Showing posts with label Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Merdeka. Show all posts

Monday, September 10, 2012

Kembara Merdeka menjelajah Kedah bersama Logo & Tema "Sebangsa Senegara & Sejiwa"

Sewaktu di Sg Petani di sambut oleh MP Sg Petani & ADUN Bkt Selambau
JITRA – Konvoi Kembara Merdeka 2012 berlangsung dengan penuh meriah dan ceria. Sebanyak 30 kereta termasuk van dan sebuah bas turut serta mengambil bahagian dalam kembara berkenaan.

Konvoi Kembara Merdeka 2012 bermula di Perkarangan Pasar Malam Taman Mahsuri seawal jam 9.30 pagi dan disempurnakan pelepasannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Insan dan Pembangunan Usahawan, YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad.


Menyempurnakan ke destinasi pertama, Pasaraya Billion, Alor Setar, para peserta konvoi berkenaan disambut oleh ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa serta ahli jawatan kuasa PKWRnya dan beberapa MKK berdekatan. Beliau turut bersama-sama para peserta konvoi bertemu orang ramai serta menyedar risalah kemerdekaan dan Warta Darul Aman di sekitar pasar berhampiran.

Seterusnya Kembara Merdeka meneruskan perjalanan ke Tesco Sungai Petani Utara. Di sana mereka disambut meriah oleh Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan, YB Tan Chow Kang dan Ahli Parlimen Sungai Petani, YB Dato’Johari Abdul.Seterusnya kedua-dua mereka bersama-sama bertemu orang ramai menyedarkan risalah di sekitar Pasaraya Tesco.

Destinasi seterusnya, konvoi Kembara Merdeka 2012 singgah di Pekan Kuala Ketil. ADUN  Kuala Ketil, YB Md Zuki Yusuf  bersama Jawatankuasa PKWR menyambut meriah kehadiran para peserta. Kebetulan di tapak pekan berkenaan diadakan Rumah Terbuka ADUN Kuala Ketil, para peserta konvoi mengambil kesempatan mengedarkan risalah kepada para pengunjung rumah terbuka berkenaan.

Walau pun agak keletihan tetapi berbekalkan semangat waja lokasi selanjutnya diteruskan. Sebelum bergerak terus ke Pekan Baling sebagai destinasi terakhir, mereka singgah sebentar di Pasaraya Billion, Baling dan mengedarkan risalah di sekitar lokasi berkenaan.

Majlis Penutup Kembara Merdeka 2012 di sempurnakan oleh ADUN Kupang, YB Johari Abdullah di Stesyen Teksi, Pekan Baling. Sebelum itu para peserta terus bergerak mengedar risalah kemerdekaan di sekitar pekan berkenaan.

Secara keseluruhan, orang ramai yang ditemui menyambut baik serta teruja menerima menerima kehadiran Konvoi Kembara Merdeka tersebut. Konvoi berkenaan juga telah dipandu oleh sepuluh orang Marshal yang berpengalaman untuk memastikan perjalanan menjadi lancar dan selamat.

Kembara Merdeka 2012 merupakan program anjuran kerajaan negeri di bawah pengelolaan Urusetia Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Kedah serta Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah.

Sunday, September 2, 2012

Puluhan juta wang dibelanjakan, Jalur gemilang tidak juga berkibar

oleh Aspan Alias

Semalam genap 55 tahun negara kita merdeka dan begitu rapi persediaan yang diuruskan untuk merayakan hari kemerdekaan ini oleh kerajaan. Perayaan ini merupakan satu perayaan yang termahal sekali dan itu tidak mengapalah kerana memang sudah menjadi budaya kita berbelanja berlebih-lebihan untuk perayaan. Wang yang dibelanjakan pun bukannya duit siapa tetapi duit rakyat yang membayar cukai dengan keringat dan darah mereka.

Perayaan mengingati hari kemerdekaan di negara kita merupakan perayaan yang terboros sekali. Setahun yang lepas saya sempat melihat majlis ulang tahun negara Australia melalui kaca TV yang saya sudah lupa dari saluran mana. Tetapi Australia merayakan secara ‘simple’ tetapi meriah. Majlis itu yang berlangsung dalam kurang dari dua jam hanya mendengar ucapan Perdana Menteri yang ringkas. Tidak ada bas disewa oleh kerajaan untuk mengangkut orang ramai dengan elaun kehadiran sebanyak RM30, baju-T dan sebagainya.

