Showing posts with label dari facebook. Show all posts
Showing posts with label dari facebook. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

Fuyoooooo..!! Depakata RM2juta nak bawa penyanyi "Gangnam Style" nie...

Penyanyi Korea, Psy akan dibawa ke Pulau Pinang sempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional pada 11 hb ini. Dikhabarkan bahawa kos untuk membawa penyanyi tersebut menjangkau sehingga RM2 JUTA untuk SATU lagu!

Rakyat menuntut turunkan harga, pendidikan percuma, BN kata Malaysia boleh bangkrup. Tapi 2 juta untuk satu lagi tak ada masalah pulak?

Jerung pun ada masalah! Najib pun ada masalah..!!!


Gangnam Style : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=490836177618287&set=a.484693761565862.98577.484677474900824&type=1&ref=nf

Saturday, January 12, 2013

#KL112 - Antara SUREHEBOH & HARI KEBANGKITAN RAKYAT

 

Kalau SURE HEBOH bawa anak -anak tak jadi kesalahan, sebab boleh didik anak jadi artis..atau penyayi dimasa depan....Tapi kalau bawa anak-anak mai perhimpunan macam ni.. mak bapak di persalahkan kerana mendidik anak-anak memahami erti politik negaranya supaya menentang pemimpin2 yang kurup, tipu dan rasuah n tak ada demokrasi.

Thursday, December 27, 2012

Sedap MULUT DIA kata kat Penyokong PR... MALAYSIAL..!!!



Semuanya bercakap atas dasar tak ada data dan fakta....

Antara Isu yg dikemukakan sekadar berhujah menunjukkan mereka hebat.... UTUSAN yg diagungkan itu sudah KALAH SAMAN beberapa kali... sedangkan HARAKAH yang dikatakan itu tak ada SAMAN yg boleh dikatakan mereka menang.....

Tak kesah nak baca yg mana tapi kena adilllah..compare kedua belah cerita..buat penilaian..jangan dihujah cuma sebelah pihak....

maka jadilah hujah seperti diatas.....


BAB LEMBU.. Apa puncanya..iaitu bagi loan bela lembu pie beli kondo.. dalam UTUSAN tak cerita tapi dalam HARAKAH ada cerita KONDO nie... habis jika fitnah kenapa tak SAMAN...
BAB BALAK.. bukan BALAK tapi TANAH...kan dah kata org PAJAK bukan BAGI TERUS..lepas tu ia diberi atas kapasiti PROPOSAL USAHA LADANG RAKYAT dan JIKA UMNO ada PROPOSAL silakan janji bagi UNTUNG... ini dalam UTUSAN tak cerita...yg ada di SINAR HARIAN & HARAKAH....

BAB HUDUD---takyah sembang la 2x5 ja UMNO dgn CSL tuu..

BAB Kalimah ALLAH...kan KENYATAAN AKHBAR PAS dah tentang guna kat BIBBLE..PAS cuma setuju guna di GEREJA sebab alasan di BIBBLE ia tak boleh guna ALLAH dia kena guna GOD sebab BIBBLE nie akan digunakan untuk depa dakwah kpd org ISLAM nanti org ISLAM kompius... ALLAH SIAPA.. GOD SIAPA.. TUHAN SIAPA...TAPI jika guna di GEREJA yg org KRISTIAN pon tak nak sebab bila nama ALLAH guna di gereja dia akan didengaq pakai oleh puak dia jadi kita biarkan penganut mereka sendiri yg mencari siapa itu ALLAH... habis APA YG TAK KENANYA????
itu SURUH BACA KEDUA BELAH PIHAK... tapi bila dilihat berhujah ANDALAH HEBAT..itulah HUJAH GENG UMNO.... lepas sedap ja kata kat PENYOKONG PAKATAN RAKYAT.. MALAYSIAL....

Saturday, December 15, 2012

Mudahnya buat dosa di Facebook

Oleh MUHAMAD MAT YAKIM

Teknologi seperti pisau, boleh guna secara bermanfaat, dan boleh juga disalah guna untuk membunuh. Ini termasuk Facebook. Sesuatu yang saya sendiri amat terigau-igau suatu ketika dahulu, berhubung semula dengan kawan-kawan yang sudah lama terpisah dan tidak diketahui di mana berada, kini direalisasikan oleh Mark Zuckerberg. melalui Facebook. Terima kasih.

