Showing posts with label Media. Show all posts
Showing posts with label Media. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

[Video] TV3 & UMNO - Hati Sama Busuk memanipulasikan berita untuk rakyat...

 

Begini busuknya TV3 dan UMNO memanipulasikan berita untuk rakyat...
Jangan buat seperti rakya BODOH & BENGONG....
dan rakyat pula jangan jadi BODOH & BENGONG
Mudah di permainkan oleh sang penguasa
demi survival politik mereka...

KATAKAN TIDAK PADA UMNO BN
MASA MENGKAFANKAN MEREKA SUDAH TIBA

Wednesday, January 16, 2013

HKR #KL112 : UTUSAN RTM TV3 kekal primitif namun Sinar dan Akhbar Cina wajar dipuji..!!

HKR: Akhbar Cina, Sinar Harian wajar dipuji; Utusan TV3 kekal primitif
Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN


Harakah edisi Isnin lalu terpaksa dilewatkan penerbitannya bagi mendapatkan liputan terkini Himpunan Kebangkitan Rakyat, 12 Januari 2013. Lazimnya deadline kami, pada Jumaat malam; ada kalanya terlajak sekitar jam 3 pagi Sabtu, malah kadang-kadang sehingga azan Subuh.

Himpunan bersejarah paling aman itu berakhir lebih kurang jam 5 petang Sabtu. Kami perlu bergegas menyiapkan bahan untuk  proses percetakan tidak boleh melewati tengah malam. Saya masih di hotel dekat Pudu Sentral, sehingga jam 6 petang. Mengambil masa berehat sebentar sebelum memulakan tugasan. Malangnya, seorang editor jatuh pitam semasa berjalan balik dari Stadium Merdeka dan proses editing dan rekabentuk tersangkut sehingga 2 pagi.

Rakan-rakan di bahagian pengedaran berhak untuk khuatir jualan merosot jika pembeli menunggu lama sehingga senja Ahad, apatah lagi jumlah cetakan sengaja ditambah.

Alhamdulillah, sambutannya laris, mengulangi terbitan Harakah untuk siri demonstrasi Bersih, yang juga kami lewatkan percetakannya. Ramai mahu mengabadikan foto besar yang menghiasai dari muka depan ke back cover itu sebagai poster untuk tatapan awam.

Pagi-pagi Ahad, 13 Januari,  ketika lenguh seluruh badan menapak ke Stadium Merdeka belum terubat, kolumnis A Shukur Harun menelefon: "Lutfi, dengar suara pun sudah maklum anta tak sihat, tapi harap dapat beli akhbar-akhbar Cina hari ini dan bandingkan dengan surat khabar Melayu. Jangan tunggu sampai tengahari, nanti habis!"

Tidak lagi kemudian, seorang lagi rakan SMS: "Pagi ini aku cari Sinar Harian di lima kedai, semua habis. Masa minum di kedai tadi, aku tengok orang sebelah baca, memang menarik. Laporannya seimbang."

Selain lidah rasmi PAS dan KeADILan, Sinar Harian dikira akhbar yang berani mencarik adat. Ia bukan sahaja  bersedia melaporkan dengan penuh tanggungjawab, tetapi dapat membantu pembaca melihat sesuatu isu secara lebih menyeluruh.

Pastinya semua sudah maklum akan "tabiat dan kelakuan pelik" media yang dikawal ketat Umno-BN -- khususnya Utusan Malaysia dan TV3 -- dalam menyorot HKR ini ... ya, sejak awal lagi.

Tentulah rakan-rakan wartawan di media berkenaan berhak membuat liputan yang menguntungkan bos politik mereka, tetapi usahlah sengaja menurunkan martabat diri, misalnya dengan membuat gelaran yang bukan-bukan seperti "Himpunan Shamsidar".

Lebih bebal lagi, momokan yang dimulakan oleh seteru ketat Anwar Ibrahim, Nallakaruppan itu, turut dilafazkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan bekas PM, Dr Mahathir Mohamad. Saya belum mendengar PM Najib Razak mengulanginya.

Mendengar Buletin Utama TV3, yang merujuk semua liputannya tentang HKR sebagai Himpunan Shamsidar, awalnya saya rasa marah dan panas telinga, tetapi selepas diulang-ulang istilah itu,  terbetik perasaan kasihan bercampur lucu, terutama kepada kawan-kawan di sana.

Terbukti Umno dan segala jentera propagandanya tidak pernah berubah, malah makin mengarut, tersasar dan terbabas, walaupun menyedari kuasa BN terancam. Rakyat yang semakin cerdik dan matang terus diperbodoh tanpa segan. Kalau bukan kerjaya sebagai wartawan, saya sendiri sudah lama melupakan Utusan, tetapi terpaksa juga mengikuti tohmahan dan fitnah terhadap pembangkang.

Pagi Ahad itu, anak saya terpaksa berpusing-pusing juga sekitar Ampang mencari akhbar Cina. Rupanya bukan saya seorang, bahkan ramai lagi yang bergegas membelinya hanya untuk melihat gambar-gambar menarik -- bukan hanya di muka depan tetapi menempati empat lima halaman penuh di dalam -- tanpa  memahami walaupun satu kalimat!

Ketiga-tiga naskhah akhbar Cina yang saya tatap pagi hujung minggu itu memaparkan foto sama  di muka depan -- pemandangan dari udara, menunjukkan bukan saja Stadium Merdeka penuh sesak hingga tiada ruang kosong di tengah padang, malah ia melimpah keluar, bersesak-sesak, dalam lingkaran beberapa kilometer di sekitarnya.


Prof Dr Shaharir Md Zain, anak Melayu pertama memperolehi PhD dalam matematik, melalui kaedah pengiraan tersendiri, menganggarkan hampir 700,000 orang menyertai HKR. Manakala Pengerusi HKR, Mohamad Sabu -- berdasarkan kutipan sumbangan hadirin, khususnya di dalam stadium, iaitu sekitar RM280,000 -- meletakkan angka setengah juta peserta.


Daripada himpunan gambar-gambar yang dipilih akhbar Cina itu, laporannya cukup positif, menggambarkan suasana harmoni peserta HKR pelbagai kaum, dengan gaya santai dan mimik muka ceria. Ada foto di muka depan menunjukkan tiga orang, pertengahan umur, rasanya dari kalangan Melayu, India dan Cina, tersenyum girang sambil memegang banner mendokong tuntutan bersihkan proses pilihan raya.

Sementara itu, Malaysiakini membuat analisis ringkas kandungan akhbar hujung minggu yang dikawal Umno-BN itu. New Sunday Times, yang meletakkan tajuk utama "Simply Irresponsible" (Memang Tak Bertanggungjawab) menyiarkan gambat besar tiga wanita, termasuk seorang darinya mengintai dari celah pagar besi kedai yang hampir ditutup.

Mingguan Malaysia menggunakan tajuk utama "Penganjur langgar syarat" dan tajuk kecil "Polis berjaya kawal himpunan pembangkang" di muka depan.

kl112 coverage 130112 utusanDalam intisarinya, akhbar tersebut menyebut polis bertindak dengan "bijaksana" namun peserta melanggar syarat dengan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun dan juga "sepanduk menghasut dan boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan". Ia juga menyebut dakwaan satu blog bahawa peserta dibayar RM200 hingga RM700.

Muka depan itu dihiasi gabungan tiga gambar ibu bapa bersama anak masing-masing dengan kapsyen "Undang bahaya".

Berita Harian pula langsung tidak menonjolkan apa-apa berhubung perhimpunan berkenaan di muka depannya. 

Berdasarkan respons dalam FB saya, ramai kenalan yang sudah lama tidak membaca akhbar-akhbar berkenaan. Mereka menyifatkan "membuang masa" saja saya memberi perhatian istimewa kepada kandungan "akhbar tali barut" Umno itu.

Sebagai pengamal media, saya menghormati dasar editorial akhbar masing-masing, tapi janganlah sampai menghina diri ke tahap pencacai yang tidak bermaruah. Boleh saja menggelapkan berita dan gambar perhimpunan raksasa tetapi mengapa perlu menggelarnya Himpunan Shamsidar?

II.
Sejak lebih sebulan, Pengerusi HKR, Mohamad Sabu, merupakan orang paling sibuk menjelajah seluruh negara. Himpunan yang bermula di Seremban Jaya, 3 November lalu dan melintasi semua bandar-bandar besar membawa mesej penting dan kritikal, khususnya bagi memastikan PRU13 berjalan bebas, bersih dan adil.

Mulanya kami menetapkan temujanji pada petang Selasa lalu, tetapi sehari sebelumnya, iaitu tengahari Isnin, Timbalan Presiden PAS itu menelefon minta segera berjumpa. Saya di Restoran Haslam, tidak jauh dari pejabat, baru menjamah hidangan. Disebabkan tidak dapat menunggu lama, kerana banyak urusan penting yang perlu dibereskan, Mat Sabu terpaksa mencari saya di restoran. 

Beliau minta disiarkan iklan semuka penuh, menzahirkan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada peserta HKR, termasuk petugas daripada Jabatan Amal, AMK dan DAPSY yang bertungkus-lumus memastikan kelicinan program, selain pihak polis yang berjaya menunaikan janji untuk bertindak sebagai pemudahcara (bukan lagi provokator ataupun menganggu majlis!).

Semasa kami bersembang, dua rakan wartawan Harakah, Roy Rasul dan Nyza Ayob datang untuk bertanya lebih lanjut hal HKR. Memang tidak selesa berbicara semasa restoran penuh tetapi Mat Sabu tidak mempunyai masa terluang petang itu kerana perlu ke Kota Bharu. Lebih mendesak, deadline Harakah untuk sisipan Fikrah mesti disiapkan malam itu juga. 

Perbualan kami kerap tertangguh apabila banyak panggilan masuk. Hampir semuanya mengucapkan tahniah di atas kejayaan mengendalikan himpunan Ahad lalu. Beberapa  pengunjung restoran kelihatan menyapanya, bersalam atau sekadar menunjukkan tanda bagus; pastinya merujuk acara kemuncak HKR yang menarik perhatian semua pihak itu.

Beliau nampak lega dan selesa. Saya cuba membayangkan perasaannya ketika Stadium Merdeka penuh sesak petang Ahad lalu dan Mat Sabu merupakan penganjurnya. Pastinya pertimbangan utama beliau ialah keselamatan orang ramai yang memenuhi setiap inci stadium.  

Dia menceritakan hubungan baiknya dengan pihak polis dan sentiasa berinteraksi dengan OCPD Dang Wangi semasa program berlangsung. Timbul juga soal ugutan yang diterimanya melalui SMS bagi menakutkan beliau.

Ternyata pasukan keselamatan dalam bertindak profesional dan independen sekiranya tidak diganggu elit penguasa yang lebih mementingkan survival politik daripada keselamatan awam.

Mungkin teguran berbisa bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan -- walaupun menyinggung penggantinya, Ismail Omar -- turut menyumbang ke arah formula praktikal yang melegakan semua pihak.  