Semua Ahli Jemaah Kabinetnya hanya duduk di atas barisan kerusi yang ‘simple’ dan mudah dan kita boleh tahu mereka tidak menggunakan wang rakyat yang begitu banyak untuk merayakan hari kebangsaan mereka. Sebaliknya kita di sini membelanjakan wang rakyat berpuluh-puluh juta untuk merayakan hari kebangsaan kita. Tetapi tak mengapa juga rakyat kita kebanyakannya tidak kisah harta benda mereka diperkosa seperti ini dan ada yang masih memberikan sokongan pihak yang membelanjakan wang mereka dengan boros itu.


Tetapi selain daripada memberikan komen tentang pembaziran ini saya ingin memberikan pemerhatian saya terhadap perayaan hari kebangsaan kita yang saya nampak tidak mendapat sambutan rakyat. Banyak publisiti yang kita dengar dan lihat tentang seruan untuk menaikkan ‘jalur gemilang’, tetapi di mana-mana kita pergi orang ramai tidak nampak jalur gemilang dikibarkan di premis-premis perniagaan dan rumah-rumah kediaman rakyat yang ramai.

Keadaan ini lebih jelas lagi dari keadaan semasa perayaan hari kebangsaan pada tahun 2008 dahulu. Kali ini tidak nampak semangat mengibarkan jalur gemilang itu lagi. Kereta-kereta serta teksi-teksi yang baru sahaja mendapat empat biji tayar pun tidak nampak mengenakan jalur gemilang di kenderaan-kenderaan mereka. Malahan situasi hambar tentang pengibaran jalur gemilang kali ini adalah yang terburuk dan terendah sekali penyertaan dari rakyat ramai.

Rakyat nampaknya sedang menjelaskan lagi sikap dan pandangan serta pendirian mereka terhadap seruan media yang meluas supaya semua rakyat mengibarkan jalur gemilang pada 31 Ogos ini. Nyata rakyat ramai tidak bersama memeriahkan hari kebangsaan ini dan elok setiap orang mengkaji kenapa keadaan ini berlaku. Yang pasti rakyat tidak boleh dipujuk-pujuk dengan duit-duit raya atau hadiah-hadiah yang tidak boleh menjamin masa depan negara mereka. Rakyat merasa jemu dengan cara pimpinan hari ini melayan mereka seperti melayan kanak-kanak ‘kindergarten’: boleh dipujuk dengan gula-gula dan coklat sahaja.

Kedapatan ramai yang mendapat jalur gemilang secara percuma pun enggan mengibarkan jalur gemilang di premis-premis kediaman mereka. Dengan sambutan hambar ini kita boleh membuat penilaian secara ‘conclusive’ yang rakyat tidak lagi menghiraukan perayaan hari kebangsaan ini. Tentulah situasi seperti ini berlaku dengan bersebab.

Bagi mereka yang serius membuat pemerhatian ini akan secara automatik berpendapat yang itu merupakan ‘reflection’ atau ‘manifestation’ rakyat terhadap kekurangan keyakinan terhadap kepimpinan negara.

Dalam kita sedang berada di ambang pilihanraya, kita sudah boleh menilai dengan agak tepat apa yang akan berlaku di dalam pilihanraya nanti, dan keputusannya merupakan keputusan yang ‘predictable’. Orang ramai berpendapat perbelanjaan yang terlalu boros itu merupakan tanda pimpinan sekarang tidak sayangkan negara kerana yang akan kekeringan adalah perbendaharaan rakyat.

Kepada rakyat kini, cara pimpinan kita berbelanja wang rakyat untuk majlis-majlis keramaian dan parayaan ini serupalah seperti tindakan-tindakan makhluk perosak. “Leaders of these days are bunch of pests,” kata seorang kenalan yang bersama-sama saya minum kopi di salah sebuah kedai mamak di Subang Jaya semalam.

“Giving Pakatan Rakyat the opportunity to take over the government is not an option. It’s a must,” kata seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan yang baru sahaja bersara sebulan yang lalu.

Thursday, August 30, 2012

MERDEKA..!! MERDEKA..!! MERDEKA..!!



