Showing posts with label wfauzdin. Show all posts
Showing posts with label wfauzdin. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

MAKA melalak melolong lah pemimpin Umno apabila tiada wakil kaum Melayu di dalam CEC Parti DAP....

ITU BARU "REAL" PUNYA KERJA KOMUNIS
Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA melalak melolong lah pemimpin Umporno terutamanya Timbalannya, Si Lembam apabila tiada wakil kaum Melayu di dalam CEC Parti DAP. Hujah beliau, ini menunjukkan DAP parti perkauman. Betapa cerdiknya Si Lembam membuat tafsiran sedemikian yang menyebabkan ramai yang bertanya ada berapa orang kaum India atau Cina berada di dalam MT Umporno, kecuali jika ada pun 'separuh india' atau Kutty.

Masalahnya tidak kira berapa orang Cina atau Melayu berada di saf kepimpinan sesebuah parti asalkan mereka bersih dari rasuah. Bagaimana dengan saf utama yang berada di dalam Umporno berbanding dengan DAP? Jauh langit dari bumi. Saf kepimpinan DAP lebih terbukti bersih dari saf Melayu di dalam Umporno.

Ketua Pemuda Umporno pernah terlibat di dalam politik wang sewaktu pemilihan di dalam parti mereka tetapi sekadar diberi amaran, melainkan si Isa Doraemon sahaja yang digantung. Ali Ketam dari Melaka pun terbabit dengan rasuah politik wang tetapi masih menjadi bos di Melaka. Ketua Wanita? Hah...Kak Ijat lagi dahsyat, sehinggakan satu dunia tahu kisah keluarga Kak Ijat bela lembu dalam kondo. Inilah di antara beberapa contoh saf yang ada di dalam Umporno. Itu belum diambil cerita Khir anak Toyol yang pernah berhajat mahu menjadi Ketua Pemuda Umporno.

Cuba ceritakan apa pula kisah pemimpin di dalam DAP yang melakukan perbuatan seperti yang tokoh-tokoh Umporno telah lakukan. Jawapannya, tiada. Ertinya, walaupun Cina tetapi mereka bersih dari Melayu yang berada di saf kepimpinan Umporno sekarang.

Oleh itu, hujah Si Lembam hanya tinggal sebagai hujah bodoh. Hujah yang menunjukkan betapa takutnya beliau dan parti sekutu Apco itu kepada DAP. Mereka tahu, kekuatan DAP banyak membantu kekuatan PR. Hakikatnya, jika ada pun wakil Melayu di dalam DAP, Si Lembam tetap akan memburukkan DAP juga tetapi hujahnya berbeza. Beliau mungkin akan berhujah pula bahawa masih ada orang-orang Melayu yang sanggup menjadi pemimpin di dalam parti "Komunis DAP". Hujah DAP itu komunis sudah sinonim dengan ahli-ahli Umporno. Tidak mengapa, asalkan 'Komunis' ini tidak membunuh umat-umat Islam di Memali. "Komunis" ini tidak rampas tanah rezab Melayu. "Komunis" ini juga tidak hina Raja-Raja Melayu.

Rakyat sekarang melihat Umporno sudah kekeringan idea untuk menyerang PR. Apa lagi yang boleh dilakukan oleh Umporno untuk menunjukkan parti mereka masih kuat dan gagah, sedangkan Presiden mereka terkenal dengan gelaran "Roti Canai Kosong tanpa telor"? Akhirnya, mereka terpaksa kembali kepada cara komunis yang sebenar iaitu lakukan keganasan dan baling batu dan cat kepada musuh mereka. Itu baru real punya kerja Komunis!!

http://wfauzdin.blogspot.com/2012/12/itu-baru-real-punya-kerja-komunis.html

Sunday, December 2, 2012

Gegak gempita PWTC dibuatnya umpama lembu kena penyakit 'lembu gila'..!!!

PERHIMPUNAN PERGI TANPA PAHALA, BALIK MENAMBAH DOSA

Oleh:  WFAUZDIN NS





BERPEKIK melalak segala juak-juak mereka di dalam satu perhimpunan.  Bermula dengan Presiden, Timbalan Presiden juga anak jantan muda dan betina, kesemuanya melolong bagai histeria.  Gegak gempita PWTC dibuatnya umpama lembu kena penyakit 'lembu gila'.
Tidak lain tidak bukan hanya kerana ingin tunjukkan bahawa sebenarnya mereka adalah pemimpin hebat dan gagah.  Mereka bukan dari jenis 'roti kosong' tanpa telor.  Maka bertepuk sehingga merah telapak tangan anak-anak buah mereka kerana bangga mereka mempunyai pemimpin yang berani menyalak di gelanggang sendiri.
Hakikatnya, satu dunia tahu bahawa itulah pemimpin yang satu-satunya di dunia ini paling penakut untuk berdepan dengan musuh politik mereka.  Sudah bertahun rakyat menanti pemimpin ini menunjukkan kejantanannya di khalayak umum, berhujah dengan fakta dan ilmu bagi menangkis hujah lawan politik mereka.  Malang sekali, tiada sedikit pun keberanian di dalam jiwa mereka kerana mereka mempunyai jiwa yang penuh dengan kekotoran.  
Orang salah sememangnya selalu takut.  Usahlah diberi berbagai alasan lagi kerana rakyat semakin bijak kecuali yang bertepuk tangan di dalam kandang PWTC itu yang belum sampai masanya untuk cerdik atau pun susah untuk membuang sikap mengampu yang selama ini menjadi tradisi mereka.
Sang Timbalan tanpa rasa malu dan segan mengutuk dan mengeji anak Ketua Pembangkang.  Kononnya Nurul Izzah itu akan menyesatkan umat-umat Islam.  Memang buta mata beliau tidak tahu beza di antara Nurul Izzah dengan Najwa, anaknya sendiri yang menjadi artis yang sering 'bertelanjang' itu.  Patutnya beliau malu untuk menuduh anak orang lain yang sentiasa menjaga moral dan auratnya sedangkan anaknya sendiri tubuh badannya setiap hari menjadi santapan jantan-jantan kemaruk.  
Begitu juga Sang Presiden.  Menghina dan memburuk-burukkan Anwar dan pimpinan seperti Tok Guru Nik Aziz.  Buta juga mata anak orang Pekan ini terhadap bini nya sendiri dan anak-anaknya yang juga 'bertelanjang' mendedahkan aurat.  Jika tanya kepada Iblis sekali pun, Iblis pun tahu menilai siapa lebih mulia di antara Bik Mama dan Wan Azizah.  Ertinya, mereka yang bertepuk dan bersorak, kemudiannya menangis air mata buaya di dalam PWTC hari itu, mereka lebih dahsyat dari Iblis untuk membuat penilaian.
Cuba tanya perwakilan yang hadir, apa yang mereka boleh rumuskan dan point-point yang mereka bawa balik dari PWTC?  Sudah pasti mereka akan lebih banyak bercerita tentang seronoknya tidor di hotel dan membeli belah sepanjang mereka berhimpun.   Kesihan mereka, sudahlah pergi tiada berpahala, balik pula membawa dosa.
 
http://wfauzdin.blogspot.com/2012/12/perhimpunan-pergi-tanpa-pahala-balik.html

Saturday, August 4, 2012

Cong Wei mampu menang sekiranya...... ............... ........... .......!!!

CHONG WEI MAMPU DAPAT EMAS ASALKAN BETINA PUAKA ITU TIDAK HADIR?


Oleh:  WFAUZDIN NS

SYABAS Lee Chong Wei !! Melangkah ke Final sudah cukup membanggakan kita buat jaguh badminton kesayangan rakyat Malaysia ini.  Esok (05 Ogos) jam 08.00 Mlm, kita menantikan kelahiran sulung sebutir Pingat Emas buat Malaysia dari Sukan Olimpik kali ini dan harapan kita terletak di bahu Chong Wei yang akan bertemu jaguh paling lasak dari China, Lin Dan.
Di samping Chong Wei, kita masih mengharapkan keputusan luar biasa petang ini di dalam beberapa jam lagi apabila jaguh Bergu kita Koo Kien Kiat/ Tan Boon Heong akan berdepan dengan jaguh Bergu China, Cai Yun/Fu Haifeng di dalam Separuh Akhir. Terdahulu, beregu kita ini beraksi cemerlang apabila menewaskan Bodin Isara- Maneepong Jongjit dari Thailand 21-16, 21-18 di Peringkat Suku Akhir.
Kita mengharapkan Pingat Emas dari kedua-dua mereka, namun bukan sesuatu yang mudah.  Harapan lebih diharapkan kepada Chong Wei tetapi kita jangan lupa pasangan Bergu kita kadangkala sering membuat kejutan yang tidak disangka.  Apa pun, Bergu kita akan ditentukan nasibnya petang ini.  Manakala esok pula kita tumpukan kepada Chong Wei untuk melahirkan Pingat Emas pertama buat negara.
Ada rakan yang selalu jumpa bomoh untuk memohon nombor ekor buat cerita karut di bulan puasa ini. Beliau beritahu harapan Chong Wei untuk menewaskan Lin Dan cerah kali ini asalkan `betina puaka' itu tidak datang ke stadium.  Aku tidak pernah yakin kepada ramalan bomoh tetapi memang aku berharap sangat Chong Wei menang samada Bik Mama yang dikatakan `betina puaka' itu datang atau tidak menyaksikan perlawanan genting itu nanti.  
Kadangkala aku terfikir, mungkin Chong Wei sengaja akan kalah jika 'betina puaka' itu hadir kerana Chong Wei tidak mahu Bik Mama memeluknya sehingga lemas jika beliau menang.  Itu jangkaan aku kerana aku tidak percaya 'betina puaka' itu membawa 'sial' walaupun lakinya suka membawa `haramjadah'.
Semoga Chong Wei berjaya membersihkan imej negara yang baru-baru ini tercemar akibat digelar kontijen perbarisan paling selekeh berpakaian./wfauzdin.blogspot.com

Monday, July 30, 2012

Zul Kulim sembang bab maruah..... puithhhhh..korek hidung dulu la bro..!!!

