Showing posts with label Ustaz Saiful Bahri. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Saiful Bahri. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Ayah Mahathir Pendatang Asing... Terimakasih Tunku!

Hari ini Umno-BN sentiasa mengungkitkan asal-usul pengundi cina dan India. Ini kerana dua kaum itu nampaknya tidak lagi cenderung untuk mengundi BN dalam PRU 13 nanti. Secara tidak langsung diharapkan majoriti melayu bersatu menyokong Umno. Tetapi pekung dan nanah kerja keji sepanjang lebih separuh abad Umno-BN di Negara ini sudah tidak mampu ditutup maupun dibendung lagi. Demi mengekalkan kuasa, Umno sanggup khianat kepada Negaranya sendiri.
Setelah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat pemberian IC dan kewarganegaraan di Sabah telah membocorkan pengkhianatan ini. Pengakuan Pengarah JPN Negeri Sabah yang mengeluarkan resit dan akhirnya layak mengundi untuk mengekalkan kuasa Umno-BN. Penglibatan pegawai JPN yang bekerja dirumah Menteri Dalam Negeri ketika itu iaitu Megat Junid dan juga Aziz Syamsudin. Hari ini barulah Dr Mahathir mengaku melakukan kerja-kerja khianat itu. Selama ini sentiasa dinafikan. Sepatutnya ketiga penyamun Tarbus ini dihukum mati kerana mengkhianati Negara. Pegawai dan individu yang terlibat pernah menjalani hukuman ISA tetapi pemimpin yang mengarahkan bebas berkeliaran.

Nampaknya Mahathir sudah terkena doa bekas Presiden Pas yang mendoakan supaya Mahathir panjang umurnya untuk melihat kejatuhan Umno-BN. Inilah antara babak-babak terpecahnya kejahatan hasil tangan pemimpin Umno-BN. Nampaknya tipu-daya mereka kini makin membelit diri mereka sendiri. Untuk melepaskan dirinya beliau membangkitkan bahawa Tunku Abdul Rahman selaku bekas PM pertama dan bekas Presiden Umno juga memberikan 1 juta kewarganegaraan selepas merdeka termasuklah kepada Cina & India. Nampaknya Dasar Jus Soli yang menjadi syarat kemerdekaan British telah makan tuan. Tunku menerima syarat kemerdekaan iaitu menerima perlembagaan Lord Reid & Dasar Jus Soli. Inilah dahulunya ditentang kemerdekaan British yang terikat dengan syarat oleh pengasas Pas termasuk Dr Burhanuddin al-Helmi maupun beberapa pemimpin kiri lain. Umno & pemimpinnya ketika itu bersungguh-sungguh untuk menerima kemerdekaan dan menerima syarat Jus Soli yang kini dikutuk oleh Mahathir sendiri. Dendam beliau terhadap Tunku masih membara semacamana dendam beliau terhadap Abdullah Badawi. Tetapi bak meludah kelangit.. terpercik ke muka sendiri.

Kalau kewarganegaraan itu tidak diberi, mungkin hari ini Mahathir berada ditanah air bapanya iaitu di Kerala. Ingat melayu aje mudah lupa tetapi mamak pun buat lupa juga. Ayah Mahathir adalah pendatang dari Kerala, Selatan India etnik Malayalam. Iskandar Kutty berhijrah ke Tanah Melayu dan memeluk Islam serta berkahwin dengan orang melayu dan menukar namanya kepada Mohamed.
Apapun itu sudah menjadi sejarah. Hari ini masyarakat Malaysia dengan latar belakang berbilang kaum hidup untuk memajukan Negara ini. Tetapi amat malang apabila individu pemimpin demi kuasa dan pangkat serta kedudukan sanggup mengkhianati Negara dengan senang-senang memberi status kewarganegaraan.
Pemberian warganegara untuk kepentingan politik ini bukan hanya berlaku di Sabah bahkan di Terengganu dan juga Pahang sendiri. Bekas OCPD Slim River iaitu Tuan Haji Abdullah Omar yang mengaku terlibat mengurus kemasukan pendatang asing Burma yang diberi kewarganegaraan untuk mengundi di Seri Bandi Dun Kijal iaitu Dun Menteri Besar Terengganu sekarang. Kemenangan beliau adalah kerana undi orang Burma melebihi 3 ribu pengundi Burma. Begitu juga Najib Tun Razak di Pekan. Setelah menang tipis dan tipu daya akhirnya beribu pengundi Burma di bawa masuk ke Pekan untuk menjamin kemenangan parlimen PM. Hah! Yang ini bila nak buat RCI nya? Takkan untuk Sabah aje. Itu tak ambik kira sekarang ini pendaftaran pekerja asing untuk diberi IC biru bagi mengundi dalam PRU nanti melibatkan warga Indonesia, Bangla maupun Burma. Tentunya Hisyamuddin selaku Menteri Dalam Negeri sekarang mengetahuinya siapa pengkhianat mengikut undang-undang ini.

Sepatutnya mereka yang terlibat mengkhianati Negara ini dihukum mati sahaja. Tetapi kalau Umno-BN terus diberi kuasa nescaya para pengkhianat ini akan dikalung bunga sebagai hero Negara. Apapun keputusan itu berada ditangan Anda. Tepuk dada.. Ubahlah selera! 
 

Sunday, December 18, 2011

Isu masjid: Dah berak merata, jangan tuduh orang lain

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Siapa yang buat teks Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ketika perasmian Masjid Sultan Ismail di Cendering. Apakah maklumat yang sebenar dilapurkan kepada Tuanku berkenaan solat Jumaat di dua masjid dalam satu qariah. Mutakhir ini kerja ni sebenarnya angkara siapa? Kita tidak mahu apabila dekat pilihanraya, pihak kerajaan pimpinan Umno Terengganu dok mainkan kaset lama untuk menjadi bahan kempen Umno-BN. Macam dah tak de isu lain ke nak tutup penyelewengan pimpinan Umno-BN.

