Wednesday, December 26, 2012
RAHSIA macamana teknik nak kecoh dilakukan ketika mengundi..!!!
Wednesday, November 14, 2012
PRU13 dan ayat songsang
Saturday, October 27, 2012
SPR & Penipuan Rakyat Umum Ke-13 - Ayat Songsang
Dalam tulisan kali ini saya ingin membawa ayat-ayat songsang. Saya ingin membuka surah yang telah dihafal tetapi tidak difahami. Saya ingin membuka bait-bait yang sering dilaungkan tetapi tidak dihayati.
Apa yang sahih, tarikh PRU-13 ini hanya akan dijalankan apabila semua persediaan untuk memastikan United Malays National Organisation kembali berkuasa telah tersedia. Semua perancangan telah diatur. Logistik telah tersusun rapi. Semua yang wajib dilakukan untuk mengembalikan kuasa kepada BN telah dilakukan.
Pada hemat saya keputusan PRU-13 akan menafikan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Pada pemerhatian saya kerajaan Pakatan di Selangor akan jatuh ke tangan United Malays National Organisation. Jelas apa yang saya tulis ini adalah ayat-ayat songsang. Ayat-ayat ‘potong stim' yang ramai penyokong Pakatan tidak akan bersetuju. Bunyi surah ini amat kasar tetapi inilah hakikat realpolitik dalam negara Dunia Ketiga.
Ayat-ayat songsang dalam tulisan saya ini bukan saya pungut dari mimpi. Ayat ini tidak saya terima melalui saka. Ayat-ayat ini berasaskan realpolitik yang sedang berlaku di hadapan mata saya. Ayat-ayat ini datang dari laporan demi laporan yang saya terima sebagai ahli jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0.
Minggu lalu Dr Ong Kian Meng dari Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP) bersama 2.0 telah membentangkan laporan terakhir ke Parlimen. MERAP ialah satu badan ilmiah yang membuat kajian tentang daftar pengundi. Laporan dari MERAP ini cukup memeranjatkan. Justeru, dari laporan MERAP inilah munculnya sebahagian dari ayat-ayat songsang yang saya tuliskan di sini.
Nama 59,000 pengundi dengan Kod 71 ini adalah warga negara Malaysia yang lahir di luar negara. Maka Hairan bin Takjublah kita semua. Tidak disangka-sangka rupa-rupanya ramai orang Malaysia lahir di Uganda, Kenya, Sweden , Jerman, Qatar dan di Itali.
Kita juga telah membaca dan mendengar surah bagaimana nama-nama pengundi yang amat pelik lagi memelikkan telah ditemui dalam senarai pengundi. Bukit bin Batu. Harimau binti Buaya. Kijang anak lelaki Ular. Jintan binti Bawang. Dubai bin Abu Dhabi.
Untuk pembaca yang tersenyum membaca nama Ular bin Lipan pasti akan terbahak bahak ketawa apabila diberitahu ada juga pengundi yang namanya "bin". Dan menjadi lawak seram kerana nama ini bukan ditulis dengan ejaan Koma bin Noktah tetapi dengan simbol ‘.
Lebih memeranjatkan apabila MERAP membuktikan bagaimana satu alamat di Jalan Papan Klang telah didiami oleh 46 orang pengundi. Pelik bin hairan - bagaimana rumah teres ini dapat menampung 46 orang penghuni?
Kalau pun setiap bilik ini ada katil bertingkat-tingkat saya masih musykil dan ingin bertanya ada berapa buah bilik mandi dan tandas dalam rumah teres ini? Justeru saya membuat kesimpulan 46 orang penghuni rumah ini akan tidur tegak berdiri untuk memastikan ada ruang untuk kesemua 46 orang. Untuk berak mereka ke belukar.
Awas! Sikap silaturahim penghuni amat membanggakan. Dalam rumah ini ada Muthusamy, Abdullah, Lim Ah Seng, Gobala, ada Jebeng Bibik, Fatimah dan Maureen Pillay. Inilah contoh rumah Satu Malaysia.
Pembaca sering mendengar ‘tuduhan' tentang Mat Bangla, Mat Filipina dan Mat Indon telah diberi kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi. Apakah ini ayat-ayat setan? Atau ini surah yang saharah? Mengikut MERAP telah ditemui 170,000 nama pengundi yang berdaftar.
Untuk memedaskan lagi tempoyak masam ini - banyak nama-nama ini tidak ada bin atau binti. Hanya ada satu nama sahaja. Tidak diketahui jantan betinanya. Malah banyak nama-nama ini tidak memiliki alamat rumah yang penuh. Contoh yang diberikan oleh MERAP ialah kajian terperinci di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru. Dalam kampung ini ramai Jebeng, Bibik dan Embak yang mendaftar tetapi tanpa alamat rumah dan nama jalan. Yang ditulis hanya Suharto Kampong Majidee.
Surah- surah di atas ini hanyalah sebahagian dari bukti yang telah ditemui oleh MERAP. Ini bukan lagi dongeng atau kesah Haji Desas bin Lebai Desus. Ini sahih dengan fakta dan kajian yang membuktikan ada perancangan untuk menipu dalam PRU-13 ini.
Biar saya jelaskan sejelas mungkin. Untuk semua ahli dan penyokong Pakatan mereka wajib sedar bahawa yang mereka lawan bukan parti United Malays National Organisation. Mereka bukan berlawan dengan MIC, MCA atau BN. Penyokong dan bakal pengundi Pakatan bukan melawan polis, raja, Islam atau Perlembagaan Malaysia.
Apa yang dilawan oleh Pakatan ialah satu sistem pemilihan calon yang telah direka khusus untuk menipu. Melawan sistem tipu.
United Malays National Organisation dan konco-konconya telah tidak lagi mendapat sokongan pengundi. Parti ketuanan Melayu ini telah ditinggalkan oleh Melayu sendiri. Tetapi awas. Dalam PRU-13 ini nanti United Malays National Organisation akan kembali berkuasa. Hairan?
United Malays National Organisation akan menang dalam PRU-13 bukan kerana sokongan rakyat tetapi kerana sistem pemilihan ini telah diatur untuk menipu. Sistem pengundian ini telah disusun khas untuk memastikan penipuan berjalan licin tanpa disedari oleh orang ramai.
Memang betul semua pengundian akan dijalankan dengan mengikut prosedur. Memang tepat semua pengundian dijalankan mengikut peraturan. Tetapi prosedur dan peraturan ini semuanya disusun, semuanya dibuat untuk tujuan menipu.
Contohnya mesin ATM akan mengeluarkan duit sebanyak mana yang kita minta - jika kita memiliki wang simpan dalam bank. Tetapi mesin ATM yang dibuat oleh SPR ini akan memastikan jika kita meminta RM20 maka hanya RM15 akan keluar dan RM25 akan ditolak dari jumlah simpanan kita. Ini bukan satu yang mustahil. Ini penipuan. Sistem penipuanlah yang didakwa sedang disusun oleh SPR.
SPR ini bukan hanya dikepali oleh anggota ahli parti United Malays National Organisation. Sistem pengudian tipu yang disusun SPR ini telah mendapat kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara, PDRM, Majlis Keselamatan Negara dan United Malays National Organisation.
Contoh penipuan yang paling senang untuk difahami ialah pengunaan dakwat kekal. Di negara-negara lain, biasanya sesudah mengundi maka si pengundi akan mencelupkan jari ke dalam botol dakwat.
Kunci ayat songsang ini ialah - SESUDAH. Tetapi dalam sistem SPR Malaysia jari tidak dicelup ke dakwat kekal tapi hanya dicalit halus. Untuk terus menipu calitan halus ini dibuat SEBELUM memangkah.
Kenapa calit dakwat sebelum memangkah? Ini untuk memastikan akan banyak undi rosak terpalit dakwat hitam. Undi rosak ini pastilah undian untuk Pakatan. Penipuan guna dakwat hitam ini diteruskan untuk apa yang dikenali sebagai pengundi awal. Sebelum ini tidak wujud pengundi awal ini. Siapa pengundi awal ini?
Pengundi awal ialah pekerja SPR di hari membuang undi. Dulu ada 100,000 - kini ditambah untuk menjadi 240,000 - saya ulangi dua ratus empat puluh ribu pengundi. Dikatakan mereka akan mengundi awal tetapi tidak diketahui seawal mana? Lima hari? Tujuh hari atau tiga hari? Lagi awal mengundi lagi baik kerana tanda telah lama hilang. Mereka boleh mengundi beberapa kali lagi.
