Showing posts with label Sidang DUN Kedah. Show all posts
Showing posts with label Sidang DUN Kedah. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Bila Ustaz Azizan bidas hujah pembangkang Dun Kedah


Oleh AZAMIN AMIN

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah kali ke-12 bermula dengan keberangkatan Yang Teramat Mulia (YTM) Dato' Seri Utama Tan Seri Tunku Annuar AlHaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah selaku Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah ke Istiadat Pembukaan Mesyuarat Bajet 2013, 20 November lalu.

Perasmian sidang DUN dimulakan dengan titah ucapan YTM yang memuji dan rakaman tahniah kepada pasukan Menteri Besar Kedah Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan Razak yang telah berusaha keras melaksanakan dasar kerajaan demi kesejahteraan rakyat negeri ini.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang bekerja keras merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi memajukan negeri Kedah khasnya dalam bidang pertanian, pendidikan dan kesejahteraan rakyat.

"Usaha-usaha yang dijalankan telah pun menampakkan kejayaannya," titahnya.

Sidang DUN kemudian diwarnai dengan arahan Speaker DUN Dato' Dr Abdul Isa Ismail tidak mengizinkan Adun Kuala Nerang Dato' Syed Sobri Syed Hashim mengambil bahagian pada Sidang Bajet kali ini kerana belum dapat memutuskan status terkini berhubung kes muflis wakil rakyat tersebut yang menyebabkannya hilang kelayakan sebagai ADUN.


"Saya juga dinasihatkan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pejabat Peguam Negara untuk mengumpul dan mengesahkan semua dokumen yang berkaitan untuk menentukan kedudukan beliau seterusnya," katanya.

Sebelah petang hari yang sama sesi sidang DUN menyaksikan pembentangan Bajet oleh Ustaz Azizan selama sejam yang menyatakan kerajaan negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM1.1 bilion bagi melaksanakan semua program dan projek yang disusun rapi bagi memajukan Negeri Kedah demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Beliau memulakan ucapan Bajet itu dengan petikan dua surah al-Quran tentang nikmat Allah (Surah Ibrahim Ayat 34) dan menggunakan nikmat yang ada kepada jalan kebaikan (surah al-Hajj ayat 41).

Ustaz Azizan menyentuh pelbagai sektor termasuklah pencapaian Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil akan dirasmikan pada awal 2013 yang bakal disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Sidang DUN hari kedua, 22 November bermula jam 9 sehingga 10 pagi hanya tiga soalan lisan berjaya dikemukakan iaitu berkenaan Khutbah Jumaat, isu Kerajaan menanggung beban kerajaan terdahulu dan kemerosotan prestasi bola sepak Kedah.

Namun, dewan menjadi 'sunyi' tatkala pendedahan dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ir Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) berhubu8ng projek-projek sakit BN Kedah terdahulu sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat kini terpaksa menanggung beban tuntutan saman dan hutang.

Antaranya Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kedah telah menggunakan wang syarikat untuk membiayai aktiviti Umno sebelum 2008 yang lalu.

Ketika Amiruddin memberi jawapan, Adun-adun BN lebih banyak 'menikus' dan tunduk kerana bimbang 'tercucuk' mata sendiri.

Kata Amiruddin STDC di masa BN telah membuat pembayaran di bawah item 'sumbangan' sebanyak RM8 juta dan daripada jumlah itu RM7.5 juta tidak mendapat pengecualian cukai kerana sumbangan kebanyakannya dibuat untuk membiayai aktiviti politik Umno, kata Amirruddin.

"Sumbangan digunakan antaranya untuk membeli t-shirt dan tudung untuk Pemuda dan Puteri Umno serta pelbagai tajaan untuk kempen Umno sewaktu pilihan raya kecil di Ijok.

"STDC di bawah Pakatan Rakyat kena jelaskan cukai RM3.1 juta dan 'penalty' RM1 juta kerana pengurusan lama lambat bayar cukai tanpa rebat pengecualian," katanya.

Kemudian dalam jawapan berkaitan bola, kedangkalan terserlah apabila wakil BN Dato' Ahmad Bashah (BN-Bakar Bata) dalam soalan tambahan menyarankan agar kerajaan 'ditukar' berikutan kekalahan dan kemerosotan prestasi pasukan bola sepak Kedah sejak mutakhir ini.

Ini termasuklah menukar Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang kini disandang oleh Ustaz Azizan.

Namun soalan tambahan Bashah, merupakan 'bola tanggung' yang berjaya dilibas tepat ke muka beliau oleh Exco Kerajaan Negeri Dato' Hamdan Khalib (PAS-Tanjung Dawai) dalam jawapan balasnya.

"Kalau itu dijadikan ukuran, maka kerajaan BN dan Perdana Menteri mesti ditukar...sebab pasukan bolasepak Malaysia kalah dan jatuh dalam ranking dunia!

"Kita jangan jadikan bola sepak sebagai bahan politik. Biar kita sama-sama bangunkan dan sokong pasukan bola sepak kita," katanya.

Sesi membahas titah ucapan, kemudiannya berlangsung selepas soalan lisan, menyaksikan semua Adun-adun diberi peluang berucap sehingga memakan masa sampai jam 9.00 malam.

Hari terakhir Sidang DUN, 4 soalan lisan dikemukakan dan antara yang menarik perhatian ialah jawapan cukup tenang dan telus oleh Amiruddin berhubung isu kegagalan projek Papua New Guinea (PNG).

Setelah selesai menjawab Amiruddin sekali lagi menegas bahawa kegagalan PNG berpunca daripada salah maklumat dan bukannya membabitkan rasuah atau penyelewengan.

"Namun, jika terbukti bersalah, kita tidak akan melindungi sesiapa yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan," katanya.

Kira-kira jam 11.40 pagi Abu Hasan Sarif (BN-Kota Siputeh) yang ingkar arahan Spekar diarah untuk meninggalkan dewan.

Beliau tidak berpuas hati kerana Lim Soo Nee tidak memberi laluan untuk mencelah ketika sesi sedang menggulung perbahasan.

Lim menyatakan bahawa selepas selesai beliau akan memberi laluan namun tidak diendahkan oleh Abu Hassan yang mendakwa bahawa pihak kerajaan tidak mengamalkan sistem demokrasi.

Speaker DUN menegur dan mengarahkannya Abu Hassan duduk sebanyak dua kali namun beliau ingkar menyebabkan Abdul Isa mengarahkan Abu Hasan keluar sambil diiringi Bentara Dewan.

Abu Hasan kemudiannya mengajak adun-adun BN untuk bersamanya untuk keluar sedangkan ada antara mereka yang teragak-agak dan berbelah bahagi untuk menuruti permintaan Abu Hassan.

Setelah merayu dan melaungkan suara sebanyak tiga kali:"Saya mintalah rakan-rakan semua keluar dewan", barulah masing-masing bangun meninggalkan dewan kecuali Adun Bebas Tan Wei Shu.

Setelah 15 minit berada di luar dan membuat sidang media, barulah semua adun BN memasuki Dewan semula kecuali Abu Hassan.

Tepat jam 5.00 petang, giliran Ustaz Azizan menggulung perbahasan dan menyentuh semua kritikan dan perkara yang dibangkit adun BN.

Beliau mengambil sikap menghormati semua teguran yang diberikan meskipun hujah adun BN tidak berasaskan fakta yang tepat.

"saya rai dan hormati pandangan semua...walaupun ada yang dapat maklumat yang salah. Itu hak mereka tetapi yang penting hubungan kita berlangsung secara aman seperti adik-beradik.