Namun sesuatu yang amat kita sedari, Facebook juga banyak menjebakkan kita pada dosa, sama ada sengaja atau pun tidak. Selain memuat naik bahan yang 'lagha' dan membawa kepada maksiat, ada juga yang kononnya mahu berdakwah namun tanpa sedar, mereka sendiri bersubahat.

Contoh: Seseorang yang mahu mengingatkan orang lain mengenai gaya berpakaian mendedahkan aurat, menjolok mata telah memuat naik gambar-gambar seksi yang tidak seharusnya jadi tontonan.

Apakah kaedah dakwah seperti ini boleh diterima?

Saya bukan ustaz tetapi apa yang saya faham, memaparkan gambar-gambar seperti itu mungkin juga boleh jadi 'saham' (baca: dosa). Jadi pada saya, soal peringatan boleh sahaja dengan perkataan, tidak perlu gambar. Wallahua'lam. Harap ada mereka yang lebih arif sudi mencerahkan.
Kebelakangan ini, apabila saya paparkan Facebook saya melalui Kelab 40, saya dapat ramai kawan baru setiap hari dari seluruh negara, syukur kepada ALLAH. Bagi saya, ini tidak lain dengan niat hanya untuk bersilaturahmi, meramaikan kenalan.

Namun apabila kita buka pintu komunikasi untuk diawamkan, kita terdedah kepada berbagai gejala tidak terduga. Tidak. Bukan maksud saya ada wanita yang cuba menggoda.

Kalau itu yang berlaku, ianya sudah tentu bukan suatu masalah (gurau).

Akan tetapi apa yang saya maksudkan ialah sikap dan tindak tanduk segelintir individu yang kita sendiri tidak begitu kenali dan mereka juga tidak mengenali kita, sebaliknya datang dengan cara yang kurang sopan malah boleh dianggap biadab, sesuka hati memaki hamun, menyumpah seranah orang lain dalam 'wall' kita hanya kerana pegangan politik totok mereka.

Dengan penuh taksub, mereka tanpa segan silu mencaci orang lain yang tidak sealiran dengan kata-kata yang teramat keji, sedangkan orang yang dituju itu mereka sendiri pun tidak kenali. Sudah tentu perbuatan seperti ini perlu saya tegur.

Rakan FB saya yang lebih seribu ramainya, adalah daripada pelbagai latar belakang. Selama ini, saya sendiri cuba bersikap neutral kerana rakan-rakan ini, amat saya hormati. Akan tetapi apabila saya menegur, saya sendiri pula diperlekehkan kerana dianggap tidak sehaluan.

Sedangkan niat saya hanya tidak mahu 'wall' saya dijadikan medan permusuhan. Jika itu yang berlaku, sudah tentu saya sendiri juga tanggung sahamnya. Itu yang saya mahu elakkan.

Sebaliknya teguran saya bukan sahaja tidak dihormati sebagai 'tuan rumah' malah dicadang pula supaya saya hanya paparkan cerita hal-hal masakan yang sudah tentu suatu penghinaan terhadap intelektualiti saya sebagai individu merdeka.

Inilah gejala bebalisme (istilah ini dipopularkan oleh Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alattas) dan ekstrem yang sedang melanda generasi Melayu kita, termasuk yang berusia 40an yang sepatutnya sudah boleh berfikir dengan tenang dan matang dalam menghadam sesuatu perkara.  

Saya juga bukan jenis orang yang tidak boleh terima perbezaan pendapat. Islam, agama saya bukan sahaja membenarkan malah meraikan perbezaan pandangan. Buktinya, para ulama yang muktabar dibenarkan berijtihad dalam perkara-perkara furu' yang menjejaskan dasar hukum.

Tetapi dalam berbahas, janganlah sampai kita menghina dan mencemuh orang lain yang tidak sealiran. Siapa kita untuk menghina mereka yang kita anggap tidak cukup bagus berbanding diri kita? Apakah perbuatan yang seperti itu boleh mendekatkan lagi kita kepada ALLAH?

Apa yang kita seharusnya beringat ialah menghina orang , apa lagi yang kita tidak kenal, dosanya akan kita bawa hingga Yaumul Mahsyar, akan menghumban kita ke neraka walaupun selama hidup ini kita sudah melupainya.

Dosa itu tidak akan terhapus begitu sahaja selagi kita tidak meminta maaf dan dimaafkan dan dengan penghinaan melalui Facebook umpamanya, kemaafan itu kita boleh anggap mustahil kerana orang yang kita berdosa kepadanya itu, kita tidak kenal . Jadi berhati-hatilah.

