Showing posts with label JKM. Show all posts
Showing posts with label JKM. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

JKM Kedah urus bantuan untuk 43,531 orang


BALING – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah terpaksa menyelesaikan sebanyak 43,531 kes yang melibatkan semua skim bantuan yang diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan di negeri ini.

Timbalan Pengarah JKM Negeri Kedah, Encik Ahmad Abdul Rashid berkata, setiap tahun pihaknya memperuntukkan sebanyak RM14 juta untuk membantu golongan berkenaan seperti fakir-miskin, anak yatim dan ibu tunggal.

“Pada tahun ini, kita mendapat lebih sedikit peruntukan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan basikal kepada pelajar-pelajar miskin dalam Daerah Baling di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang, di sini.

Menurutnya, pihaknya terpaksa menyelesaikan sebanyak 619 kes melibatkan semua skim bantuan di bawah Kerajaan Negeri bagi Daerah Baling berbanding 1,799 kes bagi Daerah Kuala Muda.

“Kita juga turut menyalurkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada pelajar-pelajar miskin di negeri ini,” katanya.


Ahmad memberitahu, seramai 30,000 orang kurang upaya (OKU) turut mendapat pelepasan cukai pendapatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Kita turut bekerjasama dengan Jabatan Zakat Negeri Kedah dalam mengenal pasti penerima-penerima bantuan yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim serta fakir-miskin,” katanya.

Beliau menjelaskan, pihak juga turut mengadakan Program Khidmat Bantu Di Rumah dengan penglibatan sukarelawan JKM bagi membantu golongan kurang upaya seperti orang-orang tua.

Tambahnya, pihaknya juga turut menyalurkan bantuan ketika berlakunya banjir di negeri ini dan pihaknya turut merancang pelbagai program dalam usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, YB. Johari Abdullah dalam ucapannya berkata, pihaknya juga turut mendapat kerjasama daripada JKM Daerah Baling melalui bantuan membaiki rumah yang rosak.

“Di Daerah Baling, kita hanya mendapat peruntukan sebanyak RM6 juta sahaja berbanding RM20 juta bagi Daerah Kuala Muda,” ujarnya.

Menurutnya, peruntukan yang disalurkan oleh JKM itu secara tidak langsung diharap dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan di negeri ini.

Sempena majlis itu, YB. Johari Abdullah turut menyampaikan bantuan kepada pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) luar negara serta bantuan Skim Kafalah sebanyak RM500 kepada 15 keluarga dalam DUN Kupang.

Bagi pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian keluar negara dalam jurusan Diploma menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM200 manakala jurusan Ijazah sebanyak RM400.

YB. Johari Abdullah dan Encik Ahmad Abdul Rashid turut menyerahkan sumbangan berupa basikal kepada 100 pelajar miskin dalam Daerah Baling melibatkan DUN Kupang, Bayu dan Kuala Ketil.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai JKM Daerah Baling, Puan Faridah Ahmad serta Penghulu Mukim Pulai dan Kupang, Encik Hasnun Md Yaden.

Sunday, October 2, 2011

Tu dia aihhh...Lima kali turun naik JKM

NAGA - Seorang suri rumah di Kampung Lubuk Kawah di sini sudah tidak larat lima kali turun naik ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kubang Pasu biarpun permohonan bantuan bulanan ibunya telah diluluskan sejak Mei lalu.

Nazliyah Abd Razak, 38, mendakwa dia kesal dengan maklum balas yang diterima daripada pihak berkenaan walaupun permohonan bantuan pesakit terlantar sebanyak RM300 untuk ibunya, Che Om Dahman, 60.

Menurutnya, kali pertama dia ke pejabat itu adalah pada 30 Jun lalu iaitu tarikh yang tertera pada surat makluman kelulusan permohonan itu untuk menerima bayaran bagi bantuan bulanan ibunya yang telah diluluskan di pejabat berkenaan.

“Bagaimanapun saya dimaklumkan untuk datang semula pada 7 Julai dan kemudian ditangguhkan ke tarikh 12 Julai, 27 Julai dan terakhir 16 Ogos lalu namun masih berlaku masalah sama kerana tidak menerima sebarang bayaran seperti yang dijanjikan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Che Om lumpuh sebahagian badan kirinya sejak Januari lalu selepas tangannya tidak boleh bergerak sewaktu sedang menunaikan solat Zuhur pada hari itu.

