Showing posts with label Syed Sobri Syed Hashim. Show all posts
Showing posts with label Syed Sobri Syed Hashim. Show all posts

Monday, November 19, 2012

[Gempar] Petang ini ada ADUN BN yang di istihar BANKRAP cuba nak masuk DUN KEDAH petang nanti..!!




berita dari SINAR HARIAN:

Muflis: Speaker sah Syed Sobri hilang kerusi Adun

ALOR SETAR - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail mengesahkan Adun Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran laporan Jabatan Insolvensi membuktikan beliau sudah muflis sejak 7 April 2010.

Katanya, berdasarkan laporan rasmi itu, secara automatik Syed Sobri tidak boleh hadir Sidang Dun Kedah, bermula hari ini.
“Saya sudah maklumkan pada beliau melalui surat rasmi yang dihantar Ahad lalu bahawa beliau tidak boleh hadir sidang Dun sebab sudah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Insolvensi minggu lalu dan daripada laparon itu, Syed Sobri sudah pun diisytiharkan muflis sejak 2010.

Mengulas mengenai kekosongan kerusi Dun Kuala Nerang sejurus pengesahan itu, Dr Abd Isa berkata, ia perlu diisytiharkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Sama ada kerusi Kuala Nerang perlu dikosongkan atau sebaliknya, bukan bawah bidang kuasa saya. Itu hak SPR untuk umumkan. Saya bercadang menghantar salinan dokumen berkaitan kepada SPR hari ini (semalam),” katanya. -SH 16/4/2012

Monday, May 2, 2011

Alahai Syed Sobri... depa tu dah terkeluar dari senarai garis kemiskinan..jadi JKM nak bagi buat apa lagi..!!

Bantuan JKM dihenti adalah senarai E-Kasih (Pusat) bukan E-Sinar (Negeri)
Ditulis oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR, 2 Mei 2011 – 23 orang dari senarai penerima bantuan di kawasan Parlimen Padang Terap yang ditamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah penerima bantuan E-Kasih (bantuan kerajaan Pusat ) bukan E-Sinar (bantuan kerajaan Negeri).

Menurut seorang pegawai JKM Padang Terap, bantuan kepada penerima-penerima tersebut ditamatkan kerana kedudukan mereka telah melepasi garis kemiskinan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak JKM.

Mereka yang ditamatkan penerimaan bantuan terdiri 11 orang Bantuan Orang Tua, lapan orang Bantuan Ibu Tunggal dan empat orang Bantuan Orang Miskin.

Dari jumlah 23 orang tersebut, 16 darinya telah ditamatkan bantuan kerana mempunyai anak-anak yang boleh menyara kehidupan mereka, sementara dua orang didapati mempunyai tanah sawah dan perniagaan sendiri. Dua orang didapati mempunyai suami yang sihat dan masih bekerja dengan pendapatan yang baik dan seorang dipindahkan bantuan kepada anaknya seorang OKU. Sementara itu, salah seorang penerima telah berpindah ke kulim.

Status salah seorang dari 23 orang seorang terbabit yang dikatakan telah ditamatkan bantuan sebenarnya masih menerima bantuan tersebut dari JKM.

Pegawai terbabit memaklumkan, sekiranya dua orang dalam satu keluarga menerima bantuan, pihak JKM akan menamatkan salah seorang daripadanya. Contoh seperti penerima mempunyai anak OKU yang juga menerima bantuan maka bantuan akan berpindah kepada anaknya yang OKU sahaja.

Kaedah yang sama juga dilaksanakan oleh JKM di peringkat negeri, sekiranya mana-mana penerima bantuan didapati melepasi dari garis kemiskinan maka bantuan terbabit akan ditamatkan. Tetapi untuk kes OKU bantuan tetap diteruskan.

Sebelum ini ADUN (BN) Kuala Nerang dan ADUN (BN) Pedu mempersoalkan tindakan JKM menghentikan bantuan kepada penerima yang sebelum ini menerimanya.

Friday, April 1, 2011

Hari Tu Kalut Sangat Nak Jumpa MB.. Tapi Sampai Ke Hari Nie Pon Tak Jumpa-Jumpa Lagi..!!

Syed Sobri belum jumpa Azizan

ALOR SETAR - Masih tiada sebarang pertemuan diadakan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim dan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi membincangkan isu bantuan terhadap 80 warga emas, golongan miskin tegar dan pesakit kronik di daerah itu.

Azizan berkata, beliau sudah menerima maklumat mengenai masalah itu dan akan mengarahkan kakitangan berkenaan untuk menjalankan siasatan terperinci bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Buat masa ini Datuk Syed Sobri belum jumpa dengan saya lagi, memang dia ada keluarkan kenyataan bahawa akan menemui saya tetapi setakat hari ini, belum. Bagaimanapun, kita akan minta ia segera disiasat,” katanya.

Terdahulu, Syed Sobri dilaporkan menyatakan kesediaan mengadakan pertemuan dengan Azizan bagi menuntut bantuan segera daripada Kerajaan Negeri kepada 80 individu terbabit.

Syed Sobri turut mendakwa bahawa Kerajaan Negeri bawah Pakatan Rakyat (PR) dilihat seolah-olah membiarkan usaha menjaga kebajikan rakyat khususnya di kawasan luar bandar seperti di DUN Kuala Nerang dan Padang Terap dengan menyerahkan peranan itu kepada agensi Kerajaan Pusat dan Barisan Nasional (BN).

ADUN Kuala Nerang itu juga sebelum ini dilaporkan mendesak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengkaji semula pemberhentian bantuan kepada beberapa penerima di kawasan Kuala Nerang kerana alasan yang diberikan dianggap tidak munasabah.