Teringat saya kos sia-sia yang terpaksa ditanggung apabila siri himpunan Bersih digempur polis. Bayangkan, di peringkat awal dahulu, memakai baju kuning pun menjadi satu kesalahan besar sehinggakan pembantu restoran Bangladesh pun ditangkap disebabkan baju seragam oren mereka.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pada persidangan Dewan Rakyat 11 Jun 2012, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Husseein menjelaskan kerajaan menanggung RM1.8 juta daripada Bersih 3.0 pada 28 April.

Hishamuddin juga memberitahu sidang Dewan Rakyat, menjawab  soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh), kos keseluruhan yang dibelanja oleh PDRM bagi menangani Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 adalah sebanyak RM2,018,850.06.

Selain itu, tambah Hishamuddin, sejumlah 11,046 pegawai dan anggota polis terlibat mengawal keselamatan di Lembah Klang termasuk 2,600 yang dikerah untuk siap sedia di kontinjen-kontinjen seluruh negara.

Sepanjang berjalan dan kemudiannya menyusuri Jalan Sultan dengan teksi apabila sukar mengheret kaki lagi, sehinggalah ke pintu stadium, saya perasan tidak ramai polis yang berkawal.

Begitu juga semasa saya berpusing-pusing di sekitar ibu kota pada sebelah paginya, polis trafik pun jarang-jarang kelihatan. 

Rupanya tanpa kelibat polis, apatah lagi FRU, kita menjadi lebih selesa. Pelik juga 'kan?

Najib memilih jalan selamat apabila tidak melanjutkan konfrontasi dengan peserta himpunan, sebaliknya mengucapkan terima kasih di atas kerjasama baik melicinkan aturcara program, berbeda dengan timbalannya, Muhyiddin dan mentornya, Dr Mahathir.

Sebenarnya Najib tidak banyak pilihan. Sekiranya pasukan polis dikerah untuk menggempur rakyat -- seperti lazimnya -- saya yakin kehadiran tetap melimpah. Rakyat tidak takut lagi dengan gertakan dan ancaman, malah sebahagiannya mungkin lebih bersemangat jika meraka cuba dihalang.

Dan imej PM dan BN sendiri akan menjunam lebih teruk; situasi cukup berbahaya di saat-saat akhir menjelang Parlimen terpaksa dibubarkan.

Ketika ini, saya tidak mahu menghitung untung-rugi politik kepada Najib dan juga Pakatan Rakyat ekoran HKR. Yang penting, kita telah menunjukkan tradisi yang baik. 

Pendekatan konfontasi dan bermusuhan tidak membawa manfaat, sebaliknya amalan rundingan dengan fikiran terbuka, tanpa terlalu terikat dengan peraturan yang sedia mengongkong dapat memberi laluan kepada "politik baru" untuk berkembang.  

Terbukti sudah, perhimpunan aman, biarpun melibatkan ratusan ribu orang pada Ahad lalu -- termasuk kanak-kanak dan juga bayi, juga OKU dan orang-orang tua --  seperti juga siri pertemuan yang sering dihadiri Perdana Menteri, yang dihadiri pelbagai lapisan umur, dapat berjalan lancar, harmoni dan tenteram sekali. Alhamdulilah.

Sunday, January 13, 2013

HKR #KL112 - Antara surat habaq yang boleh pakai dan tak boleh..anda nilaikanlah..!!!

Himpunan 12 Jan: Akhbar tonjol sikap berbeza

kl112 coverage 130112 nstHimpunan Kebangkitan Rakyat yang menarik penyertaan 100,000 orang di Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya semalam merupakan perhimpunan paling besar anjuran pembangkang sejak beberapa lama.
Berbeza dengan perhimpunan besar yang dihalang polis sebelum ini, ia juga merupakan perhimpunan pertama yang berlangsung dengan aman dan lancar.

Ia secara umumnya dilaporkan secara negatif oleh akhbar pro-kerajaan berbahasa Inggeris dan Melayu namun akhbar harian berbahasa Cina memberi laporan yang positif.

Akhbar New Sunday Times melaporkan perhimpunan itu di muka depan dengan tajuk "Memang tak bertanggungjawab" (Simply irresponsible) dan turut menampilkan gambar yang tak berkaitan.

Gambar yang ditonjolkan di ruang paling atas menunjukkan seorang wanita mengintai dari celah pintau kedai – kemungkinan menunjukkan bahawa beliau memandang kumpulan peserta perhimpunan.

Gambar kedua pula menunjukkan sampah yang bertaburan di atas jalan manakala gambar ketiga menunjukkan kanak-kanak berbaju-T kuning terlelap di atas basikal.

Tiada gambar yang menunjukkan suasana perhimpunan di muka depan.



kl112 coverage 130112 starAkhbar Sunday Star pula mengambil sikap lebih neutral dengan tajuk besar "Bebas insiden" (Incident-free).

Laporannya menyatakan tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa perhimpunan dan polis turut menjaga keamanan.

Ia turut melaporkan bahawa penganjur melanggar tiga syarat perhimpunan – membawa kanak-kanak, membawa kain provokatif dan menghimpunan lebih 30,000 orang di Stadium Merdeka.

Akhbar itu turut menonjolkan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat di pentas utama bersama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang berucap.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menggunakan tajuk utama "Penganjur langgar syarat" dan tajuk kecil "Polis berjaya kawal himpunan pembangkang" di muka depan.

kl112 coverage 130112 utusanDalam intisarinya, akhbar tersebut menyebut polis bertindak dengan "bijaksana" namun peserta melanggar syarat dengan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun dan juga "sepanduk menghasut dan boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan".

Ia juga menyebut dakwaan satu blog bahawa peserta dibayar RM200 hingga RM700.

Muka depan itu dihiasi gabungan tiga gambar ibu bapa bersama anak masing-masing dengan kapsyen "Undang bahaya".

Akhbar Berita Harian pula langsung tidak menonjolkan apa-apa berhubung perhimpunan berkenaan di muka depannya.

112 rally newspaper 130113 02 malay and englishSebaliknya, ia hanya menampilkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyelesaikan krisis air dalam satu perhimpunan di Semenyih.

Gambar menunjukkan Najib bersalaman dengan penyokong juga ditampilkan di muka depannya.

Tajuk besarnya di muka depan hari ini adalah berhubung amaran oleh penasihat Majlis Agama Islam Johor berhubung tindakan membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah "Allah".

TAMBAHAN : Akhir sekali yang JELAS dan nampak NEUTRAL ialah akhbar SINAR HARIAN di mana TAJUK UTAMA mereka ialah TAHNIAH dan disertakan sekeping gambar penuh muka depan yang View dari atas..anda saksikanlah dan disini anda sudah dapat menyimpulkan AKHBAR MANA patut anda beli...


Monday, October 15, 2012

Aduhai SPR..Orang dok kalut mintak media bebas sama rata depa dok pikiaq kempen lepas jam 12 dari fb dan twitter...

 
SPR kesan kempen di media alternatif lepas 12 malam

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pihak berkempen menerusi media alternatif selepas pukul 12 tengah malam menjelang hari mengundi.
  
Timbalan Setiausaha SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata perbuatan itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya yang melarang calon dan ejen mereka berkempen di luar tempoh dibenarkan.
  
Bagaimanapun, SPR tidak mempunyai penguatkuasa mahupun kepakaran untuk memantau media sosial dan alternatif seperti blog, Facebook dan Twitter, katanya.
  
"Kita berharap pihak SKMM boleh melihat perkara ini dan bersama-sama membantu kita dalam mengenal pasti mana-mana pihak yang berbuat demikian" katanya pada taklimat SPR bersama wakil parti politik dan media di Kuantan hari ini.
    

Noordin turut mengingatkan semua parti politik supaya tidak menggunakan bahan kempen yang boleh memfitnah orang lain dan berdepan tindakan jika mereka ingkar.
  
Dalam taklimat itu, SPR turut mengadakan demonstrasi proses pengundian di tempat mengundi yang disaksikan oleh kira-kira 100 wakil dari parti politik dan media.
   
Bagaimanapun, proses itu terganggu beberapa kali apabila beberapa wakil dari parti pembangkang terus mempersoalkan beberapa prosedur termasuk penggunaan pensil untuk menandakan nama-nama pengundi.

- Bernama

Saturday, June 23, 2012

Ketua Pemuda MCA belasah Pengerusi SPR?

Kenapa pulak Ketua Pemuda MCA belasah Pengerusi SPR?

Semalam MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 22 Jun — Parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan ...........Seterusnya di - TMI
Setakat ni nampak macam Pakatan Rakyat belum lagi mempolitikkan syarat tu tapi komponen BN pulak yang lebih awal mempolitikkan syarat tu.

mStar melaporkan:
[Sumber: mStar]
Tak sangka pulak Ketua pemuda MCA akan keluarkan kenyataan macam tu. Aku tak nampak apa perlu Ketua Pemuda MCA keluarkan kenyataan macam tu,  kecuali la kalau MCA memang ada hasrat nak buat manifesto sendiri yang berbeza atau berlawanan dengan manifesto BN.

Kalau dibuat rakaman takkan berani depa nak bentangkan manifesto yang berlawanan dengan BN. Kalau dibuat jugak tentu punya Umno BN akan sekat, tak bagi disiarkan.
Dari sudut lain, SPR bagi alasan kenakan syarat macam tu seolah-olah Pakatan Rakyat ni BANGANG, Pada aku cukup sekadar bagi garis panduan contohnya tak boleh sentuh peribadi seseorang, atau sentuh sensitiviti kaum serta agama.

Kalau pembentang manifesto tu langgar garis panduan tu, kan ka satu tindakan yang akan menguntungkan umno BN, hari-hari boleh spin benda tu dalam media.

Apa pun, ucapan tahniah terima kasih kepada Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA pasai berani keluarkan kenyataan yang menentang arus dan bagi Najib bertambah pening.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/06/kenapa-pulak-ketua-pemuda-mca-belasah.html#ixzz1ydZoNw9E

Hangpa Tok Sah Dok Percaya Laa Nak Siarkan MANIFESTO dekat RTM tuu..!!!

TERUS TERANG SAHAJA MEDIA KITA MEMANG BANGSAT

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
RAIS YATIM, Menteri Komunikasi dan Kebudayaan pada 7 Jun lepas berkata parti politik akan dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM setelah kertas Kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri.  Ada yang percayakah dengan cakap-cakap Ahli Parlimen Jelebu yang kuat berbohong ini?
 
