Showing posts with label MB Kedah. Show all posts
Showing posts with label MB Kedah. Show all posts

Friday, August 31, 2012

Nampaknya lepas PRU13 MB Kedah boleh berehat dah kot..!!!

Oleh DepaKata.Co.cc

Depa dok kata Nampaknya jika macam nie selalu election pru13 nanti rasanya sudah tiba MB kita berehat dari memegang jawatan MB dan boleh menyerahkan batton kepada pengganti beliau pulak... bab pengganti tu rasanya kita tak perlu susah hati kerana ramai lagi pimpinan yang berkeliber untuk diketengahkan menjadi MB...berkenaan siapa tu rasanya kita serahkan kepada Pimpinan PAS Pusat kerana bab nie mereka lebih arif....
KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Keadaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) stabil selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC), Alor Setar semalam.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, beliau telah berbual dengan Azizan dan juga berbincang dengan doktor yang merawat menteri besar itu.


"Buat masa sekarang, beliau dinasihatkan doktor agar berehat di hospital untuk mempastikannya mendapat rehat yang cukup, makan ubat dengan teratur dan tidak memakan makanan yang tidak sesuai untuk kesihatan beliau.

"Doktor mendapati Ustaz Azizan keletihan akibat terlalu banyak menyertai pelbagai program sepanjang bulan puasa yang lalu.

"Doktor berpendapat beliau perlu berehat di hospital buat masa ini di bawah pengawasan doktor dan tidak membuat kerja yang terlalu berat tetapi boleh mempengerusi mesyuarat-mesyuarat penting," kata Mustafa dalam kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Mustafa berkata beliau diberitahu bahawa MB akan memanggil mesyuarat Exco dalam waktu yang terdekat dan atas nasihat doktor, mesyuarat tersebut akan diadakan di hospital.

Sehubungan dengan itu kata Mustafa, rakyat Kedah dan ahli-ahli PAS tidak perlu bimbang dengan hal ini.
Azizan merupakan menteri besar Kedah ke-10 dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Sungai Limau.
Beliau mula memegang jawatan tersebut selepas gabungan parti Pakatan Rakyat (PR) memenangi 22 daripada 36 kerusi dewan undang negeri di Kedah pada pilihan raya umum 2008.

Wednesday, June 27, 2012

MB Kedah - Generasi muda jangan tiru budaya buruk dari luar

SUNGAI PETANI – Ketibaan Menteri besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak pada sambutan Karnival Belia Sejahtera Negeri Kedah 2012 amat dinanti oleh penduduk di sekitar Sungai Petani khususnya, dan juga seluruh negeri Kedah yang berkunjung ke karnival tersebut.

Sesampainya penulis ke karnival tersebut seawal jam tiga petang, orang ramai mula beratur di sepanjang karpet merah laluan YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan bagi mengambil peluang keemasan ini bersalaman dengan beliau, atau setidak-tidaknya melihatnya dari jerak dekat.

Setelah 20 minit menunggu, orang yang dinanti telah tiba. Sejurus itu pihak penganjur memasangkan laungan Allahuakbar, maka orang ramai berebut-rebut mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan beliau, sama ada tua dan juga anak-anak muda.

Penulis yang berada di situ merasa meremang bulu roma apabila melihat sambutan orang ramai terhadap YAB Menteri Besar. Ini menunjukkan mereka telah menerima pemimpin yang menjalankan pemerintahan berteraskan ajaran Islam dan mengutamakan kepentingan rakyat. Beliau dijemput ke karnival ini bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup.


Karnival yang diadakan dua hari di Taman Jubli Perak, di sini bertujuan meraikan para belia dan beliawanis negeri Kedah dan berkonsepkan santai yang mana kos perbelanjaan dapat dikurangkan.

Maka, bersesuaianlah pada ucapan perasmian penutup, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan lebih menjurus kepada para belia.
“Yakinlah bahawa anda semua para belia mampu memikul tugas berat iaitu untuk mengekalkan warisan keamanan, kesejahteraan dan keharmonian berteraskan ketaatan kepada perintah Tuhan.

“Kejayaan generasi muda bukan diukur dari sejauh mana anda berjaya meniru budaya orang luar, tetapi kejayaan anda adalah sejauh mana anda berjaya mengekang dan menghindari semua perlakuan yang buruk dan tidak mengikut hawa nafsu dalam setiap tindak tanduk anda.

“Jadi, saya nasihatkan kepada anakanda semua, lakukanlah segala persiapan diri untuk memperbaiki diri sendiri, keluarga, bangsa, negeri, negara dan agama, semoga kita sentisa dalam rahmat Tuhan,” antara petikan nasihat berguna yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan kepada para belia.
Bagi menghargai jasa para belia dan beliawanis, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak menyampaikan Anugerah Khas Belia 2012. Sebanyak tiga kategori dikhaskan, iaitu keusahawanan, kemasyarakatan dan kesukarelaan serta pendidikan. Mereka berjaya pulang wang tunai RM500, plak penghargaan serta sijil.

Wednesday, May 16, 2012

Perutusan Menteri Besar Kedah sempena sambutan Hari Guru 2012


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, marilah sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinNya maka dapat kita menyambut Hari Guru bagi tahun 2012 yang diadakan pada tanggal 16 Mei setiap tahun.

Ia adalah sebagai salah satu penghormatan atas segala bakti yang dicurahkan oleh para pendidik kepada masyarakat selama ini.

Bertepatan dengan tema sambutan Hari Guru pada kali ini, “Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Pendidikan Negara" membuktikan satu tuntutan yang besar disandarkan atas bahu warga pendidik seluruhnya.

Dewasa ini pelbagai pihak akan saling menuding jari apabila timbul pelbagai fenomena yang melanda masyarakat, dan warga pendidik juga tidak ketinggalan dipersalahkan.

Di sinilah pentingnya peranan para pendidik, bercakap sebagai bekas salah seorang tenaga pengajar selama lebih 30 tahun, saya amat merasai perit jerih sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk memberi ilmu kepada anak bangsa.

Diri kita sendiri mestilah kaya dengan ilmu, beretika serta menghormati semua pihak termasuk menghormati kerjaya sebagai pendidik.

Di bahu seramai 17, 368 guru sekolah rendah dan seramai 11, 897 guru sekolah menengah di negeri Kedah inilah terbeban harapan menggunung ribuan pelajar di luar sana untuk mereka lahir sebagai pelajar yang cemerlang.

Justeru itu, menjadi tanggungjawab warga pendidik membuat persiapan diri bagi menunaikan harapan rakyat.

Akhir kata, marilah sama-sama kita mendoakan agar seluruh warga pendidik khususnya, sentiasa dalam keimanan yang tinggi kepada Allah, sentiasa tenang hati dan fikirannya dalam menghadapi cabaran yang mendatang dan mampu membawa kecemerlangan kepada institusi pendidikan dengan melahirkan modal insan yang harmonis dan seimbang yang akan menjadi tonggak kekuatan negara.

Selamat Hari Guru.

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YAB. Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Bin Abdul Razak
Menteri Besar Negeri Kedah.

Monday, February 6, 2012

Kini bola di kaki Ustaz Azizan ... [Siri 2]

Ahmad Lutfi Othman, 06 Feb 2012

http://media1-cdn.malaysiakini.com/389/0fd49edcdc5a2b7caa8f553008dbd0d5.gif
Ketika saya tiba di rumah Ustaz Azizan Abd Razak, di Sungai Limau, Yan, seawal jam 9 pagi Tahun Baru Cina, 23 Januari lalu, sudah ada tiga aktivis PAS tempatan bersembang santai dengan Menteri Besar Kedah itu. Suasana ceria. Sekali imbas umpama murid dengan tok guru, juga bagai rakan dengan sahabat lama.

Sesekali perbualan mereka, yang banyak menyentuh cerita-cerita lama, disulami gelak-ketawa yang menyenangkan. Saya tumpang seronok mencuri dengar kisah lama Ustaz Azizan. Wajahnya jelas terpancar kelegaan meskipun banyak isu-isu panas Kedah diperdebatkan di peringkat nasional.

Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid membisikkan, "beginilah keadaan Ustaz jika bercuti di rumahnya". Sambil mempelawa saya duduk di ruang tamu yang agak sempit, hanya dihiasi rak-rak buku dan sofa lusuh, Ustaz Azizan yang berkain pelikat berbaju pagoda putih, terus menjemput kami menjamah sarapan.

Saya bersama Helmi dan Azamin Amin, wartawan Harakah Kedah, sebenarnya telah mengalas perut di pekan kecil tidak jauh dari rumah Ustaz Azizan, di tepi Jalan Alor Setar - Sungai Petani itu. "Ustaz macam terkilan kerana tidak dapat lagi bersama rakyat di pasar dan kedai makan seperti ini kerana kekangan masa," kata Helmi, semasa kami menikmati nasi berlaukkan ikan keli sambil menunggu roti canai serta kari kepala ikan dibungkus untuk 'bosnya'.

"Lutfi, ini pertama kali datang rumah ana?" tanya Ustaz Azizan, ramah dan mesra. Saya perhatikan, rupanya tetamu terdahulu juga menitip makanan. Isterinya sendiri yang keluar membawa minuman.

"Ya, ana tak pernah datang lagi, dulu buat interbiu dengan Ustaz di Alor Setar," balas saya perlahan, sambil menjeling suasana rumah yang cukup sederhana. Ada rakan-rakan yang pernah mengaitkannya dengan kediaman Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan Tok Guru Abd Hadi Awang: "Rumah Ustaz Azizan lagi simple, 'kan?"

Selang beberapa ketika, salam diberi dan pintu dikuak. Kunjungan tetamu lagi, rasanya tiada temujanji dibuat, juga orang tempatan. Daripada reaksinya, Ustaz Azizan kenal rapat dengan mereka. Turut dibawa bungkusan kecil nasi lemak dan dadih. "Masin sikit dadih ini," tegur Ustaz Azizan.

