Showing posts with label Jamil Khir Baharom. Show all posts
Showing posts with label Jamil Khir Baharom. Show all posts

Tuesday, November 6, 2012

Jika tiada FATWA.. Habih apa tindakan pada ULAMAK RM2juta nie..???


Tiada fatwa istilah ‘Kafir Harbi’, kata Jamil Khir.

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung istilah “Kafir Harbi” yang merujuk kepada komuniti bukan Islam di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam itu juga menegaskan, gelaran Kafir Harbi, mahupun Kafir Zimmi yang dikeluarkan terhadap pihak-pihak tertentu juga adalah bersifat peribadi.

“Sehingga kini tidak ada fatwa atau pandangan hukum berkaitan kedudukan orang bukan Islam di Malaysia sebagai Kafir Harbi atau Kafir Zimmi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri atau MKI,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.

Jamil turut menjelaskan, sebarang pandangan hukum di negara ini hanya sah dan diiktiraf selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

“Fatwa dan pandangan hukum di negara ini hanya boleh dikeluarkan pihak berautoriti.

“Oleh itu, mana-mana pendapat atau institusi selain daripada dua entiti tersebut tidak boleh dianggap sebagai fatwa, sebaliknya hukuman bersifat peribadi,” katanya lagi.

Abdul Hadi sebelum ini bertanyakan soalan mengenai tindakan yang diambil terhadap pihak yang menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di negara ini sebagai Kafir Harbi.

Presiden PAS itu juga turut menyuarakan kebimbangan penggunaan istilah sedemikian yang menurutnya boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia.

Mengulas berkenaan perkara itu, Jamil Khir berkata tidak wajar bagi seseorang menggunakan kebebasan bersuara sebagai alasan untuk mengeluarkan pandangan yang boleh mengelirukan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.

“Walaupun kerajaan meyakini prinsip kebebasan bersuara dan memberi pandangan, namun perkara yang berkait dengan isu agama merupakan isu sensitif bagi umat Islam,” katanya lagi.

Akhbar Utusan Malaysia pada Ogos lalu pernah mengeluarkan kenyataan berhubung satu temubual dengan pengasas Sekolah Agama Pondok Geting, Tumpat di Kelantan, Abdullah Sa’amah yang mengatakan adalah haram menyokong DAP kerana parti itu menolak hukum Islam dan turut melabelkan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu dengan gelaran Kafir Harbi.

Istilah Kafir Harbi merujuk kepada golongan musuh bukan Islam yang mengancam dan berperang dengan umat Islam yang mana darah mereka halal ditumpahkan.

Dalam konotasi suasana perang, ia boleh diistilahkan diperingkat negara kerana golongan Kafir Harbi itu juga turut berusaha untuk membunuh umat Islam.

Apa tindakan tuduh bukan Islam sebagai kafir harbi.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mana-mana pihak terutama media yang telah menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di negara ini sebagai Kafir Harbi, kerana hukuman seumpama itu boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia.

Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Monday, November 5, 2012

Bakal MB Kedah sudah dikenalpasti oleh BN..

oleh depakata.co.cc


DepaKata inilah bakal MB KEDAH jika BN perintah KEDAH semula...Beliau bakal bertanding di DUN GUAR CHEMPEDAK yang kini di sandang oleh Dato' Ku Rahman. Kita tunggu dan lihat apa depa dok kata nie betoi ka tidak...!!!

Sunday, October 28, 2012

Chua Soi Lek patut dilantik menjadi Menteri Agama, gantikan Jamil Khir

Chua Soi Lek cabar Ulama Umno Jamil Khir berdebat isu Hudud

PORTAL The Star milik parti komponen Barisan Nasional, MCA menyiarkan kenyataan presiden parti itu, Chua Soi Lek yang meminta Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir membuat "homework" berhubung Hukum Hudud

Ini berikutan Jamil Khir sebelum ini mengeluarkan kenyataan Hukum Hudud yang mahu dijalankan oleh Parti Islam, PAS tidak akan melibatkan atau memberi kesan kepada orang bukan Islam.



Tambah mengejutkan, Chua Soi Lek turut mencabar Jamil Khir untuk berdebat dengannya berhubung isu bagaimana Hukum Hudud akan memberi kesan kepada orang bukan Islam.

Jamil Khir barangkali sudah lupa bahawa United Malays National Organization, Umno yang diterajui Najib Razak sudah awal-awal lagi bersetuju dengan tindakan MCA yang menentang Hukum Hudud.


Malah Najib Razak sebelum ini memberi jaminan bahawa Barisan Nasional tidak akan menjalankan Hukum Hudud di Malaysia. Dengar sendiri jaminan Najib di bawah ini.


Sudah terang lagikan bersuluh, Umno dan MCA sekapal dan sekepala menentang hudud. Kerana itulah tempoh hari Presiden MCA, Chua Soi Lek ini dengan berani dan lantang menghina Hukum Hudud di depan Najib Razak ketika Perhimpunan Agung MCA. Lihat video di bawah.



ReJaM© "Chua Soi Lek patut dilantik menjadi Menteri Agama, gantikan Jamil Khir "

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/chua-soi-lek-cabar-ulama-umno-jamil.html#ixzz2AeKRWH6u

Wednesday, September 26, 2012

Macam mana nak jadi MP Jerai nie.. cakap pun auta ja lebih..!!