Jika Rais Yatim yang dahulunya pernah `membakar jambatan' dengan Umno kemudian melutut semula dengan Umno untuk cari makan, adakah rakyat boleh percaya lagi dengan beliau?  Berkenaan kebenaran parti-parti politik untuk membentangkan manifesto masing-masing melalui RTM, belum pun sempat ianya dilaksanakan, ada pencacai lain tolong jelaskan apa yang Rais Yatim maksudkan itu.  Pengerusi SPR bercakap bagi pihak Rais Yatim iaitu hanya rakaman sahaja dibenarkan.
Ertinya, kita bentangkan manifesto dan RTM rakam, kemudian akan disiarkan.  Orang gila mana yang percaya jika rakaman dibuat kemudian disiarkan tanpa disunting?  Siapa tidak kenal media di bawah kawalan Umno ini?  Kononnya jika manifesto dibuat secara langsung, nanti ada yang tidak terkawal contohnya mengaibkan seseorang pemimpin.
Semenjak bila RTM peka dengan kerja-kerja mengaibkan pemimpin ini?  Pengerusi SPR tidak pernah menonton TV kah?  Sudah bertahun media haprak ini buat kerja mengaibkan pemimpin pembangkang.  Daripada isu yang dicipta-cipta sehinggalah kepada isu seks dan lucah, mana pernah media ini berhenti sehingga sekarang?  Mengapa di dalam bab manifesto ini bukan main lagi Pengerusi SPR ini mengampu Rais?
Sudahlah.  Cakap sahaja terus terang memang tiada kebebasan media di dalam negara ini sebab kita kenal siapa Pengerusi SPR ini.  Bangsat sungguh./wfauzdin.blogspot.com

Monday, June 18, 2012

Antara RTM, Media Prima dan Awani: Siapa yang kurang berbelit?

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Kerajaan telah memberi respons terhadap tuntutan akses media yang adil dan saksama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Bagaimanapun tidak ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang menyuarakan reaksi, walaupun akhbar harian milik Umno membesar-besarkannya.

Mungkin aktivis pembangkang tidak menaruh apa-apa harapan positif terhadap perkembangan yang sepatutnya dapat membantu proses pendemokrasian itu.

Minggu lalu, jemaah menteri meluluskan kertas kabinet yang dikemukakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim, yang dikatakan memberi peluang sama rata setiap parti politik yang bertanding pada PRU13 untuk menjelaskan manifesto masing-masing menerusi stesen televisyen.

Saya agak kerap menyentuh tuntutan penting ini, bukan sahaja merujuk situasi selepas Parlimen dibubarkan atau semasa kempen pilihan raya, tetapi meliputi konsep kebebasan media yang menyeluruh.

Undang-undang yang menyekat, yang diwarisi sejak zaman penjajah, terutama Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, mesti dimansuhkan segera. Begitu juga dengan segala peruntukan tidak demokratik dalam peraturan yang mengongkong, misalnya Akta Rahsia Rasmi, Akta Fitnah, Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

(Saya tidak pasti apakah "hantu" ISA masih boleh mengamuk apabila kerajaan berasa perlu berbuat demikian, selepas ia dimansuhkan, tetapi melalui akta-akta lain?)

Media bukan hanya perlu dibebaskan dan bertindak adil dalam waktu yang begitu terhad -- ingat, kempen PRU tidak pernah melebihi dua minggu -- malah tidak wajar dicengkam kebebasannya dalam apa jua keadaan.

Secara logiknya, jika dalam tempoh tidak kritikal pun, iaitu di luar musim pilihan raya, media dikawal dengan begitu ketat, apakah mungkin di waktu genting -- apatah lagi yang menyaksikan pertarungan paling sengit dalam sejarah pilihan raya negara ini -- "keajaiban" bakal berlaku?

Dalam masa sama, seperti kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Umno-BN telah melakukan proses indoktrinasi sepanjang tahun, dan tentunya akan ditingkatkan menjelang pilihan raya. Ia meliputi media yang dibiayai dana awam dan juga yang dimiliki syarikat swasta.

Justeru, banyak pihak memandang sinis ura-ura kerajaan mahu memberi "peluang sama rata" itu, apatah lagi melalui siaran TV, medium yang paling terkongkong dan dikawal cukup ketat oleh elit penguasa.

Di kala oposisi diberikan permit terbatas untuk menerbitkan lidah rasmi, seperti Harakah dan Roket (Suara Keadilan masih diharamkan KDN), dengan syarat-syarat "pelik dan aneh", harapan untuk melihat pembangkang memiliki saluran TV atau radio tidak pernah terbayang pun.

Sejak kemunculan televisyen pada penghujung 1963, RTM melalui TV1 dilihat bukan sahaja berfungsi menjelaskan dasar dan rancangan kerajaan tetapi lebih bertindak sebagai alat propaganda parti pemerintah.

Pemimpin Umno-BN sememangnya tidak dapat membedakan di antara keperluan kerajaan dengan
kepentingan parti pemerintah. Jentera, sumber dan kemudahan kerajaan diperalatkan demi mencapai motif peribadi, kelompok dan parti.

Ketika TV3 dilancarkan  28 tahun lalu, melalui Sistem Televisyen Malaysia Berhad, ramai mengharapkan dasar kewartawanan sempit RTM itu tidak "dilanggannya". Monopoli kerajaan seolah-olah berakhir.

Sesekali nampak "keberanian" TV3 untuk melaporkan berita dari perspektif berbeda, sekurang-kurangnya memberi sedikit ruang kepada parti dan pemimpin pembangkang.

Seingat saya, sewaktu tercetus konroversi kematian (pembunuhan) seorang petugas kempen PAS, Allahyarham Osman Talib, dalam pilihan raya kecil Padang Terap, Kedah, di Felda Lubuk Merbau, pada Januari 1985, siaran berita TV3 ditunggu-tunggu.

Bosan dengan laporan lapuk RTM yang berat sebelah, hanya dengan sedikit kelainan, dengan turut memuatkan beberapa patah perkataan pandangan pemimpin PAS terhadap tragedi berdarah itu, sudah cukup untuk memberi kelegaan.

Rupanya harapan untuk melihat pembaharuan dalam dasar editorial TV3 ia hanya ilusi. TV3, yang kemudiannya dikendalikan Media Prima Berhad, dengan tiga lagi saluran televisyen (NTV7, 8TV dan TV9), bertindak lebih profesional untuk menjadi perkakas terbaik dan efisyen buat Umno-BN!

Malah, kini, Media Prima lebih dipercayai oleh strategis media Perdana Menteri Najib Razak untuk melancarkan propaganda BN secara lebih berkesan. Misalnya, siri "Jelajah Janji Ditepati" yang mempromosi dan menjenamakan semula pelbagai bentuk bantuan one-off dikendalikan TV3.

Chamil Wariya, bekas Ketua Divisyen Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3, cuba mengungkapkan apa yang sebenarnya berlaku di stesen televisyen berkenaan, terutama daru segi pendemokrasian kandungan laporan politik, dalam bukun Memapar Realitui: Prinsip-Prinsip Utama dan Asas Kewartawanan Siaran.

Baginya, kecuali di Astro Awani, program-program berita Media Prima Berhad, RTM dan Bernama TV masih mengekalkan pendirian mesra kerajaan. (Saya rasa istilah lebih tepat ialah mesra Umno-BN, kalaupun bukan mesin propaganda parti berkenaan).

"Pengaruh pemilikan tidak mengizinkan bilik-bilik berita TV untuk mengambil pendekatan dan dasar editorial yang benar-benar bebas seperti terdapat di negara-negara Barat atau malah di Indonesia," tulisan Chamil dipetik.

Beliau mengemukakan contoh stesen TV di Indonesia terutama dua saluran beritanya -- Metro TV dan TV One -- mengambil sikap yang lebih terbuka dalam memberi publisiti kepada pemimpin kerajaan dan pembangkang. Parti politik dan calon yang bertanding diberi ruang untuk berdebat secara terbuka dan bertamadun pada masa pilihan raya, baik ketika pemilihan presiden, gabenor, wali kota dan wakil ke Dewan Permesyuaratan Rakyat (DPR).

"Di Malaysia, kita masih jauh daripada itu, kecuali berlaku perubahan radikal dalam pemilikan stesen-stesen TV swasta itu sendiri. Selagi stesen TV masih digenggam oleh kalangan yang rapat dengan kerajaan, pendemokrasian kandungan editorial, tidak akan berlaku," tambah Chamil.

Seterusnya beliau memberikan beberapa contoh kes penerbit program TV yang dikenakan tindakan kerana telah melanggar dasar RTM, seperti dialami Chow Z Lam, penerbit rancangan Galeri Mandarin di TV2 menjelang pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sarawak, Mei 2010, mengenai Empangan Bakun, yang didakwa mempunyai "elemen yang sesnitif yang mungkin memudaratkan BN ..."

Dasar kewartawanan stesen TV Media Prima, seperti ditekankan Chamil, juga seperti RTM, yang cenderung menyiarkan berita negatif pembangkang. Meskipun ada usaha untuk merubahnya dalam era Abdullah Ahmad Badawi, seperti turut mengkritik pemimpin kerajaan dan memberi tempat kepada pembangkang, akhirnya ia mengundang teguran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Pengerusi SKMM, Dr Halim Shafie mengutus surat, bertajuk Ucapan pemimpin parti pembangkang di stesen televisyen dan radio swasta, kepada stesen-stesen TV dan  radio swasta, pada 7 Jun 2007.

Antara lain, beliau menyatakan: "Adalalah dimaklumkan bahawa pihak kerajaan mendapati bahawa beberapa stesen TV dan radio swasta telah menyiarkan ucapan dari pemimpin parti pembangkang. Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah diminta untuk tidak lagi menyiarkan ucapan sedemikian di masa-masa akan datang."


Chamil juga merumuskan bahawa kepemimpinan editorial TV (dan Media Prima) di zaman Najib, bermula 3 Mac 2009, yang diterajui Johan Jafar dan Ahmad A Talib, kembali kepada asal.

"Wartawan yang ingin memampilkan pembangkang atas nama pegangan mahu melaksanakan pemberitaan seimbang, saksama, objektif dan mahu memberi pandangan pihak yang satu lagi kepada dasar dan pendirian kerajaan sebagaimana yang diamalkan dalam demokrasi Barat, tidak dapat tempat dalam organisasi media itu (Media Prima)," ujarnya.


Kita dapat menyaksikan bagaimana program bual bicara ehwal semasa yang agak terbuka dan diminati ramai, misalnya Hujah di TV9, yang dikendalikan oleh pensyarah kanan Sains Politik, Dr Mohammad Agus Yusof, terpaksa berdepan pelbagai kerumitan, terutama kerana mengundang personaliti pembangkang. Begitu juga dengan Debat di RTM1.

Percubaan Astro Awani, melalui saluran 501, yang bermula pada September 2007, juga dilihat agak memberangsangkan, jika dilihat dalam konteks media Malaysia yang terkongkong.

Suara pembangkang, pemimpin NGO dan tokoh akademik yang bebas dan "mencabar versi rasmi" muncul dalam program bual bicara Awani. Para wartawan dan editornya juga saya kira berbeda daripada karyawan RTM dan Media Prima; ada kesungguhan untuk menampilkan pembaharuan dalam dunia kewartawanan televisyen.