Pesan Socrates: "Lidah tidak bertulang tetapi cukup kuat untuk melukakan hati orang lain. Kita juga tidak boleh menarik balik kata-kata yang sudah dilontarkan atau menyembuhkan hati yang sudah kita lukakan. Maka, waspadalah dengan setiap perkataan yang anda tuturkan."

Itu lidah. Jari-jemari bertulang yang kita guna untuk menaip kata-kata kita di medium internet ini sudah tentu mampu untuk lebih menjahanamkan lagi hati orang lain.

Jika kata-kata (pada zaman Socrates) hanya boleh dituturkan sesama orang yang berhadapan tetapi internet mampu melukakan hati orang di seluruh dunia, termasuk yang kita sendiri tidak kenali. Namun semua mereka akan bangkit menuntut maruah yang sudah tercela di akhirat nanti, dan sesungguhnya balasan ALLAH itu amat pasti.

Thursday, December 6, 2012

Isu SAMSENG di Gombak - bila Buat ceramah tak laku, orang ceramah ko nak ganggu..

Catatan Mohamed Hadi Al-Majwi,


Sepanjang ingatan aku yang bermastautin kat area sini, sudah beberapa kali Pakatan buat ceramah kat masjid Zakaria tu, takde hal pun..

Cawangan Umno yang depan masjid Zakaria pun adalah sekali dua buat ceramah kelompok panggil tokoh-tokoh sendu ex-Pakatan, tapi biasalah kerusi lagi ramai dari pendengar.

Semuanya berlaku tanpa sebarang kekecohan..yang terdekat, kat Sungai Chinchin pun Pakatan biasa buat ceramah, takde kecoh pun

Punca kecohnya satu je, sebab first time Anwar turun situ..tu yang habis menggeletar jadi paranoid..sebab kalau nak kira Anwar turun Gombak, kat area Gombak ni banyak kali dah Anwar turun, kat AU, kat Pinggiran, tapi tak kecoh pun..


Kenapa bila Anwar turun kat kawasan kampung (benteng pertahanan terakhir Umno), Umno jadi takut? Sebab kawasan kampung ni jelah harapan terakhir Umno untuk spin orang2 kampung..

Tapi PAS/PKR pun pandai, ceramah kat kampung dah pakai power point dah, terkedu orang kampung..

Kalau Pakatan berceramah mestilah isinya menentang Umno, takkan nak bagi puji-pujian kat Umno pulak, kenapa paranoid?

Dan yang hadir semalam pun bukan orang kampung je, orang-orang UIA, UniKl pun ramai, diorang boleh tengok macam mana hodohnya perangai Umno..

Ada ke "kami tak provok cuma kami buat bantahan aman", tapi ko tau ceramah tengah berjalan, yang ko berdiri tepi jalan sambil menjerit apa pasal? Itu provoklah namanya.

Sepanjang pemerhatian aku, Umno Gombak khususnya DUN Gombak Setia sudah tidak ada apa-apa yang nak ditawarkan kepada rakyat, mereka tiada kekuatan..nak harap BR1M sekali hari tu jelah, lepas tu orang lupa (ni tahun depan ni start baliklah).

Kalau nak kira Umno DUN Hulu Kelang dah lama bungkus sebab orang sana cerdik-cerdik belaka, Umno DUN Batu Caves pulak macam tak berfungsi sebab kat situ MIC yang bertanding.

Kot nak mengharap kat Gombak Setia ni ialah saki-baki Melayu perkampungan dari Batu 6 sampai ke batu entah berapa belas sampai ke perkampungan Orang Asli tu..itu pun tak ramai, sebab orang-orang cerdik pun ramai kat sini..

Umno Gombak Setia cuma bernafas sekejap bila Hasan Ali kata "saya ada phd kena pecat dari PAS", yang tu siap semua banner Hasan Ali digantung kat pejabat Umno..tapi sekejap jela.

Ni dah masuk setahun kena pecat muka Hasan Ali pun dah tak nampak kat Gombak Setia..dan orang Gombak Setia pun tak rasa kehilangan dia sebab selama ni pun dia sibuk kat Shah Alam, maklumlah, bak kata dia "sultan nak jumpa, mufti nak jumpa"

Bab banjir, sepanjang ingatan aku jugak, kawasan area masjid Zakaria tu mana pernah banjir, walau selebat mana pun hujan..yg pernah banjir pun kawasan Batu 10 dekat apartmen UIA, tapi tak kena penempatan penduduk.

Itu berpunca dari mereka yg mendirikan gerai betul-betul kat tebing sungai (kalau ikutkan, tebing sungai ialah tanah rizab yg tak boleh diusik), tapi kalau sodok kesianlah pulak.

