Showing posts with label Cenangau Daunkari. Show all posts
Showing posts with label Cenangau Daunkari. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

Kenapa sehari dua nie NAJIB komfiden akan menang PRU13..inilah sebabnya....!!!

Segala persiapan untuk Umno BN menipu dalam PRU13 dah lengkap?

Apa pun, aku cukup yakin, segala persiapan untuk Umno BN menipu masa PRU13 nanti dah pun sedia. Pasai tu Najib nampak dengan penuh yakin yang Umno BN akan menang lagi dalam PRU13.

Sinarharian melaporkan:
KUALA LUMPUR - Gelombang Arab Spring tidak akan berlaku di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerima apa sahaja keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PR tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sebarang huru-hara kerana negara ini mempunyai undang-undang. - Sinarharian.   

Kalau perjalanan pilihanraya berlaku secara adil dan telus memang takdak sebab untuk sapa pun mempertikaikan keputusan PRU13 nanti.

Sinarharian juga melaporkan:
"PR tidak boleh mencari apa sahaja alasan jika tidak menang dalam PRU13 ini dengan membuat huru-hara di negara ini.

"Kita yakin dengan kemampuan yang ditunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), begitu juga PR.

"Menghormati keputusan rakyat adalah satu daripada prinsip yang penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan," tegas beliau lagi. - Ibid.
Pandai-pandai pulak Najib nak jadi jurucakap kepada PR konon PR jugak yakin dengan kemampuan SPR. Kalau PR yakin dengan SPR apa guna PR bersungguh-sungguh menyokong tuntutua Bersih.

Sampai ke saat ni PR tak pernah berpuashati dengan daftar pemilih yang tak bersih. Macamana PR nak yakin dengan kemampuan SPR kalau daftar pemilih yang merupakan perkara terpenting dalam pilihanraya pun SPR tak mampu untuk sediakan senarai yang bersih dan telus.
Faktor tu saja pun sebenarnya dah cukup untuk PRtak terima keputusan PRU13, tambah-tambah lagi la kalau ditambah dengan berbagai tindakan dan tipu muslihat Umno BN yang dilihat seolah-olah SPR bukan setakat tak buat apa-apa malah turut sama bekerjasama buat kerja-kerja celaka tu menjelang hari pengundian nanti.

Sebenarnya PAS dan DAP tak pernah berpuashati dengan kerja buat SPR. Nak puashati macamana kalau selalu sangat anggota SPR terutama sekali pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha SPR beraksi macam 'si anjing Umno'.

Ramai penchachai mempersoalkan PR kalau dah tak percaya kepada SPR pasai apa masih nak sertai pilihanraya malah calon pembangkang pun banyak menang terutama dalam PRU12 yang lalu.

PR masih sedia untuk sertai pilihanraya pasai percaya walaupun SPR tak telus dan adil tapi tak la seteruk di negara kuku besi yang lain. Masih ada ruang untuk kita tukar pemerintah Malaysia yang korup yang Dr. Mahathir sendiri kata "busuk sampai ke usus" tu melalui proses demokrasi.

Tapi kalau dah jelas sangat sokongan rakyat yang cukup hebat dalam PRU13 nanti tapi keputusan masih tak jugak menyebelahi PR dan ditambah pulak dengan berbagai tipu muslihat dan kerja-kerja celaka yang Umno BN buat, memang tak patut sangat kalau PR masih jugak boleh terima keputusan PRU macam tu.

Tambah-tambah pulak sebelum ni Najib dengan lantang pernah kata "walau berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dari nyawa, Putrajaya akan dipertahankan walau apapun terjadi"

Apa pun, aku cukup yakin, segala persiapan untuk Umno BN menipu masa PRU13 nanti dah pun sedia. Pasai tu Najib nampak dengan penuh yakin yang Umno BN akan menang lagi dalam PRU13.

Berkaitan

Monday, November 19, 2012

Ahli PAS perlu terima hakikat yang TG Hj Hadi takkan jadi PM selepas PRU 13

Kecuali la kalau kerusi yang PAS menang lebih dari kerusi yang Umno menang dan semua wakil rakyat PAS sanggup berkerjasama dengan Umno membentuk kerajaan, yang juga atas kertas nampak mustahil boleh berlaku.
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Laporan muka depan akhbar The Star yang dimiliki oleh MCA jelas mahu melaga-lagakan Presiden PAS dengan para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain apabila melaporkan beliau bersedia menjadi perdana menteri, tetapi apakah sebenarnya yang beliau kata dan maksud.

Muka depan The Star hari ini melaporkan, "Hadi ready to be PM" (Hadi bersedia menjadi PM).

Namun tajuk untuk edisi onlinenya agak berbeza iaitu, "It is syiok (thrilling) to be PM." (Syok juga kalau jadi PM)." - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Selari dengan The Star adalah, media dalam talian The Malaysian Insider juga membuat laporan sealiran dengan akhbar MCA itu. "Hadi ‘alu-alukan’ cadangan perwakilan dilantik jadi PM", menjadi tajuk media itu.

Kedua-dua laporan ini membayangkan seolah-olah Presiden PAS itu mahu menjadi perdana menteri.

Ekoran kedua-dua laporan itu, timbul fitnah kepada Presiden bahawa beliau dikatakan 'setuju dan bersedia' untuk menjadi perdana menteri. - Ibid.
Itu persepsi yang nak diterapkan kepada pembaca walaupun realitinya bukan macam tu pasainya juga dilaporkan:
Ini kerana, dalam sidang media selepas memberikan Ucapan Dasar Muktamar PAS ini, Abdul Hadi dengan jelas menolak cadangan itu.

Beliau lebih rela kembali menjadi nelayan selepas Islam menang. - Ibid.
Realitinya, aku tak nampak macamana TG Hj Hadi akan boleh dilantik jadi Perdana Menteri walaupun calon PAS paling ramai menang dalam Pakatan Rakyat.
Kecuali la kalau kerusi yang PAS menang lebih dari kerusi yang PKR menang campur kerusi yang DAP menang. Satu keadaan yang diatas kertas memang mustahil akan berlaku.
Pasainya kalau kerusi DAP campur PKR lebih dari kerusi yang PAS menang tentu Anwar yang akan dapat sokongan majoriti dalam PR pasai DAP awal-awal lagi istihar akan sokong Anwar.
Malaysiakini melaporkan:
KUALA LUMPUR, 19 Nov — DAP mengekalkan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum akan datang.

Berikutan dengan tekanan delegasi PAS dalam Muktamar Agungnya minggu lalu untuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi bakal perdana menteri, DAP mengingatkan orang ramai bahawa Anwar adalah pilihan pakatan tersebut untuk menjadi pemimpin negara. - TMI.
Jadinya, tak payah la kut ahli dan penyokong PAS berangan nak tengok TG Hj Hadi jadi PM selepas PRU13.
Kecuali la kalau kerusi yang PAS menang lebih dari kerusi yang Umno menang dan semua wakil rakyat PAS sanggup berkerjasama dengan Umno membentuk kerajaan, yang juga atas kertas nampak mustahil boleh berlaku.


Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/11/ahli-pas-perlu-terima-hakikat-yang-tg.html#ixzz2CixcTTFZ
Kecuali la kalau kerusi yang PAS menang lebih dari kerusi yang Umno menang dan semua wakil rakyat PAS sanggup berkerjasama dengan Umno membentuk kerajaan, yang juga atas kertas nampak mustahil boleh berlaku.