Untuk Makluman Hari Ini PUBLIC HOLIDAY


[gambar] “Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi.”

Jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, berkata perhimpunan “Janji Demokrasi” akan tetap diteruskan walaupun polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka.

Katanya, pihaknya tidak akan melanggar arahan polis supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya berkata mereka akan menyambut Hari Kemerdekaan di mana-mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur dengan baju kuning.

“Jika perjalanan ke Dataran Merdeka tersekat dan hanya sampai di Chinatown (Jalan Petaling), kita akan sambut hari kemerdekaan di Chinatown,” katanya lagi.

“Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi.”
















http://greenboc.blogspot.com/2012/08/bergambar-terkini-kuning-sudah-mula.html

Thursday, August 9, 2012

Pakatan Lancar LOGO MERDEKA dengan Tema Sebangsa Senegara Sejiwa..!!


NONEPakatan Rakyat menolak dakwaan bahawa tema berbeza yang akan digunakan oleh negeri Pakatan Rakyat untuk sambutan Hari Kebangsaan menunjukkan ketidakepakatan di kalangan mereka.

Ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negeri berkenaan tetap menggunakan tema kebangsaan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" walau menggunakan tema berlainan di Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

"Sebenarnya Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dah buat keputusan awal, umum tema awal," katanya.

Jelasnya, pemimpin negeri tersebut bagaimanapun setuju menggunakan tema kebangsaan Pakatan selepas perkara itu dirujuk kepada majlis pimpinan Pakatan.

"Ini menunjukkan kemajuan yang baik, capai muafakat walau diputus tema yang lain," katanya lagi.

Ayuhh Matlamat mahu KUNING kan DATARAN MERDEKA akan tercapai di malam Ambang Merdeka..!!!

 Kuning akan warnai Dataran lagi di ambang merdeka


Sebanyak 20 NGO akan mengadakan sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka untuk mengingatkan kerajaan persekutuan berhubung janji-janji bagi memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil.

Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said berkata, program yang dinamakan "Janji Bersih" itu akan menyaksikan pesertanya memakai pakaian kuning sebagai lambang perjuangan menuntut reformasi sistem pilihan raya.

Samad (kiri) bagaimanapun menegaskan, acara itu tidak dianjurkan oleh BERSIH kerana hanya 26 daripada 80 badan gabungan menyertai acara itu. Kumpulan lain dijangka menyertainya kemudian.

Janji Bersih itu dipercayai diambil sempena tema "Janji Ditepati' yang diperkenalkan oleh kerajaan BN.
NONE
"Selama ini, kita hanya mendengar 'janji' menjelang sambutan hari kemerdekan. Kamu tahu orang ramai mahukan Malaysia yang lebih bersih dan bebas dalam sambutan kemerdekaan negara ke-55," katanya.

Wednesday, August 8, 2012

Tema Merdeka - Akhirnya semua sepakat menggunakan tema yang satu...!!

 Semua negeri PR guna Sebangsa, Senegara, Sejiwa

Mustafa Ali SHAH ALAM – Kesemua empat negeri Pakatan Rakyat (PR) akan menggunakan tema Hari Kemerdekaan yang sama iaitu Sebangsa, Senegara, Sejiwa walaupun semalam telah menetapkan tiga tema kemerdekaan berbeza bagi keempat-empat negeri ditadbir.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah bersetuju untuk bersama-sama menggunakan tema tersebut.

Beliau berkata, pada awalnya keputusan menggunakan tema berbeza atas dasar menghormati negeri-negeri yang telah menetapkan tema masing-masing.

“Sebelum ini, hanya Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema Sebangsa, Senegara, Sejiwa. Exco negeri Kedah dan Kelantan memutuskan tema masing-masing sebelum PR  membuat keputusan untuk menggunakan tema itu.

“Bagaimanapun Kedah dan Kelantan yang menggunakan tema berbeza akhirnya sepakat menggunakan tema yang sama,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Menurutnya, keputusan PR menggunakan tema tersebut kerana menentang tema 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, PR mendesak Kerajaan Persekutuan supaya menukar tema Hari Kemerdekaan 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati agar ia tidak mencerminkan Barisan Nasional (BN) semata-mata.

Kelmarin, PR menegaskan pendiriannya mahu menggunakan tema berbeza bagi negeri ditadbir mereka.