Mungkin aku silap, tapi sebagai pemastautin kat area-area situ, nak jugaklah tau, banjirnya celah mana?

Satu lagi anak Omardin ni, toksah nak menipu la..dia ada kat tempat kejadian tapi dia tak nak bertanggungjawab atas apa yang juak-juak dia buat..bosanlah Pemuda Umno macam ni, macam mana aku nak sokong?

Buat ceramah tak laku, orang ceramah ko nak ganggu..


* Adaptasi dari tulisan penulis dalam Facebooknya.

Tuesday, November 20, 2012

Antara ISLAM, MURTAD, ARTIS & TANYALAH MUFTI..!!


Tahniah atas pertanyaan Sdr Artis...setidak2nya sdr ingin tahu...
Setakat yang saya tahu...

1. Jadi Ahli umno tidak murtad, tetapi boleh membawa kepada murtad sekiranya berpegang dengan prinsip "politik suku agama suku".
2. Isi borang Ahli Umno tidak jadi murtad TETAPI membawa kepada murtad sekiranya menyakini perlembagaan malaysia adalah undang2 tertinggi bg seseorang muslim melebihi undang2 al-Quran.
3. Letak nama anak "Muhd Umno" tak membawa kpd murtad TETAPI murtad seseorang yang menghina sunnah seumpama kata " Orang yang simpan janggut sama dengan kambing"...murtad orang yang berkata dan murtad juga orang yang menyokong.
4. Pegang Bendera Umno tidak jd murtad TETAPI membawa kepada murtad seseorang yang mengoyak poster hudud kerana bencinya pada hukum hudud, & tidak dihukumkan murtad sekiranya dikoyak tanpa perasaan apa2 seumpama orang gila.

Berdosakah undi umno..
1. Seseorang yang menolong membina masjid maka dapat pahala, seseorang yg menolong meruntuhkan masjid maka dapat dosa...ANDA SETUJU!
2. Di kg anda ada satu wakaf/pondok/dewan orang ramai, stgh penduduk cadang adakan kelas agama & sbhgian penduduk lg cadang adakan laga ayam kat situ. Anda undi yang laga ayam, maka anda berdosa w.pun anda tak pegi saksikan pertandingan laga ayam tu...YA SETUJU!

Jd anda blh bandingkan apa yg telah dilakukan umno....& apa yg telah dilakukan pas....Tanyalah ulama2, TANYALAH MUFTI...wallahua'lam.

Abu Uwais ·@ fb
 

Friday, November 16, 2012

Sedar tak sedar kita juga yang bantu membeli peluru untuk ISRAEL tembak GAZA..!!!

 

Majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam telah berpihak kepada bangsa Arab di bumi Palestin yang beragama Islam. Negara Israel ditubuhkan pada 1947 sedangkan Malaysia ditubuhkan pada 1963. Kedua-dua negara ini adalah bekas tanah jajahan British.Sedangkan Israel merupakan negara baru yang ditubuhkan pada 1948 selepas Perang Dunia Kedua hasil tajaan Britain.

Berikut FAKTA kerjasama ekonomi malaysia - Israel

Pada Mei 1994, Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

Tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta dolar US kepada 1.7 juta dolar US.

Pada 20 Februari 2012, kumpulan NGO Jingga 13 mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam Malaysia, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd bahawa kapal, Zim Atlantic, telah berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari 2012. Kapal ini datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel. Ketua penyelaras Jingga 13 Fariz Musa turut mendedahkan bahawa saham Zim Integrated Shipping Services Ltd tersenarai dalam Bursa Tel Aviv. 


Dokumen kebenaran belayar atau ‘sailing clearance’ dan dokumen penerimaan ejen penghantaran yang disahkan Kastam Diraja Malaysia. Rakaman video telefon pintar kehadiran dua kapal kargo, Zim USA dan Zim Atlantic di Pelabuhan Klang turut ditayangkan. Kapal Zim USA dan Zim Europa belayar terus dari Pelabuhan Ashdod, dipercayai kapal milik Zim turut belayar ke pelabuhan di Sabah dan Sarawak. Kehadiran kapal-kapal ini jelas menunjukkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara Malaysia-Israel yang sebelum ini dinafikan.

Pada 21 Februari 2012, Datuk Mukhriz Mahathir selaku Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menjelaskan bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel. Kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.

Berikut adalah FAKTA pertemuan pimpinan Malaysia - Israel

Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.

