kedah balon pas kedah atas isu iklan sopan. Takdak dalam harakah. Yang pongpang2 pasal gerakan aje. Siap report polis wa cakap lue.
Korang la p sebarkan. Bleh
Negeri paling tak islamik iaitu dap penang paling terbaik. Negeri yang anjurkan ceramah agama tak henti2 tapi tak nampak cam islamik pun iaitu selangor kedua terbaik. Negeri yang paling islamik di bawah era pentadbiran pakatan rakyat 2008 [kecuali kelantan] mencatatkan prestasi terburuk.
Apa yang silap disini? Nak salahkan kakitangan awam? Selangor dan penang takde kakitangan awam pro bn? Ia bukan masalah kakitangan awam kalau kita sendiri tak sediakan tata cara kerja yang betul.
Jika selangor dan penang boleh mengawal, boleh memastikan, boleh mencari dan boleh memantau bagaimana kakitangan awam di bawah pentadbiran mereka buat kerja, mengapa pula kedah tak boleh?
Kalau ini ko boleh nak konar sana sini salahkan kakitangan awam, tak heran juga bn boleh bagi alasan yang sama. Dan bila bn bagi alasan yang sama ko kena terima la.
Jangan salahkan persepsi umum terhadap pas. Bagi mereka pas tue pandai dalam bab2 agama jek. Selain dari bab agama, bab pentadbiran mereka memang hancur. Sebenarnya ada banyak mereka2 yang berkelayakkan dan boleh buat kerja. Tapi mereka2 tue dipinggirkan.
Kita kena faham. Arif bab agama bab hukum belum tentu meletakkan diri kita arif bab pentadbiran juga. Setiap dari kita memiliki kepakaran, bakat, pengalaman dan ilmu yang berbeza2. Kalau kita sedar yang neh, kita akan tahu kat mana sepatutnya posisi sebenar kita.
Apa yang berlaku di kedah ialah mereka tak faham posisi sebenar mereka sebab mereka degil nak kan posisi yang mereka tahu mereka tak layak pegang disebabkan kekurangan ilmu dan bakat. Ketua yang baik kena pandai pilih orang kanan yang baik. Tak guna juga ketua baik orang kanan tak baik. Sebab resultnya tetap tak baik. Last2 yang rugi rakyat kedah juga.
Rujuk gambar. Terdapat beberapa kepincangan. Sebenarnya ada banyak. Kita review beberapa kes secara kasar dulu.
1. Isu projek di PNG tue. Rupanya KCB tak ikut tatakerja yang betul. Kat situ dah rugi berjuta2 satu hal. Lepas tue bayaran demi bayaran yang dibuat tidak mempunyai statement ataupun pernyataan yang jelas. Senang cakap bukti sokongan takde yang menyokong kepada pembayaran tersebut le.
2. Ada orang cakap ala riban2 jek bhai. Kalau bn mao juta2. Aku gelak je. Benda neh kalau bn yang buat mao satu malaysia dia marathon untuk kecohkan. Tapi sebab kena kat muka dia sendiri, dia bagi la alasan dayus. Tue paling cerdik dia boleh buat sebab takley nak selamatkan kegagalan kerajaan kedah dalam pelaburan di PNG.
3. Isu rumah halimunan. 5 syarikat dilantik secara rundingan terus tidak memenuhi protokol yang ditetapkan. BN suka amalkan rundingan terus. Dan setiap kali bn berbuat demikian memang kena kutuk kaw2 sebab kroni. Bila dah PR kutuk bn kaw2 kita fikir pr takan tiru perkara tersebut.. paling kita tak sangka akan buat ialah PAS. Tapi dalam audit 2011, PAS kedah buat apa yang dap penang dan pkr selangor tak buat. Rekod, PAS parti paling islamik dalam PR oke. Paling islamik.
4.5 syarikat tue pula paling tak boleh blah ada kaitan antara satu sama lain. Senang cakap ada hubungan kekeluargaan.