Tidak terasa kami bersembang panjang melampaui dua jam. Dalam kelucuan, banyak juga perkara serius dan penting yang disentuh Ustaz Azizan. Beliau nampak cukup prihatin dengan bebanan amanah kepemimpinan yang dipikulnya, termasuk hal-hal berkaitan rasuah dan pengurusan kewangan negeri.

Isu-isu membabitkan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan kontroversi Madrasah Salihiah turut disinggungnya.

Penjelasan mengenai surau, yang dimanipulasi Umno dan Perkasa Kedah -- sebenarnya lebih merupakan pejabat syarikat insuran dengan ruang solat -- di Kanchut, Alor Setar itu memang cukup meyakinkan. Tinjauan saya ke Madrasah Salihiah dan kawasan sekitarnya melenyapkan sama sekali pelbagai keraguan tentang kemungkinan isu itu boleh "menikam" PAS Kedah.

Isu madrasah bukan hanya mendedahkan kegagalan kerajaan BN terdahulu menyelesaikan projek Kompleks Tunku Yaakob yang terbengkalai selama lebih 30 tahun, malah menunjukkan keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat menjana ekonomi melalui projek Aman Central bernilai RM500 juta, dengan pembinaan surau gantian di dalam pusat membeli- belah yang mampu menampung 400 jemaah.

Ramai beranggapan tapak itu "berhantu" disebabkan terlalu lama terbiar, selain mencacatkan pemandangan dari Menara Alor Setar, lokasi yang sepatutnya boleh menarik pelancong.

"Ada taukeh Cina bertanya saya, 'Dato' Seri ada baca apa-apa ke, sehingga projek ini boleh dipulihkan?' Saya kata, 'baca banyak takdalah, tetapi adalah sikit-sikit baca'," gurau Ustaz Azizan disambut ketawa.

Tidak kurang yang mengaitkan kegagalan usaha menangani projek usang itu dengan elemen rasuah dalam pentadbiran lama, sesuatu yang kini diperangi kerajaan Pakatan. "Bayangkan, melalui projek setengah bilion ini, kalau rasuah lima peratus saja, sudah RM25 juta, tapi sah saya masuk neraka kalau terima sogokan," tegas Ustaz Azizan.

Bagaimanapun, hukuman ke atas lima pelajar KUIN (tempoh penggantungan empat daripadanya sudah berakhir kecuali seorang yang digantung pengajian dua semester, Mohd Faiz Mohd Arshad), yang pada mulanya dikaitkan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), tetap hangat diperkatakan.

Ustaz Azizan memberitahu kami, Anwar Ibrahim sendiri menghubunginya pada sebelah malam demonstrasi pelajar di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dan beliau telah menjelaskan situasi sebenar kepada Ketua Pembangkang itu. Pastinya beliau juga memaklumkan hal itu kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, seseorang yang paling dihormatinya.

Dalam pertemuan eksklusif dengan Jabatan Pengarang Harakah, di sebuah resort Sungai Tua, Ulu Yam minggu lalu, Ustaz Hadi turut ditanya isu KUIN. Beliau mengulangi pendirian Ustaz Azizan yang tidak mahu campur tangan hal elwal pengurusan institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu. Agak mengejutkan apabila Ustaz Hadi mengaku belum melihat memorandum pelajar.

Daripada tutur bicara Ustaz Azizan, kolej universiti itu memang dekat dengan beliau, yang juga Pengerusi KUIN. Helmi turut memaklumkan, semasa Ustaz Azizan menjadi wakil rakyat pembangkang lagi, beliau kerap menimbulkan persoalan Insaniah ini dalam setiap kali persidangan Dun.

Tetamu yang lebih awal sampai daripada kami juga menimbulkan perkara sama. Dia masih ingat ucapan Ustaz Azizan dalam satu majlis yang menggambarkan keakraban Menteri Besar Kedah itu dengan pengembangan KUIN.

"Helmi, nanti bawa Lutfi tengok kampus baru KUIN di Kuala Ketil," kata Ustaz Azizan semasa saya minta izin berundur. Difahamkan beliau agak kerap melakukan tinjauan di tapak projek, kadang-kadang secara mengejut.

Sebelum bergegas ke hotel penginapan untuk check-out, sempat saya memerhati keadaan sekeliling rumahnya -- tenang dan sunyi. Terbayang gaya kehidupan kampung Ustaz Azizan yang cukup mudah.

Namun, harapan rakyat dan pendokong parti tidak semudah itu. Di bahu Ustaz Azizan tergalas impian yang cukup besar. Tidak cukup sekadar untuk membuktikan pemerintahan PAS berjalan lancar tanpa gangguan besar. Dakwaan bahawa tanpa Umno, kerajaan negeri akan kucar-kucir hanya mitos, dan rakyat amat memahaminya kini. Mereka menuntut lebih daripada itu.

Selama lebih 20 tahun, Kelantan dan perwatakan Tok Guru Nik Aziz diperhatikan penuh minat dan cemburu, bukan saja oleh masyarakat setempat tetapi menarik tumpuan rakyat seluruhnya, tidak kira orang Melayu atau bukan Islam. Perubahan yang dilaksanakan Kelantan menjadi buah mulut -- dipuji dan dikritik -- namun ia langsung tidak membantut pembaharuan yang dibuat.

Apabila PAS menerajui Pakatan Rakyat memerintah Kedah, fokus sedikit sebanyak beralih, sekurang-kurangnya untuk mengenali personaliti Ustaz Azizan. Ya, sekali lagi, tidak memadai dengan kehidupan sederhananya yang cukup mengkagumkan itu ...

Latar belakang akademiknya, yang pernah menuntut di Mesir dan England, sudah cukup menggamit perhatian. Begitu juga dengan komposisi anggota Exco Kerajaan Negeri (daripada kalangan PAS), yang nampak seimbang dan harmonis, iaitu dua jurutera profesional, dua doktor perubatan, dua peguam, dan seorang ustazah.

Selaras dengan gelombang politik baru dan proses pendemokrasian yang menjalar ke seluruh planet bumi hari ini, apa yang berlaku di Kedah turut membentuk imej dan penampilan PAS, sama ada positif mahupun sedikit tercalar.

Dalam masyarakat yang serius membicarakan soal keadilan, demokrasi, ketelusan, dunia tanpa sempadan, langit terbuka, good governance, antirasuah, integriti, akuantabiliti dan seumpamanya, isu-isu seperti pengisytiharan harta kepada publik dan kongkongan peraturan seumpama Auku (walaupun atas nama berbeda seperti Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta) boleh menimbulkan persepsi baru kepada gabungan parti-parti dalam Pakatan.

Isu KUIN memang satu cabaran kepada kepemimpinan Ustaz Azizan menjelang PRU13. Ia boleh sahaja menjadi masalah lebih besar ataupun dapat ditangani secara berhemah, bergantung kepada pendekatan Menteri Besar sendiri. Meskipun Ustaz Azizan beberapa kali menegaskan untuk tidak campur tangan dalam pengurusan KUIN, tetapi saya kira isu ini tidak semudah itu untuk "didiamkan".

Semasa bersembang panjang dengan aktivis mahasiswa UPSI, Adam Adli Abd Halim, yang turut digantung pengajian selama tiga semester, di rumah saya, Selasa lalu, jelas sekali komitmen mereka untuk mengungguli idealisme perjuangan mahasiswa.

Adam mewakili suara prihatin mahasiswa yang nampak tulus dan tidak diperalatkan oleh pihak berkepentingan, jauh sekalilah Umno! Usah rentap keyakinan mereka terhadap Pakatan Rakyat dengan dakwaan yang menyakitkan hati. Masih terbuka luas jalan keluar, tetapi pilihan itu bergantung sepenuhnya kepada Ustaz Azizan. Ya, bola di kakinya sekarang ...

Selama ini Ustaz Azizan dikenali sebagai tokoh yang tajam pengamatan politiknya, sekali gus mempunyai kebolehan luar biasa untuk meredakan kemarahan dan protes kepadanya. Harapan tinggi disandang ke bahunya. Masakan isu KUIN harus dibiar menggerhanakan imejnya itu.

(Persoalan dibangkitkan Dr Mujahid Yusof Rawa dalam artikelnya agak menganggu saya: "Apakah Azizan terlalu personal dengan cita-citanya dengan KUIN sehingga isu Auku dianggap terlalu kecil atau Azizan terlalu marah kerana beberapa pelajar telah menyentak impiannya dan mencabarnya? ... Ataukah Azizan mempunyai egonya sendiri sehingga gagal melihat kepentingan Pakatan Rakyat yang lebih besar?")

Umno sendiri terkedu dengan keupayaan diplomasi Ustaz Azizan. Tak percaya tanyalah dengan Abd Aziz Sheikh Fadzir, Pengerusi Biro Pendidikan Umno Kedah yang pernah berkunjung ke pejabat Menteri Besar itu, ekoran isu rayuan rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM), pada bulan Mei 2011!

Reaksi protes yang dijangka panas hilang begitu sahaja selepas rombongan Aziz diberi penjelasan sedetailnya oleh Ustaz Azizan dan mereka makan tengahari bersama.

Wednesday, February 1, 2012

MB: Pihak pertikai Kuin tak faham undang-undang

mb kedah

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) berkata pihak yang mempertikaikan keputusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menggantung lima pelajarnya, tidak memahami undang-undang yang digunakan universiti milik kerajaan negeri itu.

Azizan yang juga Pengerusi Kuin menjelaskan tindakan yang dikenakan bukan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kerana Auku adalah bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sedangkan Kuin adalah IPT Swasta (IPTS).