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Laporan muka depan akhbar The Star yang dimiliki oleh MCA jelas mahu melaga-lagakan Presiden PAS dengan para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain apabila melaporkan beliau bersedia menjadi perdana menteri, tetapi apakah sebenarnya yang beliau kata dan maksud.

Muka depan The Star hari ini melaporkan, "Hadi ready to be PM" (Hadi bersedia menjadi PM).

Namun tajuk untuk edisi onlinenya agak berbeza iaitu, "It is syiok (thrilling) to be PM." (Syok juga kalau jadi PM)." - Hrkh.
Al-Quran Miracle 22 dalam 1 mudah, sahih dan komprehensif, Penawar Segala Penyakit !!!!
Dapatkan buku-buku yang bermanfaat dalam mendidik jiwa di sini !!!
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-3471001
Juga dilaporkan:

Selari dengan The Star adalah, media dalam talian The Malaysian Insider juga membuat laporan sealiran dengan akhbar MCA itu. "Hadi ‘alu-alukan’ cadangan perwakilan dilantik jadi PM", menjadi tajuk media itu.

Kedua-dua laporan ini membayangkan seolah-olah Presiden PAS itu mahu menjadi perdana menteri.

Ekoran kedua-dua laporan itu, timbul fitnah kepada Presiden bahawa beliau dikatakan 'setuju dan bersedia' untuk menjadi perdana menteri. - Ibid.
Itu persepsi yang nak diterapkan kepada pembaca walaupun realitinya bukan macam tu pasainya juga dilaporkan:

Ini kerana, dalam sidang media selepas memberikan Ucapan Dasar Muktamar PAS ini, Abdul Hadi dengan jelas menolak cadangan itu.

Beliau lebih rela kembali menjadi nelayan selepas Islam menang. - Ibid.
Realitinya, aku tak nampak macamana TG Hj Hadi akan boleh dilantik jadi Perdana Menteri walaupun calon PAS paling ramai menang dalam Pakatan Rakyat.

Kecuali la kalau kerusi yang PAS menang lebih dari kerusi yang PKR menang campur kerusi yang DAP menang. Satu keadaan yang diatas kertas memang mustahil akan berlaku.

Pasainya kalau kerusi DAP campur PKR lebih dari kerusi yang PAS menang tentu Anwar yang akan dapat sokongan majoriti dalam PR pasai DAP awal-awal lagi istihar akan sokong Anwar.

Malaysiakini melaporkan:

KUALA LUMPUR, 19 Nov — DAP mengekalkan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum akan datang.

Berikutan dengan tekanan delegasi PAS dalam Muktamar Agungnya minggu lalu untuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi bakal perdana menteri, DAP mengingatkan orang ramai bahawa Anwar adalah pilihan pakatan tersebut untuk menjadi pemimpin negara. - TMI.
Jadinya, tak payah la kut ahli dan penyokong PAS berangan nak tengok TG Hj Hadi jadi PM selepas PRU13.

Kecuali la kalau kerusi yang PAS menang lebih dari kerusi yang Umno menang dan semua wakil rakyat PAS sanggup berkerjasama dengan Umno membentuk kerajaan, yang juga atas kertas nampak mustahil boleh berlaku.



Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/11/ahli-pas-perlu-terima-hakikat-yang-tg.html#ixzz2CixcTTFZ

Tuesday, October 30, 2012

Formula (82 + 20 + 16 = 118)..insya'allah menang...tapi..jika 82 tuu kantoi...????

Formula mudah untuk tewaskan BN dalam PRU13 nanti

Jadinya, jangan seronok sangat tengok formula mudah tu. Jentera pilihanraya tempatan kena pastikan untuk dapat undi lebih 5% majoriti undi taget untuk tampung penipuan Umno BN dan para anjingnya dalam pengundian yang tak mampu kita sekat pasai 'dihalalkan' oleh undang-undang dan peraturan pilihanraya.

Harakahdaily melaporkan:
KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong meletakkan keyakinan yang sangat kuat bahawa BN akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurutnya, daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di seluruh negara, beliau menjangkakan 118 kerusi akan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 kali ini dan 104 kerusi sahaja akan diperoleh BN. - Hrkh.  
Harakahdaily juga melaporkan:
Beliau yang telah keluar BN dan mengumumkan menyertai PKR baru-baru ini berkata, asas pengiraannya adalah dengan formula (82 + 20 + 16 = 118)

82 katanya adalah jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh gabungan PAS,PKR dan DAP pada PRU12, 2008 yang lalu dan dijangka jumlah itu akan kekal pada PRU akan datang.
20 pula adalah jumlah kerusi parlimen yang majoritinya adalah pengundi Cina dan India yang dimenangi BN dalam PRU12 yang sudah tentu pada jangkaannya akan menolak BN pada PRU akan datang.

Asas kekalahan BN itu juga jelasnya, turut disandarkan pada keyakinan bahawa lebih separuh kerusi parlimen Sabah - selama ini menjadi 'tempat berpaut' BN untuk mengekalkan kuasa termasuk pada PRU12 lalu - akan 'swing' kepada Pakatan Rakyat.

Kata Yahya, sekurang-kurangnya 16 dari 25 kawasan parlimen di Sabah bakal dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang. - Ibid.

Sebelum ni aku ada buat entry yang bertajuk "Apa pun yang Pakatan Rakyat buat, Umno BN tetap akan menang PRU13?"

Dalam artikel tu aku ulas pasai ramai yang yakin PR akan menang atas sentimen rakyat semakin ramai hadir program anjuran PR, sedangkan realitinya angka kehadiran tu sebenarnya tak menjanjikan kemenangan kalau dibandingkan dengan jumlah pengundi setempat.

Kalau tengok ke formula mudah kat atas tu, memang nampak macam boleh menang. Cumanya mampukan Pakatan Rakyat mempertahankan sekesua 82 kerusi tu. Bukan semua wakil rakyat PR betul-betul perform. Ada jugak yang bila dah menang lebih kurang sama ja macam wakil rakyat Umno, masa kempen sanggup masuk sampai dapur rumah pengundi tapi bila dah menang pengundi nak nampak muka dia pun payah.

Bab faktor pengundi cina aku pun setuju, pasainya memang majoritinya tak peduli sangat sapa calon dan parti yang lawan BN, terutama di kawasan yang belum menang tapi di kawasan yang dah menang prestasi wakil rakyat memang akan bagi kesan.

Pun macam tu, kalau sokongan orang melayu tak meningkat langsung payah jugak untuk calon dari PR nak menang di kerusi campuran tu.

Lagi satu faktor yang tentu akan bagi kesan yang besar, takat mana kesediaan agensi kerajaan terutama sekali SPR sanggup beraksi macam 'si anjing Umno'. Aku tak heran kalau ada kakitanga dan petugas SPR yang sanggup buat apa saja untuk pastikan calon dari Pakatan Rakyat kalah.

Jadinya, jangan seronok sangat tengok formula mudah tu. Jentera pilihanraya tempatan kena pastikan untuk dapat undi lebih 5% majoriti undi taget untuk tampung penipuan Umno BN dan para anjingnya dalam pengundian yang tak mampu kita sekat pasai 'dihalalkan' oleh undang-undang dan peraturan pilihanraya.