SIAPA ZUL KULUM YANG DESAK LAJIM LETAK JAWATAN?

Oleh:  WFAUZDIN NS
APABILA Datuk Seri Lajim Ukim mengumumkan meletakkan semua jawatannya di dalam Umno dan paling `menghiris' hati Najib adalah apabila Lajim mencabar Najib agar memecatnya dari kabinet dan parti seberapa segera.  Lajim kini masih memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan walaupun beberapa hari lalu beliau secara terus terang menyebut akan menyokong PR dan berada di pihak DS Anwar.
Mengapa Najib tidak mahu pecat Lajim? Umno kini benar-benar tenat.  Mahu mencari ahli baru amat susah maka bukan mudah juga mahu buang ahli apatah lagi tokoh berpengaruh seperti Lajim.   Tapi yang peliknya, Zul Kulum pula terhegeh-terhegeh suruh Lajim letak jawatan dari kabinet dan parti itu apa hal?  Zul Kulum selaku Naib Presiden PERKASA berkata, perkara itu perlu dilakukan Lajim sebagai menghormati prinsip demokrasi memandangkan perjuangan bekas ketua Umno Beaufort itu sudah lagi tidak sehaluan dengan PM, Najib.

Mimpikah Zul Kulum?  Beliau lupakah yang beliau sendiri paling tidak bermaruah dan bangsat sekali apabila tidak meletakkan jawatan sebagai MP Kulim Bandar Baru setelah beliau dipecat dari parti.  Beliau sedar, beliau menjadi MP adalah atas anugerah parti beliau dahulu iaitu PKR dan rakyat mengundi beliau pun atas logo yang beliau bawa.  Kini, beliau bawa logo apa?  Mungkin sekarang beliau berlogo `katak' maka adalah lebih bermaruah jika beliau meletakkan jawatannya.

Sabtu lalu, Lajim, 57, mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta merta. Beliau sebelum itu meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu.
Besar kemungkinan Zul Kulum cuba mengintai kalau-kalau beliau boleh ampu Najib untuk menggantikan tempat yang bakal dikosongkan oleh Lajim.  Sebab itulah tidak sabar-sabar Naib Presiden PERKASA ini menggesa Lajim letak jawatan segera sehingga dia sendiri lupa dia menenggek atas kerusi hak milik orang lain. Tidak malukah beliau?/wfauzdin.blogspot.com

Saturday, July 7, 2012

APA LOJIKNYA ANWAR MAHU BERSARA DARI POLITIK?

oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA DS Anwar menyebut bahawa beliau mungkin akan memikirkan untuk bersara di arena politik sekiranya PR gagal mengambil alih Putrajaya selepas PRU ke 13 akan datang, maka tokoh Pembangkang yang pertama mengulas isu ini adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz.  Kemudiannya beberapa pimpinan dari PKR dan DAP serta tidak ketinggalan juga dari beberapa tokoh Umno.
Ulasan Tuan Guru Nik Aziz penuh pengertian iaitu DS Anwar seharusnya terus `mengajar' rakyat Malaysia berpolitik tidak kira samada PR menang atau tewas.  Pimpinan dari PKR sepertima kenyataan Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah terus mempertahankan Ketua Umum iaitu ayahandanya sendiri bahawa PKR masih memerlukan bimbingan DS Anwar.  Pimpinan DAP pula tegas dari dulu iaitu DS Anwar mesti mengetuai PR dan DAP tetap yakin kali ini rejim Umno/Bn akan tumbang di Putrajaya.
Berbeza dengan ulasan pimpinan Umno.  Di antaranya kenyataan Fuad Zakarshi dan Idris Haron yang masih ragu-ragu akan kenyataan DS Anwar dan menganggap itu hanya satu kenyataan politik dan permainan psikologi bagi meraih simpati.  
Secara peribadi, saya bersetuju dengan kehendak DS Anwar itu.  Ada lojiknya kerana sudah terlalu lama DS Anwar menghambakan dirinya untuk rakyat dengan berbagai dugaan dan fitnah yang beliau tempuhi.  Kini, usia beliau mencecah 65 tahun di dalam keadaan tidak begitu cergas akibat penyakit tulang belakang yang dihidapinya.  Namun, tokoh reformasi ini terus melupakan semua itu dan pada setiap saat tiada waktu yang tidak melibatkan beliau dengan rakyat jelata.  Sabab hari, siang dan malam DS Anwar bersama rakyat, susah dan senang.  Tidak terfikir oleh kita, di dalam usia se tua itu, tokoh ini mampu bergerak di dalam dua atau tiga program serentak pada satu malam, kadangkala menjelajah di dua negeri dalam tarikh yang sama.  Terlalu kuat staminia yang `dipaksa' oleh DS Anwar.
Dari segi psikologi, amat mustahil tokoh yang sudah berusia ini mampu bergerak seaktif ini di dalam keadaan ditekan begitu hebat oleh musuh-musuh politik beliau melalui serangan tidak pernah putus melalui media.  Tuduhan seks, liwat, ejen asing, rasuah, fahaman ugama liberal, pro kaum Cina dan berbagai lagi tuduhan yang sehingga kini tiada satu pun yang dapat dibuktikan dan dipercayai rakyat yang bijak.  Malahan serangan berbentuk fizikal melibatkan diri dan keluarga beliau sendiri.  Bukan satu fitnah apabila kereta beliau disabotaj, anak beliau YB Nurul Izzah diugut melalui SMS, di baling batu ketika ceramah, kereta dikemekkan dan berbagai lagi sehingga beliau dapat menyaksikan bagaimana seorang tua penyokong kuatnya berdarah di hadapan beliau akibat dibaling batu oleh rejim sekutu Yahudi.
Beliau cuba hadapinya dengan kekuatan tenaga yang tidak sekuat orang muda.  Kekuatan rohani yang ada beliau memberanikan diri untuk mencabar ketua rejim Umno iaitu Najib Razak agar berdepan dengannya di pentas debat sebagai menebus penderitaan rakyat yang selama ini dizalimi oleh rejim sekutru Apco itu.  Malangnya, Najib yang lebih muda dari beliau, bukan lelaki sejati.  Najib hanya layak menjadi Menteri Wanita.  Najib sehingga kini terus mempamirkan sikap penakutnya untuk berdepan dengan DS Anwar.  Najib terpaksa gunakan media untuk melindungi telornya yang hilang di dalam seluar.
Di dalam usia mencecah 65 tahun sekarang ini, DS Anwar mungkin memikirkan apakah beliau boleh berdiri sekuat sekarang untuk 5 tahun lagi seandainya PR tidak mampu ke Putrajaya?  Jika PR tewas (Nau'zubillah) di dalam PRU ke 13 nanti, kita terpaksa menunggu untuk 5 tahun lagi.  Ketika itu, tokoh ini telah mencapai usia mencecah 70 tahun.  Mungkin beliau berfikir, apakah yang boleh beliau lakukan di dalam keadaan usia sedemikian?  
Saya juga boleh bersetuju jika kenyataan DS Anwar ini merupakan kenyataan psikologi yang baik.  Beliau mahu semua pemimpin dan penyokong di dalam PR, terutamanya di dalam PKR sendiri untuk bekerja keras dari sekarang seperti yang beliau telah lakukan.  Jika mahu beliau menerajui negara ini di dalam keadaan masih bertenaga seperti sekarang, tiada pilihan lain kecuali rampas Putrajaya di dalam PRU ke 13 ini.  Di samping itu, pimpinan semua parti di dalam PR mesti lah bersedia untuk menampilkan tokoh muda yang berkaliber bagi meneruskan perjuangan ini.  
Umumnya, kita menyokong PKR atau PR bukan kerana tubuh DS Anwar.  Samada beliau masih ada bersama kita, atau beliau di dalam penjara, mahupun beliau bersara atau pergi selama-lamanya dari dunia yang fana ini, kita yang masih hidup wajib terus berjuang tumbangkan rejim zalim Umno/Bn.  Cuma, pada waktu ini, ketika dan saat ini, kita perlukan nakhoda yang kuat, gagah dan licik seperti DS Anwar.  Tapi, untuk 5 tahun akan datang kita tidak tergamak lagi untuk `memaksa' tokoh ini terus menghadapi dugaan dan fitnah seperti yang sedang beliau hadapi sekarang. /wfauzdin.blogspot.com

Saturday, June 23, 2012

Hangpa Tok Sah Dok Percaya Laa Nak Siarkan MANIFESTO dekat RTM tuu..!!!