Khususnya semasa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak, saya sendiri menunggu ulasan berani dan bernas daripada ahli-ahli penal yang diundang. Namun begitu, saya perhatikan, rakan-rakan di Awani turut dikawal oleh pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri, yang sentiasa "memberikan nasihat, tapi bukan dalam bentuk hitam-putih, dan ia mesti dipatuhi".

Berdasarkan situasi itu, saya sukar membayangkan kesediaan kerajaan untuk memberi ruang dan peluang sama rata buat parti dan calon-calon bertanding, khususnya melalui televisyen.

Kita masih menunggu perincian bagaimana slot kempen itu dijalankan nanti. Apakah sekadar menyampaikan manifesto pilihan raya, dalam waktu terbatas, dengan syarat-syarat ketat pula? Ya, bagaimana bentuk akses sama rata itu?

Kalau selama ini, hanya untuk menyiarkan iklan berbayar manifesto pilihan raya, akhbar yang dikawal Umno-BN langsung tidak memberi ruang kepada pembangkang, apakah kali ini ia benar-benar satu pembaharuan politik? Sama-sama kita tunggu.

Dalam buku Reformasi Pembiayaan Politik di Malaysia, terbitan Transparency International - Malaysia, saya tertarik dengan pernyataan di halaman terakhirnya: "Di Amerika Latin, hampir semua negara memastikan kebebasan akses kepada media semasa pilihan raya dan terdapat prosedur dalam memperuntukkan masa ke udara dan ruang dalam media cetak, justeru mewujudkan satu aras medan permainan untuk semua pihak."


Sesungguhnya Malaysia yang mengimpikan akan melonjak ke tahap negara maju pada tahun 2020 masih jauh tertinggal di belakang dalam hal akses media dan peruntukan airtime  buat pembangkang sewaktu pilihan raya. Banyak negara yang dianggap lebih mundur tetapi kemajuan demokrasinya jauh membanggakan berbanding kita.

Apa pun, saya masih mengimpikan, seperti diuar-uarkan juak-juak Najib, transformasi bakal menjelma dalam PRU13 nanti. Semoga saya tidak bermimpi di siang hari ....

Saturday, June 16, 2012

Agak-agak Hangpa..Boleh Ka Media MALAYSIA bagi peluang pada pembangkang.??

Membayangkan TV lebih bebas semasa kempen PRU13

Ahmad Lutfi Othman, 16 Jun 2012

Kerajaan telah memberi respons terhadap tuntutan akses media yang adil dan saksama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Bagaimanapun tidak ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang menyuarakan reaksi, walaupun akhbar harian milik Umno membesar-besarkannya.

Mungkin aktivis pembangkang tidak menaruh apa-apa harapan positif terhadap perkembangan yang sepatutnya dapat membantu proses pendemokrasian itu.

Minggu lalu, jemaah menteri meluluskan kertas kabinet yang dikemukakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim, yang dikatakan memberi peluang sama rata setiap parti politik yang bertanding pada PRU13 untuk menjelaskan manifesto masing-masing menerusi stesen televisyen.


Saya agak kerap menyentuh tuntutan penting ini, bukan sahaja merujuk situasi selepas Parlimen dibubarkan atau semasa kempen pilihan raya, tetapi meliputi konsep kebebasan media yang menyeluruh.

Undang-undang yang menyekat, yang diwarisi sejak zaman penjajah, terutama Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, mesti dimansuhkan segera. Begitu juga dengan segala peruntukan tidak demokratik dalam peraturan yang mengongkong, misalnya Akta Rahsia Rasmi, Akta Fitnah, Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

(Saya tidak pasti apakah "hantu" ISA masih boleh mengamuk apabila kerajaan berasa perlu berbuat demikian, selepas ia dimansuhkan, tetapi melalui akta-akta lain?)

Media bukan hanya perlu dibebaskan dan bertindak adil dalam waktu yang begitu terhad -- ingat, kempen PRU tidak pernah melebihi dua minggu -- malah tidak wajar dicengkam kebebasannya dalam apa jua keadaan.

Secara logiknya, jika dalam tempoh tidak kritikal pun, iaitu di luar musim pilihan raya, media dikawal dengan begitu ketat, apakah mungkin di waktu genting -- apatah lagi yang menyaksikan pertarungan paling sengit dalam sejarah pilihan raya negara ini -- "keajaiban" bakal berlaku?

Dalam masa sama, seperti kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Umno-BN telah melakukan proses indoktrinasi sepanjang tahun, dan tentunya akan ditingkatkan menjelang pilihan raya. Ia meliputi media yang dibiayai dana awam dan juga yang dimiliki syarikat swasta.

Justeru, banyak pihak memandang sinis ura-ura kerajaan mahu memberi "peluang sama rata" itu, apatah lagi melalui siaran TV, medium yang paling terkongkong dan dikawal cukup ketat oleh elit penguasa.

Di kala oposisi diberikan permit terbatas untuk menerbitkan lidah rasmi, seperti Harakah dan Roket (Suara Keadilan masih diharamkan KDN), dengan syarat-syarat "pelik dan aneh", harapan untuk melihat pembangkang memiliki saluran TV atau radio tidak pernah terbayang pun.

Sejak kemunculan televisyen pada penghujung 1963, RTM melalui TV1 dilihat bukan sahaja berfungsi menjelaskan dasar dan rancangan kerajaan tetapi lebih bertindak sebagai alat propaganda parti pemerintah.

Pemimpin Umno-BN sememangnya tidak dapat membedakan di antara keperluan kerajaan dengan
kepentingan parti pemerintah. Jentera, sumber dan kemudahan kerajaan diperalatkan demi mencapai motif peribadi, kelompok dan parti.

Ketika TV3 dilancarkan 28 tahun lalu, melalui Sistem Televisyen Malaysia Berhad, ramai mengharapkan dasar kewartawanan sempit RTM itu tidak "dilanggannya". Monopoli kerajaan seolah-olah berakhir.

Sesekali nampak "keberanian" TV3 untuk melaporkan berita dari perspektif berbeda, sekurang-kurangnya memberi sedikit ruang kepada parti dan pemimpin pembangkang.

Seingat saya, sewaktu tercetus konroversi kematian (pembunuhan) seorang petugas kempen PAS, Allahyarham Osman Talib, dalam pilihan raya kecil Padang Terap, Kedah, di Felda Lubuk Merbau, pada Januari 1985, siaran berita TV3 ditunggu-tunggu.

Bosan dengan laporan lapuk RTM yang berat sebelah, hanya dengan sedikit kelainan, dengan turut memuatkan beberapa patah perkataan pandangan pemimpin PAS terhadap tragedi berdarah itu, sudah cukup untuk memberi kelegaan.

Rupanya harapan untuk melihat pembaharuan dalam dasar editorial TV3 ia hanya ilusi. TV3, yang kemudiannya dikendalikan Media Prima Berhad, dengan tiga lagi saluran televisyen (NTV7, 8TV dan TV9), bertindak lebih profesional untuk menjadi perkakas terbaik dan efisyen buat Umno-BN!

Malah, kini, Media Prima lebih dipercayai oleh strategis media Perdana Menteri Najib Razak untuk melancarkan propaganda BN secara lebih berkesan. Misalnya, siri "Jelajah Janji Ditepati" yang mempromosi dan menjenamakan semula pelbagai bentuk bantuan one-off dikendalikan TV3.

Chamil Wariya, bekas Ketua Divisyen Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3, cuba mengungkapkan apa yang sebenarnya berlaku di stesen televisyen berkenaan, terutama daru segi pendemokrasian kandungan laporan politik, dalam bukun Memapar Realitui: Prinsip-Prinsip Utama dan Asas Kewartawanan Siaran.

Baginya, kecuali di Astro Awani, program-program berita Media Prima Berhad, RTM dan Bernama TV masih mengekalkan pendirian mesra kerajaan. (Saya rasa istilah lebih tepat ialah mesra Umno-BN, kalaupun bukan mesin propaganda parti berkenaan).

"Pengaruh pemilikan tidak mengizinkan bilik-bilik berita TV untuk mengambil pendekatan dan dasar editorial yang benar-benar bebas seperti terdapat di negara-negara Barat atau malah di Indonesia," tulisan Chamil dipetik.

Beliau mengemukakan contoh stesen TV di Indonesia terutama dua saluran beritanya -- Metro TV dan TV One -- mengambil sikap yang lebih terbuka dalam memberi publisiti kepada pemimpin kerajaan dan pembangkang. Parti politik dan calon yang bertanding diberi ruang untuk berdebat secara terbuka dan bertamadun pada masa pilihan raya, baik ketika pemilihan presiden, gabenor, wali kota dan wakil ke Dewan Permesyuaratan Rakyat (DPR).

"Di Malaysia, kita masih jauh daripada itu, kecuali berlaku perubahan radikal dalam pemilikan stesen-stesen TV swasta itu sendiri. Selagi stesen TV masih digenggam oleh kalangan yang rapat dengan kerajaan, pendemokrasian kandungan editorial, tidak akan berlaku," tambah Chamil.

Seterusnya beliau memberikan beberapa contoh kes penerbit program TV yang dikenakan tindakan kerana telah melanggar dasar RTM, seperti dialami Chow Z Lam, penerbit rancangan Galeri Mandarin di TV2 menjelang pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sarawak, Mei 2010, mengenai Empangan Bakun, yang didakwa mempunyai "elemen yang sesnitif yang mungkin memudaratkan BN ..."

Dasar kewartawanan stesen TV Media Prima, seperti ditekankan Chamil, juga seperti RTM, yang cenderung menyiarkan berita negatif pembangkang. Meskipun ada usaha untuk merubahnya dalam era Abdullah Ahmad Badawi, seperti turut mengkritik pemimpin kerajaan dan memberi tempat kepada pembangkang, akhirnya ia mengundang teguran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Pengerusi SKMM, Dr Halim Shafie mengutus surat, bertajuk Ucapan pemimpin parti pembangkang di stesen televisyen dan radio swasta, kepada stesen-stesen TV dan radio swasta, pada 7 Jun 2007.

Antara lain, beliau menyatakan: "Adalalah dimaklumkan bahawa pihak kerajaan mendapati bahawa beberapa stesen TV dan radio swasta telah menyiarkan ucapan dari pemimpin parti pembangkang. Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah diminta untuk tidak lagi menyiarkan ucapan sedemikian di masa-masa akan datang."


Chamil juga merumuskan bahawa kepemimpinan editorial TV (dan Media Prima) di zaman Najib, bermula 3 Mac 2009, yang diterajui Johan Jafar dan Ahmad A Talib, kembali kepada asal.

"Wartawan yang ingin memampilkan pembangkang atas nama pegangan mahu melaksanakan pemberitaan seimbang, saksama, objektif dan mahu memberi pandangan pihak yang satu lagi kepada dasar dan pendirian kerajaan sebagaimana yang diamalkan dalam demokrasi Barat, tidak dapat tempat dalam organisasi media itu (Media Prima)," ujarnya.


