Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Antara Undang-Undang Baru SPR...

PRU13: Elemen Baru
Wartawan Sinar Harian
SPR: Jangan pertikai dakwat kekal
Noha Mohd Fadrullah, yang berkerusi roda, ditanda dakwat pada jari sebelum 
layak diberi kertas undi - Foto Bernama
Dakwat kekal: Harap jadi kenyataan
BERIKUT elemen-elemen baru yang akan diperkenalkan pada Pilihan Raya Umum ke-13.


Peti undi lutsinar - pertama kali akan diperkenalkan pada PRU. Ia sudah digunakan ketika PRU Negeri Sarawak

Dakwat kekal - akan dilaksanakan pada PRU13

OKU – boleh ditemani

Mansuh proses bantahan - tidak akan sesi proses bantahan, bermakna keputusan status akan diumumkan dalam jam 10.30 pagi

Calon tidak boleh tarik diri - peruntukan calon boleh tarik diri dibatalkan

Mansuh pondok panas - SPR juga melarang kewujudan pondok panas oleh parti-parti atau calon bertanding

Saturday, February 2, 2013

Bekas ahli UMNO ajaq PR macamana nak jawab soalan bodoh SPR..!!!

Kadir tunjuk jalan macamana nak sanggah jawapan bodoh SPR?

TAN SRI Kadir Sheikh Fadzir memang cukup prihatin dengan proses pilihan raya yang sepatutnya bersih, bebas dan adil. Bekas menteri kabinet ini mahu kerajaan atau SPR memberi respons positif terhadap tuntutan rakyat, termasuk melalui Himpunan Kebangkitan Rakyat baru-baru ini.
Berdepan sekumpulan wartawan Harakah yang dsiketuai AHMAD LUTFI OTHMAN, semasa kunjungannya ke pejabat Harakah, 21 Januari lalu, Kadir menekankan agar isu media bebas dan salahguna jentera serta kemudahan kerajaan mesti diberi perhatian utama. Ia tidak boleh dipandang sebagai isu lapuk. 

HARAKAH: Tan Sri juga dilihat antara pencetus awal idea Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), yang mendapat sambutan hebat, 12 Januari lalu. Mungkin ada rumusan terbaik mengenainya?
 
KADIR: HKR di peringkat nasional berjalan dengan begitu baik. Ia membuktikan,  kalau tiada campur tangan pihak yang berniat buruk, maka perjumpaan seumpama ini dapat berjalan  dengan cara baik.
Ini satu pengajaran kepada kerajaan bahawa kalau tiada campur tangan, dia pun untung. Dia pun tak dapat nama busuk. Apabila saya jelajah seluruh negara, saya yakin angka satu juta boleh dicapai.

Tetapi apabila dibuat pengumuman,  perjumpaan itu  di Stadium Merdeka dan ia hanya boleh muat 30,000 orang dan diberi syarat pula, jangan melebihi 30,000 orang, serta syarat-syarat lain, ramai fikir, tak payah pergilah, ikutilah dalam internet atau media alternatif saja.

Kedua, ramai orang tak tahu mengenainya. Misalnya, ramai kawan-kawan saya di kalangan orang Melayu, orang Cina tapi yang bukan ahli parti politiklah, di Kuala Lumpur ini, memang nak hadir, tapi mereka tak tahu sebab boleh kata 'black out' terus dalam media arus perdana. Orang tak tahu ada himpunan  menuntut pilihan raya  adil. 

 Apakah hanya faktor kehadiran yang penting?
 
Alhamdulillah, ia tetap berjaya. Cuma saya harap lebih daripada itu. Sekarang kita nak tahu setakat mana kerajaan atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil berat  tuntutan yang dikemukakan. 

Saya nampak macam mereka dengar, tapi reaksinya senyap sunyi saja. Sedangkan itu yang penting. Kita nak supaya SPR bincang balik, buka balik 'chapter' lama. Iaitu bagaimananak adakan pilihan raya yang benar-benar bebas. 

Kita tuntut nombor satunya, media yang bebas. Media bebas bukan bermakna waktu dua tiga minggu kita ada pilihan raya atau kempen pilihan raya yang tak sampai dua minggu itu. Jika hanya waktu itu baru diberi peluang terhad agar  pembangkang menceritakan sedikit sebanyak  manifesto, itu bukan bermakna media yang bebas. 

Kita nak bebas sekurang-kurangnya dari sekarang. 'Countdown period' ini. Sepatutnya sepanjang masa. Tapi tak mengapalah kalau media nampak bebas mulai dari sekarang. Bermakna berilah masa kepada semua parti politik memberi hujah menerusi televisyen, radio dan juga akhbar arus perdana. 

Atau diadakan sesi perbincangan seperti sewaktu saya jadi Menteri Penerangan dulu. Adakan debat perdana, kumpulkan wakil parti-parti kerajaan dan pembangkang, berbahas mengenai isu-isu tertentu. 

Pihak SPR perlu ambil berat kepentingan media bebas ini.

Tapi SPR selalu jawab, hal media bebas bukan di bawah tanggungjawabnya?

Saya nampak SPR ini keliru sikit dengan tanggungjawab mereka. Tanggungjawab SPR adalah memastikan pilihan raya diadakan dengan cara adil, telus dan sempurna. 

Sekarang SPR kata, itu kerja kerajaan, bukan kerja kami. Misalnya bila kita tuntut media bebas waktu pilihan raya, jawapan dia, itu bukan tanggungjawab SPR, itu soal kerajaan. RTM, kerajaan punya; Astro orang lain punya; TV3 syarikat lain pula. Jadi dia tidak bertanggungjawab. 

Tapi SPR lupa, itu tanggungjawab dia, untuk berunding dengan kerajaan. Semuanya prasyarat penting wujudkan pilihan raya  bebas. SPR kena bertanggungjawab berunding dengan kerajaan, memujuk kerajaan supaya buka sikit kebebasan media waktu pilihan raya. SPR tak boleh kata, ini soal kerajaan, bukan di bawah bidang kuasa kami. 

Bidang kuasa SPR itu meluas. merangkumi segala-galanya. Waktu pilihan raya itu memang bidang kuasa dia, untuk pujuk, merayu, untuk meminta. Daripada jabatan-jabatan kerajaan juga, supaya dilonggarkan pelbagai perkara.

Selain media bebas?
 
Yang kedua,  penggunaan jabatan-jabatan kerajaan dan juga separa kerajaan untuk berkempen bagi satu pihak waktu pilihan raya. 

Sekarang kalau kita pergi ke kampung-kampung, kita dapat lihat banyak jabatan-jabatan kerajaan seperti Kemas, Jabatan Penerangan, Jasa, Risda, Felcra, Felda termasuk juga polis Cawangan Khas (SB) dan unit khas anggota bersenjata. 

Sepatutnya salahguna kuasa berkaitan hal ini   tak boleh dibuat semasa pilihan raya. Mereeka pergi berkampung di kampung-kampung dan dia guna alasan, dia bebas. Dia pegawai kerajaan. Nak sampaikan maklumat. Tapi sebenarnya, dia pergi berkampung di rumah orang-orang tertentu, di kampung-kampung tertentu, untuk berkempen dan dia menggunakan wang rakyat, wang kerajaan. 

Dibuatnya secara besar-besaran, buat kenduri, beri bantuan khusus dan sebagainya, walhal untuk memujuk, memihak dan berkempen bagi satu pihak. Perkara ini sudah terlalu ketinggalan zaman, bercanggah dengan amalan demokrasi dan tak boleh lagi dibenarkan.

Bukankah salahguna sumber kerajaan ini sudah berlaku sejak lama dulu dan bukan isu baru?

Benar, banyak benda dulu, yang salah,  kita buat tapi Dato' Seri Najib dah isytiharkan,  melalui transformasi politik, benda-benda  tak baik dulu, seperti u ISA akan dimansuhkan, Okey, kalau nak transformasi politik, Alhamdulillah, kita alu-alukan. 

Jadi kita buatlah satu pembaharuan, satu 'chapter' baru, dan antaranya yang paling penting jabatan-jabatan kerajaan, separa kerajaan, GLC, termasuk polis dan sebagainya, waktu pilihan raya  kena betul-betul berkecuali. 

SPR pastinya  tahu sangat perkara seumpama ini memang tak adil. Jadi jawapannya bukan lagi, "itu kena jumpa kerajaan, ini bukan tanggungjawab SPR, apa yang dalam bidang kuasa kami, kami buat, apa yang bukan dalam bidang kuasa kami, kami tak buat. 