TERUS TERANG SAHAJA MEDIA KITA MEMANG BANGSAT

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
RAIS YATIM, Menteri Komunikasi dan Kebudayaan pada 7 Jun lepas berkata parti politik akan dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM setelah kertas Kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri.  Ada yang percayakah dengan cakap-cakap Ahli Parlimen Jelebu yang kuat berbohong ini?
 
Jika Rais Yatim yang dahulunya pernah `membakar jambatan' dengan Umno kemudian melutut semula dengan Umno untuk cari makan, adakah rakyat boleh percaya lagi dengan beliau?  Berkenaan kebenaran parti-parti politik untuk membentangkan manifesto masing-masing melalui RTM, belum pun sempat ianya dilaksanakan, ada pencacai lain tolong jelaskan apa yang Rais Yatim maksudkan itu.  Pengerusi SPR bercakap bagi pihak Rais Yatim iaitu hanya rakaman sahaja dibenarkan.
Ertinya, kita bentangkan manifesto dan RTM rakam, kemudian akan disiarkan.  Orang gila mana yang percaya jika rakaman dibuat kemudian disiarkan tanpa disunting?  Siapa tidak kenal media di bawah kawalan Umno ini?  Kononnya jika manifesto dibuat secara langsung, nanti ada yang tidak terkawal contohnya mengaibkan seseorang pemimpin.
Semenjak bila RTM peka dengan kerja-kerja mengaibkan pemimpin ini?  Pengerusi SPR tidak pernah menonton TV kah?  Sudah bertahun media haprak ini buat kerja mengaibkan pemimpin pembangkang.  Daripada isu yang dicipta-cipta sehinggalah kepada isu seks dan lucah, mana pernah media ini berhenti sehingga sekarang?  Mengapa di dalam bab manifesto ini bukan main lagi Pengerusi SPR ini mengampu Rais?
Sudahlah.  Cakap sahaja terus terang memang tiada kebebasan media di dalam negara ini sebab kita kenal siapa Pengerusi SPR ini.  Bangsat sungguh./wfauzdin.blogspot.com

Tuesday, June 19, 2012

Menjawab "KEJAHILAN MUHYIDDIN" sewaktu di KEDAH semalam..!!!

MUHYIDDIN MENUNJUKKAN KEJAHILANNYA MERATA-RATA


  

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
MUHYIDDIN YASSIN selaku TPM terus tidak segan silu menipu rakyat.  Mungkin beliau kini kehabisan modal lagi untuk mengajak rakyat terus bersama parti korup yang bernama Umno.  Mungkin juga beliau mahu `cover' malunya apabila dihentam oleh DS Anwar Ibrahim apabila Ketua Pembangkang ini mengajak beliau bersama-sama dedahkan akaun atau kekayaan masing-masing.
 
Di Kuala Nerang, TPM berterusan menggunakan modal lapuk lagi usang untuk menyerang PR terutamanya PAS kerana di Kedah sekarang PAS mengetuai kerajaan.  Saya mahu menjawab hujah-hujah lapuk Muhyiddin itu kerana bagi saya hujah Muhyiddin terlalu `low class' untuk dijawab oleh pimpinan kita.
 
Beliau menyebut bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan sesiapa mengundi PAS mendapat pahala sedangkan sebelum ini Nik Aziz mendakwa sesiapa yang mengundi PAS akan masuk syurga manakala mengundi Umno akan masuk neraka.  Jelas, Muhyiddin menipu apabila beliau mendakwa Tuan Guru Nik Aziz ada mendakwa `mengundi PAS masuk Syurga, mengundi Umno masuk Neraka".  Bahkan, Tuan Guru Nik Aziz pernah mencabar pemimpin-pemimpin Umno termasuk para Mufti menunjukkan bukti bahawa beliau ada berkata sedemikian.
 
Apa yang sering disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz adalah, menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dengan niat untuk menegakkan Islam itu berpahala, sebaliknya sesiapa yang menyokong mana-mana golongan yang menentang perjuangan Islam atau golongan yang memperjuangkan dasar kebangsaan semata-mata, dasar komunis atau apa jua dasar yang bertentangan dengan Islam akan mendapat dosa.  Apabila disebut pahala, Allah telah menjanjikan Syurga manakala jika disebut dosa Allah menjanjikan Neraka.  Ini bukan soal PAS atau Umno, tetapi soal hukum memperjuangkan Islam.  Tuan Guru Nik Aziz pernah menyebut jika Umno sanggup memperjuangkan Islam, PAS akan dibubarkan dan semua ahli PAS akan bersama Umno dan biarlah Umno memerintah negara ini sehingga kiamat.  
 
Mengapa begitu jahilnya Muhyiddin yang dikatakan bapanya seorang yang kuat agama ini? Memanglah urusan Syurga dan Neraka itu hak Allah, tetapi sebagai hambanya Allah perintahkan kita untuk menurut kehendak Islam.  Adakah jika kita menurut kehendak Islam, maka Allah tempatkan kita ke Neraka?  Contohnya mudah, Allah halalkan minum susu lembu dan Allah mengharamkan minum arak.  Jika kita minum arak juga, adakah Allah letakkan kita ke Syurga? 
Muhyiddin juga menunjukkan kejahilannya di dalam hukum terhadap rakyat yang menerima BR1M sebanyak RM 500 itu.  Katanya, apabila kerajaan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), PAS mengeluarkan fatwa ia adalah rasuah tetapi anggota (parti) mereka tetap mengambilnya.  Kalau rasuah janganlah terima, kata Muhyiddin.  PAS tidak pernah mengatakan penerima BR1M itu sebagai penerima rasuah, malahan PAS sentiasa menyeru rakyat agar mengambilnya.  
 
Apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai rasuah itu adalah jika si penerima BR1M itu mengambil wang berkenaan, dan dengan mendapat wang tersebut beliau sanggup mengikut kehendak si pemberi dengan menyokong Umno/Bn maka itulah rasuah namanya dan ianya tetap wang rasuah.  Sebaliknya, jika rakyat menerima wang berkenaan dan tidak berubah pendirian mereka, maka wang itu bukan rasuah dan wang itu memang hak mereka yang sepatutnya mereka terima.  Ertikata lain, pemberian wang atau projek atau bantuan sebanyak mana sekali pun selagi tidak mempengaruhi mereka, maka ianya bukan perbuatan rasuah.  Susah sangatkah Muhyiddin mahu menafsirkan erti rasuah ini?

Kata Muhyiddin lagi, Pakatan pembangkang mengeluarkan Buku Jingga yang merupakan janji-janji mereka jika berjaya menawan Putrajaya tetapi kalau diteliti, jika ia dilaksanakan, boleh menyebabkan negara muflis.  Hujah bengap dari Muhyiddin ini pasti akan ditertawakan oleh rakyat yang berakal kecuali mereka yang bersekongkol dengan lembu-lembu kondo.  Muhyiddin patut sebut di bahagian manakah di dalam Buku Jingga yang boleh menjadikan negara ini bankrap?  Penurunan harga minyak?  Kemudahan wifi percuma?  Penghapusan Tol?  Beliau tidak berani sebut kerana jika beliau sebut menampakkan lagi kebebalannya.  Semua hujah Muhyiddin tersebut telah dijawab awal lagi oleh DS Anwar.  Sebab itulah DS Anwar berkali-kali mencabar Najib atau Muhyiddin untuk berdebat mengenai Buku Jingga.  
 
Masalahnya, pemimpin Umno tidak mampu untuk berhujah dengan DS Anwar kerana mereka tahu apa yang terkandung di dalam Buku Jingga itu releven dan boleh direalisasikan.  Cuma Umno sahaja tidak mampu melaksanakannya kerana Umno dan rasuah tidak boleh dipisahkan.  Tidak ada negara yang dasarnya membantu rakyat dan tidak rasuah boleh bankrap.  Apa yang selalu kita lihat negara menjadi bankrap apabila negara tidak dapat diurus dengan baik, telus dan amanah. Kita masih ingat, sewaktu awal-awal PR memerintah Selangor dengan memperkenalkan air percuma dan beberapa insentif lain untuk kebajikan rakyat Selangor, pemimpin Umno memberi amaran kerajaan di bawah Tan Sri Khalid itu hanya mampu bertahan 3 bulan sahaja.  Sekarang terbukti, hampir sepenggal PR memerintah Selangor, usahkan bankrap malahan bertambah kantung simpanan Selangor melebihi 1 Bilion.  Sekali lagi Muhyiddin menunjukkan kecetekan beliau di dalam membicarakan soal ekonomi.
 
Kunci pertama untuk kita menilai samada pemimpin Umno ini ikhlas atau menipu rakyat amat mudah.  Pertama, kita lihat rekod 50 tahun lebih mereka mentadbir negeri atau negara ini.  Adakah kita semakin senang atau susah?  Adakah kita boleh mendabik dada mengatakan kita kini hidup di dalam kesenangan hanya kerana mendapat BR1M sebanyak RM500 dan pemberian RM15, 000 buat Peneroka Felda?  Kita jangan mengukur kesenangan hidup hanya dengan duit, itu pun setelah mereka memerintah lebih 50 tahun baru mereka mahu menghulur sebanyak itu.  Sudah berapa banyak wang rakyat lesap ditelan oleh mereka selama berpuluh tahun sebelum ini?  
 