Tema sambutan Hari Kebangsaan bagi Kelantan ialah Menerajui Perubahan, Kedah memilih Terus Berbakti manakala Pulau Pinang dan Selangor berkongsi tema yang sama iaitu Sebangsa, Senegara, Sejiwa.

Difahamkan, perbezaan tersebut adalah bukti semangat demokrasi masih hidup dalam PR kerana negeri-negeri diberikan kebebasan untuk memilih tema mereka sendiri.

Merdeka: Kedah guna logo dan tema bersama

KUALA LUMPUR: Semua negeri Pakatan Rakyat akan menggunakan logo dan tema yang sama dalam sambutan Merdeka ke 55 apabila Kedah memutuskan berbuat demikian hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan itu dibuat oleh kerajaan negeri Kedah dan dimaklumkan kepada beliau hari ini.

"Saya telah menerima panggilan telefon dari Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah memaklumkan keputusan itu hari ini," kata Mustafa.

Menurut Mustafa yang meruapakan Pengerusi JK Pemilihan Logo Hari Kemerdekaan ke 55 Pakatan Rakyat, beliau telah berbinacang dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak mengenai perkara ini semalam.

"Alhamdulillah hari ini Kedah sudah membuat keputusan menggunakan logo bersama yang diputuskan Pakatan," kata beliau.

Bagi Mustafa (gambar), keputusan Kedah ini menunjukkan betapa hebatnya demokrasi dalam Pakatan Rakyat.

"Kami jawatankuasa peringkat pusat telah bersetuju menerima Kedah dan Kelantan menggunakan tema dan logo mereka sendiri untuk sambutan Kemerdekaan ini walaupun kita ada logo kita sendiri.

"Ini kerana, mereka telah membuat keputusan awal dari keputusan Pakatan tentang pemilihan logo itu.

"Sekarang, mereka (Kedah dan Kelantan) yang membuat keputusan sendiri untuk menggunakan logo dan tema yang sama," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Semalam Kelantan membuat keputusan untuk menggunakan logo dan tema merdeka yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' walaupun memutuskan tema mereka sendiri sebelum ini iaitu 'Kelantan Menerajui Perubahan'.

Kedah telah membuat keputusan untuk menggunakan tema 'Terus Berbakti' sebelum ini kerana ia diputuskan sebelum Pakatan Rakyat memutuskan untuk mempunyai tema tersendiri.

Pakatan memutuskan untuk mempunyai tema sambutan Merdeka ke 55 sendiri selepas tidak bersetuju dengan tema yang diputuskan oleh kerajaan pusat 'Janji Ditepati'.

Ini kerana, tema itu selari dengan tema kempen BN sedangkan sambutan kemerdekaan adalah untuk semua rakyat negara ini.

Tema Pakatan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' dihasilkan oleh satu penal yang diketuai oleh Datuk A Samad Said.

Logo sambutan Merdeka ke 55 dan Hari Malaysia 2012 akan diperkenalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat esok.

Tuesday, August 7, 2012

Hebat Malaysia sambut MERDEKA.. BN hanya 1 tema sahaja tapi PR ada 3 tema

Kalut!!! Sebuah Negara Ada Empat Tema Merdeka 


Hendak jadi apa negaraku - Malaysia, sebuah negara ada empat tema merdeka. Mungkin inilah keunikkan Malaysia atau pun cara pemimpin politik negara ini hendak memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Negara hanya sebesar jantung pisang tanduk dengan penduduk seramai 27 juta tetapi tema hari kemerdekaanya ada empat jenis melambangkan empat puak dan cita rasa.

Malaysia memang begitu kaya dengan puak-puak dan pasukan sehinggakan sesama sendiri pun ada puak dan pasukan. Perhatikan tiadak ada entiti (Ngo) tunggal di dalam negara ini yang memperjuangkan sesuatu idealisme atau pun agama dan bangsa, tetapi ia timbul dengan berbagai-bagai nama dan jenama.


Mungkin kalau diadakan pertandingan mencari negara yang mempunyai banyak tema hari kemerdekaan untuk tahun 2012 ini ia akan dimenangi mudah oleh Malaysia. Begitu juga kalau diadakan pertandingan mencari negara mana yang mempunyai banyak puak dan pasukan ia akan dirangkul oleh Malaysia. Maka elok kalau takdir Malaysia menjadi tuan rumah sukan olimpik acara kepuakan ini wajar dimasukkan.

