Showing posts with label Chua Soi Lek. Show all posts
Showing posts with label Chua Soi Lek. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

MTUC pulak kecam Chua Soi Lek....!!!

Chua hanya pentingkan golongan atasan, kata MTUC

 Chua berkata MCA akan memberi sokongan penuh kepada para majikan dan pengusaha yang menerima kesan akibat kelewatan berkenaan. – Gambar fail

KUALA LUMPUR, 24 Jan—Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam satu kenyataan mengecam Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana mempertikaikan pindaan gaji minimum yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor mendakwa sikap Chua tersebut menunjukkan dengan jelas pemimpin MCA tersebut terpaksa mengikut cakap bos mereka yang terdiri daripada orang atasan.

“MCA sebagai wakil kepada yang kaya mempunyai pilihan terhad dan terpaksa lantang untuk memenuhi permintaan bos dalam indsutri.

“Sudah difahami Chua tidak ambil kisah terhadap keperluan pekerja yang bersusah-payah setiap hari dengan gaji serendah RM500 sebulan,” kata Abdul Halim.

Abdul Halim menyifatkan tindakan Chua yang memberikan kata putus kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramanian bukan mengejutkan dan menasihatkan presiden MCA tersebut untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyelesaikan perkara yang dibangkitkannya itu.

“MTUC menggesa Putrajaya tidak berpatah balik dengan keputusan mereka sebelum ini.

“Dr Chua wajar bertemu dengan Perdana Menteri memandangkan Rang Gaji Minimum telah diluluskan dalam mesyuarat Menteri Kabinet yang juga diwakili oleh MCA,” tambah beliau lagi.


Sebelum ini MCA memberi amaran kepada Subramaniam supaya menyelesaikan segera isu dasar gaji minimum sebelum perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Februari ini bagi mengelak kekeliruan dan kerugian ke atas majikan.

Chua berkata, jika Subramaniam gagal mengemukakan penyelesaian terbaik terhadap isu berkaitan dasar itu sehingga tarikh tersebut, MCA akan memberi sokongan penuh kepada para majikan dan pengusaha yang menerima kesan akibat kelewatan berkenaan.

Menurutnya, sokongan itu turut diberi kepada majikan dan pengusaha terbabit sekiranya ingin mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi membantah kelewatan tersebut.

Pelaksanaan gaji minimum, yang berkuat kuasa pada 1 Januari, menetapkan gaji perlu dibayar secara minimum kepada pekerja sebanyak RM900 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak.

Wednesday, November 21, 2012

Hudud dan Soi Lek: Bukti Umno gagal

Syis Abdul Kadir

Sekali lagi Datuk Sri Chua Soi Lek mengeluarkan kenyataan anti-hudud dengan menyatakan bahawa 1.2 juta rakyat Malaysia bakal menganggur jika hudud dilaksanakan. Pernyataan ini jelas menunjukkan Umno gagal dalam memimpin Barisan Nasional serta memberi kefahaman Islam kepada rakan kerjasama yang bukan Islam.

Pada 4 Disember tahun lalu, beliau telah membuat kenyataan jika dilaksanakan hudud Malaysia akan kehilangan pelabur serta hukuman ini bias serta zalim terhadap kaum wanita. Seterusnya pada 1 Julai baru-baru ini, beliau sekali lagi mengeluarkan kenyataan anti-hudud apabila memberi respon bahawa ADUN Kemelah sudah kehabisan idea dan hilang akal setelah ADUN tersebut mencadangkan dilaksanakan hudud di Johor.

Dengan ini, saya tegaskan Umno sebagai parti dominan dalam Barisan Nasional telah gagal berperanan untuk memberi kefahaman dan gambaran yang sebenar berkenaan Islam secara holistik. Sehingga kini, tiada lagi kenyataan tegas daripada pimpinan tertinggi Umno mahupun Ulama Muda Umno. Apakah mereka takut kepada MCA atau turut menjadi perancang mewujudkan propaganda hudud sebagai modal politik murahan?

Tidak pelik jika Soi Lek yang bukan Islam itu mempertikai hudud tapi sangat janggal jika orang Islam (Umno) tidak menegur serta memberi kefahaman apabila syariat Islam dipertikai dan diperlekeh.