Keduanya, jika pemimpin Umno ini benar-benar ikhlas dan jujur mereka pasti akan sanggup berdepan dengan cabaran DS Anwar untuk berdebat di dalam soal ekonomi negara.  Apa yang perlu mereka takutkan jika mereka benar?  Apa yang mereka mahu khuatirkan jika mereka tidak rasuah dan menyeleweng?  Kononnya DS Anwar akan bankrapkan negara, kononnya DS Anwar tidak boleh mengurus ekonomi negara, jika mereka ada hujah sedemikian alangkah baiknya jika mereka gunakan hujah-hujah mereka untuk menangkis Buku Jingga yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat di dalam perdebatan.  Ketika itu, jika rakyat merasakan hujah pemimpin Umno itu betul maka sudah tentu rakyat tidak mempercayai janji-janji Pakatan Rakyat.  Tetapi, jika rakyat pula melihat bahawa terbukti Umno mengamalkan rasuah dan penyelewengan, maka sudah pasti rakyat akan menolak Umno.  Itulah sebenarnya yang amat ditakuti oleh Najib dan Muhyiddin.
 
Sehubungan itu, tiada sebab rakyat di Kedah, Selangor, P.Pinang, Kelantan dan Perak untuk menukar kerajaan yang mereka pilih pada Tahun 2008 yang lalu.  Bahkan, di negeri-negeri lain juga mereka telah melihat betapa jauh bezanya umpama langit dan bumi pemerintahan di bawah Pakatan Rakyat di negeri-negeri berkenaan (kecuali Perak yang telah dirampas oleh lanun) berbanding ketika berada di bawah Umno/Bn. Maka, tiada sebab untuk rakyat tidak memilih Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya kecuali mereka yang buta hati sahaja yang masih mengharapkan parti penuh rasuah ini untuk terus berkuasa./wfauzdin.blogspot.com 

Sunday, June 17, 2012

RAJA MANA YANG BERTUAH DAN RAJA MANA YANG MALANG?

Oleh:  WFAUZDIN NS

OLEH kerana Tunku Mahkota Johor telah menimbulkan isu 'Mengapa Orang Melayu Sahaja Yang Suka Menjatuhkan Raja" di dalam Twitter beliau seperti yang dipetik oleh Malaysiakini di SINI, maka terpanggil untuk saya mengulas isu berkenaan. 
Hakikatnya orang-orang Melayu terlalu sensitif dengan Raja mereka.  Ada rakyat yang benar-benar mahu melihat institusi Raja benar-benar berperanan sebagai pelindung kepada ugama, bangsa dan negara.  Rakyat jenis ini kebanyakannya terdiri dari semua kaum, tidak kira Melayu atau bukan Melayu.  Tetapi, ada juga rakyat yang mahu `menumpang' nama Raja-Raja untuk kepentingan diri mereka atau kumpulan mereka sahaja, terutama apabila mereka terdesak atau tertekan.  Golongan ini hanya kembali kepada Raja setelah mereka merasa lemah, tetapi sewaktu mereka gagah mereka ketepikan Raja-Raja bahkan mereka menghina Raja-Raja sesuka hati.  Bukti dan fakta adalah jelas jika kita imbau kembali terutamanya pada tahun 1993.  Saya telah menulis fakta-fakta dan bukti ini di dalam penulisan saya sebelum ini.
Persoalan mengapa kaum-kaum lain tidak sehebat kaum Melayu yang saya maksudkan kaum Melayu tertentu pada tahun 1993 itu di dalam mempersendakan Raja-Raja?  Sebenarnya kaum-kaum lain akur bahawa isu Raja amat sensitif buat mereka sentuh kerana institusi Raja ada sejarahnya kepada kaum Melayu dan negara ini.  Tidak menyentuh isu Raja bukan bermakna semua tindakan Raja-Raja dipersetujui oleh kaum-kaum bukan Melayu.  Siapa boleh nafikan bahawa tidak semua Raja bertindak dengan betul.
Memang kita bertuah kerana mempunyai Raja dan Raja juga bertuah kerana memiliki rakyat yang seharusnya dipayungi oleh Raja.  Tetapi seandainya negeri atau negara tiada Raja, ianya tidak bererti akan punah ranah atau hancurlah bangsa di negeri atau negara itu.   Mari rujuk Melaka, sebuah negeri yang dahulunya mempunyai Raja tetapi kini Melaka tiada Raja atau Sultan.  Adakah hilang bangsa Melayu atau Islam di Melaka?  Rakyat Melaka berbangsa Melayu kini masih berbahasa Melayu dan berugama Islam dan berapa orang Melayu di Melaka yang berkahwin dengan keturunan penjajah Portugis akibat tiadanya Raja di Melaka sejak tahun 1511?
Mana-mana negeri yang masih memiliki Raja, rakyatnya haruslah menyanjung institusi Raja dan mempertahankannya.  Menyayangi Raja bukan bererti membodek Raja.  Sayang kepada Raja mestilah peka kepada Raja, yang baik rakyat wajib sanjung tetapi sebagai manusia Raja juga kadangkala khilaf, maka rakyat yang sayang kepada Raja mestilah menegur.  Raja yang baik adalah Raja yang boleh menerima teguran rakyat.
Sekiranya Tunku Mahkota Johor merasa pelik mengapa orang-orang Melayu suka menjatuhkan Raja, sejarah tahun 1993 ada jawapannya.  Tun Mahathir juga ada jawapannya.  Tahun 2008, di Terengganu persoalan Tunku Mahkota Johor ini tentu boleh dijawab oleh puak-puak Idris Jusoh waktu itu.  Memang benar, di hadapan Istana Terengganu waktu itu bukan kaum Cina yang memasang pemidang menggelar Raja bahkan Yang DiPertuan Agung dengan satu gelaran yang amat buruk.
Amat malang sekali jika ada lagi kaum Melayu yang bercita-cita untuk menjatuhkan Raja atau memalukan Raja-Raja seperti di tahun 1993 itu.  Tetapi, amat bertuah sekali jika ada seorang rakyat dari bangsa Melayu yang berani menegur Raja kerana cintakan Raja nya. Bertuahlah mana-mana Raja yang ada disekelilingnya rakyat yang boleh menegurnya jika tersalah, dan malang lah mana-mana Raja yang di sekelilingnya hanyalah para pengampu dan pembodek./wfauzdin.blogspot.com

Wednesday, May 2, 2012

Aduhai Siap Flying Kick lagi... Polis ka Bruce Lee..??

VIDEO - CHEGU BARD TIDAK SERIK WALAU DILANYAK SEPARUH MATI

Oleh:  WFAUZDIN NS


BENARKAH peserta-peserta BERSIH 3.0 sememangnya merancang untuk merempuh pasukan keselamatan di Dataran Merdeka pada 28 April baru-baru ini?  Jika ianya benar, aku merasakan perancangan oleh Penganjur BERSIH 3.0 pada hari tersebut ternyata amat lemah malahan perancangan paling bodoh walaupun pimpinan BERSIH serta para penyokong BERSIH mempunyai ratusan pakar-pakar strategi termasuk dari kalangan bekas-bekas pegawai tentera.
Inilah wajah Chegu Bard dan Sani (Ketua AMK Rembau) setelah dibelasah teruk
Lojikkah pada akal perancangan menggempur pihak keselamatan tidak dilaksanakan serentak, sedangkan pada waktu itu sekeliling Dataran Merdeka telah dikepung oleh peserta-peserta BERSIH?  Bayangkan jika gempuran dilakukan serentak di kiri kanan, depan dan belakang sekumpulan pasukan keselamatan dan trak-trak FRU.  Sudah tentu tragedi pada 28 April yang lalu menjadi satu sejarah paling pahit untuk dikenang oleh pihak keselamatan.