5. Tuntutan bertindih atas kerja yang sama. Double and triple bayaran dilakukan ke atas kerja yang sama. Hah. Ini bukan satu dua orang punya kerja. Ini dah jadi macam satu kumpulan. Daripada buka tender kepada buka baucar bayaran seme neh berkaitan rapat. Sebab tue penting untuk kita letakkan orang2 yang amanah dan jujur dalam pentadbiran.
PAS kedah tak pernah terfikir ka bahawa mereka kena lantik mereka2 yang berwibawa untuk laksanakan visi dan misi mereka? Dah 4 tahun. Dalam masa 4 tahun paling koman orang2 yang jaga kewangan mesti lah ko dah bersihkan dan letak muka2 yang amanah dan berintergriti kan? Ka ko letak kroni?
6. Lepas tue pula rumah yang didakwa telah dibaiki tidak pula dibaiki. Kesian rakyat yang ditipu hidup2. Susah sangat ke nak pasang spy or lantik satu badan khas untuk review dan siasat seme kerja2 yang dilakukan oleh kakitangan awam dan laporkan terus segala penyelewengan kepada MB supaya mereka2 yang menyeleweng boleh dipecat sebab tak amanah? Kalau ini mereka buat, berpeluang ka audit nak letak laporan2 seperti neh di dalam laporan mereka?
7. Pegawai kerajaan yang ada rumah pun sibuk duduk rumah kerajaan. Rakyat masih takde rumah. Ramai. Dah la tak bayar sewa, duduk free padahal kalau ada rumah kena bayar sewa..
Dalam isu neh nak salahkan menyalahkan memang senang. Tapi sejauh mana pas kedah bertindak membaiki apa yang telah rosak itu yang paling penting. Kita nak tengok sejauh mana kerajaan negeri kedah akan buang/pecat/hukum mereka2 yang terlibat dalam salahlaku dan penyelewengan tersebut.
Kita juga berharap pegawai2 tertinggi KCB bertanggungjawab sepenuhnya di atas kerugian pelaburan di PNG. Bertanggungjawabla. Kalau ko ada perasan malu + fikir betapa duit2 tersebut boleh bantu berapa ramai rakyat yang memerlukan mesti ko dah lama berambos. Jangan sesekali bandingkan diri ko dengan setan sebab ko akan sentiasa merasakan diri ko lebih baik. Bandingkan diri ko dengan malaikat supaya ko rasa malu apabila melakukan kesalahan. Bai
Rujukan ;
http://www.audit.gov.my/images/stories/LKAN2011/NEGERI/AKTIVITI/AKTIVITI%20KEDAH_05.11.12.pdf
Mana Hilang duit RM30K kepunyaan rakyat Kedah.. Sila buat laporan POLIS & SPRM untuk di cari sampai lubang cacing..!!!
Ia antara masalah yang dikenal pasti dalam projek program perumahan melibatkan 12,749 unit di 79 program perumahan.
Semakan secara rawak mendapati pembayaran dibuat sebanyak RM29,800 untuk tiga unit berasingan.
"Rumah tidak wujud memandangkan blok tersebut hanya mempunyai 4 tingkat dan nombor rumah terakhir ialah F-4-20," laporan itu dipetik.
Bayaran sebanyak juga dibuat RM14,740 untuk kerja-kerja pembaikan yang tidak siap.
Tuesday, October 16, 2012
Kewangan Kedah baik, pengurusan memuaskan
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, baki Kumpulan Wang Disatukan adalah berjumlah RM252.36 juta, berbanding sejumlah RM328.28 juta pada tahun 2010.
Dalam pada itu, peningkatan hasil pada tahun 2011 berjumlah RM20.52 juta atau 4.5% berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus sejumlah RM40.63 juta atau 9.4%.