"Tujuan kita berkhidmat sebagai wakil rakyat adalah untuk kesejahteraan rakyat...biatrlah berpolitik, berparti tetapi sesama kita hubungan sentiasa baik," katanya.

Ustaz Azizan yang sudah berpengalaman berada di siadang DUN selama 18 tahun kemudian melahirkan rasa syukur, kerana Kedah berada dalam keadaan sejahtera tanpa ketegangan yang melampau seperti di tempat lain.

Harapannya ialah supaya Kedah menjadi contoh kepada yang lain dalam memelihara keharmonian meskipun masing-masing berlainan ideologi politik.

Beliau mengakhiri penggulungan dengan nada sayu, merakam terima kasih kepada semua Adun dan memohon maaf memandangkan Sidang DUN kali ini merupakan yang terakhir sebelum berdepan Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya bersyukur kerana Kedah aman dan sejak 1990 bersama Fadzil Noor (Almarhum Presiden PAS) sehingga kini...kita boleh duduk sekali.

"Dan saya memohon maaf kepada semua atas apa-apa yang tidak dapat ditunaikan. Moga kita semua mendapat keberkatan Allah di dunia dan akhirat," katanya.

Cerita UMNO termonyeh, Pesta Fitnah UMNO dan UMNO nak buat PRU13 bulan Disember..??

UMNO termonyeh di Sidang DUN Kedah, Pesta Fitnah UMNO dan PRU13 bulan Disember?


i. Sidang DUN Kedah

Alhamdulillah Sidang DUN Kedah Mesyuarat Bajet 2013 sudah berakhir. Harapan BN untuk menjadikan sidang kali ini sebagai tempat mendedahkan ‘segala kepincangan’ kerajaan Pakatan Kedah nampaknya tidak menjadi. Kerajaan negeri untuk tahun ketiga berturut-turut membenarkan penyiaran Sidang DUN secara langsung.

Semua yang mengikuti sepenuhnya dan menilai secara rasional persidangan membuat kesimpulan bahawa Pakatan menang dan BN kalah dalam Dewan. Semua soalan yang dibangkitkan oleh ADUN pembangkang berjawab sedangkan semua isu yang dibangkitkan oleh ADUN Pakatan tidak mampu dijawab oleh BN. Dato' Seri Mahdzir Khalid mengaku UMNO termonyeh di Sidang DUN.

Isu penyelewengan udang Kerpan, Seri Temin, Jerai International Park, Taman Industri Tandop, perjanjian dengan Taliworks Langkawi, 99 East dan macam-macam lagi semuanya tidak dapat dijelaskan dalam perbahasan mereka. Penyelewengan BN didedahkan oleh Exco dalam soalan kedua persidangan sebenar hari pertama, selepas itu semua ADUN dibenarkan berucap. ADUN BN mempunyai masa yang cukup untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan tetapi apa lagi yang mereka mampu jelaskan kerana BN benar-benar bersalah. Sebahagian kesalahan itu berlaku di zaman Tan Sri Osman Aroff tapi pokoknya beban yang ditanggung ialah kerajaan Pakatan kini. Osman Aroff, Sanusi Junid dan Syed Razak mereka tetap UMNO BN, menyalahkan BN memang wajar dan tepat.

ii. Pesta Fitnah UMNO

Perhimpunan Agung UMNO atau lebih dikenali sebagai Pesta Fitnah Malaysia akan bermula 29 November hingga 1 Disember. Dalam perhimpunan itu nanti para pemimpin dan perwakilan UMNO akan berlumba-lumba menabur fitnah dan memakihamun Pakatan Rakyat dengan penuh kejam ala Israel menyerang Palestine tempohari. Oleh kerana semua media utama negara adalah mak bapak depa punya maka rakyat tiada pilihan siang malam terpaksa mendengar fitnah yang dijaja tanpa henti. Keluhan yang didengari dari sebahagian besar rakyat Malaysia setiap kali membuka tv di musim perhimpunan UMNO ialah “UMNO, UMNO, UMNO... tak ada cerita lain ke? kerja dok maki PAS lah tuu.. depa tu betoi sangat?” Ia berbeza dengan ayat waktu UMNO tengah kuat lebih 20 tahun lalu.

Hari ini kalau kita lihat propaganda media BN lebih hebat berbanding 20 tahun lalu, segmen kutuk PR mesti ada dalam siaran berita sama seperti segmen sukan yang wajib ada. Tapi hasilnya bilangan rakyat Malaysia yang menyampah dekat BN makin hari makin bertambah. Ini yang memeningkan kepala Najib. Rakyat umumnya dah tak peduli akan dakyah dan propaganda UMNO sebab rakyat tahu itu semua fitnah. Fitnah dah jadi macam rukun nombor 1 UMNO.

Rakyat Malaysia mendoakan semoga perhimpunan Agung UMNO kali ini adalah yang terakhir untuk UMNO. Lepas itu UMNO akan hancur berkat doa umat Islam yang bermunajat.


iii. PRU13 bulan Disember?

Ada ramalan yang kuat bahawa Najib akan bubar Parlimen sebaik selesai Perhimpunan Agung UMNO. Ramalan ini dibuat oleh rakyat entah kali yang ke berapa tapi tak menjadi juga. Semua tahu baha Najib amat takut dengan PRU sebab bayangan kekalahan sudah sampai di depan matanya.

Baru semalam Tun Mahathir menyampaikan pirasat bahawa kalau PRU buat tahun ini makan BN akan mendapat mandate dua pertiga. Kalau tahun hadapan, katanya, tak nampak jalan... yang dok nampak BN boleh jalannn.

Jika Parlimen bubar lepas perhimpunan UMNIO maka tarikh mengundi ialah hujung bulan Disember ketika rakyat Pantai Timur dijangka bergelut dengan banjir. BN tiada masalah untuk berkempen dan memberi bantuan kerana logistic mereka cukup, mereka akan guna bot tentera dan jabatan kerajaan yang lain. Yang jadi masalah tentulah jentera PR. Pada hari mengundi BN dijangka akan mengerahkan tentera supaya membawa pengundi BN sahaja keluar mengundi menggunakan bot atau lori tentera manakala penyokong PR akan dibiarkan tidak boleh mengundi.

Satu lagi hujah yang kuat untuk Najib bubarkan parlimen bulan Disember ialah bantuan rakyat 1Malaysia akan diberi mulai tahun hadapan. BN akan kempen, “kalau hangpa nak RM500 satu keluarga ni hangpa kena pastikan BN menang.” Macam-macam taktik Najib boleh guna. Maka eloklah kita persiapkan jentera semaksimanya untuk menghadapi serangan Najib UMNO dan Be End....
 
http://kedahla.blogspot.com/2012/11/sidang-bajet-2013-pesta-fitnah-umno-dan.html

Ketum dan shisha telah di Fatwa haram oleh Mufti Kedah - Exco


Kedah pengeluar terbesar ketum di dunia

Sunday, November 25, 2012

ADUN BN mengamuk di Dewan kerana anak? [video]

Oleh ZULKIFLI YAHAYA


Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Sidang Bajet 2013 baru sahaja berakhir. Ia merupakan Sidang Bajet kelima bagi Pakatan Rakyat Kedah dan pastinya yang terakhir sebelum PRU 13.Sepanjang lima tahun bersidang, maka persidangan kali ini dianggap yang paling hangat seakalipun kehangatan Sidang DUN Kedah tidak pernah mengatasi Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan atau Negeri Sembilan. 