Tetapi apa yang berlaku pada 28 April itu tidak berlaku sedemikian.  Ini cukup jelas membuktikan tiada perancangan untuk menggempur pihak keselamatan.  Apa yang berlaku hanyalah peserta BERSIH meluru masuk ke tempat yang mereka mahu tuju iaitu Dataran Merdeka.  Mengapa mereka meluru masuk?  Sebabnya mereka telah melihat kawat duri dan halangan telah `dibuka'.  Siapa yang membukanya?  Soal ini kita serahkan kepada pihak yang akan menyiasatnya.  Cuma, apa yang jelas peserta-peserta BERSIH sejak awal mahu berada di Dataran Merdeka untuk mereka DUDUK DAN BANTAH.
Mengapa susah sangat pihak berkuasa untuk memberikan kebenaran untuk mengunakan Dataran Merdeka?  Mengapa ditawarkan Stadium Merdeka sedangkan sewaktu BERSIH 2.0 dahulu kita pohon stadium tersebut mereka tetap tidak mengizinkan?  Contoh terbaik perhimpunan aman adalah seperti di Kuantan, Pahang sewaktu Himpunan Hijau bertempat di Padang MPK 4, Kemunting.  Ketika itu, puluhan ribu berhimpun dengan aman bukan hanya duduk tetapi berdiri, melompat dan berarak tanpa melanggar adab dan tatasusila.  Di Kuantan ketika itu, pihak keselamatan duduk berkawal dengan santai tanpa sebarang provokasi dari mana-mana pihak.  Oleh kerana pihak keselamatan bertugas dengan penuh profesional dan para peserta perhimpunan juga penuh dengan tanggungjawab, maka Himpunan Hijau berjalan dengan aman dan tertib.
Mengapa ini tidak berlaku di Dataran Merdeka?  Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana ketakutan rejim untuk menghadapi kebangkitan rakyat.  Rejim sedar tipu daya mereka kini mulai terbongkar sehinggakan pembongkaran paling serius adalah bagaimana Pengerusi SPR dan Timbalannya dikenalpasti sebagai ahli-ahli UMNO.
Syabas kepada Chegu Bard, Penyelaras Solidiriti  Anak Muda Malaysia (SAMM) di antara beberapa pimpinan yang teruk dibelasah pada hari tersebut.  Beliau terus ditahan, dan sebaik sahaja dibebaskan beliau berehat seketika di rumah dan kemudiannya kembali semula ke pentas ceramah di dua tempat sekitar KL iaitu di Selayang dan Rawang.  Malam tadi (01 Mei) pula beliau hadir di hadapan lebih 10 ribu orang di Ampangan, Seremban.  Kekentalan dan semangat Chegu Bard pasti akan menyuntik semangat anak-anak muda untuk bersedia bangkit menghadapi BERSIH 4.0.  Kita sama-sama nantikannya

Link = ./wfauzdin.blogspot.com

Friday, January 27, 2012

Kisah Jalan Kebun - Itu la UMNO... nak buat ceramah sebelah menyebelah sangat last kantoi orang tak dak..

FOTO - HEBAT SANGATKAH UMNO DI JALAN KEBUN? PROGRAM MALAM TADI MEMBUKTIKAN MEMANG UMNO HEBAT !!

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAM tadi di Jalan Kebun, ramai yang menjangkakan sesuatu yang `panas' akan berlaku. Maklumlah baru beberapa hari di kawasan itu telah diadakan Pelancaran ABU (Asalkan Bukan Umno) yang mana puak-puak bacul yang gentar Umno berkubur datang mengganggu program tersebut.

Maka, berlakulah apa yang tidak sepatutnya berlaku pada malam yang menampilkan Chegu Bard, Mat Sabu, pemimpin Hindraf dan beberapa NGO lain yang begitu jijik dengan Umno. Apakah mereka ingat kita takut? Mereka silap besar kerana kumpulan ABU tidak pernah kenal erti takut sepertimana Najib takut dengan debat.

Maka, malam tadi diadakan program ceramah di kawasan yang sama tetapi kali ini kita hanya menampilkan tokoh wanita sahaja untuk melihat sejauh mana hebatnya pencacai-pencacai di situ. YB Nurul Izzah sudah memadai untuk berdepan dengan pencacai-pencacai di kawasan itu. Kali ini mereka tidak tampil seperti malam yang sudah. Mereka tahu mereka akan `lunyai' dikerjakan sekiranya mereka biadab kali ini.

Puak pencacai pun merancang mengadakan program ceramah yang sama dan jarak lokasi ceramah mereka dengan ceramah anjuran kita lebih kurang 150 meter sahaja. Aku pun tidak tahu mengapa permit dibenarkan di dalam keadaan jarak sedemikian. Katanya, Jalan Kebun mereka mempunyai solid penyokong parti Melayu yang semakin layu itu. Benarkah?

Lihat foto di bawah dan bandingkan sambutan orang ramai terhadap kedua-dua program yang diadakan serentak malam tadi; Maka, sewajarnyalah puak pencacai yang bacul ini amat takut dengan Program ABU.

Ini ceramah UMNO.....

macam tempat zombi kampung pisang lak...

kerusi setia mendengar ceramah umno

ini lah jumlah yang ada setelah siap dicampurkan dengan kuncu-kuncu panglima buntal
Di bawah ini Ceramah Pakatan Rakyat. Ini baru YB Nurul Izzah sahaja yang tampil.....





keadaandi belah luar di setiap tingkap yang ada..

peniaga pun dapat mencari rezeki

melimpah keluar


Terima kasih kepada Blog Liang Lahad.Blogspot di atas ihsan foto-foto di atas./wfauzdin.blogspot.com

Sunday, December 18, 2011

Tun Mahathir tidak perlu merepek soal perpaduan, beliau punca segala perpecahan

Oleh WFAUZDIN NS
TUN Mahathir tidak perlu merepek soal mengapa Melayu dan umat Islam berpecah. Sekiranya beliau masih siuman dan tidak mudah lupa, beliau pasti tahu siapa tokoh utama yang menjadikan Melayu dan umat Islam ini mula berpecah belah angkara politik atau agama. Di dalam Malaysiakini, Tun menyebut bahawa Melayu dan umat Islam berpecah bukan kerana agama tetapi sebaliknya kerana fahaman politik. Tidak menghairankan jika Tun menyebut sedemikian kerana Tun dikenali sebagai orang yang tidak pernah menganggap politik itu adalah sebahagian dari agama, ertinya bekas PM kita ini adalah berfahaman sekular yang pernah memimpin parti yang sekular.

Dari segi politik, di zaman Tun memimpin negara ini, kita lihat bagaimana Tun menjadi punca Melayu di dalam parti beliau sendiri berpecah belah. Perpecahan paling besar yang dapat saya ingat adalah sewaktu pertandingan jawatan Presiden Umno di antara Tun Mahathir dengan Tengku Razaliegh Hamzah. Tun hampir tewas, Umno diharamkan oleh keputusan Mahkamah dan tertubuhnya Umno (Baru) yang Tun sendiri menjadi Presidennya dan Parti Semangat 46 (S46) dipimpin oleh Tengku Razaliegh.

Taktik licik dan kotor Tun di dalam pemilihan jawatan Presiden Umno itu lah punca mengapa Umno terbahagi dua dan perpecahan besar terus berlaku di kalangan orang Melayu di dalam Umno. Selepas itu, tokoh Melayu yang hebat seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn sanggup keluar dari Umno sehingga ke hujung hayat mereka. Bukan sedikit angkara Tun menjadi Melayu berpecah belah.
Anwar cuba untuk `mengislamisasikan' Umno di bawah Tun

Tun tidak selesai di situ untuk terus memecahkan orang-orang Melayu hatta di dalam partinya sendiri demi untuk menjaga kepentingannya. Tahun 1998, Tun sekali lagi membuatkan orang Melayu terutamanya di dalam Umno pimpinannya berpecah belah seterusnya semakin meluat dengan Umno itu sendiri. Kezaliman dan fitnah terhadap Timbalan Presiden Umno, DS Anwar Ibrahim yang dikatakan lebih berpengaruh daripada beliau ketika itu menjadikan Melayu semakin berpecah. Bahkan, apa yang berlaku terhadap DS Anwar memberi kesan bukan sahaja kepada Umno bahkan turut mendapat bantahan hebat dari NGO-NGO dan parti Pembangkang terutamanya dari PAS.
Anwar dizalimi dan difitnah
Hasil dari tangan Tun Mahathir itu jugalah menjadi punca sehingga kini Umno tidak lagi gagah dan kuat untuk menjadi parti yang kononnya memperjuangkan nasib orang-orang Melayu jauh sekali untuk memperjuangkan Islam. Wujudnya Parti Keadilan mempercepatkan lagi Umno menuju ke liang lahad. Walaupun dikatakan Umno kembali bernafas selepas PRU tahun 2004, tetapi sikap bongkak dan ego pemimpin Umno di waktu mereka kembali gagah menyebabkan Umno hampir lumpuh sebagai parti yang menjadi tunjang Kerajaan Bn selepas PRU ke 12, tahun 2008.

Kita masih ingat waktu itu, Tun Mahathir ketika tidak lagi menjadi PM tetapi masih suka berlagak mempunyai kuasa dan pengaruh. Beliau sering mengganggu urusan Pak Lah yang ketika itu menjadi PM dan terlebih-lebih mengkritik beliau apatah lagi Pak Lah ketika itu membatalkan projek Jambatan Bengkok ke Singapura yang diilhamkan oleh Tun sebelum itu. Sikap Tun yang suka mencampuri urusan pentadbiran Pak Lah sehingga beliau sanggup keluar dari Umno seketika menjadikan dalil yang kuat untuk menyebut bahawa Tun sebenarnya memang tidak suka Melayu bersatu.

Tun Mahathir menjadi punca Melayu dalam Umno pening

Perpecahan Melayu dan Islam di era Tun terlalu banyak disebabkan oleh sikap beliau yang sememangnya sanggup `mencantas' sesiapa sahaja yang dianggap boleh membahayakan politik beliau. Beliau juga terlalu anti dengan perkembangan Islam yang cuba dibawa oleh sesiapa sahaja samada dari dalam Umno mahu pun oleh PAS. Cita-cita DS Anwar untuk `mengislamisasikan' Umno dari dalam dapat dicantas oleh Tun dan DS Anwar dipecat secara tidak bermoral.