"Mereka yang tak faham...tembak tak betul menyebabkan semua orang keliru dan pening kepala. Saya dah beri jawapan (undang-undang) IPTS lain daripada IPTA," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata beliau telah menerangkan perkara itu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan hari ini beliau mengarahkan setiausaha politiknya supaya ke Kuala Lumpur bersama dokumen berkenaan untuk menerangkannya lagi.

"(Pengurusan Kuin) sebagai satu badan bebas, apa keputusan dibuat selagi tak bercanggah dengan prinsip nyata biar mereka putuskan. Saya tak boleh campur tangan. Saya pun tak boleh cakap banyak kerana perkara ini telahpun dibawa ke mahkamah...bukan kami tetapi pelajar tu yang bawa ke mahkamah," katanya.

Katanya difahamkan Kuin telah melantik peguam Karpal Singh untuk mewakili mereka dalam kes itu.

Lima pelajar universiti itu digantung pada April lalu kerana memprotes tindakan universiti mengosongkan asrama mereka di kediaman Ar-Razi, di sini. Bagaimanapun, empat daripada pelajar terbabit sudah dibenarkan menyambung semula pengajian baru-baru ini, manakala seorang lagi masih dalam penggantungan.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari meminta supaya pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadap Azizan kerana mendakwa Menteri Besar itu menyokong kewujudan Auku, sedangkan manifesto Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga menjanjikan mereka akan menghapuskan akta berkenaan.

Azizan berkata beliau bersetuju dengan Buku Jingga tetapi pelaksanaan Buku Jingga itu adalah selepas pakatan pembangkang membentuk kerajaan pusat.

"Ada yang boleh digunakan sekarang, ada yang tidak boleh. Setiap negeri ada masalah masing-masing. Ada yang sesuai yang dilaksanakan di Semenanjung tetapi tidak di Sabah dan Sarawak. Ada yang boleh di Kelantan tetapi tidak di Kedah.

"Bukan saya menentang. Buku Jingga tu bagus tetapi ada perkara kena tunggu suasana yang mengizinkan," katanya.

Mengenai kenyataan Abdul Hadi untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Azizan berkata sebagai ketua parti, Abdul Hadi perlu bertanding.

"Saya tak tau apa sebab (Abdul Hadi buat kenyataan itu) sedangkan dia masih mampu. Dia asas kepada parti dan tidak ada buat kesalahan apa pun. Malah kalau ikut kesihatan, dia lagi sihat daripada saya," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU-13, Azizan berkata semuanya bergantung kepada pucuk pimpinan parti. - Bernama

Saturday, January 28, 2012

Awat Ust Azizan tak buat kenyataan macam ni dari awal?


MalaysianInsider melaporkan:
“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.

Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.

Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.” - TMI.
Patutnya dari awal Ust Azizan sebagai Menteri besar Kedah buat kenyataan macam ni. Sepatutnya memang dari awal Ust Azizan boleh play save dalam isu ni. Kalau Ust Azizan play save dalam isu ni, orang lain pun senang nak play save jugak.

Masalahnya dengan Ust Azizan ni, dia punya mantiq lain sikit, tambah-tambah pulak kalau dengan soalan yang bagi serabut kepala. Dan dalam masa yang sama Ust Azizan ni macam nak ujudkan situasi 'dia yang berkuasa dan yang memegang kuasa'.

Cara dia jawab tu memang berkesan untuk tutup mulut orang yang tanya soalan terutama sekali wartawan media pemfitnah, maksudnya dia tak payah pening kelapa nak fikir macamana nak jawab soalan seterusnya.

Masalahnya cara jawab soalan macam tu tak selesaikan masalah, malah boleh bagi orang yang bertanya jadi lebih keliru. Tambah-tambah pulak kalau cara jawab macam tu jugak dia gunakan kalau ditanya melalui saluran parti.

Sepatutnya dari awal lagi Ust Azizan gunakan ayat:
"Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat"
Masalahnya, bila isu Auku KUIN ni berlarutan sampai macam ni, dan diteliti jawapan yang Ust Azizan bagi sebelum-sebelum ni, timbul pulak satu lagi persepsi, adakah selama ni Ust Azizan cuba nak backing pihak pengurusan dan pentadbiran KUIN? Apa perlu Ust Azizan backing sampai macam tu sekali...

Berkaitan
[Gambar atas tu aku cilog dari blog Penarikbeca]

Friday, January 27, 2012

Nah..!! Betoi la orang kata MB ku Gedebe... Sound direct jaa.. w/pun orang tak suka..!!

MB Kedah: Orang luar jangan campur urusan Kuin
NURUL FATIHAH SULAINI
28 Januari 2012

http://www.didkedah.gov.my/jpsl/images/stories/berita/dsmb.jpg

ALOR SETAR - Orang luar tidak perlu masuk campur urusan pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana pihaknya lebih tahu situasi yang berlaku berbanding pihak-pihak lain.

Mengulas gesaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sepatutnya, pakar perlembagaan itu lebih mengetahui selok-belok undang-undang dan keputusan mahkamah dan oleh itu, tokoh akademik berkenaan tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan pengurusan Kuin menggantung lima pelajarnya.

“Kita tidak akan layan segala desakan untuk menarik balik keputusan yang sudah dibuat. Lagipun isu ini sudah lama,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Azizan diminta mengulas kenyataan Aziz dalam Wacana Sinar Harian kelmarin yang mencadangkan Pakatan Rakyat (PR) mengambil tindakan terhadap Azizan kerana menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) untuk menggantung enam pelajarnya sedangkan perikatan itu mendesak akta tersebut dimansuhkan.

Sebelum ini, dalam perbicaraan pada 25 Mei lalu, enam pelajar kolej universiti itu digantung pengajian dan seorang dikehendaki membayar denda.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Muhamad Aiman Che Abd Razak, Zukhilatif Marzuki, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Mohd Arof digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Seorang lagi, Mohamad Farhan Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Mereka didakwa mengikut kesalahan di bawah Auku kerana menyertai demonstrasi, memberi ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang media.

Mereka didapati terlibat dalam demonstrasi bertujuan menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari.

Azizan yang juga Pengerusi Kuin turut menganggap kes enam pelajar terbabit selesai setelah mereka dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian manakala seorang lagi dikehendaki membayar denda.

"Kita tidak mahu melayan sebarang isu itu kerana mahkamah sudah menetapkan hukuman setimpal ke atas pelajar terbabit.

Thursday, January 26, 2012

Disebabkan AZIZAN tak 'sependapat' dengan kita 1 perkara habis kesemua kebaikan yang beliau lakukan kita nak tolak..?

Ramai yang berbeza pendapat dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak tentang isu Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU), namun ia tidak sepatutnya menidakkan kehebatan MB Kedah ini.

Berikut adalah catatan seorang wartawan Harakah, AZAMIN AMIN tentang Azizan Razak sebagaimana yang beliau kenali. Tulisan ini sudah lama tetapi masih relevan untuk memahami isu di Kedah.

KEDIAMAN

Rumah dua tingkat di tepi jalan itu, sekilas pandang tiada satu pun kelihatan istimewa. Tiada bezanya dengan rumah-rumah sebaris dengannya. Bawahnya batu, menempatkan ruang dapur dan tamu. Tingkat atasnya kayu, tempat sepasang suami isteri beradu dan berkumpulnya anak menantu jua cucu. Pekarangannya agak sempit, cukup-cukup memuatkan dua buah kereta. Di pagarnya tersidai dua karpet kecil dan sebatang mop lantai.

Sekelilingnya beberapa pokok sederhana besar ditanam, menghijaukan laman. Tiada kolam renang mahupun rekaan air terjun buatan yang melambangkan kemampuan penghuninya berbelanja besar, menghias kediaman.

Sesiapa yang lalu-lalang, baik pejalan kaki mahupun pengguna jalan raya, pasti terlepas pandang dek kerana tiadanya nilai estitika ataupun kemuncak kemewahan yang mampu menarik perhatian.

BANGUNKAN INSANIAH

Memadai diceritakan antara kejayaan Ustaz Azizan bersama kerajaan Pakatan Rakyat ini ialah berjaya membangunkan Kolej Universiti Insaniah dengan penambahan bangunan baru di Kuala Ketil dan peningkatan mata pelajaran yang ditawarkan.

Sebelum ini, selama 12 tahun di bawah kerajaan lama, hanya 7 subjek ditambah sedangkan di kala pemerintahannya selama dua tahun ini, sudah 42 subjek baru diperkenalkan.

CUKUP BERANG

"Paling pantang, ada orang minta projek daripadanya. Dia juga cukup berang jika sesuatu itu harganya amat mahal dan tidak munasabah. Dia begitu teliti dan cerewet tentang duit," kata seorang kakitangan kerajaan negeri tentang sikap MB Kedah itu terhadap perbelanjaan dan peruntukan kewangan.

Selain itu beliau turut mengarahkan semua Exco Kerajaan negeri, melalui potongan gaji, menyumbang dana ke Tabung Tunku Mahmud, bagi tujuan kebajikan untuk rakyat Kedah.

Ya, memang tidak disangkal, Ustaz Azizan begitu cermat bila masuk bab wang kerajaan. Sikapnya itu sudah tidak menjadi rahsia lagi bahkan sebelum beliau bergelar Menteri Besar lagi. Malah tidak pernah campur adukkan antara wang kerajaan negeri dengan wang milik parti.

Apatah lagi dalam hal ehwal lantikan kuasa atau jawatan, Ustaz Azizan, bapa 14 orang anak ini tidak pernah menggunakan kuasa yang ada untuk menawarkan pekerjaan kepada anak-anaknya di pejabat kerajaan negeri sungguhpun diketahui ada antaranya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, kata satu sumber rapat dengan MB Kedah itu.

Ketika mula-mula mengangkat sumpah sebagai pemimpin negeri Mac 2008 yang lalu, rumahnya tidak mempunyai pagar. Kosong dan lapang begitu sahaja.