Kehangatan kali ini ialah kerana pihak pembangkang, BN, berjaya menghimpun isu-isu yang paling banyak untuk menyerang kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.

Isu-isu penting yang menjadi peluru BN tersebut ialah kerugian RM6.4 juta pelaburan projek balak di Papua New Guinea oleh Kedah Corporation Berhad anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah, kemelut yang melanda Kolej Universiti Insaniah, konfrontasi yang dibuat oleh ahli-ahli majlis kerajaan tempatan terhadap Setiausaha kerajaan Negeri, penebangan balak yang kononnya tidak terkawal di hutan simpanan kekal dan pertambahan pusat hiburan. Barangkali kerana tiada pre council antara ADUN BN, maka hampir setiap orang dari mereka asyik mengulang isu yang sama sehingga Sidang DUN menjadi sangat membosankan.


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato' Ir Amiruddin Hamzah yang mungkin menyedari bahawa semua persoalan tersebut akan dibangkitkan melakukan pre emtif yang berkesan. ADUN PAS Pantai Merdeka, Haji Abdullah Jusoh bertanyakan soalan mengenai projek-projek BN yang menghadapi kegagalan lalu beban kegagalan mereka terpaksa ditanggung oleh kerajaan terkini. Maka Dato' Amiruddin pun melibas BN dengan pendedahan terperinci setiap projek sakit tinggalan BN sehingga tiada seorang pun ADUN BN berani mencelah.

Antaranya ialah projek Taman Industri Tandop, Jerai International Park, ternak udang Kerpan, penyelewengan pembinaan kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani, kegagalan projek ternak lembu di Pendang dan salah laku BN di Seri Temin Development Corporatioan. 'Jaringan awal' yang dibuat oleh Dato' Amiruddin menyebabkan pihak pembangkang hilang arah dan sengat. Serangan balas jadi tumpul.

Jika ada lagi kejutan dalam Sidang bajet 2013 ini, maka pastinya ia adalah keengganan ADUN Kota Siputeh Dato' Abu Hasan Sarif mematuhi arahan Speaker sehingga menyebabkan beliau diusir keluar dewan. Sepanjang sejaran lima tahun PR berkuasa inilah kali pertama ADUN diarah keluar Dewan. Semua ADUN BN yang lain turut ikut keluar sebagai tanda sokongan terhadap rakan mereka yang diusir.

Dato’ Abu Hasan diarahkan keluar Dewan apabila beliau membantah keputusan Speaker DUN untuk tidak mengganggu pengulungan oleh Exco Kerajaan Negeri, Lim Soo Nee apabila Exco berkenaan enggan memberi laluan terhadap sebarang soalan ketika beliau menggulung perbahasan.

Abu Hasan sebelum ini telah mempersoalkan tindakan Yang Di Pertua Majlis Daerah Kubang Pasu (YDP MDKP) yang menurunkan pangkat dua orang pegawai gred N41 kepada N17, di mana salah seorang darinya adalah anak beliau sendiri. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan bermotifkan politik. Yang DiPertua  MDKP yang terbabit dengan penurunan pangkat tersebut ialah Dato’ Che Barni.

Exco Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia, YB Lim Soo Nee menjelaskan bahawa setelah disiasat didapati bahawa tiada jawatan yang sah untuk gred N41 tersebut dan yang ada hanyalah untuk gred N17. Jadi tindakan YDP Majis menurunkan pangkat anak Dato' Abu Hasan dianggap tidak menyalahi peraturan.

“Oleh itu, YDP MDKP meminta agar mereka turun memegang jawatan N17 sekiranya masih berminat untuk berkhidmat di MDKP.

“Selepas itu, salah seorang daripada mereka terus bekerja di sana dengan gred N17 sehingga mendapat kerja di KUIN dan seorang lagi berhenti dengan alasan ingin bekerja dengan bapanya,” terang Lim Soo Nee.

YDP MDKP berpendapat bahawa pelantikan dua pegawai ke jawatan yang tidak wujud berdasarkan peraturan dan ianya telah mengambil hak dan peluang orang lain.

Gaji dua pegawai gred N41 itu dapat menampung gaji tujuh pegawai gred N17. Exco kerajaan negeri itu berkata, tindakan YDP MDKP pada waktu itu adalah wajar berdasarkan peraturan dan bukanlah disebabkan pegawai-pegawai tersebut anak kepada sesiapa.

Abu Hasan dilihat sebagai ADUN yang tidak tahu mematuhi peraturan Dewan pernah hilang kelayakan ADUN apabila ponteng Sidang DUN dua kali berturut-turut. Kini membuat onar pula di Dewan sehingga memaksa speaker mengusirnya. Lebih memalukan kerana seorang ADUN 'mengamuk' di Dewan hanya kerana pembelaan terhadap anaknya sendiri. Beliau wakil rakyatkah atau wakil anak?

Saturday, November 24, 2012

Ketua Pembangkang lupa apa dia dah buat dulu... Tok Det tanah Ting Pek Kin ingat tak lagi..??

Elehh takkan Tok det lupa tanah Ting Perk Kin yang dirampas di Langkawi, itulah antara hasil negeri...

(Gambar hiasan saja ni Dato' Det, tak ada kena mengena dengan cerita. Dato' banyak dok buruk sangka dengan blog kami sampai sebut bukan-bukan pasai blog dalam Dewan... payahlah kami nak buat kerja)
Pembangkang di Kedah sibuk mempertikaikan sasaran hasil negeri RM640 juta dalam Bajet 2013, yang menurut mereka mustahil untuk dicapai sebab terlalu tinggi.
Dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada Persidangan DUN, YB Dato' Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) merasa hairan dengan sasaran Kerajaan Negeri mengutip premium tanah yang dianggarkan berjumlah RM150 juta pada tahun hadapan.

Jumlah berkenaan, katanya, terlalu tinggi memandangkan semenjak dari tahun 2007 lagi, purata tahunan premium tanah adalah sekitar RM40 juta setahun.
Bagaimanapun Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ir. Amiruddin Hamzah menjelaskan bahawa pertambahan mendadak anggaran premium sebanyak RM113 juta dari anggaran tetap yang sedia ada adalah hasil one-off yang melibatkan tiga lokasi.
Pertama,sebidang tanah di Langkawi yang telah dirampas sewaktu Mahdzir menjadi Menteri Besar. Bekas pemilik tanah tersebut ialah Tan Sri Ting Perk Kin, kroni kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. (Nota: Tun Mahathir adalah seteru politik Pak Lah. Mahdzir Khalid bekas Setiausaha Politik Pak Lah yang diangkat Pak Lah menjadi MB Kedah)
Tanah itu dirampas dahulu kerana tidak membayar cukai taksiran yang berjumlah RM14 juta. Hanya cukai premium yang dibayar. Rampasan dibuat mengikut prosedur undang-undang dan telah diwartakan sebagai milik kerajaan.
Dalam Sidang DUN Bajet 2012 tahun lalu, Mahdzir dalam perbahasannya semacam tidak setuju tanah itu diserah balik hanya kerana terdapat usaha oleh orang tertentu mendesak tanah itu dikembalikan.
Beliau tidak menyebut siapakah individu yang ‘menyondol’ kerajaan negeri minta tanah tersebut dikembalikan tetapi di belakang tabir, terdapat rahsia umum bahawa individu yang dimaksudkan ialah bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir.
Perundingan telah berlaku antara bekas pemilik yang bersungguh-sunguh mahu mendapatkan kembali tanah tersebut bagi mengelak kerugian lebih besar apabila tanah tersebut terlepas tangan dan kerajaan negeri dijangka mendapat RM30 juta selepas bekas pemilik membeli tanah itu semula.
Kedua,bayaran premium satu projek besar yang akan dilaksanakan di Alor Setar yang turut melibatkan pampasan pengambilan jalan negeri sebanyak RM38 juta.
Ketiga,ialah sebidang tanah di Daerah Bandar Baru milik kerajaan negeri, diambil balik oleh kerajaan negeri setelah ianya gagal dibangunkan oleh sebuah syarikat pemaju. Kini terdapat pihak yang berminat memajukan tanah tersebut dan anggaran hasil premium yang tinggi yang melengkapkan jumlah anggaran hasil tanah one-offitu sebanyak RM113 juta.
Ini bermakna hasil tetap mengikut rutin tahunan premium tanah hanya disasarkan RM37 juta. Ia adalah munasabah.
Mahdzir tidak bersalah dalam hal ini kerana beliau cuma bertanya soalan dan Amiruddin memberikan jawapan. Tetapi apabila Mahdzir membayangkan, sasaran RM150 juta pada tahun hadapan akan menyebabkan kenaikan kadar cukai dan premium tanah secara besar-besaran oleh kerajaan negeri maka ia dianggap sudah 'berburuk sangka' tu Dato' Seri...