Sunday, September 16, 2012

Nampak macam memang ada yang masih lagi 'main kotor', tak wala' kepada keputusan Mesyuarat Khas PAS Pusat

Mahfuz bakal ganti Ustaz Azizan jadi MB Kedah?

Sekali sekala baca spin blog penchachai Umno ni ok jugak, boleh buat 'relese tention'. Kalau takat nak gelak sorang-sorang tu boleh la baca depa punya spin yang cukup mengarut.

Contoh macam satu blog penchachai yang depa kata makan gaji dengann Umno beribu sebulan, sungguh-sungguh dia spin melenggok ke kiri melenggok ke kanan nak bagi spin andaian dia tu nampak munasabah.

Kalau jenih yang duduk bawah tempurung langsung tak peduli pasai sumber lain melainkan berita TV3 suku dan Utusan mungkin la kut boleh percaya tapi bagi yang agak-agak celik politik Kedah walaupun sikit takkan boleh percaya spin mengarut blogger penchachai tu.

Kalau pun ada terdetik di hati Mahfuz teringin nak jadi Menteri Besar, dia pun tentu sedar keberadaan dia sekarang ni langsung tak menghala ke situ, nak ubah stereng hala ke situ pun dah payah, nak sampai boleh sampai ke situ pulak dah nak dekat ke mustahil pun ada, kecuali la kalau PAS Kedah macam Umno, memang takdak yang mustahil.
Apa pun, 2 laporan SinarHarian macam kat bawah ni cukup menarik perhatian aku yang nampak memang berkaitan.

Yang pertama melibatkan Hj Phahrol:
ALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menafikan beliau individu yang didakwa membuat kenyataan kepada sebuah portal berita, berhubung kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak perlu diganti sejak setahun lalu, ekoran masalah kesihatan.

Katanya, krisis yang mengaitkan dirinya bersama seorang lagi Exco, Dr Ismail Salleh dianggap selesai sejurus mereka akur keputusan Pas Pusat untuk kembali dalam barisan Exco, 5 Mac lalu.

“Saya andaikan ada pihak mahu memporak-perandakan semula Pas Kedah setelah krisis Exco selesai Mac lalu. Laporan portal berkenaan mungkin sengaja dibuat untuk cetuskan kekacauan dalam Pas Kedah,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka di rumahnya, di Taman Gunung Bayu, semalam. - Sinarharian.
Aku malas nak ulas panjang, cuma nak ingatkan yang semua tu adalah hasil tindakan 'kamikaze' Hj Phahrol sendiri, kira ok jugak la, hayat politik Hj Phahrol masih lagi 'hidup'. Kalau betul tindakan 'kamikaze' patutnya hayat pilitik Hj Phahrol dah 'syahid' bulan Mac hari tu.

Yang kedua pulak melibatkan Ust Azizan melalui Setiausaha politik dia, Sanusi Md Nor:
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus menjadi mangsa fitnah terbaru blogger pro-Umno, apabila dikatakan menyerahkan projek tanpa tender meneroka kawasan galian di Mukim Temin, Kubang Pasu, bernilai jutaan ringgit kepada syarikat kroni.

Difahamkan, surat daripada Perbadanan Menteri Besar Kedah kepada sebuah syarikat terbabit didedahkan secara meluas di laman-laman blog adalah bukti dakwaan itu.

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, yang menafikan syarikat berkenaan adalah kroni Azizan dan mempunyai ikatan persaudaraan dengan pemilik syarikat terbabit.

Muhammad Sanusi berkata, galian kuarza ditemui di kawasan hutan oleh sebuah syarikat yang meneroka dan membawa penemuan itu kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk mengadakan jalinan kerjasama. - Sinarharian.
Panjang lebar Sanusi Md Nor membentangkan hujjah membela diri bagi pihak Ust Azizan dalam laporan SinarHarian tu.

Aku cuma nak ingatkan satu benda ja. Dalam Islam disuruh supaya 'mengelakkan fitnah'. Kita bukan saja mesti bersih tapi kena berusaha untuk kelihatan bersih ataupun dari sudut lain, kena berusaha untuk tak kelihatan kotor.

Apa pun, aku harap Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan Mac lepas tu kerap sikit turun ke Kedah, tengok sendiri, siasat sendiri apa sebenarnya yang berkalu di Kedah. Tambah-tambah PRU13 dah semakin dekat ni.

Kalau tengok ke 2 laporan Sinarharian tu, nampak macam memang ada yang masih lagi 'main kotor', tak wala' kepada keputusan Mestuarat Khas PAS Pusat di Kedah bulan Mac lepas.

Saturday, September 15, 2012

Pakai skirt masuk masjid, mana blogger Umno, mana PERKASA?


Masa keluar gambar Teo Nie Chin masuk masjid dulu riuh blog penchachai Umno belasah. Konon nak mempertahankan kesucian masjid.

Kat bawah ni aku kopipes salah satu tulisan dalam blog penchachai
apa jaminan teo nie ching BERSIH untuk melayakkan dia masuk masjid ?
tak pakai tudung,pakaian ketat silap aribulan datang bulan ?
apatah lagi kalau kaki seks bebas macam elizabeth wong ?

sundalan punya pas, kalau nak undi pun takkan sampai tahap gila babi macam ni ! - GAP. 
Kat bawah ni gambar seorang perempuan bukan Islam masuk masjid yang aku cukup yakin kaki seks bebas macam elizabeth wong dan berkemungkinan jugak datang bulan.

Mana suara penchachai Umno BN yang sebelum ni lantang mengkritik, mana suara PERKASA yang sebelum ni lantang mengkritik, kononnya nak mempertahankan kesucian masjid.



Apa pun, aku setuju sangat dengan cadangan Dr. Hasan Ali masa dia masih lagi jadi Exco Agama Selangor:
SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, hari ini mencadangkan supaya satu peraturan lebih terperinci digubal berhubung cara dan tatasusila yang mesti dipelihara ketika menggunakan dan memasuki surau serta masjid di Selangor.

Beliau berkata, peraturan yang lebih jelas seperti jenis pakaian yang sesuai serta jenis tudung yang dipakai juga perlu diperincikan bagi memudahkan ia difahami oleh pihak yang mengunjungi surau atau masjid.


"Mereka yang menjemput atau menganjur sepatutnya perlu memaklum perkara-perkara ini kepada orang yang dijemput (ke surau/masjid) lebih-lebih lagi bila membabitkan bukan Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini. -
BHarian.
Cuma malangnya, Dr. Hasan Ali cuma setakat bagi cadangan saja, patutnya dengan kuasa yang dia ada masa tu, dia boleh pastikan cadangan dia tu jadi kenyataan. Kalau takat cakap sapa pun boleh...


Wednesday, August 8, 2012

MB Kedah nie Tak Kenal Maka Tak Cinta

 Ust Azizan tak la teruk sangat rupanya...

Sebelum ni aku dah ulas panjang pasai tema Hari Kebangsaan yang dipilih oleh Pakatan Rakyat tapi Kerajaan Negeri Kedah tak mau guna tapi nak guna tema sendiri atas alasan Kedah lagi awal umumkan tema depa sendiri dan katanya depa takmau membazir pasai dah keluarkan belanja tempah banner guna tema "55 Tahun Merdeka Terus Berbakti ".

Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat pun dah setuju, bukan saja Kedah tapi juga Kelantan gua tema lain dari "Sebangsa, Senegara dan Sejiwa" yang dipilih Pakatan Rakyat atas alasan yang sama macam Kedah.

Tak lama lepas Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat buat keputusan tu tiba-tiba kerajaan Kelantan bersetuju nak guna tema yang sama, tinggal negeri Kedah saja yang tetap akan guna tema sendiri.

Tiba-tiba semalam, Kedah pun setuju nak guna tema yang sama, satu keputusan yang aku pun tak jangka. Aku dok agak Kedah akan tetap dengan keputusan nak guna tema depa sendiri tu.

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Semua negeri Pakatan Rakyat akan menggunakan logo dan tema yang sama dalam sambutan Merdeka ke 55 apabila Kedah memutuskan berbuat demikian hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan itu dibuat oleh kerajaan negeri Kedah dan dimaklumkan kepada beliau hari ini.

"Saya telah menerima panggilan telefon dari Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah memaklumkan keputusan itu hari ini," kata Mustafa.

Menurut Mustafa yang meruapakan Pengerusi JK Pemilihan Logo Hari Kemerdekaan ke 55 Pakatan Rakyat, beliau telah berbinacang dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak mengenai perkara ini semalam.

"Alhamdulillah hari ini Kedah sudah membuat keputusan menggunakan logo bersama yang diputuskan Pakatan," kata beliau.

Bagi Mustafa (gambar), keputusan Kedah ini menunjukkan betapa hebatnya demokrasi dalam Pakatan Rakyat.

"Kami jawatankuasa peringkat pusat telah bersetuju menerima Kedah dan Kelantan menggunakan tema dan logo mereka sendiri untuk sambutan Kemerdekaan ini walaupun kita ada logo kita sendiri.

"Ini kerana, mereka telah membuat keputusan awal dari keputusan Pakatan tentang pemilihan logo itu.

"Sekarang, mereka (Kedah dan Kelantan) yang membuat keputusan sendiri untuk menggunakan logo dan tema yang sama," kata Mustafa kepada Harakahdaily. - Hrkh.
Rupa-rupanya, Ust Azizan tu tak la teruk sangat. Tah apa Cikgu Pa punya ayat dia guna masa dia berbincang dengan Ust Azizan yang buatkan Ust Azizan boleh ubah fikiran. Mungkin betul macam komen Setpol MB Kedah dalam isu ni sebelum tu,

[Sumber: Facebook]
Dengan berakhir episod tema Hari Kebangsaan Pakatan Rakyat ni, aku harap kita boleh mula balik serang Rais Yatim yang tetap jugak ketegaq takmau tukar tema Hari kebangsaan yang macam gampang tu, jugak isu lagu tema dengan lirik yang macam celaka tu.

Tuesday, August 7, 2012

Kelantan Boleh tapi Kedah tengok macam tak boleh...

"Nyanya" Kedah, tak disangka-sangka macam diaibkan Kelantan...

Aku yakin ramai yang rasa lega bila dilaporkan yang selain dari Kedah, Kelantan jugak akan guna tema sambutan Hari kebangsaan sendiri dan tak guna tema Sebangsa, Sejiwa dan Senegara tu.

MalaysianInsiders melaporkan:
PETALING JAYA, 7 Ogos - Negeri di bawah Pakatan Rakyat akan menggunakan tiga tema Hari Kemerdekaan berasingan dengan Kedah dan Kelantan mempunyai sendiri.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (foto fail) ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha PR hari ini.

“Kedah dan Kelantan sudah menetapkan tema mereka sendiri yang diputuskan melalui exco,” katanya kepada pemberita.

“Oleh kerana mereka pilih logo dan tema lebih awal, kita putuskan mereka teruskan mengikut pilihan mereka.” - TMI.   
Aku tak pasti pasai apa, mungkin ada 'miscomunication' lagi, tiba-tiba boleh pulak Harakahdaily 
melaporkan macam lain pulak.


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk menggunakan tema Hari Kemerdekaan yang dicadang Pakatan Rakyat iaitu “Sebangsa, Senegara, Sejiwa” berbanding tema “Kelantan Menerajui Perubahan” yang diputuskan kerajaan negeri sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan Sekretariat Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan lewat petang ini.

"Kami merujuk kepada kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini mengenai Tema Hari Kebangsaan.

"Pihak Sekretariat Pakatan Rakyat dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk mengambil tema “Sebangsa, Senegara, Sejiwa” sebagai tema Hari Kebangsaan ke 55 disamping tema Kerajaan Negeri iaitu “Kelantan Menerajui Perubahan”," kata Setiausaha Eksekutif, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek.

Petang tadi, Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat memaklumkan semua ngeri Pakatan Rakyat akan menggunakan tema sama seperti yang dicadang Pakatan Rakyat kecuali Kedah dan Kelantan yang telah membuat keputusan lebih awal. - Hrkh.
Nak kata apa lagi?

Kalau Kelantan boleh pasai apa pulak Kedah tak boleh. Mungkin kut Kelantan belum lagi buat banner guna tema "Terus Berbakti" walaupun dah masuk bulan Ogos. Tak macam Kedah yang mungkin dah habis berpuluh juta buat banner dan mungkin jugak macam-macam bahan promosi dan perbagai perbelanjaan lain gunakan tema "Menerajui Perubahan" tu.

Dah elok-elok Umno 1Malaysia gelabah bewak dengan aksi BANGANG Rais Yatim dengan tema yang terlalu politik, logo yang tak macam logo dan ditambah pulak dengan lagu yang kontroversi dan lirik yang cukup murahan, tiba-tiba nama Rais Yatim terus tenggelam hasil pukulan politik 'ular kapak' Ust Azizan.

Takkan kut tiba-tiba Kedah pulak umumkan setuju nak guna tema yang sama jugak, tak pasai la...

Puak-puak penchachai tentu seronok tengok episod ni. "Bab nak tentukan Tema Hari Kebangsaan yang simple macam tu pun dah bercelaru, tak boleh berpakat baik-baik, macamana nak harap depa boleh berpakat benda yanbg lebih besar..." tulis blogger penchachai Umno BN... Hahaha...


Wednesday, July 25, 2012

Gunung Inas Gondol : Salah Siapa.. Orang Politik.. Azizan.. Jabatan Hutan.. Istana Atau dot dot dot.....!!!

Gunung Inas gondol pun salah Ust Azizan jugak?


Lokasi: Pondok Tiris, Gunung Inas. 
Malaysiakini melaporkan:
Kerajaan Kedah diminta berhenti daripada terus berdolak-dalik mengenai kesan pembersihan hutan di Gunung Inas yang menjejaskan sumber air penduduk di kawasan sekitar.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah juga meminta kerajaan negeri pimpinan PAS itu berhenti berselindung di sebalik ladang rakyat.


"Kalau Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kata nak buang pokok-pokok yang tua sahaja ia tidak masuk akal kerana untuk buat ladang rakyat kena tebang 100 peratus pokok yang ada di kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa, di Alor Setar malam tadi.


Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata akibat pembersihan kawasan seluas lapan hektar itu, penduduk di daerah Sik dan Baling kini berdepan masalah bekalan air bersih.