Kesimpulannya, BN kian parah dan mempunyai krisis kepimpinan yang teruk. Buktinya Umno telah gagal memimpin dan mengurus BN sehingga syariat Islam dihina oleh parti komponen BN sendiri. Seterusnya MCA sebagai parti komponen BN turut bermasalah dengan mempunyai Presiden yang bermentaliti rendah sehingga membuat kenyataan bersumberkan satu SMS layang.

http://bilahrotan.blogspot.com/2012/11/setan-umno-yang-bacul.html

Monday, November 5, 2012

[DEDAH] Bukti VIDEO bahawa Chua Soi Lek Hina HUDUD bukan HUDUD PAS..!!

"CHUA SOI LEK TETAP PERLU MEMOHON MAAF! - 
SETIAUSAHA PEMUDA PAS"
20 Dzu al-Hijjah 1433 bersamaan 05 November 2012

Merujuk kepada satu kenyataan balas oleh Datuk Seri Chua Soi Lek berkenaan dengan isu hudud, beliau menafikan kenyataan beliau menghina Islam dan mengandungi unsur-unsur Islamofobia. Beliau mendakwa ini adalah fitnah permainan Pakatan Rakyat berhubung isu hudud ini.

Beliau seolah-olah memberikan kenyataan yang berputar belit terhadap isu penghinaan beliau ke atas Islam melalui hudud. Beliau menyatakan bahawa beliau hanya mempertikaikan hudud versi PAS dan itu tidak bererti beliau menghina Islam.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi Pas, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk (Pas) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama (Islam). Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik (Pas) itu adalah agama Islam” – Utusan, 4-11-2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat respon beliau terhadap hudud dalam beberapa kenyataan beliau yang lalu tidak lansung menyebut hudud PAS. Antara kenyata beliau yang menyebut bahawa dengan melaksanakan hudud, Malaysia akan hilang pelaburan dari luar kerana pelabur-pelabur takut dengan perlaksanaan undang-undang yang kejam di Malaysia.


“Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.
Apabila rekod hak asasi kita tidak baik dan hukuman pula dianggap sebagai kejam, kedudukan global Malaysia akan merosot.” – The Malaysia Insider, 4-12-2011.

Presiden MCA ini juga telah membuat kenyataan bahawa lapan daripada sebelas negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara yang paling korup dan tidak selamat - Malaysiakini, 21-10-2012

Tidakkah ini sudah jelas bahawa Dr Chua telah menghina hudud kerana telah menyatakan bahawa lapan negara tersebut adalah di antara negara yang korup dan tidak selamat ataupun mungkin Dr Chua ingin menyatakan bahawa lapan negara tersebut melaksanakan hudud PAS?
Sekali lagi Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan agar beliau tidak menyebut atau menyentuh isu berkenaan hudud lagi. Bukan kerana mahu menutup ruang bagi non Muslim bertanya tentang Islam tetapi berdasarkan daripada kenyataannya yang lalu, kami dapati beliau banyak memberikan persepsi negatif kepada masyarakat mengenai hudud dan seolah-olah beliau cuba mewujudkan suasana Islamofobia.

Beliau perlu sedar, bukan MCA yang perlu berbicara mengenai hudud. Ini kerana masih ada Umno di dalam Barisan Nasional yang lebih layak daripada MCA untuk bercakap tentang hudud. Apa yang mengecewakan UMNO bukan sahaja mendiamkan diri bahkan tidak menasihatkan rakan sekututnya itu untuk tidak menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia dengan menyebut dan mempertikaikan hudud secara terbuka.

Dewan Pemuda PAS Malaysia masih bertegas agar beliau memohon maaf kepada semua umat Islam di Malaysia kerana telah memberikan persepsi yang buruk terhadap undang-undang dalam agama Islam.

Apabila anda tidak bersetuju dengan satu-satu agama bukanlah bermakna anda boleh mempertikaikan agama secara terbuka dengan sesuka hati anda!

Disediakan oleh ;
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Monday, October 29, 2012

Majlis Pelakon Porno tak laku..20% belah ketika beliau beraksi...!!!!

'Keluar majlis Chua bukan tanda sokongan merosot'

NONE
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan sebahagian masyarakat Cina keluar daripada majlis ketika Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Kulai, Johor semalam berucap bukan petanda pengurangan sokongan.

Liow berkata, pihaknya sudah mendapat banyak sokongan dengan penganjuran majlis makan malam mega di pelbagai tempat dan insiden semalam tidak membawa maksud bahawa ia menjadi isu besar.

"Ia tidak bermakna mereka tidak memberikan sokongan kepada kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan kongres berkaitan sel tunggal di Kuala Lumpur hari ini.