Kenyataan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd Rozali Salleh berkata terdapat 11 masjid di Marang, Setiu dan Besut dikesan masih melakukan dua solat Jumaat dalam satu kariah berbanding 23 buah sebelum ini.

Menurutnya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.

"JHEAT pernah dihalang dengan jentera, malah ada orang baring bawah jengkaut apabila kita datang ke tempat mereka untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.

Rozali berkata JHEAT memandang serius perkara itu kerana ia bukan sahaja menimbulkan perpecahan dalam kalangan penduduk setempat tetapi juga meninggalkan imej negatif terhadap Islam.

Kita juga tidak mahu pihak JHEAT menjadi ‘ggabus’ Umno-BN. Sebab mereka menyedari duduk sebenar perkara ini. Sebenarnya setelah Umno kembali berkuasa, pemimpin mereka kembali rakus untuk memecah-belahkan rakyat di qariah yang khususnya ramai yang menyokong pembangkang.

Ketika PAS memerintah pun, Tok-tok Imam dan pemimpin Umno sendiri memulau masjid-masjid semasa pemerintahan PAS seperti wujudnya masjid baru Gong Pak Jin di Dun Tepuh. Apatah lagi selepas Umno kembali berkuasa, mereka menggunakan kuasa kerah keng mereka. Mereka lebih suka menggunakan bahasa jentolak & jengkaut. Itulah yang disebut oleh Pesuruhjaya JHEAT sepertimana ucapan di atas.

Kita masih ingat kerakusan Umno-BN merobohkan Masjid Bujal yang dibangunkan oleh masyarakat setempat dengan pelbagai alasan meskipun kita semua tahu Rasulullah s.a.w. mengajar mengutamakan pembinaan masjid sebelum pembinaan rumah sendiri. Rumah Allah didahulukan sebagaimana ketika Hijrahnya Rasulullah s.a.w. maka pembinaan Masjid Quba terus dibina dan apabila Rasulullah s.a.w. masuk ke tengah Madinah maka terus dibina Masjid Nabawi.

Kita lihatlah bagaimana Masjid Sura Lama dalam Dun Paka. Masjid yang dibina dan dikuasai oleh orang-orang Pas itu menimbulkan rasa tidak puas hati pimpinan Umno-BN bahkan Hj Ahmad (calon PAS 1959) selaku pengasasnya dibuang daerah ke Melaka. Bukan itu sahaja mereka berusaha supaya masjid itu ditutup dan dibina Masjid Sura Baru hanya beberapa ratus meter daripada Masjid Sura Lama yang binaannya jauh lebih kecil apatah lagi nak memuatkan masyarakat setempat. Hasrat sebenarnya ialah orang Umno tidak bersedia bersembahayang di masjid yang dibina oleh orang PAS sedangkan Hj Ahmad itu adalah pengasas dan pembuka Kampung Sura itu sendiri.

Begitu juga apabila orang Umno gagal menguasai Masjid Kg. Pinang Merah, Masjid Kg. Nyior dan Masjid Tebing Tembah yang menyebabkan orang Umno mendesak agar dibuat masjid sendiri dan akhirnya mereka membina sebuah masjid baru di Tebing Tembah dengan projek bernilai lebih daripada RM3 juta dan cuba menurunkan taraf Masjid Tebing Tembah yang sedia ada meskipun bangunannya besar dan selesa serta masih amat kukuh dan telah dibaikpulih dan diperbaharui.

Semua penyokong Umno terpaksa dikumpulkan 3 kampung berdekatan untuk mencukupkan solat Jumaat. Biar apa pun berlaku janji nafsu orang Umno terpuas meskipun berlaku perpecahan di kalangan masyarakat bahkan mereka diugut jika tidak pergi bersembahyang di masjid mereka.

Begitu juga masjid di Felda Kerteh 2 dan Kerteh 3. Ia tetap dibina walaupun kedudukan masjid tu sejengkal kera sahaja tetapi ia tidak menjadi isu kerana kawasan ramai penyokong Umno dan ianya satu projek untuk Umno.

Ini baru satu Dun… bolehlah ditinjau di seluruh Terengganu nescaya kita akan mengetahui bahawa semua ini sebenarnya angkara Umno-BN. Apatah lagi Imam yang dilantik yang dipilih berdasarkan penyokong Umnonya. Kekadang ahli Umno tegar, meskipun lemah ilmu agamanya. Inilah kekadang timbulnya percakapan imam yang terlebih Umno daripada pemimpin mereka. Hatta menghina Islam, menghina hukum Islam. Bagaimanalah ingin dibuat Tok Imam. Itu belum diambil kira kes-kes akhlak.

Jika Imam itu dikatakan penyokong PAS nescaya disekat elaun mereka sehingga kini. Dah lebih 7 tahun sebahagian imam & bilal disekat elauan mereka meskipun mereka tetap bertugas sehingga kini. Apabila timbul isu nescaya pemimpin PAS dipersalahkan. Mereka ada media, mereka ada alat propaganda. Mereka yang lempar batu, mereka sembunyi tangan. Inilah sikap pimpinan Umno-BN. Dekat-dekat nak mengundi ni… tayang balik le cd-cd lama ni. Diharap pimpinan Umno jangan hipokrit. Dah berak merata… jangan tuduh pulak orang lain.

Saturday, December 10, 2011

... dari Kamal Ataturk ke Kamal Saidin...

Jangan terkejut kalau adanya golongan agamawan dalam Umno yang menjadi syaitan bisu terhadap pemerintah Umno-BN tetapi menghentam Pas dan kerajaan pimpinan PR. Mereka macam golongan yang nampak kuman diseberang lautan tetapi buta terhadap gajah depan mata.

Sikap Penasihat agama MB Terengganu yang diimport dari pendang, Kedah iaitu Kamal Saidin yang mengkritik serta membuat lawak bodoh terhadap enakmen hudud & qisas yang dikemukakan oleh Kerajaan Kelantan & enakmen yang telah diluluskan oleh Kerajaan Terengganu pada tahun 2001 iaitu dizaman pemerintahan Pas tetapi bersikap membisu terhadap penyikiran syariat islam dari perundangan Malaysia sekian lama.