Minggu lepas, JAS mengeluarkan arahan agar kerja pembalakan di kawasan hutan itu dihentikan bagi membolehkan jabatan tersebut membuat penilaian mengenai kesan ke atas alam sekitar. -
Mkini.
Sefaham aku ada 2 isu utama dalam isu alam sekitar Gunung Inas ni. Yang pertama pembalakan untuk buat Ladang Rakyat dan yang kedua kesannya kepada sumbar air penduduk.

Dalam hal ni ada betulnya apa kata Ahmad Bashah pasai memang untuk ujudkan Ladang Rakyat memang kena tebang 100 peratus. Tapi yang Ust Azizan kata pun betui jugak pasai syarikat balak yang buat kerja sekarang ni sepatutnya cuma tebang pokok balak bukannya bersihkan kawasan.

Kalau tak silap aku kerja-kerja untuk bersihkan dan buat lereng untuk projek Ladang Rakyat belum pun bermula dan tentunya yang buat tu bukannya syarikat pembalakan.

Jadinya, isu sekarang ni bukan isu Ladang Rakyat tapi isu pembalakan.

Kesan pembalakan ke atas alam sekitar ni sepatutnya ada kaedah pengawasan terutamanya dari Jabatan Hutan. Sepatutnya Jabatan Hutan kena betul-betul memantau dalam kawasan pembalakan tu bukannya hanya memantau dari pejabat Jabatan Hutan.

Aku tak berapa tau sangat berkenaan undang-undang dan peraturan pembalakan ni, tapi pada aku kalau macam gambar kat bawah ni pun Jabatan Hutan tak ambik tindakan, memang la akan bagi kesan ke atas alam sekitar, ke atas sungai. Ni bukan gambar baru tapi gambar awal tahun 2012 dulu.

Pembalakan Gunung Inas Sumber: LensaHp
Takkan kut boleh lori balak lintas sungai macam tu saja, patutnya buat la titi atau jambatan, baru la ada harapan air sungai tak tercemar. Benda macam ni orang tak sekolah bab alam sekitar pun tau.

Sama jugak macam gambar kat atas tu, sepatutnya mesti ada buffer zone antara kawasan pembalakan dengan sungai. Takkan sampai ke gigi sungai pun boleh tebang pokok jugak, tentu punya la sungai tercemar teruk.

Dengar katanya, Jabatan Hutan ada masalah sikit nak ambik tindakan dengan syarikat pembalakan ni pasai syarikat-syarikat tu guna kabel 'orang istana' dan katanya konsesi balak di Gunung Inas tu pun milik 'orang istana'.

Nak harap orang Jabatan Hutan nak pandai-pandai ambik tindakan bila melibatkan 'orang istana' ni payah la sikit, kecuali la kalau ada arahan khusus dari orang politik. Masalahnya orang politik ni sama ja di mana-mana pun di Malaysia ni, kalau melibatkan 'orang istana' memang payah dan 'cukup bertoleransi' dan banyak sangat tapinya.

Kalau Jabatan Hutan betul-betul buat kerja dan main peranan ikut undang-undang, takkan berlaku pencemaran air sekitar Gunung Inas tu. Kalau ada pun cuma pada tahap yang sangat minima yang tak sepatutnya boleh bagi penduduk kampung tak selesa.

Isu yang kedua adalah isu sumber air penduduk sekitar Gunung Inas tu. Masalah ni timbul pasai kebanyakkan penduduk kawasan tu masih bergantung kepada paip sumber 'Air Masyarakat' yang ambil dari air sungai Gunung Inas, bila sungai tercemar tentulah air paip pun tercemar.

Ada 2 jalan penyelesaian untuk masalah air ni. Yang pertama ubah kawasan sumber bekalan 'Air Masyarakat' tu lebih tinggi dari kawasan pembalakan, jadinya sumbar air yang digunakan takkan terganggu dengan aktiviti pembalakan. Perlu disediakan peruntukan yang cukup untuk sambung paip sediada atau bubuh paip baru dan peruntukan untuk bina kawasan tadahan yang baru ataupun mungkin sesuai kalau bina tangki besar sama kat atas sana.

Jalan penyelesaian yang kedua adalah sediakan bekalan air paip dari SADA ke setiap rumah. Dah tak berapa nak relevan rasanya kalau masih guna sumber 'Air Masyarakat' yang TIDAK DIRAWAT tu. 


Dari segi kos memang la murah kalau guna 'Air Masyarakat' ni, mungkin kena bayar beberapa ringgit saja untuk setahun. Tapi apa jaminan kepada penduduk kampung yang guna air ni. Macama kalau sumbar air tu tercemar contohnya dengan virus kencing tikus macam kes PKLN yang terpaksa ditutup di Sungai Siput tu. 

Kalau takmau berlaku pencemaran alam sekitar di sekitar Gunung Inas, takdak cara lain melainkan diharamkan pembalakan. Selagi ada pembalakan selagi itulah akan ada pencemaran alam sekitar. Tak banyak sikit tentu ada punya.

Tapi masalahnya mampukah untuk Kerajaan Negeri Kedah mengharamkan pembalakan.

Monday, July 23, 2012

[Bukti Video] MOU antara UMNO & Parti Komunis China

Zahid Hamidi cuma ada 2 pilihan, samada dia penipu besar atau pun dia Naib Presiden Umno yang bangang taktau apa-apa.

Tapi tak logik sangat kalau Naib Presiden langsung taktau parti dia ada buat MOU dengan Parti Komunis Cina. Takkan dia dah lupa kot, baru tahuun lepas ja, tak berapa nak sesuai kalau panggil sejarah pun pasai masih baru nsangat.

Taktau la pulak kalau Zahid Hamidi pun teringin nak jadi cybertroopers Umno, belajar-belajar guna kaedah blantan lie.



Nak nafi apa lagi kalau sampai ada video macam ni. Yang best tu, Adnan Mansor dalam video tu dengan bangganya bagitau buat MOU dengan Parti Komunis China.

Apa pun, yang aku mushkilnya, awat la masih ramai yang fobia sangat dengan komunis? Apa salahnya kalau ada kerjasama dengan Parti Komunis pun.

Wednesday, July 18, 2012

Kompom Ust Azizan dan PKNK takkan minta maaf isu saham FGVH?


Sebelum ni aku ada laporkan laporan mStar yang kata menteri yang depa kata pakwe kepada Zahida Rafiq kata dia heran pasai apa PKNK tergesa-gesa jual semua 500,000 unit saham FGVH yang PKNK dah beli sebelum ni.

Rupa-rupanya PKNK tak jual lagi pun. Kalau dah jual pasai apa Ust Azizan nak arahkan lagi. pulak. Maknanya semalam tak jual lagi la.

Tak kira la dah jual ka belum jual yang penting Ust Azizan dah arahkan PKNK suruh jual. Harap-harap PKNK jual secepat mungkin pasainya takut-takut arahan Ust Azizan ni boleh sebabkan pasaran jadi panik dah harga saham FGVH tu menjunam jatuh. (Hahaha...)

mStar melaporkan:
[Sumber: mStar]
Kalau tengok kepada bahasa laporan mStar tu nampak macam kompom la Ust Azizan dan kemungkinan besar jugak PKNK takkan minta maaf pasai 'ter'beli saham FGCH tu.
Walaupun ada kesalahan tapi cuma kesalahan teknikal BIASA. Tak minta maaf pun takpa kut, nama pun kesalahan teknikal biasa.