Kita dapat menyaksikan bagaimana program bual bicara ehwal semasa yang agak terbuka dan diminati ramai, misalnya Hujah di TV9, yang dikendalikan oleh pensyarah kanan Sains Politik, Dr Mohammad Agus Yusof, terpaksa berdepan pelbagai kerumitan, terutama kerana mengundang personaliti pembangkang. Begitu juga dengan Debat di RTM1.

Percubaan Astro Awani, melalui saluran 501, yang bermula pada September 2007, juga dilihat agak memberangsangkan, jika dilihat dalam konteks media Malaysia yang terkongkong.

Suara pembangkang, pemimpin NGO dan tokoh akademik yang bebas dan "mencabar versi rasmi" muncul dalam program bual bicara Awani. Para wartawan dan editornya juga saya kira berbeda daripada karyawan RTM dan Media Prima; ada kesungguhan untuk menampilkan pembaharuan dalam dunia kewartawanan televisyen.

Khususnya semasa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak, saya sendiri menunggu ulasan berani dan bernas daripada ahli-ahli penal yang diundang. Namun begitu, saya perhatikan, rakan-rakan di Awani turut dikawal oleh pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri, yang sentiasa "memberikan nasihat, tapi bukan dalam bentuk hitam-putih, dan ia mesti dipatuhi".

Berdasarkan situasi itu, saya sukar membayangkan kesediaan kerajaan untuk memberi ruang dan peluang sama rata buat parti dan calon-calon bertanding, khususnya melalui televisyen.

Kita masih menunggu perincian bagaimana slot kempen itu dijalankan nanti. Apakah sekadar menyampaikan manifesto pilihan raya, dalam waktu terbatas, dengan syarat-syarat ketat pula? Ya, bagaimana bentuk akses sama rata itu?

Kalau selama ini, hanya untuk menyiarkan iklan berbayar manifesto pilihan raya, akhbar yang dikawal Umno-BN langsung tidak memberi ruang kepada pembangkang, apakah kali ini ia benar-benar satu pembaharuan politik? Sama-sama kita tunggu.

Dalam buku Reformasi Pembiayaan Politik di Malaysia, terbitan Transparency International - Malaysia, saya tertarik dengan pernyataan di halaman terakhirnya: "Di Amerika Latin, hampir semua negara memastikan kebebasan akses kepada media semasa pilihan raya dan terdapat prosedur dalam memperuntukkan masa ke udara dan ruang dalam media cetak, justeru mewujudkan satu aras medan permainan untuk semua pihak."


Sesungguhnya Malaysia yang mengimpikan akan melonjak ke tahap negara maju pada tahun 2020 masih jauh tertinggal di belakang dalam hal akses media dan peruntukan airtime buat pembangkang sewaktu pilihan raya. Banyak negara yang dianggap lebih mundur tetapi kemajuan demokrasinya jauh membanggakan berbanding kita.

Apa pun, saya masih mengimpikan, seperti diuar-uarkan juak-juak Najib, transformasi bakal menjelma dalam PRU13 nanti. Semoga saya tidak bermimpi di siang hari ....

Friday, May 25, 2012

Kalau tak bohong, bukan Utusan namanya

Lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, hari ini sekali lagi kalah saman apabila fitnahnya terhadap Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad terbukti berniat jahat.Utusan sudah kalah saman asal itu dan hari ini rayuannya ditolak, maka sekali lagi kalah tersungkur dalam lumpur fitnah ciptaannya sendiri.

Dalam laporan Harakahdaily, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Utusan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan alat propaganda UMNO itu membayar gantirugi RM60,000 kepada Khalid Abd Samad kerana fitnah berita muka depan 10 September 2009 yang bertajuk “Zulkifli bidas ‘Pak Janggut’”. 
 
Mahkamah Tinggi pada 21 November lalu telah memutuskan bahawa berita itu adalah fitnah. Antara lain fitnah yang dijadikan berita tersebut memetik seorang Ahli Parlimen yang mendakwa Khalid memutarbelitkan Al-Quran untuk “mempertahankan pembinaan kuil”.


Bohong

Tajuk pojok ini meminjam tajuk tulisan blog Aspan Alias yang berjudul “Kalau tidak berbohong, bukan UMNO namanya” pada Selasa lalu. Utusan ini sama seperti tuannya, sebagaimana yang digambarkan oleh blogger Aspan: “UMNO sebenarnya ibarat orang tua yang sakit…Apabila rakyat tidak mempercayai pembohongan  mereka, UMNO bertindak pula untuk membohongi diri mereka sendiri…Mereka akan terus berbohong dan berbohong.”

Kerana itulah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan DAP sentiasa menjadi sasaran fitnah oleh Utusan dan para pemimpin UMNO serta puak pecacai mereka yang sudah hilang arah dan tidak punya maruah lagi.

Pada Disember tahun lalu, Utusan yang memfitnah Guan Eng telah diarah oleh mahkamah untuk Setiausaha Agung DAP itu sebanyak RM200,000. Justeru, mahkamah membuktikan bahawa fitnah Utusan memang tidak boleh dipercayai kerana mendapati Guan Eng bukan anti-Melayu atau anti-Islam.

Propaganda

Namun, alat propaganda UMNO itu masih tidak serik dan terus menabur fitnah. Seolah-olah Utusan menganggap orang Melayu tidak cerdik serta mudah difitnah.

Habis agama dan kaum dipermainkan Utusan semata-mata untuk mempertahankan kuasa UMNO yang semakin tidak relevan.

Seperti kata Aspan dalam blognya: “Sementara masih ada kuasa sikit-sikit ini teruskanlah berbohong itu dengan sepuas-puasnya. Selepas pilihanraya nanti mungkin tidak dapat lagi berbohong dengan sewenang-wenangnya.”

Kuasa

Jika rela darah daging kita disalut fitnah setiap hari, maka UMNO-BN lah pilihan kita. Jika mahu kerajaan yang bersih, adil dan saksama, maka kita perlu berani membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang.

Kuasa ada di tangan kita sebagai pengundi. Jika disia-siakan kuasa yang ada, bersedialah untuk terus menderita dilanda fitnah, maka tergadailah maruah bangsa Malaysia sebagai bangsa yang mudah dicucuk hidung oleh pemerintah sendiri. – Roketkini.com

Tuesday, May 15, 2012

Gelombang internet sebelum BERSIH 2.0 dan 3.0

Pengenalan
 
Dalam dunia kewartawanan, berita sering digambarkan sebagai naskhah kasar pertama sejarah.  Media merupakan wahana komunikasi yang menyalurkan sesuatu berita, justeru media juga mentakrifkan catatan asal sesuatu peristiwa sejarah.  Namun, proses kewartawanan yang kompleks dan dipengaruhi pelbagai faktor khususnya kuasa politik sering mengubah catatan asal sehingga berita yang dipaparkan dalam media terpesong daripada kebenaran.
 
Media wujud dalam pelbagai wahana.  Di Malaysia, media cetak dan penyiaran sering dianggap sebagai media tradisional.  Apabila kawalan media yang ketat dikenakan terhadap media tradisional, liputan berita atau siaran sesuatu peristiwa penting lebih merupakan "konstruk kompleks" mengikut acuan rejim kawalan, maka gambaran tertentu dipaparkan, persepsi tertentu ditonjolkan.  Dimensi kebenaran yang tertentu menjadi pilihan, dimensi kebenaran yang lain tersisip dalam kekaburan, kalau bukan kepalsuan.
 
Kini dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), media baharu sedang mencorakkan persekitaran sosio-politik semasa dalam negara dengan begitu rancak.  Kawalan terhadap media tradisional masih berterusan, tetapi rejim kawalan yang bersifat monolitik sedang berhadapan dengan cabaran besar media baharu yang bersifat interaktif dan bergerak pantas berentap dengan media tradisional dalam proses representasi sesuatu peristiwa.
 
Semenjak kewujudan media baharu termasuk portal berita atas talian seperti Malaysiakini, MerdekaReview dan The Malaysian Insider serta media sosial seperti blog dan mikroblog, ketegangan antara rejim pemerintah dengan media baharu dan juga antara media tradisional dengan media baharu tidak pernah reda.  Semasa perhimpunan BERSIH 2007, apabila media tradisional melaporkan angka empat ribu, media baharu melaporkan angka puluhan ribu.  Seterusnya semasa perhimpunan BERSIH 2.0 dan 3.0, warga siber mendapat manfaat dari segi perbandingan maklumat ekoran kewujudan media baharu lantas memikirkan tentang kesahihan berita berkaitan.
 
Lahirnya media baharu menjadikan perspektif bahawa "kebenaran menjadi pilihan" begitu menonjol sekali.  Maka perbandingan dapat dilakukan dan representasi media baharu khususnya portal berita atas talian dapat mencabar representasi media tradisional dengan kredibiliti yang setanding jika tidak lebih tinggi kredibilitinya.
 
Kredibiliti representasi sesuatu peristiwa tidak lagi dimonopoli oleh media tradisional, malahan kredibiliti media tradisional semakin terhakis. Contoh klasik ialah Utusan Malaysia yang mengalami kemerosotan sebanyak 31.12 peratus dari segi jumlah edarannya semenjak zaman Reformasi. (sila lihat Jadual 1 Bab 2 buku Membina Bangsa Malaysia penerbitan SIRD). Dalam hal ini, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) berpendapat bahawa "kejatuhan edaran akhbar Utusan Malaysia disumbangkan atas beberapa faktor dan kebanyakannya disebabkan polisi yang ditetapkan oleh Ketua Pengarang dan Pengarang-pengarang Kanan", antara lain termasuk "laporan berat sebelah" dan "tidak memberi peluang kepada orang yang dituduh untuk menjawab dan disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia".
 
Empat tahun selepas BERSIH 2007, gerakan BERSIH 2.0 menyaksikan fenomena kemunculan Generasi Facebook ekoran populariti jaringan media sosial dalam kalangan warga siber serta suasana politik yang dinamik dan memberangsangkan pasca 8 Mac 2008.  20 tahun selepas Tim-Berners Lee mengumumkan ciptaannya yakni jaringan seantero dunia yang juga dikenali dengan nama singkatan WWW (World Wide Web), kesan media sosial terhadap politik kebangsaan terserlah apabila Generasi Facebook mengemparkan bumi Malaysia dengan tuntutan
pembaharuan sistem pilihan raya dalam negara.  Semasa kemuncak gerakan BERSIH 2.0, sebahagian besar halaman Facebook diselubungi kekuningan apabila ramai pengguna Facebook memasang lencana BERSIH 2.0 pada gambar profil masing-masing. Begitu juga semasa BERSIH 3.0.
 
Jaminan tiada penapisan Internet
 
Apabila diimbas kembali perkembangan dalam negara kita, mungkin lebih sesuai jikalau tahun 1996 dan bukannya tahun 2000 diambil kira sebagai permulaan abad ke-21 Malaysia.  Tanggal 1 Ogos 1996, Perdana Menteri (PM) ke-4, Dr.Mahathir Mohamad yang kini bergelar Tun Mahathir telah mengumumkan projek mega Koridor Raya Multimedia (MSC) semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia.
 