[DUN Kedah] Masa BN tanya soalan bukan main cengei huraiannya..bila jawab sekoq tak panggung kepala..!!

Kerajaan negeri lakukan program jangkaui manifesto

ALOR SETAR – Walaupun baru empat tahun mentadbir negeri, kerajaan negeri Kedah bukan sahaja berjaya melaksanakan 46 perkara daripada 56 dalam manifesto, malah dapat melakukan lain-lain perkara yang tiada dalam manifesto.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Penerangan dan Pembangunan Insan, YB Ustaz Abd Ghani Ahmad berkata, kerajaan negeri melaksanakan 82 peratus daripada janji manifesto semasa Pilihan Raya Umum ke 12.

“Kerajaan negeri sentiasa memikirkan program yang member kebaikan kepada rakyat, dengan mengambil sikap telus dan amanah, kita (kerajaan) berjaya melaksanakan 46 perkara yang dijanjikan masa pilihan raya 2008.


“Walaupun masih ada perkara yang belum dilaksanakan, kita juga berjaya melakukan beberapa perkara yang tidak dijanjikan demi kepentingan rakyat.

“Antaranya adalah pemberian Skim Kafalah, peningkatan kutipan hasil, pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah, penubuhan MKK sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat serta mewujudkan Tabung Tunku Mahmud sebagai tabung bantuan pendidikan,” jelas beliau pada sesi penggulungan Mesyuarat Bajet 2013 yang diadakan di Wisma Darul Aman, di sini.

[Bajet Kedah] BN nie jika kita buat pie la kot mana pon kompom depa bangkang sedangkan yang dibuat tu sama ja dengan depa dulu..!!!

Mari kita lihat bagaimana BN MENIPU RAKYAT dalam isu Bajet Kedah 2013



Dalam pembentangan Bajet 2008 di zaman BN mentadbir Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid selaku Menteri Besar beliau menetapkan jangkaan hasil cuma RM484 juta tetapi perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM502 juta, pembangunan RM277 juta dan pengurusan air RM348 juta. Jumlah keseluruhan perbelanjaan ialah sebanyak RM1,127 juta.

Pada masa itu tiada seorang pun ADUN pembangkang (PAS) yang menempelak kerajaan negeri kerana berbelanja sehingga melangkaui 'defisit' sebanyak RM643 juta. Sebabnya mereka tahu membaca laporan bajet.

Lucunya seorang ADUN pembangkang (sekarang BN) iaitu Dato' Ir Nawawi Ahmad mempersoalkan jangkaan hasil RM640 juta dalam Bajet 2013 sedangkan perbelanjaan ialah RM1.1 bilion yang katanya, menunjukkan 'defisit' hampir 72 peratus. "Defisit ini lebih teruk daripada Greece. Ia seolah-olah Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan Kedah akan bankrap pada tahun hadapan. Dewan Perniagaan Cina Negeri Kedah pun cakap, ekonomi di Kedah sedang masuk gear gostan," kata Nawawi yang merupakan ADUN BN dari Kuah.

Amiruddin dalam jawapannya di Sidang DUN yang menjelaskan persoalan Datuk Nawawi Ahmad berkata, persoalan seperti itu tidak patut timbul apatah lagi datangnya dari seorang bekas Exco kerajaan negeri. Katanya, terdapat sumber hasil lain tetapi tidak dimasuk dalam sumber pendapatan negeri kerana ia diperakaunkan di bawah kumpulan wang berasingan. Antaranya ialah terimaan kumpulan wang pembangunan, kumpulan bekalan air, pemberian sahan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, pemberian pertambahan hasil dan penyelenggaraan jalan raya oleh kerajaan Pusat.

Penjelasan yang dibuat oleh Amiruddin menyebabkan Nawawi bangun cuba berdolak dalik memberitahu bahawa beliau tidak menuduh kerajaan akan muflis tetapi hanya meminta penjelasan, sedangkan kenyataannya bahawa kerajaan bakal muflis telah tersiar di hampir kesemua media utama dalam negara.

Amiruddin dalam ucapan penggulungannya merayu pihak media yang menyiarkan laporan tidak betul dari ADUN Kuah itu supaya membuat penjelasan kembali tetapi malangnya tiada satu pun media utama yang berani menyiarkan penjelasannya. Hanya akhbar Sinar Harian yang menyiarkan penjelasan tetapi bukannya dari Amiruddin, sebaliknya memetik kenyataan dari Menteri Besar Dato' Seri DiRaja Azizan Razak yang tidak begitu mendalam penjelasannya.

Mustahil ADUN pembangkang tidak tahu 'membaca' laporan bajet kerana mereka sudah memerintah selama separuh abad. Rasanya apa yang mahu dilakukan BN ialah memutarbelit persoalan sebenar sambil menipu rakyat kerana BN dengan tipu, fitnah dan bohong sudah sinonim!

Pendedahan Penyelewengan GLC dan Salah urus tadbir kerajaan BN

Friday, November 23, 2012

Apa yang menarik di Sidang DUN Kedah yang baru berakhir?