Kerajaan memilih kata-kata atau perkataan "Janji Ditepai" sebagai tema hari kemerdekaan tahun ini. Tema itu bagaimana pun tidak disetujui oleh Pakatan Rakyat atas alasan ia berbau politik. Ada logik juga bantahan Pakatan Rakyat itu. Kenapa tema atau slogan digunakan untuk program politik UBN digunakan untuk sambut kemerdekaan.


Perlu ada pengasingan di antara negara dengan parti politik. Sekali lagi pemain politik negara ini tidak profesional dan melambangkan pemikiran siasah kelas satu. Dalam erti kata lain dalam setiap apa juzu kehidupan, aktiviti kehidupan dimasukkan unsur politik. Sara rasa para petani dan pekebun juga ikut memasukkan unsur politik dalam pupuk untuk tamanam mereka sebaba itu hasilnya tidak menjadi.

Ini terbukti ya apabila kepala sawit sejak ianya disenaraikan di Bursa Malaysia tidak begitu berbuah. Mungkin para peneroka sudah memasukkan unsur-unsur politik dalam baja kepala sawit mereka selain ia juga berkebetulan musim ini musim mengawas.

Gara-gara bangkangan itu Pakatan Rakyat memilih tema dan tajuk lain. Satu peraduan diadakan untuk mencari tema kemerdekaan dan kata-katanya sekali. Maka terpilihlah kata-kata berbunyi; Sebangsa Sejiwa Senegara. Lalau dianjurkan peraduan mereka bentuk tema berkenaan.

Sebanyak 12 logo diterima Pakatan Rakyat dan salah satunya akan dipilih dan diumumkan dalam masa terdekat.

Saya malas hendak komen mengenai relevansi akan tema berbunyi; Sebangsa Sejiwa Senegara itu. Tetapi apa yang hendak diungkitkan di sini dan merasa pelik dan ganjil sedikit negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat tidak semua menerima tema dan seruan berkenaan. Kedah menggunakan tema dan seruan yang dibuat sendiri berbunyi; Terus Berbakti, manakala Kelantan menggunakan tema yang diperbuat sendiri berbunyi; Menerajui Perubahan.

Sementara negeri Selangor dan Pulau Pinang menggunakan tema kebangsaan Pakatan Rakyat berbunyi; Sebangsa Sejiwa Senegara.

Pelik.. kenapa negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak dapat bersatu dalam memilih tema berkenaan. Alasan mengatakan Kedah dan Kelantan terlebih dahulu memilih tema berkenaan dan sudah diputuskan oleh Exco masing-masing tidak boleh diterima. Apapun dasar dan polisi walaupun telah diluluskan tetapi kalau ia tidak menunjukkan kesepakatan boleh dirubah. Keputusan Exco bukan Quran.

Dalam konteks ini negeri-negeri Pakatan Rakyat perlu menunjukkan mereka bersatu, sepakat dan sehati sejiwa. Kalau tema pun berubah mengikut naluri dan budaya masing-masing mudahlah ia akan diserang oleh UBN mengatakan Pakatan Rakyat pakatan yang rapuh dan pakatan gulai kawah.

Namun dalam pada itu ada logiknya juga kalau Kedah dan Kedah mengekalkan tema berkenaan kerana mereka lebih awal menentukannya. Ada pun penentuan tema dan logo kebangsaan Pakatan Rakyat itu terbit kemudian selepas ada pihak tidak puas hati dengan logo dan seruan kemerdekaan kerajaan UBN; Janji Ditepi.

Bayangkan kalau tertakdirlah Pakatan Rakyat mempunyai beberapa kerajaan negeri lagi, mungkin jumlah tema itu akan bertambah lagi. Maka negeri Pakatan Rakyat akan jadilah negeri teme-tema.

Apa boleh disimpulkan disini Pakatan Rakyat tidak mempunyai idea pun untuk menyambut kemerdekaan dengan tema dan logonya sendiri. Kalau mereka ada idea dan azam sudah tentu mereka akan berbuat dan memikirkannya awal-awal dan tidaklah pula payah negeri Kedah dan Kelantan mereka dan mencari temanya sendiri.