Lagi pun, aku yakin semua orang yang kenai Ust Azizan pun boleh agak yang Ust Azizan takkan minta maaf atas 'kesalahan' PKNK tu. Kalau pimpinan PAS lain aku taktau tapi kalau Ust Azizan memang kompom takkan minta maaf.

Tak salah pun sebenarnya kalau Ust Azizan tak minta maaf pasai bukan kesalahan dia pun. Walaupun dia Pengerusi PKNK tapi dia dah bagitau yang dia pun tak dibagitau yang PKNK nak beli saham tu.

Taktau la pulak kalau tiba-tiba Ust Azizan boleh berubah watak... Hahaha...

Update: Maksud aku, kenai melalui media macam aku, bukan kenai pasai pernah usrah sekali atau pernah bermusafir sekali.


Saturday, June 30, 2012

Nampak sangat Najib dok ketaq lutut bila nak bubar parlimen...

Memang nampak sangat Najib tak berani nak bubar parlimen

Najib boleh kata apa saja tapi dia silap besar kalau dia ingat orang nak percaya setiap apa yang dia cakap.

Kalau penyokong dan ahli Umno yang bangang mungkin kut akan percaya apa saja yang Najib kata tapinya tak nanti ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, ahli dan penyokong Umno BN yang celik politik pun payah nak percaya apa yang Najib cakap.

Realitinya, orang yang cerdik politik tentu dapat baca apa sebenarnya realiti sebenar dari ucapan Najib. Tambah-tambah pulak alasan yang Najib guna tu cukup lemah.
mStar melaporkan:

[Sumber: mStar]
Cara Najib jawab soalan pemberita tu langsung tak meyakinkan. Memang nampak sangat yang sebenarna Najib tak berani lagi nak bubar parlimen dan adakan RPU13.



Semua orang yang celik politik boleh baca tindakan Najib bagi 'gula-gula' kepada rakyat sebelum ni memang tujuan dia untuk tingkatkan sokongan rakyat kepada Umno BN.

Mula-mula Najib bagi RM100 kepada semua pelajar konon nak membantu ibubapa sediakan keperluan kepada pelajar. Kalau betul nak bantu Najib patutnya bagi cuma kepada pelajar yang perlukan bantuan tapi pasai apa dibagi kepada semua pelajar.

Bila Umno BN nampak pemberian tu macam takdak kesan, Najib bagi pulak BR1M, RM500 kepada semua ketua keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan.

Bila nampak sokongan dari masyarakat Felda yang selama ni jadi 'fix deposit' kepada Umno BN sedikit tergugat, Najib bagi pulak 'durian runtuh' kepada masyarkat peneroka Felda.

Cuma isunya sekarang ni berapa ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang celik politik dan berapa ramai pulak yang berani untuk bagi peluang kepada Pakatan Rakyat pulak untuk menerajui kerajaan pada PRU13 nanti.





Saturday, June 23, 2012

Ketua Pemuda MCA belasah Pengerusi SPR?

Kenapa pulak Ketua Pemuda MCA belasah Pengerusi SPR?

Semalam MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 22 Jun — Parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan ...........Seterusnya di - TMI
Setakat ni nampak macam Pakatan Rakyat belum lagi mempolitikkan syarat tu tapi komponen BN pulak yang lebih awal mempolitikkan syarat tu.

mStar melaporkan:
[Sumber: mStar]
Tak sangka pulak Ketua pemuda MCA akan keluarkan kenyataan macam tu. Aku tak nampak apa perlu Ketua Pemuda MCA keluarkan kenyataan macam tu,  kecuali la kalau MCA memang ada hasrat nak buat manifesto sendiri yang berbeza atau berlawanan dengan manifesto BN.

Kalau dibuat rakaman takkan berani depa nak bentangkan manifesto yang berlawanan dengan BN. Kalau dibuat jugak tentu punya Umno BN akan sekat, tak bagi disiarkan.
Dari sudut lain, SPR bagi alasan kenakan syarat macam tu seolah-olah Pakatan Rakyat ni BANGANG, Pada aku cukup sekadar bagi garis panduan contohnya tak boleh sentuh peribadi seseorang, atau sentuh sensitiviti kaum serta agama.

Kalau pembentang manifesto tu langgar garis panduan tu, kan ka satu tindakan yang akan menguntungkan umno BN, hari-hari boleh spin benda tu dalam media.

Apa pun, ucapan tahniah terima kasih kepada Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA pasai berani keluarkan kenyataan yang menentang arus dan bagi Najib bertambah pening.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/06/kenapa-pulak-ketua-pemuda-mca-belasah.html#ixzz1ydZoNw9E

Wednesday, June 20, 2012

Video Penuh serta Kupasan Debat Sinar antara Salahuddin & Saifuddin


1. Tujuan demo bukan mahu guling kerajaan, kata Salahuddin.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, demonstrasi anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pembangkang bukan bertujuan mahu menggulingkan kerajaan, sebaliknya bertujuan memperkukuhkan institusi yang mengamalkan prinsip demokrasi.

Sehubungan itu beliau berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan terus menyuburkan demonstrasi sebagai salah satu cara untuk membentuk negara yang mangetengahkan suara-suara rakyat dalam memacu kerajaan. - SinarHarian.
2. Salahuddin: 'Tiada demo jika kerajaan beri cukup ruang'

Salahuddin Ayub menegaskan bahawa demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya parti atau pembangkang diberi ruang yang secukupnya untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden Pas berkata pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan yang memerintah terpaksa mengambil tindakan seumpama itu apabila ruang untuk bersuara secara aman dan teratur disekat dan dihalang. - SinarHarian.
3. Saifuddin: Demo bukan cara kukuh demokrasi“Demonstrasi jalanan jelas memberi impak negatif kepada orang ramai dan komuniti sekitar kawasan yang terlibat seterusnya menjadi punca kepada kekacauan berlaku apabila demonstrasi jalanan (diadakan),” kata beliau - SinarHarian. 4. PR beri BN ruang demo jika menang PRU13

Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasioanal (BN) untuk mengadakan demonstrasi, dengan menyediakan garis panduan yang tidak menganiaya peserta demonstrasi, jika diberi peluang mentadbir Kerajaan Pusat.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, demonstrasi yang diadakan PR bukan langkah untuk gulingkan kerajaan tapi untuk memberi ruang kepada rakyat serta pembangkang dalam menuntut hak mereka daripada pemerintah.

"Kami akan bagi ruang pada BN nanti sekiranya kami kuasai Putrajaya. - SinarHarian.
Aku yakin tak semua orang berkesempatan tengok debat antara Salahuddin Ayub vs Saifuddin Abdullah walaupun teringin sangat nak tengok.


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menolak keras demonstrasi jalanan adalah cara yang terbaik untuk mengukuhkan demokrasi kerana pendekatan sedemikian hanya boleh mengganggu ketenteraman awam dan hak raky
Termasuk jugak aku, tak berkesempatan nak tengok secara langsung walaupun semalam aku ada war-warkan yang DPPK Parit Buntar ada buat tayangan secara langsung skrin besar di Markaz PAS Titi Serong. Nak buat macamana, terbarung (bertembung) dengan usrah.