Ini menyebabkan surplus Kerajaan Negeri pada tahun 2011 berjumlah RM2.39 juta berkurangan mendadak berbanding surplus tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta.
Surplus ini mengurangkan baki defisit Akaun Hasil Disatukan tahun 2011 sejumlah RM2.39 juta menjadi RM295.84 juta berbanding RM298.23 juta pada tahun 2010.
Pengurangan wang tunai sejumlah RM79.93 juta pada tahun 2011 tidak menyebabkan peningkatan ketara Deposit Dalam Negeri, di mana hanya meningkat sejumlah RM4.00 juta menjadi RM59.14 juta pada tahun 2011 berbanding RM55.14 juta pada tahun
2010.
Pada tahun 2011 juga menyaksikan pengurangan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM23.20 juta berbanding pinjaman berjumlah RM249.87 juta pada tahun 2010.
Sementara itu, penemuan audit berhubung tahap prestasi pengurusan kewangan bagi agensi negeri mendapati seperti tahun 2010, sebanyak 17 jabatan atau agensi Negeri dinilai pencapaian pengurusan kewangan pada tahun 2011.
Hasil pengauditan mendapati 3 agensi negeri berada padatahap sangat baik dengan diberi penarafan empat bintang.
Manakala 12 jabatan atau agensi negeri berada pada tahap baik dengan penarafan tiga bintang.
Dua Jabatan Negeri iaitu Majlis Daerah Pendang dan Pejabat Daerah Kulim berada pada tahap memuaskan dengan penarafan dua bintang.
Monday, October 15, 2012
Dibiayai berjuta, sekolah agama dibekal makanan luput tarikh
KUALA LUMPUR: Meskipun dibiayai dengan harga berjuta ringgit, Laporan Audit 2011 mendapati makanan mentah yang dibekalkan ke 10 sekolah menengah agama di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Pahang adalah pada tahap kurang memuaskan.Antara kritikan yang diterima ialah makanan mentah yang dibekalkan tidak berkualiti, tidak mengikut sukatan yang ditetapkan dan lebih teruk lagi tidak berlabel halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah melebihi tarikh luput.
Selain itu, Ketua Audit Negara (KAN) Tan Sri Ambrin Buang turut melaporkan stok bahan makanan utama yang boleh disimpan lama tidak mampu menampung keperluan minimum selama 3 hari manakalan spesifikasi bekalan bahan mentah dan bermasak yang dibekalkan – kualiti ikan yang dibekalkan tidak dapat ditentukan.
Beliau turut mengkritik prestasi kebersihan dapur dan dewan serta pengurusan dan keselamatan dapur yang disifatkan ‘kurang memuaskan’ – antaranya borang pesanan makanan disediakan kurang dari 48 jam dan tiada tarikh pesanan dicatat dalam borang dan pekerja yang tidak dilatih dalam Kursus Pengendalian Makanan.
Kerajaan Negeri Pahang mempunyai 18 buah Sekolah Menengah Agama (SMA) yang terletak hampir di semua daerah dengan asrama dan pengurusan bekalan makanan bermasak adalah di bawah tanggungjawab JAIP.
Kontrak kerajaan negeri kepada JAIP adalah untuk membiayai kontrak bekalan makanan bermasak yang diperbaharui setiap 2 tahun sekali.
Dengan anggaran pelajar seramai 7,990 orang, perbelanjaan nilai kontrak bekalan makanan bermasak meningkat sebanyak RM8.72 juta bagi tempoh 2010 hingga 2011 berbanding 2008 hingga 2009.
“Pada tahun 2009, perbelanjaan bekalan makanan bermasak bagi 18 buah asrama SMA berjumlah RM11.08 juta, tahun 2010 berjumlah RM12.96 juta dan RM12.86 juta pada tahun 2011,” kata KAN dalam laporannya.
Tiada pemantauan langsung
Pemantauan di peringkat JAIP dan SMA turut dikritik sebagai kurang memuaskan oleh KAN kerana gagal menubuhkan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Pemantau.