Pada 26 September , Menteri Luar Malaysia, Syed Hamid Albar bersalam dan berbincang dengan rakan sejawatan dari Israel, Devid Levy di New York. David Levy baru dilantik oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Barak. David Levy merupakan Yahudi kelahiran Maghribi. Mereka berbincang berhubung perdamaian Arab/Palestin - Israel ketika sesi Perhimpunan Agung PBB. Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar melalui surat khabar Harakah mengecam pertemuan ini. PAS melabelkan Israel sebagai negara pengganas. Sokongan kerajaan Malaysia kepada perjuangan Palestin disifatkan sebagai "empty pledge".

Pada 16 Ogos 1999, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.

Pada 16 Jun 2009, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, Perancis. Pertemuan dibangkitkan semasa Zahid berada di Beirut pada 17 Julai 2009.

Friday, November 9, 2012

[Teknik buat duit dengan Kjaan Malaysia] Jalanraya di Malaysia "LUBUK DUIT" Kontraktor Kroni.

Jalanraya di Malaysia "LUBUK DUIT" Kontraktor Kroni.  Pasanglah AES setiap 1 km pun dekat seluruh jalanraya di Malaysia bagi gua tetap x kan dapat mengurangkan kadar kemalangan jalanraya di Malaysia...  X payah buat kajian sampai habis bajet puluhan ribu, ratus ribu atau juta2... Start kereta atau motor, keluar ke jalanraya paling dekat dengan rumah korang.  Perkara pertama sekali yang biasa kita jumpa ialah bahu jalan yang macam haram, dah la jalan sempit, bahu jalan asyik rosak, tengah2 jalan tiba2 ada lubang. Kalau bawak motor sentiasa nak kena elak lubang. Salah elak, kena sondol dekat kenderaan dari belakang atau depan.  Paling nyata kerja2 gali lubang tutup lubang x pernah selesai di mana2 jalanraya di seluruh negara. hari ni tar baru, minggu depan start gali lubang, lepas tu tutup, minggu depan berlubang balik.  Kerja paling bangang di Malaysia, seluruh jalanraya di Malaysia dah lama secara tradisi jadi lubuk Kontraktor Kroni cari makan. Dari zaman Tok Nenek kita sampai zaman kita sekarang.  Pimpinan KERAjaan Federal pulak jenis x de akal... Sampai bila2 pun masalah kemalangan jalanraya x kan selesai selagi jalanraya di Malaysia jadi LUBUK DUIT Kontraktor Kroni di Malaysia.  Gali Lubang Tutut Lubang perkara biasa dimana2 jalanraya di Malaysia... Ada sape2 nak nafi..?
 
Jalanraya di Malaysia "LUBUK DUIT" Kontraktor Kroni.

Pasanglah AES setiap 1 km pun dekat seluruh jalanraya di Malaysia bagi gua tetap x kan dapat mengurangkan kadar kemalangan jalanraya di Malaysia...

X payah buat kajian sampai habis bajet puluhan ribu, ratus ribu atau juta2... Start kereta atau motor, keluar ke jalanraya paling dekat dengan rumah korang.

Perkara pertama sekali yang biasa kita jumpa ialah bahu jalan yang macam haram, dah la jalan sempit, bahu jalan asyik rosak, tengah2 jalan tiba2 ada lubang. Kalau bawak motor sentiasa nak kena elak lubang. Salah elak, kena sondol dekat kenderaan dari belakang atau depan.

Paling nyata kerja2 gali lubang tutup lubang x pernah selesai di mana2 jalanraya di seluruh negara. hari ni tar baru, minggu depan start gali lubang, lepas tu tutup, minggu depan berlubang balik.
Kerja paling bangang di Malaysia, seluruh jalanraya di Malaysia dah lama secara tradisi jadi lubuk Kontraktor Kroni cari makan. Dari zaman Tok Nenek kita sampai zaman kita sekarang.

Pimpinan KERAjaan Federal pulak jenis x de akal... Sampai bila2 pun masalah kemalangan jalanraya x kan selesai selagi jalanraya di Malaysia jadi LUBUK DUIT Kontraktor Kroni di Malaysia.

Gali Lubang Tutut Lubang perkara biasa dimana2 jalanraya di Malaysia... Ada sape2 nak nafi..?

Monday, November 5, 2012

Simbolik di sebalik cabaran TG Hj HADI nak lawan NAJIB di PEKAN..dengaq ELOK-ELOK AHLI PAS..!!