Bagi saya, tak betul jawapan seperti itu.  Tanggungjawab SPR pergi pujuk kerajaan, kata semua perkara itu tak boleh buat, dan dijelaskan bagaimana sepatutnya yang boleh buat.

Menggunakan jabatan kerajaan untuk berkempen bagi sesuatu pihak memang salah. Untuk mengadakan  pilihan raya  bebas dan adil, maka harus ada akses media buat semua parti dan calon. Dan pastikan jentera dan kemudahan kerajaan benar-benar berkecuali.

Ini satu persoalan yang cukup penting. SPR  tak boleh kata bahawa hal-hal itu bukan di bawah bidang kuasa dia, seperti membebaskan media, ataupun memberhentikan jabatan kerajaan diperalatkan untuk dikempen bagi satu pihak. 

SPR tak boleh kata macam itu, sebab dia bertanggungjawab untuk memastikan pilihan raya dapat dijalankan secara  adil, telus, bebas, bersih, sempurna dan sebagainya. Maknanya, SPR kena pujuk, beritahu dan mempengaruhi kerajaan untuk hentikan semua ini.
Sekarang saya tengok  'Special Branch' juga digunakan secara berleluasa untuk kempen. Mereka pergi dari rumah ke rumah, kadang-kadang caranya ada sedikit sebanyak menakut-nakutkan. Saya ingat tak bolehlah diteruskan amalan tidak demokratik seperti itu.
Kita berada di tahun 2013, selepas Dato' Seri Najib bercakap pasal transformasi politik, semua ini kena berhentilah.

Dalam HKR, pihak polis, khususnya Ketua Polis Negara, telah bertindak dengan cukup baik sekali. Mungkin ia dapat diteruskan dalam masa PRU13 nanti.
 
Saya harap juga begitu. Pihak polis juga mesti berani bertindak profesional,  beritahulah kepada kerajaan, waktu pilihan raya ini janganlah menggunakan polis untuk kempen bagi satu-satu pihak. Ini bukan kerja polis atau kerja angkatan bersenjata kita. SPR  kena beritahu  kerajaan secara terus.

Selepas keputusan pilihan raya diumumkan dan kerajaan ditubuhkan, waktu itu nak guna jabatan kerajaan turun ke kampung membantu melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang dipilih rakyat ... itu tak apa. 

Tapi semasa 'countdown'  pilihan raya seperti sekarang, dan nak guna untuk kempen bagi satu-satu pihak, memang tak bolehlah. 

Selain media bebas,  bagi saya, inilah 'point' yang cukup-cukup penting, iaitu menamatkan penyalahgunaan kemudahan kerajaan. Pegawai-pegawai kerajaan apabila  turun ke kampung, mereka boleh masuk rumah orang PAS, rumah orang KeADILan. Ya, semua rumah dia boleh masuk. Sebab dia kata dia pegawai kerajaan, dia bukan orang politik. 

Tetapi apabila dia masuk berkampung, maka mulalah secara perlahan-lahan dia bawa keluar cerita-cerita yang sebenar-benarnya tugas mereka. Iaitu  berkempen bagi satu pihak. Dalam waktu itu, mereka ada pula peruntukan yang pelbagai dan mewah. Peruntukan itu wang rakyat, tetapi digunakan untuk kempen bagi satu-satu pihak. 

Mereka mungkin dapat masuk rumah ratusan ribu pengundi, mungkin jutaan, seluruh Malaysia. Jabatan kerajaan sekarang 'dok melilau' hingga ke Sabah dan Sarawak. Seluruh kampung mereka dah ada. Tiap-tiap hari berkempen, sejak berbulan dah. Ini  bermakna jutaan undi dapat dipesongkan ke arah lain. 

Ini hal yang cukup-cukup serius dan saya harap SPR dapat berunding dengan kerajaan supaya perkara ini diberhentikan. Janganlah SPR ulangi jawapan lama bahawa itu semua bukan tanggungjawabnya.

Ada dua isu tentang penggunaan jentera kerajaan. Pertama, mungkin SPR akan berkata kuasanya tidak terpakai sehinggalah Parlimen dibubarkan. Kedua, walaupun selepas Parlimen dibubarkan, selalunya dihujahkan bahawa projek program kerajaan itu perlu diteruskan. Jadi, pegawai-pegawai kerajaan yang mungkin turun ke kampung dan sebagainya itu semata-mata ingin melaksanakan program-program yang telah dirancang sebegitu.

Memanglah itu jawapan dia selama ni. Tapi saya rasa tak. Isunya adalah pilihan raya bebas dan adil. Bagi saya, sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh pilihan raya, media mesti nampak bebas dan kakitangan kerajaan bertindak berkecuali. Itu 'countdown period' kata orang. 

Dalam tempoh ini kerja-kerja jabatan kerajaan turun ke bawah ni, berkampung di kampung-kampung, saya ingat kena diberhentikan. Kita tahu itu kempen secara teranglah. 

Jadi saya harap juga orang-orang di bawah, terutama daripada parti-parti politik yang tak berpuas hati dan dapati jabatan-jabatan kerajaan sedang berkampung di rumah-rumah orang, kononnya nak menerangkan dasar-dasar kerajaan, beri bantuan dan sebagainya, patut buat laporan polis. Juga laporan kepada SPR terus. Buat laporan di seluruh negara.

Saya ingat yang menyumbang kepada masalah ini,  antara lain, negara kita tidak menetapkan secara khusus tarikh pilihan raya. Jadi bila tidak ada penetapan tarikh pilihan raya, macam mana kita nak buat 'countdown'?

Tarikh akhir hayat Parlimen 28 April. Maknanya elok sangatlah semua jabatan kerajaan tidak terlibat dalam urusan yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen untuk satu pihak. 

Ada juga kita dengar-dengar cadangan daripada pihak kerajaan sendiri, agar Parlimen dibubarkan dengan sendirinya pada 28 April. Ini  satu cadangan yang cukup saya sokong. Ia juga pembaharuan yang amat baik untuk generasi akan datang. 

Bbiarlah apabila kerajaan itu dipilih, maka dia akan berkhidmat dalam satu penggal yang cukup. Lepas itu biarlah rakyat menentukan baik buruknya dia, berdasarkan rekod lima tahun itu. 

Kalau kerajaan yang ada sekarang buat keputusan begitu, saya mengalu-alukan. Ini satu pembaharuan, satu transformasi politik yang cukup bijak. 

Selama hampir dua tahun, rakyat macam tak ada ketentuan. Banyak pelabur juga 'wait and see' (tunggu dan lihat). Mereka mahu tengok siapa yang  menang,  siapa kalah. Jadi kita rugi amat banyak. Pegawai-pegawai kerajaan pun tak dapat tumpu kerja-kerja dia. 

Orang politik pun banyak main politik. Tak lagi tumpu pada kerja-kerja membuat kebaikan dan perbelanjaan pun  banyak habis. Satu benda yang cukup rugi. Kalau dah dipilih untuk lima tahun, biar dia serve 'full five years'. Lepas tu bubar dengan sendirinya. 

Ini peluang keemasan untuk pihak kerajaan mengamalkan dasar baru ni. Maknanya, dah dekat sangat 28 April. Biar hayat Parlimen mati secara automatik. Lepas itu, isytiharlah, okey, mulai sekarang kita buat  pindaan undang-undang pilihan raya. Pilihan raya  akan diadakan tiap lima tahun sekali. Kerajaan yang dipilih akan 'serve' untuk rakyat selama lima tahun.


Dalam HKR juga, Pengerusi Bersih, Dato' S Ambiga menjemput rakyat mengambil bahagian dalam program pemerhati atau pemantau PRU13. Bersih memerlukan lebih kurang 100,000  pemantau.  

Saya alu-alukan cadangan itu. Jadi setiap ahlii parti sepatutnya jadi mata dan telinga kepada usaha untuk mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Apa yang tak kena kita buat laporan.  

SPR pun nampak sangat dalam hujah-hujahnya, begitu memihak. Sangat merugikan. Lebih-lebih lagi, Timbalan Pengerusi SPR, dia nampak sangat terlalu memihak. Komen-komen dia pun terlalu memihak. Pengerusi SPR, nampak boleh tahan sikit. 

Timbalan Pengerusi SPRterlalu memihak, 'to one side', tak langsung memberi sumbangan kepada mewujudkan suasana yang baik bagi rakyat untuk mengadakan pilihan raya yang bebas. Walaupun dia kata pilihan raya yang bebas tapi apabila dia cakap, benda baik pun jadi buruk.