Sebagai langkah penambahbaikan, KAN menyarankan agar JAIP perlu menyediakan garis panduan atau tatacara bagi memperkemas dan mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pembekalan, penyediaan bahan mentah dan bermasak serta menerima pakai Panduan Pelaksanaan Kontrak Bekalan Bermasak Di Sekolah-Sekolah Berasrama mengikut Pekeliling Bahagian Pembangunan Dan Bekalan Kementerian Pendidikan Bil. 2 Tahun 1994.
Selain itu, JAIP perlu memerincikan spesifikasi bahan bekalan yang dibekalkan oleh kontraktor di dalam kontrak yang dimeterai dan mengadakan latihan dan taklimat kepada Penyelia Asrama/Pengelola Makanan SMA berkenaan pengurusan makanan bermasak.
Di samping itu, pihak SMA perlu mengadakan pemantauan secara harian dan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang tidak mematuhi syarat-syarat kontrak.
KAN juga menyarankan agar JAIP bekerjasama dengan agensi penguatkuasa seperti Jabatan Kesihatan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjalankan pemeriksaan premis, kesihatan pekerja, peralatan dan perkakasan dewan makan serta kualiti makanan secara berkala terhadap SMA tersebut.
Mana dia duit keuntungan rakyat RM147bilion.. hangpa bagi kepada siapa wahai NAJIB si PM Malaysia..??
15 Oktober 2012
Laporan itu menambah, sehingga tarikh pengauditan pada bulan Mei 2012, adalah didapati 14 atau 29 peratus syarikat daripada 47 syarikat telah membayar dividen bagi tahun kewangan 2010 yang berjumlah RM49.488 bilion.
- Petronas RM109,000 juta,
- Felcra (RM13.50 juta),
- Perbadanan Nasional Berhad (RM30.04 juta),
- Amanah Raya Berhad (RM2.70 juta),
- Malaysian Kuwaiti Investment Corporation Sdn. Bhd. (RM14.04 juta),
- Prokhas Sdn. Bhd. (RM 6.75 juta),
- Bank Pembangunan Malaysia Berhad (RM280 juta),
- Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (RM2.06 juta),
- Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. (RM12.32 juta) dan
- Sirim Berhad (RM2.96 juta).
Monday, September 24, 2012
Anwar bidas kerajaan tidak mahu bentang Laporan Audit sebelum bajet
Bajet 2013 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini.
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) ini berkata, Kerajaan Pusat bertindak demikian kemungkinan kerana ada agenda yang tersendiri.
Katanya, "Nazri sengaja lengahkan pembentangan audit sebelum Bajet 2013 disebabkan agenda lain."
"Nazri mungkin tidak mahu ahli Parlimen membahaskan kekurangan yang terdapat pada belanjawan itu nanti," kata beliau di bangunan Parlimen hari ini.
Nazri dipetik berkata, kelewatan pembentangan laporan itu bertujuan memberi peluang kepada wakil rakyat untuk membahaskan Bajet 2013 dengan terperinci.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu membaca laporan Ketua Audit Negara terlebih adahulu untuk memberi keadilan kepada semua pihak.
"Ini tak wajar seolah-olah untuk mengalihkan kesempatan ahli-ahli Parlimen untuk membahas berdasarkan laporan, kerana ini keputusan penilaian prestasi, daripada Ketua Audit Negara, tapi BN tolak untuk Ketua Audit Negara buat begitu.
"Kalau nak adil, laporan itu perlu dibacakan terlebih dahulu untuk ahli Parlimen membahaskannya," katanya.
Tambahnya, jika PR mengambil alih Putrajaya, beliau akan memastikan laporan audit akan dibaca terlebih dahulu sebelum bajet.
Tu dia macam nie caranya #NAJIB nak sembunyi HUDOHNYA LAPORAN AUDIT NEGARA..!!
