Showing posts with label MTUC. Show all posts
Showing posts with label MTUC. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

MTUC pulak kecam Chua Soi Lek....!!!

Chua hanya pentingkan golongan atasan, kata MTUC

 Chua berkata MCA akan memberi sokongan penuh kepada para majikan dan pengusaha yang menerima kesan akibat kelewatan berkenaan. – Gambar fail

KUALA LUMPUR, 24 Jan—Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam satu kenyataan mengecam Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana mempertikaikan pindaan gaji minimum yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor mendakwa sikap Chua tersebut menunjukkan dengan jelas pemimpin MCA tersebut terpaksa mengikut cakap bos mereka yang terdiri daripada orang atasan.

“MCA sebagai wakil kepada yang kaya mempunyai pilihan terhad dan terpaksa lantang untuk memenuhi permintaan bos dalam indsutri.

“Sudah difahami Chua tidak ambil kisah terhadap keperluan pekerja yang bersusah-payah setiap hari dengan gaji serendah RM500 sebulan,” kata Abdul Halim.

Abdul Halim menyifatkan tindakan Chua yang memberikan kata putus kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramanian bukan mengejutkan dan menasihatkan presiden MCA tersebut untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyelesaikan perkara yang dibangkitkannya itu.

“MTUC menggesa Putrajaya tidak berpatah balik dengan keputusan mereka sebelum ini.

“Dr Chua wajar bertemu dengan Perdana Menteri memandangkan Rang Gaji Minimum telah diluluskan dalam mesyuarat Menteri Kabinet yang juga diwakili oleh MCA,” tambah beliau lagi.


Sebelum ini MCA memberi amaran kepada Subramaniam supaya menyelesaikan segera isu dasar gaji minimum sebelum perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Februari ini bagi mengelak kekeliruan dan kerugian ke atas majikan.

Chua berkata, jika Subramaniam gagal mengemukakan penyelesaian terbaik terhadap isu berkaitan dasar itu sehingga tarikh tersebut, MCA akan memberi sokongan penuh kepada para majikan dan pengusaha yang menerima kesan akibat kelewatan berkenaan.

Menurutnya, sokongan itu turut diberi kepada majikan dan pengusaha terbabit sekiranya ingin mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi membantah kelewatan tersebut.

Pelaksanaan gaji minimum, yang berkuat kuasa pada 1 Januari, menetapkan gaji perlu dibayar secara minimum kepada pekerja sebanyak RM900 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak.

Thursday, November 3, 2011

Piket MTUC diteruskan, suntuk masa pohon permit


Piket membantah pindaan Akta Kerja 1955 akan diteruskan walaupun Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak bercadang untuk memohon permit kerana kesuntukan masa untuk berbuat demikian.

Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor berkata pihaknya kesuntukan masa untuk berbuat demikian kerana hanya mengetahui mengenai arahan tersebut melalui media semalam.

"Oleh sebab itu, saya memohon kerjasama pegawai MTUC di lokasi supaya dapat bekerjasama dengan polis di peringkat daerah supaya piket berlangsung dengan aman.

"Kita tidak berarak, kita berada di situ, tidak ada ceramh politik, ia piket aman dan mungkin ada nyanyi-nyanyi sikit," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Salleh Mat Rasid berkata walaupun surat yang memaklumkan tujuan serta lokasi piket itu diadakan telah dihantar kepada Ketua Polis Negara, prosedur untuk mengadakan perhimpunan masih perlu dipatuhi.

Oleh itu, katanya, MTUC masih perlu mengemukakan permohonan permit kepada polis berhubung cadangan mengadakan piket esok, seperti yang termaktub dalam Seksyen 27 Akta Polis 1967.

MTUC dijadual mengadakan piket secara serentak di 18 lokasi di seluruh negara selepas waktu bekerja iaitu antara jam 5 hingga 6.30 petang ini.

Lokasi berkenaan ialah Seksyen 15 Shah Alam, Jalan Persiaran Kuala Selangor, Teluk Panglima Garang, Jalan Barat Petaling Jaya, Bukit Raja Klang, Rawang/Sungai Choh di Selangor, Pulau Pinang (Hadapan Pearl View Hotel, Prai), Melaka (Jalan Bukit Beruang Air Keroh), Negeri Sembilan (Padang Majlis Perbandaraan Seremban).

Di Perak (Hadapan bangunan MTUC, Ipoh), Pahang (Padang Masjid Negeri, Kuantan), Kelantan (hadapan Kota Baharu Trade Centre), Johor (hadapan MasjidJamek Kampung Pasir, Batu 5 Jalan Skudai), Kuala Lumpur (hadapan bangunan KWSP Jalan Raja Laut), Sabah (hadapan Tang Dynasty hotel dan Centre Point Kota Kinabalu), Kedah (hadapan Sime Tyre International, Mergong) dan Sarawak (hadapan Bangunan Sultan Iskandar, Kuching).

Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata sebelum inipun pihaknya pernah mengadakan piket yang sama tanpa memohon permit polis.

Lagi pula, katanya, piket yang diadakan selama ini berjalan dengan aman.

Wednesday, November 2, 2011

Piket MTUC seluruh petang nanti (5 hingga 6.30 ptg)





: : KL – Jln Raja Laut depan KWSP
: : P PINANG Depan Hotel Pearl View
: : KEDAH Depan Sime Tyres International, Mergong
: : PAHANG Depan Masjid Negeri Kuantan.
: : JOHOR Depan Masjid Jamek Kg.Pasir Bt 5, Skudai.
: : N SEMBILAN Padang Majlis Perbandaran Seremban
: : PERAK Depan Bangunan MTUC, Perak.
: : MELAKA Depan Air Terjun, Air Keroh Jalan Bukit Beruang
: : KELANTAN Depan Trade Centre.
: : SABAH -Depan Hotel Tang Dynasty
: : SELANGOR Jln Barat, PJ : di hadapan TWU, Shah Alam : Seksyen 15 depan Proton, Klang : Bukit Rajah di hadapan Jaya Jusco, Telok Panglima Garang di hadapan Toshiba, Rawang : Jalan Utama Sg.Choh.

Saturday, October 29, 2011

Jika nak piket..biaq macam kat luaq sana sampai lumpuh organisasi baru ada akai...!!!

Batal pindaan Akta Kerja atau hadapi kesan masa PRU, MTUC beri Najib amaran

UPDATED @ 08:27:15 PM 28-10-2011
October 28, 2011

SUBANG JAYA, 28 Okt ― Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini memberi amaran keras kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa undi melibatkan 5.7 juta pekerja akan menjadi penentu dalam arah aliran sokongan ketika pilihan raya umum ke-13 melainkan pindaan Akta Kerja 1955 yang menjadi kontroversi sekarang ditarik balik.

“Kami minta perdana menteri mendengar permintaan kami, suara kami bagi pihak 5.7 juta pengundi (pekerja).

“Ada 5.7 juta pekerja yang berdaftar. Ini isyarat kami kepada beliau,” kata Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor pada sidang media di sini hari ini.

Badan induk kesatuan sekerja yang dianggotai 390 gabungan mewakili 802,323 ahli telah merancang untuk mengadakan piket peringkat nasional pada 3 November ini.

MTUC mengesahkan bahawa piket itu, yang kedua selepas tindakan di kawasan bangunan Parlimen pada 3 Oktober lalu, akan diadakan 20 lokasi di seluruh negara.

Pergerakan itu mendakwa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu akan memberi laluan mudah kepara para pelabur dan majikan mengambil rakyat Malaysia sebagai pekerja kontrak berbanding tenaga kerja kekal.

Jelas Halim, pihaknya sudah menghantar surat kepada Najib dan timbalannya minggu lepas berhubung permohonan mereka mendesak pertimbangan semula pindaan berkenaan Akta Kerja, namun sehingga kini belum mendapat respons.

“Sekiranya masih lagi tiada jawapan, kemungkinan besar kami akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu ini,” tegasnya lagi.

Kata Halim, MTUC lebih rela menyelesaikan kemelut ini secara domestik berbanding melibatkan pihak luar.

Namun begitu, sekiranya ia menemui jalan buntu, pihaknya akan membawa isu ini ke Persidangan Serantau Pertubuhan Tenaga Buruh Antarabangsa di Kyoto, Jepun pada 4 Disember ini.

Terdahulu, sebanyak 107 pertubuhan bukan kerajaan dalam dan luar negara menyokong pendirian MTUC, memprotes pindaan Akta Kerja 1955, yang membolehkan kontraktor tenaga kerja dianggap sebagai majikan yang sahih.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, pihak berkenaan menegaskan kekecewaan mereka dengan tindakan kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia bertegas dengan pendirian membawa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat awal bulan ini.

Ia telah pun diluluskan di Dewan Rakyat minggu pertama bulan ini dan kini tunggu giliran perbahasan Dewan Negara.

Laporan The Malaysian Insider kelmarin menyebut pertemuan antara MTUC dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam Selasa lalu gagal mengelak piket peringkat nasional badan induk kesatuan sekerja itu 3 November ini.

Kedua-dua pihak terbabit tidak menggunakan pertemuan itu yang berlangsung kira-kira sejam untuk menghindar pertikaian berkaitan dengan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011).

Kementerian Sumber Manusia juga dikatakan tidak meminta MTUC agar menggugurkan rancangan berpiket kali kedua bulan depan.

Presiden MTUC Khalid Atan berkata, Dr Subramaniam juga tidak menimbulkan sebarang pertanyaan mengenai piket mereka ― yang kedua ― yang akan diadakan di seluruh negara secara serentak awal bulan depan.

MTUC memutuskan piket nasional pada mesyuarat majlis am pada 10 Oktober lalu.

Piket pertama berkaitaan rang undang-undang itu telah diadakan pada 3 Oktober lalu di kawasan bangunan Parlimen.

Justeru tegas, MTUC akan meneruskan piket kebangsaan 3 November bagi memberi penjelasan kepada orang ramai khususnya kaum pekerja mengenai kesan pindaan Akta Kerja 1955.

MTUC juga meletakkan harapan pada anggota Dewan Negara untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang itu.

Piket 3 Oktober lalu diadakan bagi mendesak Kementerian Sumber Manusia menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011) di Parlimen tetapi desakan dan rayuan MTUC tidak dilayan pihak kerajaan.

MTUC mendakwa ia tidak membantah keseluruhan pindaan Rang Undang-undang Kerja sebaliknya hanya beberapa peruntukan baru termasuk sistem kontraktor bagi tenaga kerja.