Surah dan ayat-ayat syaitan di atas membuktikan bahawa apa yang dilawan oleh Pakatan bukan parti politik. Yang dilawan ialah satu sistem pemilihan yang dibentuk dan direka khas untuk menipu. Sistem penipuan ini diwujudkan untuk memastikan United Malays National Organisation akan kembali berkuasa. Itu saja ayat songsang? Tidak ada lagi minggu depan.
Friday, April 20, 2012
28 April - ibu segala demo
Duduk Bantah di Dataran Merdeka adalah ibu segala tunjuk perasaan. Ini adalah ibu segala demo. Ini adalah ibu segala bantahan. Duduk Bantah di Dataran Merdeka ini adalah tanda bantahan rakyat.
Rakyat membantah kerana pilihan raya yang akan datang ini terbukti sebagai satu projek penipuan.
Pada 9 Julai tahun lalu, BERSIH 2.0 yang menjadi payung kepada lebih dari 60 buah NGO telah mengajukan lapan tuntutan. Dari lapan tuntutan ini hanya penggunaan dakwat kekal yang telah diterima.
Tujuh lagi tuntutan BERSIH telah dibakulsampahkan. Penggunaan dakwat kekal ini pun masih belum ada kepastian lagi.
Rakyat pada ketika ini sedang naik darah apabila dikatakan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang merancang dengan licik untuk terus menipu orang ramai.
Kepada mata orang ramai, lembaga SPR dilihat sebagai satu jabatan yang sedang bekerja keras untuk memastikan kuasa kekal di tangan United Malays National Organisation.
Dalam bahasa lingo anak muda, SPR ini adalah ‘kaki kencing'. Dalam bahasa yang lebih tepat - SPR ini adalah budak kepada United Malays National Organisation.
Salah satu dari cara menipu terbaru yang sedang disusun oleh SPR dikatakan dengan mewujudkan tiga bentuk pengundian. Pertama undi awal, kedua undi pos dan ketiga mengundi di hari membuang undi.
Apa bendanya yang dipanggil undi awal ini? Ini sebenarnya hanyalah taktik penipuan baru yang akan diguna pakai pada PRU-13 nanti. Sebelum ini sistem ‘undi awal' tidak wujud, yang wujud undi pos.
Undi pos telah dibuktikan sebagai undi tipu. Perkara ini tidak ada dakwa 'dakwi' lagi. Tetapi, siapakah ‘pengundi awal' ini?
Orang ramai diberitahu bahawa pengundi awal adalah pekerja media yang akan membuat laporan pada hari mengundi. Tetapi sebenarnya semua ini hanya satu sandiwara. Di belakang undi awal ini ialah satu rancangan sulit yang diwujudkan oleh SPR.
Pada pilihan raya yang lepas lepas SPR telah menggunakan 100,000 orang lebih tenaga kerja untuk menjalankan pilihan raya di seluruh negara. Kali ini SPR telah menambah tenaga kerja untuk menjadi 200,000 orang lebih. Jumlah pekerja SPR yang naik mendadak inilah yang akan menjadi pengundi awal.
Cis. Cis. Cis. Bagaimana pengundi awal boleh menipu? Ha, ha, ha! Penipuan berlaku kerana semua pengundi awal ini, mengikut SPR tidak perlu dihitamkan jari mereka dengan dakwat kekal.
Mereka mengundi mungkin sehari lebih awal tetapi tidak pakai dakwat kekal. Tidakkah para pembaca terhidu betapa busuknya rancangan jahat SPR ini? Juga, mustahil kita akan tahu di mana 200,000 orang ini akan bertugas. Kerana orang ramai tidak tahu di mana mereka bekerja dan tidak ada tanda dakwat hitam maka.... Maka apa?
Maka mereka akan bebas ke hulu ke hilir mengundi untuk berpuluh kali. Kalau tidak, kenapa pekerja SPR ini tidak diwajibkan pakai dakwat kekal?
Mungkin masih ada pembaca yang kurang yakin tentang rancangan jahat SPR untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa. Mungkin ada pembaca masih was-was dengan apa yang saya tuliskan di sini. Jika tidak yakin, sila tanya diri sendiri, apa maknanya kenyataan YB Mahfuz Omar di Parlimen tentang pilihan raya?
Minggu lalu YB Mahfuz Omar telah mendakwa wujudnya 'task force' yang sedang membuat kerja jahat untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang haram dan warga asing. Dengan kad pengenalan baru ini dengan serta merta pendatang haram dan warga asing ini akan menjadi pengundi.
Kenyataan YB Mahfuz ini diperkukuhkan lagi dengan sidang akhbar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Dalam sidang akhbar yang menyokong Duduk Bantah di Dataran Merdeka, Mohamad Sabu mendakwa bahawa parti PAS telah berjaya memiliki senarai nama-nama pegawai yang terlibat dalam ‘task force ‘ ini.
Mengikut Mohamad Sabu ini bukan kerja penipuan pegawai ‘kucing kurap' . Ini kerja bukan ‘kecik anak'. Ada di antara mereka yang bergelar datuk. Dakwanya, ada pegawai dari Majlis Keselamatan Negara, BTN, KDN dan Jabatan PM.
Malah menurut timbalan presiden PAS ini alamat tempat ‘operasi jahat' ini juga telah diketahui.
Justeru orang ramai dari sekarang perlu sedar bahawa PRU-13 ini nanti adalah yang paling kotor. Ini kerana parti United Malays National Organisation semakin dibenci oleh orang ramai.
Berita telah tersebar bahawa ‘Cina Johor' bukan lagi Cina Johor yang lama. Kini Cina di Johor yang dulu menjadi penyokong MCA totok kini telah cabut lari. Berkapal-kapal mereka pindah lari untuk menyokong Pakatan.
Umum membaca atau melihat Youtube tentang ceramah pemimpin Pakatan yang dibanjiri orang ramai. Kalau dulu hanya Melayu yang datang, kali ini - dari Segamat, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Pagoh - apek, nyonya, amoi dan ah soo telah turun sama. Inilah tanda-tanda bahawa hari kiamat telah sampai untuk United Malays National Organisation.
Awas! Jangan terperanjat. Ini tidak menjamin kemenangan Pakatan dan penyokongnya walaupun ribuan membanjiri padang mendengar ceramah penerangan. Ini memang menandakan sokongan padu. Yang datang ke ceramah itu pasti akan memberikan undi mereka. Jadi kenapa tidak menang? Pakatan akan kalah?
Pakatan bukan dikalahkan oleh rakyat. Pakatan akan dikalahkan oleh tipu helah SPR, akan dikalahkan oleh undi hantu, akan dikalahkan oleh undi pos, akan dikalahkan oleh undi pendatang asing. Mereka akan dikalahkan kerana ramai penyokong Pakatan telah hilang nama dari daftar mengundi.
Kalau begitu mustahil untuk Pakatan mengambil alih pentadbiran di Putrajaya? Betul. Memang mustahil. Dalam keadaan hari ini memang mustahil.
Biar saya beri ingatan sejarah tentang Operasi Terengganu. Operasi ini didakwa telah mengalahkan kerajaan pimpinan Haji Hadi pada tahun 2004 dahulu.
Caranya cukup senang, sebelum PRU-11 satu ‘task force ‘ didakwa telah membuat kerja mendaftarkan ribuan pengundi baru. Mamat dan minah dari segala pelosok telah didaftarkan.
Hasilnya, peratus keluar mengundi naik mendadak kepada 92 peratus. Peratus ini lebih hebat dari peratus mengundi rakyat Korea Utara di bawah Kim Il Sung atau rakyat Iraq di zaman Saddam Hussein. Operasi Terengganu ini berjaya menyingkirkan PAS dan Hadi Awang.
Pengalaman Operasi Terengganu sedang digunakan di Selangor. Malah tim yang sama juga dikatakan sedang bergerak di Selangor dan di seluruh negara. Semua ini dilakukan untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus berkuasa. Ini sahaja tujuannya?