Perbuatan tidak bermaruah yang diadakan dihadapan majlis yang dianjurkan oleh sekutu Parti BN iaitu MCA. Dimakah maruah Umno-BN dengan ketokohan ulama cap ayam seperti ini? Mereka sepatutnya mendidik dan menberi penjelasan baik terhadap keindahan dan hikmah peraturan dan undang-undang Islam kepada masyarakat khususnya golongan non-muslim tetapi mengambil kesempatan untuk menakutkan bukan Islam dengan pelaksanaan syariat Islam bahkan mencari ruang-ruang untuk menonjolkan kekurangan demi politik dangkal Umno-BN.

Adakah Kamal Saidin ingin mewarisi perangai Kamal Ataturk yang pernah mengkhianati Khilafah Islamiyyah Turki pada tahun 1924 yang membawa kejatuhan dan kehancuran sistem Khilafah Islamiyyah didunia Islam. Antara jenayah yang dilakukan oleh Kamal Ataturk terhadap Islam disenaraikan dibawah tetapi cuba bandingkan dengan tindakan pemimpin Umno-BN….

Apa bezanya?

1. Menandatangani Perjanjian Luzon 22hb. Nov 1922 yang diadakan dengan British dan sekutu Barat dan mengiktiraf Penjajah dan menghapuskan kerajaan Khilafah Islamiyah Turki serta meminda perlembagaan baru yang sekular dengan menghapuskan perlembagaan Uthmaniyyah yang bercirikan Islam.
- Tunku Abdul Rahman selaku Presiden Umno menanda tangani Perjanjian dengan British di London pada 8hb. Feb 1956 untuk kemerdekaan dengan menerima pakai Perlembagaan Lord Reid dan menolak semua peraturan dan perlembagaan Islam diseluruh negeri-negeri melayu bermula 1957.

2. Menukarkan hukum jenayah syariat dengan mengguna-pakai undang-undang sivil barat.
- Semua hukum jenayah syariat ditolak Umno dan mengguna pakai hukum jenayah sivil berdasarkan undang-undang negara Komanweal.

3. Mengamalkan sistem pengasingan agama dari pemerintahan iaitu dasar sekular Barat sebagai asas untuk memajukan negara dan meletakkan negara Turki untuk bangsa Turki sebagai asas nasionalisme Turki.
- Umno menerima-pakai dasar sekular dalam negara dalam semua bidang termasuk sistem negara, pendidikan dan undang-undang serta menjadikan dasar nasionalisme melayu sebagai teras.

4. Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki bahkan Menukarkan azan dalam bahasa Turki dari bahasa Arab.
- Menghapuskan tulisan jawi dizaman Menteri pendidikan oleh Khir Johari dan mata pelajaran agama sebagai sampingan.

5. Mempopularkan pendedahan aurat khususnya kepada wanita Islam bahkan mengharamkan perempuan menggunakan jilbab dan memaksa perempuan khususnya kaitangan kerajaan memakai skirt.
- Sehingga kini para pemimpin wanita utama masih tidak menutup aurat bahkan ianya tidak menjadi kesalahan.

6. Menentang & menguling kekuasaan khilafah Uthmaniyyah terakhir iaitu Sultan Abdul Hamid 11 dengan berpakat dengan Yahudi Donma dan gerakan freemason Turki.
- Penghapusan kuasa institusi Diraja selepas merdeka dan krisis perlembagaan tahun 1993.
- Membayar kepada penasihat Yahudi APCO-Worldwide sebanyak 77 juta setahun.

7. Bebas meminum arak & menyebarkan budaya tari menari serta nyanyian.
- Kilang Arak Guinness Malaysia Bhd dirasmikan oleh Presiden Umno sendiri iaitu Tunku pada tahun 1966.

8. Menukar Hari cuti daripada Hari Jumaat kepada hari Ahad.
- Di Malaysia pun Sama tindakan yang dilakukan oleh Umno-BN.

Jadi sepatutnya Kamal Saidin dah dibayar sebagai penasihat, maka nasihatlah bebaik MB Mat Said tu supaya beramal dengan Islam. Bercakap di perhimpunan agung Umno tu, bukannya menghentam Pas tetapi sepatutnya menasihati pimpinan Umno agar kembali kepada islam. Cukuplah 50 tahun merdeka dan diperkudakan oleh Barat. Sepatutnya kembalilah kepada ajaran Islam. Atau hanya sekadar menerima upah penasihat dan kini jadi kuda tunggangan MCA pulak?

Alasan menuduh hukum hudud adalah rekaan Pas. Hudud Pas membenarkan liwat isteri. Ini hujah macam budak-budak tadika. Tak tahu ke beliau beza antara Hudud, Qisas & Ta'zir. Adakah semua kesalahan itu Hudud? atau yang bukan Hudud itu tidak salah? Orang jahil pun tahu bahawa meliwat itu haram. Apabila isu umur 18 tahun diungkitkan, apakah jahil beliau dengan Fiqh Muqaran. Tak mengajikan beliau dengan Mazahib Figh dalam Islam. Mengugut seolah orang cina akan dihukum Hudud sebagai orang yang khianat kepada ayat al-Quran sendiri dan menafikan bahawa ianya sebagai satu ibadah. Apakah Pas akan memaksakan orang cina supaya bersembahyang, hadir ke masjid, berpuasa dan berkhitan? Jahilkah beliau Hukum Mutatis Mutandis?

Tak tahukah beliau dengan ayat al-Quran Surah al-maidah ayat 42:

فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta hukum kes zina), Maka hukumkanlah (perkara itu) diantara mereka, atau berpalinglah dari mereka; jika kamu berpaling dari mereka Maka mereka tidak akan memberi mudharat kepadamu sedikitpun. dan jika kamu menghukumkan perkara mereka maka hukumkanlah (perkara itu) diantara mereka dengan adil, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.