Disebabkan debat ni tentu ada rakaman yang boleh aku tengok kemudian, memang takdakalasan untuk aku ponteng usrah semalam.


Jadinya untuk yang tak berkesempatan tak kira la atas alasan apa pun, aku kopipes klip video rakaman kat bawah ni. Aku belum tengok pun lagi, kopipes dulu. nanti-nanti la aku tengok.



Debat Sinar 'Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi'











Sidang Media

http://cenangau.blogspot.com/

Monday, June 4, 2012

Tak Mustahil BN menang percuma 150 kerusi...!!!

Ramai calon Pakatan Rakyat akan ditolak masa penamaan calon?

Aku penuh yakin yang PRU13 nanti akan jadi pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia dengan penipuan yang paling dahsyat terutama sekali yang ada bersangkut paut dengan daftar pemilih.

Bunga-bunga penipuan pun dah cukup jelas nampak terutama sekali kecelaruan daftar pemilih. Nama orang yang mati masih ada dalam daftar pemilih tapi nama orang yang hidup pulak dibuang kononnya dah mati.

Macam tu jugak nama-nama yang meragukan masih belum dikeluarkan dari daftar pemilih, jugak bilangan pengundi yang terlalu ramai dalam sebuah rumah termasuk dari berbagai kaum.
Tapi yang paling teruk sekali dalam bab daftar pemilih ni bila Hj Mahfuz Omar dakwa ujud satu Task Force haram di pejabat Perdana Menteri yang bagi MyKad kepada warga asing semata-mata untuk didaftarkan sebagai pengundi. Satu aksi 'si anjing Umno' yang bukan setakat nak menipu dalam pilihanraya tapi dalam masa yang sama 'menjual' negara.

Harakahdaily melaporkan:
[Sumber: Hrkh]

SPR tak pernah bersungguh-sungguh untuk ujudkan keadaan yang telus dan adil termasuk pandang ringan dengan tuntutan Bersih tapi dalam masa yang sama sibuk dengan benda-benda remeh contohnya baru-baru ni nak larang penggunaan karikatur atau gambar kartun masa tenpoh kempen.

Macam tu jugak peraturan tak benarkan bendera parti yang tak bertanding dikibarkan masa kempen pilihanraya, peraturan yang sangat-sangat jelas nak bagi kelebihan kepada Umno BN dan merugikan Pakatan Rakyat.

Yang terbaru semalam Timbalan Pengerusi SPR yang katanya ada nombor keahlian Umno, umumkan untuk PRU13 takdak lagi proses semak dan bantah masa penamaan calon dan pegarai pengurus pilihanraya (RO) dibagi kuasa penuh menentukan sama ada seseorang tu bersih dan layak untuk bertanding atau tidak.

Sebelum ni, RO cuma akan buat semakan berdasarkan bantahan kalau ada. Dengan kuasa penuh kali ni tak mustahil kuasa tu akan digunakan untuk tolak pencalonan dari Pakatan Rakyat.

Harus diingat, keputusan yang RO buat untuk proses penamaan calon adalah muktamat yang cuma boleh dicabar dimahkamah selepas pilihanraya. Maknanya keputusan RO tu cuma boleh dicabar selepas  kerajaan baru dibentuk.

Tak mustahil kuasa ni akan digunakan oleh 'si anjing Umno' dikalangan RO yang dilantik untuk pastikan Umno BN terus berkuasa selaras dengan ucapan Najib yang pernah kata akan lakukan apa saja untuk pastikan Umno BN mempertahankan kemenangan.
[Sumber: mStar]
 
http://cenangau.blogspot.com/2012/06/ramai-calon-pakatan-rakyat-akan-ditolak.html

Saturday, June 2, 2012

Mana Ahli PAS yg tak turun ke HIMPUNAN HIJAU nie dia senarai kerugian hangpa..!!

Senarai kerugian ahli PAS yang ponteng Himpunan Hijau ke Putrajaya semalam

Sebelum aku senaraikan, suka aku nak ingatkan yang senarai ni senarai peribadi aku, seorang blogger ahli PAS yang tak berapa nak cukup tarbiah.

Memang rugi besar la ahli PAS yang ponteng program kemarin dulu tu.

Antara kerugian ahli PAS yang tak hadir program Himpunan Hijau ke Putrajaya tu:

1. Terlepas peluang diuji dengan hujan di tengah padang dalam stadium.

Biasanya yang berpeluang kena hujan tengah padang dalam stadium ni cuma pemain bolasepak ja dan bukan semua pemain bolasepak boleh main dalam stadium macam Stadium Darulaman ni. Lebih rugi lagi terlepas ujian ditimpa hujan lebat dalam program besar macam tu. Aku memang respek la yang bertahan tengah padang masa hujan lebat tu.
 Tapi bagi jenis yang macam aku walaupun ada kat sana tapi terlepas jugak peluang tu pasai leka melantan bihun sup kat khemah geerai Abang Noq Bihun Sup. Tiba-tiba hujan turun, terus melekat kat situ sampai hujan seriat.

Duduk kat situ boleh la setakat berpeluang tengok kain tarpan semurup tepi khemah nyaris diterbangkan angit kuat.
2. Terlepas peluang tengok Ust Azhar Idrus jawab soalan secara LIVE.

Memang ada sesetengah orang tak teruja pun nak tengok Ust Azhar Idrus ni secara LIVE jawab soalah cara dia yang tersendiri, dan malangnya aku termasuk salah sorang yang tak berapa nak teruja tu. Tapi aku rasa bertuah jugak la pasai berkesempatan rasa pengalaman tu. Tu pun pasai dah puas duduk lama sangat kat gerai bihun sup, aku masuk dalam stadium. Hahaha...

Mungkin tak berapa nak bertuah sangat pasai tak nampak muka pun, jauh, tak boleh nak rapat ke pentas. Takat boleh tengok kat screen besar secara LIVE pun kita ok la tu.

3. Terlepas peluang dengar ceramah PAS dalam bahasa Iban secara LIVE.

Ruby anak Tendang atau nama Islam dia Zaid, bekas pengacara TV Al-Hijrah yang letak jawatan pasai nak aktif dengan PAS dan sekarang bergerak di Kawasan Miri. Memang sebijik dia cakap Iban pasai dia memang orang Iban.

Mana nak dapat peluang macam ni kat tempat lain. Lain la kalau kerja jadi cikgu, ada peluang jugak ditukarkan ke Sarawak kalau aktif sangat dalam PAS... Hahaha.

Yang menariknya bergema stadium bila habih Zaid yang berkepala botak ni habih bercakap guna bahasa Iban, macam depa faham!

4. Terlepas peluang memupuk sifat sabar pasai terpaksa bersesak-sesak terutama masa nak balik.


Pengalaman ni memang biasa bagi kaki dengar ceramah yang pantang dengar cerita ada ceramah kalau tak jauh sangat tentu pi punya, tapi tidak untuk aku yang bukan kaki ceramah. Memang menuntut kesabaran, nasib baik la aku naik bas rombongan

Tapi aku kesian tengok sorang kakcik tu yang naik kereta sorang-sorang. Memang nampak jelas di muka dia rupa orang yang hampir hilang sabar. Dia persoai ada apa sampai jalan jem macam tu.