Tidak. Dalam rangka strategi gerombolan yang dipimpin oleh Najib Razak selain dari menang di PRU-13 ini ada lagi satu agenda tersorok. Ada agenda besar berjangka panjang. Kalau pembaca tidak bijak memerhati maka agenda ini tidak akan kelihatan. Apakah dia agenda ini?
Agenda ini untuk memastikan politik Malaysia kembali ke era politik Cina melawan Melayu. Agenda ini akan mewujudkan persepsi politik di mana parti politik Cina dan bukan Melayu sedang melawan kerajaan Melayu di bawah United Malays National Organisation.
Justeru, semua penyusunan - pengundi baru, pengundi yang dipindahkan, pengundi yang dihilangkan, pendaftaran pengundi pos, pendaftaran pengundi kad pengenalan baru - semua menjurus kepada agenda ini. Lembaga SPR dan ‘task force' sedang membuat semua penyusunan yang menghala ke arah agenda ini.
Jika agenda ini berjaya maka akan wujud kerajaan Melayu di bawah United Malays National Organisation dan pembangkang dari parti DAP yang mewakili Cina dan bukan Melayu.
Persepsi Cina lawan Melayu ini bertujuan menakut-nakutkan manusia Melayu. Manusia Melayu yang takut akan mencari perlindungan. Bomoh dan pawang bekerja menaburkan kisah, hantu dan polong menakut-nakutkan orang ramai.
Gerombolan United Malays National Organisation juga akan menakutkan orang ramai dengan 'hantu Cina'. Bila Melayu takut maka United Malays National Oganisation akan datang membantu.
Tidak percaya? Kalau tidak percaya sila berlaku jujur dan tanya diri sendiri kenapa tidak ada ‘gerakan gila-gila' untuk menambah pengundi baru di Pulau Pinang? Kenapa penambahan mendadak hanya berlaku di Selangor?
Malah kes klasik untuk menyokong agenda ini sedang berlaku di Subang. Kawasan Subang ini bersempadan dengan Petaling Jaya Utara. PKR mengusai Subang. Pendaftaran undi baru di Subang naik mendadak kepada 35,000.
Manakala wilayah Petaling Jaya Utara - kawasan DAP - hanya ada 5,000 pendaftaran pengundi baru. Dua kawasan ini sebelah menyebelah tapi jumlah pengundi baru yang mendaftar cukup mencurigakan.
Jadi apa maknanya? Maknanya musuh utama United Malay National Organisation ialah PKR di bawah pimpinan sosok Melayu yang bernama Dr Wan Azizah Ismail. Manakala, pada ketika ini DAP tidak dianggap musuh utama oleh United Malays National Organisation.
Malah DAP termasuk dalam strategi untuk memperlihatkan Cina melawan Melayu. Justeru, minggu lalu secara terbuka akhbar gerombolan telah menuduh DAP sebagai agen parti Cina PAP dari Singapura.
Justeru setelah membaca semua fakta ini, setelah melihat semua kerenah SPR, setelah mengetahui kerja jahat ‘task force' . Maka orang ramai akan naik minyak. Orang ramai tidak ada pilihan.
Rancangan licik untuk menipu dalam PRU-13 ini hanya dapat dihentikan jika pada 28 hari bulan April nanti 500,000 rakyat Duduk Bantah di Dataran Merdeka.
Duduk Bantah ini adalah ibu segala demo. Jika kita tidak turun memainkan peranan kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab maka Malaysia akan hancur.
Malaysia yang dirancang oleh gerombolan lanun United Malays National Organisation akan memainkan kembali politik pecah dan perintah. Kita akan dipaksa kembali ke politik lama - politik Cina lawan Melayu.
Sunday, October 9, 2011
Majlis Fatwa dah lama dah pun bagi kebenaran bab celop jari guna dakwat nie..!!
NOTA:sila baca surat dari permbaca ini
terang jelas
jika sesiapa memiliki pandangan sila ajukan
terima kaseh atas penerangan ini:
SURAT DARI PEMBACA:
salam tt, ni keputusan majlis fatwa: Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia, Keputusan: Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia.
Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.
Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja. Keterangan/Hujah: Indelible Ink bermakna dakwat yang tidak boleh dipadam. Satu calitan dakwat ini pada jari pengundi akan memberi tanda coklat kehitaman yang akan kekal selama beberapa hari. Kaedah ini adalah kaedah yang mudah yang berkesan bagi mengelakkan penipuan undi atau pengundi yang membuang undi lebih sekali. Beberapa negara telah menggunakan kaedah ini termasuk China, Ghana dan Denmark. India sebagai pengeluar dakwat ini telah menggunakan kaedah calitan jari pengundi ketika pilihanraya sejak tahun 1962 lagi.
Berdasarkan laporan ujikaji komposisi kimia yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia, dakwat yang diimport daripada India ini mengandungi tiga (3)bahan utama iaitu air, Ethanol (55 peratus) dan Silver nitrate .
Penggunaan Indelible Ink tidak akan mendatangkan sebarang mudharat jika digunakan pada kuku dan jari. Ia hanya akan mendatangkan kesan pada kesihatan sekiranya termakan atau terminum. Berdasarkan kajian, penggunaan Indelible Ink pada kuku boleh dihilangkan dalam tempoh tiga (3) hari dan jika digunakan pada kulit, ia akan hilang dalam tempoh tujuh (7) hari.
Untuk kegunaan dalam pilihanraya, SPR hanya akan mencalitkan Indelible Ink tersebut dalam kuantiti yang sedikit yang dijangka dapat bertahan sekurang-kurangnya 24 jam. Penggunaan alkohol dalam Indelible Ink bukan merupakan isu kerana pada asasnya jika sesebuah bekas mengandungi alkohol dibuka, proses meruapan akan berlaku dan ia akan mengurangkan kandungan alkohol tersebut.
Memandangkan Indelible Ink ini boleh telap air dalam keadaan serta merta dan kandungannya juga bebas dari sebarang lemak haiwan, maka penggunaannya tidak akan menimbulkan sebarang keraguan dari aspek hukum syarak. Ketelapan air pada kulit perlu dibezakan dengan ketelapan air yang sampai pada sel di bawah kulit, kerana dari sudut syarak kedua-duanya adalah berbeza dan untuk tujuan ibadah adalah memadai jika air telap sampai ke kulit.
Dalam konteks menjaga maslahah ummah, beberapa kaedah fiqhiyyah yang boleh dijadikan sandaran adalah : تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلح Maksudnya : Tindakan yang dijalankan oleh ketua negara terhadap urusan rakyat adalah terikat dengan maslahah.
Thursday, June 2, 2011
Kenapa Kita Perlu Sokong Mat Sabu..!!??
oleh Hishamudin Rais@TukarTiub
Politik bukan hanya tentang individu. Politik ialah tentang kuasa. Perjuangan politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut punca-punca ekonomi. Di belakang punca ekonomi ialah kelas. Perjuangan politik ialah perjuangan kelas.
Kelas dan ekonomi tidak dapat dipisahkan macam santan dengan kelapa. Setiap sosok manusia tergolung ke dalam satu kelas. Secara kasar, ada dua kelas - yang memerintah dan yang diperintah. Contohnya yang berkuasa dan yang tidak berkuasa. Yang berkuasa ialah mereka yang memiliki harta dan kekayaan. Yang tidak berkuasa ialah mereka yang tidak memiliki harta kekayaan dan golongan miskin.
Dalam sistem ekonomi kapitalis seperti dalam negara kita ini, golongan miskin adalah kaum tani, kaum nelayan dan kaum buruh. Mereka ini adalah kumpulan terbanyak. Manakala kumpulan terkaya tidak ramai. Kumpulan kaya amat sedikit. Mereka adalah kumpulan minoriti. Tetapi mereka menjadi pemilik harta kekayaan yang terbanyak. Justeru melalui harta kekayan, mereka dapat membeli kuasa.
Ini bukan tulisan propaganda. Ini hakikat, fakta sahih yang boleh dirujuk kepada Jabatan Statistik Negara. Fakta-fakta – ekonomi dan kelas ini - menjadi kabur atau sengaja dikaburkan dengan agenda agama, dengan agenda bahasa, dengan agenda kaum dan bangsa. Politik ialah agenda merebut kuasa. Period. Tamat. Agenda-agenda yang lain hanyalah alat dan taktik untuk mengolah persetujuan orang ramai untuk bangun merebut kuasa.