Namun atas nasihat Unit Perancang Ekonomi (UPEN) demi faktor keselamatan, Ustaz Azizan bersetuju dengan cadangan mereka supaya membina pagar rumah dan pondok pengawal. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menggunakan peruntukan kerajaan negeri sebaliknya membina menggunakan duit sendiri.

HARGA KEMEJA MB


Bagi membeli pakaian, beliau akan ke sebuah kedai cina di Simpang Empat, Kangkong dan sebuah kedai di Pulau Pinang bagi membeli baju-baju kemeja yang diminatinya dan kedua buah kedai ini, merupakan kedai pakaian kegemarannya sejak dulu lagi.

Dan lebih mengujakan, ada antara kemeja-kemeja yang dibelinya di sini, yang dipakai ketika majlis rasmi ataupun sewaktu bertugas rata-ratanya sekitar RM19.00 sahaja!

Tidak cukup dengan itu, jika ada urusan rasmi di Kuala Lumpur atau ke mana sahaja di negara ini, beliau tidak pernah menaiki kapal terbang sebaliknya menggunakan jalan darat semata. Ustaz Azizan 'tahan' berjam-jam dalam kenderaan untuk ke lokasi yang jauh.

Kata juruiring dan pengawal peribadinya, beliau tidak akan singgah di sepanjang perjalanannya seperti dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sehinggalah tiba ke destinasi yang dituju. Malah masa bertolak dan pulang tidak tentu masa, adakalanya tengah malam atau menjelang subuh.

Selain mengurangkan kos, beliau berasa selesa dan bergerak ke sini sana bertemu sesiapa sahaja menggunakan kereta. Cuma sesekali dijemput Tuanku Sultan Kedah untuk menaiki pesawat peribadi Boeing 737, beliau tidak upaya menolaknya.

HUBUNGAN DENGAN ISTANA


Bercerita pula hubungannya dengan istana, ustaz Azizan sememangnya terkenal dengan sikap hormatnya kepada Sultan dan institusi raja-raja. Kerana itulah, setiap hari Rabu, di awal pagi sebelum mesyuarat exco kerajaan negeri, beliau akan mengadap Sultan Kedah, untuk melaporkan perkembangan dan perjalanan urusan kerajaan.
Lazimnya, para pemimpin negara atau negeri akan menginap di hotel mewah khususnya di Kuala Lumpur bagi urusan-urusan rasmi. Bukan seorang perbelanjaan yang ditanggung, malah melibatkan para pegawai, setiausaha, petugas, pemandu dan pegawal peribadi

Tidak seperti Ustaz Azizan, bagi mengelakkan pembaziran, beliau menyewa sebuah rumah tiga bilik di lokasi yang dirahsiakan di ibu kota untuk didiaminya bersama para petugas. Betapa cermatnya dan bayangkan apabila perbelanjaan menginap di hotel yang boleh mencecah RM80,000 sebulan dapat dijimatkan!

Menarik cerita MB Kedah ini ketika berada di rumah sewanya itu. Saya bertanya makanan kesukaan beliau dan kata pegawainya sekiranya lapar, lewat malam Ustaz Azizan meminta pegawainya membungkus Roti Arab kuah Dal atau seperti selalunya, hanya meminta mereka memasakkan mee segera untuknya!

SERI MENTALOON


Ya, beliau tidak mahu menetap di Seri Mentaloon yang gah laksana istana itu tetapi menjadikan bangunan luas itu untuk dimanfaatkan oleh rakyat bagi apa jua program pembangunan Insan ataupun majlis-majlis rasmi, tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Sikap Ustaz Azizan terhadap rakyat, kawan dan lawan sudah menjadi buah mulut orang. Mereka amat kenal gerak gaya dan perangai Menteri Besar mereka yang cukup mesra dan suka berseloroh. Saya sendiri pernah, menyaksikan serombongan 10 artis serta 40 krew produksi sebuah drama yang menjalankan penggambaran di Kedah diraikan oleh Azizan di Seri Mentaloon dengan jamuan makan tengah hari.

Biarpun rombongan itu terlewat satu jam sedangkan MB mempunyai acara di lokasi yang lain, Ustaz Azizan masih sabar menunggu dan melayan tetamu, membuat kebanyakannya malu tersipu. Bukti, pemimpin parti Islam ini sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja.

Selain itu, Ustaz Azizan sering mempamerkan keprihatinannya terhadap masalah dan kebajikan rakyat. Buktinya, sejurus selepas mengadap Sultan Kedah, beliau dengan lengkap berpakaian baju melayu bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan terdapat 14 buah kedai hangus terbakar di Sungai Limau sewaktu cuti Tahun Baru Cina tempoh hari.

Beliau tiba, ketika api sedang naik menjulang sambil memerhatikan bomba dan sukarelawan memadamkan kebakaran malah datang sekali lagi keesokan harinya bersama Tengku Bendahara Kedah, menyampaikan sumbangan derma kilat kepada mangsa.

Begitu juga dengan kejadian ribut kuat di Kuala Ketil yang melibatkan lebih 300 penduduk mengalami kerosakan kediaman, yang mana sehari selepas kejadian, Ustaz Azizan tiba awal dengan pasukan rombongannya menyampaikan sumbangan derma.

PERANGKAP WARTAWAN


Tetapi awas, bagi sesiapa yang tidak bersedia atau cuba 'menggoreng' fakta, akan menerima padah daripadanya yang cukup arif selok belok perangkap wartawan. Ada masa bidasan jawapan cukup pedih sehingga wartawan begitu berhati-hati mengelak serkap jarang.

"Sekarang ini Kedah tak ada air, macamana Dato' Seri? tanya seorang wartawan arus perdana yang dilihat cuba-cuba memprovokasi beliau.

"Kamu ni mandi tak pagi tadi?" tanya Ustaz Azizan pantas, kemudian dijawab 'ya' oleh wartawan itu, bagi mengelak dirinya dikatakan tidak mandi atau berbau busuk.

"Kalau begitu, macamana kamu kata tak ada air. Kamu mengaji Universti mana? Kan sekarang ni musim kemarau dan seluruh negara ada masalah kekurangan air. Ini urusan Allah SWT, jadi kita mohonlah doa, supaya hujan," katanya membuat wartawan itu terdiam seribu bahasa.

RAMADAN


Ada kisah menarik perhatian saya, ketika dititipkan semula pegawai khas MB tentang satu usaha kejadian sabotaj yang dilakukan pihak lawan sekitar Ramadan tahun lalu.

Waktu itu, di masjid-masjid telah teredar ribuan risalah palsu yang menyatakan bahawa Ustaz Azizan selaku MB Kedah akan memberi sumbangan wang saku untuk Hari Raya kepada rakyat Kedah.

Esok paginya lebih 300 orang memenuhi pekarangan pejabat MB bagi menuntut apa yang dijanjikan seperti yang dicanang risalah palsu itu. Ustaz Azizan yang baru tiba ke pejabat, hairan dan terpinga dengan kehadiran orang ramai itu, lantas memanggil para pegawainya menjelaskan apa yang berlaku.

Anda tahu keputusannya? Jika dilihat perwatakannya yang bengis dan tegas itu, ramai boleh mengagak tindakan selanjutnya. Namun yang berlaku adalah sebaliknya!
Ustaz Azizan berasa simpati pula dengan orang ramai yang tertipu dengan risalah itu. Lebih menghibakan beliau, ada bersusah payah datang dari jauh, hulu kampung, semata-mata berharap dan bergantung ihsan sumbangan yang dihebahkan palsu itu.

Lantas beliau mengarahkan para pegawainya mengagihkan wang sebanyak RM50.00 seorang kepada semua yang hadir dan wang yang dikeluarkan itu datangnya daripada poketnya sendiri!

Tuesday, December 27, 2011

Projek Aman Central tetap diteruskan berserta pembinaan surau baru

ALOR SETAR – Walaupun mendapat bantahan daripada beberapa pihak, kerajaan negeri Kedah tetap akan meneruskan projek Aman Central kerana projek tersebut adalah demi kepentingan rakyat.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, apa yang kerajaan negeri lakukan sekarang ini adalah demi kepentingan rakyat kerana kompleks ini kelak akan memberikan peluang pekerjaan kepada dua ribu penduduk dan saya berharap ianya mendapat sokongan daripada rakyat.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai isu penangguhan projek Aman Central di majlis penyerahan sumbangan kepada SJK(C) Keat Hwa dan Sin Min.

“Sebelum ini saya sudah maklumkan bahawa akan dibina surau di dalam komplek tersebut yang akan mampu memuatkan 400 jemaah. Dan berkemungkinan boleh digunakan untuk bersolat Jumaat.

“Selain itu, saya sudah lihat sendiri pelan pembangunan kompleks tersebut dan ianya menepati citarasa kerana ianya berciri Islamik,” ujarnya.

Beliau memaklumkan bahawa beliau sudah mendapat maklum balas positif daripada pemaju yang menyatakan bahawa projek tersebut tiada masalah dari segi perundangan. Pembinaan hotel lima bintang kawasan berdekatan akan dimulakan terlebih dahulu kerana kerana ianya tidak memerlukan kerja meroboh yang banyak.

Sementara itu, Madarsah Salihiah tetap akan dirobohkan tetapi ianya akan dirobohkan yang terakhir sekali selepas semua proses siap dan buat masa sekarang bangunan lama yang berhampiran akan dirobohkan terlebih dahulu.

“Walaupun ada pihak yang membantah agar madarasah tersebut tidak dirobohkan tetapi permohonan mereka telah ditolak oleh mahkamah,” jelasnya.

Menurutnya lagi, Majlis Fatwa selepas membuat kajian kali kedua membenarkan bangunan dibina di atas tapak wakaf tersebut dengan syarat-syarat tertentu.

“Projek ini akan tetap akan diteruskan dan dijangka dapat disiapkan mengikut jadual kecuali wujud perkara yang diluar jangkaan,” katanya.