Tun Mahathir mempunyai rekod yang banyak di dalam menghina hukum Islam. Tiada apa yang tidak dihina oleh Tun. Dari soal janggut, serban, jubah sehinggalah ke soal Hukum Hudud kesemuanya pernah dihina oleh Tun Mahathir. Perpecahan Melayu dan umat Islam terpaksa berlaku apabila ada golongan yang ingin memperjuangkan Islam dan ada golongan yang suka menghina dan menolak Islam. Tun juga menjadikan Institusi Raja yang menjadi simbol kekuatan dan kemegahan Melayu tidak lagi berdaulat bila mana kuasa Raja-Raja Melayu `dirampas' oleh beliau melalui pindaan Perlembagaan. Jika simbol kekuatan umat Melayu ini pun sanggup diperlakukan sedemikian rupa, adakah Tun benar-benar serius tentang perpaduan Melayu?

Justeru itu, Tun Mahathir tidak perlu merepek soal perpecahan Melayu dan Islam kerana beliau adalah tokoh kepada perpecahan tersebut.

Saturday, December 17, 2011

Wakil Rakyat Yang Melompat Parti Hendaklah Bertanding Semula

Oleh: WFAUZDIN NS

http://zainulfaqar.blog.com/files/2010/04/frog.jpgPENDENGARAN Awam Jawatankuasa Khas Parlimen penambahbaikan Pilihanraya baru-baru ini telah mendengar satu cadangan yang pada saya amat baik untuk sokong agar dikuatkuasakan. Cadangan tersebut adalah mengadakan undang-undang dan peraturan bahawa Adun/MP yang melompat parti diwajibkan mengosongkan kerusinya untuk diadakan Pilihanraya semula bagi menentukan samada tindakannya itu direstui oleh para pengundi di kawasannya.

Cadangan itu menyebut, setiap Adun/MP yang melompat parti ke parti yang bukan dari komponen parti asalnya, contohnya Adun/MP dari Umno/Bn melompat ke parti PR, maka hendaklah diadakan Pilihanraya semula di kawasannya dan Adun/MP tersebut dibenarkan bertanding bagi mewakili parti yang baru disertainya. Begitu juga jika Adun/MP berkenaan melompat menjadi calon Bebas.

Melainkan, sekiranya Adun/MP berkenaan melompat dari partinya ke parti yang menjadi rakan sekutu partinya maka tidak perlu diadakan Pilihanraya. Sebagai contoh, Adun/MP dari PKR melompat menyertai PAS maka tidak perlu kerusi tersebut dikosongkan. Begitu juga jika Adun/MP dari Umno melompat menyertai parti Gerakan maka tidak perlu kerusi tersebut dikosongkan.

Peraturan ini perlu diwujudkan demi kebaikan dan keadilan semua pihak, khususnya untuk rakyat yang telah memberikan amanah kepada calon berkenaan. Di antara lain, sebab-sebab peraturan ini perlu dikuatkuasakan adalah seperti berikut;

1. Mengelak dari amalan rasuah, jual beli Adun/MP.

2. Mengelak dari berlakunya `rampasan kuasa' secara tidak demokratik samada di peringkat Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri.

3. Mewujudkan sebuah kerajaan yang benar-benar datang dari pilihan rakyat, bukan dari pilihan atau selera Adun/MP yang kadangkala mempunyai kepentingan peribadi.

4. Melahirkan suasana yang tenteram, rakyat tidak memberontak dan merasa tidak berpuas hati jika Adun/MP yang mereka pilih khianat terhadap mereka.

5. Adun/MP yang berhasrat untuk melompat parti akan berfikir dua, tiga kali untuk berbuat demikian kerana belum tentu beliau akan menang semula jika Pilihanraya Kecil diadakan.

Sebenarnya terlalu banyak kebaikan yang boleh diperolehi sekiranya peraturan ini dikuatkuasakan, tetapi yang paling penting adalah demokrasi hendaklah diamalkan di mana hak rakyat mesti dihormati bagi menentukan Wakil Rakyat yang mereka pilih. /wfauzdin.blogspot.com

Sunday, December 11, 2011

Umno Menilai Islam Dengan Melihat Jumlah Berapa Banyak Masjid ?

Oleh: WFAUZDIN NS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCVnJHyQPC7oj_jCQfQr5YqGzNCi7oUhyphenhyphenev7OV77ejldhgKtVstD9Q5NneV7pNz7EjAQczsfmHIbWJ1zeflFJTVFS5kZvSuvC_9kUwRTG0M465feJQINJ1ajjn1-znHG4AcZfIyvf9uqjr/s400/masjid+putih+tok+uban.JPGMAKA, Umno pun terkejut apabila dikatakan Kerajaan PAS Kelantan hanya membina sebuah masjid sahaja di Bumi Serambi Mekah tersebut sepanjang lebih 20 tahun PAS berkuasa. Mengapa Umno terkejut? Ini adalah kerana di dalam kepala otak pemimpin Umno adalah Islam itu masjid, banyak masjid maka hebatlah Islam itu.

Memetik kenydcxataan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Wira Mohd Johari Baharom di dalam Malaysiakini, beliau tidak terkejut dengan pengakuan pemimpin Pas Kelantan bahawa kerajaan negeri itu hanya membina sebuah masjid sejak 20 tahun memerintah Kelantan.

johari baharumBeliau berkata elaun pegawai masjid pula yang diberi kerajaan PAS di beberapa negeri yang ditadbirnya bukan sahaja tidak cukup untuk membeli minyak motosikal malah ia menggambarkan peranan golongan mengembangkan syiar Islam itu amat rendah.

Itulah yang ada pada kepala otak pemimpin Umno. Mereka fikir dengan hanya duit sahaja boleh meningkat syiar Islam, dengan hanya mendirikan masjid yang baru sahaja akan boleh meningkatkan syiar Islam. Sebab itulah Umno selalu main modal duit sahaja untuk menarik sokongan rakyat kepada parti sekular berkenaan. Umno juga mahu tonjolkan bahawa parti itu kuat Islamnya dengan mendirikan banyak masjid yang indah-indah yang kontrak membina masjid berkenaan dapat kepada puak mereka. Itulah perangai Umno.

Ingin kita beritahu puak yang sokong `lembu dalam kondo' ini, bahawasanya tujuan PAS untuk memerintah bukan untuk membuat masjid. PAS wujud bukan untuk memperbanyakkan masjid. PAS wujud kerana ingin menegakkan Islam yang dasarnya Al-Quran dan Hadith. Di dalam Al-Quran, diperintah mendirikan Solat, bukannya mendirikan masjid. Namun, apabila Solat itu didirikan, secara automatik masjid diwujudkan. Jika masjid sememangnya sudah wujud, perlu apa dibuat masjid merata-rata?

Adakah kerana ingin tunjuk hebat, maka PAS terpaksa robohkan masjid yang ada dan bina yang baru? Itu bukan cara PAS, itu cara Umno. PAS akan mengekalkan masjid yang ada dengan menambahbaikkan jika perlu serta paling penting masjid itu di amarahkan, bukan dijadikan sebagai pamiran seperti di Putrajaya mahu pun seperti masjid kristal di Terengganu./wfauzdin.blogspot.com

Wednesday, December 7, 2011

ISU FEEDLOT - POLIS JADI PENING, KITA PUN PENING, MAKA TUKAR SAJA KERAJAAN

Oleh: WFAUZDIN NS

PIHAK Polis semakin lama semakin `pelik' perangainya sejak kebelakangan ini. Mungkin tanda-tanda PRU ke 13 sudah semakin hampir menjadi suatu tekanan yang luar biasa buat pasukan keselamatan ini sehinggakan beberapa tindakannya buat rakyat menjadi `pening'.

Baru-baru ini di dalam isu Feedlot (NFC), Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid dengan selamba menyebut `siasatan awal pihak Polis menunjukkan tiada berlaku pecah amanah' di dalam isu NFC yang mengaitkan keluarga Shahrizat. Pengumuman tersebut dibuat sewaktu Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung, dan sejurus selepas Shahrizat menyinsing lengan bajunya dan mengugut akan menyinsing kain pula apabila Ketua Wanita Umno ini tertekan dengan isu berkenaan.

Menteri Dalam Negeri memberitahu siasatan belum selesai dan masih berjalan. Pemimpin-pemimpin Pembangkang yang terlibat memanjangkan isu yang dimulakan oleh Laporan Ketua Audit Negara itu pun belum dipanggil untuk disiasat sehingga hari ini. Ini disahkan melalui laporan Malaysiaikini....

" Polis masih belum menyoal beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat berhubung pendedahan mereka mengenai dakwaan penyelewengan dana oleh projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC). Pemimpin PKR Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa polis belum menyoal mereka berhubung pendedahan berkenaan. “Masih teka-teki ... mereka tidak menghubungi kami mengenai isu itu," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (Malaysiakini).