 
Kecoh Tuan Guru Presiden beri signal acah sedia bertanding di Pekan. Bahasa hikmah Tuan Guru:

- Tuan Guru kata terpulang pada keputusan parti. Sebenarnya beliau mahu ajar ahli2 supaya apa2 rujuk parti. Walaupun aku presiden, aku tetap akur keputusan parti.

- Terzahir jiwa besar tak main gimik, nak lawan, lawan betul2 walaupun di luar gelanggang sendiri. Bukan jaguh kampung.

- Mewujudkan satu standard politik baru. Jika betul2 nak jadi PM, buktikan awak berani lawan Najib di Pekan. Power!

~Kami bersamamu wahai Singa Rusila~

Kredit: Abdul Muizz.

Thursday, September 20, 2012

UTUSAN MELOYA buktikan sendiri yang PAS tak jadi kuda tungangan DAP



Fais Al-Hajari;

Terima kasih utusan kerana membuktikan wibawa PAS, sekaligus menyangkal tuduhan menjadi kuda tunggangan DAP itu sebagai tidak berasas sama sekali. PAS terbukti bertegas dan berani menegur DAP dalam soal2 agama dan pelbagai lagi.

Pelik - apsal utusan x laporkan sebarang bantahan atau kritikan dr UMNO, walhal twitter ngeh itu ditujukan tepat kpd khairy jamaluddin? Apakah UMNO takut kpd DAP sepertimana depa takut kpd MCA?

aku suka pandang dr sudut lain, iaitu PAS berani dan tak tunduk kpd DAP.

UMNO ada x sound soi lek ke, donald lim ke...x pun sound ngeh ni la paling cikai pun. X dak rasanya

Friday, September 14, 2012

Luahan Rakyat Serawak di fb Najib Razak

Assalamualaikum Ybhg Dtk Seri,


Saya adalah rakyat biasa yang menghampiri separuh abad usia, menetap di Bintulu, Sarawak. Sebagai anak kelahiran kampung, saya telah melalui pelbagai fasa aspek pembanguanan sama ada dalam kehidupan seharian atau alam pekerjaan. 

Seperti yang kebanyakan rakyat kehendaki, pembangunan adalah aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Tapi pembangunan tidak mempunyan makna kepada rakyat biasa walau setinggi mana pun bangunan pencakar langit, seindah mana pun hamparan karpet atau seluas mana kehijuan ladang- ladang sawit.

Tidak dinafikan memang ada tempiasan kebaikan seperti pada diri saya sendiri, peluang pekerjaan, peluang anak- anak belajar peluang- peluang perniagaan bagi mereka yang kuat berusaha. Tapi yang paling jelas jurang antara yang berkuasa & kaya dengan yang kurang berada semakin jauh. Mungkin ini adalah lumrah dan tidak dapat dielakkan.


Tapi berilah keselesaan kepada kami rakyat biasa di Sarawak untuk menikmati pembangunan ini dengan menyediakan jalan raya dan infrastruktur lain yang lebih baik. Mungkin lebik 90% rakyat tidak pernah memjejaki ke persada bangunan- bangunan yang indah tetapi hampir 100% rakyat memerlukan kemudahan infrastruktur dalam kehidupan seharian. Inilah yang membezakan kepentingan rakyat atau kepentingan pihak tertentu sahaja. Sarawak sebagai sebuah negeri terbesar di Malaysia mempunyai maksud ekonomi tersendiri yang sepatutnya memberi manafaat hasil ekonomi kepada rakyat Sarawak bukannya sebagai alasan untuk menyukarkan pembangunan infrastruktur negeri . Hasil minyak dan gas, hasil balak dari hutan yang luas, hasil cukai dari ladang- ladang sawit yang besar, hasil arang batu dan sebagainya, kemana perginya ?, dan dengan pembangunan pesat SCORE kemungkinan akan lebih menyusahkan rakyat biasa kerana sesesakan dan kerosakan lebih kerap jalanraya yang sekarang ini tidak menepati standard tertentu.

Saya amat yakin pemimpin atau pihak tertentu seperti pegawai kerajaan kebanyakan tidak pernah atau kurang kerap menggunakan jalanraya utama di Sarawak kerana mungkin bagi mereka cukup taklimat atau lapuran di atas meja. Dengan itu kesusasahan dan keadaan jalan yang kurang baik bukan masalah bagi mereka, mana mungkin kerana kemana mereka pergi kapal terbang percuma, helicopter ada, kalaupun terpaksa melalui jalanraya BMW/Mercedes ada. Tapi bagi kami yang hanya ada Kancil dan proton ini bagaimana? Sudahlah bayar road tax sama macam yang di KL, terpaksa pula menanggung kos penyengaraan yang kerap dan jangkahayat kenderaan yang pendek.

Itu hanya salah satu aspek, banyak aspek- aspek lain termasuk keselamatan juga sangat penting. Bayangkan jalanraya utama (2 way road) intercity dari Kuching- Miri (yang selalui saya lalui) yang serupa ular mati yang membusuk (bengkang- bengkok dan kerap rosak) lebih 500 KM, pemanduan lebih kurang 8-10 jam adalah ibarat “memperjudikan nyawa di atas perangkap maut. Takala rakan dan saudara kita di Semenanjung sering menceritakan keseronokan memandu di atas highway yang indah, saya pula terasa amat sakit hati kerana seolah- olah itu adalah sindiran. 

Ybhg Dtk Sri, kalau boleh saya ingin membuktikan bahawa kenyataan saya ini adalah betul. Dengan itu saya mencabar Dtk Sri untuk mencuba sedikit pemanduan dari Bintulu Ke Tatau (sebahagian dari Borneo Highway) semasa lawatan ke Bintulu sempena Malaysia day 16 Sept ini. Kalau boleh gunalah kereta yang rakyat kebanyakan pakai, tak usahlan guna Mercedes atau BMW. Buktikan jiwa dan sanubari Dtk Sri bersama rakyat Sarawak. 

Sekian Terima kasih

Sunday, September 2, 2012

Video PERKASA buat kacau dalam Masjid Pumpong Alor Setar



komen dari facebook:

1] laaa kuliah belom bagi lagi dah kata nak cakap politik...dengaq la dulu dia nak cakap apa...yang dok buat kalut buih tu buat apanya...mai bercakap pulak bukan saja2 masuk buta ceroboh mcm hgpa mai ceroboh nie..tok imam bagi kebenaran...jadi salah tangmananya..tak suka pie report kat majlis agama ka kat polis ka yg mai dok terpekik terlolong dalam rumah Allah nie buat apa nak tunjuk hero kat sapa..tak hormat kat anwar dan tok imam pon hormatlah sikit kat rumah allah...akai ada kaa..awat hgpa ingat dengan kelaku 'macho' hangpa nie orang akan suka orang akan bangga... mau dok hilang undi lagi ada laa...buat laa lagi..

2] Kemarin dulu Najib mai Kulim lepas tu pi Aloq Setaq tak sapa pun teringin nak buat kacau, kami bg stadium lg kat hamga... Awat hari ni Anwar mai Kedah hampa kalut dok pi ganggu majlis dia? Dunia mana hampa dok ni?

Saturday, August 11, 2012

Rakyat Sakit Kepala Tengok Berita TV3 tapi pimpinan PR buat apa..!!??

oleh King Jason Ori

Aku sakit kepala bila tgk berita tv3 .. pemimpin PR lemah tak buat apa.. nampak sangat ketara tv3 jadi tukang provokasi untuk kempen BN.. namun pemimpin PR duduk tak buat apa ...

Aku sakit kepala bila tgk berita tv3.. dok kempen projek langat 2.. tanya noh omar,menteri pertanian? apa kaitan menteri pertanian ntah!!!

Aku sakit kepala bila tgk berita tv3 ... dok tutuh2 PR pasal air.. sikit pun tak tergerak ati nak temubual Menteri Besar Selangor tanya keadaan sebenar isu nih!! cukop berat sebelah!!!

Aku sakit kepala bila tgk berita tv3 .. bila pemimpin PR lemah tak buat apa.. walhal kalu susun 1 demontrasi besar2an di depan Sri Pentas tv3 tu rasanya tak susah pun..stakat desak tv3 lapor berita yg adil...


Aku sakit kepala bila tgk berita tv3 ... hak tui!!! cerita pengalaman org sembelih lembu.. dia dok tanya ngan org yg fobia darah!! mcm tu lah ibaratnya laporan tv3 suku..

Aku sakit kepala bila tgk berita tv3 ... bila tgk pemimpin PR tak buat apa... aku telan panadol.. aku tukar chanel.. tgk national geografi.. lagi baik.. keh keh keh!!!

Monday, May 21, 2012

Aduhai RAIS..... Jika nak bohong pun pergi cakap dengan orang UMNO sudah lah...



BERSIH 1 dan BERSIH 2.0, polis keluar perangkaan jumlah peserta 4000-5000 orang shj...korang percaya?..semestinya tidakkk..sedangkan hakikatnya jumlah peserta melampaui anggaran polis (lebih 40k)...terbaru, BERSIH 3.0, polis keluar perangkaan 25,000 orang..korang nk percaya?..pastinya tidakk....sbb apa, sebab ternyata kehadiran kali ini adalah teramai dalam sejarah Malaysia!! (lebih 100k!)...

p/s: Sebab tu admin tuntut pihak polis yg merakam gambar/video dr udara, menyiarkan keseluruhan gambar/video terbabit, terutama waktu kemuncak (12 tgh hari sampai 2 petang)..NAMUN, pihak polis ternyata tidak berani mendedahkannya...menurut makluman, sebenarnya baru 1/8 gmbar dr udara yg dimuat turun di FB PDRM, itu pun bukan gambar ketika waktu kemuncak..ayuh polis, jika berani, dedahkan!!
 
 

Thursday, May 3, 2012

Buat Sahabat di Media Arus Perdana.. Hangpa Tak Rasa berdosakan cari rezeki macam nie..???

Nak komen sket betapa bias nya berita media arus perdana.

tak rasa berdosakah 'kaka' baca berita macam nie
Ketika skandal gambar seks azmin ali tersebar, tv3 dan utusan masing2 pakat siar dalam berita masing2. Macam tv3, selepas beberapa jam isu tue kecoh, malam nya terus masuk berita dan esoknya terus keluar pelbagai respon.

Sama juga dengan utusan, tak agak2 terus terkeluar seme gambar dalam paper. Mereka sudah semestinya bagi alasan sebagai pengamal media, mereka bertanggungjawab melapor. Oke, itu bukan isu langsung. Tapi kalau nak melapor atau apa, amek dari kedua belah pihak. Jangan lapor sebelah pihak je.

Contohnya, isu azmin ali saman utusan. Ada tv3 lapor tadi? Takde kan? Mereka melaporkan berita terpilih sedangkan saman azmin ke atas utusan juga merupakan satu berita malahan satu sumber yang sangat sahih berbanding apa yang tersiar di blog papa gomo dan parpu kari.

Bukan mahu menegakkan azmin sebagai betul atau salah, apa yang ingin ditekankan ialah konsep pemberitaan yang adil. Sebagai pengamal media jangan sesekali meletakkan seseorang itu bersalah jika belum terbukti dan begitu juga sebaliknya.
Jadi lah media yang adil. Laporkan berita dari kesemua pihak. Azmin juga punya hak untuk menegakkan hujah tanpa mengira samada dia bersalah atau tidak, sama seperti pihak yang menuduh dia. Berikan semua pihak peluang untuk menegakkan hujah masing2. Inilah masalahnya bila media menjadi alat politik. Tak kira sapa pun dia, bila politik menjadi teras utama dalam pemberitaan, maka hancurlah value pemberitaan itu sendiri, langsung takde kredibliti.

Thursday, April 19, 2012

FAM kena perli tahap cipan hari nie.. Kadang-kadang untuk mengajar 'orang cerdik' kita perlu buat camnie...

Wakil KAFA dan Kelab Penyokong Bolasepak Kelantan hadir ke Wisma FAM hari ini untuk menyerahkan duit syiling 10sen sebanyak RM2,170.

Perlu diingatkan, duit serahan ini adalah daripada tindakan susulan secara sukarela rakyat Kelantan dengan melancarkan kempen ' 5 sen untu Azuddin dan 5 sen untuk FAM ' beberapa minggu lepas. Kutipan derma tidak sampai 2jam pun telah mencukupi untuk membayar kos mesyuarat tersebut.

Kadang-kadang untuk mengajar 'orang cerdik' kita perlu gunakan cara yang paling halus dan paling hina untuk mengajarnya. Kalu guno caro lain, tok make saman. Yang pasti FAM lebih hina mengemis duit 10sen dari rakyat Kelantan, malah lebih hina dari peminta sedekah dikaki lima kerana mereka cukup sifat.
Apapun kami di I ♥ KELANTAN mengucapkan syabas dan tahniah untuk semua rakyat Kelantan yang menjayakan misi ini melalui bantuan wang ringgit, idea mahupun sokongan moral.

Yang penting, anda perlu ingat selagi Kelantan diganggu,dihina, didiskriminasi selagi itulah hidup anda tidak tenteram.

" Anda boleh bunuh 100 pemuda Kelantan, tetapi anda tidak boleh membunuh walau 1 pun jiwa anak Kelantan."- Pok Dogo

facebook : I ♥ KELANTAN