Hendak tanya sikit (jangan marah) kalau Pakatan Rakyat mahukan tema yang bersifat universal dan tidak mempunyai elemen politik seperti Janji Ditepai, apakah tema yang digunakan oleh Kelantan dan Kedah itui bukan berunsur politik? Kalau ia berunsur politik maka tidak adalah salah besar kalau UBN juga memilih tema yang digunakan dalam program Umno. Bukankah Umno itu pendirian kerajaan ini?

Cadangan saya lain kali kalau Pakatan Rakyat juga bersemangat hendak sambut kemerdekaan, fikirlah awal-awal jangan difikir setelah melihat kepincangan orang lain yang kita rasakan. Dan mengenai tema dan seruan; Sebangsa Sejiwa Senegara itu simpanlah untuk dijadikan tema kemerdekaan tahun depan tatkala Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. InsyaAllah. -MSO

Kelantan Boleh tapi Kedah tengok macam tak boleh...

"Nyanya" Kedah, tak disangka-sangka macam diaibkan Kelantan...

Aku yakin ramai yang rasa lega bila dilaporkan yang selain dari Kedah, Kelantan jugak akan guna tema sambutan Hari kebangsaan sendiri dan tak guna tema Sebangsa, Sejiwa dan Senegara tu.

MalaysianInsiders melaporkan:
PETALING JAYA, 7 Ogos - Negeri di bawah Pakatan Rakyat akan menggunakan tiga tema Hari Kemerdekaan berasingan dengan Kedah dan Kelantan mempunyai sendiri.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (foto fail) ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha PR hari ini.

“Kedah dan Kelantan sudah menetapkan tema mereka sendiri yang diputuskan melalui exco,” katanya kepada pemberita.

“Oleh kerana mereka pilih logo dan tema lebih awal, kita putuskan mereka teruskan mengikut pilihan mereka.” - TMI.   
Aku tak pasti pasai apa, mungkin ada 'miscomunication' lagi, tiba-tiba boleh pulak Harakahdaily 
melaporkan macam lain pulak.


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk menggunakan tema Hari Kemerdekaan yang dicadang Pakatan Rakyat iaitu “Sebangsa, Senegara, Sejiwa” berbanding tema “Kelantan Menerajui Perubahan” yang diputuskan kerajaan negeri sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan Sekretariat Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan lewat petang ini.

"Kami merujuk kepada kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini mengenai Tema Hari Kebangsaan.

"Pihak Sekretariat Pakatan Rakyat dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk mengambil tema “Sebangsa, Senegara, Sejiwa” sebagai tema Hari Kebangsaan ke 55 disamping tema Kerajaan Negeri iaitu “Kelantan Menerajui Perubahan”," kata Setiausaha Eksekutif, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek.

Petang tadi, Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat memaklumkan semua ngeri Pakatan Rakyat akan menggunakan tema sama seperti yang dicadang Pakatan Rakyat kecuali Kedah dan Kelantan yang telah membuat keputusan lebih awal. - Hrkh.
Nak kata apa lagi?

Kalau Kelantan boleh pasai apa pulak Kedah tak boleh. Mungkin kut Kelantan belum lagi buat banner guna tema "Terus Berbakti" walaupun dah masuk bulan Ogos. Tak macam Kedah yang mungkin dah habis berpuluh juta buat banner dan mungkin jugak macam-macam bahan promosi dan perbagai perbelanjaan lain gunakan tema "Menerajui Perubahan" tu.

Dah elok-elok Umno 1Malaysia gelabah bewak dengan aksi BANGANG Rais Yatim dengan tema yang terlalu politik, logo yang tak macam logo dan ditambah pulak dengan lagu yang kontroversi dan lirik yang cukup murahan, tiba-tiba nama Rais Yatim terus tenggelam hasil pukulan politik 'ular kapak' Ust Azizan.

Takkan kut tiba-tiba Kedah pulak umumkan setuju nak guna tema yang sama jugak, tak pasai la...

Puak-puak penchachai tentu seronok tengok episod ni. "Bab nak tentukan Tema Hari Kebangsaan yang simple macam tu pun dah bercelaru, tak boleh berpakat baik-baik, macamana nak harap depa boleh berpakat benda yanbg lebih besar..." tulis blogger penchachai Umno BN... Hahaha...