Justeru untuk saya, perjuangan politik untuk melupuskan kuasa kumpulan kaya yang sedikit dan mengambil alih punca-punca ekonomi yang ada dalam tangan mereka. Harta kekayaan wajib diambil kembali untuk diagih-agihkan kepada rakyat terbanyak. Ini seperti yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat telah mengambil kembali hak air dari syarikat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan memberikan secara percuma pada orang ramai.
Justeru berlaku perlawanan yang maha hebat antara Pakatan dengan gerombolan United Malays National Organisation di Selangor. Perlawanan ini ialah perlawanan untuk merebut punca ekonomi. Ini adalah perlawanan dua kelas – kelas kaya yang menindas sedang berlawan dengan rakyat. Suara orang teramai - suara rakyat - diwakili oleh Pakatan.
Hingga ke tahap ini, jika masih ada penulis dan pemberi komentar politik tidak memahami hakikat kelas dan ekonomi maka si mamat atau si minah itu wajib rajin membaca dan mentelaah. Panjangkan akal dan panjangkan ilmu. Sehingga ke hari ini memiliki akal fikrah yang kritikal masih belum dicukai lagi.
Kalau saya membawa para pembaca ke luar Malaysia, hakikat yang sama juga dapat kita lihat. Di Amerika Syarikat, Barack Obama dipilih untuk mempertahankan dan menjaga kepentingan saudagar senjata dan para taikun di Wall Street. Raja Abdulah dipilih untuk mempertahankan kepentingan gulungan feudal di Arab Saudi. Sarkozy di Perancis dipilih untuk mempetahankan kepentingan saudagar Perancis dan kaum Zionis di Perancis.
Parti borjuis kecil
Apabila tuan pembaca telah memahami asas-asas politik dan ekonomi diatas maka saya akan membawa pembaca untuk memahami apa makna dan tanda perebutan puncuk pimpinan PAS yang sedang berjalan hebat sekarang. Perlawanan hebat yang saya maksudkan ialah perebutan kerusi Timbalan Presiden PAS di antara Mohamad Sabu dengan Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Untuk saya pertandingan ini adalah perebutan kuasa. Perebutan kuasa ini ialah perjuangan kelas. Kalau kita kaji dari segi politikal ekonomi, dalam istilah politik moden parti PAS ialah parti yang mewakili kepentingan borjuis kecil Melayu. Parti yang mewakili kepentingan borjuis besar dan borjuis nasional ialah United Malay National Organisation. Justeru saya berani berkata di sini bahawa tidak mungkin Daim, Ananda, Vincent Tan atau Syed Mokhtar menjadi ahli PAS. Parti PAS tidak akan memperluaskan kepentingan ekonomi mereka.
PAS mewakili guru-guru Melayu, tok peraih, penjaja, tuan empunya warung, kontraktor kelas bawah, peneroka, nelayan, termasuk juga askar dan polis pencen. Golongan ini merasa kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka dapat dipertahankan oleh parti PAS.
Kalau PAS ini parti bojuis kecil Melayu, bagaimana pula dengan ulama dalam PAS? Biar saya terangkan di sini bahawa dari segi ekonomi para alim ulama juga memiliki kelas. Dari segi pensejarahan, penubuhan parti politik di Malaysia kita akan dapat memahami bahawa alim ulama dalam PAS ini tergolongn kepada borjuis kecil Melayu. Mereka merasa diri mereka akan dipinggirkan oleh United Malays Natioanal Organisation yang amat mesra bersekongkol dengan tauke dari MCA atau bekas penjajah British. Hujah agama ketika keluar dari payung United Malays National Organisation pada ketika itu adalah hujah terbaik untuk mempertahankan kepentingan ekonomi kelas borjuis kecil Melayu.
Justeru hari ini kita akan bertemu dengan ulama yang bekerja dengan United Malay National Organisation. Mereka ini saudagar agama yang kaya dan lumayan. Kerja mereka ialah mencari ayat-ayat dan hadis nabi untuk 'menghalalkan' apa saja dasar dan tindak tanduk United Malay National Organisation.
Dengan ini apakah Mat Sabu dan Nasarudin ini memiliki pandangan politik dan kelas yang sama kerana mereka berdua berpayung dalam parti PAS? Jawabnya tidak. Parti MCA adalah parti tauke tetapi ramai juga buruh yang menjadi ahli ini. Parti MIC ialah parti Chettiar can mandur tetapi ramai kuli estet yang menjadi ahli.
Awas dan waspada. Di dalam kumpulan borjuis kecil ini juga akan terdapat sosok-sosok yang berminat untuk menjadi borjuis besar dan borjuis nasional. Di dalam PKR juga pasti ada yang bermimpi untuk menjadi borjuis nasional. Bermimpi untuk menjadi tuan pemilik kuasa jana elektrik atau pemilik kilang gula dan beras. Ini bukan sesuatu yang mustahil.
Di tahap ini dalam politik negara kita apa yang wajib kita kenali ialah kepentingan kelas apa yang diwakili oleh Mat Sabu. Kepentingan kelas siapa pula yang diteraju oleh Nasharudin. Seperti saya tulis di atas tadi, perjuangan politik ialah perjuangan kelas. Untuk saya mustahil kedua-dua mereka ini mewakili kelas yang sama. Jika mereka dari kepentingan kelas yang sama mustahil mereka akan bertempur.
Nasharudin dikatakan dari jalur ulama. Tetapi dalam analisa politikal ekonomi, istilah ulama ini tidak memiliki apa apa makna. Ini hanyalah 'tagline' untuk menjual produk. Ulama hanya jenama yang dikenali umum. Majoriti ahli PAS adalah manusia warak yang ritual agama Islamnya terjaga rapi. Untuk para ritualis ini, jenama ulama ini cukup memyakinkan. Justeru dengan bijak Nasharuddin telah melabelkan dirinya ulama. Jenama ini amat baik untuk meraih sokongan dalam parti PAS.
Tabur racun
Dalam analisa ini bukan jenama ulama yang kita bincangkan tetapi 'calon ulama' atau yang 'bukan calon ulama' itu mewakili kelas yang mana? Ini soalan yang wajib kita terus bertanya apabila kita membaca politik. Jika kita dapat memecah persoalan kelas maka kita akan dapat memahami pertembungan politik yang sedang berlaku dihadapan mata kita.
Akhbar Utusan Malaysia dianggap suara musuh oleh PAS dan Pakatan. Kebelakangan ini, sebelum muktamar PAS berlangsung, akhbar ini tiba-tiba menyatakan rasa gembira dan senang hati jika 'kumpulan ulama' dalam Pas ini mencapai kemenangan. Malah sekali imbas kita lihat Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) – kumpulan Umno pencen – tiba-tiba berkempen untuk Nasarudin. Jelas suara United Malay National Organisation ini mahu 'tim ulama' menang dan terus berkuasa.
Beberapa tulisan dalam akhbar Utusan semuanya memperlihatkan bahawa United Malays National Organisation merasa takut jika sekiranya Mat Sabu berjaya mengalahkan Nasaruddin dan Tuan Ibrahim. Utusan kelihatan berhempas pulas menabur racun berkempen agar ahli PAS akan mengenepikan Mat Sabu.
Lalu timbul persoalan, kenapa Utusan sibuk mahu Mat Sabu kalah? Jawapan untuk soalan ini ialah kelas. Dalam pemahaman politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas mustadhafin atau kelas tertindas. Dalam bahasa politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas kaum proletar – kaum buruh dan kaum tani – kaum majoriti yang tertindas.
Nasharudin walau pun dalam parti PAS tetapi dilihat memiliki niat dan mimpi untuk menjadi borjuis besar - borjuis nasional. Cita-cita untuk menjadi borjuis nasional ini hanya akan termakbul jika sekiranya PAS dan United Malay National Organisation dapat bersatu dan bekerjasama dalam satu perserikatan yang baru. Penyatuan ini di bawah lambang perpaduan Melayu.
Justeru pertembungan Mat Sabu, Nasarudin dan Tuan Ibrahim ini memiliki implikasi yang amat jauh merentas markas tarbiah PAS di Gombak. Kemenangan Mat Sabu akan membuka satu garis baru dalam PAS. Garis ini ialah garis memperjuangan golongan tertindas. Jangan lupa Mat Sabu ini pernah menimbulkan isu padi kunca di Kedah di mana tuan tuan pemilik tanah sawah yang luas merasa tergugat.