Ulasan Sidang Bajet 2013
Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Sidang Bajet 2013 baru sahaja berakhir. Ia merupakan Sidang Bajet kelima bagi Pakatan Rakyat Kedah dan pastinya yang terakhir sebelum PRU 13.
Sepanjang lima tahun bersidang, maka persidangan kali ini dianggap yang paling hangat sekalipun kehangatan Sidang DUN Kedah tidak pernah mengatasi Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan atau Negeri Sembilan.
Kehangatan kali ini ialah kerana pihak pembangkang, BN, berjaya menghimpun isu-isu yang paling banyak untuk menyerang kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.
Isu-isu penting yang menjadi peluru BN tersebut ialah kerugian RM6.4 juta pelaburan projek balak di Papua New Guinea oleh Kedah Corporation Berhad anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah, kemelut yang melanda Kolej Universiti Insaniah, konfrontasi yang dibuat oleh ahli-ahli majlis kerajaan tempatan terhadap Setiausaha kerajaan Negeri, penebangan balak yang kononnya tidak terkawal di hutan simpanan kekal dan pertambahan pusat hiburan. Barangkali kerana tiada pre council antara ADUN BN, maka hampir setiap orang dari mereka asyik mengulang isu yang sama sehingga Sidang DUN menjadi agak membosankan.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato' Ir Amiruddin Hamzah yang mungkin menyedari bahawa semua persoalan tersebut akan dibangkitkan melakukan 'perlindungan awal' yang berkesan, seperti kata pepatah politik 'sebaik-baik pertahanan ialah dengan menyerang'. ADUN PAS Pantai Merdeka, Haji Abdullah Jusoh bertanyakan soalan mengenai projek-projek BN yang menghadapi kegagalan lalu beban kegagalan mereka terpaksa ditanggung oleh kerajaan terkini. Maka Dato' Amiruddin pun melibas BN dengan pendedahan terperinci setiap projek sakit tinggalan BN sehingga tiada seorang pun ADUN BN berani mencelah.
Antaranya ialah projek Taman Industri Tandop, Jerai International Park, ternak udang Kerpan, penyelewengan pembinaan kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani, kegagalan projek ternak lembu di Pendang dan salah laku BN di Seri Temin Development Corporatioan. 'Jaringan awal' yang dibuat oleh Dato' Amiruddin menyebabkan pihak pembangkang hilang arah dan sengat. Serangan balas jadi tumpul kerana sekurang-kurangnya persepsi awal yang dipasak di kalangan pemerhati Sidang DUN ialah, "BN lagi teruk dari Pakatan...".
Jika ada lagi kejutan dalam Sidang bajet 2013 ini, maka pastinya ia adalah keengganan ADUN Kota Siputeh Dato' Abu Hasan Sarif mematuhi arahan Speaker sehingga menyebabkan beliau diusir keluar dewan. Sepanjang sejaran lima tahun PR berkuasa inilah kali pertama ADUN diarah keluar Dewan. Semua ADUN BN yang lain turut ikut keluar sebagai tanda sokongan terhadap rakan mereka yang diusir walaupun mulanya kelihatan teragak-agak.
Dato’ Abu Hasan diarahkan keluar Dewan apabila beliau membantah keputusan Speaker DUN untuk tidak mengganggu pengulungan oleh Exco Kerajaan Negeri, Lim Soo Nee apabila Exco berkenaan enggan memberi laluan terhadap sebarang soalan ketika beliau menggulung perbahasan. Lim Soo Nee berkata, dia hanya membenarkan soalan selepas habis memberi jawapan. Speaker menjelaskan, jika Exco habis menggulung maka tiada lagi soalan boleh ditanya. Itu peratutan Dewan. Namun itu hanya persoalan teknikal kerana selepas habis membaca jawapan, Exco jangan terus duduk bagi membuka ruang ADUN lain mencelah. Belum sempat semua itu berlaku Abu Hasan sudah kecoh, menjerit-jerit macam kena rasuk hantu.

Abu Hasan sebelum ini telah mempersoalkan tindakan Yang Di Pertua Majlis Daerah Kubang Pasu (YDP MDKP) yang menurunkan pangkat dua orang pegawai gred N41 kepada N17, di mana salah seorang darinya adalah anak beliau sendiri. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan bermotifkan politik. Yang DiPertua  MDKP yang terbabit dengan penurunan pangkat tersebut ialah Dato’ Che Barni.

Exco Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia, YB Lim Soo Nee menjelaskan bahawa setelah disiasat didapati bahawa tiada jawatan yang sah untuk gred N41 tersebut dan yang ada hanyalah untuk gred N17. Jadi tindakan YDP Majis menurunkan pangkat anak Dato' Abu Hasan dianggap tidak menyalahi peraturan.

“Oleh itu, YDP MDKP meminta agar mereka turun memegang jawatan N17 sekiranya masih berminat untuk berkhidmat di MDKP.

“Selepas itu, salah seorang daripada mereka terus bekerja di sana dengan gred N17 sehingga mendapat kerja di KUIN dan seorang lagi berhenti dengan alasan ingin bekerja dengan bapanya,” terang Lim Soo Nee.

YDP MDKP berpendapat bahawa pelantikan dua pegawai ke jawatan yang tidak wujud berdasarkan peraturan dan ianya telah mengambil hak dan peluang orang lain.

Gaji dua pegawai gred N41 itu dapat menampung gaji tujuh pegawai gred N17. Exco kerajaan negeri itu berkata, tindakan YDP MDKP pada waktu itu adalah wajar berdasarkan peraturan dan bukanlah disebabkan pegawai-pegawai tersebut anak kepada sesiapa.

Abu Hasan dilihat sebagai ADUN yang tidak tahu mematuhi peraturan Dewan pernah hilang kelayakan ADUN apabila ponteng Sidang DUN dua kali berturut-turut. Kini membuat onar pula di Dewan sehingga memaksa speaker mengusirnya. Lebih memalukan kerana seorang ADUN 'mengamuk' di Dewan hanya kerana pembelaan terhadap anaknya sendiri.

Orang yang menurunkan pangkat anaknya ialah YDP MDKP merupakan pegawai KCS. Pegawai yang terbabit lagi ialah Bahagian Sumber Manusia dan semuanya mesti ada dalam pengetahuan Setiausaha Kerajaan Negeri - semuanya KCS. ADUN Umno itu bukan mempertikai kerajaan negeri tetapi menyanggah KCS, tindakan yang dikecam oleh beberapa ADUN BN dalam perbahasan mereka.

[Sidang DUN Kedah] Ingatkan hebat dah ADUN BN nak hujah.. mai kena libas pari dengan EXCO terus lembek tengkok..!!

ADUN Anak Bukit dedah, 
Ketua Pembangkang mengeluh...

Thursday, November 22, 2012

Isu PAPUA NEW GUINEA - SPRM dah angkat semua file.. jika ada yg bersalah sila dakwa

Tiada dakwaan rasuah atau penyelewengan isu balak di Papua


ALOR SETAR – Masih belum terdapat dakwaan rasuah mahupun penyelewengan terhadap kegagalan projek pembalakan di Papua New Guinea yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, sekiranya terdapat dakwaan membabitkan rasuah dan penyelewengan, kerajaan negeri tidak akan melindungi mereka yang bersalah.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah masuk dan sebahagian besar fail bukan di tangan kita (kerajaan), telah diberi kepada SPRM.

“Ingin saya tegaskan di sini, sekiranya ada terbabit apa-apa dengan rasuah, kita terbuka untuk dibawa ke muka pengadilan,” jelas beliau ketika menjawab soalan lisan yang dikemukan oleh YB Dato’ Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (BN-Guar Chempedak).

YB Dato’ Dr Ku Abdul Rahman mahukan penjelasan apakah tindakan kerajaan negeri terhadap kegagalan ini dan juga kepada pihak pengurusan yang terlibat.

Dalam laporan audit, penemuan mendapati kedudukan kewangan Kedah Corporation Berhad (KCB) adalah lemah kerana mencatat kerugian pada tahun 2008 hingga 2010, yang mana kerugian dialami akibat daripada kerugian yang ditanggung dalam projek pembalakan di Papua New Guinea.

Menurut YB Dato’ Ir Amiruddin, jumlah RM134 juta yang disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 itu merupakan jumlah pinjaman dibuat oleh KCB dengan firma Capital Investment Agency yang berpusat di London.

Pinjaman tersebut bagi membiayai pengambilalihan 70 peratus kepentingan dalam MAS Incorporated (PNG) Ltd yang memperolehi kawasan pembalakan di negara Papua New Guinea.