Tidak munasabah orang yang bercakap agama tetapi menyembunyikan kebenaran dan menjadi golongan yang menentang perjuangan untuk menegakkan agama. Untuk menjernihkan suasana alangkah baik rasanya beliau menyahut seruan debat yang diajukan oleh Dewan Pemuda Pas Terengganu daripada beliau berhujah soarang-sorang dikalangan cina MCA di Kuala Lumpur tu.

Takkan jauh-jauh dari Kedah menasihati MB tetapi tak berani untuk bermujadalah dengan anak-anak muda rakyat Terengganu. Kalau negeri boleh melintas nak nasihat agama, maka ruangkan masa barang sejam dua untuk nasihat pemuda Pas yang nak bertemu mata dengan Penasihat MB mereka itu.

Ustaz Saiful Bahri

Tuesday, August 16, 2011

15 Ramadhan... Bulan Mengambang, Umno pun Meroyan

Oleh Ust Saiful Bahri



Selama ni PAS jadi alat untuk difitnah. PAS telah diperkudakan DAP!!!. Pelbagai imej buruk yang ditaji oleh BN khususnya dalam kursus BTN. Seolah-olah dunia akan kiamat kalau BN kalah dalam PRU nanti. Umno kalah nescaya DAP akan memerintah!!!. DAP Parti chauvinis cina, anti melayu, anti Islam, Parti Komunis. Apabila DAP berpakat dengan PAS, dengan PAS pulak jadi komunis.



Selama ini Umno masuk kampong keluar kampong demi meraih undi melayu dengan memainkan sentimen melayu. Jalan yang mudah adalah menghentam parti cina iaitu DAP.



Sedangkan parti cina adalah MCA, parti India adalah MIC dan parti melayu adalah UMNO. Kompenan BN. Tapi itu disembunyikan rapi. Padahal Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP, PAS dan PKR adalah parti berbilang kaum, tidak dikhususkan kepada bangsa tertentu sahaja. Politik masa depan pun nampaknya perjuangan assobiyyah bangsa akan lupus ditelan dek zaman.



Apabila rakyat semakin menolak parti rasis dan perkauman, nampaknya Umno serta kompenan BN seperti cacing kepanasan menunggu saat-saat kejatuhannya. Apatah lagi Umno. Mungkin dah buntu kot? Apa! Dah gila meroyan pulak ke apabila mengajak DAP pulak menyertai BN. Sudahlah diupah dan diumpan pimpinan PKR untuk melompat ke BN. Sebahagian ada yang termakan kahak Umno-BN ni. Berapa upah yang mereka jilat tak tahulah. Tentu banyak, kalau sikit takkan nak lompat.



Sebelum ini PAS dijadikan sasaran politik BN. Berderet-deret rombongan meminang untuk bekerjasama dengan PAS. Kerajaan Perpaduan. Bergelora politik dalaman PAS sehingga berkocak sakan. Apabila mereka gagal, kini meleleh-leleh pulak air-liur nak mengajak DAP pulak agar menyertai BN. Apa punya gila pe? Takkan mereka nak telan ludah mereka sendiri. Apa prinsip perjuangan Umno-BN ni? Atau matlamat mereka hanya untuk menang? Prinsip dah lama dibuang?



Penyokong tegar Umno dan bekas orang kuat BTN, Tan Sri Dr Nordin Kardi juga selaku bekas naib canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok pula menyokong agar DAP dipelawa masuk BN.



Katanya, bagi DAP pula, tentulah Umno lebih sesuai dijadikan rakan serumah berbanding dengan PAS. Dasar Umno yang secara konsisten sangat pragmatik sewajarnya menyelesakan DAP untuk tinggal bersama BN berbanding di rumah tumpangan pakatan pembangkang.



“DAP yang sangat sekular (kehendak yang terpancar dalam kenyataan pemimpin-pemimpin utamanya) sulit untuknya mengekalkan rumah tangga yang aman bersama PAS yang dilihat sangat teologikal.



Nordin juga menambah, pada asasnya banyak tuntutan DAP sudah tidak bersesuaian lagi kerana semuanya telah ditunaikan oleh BN, misalnya tuntutan kriteria merit ke universiti, tuntutan ‘Malaysian Malaysia’ sudah terangkum dalam ‘1 Malaysia’, dasar semuanya inklusif, mewajarkan DAP untuk tidak perlu silu atau meminta maaf kepada pengikutnya untuk menyertai BN.



“Semua peluang yang diminta telah ada di dalam BN,” katanya sambil menambah, jika semua telah ada dalam BN — “sekularnya ada, teologinya ada, suasana inklusif telah ada”, semua kepentingan pelbagai kaum telah ada, apakah lagi kewajaran mengubah ‘status quo’.



Apakah sikap DAP. Sejauhmana daya-tahan semangat setiakawan DAP dalam Pakatan. Adakah seperti Ezam dengan kotak-kotak sumpahnya? Atau seperti Ibrahim Ali yang memang pakar lompat? Atau semacam Gobala Krisnan? PAS sudah teruji. Istiqamah dan mempunyai sifat setiakawan yang tinggi. Tak pernah lari apabila berpakat. DAP pernah keluar daripada APU. Apakah kini DAP akan termakan dengan ajakan BN?



DAP tolak pelawaan Nazri untuk sertai BN



Pemimpin DAP hari ini berikrar untuk berdiri teguh bersama sekutu Pakatan Rakyat - PAS dan PKR - dan menolak pelawaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz untuk menyertai BN. Pelawaan Nazri itu disiarkan menerusi akhbar harian Cina Sin Chew Daily hari ini. Beliau yang ditemubual akhbar itu juga berkata, Gerakan - yang pernah menjadi pembangkang - telah dijemput untuk menyertai Perikatan pada tahun 1969.



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata undangan Nazri datang secara tiba-tiba itu dan beliau tidak pasti motif beliau berbuat demikian.



"Kami berdiri teguh bersama sekutu kami dalam Pakatan. Kami adalah berbilang kaum. Mungkin MCA dan Gerakan telah hilang perwakilan masing-masing di kerusi-kerusi mereka, "katanya kepada pemberita di Pulau Pinang apabila diminta mengulas.



"Namun kedua-dua pihak itu hanya memperjuangkan satu bangsa, sementara kita mempertahankan hak semua rakyat Malaysia. Jadi persoalanan (DAP menyertai BN) tidak timbul," katanya.



http://ustsaifulbahri.blogspot.com/2011/08/15-ramadhan-bulan-mengambang-umno.html

Wednesday, June 22, 2011

Konvoi belum start lagi… 2 Penjara sudah disiapkan ?

Oleh Saiful bahri

Presiden mengarahkan 300K peserta Bersih pada 9 Julai ini. Nampaknya Umno-BN dah kecut perut. Setiap media memainkan peranan untuk provokasi agar rakyat tidak menghadirkan diri.

Ibrahim Ali nampaknya awal-awal hunus keris kontotnya mengajak bertempur. Pihak polis pun dah mengayat pelbagai akta untuk menjampi agar walk 4 justice gagal.

Tetapi adakah ianya memberi kesan? Bahkan provokasi itu sendiri merupakan iklan besar-besaran kepada semua lapisan rakyat. Pengumuman usul dalam muktamar yang dibawa oleh Timbalan Presiden Mat Sabu hanya dihadiri oleh pimpinan Pas sahaja. Ramai rakyat tak tahu pun… tetapi apabila media memberi ulasan dan larangan, menteri dalam negeri pun tumpang semangkok, nak dibawa usul dalam parlimen, digambar-gemburkan demikian rupa… itu adalah promosi percuma. Timakasih Umno-BN.


Kekadang mereka lupa, majoriti yang hadir demo itu onak-anak muda. Kalau dengar kata Ibrahim Ali nak bertempur, Hah!!! Lagilah mereka nak pergi. Kalau demo takde gas FRU.. bagi mereka tak seronok, mereka dah lama mengidam nak hidu gas ni… bayangkanlah kalau keluar 300k rakyat ke medan K.Lumpur tu.. sapa berani tahan???

Cukup ke anggota polis? Cukup ke penjara nak muatkan mereka semua?

Belum Berlayar, Israel Sudah Siapkan Dua Penjara Bagi Aktivis Freedom Flotilla 2

Tentera rejim Zionis Israel meningkatkan latihannya untuk mencegah masuknya konvoi Freedom Flotilla 2 ke Jalur Gaza.

Seperti dilaporkan media yang dipetik berita radio Israel menyatakan, berbagai unit tentera telah meningkatkan latihannya dan telah mengadakan gabungan tenaga. Pihak Israel juga telah mengosongkan dua penjara untuk menampung aktivis konvoi Freedom Flotilla 2 jika mereka berhasil ditangkap.

Konvoi Freedom Flotilla 2 terdiri dari 12 kapal dari 50 negara dan membawa lebih dari 1000 aktivis pendokong rakyat Palestine serta bantuan kemanusiaan. Konvoi bantuan kemanusiaan ini akan berangkat menuju Jalur Gaza akhir Jun ini.

Sementara itu, pada Mei 2010 tentera Israel dengan brutal menyerbu konvoi Freedom Flotillah pertama dan menembak mati sembilan warga Turki. Tetapi ia tidak mematahkan semangat juang untuk kebebsan Palestine. Bahkan semangat mereka semakin tinggi.

Selamat Datang peserta BERSIH 2.0 … masa inilah nak hidu gas pun…

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Monday, May 30, 2011

Antara Najib & Anwar: Siapa yang menopause?

Oleh Ust Saiful Bahri

Najib silap baca golongan muda?

Putrajaya - Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghimpunan belia-belia di Putrajaya dan merayu undi mereka memperlihatkan rasa gusar perdana menteri terhadap kebangkitan golongan itu yang kini menuntut perubahan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib semalam mendakwa sejuta belia yang hadir di Putrajaya untuk sambutan Hari Belia Negara selama tiga hari, kononnya untuk “mempertahankan” pusat pentadbiran negara dari diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

“Orang muda ini dikaitkan dengan idealisme, cita-cita murni. Orang muda ini benci dengan kemungkaran, benci dengan rasuah, benci dengan kezaliman.

“Najib silap. (Sebenarnya belia) yang minta perubahan tumbangkan kerajaan yang ada. Jadi saya nak sambut dengan katakan sudah sampai ketikanya anak muda Felda, anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan

Apakah Najib silap atau Anwar yang silap. Jangan jadi seperti berita dari negeri Najib, PM Malaysia.

Bentong, PAHANG - Seorang doktor di Pahang telah membuat pemeriksaan terhadap seorang wanita separuh baya yang sudah berada di ambang menopouse tetapi didapati mengandung dua bulan.

Wanita yang memiliki dua anak, berusia 21 dan 28 tahun mengaku bahawa ia amat terkejut dengan penemuan si doctor tentang kandungannya, sebelum akhirnya ia berusaha mendapatkan pandangan kedua dari doktor lain.

"Saya dan suami saya memang sama-sama tak menggunakan kaedah perancang, namun saya tak terfikir bahwa saya sedang hamil," katanya. Mereka berdua mengaku panik ketika didapati sudah dua bulan beliau tidak didatangi haid dan beliau malah terkejut apabila doktor menyatakan beliau hamil.

Beliau yang berasal dari Bentong, Pahang kemudiannya mencari doktor lain untuk membuat pengesahan dan didapati bahawa haid beliau tidak datang bukan karena dia hamil, melainkan kerana beliau sudah masuk masa menopouse.
Ok alolahhhh!!!! ... adakah Umno-BN dah sampai masa menopause? Jangan tersalah tafsir pulak. Menopouse disangka mengandung. Kes naye nanti!!!!
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Wednesday, May 11, 2011

Umno: Nak jadi Jebat ke Siapa lagi?

Oleh Saiful Bahri

Anda sudah lupa ke? Orang yang kuat derhaka kepada Raja adalah Umno. Bahkan boleh menabatkan Sultan Kelantan Palsu dibawah pokok? Ketika krisis dengan raja-raja melayu, siapa yang jadi Jebat derhaka? Ketika itu media beberapa kali menayangkan filem Hang Tuah dan kisah Jebat derhaka. Ketika Datuk Idris Jusoh di Terengganu gagal menjadi MB, siapa yang mengamuk dan mengusung kain rentang mengata ‘binatang’ kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu? Angkara siapa? Umnolah… siapa lagi.

Semua orang tahu bahawa permainan isu sensitif demi mengaut kepentingan politik adalah rekayasa Umno-BN. Daripada isu perkauman melayu dan kini isu agama. Seolah-olah ada usaha untuk meletakkan agama kristian sebagai agama rasmi negara. Utusan melayu kekal berperanan membawa isu fitnahnya.

Tidak ketinggalan di Besut. Di sempena kehadiran Naib Presiden Umno selaku Menteri Dalam Negeri lalu diadakan bantahan kononnya menentang isu kristian sebagai agama rasmi. Kekallah Umno sebagai juara dalam memperbodohkan orang melayu sendiri. Kalau dulu dok cerca pembangkang kerana berdemo. Mengganggu orang ramai dan menghalang jalanraya yang dianggap oleh Khairy selaku Ketua Pemuda Umno sebagai ‘beruk-beruk di jalanan’. Sekarang Umno pulak nak jadi juara berdemo. Nak jadi beruk-beruk ditengah jalan pulak ke?

Sekarang kuasa ada dalam tangan Umno dan pemimpin mereka. Datuk Seri Hisyamuddin sendiri sebagai Menteri Keselamatan. Bubuhlah paderi-paderi yang bersidang itu dalam ISA atau penjarakan sahaja. Dah kuasa ditangan kamu. Buktikan kehebatan kamu dalam mempertahankan Islam. Tak perlulah bertempik melolong ditepi jalan. Umno bukan pembangkang tetapi pemerintah. Undang-undang dalam tangan Umno kecuali kalau dah rasa nak jadi pembangkang.

Kita heran. Apabila kain rentang mereka rela menjadi Jebat!!! Umno nak derhaka siapa? Nak jadi Jebat kepada siapa. Yang memimpin Malaysia adalah Najib selaku presiden Umno! Takkan nak derhaka kepada boss mereka sendiri. Bukankah Datuk Deris sendiri AMT Umno. Atau perli kepada Datuk Hisyamuddin kerana melepaskan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu kepada Datuk Mat Said. Ataukah ia nak tunjukkan kepada Sultan Terengganu???

Belum serik ke Datuk Deris yang mengelonsor dari takta MB dan kini dah derhaka lagi? Nak jadi Jebat Derhaka semula ke? Entahlah! Siapa nak bagi jawapan? Kain rentang ‘Kami Nak Deris Natang’ pun tak tahu kesudahan sehingga kini? Ni nak jadi Jebat lagi pe???

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Tuesday, April 19, 2011

PWTC: Jangan dibakar, PAS sedia membelinya!

Oleh Saiful bahri

Tidak pernah terfikir Parti Demokrasi Nasional (NDP) dibubarkan oleh pihak berkuasa baru-baru ini dan membekukan segala asetnya. Mahkamah juga memerintahkan dana dan harta parti hendaklah diserahkan kepada kerajaan. Sebahagian besar pemimpin senior NPD sekarang akan di dakwa atas tuduhan menggunakan kekerasan dan mengamalkan rasuah. Pembubaran parti NDP adalah salah satu tuntutan para penunjuk perasaan Mesir.

Partai Demokrasi Nasional telah mendominasi pemerintahan dan kerajaan Mesir selama puluhan tahun. Didirikan Presiden Anwar Sadat pada akhir tahun 1970-an, partai itu menjadi penyebab utama rasa tidak puas hati rakyat yang membuak-buak selama bertahun-tahun lamanya sehingga akhirnya ibu-pejabatnyanya di Cairo dibakar dalam aksi protes tahun ini.


Penahanan Mubarak dan pembubaran parttinya akan menenteramkan para demontrasi masih lagi berlangsung dimedan Tahrir, Kaherah. Mubarak ketika ini berada di sebuah hospital di Cairo, menerima rawatan untuk masalah jantung. Para pendemo Mesir mengatakan Mubarak mesti diadili kerana mengorbankan sekitar 800 penunjuk perasaan selama pemberontakan rakyat di negara itu yang menyebabkan kejatuhannya pada 11 Februari.

Pegawai Penghakiman Mesir menyebut baru-baru ini bahawa Mubarak boleh dithabitkan hukuman mati jika didapati bersalah memerintahkan pendokongnya untuk menembak pendemo anti-pemerintah.

Parti NDP yang pernah gah dengan kehebatan. Para pemimpinnya berkuasa penuh dengan kesombongan. Mereka melakukan apa sahaja bahkan kezaliman ditahap melampau khususnya terhadap lawan mereka. Kita sedia maklum apa yang dihadapi oleh gerakan Islam Ikhwan Muslimin Mesir. Penjara, penyeksaan, tembakan, tali gantung dan siri pembunuhan yang tak terhitung. Tapi hari ini sampai masa mentari yang sekian lama cerah memancar jatuh terbenam dengan suram dan kegelapan.

Adakah ini bakal nasib yang akan menimpa Parti Kebangsaan Melayu UMNO? Umno pernah diharamkan dizaman Mahathir demi menyingkirkan lawan politik beliau iaitu Ku li. Selepas itu tiada ketenangan lagi dalam politik UMNO. Pelbagai musibah dan penyakit hinggap pada pari keramat ini. Umno masih lagi bertahan kerana kuasa dan harta sahaja. Roh serta dasar pejuangan sudah lama hilang dari sanubari UMNO.

Tidak mustahil selepas Pru-13 nanti, kalau BN gagal mengekang kebangkitan rakyat bersama PR nanti UMNO akan menerima nasib seperti parti NDP Mesir. Adakah UMNO akan dibubarkan lalu hilanglah melayu dari bumi Malaysia? Atau para pemimpin UMNO membilang jeriji besi. Disumbat dipenjara kerana rasuah, jenayah serta menggelapkan harta dan pendapatan negara. Ketika itu tiada lagi keramatnya parti UMNO. Diharap jangan dibakar PWTC itu. Lelonglah dan PAS sedia membelinya.

Signal selepas PRN Sarawak jelas. Inilah yang difikirkan oleh Najib. Rosmah tahu apa???
http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Monday, April 4, 2011

Kenapa Darah orang Pas warnanya Hijau?

Pas bukan hanya sebuah parti politik. Pas bergerak sekian lama sebagai parti dakwah, parti siasah, parti tarbiyyah. Pas terlibat dalam gerak kerja amar ma’ruf dan nahi munkar. Dengan kerja amal jamaie yang sudah sekian lama bertapak di negara kita ini. Kerja-kerja kebajikan sudah sinonim dengan aktivis Pas samada dengan jenama Pas sendiri maupun jabatan atau NGO’s yang dibawah Pas. Masyarakat lebih mengenali Unit Amal sebagai entiti yang bersama masyarakat dengan kerja-kerja kebajikan bahkan lujnah kebajikan berperanan dari peringkat cawangan sehingga ke peringkat pusat di segenap bidang dan lapangan. Dari yang hidup sehingga ke mati. Dari yang Islam maupun non muslim. Dalam negara maupun sehingga keperingkat antarabangsa. Pas sentiasa dengan tangan terbuka memberi khidmat kepada masyarakat. Ianya dilakukan sebagai tugas dan amal ibadah.

Pun begitu bukan sedikit halangan dan rintangan. UMNO-BN sendiri cuba menghalang dan menyekat pengaruh amal Pas ini dari tersebar ke dalam masyarakat. Mereka terus mengamalkan politik sempit meskipun ianya kekadang keperluan negara. Ianya menjadi dasar kerajaan ataupun hanya larangan atau sekatan oleh beberapa pimpinan UMNO yang bangang sahaja? Kerana kenyataan pimpinan kerajaan di peringkat pusat berbeza dengan tindakan diperingkat negeri atau daerah.

KUALA LUMPUR 3 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil bagi membantu Pusat Darah Negara menggerakkan kempen derma darah di seluruh negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, sokongan NGO dalam usaha murni itu penting memandangkan Malaysia sentiasa berdepan dengan cabaran besar untuk memastikan tabung darah negara mencukupi.

"Saya dimaklumkan bekalan darah negara berkurangan dengan drastik apabila tiba musim perayaan dan cuti persekolahan kerana kekurangan penderma. Sedangkan, permintaan terhadap keperluan darah sentiasa ada. "Jadi saya berharap lebih banyak NGO tampil menggerakkan kempen dan memperluaskannya ke seluruh negara," katanya semasa merasmikan kempen derma darah anjuran Kelab Golf Amal Tan Sri Muhyiddin (TSMCG) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin memuji sikap prihatin yang ditunjukkan kira-kira 120 sukarelawan dari beberapa buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila mereka turut sama menjayakan kempen derma darah tersebut. Jelasnya, sikap terpuji kumpulan pelajar berkenaan wajar menjadi ikutan seluruh rakyat Malaysia memandangkan tahun lalu sahaja, sebanyak 29 peratus daripada keperluan darah di Lembah Klang didermakan oleh mahasiswa.

Nampak daripada kenyataan itu kerajaan amat berharap semua pihak tampil untuk memberi sokongan kepada tabung darah Negara dan derma darah itu digalakkan dan menjadi amalan mulia. Pihak kerajaan khususnya kementrian kesihatan dapat memberi kerjasama kepada semua pihak tanpa mengira batasan seperti parti politik untuk menerima derma darah dari lapisan masyarakat. Bahkan persatuan Budhist antara yang aktif menganjurkan kutipan derma darah.

Persoalannya kenapa apabila pihak Pas menganjurkan program derma darah ianya ditolak dan tidak diterima oleh pihak hospital khususnya di Terengganu. Samada hospital Kuala Terengganu maupun hospital daerah-daerah. Adakah darah orang Pas warnanya hijau? Atau orang Pas darah berpenyakit yang lebih bahaya dari darah HIV? Atau pihak kerajaan UMNO-BN bimbang kalau terima darah orang Pas nescaya ramailah orang dikalangan penerima darah nanti akan menyokong Pas. Semua pendokong UMNO yang berdarah biru akan menjadi hijau? Kalau payah sangat... cop "Untuk Ahli Pas sahaja" macam UMNO luluskan bible melayu tu.. "untuk Kristian sahaja".

Samada pemikiran kolot dan kuno ini menjadi khurafat pihak doktor yang dikatakan bijaksana atau memang ada pimpinan UMNO-BN yang senak kepala membuat larangan. Nak harapkan UMNO anjur… kedekut darah. Kebanyakan pimpinan UMNO saiz macam Ketua Putera atau Ketua Puteri. Kalau derma darah 3-4 kilo pun tak jadi masalah. Kenapa pemuda UMNO taknak mendahului? Kemana puteri UMNO? Mungkin sibuk menguruskan para remaja yang ramai derma dara kot sekarang… banyak anak luar nikah merata-rata. Tak sempat nak cakna program derma darah. Serah ke budak-budak university sudah. Habis! Kalau UMNO dah tak anjur kenapa pulak apabila Pas yang nak anjur taknak terima? Mungkin orang Pas boleh bertukar jadi macam Lou Ferrigno yang berlakon jadi Incredible Hulk yang berwarna hijau?

Ustaz Saiful Bahri,

Sunday, April 3, 2011

FB: Yahudi tetap yahudi jua!


Jerusalem: Akhirnya, laman sesawang Facebook, menghapus akaun Intifadhah Palestina Ke-III pada selasa lalu. Pemilik Facebook menilai akaun itu tersebut bertujuan untuk berkempen mengangkat senjata melawan Israel.

Penghapusan akaun Intifadah Palestina Ke-III setelah protes dan desakan Israel kepada pemilik Facebook, Mark Zuckerberg. Israel mendakwa akaun Intifadhah menimbulkan konflik politik dan bertentangan dengan kebebasan bersuara. Laman itu juga dikatakan sebagai penyebar kebencian.

Intifadha Palestina Ke-III telah memiliki lebih dari 350.000 fans ketika diblok. Akaun ini mengajak warga Palestine turun ke jalan raya berdemontrasi selepas solat Jumat pada 15 Mei akan datang sebagai bermulanya kebangkitan intifadhah. "Hari Kiamat hanya akan tiba jika kaum Muslimin telah membunuh semua orang Yahudi," sebagai posting di wall Intifadhah.

Menurut pengelola Facebook, halaman tersebut dibuat untuk mengajak melakukan demontrasi secara damai dengan menggunakan istilah “intifadhah” yang dikaitkan dengan kekerasan di masa lalu. "Walau demikian, setelah mendapatkan publisiti, komentar yang muncul makin panas dan langsung menyeru kepada kekerasan. Secara langsung pembina laman itu akhirnya mengajak melakukan kekerasan juga," kata Andrew Noyes, Manager Komunikasi dan perhubungan awam Facebook.

"Kami memonitor tiap yang dilaporkan kepada kami, dan ketika mereka menyeru kearah kekerasan atau ekspresi kebencian, seperti yang terjadi dalam kes ini kami harus segera menyekatnya" tegas Noyes. “Ianya bukan kebiasaan kami untuk menyekat segala seruan yang ada unsur menentang negara-negara, agama, entity politik atau ideologi.”

"Revolusi Facebook", kata Moyes, turut berperanan dalam menjatuhkan rejim di Mesir dan Tunisia. Laman sesawang sosial telah menjadi agen perubahan dan alat politik yang kuat, yang menuntut para pengguna di seluruh dunia membuat kempen ketika memposting.

Hakikatnya pengaruh Israel cukup kuat mencengkam dunia. Mereka bimbang laman Intifadhah telah membangkitkan tekanan terhadap pemerintahan Palestine agar bersatu menghadapi Israel. Mahmoud Abbas terpaksa pergi ke Gaza dalam usaha mengadakan kerjasama dengan Hamas apabila laman ini membangkitkan kebangkitan rakyat yang memberi kata-dua kepada Mahmoud Abbas. Bimbang dengan pengaruh laman internet sebegini yang telah memberi kesan kepada kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir. Tindakan awal adalah dengan menutup laman tersebut. Ianya juga dibimbangi membangkitkan intifadhah khususnya kepada generasi baru terhadap pemerintahan zalim Israel.

Beginilah rangkaian yahudi yang berpengaruh dalam menentukan apa-apa yang memberi keuntungan kepada Israel dan blok barat. Mereka menjadikan pengaruh internet untuk menjatuhkan kerajaan dan pemerintahan tajaan mereka sendiri di negara-negara umat Islam demi kepentingan minyak dan kuasa mereka tetapi dengan segera menutupnya jika boleh menjejaskan kepentingan mereka. Dan FB akhirnya tunduk kepada desakan dan kepentingahn yahudi juga.

Ustaz Saiful Bahri,
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/2011/04/fb-yahudi-tetap-yahudi-jua.html

Wednesday, February 9, 2011

Gambar Musang Tak Makan Ayam!

leh Ustaz Saiful Bahri

Kenapa acap-kali PM terpaksa tegaskan dan ulang-ulangkan bahawa Ops Piramid tiada unsur politik??? Apasal? Rakyat tak percaya ke? Orang politik tak berpolitik macam musang kata dia sepsis yang tak makan ayam! Hihihi.. Tgk gambar-gambar tu.. Lu pikir lah sendiri…

Politik baling batu sembunyi tangan. Siapa yang berpolitik?? Yelahhh.. Duit yang digunakan dalam Ops tu.. adalah duit UMNO kot? atau duit PM?? Terimakasihlah PM! Atau duit rakyat?

SEPANG - 7 Feb -- Rakyat Malaysia yang baru tiba dari Mesir disambut oleh ahli Kelab UMNO Luar Negara ketika sambutan ketibaan kumpulan pertama rakyat Malaysia di Kompleks Bunga Raya KLIA di sini, hari ini. Seramai 788 rakyat Malaysia dibawa pulang menerusi Operasi Piramid yang dibiayai kerajaan bagi membawa rakyat Malaysia keluar dari Mesir yang sedang dilanda krisis politik. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyambut kepulangan mereka di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi selamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid, adalah misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik. Perdana Menteri berkata, kerajaan akan melakukan apa saja untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir, berikutan keadaan yang tidak menentu di negara berkenaan.- Bernama


Ingat Tony Fernandes. CEO Air Asia nak pergi bantu pelajar di Cairo. Rupanya Ketua Putera UMNO. Ingat siapa bersama Menteri Jamil Khir dan Timbalan Menteri Kohillan Pillay. menambah berat kapal-terbang je!



Shahidan Kassim pun tumpang galmour jugak pe?? ingat pelajar Pas ambik PHD al-azhar.
Siap galas beg dengan berkopiah. hihihi.. rupanya misi membantu. kelas you!! Tahniah.


Timakasih PM. Banyak guna duit enta dan Rosmah membawa
pulang pelajar. Semoga ia menjadi sedekah jariah. Amen...


ahlan wasahlan min Kalbun UMNO


Selamat pulang mujahid... terlupalak nak bertudung... maaf ye ustaz & ustazah!!


Ikutlah nasihat PM. Jangan politikkan OPS Piramid.