Sebelum ini Tan Sri di dalam Umno, pernah jadi MT Umno, pegang jawatan sebagai menteri tapi sekarang ini berada di pentas Pakatan Rakyat, melihat kebangkitan rakyat sekarang ini. Ada peluang atau tidak untuk Pakatan Rakyat?

Saya sudah menjelajah seluruh negara. Saya yakin jika PRU13 tu dijalankan secara adil dan bersih, rakyat pada keseluruhannya, semua kaum, mahukan perubahan. Bukan sahaja di negeri-negeri, tapi juga di Putrajaya. Itu keyakinan saya. 

Soalnya, sama ada pilihan raya itu adil dan bersih. Satu lagi, kita harap pada rakyat, tolonglah jangan menjual undi kita. Ini cukup penting. Sebab ada pihak yang rasakan, kalau dia tabur duit, maka ia dapat membeli undi. 

Jadi saya harap kepada rakyat, janganlah bagi mana-mana pihak menghina kita. Undi itu hak kita. Undi keramat hendaklah digunakan untuk bawa kebaikan. Janganlah sebab RM500, RM100, RM200 dan sebagainya, maka kita menjual undi. Ini sangat membimbangkan kita.

Sebab dalam Umno saya dapat lihat, kadang-kadang orang yang bijak pandai pun, dalam parti yang saya pernah 50 tahun memegang jawatan, orang yang berjawatan tinggi, yang berpelajaran, dia sendiri juga memilih pemimpin berdasarkan, wang bukan berdasarkan sumbangan calon-calon tersebut. 

Jadi ramai orang yang tak layak, menang dengan mudah. Ada yang menang Majlis Tertinggi Umno, lima bahagian pun dia tak pernah melawat seumur hidup dia. Tapi mudah menang. DEngan undi yang banyak pulak tu. Kerja dia, duduk di Kuala Lumpur, edar duit. 

Sekarang dah jadi satu bukti yang paling nyata dalam Umno. Tak payah susah payah macam kami zaman dulu-dulu. Kena turun ke bawah, ke bahagian, cawangan. Berulang kali bermesra dengan ahli-ahli, bantu di mana boleh. 

Sekarang mereka dah tahu, tak payah turun ke bahagian, tak payah bersusah payah. Cari duit banyak-banyak, tiga tahun sekali, duduk di Kuala Lumpur, edar duit, menanglah.

Jadi  ada satu keyakinan,  kalau benda ini boleh berpengaruh dalam Umno, dan menjadi  satu budaya, maka budaya ini berpindah pula kepada rakyat seluruhnya. Jalan pintas sudah ditemui, dengan sogok rakyat seperti mana mereka menyogok ahli-ahli Umno dahulu.

Saya berdoa sangat-sangat, janganlah budaya yang bertapak dan berakar umbi dalam Umno itu turun melata pada rakyat pula. 

Saya harap rakyat akan bersikap macam penduduk Kelantan. Sejak 20 tahun lebih, tiap-tiap kali pilihan raya, kerajaan cuba membeli undi dengan sogokan berbagai-bagai, tetapi mereka masih menggunakan undi mereka itu mengikut budi bicara mereka sendiri tanpa dipengaruhi janji manis, wang ringgit dan sebagainya.

Buku DETIK UTOPIA karangan Ahmad Lutfi Othman boleh dipesan melalui pos kepada Penerbitan Pemuda, DL32,  Jalan Mutiara,  Taman Bukit Ampang, 68000 Ampang, Selangor. Bayaran atas nama Ahmad Luqman Hakim b Ahmad Lutfi, atau bank-in akaun Maybank 162179670906 (emel lutfi_detik@yahoo.com ) Harga termasuk bayaran pos RM28.00

Thursday, January 31, 2013

Singapura perbetul kenyataan pengerusi SPR diatas kata-kata merapu dia..!!!

Pengundi luar negara, S'pura perjelas kenyataan SPR

macamana orang tak kata hang UMNO..!!
Singapura memberi penjelasan berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang merujuk syarat pengundi luar negara di republik itu.

Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur hari ini menjelaskan bahawa untuk melayakkan warganya mendaftar sebagai pengundi luar negara, seseorang perlu mendaftar sebagai pengundi dan tinggal sekurang-kurangnya 30 hari di republik itu dalam tempoh tiga tahun sebelum tarikh daftar pemilih terbaru.

Ia berkata kenyataan Wan Ahmad pada 27 Jan lepas bahawa warga Singapura yang berada di luar negara perlu kembali ke republik itu dan tinggal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mereka layak mendaftar sebagai pengundi luar negara, adalah tidak tepat.

SPR membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara mendaftar sebagai pengundi biasa, selain pengundi tidak hadir, untuk melayakkan mereka menjadi pengundi pos pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagaimanapun, mereka perlu tinggal di negara ini sekurang-kurangnya 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Wan Ahmad berkata syarat itu turut diguna pakai negara Komanwel lain seperti Australia, Kanada dan Singapura.

- Bernama

Wednesday, January 30, 2013

SPR mula bermain kata-kata nak tunjuk baik...!!!

Daftar pemilih tak mungkin 100 peratus bersih, kata SPR

PUTRAJAYA, 30 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata adalah mustahil untuk daftar pemilih bersih sepenuhnya, walaupun menerima tuntutan untuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mendakwa tidak ada sebuah negara yang 100 peratus daftar pemilihnya bersih kerana kematian, berpindah atau penarikan kewarganegaraan.

"Kita telah cuba sebaik yang boleh untuk bersihkan daftar pengundi mengikut undang-undang," kata Abdul Aziz kepada pemberita hari ini.

"Jika saya bersihkan daftar pemilih hari ini, esok seseorang (mungkin) mati, ia akan tidak bersih lagi."

Abdul Aziz mengatakan SPR tidak boleh secara undang-undang mengubah daftar pemilih sewenang-wenangnya.

SPR turut menyebut tarikh pilihan raya 2013, dimana perdana menteri Australia Julia Gillard mengumumkan pilihan raya negara itu berlangsung lapan bulan dari sekarang.

"Apa saya boleh katakan tarikh pilihan raya semakin hampir," kata Abdul Aziz lagi.

"Kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain, kita ada cara kita sendiri."

Tuesday, January 22, 2013

Alahai SPR & UMNO.. Pengundi BARU ada nama tapi tak dapat di kesan..!!!

Umno Makin Jijik.. Ini Buktinya 

KUALA LUMPUR 22 Jan: Kemunculan pengundi baru yang mendadak di Selangor dengan sejumlah besarnya tidak dapat dikesan, membuktikan komplot Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan Umno BN akan berterusan bagi merampas negeri itu.Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin berkata, taktik lapuk SPR itu akan dipatahkan dengan kerjasama rakyat yang mahukan pilihan raya bersih dan adil.“Sehingga kini, kita masih menggunakan Sistem Menang Pilihan Raya (Sismep) untuk mengesan pengundi hantu.

Proses culaan tetap berjalan hingga ke hari ini bagi memastikan senarai pengundi dapat dikesan,” kata Ketua Wanita KEADILAN itu.“Rakyat diperlukan untuk bersama-sama menjadi sukarela sebagai pemerhati pada hari mengundi. Kalau ramai yang berkawal, SPR dan polis atau pihak bersekongkol dengan Umno BN takut untuk menipu,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan peningkatan luar biasa jumlah pengundi baru di Selangor mencecah 450,000, manakala 130,000 pula tidak dapat dikesan berdasarkan alamat yang didaftarkan.Ekoran itu, Anwar yakin SPR akan mengulangi penipuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.


Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memberi contoh kes di kawasannya.“Masalah itu akan tetap berlaku walaupun SPR menafikan. Sebab itu kami di Ampang ada kumpulan ‘ghostbuster’ bagi mengenal pasti pengundi hantu.“Di Ampang ada 15,000 pengundi baru, tapi setakat ini ada lebih 1,000 pemilih yang kita tidak dapat kesan. Usaha mencari masih diteruskan sehingga pilihan raya,” jelasnya. ~keadilandaily

Wednesday, January 16, 2013

Bekas pegawai JPN mengaku bagi IC kat warga asing atas arahan menteri UMNO BN..!!

2 orang kanan Dr M dikait dakwaan beri IC di Sabah

Dua bekas orang kanan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dikaitkan oleh saksi-saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.

NONEBekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah memberi
keterangan bahawa dia dan yang lain-lainnya menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin (kanan), yang ketika itu merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir, untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Yakup Damsah, yang ketika itu ketua JPN Tamparuli, memberitahu RCI bahawa beliau dan pegawai lain JPN telah diterbangkan dari Sabah ke Kuala Lumpur.