“Setelah melihat perkembangan usaha untuk majukan projek ini tak berkesudahan, terlalu banyak kewangan perlu diletakkan untuk memastikan ia berjalan, maka lembaga pengarah memutuskan untuk hentikan projek ini.

“Berlakunya kegagalan projek ini adalah disebabkan pelaksanaan projek yang banyak dipengaruhi maklumat-maklumat yang tidak betul dan disembunyikan oleh pemegang asal saham (MAS Incorporated),” jelas beliau.

Bagi menjawab soalan tambahan YB Dr Leong Yong Kong (BN-Gurun) mendakwa sejak kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan sejak Mac 2008, banyak penyelewengan didedahkan.

“Tahun kita (PR) memerintah masih tiada kes-kes rasuah dan penyelewengan dikemukan dan dibuktikan oleh SPRM,” ujar beliau.

Skim Kafalah hanya untuk anak Kedah

ALOR SETAR – Warganegara Malaysia, anak kelahiran Kedah dan yang telah bermastautin di Kedah melebihi 10 tahun serta mendapat pengesahan dari penghulu atau MKK merupakan sebahagian syarat menerima Skim Kafalah yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sejak 2010 yang lalu.

Demikian antara jawapan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali (PAS-Merbau Pulas), ketika penggulungan perbahasan. Katanya lagi, di samping itu pendapatan pemohon mestilah RM720 ke bawah atau per kapita RM180 serta mendaftar dengan E-Sinar.

“Sepertimana yang dibangkitkan oleh Adun Kuah, jumlah kematian di Kuah seramai 640 orang dan hanya 100 orang sahaja yang dapat sumbangan Kafalah. Saya nak bagi tahu, 100 orang itulah sahaja yang mendaftar dan yang lainnya tidak,”jelasnya.

Sementara itu bagi yang tidak mempunyai dokumen pengkebumian, seperti kes kematian hilang di sungai atau di laut, pihak kerajaan boleh menerima salinan surat laporan polis untuk pengesahan.

Menjawab soalan YB Nasir Mustaffa ( PAS- Kubang Rotan) berkenaan perlaksanaan pemberian wang kafalah kadang kala lambat, beliau berkata, wakil rakyat atau wakil PKWR mestilah menghantar borang berkenaan tiap-tiap bulan bukan mengumpul sejumlah kematian tertentu untuk di hantar untuk tujuan memprosesan.

“Setiap bulan hantar, bukan tunggu sampai 20 orang kematian baru nak hantar,”katanya lagi.

Berikutan penjelasan beliau berkenaan bajet diperuntukan kepada skim berkenaan,pada tahun 2010 sebanyak RM3.6 juta dan dibelanjakan sekitar RM1.4 juta dan pada tahun..2011 sebanyak RM4.6 juta dan jumlah dibelanjakan RM1.6 juta.

“InsyaAllah, sekiranya Pakatan Rakyat menang lagi pada pilihanraya akan datang, dari jumlah RM500 sekarang, kita akan naikkan lagi,“ celahnya apabila Adun Guar Chempedak memohon agar jumlah sumbangan itu dinaikkan memandangkan jumlah yang digunakan hanya sekitar 40 peratus sahaja.

Sementara itu beliau juga memaklumkan beberapa program kewanitaan yang melibatkan wanita sasaran samada berbentuk kursus-kursus kemahiran, motivasi, seminar kewanitaan mahu pun seminar undang-undang sentiasa diadakan di peringkat daerah-daerah bagi membantu golongan wanita mahu pun remaja dalam usaha membenteras masalah rumahtangga dan gejala sosial.

“Sesuatu yang tidak pernah dilakukan sejak 50 tahun lalu, kita adakan iaitu kita adakan kuliah bulanan kepada kakitangan wanita Wisma Darul Aman dan InsyaAllah kita akan perkembangkannya ke peringkat daerah pula,“ ujarnya lagi.

Jawapan itu berikutan bersidangnya Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas ( Mesyuarat Bajet 2013) di Wisma Darul Aman.

[Sidang DUN Kedah] Mat Bashah tanya bab DOA Kat UMNO..lalu Exco pun jawab...

Orang zalim mesti dimusnahkan

Wednesday, November 21, 2012

KHTP catat pelaburan tertinggi tahun 2011

ALOR SETAR – Dalam menghadapi persaingan yang hebat dari segi pelaburan dengan pelbagai kawasan perindustrian di seluruh Malaysia, Kulim Hi-Tech Park (KHTP) berjaya mendapat pelaburan tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak RM4.7 bilion pada tahun 2011.

Exco Industri & Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, jumlah pelaburan baru di KHTP tidak termasuk pengembangan seperti yang tertera di laporan Malaysia Investment Performance secara rasmi adalah berjumlah RM4.7 bilion.

Beliau menjelaskan dalam jawapan bertulis mengenai soalan yang diajukan oleh YB Dato’ Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (ADUN Guar Chempedak) di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke 12 di Wisma Darul Aman.

“Ianya menjadikan KHTP merupakan kawasan perindustrian yang mendapat jumlah pelaburan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia bagi jumlah pelaburan baru pada tahun 2011.


“Antara strategi kerajaan negeri mendapatkan pelaburan yang tinggi adalah menyediakan infrastruktur yang baik, mencukupi serta efisyen kepada pengilang-pengilang. Menjaga kepentingan dan keperluan pengilang-pengilang dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Katanya, pihaknya juga memastikan penyelenggaraan di KHTP dijalankan dengan baik dan berterusan. Mewujudkan program-program yang akan memberi nilai tambah kepada pengilang-pengilang di KHTP.

Penyelenggaraan prasarana dan kemudahan dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian KHTP seperti membaiki susur jalan Hi -Tech 1, menyelesaikan masalah banjir dengan membaiki parit dan longkang contohnya longkang berdekatan dengn Kilang Fuji.

“Selain itu, kita juga menaik taraf lampu isyarat dan sensor di jalan utama dan menurap jalan di kawasan industri fasa 1. KPTC juga meningkatkan kawalan keselamatan dengan memasang CCTV di Kawasan Industri Fasa 3.

“Isu penyelenggaraan prasarana di KHTP sudah dibincangkan dan diambil tindakan melalui mesyuarat bersama-sama pihak Kulim Industrial Tenants Association (KITA) dan agensi-agensi serta jabatan-jabatan teknikal berkaitan secara berkala mulai 2007 sehingga kini,” terangnya.

Tambahnya lagi, pelbagai tindakan telah dan akan diambil bagi mempertingkatkan tahap penyelengaraan prasarana dan kemudahan lain di KHTP.

Khutbah Jumaat - Kita pun baca dan pihak sana pun baca, sama sahaja...semua ajak amal maruf, nahi mungkar.

Tiada khutbah yang memecahbelah masyarakat

ALOR SETAR - Khutbah Jumaat tidak pernah memecahbelahkan umat sebaliknya mengajak manusia berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran serta kezaliman yang berlaku.

Sekiranya ada jemaah atau pihak yang terasa mahupun tersinggung dengan Khutbah Jumaat yang disampaikan maka adalah lebih baik seseorang itu untuk kembali ke pangkal jalan sekaligus membuat kebaikan seperti yang disarankan dalam khutbah tersebut.