Tuan-tuan tanah ini ada yang menyokong PAS. Lalu mereka merasa marah kerana kain sarong topeng agama mereka telah diselak terbuka oleh Mat Sabu. Manakala Nasarudin tidak memiliki apa-apa budaya politik melawan. Malah Nasarudin ini didakwa sedia bersekongkol dengan United Malay National Organisation. Manakala Tuan Ibrahim mencelah bertanding untuk memastikan garis musthadafin yang dibawa oleh Mat Sabu dikuburkan.
Dari sini amat jelas menunjukkan bahawa kepentingan kelas melintasi kepentingan parti politik. Ini samalah seperti United Malay National Organisation yang melaungkan ketuanan Melayu tetapi akan sedia berkerjasama dengan para cukong dari MCA atau MIC untuk kepentingan kelas mereka.
Pasti ada sosok-sosok dalam Pas yang bersedia berkerjasama dengan United Malays National Organisation untuk memastikan – Insya-Allah – mimpi mereka untuk menjadi borjuis nasional termakbul. Juga memastikan kepentingan ekonomi mereka dipertahankan dan dikembangkan. Jangan pula hairan jika saya katakan hari ini sosok-sosok jenis Nasarudin ini juga ada dalam PKR dan DAP. Cuma ketika ini suasana politik tanah air kita belum memberanikan mereka menunjukkan muka.
Jelas di sini United Malay National Organisation mahu garis Mat Sabu dikalahkan. Tetapi semuanya terpulang kepada ahli PAS sendiri. Mereka yang membuat keputusan untuk memilih di antara dua garis politik ini. Politik kuasa orang kaya di satu pihak dan politik kaum buruh dan kaum tertindas di satu pihak lagi.
Sunday, April 17, 2011
Slogan "Tangkap Taib Mahmud" kedengaran
Friday, April 1, 2011
Adegan paling tak ranjang
Oleh Hishamuddin Rais
Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.
Walau apa pun aku mesti berkata benar bahawa aku merasa begitu bangga sekali apabila seorang pengarang akhbar The Star menelefon dan menjemput aku untuk datang menonton. Menggeletek anak tekak, tak sabar-sabar nak menonton Tiga Mat Boroi. Cepat-cepat aku seterika baju dan seluar.
Aku juga merasa amat amat gembira kerana dapat sama-sama merayakan kerja seni garapan Le Petit Tambi. Le Petit Tambi ini adalah pengarah filem kanak-kanak pada tahun 80-an dahulu. Dia cukup hebat dalam hal kanak-kanak dan buat anak. Dari apa yang aku difahamkan, filem terbaru ini adalah percubaan awal untuk meninggalkan genre kanak-kanak dan memasuki filem yang dianggap engaging atau filem fikrah.
Bayangkan betapa bangganya aku kerana telah dijemput untuk melihat tayangan eklusif Tiga Mat Boroi ini. Tayangan ini bukan di panggung kokak di Penang Road atau di Mid Valley. Aku dijemput ke panggung yang amat eklusif - Le Carcosa.
Tentang Carcosa ini, aku pernah diberitahu bahawa satu ketika dahulu Queen Elizebeth pernah terkencing berdiri di tandasnya. Ini terjadi sesudah Queen Elizebeth makan sup tomyam yang agak pedas di Jalan Masjid India. Drama ini berlaku ketika Queen Elizebeth datang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan Sukan Kommonwealth pada tahun 1998 dahulu.
Berita Queen Elizebeth terkencing berdiri di Carcosa ini memang tidak dilaporkan media kerana takut akan menjadi satu trend ikutan anak-anak muda. Amat ditakuti kalau-kalau anak muda akan pergi beramai-ramai ke Carcosa hanya untuk berdiri terkencing.
Bila aku sampai ke Le Carcosa, aku telah disambut oleh lelaki gelap berpakaian serba hitam, termasuk berkaca mata hitam. Sekali pandang mereka kelihatan seperti pelakon dalam filem Man in Black. Sekali lagi pandang mereka ini semuanya seperti samseng dalam filem Tamil - bangang tapi lawak.
Liputan meluas
Kemudian aku pun dibawa masuk ke dalam panggung. Kelihatan ramai para gedebe tempatan dan wartawan yang telah datang lebih awal berada di situ. Semuanya kelihatan resah dan gelisah , duduk ternanti-nanti bilakah filem ini akan diputar.
Sebelum filem diputar, Le Petit Tambi sebagai pengarah telah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, terutama wakil media. Le Petit Tambi berharap filem Tiga Mat Boroi ini akan mendapat liputan yang meluas. Menurut pengarah filem ini, dengan laporan media pasti orang ramai akan teringin ke panggung untuk menonton.
Filem pun diputar. Belum sampai tiga minit, mula kedengaran orang berdengkur. Pada minit ketujuh, dua orang penonton bangun untuk ke tandas. Untuk aku, ini petanda yang kurang sihat kerana filem ini tidak dapat memaku bontot penonton di kerusi.
Aku sendiri kembali untuk memberi konsentrasi dan melihat semua adegan yang sedang bergerak di hadapan mata. Aku terperanjat besar. Menurut Le Petit Tambi, filem ini adalah filem drama politik yang serius. Tetapi bila aku lihat, filem ini adalah filem komedi bodoh bergenre Senario.
Malah aku hairan kenapa tajuk filem ini diberi nama Tiga Mat Boroi. Tajuk sebegini sudah lawak. Tidak mungkin tajuk sebegini akan dilihat sebagai filem yang serius. Filem genre politik yang serius untuk aku adalah filem seperti Maria Mariana atau Sembilu. Filem-filem ini memiliki drama politik yang hebat dan tak ada tolok bandingan dalam dunia perfileman.
Sebelum filem diputar tadi, Le Petit Tambi juga berkata bahawa adegan di ranjang dalam filem ini cukup hebat. Pengarah telah menggunakan lapan buah kamera. Ini untuk memastikan semua sudut dirakam tanpa ada potongan. Penggunaan lapan buah kamera ini cukup hebat, malah lebih hebat dari Stanley Kubrick ketika membuat adegan ranjang dalam Lolita. Stanley Kubrick hanya menggunakan tujuh buah kamera sahaja. Ini betul-betul sikap Malaysia Boleh dari Le Petit Tambi!
Menurut Le Petit Tambi, filem ini mengisahkan seorang negarawan ulung yang telah digoda oleh seorang gadis Siam. Si gadis ini adalah pengintip macam Mata Hari yang dihantar khusus ke Malaysia oleh kerajaan Siam untuk mengagalkan projek Getah Negara. Jika projek Getah Negara ini berjaya, maka Siam akan kehilangan pasaran yang amat besar. Inilah jalan cerita filem ini.
Bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi tentang adegan ranjang ini, air liur aku meleleh. Aku ternanti-nanti adegan ranjang ini. Malah aku telah bersedia dengan sarung tangan, jika kejantanan aku terganggu. Jika terganggu, aku tahu apa yang wajib aku lakukan.
Long shot
Tup! Tup! Apabila adegan ranjang bermula, aku terperanjat besar. Aku merasa tertipu. Walaupun lapan kamera digunakan dari pelbagai sudut, semuanya kelihatan gagal. Semua gambar kabur dan bergoyang- goyang. Tidak ada satu pun kamera yang berani menyorot dekat. Semua gambar diambil dari jarak jauh - long shot.
Malah cukup menyedihkan kerana tidak ada satu pun reverse angle untuk memperlihatkan reaksi muka negarawan yang sedang bertogel. Apa yang jelas dilihat hanyalah punggung dan bahagian belakang si negarawan ini sahaja. Macam si negarawan sedang membuat tekan tubi.
Adegan ranjang ini adalah adegan yang paling tidak ranjang, yang pernah aku lihat. Gambar yang agak kabur dan bergoyang-goyang ini bertambah buruk lagi dengan lakonan kaku watak utamanya. Pelakon yang menjadi negarawan ini kelihatan tidak kacak. Kalau tidak kacak tetapi memilik badan yang gagah perkasa, mungkin juga penonton akan berpuas hati. Tetapi ini tidak juga berlaku.
Mengikut istilah 'nyah ', badan pelakon utama ini, "cukup mak tak taste."