Wednesday, December 21, 2011

MB Kedah : Pemaju bina bangunan baru Madrasah Sahiliah

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/05/Azizan-Abdul-Razak.jpg

Pemaju projek Aman Central di Jalan Tambang Badak di Alor Star bersetuju supaya bangunan paling akhir dirobohkan ialah Madrasah Sahiliah dan diganti dengan bangunan baru, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya, surau itu - antara bangunan yang terjejas dalam pembangunan projek tersebut - akan dirobohkan selepas semua pembinaan di kawasan itu selesai, dan kemudian digantikan dengan bangunan baru, lapor Bernama.

Projek Aman Central yang termasuk pembinaan sebuah hotel lima bintang akan mewujudkan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

"Kita dan pihak pemaju telah bersetuju supaya bangunan yang paling akhir sekali dirobohkan ialah surau itu," katanya kepada pemberita di Alor Star hari ini.

Katanya, beliau telah melawat tapak pembinaan dua hari lepas dan Ketua Pegawai Eksekutif Belleview Group (pemaju) telah mengesahkan tidak ada sebarang masalah dari segi undang-undang.

"Insya-Allah dalam masa 32 bulan kita akan siapkan projek tersebut. Mereka (pemaju) juga akan mulakan kerja-kerja pembinaan hotel lima bintang di sebelah itu dan ia tidak melibatkan kerja-kerja perobohan yang banyak," katanya.

Azizan berkata beliau telah melihat pelan surau yang baru dan apabila surau itu siap kelak ia dapat menampung sehingga 400 jemaah dalam satu masa.

"Pada masa hadapan, kalau kawasan itu dah maju mungkin kita boleh tunaikan Solat Jumaat di surau itu," katanya.

Saturday, November 26, 2011

Langkawi perlu lebih banyak hotel bertaraf lima bintang

mb kedah

ALOR SETAR - Langkawi memerlukan lebih banyak hotel bertaraf lima bintang untuk menggalakkan pelancong asing tinggal lebih lama di pulau itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri, menunjukkan pelancong tidak berhasrat tinggal lama di Langkawi kerana kekurangan hotel bertaraf lima bintang.

“Kehendak pelancong luar negara tidak sama dengan pelancong domestik. Mereka amat titik beratkan keselesaan penginapan dan aspek kebersihan. Sebab itu kita perlu sediakan hotel bertaraf lima bintang supaya mereka tinggal lebih lama dan berbelanja lebih banyak,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri bersedia membantu pengusaha hotel menaik taraf kemudahan hotel sedia ada supaya setaraf dengan hotel antarabangsa, selain mempermudahkan proses permohonan atas dasar strategi memacu sektor pelancongan.

“Terdapat beberapa projek sedang dalam pembinaan dan naik taraf, antaranya syarikat Tradewind di Pantai Kok, Tanjung Sancthuary diperbesarkan, juga ada permohonan di Tanjung Rhu dan Datai, yang akan difokuskan untuk pelancong luar negara,” katanya.

Azizan berkata, walaupun tumpuan diberikan untuk membangunkan hotel bertaraf lima bintang, namun keperluan menyediakan hotel bertaraf tiga bintang juga disediakan untuk pelancong tempatan.

“Hotel bertaraf lima bintang perlu apabila adanya penganjuran acara peringkat dunia, seperti Lima dan Le Tour de Langkawi. Namun kita tidak lupakan penginapan untuk pelancong tempatan, kita juga galakkan pengusaha hotel bina hotel berpatutan untuk domestik,” katanya.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri bawah Permodalan Kedah Berhad (PKB) akan membina hotel bertaraf tiga bintang di Pokok Asam, Kuah yang bakal menyediakan 300 bilik untuk pelancong tempatan.

“Terdapat juga sebuah hotel di bandar Kuah sedang dalam pembinaan, yang turut menempatkan kompleks beli belah," katanya. [Sinar Harian]

Tuesday, November 15, 2011

UCAPAN BAJET NEGERI KEDAH TAHUN 2012 OLEH MENTERI BESAR

http://abushahid.files.wordpress.com/2010/11/kedah2520sejahtera25202.png?w=300&h=82

http://pru12.pas.org.my/profil_calon/sederhana/kedah/n20.jpg

OLEH
YANG AMAT BERHORMAT
DATO’ SERI MENTERI BESAR
KEDAH DARUL AMAN

PADA
15 NOVEMBER, 2011
3.00 PETANG

BERTEMPAT DI
DEWAN UNDANGAN
NEGERI KEDAH DARUL AMAN


Assalamualaikum Warohmatullahhi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdullillahirobbil alamin Wassolatuwassalamu ala asyrabil anbiyaiwalmurssalin Waala alihi Wasohbihi ajmain.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Watallata kerana telah melimpahkan rahmatNya dan membolehkan kita semua menjalani kehidupan yang selesa serta melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita dalam keadaan yang aman, tenteram dan sihat sejahtera.

Saya bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wataalla kerana negeri Kedah tidak mengalami apa-apa bencana pada tahun ini. Saya berdoa agar ramalan bencana banjir besar yang dikatakan akan melanda pada akhir tahun ini tidak akan menjadi kenyataan. Namun, Kerajaan Negeri tetap berwaspada pada setiap masa bagi menghadapi sebarang bencana yang melanda.

Pada petang yang berbahagia ini, saya bagi pihak Kerajaan Negeri ingin merakamkan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang telah dipilih untuk kali kedua sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang Ke 14 mulai 13 Disember 2011. Ini merupakan sejarah kepada seluruh rakyat Negeri Kedah dan Malaysia secara amnya. Semoga hubungan di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan akan bertambah erat demi manfaat kepada rakyat. Bagi menzahirkan kesyukuran di atas perlantikan ini, Kerajaan Negeri telah menyusun beberapa acara menarik bagi meraikan peristiwa bersejarah ini.

InsyaAllah, pada petang yang berbahagia ini saya akan membentangkan Bajet Negeri Kedah bagi Tahun 2012 sebagai satu kerangka kerja Kerajaan Negeri memaju dan mensejahterakan rakyat negeri ini selaras dengan slogan ’Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’. Diharap dengan bajet ini kerajaan dapat berperanan dengan licin dan berkesan.

Alhamdullillah, sejak Mac 2008, Kerajaan Negeri telah berusaha menyusun pelbagai projek untuk memperkasakan Negeri Kedah sama ada dari aspek ekonomi, pelaburan, pelancongan, pentadbiran dan kualiti hidup rakyat. Kerajaan berusaha sedaya upaya memastikan pentadbiran negeri diurus dengan baik secara amanah dan adil sepertimana sabda Nabi Muhammad Sollu Allahhualaihi Wassalam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud:

” Tujuh golongan dilindungi Allah di hari yang tidak ada lindungan selain lindungan-Nya; pemerintah yang adil, dan pemuda yang masa mudanya digunakan untuk beribadat kepda Allah, seorang lelaki yang hatinya terikat ke masjid, dan dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah, dan seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan yang bangsawan dan jelita tetapi lelaki itu menolak dengan mengucapkan sesungguhnya saya takut kepada Allah dan seseorang yang bersedekah dan disembunyikannnya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang dinafkahkan tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sendirian lalu berlinangan air matanya. (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Saya sungguh berpuas hati dengan kerjasama erat jentera pentadbiran Negeri, sokongan daripada anak syarikat milik Kerajaan Negeri (GLC), pihak swasta dan rakyat yang telah memberikan semangat dan kekuatan kepada Kerajaan untuk melaksanakan semua projek yang telah diputuskan oleh Kerajaan dan menyuntik beberapa inisiatif baru demi memberi kesejahteraan kepada rakyat. Semua inisiatif dan Program pembangunan yang dirancangkan telah didokumenkan di dalam Pelan Strategik Kedah Sejahtera yang telah dilancarkan pada awal tahun 2011. Kerajaan telah melaksanakan apa yang dirancangkan ini mengikut kemampuan kewangan dan keperluan rakyat tanpa meminggirkan mana-mana pihak. Walaubagaimanapun, masih ada beberapa perkara yang belum dilaksanakan dan Kerajaan berjanji akan terus berusaha memajukan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan memberi perhatian kepada semua pihak dengan adil.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Bagi tahun 2012, prospek ekonomi global adalah tidak menentu. Keadaan yang berlaku di beberapa negara amat membimbangkan kita. Kelembapan ekonomi negara maju, tekanan inflasi akibat kenaikan harga minyak, dan krisis hutang yang melanda beberapa buah negara di Eropah tentunya memberi kesan negatif kepada ekonomi dunia secara keseluruhannya. Dengan senario seperti ini, Kerajaan menjangka akan berlaku pertumbuhan ekonomi negeri pada kadar yang sederhana. Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kos sara hidup di kalangan rakyat negeri ini melalui usaha menghasilkan bahan-bahan makanan.

Kemasukan pelaburan dalam bidang pembuatan untuk beberapa tahun ini menunjukkan trend yang konsisten. Pada tahun 2009, jumlah pelaburan yang diterima adalah sebanyak 1.5 billion ringgit, jumlah ini meningkat kepada 1.96 billion ringgit pada tahun 2010. Dan sehingga Ogos tahun 2011, jumlah pelaburan yang diterima adalah sebanyak 725 juta ringgit. Pelaburan yang diterima ini menunjukkan pelabur khususnya pelabur asing menaruh keyakinan yang tinggi kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan akan terus berusaha menarik lebih banyak pelaburan asing dan meningkatkan tahap perkhidmatan yang diberikan menerusi konsep Mesra Pelabur. Perkhidmatan yang diberikan, telah memberi keyakinan kepada pelabur asing. Kerajaan bersikap telus dan jujur dalam membantu menjayakan semua bentuk pelaburan.