Tetapi, Timbalan Ketua Polis Negara sudah umumkan ` Siasatan awal mendapati tiada pecah amanah berlaku' walaupun siasatan belum selesai. Bayangkan, kita membuat laporan Polis dengan menyatakan kita melihat suatu pembunuhan telah berlaku, maka pihak Polis pun datang menyiasat dan menjumpai mayat seseorang lantas dibawa ke Hospital untuk bedah siasat. Di dalam keadaan bedah siasat masih berjalan, dan kita yang menyaksikan kejadian itu berlaku tidak dipanggil untuk memberi keterangan atau disiasat, tiba-tiba Polis membuat kenyataan `siasatan awal mendapati mangsa tidak dibunuh'. Pelik atau tidak?
Jika beginilah keadaannya, apa yang rakyat boleh buat? Sampai bila kita mahu di`peningkan' kepala dengan karenah sedemikian rupa? Tiada jalan lain, tukar sahaja Kerajaan yang ada kerana `Ikan Busuk Bermula Di Kepala"./wfauzdin.blogspot.com

Friday, November 25, 2011

TPM pening... di Kelantan ajak bersatu.. mai Kedah kata jangan percaya PAS pulak..!!!

CUBA BAWA ISU PENYATUAN UMNO-PAS, MUHYIDDIN TERTEKAN SEBENARNYA

Oleh: WFAUZDIN NS


MUHYIDDIN nampaknya semakin menunjukkan hipokritnya terhadap rakyat. Mungkin kegelabahan beliau melihat kebangkitan rakyat untuk menukar kerajaan di dalam PRU akan datang membuatkan beliau tiada lagi arah tuju.

Baru-baru ini di Kelantan, beliau melembutkan lidahnya menyeru agar PAS dan Umno bersatu. Kerja pentadbiran lebih mudah dan tiada masalah tentang royalti minyak yang dituntut oleh Kerajaan PAS Kelantan jika PAS dan Umno bersatu, itu lah kata-kata dari Muhyiddin. Adakah Muhyiddin sangka selama ini PAS menolak penyatuan dengan Umno adalah atas dasar royalti minyak atau atas kepentingan pembangunan semata-mata? Mudah sangat TPM ini untuk menjadikan hak royalti minyak sebagai tebusan kepada penyatuan yang amat di gila-gilakan oleh Umno itu.

PAS menolak penyatuan bersama Umno kerana Umno hanya ingin bersatu dengan PAS atas dasar Kebangsaan Melayu semata-mata, sedangkan PAS melihat bahawa Islam boleh disatukan hanya berlandaskan Al-Quran sahaja. Tiada Assobiyyah di dalam perjuangan PAS. PAS juga tidak boleh bersatu dengan sebuah parti yang kekal zalim dan rasuah. Mana mungkin PAS boleh tidor sebantal dengan parti yang banyak menyusahkan rakyat.

Di Kelantan, betapa Muhyiddin seperti gilakan penyatuan dengan PAS, berbeza pula apabila beliau berkunjung ke Kedah. Di Kedah, TPM ini menunjukkan sikap yang berbeza di mana beliau mahu rakyat Kedah tidak lagi mempercayai PAS. Beliau mahu rakyat Kedah menolak PAS. Di Kelantan, beliau mahu PAS dan Umno bersatu, di Kedah pula beliau menghasut rakyat jangan percaya kepada PAS. Di mana prinsip dan keikhlasan Muhyiddin sebenarnya?

Justeru itu, terbukti bahawa cakap-cakap Muhyiddin hanyalah cakap orang yang Munafik yang merasa tertekan kerana bimbang kehilangan kuasa. Rakyat tidak akan terperangkap lagi dengan isu penyatuan Umno - PAS ini kerana Umno tidak pernah ikhlas untuk bersatu./wfauzdin.blogspot.com

Tuesday, November 22, 2011

SETUJU DENGAN NOH OMAR...Kata dia tak ada Akal..!!!

PILIHANRAYA BERASINGAN DI SELANGOR, KALI INI KENA BERSETUJU DENGAN NOH OMAR

Oleh: WFAUZDIN NS

KALI ini aku amat bersetuju dengan pandangan Noh Omar di dalam Malaysiakini, bahawasanya `tidak masuk akal' jika MB Selangor tidak mahu membubarkan Dun Selangor serentak dengan pembubaran Parlimen nanti.



Aku bersetuju sememangnya `tidak masuk akal' kepada Noh Omar kerana semenjak bila Noh Omar ada akal? Apabila akal sudah tiada, bagaimana mahu masuk? Bukti Noh Omar ini tidak mempunyai akal apabila beliau tidak mengetahui undang-undang atau Perlembagaan Negeri beliau sendiri iaitu boleh atau tidak Dun Selangor dibubarkan berasingan dengan Pembubaran Parlimen? Alasan yang diberi oleh Tan Sri Khalid iaitu dengan menjadikan Sarawak sebagai contoh itu adalah untuk menunjukkan bahawa Negeri Sarawak juga tidak menyalahi undang-undang apabila Dun mereka dibubarkan secara berasingan dengan pembubaran Parlimen.

Mengapa Noh Omar bimbang sangat jika Selangor tidak serentak dengan Pusat untuk mengadakan Pilihanraya khususnya di kerusi Dun? Sudah tentu beliau bimbang sebab di dalam Bajet yang baru diumumkan oleh MB Selangor itu terlalu banyak keistimewaan dan kebajikan untuk rakyat Selangor. Jika kesemua yang dijanjikan di dalam Bajet berkenaan dapat ditunaikan, ertinya hajat Umno untuk merampas Selangor pasti berkecai. Itu sebenarnya mimpi buruk yang dialami oleh Noh Omar yang sudah terbayang akan berkecainya harapan beliau untuk duduk di kerusi yang pernah diduduki oleh Khir Toyo itu.

Oleh yang demikian, aku amat-amat bersetuju dengan langkah MB Selangor itu kerana kebajikan rakyat perlu diutamakan. Pedulikan dengan pujuk rayu Pengerusi SPR yang mahu agar negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat membubarkan Dun masing-masing serentak dengan pembubaran Parlimen. Alasan yang diberikan oleh Pengerusi SPR bahawa Pilihanraya yang berasingan akan menyebabkan kos pilihanraya menjadi tinggi. Memanglah kos tinggi, malahan sebelum ini pun kos sudah tinggi kerana pihak Umno/Bn sentiasa menggunakan segala jentera kerajaan malahan tenaga manusia di bawah setiap jabatan untuk berkempen. Ini lah salah satu faktor mengapa kos pilihanraya terlalu tinggi.

Monday, November 21, 2011

LAGU KEBANGSAAN DIEJEK PUN SALAH PEMBANGKANG JUGA? BEBAL PUNYA MENTERI

Oleh: WFAUZDIN NS
BETUL juga kata orang, bukan semua yang jadi Menteri atau Timbalan Menteri itu cerdik. Kadangkala terlebih bengap dari orang bodoh pun ada. Contohnya, macam Timbalan Menteri Sukan, Datuk Razali Ibrahim. Sebenarnya ramai lagi, tetapi untuk mahu menceritakan tentang maruah negara kita `dipersendakan' di Indonesia sepanjang Sukan Sea sekarang elok kita lihat apa kata Timbalan Menteri yang bengap ini.

Timbalan Menteri Sukan, Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta. Beliau berkata demikian sewaktu penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012, kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Kita mahu beritahu Razali, jika beliau mahu `ampu atau jerk' Najib sekalipun jangan sampai `jerk' terbalik kereta dibuatnya. Memalukan Umno saja dapat Timbalan Menteri sebengap itu. Apa hujah beliau untuk sabitkan penyokong Indonesia marah sangat kepada Malaysia? Pasal pemimpin Pembangkang selalu cerita pasal rasuah pemimpin kamu di negara luar? Cuba sebut, di negara mana yang tidak tahu pasal rasuah pemimpin Umno? Negara mana yang tidak tahu pasal pembunuhan Altantuya? Pasal sekatan hak asasi dan bersuara, negara mana yang tidak tahu? Semua negara tahu. Tetapi, bila kita ke negara seperti Singapore, Thailand, Negara-Negara Eropah di dalam beberapa acara sukan, adakah rakyat di sana melakukan seperti yang dilakukan di Indonesia?

Jadi, apa masalahnya di Indonesia sampai begitu sekali? Razali ini terlupakah isu sebenar di antara negara kita dengan negara jiran tersebut? Isu kononnya negara kita dituduh menceroboh wilayah mereka? Mengapa kita tidak boleh selesaikan secara diplomatik dengan mereka secara harmoni? Selagi ada prasangka buruk terhadap negara kita di dalam isu tersebut, ertinya kita gagal dalam hubungan diplomatik. Itu belum kira isu berapa ramai warga mereka yang bekerja di negara kita membawa cerita mereka dianiayai. Apa kena mengena dengan Pembangkang di dalam isu ini?
Kalaulah kerana Pembangkang, di setiap negara luar sana kita akan dilayan seperti di Indonesia. Tetapi itu tidak berlaku sedangkan negara di luar sana juga terdedah dengan segala kemungkaran pemimpin negara ini. Ini bukti menunjukkan bahawa kerajaan kita lemah untuk mengatasi beberapa isu sensitif dengan Indonesia. Kelemahan mereka ini mahu dibebankan kepada Pembangkang. /wfauzdin.blogspot.com

Wednesday, November 16, 2011

POPULARITI HAJI NAJIB MENINGKAT, PAKATAN RAKYAT JANGAN MELATAH

Oleh: WFAUZDIN NS
Haji Najib Tun Razak

SEMENJAK semalam media pun heboh memperkatakan bahawa populariti PM Haji Najib meningkat semenjak tahun 2009 mengalahkan populariti pimpinan utama Pakatan Rakyat. Ini kajian yang dibuat oleh satu unit media dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tahniah lah kepada Haji Najib di atas populariti yang beliau perolehi itu. Memang beliau popular pun dalam banyak segi malahan populariti beliau sampai ke Peranchis dan Monggolia. Jadi, tidaklah menghairankan sangat jika di negara ini beliau lebih popular apatah lagi semenjakl bergelar Tuan Haji.