Demikian penjelasan YB Dato' Mohamed Taulan Mat Rasul (PAS-Tokai) di Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah kali ke-12, di Wisma Darul Aman, yang menjawab bagi pihak kerajaan berhubung soalan lisan YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) yang mempersoalkan sama ada kerajaan negeri bersetuju tindakan membenarkan pembacaan khutbah Jumaat berunsur politik di masjid-masjid dan pandangan tentang mencela individu tertentu.

Bagaimanapun YB Dato’ Mohamed Taulan menjelaskan kerajaan negeri tidak membenarkan dan menolak sama sekali khutbah Jumaat yang ada politik kepartian dan mencela individu tertentu.

"Khutbah dibaca oleh kedua-dua belah pihak. Kita pun baca dan pihak sana pun baca, sama sahaja...semua ajak amal maruf, nahi mungkar.

"Yang kita mahu mencegah kezaliman. Kalau terasa, jangan buat zalim dan aniaya orang. Cuma kita tolak khutbah yang mencela individu," katanya.

Beliau juga menjawab soalan tambahan YB Dato’ Paduka Ahmad Bashah berhubung doa untuk memusnahkan Umno yang diperkatakan dibaca di Kelantan tempoh hari.

"Yang saya dengar ialah minta kembalikan royalti minyak kepada Kelantan dan jika tidak, doakan mereka yang zalim musnah.

“Jabatan Agama Islam Kedah membenarkan apa jua khutbah Jumaat yang mengikuti syarat lima rukun khutbah dan tidak melakukan apa yang membatalkannya”, katanya.

Sebelum ini Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) membenarkan khatib membaca khutbah Jumaat berunsur politik selagi ia tidak lari dari landasan ajaran Islam.

Pengarah JHEAIK, Dato' Noh Dahya berkata, khatib dibenarkan berbuat demikian selagi ia tidak tersasar dari agama Islam.

"Kalau politik itu untuk kebaikan dan mempunyai unsur-unsur keagamaan tidak mengapa.

"Tetapi sekiranya ia bertujuan untuk mengata seseorang memang tidak dibenarkan kerana boleh menimbulkan kekacauan," katanya.

Dato’ Noh berkata, sekiranya imam yang dilantik JHEAIK membuat kesalahan atau membaca teks khutbah berunsur politik melampau, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib. Bagaimanapun, masih belum ada rekod kesalahan itu di negeri ini.
 

"Saya buat semata-mata untuk rakyat, biar depa nilai sendiri" MB Kedah

MB Kedah: 'Bajet rakyat, biar depa nilai sendiri'


ALOR SETAR - Bajet 2013 memang bajet umum dan itulah yang difokuskan untuk kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bajet itu dirangka mengikut apa yang sedang berlaku dalam negeri ini dengan sedikit penambahan kepada perancangan sedia ada.

"Saya buat semata-mata untuk rakyat, biar depa nilai sendiri. Yang penting saya dapat tunai kewajipan saya kepada keperluan rakyat biasa. Kalau nak buat daripada yang luar biasa, memang tidak ada.

"Nak pastikan semua agenda lama diteruskan agar segala-galanya siap atau lengkap untuk rakyat. Sebab itu kita tambah bajet tahund depan kepada RM1.1 bilion berbanding tahun ini RM1.06 bilion," katanya kepada media hari ini.


Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun), Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menganggap Bajet 2013 yang dibentangkan Azizan adalah bajet biasa, tiada fokus dan mengulangi perkara lama.

Menurutnya, walaupun Kedah bukan negeri kaya tetapi ia tetap menyediakan peruntukan agak besar untuk memastikan rakyat menikmati pelbagai kemudahan daripada kerajaan.

Beliau berkata, Selangor, sebuah negeri kaya membentangkan bajet bernilai RM1.63 bilion berbanding Kedah RM1.1 bilion.

"Jadi peruntukan yang kita sediakan adalah memadai untuk rakyat Kedah," katanya sambil bertanya kepada media apa lagi yang diperkatakan oleh Mahdzir.

"Apa yang dia kata lagi. Hampa nak pelaga aku dengan dia," katanya.

Mengenai bajet sukan yang kecil seperti ditimbulkan Mahdzir, Azizan berkata, banyak peruntukan akan diperolehi dari Kerajaan Pusat melalui pelbagai projek dan program.

"Bajet sukan kita memang kecil sebab Pusat akan salur bantuan. Kita tunggu duit Pusat sebab ia pun duit kita juga," katanya.

Mengenai projek agropelancongan yang akan dilaksanakan di sekitar Tasek Pedu, beliau berkata, ia akan memberi peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk tempatan kerana pelbagai jenis tanaman dan buah-buahan akan ditanam di kawasan berkenaan.

"Kita sediakan 400 hektar tanah untuk ditanam dengan pelbagai jenis buah-buahan termasuk kelubi, rumbia, manggis, rambutan, nangka dan cempedak," katanya.

Baru pembangkang Kedah tahu betapa besarnya kuasa speaker..!!

Perintah pembatalan muflis tidak dapat membatalkan keputusan speaker

ALOR SETAR – Bekas ADUN Kuala Nerang, Dato’Syed Sobri Syed Hashim tidak diizinkan mengambil bahagian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2013) ekoran status terkini beliau dalam kes kebangkrapan yang menyebabkan hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB Dato’Dr Abdul Isa Ismail melalui surat rasmi yang dikeluarkan kepada pihak media, walau pun bekas ADUN telah menyerahkan satu salinan Perintah Pembatalan kes-kes kebangkrapan yang telah disabitkan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang bertarikh 9 dan 16 November 2012 dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 9 November 2012, namun dokumen-dokumen tersebut tidak membatalkan keputusannya sebelum ini tentang kehilangan kelayakan berkenaan.

Jelasnya lagi, beliau masih dalam peringkat penelitian dan dalam usaha mendapatkan pengesahan daripada mahkamah dan Jabatan Insolvensi berkenaan dengan status terkini bekas ADUN berkenaan. Beliau tetap dengan keputusannya berkenaan pelucutan hak dan kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang sehingga satu pengesahan muktamad diperolehi. Hal ini katanya, selaras dengan kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada beliau sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri.

Selaras dengan itu, beliau juga dinasihatkan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pejabat Peguam Negara untuk mengumpul dan mengesahkan semua dokumen yang berkaitan untuk menentukan kedudukan beliau seterusnya.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas ( Mesyuarat Bajet 2013), berlangsung selama tiga hari bermula 20 November sehingga 22 November 2012 di Wisma Darul Aman.

Tuesday, November 20, 2012

Bajet untuk kesejahteraan rakyat, pedulikan pembangkang


ALOR SETAR – “Saya buat bajet atas apa (keperluan) yang ada dalam negeri ini. Itulah harapan saya kepada rakyat. Terpulanglah kepada dia (Mahdzir Khalid) untuk menyatakan perkara itu”.

Itulah luahan Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak apabila menjawab pertanyaan pemberita mengenai kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, YB. Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid berhubung Ucapan Bajet yang dibentangkan itu tidak mempunyai fokus.

Menteri Besar menjelaskan, beliau ingin memastikan setiap agenda bajet sebelum ini diberikan perhatian dalam usaha memajukan negeri Kedah.

“Dalam Bajet 2012, kita menyediakan peruntukan berjumlah RM1.06 bilion bagi melaksanakan semua program dan projek yang disusun rapi bagi memajukan Negeri Kedah demi meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau memberitahu, dalam Bajet 2013 pula, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukkan berjumlah RM1.1 bilion bagi tujuan melaksanakan semua program dan projek di negeri ini.