KUALA LUMPUR 26 September: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengaku permohonan kerajaan Malaysia untuk menambah kuota haji ditolak oleh Kerajaan Arab Saudi bukan disebabkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah April lalu.Menurutnya, permohonan tersebut ditolak disebabkan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan di Kota Suci itu.

Ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang mahukan penjelasan berkenaan langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan kouta haji tidak terjejas akibat perhimpunan tersebut, Jamil Khir cuba mengaitkan kegagalan permohonan tersebut disebabkan Bersih 3.0.

Seraya itu, beberapa Ahli Parlimen Pembangkang bangun mencelah dan menyanggah kenyataan Jamil Khir.“Renovation Datuk Menteri…Mekah tengah buat renovation,” sanggah mereka sambil disambut lain-lain Ahli Parlimen yang juga tidak berpuas hati terhadap penjelasan tersebut.


Selepas diasak, beliau akhirnya mengaku perhimpunan Bersih yang berlangsung di negara terbabit tidak menimbulkan persepsi buruk kepada Malaysia.“Ia cuma andaian sahaja…Bila berlaku perhimpunan Bersih di Mekah, ia menimbulkan persepsi mengaitkan dengan Bersih 3.0,” kata beliau dalam Dewan Rakyat.

Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini.Sebelum ini, isu kuota haji dipolitikkan kerajaan Umno BN kononnya tindakan segelintir rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas menyebabkan kerajaan Arab Saudi menyekat tambahan kuota itu. ~kd

Wednesday, September 19, 2012

Bakal calon Parlimen Jerai pembohong rupa-rupanya...!

Jamil Khir Pembohong?.. Kouta Haji Di Sekat Bukan Kerana BERSIH 3.0


Laporan dari AFP yang telah dipetik oleh Berita Harian mengenai kuota Haji ini telah membongkar penipuan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai kuota Haji.

Pada 8 Mei lalu, Jamil Khir dalam misinya untuk memburuk-burukkan himpunan BERSIH 3.0 disamping memperbodohkan rakyat Malaysia bertaka kerana BERSIH 3.0 kuota Haji mungkin disekat atau digantung.Kata Jamil Khir Kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau mengantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia ekoran tindakan segelintir rakyat negara ini mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah baru-baru ini.


Jamil Khir Baharom juga berkata perkara itu dinyatakan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad A. H. Al-Rashid dalam perjumpaan mereka pada Jumaat lepas berhubung perkara itu."Saya menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia menentang kelakuan ini (perhimpunan di Mekah dan Madinah), apa lagi jika ia dilakukan di luar negara Malaysia," katanya kepada pemberita.

Jamil Khir berkata lagi perhimpunan haram seperti ini sangat sensitif kepada kerajaan Arab Saudi, ditambah dengan keadaan di Timur Tengah yang baru sahaja dilanda gejolak “kebangkitan Arab", di mana rakyat dihasut untuk menentang kerajaan-kerajaan mereka.Sehingga hari ini Arab Saudi tidak pernah mengenakan sebarang hukuman terhadap Malaysia walaupun hukuman sekatan dan mengantung itu pernah dibuat ke atas negara lain.

Kerajaan sangat bimbang jika Arab Saudi mengambil satu tindakan drastik berkaitan dengan kuota dan jumlah visa yang dikeluarkan untuk tahun ini. Itu semua kata-kata Jamil Khir yang disiarkan Utusan di ( SINI )..Dan malang buat Jamil Khir pembohongannya terbongkar akhirnya..bilamana sebuah akhbar tempatan di Arab Saudi mendedahkan Kementerian terbabit memohon maaf kepada semua negara yang meminta supaya jumlah jemaah haji tahun ini ditambah...(kerana) projek pembangunan raksasa di Makkah dan Madinah..


Jelas kini.. demi untuk memuaskan hati Najib.. Jamil Khir yang diketahui umum punya asas pendidikan ugama sanggup membelakangkan soal haram dan halal..Demi sesuap nasi juga.. Jamil Khir bertukar menjadi MUNAFIK!!! memang haram jadah!! ~asd

Wednesday, June 20, 2012

Aduhai Jamil Khir.. Jika sekadar nak dapat nasihat TOK IMAM SEDAKA pun boleh bagi...!!!


Bisisng merata kata langgaq fatwa..bila tanya kata nasihat la pulak... terra nie la kelaku umno bn...serupa la dgn isu 3Billion... bila suruh bercakap...semua kancing gigi...

Saturday, March 31, 2012

Jawapan Ustaz Azhar Idrus berkaitan ulasan JAMIL KHIR tentang Isu Janji Syurga



 'Undi Pas masuk syurga janji kosong'
Wartawan Sinar Harian
1 April 2012
Jamil Khir
YAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, masuk syurga hanya dijanjikan oleh ALLAH swt kepada manusia yang beriman dan bertakwa dan tidak pernah dijanjikan kepada manusia yang menyokong parti politik tertentu.

"Syurga ini bukan milik manusia tetapi milik ALLAH," kata beliau kepada pemberita selepas majlis Ceramah Politik Semasa di Kampung Selengkoh di sini malam tadi.

Oleh yang demikian, katanya, kenyataan kononnya sesiapa memberi sokongan dan mengundi Pas akan masuk syurga hanya satu janji kosong yang dilakukan semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

Dipetik Bernama, Jamil Khir berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bahawa Pas tetap dengan pendirian meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan aspek syurga apabila seseorang itu menyokong parti tersebut ketika pilihan raya.

Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.

Ketika menjawab kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang dikeluarkan sehari sebelum itu pada Wacana Sinar Harian,  Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mempelajari agama terdahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Tiap-tiap orang yang bercakap soal Islam dia akan sebut soal syurga dan neraka, dia (Datuk Abd Rahman) kena ingat, bercakap ini ada soal pahala dan dosa, jangan cakap sembarangan,” kata Nik Abdul Aziz.
Abd Rahman mendakwa Pas melakukan rasuah politik paling tinggi dengan menjanjikan syurga kepada pengundi.

Dalam pada itu, seramai 20 penyokong Pas menyerahkan borang untuk menyertai Umno. Mereka yang diketuai Md Sofi Abd Latif menyerahkan borang kepada Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan Umno Kedah.

Friday, March 9, 2012

Bukti Penyelewengan Wang Zakat

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] hari ini mededahkan bahawasanya berlaku penyelewengan di dalam urus tadbir zakat oleh MAIWP. Pendedahan ini diketuai oleh Saudara Kamaruzaman Mohamad selaku Pengarah Task Force Zakat DPPM, Saudara Yusapiza Yaacob selaku Penolong Setiausaha 3 DPPM dan Saudara Suhaimi Abdul Aziz selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

“Sidang media ini adalah kerana Dato’ Seri Jamil Khir selaku Menteri Agama enggan menjawab persoalan-persoalan yang telah kami timbulkan dalam siri pendedahan yang terdahulu”, jelas saudara Kamaruzaman Mohamad selaku pengarah task force zakat DPPM. Antara yang pernah ditimbulkan oleh DPPM ialah :

1. Mengapa lebih 40% duit zakat tidak pergi langsung ke asnaf,

2. Mengapa sehingga RM 23 juta diberikan kepada Amil,

3. Apakah perincian perbelanjaan RM 2 juta bagi belanja mengurus Yayasan Taqwa (YT) dan minta didedahkan akaun YT,

4. Dimana bukti RM 800,000 yang tidak dinyatakan dalam Laporan Maiwp di bawa ke 2011,

5. Dimana hasil audit dalaman YT.

Hari ini, DPPM dalam sidang medianya telah mendedahkan 2 dokumen yang berkaitan dengan satu transaksi wang zakat ke Yayasan Taqwa. “ Pada kami, transaksi seperti ini mengandungi conflict of interest dan pelanggaran kepada konsep urus tadbir yang baik.

Dokumen tersebut menjelaskan berlakunya permohonan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Baitulmal terhadap permohonan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan melalui Pengurus Besar Yayasan Taqwa Haji Ahmad Ayob Haji Ibrahim dengan pertambahan kepada RM4 juta daripada RM1 juta yang dipohon.

“Kenapa peruntukan yang diluluskan lebih dari yang dipohon? Ke manakah pula wang RM 4 Juta itu dibelanjakan? Dan sila dedahkan segera audit dalaman Yayasan Taqwa segera”, tegas beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau, wang zakat adalah harta orang Islam yang diambil dan dipertanggungjawabkan kepada institusi tertentu untuk mengagihkannya kepada asnaf yang telah ditetapkan. Beliau juga memuji tindakan MAIWP yang telah membentuk satu skuad untuk mencari asnaf baru-baru seperti yang dilaporkan di dalam Utusan pada 17 Febuari.

“Tindakan menubuhkan skuad ini merupakan satu tindakan yang menarik berkemungkinan rentetan daripada siri pendedahan yang telah kita buat sebelum ini. Penubuhan skuad ini juga memberi bukti bahawasanya masih ada asnaf di sekitar Wilayah Persekutuan. Hari ini sekiranya kita melihat di sekitar Bandaraya kita ini, nescaya kita akan terjumpa masyarakat gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal”.

Tambah beliau lagi, “Sepatutnya tidak perlu ada Yayasan Taqwa kerana sudah ada Baitulmal yang berperanan selaku pengurus dan juga pengagih kepada wang zakat. Sampai RM2 juta wang yang diperlukan untuk membiayai kos pengurusan Yayasan Taqwa ini. Kita mengandaikan sekiranya dipecahkan kepada angka RM5 ribu untuk diagihkan, hampir 400 orang akan mendapat manfaat dengan jumlah RM2 juta itu tadi. Jadi kami berpendapat Yayasan Taqwa perlu ditutup dan pekerjanya perlu diserap masuk ke dalam MAIWP!”.

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga hari ini meminta daripada Dato’ Seri Jamil Khir untuk menjawap dengan kadar segera persoalan yang ditimbulkan oleh mereka.

“Kami beri tempoh seminggu, sekiranya masih mendiamkan diri dan tidak memberikan jawapan yang memuaskan hati umat Islam, kami akan buat laporan polis atau kepada pihak SPRM untuk menyiasat perkara ini”, tegas beliau.

Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kepada Dato’ Seri Jamil Khir untuk menjelaskan 3 perkara tersebut :

  1. 1. Kenapa peruntukan yang diluluskan lebih dari yang dipohon?
  2. 2. Ke manakah wang RM4 Juta itu dibelanjakan?
  3. 3. Dedahkan audit dalaman Yayasan Taqwa segera !

Monday, February 13, 2012

Baitulmal: Jamil Khir mohon, dia sendiri lulus?

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan bagaimana orang yang sama iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memegang jawatan Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh memohon dan meluluskan peruntukan dari Baitulmal MAIWP.

Ketuanya, Nasrudin Hassan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS mendakwa, perkara tersebut menimbulkan persoalan bagaimana jumlah permohonan berjumlah RM1 juta tetapi diluluskan RM4 juta itu dilakukan oleh Jamil Khir yang merupakan pemohon serta yang meluluskan permohonan tersebut.

"Persoalan ini perlu dijawab dan kami mahu Jamil Khir menjelaskan perkara tersebut yang telah menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau yang juga merupakan Pengerusi MAIWP dan juga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh meluluskan permohonan tersebut.

"Dalam pada itu juga permohonan yang dibuat oleh Yayasan Taqwa haya RM1 juta tetapi kelulusan dari Baitulmal MAIWP adalah sebanyak RM4 juta," jelasnya.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata Yayasan Taqwa jua mendakwa bahawa RM2 juta yang dibelanjakan untuk pengurusan bukan sekadar perbelanjaan pengurusan tetapi meliputi semua perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan program.

"Kita melihat perincian perbelanjaan tersebut telah diperakui dan disahkan mengikut skim mahupun peraturan yang ditetapkan malah ia diperakui oleh semakan audit.

"Tetapi demi kepentingan pembayar zakat dan sensitiviti seluruh umat Islam maka kita hari ini turut mendesak agar Jamil Khir membuat pendedahan secara terperinci perbelanjaan pengurusan RM2 juta itu, tindakan ini adalah sebagai menghapuskan keraguan yang timbul," katanya lagi.

Katanya lagi, untuk apa diwujudkan Yayasan Taqwa kerana pada masa sekarang peranan MAIWP dalam urusan menyampai bantuan zakat sudah mencukupi apatah lagi dengan bantuan kakitangan yang cekap dalam urusan tersebut termasuk segala maklumat penerima yang ada.

"Kita melihat permohonan RM4 juta itu kalau diberikan kepada mereka yang layak menerima zakat sudah tentu lebih ramai dapat merasakannya tetapi wang tersebut disalurkan kepada sebuah yayasan yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi.

"Malah perbelanjaan RM2 juta itu juga satu yang besar, kalau dikira berapa ramai penerima zakat dapat menikmati wang tersebut jika ia disalurkan melalui sebuah badan yang layak," sambungnya lagi.

Dalam masa yang sama Dewan Pemuda PAS Pusat juga ingin penjelasan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas tujuan apakah Yayasan Taqwa yang berada di bawah MAIWP itu ditubuhkan sedangkan sebelum ini segala urusan mengenai zakat telah dilakukakan oleh pihak Baitumal MAIWP.

Wednesday, February 8, 2012

Jamil Khir... pie mana pulak RM800 000 nie..hang jawab sat..???

Kenapa RM800,000 tiada dalam laporan 2010 MAIWP?

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Dakwaan penyalahgunaan wang zakat yang dikaitkan dengan Datuk Seri Jamil Khir Baharom kini semakin menimbulkan tanda tanya, apabila perbelanjaan Yayasan Taqwa sebanyak RM800,000 tidak dilaporkan di dalam Laporan Tahunan 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Selain itu, perbelanjaan pergurusan Yayasan Taqwa turut menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak apabila didapati terlalu besar dan tidak munasabah sehingga mencecah RM2 juta.

Pengarah Task Force Zakat, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kamaruzaman Mohamad berkata, mengikut laporan tahun 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pendapatan Yayasan Taqwa sebanyak RM7.78 juta.

Menurutnya, perbelanjaan yayasan itu pula sebanyak RM6.98 juta yang jelas menunjukkan sebanyak RM800,000 tidak dilaporkan di dalam laporan tahunan MAIWP bagi tahun 2010 yang lalu.

Katanya, pihaknya juga mendapati belanja pengurusan Yayasan Taqwa sehingga RM2 juta adalah sangat tinggi, tambahan pula yayasan tersebut hanyalah mempunyai seorang pengurus besar dan 17 orang kakitangan sahaja.

"Mengikut kadar peratusan penyaluran duit zakat yang dilaksanakan oleh Yayasan Taqwa kepada asnaf didapati agihannya sebanyak RM4.98 juta atau 64 peratus, manakala pengurusan sebanyak RM2 juta atau 36 peratus.

"Kenapa peratusan penyaluran agihan kepada asnaf hanya 64 peratus sahaja, sedangkan asnaf yang memerlukan masih ramai yang tidak mendapat bantuan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Di samping itu, menurutnya, pihaknya turut mendapati laporan lengkap tahunan Yayasan Taqwa tidak disertakan bersama di dalam laporan tahunan MAIWP.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menjelaskan, Yayasan Taqwa adalah agensi yang berada di bawah MAIWP yang ditubuhkan pada tahun 1990 dan dipengerusikan oleh Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehwal agama.

"Dengan ini, kami mendesak Datuk Seri Jamil Khir menjawab ke manakah wang sebanyak RM800,000 yang tidak dilaporkan di dalam laporan tahunan 2010 itu telah dibelanjakan?" katanya.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga, tegasnya, mendesak Jamil menjelaskan kenapa perbelanjaan pengurusan Yayasan Taqwa terlalu tinggi sehingga mencecah RM2 juta.

"Kesemua perkara itu perlu dijelaskan dengan segera dan terperinci oleh Datuk Seri Jamil Khir. Sekiranya dikatakan wang yang dibelanjakan itu pula bukan wang zakat, sila jelaskan dengan terperinci," tegasnya.