Biar aku berkata jujur bahawa pelakon ini kelihatan boroi. Keboroiannya kelihatan jelas apabila dia bangun untuk memakai seluar. Perutnya kelihatan gendut. Malah apabila dia bangun, aku terdengar ramai yang ketawa melihat perutnya yang boroi dan bergoyang-goyang.
Mengambil pelakon berperut boroi adakah kesilapan yang amat besar. Dalam pembikinan filem, amat penting pemegang watak utama dilihat kacak dan bergaya. Kalau pun bukan bermuka Brad Pitt, sekurang kurangnya pilihlah muka kacak seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Apabila wira filem ini mula berjalan, aku hampir terbarai ketawa. Tetapi kerana hormat kepada penonton yang lain aku terpaksa mengigit jari untuk menahannya. Sakit perut aku menekan ketawa masuk ke perut.
Pesta filem di Cannes
Bayangkan, siapa pun akan ketawa apabila melihat imej negarawan ini, bukan sahaja boroi, pungungnya tonggek pula. Oh la la... di mana silapnya tuan pengarah ini? Mata aku mencari-cari dalam gelap, di manakah Le Petit Tambi? Pada ketika itu, aku rasa nak memberi satu penampar kepada tuan pengarah.
Kemudian si negarawan bangun untuk memakai baju. Nah, sekali lagi aku teperanjat. Kelihatan jelas tangannya yang memegang baju itu kelihatan berbulu lebat. Memang betul, bukanlah berbulu macam King Kong. Tetapi aku amat yakin pelakon ini cukup sesuai untuk berlakon dalam iklan Gillette. Tangannya yang berbulu itu akan kelihatan licin jika dicukur dengan Gillette.
Bila lampu dibuka, aku terperanjat sekali lagi. Hanya tinggal lima kerat dalam panggung Carcosa ini. Penonton yang lain telah senyap-senyap cabut pulang. Aku diperkenalkan oleh Le Petit Tambi dengan dua orang lagi yang menjadi pembantu pengarah. Bila aku lihat muka pembantu pengarah ini, aku rasa nak menempeleng kepala mereka. Muka mereka kelihatan 'poyo' walau pun mereka kelihatan bangga menjayakan filem ini.
Le Petit Tambi tanpa malu dan segan telah berkata bahawa filem ini akan di bawa ke pesta filem di Cannes. Sedih bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi ini. Aku merasa sedih kerana kebodohan mereka. Aku rasa filem ini, kalau YouTube adakan syarat piawaian, sudah pasti filem ini tidak akan lepas.
Bila sampai ke rumah, aku termenung dan langsung membuka internet. Aku terperanjat beruk apabila membaca tentang Ummi Ufilada yang telah membuat sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa dia memiliki 18 buah lagi filem yang akan menandingi kehebatan filem Tiga Mat Boroi. Aku hampir pengsan apabila membaca berita ini. Nampaknya si Ummi ini ingin bertempur dengan Le Petit Tambi.
Lalu aku terfikir, apa sudah jadi? Lalu aku bertanya, ke mana arahnya perkembangan filem Melayu hari ini? Apakah peranan Finas telah gagal? Apakah desas-desus yang aku dengar tentang Finas kini betul?
Untuk para pembaca yang teringin menonton filem Tiga Mat Boroi ini, lupakan sahaja. Tetapi kalau nak melihat orang boroi tak susah. Yang agak susah ialah bertemu orang boroi yang tonggek dan tangan bebulu. Orang jenis ini hanya berada di Siam. Tetapi kepada anak muda, kalau hendak pergi terkencing berdiri di paggung Le Carcosa seperti Queen Elizebeth dipersilakan.M/Kini
Monday, March 21, 2011
Video Sex : Depakata bukan nak sabotaj Anwar tapi nak sabotaj Najib rupanya..!!
NAJIB KENA SABOTAJ?
Sekali pandang orang ramai akan tertanya tanya – video porno siapa pulak kali ini? Ini satu macam punya ‘hot’ punya cerita. Dulu pelakon lelaki utama dan pelakon pembantu wanita datang MCA. Kali ini pelakon pembantu wanita dikatakan datang dari Shandong Selatan China. Pelakon lelaki utama pada awalnya di rahsiakan.
Tetapi Zul Nordin dengan tak sabar–sabar dikaca Tv telah ‘mengsah dan mengsahehkan’ bahawa pelakon utama video ini adalah Anwar Ibrahim. Macam mana Zul Nordin tahu hal ini – walah hu alalam bissawab.
Apa yang menarik ialah menantu Abdulah Badawi dengan cepat telah menafikan bahawa ini video ini kerja tangan United Malays National Organistion.
Kerana itu saya mengajak pembaca untuk bertenang sejenak. Mari kita semua bertafakur. Jangan gopoh gapah. Jangan tolah menolak. Jangan tuduh menuduh. Apakah masuk akal bahawa video ini dilakonkan oleh Anwar Ibrahim?
Biar saya bawa kembali para pembaca ke tahun 1998 dahulu – zaman bertempur di jalan raya. Pada minggu ke dua sesudah Anwar dibuang dari kerajaan telah timbul cerita tentang kewujudan satu video yang di kenali dengan nama ‘choo choo train’. Nama video ini memberi makna - membuat hubungan sex dengan beberapa orang sekali harung.
Heboh seluruh Malaysia. Mat Skodeng dan Minah Skodeng tercari cari. Saya sendiri pun mencari dari satu sumber sampai ke satu sumber. Paling akhir saya diberitahu ada seorang anak muda keluarga diraja Pahang yang memiliki video ini. Anak muda ini murid tua Malay College. Presto ! Dengan sekelip mata saya memerangkap jaringan untuk menemui anak muda ini.
Cisss! Bohong punya cerita. Tetiba saya diberitahu anak muda ini baru berlepas ke London. Cerita video choo choo train ini samalah seperti cerita adanya naga di Tasek Chini. Semua karut. Semua ini pembohongan yang dirancang. Semua ada perancangan rapi. Semua bertujuan untuk memburukkan Anwar.
Jadi kali ini kesah pita video terbaru ini juga di rancang. Tetapi ada sadikit perbezaan. Sekali pandangan pita ini dibuat untuk memburukan Anwar Ibrahim. Jangan silap baca. Bukan untuk memburukkan Anwar. Pada hemat saya pita ini adalah satu langkah untuk mensabotaj Najib Razak.
Harus diakui bahawa pertarungan hebat untuk merebut ghanimah – harta perang – sedang berlangsung dalam kelompok United Malays National Organisation. TigaM - Mahathir, Mukriz, Muhyiddin sedang bertempur dengan 3N – Najib, Nazir dan Nosmah.
Duit Petronas, dana terkumpul KWSP, tanah lapangan terbang TUDM Sungai Besi, tanah bekas tapak RRI di Sungai Buluh, tanah di Jalan Peel – semua ini sedang menjadi harta rebutan. Nilai ini berbilion bilion. Siapa berkuasa dialah yang kaya.
Jangan lupa dalam masa yang sama Mahthir Muhamad masih ‘berbulu’ kerana projek ‘jambantan bengkok’ ke Singapura tidak dipedulikan oleh Najib. Mahathir juga sedang merasa jelak dan karang yakin dengan Najib yang dilihat telah jatuh ke bawah ketiak Singapura. Ini bukan rahsia malah diketahui umum – hanya perang terbuka belum pecah.
Jangan kita lupa bagaimana si Saifol telah berjumpa Najib dan Rosmah dua hari lebih awal sebelum Saifol diliwat. Ini menjadikan berita lawak kepada orang ramai. Bagimana dia tahu lebih awal yang dia akan diliwat? Seluruh Malaysia ketawa terbahak-bahak bila fakta ini diberitahu ke mahkamah.
Kalau kes jubur Saifol tidak diyakini umum mana mungkin pita rakaman video ini akan di yakini? Justeru, amat jelas pita video ini dibuat untuk memperlihatkan Najib sebagai jantan bodoh tidak pandai merancang.
Apa tujuannya?
Tujuan membuat pita video ini untuk membuktikan bahawa Najib ini bodoh. Kerana bodoh, Najib menjadi biawak hidup kepada United Malays National Organisation. Sama bodoh dan sama senyap seperti Abdullah Badawi. Cuma Najib tidak tidor semasa mensyuarat. Kerana bodoh maka Najib perlu digantikan dengan Muhyiddin. Ini game Mahathir. Mahathir merancang untuk menaikkan anaknya.