Ekoran itu, Mahathir mengumumkan suatu Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees) yang mengandungi sepuluh jaminan kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat-syarikat berstatus MSC dan industri teknologi maklumat di Malaysia.  Antara jaminan penting yang menyediakan kerangka tatakelola dan mewujudkan persekitaran untuk perkembangan industri teknologi maklumat dan media ialah:
• Rang Jaminan ke-6: Menjadi pendahulu serantau dalam perlindungan hakmilik
intelektual dan undang-undang siber.
• Rang Jaminan ke-7: Tiada penapisan Internet.
• Rang Jaminan ke-8: Menyediakan tarif komunikasi yang kompetitif pada peringkat global.
 
Apa yang menarik ialah, atas andaian bahawa pembangunan MSC dapat mentransformasi masyarakat dan "melonjatkan" (leapfrog) pembangunan negara untuk mencapai tahap pembangunan sepenuhnya, sejajar dengan tesis masyarakat maklumat dan Wawasan 2020, paradigma pembangunan yang acap kali melegitimasikan tindakan rejim kawalan kini menjanjikan keterbukaan dari segi penapisan Internet.
 
Seterusnya, jaminan tiada penapisan Internet diketengahkan oleh masyarakat madani sebagai syarat penting pewujudan persekitaran kondusif untuk pengoperasian portal berita atas talian tanpa sekatan politik dalam dunia siber.  Perlu ditekankan di sini bahawa jaminan tiada penapisan Internet hanya diutarakan oleh Mahathir semasa beliau berucap di hadapan para pelabur Amerika Syarikat pada 14 Januari 1997, lima bulan selepas pengumuman MSC.  Seterusnya, Fasal 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengisytiharkan bahawa "tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan Internet."
 
Jaminan tersebut dapat dilihat sebagai satu-satunya legasi penting Mahathir yang menyumbang secara tidak langsung dan "secara tidak diingini" (unintended) kepada ruang demokrasi dunia siber selepas tercetusnya gerakan massa bergelar Reformasi dua tahun selepas pelancaran MSC.
 
Setahun selepas pelancaran MSC, Malaysia mengalami krisis kewangan Asia 1997/98 yang bermula dari negara Thailand dan juga melanda negara-negara serantau termasuk Indonesia, Filipina, Korea Selatan dan Hong Kong.  Industri ICT berorientasikan MSC yang diagung-agungkan kelihatan lebih signifikan dari segi pembinaan projek mega seperti Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya, Putrajaya dan Cyberjaya yang kerja pembinaannya bermula sekitar pertengahan tahun 1990-an.
 
Dalam sebuah kajian ilmiah berkenaan pembangunan MSC, Tim Bunnell menyifatkan projek MSC sebagai suatu usaha penswastaan untuk mengecualikan rakyat terbanyak, sejajar dengan wacana dominan Mahathirisme yang cenderung mengaitkan slogan "Malaysia Boleh" dengan kehebatan pembangunan berorientasikan projek mega.
 
Faktor dorongan perkembangan ICT
 
Sementara pembangunan MSC kelihatan lemah tatkala krisis kewangan 1997/98, gelombang menuntut perubahan bergelar Reformasi memukul kuat politik tanah air lantas mendorong rakyat marhaen menerokai kemungkinan penyebaran maklumat tanpa sekatan menggunakan teknologi Internet.  Justeru, gerakan Reformasi banyak mendorong perkembangan ICT apabila potensi ruang siber dikenalpasti sebagai manifestasi baharu politik partisipasi supaya mobilisasi rakyat terbanyak dapat dicapai sepanjang zaman Reformasi.
 
Pelancaran laman sesawang zaman Reformasi yang pertama - Anwar Online - pada 1 September 1998, disusuli dengan pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri merangkap mantan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim keesokan hari, serta perisytiharaan Deklarasi Permatang Pauh olehnya di kampung halaman beliau, Cherok Tok Kun, Permatang Pauh pada 12 September 1998, bukan sahaja menandakan permulaan gelombang gerakan Reformasi 1998, tetapi juga menandakan permulaan masyarakat siber ketika Malaysia melangkah masuk ke abad ke-21 dan mengejar impian masyarakat berpengetahuan.
 
Selepas itu, fenomena media baharu mulai menyerlah selari dengan arus perkembangan industri teknologi maklumat peringkat global dan gerakan Reformasi 1998 yang menyaksikan kelahiran sebuah parti baharu bersifat massa - Parti Keadilan Nasional - yang berjaya memenangi lima kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu serta empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Perak melalui gabungan parti oposisi Barisan Alternatif yang memberikan cabaran kuat kepada Barisan Nasional (BN).  Komponen parti oposisi tatkala itu termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
 
Gelombang pertama fenomena media baharu berkisar sekitar kemunculan laman sesawang pro-Reformasi atau pro-Anwar bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, bersama-sama dengan penerbitan cakera padat (CD), video cakera padat (VCD), penerbitan berkala dan tidak berkala lidah rasmi parti oposisi dan masyarakat madani, serta pelancaran Malaysiakini selari dengan hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU Ke-10) pada 20 November 1999.
 
Jika sekiranya gerakan Reformasi 1998 dan PRU Ke-10 pada tahun 1999 dianggap sebagai petanda gelombang pertama fenomena media baharu, gerakan massa sekitar tahun 2007 khususnya gerakan BERSIH dan PRU Ke-12 pada tahun 2008 dapat dilihat sebagai permulaan gelombang kedua fenomena media baharu berikutan populariti media sosial seperti blog, Facebook dan YouTube. (Bahagian pertama, bersambung)
 
Bahagian kedua: Media Baru sebagai ruang awam
 
*Artikel ini merupakan kemaskini kepada sebahagian daripada penulisan Ooi Heng
pada bulan September 2011 yang dimuatkan dalam buku baharu penerbitan SIRD
berjudul "Membina Bangsa Malaysia" sebagai Bab 2 bertajuk "Media, Teknologi
Maklumat dan Cabaran Semasa".
 
**Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Wednesday, May 9, 2012

Sudah-sudahlah tu nak membodohkan orang… rumah pakcik ada internet laa.. bukan baca Utusan saja...

‘Huru-hara’ Bersih 3.0 : Jawapan mudah untuk UMNO
Oleh Hafiz Zainuddin

8 May 2012


“Sudah-sudahlah tu nak membodohkan orang… rumah pakcik ada internet, ada facebook… tengok youtube… segala paper pakcik baca.” – Pak Long Alias, 57, Kerinchi.

Pasukan Harimau Malaya menewaskan Sang Garuda pada sukan SEA 2011 di Palembang. Saat itu, jalan-jalan sekitar ibu kota Kuala Lumpur dipenuhi dengan orang awam yang memakai baju Harimau Malaya. Kuning di mana-mana saja. Perasaan bangga dan semangat mereka diluahkan dengan memakai baju pasukan kesayangan. Penuh di akhbar-akhbar kalungan pujian dan kata-kata harapan. Syabas!

Kalau sayang, tunjukkan. Tetapi, jauh pula bezanya dengan rakyat yang mahukan keadilan pada sistem pilihan raya negaranya yang lebih utama dari memenangi piala bola. Setakat hari ini, jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur tidak lagi kelihatan mereka yang memakai baju-T Bersih, sekurang-kurangnya.

Bukan memakai baju kuning untuk tujuan jahat. Kita tetap berpegang teguh pada Perlembagaan Persekutuan. Tidak ada sebab untuk gulingkan kerajaan melalui himpunan Bersih 3.0. Ini kerja tak berbaloi.

Apa yang BERSIH 3.0 mahukan ialah agar kerjaan memenuhi lapan tuntutan Bersih 2.0 dan tiga tuntutan tambahan menerusi Bersih 3.0 – agar pilihan raya kita adil, bebas dan telus. Tidak lebih dari itu!
Kita patut berasa hairan. Kenapa baru sekarang keluar kenyataan bahawa Bersih nak “gulingkan kerajaan?” Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 pula untuk apa?

Kenyataan Najib, Mahathir, dan media arus perdana yang mendakwa BERSIH 3.0 bertujuan untuk  menggulingkan kerajaan adalah kenyataan terdesak dan pra-matang. Ia telah pun dikupas panjang lebar dalam artikel “Tun M dan Najib yang bijak laksana…” oleh saudara Mazir Ibrahim sebelum ini.

Pertama, kalaulah Dataran Merdeka tertawan sekalipun atau jika DBKL memberi kebenaran kepada BERSIH 3.0 untuk menggunakan Dataran Merdeka, BERSIH 3.0 tetap tidak mampu berkampung.

Seperti yang pernah dijelaskan. Cuaca Malaysia beriklim khatulistiwa, panas dan lembab sepanjang tahun. Tidak perlu ke Dataran Merdeka, duduk di khemah kenduri kahwin pun belum tentu tahan.

Kedua, kita andaikan BERSIH 3.0 tiba-tiba ubah fikiran untuk berkampung dan Dataran Merdeka dipenuhi orang ramai, tidakkah ‘masalah’ itu boleh diselesaikan? Jika kita amati, sedangkan di Jalan Tun Perak pun polis mampu ‘leraikan’ lebih 150,000 peserta yang berhimpun, inikan pula di tengah padang.

Atau mungkinkah Najib ragu-ragu kepada kecekapan polis kita menangani orang awam?

Perhimpunan aman yang ‘dirusuhkan…’

“Orang ramai datang beli air saya sampai ais-ais pun habis… buah-buah, nugget, keropok lekor, pisang goreng, karipap… semua ‘selesai’…” Abang Lan, 35, penjaja

Satu lagi tuduhan mendakwa peserta BERSIH 3.0 adalah “perusuh”. Kalaulah begitu tohmahannya, sudah pasti kita lihat kedai-kedai sekitar ‘dilanyak’ dulu, barang-barang dicuri, cermin kereta dipecahkan… Lihatlah jumlah peserta yang turun, sudah lebih dari cukup untuk buat ‘huru hara’. Tetapi, apa yang berlaku tidak seperti yang digambarkan.

Pada peringkat awal perhimpunan, kita dapat lihat dengan mata kepala kita sendiri bahawa ia berjalan dalam keadaan aman, ceria dan gembira.

Walau bagaimanapun, di pertengahan perhimpunan sekitar jam 3 petang, kita sendiri dapat melihat bagaimana pihak polis mula bertindak dengan menembak gas pemedih mata dan menggunakan meriam air. Itu belum termasuk provokasi pihak polis sendiri sehingga menyebabkan kereta polis diserang di Jalan Raja Laut.

Bila keadaan menjadi kelam kabut; masing-masing, termasuk golongan tua dan OKU, terpaksalah menyelamatkan diri dan ketika itu apapun mungkin berlaku, termasuklah kecederaan.

Soalnya, siapa yang bertindak dahulu sehingga wartawan dan ada warga tua dibelasah? Apa pula dosa jika pihak polis membiarkan perhimpunan dijalankan sehingga jam 4 petang?