Katanya, selepas menerima arahan dari pengarah JPN Sabah ketika itu, Abdul Rauf Sani, mereka diminta pergi ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di kediaman Abdul Aziz di Kampung Pandan.

Beliau berkata mereka ditugaskan untuk menandatangani kad pengenalan yang akan diberikan kepada pendatang, yang kemudiannya dilamina di ibu pejabat JPN di Petaling Jaya dan dihantar ke JPN Kota Kinabalu untuk pengagihan.

Ditahan di bawah ISA

Yakup berkata, mereka telah diberi taklimat mengenai tugasan khas oleh seseorang yang mereka tidak diketahui, bernama 'Mat Nor'.
"Beliau minta kami mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang," katanya.

Yakup, yang kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), berkata dia sedar bahawa operasi itu adalah haram, tetapi dia mengikuti arahan kerana dia adalah seorang penjawat awam.

"Kami telah diberitahu bahawa kami akan dilindungi daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya.

Yakup berkata, kumpulannya menandatangani sebanyak 40,000 kad pengenalan biru dalam tempoh sebulan, berdasarkan borang permohonan yang telah diisi yang diberikan kepada mereka.

Katanya, mereka tidak melihat borang secara terperinci, "kita hanya tandatangan..."

"Kami tahu mereka adalah pendatang, kebanyakannya warga Indonesia dan Filipina, tetapi kami tidak tahu sama ada mereka pendatang yang sah atau tidak," katanya.

Beliau menambah bahawa niat tindakan mereka itu adalah untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah dan untuk memastikan bahawa mereka akan mengundi untuk Umno dalam pilihan raya 1994 di negeri Sabah.

Pada masa yang sama, kata Yakup, kumpulannya juga terlibat dalam operasi lain, di mana mereka tidak memberikan kewarganegaraan kepada pendatang tetapi memberi mereka resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Bekas timbalan menteri dalam negeri juga dikaitkan 

Sebelum itu, dalam keterangannya, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin yang menggantikan Abdul Rauf, mendakwa operasi itu bermula hampir dengan tarikh pilihan raya.

Ramli mendakwa operasi itu dijalankan selepas secara peribadi menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

NONEMenjelaskan lebih lanjut mengenai operasi itu, Ramli mendakwa beliau telah diarahkan untuk mengeluarkan resit kad pengenalan kepada pendatang asing menggunakan butiran mereka yang sudahpun ada dalam daftar pemilih tetapi tidak pernah mengundi sebelumnya.

Beliau mendakwa menerima panggilan dua minggu sebelum pilihan raya negeri Sabah pada 1994 untuk menemui Megat Junid di sebuah hotel. 

Beliau mendakwa telah diarahkan untuk membantu memastikan akan kemenangan kerajaan negeri yang disokong oleh kerajaan persekutuan.

Ramli mendakwa telah diarahkan untuk mengeluarkan resit JPN menggunakan nama dan nombor IC pengundi yang sudah ada dalam daftar pemilih dengan tujuan bagi memboleh mereka mengundi.

Resit JPN adalah slip kad pengenalan sementara yang dikeluarkan sebelum menerima kad pengenalan sebenarnya. Dokumen tersebut adalah memadai untuk mengundi, jelas beliau.
Personaliti lain yang hadir di hotel tersebut ketika itu ialah Datuk Osu Sukam yang menjadi ketua menteri Sabah pada tahun 1999.

Ketika dihubungi lewat petang ini, jawapan ringkas Aziz ialah: "Saya tak ingat apa-apa mengenai perkara itu. Terima kasih."

Friday, December 28, 2012

Hangpa tak payah dok pikiaq banyak la SPR oi.. Selesaikan dulu 8 TUNTUTAN BERSIH 2.0... semuanya elok aihh..!!!

Bersih 2.0: 8 tuntutan sudah cukup jika ditunaikan

SHAH ALAM - Meskipun akur dan setuju bahawa tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mengemukakan tuntutan yang menyeluruh dengan menyentuh perubahan struktur pilihan raya negara, namun untuk masa yang singkat, lapan tuntutan yang dikemukakan sudah memadai.

Malahan menurut Ahli Jawatankuasa Bersih, Maria Chin Abdullah, lapan tuntutan itu juga gagal dilaksanakan sebaiknya oleh suruhanjaya yang dipertanggungjawabkan mengendalikan pilihan raya di negara ini.

"Dengan lapan tuntutan ini juga SPR gagal untuk menyelesaikan tuntutan daripada Bersih. Kenapa hendak cakap tentang reformasi pilihan raya untuk jangka masa panjang?," katanya.

"Sekarang ini contohnya ada proses yang baru, dakwat kekal tetapi belum mengumumkan prosesnya kepada orang awam. Patutnya sudah keluar di televisyen sekurangnya di RTM1 dan 2. Proses akan jadi lambat. Orang akan tanya soalan dan sebagainya.

"Ada kemungkinan besar tak dapat habiskan jumlah pengundi di kawasan itu jika undi berakhir jam 5 petang," ujar beliau lagi ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Minggu lalu, dalam satu temubual khas bersama bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, beliau menggambarkan NGO yang menuntut pilihan raya di negara ini dijalankan secara bersih dan adil "gagal mengetengahkan isu sebenar meskipun mereka tahu apa yang mereka mahu".

Meskipun berpeluang untuk menyuarakan dan merombak secara keseluruhan sistem pilihan raya di negara ini, Bersih dalam tuntutan gabungan itu katanya, langsung tidak menyentuh berhubung struktur yang membolehkan keseluruhan undang-undang itu dikaji semula.

Gesaan seumpama itu katanya boleh membawa kepada kerajaan mengambil langkah menggubal perundangan baru yang kesannya jauh lebih besar.

"Bukan satu dua tempat. Ini macam kita tukar bateri, tukar ‘spark plug’, tukar minyak hitam, 'quick fix’ ini (sebenarnya) boleh mendatangkan masalah yang lebih besar. Yang dasarnya tidak berubah," Rahman dipetik sebagai berkata.

Namun menurut Maria, Bersih sejak awal lagi memang mendesak reformasi secara total dilakukan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Namun katanya, tuntutan awal gabungan itu yang meliputi perubahan struktur tidak diendahkan oleh SPR sehingga lah pihaknya terpaksa memilih seminimum mungkin penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dalam PRU13.

"Jangka masa yang panjang memang kita hendak proses ditambah baik dan diubah semula, tetapi untuk jangka masa pendek untuk pilihan raya umum akan datang, ini adalah standard minimum yang diperlukan yang hendak lah dilaksanakan oleh SPR," jelas beliau.

Lantaran itu, beliau mahu pihak yang bertanggungjawab supaya ada 'political will' dalam memastikan pilihan raya di negara ini dilaksakan secara bebas, bersih dan adil demi menjayakan amalan demokrasi sebenar.

"Kami harap kerajaan baru selepas PRU13 nanti lakukan reformasi secara serius dan melakukan 'overhaul'. Mereka patut lakukan 'overhaul' sekarang tapi sekarang kita sudah dekat dengan Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kerajaan dan SPR, Bersih rasa mereka tidak ambil inisiatif dan kepimpinan dalam memastikan pilihan raya akan berjalan dengan bersih," ujarnya lagi.

Wednesday, December 26, 2012

RAHSIA macamana teknik nak kecoh dilakukan ketika mengundi..!!!

PRU13 dan ayat songsang
Hishamuddin Rais+



Dalam tulisan kali ini saya ingin membawa ayat-ayat songsang. Saya ingin membuka surah yang telah di hafal tetapi tidak difahami. Saya ingin membuka bait-bait yang sering dilaungkan tetapi tidak dihayati. Saya ingin melagukan syair kasar yang tidak akan menenteramkan jiwa. Surah dan bait-bait ini telah menjadi beban sejarah jika tidak saya dendangkan kepada orang ramai.

Surah dan ayat songsang ini ialah tentang PRU13 yang akan dijalankan tidak lama lagi. Bila PRU13 ini akan diadakan saya tidak tahu. Saya bukan nujum. Malah tarikh dan saat PRU13 ini untuk saya tidak begitu penting. Untuk saya tarikh PRU13 bukan surah yang akan membawa kita semua ke jambatan yang lurus.

Apa yang sahih, tarikh PRU13 ini hanya akan dijalankan apabila semua persediaan untuk memastikan United Malays National Organisation kembali berkuasa telah tersedia. Semua perancangan telah diatur. Logistik telah tersusun rapi. Semua yang wajib dilakukan untuk mengembalikan kuasa kepada BN telah dilakukan.