Kalau tidak yakin dengan apa yang saya tulis ini. Cuba fikirkan dan lihat betapa rosaknya imej antarabangsa Najib bila berita pita video ini menjadi berita dunia.
Pita video ini telah mensabotaj segala kerja baik Jamaluddin Jarjis di Amerika. Rosak juga kerja Apco yang cuba membina imej Najib. Obama dan Hillary Clinton pasti menganggap kes pita ini sebagai tak masuk akal. Mereka menjadi lebih yakin untuk melihat bahawa memang ada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.
Paling memalukan Najib ialah apabila berhadapan dengan Endorgan dari Turkey. Tak berapa lama dahulu Najib telah cuba memperbaiki hubungan dengan kawan baik Anwar Ibrahim ini. Berita pita video ini pasti akan memperlihatkan kebodohan Najib dihadapan Endorgan.
Datuk T – si Pembuat pita rakaman ini mungkin hanya saorang Tambi – budak suruhan - yang tidak sedar bahawa apa yang dilakukan ini telah mensabotaj imej Najib. Najib sedang dilihat bodoh kerana membuat sesuatu yang tidak masuk akal. (TT)
Saturday, March 19, 2011
Sebelum nuklear, cermin Proton dulu
maaf..ini bukan gambaq cermin kereta proton saja nak tunjuk kompenan
kereta apabila dibarai dan didogiang macam nie laa jadinya..
Saya ingin menghidu udara petang. Berkali-kali saya tekan punat tetapi sang cermin amat degil tidak mahu turun ke bawah.
Si Pemandu menoleh sambil ketawa dan bersuara: "Ini Proton, bro... Takkan tak tahu... Ini pun belum sampai setahun."
Kami terbarai ketawa.
(Dari ingatan berkempen ke Merlimau)
Saya sedang memberi kuliah di Akademi Seni Kebangsaan. Bangunan ini belum sampai lima tahun. Hujan yang awalnya renyai-renyai menjadi lebat. Tiba-tiba, di luar air mencurah masuk. Atap bangunan ini telah terbarai.
(Dari ingatan mengajar di ASWARA)
Apabila kita membaca dan melihat apa yang sedang terjadi kepada lima buah loji nuklear di Jepun, maka kita akan sedar bahawa ini adalah satu pelajaran yang amat mahal. Mata pelajaran ini sedang dibayar dengan harga darah dan nyawa oleh warga Jepun. Pelajaran di hadapan mata kita ini sedang membuktikan bahawa radioaktif ini amat merbahaya untuk umat manusia.
Ini adalah kali kedua warga Jepun membayar dengan nyawa mereka untuk membuktikan kepada dunia tentang malapetaka yang akan dibawa oleh radioaktif. Kali pertama dahulu pada pada 6 dan 9 Ogos 1945. Pelajaran itu telah dipaksakan ke atas warga Jepun apabila dua butir bom atom telah diledakkan di kota Nagasaki dan Hiroshima.
Kali ini agak berbeza, bukan dengan paksaan dari sesiapa tetapi hasil dari kerja lobi para saudagar penjual loji tenaga nuklear.
Lihat dan perhatikan, ketika loji nuklear di Fukushima terbakar, para saudagar tenaga nuklear, para pelobi tenaga nuklear, para kangkung pakar nuklear dan para politikus rasuah, sedang meminta kita semua bertenang. Suara paling terbanyak meminta kita bertenang datangnya dari sosok yang mengaku arif dan berilmu dalam hal nuklear.
Ilmuan 'kangkung'
Justeru, para profesor dan ilmuan yang arif tentang hal radioaktif kini sedang sibuk membincangkan pandangan mereka. Ilmuan "kangkung" dan pakar nuklear ini sedang bersilat lidah di kaca TV untuk mententeramkan keadaan. Para pakar ini dilihat gah dan hebat dengan ijazah berjela-jela tetapi bila kita selidik dengan rapi, maka akan kita temui bahawa mereka ini ada pertalian kepentingan dengan saudagar penjual loji tenaga nuklear.
Di Malaysia para kangkung ini tidak perlu menyorokkan diri untuk berselindung. Mereka secara terbuka menyokong rancangan kerajaan untuk mendirikan loji nuklear pada tahun 2021. Suara sokongan mereka sedang dijadikan alat untuk bercanang ke hulu ke hilir oleh para saudagar loji nuklear.
Para kangkung ini bersuara menyokong tenaga nuklear bukan kerana mereka berilmu tetapi kerana dengan cara ini sahajalah suara mereka akan dilaporkan oleh media arus perdana. Dengan menyokong tenaga nuklear maka muka mereka akan muncul di kaca TV. Dan jika mereka rajin sadikit mereka akan dapat menulis di ruangan akhbar Utusan atau Berita Harian.
Orang awam jangan terperanjat apabila diberitahu bahawa menulis di Utusan atau di Berita Harian ini juga akan diambil kira sebagai pencapaian keilmuan. Ini juga akan dihitung untuk kenaikkan pangkat dan gaji. Nampaknya menulis di akhbar arus perdana di Malaysia ini telah disamakan tarafnya seperti menulis di majalah Foreign Affairs, New Scientist, Nature atau Oxford Journals.
Maaf. Jangan silap faham. Tulisan saya ini bukan bercita-cita atau berniat untuk memperlekehkan para ilmuan tempatan ini. Tidak. Saya tidak perlu meperlekehkan mereka kerana mereka sendiri memang telah lama lekeh. Majoriti ilmuan kangkung ini lekeh kerana tidak pernah melahirkan buku atau menulis secara ilmiah. Kebijaksanan mereka ialah membodek dan mengampu untuk naik pangkat.
Kalau kurang yakin tentang apa yang saya nyatakan di sini, sila rujuk laporan akhbar minggu lalu bagaimana Najib Razak telah mengingatkan kangkung-kangkung ini agar tidak berebut-rebut untuk menjadi naib cancelor.
Biasanya para akademik yang tegar dengan ilmu pengetahun dan kajian akan menolak pangkat naib cancelor. Sosok yang berilmu akan menolak pangkat ini kerana ia akan membuang masa ekoran terlibat dengan kerja mentabir universiti. Cita-cita sosok yang berilmu ialah membaca, mentelaah, mengkaji, menduga, mencuba di bilik makmal dan akhirnya menerbitkan bahan kajian untuk untuk dibincangkan oleh rakan-rakan dalam dunia akademia.
Seorang akademia yang bukan jenis kangkung tidak akan membuang masa untuk hadir di majlis-majlis 'hampeh' seperti menghantar menteri ke lapangan terbang atau membuang masa dan tenaga untuk memastikkan mahasiswa kumpulan Aspirasi menang dalam pilihan raya kampus.
Pandangan juling tentang Fukushima
Saya telah dan akan terus menimbul dan mempersoalkan tentang keupayaan ilmu profesor kangkung. Saya lakukan ini kerana saya yakin dalam minggu ini akan banyak suara-suara kangkung ini kedengaran. Mereka akan dijemput untuk memberi pandangan-pandangan juling tentang letupan loji nukelar di Fukushima.
Komen dan pandangan profesor kangkung ini akan digunakan untuk mengolah persetujuan orang ramai agar menerima hakikat bahawa negara kita tidak ada pilihan melainkan menggunakan nuklear sebagai punca tenaga elektrik dalam masa 10 tahun yang akan datang. Kangkung ini juga akan memberi pandangan kontot mereka bahawa loji tenaga nuklear ini selamat untuk digunapakai.
Para kangkung ini tidak akan menyebut berapa banyak kecelakan kecil dan besar yang telah terjadi di loji nuklear. Dengan sempoi para kangkung akan melupakan data dan sejarah.
Jika ada disebut satu kecelakaan kecil maka si kangkung ini akan menyatakan yang ini terjadi pada satu ketika yang lama dahulu. Di zaman teknologi secanggih hari ini, tidak mungkin kecelakan akan berlaku lagi.
Hakikatnya, kecelakan yang berpunca dari loji tenaga nuklear berlaku terus menerus. Pada tahun 1979, sebuah loji nuklear Three Mile Island di Pennsylvania, Amerika Syarikat telah hampir meledak. Ini kerana kesilapan teknikal. Selama tiga hari Amerika Syarikat dalam keadaan mengigil menunggu apakah akan terjadi satu letupan.