Walaupun Kerajaan Negeri menyenaraikan banyak projek yang hendak dilaksanakan bagi memenuhi keperluan rakyat, tetapi Kerajaan telah mengambil langkah untuk tidak meningkatkan Bajet Tahun 2012 bagi mengelakkan defisit bajet yang besar serta membebankan Kerajaan di masa hadapan. Pengalaman beberapa negara Eropah yang sedang mengalami keruntuhan ekonomi akibat defisit kewangan hendaklah dijadikan iktibar.

Amalan pengurusan kewangan yang cermat dan berhemah akan terus dilaksanakan. Menurut Penyata Kewangan Tahun 2010, Kerajaan Negeri mencapai surplus iaitu lebihan hasil berbanding perbelanjaan di dalam akaun kumpulan wang disatukan sebanyak 22.5 juta ringgit. Al-Quran telah mengajar kita bagaimana untuk mentadbir, perbelanjan negeri secara berjimat cermat sepertimana yang diceritakan di dalam surah Yusuf dari ayat 43 hingga 49. Raja Mesir telah bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh butir gandum hijau dan tujuh butir lainnya yang kering. Lalu nabi Yusuf mentafsirkan mimpi tersebut dengan berkata:

Maksudnya: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu simpan kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur."
(Surah Yusuf, ayat 47-49)

Di dalam bajet yang lalu, saya telah memaklumkan bahawa Kerajaan akan mencari jalan untuk mendapatkan sumber hasil yang baru. Sebuah Jawatankuasa Hasil telah di tubuhkan bagi menyemak dan meneliti cadangan sumber hasil yang baru. Alhamdulillah, satu sumber hasil yang baru telah dikenalpasti. Kerajaan Negeri bakal menerima hasil baru daripada aktiviti kuari bijih besi di beberapa daerah. Pada masa ini tindakan terperinci sedang dibuat oleh pentadbiran tanah dan syarikat-syarikat yang terlibat. InsyaAllah Kerajaan Negeri akan menerima bayaran royalti yang agak lumayan pada tahun hadapan.

Peruntukan Bajet tahun 2012

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Bajet tahun 2012 akan menyediakan peruntukan berjumlah 1.008 billion ringgit bagi melaksanakan pelbagai program yang disusun bagi memajukan ekonomi dan memberi kesejahteraan kepada rakyat Negeri Kedah. Daripada jumlah tersebut, 570 juta ringgit adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus, 259 juta untuk perbelanjaan pembangunan dan sebanyak 179 juta bagi perbelanjaan bekalan air.

Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak 38 peratus untuk bayaran Emolumen, 19 peratus untuk perkhidmatan dan bekalan, 38 peratus untuk pemberian dan kenaan tetap, 2 peratus untuk pembelian aset, manakala 3 peratus untuk lain-lain perbelanjaan.

Bagi peruntukan pembangunan pula, sebanyak 57.6 peratus disediakan untuk projek infrastruktur, 12.96 peratus untuk pertanian, 16.9 peratus untuk pentadbiran dan 13.84 peratus untuk kemudahan sosial.

Jumlah hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2012 dianggarkan sebanyak 550.8 juta ringgit. Jumlah hasil dianggarkan meningkat sebanyak 5.61 peratus berbanding hasil tahun 2011 yang berjumlah 521.5 juta ringgit. Kerajaan Negeri yakin anggaran hasil yang ditetapkan ini dapat dicapai berikutan rekod kutipan hasil sebenar yang meningkat setiap tahun. Prestasi Kutipan hasil sebenar pada tahun 2007 adalah 78.9 peratus berbanding anggaran. Kutipan hasil telah meningkat kepada 91.96 peratus pada tahun 2010. Pencapaian ini menunjukkan dasar yang diamalkan oleh kerajaan dan kesungguhan bekerja semua kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan dedikasi.

STRATEGI BAJET TAHUN 2012

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan ahli-ahli yang berhormat,

Bajet tahun 2012 ini digubal berasaskan kedudukan semasa kewangan Kerajaan Negeri. Pelbagai program pembangunan telah disusun untuk faedah rakyat. Kerajaan Negeri juga telah menerima pakai dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan berkaitan Kadar Gaji kakitangan awam. Berdasarkan senario ini Bajet tahun 2012 memberi penekanan kepada empat strategi seperti berikut:

Strategi Pertama: Meningkatkan Pertumbuhan Ekonomi


Memperkasakan Pertanian Sebagai Perniagaan


Kerajaan telah menetapkan agar Negeri Kedah yang memiliki tanah yang subur menjadi Jelapang Makanan yang utama di Malaysia. Pelbagai inisiatif telah dijalankan bagi menjayakan agenda ini. Projek Pertanian Berskala Besar yang dikendalikan oleh anak syarikat milik Kerajaan Negeri iaitu Projek Tanaman Nanas di Bukit Tangga telah menghasilkan kejayaan, manakala Projek Tanaman Mangga di Charok Genting Bunga seluas 1000 ekar sedang dalam proses penyediaan asas.

Malah beberapa usahawan tani yang menanam nanas berkepadatan tinggi telah menunjukkan hasil pengeluaran yang menggalakkan. Bagi memperkasakan pengeluaran makanan seperti nanas, sayuran dan buah-buahan, Kerajaan memperuntukkan sebanyak 12.2 juta ringgit untuk projek-projek pembangunan pertanian.

Selain itu program pembangunan kawasan tanaman padi di luar kawasan MADA terus dipertingkatkan dengan peruntukan sebanyak 4 juta ringgit. Kemudahan pengairan dan saliran bagi kawasan tersebut akan dimajukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dengan peruntukan sebanyak 4.95 juta ringgit.

Bagi meningkatkan pengeluaran buah-buahan, Kerajaan telah melancarkan Kempen menanam pokok buah-buahan di kalangan rakyat Negeri Kedah. Program satu rumah sepuluh pokok akan terus dilaksanakan tahun hadapan. Selain itu usaha memulihkan Dusun Rambutan yang mula dijalankan tahun ini akan terus ditingkatkan. Kerajaan berharap kalangan yang memiliki dusun rambutan menyambut baik usaha ini seperti yang dilakukan oleh penduduk di Mukim Siong baling pada tahun ini. Hasil pengeluaran rambutan yang berkualiti adalah diperlukan bagi memenuhi keperluan industri mengetin yang telah diwujudkan di Sungai Petani.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar diperuntukkan sebanyak 6 juta ringgit untuk projek pembangunan industri ternakan iaitu tambahan sebanyak 1 juta ringgit berbanding tahun 2011. Tambahan peruntukkan sebanyak 0.4 juta ringgit disediakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan veterinar termasuk peralatan teknikal.

Kerajaan sedar hasil negeri turut disumbangkan melalui hasil perhutanan. Melalui pengurusan yang baik dan kaedah tender terbuka, Kerajaan berjaya meningkatkan hasil hutan secara purata sebanyak 35 peratus bagi tempoh dua tahun sebelum ini. Bagi tempoh jangka panjang, Kerajaan melaksanakan projek Ladang Hutan Bermutu Tinggi. Sebanyak 8 juta ringgit disediakan untuk projek pembangunan ladang hutan, pemuliharaan, pembangunan sumber dan pengurusan hutan yang sempurna. Cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan ialah untuk mengawal aktiviti pencerobohan kawasan hutan yang akan menjejaskan kehidupan kita di masa hadapan.

Meningkatkan Potensi Industri Pelancongan

Pelancongan merupakan sektor ekonomi yang berpotensi dan penting bagi menambah pendapatan rakyat. Kerajaan Negeri akan terus berusaha meningkatkan kualiti produk pelancongan sediada tanpa mengorbankan keunikan alam semulajadi. Polisi Kerajaan Negeri ialah sentiasa memelihara warisan alam semulajadi yang menjadi tarikan utama pelancong. Pengurusan beberapa produk juga telah disusun semula. Sejumlah 2.7 juta ringgit disediakan bagi menyelenggara dan mempromosikan produk sedia ada di tanah besar. Kerajaan telah menyerahkan pengurusan beberapa produk utama seperti Sungai Sedim, Ulu Muda, Sungai Merbok, dan Gunung Keriang kepada syarikat tempatan. Baru-baru ini Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan peruntukan sebanyak 420 juta ringgit bagi memajukan pelancongan di Pulau Langkawi Permata Kedah. Kerajaan Negeri menyambut baik usaha ini dan akan membantu menjayakan usaha murni ini. Sebuah jawatankuasa task force telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu menyelaras dan menyusun semula Pembangunan Pantai Cenang seperti yang telah dipersetujui dengan Kerajaan Persekutuan. Mudah-mudahan usaha yang dirancangkan ini memberi manafaat kepada penduduk Langkawi dan industri pelancongan secara keseluruhannya.

Merancakkan Industri Pembuatan

Bagi sektor pembuatan pula, Kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah akan memajukan 400 ekar kawasan industri di Kulim Hi-Tech Park dan 200 ekar di Bukit Kayu Hitam. Pembinaan dua projek ini bakal meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

Strategi Kedua: Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan ahli-ahli yang berhormat,

Meningkatkan kesejahteraan rakyat merupakan agenda terpenting kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan sentiasa berusaha untuk berlaku adil dan memenuhi keperluan rakyat berbilang kaum. Program-program kebajikan rakyat terus diberi keutamaan.