Pada hemat saya keputusan PRU13 akan menafikan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Pada pemerhatian saya kerajaan Pakatan di Selangor akan jatuh ke tangan United Malays National Organisation. Jelas apa yang saya tulis ini adalah ayat-ayat songsang. Ayat-ayat ‘potong stim' yang ramai penyokong Pakatan tidak akan bersetuju. Bunyi surah ini amat kasar tetapi inilah hakikat realpolitik dalam negara Dunia Ketiga.

Ayat-ayat songsang dalam tulisan saya ini bukan saya pungut dari mimpi. Ayat ini tidak saya terima melalui saka. Ayat-ayat ini berasaskan realpolitik yang sedang berlaku di hadapan mata saya. Ayat-ayat ini datang dari laporan demi laporan yang saya terima sebagai ahli jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0.

Minggu lalu Dr Ong Kian Meng dari Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP) bersama 2.0 telah membentangkan laporan terakhir ke Parlimen. MERAP ialah satu badan ilmiah yang membuat kajian tentang daftar pengundi. Laporan dari MERAP ini cukup memeranjatkan. Justeru, dari laporan MERAP inilah munculnya sebahagian dari ayat-ayat songsang yang saya tuliskan di sini.

MERAP telah bertemu dengan 59,000 nama pengundi - saya ulangi lima puluh sembilan ribu - pengundi luar negara. Jumlah ini dikenal pasti kerana dalam senarai daftar nama-nama 59,000 ini menggunakan kod 71. Kod 71 ini bermakna bakal pengundi ini lahir di luar negara. Ada dari Afrika, dari Eropah, Vietnam, India dan dan dan.... Awas, Mat Indon dan Mat Bangla bukan di sini nama mereka tercatit.

Nama 59,000 pengundi dengan Kod 71 ini adalah warga negara Malaysia yang lahir di luar negara. Maka Hairan bin Takjublah kita semua. Tidak disangka-sangka rupa-rupanya ramai orang Malaysia lahir di Uganda, Kenya, Sweden , Jerman, Qatar dan di Itali.

Kita juga telah membaca dan mendengar surah bagaimana nama-nama pengundi yang amat pelik lagi memelikkan telah ditemui dalam senarai pengundi. Bukit bin Batu. Harimau binti Buaya. Kijang anak lelaki Ular. Jintan binti Bawang. Dubai bin Abu Dhabi. Ini hanyalah contoh nama-nama pelik di mana si ayah atau si ibu ketika mendaftar telah hilang akal lalu menamakan bayi yang baru lahir ini Sungai binti Laut.

Untuk pembaca yang tersenyum membaca nama Ular bin Lipan pasti akan terbahak bahak ketawa apabila diberitahu ada juga pengundi yang namanya "bin". Dan menjadi lawak seram kerana nama ini bukan ditulis dengan ejaan Koma bin Noktah tetapi dengan simbol ‘.

Lebih memeranjatkan apabila MERAP membuktikan bagaimana satu alamat di Jalan Papan Klang telah didiami oleh 46 orang pengundi. Pelik bin hairan - bagaimana rumah teres ini dapat menampung 46 orang penghuni?

Kalau pun setiap bilik ini ada katil bertingkat-tingkat saya masih musykil dan ingin bertanya ada berapa buah bilik mandi dan tandas dalam rumah teres ini? Justeru saya membuat kesimpulan 46 orang penghuni rumah ini akan tidur tegak berdiri untuk memastikan ada ruang untuk kesemua 46 orang. Untuk berak mereka ke belukar.

Awas! Sikap silaturahim penghuni amat membanggakan. Dalam rumah ini ada Muthusamy, Abdullah, Lim Ah Seng, Gobala, ada Jebeng Bibik, Fatimah dan Maureen Pillay. Inilah contoh rumah Satu Malaysia.

Kes klasik sebuah rumah dengan berpuluh-puluh penghuni ini terjadi juga di Lembah Pantai. Sebuah rumah telah ditemui diduduki lebih dari 20 warga. Alhamdulillah, satu lagi contoh Malaysia yang aman permai. Tetapi apabila ditemui lot alamat rumah ini - yang tersergam ialah Plaza Tol Lebuh Raya Pantai Baru. Ada 20 pengundi tinggal dalam bilik tol.

Pembaca sering mendengar ‘tuduhan' tentang Mat Bangla, Mat Filipina dan Mat Indon telah diberi kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi. Apakah ini ayat-ayat setan? Atau ini surah yang saharah? Mengikut MERAP telah ditemui 170,000 nama pengundi yang berdaftar. Kesemua 170,000 ini adalah pengundi yang dilahirkan di luar negara. Di sini kita temui Bibik, Embak, Jebeng dan Suhail. Mereka semuanya mendaftar dengan kod 71 yang mensahehkan mereka tidak dilahirkan di Malaysia.

Untuk memedaskan lagi tempoyak masam ini - banyak nama-nama ini tidak ada bin atau binti. Hanya ada satu nama sahaja. Tidak diketahui jantan betinanya. Malah banyak nama-nama ini tidak memiliki alamat rumah yang penuh. Contoh yang diberikan oleh MERAP ialah kajian terperinci di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru. Dalam kompang ini ramai Jebeng, Bibik dan Embak yang mendaftar tetapi tanpa alamat rumah dan nama jalan. Yang ditulis hanya Suharto Kampong Majidee.

Surah- surah di atas ini hanyalah sebahagian dari bukti yang telah ditemui oleh MERAP. Ini bukan lagi dongeng atau kesah Haji Desas bin Lebai Desus. Ini sahih dengan fakta dan kajian yang membuktikan ada perancangan untuk menipu dalam PRU13 ini.

Biar saya jelaskan sejelas mungkin. Untuk semua ahli dan penyokong Pakatan mereka wajib sedar bahawa yang mereka lawan bukan parti United Malays National Organisation. Mereka bukan berlawan dengan MIC, MCA atau BN. Penyokong dan bakal pengundi Pakatan bukan melawan polis, raja, Islam atau Perlembagaan Malaysia.

Apa yang dilawan oleh Pakatan ialah satu sistem pemilihan calon yang telah direka khusus untuk menipu. Melawan sistem tipu.

United Malays National Organisation dan konco-konconya telah tidak lagi mendapat sokongan pengundi. Parti ketuanan Melayu ini telah ditinggalkan oleh Melayu sendiri. Tetapi awas. Dalam PRU13 ini nanti United Malays National Organisation akan kembali berkuasa. Hairan?

United Malays National Organisation akan menang dalam PRU13 bukan kerana sokongan rakyat tetapi kerana sistem pemilihan ini telah diatur untuk menipu. Sistem pengundian ini telah disusun khas untuk memastikan penipuan berjalan licin tanpa disedari oleh orang ramai.

Memang betul semua pengundian akan dijalankan dengan mengikut prosedur. Memang tepat semua pengundian dijalankan mengikut peraturan. Tetapi prosedur dan peraturan ini semuanya disusun, semuanya dibuat untuk tujuan menipu.

Contohnya mesin ATM akan mengeluarkan duit sebanyak mana yang kita minta - jika kita memiliki wang simpan dalam bank. Tetapi mesin ATM yang dibuat oleh SPR ini akan memastikan jika kita meminta RM20 maka hanya RM15 akan keluar dan RM25 akan ditolak dari jumlah simpanan kita. Ini bukan satu yang mustahil. Ini penipuan. Sistem penipuanlah yang didakwa sedang disusun oleh SPR.

SPR ini bukan hanya dikepali oleh anggota ahli parti United Malays National Organisation. Sistem pengudian tipu yang disusun SPR ini telah mendapat kerjasama dengan Jabatan Pendaftran Negara, PDRM, Majlis Keselamatan Negara dan United Malays National Organisation.

Contoh penipuan yang paling senang untuk difahami ialah pengunaan dakwat kekal. Di negara-negara lain, biasanya sesudah mengundi maka si pengundi akan mencelupkan jari ke dalam botol dakwat.

Kunci ayat songsang ini ialah - SESUDAH. Tetapi dalam sistem SPR Malaysia jari tidak dicelup ke dakwat kekal tapi hanya dicalit halus. Untuk terus menipu calitan halus ini dibuat SEBELUM memangkah.

Kenapa calit dakwat sebelum memangkah? Ini untuk memastikan akan banyak undi rosak terpalit dakwat hitam. Undi rosak ini pastilah undian untuk Pakatan. Penipuan guna dakwat hitam ini diteruskan untuk apa yang dikenali sebagai pengundi awal. Sebelum ini tidak wujud pengundi awal ini. Siapa pengundi awal ini?

Pengundi awal ialah pekerja SPR di hari membuang undi. Dulu ada 100,000 - kini ditambah untuk menjadi 240,000 - saya ulangi dua ratus empat puluh ribu pengundi. Di katakan mereka akan mengundi awal tetapi tidak diketahui seawal mana? Lima hari? Tujuh hari atau tiga hari? Lagi awal mengundi lagi baik kerana tanda telah lama hilang. Mereka boleh mengundi beberapa kali lagi.

Surah dan ayat-ayat syaitan di atas membuktikan bahawa apa yang dilawan oleh Pakatan bukan parti politik. Yang dilawan ialah satu sistem pemilihan yang dibentuk dan direka khas untuk menipu. Sistem penipuan ini diwujudkan untuk memastikan United Malays National Organisation akan kembali berkuasa. Itu saja ayat songsang? Tidak ada lagi minggu depan.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Tuesday, December 11, 2012

Jawapan Pengerusi SPR macam 'TAIK'

SPR: Pegawai tidak boleh aktif dalam parti politik
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
12 Disember 2012
Tan Sri Abdul Aziz Yusof

KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya tidak bercadang untuk menasihatkan Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Sabah untuk meletakkan jawatan ekoran penglibatannya dalam parti politik dan turut memegang jawatan penting dalam organisasi berkenaan.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa pegawai-pegawai tidak boleh aktif dalam parti politik dan memegang jawatan.

Sehubungan itu kata Aziz, pihaknya akan mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut dan akan mengambil tindakan mengikut garis panduan dan perundangan yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
"Kita kena lihat lah apa sebenarnya (kes ini). Kita kena lihat betul-betul, jangan silap ambil tindakan kepada pegawai kerajaan, dia boleh bawa kita ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Dewan Pemuda Pas Pusat semalam memberikan kata dua kepada Ketua Penerangan Umno Kinabatangan yang juga seorang pegawai SPR, Aksyah Nasrah untuk memilih sama ada meneruskan khidmat sebagai pegawai SPR atau mengekalkan jawatan dalam Umno.
"Bagaimana SPR boleh bagi jaminan dia boleh melakukan tugas secara profesional?

"Sebagai contoh, dalam perlawanan bola sepak, pengadil itu menyokong salah satu pasukan. Bagaimana penonton nak percayakan pengadil tersebut?" kata  Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, pegawai kerajaan yang aktif dan memegang jawatan dalam parti politik sememangnya boleh dikenakan tindakan perundangan. 

"Saya baru difahamkan dia ini pegawai. Bila pegawai dia tidak boleh aktif dalam parti-parti politik, maknanya tidak boleh memegang jawatanlah.

"Dalam kes seperti ini kita akan lihat secara terperinci apa sebenarnya yang terjadi kepada pegawai berkenaan dan kita akan siasat dulu," jelas Aziz.

Ditanya berhubung tindakan DPPP yang akan mendedahkan lebih banyak berkenaan kes itu jika tindakan tidak diambil, Aziz berkata, pihaknya tidak mahu terburu-buru dan akan mengikut undang-undang sebenar dalam mengambil apa jua tindakan ke atas Aksyah.

Sunday, November 25, 2012

Senator Australia menempelak media Malaysia yang memutar belit kenyataannya..

Senator Australia persoal ketakutan Umno terhadap pemerhati bebas

KUALA LUM[UR 24 NOV: Senator Selatan Australia, Nick Xenophon menempelak laporan media arus perdana Malaysia yang memutar belit kenyataannya hingga terpesong kenyataan sebenar.

Pada kenyataan media semalam, Xenophon menyatakan, beliau menyerahkan surat peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur minggu lalu untuk diserah kepada Menteri Luar Australia, Bob Carr.

Surat itu berhubung bantuan dari Australia bagi pilihan raya Umum akan datang yang mencerminkan ‘kehendak sebenar rakyat Malaysia’.

“Tidak ada apa-apa permintaan yang boleh ditafsir sebagai gangguan oleh satu negara dalam hal ehwal negara lain.

“Realitinya ialah kehadiran pemerhati bebas antarabangsa dari enam negara seperti yang dilapor April lalu bertujuan memantau sistem pilihan raya, menunjukkan peningkatan kebimbangan serius demokrasi Malaysia.

“Bob Carr ada hak untuk menyatakan Ausralia tidak akan campur tangan dalam PRU 13. Bagaimanapun dia boleh menyatakan kehadiran pemerhati bebas dianggap campur tangan kepada sistem di Malaysia?,” katanya.

Malah, Xenophon juga mengalu-alukan jika Malaysia mahu menjadi pemerhati untuk pilihan raya umum di Australia pada masa depan.

“Kerana Malaysia dan Australia adalah seperti rakan yang hebat. Saya yakin ahli Parlimen Australia dan Suruhanjaya Pilihanraya Australia mengalu-alukan penelitian daripada ahli Parlimen Malaysia ke atas sistem pilihan raya kita, tahun depan.

“Apa yang dimahukan Anwar ialah pilihan raya yang bebas, adil dan bersih. Peranan Australia sebagai jiran dan rakan hanya sebagai pemantau dan pemerhati, jika diminta.

“Persoalannya, mengapa kerajaan Malaysia begitu takut dengan permintaan Anwar untuk mengambil pemerhati bebas dari rantau ini?” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40053

Tu dia aihh macam sial ja 'pengadil' nie... hak tengkorang hang..??

‘Pengundi tidak dikenalpasti’ masih mempunyai hak mengundi, kata pengerusi SPR

Oleh Md Izwan dan Ida Lim
November 25, 2012

KUALA LUMPUR, 25 Nov — Disebalik kebimbangan Selangor tentang 28 per peratus pengundi baru di negeri Pakatan Rakyat (PR) itu berkemungkinan “pengundi hantu”, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap dengan pendirian tidak boleh menghalang mereka yang berdaftar oleh kerana mereka mempunyai hak sah untuk membuang undi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Dibawah undang-undang, mereka adalah pemilih berdaftar yang sah di Selangor dan mereka boleh mengundi di Selangor, tidak kisahlah mahu panggil mereka ‘pengundi hantu’ atau tidak, mereka berdaftar.

“Mereka boleh mengundi di Selangor semasa hari pilihan raya,” kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada The Malaysian Insider melalui telefon semalam.

Pengerusi suruhanjaya tersebut mengulas laporan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Jumaat lepas -menunjukkan satu kajian dijalankan baru-baru ini yang menyatakan negeri itu dapat mengesan sebanyak 134,675 daripada 497,084 pengundi baru berdaftar bagi suku keempat tahun lepas.

Untuk pengundi yang Selangor dakwa tidak dapat dikesan, walaupun tidak dapat dikenal pasti “bukan bermakna mereka tidak boleh mengundi sama sekali”, kata Abdul Aziz.

Beliau juga berkata bahawa SPR menentukan tempat pengundi seseorang berdasarkan alamat dinyatakan dalam kad pengenalan beliau (IC) dan bukan mengikut tempat kediaman semasa pengundi, yang boleh menjadi antara kesukaran dihadapi negeri tersebut dalam percubaan untuk mengesan pengundi berdaftar.

“Masalahnya adalah mereka tidak pernah tinggal [tetap] di alamat itu,” katanya, merujuk kepada alamat yang dicatatkan dalam IC pengundi.

Abdul Aziz berkata terdapat pengundi yang bekerja secara kontrak dan dipaksa untuk berpindah dengan kerap kerana sifat kerja mereka.

Pengundi sebegitu, katanya, mempunyai alamat tetap tetapi hanya kembali sekali-sekala.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau bukan tidak pernah mendengar kumpulan besar pengundi berdaftar, termasuk keseluruhan keluarga, menggunakan alamat sama bagi saudara atau rakan, “kesenangan posmen” kerana mereka tinggal di kawasan pedalaman atau bandar-bandar yang tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa dan oleh itu tidak mempunyai nombor rumah betul atau pun nama-nama jalan.

Seluruh kampung boleh berkongsi alamat tunggal, tegas beliau, sambil menambah bahawa kes-kes seperti ini menyukarkan untuk mengesan pengundi.

“Terdapat juga kemungkinan mereka ini menggunakan alamat orang lain kerana tidak memiliki alamat sendiri kerana tinggal di kawasan setinggan, tidak memiliki alamat... kadangkala mereka gunakan alamat kedai kopi, kedai basikal, alamat surau dan lain-lain,” kata Abdul Aziz.

Pengerusi suruhanjaya itu berkata SPR akan memeriksa balas dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang bertanggungjawab mengeluarkan IC — atau dipanggil MyKad - untuk mengesahkan identiti warganegara dan rekod mereka adalah sahih.

“Jika JPN kata ya, jadi kami akan daftarkan alamat itu,” katanya.

Beliau menambah bahawa SPR memberikan tempoh dua minggu untuk sebarang bantahan direkodkan.

“Jika tiada bantahan, kami akan gazet nama itu. Jika ada, kami akan buat inkuiri awam,” katanya.

Abdul Aziz berkata SPR berulang kali menasihatkan semua pengundi berdaftar untuk memeriksa dan memastikan butiran pendaftaran pengundian mereka - nama, alamat dan butir-butir lain - direkodkan dengan betul, dan memberitahu SPR jika terdapat sebarang kesilapan.

Beliau menegaskan bahawa di bawah undang-undang, SPR hanya boleh menukar alamat mengundi jika pengundi membuat permintaan.

“SPR tidak boleh menukar alamat rakyat dengan sesuka hati,” katanya.

Beliau berkata pengundi kadang-kadang mengubah alamat mereka di JPN tetapi gagal memaklumkan kepada SPR — yang menyebabkan kritikan bahawa daftar pemilih bukan yang terkini.

Salah satu faktor menyebabkan kelewatan adalah JPN tidak dikehendaki oleh undang-undang untuk memaklumkan kepada SPR perubahan dalam status pendaftaran pengundi.

SPR sering dikritik oleh pemantau pilihan raya Bersih 2.0 dan ahli politik pembangkang kerana dikatakan gagal untuk membersihkan daftar pemilih daripada pengundi yang meragukan.

“SPR hanya benar-benar boleh membersihkan daftar pemilih dengan bantuan pengundi dan rakyat Malaysia,” kata Abdul Aziz. Pengundi tidak dikenalpasti” masih mempunyai hak mengundi, kata pengerusi SPR

Tuesday, November 20, 2012

[Bongkar] Duduk Temerloh Undi di Pendang.. inilah yang dikatakan "pengundi hantu"

Mekanik minta SPR siasat status daftar undi isteri
Wartawan Sinar Harian
21 November 2012
Mekanik minta SPR siasat status daftar undi isteri
Mariani didapati mengundi di dua tempat berlainan setelah disemak di laman web SPR. 
 
Mekanik minta SPR siasat status daftar undi isteri
Mariani didapati mengundi di dua tempat berlainan setelah disemak di laman web SPR. 
 
TEMERLOH – Seorang mekanik meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat status daftar pemilih isterinya yang didapati mengundi di dua tempat berlainan iaitu di Temerloh dan Pendang, Kedah.

Mazlan Mohd Yasin, 42, berkata dia keliru dengan apa yang dipaparkan di laman web SPR kerana isterinya tinggal di sini bersamanya.

Katanya, masalah itu disedari empat bulan lalu semasa membuat semakan daftar pemilih di laman web SPR.
Isterinya Mariani Said, 37, tidak pernah daftar mengundi sebelum ini dan inilah kali pertama dia mendaftar sebagai pemilih.

Menurutnya, perkara itu menimbulkan kekeliruan dan dia mengesyaki ada dua individu berlainan mempunyai nombor kad pengenalan sama dengan nama yang juga sama.


“Saya syak ada dua individu bernama Mariani Said memiliki nombor kad pengenalan sama iaitu isteri saya dan seorang lagi yang tidak diketahui kerana setahu saya untuk daftar dengan SPR memerlukan kita membawa kad pengenalan.

“Sekiranya benar berlaku kes kesamaan ini, saya khuatir akan timbul masalah dalam urusan pinjaman bank dan sebagainya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Pulai, di sini.

Mazlan berkata, maklumat yang diperoleh daripada laman web SPR individu berkenaan didaftarkan mengundi di Kampung Penyarom, dalam kawasan Dun Tokai, Parlimen Pendang, Kedah.

Dia kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Temerloh dan anggota bertugas menasihatkan agar dia menukar alamat tempat mengundi.

“Tetapi saya pelik, setelah penukaran alamat dibuat  masih terdapat dua tempat mengundi berbeza pada nama yang sama manakala status permohonan menukar alamat isteri saya pula masih dalam proses," katanya.

Kata Mazlan, dia berharap hasil siasatan SPR itu nanti dapat dimaklumkan kepada dia dan isteri supaya tidak timbul kekeliruan.

Thursday, November 8, 2012

Maaf PAKATAN RAKYAT akan kalah PRU13 kerana bangsatnya SPR..!!!

Bukti berangka Pakatan Rakyat akan kalah hasil kerja celaka SPR

Aku yakin banyak lagi kawasan parlimen dan Dun yang SPR dengan kerjasama JPN buat kerja CELAKA macam 'si anjing Umno' untuk pastikan Umno BN tetap dapat majoriti di parlimen dan rampas balik sekurang-kurangnya negeri Selangor yang kaya-raya tu.

Bagi yang rajin baca labun panjang lebar Hisham Rais boleh baca artikel tulisan dia di blog TukarTiub. Bagi jenis yang malas baca artikel panjang lebar, kat bawah ni aku ringkaskan bukti berangka kerja CELAKA lagak 'si anjing Umno' yang SPR buat dengan kerjasama JPN macam yang Hisham Rais tulis tu.

Parlimen Lembah Pantai.   

Pada PRU12, Nurul Izzah berjaya mengalahkan Shahrizat Jalil, menteri kabinet Paklah yang juga ketua Wanita Umno dengan majoriti 2,895 undi.

Untuk pastikan Nong Chik yang dah berjaya cantas Shahrizat mampu kalahkan Nurul Izzah dalam PRU13, SPR tolong daftarkan 13,468 pengundi baru di parlimen Lembah Pantai.

Tak cukup dengan tu, SPR masukkan Balai Polis Bukit Jalil ke dalam parlimen Lembah Pantai walaupun balai polis tu terletak 15 batu dari Lembah Pantai. Hasilnya pengundi pos bertambah dari cuma 148 kepada 2,000 pengundi.

Akibatnya, majoriti 2,895 dah jadi macam calah gigi untuk Nong Chik. Di atas kertas Nurul Izzah dah kalah sebelum parlimen dibubarkan hasil kerja celaka SPR dan JPN 'si anjing Umno' ni.
Parlimen Subang

Kes di Subang ni lebih menarik. SPR daftarkan di parlimen Subang seramai 30,000 pengundi baru sedangkan jirannya parlimen Petaling Jaya Utara cuma ada pertambahan 5,000 pengundi baru sahaja. Takkan kut 'kesedaran berpolitik' di Subang langsung tak mempengaruhi 'kesedaran berpolitik' di Petaling Jaya Utara.

Akibatnya selain dari Sivarasa, Dr. Nasir dan Elizebeth Wong juga besar kemungkinannya akan dikalahkan dengan mudah hasil kerja celaka SPR dan JPN 'si anjing Umno' ni.

Parlimen Klang

Yang ni kes lain pulak. 5,000 pengundi parlimen Klang hilang entah ke mana, macam Hisham Rais tulis, hilang disambar garuda.

Akibatnya selain dari Charles Santiago, Rodiah Ismail dan Dr. Rani juga besar kemungkinannya akan dikalahkan dengan mudah hasil kerja celaka SPR dan JPN 'si anjing Umno' ni.

Selain dari contoh yang Hisham Rais labunkan tu, aku yakin banyak lagi kawasan parlimen dan Dun yang SPR dengan kerjasama JPN buat kerja CELAKA macam 'si anjing Umno' untuk pastikan Umno BN tetap dapat majoriti di parlimen dan rampas balik sekurang-kurangnya negeri Selangor yang kaya-raya tu.

Berkaitan

Monday, October 15, 2012

Aduhai SPR..Orang dok kalut mintak media bebas sama rata depa dok pikiaq kempen lepas jam 12 dari fb dan twitter...

 
SPR kesan kempen di media alternatif lepas 12 malam

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pihak berkempen menerusi media alternatif selepas pukul 12 tengah malam menjelang hari mengundi.
  
Timbalan Setiausaha SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata perbuatan itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya yang melarang calon dan ejen mereka berkempen di luar tempoh dibenarkan.
  
Bagaimanapun, SPR tidak mempunyai penguatkuasa mahupun kepakaran untuk memantau media sosial dan alternatif seperti blog, Facebook dan Twitter, katanya.
  
"Kita berharap pihak SKMM boleh melihat perkara ini dan bersama-sama membantu kita dalam mengenal pasti mana-mana pihak yang berbuat demikian" katanya pada taklimat SPR bersama wakil parti politik dan media di Kuantan hari ini.
    

Noordin turut mengingatkan semua parti politik supaya tidak menggunakan bahan kempen yang boleh memfitnah orang lain dan berdepan tindakan jika mereka ingkar.
  
Dalam taklimat itu, SPR turut mengadakan demonstrasi proses pengundian di tempat mengundi yang disaksikan oleh kira-kira 100 wakil dari parti politik dan media.
   
Bagaimanapun, proses itu terganggu beberapa kali apabila beberapa wakil dari parti pembangkang terus mempersoalkan beberapa prosedur termasuk penggunaan pensil untuk menandakan nama-nama pengundi.

- Bernama

Thursday, October 11, 2012

Bukti terkini BN & SPR khianat daftar pemilih...

oleh Rakyat M@rhaen


 [Jawapan dari Parlimen]

disebabkan perkara ini rakyat PR melaungkan BERSIH supaya daftar pemilih di bersihkan... cuba tengok 5 kawasan paling tinggi peningkatannya...semua itu kawasan PARLIMEN PR..meningkat sampai dekat 40%... siapakah 40% ini... adakah ini yg dikatakan PENDATANG TANPA IZIN.. PENGUNDI BERTINDIH.. PENGUNDI YG NAMA DIA 'KOMA' sahaja....

dan cuba lihat pula di kawasan paling rendah pula terutama Putrajaya w/pon rendah pengundinya tapi sudah bertambah 126%.... mai kot mana semua nie....

Bila orang kata BN & SPR tipu anda semua nafikan.. bukti dah terpampang sebegini pun masih nak menghalalkan perbuatan HARAM JADAH ini....

Jika sebeginilah kelaku BN nak menang sampai sanggup menipu hidup-hidup wajarkah rakyat terus membiarkan perkara sebegini berlaku...

Insya'allah jika anda semua rasa selamat menipu di dunia... bila di Padang Masyar nanti hak kami sebagai rakyat akan kami tuntut....di depan ALLAH SWT nanti... bersuka-sukalah kamu di dunia ini...

Ayuh BERSIH BERSIH....

 

Saturday, September 29, 2012

Empat Bukti SPR Menipu?

oleh MSO

 SUSUPAN PAGI

Beberapa penemuan menunjukkan ada usaha oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SP)R) memanipulasikan daftar pemilih untuk memastikan kemenangan UBN di dalam pilihan raya akan datang. Perkara ini didedahkan oleh ketua pembangkang Anwar Ibrahim seperti mana yang ditemui di dalam laporan Odit Persempadanan dan Pemetaan Daftar Pemilih yang mereka perolehi.

Sekurang-kurang ada lima bentuk penipuan yang sedang berlaku sekarang atau sengaja dilakukan walaupun kesalahana dan kecatatan itu boleh diperbetulkan. Beliau mendedah perkara ini semasa berucap di majlis makan malam Pakatan Rakyat di Shah Alam malam tadi.

Perkara itu jelasnya;

1. Terdapat 64,100 pengundi pos yang namanya dimasukan dalam daftar undi pos dalam tempoh satu hari di mana proses ini tidak menerusi proses semakan dan bantahan.

2. Sebanyak 77,246 nama pemilih yang tidak terdapat dalam PRU 12 tetapi tiba-tiba muncul dalam daftar pemilih baru untuk PRU 13. Nama-nama ini sudah lebih lima tahun memohon sebelum ini tetapi baru dimasukkan, keadaan ini memelikkan.

3. Sebanyak 304,136 pemilih yang tarikh permohonan mereka diragui atau tidak ada langsung tetapi terdapat dalam daftar pemilih yang disahkan untuk dipakai dalam pilihan raya akan datang.

4.Sebanyak 252,000 nama pengundi polis dan tentera yang tidak disertakan dengan lokaliti. Lokaliti pula sekarang ini dikurangkan menjadikan pengundi disesuatu lokaliti itu besar menyebabkan sukar untuk membuat semakan dan pemantauan.

5. Terdapat 4.3 juga pengundi yang tidak beralamat atau tiada nombor rumah. 1.99 juta boleh diperbaiki segera tetapi tidak dilaksanakan.

Dengan terdedahnya beberapa perkara itu jelas menunjukkan SPR bersubahat melakukan kebusukan untuk memastikan UBN menang. Menurut daftar pemilih hingga Mac tahun 2012 terdapat 13 juta pemilih.

Sehubungan itu Anwar meminta supaya pemimpin Pakatan Rakyat yang ditugaskan menyelesai dan mengambil tindakan berhubung perkara ini menyegerakan tindakan. [wm.kl.10:51 am 29/09/12]

Friday, September 28, 2012

Undi POS punya penangan mau jadi wakil PEJABAT POS lah jawabnya..!!

Audit: 64,100 pengundi pos daftar dalam satu hari

(Anwar dan pemimpin Pakatan di pentas khas di majlis makan malam perdana)

SHAH ALAM: Kewibawaan Suruhanjaya Piliahn Raya (SPR) dipertikaikan lagi apabila audit yang dibuat ke atas daftar pemilih mendapati 64,100 pengundi pos telah didaftar dalam satu hari.

Ia telah didaftarkan pada 9 April 2010 dan menimbulkan pelbagai tanda tanya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia berdasarkan audit yang dibuat pada bulan Mac 2012, kata Anwar.

Beliau mendedahkan perkara ini ketika berucap di majlis makan malam perdana anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Melawati malam tadi.

Hampir kesemua pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kecuali Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang tidak berapa sihat, berada di majlis itu.

Selain itu, audit yang dibuat juga mendapati 77,400 pengundi yang tidak dimasukkan dalam senarai pemilih 2008 telah dimasukkan begitu sahaja dalam senarai ini tanpa melalui proses yang sepatutnya.

Audit itu juga mendapati, 2,052 anggota tentera telah dimasukkan dalam senarai pemilih itu tanpa dinyatakan nombor kad pengenalan baru Malaysia.

Anwar juga memberitahu, 4.38 juta pemilih yang ada dalam senarai itu tidak mempunyai nombor rumah pada alamatnya manakala 3.3 juta pemilih pula mempunyai nombor rumah sahaja tetapi tidak mempunyai alamat jalan dan sebagainya.


"Kesemua ini menimbulkan pelbagai tanda tanya ke atas kewibawaan senarai pemilih ini," kata Anwar.

Bagaimanapun, di sebalik kesemua masalah itu, katanya, beliau yakin Pakatan akan menang dalam pilihan raya umum akan datang ini.

"Perkembangan yang berlaku di Sabah dan Sarawak serta kehadiran pemimpin mereka malam ini memberikan satu semangat baru kepada kita," kata Anwar.

Antara yang hadir malam tadi adalah bekas timbalan menteri, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan anggota Parlimen Wilfred Bumburing serta beberapa nama besar lagi dalam arena politik tanah air.

Kedua-dua mereka telah mengumumkan meninggalkan Barisan Nasional dan menyokong Pakatan Rakyat sebelum ini.

Friday, July 20, 2012

SPR tawar empat badan jadi pemerhati

KUALA LUMPUR: Empat badan telah dijemput oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjadi pemerhati tempatan dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Ke empat-empat badan itu adalah ASLI Centre for Public Policy Studies (ASLI-CPPS) Merdeka Center Transparency International Malaysia dan Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ke empat-empat badan itu, tawaran itu dibuat oleh SPR dalam pertemuan mereka dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof semalam.

Bagaimanapun, sehingga kini, mereka belum lagi menerima sebarang tawaran bertulis.

"Buat masa ini kami sedang berunding terma dan syarat dengan SPR," kata kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh mereka.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ng Yeen Seen, Pengarah Asli-CPPS, Ibrahim Suffian, Pengarah Program, Merdeka Center, Josie Fernandez, Setiausaha Agung, Transparency International Malaysia dan Wan Saiful Wan Jan, Chief Executive, Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).

Antara yang mereka bincangkan adalah permintaan agar SPR mempastikan perjalanan pilihan raya kali ini mengikut standard antarabangsa.

Mereka juga mempersoalkan rasa tidak senang beberapa pihak tentang ketelusan pemilihan badan yang boleh menjadi pemerhati dalam pilihan raya kali ini.

Dalam pertemuan dengan Pengerusi SPR, mereka juga meminta SPR agar mematuhi standard antarabangsa dalam menentukan syarat dan peraturan ke atas pemerhati pilihan raya ini.