Pada tahun 1986, satu lagi ledakan loji nuklear telah berlaku di Chernobyl, Ukraine. Ini telah membawa malapetaka yang amat dahsyat. Hingga ke hari ini wilayah sekitar Chernobyl telah ditinggalkan kosong kerana bahaya radioaktif yang masih berkeliaran. Untuk berapa tahun lagi wilayah ini akan ditinggalkan? Berapa lama kesan radioaktif ini akan berkeliaran?
Umur radioaktif ini ditakrifkan sebagai half life. Half life ini mungkin 300 tahun dan mungkin 3,000 tahun. Half life hanyalah konsep. Kerana itu hingga ke hari ini, masih ada bekas warga Chernobyl yang melahirkan bayi cacat dan tidak cukup sifat akibat serangan radioaktif.
Lalu timbul persoalan, jika tenaga nuklear ini amat bahaya kenapa ia masih digunakan. Jawapan untuk soalan ini ialah keuntungan. Para saudagar penjual loji nuklear akan mendapat keuntungan berbilion ringgit apabila ada negara yang ingin membeli loji ini. Loji tenaga nuklear bukan dijual macam kereta.
Teknologi tenaga nuklear ini amat tinggi dan canggih. Tidak semua negara dalam dunia ini memiliki keupayaan untuk mendirikan loji nuklear ini. Negara-negara yang memiliki teknoloji untuk membuat dan menjual loji nuklear ini juga terhad. Ini menjadikan harga loji ini mahal.
Dalam masa yang sana kefahaman dan kesedaran orang ramai terhadap bahaya radioaktif dari loji ini telah ditumpulkan. Seperti di Malaysia, banyak perkara dilakukan oleh politikus tanpa banyak perbincangan.
Malah ada pekara dilakukan secara senyap-senyap tanpa diketahui umum. Contoh terbaik ialah kilang nadir bumi di Gebeng yang juga akan membawa malapetaka radioaktif secara tiba-tiba.
Bangunan, atap, stadium runtuh
Oleh kerana tidak ada perbincangan, maka orang ramai tidak mendapat maklumat yang penuh sama ada perlu menerima atau menolak pengunaan tenaga nuklear sebagai punca tenaga leterik.
Ini ditambah pula oleh lebun para kangkung yang kerap muncul di media arus perdana untuk menjadi juru heboh tenaga nuklear. Pandangan kedua atau cadangan alternatif akan dinafikan untuk untuk memastikan orang ramai dapat terus ditipu.
Malah si pembawa pandangan kedua atau alternatif mungkin akan ditangkap untuk dikenakan ISA. Ini pernah berlaku di Bukit Merah, Perak pada tahun 1987.
Warga di Bukit Merah telah bangun menentang rancangan untuk mendirikan kilang nadir bumi yang kini telah dipindahkan ke Gebeng. Beberapa orang aktivis Bukit Merah telah ditahan dalam Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987.
Para menteri pula akan berhujah mengatakan bahawa kita perlu tenaga nuklear kalau tidak kita akan bergelap. Cakap-cakap seperti ini menakutkan orang ramai seolah-olah kita tidak ada pilihan. Di belakang cakap-cakap menteri ini ialah saudagar penjual loji nuklear. Ini samalah seperti kita membeli kapal selam dari Perancis.
Saudagar penjual loji nuklear ini juga bergerak sama seperti saudagar senjata. Malah kadangkala yang menjual senjata ini juga menjual loji tenaga nuklear.
Untuk saya keputusan sama ada Malaysia akan menggunakan tenaga nuklear atau tidak cukup senang untuk dibuat. Kita tidak perlu melihat ke Jepun atau ke Chernobyl. Kita hanya perlu melihat kereta keluaran Proton.
Berapa ramai pembeli kereta Proton telah menyumpah dan menyesal kerana cermin tingkap kereta Proton tidak boleh dipakai. Juga kita sering terbaca bangunan kerajaan runtuh.
Malah kita juga terbaca bagaimana atap bangunan Parlimen telah runtuh. Kali terakhir ialah berita runtuhnya stadium di Kuala Terangganu.
Untuk saya, sebelum kita mendirikan loji nuklear di bumi ini marilah kita meminta secara jujur agar para ilmuan, para saintis dan para jurutera kita dapat memperbaiki cermin tingkap kereta keluaran Proton. Ini adalah asas teknologi.
Kalau yang asas ini pun selalu kantoi, bayangkan apa yang akan terjadi apabila loji nuklear meledak.
Mari berfikir sejenak. Sebelum ke sekolah kita ke alif ba ta dahulu. Sebelum buat itu, buat ini dahulu.
Hishamuddin Rais
Saturday, February 12, 2011
Antara Jalan Raya & Pilihanraya...
PILIHAN JALAN RAYA BUKAN PILIHANRAYA
BANGUNAN NATIONAL DEMOCRATIK PARTI DI BAKAR

nota:
ini lah kebencian
ini lah kemarahan
ini lah jawapan kerana
menipu dalam pilihanraya!!!
PILIHAN JALAN RAYA BUKAN PILIHAN RAYA
Rakyat Mesir dan rakyat Arab yang bangun pada pagi ini melihat dunia telah berubah. Dunia baru ini bukan dunia yang ditempah dan di canai di Rumah Puteh atau Tel Aviv.
Dunia baru kali ini adalah dunia buatan mereka sendiri. Dunia ini ditempah di jalan raya.
Selama 30 tahun rakyat Mesir digula-gula dengan pilihanraya. Kali akhir tahun2005 di mana Mubarak dan National Demokratik Parti telah menipu dalam pilihanraya itu.
Husni Mubarak telah menggunakan Suruhanjaya Pilihanraya, Polis, Mukhabarat/SB, Soldadu untuk menipu, mengancam dan menekan pengundi agar memilih NDP dalam pilihanraya ini.
Husni Mubarak juga telah menolak:
- penggunaan dakwat
- menggunakan undi pos
- hanya NDP boleh ada laporan media
- hanya NDP boleh membuat iklan di media
Malah ada tempat tempat langsung tidak ada proses pengundian berjalan. Calon NDP terus menang.
Akhirnya warga Mesir telah memilih jalan raya. Hanya jalan raya dan bukan pilihanraya yang difajhami oleh trejim rejim zalim dan menipu.
Apabila Husni Mubarak telah diundurkan maka barulah boleh satu pilihanraya yang jujur, adil dan diyakini dapat dijalankan.
Sejarah telah menunjukkan yang zalim ganas hanya boleh dilawan dengan jalan raya bukan pilihanraya:
Ahmad Reza Pahlevi Raja Segala Raja Iran jatuh kerana jalan raya.
Marcos jatuh kerana jalan raya.
Suharto jatuh kerana jalan raya.
Park Chung Hee jatuh kerana jalan raya.
Emperor Bokassa jatuh kerana jalan raya.
Dan terakhir ini Hosni Mubarak jatuh kerana jalan raya.
Salut kepada mereka yang memilih jalan raya.
SEJARAH MANUSIA SESUDAH FIRAUN
Perhimpunan 18 hari di Dataran Tahrir adalah perhimpunan yang terbesar dalam sejarah dunia.
Belum pernah satu revolusi menjatuhkan seorang ditaktor diasak oleh sebagini ramai rakyat.
Belum pernah rakyat bangun dengan marah dan mendobrak rejim yang zalim.
AWAS DAN WASPADA
Bersedia untuk melihat revolusi ini dibajak.
Bersedia untuk melihat revolusi ini diselewengkan.
Seketul daging bernama Mubarak telah pergi.
Sistem yang menindas masih wujud.
Yang dilawan bukan daging tetapi sistem.
Ini hanya permulaan tetapi kamum pemodal dan kapitalis
antarbangsa sedang melihat dan merancang untuk memastikan Mesir
tidak kembali ke zaman Naseer – yang nasionalis dan sosialis.
Awas ! Tel Aviv sedang merancang.
Persoalan? Apakah pejanjian damai Mesir/Israel akan dilupuskan.
Perjanjian inilah yang menjadi kunci yang telah memandulkan Mesir
dari menjalan dirinya sebagai pemimpioan negara Arab.
KUASA AKHIRNYA DI TANGAN RAKYAT