Apa yang mahu disebut di sini, setinggi mana pun populariti beliau sekarang jangan di antara pimpinan kita di dalam Pakatan Rakyat cuba-cuba untuk mencabar beliau membubarkan Parlimen. Sememangnya itulah yang diharapkan sangat oleh Haji Najib kerana sebelum ini bila media hebahkan beliau hebat dan semakin mendapat sokongan, pasti ada pemimpin pembangkang yang mencabarnya membubarkan Parlimen. Jika dahulu, memang beliau takut dengan cabaran kita. Tapi bukan kali ini dan jangan kita terperangkap.

Beliau sekarang menanti kita mencabarnya untuk membubarkan Parlimen kerana beliau tahu Jawatankuasa Pilihan Khas yang sedang bertungkus lumus untuk membersihkan SPR itu belum selesai tugas mereka. Mereka telah susun banyak strategi kotor dan jika mereka lambat-lambatkan Pilihanraya Umum, sedikit demi sedikit taktik mereka akan dapat dikesan oleh Jawatankuasa tersebut. Maka, Haji Najib sekarang sedang berkira-kira untuk membubarkan Parlimen secepat mungkin sebelum Jawatankuasa Pilihan Khas itu selesai melaksanakan tugas mereka.

Sehubungan itu, kita jangan jadi bodoh terperangkap dengan media yang akan provokasi kita untuk mencabar Haji Najib bubarkan Parlimen. Biarkan mereka mengagung-agungkan Haji Najib melangit sekali pun, kita terus fokus kepada membantu Jawatankuasa Pilihan Khas yang sedang bersidang sekarang.

Saya setuju dengan kenyataan SAMM yang bersedia untuk menggerakkan BERSIH 3.0 sekiranya Haji Najib menipu rakyat sekali lagi dengan mengadakan Pilihanraya disaat Jawatankuasa Pilihan Khas itu sedang menjalankan tanggungjawab mereka. Kita mesti pegang pendirian bahawa Pilihanraya Umum mesti dilaksanakan setelah semua tugas Jawatankuasa Pilihan Khas itu selesai dan telah diambil tindakan oleh kerajaan. Jika tidak, kita kena cari lagi T-Shirt KUNING yang baru./wfauzdin.blogspot.com

Jika Debat Antara RAFIZI & KJ terjadi...maka siapa akan panas bontot dibuatnya..??

DEBAT RAFIZI - KJ AKAN DISEGERAKAN, SHAHRIZAT PASTI BERDEBAR

Alu-alukan Kesediaan YB Khairy Jamaluddin Berdebat

Oleh Rafizi Ramli

Saya baru dimaklumkan bahawa YB Khairy Jamaluddin sudi berdebat mengenai kemelut NFC yang menjadi kontroversi. Saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana sudi membuka ruang kepada generasi muda mengenali politik baru.Saya akan menulis secara rasmi kepada beliau untuk menetapkan tarikh, format dan perkara-perkara lain supaya debat ini tidak terlalu dilengahkan memandangkan minat rakyat yang tinggi

Alu-alukan Kesediaan YB Khairy Jamaluddin Berdebat

Isu NFC: Khairy sedia debat dengan Rafizi


KUALA LUMPUR, 16 Nov — Khairy Jamaluddin berkata beliau bersedia untuk bertemu dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam debat berhubung dakwaan penyelewengan RM250 juta menerusi projek ternakan lembu milik anggota keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ketua Pemuda Umno ini memberitahu bahawa “saya sentiasa bersedia untuk berdebat dengan sesiapa pun.” “Pada dasarnya saya bersedia. Tetapi soalannya adalah masa,” kata beliau dengan merujuk kepada perhimpunan agung tahunan partinya akhir bulan ini.

Kelmarin, Rafizi telah mencabar Khairy agar berdebat dengannya sambil mendakwa Ahli Parlimen Rembau itu sebahagian daripada “Budak Tingkat Empat” — yang merujuk kepada pengaruhnya ke atas Pejabat Perdana Menteri ketika era pentadbiran Tun Abdullah.

Pentadbiran Abdullah meluluskan Pusat Fidlot Kebangsaan pada 2006. Minggu lalu Khairy mempertahankan projek itu dengan merujuk kepada pembelian hartanah kondominum hampir RM10 juta di Bangsar menggunakan wang projek tersebut.

Khairy menyifatkan pembelian itu sebagai pelaburan yang selamat. Tetapi kenyataan itu dikritik oleh kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat.

Thursday, November 10, 2011

GILA CINCIN, GILA LEMBU, PENYOKONG JADI LEMBU GILA?

Oleh: WFAUZDIN NS

APALAH nak jadi dengan negara kita ni. Ada pemimpin jantan tetapi tak boleh nak kawal pengikut betina bahkan bininya sendiri. Memang kejantanannya sering diuji, tetapi ternyata seperti tidak jantan yang hakiki.


Apabila dicabar berdebat, kecut seluruh urat saraf. Tetapi kalau bercakap depan TV, bukan main hebat lagi, berdegar-degar gegendang kita mendengar ucapannya. Bayangkan dia kata, jangan cuba untuk mencabarnya berdebat, nanti ada yang demam katanya. Itu di dalam TV, dan kata-kata beliau disambut dengan sorakan mengilai pencacai-pencacainya yang selalu lapar minta diisikan perut mereka.

Berbeza apabila dicabar berdebat secara anak jantan. Beliau menjadi lebih betina dari betina. Tidak seperti di dalam TV, kali ini beliau pula yang nampak macam demam. Demam penikus, namanya. Itulah standard pemimpin yang puak sekular sekutu Apco ini ada. Sebab itu, kebanyakan ahli-ahli bawahan pemimpin penikus ini tahu kelemahannya. Beliau cukup lemah apabila digosok dan dijilat. Maka, lahirlah penjilat-penjilat tegar seperti Ezam sesumpah, Zul lembu Kulim, Nalla, Zahrain katak, Berahim alkataki dan sebagainya.

Satu lagi kelemahan anak Pekan, Pahang ini adalah dengan betina. Oleh kerana bini dia ni seorang betina, maka kerana takut kepada betina terpaksalah juga mengikut kehendak bini sendiri. Kalau pergi melawat ke luar negara samada tugas rasmi apatah lagi tidak rasmi, beliau terpaksa membawa bininya. Maka, satu kegemaran bininya adalah `bershopping'. Tempat tidor bininya pula mestilah canggih, mungkin kedap bunyi dengkuran. Jadi, pelik apanya jika hotel yang didiaminya berharga ratusan ribu ringgit satu malam.

Betina dia diperkatakan orang ada memiliki gelang ratusan ribu ringgit. Baru-baru ini terbongkar kisah cincin 24 juta ringgit sehingga kini tiada sesiapa pun yang disaman oleh bininya atas isu cincin puaka ini. Cincin itu kononnya masuk negara ini untuk pameran tetapi tempat pameran dan tarikhnya rahsia. Wah ! Ini sudah seperti jual beli senjata perang. Apa pun, ada juga puak mereka yang percaya cincin 24 juta ini masuk hanya untuk pameran yang rahsia. Di mana otak mereka agaknya? Tau-tau cincin telah pun dibawa keluar tanpa diistiharkan oleh pihak berkuasa. Apakah masuk direkodkan dan keluar tanpa rekod? Wah !! Ini sudah macam kisah Altantuya, beliau masuk ke negara ini bukan sebagai Pendatang tetapi secara sah, peliknya namanya `hilang' di dalam komputer.

Itu kisah betina yang gila cincin. Terbaru kisah betina lagi tetapi gila lembu pula. Bukan lembu gila, tau. Hanya bermodalkan lembu, maka kaya raya keluarganya sampai boleh membeli banglo tunai jutaan ringit. Bayangkan, lembu sahaja boleh buat keturunannya senang lenang tetapi rakyat yang di bawah yang setia menyokongnya itu tetap menjadi `lembu' juga, tetapi lembu pawah. Kesihan juga melihat nasib puak-puak mereka yang di bawah itu. Dua orang betina perabihkan duit-duit mereka dengan cincin, gelang dan beg tangan serta lembu, mereka yang di bawah itu saling tak ubah macam lembu pawah yang kurap.

Jadi, eloklah pakat-pakat ubah. Cukup-cukuplah betina-betina ini menghabiskan harta dalam ini negara. Takkan kita nak biarkan mereka yang telah di`lembu'kan itu terus menjadi lembu pawah. Elok kita selamatkan mereka agar menjadi insan yang bermaruah. Ubahlah sebelum parah !!/wfauzdin.blogspot.com