“Jumlah peruntukan yang dirancangkan ini adalah berasaskan kepada tahap kemampuan kewangan Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Ketika menjawab kenyataan Mahdzir Khalid berhubung dengan peruntukan Bajet 2013 yang berjumlah RM0.8 juta (0.22 peratus) untuk pembangunan sukan yang dilihat agak kecil berbanding yang lain, beliau menjelaskan bahawa Kerajaan Pusat turut sama membantu menyediakan peruntukan dalam pembangunan sukan di negeri ini.

“Walaupun peruntukan itu agak kecil, kita tetap memberikan tumpuan dalam usaha memajukan bidang sukan di negeri ini,” katanya.

Monday, November 19, 2012

[Gempar] Petang ini ada ADUN BN yang di istihar BANKRAP cuba nak masuk DUN KEDAH petang nanti..!!




berita dari SINAR HARIAN:

Muflis: Speaker sah Syed Sobri hilang kerusi Adun

ALOR SETAR - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail mengesahkan Adun Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran laporan Jabatan Insolvensi membuktikan beliau sudah muflis sejak 7 April 2010.

Katanya, berdasarkan laporan rasmi itu, secara automatik Syed Sobri tidak boleh hadir Sidang Dun Kedah, bermula hari ini.
“Saya sudah maklumkan pada beliau melalui surat rasmi yang dihantar Ahad lalu bahawa beliau tidak boleh hadir sidang Dun sebab sudah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Insolvensi minggu lalu dan daripada laparon itu, Syed Sobri sudah pun diisytiharkan muflis sejak 2010.

Mengulas mengenai kekosongan kerusi Dun Kuala Nerang sejurus pengesahan itu, Dr Abd Isa berkata, ia perlu diisytiharkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Sama ada kerusi Kuala Nerang perlu dikosongkan atau sebaliknya, bukan bawah bidang kuasa saya. Itu hak SPR untuk umumkan. Saya bercadang menghantar salinan dokumen berkaitan kepada SPR hari ini (semalam),” katanya. -SH 16/4/2012

BN Kedah dijangka masuk Sidang DUN sebagai singa tetapi keluar macam kucing Siam



Semua rakan-rakan admin Kedah La nampaknya keletihan baru balik dari Muktamar terpaksa pula menyambung tugasan untuk Sidang Bajet 2013 esok di DUN Kedah. Ada yang jadi perwakilan dan yang jadi petugas ICT, semuanya terpaksa menyumbang bakti untuk perjuangan Islam. Kerja menegakkan kebenaran dan menumbangkan kebatilan ini tidak akan terhenti hingga qiamat. Ditakdirkan kita kembali mengadap Ilahi ada pula mata rantai yang akan menyambung kerja Islam.

Kita adalah pejuang Islam yang sangat kerdil dan lemah dari aspek kekuatan fizikal, material atau logistik berbanding musuh yang memiliki segala-galanya. Itu adalah sunnah perjuangan Islam di sepanjang zaman. Tentera Islam hanya seramai 313 berbading lebih 1000 tentera musuh di medan Badar. Tetapi pejuang kebenaran memiliki satu perkara yang tidak dimiliki oleh musuh iaitu 'senjata rahsia'. Apakah senjata itu? Rasulullah SAW mengajar bahawa 'Doa adalah senjata orang Mukmin.' Itulah senjata yang mampu dimiliki dan digunakan oleh PAS dalam menghadapi Pakatan Ahzab MCA, UMNO, MIC serta lain-lain parti komponen mereka yang berjumlah 13 kesemuanya. Doa adalah sebesar-besar senjata!

Apabila PAS bermunajat dan berdoa ke hadrat Allah SWT meminta supaya pihak musuh dilemahkan, dijahanamkan atau dikalahkan maka PAS sedang menggunakan senjata yang diajar oleh Rasulullah SAW. PAS berdoa supaya parti UMNO itu hancur lebur, bukan berdoa supaya orang-orang UMNO pecah perut, berkecai daging dan tulang.... tak kisah sebab Allah Maha Mengetahui apa yang orang PAS maksudkan.


Hanya beberapa jam selepas ribuan umat Islam menadah tangan berdoa di stadium di Kota Bharu, UMNO sudah menggelepar kesakitan. Ia tergambar secara jelas dalam media-media propaganda mereka. Kononnya berdoa untuk kemusnahan UMNO tidak Islamik tetapi adakah zalim dalam berkuasa, rasuah, menyeleweng, rompak wang rakyat, anjur maksiat, hedonisme, mengambil yahudi APCO sebagai penasihat, mempersenda hukum Allah, mempertahankan pula Chua Soi Lek yang menghina Islam, memfitnah, menyemai kebencian, berbohong, memutarbelit, menghina, menyebar dakyah lucah dan 1001 lagi kebejatan itu adalah Islamik??? UMNO terkapa-kapa tidak mampu menjawab soalan tersebut.

Besok adalah hari pertama Sidang DUN yang dijangka berlangsung selama tiga hari. Kalau lebih sebulan yang lalu ramai menjangkakan Sidang kali ini panas kerana pihak pembangkang buat pertama kali akan tunjuk taring berhubung isu penyelewengan yang didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara. Tetapi selepas jentera penerangan PAS membalas balik serangan dengan 10 projek biawak hidup tinggalan BN kepada Pakatan yang melibatkan kerugian lebih dari RM350 juta, pihak pembangkang nampaknya tidak mampu menjadi 'singa' dalam DUN mungkin sekadar jadi kucing Siam.

Isu yang dijangka dibawa oleh BN ialah kisah kerugian balak di Papua dan isu Insaniah iaitu kegagalan Insaniah keluarkan sijil untuk beberapa orang graduan, kegagalan beri kenaikan gaji 13 peratus... itu sajalah kot. Selain itu nampaknya pihak BN belum menemui senjata besar untuk menyerang kerajaan. Media-media maya BN pun nampaknya tak bermaya, asyik2 main isu lucah... tak lalulah TS nak baca, rasanya dah dua bulan tak jenguk media maya lucah BN. Selain melucah... maki hamun, menghina dan mengutuk peribadi adalah cara hidup mereka. Bagi mereka semua orang bodoh belaka (mengata pihak lawan mereka 'bodoh' menjadi zikir wajib), mereka sajalah manusia yang paling pandai di dunia ini... sekalipun mungkin tak pernah menggenggam segulung ijazah. Selain tak mampu berhujah tak mampu juga mengemukakan fakta... walau sekadar sebaris angka atau sehelai dokumen.

Bila TS benci akan golongan yang berakhlak begitu maka TS juga tak mahu blog Kedah La terikut style macam tu, sebab tu ada artikel yang TS tarik balik sehingga mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tarik balik? Sebab persoalan yang dibangkitkan bersifat peribadi yang melampau (sekalipun mungkin ada kebenaran), tak salah untuk jatuhkan musuh tapi tumpukan kepada isu dasar atau sekurang-kurangnya isu yang lebih besar.

Khabarnya pre council YB2 Pakatan untuk Sidang DUN bermula esok sedang menyediakan 'jawapan' yang paling jitu terhadap serangan yang sudah boleh dijangka akan dibuat oleh pihak pembangkang iaitu BN.

Bagi TS sebaik-baik pertahanan ialah dengan menyerang! TS sudah dapat menjangka kehebatan YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah berpencak nanti khususnya yang berkaitan penyelewengan di zaman BN yang berpuluh kali ganda jauh lebih besar.

Selamat Bersidang para YB....