Nazliyah yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata, dia sangat berharap masalah itu dapat diselesaikan segera memandangkan dia terpaksa menanggung perbelanjaan harian untuk membeli lampin pakai buang dan keperluan ibunya yang lumpuh selain ibu saudaranya yang juga lumpuh dan mengalami masalah mental.

Menurutnya, bapanya Abd Razak Bakar, 67, juga sudah tidak mampu melakukan kerja-kerja kampung kerana mengalami penyakit sendi pada bahagian lutut dan tidak mampu menyara keluarga.

“Saya gembira apabila JKM telah meluluskan permohonan untuk ibu saya itu kerana ia dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung kami sekeluarga untuk keperluan ibu, namun bila berlaku perkara begini ia sungguh mengecewakan.

“Ibu saudara, Yah Dahman, 70, juga dijaga keluarga kami selepas dia mengalami masalah mental dan kemudiannya lumpuh selepas itu,” katanya.

Nasib menimpa keluarga itu turut mendapat perhatian Biro Kebajikan Umno Kubang Pasu apabila Pengerusinya, Saad Yob melawat dan menyampaikan bantuan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan Che Om selain sumbangan barangan keperluan dan wang ringgit.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Daerah Kubang Pasu, Mohd Shabbri Othman ketika dihubungi untuk meminta maklum balas mengenai hal itu berkata pihaknya sudah menyemak semula mengenai permohonan itu dan kesal dengan masalah yang timbul.

Menurutnya, berlaku kesilapan teknikal pada baucar bayaran untuk permohonan penerima dan pihaknya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

“Bagaimanapun kita akan membuat semua pembayaran tertunggak sejak tarikh permohonan diluluskan kepada pemohon pada 3 Oktober ini (esok),” katanya.[SinarHarian]

Monday, May 2, 2011

Alahai Syed Sobri... depa tu dah terkeluar dari senarai garis kemiskinan..jadi JKM nak bagi buat apa lagi..!!

Bantuan JKM dihenti adalah senarai E-Kasih (Pusat) bukan E-Sinar (Negeri)
Ditulis oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR, 2 Mei 2011 – 23 orang dari senarai penerima bantuan di kawasan Parlimen Padang Terap yang ditamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah penerima bantuan E-Kasih (bantuan kerajaan Pusat ) bukan E-Sinar (bantuan kerajaan Negeri).

Menurut seorang pegawai JKM Padang Terap, bantuan kepada penerima-penerima tersebut ditamatkan kerana kedudukan mereka telah melepasi garis kemiskinan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak JKM.

Mereka yang ditamatkan penerimaan bantuan terdiri 11 orang Bantuan Orang Tua, lapan orang Bantuan Ibu Tunggal dan empat orang Bantuan Orang Miskin.

Dari jumlah 23 orang tersebut, 16 darinya telah ditamatkan bantuan kerana mempunyai anak-anak yang boleh menyara kehidupan mereka, sementara dua orang didapati mempunyai tanah sawah dan perniagaan sendiri. Dua orang didapati mempunyai suami yang sihat dan masih bekerja dengan pendapatan yang baik dan seorang dipindahkan bantuan kepada anaknya seorang OKU. Sementara itu, salah seorang penerima telah berpindah ke kulim.

Status salah seorang dari 23 orang seorang terbabit yang dikatakan telah ditamatkan bantuan sebenarnya masih menerima bantuan tersebut dari JKM.

Pegawai terbabit memaklumkan, sekiranya dua orang dalam satu keluarga menerima bantuan, pihak JKM akan menamatkan salah seorang daripadanya. Contoh seperti penerima mempunyai anak OKU yang juga menerima bantuan maka bantuan akan berpindah kepada anaknya yang OKU sahaja.

Kaedah yang sama juga dilaksanakan oleh JKM di peringkat negeri, sekiranya mana-mana penerima bantuan didapati melepasi dari garis kemiskinan maka bantuan terbabit akan ditamatkan. Tetapi untuk kes OKU bantuan tetap diteruskan.

Sebelum ini ADUN (BN) Kuala Nerang dan ADUN (BN) Pedu mempersoalkan tindakan JKM menghentikan bantuan kepada penerima yang sebelum ini menerimanya.