China Press hari ini melaporkan, kira-kira 20 peratus daripada 15,000 yang hadir dalam majlis makan malam MCA di Kulau keluar ketika Dr Chua berucap.

Penganjur program bertajuk "Kestabilan melampaui huru-hara" bagaimanapun menjelaskan tindakan peserta keluar awal bertujuan mengelak kesesakan jalan raya.

Liow menjelaskan, Johor masih kubu kuat MCA.

Sunday, October 28, 2012

Soi Lek hina Islam depan Najib.. Tak ada sapa pun nak tegoq..!!!

Anwar: 'Kenyataan Soi Lek hina Islam'
Wartawan Sinar Harian
28 Oktober 2012
Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim 
 
SHAH ALAM –  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan dilontar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek  tentang hudud satu penghinaan nyata terhadap agama Islam.

Dakwa Anwar, tindakan Soi Lek itu amat memalukan dan tidak mampu dipertahankan lagi.

Katanya, kenyataan Soi Lek yang dilakukan di hadapan Datuk Seri Najib Razak,  juga bermaksud menghina beliau sebagai Perdana Menteri dan tetamu khas konvensyen tersebut.

“Saya sifatkan ianya sebagai satu serangan yang biadab dan telah menyinggung perasaan umat Islam,” katanya yang dipetik dalam blog miliknya, semalam.

Soi Lek sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.

Beliau selepas itu meminta semua anggota parti MCA supaya meningkatkan lagi publisiti dalam usaha menepis dakyah pembangkang.

Katanya, lebih parah lagi, kenyataan  Soi Lek itu seolah-olah dipersetujui Najib.

“Kebisuan Najib tentang perkara ini jelas menunjukkan beliau berada di pihak yang salah,” katanya.

Chua Soi Lek patut dilantik menjadi Menteri Agama, gantikan Jamil Khir

Chua Soi Lek cabar Ulama Umno Jamil Khir berdebat isu Hudud

PORTAL The Star milik parti komponen Barisan Nasional, MCA menyiarkan kenyataan presiden parti itu, Chua Soi Lek yang meminta Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir membuat "homework" berhubung Hukum Hudud

Ini berikutan Jamil Khir sebelum ini mengeluarkan kenyataan Hukum Hudud yang mahu dijalankan oleh Parti Islam, PAS tidak akan melibatkan atau memberi kesan kepada orang bukan Islam.



Tambah mengejutkan, Chua Soi Lek turut mencabar Jamil Khir untuk berdebat dengannya berhubung isu bagaimana Hukum Hudud akan memberi kesan kepada orang bukan Islam.

Jamil Khir barangkali sudah lupa bahawa United Malays National Organization, Umno yang diterajui Najib Razak sudah awal-awal lagi bersetuju dengan tindakan MCA yang menentang Hukum Hudud.


Malah Najib Razak sebelum ini memberi jaminan bahawa Barisan Nasional tidak akan menjalankan Hukum Hudud di Malaysia. Dengar sendiri jaminan Najib di bawah ini.


Sudah terang lagikan bersuluh, Umno dan MCA sekapal dan sekepala menentang hudud. Kerana itulah tempoh hari Presiden MCA, Chua Soi Lek ini dengan berani dan lantang menghina Hukum Hudud di depan Najib Razak ketika Perhimpunan Agung MCA. Lihat video di bawah.



ReJaM© "Chua Soi Lek patut dilantik menjadi Menteri Agama, gantikan Jamil Khir "

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/chua-soi-lek-cabar-ulama-umno-jamil.html#ixzz2AeKRWH6u

Tuesday, October 23, 2012

Umno bolehlah berpesta habis-habisan apabila Chua Soi Lek makin ganas mengutuk Islam

Chua boleh kata apa, Umno akan pertahankannya

KUALA LUMPUR: Umno bolehlah berpesta habis-habisan apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek makin ganas mengutuk Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).

"Ego Presiden MCA sudah melambung hingga ke peringkat tidak takut apa-apa pun lagi untuk mengutuk dan menghina Islam. Dia tahu Umno pasti melindunginya.

"Sekarang bolehlah Umno, ulama-ulamanya termasuk lebai-lebai pecacai terbarunya dan semua yang mengampu bodek parti itu memeriahkan lagi sepuas-puasnya pesta mengutuk dan menghina Islam," katanya sambil menyifatkan Chua seolah-olah ditabalkan sebagai 'mursyidul am' Umno dalam pakatan jahat mereka menghina Islam.