Sebelum ini, Jamil Khir turut didakwa menyalahgunakan wang Yayasan Taqwa untuk program politik beliau di Kedah, di samping itu beliau dikaitkan dengan penyalahgunaan wang zakat MAIWP untuk tujuan kos guaman kes qazaf.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sehubungan itu turut mendesak pihak terbabit melantik segera satu badan bebas untuk mengaudit perjalanan Yayasan Taqwa secara menyeluruh.

Friday, February 3, 2012

JAMIL KHIR kencing beradap... dia ingat rakyat JERAI bodoooo kot...

Ini kenyataan beliau dalam UTUSAN hari ini..
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/426224_2561153590689_1309530202_32072978_951538516_n.jpg

Ini pulak Jawapan dalam hanset parlimen yg mana
MP JERAI Ust Firdaus Jaafar bertanyakan soalan...
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/423402_2561152950673_1309530202_32072976_2001020592_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/408064_2561153470686_1309530202_32072977_1825266805_n.jpg

Thursday, February 2, 2012

Menteri Agama nafi guna wang Yayasan Taqwa

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan wang peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politiknya di Jerai.

NONEBahkan beliau juga menjelaskan bantuan yang diberikan bukan menggunakan duit Yayasan Taqwa.

"Ini dakwaan tidak betul. Ia bukan duit Yayasan Taqwa.... Matlamat penubuhannya beroperasi Yayasan Taqwa di luar Wilayah Persekutuan. Sebab itu kita tengok seluruh Malaysia, bukan setakat Jerai sahaja.

"Seluruh negara kita beri bantuan melalui Yayasan Taqwa. Baru ni saya bagi bantuan di Terengganu dan Kelantan," katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Semalam Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa Jamil menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai.

NONEAntaranya bantuan yang diberikan mesin rumput, pam racun dan berbagai-bagai bantuan kepada penduduk di kawasan yang didakwa akan ditandinginya.

Yayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan dan sepatutnya menjaga kebajikan penduduk di Wilayah Persekutuan.

Wednesday, February 1, 2012

Duit Zakat MAIWP depa mai tabuq kat Jerai...!!!

PAS dakwa menteri salah guna dana Yayasan Taqwa

PAS hari ini mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai.

NONEYayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan.

"Kita dapat maklumat pengerusi MAIWP Datuk Seri Jamil Khir guna peruntukan Yayasan Taqwa untuk biayai program politik kawasan Jerai.

"Beliau bagi mesin rumput, pam racun... Hasil negeri Wilayah Persekutuan diberikan kepada penduduk miskin di negeri itu contohnya untuk penduduk setinggan, penduduk PPR, tetapi ambil pergi ke Jerai," kata naib ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Nasaie Ismail

Mohd Nasaie yang juga adalah setiausaha akhbar presiden PAS berkata pihaknya menyedari perkara ini berlaku pada tahun lalu, dan tidak pasti sama ada ia pernah berlaku sebelum itu.

"Kita sedar sejak 2011, sekurang-kurang lima program bawah menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa," katanya.

NONEBagaimanapun, setakat ini pihaknya tidak dapat menentukan berapa jumlah yang digunakan oleh Jamil (kiri).

Menurut Nasaiei, beliau juga menerima laporan daripada penduduk dan pengundi Jerai bahawa hal ini "sudah masyhur" di kawasan Jerai dan kawasan sekitarnya seperti Yan dan Guar Chempedak.

Mohd Nasaie berkata beliau difahankan Jamil sedang berusaha untuk menjadi calon di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.

Friday, January 13, 2012

Tidak layak guna wang zakat untuk kes qazaf

PKR: Tidak layak guna wang zakat untuk kes qazaf


KUALA LUMPUR, 13 Jan — PKR terus memberikan tekanan terhadap Datuk Seri Jamil Khir Baharom dengan menegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak layak menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guamannya dalam kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail (gambar), Jamil Khir dan dua Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menghalang hukum Islam daripada dilaksanakan dalam kes Anwar.

Dua pegawai MAIWP itu adalah setiausahanya Datuk Che Mat Che Ali yang juga Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

“Alasan mereka bahawa wang zakat diwajarkan penggunaannya sebab mereka termasuk dalam Asnaf fisabillah, mereka tergolongan di kalangan yang mempertahankan kedaulatan institusi Islam. Apakah orang yang menggunakan kedudukan menghalang seorang yang difitnah membawa kes ke mahkamah syariah dianggap mempertahankan kedaulatan institusi Islam?

“Adakah orang yang menggunakan kedudukan mereka menyekat pendakwa syarie meneruskan dakwaan qazaf ke atas (Mohd) Saiful (Bukhari) (Azlan) yang membuat tuduhan tanpa menampilkan saksi boleh dianggap mempertahankan kedaulatan Islam,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan.

Malah kata Saifuddin, Ahli Parlimen Machang ini tindakan Jamil Khir yang menafikan penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman itu terus menimbulkan banyak persoalan ekoran bukti-bukti baru yang didedahkan parti itu.

“Apakah jika mereka menggunakan kedudukan untuk berbuat demikian maka mereka dibolehkan menggunakan wang zakat untuk membayar khidmat guaman mereka?

“Adalah jelas mereka bukan mendaulatkan Islam bahkan merekalah yang menghalang hukum Islam daripada dilaksanakan,” katanya.

Beliau menambah kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan Che Mat bahawa wang zakat boleh digunakan untuk mempertahankan institusi Islam mengundang lebih banyak persoalan.

Semalam PKR membuat laporan polis berhubung perkara ini dan menamakan Jamil Khir, Che Mat dan Shamsuddin atas kesalahan penyalahgunaan wang zakat.

Saifuddin turut menyentuh tentang pelantikan peguam yang mewakili ketiga-tiga individu Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menjadi ahli majlis MAIWP pada 25 Julai 2011.

Katanya, Jamil Khir perlu tambil memberi penjelasan berhubung persoalan yang dibangkitkan parti itu menambah “ berdiam diri bukanlah jalan terbaik.”

Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 dikeluarkan daripada dana zakat MAIWP bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk ketiga-tiga mereka.

Bagaimanapun Jamil Khir menafikan perkara itu menegaskan beliau telah membayar kos guaman menggunakan geran kerajaan dan bukan wang zakat.

Thursday, January 12, 2012

ISU ZAKAT : ASNAF ATAU PINJAM?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat penjelasan Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali yang merujuk kepada kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh bahawa penggunaan wang zakat kes guaman adalah dibolehkan demi mempertahankan kedaulatan Islam merupakan suatu kenyataan yang amat pelik dan mengelirukan. DPPM merasa kesal kerana Datuk Che Ali Che Mat begitu mudah menghalalkan penggunaan wang zakat oleh Datuk Seri Jamil Khir dan MAIWP dengan alasan ‘mempertahankan kedaulatan Islam’.

DPPM mempersoalkan, bagaimana Datuk Che Ali Che Mat boleh mendefinasikan kes penggunaan wang zakat sebagai ‘mempertahankan kedaulatan Islam’. Ini kerana saman yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap individu terbabit kerana beliau mahu membawa kesnya di mahkamah syariah. Sebaliknya ia dinafikan dan akhirnya ia dibawa ke mahkamah sivil. Adakah usaha mempertahankan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dibawa ke mahkamah syariah juga boleh dikategorikan sebagai ‘mempertahankan kedaulatan Islam’? Bukankah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya dianggap ‘mempertahankan kedaulatan Islam’ kerana mahu membawa kesnya ke mahkamah syariah dengan mengikut undang-undang Islam, tetapi haknya dinafikan sehingga beliau diheret ke mahkamah sivil.

Selain itu, sekiranya benar duit zakat yang digunakan oleh Datuk Seri Jamil Khir adalah ‘untuk mempertahankan kedaulatan Islam’, mengapa duit zakat itu dipulangkan balik? Mengapa ia tidak terus dianggap sebagai asnaf yang layak mendapat zakat? Pemulangan duit zakat itu menunjukkan seolah-olah MAIWP bersetuju bahawa duit zakat itu tidak patut digunakan untuk kos guaman maka ia perlu dipulangkan balik setelah mendapat peruntukan kerajaan.

Adakah dengan kenyataan Datuk Che Ali Che Mat menunjukkan MAIWP mengakui bahawa kos pendahuluan untuk kes guaman tersebut menggunakan duit zakat. Jika begitu, mengapa daripada awal MAIWP dan Datuk Seri Jamil Khir menafikan penggunaan duit zakat sebaliknya menjelaskan ia diambil dari peruntukan kerajaan.

Jika Datuk Ali Che Mat mengakui demikian, ia bermakna MAIWP dan Datuk Seri Jamil Khir telah berbohong kepada rakyat sehingga akhirnya terpaksa mengakui malah membenarkan penggunaan duit zakat atas alasan untuk ‘mempertahankan kedaulatan Islam’. Sudahlah berbohong, menghalalkan penggunaan duit tersebut pula demi mendaulatkan Islam. Seolah-olah bagi Datuk Che Ali, duit itu adalah halal untuk kegunaan kos guaman Datuk Seri Jamil Khir dan beberapa orang yang lain.

DPPM musykil adakah dengan kenyataan ini ia bermaksud mereka yang mempunyai kes mahkamah dengan isu yang sama seperti Datuk Seri Jamil Khir berhak mendapat zakat sebagaimana keistimewaan yang diterima oleh beliau. Jika demikian DPPM akan mewar-warkan kepada umat Islam yang mempunyai kes mahkamah atas isu yang berkaitan boleh memohon zakat kerana alasan ‘ingin mempertahankan kedaulatan Islam’. Mungkinkah umat Islam boleh mendapat hak dan layanan yang sama seperti yang dinikmati oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri?

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tuesday, January 10, 2012

Jawab lekaih JAMIL KHIR jawab.. nie depa tunjuk resit pulak nie..???

PKR dedah bukti Jamil Khir dan dua pegawai MAIWP gunakan wang zakat

January 11, 2012

PETALING JAYA, 11 Jan — PKR hari ini menolak penafian Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung penyalahgunaan wang zakat menambah akan mengemukakan laporan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama dokumen yang menyokong dakwaan itu.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) hari ini mengedarkan kepada pemberita dokumen-dokumen yang menunjukkan Jamil Khir dan dua pegawai kanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menggunakan RM63,650 wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2010.

Dokumen pertama menunjukkan baucer pembayaran dari MAIWP berjumlah RM32,150 bertarikh 29 April 2010 kepada sebuah firma guaman sebagai “pembayaran kos guaman untuk kes Datuk Seri Anwar Ibrahim lawan Shahsuddin Hussain, Datuk Che Mat Che Ali dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom”.

Dinyatakan dengan jelas baucer itu telah disalurkan dari wang zakat MAIWP.

Jamil Khir, menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, sementara Che Mat adalah Setiausaha MAIWP dan Shahsuddin adalah ketua pendakwa MAIWP.

Menurut Nik Nazmi, baucer pembayaran itu telah didedahkan kepada PKR oleh pegawai MAIWP tahun lepas dan perkara itu kemudian dibangkitkan di Parlimen pada Jun oleh Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail.

“Kamu kemudian membawa kes ini kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) untuk tindakan selanjutnya. PAC kemudian meminta satu siasatan dilakukan oleh Ketua Audit Negara,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia ini turut mengedarkan salinan sepucuk surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kepada Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid bertarikh 21 November 2011 mengesahkan RM63,650 wang zakat telah digunakan untuk membiayai kos guaman ketiga-tiga individu itu,

Dalam surat itu, Ambrin mengesahkan Che Mat telah meluluskan satu bayaran interim berjumlah RM31,500 dari MAIWP “peruntukan sumber untuk khidmat guaman” pada 28 Januari 2010.

“Pembayaran ini telah diluluskan pada 9 Februari 2010 melalui baucer No. 2010B01304, untuk menggunakan wang zakat terlebih dahulu memandangkan geran kerajaan masih belum diterima,” kata Ambrin.

Ambrin juga mengesahkan pembayaran baucer kedua MAIWP berjumlah RM32,150 pada 29 April 2010, menjelaskan ia adalah untuk menyelesaikan kos guaman dalam kes qazaf.

Beliau berkata MAIWP telah menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun dan Disember tahun lepas, majlis agama itu menggunakan wang itu untuk membayar balik RM63,650 wang zakat.

“Dalam penafiannya, Jamil Khir tidak pernah menyentuh tentang pengesahan laporan Ketua Audit Negara mengenai dua pembayaran itu - pada Februari 2010 dan April — yang menggunakan wang zakat.

“Menurut Ketua Audit Negara, wang itu digantikan pada Disember, enam bulan selepas digunakan,” kata Nik Nazmi.

Katanya, walaupun wang zakat telah diganti semula namun perbuatan ketiga-tiga individu itu menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman melanggar Kanun Jenayah.

“PKR berpendapat penyalahgunaan sedemikian adalah perkara yang serius bagi sesebuah institusi Islam. Saya akan buat laporan di balai polis Dang Wangi pada pukul 11 pagi esok dan serahkan dokumen ini,” katanya.

Semasa menafikan dakwaan itu tahun lalu, Jamil Khir menegaskan beliau telah membayar kos guaman menggunakan geran kerajaan dan bukan wang zakat.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/395875_2419445808083_1309530202_32027738_1749934129_n.jpg

jumpa kat facebook..

Thursday, January 5, 2012

Jamil Khir secara nyata dan jelas telah memperlekeh integriti dan kredebiliti laporan Ketua Audit Negara

Zakat: Jingga 13 minta penjelasan Ketua Audit

PUTRAJAYA, 5 Jan: Ketua Audit Negara diminta menjelaskan kepada umum percanggahan fakta yang telah dibuat Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyangkal penggunaan wang zakat olehnya dan dua yang lain.

Sehubungan itu, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa menyerahkan surat kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang di sini, petang ini.

Menurut Fariz, surat itu berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahguna kuasa menggunakan wang zakat terhadap Jamil Khir, Pengarah MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

“Ketibaan kami untuk penyerahan surat itu disambut oleh Pegawai Khas Ketua Audit Negara, Jamilah Jais yang menerima surat bagi pihak Ambrin yang sedang bermesyuarat,” ujarnya.

Menurutnya, Ambrian perlu membuat penjelasan segera bagi mengelakkan kekeliruan yang lebih besar kerana jelas wujud percanggahan laporan.

Beliau di dalam satu kenyataan menyatakan pihaknya prihatin terhadap kenyataan yang dibuat oleh Jamil Khir selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang dilaporkan oleh Bernama bertajuk “Jamil Khir Perjelas Dakwaan Seleweng Wang Zakat”.

Baginya, ia ternyata menyimpang dan cuba memutarbelitkannya malah ternyata memperlekehkan laporan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Audit Negara.

Katanya, pada 21 Jun 2011 , Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri , Datuk Dr Mashitah Ibrahim telah mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan wang zakat ketika menjawab soalan Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Machang dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen.

Menruutnya, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara kepada YB Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bertarikh 21 November 2011 , di mana pemeriksaan audit telah dijalankan di MAIWP terhadap pembelanjaan bagi kos guaman RM63,650 bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata telah mengesahkan bahawa wujud penyelewengan dan salahguna kuasa terhadap wang zakat selama hampir sebelas (11) bulan ( Februari – Disember ) tetapi telah dinafikan oleh Jamil Khir.

Beliau mendakwa Jamil Khir juga secara nyata dan jelas telah memperlekeh integriti dan kredebiliti laporan daripada Ketua Audit Negara dan memutarbelit fakta dqan berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sepertimana yang dimaklumkan, ujarnya bahawa isu pembayaran balik wang zakat oleh MAIWP adalah tidak timbul dengan menggunakan geran kerajaan, tetapi sewaktu pembayaran dibuat terhadap kos guaman sejumlah RM63,650 selama hampir sebelas (11) bulan adalah menggunakan wang zakat.

“Justeru, Jingga 13 hari ini menyampai surat kepadaTan Sri Ketua Audit Negara memohon agar satu penjelasan dan respons segera dibuat kerana kredebiliti dan integriti Jabatan Audit Negara telah diperlekeh dan dinafikan oleh Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom,” ujarnya.

Saturday, December 31, 2011

Jawapan Jamil masih bercanggah dengan Mashitah dan Ketua Audit Negara

Akhirnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum tampil memberikan jawapan bahawa pembayaran kos guaman beliau bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain bagi menghadapi kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan peruntukan kerajaan, bukannya wang zakat.

Namun Jamil Khir tidak menjawab percanggahan Jawapannya dan MAIWP pada hari ini dengan jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Peguam Zainul Rijal Talha dan Amir dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Pada 21 Jun 2011, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (timbalan Jamil sendiri) mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab YB Saifuddin Nasution di dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen.

YB Saifuddin sendiri telah menunjukkan baucer bayaran yang secara terang menulis bahawa pembayaran dibuat menggunakan wang zakat.

Pada 23 Jun 2011 peguam Zainul Rijal Talha dan Amir meminta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan tentang penggunaan wang zakat bagi membiayai kos guaman.

Pada 21 November 2011, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Ini memandangkan geran kerajaan tidak dapat menampung pembayaran yuran guaman tersebut. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun 2010, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.

Jamil seharusnya tahu bahawa pemulangan semula wang tersebut tidak menjadikan tindakan awal menggunakan wang zakat itu tindakan yang betul sama ada daripada segi hukum syarak mahupun prosedur perbendaharaan kerajaan.

Lainlah sekiranya Jamil menganggap dirinya salah satu daripada lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Sekiranya Jamil beranggapan demikian, tidak perlu lah dipulang semula wang tersebut menggunakan geran kerajaan!

Justeru jawapan Jamil setakat ini masih tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan. KEADILAN tetap akan membuat laporan polis pada minggu hadapan.

Nik Nazmi Nik Ahmad @ ADUN Seri Setia Selangor

http://www.niknazmi.com/wordpress/?p=3131

Seleweng Duit Zakat : Betulkah Jamil Khir terima kata dua dari Umno Bahagian Jerai?

Datuk Seri Jamil Khir yang dikaitkan dengan penyelewengan RM63,650 wang zakat MAiWP baru-baru ini turut menerima kata dua daripada Umno Bahagian Jerai, Kedah.

Beliau dilaporkan memberi layanan dingin dengan beberapa pemimpin Umno bahagian Jerai kerana menasihatkan beliau supaya selesaikan masalah peribadi demi masa depan parti.

Sumber tempatan mendedahkan, Umno Bahagian turut mendesak Jamil supaya segera selesaikan skandal tersebut sekiranya masih mahu meneruskan hasrat bertanding di Parlimen Jerai.

“Ini bukan masalah beliau (Jamil) calon pilihan Najib atau tidak, ini masalah hidup mati Umno di sini (parlimen Jerai) sekiranya Umno terlibat dalam hal-hal agama (seleweng duit zakat).

“Tidak ada gunanya kalau beliau berjaya menggunakan kedudukannya mengambil duit kementerian untuk taja 20 (hingga) 30 pemimpin masyarakat tempatan pergi haji baru-baru ini kalau semua orang kampung percaya beliau seleweng duit zakat,” ujar pemuda Umno berkenaan.

Parlimen Jerai ketika ini disandang oleh Ustaz Firdaus Jaafar yang juga ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia.

http://networkedblogs.com/sd3gK

Friday, December 30, 2011

Jamil ka Amil.. Jika rakyat buat kompom kena hukum.. mai Geng Depa.. Macam-macam dalil deberikannya..!!

Anak Bini Jamil Khir MAKAN PISANG

Malaysia ada berpuluh-puluh mufti. Seekor haram pun tak bersuara tentang kes Jamir Khir. Gamaknya tok-tok mufti kita asyik sibuk jaga peti masing-masing. Perbuatan Jamil Khir menyeluk tangannya kedalam tabung duit zakat dan mengambik duit RM63,650.00 adalah perbuatan busuk, lebih busuk dari daging babi yang busuk disumbat dalam lubang najis babi.

Jangan double-standard, jgn pilih bulu. Bulu ada ka, bulu dah gugur ka, tak kira. Jamil Khir memang patut kena balun 9 sroke. Sebab dia kapur 3 kali ganda dari amil zakat di Johor Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510.

Duit zakat mana boleh pinjam-pinjam. Mana boleh geran-geran. Che Mat balaci kata duit zakat boleh digeran-geran. Pala bala Che Mat lah.

Buat rumah besar gedabak ada duitnya. Nak bayar upah lawyer mengapur duit zakat. Apa punya low-class menteri agama.

Kesian. Inilah menteri paling miskin. Jamil Khir dah tak berduit sangat. Jamil Khir dah termasuk dlm golongan asnaf ke 44. Terpaksa menyeluk tabung zakat. Kesian anak-beranak Jamil Khir dapat bapak menteri miskin.

Apa gamaknya anak beranak Jamil Khir makan, makan pisang kot? Pagi makan cokodok, tengahari lepat, petang makan pengat. Malam makan kulat. Kah kah kah kah!!!