Salah satu program yang diutamakan ialah membela golongan yang miskin sepertimana tuntutan agama Islam. Melalui sistem pendaftaran e-Sinar, Kerajaan mendapati sejumlah 17 ribu keluarga miskin sehingga 31 Oktober tahun ini. Melalui penggembelingan tenaga pelbagai pihak, Kerajaan telah menyalurkan bantuan kepada keluarga miskin sama ada dalam bentuk bantuan membaiki rumah, membina rumah baru, bantuan am melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, bantuan daripada Jabatan Zakat, sumbangan peralatan kerja dan sebagainya. Namun masih ada segolongan kecil yang tidak menerima bantuan kerana tidak mendaftar dengan e-Sinar. Saya menyeru semua ahli-ahli Yang Berhormat agar membantu kerajaan memberi penerangan kepada keluarga miskin untuk mendaftar dengan e-sinar yang dikendalikan oleh semua Pejabat Daerah. Dasar Kerajaan ini menepati dengan perintah Allah Subhanahu Wataala yang meminta kita berinfak dan membantu di jalan Allah, terutamanya membantu golongan yang tidak bernasib baik sepertimana di dalam Ayat 261, Surah Al-Baqarah:
Maksudnya: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Untuk Tahun 2012 program membantu keluarga miskin akan ditambah. Sebanyak 1 juta ringgit disediakan untuk membaiki dan membina rumah keluarga miskin. Peruntukan khas sebanyak 50 ribu ringgit disediakan kepada setiap Dewan Undangan Negeri bagi kerja-kerja membaiki rumah keluarga miskin pada akhir tahun ini. Sebanyak 19.5 juta atau tambahan sebanyak 5 juta ringgit disediakan untuk pemberian bantuan am melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bantuan secara one off sebanyak 100 ringgit kepada seorang pelajar daripada setiap keluarga yang berdaftar dengan e-sinar sehingga 31 Oktober 2011 akan diberikan pada awal tahun 2012 sebagai bantuan meringankan beban menyediakan persediaan persekolahan anak-anak mereka. Sebanyak 1.7 juta ringgit disediakan bagi maksud ini.

Bantuan Skim Kafalah bagi meringankan beban keluarga miskin menguruskan jenazah sebanyak 500 ringgit akan di teruskan. Sebayak 4 juta ringgit disediakan bagi tujuan ini.

Rumah Mampu Milik

Program membina rumah mampu milik kepada rakyat berpendapatan rendah telah dimulakan. Sebagai contoh, projek Bandar Sejahtera di Pokok Sena telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Fasa 1 telah habis dijual. Pembinaan untuk fasa berikutnya sedang dijalankan. Kerajaan telah melantik STDC iaitu anak syarikat milik kerajaan untuk membina rumah mampu milik di Kampung Seberang Terus dan Kg Teluk Yan, Alor Setar. Bancian penduduk dan kerja-kerja awalan untuk kedua-dua projek ini telah bermula. Kerajaan telah mengadakan sesi perbincangan dengan penduduk terbabit bagi menyelesaikan perkara-perkara teknikal yang berkaitan. Selain itu Kerajaan juga komited untuk membangunkan semula Kampung Kilat yang juga sebuah penempatan setinggan. Dua projek rumah mampu milik iaitu di Kuala Ketil dan Bandar Darulaman akan menyediakan kira-kira 1300 unit. InsyaAllah kesemua projek ini akan dimulakan tahun hadapan.

Kerajaan juga mendapat kerjasama daripada sebuah Yayasan yang bermurah hati memberi sumbangan membina 100 buah rumah untuk keluarga miskin di Yan. Kerja-kerja asas telah dimulakan dan pembinaan rumah akan di mulakan akhir Disember ini. Ada pihak yang membangkitkan kononnya projek ini telah dibatalkan. Sebenarnya, kawasan tapak projek seluas 15 ekar selesai ditambun pada bulan Jun tahun ini. Kerajaan dinasihatkan untuk tidak membina rumah sehingga tanah tapak projek ini kukuh dan mantap.

Alhamdulillah, Kerajaan juga menerima sumbangan daripada sebuah syarikat untuk membina rumah mampu milik di Simpang Tiga Sungai Daun, Yan. Pada masa ini urusan pengambilan balik tanah seluas 11 hektar sedang diuruskan. Kerajaan yakin projek ini bakal dimulakan tahun 2012.

Kerajaan berusaha membina rumah mampu milik di seluruh negeri. Beberapa tapak milik Kerajaan Negeri sedang dikenalpasti. Kerajaan melantik PKNK sebagai peneraju projek ini dengan usahasama syarikat swasta. InsyaAllah, usaha seperti ini bakal memberi peluang kepada 25 ribu keluarga yang mendaftar dapat memiliki rumah yang dibina oleh Kerajaan Negeri.

Sejumlah 5 juta ringgit disediakan untuk menyelenggara, membaikpulih dan urusan pengeluaran hakmilik perumahan awam yang sediada. Langkah ini dapat meningkatkan kualiti kehidupan penyewa sediada.

Kualiti hidup masyarakat

Kerajaan berusaha mewujudkan pembangunan yang seimbang di seluruh kawasan. Kawasan luar bandar tidak akan dipinggirkan. Sejumlah 10.9 juta ringgit disediakan untuk projek pembangunan luar bandar. Jumlah ini meningkat sebanyak 2 juta ringgit.

Penyelenggaraan jalan raya negeri akan dipertingkatkan bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna. Mulai tahun ini kerajaan membelanjakan peruntukan yang besar bagi memperkukuhkan jalan utama yang menghubungkan antara Daerah bagi mengurangkan tempoh pengangkutan barangan dan meningkatkan keselamatan pengguna. Antara jalan yang dinaiktaraf ialah jalan daripada Bukit Selambau ke Sungai Lalang. Pada tahun 2012, Sejumlah 78.5 juta ringgit di peruntukkan untuk penyelenggaraan jalan negeri. Jumlah ini merupakan tambahan sebanyak 10 juta ringgit.

Kerajaan prihatin kepada golongan peniaga kecil di kawasan bandar yang tidak mampu membeli atau menyewa ruang niaga di pusat bandar. Bagi membantu golongan ini, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak 3 juta ringgit untuk pembinaan ruang niaga kawasan bandar. Selain itu PKNK telah menyiapkan UKIR MALL di Alor Setar dan Sungai Petani yang memberi peluang kepada usahawan menjalankan operasi perniagaan di lokasi yang strategik. Untuk Tahun 2012, PKNK akan membina 2 buah bangunan lagi di Kota Sarang Semut dan Hosba yang bernilai 14 juta ringgit.

Kejadian banjir kilat adalah berpunca daripada prasarana saliran yang kurang sempurna. Bagi penduduk yang sering dilanda banjir kilat akan mengalami kerugian dan kerosakan harta benda serta menyukarkan kehidupan mereka. Pada tahun hadapan kerajaan menyediakan 15.2 juta ringgit untuk projek tebatan banjir, pemuliharaan sungai dan menaiktaraf sistem saliran.

Strategi Ketiga: Meningkatkan Modal Insan

Kerajaan sedar pembangunan ekonomi masa depan adalah didorong oleh modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran. Selaras dengan keadaan ini, Kerajaan berusaha gigih untuk memantapkan pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berpegang teguh dengan ajaran agama. Sehubungan itu kerajaan mengambil tindakan memantapkan Kolej Universiti Insaniah dan menyediakan prasarana pembelajaran yang berkualiti tinggi. InsyaAllah Kampus KUIN di Kuala Ketil akan disiapkan pada akhir tahun 2012. KUIN telah menyediakan semua persiapan untuk memulakan kursus perubatan pada tahun hadapan. Sejumlah 15 juta ringgit di sediakan bagi membiayai kos operasi KUIN pada tahun 2012.

Maktab Mahmud telah genap 75 tahun pada tahun ini. Kedudukannya sebagai sekolah pilihan di negeri ini tidak dapat dipertikaikan lagi. Kerajaan akan terus melengkapkan prasarana Maktab Mahmud melalui pembinaan asrama Putera di Maktab Mahmud Pokok Sena, bangunan akademik di Maktab Mahmud Kulim serta menaiktaraf bangunan bilik darjah dan lain-lain kemudahan di 10 buah maktab Mahmud. Kerajaan menyalurkan sebanyak 34.5 juta ringgit bagi membiayai pengurusan dan pembangunan Maktab Mahmud.

Tambahan kepada kemudahan pendidikan yang sediada, Kerajaan menubuhkan Maahad Tahfiz Sains Darulaman iaitu Sekolah Menengah yang menggabungkan pembelajaran sains dan Tahfiz Al-Quran. Sekolah ini akan memulakan sesi persekolahan untuk pelajar Tingkatan Satu mulai Januari tahun 2012. Saya difahamkan sambutan yang diterima adalah di luar dugaan. Kerajaan terpaksa menjalankan proses pemilihan bagi mengambil 30 orang pelajar lelaki dan 30 orang pelajar perempuan yang akan memulakan persekolahan di Kulim. Kerajaan akan memulakan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darulaman di Pulau Tuba secara berperingkat-peringkat mulai tahun hadapan. Sebanyak 3.5 juta ringgit telah disediakan untuk projek ini.

Dalam masa yang sama Kerajaan juga menyalurkan bantuan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) serta memberi sumbangan menjayakan apa-apa aktiviti perayaan masyarakat bukan Islam dengan menyediakan peruntukan sebanyak 1 juta ringgit.

Sejumlah 2.1 juta ringgit disediakan bagi membiayai pinjaman kepada anak-anak Kedah daripada kalangan berpendapatan rendah melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kerajaan telah memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar Negeri ini yang melanjutkan ke Universiti tempatan. Seramai 3,235 orang pelajar peringkat diploma dan ijazah telah diberikan bantuan khas pada tahun 2011 yang berjumlah 877,600 ringgit. Kerajaan akan meneruskan bantuan seperti ini sebagai menggalakkan pelajar menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.

Sejumlah 5 juta ringgit disediakan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah bagi membiayai kos operasi dan penyediaan bahan bacaan bermutu di semua perpustakaan awam dan perpustakaan desa. Kerajaan berharap para ibubapa memberi galakan kepada anak-anak untuk menggunakan kemudahan bahan bacaan yang di sediakan di perpustakaan awam.