Mohamad mengingatkan bahawa pakatan jahat mengutuk dan menghina Islam diasas dan dimulakan oleh para pemimpin Umno dan semakin menjadi-jadi apabila PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990.

"Semua kutukan, penghinaan dan persendaan mereka direkodkan dalam sejarah.

"Contohnya, merekalah mencipta istilah 'sup tangan' untuk menghina dan mempersendakan hukum potong tangan seperti yang diperintahkan di dalam al-Quran," katanya.


Apabila mereka melihat para pemimpin Umno berbuat demikian, orang-orang bukan Islam akhirnya semakin berani menghina Islam secara terbuka dan lantang, kata Mohamad.

Beliau yakin, orang-orang bukan Islam seperti Chua tidak akan berani mengutuk dan menghina Islam jika para pemimpin Umno tidak mengajar mereka berbuat demikian.

"Kenyataan Chua bukan sekadar menolak perlaksanaan hudud berdasarkan keyakinan agamanya dan tafsirannya terhadap Perlembagaan, tetapi sudah melampau hingga ke peringkat mengutuk dan menghina Islam," katanya.

Mohamad menyifatkan apa yang dilakukan oleh Chua itu sebagai menyambung kerja Umno yang kini sudah pandai berdalih dengan alasan kesesuaian masa untuk melaksanakan hudud, maqasid syariah dan sebagainya.

"Dulu ketika mereka tidak pandai lagi menggunakan hujjah dalam ilmu-ilmu Islam seperti maqasid syariah untuk menolak perlaksanaan hukum Islam, para pemimpin Umno dan pengikut mereka mencaci dan mencerca hukum Islam habis-habisan dan menuduh hukum Islam primitif, menimbulkan huru hara dan sebagainya.

"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya.

Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua.

"Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran.

"Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau.

Monday, October 22, 2012

Imam Muda yang nie lagi berani tegoq Soi Lek dari Imam Muda Fathul Bari..!!!

Boleh panggil ULAMAK ANJING ke..???

Terima Kasih MCA sebab bagi umur BN semakin pendek..!!

Terima kasih, MCA sengaja nak jatuhkan Umno

Terima kasih MCA. Itulah ucapan yang boleh Dewan Ulamak PAS Pusat ucapkan kepada MCA hari ini.

Terima kasih kerana membantu untuk menjatuhkan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umno dalam PRU13 nanti.

Ucapan berterusan pemimpin MCA berkaitan hudud sememangnya disengajakan bagi menjatuhkan Umno dalam PRU ke13.

MCA tahu Umno tidak akan membantah sebarang kenyataan mereka tentang hudud kerana Umno bukan pejuang hudud dan juga bukan pejuang hukum-hakam Islam. Yang dikenali sebagai pejuang Islam oleh rakyat Malaysia adalah PAS

Terima kasih MCA kerana dengan jelas mempamerkan mereka adalah penentang tegar hudud dan undang-undang Islam.

Justeru, orang Islam tidak perlu lagi teragak-agak bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat dan bukannya kekal bersama Barisan Nasional yang dianggotai oleh MCA, penentang tegar hudud dan undang-undang Islam.

Selama ini walaupun lebih 55 tahun merdeka, rupa-rupanya hudud dan undang- undang Islam gagal dinobatkan di Malaysia kerana tentangan MCA manakala Umno pula sangat takutkan MCA dan sangat menjaga hati MCA.

Umno hanya berani berkokok menyerang PAS tetapi sangat kecut dan penakut berhadapan dengan MCA.

PAS istiqamah memperjuangkan Hudud, sementara Umno memang berpura-pura mempertahankan Islam, terutama apabila mula ditolak oleh rakyat dalam PRU12. Dalilnya mereka tidak berani membantah MCA yang jelas mempersendakan hudud.

Dalam masa yang sama, bukan Islam dalam Pakatan Rakyat pula semakin mesra hudud dan undang-undang Islam walaupun PR masih baru dibentuk persefahamannya antara 3 parti PAS, PKR dan DAP.

PAS tetap akan memperjuangkan hudud menurut lunas demokrasi sebagaimana telah ditegaskan oleh Presiden PAS. Pelaksanaan hudud adalah hak umat Islam yang menjadi majoriti rakyat Malaysia.

Justeru, umat Islam diseru untuk bersama PAS dan meninggalkan Umno yang memang gagal mempertahankan hudud dan undang-undang Islam.

Dr Khairuddin A. Razali
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat