Showing posts with label IC Palsu. Show all posts
Showing posts with label IC Palsu. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

RCI - Orang buang UNDI mengaku sendiri...

RCI: Pemastautin tetap mengundi dalam 3 p'raya

Pemastautin tetap dapat mendaftarkan dirinya sebagai pengundi dan pergi mengundi dalam tiga pilihan raya, demikian suruhanjaya diraja menyiasat pendatang di Sabah diberitahu hari ini.

Omar Mohd Subair mengaku beliau adalah seorang pengundi selepas disoal oleh pegawai pengendali RCI, Jamil Aripin.

"Selepas menerima sijil kelahiran anda, anda memohon untuk menukarnya kepada kad pengenalan biru (warganegara) pada tahun 1991 dan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) mengeluarkan resit sementara yang mengandungi nombor 12 digit," kata Jamil.

Tanpa pengetahuan Suruhanjaya Pilihanraya, Omar berjaya didaftarkan sebagai pengundi, kata Jamil dan Omar bersetuju dengannya.

Omar kemudiannya mengundi dalam 1994 pilihan raya negeri Sabah serta pilihan raya umum 1999 dan 2004.


Jamil menjelaskan bahawa Omar telah mengambil kesempatan daripada kecacatan dalam sistem 12 digit itu yang dilaksanakan pada tahun yang sama - 1991.

Beliau berkata SPR, yang dalam proses mengemaskini kepada sistem baru itu, gagal untuk menyemak nombor 12-digit baru itu dengan nombor kad pengenalan lama dengan awalan 'H', yang menunjukkan ia adalah IC merah.

"Tetapi pada 2008, apabila saya menyemak status saya sebagai pengundi, nama saya tidak ada lagi," kata Omar.

Ini, kata Jamil, adalah kerana SPR telah memperbetulkan masalah itu selepas mengesan kesilapan tersebut.

Tuesday, February 12, 2013

Individu terlibat PROJEK IC kata Anwar & Pak Lah tak terlibat..!!!

'Anwar dan Pak Lah tak terlibat Projek IC'
 
Seorang individu yang mengaku bertindak sebagai dalang Projek IC sekitar lewat 80-an dan awal 90-an berkata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar dan mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak pernah terlibat dalam operasi itu.

NONEMat Swadi Awi yang merupakan pengurus Bank Pertanian Malaysia di cawangan Kota Kinabalu pada tahun 1980-an, menceritakan peranannya dalam projek itu bersama bekas presiden Usno, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dalam temuramahnya dengan Harakahdaily.

Mat Swadi yang mengakui dirinya 'Gurkha setia' Abdullah menjelaskan peranannya dalam operasi itu dan menegaskan bahawa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam operasi itu.

Beliau turut mengaku menjadi dalang di sebalik kemasukan Umno ke Sabah di samping menghapuskan Usno dari negeri itu. 

"Anwar tidak pernah terlibat langsung dalam Projek IC ini sebab semua orang Umno tahu bahawa Anwar bukannya 'sekutu' dengan allahyarham Megat Junid (Megat Ayob) dan juga dengan Pak (Tan Sri Aziz Shamsuddin).

"Malah Allahyarham Tun Mustapa dulu pun ada terguris hati dengan Anwar, jadi macam mana Anwar nak terlibat dalam Projek IC ini. Saya tak salahkan Anwar meminta RCI memanggil Tun Abdullah ke RCI. Itu mungkin jawapan beliau secara spontan atau mungkin beliau sengaja menjolok Tun Abdullah untuk menghentam balik Mahathir.
"Tun Abdullah tidak memerlukan projek macam ini untuk menaikkan nama baik beliau. Semua orang tahu bahawa Tun Abdullah tak pernah buat yang bukan-bukan, beliau keturunan keluarga ulama besar," katanya.

Mat Swadi yang tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan dalam suruhanjaya menyiasat pemberian kewarganegaraan (RCI) di Sabah berkata penglibatan awalnya pada tahun 1980-an adalah bagi membantu Usno dan Mustapha kembali mendapatkan kuasa daripada PBS, dan beliau merupakan kenalan terdekat Mustapha sewaktu usaha tersebut dijalankan.

Tambahnya, lebih 20,000 pengundi baru didaftar dan diagih-agihkan di kawasan yang menjadi tumpuan Usno, dan beliau juga mendakwa pernah bertemu Megat Junid di kediaman Mustapha di Petaling Jaya.

"Saya juga berurusan dengan tentera dan polis, bekerja erat dengan mereka dan turut diperkenalkan kepada Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (pada masa itu), (Tan Sri) Abdul Rashid Abdul Rahman," katanya.

Projek IC diteruskan di Semenanjung
Menurut Mat Swadi, Mahathir mahu memastikan PBS tumbang di Sabah selepas mereka mengancam mahu membawa negeri itu keluar dari Persekutuan, dan beliau menyokong Usno untuk melaksanakan tugasan itu.

Bagaimana pun, semua usaha berkenaan sia-sia apabila Mahathir membawa Umno masuk ke Sabah dan melantik timbalan Mustapha dalam Usno, Tan Sri Sakaran Dandai sebagai ketua perhubungan negeri.

Beliau turut mendakwa bahawa projek itu diteruskan di semenanjung dengan memberi kad pengenalan biri kepada orang Indonesai di Johor yang ditugaskan untuk memastikan kemenangan Umno BN.

Dakwanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengesan orang Indonesia yang diberikan kewarganegaraan tetapi tidak mengundi Umno-BN dan menarik balik kewarganegaraan mereka.

Friday, February 1, 2013

Saya tak terlibat.. saya bersedia ke siasatan RCI.. bukan berani cakap belakang sahaja..!!!!

Anwar ulangi tiada sebarang kaitan dengan Projek IC

NONEAnwar Ibrahim terus menafikan sebarang peranan dalam Projek IC di Sabah, dengan berkata perkara itu tidak pernah dibawa ke kabinet,  ataupun menghadiri atau mempengerusikan mana-mana mesyuarat mengenainya.

Ketua pembangkang itu juga mendakwa projek memberikan kad pengenalan biru kepada pendatang, tidak berakhir pada 1990-an dan ia berterusan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri (PM), Tun Abdullah Ahmad Badawi dan berlanjutan sehingga tahun lepas, meliputi pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak juga.

Anwar berkata, pasukan petugas itu dikendalikan oleh PM ketika itu,  Tun Dr Mahathir Mohamad dan orang kanannya Datuk Abdul Aziz Shamsuddin (setiausaha politik Mahathir ketika itu) dan Tan Sri Megat Junid Megat Ayub (timbalan menteri dalam negeri ketika itu).

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Dr Mahathir semalam bahawa Anwar terlibat secara langsung dalam Projek IC itu.

Pemimpin umum PKR itu yang pernah menjadi timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Dr Mahathir, mengulangi bahawa beliau bersedia memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah jika dipanggil untuk berbuat demikian.


"Saya dah kata saya bersedia ke situ dan boleh tanya semua menteri berkenaan yang ada dalam kabinet masa itu dan selepas, perkara itu tak pernah dibentangkan dalam kabinet, tak ada satu minit saya hadir dalam mesyuarat pasukan petugas, tidak ada laporan dikemukakan kepada saya selaku menteri kewangan dan timbalan perdana menteri.

"Tidak pernah sama sekali ada rekod berkenaan kerana operasi itu adalah operasi khas. Pasukan petugas dikendali oleh perdana menteri dan diserahkan kepada Aziz dan Megat Junid

"Yang kita tahu pasukan petugas itu berterusan dan perlu kita tanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib terus jalankan pasukan petugas itu di bawah perdana menteri dan ini wajar disoalkan kepada mereka," katanya.

Anwar juga berkata, apakah Dr Mahathir boleh menafikan beliau bertanggungjawab kerana "dia asaskan pasukan petugas, dia yang lantik Aziz dan Megat Junid dan semua laporan itu disampaikan kepadanya dan dan ini patut dijawab oleh Tun Dr Mahathir".

Wednesday, January 30, 2013

Projek IC: Siasat siapa dalang sebenar

KOTA KINABALU: Tindakan beberapa pihak tertentu yang membabitkan Ketua Pemuda PAS Sabah dalam Projek IC dilihat sebagai tindakan terdesak bagi mengalih isu sebenar dalam pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing.
Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu berkata, tindakan beberapa pihak tertentu yang bertindak mengheretnya bersama Projek IC merupakan tindakan terdesak yang cuba mengalih isu dan dalang sebenar dalam Projek IC itu.

“Sebenarnya, mereka ingin mengalih perhatian dari isu dan dalang sebenar Projek IC yang sanggup menggadai kewarganegaraan demi mendapat undi dalam pilihanraya,” kata Lahirul yang ditemui selepas sesi keterangan RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, kelmarin.

Dalam sesi pendengaran sesi kedua tersebut, beliau turut memberikan penjelasan berkenaan bapa beliau yang berasal dari Indonesia dan telah berkahwin dengan ibunya, seorang warganegara Malaysia yang bersal dari Beaufort dan berbangsa Murut.

“Setahu saya, kita boleh mengikuti sama ada etnik bapa atau ibu kita,” katanya kepada Pegawai Pengendali Siasatan RCI, Jamil Aripin.



Lahirul turut mempertikai kenapa harus suruhanjaya mempersoal identiti beliau sedangkan mengikut Perkara 14 (1)(b) Perlembagaan Malaysia.

“Bagaimana mereka boleh mempersoalkan identiti saya, sedangkan taraf saya adalah sah mengikut Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 14(1)(b),” kata Lahirul.

Mengikut Perlembagaan Malaysia, Perkara 14(1)(b), “seseorang yang diahirkan pada atau selepas hari Malaysia dan mempunyai mana-mana daripada kelayakan yang ditentukan dalam Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan seperti yang berikut: (a) Dia dilahirkan di Persekutuan dan pada masa kelahiran itu sekurang-kurangnya ibu atau bapanya seorang warganegara atau bermastautin tetap di Persekutuan”.

Undang-Undang Sabah

Mengikut Undang-Undang Sabah, Interpretation (Definition of Native) Ordinance (Sabah Cap. 64) dalam Fasal 2(1)(b) turut menjelaskan bahawa: any person ordinarily resident in Sabah and being and living as a member of a native community, one at least of whose parents or ancestors is or was a native within meaning of paragraph (a) hereof.

Justeru katanya, pihak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tersebut perlu mencari dan mengenalpasti dalang yang terlibat dalam pemberian kewarganegaraan tersebut.

“Siapa dalang utama, mesti menjadi syarat penting kepada suruhanjaya tersebut dalam bertindak dan menyelesaikan isu.

“Tidak hanya menyiasat dan mengambil keterangan daripada peringkat bawahan sahaja,” tegasnya.

Lahirul memberi keterangan sebagai saksi ke-46 di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap pendatang tanpa izin di Sabah.

Sehingga kini, seramai 49 saksi telah tampil memberi keterangan sejak RCI memulakan sesi pertama pendengaran pada 14 Januari hingga 18 Januari lalu. Sesi kedua pendengaran yang bermula 28 Januari akan berakhir pada 1 Februari depan.

Tuesday, January 29, 2013

RCI diberitahu petugas JPN terima RM1juta kerana benarkan pendatang mengundi


KOTA KINABALU, 29 Jan —Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjual 16,000 resit JPN dengan RM1juta, yang membenarkan pendatang mengundi di Sabah, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram diberitahu hari ini.

Pegawai polis cawangan khas (SB) DSP Badaruddin Ismail yang bekerja di Kelantan memberi keterangan hari ini Ramli Kamaruddin menjual setiap resit dengan harga RM250 setiap satu sekitar 1993 dan 1995 kepada pendatang haram dari Filipina, India, Pakistan dan negara-negara lain.

"Beliau (Ramli) beritahu dia melakukan perkara tersebut kerana wang," kata Badaruddin kepada RCI hari ini.

Badaruddin yang pernah menyoal siasat Ramli, menegaskan Ramli memberitahunya, beliau melakukan perkara tersebut untuk keuntungan peribadi tanpa menerima arahan daripada pihak atasan.

Ramli walau bagaimanapun, memberitahu RCI baru-baru ini, arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, bekas timbalan menteri dalam negeri telah memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit JPN, yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan sama dengan pengundi berdaftar, kepada pendatang.

Ramli telah memberitahu sejumlah 200 resit JPN dikeluarkan bagi lima atau enam kerusi dewan undangan negeri, dimana kerajaan merasakan sukar untuk menang, sebelum pilihan raya negeri 1994.
Pilihan raya negeri 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.


Akan tetapi beberapa ahli dewan undangan negeri (Adun) PBS melompat menyertai Barisan Nasional (BN), tidak berapa lama selepas itu, menyebabkan kerajaan PBS jatuh.

Ramli berkata bahawa beliau telah menggunakan sejumlah daripada RM1 juta untuk perkara-perkara peribadi dan memberikan baki kepada pegawainya dan untuk menganjurkan festival sukan di Pulau Pinang untuk pekerja bawahannya, menurut Badaruddin.

Pegawai SB itu menambah bahawa Ramli mengedarkan 14,000 resit JPN kalangan pekerja bawahan untuk dikeluarkan kepada pendatang, manakala 2,000 resit peribadi dikeluarkan oleh Ramli kepada orang-orang tertentu.

Seorang lagi bekas pengarah JPN bernama Datuk Abdul Rauf Sani telah menjual 6,305 kepada pendatang Filipina dan Indonesia, termsuk kepada orang tempatan dengan RM167,300 kata ketua SB sabah Datuk Ibrahim Zakaria kepada RCI awal hari ini.

Ibrahim menambah, 94 orang termasuk 24 pegawai JPN ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1994 hingga 2000 kerana mengeluarkan kad pengenalan di Sabah secara haram.

"Tidak, dia (Rauf) tidak mengatakan dia bertindak atas arahan, tetapi dia bertindak sendiri," kata Ibrahim.

"Dari risikan yang saya kumpul, ia lebih kepada untuk mendapatkan ganjaran, keuntungan," kata Ibrahim, yang memakai sut hitam dan tali leher merah.

Ditanya jika Ibrahim percaya bahawa Rauf telah bertindak sendiri, Ibrahim berkata: "Beliau adalah orang pintar, berpendidikan luar negara, sangat komunikatif, mempunyai kedudukan dalam perkhidmatan kerajaan, saya terima apa yang beliau katakan sebagai kebenaran."

Rauf, bagaimanapun memberitahu RCI baru-baru ini kad pengenalan biru juga dikeluarkan untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah.

Beliau mengatakan sedar bahawa pendatang di Sabah telah diajar untuk mengundi dalam pilihan raya, jika tidak kad pengenalan mereka akan dibatalkan.

Bekas penolong pendaftar JPN Sabah Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil memberi keterangan baru-baru ini 100,000 kad pengenalan biru telah diberikan kepada pendatang Filipina, Indonesia dan Pakistan di Sabah pada tahun 1993.

Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke 1985, menafikan kewujudan "Projek IC" tersebut.

Dr Mahathir memberitahu sidang media baru-baru ini pendatang asing di Sabah memang menerima kerakyatan, tetapi menegaskan ianya "mengikut undang-undang".

Inkuiri dihadapan bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan bersambung esok.

Sunday, January 27, 2013

IC Palsu - Nampaknya puak UMNO BN tak tahu atau buat tak tahu...

Assalamualaikum sahabat..ini kerakyatan untuk rakyat yg dah bertapak dibumi malaysia yg lahir disini tapi tak dapat ic...yg org dok bising nuu dok bagi kerakyatan kpd PATI aka warga asing yg baru mendarat kena bezakan 2 perkara ini baru boleh berhujah...jgn main gaul sekali sahaja....


Antara perkara yang di 'londeh' kan dalam RCI Sabah

 
 
8 perkara utama mengenai RCI Sabah

Ada yang menggelarkannya sebagai Projek IC dan ada yang mengenalinya dengan nama Projek M. Namun apa juga gelarannya, berikut merupakan perkara yang diperolehi daripada siasatan suruhanjaya diraja ke atas isu imigran Sabah – khususnya operasi sulit yang memberi peluang kepada warga asing untuk mengundi dan menggulingkan kerajaan pimpinan PBS Sabah.

1. Sekurang-kurang terdapat dua operasi sulit yang dikenal pasti.

G17 (atau Kumpulan 17)

Pemimpin: Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sabah Abdul Rauf Sani (1990-1992).

Individu dikenali yang terlibat: Para pegawai JPN: Kee Dzulkifly Kee Abdul Jalil, Yakup Damsah, Asli Sidup.

Ahli politik yang dikaitkan: Setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad pada masa itu, Tan Sri Aziz Shamsuddin.

Tempoh masa: Sejak 1990.

Modus operandi:


Pegawai JPN Sabah memproses antara 40,000 hingga 100,000 kad pengenalan untuk warga asing. Butiran dan tandatangan di kad pengenalan pada masa itu diproses dengan tangan.
Selepas butiran ditulis di kad berkenaan mengikut borang permohonan yang dibekalkan kepada pegawai tersebut, ia kemudiannya dihantar ke ibu pejabat JPN di Petaling Jaya untuk dilamina sebelum dikembalikan ke Kota Kinabalu.

Pegawai berkenaan memberi keterangan bahawa mereka tidak mempersoalkan borang permohonan berkenaan dan bagaimana ia didapati, dan hanya mengisi borang tersebut untuk kad pengenalan biru.

Mereka mendakwa beroperasi daripada kediaman Aziz Shamsudin di Kampung Pandan. Asli Sidup menyifatkan usaha untuk menerbangkan mereka ke Kuala Lumpur bagi kegiatan itu sebagai "amalan luar biasa".

Seorang lagi pegawai, Kee Dzulkifly Kee Abdul Jalil – yang menyifatkan operasi tersebut sebagai "G17" – berkata mereka juga mengeluarkan kira-kira 200,000 sijil kelahiran kepada imigran.

Dokumen ini pentuing untuk permohonan kad pengenalan biru seterusnya. Ia digelar G17 kerana melibatkan 17 orang anggota.

Ketua operasi tersebut, Abdul Rauf Sani mengesahkan keterangan berkenaan, namun menafikan menggunakan nama "G17". Beliau mendakwa bertindak sendirian.

Kesemua personaliti yang dikenali itu kemudiannya ditahan bawah ISA sekurang-kurangnya selama dua tahun.

Hanya seorang sahaja, iaitu Abdul Rauf, yang ditahan bawah ISA selama dua bulan, diikuti tahanan kediaman terhad selama lima bulan.

Beliau kini merupakan ketua pengawai esksekutif  Totalisator Board of Malaysia di bawah Kementerian Kewangan.

Ops Durian Buruk

Pemimpin: Bekas ketua JPN Sabah Ramli Kamarudin (1993-1995)

Individu dikenali yang terlibat:
Bekas timbalan ketua JPN Mohd Nasir Sugip, pegawai JPN Asli Sidup (turut terlibat dalam G17), bekas ketua SPRM Sabah Wan Ahmad Wan Yusof.

Ahli politik yang dikaitkan:
Bekas ketua menteri Sabah Osu Sukam, bekas timbalan menteri dalam negeri Megat Junid Megat Ayub.

Tempoh masa: Sejak akhir 1993.

Modus operandi:

Menurut keterangan RCI, SPR Sabah memberikan majlumat pengudin kepada JPN negeri. Maklimat ini termasuk nama dan nombor kad pengenalan pengundi berdaftar yang tidak pernah mengundi atau yang telah meninggal dunia.

JPN kemudiannya mengeluarkan resit kad pengenalan kepada warga asing dengan menggunakan maklumat ini.

Menurut peraturan pilihan raya, resit sementara itu, yang diberikan sebelum pengeluaran kad pengenalan biru, memadai untuk membenarkan seseorang individu mengundi, dan dalam kes melibatkan warga asing.

'Pengundi hantu' ini kemudiannya ditempatkan di kawasan yang dianggap kawasan sukar dimenangi BN, mengikut keterangan saksi.

Ketua operasi berkenaan Ramli Kamarudin berkata beliau menjalankan projek tersebut selepas menerima arahan dalam satu mesyuarat dengan bekas timbalan menteri dalam negeri, Allahyarham Megat Junid Megat Ayub di Hyatt Hotel, Kota Kinabalu.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah pegawai JPN Asli Sidup dan Osu Sukam, yang kemudiannya menjadi ketua menteri Sabah pada tahun 1999.

Friday, January 25, 2013

Dalang menyediakan 40,000 IC biru kepada pendatang haram wajib di tangkap..!!

Najib, AG guna RCI Sabah untuk benam kebenaran?

azlanAdakah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang tanpa izin di Sabah satu rancangan tersembunyi dan sandiwara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Gani Patail?

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membangkitkan persoalan itu dan bertanya apakah kedua mereka itu cuba membenamkan perkara sebenar berkaitan masalah pendatang asing yang diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi?

Beliau menjelaskan bahawa tidak satu pun daripada lapan terma rujukan RCI menjuruskan untuk mengenalpasti pihak yang didakwa bertanggungjawab terhadap pengkhianatan kepada negara atau untuk RCI mengesyorkan tindakan terhadap mereka yang terlibat.

"Najib dan Gani seolah mempunyai niat bersama untuk melindungi dalang dan pengkhianat sebenar yang terlibat dalam Operasi Durian Buruk di antara tahun 1992 dan 1995 seperti yang didedahkan oleh salah seorang saksi RCI Sabah Mohd Nasir Sugip.

"Proses untuk mengeluarkan satu sahaja sijil kerakyatan palsu pun, adalah merupakan perbuatan jenayah terancang yang melibatkan penipuan, pemalsuan dan salahguna kuasa membabitkan beberapa pihak.

"Apatah lagi jika untuk menyediakan 40,000 kad pengenalan biru kepada pendatang haram, seperti berlaku dalam operasi khas berpusat di kediaman Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin," kata Mat Zin.

Bekas pemimpin  tinggi polis itu, dalam susulan suratnya sebelum ini yang menggesa polis supaya menyiasat pendedahan yang dibuat dalam RCI, berkata Najib adalah menteri pertahanan dari tahun 1991 hingga 1995 iaitu sepanjang tempuh Ops Durian Buruk itu.

NONEManakala Gani Patail pula adalah peguam persekutunan kanan Sabah
sehingga Februari 1994 sebelum dilantik menjadi ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara.

Mat Zin juga mendakwa saksi yang membuat "pendedahan sensasi" dianggap pesalah yang telah melakukan perbuatan jenayah tersebut.

Bagaimanapun, dakwanya, mereka  tanpa perasaan takut kepada sebarang akibatnya ketika menceritakan peranan masing-masing, sedangkan mereka sedar perkara yang dilakukan itu menyalahi

Wednesday, January 23, 2013

Umno melalui Mahathir gadai maruah negara

KUALA LUMPUR: Pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan pemberian kad pengenalan kepada warga asing menunjukkan Umno menggadaikan maruah negara.

Pengakuan tersebut yang turut menyeret Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman juga dilihat untuk mengalih isu kebobrokan yang dilakukan Tun Mahathir.

Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Firdaus Jaafar (gambar), berkata dengan menyeret Tuanku dalam perkara itu, Mahathir cuba berselindung di sebalik salah laku yang dilakukannya.

"Sedangkan apa yang dibuat Tuanku ketika itu sudah dipersetujui, tetapi bila pendedahan mengaitkan beliau (Mahathir), cepat sahaja menyeret pihak lain," kata beliau yang juga anggota Parlimen Jerai ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, tindakan yang dilakukan Tun Mahathir itu wajar membuka mata rakyat untuk menilai bagaimana pemimpin negara mentadbir dengan menggadaikan negara.

"Orang muda, pengundi baru perlu menolak Umno dan BN bagi memastikan tiada berlaku penyelewengan seperti ini.  Kena lihat apa yang dilakukan BN untuk kepentingan politik mereka," tegas beliau.
Dalam pada itu, Firdaus yang juga ahli parlimen Jerai berkata Umno ketika ini cuba membangkitkan isu-isu lapuk dalam usaha menutup kelemahan parti itu.

Katanya, Umno sengaja menimbulkan isu Amanat Hadi, penggunaan Islam pada nama parti, kalimah Allah dalam Bible untuk tujuan tersebut.

Justeru, beliau berharap rakyat tidak mudah terpedaya dengan isu lapuk yang dimainkan semula Umno dan BN, sebaliknya memastikan BN mendapat pengajaran pada pilihan raya umum.

Tuesday, January 22, 2013

Projek IC : Pakat SPIN pie kat ANWAR la pulak...mai gua jawab sat..!!



UMNO dah Panas Punggung, Kan Anwar dah kata dia tahu, tapi tu Operasi Mahathir, Macam Anwar Tahu Mahathir Guna Duit Petronas BailOut Anak dia, Anwar Boleh Buat Ape walaupun di Finance Minister. Kata mahadet Benda Tu Legal, Sah disisi Undang2.... Tapi..

Anwar Menteri Dlm Negeri kah pd ketika itu? Atau Timbalan Menteri Dlm Negeri? atau SetPol Madey ? Baik panggil Sanusi Junid ja jawab

1-Tapi IC buat Senyap2 dalam rumah Setiausaha Mahathir di KL bukan di JPN..
2-IC di keluarkan Siap Daftar dgn SPR.. SPR berkerjasama
3-40ribu IC dibuat dalam Operasi Khas 2bulan Sebelum PRU Sabah, JPN dan SPR bekerjasama

Kah kah kah kah.. Kalau Tak Belit , Bukan Mahathir la namanya..kalau tak fitnah Bukan UMNO la namanya.. kah kah kah

Dr Mahathir kepanasan kerana RCI

MEMANG benar, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah baru di peringkat permulaan. Tapi kalau dibelek-belek berita semasa, kelihatan kesannya cukup panas. Sudah mula nampak ada yang bagaikan cacing kepanasan. Mengeliat-ngeliat menyediakan hujah memutar belit bagi menyelamatkan diri.

Kalau dibelek semula khabar berita yang dilaporkan pada Disember 2011, kita tentu jumpa penafian Dr Mahathir berkenaan pembabitan beliau dalam Projek IC. Katanya, namanya telah digunakan dalam projek itu tapi menafikan terbabit. Mungkin sebab itu Projek IC ada nama julukan lain yang lebih bergaya, Projek M. M untuk Mahathir.

Tahun pun berlalu, RCI pun bermula. Daripada keterangan orang yang terbabit dengan Projek IC, beberapa nama yang naik dengan cemerlang. Antaranya Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub. Juga nama Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin yang ketika itu adalah Setiausaha Politik kepada Dr Mahathir.

Secara tiba-tiba Dr Mahathir kata memang beliau ada memberi kewarganegaraan tetapi mengikut undang-undang. Tidak cukup dengan itu, dituduhnya pula almarhum Tunku Abdul Rahman melakukan sesuatu lebih teruk daripadanya. Difitnahnya Tunku beri kerakyatan kepada sejuta orang yang tidak layak sebelum kemerderkaan!

Berbelit-belit putarnya. Seperti doktor yang dituduh jual ubat secara haram, mula-mula dikatakan tidak terbabit. Kemudian setelah hampir terjerat dikatakan pula ubat itu dijual mengikut undang-undang. Akhir sekali dituduh pembekal ubat yang sudah lama meninggal dunia. Seperti cuba menyembunyikan bangkai gajah dengan senaskah akhbar Utusan.

Kita tak pasti apa pula selepas ini. Kalau Bapa Kemerdekaan yang sudah tiada pun boleh diheret ke dalam polemik ini. Segalanya mungkin. Maaf tersilap guna peribahasa, bukan cacing kepanasan tetapi ular kepanasan. – Roketkini.com

Monday, January 21, 2013

Ayah Mahathir Pendatang Asing... Terimakasih Tunku!

Hari ini Umno-BN sentiasa mengungkitkan asal-usul pengundi cina dan India. Ini kerana dua kaum itu nampaknya tidak lagi cenderung untuk mengundi BN dalam PRU 13 nanti. Secara tidak langsung diharapkan majoriti melayu bersatu menyokong Umno. Tetapi pekung dan nanah kerja keji sepanjang lebih separuh abad Umno-BN di Negara ini sudah tidak mampu ditutup maupun dibendung lagi. Demi mengekalkan kuasa, Umno sanggup khianat kepada Negaranya sendiri.
Setelah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat pemberian IC dan kewarganegaraan di Sabah telah membocorkan pengkhianatan ini. Pengakuan Pengarah JPN Negeri Sabah yang mengeluarkan resit dan akhirnya layak mengundi untuk mengekalkan kuasa Umno-BN. Penglibatan pegawai JPN yang bekerja dirumah Menteri Dalam Negeri ketika itu iaitu Megat Junid dan juga Aziz Syamsudin. Hari ini barulah Dr Mahathir mengaku melakukan kerja-kerja khianat itu. Selama ini sentiasa dinafikan. Sepatutnya ketiga penyamun Tarbus ini dihukum mati kerana mengkhianati Negara. Pegawai dan individu yang terlibat pernah menjalani hukuman ISA tetapi pemimpin yang mengarahkan bebas berkeliaran.

Nampaknya Mahathir sudah terkena doa bekas Presiden Pas yang mendoakan supaya Mahathir panjang umurnya untuk melihat kejatuhan Umno-BN. Inilah antara babak-babak terpecahnya kejahatan hasil tangan pemimpin Umno-BN. Nampaknya tipu-daya mereka kini makin membelit diri mereka sendiri. Untuk melepaskan dirinya beliau membangkitkan bahawa Tunku Abdul Rahman selaku bekas PM pertama dan bekas Presiden Umno juga memberikan 1 juta kewarganegaraan selepas merdeka termasuklah kepada Cina & India. Nampaknya Dasar Jus Soli yang menjadi syarat kemerdekaan British telah makan tuan. Tunku menerima syarat kemerdekaan iaitu menerima perlembagaan Lord Reid & Dasar Jus Soli. Inilah dahulunya ditentang kemerdekaan British yang terikat dengan syarat oleh pengasas Pas termasuk Dr Burhanuddin al-Helmi maupun beberapa pemimpin kiri lain. Umno & pemimpinnya ketika itu bersungguh-sungguh untuk menerima kemerdekaan dan menerima syarat Jus Soli yang kini dikutuk oleh Mahathir sendiri. Dendam beliau terhadap Tunku masih membara semacamana dendam beliau terhadap Abdullah Badawi. Tetapi bak meludah kelangit.. terpercik ke muka sendiri.

Kalau kewarganegaraan itu tidak diberi, mungkin hari ini Mahathir berada ditanah air bapanya iaitu di Kerala. Ingat melayu aje mudah lupa tetapi mamak pun buat lupa juga. Ayah Mahathir adalah pendatang dari Kerala, Selatan India etnik Malayalam. Iskandar Kutty berhijrah ke Tanah Melayu dan memeluk Islam serta berkahwin dengan orang melayu dan menukar namanya kepada Mohamed.
Apapun itu sudah menjadi sejarah. Hari ini masyarakat Malaysia dengan latar belakang berbilang kaum hidup untuk memajukan Negara ini. Tetapi amat malang apabila individu pemimpin demi kuasa dan pangkat serta kedudukan sanggup mengkhianati Negara dengan senang-senang memberi status kewarganegaraan.
Pemberian warganegara untuk kepentingan politik ini bukan hanya berlaku di Sabah bahkan di Terengganu dan juga Pahang sendiri. Bekas OCPD Slim River iaitu Tuan Haji Abdullah Omar yang mengaku terlibat mengurus kemasukan pendatang asing Burma yang diberi kewarganegaraan untuk mengundi di Seri Bandi Dun Kijal iaitu Dun Menteri Besar Terengganu sekarang. Kemenangan beliau adalah kerana undi orang Burma melebihi 3 ribu pengundi Burma. Begitu juga Najib Tun Razak di Pekan. Setelah menang tipis dan tipu daya akhirnya beribu pengundi Burma di bawa masuk ke Pekan untuk menjamin kemenangan parlimen PM. Hah! Yang ini bila nak buat RCI nya? Takkan untuk Sabah aje. Itu tak ambik kira sekarang ini pendaftaran pekerja asing untuk diberi IC biru bagi mengundi dalam PRU nanti melibatkan warga Indonesia, Bangla maupun Burma. Tentunya Hisyamuddin selaku Menteri Dalam Negeri sekarang mengetahuinya siapa pengkhianat mengikut undang-undang ini.

Sepatutnya mereka yang terlibat mengkhianati Negara ini dihukum mati sahaja. Tetapi kalau Umno-BN terus diberi kuasa nescaya para pengkhianat ini akan dikalung bunga sebagai hero Negara. Apapun keputusan itu berada ditangan Anda. Tepuk dada.. Ubahlah selera! 
 

Sunday, January 20, 2013

UMNO & IC FREE : Jika masa kuat Umno buat, apa lagi masa sekarang...


1. Menyebutkan bahawa Umno dan Tun Mahathir sedang menggelabah menangani isu RCI Projek IC adalah terlalu lunak. Umum sedang memantau gelagat mereka sekarang ini. Bukanlah apa yang telah berlaku itu yang menjadi tumpuan utama, tetapi lebih penting bagi rakyat ialah mungkinkah sedang berulang segala episod perbuatan khianat dan jahat itu, menjelang pilihanraya umum ke-13 ini?

2. Dalam keadaan mereka kuat dulu pun mereka lakukan segala rencana jahat ini, maka apa yang akan menghalang mereka dari mengulagi perbuatan terkutuk ini menjelang PRU ke-13 ini yang bakal merupakan satu pertempuran yang paling sengit dan getir kerana Umno-BN mungkin sahaja akan kehilangan kuasa di peringkat kerajaan Pusat.

3. Inilah yang tersirat dalam desakan supaya RCI Projek IC Sabah ini dilangsungkan juga, meskipun kerajaan Umno-BN di peringkat Persekutuan sangat sangsi akan kesudahannya dan risiko bencana yang bakal menimpa mereka kelak setelah semuanya terdedah.

4. Dalam kegelabahan itu Umno akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan. Umno telah terkena badi perbuatan buruk mereka sendiri. Penulis meramalkan RCI Projek IC Sabah ini, tampaknya akan menjadi lebih parah lagi dari pendedahan Deepak terhadap PM Najib dan isterinya Rosmah. RCI telah pun tampak membibitkan perpecahan di antara parti-parti komponen BN akibat mulut celupar Tun Mahathir.


5. Terkini anak mantan Presiden MIC, S Vell Paari telah mengecam dan menyelar Tun akan hasutan yang dihamburkannya tentang kaum India dan Cina bersabitan kerakyatan semasa era kemerdekaan dahulu. Vell Paari adalah Pengarah Strategik MIC. Pimpinan tertinggi MCA, MIC serta Gerakan sebagai parti komponen BN didesak untuk menyatakan pendirian secara berani dan tegas.

6. Dalam kegelabahan menangani pendedahan RCI Sabah ini, Tun Mahathir ternyata sangat kaget dan hilang sentuhan berbisanya sebagai seorang yang lazimnya mendapat jolokan sebagai “Master Strategist”. Pun begitu Tun pantas membuat ‘forward defence’ atau tindakan serangan ‘preemptif’ lalu terus menembak peluru pertamanya. Namun langkahnya sumbang bahkan mengundang kecelakaan untuknya dirinya dan Umno itu sendiri.

7. Dalam keadaan diaibkan ini Tun Mahathir yang satu ketika dahulu menafikan kesemua tuduhan kewujudan Pojek IC ini, menuding jadi kearah pihak lain bagi merasionalisasikan perbuatannya itu dan cuba sekali lagi memperbodohkan rakyat.

8. Amat malang orang yang menjadi sasarannya adalah seorang yang tidak lagi mampu mempertahankan dirinya kerana peribadi itu adalah Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

9. Tun berhujjah kalau apa yang dilakukan itu salah, maka Tunku juga salah dan melakukan ‘lebih teruk’ lagi dari beliau kerana memberi kerakyatan kepada 1 juta warga asing Tanah Melayu semasa sebelum kemerdekaan dulu.

10. Bukan sahaja tuduhan terhadap Al-Marhum Tunku sebagai paling tidak sopan dan biadap, Tun ini lupa bahawa beliau mengundang dua kali kecelakaan atau ‘double-whammy’.

11. Pertama, pendedahan laporan andainya disahkan benar benar berlaku oleh RCI akan secara langsung berlanggaran dengan peraturan pemberian kerakyatan kepada warga asing akan mengakibatkan Umno-BN dan PM Najib dan Tun sendiri serta kesemua yang terlibat tertakluk kepada jenayah melakukan satu ‘treason’ yakni khianat kepada negara dan

12. Kedua, menuduh Tunku dengan apa yang sebenarnya adalah sebahagian syarat dalam ‘Kontrak Sosial’ yang disepakati sebelum Malaya mendapat kemerdekaan dahulu yang serentak memberikan kedudukan istimewa orang Melayu di bawah perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan dan pengukuhan kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja adalah perbuatan biadap dan tidak amanah kepada fakta sejarah.

13. Lebih parah lagi dalam hal ini adalah sebutan bahawa orang Melayu telah banyak berkorban dan bertolak ansur serta menghasut suasana perkauman dengan menyebutkan bahawa kaum Cina dan India tidak bersyukur. Perbuatan itu adalah sangat tidak bertanggungjawab selaku seorag mantan Perdana Menteri sekaligus mencetuskan kerentakan antara kaum seperti terserlah dalam ledakan anak Samy Vellu yang melenting dan menyelarnya.

14. Kembali kepada pokok perbahasan, bahawa rakyat kini matang dan celik pengetahuan. Umum sangat boleh membezakan kedua-dua hal ini, kerakyatan yang diberikan kepada warga asing dan tahu tentang fakta sejarahya.

15. Jelasnya bahawa tidak ada unsur untuk menipu dalam pilihanraya dalam proses pemberian kerakyatan semesa era Tunku dahulu. Tun sendiri tahu bahawa kerakyatan yang diberikan dua minggu sebelum pilihanraya negeri Sabah itu tentunya mempunyai perbezaan motif dan objektif yang ketara.

16. Apakah RCI Projek IC Sabah akan terus mencalar kredibiliti Najib dan bakal mencetuskan puting beliung serta kebrentakan dalam BN? Mampukah rakyat memberikannya sekali lagi peluang untuk Umno-BN dan Najib?

17. Belum pun sempat untuk menangani serangan Deepak kini Najib yang berada di luar negara, terpaksa membuat ‘damage control’ akibat gelagat tak berkesudahan serta ‘tantrum’ Tun Mahathir di saat-saat menemui garis penamat dihujung parlimen ke-12 ini. Amat malang buat Najib!

Pakatan Rakyat wajar bersiap menggalas amanah besar mengurus Putrajaya sebelum negara tercinta ini musnah dan lebur secara sempurna dek perbuatan pimpinan Umno-BN!

Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Penyelidikan Pas Pusat.

PROJEK IC - Punca-punca MAHATHIR "TERKANTOI"

oleh ANakKedah007

Sekarang cuba anda tengok permainan pemimpin yang disanjung dan dijulang walaupun hakikatnya beliau telah menggadai kedaulatan negara MALAYSIA..

Pada mulanya beliau tidak mengaku bahawa dia terlibat dengan Projek IC nie...
Sehinggakan beliau buat statement bahawa dia tak tau apa bab projek IC nie...
Apabila DS Najib Razak umum akan buat RCI di SABAH beliau lantas menjawab tak perlu nak siasat semua-semua nie...
Patutlah beliau mengatakan RCI Sabah nie tak perlu kerana "ada udang dalam mee".. Apabila BEKAS PENGARAH JPN buat pendedahan....sambil mengaitkan 2 orang kanan beliau sewaktu itu terlibat sama
 Akhirnya TUN pun mengaku bahawa beliau juga terlibat...


dan beliau mula meroyan untuk menutup perbuatan beliau itu lalu beliau menyalah TUNKU ABD  RAHMAN....





http://anakkedah007.blogspot.com/2013/01/projek-ic-punca-punca-mahathir-terkantoi.html

Saturday, January 19, 2013

#LISTEN UMNO.. Nama ALLAH pun hangpa gadai.. IC pun bagi FREE kepada Warga Asing.. hangpa nak khianati apa lagi..??

Alkitab: Putrajaya sendiri nodai undang-undang Islam, kata Mufti Selangor



April 07, 2011
KUALA LUMPUR, 7 April — Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan “menodai” undang-undang Islam negara ini.

Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah “diceroboh” dan “dinodai” oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam.

“Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam.

“Undang-undang Islam ini telah dinodai, ada pihak yang buat undang-undang tapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang yang telah dibuat dan ini adalah satu pencerobohan secara terhormat,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kecewa dengan tindakan Putrajaya itu, Tamyes juga menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar undang-undang Islam dibatalkan sekiranya Putrajaya masih bertegas dalam isu tersebut.

“Mereka buat undang-undang tapi diceroboh, sepatutnya undang-undang yang dibuat ini dipatuhi bukan dilanggar dan dinodai seperti ini.

“Undang-undang dinodai oleh orang yang berkuasa... orang yang mempunyai kuasa dalam kerajaan telah melanggar undang-undang sendiri, kalau macam ini hapuskan sahaja undang-udang Islam yang ada ini,” katanya.

Beliau juga menyifatkan langkah Putrajaya itu merupakan satu permainan politik yang jelas semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya penganut Kristian.

“Bila tiba pilihan raya mesti jadi macam ini, ini adalah satu permainan politik yang jelas.

“Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, undang-undang Islam tidak boleh dilanggar tapi apa yang berlaku sekarang ia dinodai oleh orang Islam sendiri... undang-undang Islam telah dinodai,” katanya.

Tambah Tamyes, beliau berharap agar Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan akan memandang serius akan perkara itu.

Kelmarin Harussani mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.

Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan “Penerbitan Kristian” (“Christian Publication”) dan tanda salib pada kulit hadapan.

Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

Harussani juga menegaskan mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/alkitab-putrajaya-sendiri-nodai-undang-undang-islam-kata-mufti-selangor/

Sebab ini Umno pasti kantoi....


http://karatijau.blogspot.com

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bingkas membidas dan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir Mohamad di sebalik pengakuannya memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.

Pertama sekali, Tun Mahathir sudah mengaku menjadi dalang utama projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing dua minggu sebelum pilihanraya 1990. Inilah jawapan yang dicari-cari selama ini, telah dilafaz sendiri oleh Tun Mahathir.

Walau apapun alasannya, pemberian kewarganegaraan segera khususnya di musim pilihanraya harus diterjemah sebagai jalan singkat untuk regim terus berkuasa. Pemberian kad pengenalan secara terburu-buru sempena pilihanraya secara langsung membolehkan si penerima anugerah warganegara segera ini terus mengundi. Ia sangat tidak adil khususnya buat rakyat Sabah ketika itu dan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Maka dengan pengakuan Tun Mahathir hari ini setelah lama mendiamkan diri, apakah ada lagi pengakuan atau pendedahan yang lebih sensasi untuk membolehkan rakyat seluruh tanahair sedar bahawa regim pemerintah tergamak menjual negara ini demi mengekalkan kuasa melalui kewarganegaraan segera? Hanya selepas negara dikejutkan dengan pendedahan oleh bekas Ketua Jabatan di JPN Sabah dan bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, menjadikan Tun Mahathir tidak punya pilihan selain mengaku perbuatannya.




Pengakuan Tun Mahathir ini wajar dipandang serius terutamanya apabila menyedari modus operandi yang sama dijangka bakal digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional dalam pertembungan PRU-13, berdasarkan mood kebangkitan rakyat yang akan menyaksikan pemerintahan 56 tahun mampu ditamatkan. Umno dan BN tidak mampu mengekang arus perubahan malah turut sedar betapa mereka akan tumbang kali ini. Maka operasi Sabah 1990 diperluas ke semenanjung!

JuRaGan : Apa yang mampu lagi kita harapkan kepada pimpinan-pimpinan Umno selama ini..Agama sudah mereka buang, bangsa dah menjadi bangsat dan kini Negara dijual kepada Warga Asing, semata2 untuk pertahankan kuasa yang selama ini pencacai najis Umno sangka mereka kuat...Rupanya hanya pendatang asing sebagai pemyambung hayat mereka...kalau tidak dah lama Umno Mampoussss.."Di mana Umno menang, Di situ Pendatang Asing kenyang"

#LISTEN - Akhirnya Dr Mahathir mengakui belialulah master of the game dalam "PROJEK IC"

Mahathir terpaksa mengaku salah


Semakin hari semakin panas suhu politik di negara yang dikatakan pimpinan utama kita akan menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi. Entah apa kemajuan yang kita akan capai tidak pula kita ketahui. Tetapi apa yang kita lihat, kita semakin hari semakin ke belakang dan tidak maju ke hadapan. Isu bertambah rumit dan besar, dan semua isu ini berkait dengan tingkah laku dan salah gunakuasa oleh pucuk pimpinan negara dan UMNO.

Deepak pula memberikan reaksi marah-marah apabila Najib memperlekehkan tuduhannya (Deepak) terhadap terhadap Perdana Menteri yang ‘controversial’ itu. Deepak berjanji akan mengeluarkan lagi banyak isu yang belum diketahui umum yang berkaitan dengan Najib suami isteri itu. Walau sebesar mana pun pawang dan dukun digunakan oleh Rosmah, isu terhadap mereka yang tinggal di Sri Perdana itu tetap datang bertalu-talu.

Nampaknya satu demi satu perkara yang disorokkan oleh pucuk pimpinan sejak tiga puluh tahun dahulu mula keluar dan ia memeranjatkan kepada setengah pihak. Tetapi tidak pula memeranjatkan kepada setengah pihak yang telah melihat dengan dekat perubahan nilai dalam UMNO dan kepimpinannya sejak dari masa itu.

Isu yang terakhir ialah berhubung dengan Suruhanjaya Pendatang Asing (RCI) Sabah yang telah di tubuhkan oleh kerajaan. Akhirnya Dr Mahathir mengakui yang beliau lah yang terlibat dan membenarkan pemberian kad pengenalan dan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah dahulu.

Dalam pada beliau mengakui kerja yang tidak baik itu, Mahathir cuba mencari tempat sandaran untuk meringankan perasaan bersalah beliau dengan membabitkan Tunku Abdul Rahman Putra yang pada kononnya telah memberikan sejuta orang Cina taraf kerakyatan semasa sebelum kita mencapai kemerdekaan dahulu.

Ternyata Mahathir ini semakin hari semakin kusut pemikirannya kerana tidak lagi dapat melihat isu ini dari perspektif yang betul. Sekarang baru kita sedar kenapa beliau (Mahathir) tidak menyokong penubuhan RCI ini kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap isu pendatang asing di Sabah dahulu.

Membabitkan nama Bapa Kemerdekaan negara oleh Dr Mahathir ini amat memalukan bagi kita yang mendengarnya. Jawapan beliau tidak melambangkan yang beliau seorang yang jujur. Memang benar lah pandangan setengah pihak, Mahathir ini tidak boleh berjalan dengan betul diatas jalan yang lurus.

Tunku Abdul Rahman telah memberikan kerakyatan kepada orang Cina dahulu kerana ia merupakan pra-syarat bagi negara mencari jalan untuk pencapaian kemerdekaan. Pemberian kerakyatan itu juga di berikan kepada kaum India yang datang dari India yang bekerja di ladang-ladang getah semasa kita dalam tadbiran penjajahan dahulu.

Bagaimana Dr Mahathir boleh tergamak membabitkan Tunku dalam hal ini dan menyamakan keadaan semasa itu dengan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Menyamakan beliau dengan Tunku Abdul Rahman serupa lah menyamakan buah epal dengan buah sukun atau buah bacang. Pemberian kerakyatan kepada pendatang semasa itu adalah syarat yang telah di tetapkan oleh British bagi mencapai kemerdekaan untuk negara semasa itu. Setelah semua kaum bersatu maka Tunku dan rombongan untuk mencapai kemerdekaan itu terdiri dari rakyat Malaya yang berbilang kaum itu..

Pemberian kerakyatan itu adalah untuk membina sebuah negara baru yang merdeka. Di sebaliknya Dr Mahathir memberikan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah itu adalah untuk meruntuhkan negara. Kad pengenalan yang di berikan kepada pendatang asing di Sabah itu ialah untuk memenangkan parti kerajaan yang sudah lemah dan ia meruntuhkan sistem demokrasi negara ini.

Dr Mahathir tidak dapat membezakan diantara belacan dengan cencaluk. Apa pun, kenyataan Dr Mahathir itu membuktikan tuduhan banyak pihak yang Mahathir akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihanraya semata-mata. Ada di antara mereka yang berpengaruh dalam negara ini memberikan pendapat apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir ini merupakan satu tindakan ‘treason’ yang amat serius. Mereka berpendapat Mahathir perlu di siasat tentang kesetiaannya terhadap negara ini.

Jelas sekarang Mahathir tidak boleh lari dari segala kesalahan beliau terhadap orang Sabah yang asal. Dengan pemberian kad-kad pengenalan kepada rakyat asing semata-mata kerana hendak menjaga kepentingan politik kepartian itu, sememangnya satu tindakan yang ‘treason’ yang sangat besar. Kita berharap RCI yang masih dalam peringkat penyiasatan itu, akan melaksanakan tugas dengan jujur dan baik untuk kepentingan Sabah khususnya dan negara amnya. Kita berharap Suruhanjaya itu akan membuat cadangan tindakan terhadap pelaku kesalahan ini tanpa memilih bulu.

Bagi saya , apa yang saya idamkan bersama dengan ramai yang lain ialah, sebuah negara demokrasi yang benar-benar jujur dan tidak menyelewengkan asas demokrasi itu secara sengaja semata-mata kerana kuasa. Rakyat mengharapkan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi dan cara untuk membina keyakinan rakyat kita.

Saya berharap Pakatan Rakyat akan mampu melakukan perubahan itu.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2013/01/rci-pendatang-haram-sabah-mahathir.html

#LISTEN - IC Free dah kasi.. Hutang Bertimbun.. Meletup kalu papa kedana Malaysia jadinya..!!!



Hutang kerajaan Malaysia dijangka mencecah RM502 bilion pada akhir tahun 2012.

Keadaan ini ibarat sebuah bom jangka yang sekiranya tidak diuruskan secara berhemah, negara kita akan mengalami keadaan ekonomi yang teruk.

Pengurusan fiskal yang lemah telah menjejaskan matlamat dasar kewangan negara.

Hutang yang tinggi sedang meningkatkan kadar inflasi dan menyebabkan kenaikan kadar faedah pinjaman bank, dan akan menyebabkan nilai matawang kita mula menyusut.

Pelabur akan hilang keyakinan terhadap keupayaan kerajaan untuk menguruskan dasar fiskal, manakala kadar faedah akan melonjak. Ini akan memburukkan ekonomi Malaysia dalam masa terdekat.

Pilihan di tangan anda. Bankrap bersama BN, atau makmur bersama Pakatan Rakyat.

Friday, January 18, 2013

PROJEK IC - UMNO jual negara demi kuasa...!

Kenyataan Umum 18 Januari 2013

Pengakuan Tun Mahathir: Akhirnya Terbukti Umno Jual Negara Demi Kuasa!

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bingkas membidas dan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir di sebalik pengakuannya memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.

Pertama sekali, Tun Mahathir sudah mengaku menjadi dalang utama projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing dua minggu sebelum pilihanraya 1990. Inilah jawapan yang dicari-cari selama ini, telah dilafaz sendiri oleh Tun Mahathir.

Walau apapun alasannya, pemberian kewarganegaraan segera khususnya di musim pilihanraya harus diterjemah sebagai jalan singkat untuk regim terus berkuasa. Pemberian kad pengenalan secara terburu-buru sempena pilihanraya secara langsung membolehkan si penerima anugerah warganegara segera ini terus mengundi. Ia sangat tidak adil khususnya buat rakyat Sabah ketika itu dan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Maka dengan pengakuan Tun Mahathir hari ini setelah lama mendiamkan diri, apakah ada lagi pengakuan atau pendedahan yang lebih sensasi untuk membolehkan rakyat seluruh tanahair sedar bahawa regim pemerintah tergamak menjual negara ini demi mengekalkan kuasa melalui kewarganegaraan segera? Hanya selepas negara dikejutkan dengan pendedahan oleh bekas Ketua Jabatan di JPN Sabah dan bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, menjadikan Tun Mahathir tidak punya pilihan selain mengaku perbuatannya.


Pengakuan Tun Mahathir ini wajar dipandang serius terutamanya apabila menyedari modus operandi yang sama dijangka bakal digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional dalam pertembungan PRU-13, berdasarkan mood kebangkitan rakyat yang akan menyaksikan pemerintahan 56 tahun mampu ditamatkan. Umno dan BN tidak mampu mengekang arus perubahan malah turut sedar betapa mereka akan tumbang kali ini. Maka operasi Sabah 1990 diperluas ke semenanjung!

Kedua, Tun Mahathir mendakwa bahawa tindakkannya memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah tidak seteruk Tunku Abdul Rahman Putra yang kononnya telah memberi kerakyatan kepada sejuta penerima yang tidak layak. Lupakah Tun Mahathir bahawa ketika sejuta kerakyatan yang diberi suatu ketika dahulu adalah demi membentuk sebuah negara merdeka?

Apakah kesumat yang melanda Tun Mahathir sehingga tergamak mengungkit pemberian hak sejuta kerakyatan yang dikontra dengan ‘hak keistimewaan orang melayu’? Apakah hari ini Tun Mahathir ingin katakan bahawa orang cina dan india tidak layak mendapat kerakyatan? Ternyata sentimen perkauman itu tetap menebal walaupun Tun Mahathir di hujung usia, dan barangkali ia satu candu untuk Tun Mahathir melupakan salahsiah asal usulnya.

Penghinaan Tun Mahathir terhadap bekas Perdana Menteri yang Umno sendiri gelar sebagai Bapa Kemerdekaan dilihat agak keterlaluan. Kekalutan Tun Mahathir cuba membela diri dengan mensabitkan seseorang yang sudah mati, yang sudah tentu tidak mampu menjawab tuduhan bagi membela diri adalah sangat tidak ‘gentleman’. Tidak cukupkah penghinaan yang Tun Mahathir lakukan kepada Tunku Abdul Rahman ketika beliau masih hidup?

Ketiga, Tun Mahathir turut mendakwa pemberian kad pengenalan kepada warga asing itu kononnya mengikut landas undang-undang walaupun ketika itu secara kebetulan menjelang pilihanraya. Ya, memang secara kebetulan kerana inilah ‘kebetulan’ yang dicari bagi menghadapi pilihanraya. Ini satu kebetulan yang membolehkan kuasa dirampas di Sabah, dan akan menjadi satu lagi ‘kebetulan’ untuk Umno merampas Selangor pula.

Ketika ini PRU-13 menjelang tiba, dan secara kebetulan negeri Selangor menjadi sasaran utama untuk dirampas oleh Umno maka secara ‘kebetulan’ juga negeri Selangor dipenuhi oleh pendatang asing yang mempunyai kad pengenalan biru. Perkara ini telah acap kali didedahkan dan sering menjadi perhatian.

Dari aspek nasional pula, Umno dan Barisan Nasional begitu lemah dalam survivalnya untuk pertahankan Putrajaya. Secara kebetulan juga, ratusan ribu pendatang asing telah dipanggil ‘interview’ secara besar-besaran di Kompleks Imigresen Precinct 2 Putrajaya di atas nama pemutihan 6P. Projek 6P ini dilakukan secara terburu-buru demi perlaksanaan sistem biometrik untuk warga asing. Sistem biometrik ini juga merupakan sistem yang dicadang oleh SPR sebagai alternatif kepada tuntutan penggunaan dakwat kekal.

Mujurlah sistem biometrik tidak diguna dalam pilihanraya atas desakan penggunaan dakwat kekal, jika tidak pastinya satu lagi ‘kebetulan’ berlaku.

Sesungguhnya insiden kebetulan yang berlaku pada tahun 1990 di Sabah sepertimana yang disebut oleh Tun Mahathir kini berlaku semula menjelang PRU-13 dan kali ini ia menjalar ke seluruh negara. Pelbagai ‘kebetulan’ yang melampaui keraguan munahsabah, apakah rakyat masih tidak sedar?

Ingatlah, pemberian kad pengenalan kepada warga asing adalah satu pengkhianatan. Lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah, mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang jauh lebih ‘advance’ memiliki syarikat pembinaan sendiri. Bayangkan jika warga asing yang belum layak ini diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi membantu Umno dan BN menang pilihanraya, akhirnya rakyat akan merempat di bumi sendiri!

Justeru itu, pengakuan Tun Mahathir ini menjadi rujukan terpenting untuk rakyat bangkit menghumban pemerintah yang menipu pilihanraya khususnya dalam soal kewarganegaraan segera. Paling penting, pengakuan Tun Mahathir yang juga bekas 22 tahun Presiden Umno membuktikan, sah sahih muktamad, Umno sanggup jual negara ini kepada warga asing demi untuk terus kekal berkuasa!

Demi rakyat dan kecintaan terhadap negara ini, SAMM dengan kerjasama pelbagai organisasi massa akan sekali lagi menjelajah ke seluruh tanahair termasuk Sabah dan Sarawak bagi meniup kesedaran awam dalam isu babitkan warga asing dan juga menggerakkan massa untuk mengekang warga asing daripada menjadi pengundi talibarut regim pemerintah. Turut akan dipersembahkan sepanjang jelajah ialah teknik mengenalpasti pendatang asing yang cuba mengundi dan teknik tangkapan awam yang berkesan.

Ayuh anak muda bersama SAMM, bangkit dan lawan !

EDY NOOR REDUAN

Pengarah Propaganda SAMM www.anakmudamalaysia.com twitter: @edyesdotcom

PROJEK IC : Antara TUN & TUNKU mana lagi yang durjana...?

Dengan Tunku Yang Sudah Meninggal Pun, Mahathir Mahu Bermusuh

Posted on Friday, January 18 @ 12:15:23 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin

Ramai yang geleng kepala dengan respon Tun Mahathir yang pentadbiran dan dua orang kanannya tiba-tiba dikaitkan dalam pemberian ratusan ribu kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah pada tahun 1993/1994 sebagaimana yang didedahkan dalam inkuari Siasatan Diraja atau RCI berkenaan pendatang asing yang sedang berlangsung sekarang ini.

Sambil mengakui beliau ada memberi kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah tetapi bekas Perdana Menteri itu mendakwa tindakan berkenaan dijalankan mengikut undang-undang.

Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia buat tidak salah dan apa yang saya buat ini salah, demikian Mahathir dipetik sebagai berkata sebagaimana yang tersiar dalam Malaysiakini.

Orang geleng kepala kerana demi menyelamatkan dirinya, Mahathir sanggup menuding jari ke sesiapa saja, termasuk kepada Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang sudah meninggal dunia.


Jika beliau menyandarkan kesalahan itu kepada Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, ia memang boleh difahami dan ada logiknya tetapi turut menyalahkan Tunku yang disanjung tinggi dan sudah meninggal dunia pula, tidak lebih menunjukkan sikap enau yang ada dalam diri Mahathir itu.

Isu pendatang asing yang diberi kad pengenalan sudah lama menjadi isu di Sabah. Mereka bukan saja saja diberi kad pengenalan tetapi juga diberi hak mengundi dan menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan. Lebih menyakitkan hati penduduk tempatan, ramai juga pendatang asing ini memiliki keistimewaan seperti memiliki tanah, rumah, lesen perniagaan dan sebagainya.

Pendatang asing yang diberi kad pengenalan ini dijaga dan dipelihara sebaiknya kerana kuasa undi yang mereka miliki amat berguna setiap kali pilihanraya.

Akhirnya penduduk tempatan hanya dibiarkan miskin dan melarat. Hak mereka sebagai rakyat asal Sabah tidak lagi penting untuk diberi perhatian.

Tetapi oleh kerana tekanan yang berlarutan daripada pelbagai pihak untuk menyelesaikan itu itu, kerajaan akhirnya akur untuk menubuhkan RCI bagi mencari punca dan penyelesaian kepada masalah itu.

Beberapa saksi yang memberi keterangan kepada RCI itu telah mendedahkan pelbagai perkara, antaranya bekas Timbalan Pengarah JPN Sabah, Mohd Nasir Sugip yang mendakwa SPR telah mengarahkan JPN menukar nama 16,000 pendatang untuk diberikan kad pengenalan dan seorang bekas pegawai JPN, Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil pula mendedahkan kira-kira 100,000 kad pengenalan biru diberi kepada pendatang Sabah pada 1993.

Nama bekas orang kanan Mahathir iaitu arwah Megat Junid Megat Ayob dan Aziz Shamsuddin turut disebut dalam inkuiri itu di mana kedua mereka didakwa bukan saja memberi arahan langsung mengenainya tetapi terdapat juga operasinya dilakukan di rumah Aziz Shamsuddin di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Projek IC ini memang diketahui rancak dilaksanakan pada tahun 1993/1994 iaitu sebelum berlangsungnya pilihanraya negeri Sabah pada 1994. UMNO yang baru bertapak di Sabah ketika itu begitu berdendam dengan PBS dan cuba sedaya upaya mahu menumbangkan kerajaan Pairin Kitingan ketika itu.

Melalui pemberian ratusan ribu kad pengenalan biru dan hak pengundi kepada pendatang asing itu keputusan pilihanraya Sabah 1994 menjadi amat sengit di mana PBS akhirnya hanya mampu memenangi 25 daripada 48 kerusi saja. Berikutan beberapa ADUN PBS melompat menyertai UMNO tidak lama kemudiannya, kerajaan PBS akhirnya tumbang dan UMNO dapat menguasai negeri itu.

Dalam hal ini, walaupun Mahathir cuba mempertahankan pemberian kad pengenalan itu mengikut undang-undang sambil membandingkan dengan Tunku Abdul Rahman yang disifatkannya lebih teruk daripadanya, apa yang jelas nawaitu pemberian kad pengenalan oleh Mahathir dan Tunku adalah berbeza sama-sekali.

Mahathir meluluskan ratusan ribu kad pengenalan kepada pendatang asing Sabah adalah untuk kepentingan politik UMNO dan menghakis kuasa politik Kadazan. Kadazan adalah rakyat Sabah sah dan dominasi politik mereka cuba dinafikan dengan menggunakan pendatang asing Filipina sebagai alatnya. Mereka diberi kad pengenalan, tanah dan pelbagai lesen perniagaan sebagai balasan kepada budi yang telah ditetapkan iaitu mengundi BN.

Tunku pula memberikan kad pengenalan kepada rakyat daripada China dan India yang memang telah berada di Malaya sebelum kemerdekaan lagi dan ia seebahagian daripada persetujuan dengan British yang memberi kemerdekaan.

Dalam hal ini matlamat Tunku adalah murni iaitu untuk memberi keselesaan hidup kepada mereka yang telah memilih untuk menjadikan Malaya tempat kediaman mereka. Tunku tidak memaksa mereka mesti mengundi Perikatan sebagai syarat diberikan kad pengenalan itu sebagaimana UMNO memaksa pendatang Filipina mesti mengundi BN sebagai syarat untuk memperolehi kad pengenalan.

Tetapi Projek IC adakah jelas matlamatnya iaitu untuk menumbangkan kerajaan PBS dan menghakis kuasa Kadazan. Sudah tentu pendatang asing itu turut juga diberikan taklimat dan ditunjuk ajar parti mana yang perlu dipangkah sebagai syarat kelulusan kad pengenalan tersebut.

Respon Mahathir yang cuba mengait dan menyalahkan Tunku dalam hal ini memang sesuatu yang tidak wajar, jika pun beliau mahu membersih najis yang terpalit di badannya. Pertamanya, kerana matlamat dan tujuan Tunku dengan beliau jelas berbeza dan ia memang diketahui oleh Mahathir sendiri dan keduanya, oleh kerana Tunku sudah meninggal dunia, maka beliau tidak dapat membalas balik dakwaan Mahathir itu.

Tindakan Mahathir menyalahlah pihak lain dalam pelbagai isu memang biasa didengar sebelum ini. Beliau memang diketahui cekap memutar lidahnya. Beliau tidak akan menyalahkan dirinya. Biasanya ada saja yang menjadi mangsanya.

Tetapi tindakan terbaru Mahathir yang turut sanggup menyalahkan Tunku membuktikan bahawa bukan saja dengan orang yang masih hidup beliau bermusuh, bahkan dengan Tunku yang banyak berjasa dan sudah meninggal dunia pun beliau sanggup berbuat demikian.

Bagi Mahathir, jika beliau salah, ada orang lain lagi salah. Jika beliau teruk, ada orang lain lagi teruk. Semua kesalahan cuba dilemparkan kepada orang lain untuk menunjukkan diri dan legasinya kelihatan suci bersih.

Menjelang pilihanraya akan datang, Sabah nampak bergoyang dan isu pendatang asing bakal menjadi isu utama. Nama Mahathir mungkin paling banyak disebut dalam isu pemberian kad pengenalan ini kerana ketika itu beliau adalah Perdana Menteri dan mengaku pula meluluskannya.

Sementara Anwar dan Pakatan Rakyat sedang hebat menggempur Sabah dan yakin isu pendatang asing itu bakal memberi kelebihan kepada mereka, ada baiknya jika Najib awal-awal lagi melantik Mahathir sebagai pengurus kempen BN untuk menjawab mengenai isu itu di Sabah ketika pilihanraya nanti.

Dan kita boleh lihat sama ada Mahathir boleh menjamin kerusi Sabah masih selamat atau sebalikny