Kerajaan sedar kemudahan sekolah menengah agama dan kelas TASKA milik Kerajaan Negeri adalah serba kekurangan. Oleh itu demi meningkatkan prestasi pelajar, kerajaan menyediakan peruntukkan 1.75 juta ringgit untuk pembelian buku teks dan peralatan mengajar. Peruntukkan tambahan sebanyak 3.6 juta ringgit disediakan untuk membayar elaun Guru KAFA pada tahun 2012 bagi maksud ini.

Strategi Keempat: Memperkasa Tadbir Urus Kerajaan Negeri

Jentera pentadbiran negeri yang cekap dan berkesan sangat penting bagi merancang dan melaksanakan semua dasar serta program Kerajaan Negeri. Bagi maksud itu, tambahan sebanyak 23 juta ringgit disediakan untuk bayaran emolumen kepada seluruh kakitangan jabatan. Jumlah ini meningkat sebanyak 9 peratus berbanding tahun 2011 berikutan keputusan Kerajaan Persekutuan yang menaikkan kadar gaji kakitangan awam. Kerajaan Negeri menerima pakai dasar ini dan menyediakan peruntukan secukupnya.

Peruntukan sebanyak 14.47 juta ringgit akan digunakan untuk pembelian pelbagai aset seperti pembelian kenderaan, kelengkapan pejabat dan peralatan kerja bagi memastikan setiap jabatan berfungsi dengan sempurna dan meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Kerajaan telah membina dan menaiktaraf bangunan beberapa Jabatan negeri seperti Pejabat Agama dan Mahkamah Syariah Baling, Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar, Kuala Muda dan Kulim. Untuk tahun 2012 sejumlah 41 juta ringgit disediakan untuk membina dan menaiktaraf beberapa buah pejabat seperti Pejabat Tanah Langkawi dan Baling serta membina bangunan tambahan Jabatan Veterinar.

Majlis Ketua Kampung merupakan jentera pentadbiran negeri di peringkat akar umbi. Peranan mereka sebagai agen pembangunan masyarakat adalah sangat penting. Untuk itu Kerajaan menyediakan 12.7 juta ringgit bagi maksud pemberian elaun bulanan kepada 2100 orang pengerusi dan setiausaha MKK.

Bagi memantapkan perkhidmatan kerajaan secara online, sejumlah 3.5 juta ringgit disediakan untuk menaiktaraf kemudahan ICT. Semua maklumat disalurkan secara online dan beberapa aplikasi baru akan di bangunkan bagi mempercepatkan urusan kerajaan negeri.

Sejumlah 6 juta ringgit akan disalurkan kepada semua Pegawai Daerah bagi melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di setiap Daerah.

Sejumlah 1.5 juta ringgit disediakan sebagai bantuan untuk bayaran rawatan hospital kakitangan dan pesara Kerajaan Negeri manakala 1.15 juta ringgit akan dibelanjakan untuk latihan kakitangan Kerajaan Negeri yang diuruskan oleh Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan. Peruntukkan untuk maksud ini juga disediakan kepada setiap Jabatan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, Jabatan-jabatan, anak-anak syarikat milik Kerajaan, Badan Berkanun, pihak swasta, Badan-badan bukan kerajaan yang berdiri teguh dan terus berusaha gigih melaksanakan pelbagai rancangan kerajaan negeri untuk memaju dan mensejahterakan rakyat negeri ini. Sesungguhnya komitmen dan kerjasama semua pihak telah memberikan kekuatan dan semangat kepada saya dan barisan EXCO untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh menjayakan agenda pembangunan negeri ini.

Kerajaan sedar dengan kewangan yang terhad, kerajaan tidak dapat melaksanakan semua yang dirancangkan. Oleh itu Kerajaan akan menggembeling sumber daripada anak-anak syarikat milik kerajaan dan syarikat-syarikat swasta bagi melaksanakan agenda pembangunan negeri.

Dalam masa yang sama kerajaan terus berusaha memperkemaskan dasar, garis panduan, dan kawal selia yang telus di kalangan jentera Kerajaan Negeri bagi memudah dan mempercepatkan segala urusan.

Saya yakin amalan belanja berhemah dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah akan meningkatkan kedudukan kewangan dan imej Kerajaan Negeri. Kerajaan terus berusaha menggelakkan kebocoran di dalam pengurusan kewangan serta meningkatkan akauntabiliti di kalangan semua ketua-ketua jabatan negeri.

Saya berdoa semoga Allah Subhanahu Wataalla memberikan Taufik dan hidayahNya kepada kita semua yang berada di dalam Dewan yang mulia ini agar sentiasa mengutamakan amanah dan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan dengan ikhlas mengikut ajaran ajaran agama kita. Apa yang dilakukan oleh Kerajaan adalah berasaskan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wataalla. Semoga dengan ketaqwaan ini, Allah Subhanahu Wataalla akan membantu kita semua mengatasi segala masalah yang dihadapi seperti firmanNya di dalam surah At-Thalaaq; ayat 2 yang bermaksud:,

’Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar’

Yang Berhormat Dato Speaker

Saya mohon mencadangkan.

Wabillahi taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuhi

Wednesday, September 14, 2011

Tidak perlu hutang Kerajaan Pusat - Azizan

ALOR SETAR - Status kewangan negeri semakin kukuh dan diuruskan secara berhemah menyebabkan Kedah tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk mentadbir negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, segala perbelanjaan berjalan lancar kerana pihaknya telus dalam pentadbiran selain tidak berlaku salah guna kuasa oleh kepimpinan tertinggi kerajaan.

“Saya bangga selama mentadbir Kedah, kita tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan atau uruskan pentadbiran.

“Saya difahamkan, ada negeri terpaksa berhutang dengan Pusat hanya untuk membayar gaji pekerja. Ini menunjukkan pengurusan kewangan kita diurus dengan baik,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri hanya membuat beberapa penambahbaikan dalam meningkatkan hasil untuk menjana sektor ekonomi, selain mengawal perbelanjaan supaya tidak berlaku pembaziran.

“Walaupun tiada sumber baru dan masih tertakluk pada sumber sedia ada, namun atas usaha penambahbaikan dalam hasil negeri seperti hutan, cukai tanah dan sumber galian, kita mampu tingkatkan pendapatan,” katanya.

Azizan percaya berdasarkan prestasi cemerlang Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah sejak tiga tahun lalu, rakyat akan bertambah yakin terhadap kepimpinan sedia ada.

“Tak semua kita bangunkan dengan menggunakan hasil negeri, namun saya bangga kerana dengan peruntukan negeri pun kita mampu tadbir.

“Kita juga memperolehi dana Pusat dalam aspek pembangunan kerana itu adalah tanggungjawabnya untuk salurkan peruntukan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9527701.asp

Wednesday, August 17, 2011

Menteri Besar abaikan cuti, pengerusikan mesyuarat Exco

ALOR SETAR - Walaupun sepatutnya masih bercuti sehingga 29 Ogos ini Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan tetap mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon.



“Tak ada benda baru. Keputusan perlu perlu masuk mesyuarat Exco, termasuklah keputusan untuk memberi bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan kerajaan sempena raya. Kena Exco lulus,” katanya.



Beliau juga memberitahu keputusan memberi setengah bulan gaji itu termasuklah kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.



Menyentuh mengenai kesihatannya, beliau memberitahu keadaannya semakin baik, namun masih meneruskan rawatan susulan mengikut prosedur biasa seperti pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan perjalanan jantung.



“Keadaan Alhamdulilah baik tapi di bawah pengawasan doktor. Dia tengok gula, jantung, tekanan darah. Lebih dua minggu menerima rawatan di IJN dan disambung rawatan di Kedah.



“Cuti sampai 29 haribulan tapi saya datang. Cuti rasmi cuti tak rasmi saya mai kerana tak mahu kerja-kerja pentadbiran negeri tergendala walaupun doktor suruh rehat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.



Menurutnya, dari segi fizikal beliau agak lemah tetapi boleh menjalankan tugas dan sebelum mesyuarat beliau telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan selama satu jam dan beliau mengambil masa dua jam setengah untuk mesyuarat ini.



Beliau juga memberitau selama tiga tahun bekerja beliau tidak pernah mengambil cuti dan semasa berada di IJN ramai ahli-ahli politik yang datang melawatnya termasuklah di pihak pembangkang.



“Ramai datang Dato’ Mahdzir Khalid, Dato’ Bashah, Dato’ Chow, Dato’ Saravanan, ramai lagi. Tak ingatlah dah, terima kasih banyak kerana lawat saya,” katanya.



YAB Dato’ Seri Azizan dimasukkan ke IJN selepas dinaishatkan oleh pakar dari Kedah Mecal Centre Alor Setar berikutan komplikasi jantung.





Monday, August 15, 2011

Azizan Umum bonos untuk Kakitangan kerajaan negeri Kedah di IJN

Kakitangan kerajaan negeri dapat bonus setengah bulan gaji

Ditulis oleh SARINA ISMAIL



ALOR SETAR – Kakitangan kerajaan negeri turut mendapat pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan kadar minima RM500. Demikian kenyataan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam kenyataannya kepada media.



Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengikut langkah yang diambil oleh kerajaan pusat dalam pemberian bonus itu selain turut memberikan bonus setengah bulan gaji kepada semua anggota dewan undangan negeri (Adun) di Kedah.



"Kita akan bayar pada 18 Ogos nanti bersama gaji bulan ini, keseluruhannya berjumlah lebih RM5 juta," katanya yang dipetik dari Bernama.



Sementara itu, beliau yang masih menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) semakin beransur pulih dan akan dibenarkan pulang tidak beberapa lama lagi.



"Saya dah baik tapi masih berehat, sekarang dah banyak perubahan. InsyaAllah, minggu depan saya boleh balik Alor Setar," katanya.



http://wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1196%3Akakitangan-kerajaan-negeri-dapat-bonus-setengah-bulan-gaji&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=ms