Monday, August 6, 2012

Oic... Ini Jawapan Kedah pasai apa depa tak boleh guna tema PR...!!!

Kedah kekal tema ‘55 Tahun Merdeka Terus Berbakti’
Kedah kekal tema ‘55 Tahun Merdeka Terus Berbakti’
Tema Terus Berbakti pilihan Kedah
 
Exco Penerangan, Abd Ghani Ahmad ALOR SETAR - Kedah kekal dengan tema ‘55 Tahun Merdeka Terus Berbakti’bagi sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri walaupun Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan tema ‘Sebangsa Sejiwa Senegara’ bagi negeri-negeri PR.
         
Exco Penerangan, Abd Ghani Ahmad berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Exco sejurus majlis pelancaran sambutan kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 17 Julai lalu.
         
“Kita hormati keputusan Sekretariat PR yang mengumumkan tema ‘Sebangsa Sejiwa Senegara’ pada 1 Ogos lalu. Namun pelancaran tema Kedah dibuat lebih awal dan tidak wajar untuk menarik balik,” katanya.
         
Beliau percaya tidak timbul pertikaian dalam penggunaan tema itu kerana hasrat asal adalah untuk memilih tema berbeza dengan Pusat iaitu ‘Janji Ditepati’.
         
“Kedah kekalkan tema ini kerana sudah diwar-warkan sejak awal, tambahan pula pemasangan kain rentang sudah dibuat. Yang penting tema kita berbeza dengan Pusat, yang jelas membuktikan diselitkan dengan kempen politik Barisan Nasional (BN),” katanya.
           

Abd Ghani berkata, tema ‘Terus Berbakti’ dicadangkan oleh jawatankuasa induk Sambutan Hari Kemerdekaan dan mendapat persetujuan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
         
Pada 1 Ogos lalu, PR mengumumkan tema ‘Sebangsa Sejiwa Senegara’, yang dipilih oleh Jawatankuasa Tema Hari Kemerdekaan PR daripada 250 cadangan yang diterima daripada orang ramai.

Datuk A. Samad Said selaku pengerusi jawatankuasa terbabit berkata, tema yang dikirim oleh Al Haimi Adam ‘Senegara Sebangsa Sehati Sejiwa’ diubah supaya tidak menyentuh isu sensitif, siasah, perkauman dan diperhalusi sebaik mungkin.

Menurutnya, tema itu dilihat lebih neutral dan memberi gambaran kebersamaan rakyat dan negara tanpa ada sebarang agenda politik.

Sunday, August 5, 2012

Ini dia 12 LOGO HARI KEBANGSAAN yang lebih 'cun' dari RAIS punya..!!

KUALA LUMPUR: Kempen untuk membuat logo alternatif kepada Hari Kemerdekaan ke 55 berjalan rancak dalam media sosial Pakatan Rakyat.

Sekurang-kurangnya 12 logo Hari Kemerdekaan sudah dimasukkan ke laman facebook.com/101cadanganlogo yang dibuat oleh Sekretariat Pakatan Rakyat.

Orang ramai diberikan peluang untuk menilai dan memberikan pandangan terhadap semua logo-logo itu yang nampaknya jauh lebih menarik berbanding logo yang dicipta oleh Datuk Seri Rais Yatim.

Menurut Sekretariat Pakatan Rakyat, Ahmad Shabrimi Sidek, orang ramai boleh terus mencadangkan logo-logo mereka untuk dipilih oleh penal.

"Kita hanya akan membuat pilihan Selasa depan melalui satu penal yang dipengerusikan oleh Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS," kata Shabrimi kepada Harakahdaily.

Berikut adalah logo-logo yang sedang dimasukkan dalam senarai facebook itu untuk dinilai oleh orang ramai.
(Logo ciptaan dari www.ilusenidesign.com)


(Cadangan dari Tommy Hohenheim Evangelista)

(Cadangan logo Merdeka dari Azman bin Mohd Mah Husin)
(Logo Merdeka yang dicadang Hamdan Bin Jasin)
(Logo Merdeka yang dicadangkan Yan)

(Logo cadangan Hafiz)


(Cadangan logo dari Hanafi Ishak)



(Logo merdeka yang dicadangkan Sean)