Monday, September 10, 2012
Jangan dok percaya la puak jemuan nie TUANKU.. kes beli teropong pon tak selesai lagi...
Hamidi.
Beliau berkata kementeriannya mengambil secara positif komen tersebut dengan menganggapnya sebagai satu keprihatinan yang ditunjukkan Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas.
"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.
"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai titah Sultan Johor pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing, Johor Sabtu lepas.
Ahmad Zahid yang ditemui selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Staf Angkatan Tentera Republik China, Jeneral Ma Xiaotian di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, berkata beliau menghargai pandangan tersebut dan sekali gus menunjukkan keprihatinan baginda terhadap peralatan yang sedang dan terus digunakan oleh Rejimen Gerak Khas.
"Keprihatinan ini adalah suatu yang perlu dihargai oleh kementerian (pertahanan) dan tentunya akan diambil kira sebagai panduan terutamanya dalam pembelian aset-aset dan peralatan di bawah naungan baginda," katanya.
Sultan Johor Sultan Ibrahim pada Sabtu lepas melahirkan rasa dukacita kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.
Baginda bertitah dalam usaha kerajaan mengawal belanjawan dan perbelanjaan, pihak Kementerian Pertahanan hendaklah meneliti satu persatu pembelian yang dibuat dan memastikan peralatan yang diperolehi bertepatan dengan keperluan dan mempunyai kualiti yang tinggi.
Di samping itu Sultan Johor juga mengingatkan pihak yang berkenaan agar tidak mengambil kesempatan dalam usaha pihak tentera melengkapkan kor itu dengan peralatan terkini.
"...janganlah bekalkan peralatan yang kurang berkualiti tetapi meletakkan harga yang berlipat kali ganda," titah Sultan Ibrahim.
- Bernama
19 jabatan/agensi telah dipilih oleh Jabatan Audit Negara Negeri Kedah untuk dinilai
ALOR SETAR - Sebanyak 19 jabatan/agensi telah dipilih oleh Jabatan Audit Negara Negeri Kedah untuk dinilai di bawah Program Indeks Akauntabiliti bagi tahun ini.Thursday, September 6, 2012
Apa beza tayang punggung dengan harga teropong ini...?
Thursday, December 22, 2011
Friday, November 11, 2011
Isu lembu kak Jat : Selangor sahut cabaran Noh
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri bersedia menyahut cabaran Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk menguruskan ladang satelit dan keseluruhan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan.
Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari berkata, beliau sudahpun menghubungi Persatuan Penternak Negeri Selangor serta penternak di Negeri Sembilan dan Melaka untuk mengendalikan ladang tersebut.
Menurutnya, beliau akan membuktikan mereka berjaya dengan memberikan projek tersebut kepada penternak yang sepatutnya, bukan kepada mereka yang tidak tahu bagaimana untuk mengusahakan ladang ternakan.
“Berikan peruntukan itu untuk kami mengendalikan, tidak perlu gunakan syarikat swasta untuk menguruskannya. Bagi peruntukan itu pada Jabatan Veterinar, bila-bila masa 300 penternak di Selangor, 200 di Negeri Sembilan dan 100 di Melaka bersedia untuk masuk.
“Jabatan Veterinar Negeri Selangor bersedia membantu kita dan saya akan menulis surat kepada Menteri untuk memberikan ruang kepada saya dan penternak di Selangor, kita tawarkan juga penternak di Negeri Sembilan dan Melaka untuk masuk ke kawasan ini,” katanya.
Yaakob berkata, sekiranya Noh ingin menyelesaikan masalah tersebut, beliau perlu menyerahkan kepada penternak yang layak malah ia dapat mengurangkan sebahagian import susu, lembu tenusu dan daging lembu dari luar negara.
Dalam pada itu, beliau kesal kerana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dikendalikan seorang menteri yang tidak mempunyai pengetahuan tentang pertanian.