Tapi tak kata kat dia la pasai dari rupa, lorat bahasa dan cara berpakaian, aku yakin kak cik tu bukan orang melayu dan beragama Islam. Dia nak balik rumah dia kut tapi tersangkut masa orang ramai tengah keluar dari stadium.

5. Terlepas berbaiah dengan seluruh kepimpinan PAS.


Peluang macam ni memang susah nak boleh dapat. Kecuali la kalau berpeluang jadi calon pilihanraya, baiah depa lagi power.

Tapi aku sempat lagi nak ngelat bila sampai part 'wala', siap 'oter' baiah tu dalam hati... Hahaha...

6. Terlepas peluang solat hajat berimamkan TG Hj Musa. Yang ni pada aku kerugian yang paling besar kalau terlepas.

Bagi orang Kedah mungkin ramai yang dah biasa tapi bagi orang luar Kedah macam aku ni mungkin inilah satu-satunya peluang sekali dalam seumur hidup. Pulak tu solat atas balapan yang berselut cuma berlapikkan kain serban member.

Tapi tersentak jugak aku bila TG Hj Musa cerita kaifiat solat hajat semalam. Mau tak tersentak, rakaat pertama selepas Fatihah baca 'qulhu' 10 kali dan rakaat kedua baca 20 kali. Rakaat pertama solat kedua baca 'qulhu' 30 kali dan rakaat kedua solat kedua baca 40 kali. Jumlah semua 100 kali kena baca 'qulhu'.

Larat ka aku nak berdiri lama macam tu dengan perut pulak lapaq dari pagi tak jumpa nasi. Tapi kalau TG Hj Musa yang dah berumur tu larat takkan aku tak larat.

Tapi mungkin berkat berjamaah dengan orang alim langsung tak rasa berat, rasa macam sat ja baca qulhu 40 kali tu.

7. Dapat bersama-sama berkumpul dalam program yang memang terbukan peluang untuk dapat pahala. 
Bukan payah nak kena buat apa-apa cumaperlu hadir ja. Dapat ka tak dapat pahala cuma bergantung kepada niat masing-masing.

Pasainya kalau mati berperang dengan orang kafir harbi pun boleh jadi mati sia-sia kalau niat tak betui.

Kesimpulannya memang rugi la ahli PAS yang ponteng program himpunan Hijau ke Putrajaya kemarin. Ada yang bandingkan antara program semalam dengan program Himpunan Jutaan Anak Muda baru ni. Mana boleh banding, tak sesuai macam tak sesuai nak bandingkan emas dengan ayaq acaq, jenis pun tak sama, kualiti lagi la... Hahaha...

[Sumber: Facebook]

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"

http://cenangau.blogspot.com/2012/06/senarai-kerugian-ahli-pas-yang-ponteng.html

Friday, June 1, 2012

Nah!!!! 13 ribu sahaja yang pie stadium semalam.....

Rais Yatim kira kehadiran Himpunan Hijau ke Putrajaya semalam cuma 13ribu?

Bagi yang hadir program Himpunan Hijau menuju Putrajaya semalam, semuanya berpuas hati dengan junlah kehadiran malah ramai yang terkejut dengan kehadiran yang cukup ramai.

Walaupun musim cuti sekolah tapi dengan tempoh promosi cuma 3 minggu dibuat pulak pada hari Jumaat dan tak kurang juga ramai yang terlibat dengan khenduri khendara hari ni, aku pun tak jangka kehadiran seramai tu.

Aku memang tak reti nak anggarkan kehadiran, ada member yang kata mungkin kehadiran melebihi 200,000 tapi aku lebih selesa kata kehadiran memang mencapai sasaran 100,000 orang macam penganjur harapkan.
Jangan terkejut dengan angka kehadiran yang Utusan dan media penchachai lain akan laporkan. Macam kata Sasterawan Negara A. Samad Said semalam, Rais Yatim mungkin akan kata kehadiran cuma sekitar 13ribu.

Blogger Umno pun tentu punya memperkecilkan angka kehadiran. Blogger BroJinggo yang juga seorang jurugambar tulis dalam blog dia kehadiran cuma 50ribu dan dia siap letak gambar macam kat bawah ni.

  

Tiga gambar kat atas tu gambar sebelum program bermula, belum mula solat hajat pun. Memang masa tu belum ramai yang masuk dalam stadium.

2 gambar kat bawah ni aku ambik waktu petang masa sessi bersama Ust Azhar Idrus.



Memang banyak kosong tengah padang. Bangku di teres pun banyak kosong. Tapi harus diingat masa tu hujan baru berhenti. Bangku yang kosong pasai basah air bertakung. Padang pulaak lecah teruk, kalau jalan atas padang kaki memang berselut. Jadi memang tak heran ada bangku kosong dan tengah padang pun tak penuh.

Lagi pun sound sistem memang ok, kat luar stadium pun dengar clear, ramai yang duduk dalam stadium sebelum tu basah kuyup kena hujan lebat, keluar stadium masa ni.

Jugak ramai yang masih beratur nak ambil air sembahyang untuk solat Asar. Tu tak termasuk lagi yang beratur nak masuk bilik air dan beratur tunggu meja kosong dan nak beli benda makan.

Gambar bawah ni pulak waktu program ceramah belah malam, masa tengah puncak, paling ramai orang dalam stadium.





Kalau ada ruang kosong tengah padang pun pasai orang dah tak boleh masuk, penat Hj Mahfuz suruh depa perapat pasai ramai yang tersangkut di dalam terowong tak boleh masuk atas padang tapi orang yang dah duduk tengah padang tu tak bangun. Mungkin depa malas nak bangun pasai payah, nak kena ubah lapik tempat duduk. Harus diingat padang tu memang lecah.

[Sumber: Facebook]
Aku masuk balik stadium masa tu dalam pukul 9.45 malam. Kat luar masa tu pun sesak, nak jalan pun tak boleh laju, kena ikut rentak kaki orang depan. Nak menyelit pun tak lepas. Terpijak selipar member depan pun banyak kali.

Sebelum masuk aku sempat 'tawaf' keliling stadium, memang sesak di sekeliling stadium. Yang baru sampai pun ramai lagi masa tu.

Ok, sekarang kita congak agak-agak berapa yang hadir [rogram Himpunan Hijau Menuju Putrajaya semalam.

Kalau ikut kapasiti, stadium Darulaman boleh muat 32.387 penonton. Kalau campur yang berdiri di laluan dan dalam terowong mungkin boleh cecah 40,000. Kat tengah padang pulak aku agak lebih kurang sama ramai atau mungkin lebih ramai lagi. Jadinya aku agak dalam stadium saja mungkin lebih 100,000

Kat luar dikeliling stadium yang tak boleh nak masuk termasuk jugak yang penuh di tempat makan sebelah stadium, takat 10,000 ada aku rasa pasai memang sesak, malah mungkin lebih lagi.

Jadinya aku anggarkan kehadiran semalam antara 100,000 ke 120,000 orang.

Kira ok la tu, dengan hujan yang cukup lebat sebelah petang. Kalau cuaca cerah aku yakin lebih ramai lagi orang Kedah yang akan hadir.

Jadinya, tak kira la berapa angka yang media penchachai nak bubuh tapi realitinya aku sangat-sangat yakin  sasaran 100,000 macam hasrat penganjur memang tercapai.