Kita ada contoh yang baik. Lihatlah perhimpunan anti-Lynas. Ia bermula dengan aman dan berakhir dengan aman. Begitu juga dengan perhimpunan sejuta belia pada Mei 2011 di Putrajaya. Yang penting, pihak keselamatan ditugaskan menjaga ketenteraman dan lalu-lintas.

Ternyata kenyataan Najib dan media arus perdana membuat tuduhan sewenang-wenang bahawa BERSIH 3.0 bertujuan menggulingkan kerajaan secara haram adalah satu tuduhan berat dan tidak munasabah.

Kekacauan yang berlaku akibat tindakan pihak polis cuma mencerminkan bahawa kerajaan takut terhadap tuntutan rakyat. Ia juga membawa erti Barisan Nasional terdesak dan tidak bersedia untuk berubah.

Kenyataan negatif yang ditohmah kepada BERSIH 3.0 cuma sekadar kenyataan berhelah untuk lari dari isu sebenar iaitu mengenai lapan tuntutan BERSIH 3.0.

Tidak gunalah pilihan raya sekiranya sistem pilihan raya kita masih kotor. Atau Barisan Nasional sememangnya mahu mengekalkan sistem yang kotor agar mereka terus menang? Jika demikian, apakah erti keadilan dan ketelusan yang dibangga-banggakan kerajaan selama ini? roketkini.com

Saturday, May 5, 2012

Detik kemuncak regim dijatuhkan, apabila media kroni turut protes..

Oleh Lim Hong Siang 

Apabila media arus perdana yang dikuasai kroni pemerintah turut menyatakan protes mereka terhadap pemerintah, maka itu detik-detik kemuncak di mana sesebuah regim bakal dijatuhkan.  Melihat kepada reaksi wartawan media arus perdana selepas 28 April 2012, Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar mengungkapkan kata-kata yang meraih tepukan gemuruh satu dewan, dalam forum semalam.

Gambar disumbangkan Abah Anas.
Mengisahkan bagaimana akhbar bahasa Cina utama menghitam-putihkan muka surat depannya sempena Hari Kebebasan Media Sedunia, semalam, Fathi terus berkata, "Saya nak katakan, turning point, bagaimana dalam sejarah pergolakan revolusi dan kejatuhan regim-regim dunia ini akan berlaku saatnya perubahan seperti Sin Chew Jit Poh (Daily)."

Fathi menjelaskan, sewaktu Suharto (bekas Presiden Indonesia) mahu digulingkan, protes diadakan selama enam bulan, oleh mahasiswa dan orang ramai.  Media arus perdana tempatan mengkritik penguasa, dan korporat besar menggantung banner di bangunannya yang tinggi.  Kesemua ini "elit mobilisation", di mana elit merekah untuk menyokong parti politik berlainan, menjurus kepada kejatuhan regim Suharto pada akhirnya.
Aktivis media ini menjelaskan, Sin Chew Daily sebagai akhbar yang berpengaruh dalam masyarakat Cina, dan kadang-kala juga dilihat sebagai pro-Barisan Nasional, kini telah berani tampil ke depan untuk menuntut polis agar memohon maaf.  Fathi (gambar kiri) menyifatkan bahawa ia satu langkah ke depan apabila "golongan yang paling konservatif" ini memakai baju hitam untuk memprotes.

Beliau mempunyai pengalaman dari BERSIH pertama hinggalah BERSIH 3.0.  Ketika perhimpunan BERSIH pertama diadakan pada 10 November 2007, Fathi berkhidmat dengan M-Star, edisi bahasa Malaysia The Star.  Beliau dimarah kerana meletakkan gambar Hadi Awang, Presiden PAS.

Bagaimanapun, wartawan The Star semalam juga memakai baju hitam sebagai tanda solidariti kepada wartawan yang dibelasah polis ketika membuat liputan dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Fathi menganggap insiden 428 merupakan "keganasan yang paling sistematik" terhadap wartawan sejak belasan tahun kebelakangan ini, meskipun ia bukanlah perkara baru, dan pernah berlaku ketika zaman Reformasi.  Namun, kekasaran terhadap wartawan pada 28 April meliputi semua orang termasuk wartawan dan peguam.

Hishamuddin Rais: Gembira
Dengan nada sinis, seorang lagi panelis, Hishamuddin Rais berkata, "Saya cukup gembira apabila wartawan kena pukul.  I am soooooo happy I cannot hide my smile.  Begitu lama demonstran-demonstran dipukul dah, dia (wartawan) buat tak nampak.  Sekarang padan muka!"

Bekas aktivis mahasiswa ketika zaman 1970-an ini mengisahkan bagaimana wartawan buat tidak tahu apa-apa apabila polis membelasah peserta demonstrasi.  Malah, menurut Hishamuddin Rais (gambar kanan), pada tahun 1960-an, seorang peserta demonstrasi Parti Buruh ditembak mati, dan apabila dimaklumkan kepada wartawan, wartawan tersebut sekadar bertanya, "Betulkah?"

Aktivis Parti Keadilan Rakyat, Latheefa Koya, juga seorang peguam, turut berkongsi pandangannya dalam hal ini.  Meskipun ia bukan sesuatu yang lunak didengar, namun Latheefa Koya berkata, "apabila media kena (dipukul), baru dia orang sedar."

Latheefa Koya terlibat dalam banyak perhimpunan sejak zaman Reformasi, dan soalan yang sering diajukan oleh wartawan ketika polis mengganas adalah, adakah peserta memprovokasi polis?  Mengapa pihak penganjur perhimpunan tidak lakukan ini dan itu?

"Sekarang, anda tanyalah diri andalah!" katanya, gagal menahan ketidakpuasan yang terpendam dalam hati selama ini.  Latheefa Koya (gambar kiri) menjelaskan bahawa dirinya berkata demikian bukan kerana berdendam dengan wartawan, tetapi inilah realiti yang berlaku.

Panelis-panelis berkata sedemikian dalam satu forum "Pasca BERSIH 3.0: Keganasan Polis dan Media 'Blackout'", anjuran Akademi Pak Sako dan laman JalanTelawi.com,  di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.  Panelis yang lain termasuk Aziz Bari (Pakar Perlembagaan), Haziq Abdul Aziz (Aktivis mahasiswa, KAMI) dan Haijan Omar, peguam yang dibelasah sewaktu himpunan BERSIH 3.0.  Forum tersebut menarik kira-kira 200 orang, sehingga dewan tersebut penuh dan sesak.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Thursday, May 3, 2012

Buat Sahabat di Media Arus Perdana.. Hangpa Tak Rasa berdosakan cari rezeki macam nie..???

Nak komen sket betapa bias nya berita media arus perdana.

tak rasa berdosakah 'kaka' baca berita macam nie
Ketika skandal gambar seks azmin ali tersebar, tv3 dan utusan masing2 pakat siar dalam berita masing2. Macam tv3, selepas beberapa jam isu tue kecoh, malam nya terus masuk berita dan esoknya terus keluar pelbagai respon.

Sama juga dengan utusan, tak agak2 terus terkeluar seme gambar dalam paper. Mereka sudah semestinya bagi alasan sebagai pengamal media, mereka bertanggungjawab melapor. Oke, itu bukan isu langsung. Tapi kalau nak melapor atau apa, amek dari kedua belah pihak. Jangan lapor sebelah pihak je.

Contohnya, isu azmin ali saman utusan. Ada tv3 lapor tadi? Takde kan? Mereka melaporkan berita terpilih sedangkan saman azmin ke atas utusan juga merupakan satu berita malahan satu sumber yang sangat sahih berbanding apa yang tersiar di blog papa gomo dan parpu kari.

Bukan mahu menegakkan azmin sebagai betul atau salah, apa yang ingin ditekankan ialah konsep pemberitaan yang adil. Sebagai pengamal media jangan sesekali meletakkan seseorang itu bersalah jika belum terbukti dan begitu juga sebaliknya.
Jadi lah media yang adil. Laporkan berita dari kesemua pihak. Azmin juga punya hak untuk menegakkan hujah tanpa mengira samada dia bersalah atau tidak, sama seperti pihak yang menuduh dia. Berikan semua pihak peluang untuk menegakkan hujah masing2. Inilah masalahnya bila media menjadi alat politik. Tak kira sapa pun dia, bila politik menjadi teras utama dalam pemberitaan, maka hancurlah value pemberitaan itu sendiri, langsung takde kredibliti.

Sunday, April 29, 2012

Hangpa Ingat ASTRO UMNO saja-saja nak bagi tengok FREE kaa..!!!


Hah, Amacam?, adil betulkan media kat negara ni, rakyat dibodohkan lagi.

Ada babak awal dimana seorang pemuda menceritakan kejadiaan sebenar kepada wartawan BBC telah dipadamkan, kenapa babak yg dianggap penting dalam penyiaran berita itu dipadamkan, jawapannya mudah, supaya rakyat yang tidak faham dan tidak pergi tidak tahu cerita sebenar, melainkan dapat informasi yang dikawal pemerintah.

Kemudian babak dimana seorang tua memberi penerangan mengapa beliau datang turut serta dalam himpunan tersebut juga dipadamkan, mengapa penjelasan mengapa himpunan tersebut telah diadakan dipadamkan?, kerana jika ia disiarkan, mungkin sebelum pilihanraya najib dan kuncu-kuncunya akan kalah dulu sebelum bertanding.

Dalam babak ketiga yang dipadamkan, ditayangkan bagaimana peserta himpunan menjadi marah dan membaling kenderaan FRU dengan "botol mineral water" tetapi babk dimana FRU menyembur peserta dengan air kimia telah disembunyikan, ia cubaan menyembunyikan kekejaman FRU yang mengikut arahan "orang atasan"

Jadi anda sudah saksikan 2 versi video yang berbeza dari versi rakaman yang sama, dan ketahuilah semua media yang dipunyai oleh UMNO tidak akan menyiarkan berita yang boleh membuat rakyat yang tidak tahu apa-apa faham mengapa rakyat turun ke Himpunan BERSIH 3.0,

Jangan marahi mereka, taPi kasihani lah mereka, sila sebar link artikel ini untuk beri sedikit kefahaman buat mereka bahawa MEDIA NEGARA INI TIDAK BEBAS, MINDA RAKYAT YANG TIDAK FAHAM TUNTUTAN BERSIH INI MASIH DIJAJAH.  -by TL
 

Wednesday, March 28, 2012

UMNO bertambah lemah kerana rakyat kini rakyat bermaklumat

Oleh Aspan Alias

Keadaan dunia hari ini tidak lagi boleh sesebuah parti atau kumpulan pemimpin-pemimpin yang tidak beretika dan bermoral bertahan lebih lama lagi. Keadaan itu juga melibatkan negara dan rakyatnya sekali. Seperti dinegara kita UMNO telah memerintah negara sejak merdeka dan dalam keadaan negara yang baru merdeka, UMNO menjadi dukungan rakyat bukan sahaja oleh bangsa Melayu tetapi juga bangsa bukan Melayu

Justru UMNO telah mengepalai kepimpinan negara sejak zaman itu kerana rakyat belum lagi cukup maklumat tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam kepimpinan UMNO itu.

Tetapi sekarang, oleh kerana negara kita bersama-sama menikmati perubahan serta kemajuan dalam teknologi dan bidang-bidang pembangunan manusia yang lain, rakyat negara ini juga sudah menjadi rakyat yang bermaklumat. Walaupun masih ada yang belum bermaklumat tetapi angka dari masa kesemasa mereka juga akhirnya akan dihampiri oleh maklumat-maklumat yang tepat tentang apa yang berlaku disekeliling mereka.

Rakyat bermaklumat ini merupakan rakyat yang susah untuk ditipu helah keatas mereka kerana mereka sudah bijak berfikir dan memahami yang mana satu yang benar dan yang tidak benar. Pembangunan manusia moden ini juga membentuk satu elemen yang penting dalam kehidupan mereka, iaitu elemen etika dan moral yang tinggi sejajar dengan pendidikan dan pergaulan dengan masyarakat yang membangun dalam semua bidang kehidupan seperti ekonomi dan sosial manusia sejagat.

Agama kita pun menuntut umat Islam untuk hidup mengikut waktu dan zamannya. Nilai-nilai Islam itu merupakan nilai sejagat dan nilai itu merupakan nilai yang membentuk manusia hidup secara ‘civil’ dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak diizinkan oleh agama kita yang suci ini serta mana-mana agama sekali pun. Rakyat yang bermaklumat merupakan rakyat yang hidup jiwanya.

Tetapi sebaliknya rakyat yang tidak bermaklumat itu sangat kecil jiwa mereka dan fakir dari segi pemikiran dan persepsi-persepsi mereka terhadap isu-isu yang mengelilingi kehidupan seharian mereka. Orang yang tidak bermaklumat atau mereka yang tidak tahu menilai sesuatu maklumat itu akan sentiasa terjerumus dengan tipu helah pihak-pihak yang ingin menggunakan mereka untuk kepentingan kumpulan yang mahu terus-menerus untuk mengambil kesempatan seperti semasa rakyat ramai yang belum bermaklumat itu.

Disini saya ingin mengambil sekali lagi contoh yang berhadapan dengan kita semua di negara ini khususnya mereka yang bermain politik sempit dan jumud pemikiran. Penyertaan orang Melayu Islam didalam DAP dianggap sebagai pengkhianatan terhadap bangsa dan agamanya. Tetapi anggapan itu sudah ditentang oleh mereka yang memahami politik serta agama yang bermaklumat.

Saya menyebut perkara ini kerana mereka yang mengkritik saya kerana menyertai DAP dan meninggalkan UMNO ini tidak habis-habis menuduh saya sebagai kafir dan anti Islam dan petualang kepada bangsa Melayu. Saya ingin memberikan jawapan kepada isu yang dilemparkan oleh OKU-OKU (Orang kuat UMNO) terhadap saya ini lagi sekali dan saya tidak akan lagi menjawabnya pada masa-masa yang akan datang dalam tulisan saya. Saya akan hanya menjawbnya di dalam ceramah-ceramah di mana saya dijemput untuk berucap di seluruh negara.

Saya meninggalkan UMNO adalah kerana sebab yang sama seperti yang dituduh terhadap saya itu. Saya menentang budaya rasuah yang tidak lagi dapat diselesaikan oleh pimpinan kerana rasuah itu sudah sebati dengan kerajaan hari ini. Apa pun yang dikatakan oleh pimpinan Najib tentang kebaikkan kerajaan hari ini, tetapi jika rasuah masih menempel dan bertenggek diatas kerajaan ini selagi itulah tidak ada perkara yang diputuskan oleh kerajaan itu akan menjadi betul dan benar lagi.

Apabila rasuah berluas-luasa maka segala perkara yang lain tidak akan terlingkung di dalam kehendak dan kemahuan agama kita lagi. Jika saya dikatakan sebagai anti Islam itu merupakan tuduhan yang melulu kerana rasuah itu adalah perkara yang amat bertentangan dengan agama kita.

Maka saya ingin mengingatkan kepada siapa yang menyokong pimpinan UMNO pada hari ini yang mereka adalah gulungan yang membiarkan unsur rasuah didalam pimpinan yang amat bertentangan sekali dengan agama kita serta agama-agama yang lain. Malahan kita jangan lupa pesanan agama kita yang sesiapa yang memakan rasuah itu, menyerupai orang yang memakan daging saudaranya sendiri.

Tidak ada negara dan pimpinan serta tamaddun yang kekal jika rasuah melanda sesebuah negara dan tamaddunnya. Bacalah sejarah mana sekali pun, samada sejarah lama atau pun yang baru. Kenapa kita tidak mahu belajar dari contoh-contoh nyata ini? Kenapa perlu kita melalui pengalaman yang buruk tamaddun dan banyak negara lain yang telah melalui kesengsaraan negara dan rakyatnya yang dihasilkan oleh rasuah yang tidak dapat dikawal ini?

Bukankah kita tahu yang penamat kepada kerja rasuah ini ialah kehancuran sesebuah negara itu dan negara kita sekarang benar-benar sedang berada dilandasan yang begitu bahaya ini. Jika kita benar-benar beragama apakah peranan yang kita mesti lakukan jika kita tahu yang negara kita suatu hari akan hancur oleh kerana rasuah ini?

Adakah cukup kita ini beragama dengan hanya melaungkan Islam..Islam….tetapi di samping laungan itu pimpinan kita yang beragama Islam itu sedang melakukan perkara-perkara yang terkutuk itu? Tidak salah jika saya katakan yang mereka ini hanya setakat melaungkan isu-isu agama tetapi tidak pernah menjadikan Islam itu sebagai addin seperti yang dilaungkan disetiap perhimpunan agong UMNO dalam usul agama.

Addin kata orang, addin kata kita. Apa dia addin tidak siapa yang mahu berusaha untuk mengaddinkan agama seperti yang mereka laungkan itu. Salahguna kuasa, rasuah, melanggar perjanjian persekutuan dan menindas orang Melayu yang kononnya dalam perlindungan UMNO seperti yang dilaungkan sejak berdekad-dekad dahulu. Kerajaan Persekutuan telah merampas harta rakyat yang kebanyakkan nya Melayu dalam isu hasil minyak negeri Kelantan. Di manakah letaknya Islam dan addinnya di sini selain dari hanya memperjuangkan sebahagian kecil Melayu dalam UMNO itu sahaja?

Bagaimana dengan Melayu yang lain dan dimana Islam dan nilainya? Islam itu merupakan agama yang mempunyai nilai sejagat. Malahan disemua negara yang telah maju itu mengamalkan nilai Islam yang tinggi yang telah membawa kemajuan kepada negara mereka.

Apakah diantara banyak nilai Islam yang mereka laksanakan atau mereka addinkan itu?. Yang paling menonjol ialah, rasuah amat berkurangan kerana mereka tahu Islam dan agama mereka juga menolak rasuah habis-habisan. Selagi ada rasuah negara tidak akan berkembang apatah lagi dalam kontek pembangunan pemikiran dan nilai kehidupan. Mungkin mereka tidak Islam tetapi mereka melaksanakan kehendak serta tuntutan Islam.

Di negara ini juga sudah ada bukti yang kerajaan yang beretika dan sedang mengikut kehendak Islam yang sebenarnya dalam mentadbir beberapa buah negeri. Yang paling nyata nilai ini mula terlaksana ialah Pulau Pinang, Selangor dan negeri-negeri lain yang diperintah oleh parti alternatif kepada BN. Rasuahnya amat kecil malahan tidak nampak ianya berkembang, malahan mereka dalam kerajaan negeri-negeri dibawah PR ini sedang berhempas pulas untuk menghilangkan budaya rasuah yang besar-besar ini.

Tidak ada pula pemimpin PR yang menggunakan wang ringgit rakyat untuk membiayai majlis pertunangan anak mereka untuk ‘berglamour’. Tidak ada kes kerugian seperti kes PKFZ yang melibatkan RM12 billion. Tidak ada kes yang melibatkan pemimpin kanan menggunakan pengaruh mereka untuk mendapatkan pinjaman RM250 juta untuk memulakan bisnes monopoli lembu yang akhirnya menggunaka wang sebesar itu membeli harta-harta mewah di seluruh dunia untuk ahli-ahli keluarga mereka.

Tidak ada kes Menteri Besar yang mengaku miskin yang hanya menjual surat khabar dalam hidupnya telah membina mahligai semasa menjadi Menteri Besar. Saya tidak percaya jualan surat khabar dan tempe dahulu boleh mengumpulkan wang sebanyak berjuta-juta ringgit untuk membina sebuah mahligai. Tidak juga kedengaran Menteri Besar PR yang telah memindahkan wang RM10 juta melalui penggurup wang yang begitu ‘dubious’ keadaannya.

Dalam BN ada pemimpin tertinggi yang menggunakan kedudukannya untuk berniaga dengan Surahanjaya Pilihanraya melalui anak dan menantunya yang berjumlah ratusan juta. Tetapi pemimpin ini jugalah yang berdiri dihadapan perwakilan UMNO membaca cebisan-cebisan ayat-ayat al Quran dengan selambanya.

Mereka-mereka ini membaca ayat-ayat suci dari kitab Quran tetapi apabila melaksanakan tugas mereka menggunakan kedudukan mereka seperti apa yang dilakukan oleh Qarun seorang yang hampir dan rapat dengan raja Firaun dahulu.

Quran dan elemen Qarun ada dengan mereka dan dipergunakan silih berganti mengikut kehendak nafsu dan nafsi mereka. Apa pun orang nak mengata saya, saya tidak peduli kerana saya tahu dan memahami yang DAP telah berusaha untuk melaksanakan pentadbiran di Pulau Pinang itu sedang menghampiri nilai-nilai yang dituntut agama kita.

Jika UMNO berteriak tentang addin biarkan DAP melaksanakan addin itu. DAP juga telah membantu kerajaan pimpinan TS Khalid Ibrahim untuk melakukan kebaikkan seperti tuntutan Islam itu tadi….jauhkan rasuah dan salahguna kuasa dan melakukan perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Saya berdoa agar TS Khalid akan berjaya melakukan perkara yang beliau sedang lakukan dengan baik itu, walaupun beliau sentiasa ditekan oleh pihak UMNO. TS Khalid mesti faham yang UMNO tidak suka kepada kebaikkan yang dilakukan oleh TS Khalid.

Mereka sedang berusaha untuk merampas kembali negeri itu kerana negeri itu kaya raya supaya dapat menggunakan kekayaan negeri itu untuk pemimpin mereka sesama sendiri. Kita semua tahu apa yang berlaku di dalam UMNO kerana kita sekarang semuanya sedang berada di dalam dunia bermaklumat.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/