Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Friday, February 22, 2013

Depa kata selepas LIMA 2013 lah pulak..!!!

Aziz jangka Parlimen dibubar selepas LIMA


LANGKAWI: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjangka Parlimen akan dibubarkan selepas berakhirnya Pameran Udara dan Maritim Langkawi (LIMA) 2013.

LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Mac hingga 30 Mac ini.

Astro Awani.com memetik Aziz berkata demikian ketika ditemui media selepas taklimat bersama Pengarah-Pengarah Pilihan Raya zon utara di Langkawi hari ini.

Jangkaan itu bagaimanapun, tegas Aziz, adalah pandangan peribadi beliau.

Beliau percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat selepas selesai LIMA 2013 kerana pameran itu telah dirancang sejak dua tahun lalu.


"Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz lagi.

Pengerusi SPR itu juga ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan ramai pelabur dari luar negara akan menarik diri jika Parlimen dibubarkan sebelum LIMA 2013.

Menurut Abdul Aziz, Najib sangat arif mengenai kepentingan pelaburan asing yang akan dijana sempena penganjuran pameran berkenaan.

Justeru, Aziz secara peribadi yakin PRU-13 akan berlangsung selepas penganjuran LIMA 2013.

Saturday, February 9, 2013

PRU13: Malangnya Najib sambut spekulasi huru-hara

 
TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS) berpendapat spekulasi bahawa akan berlaku huru hara ala Arab Spring selepas pilihanraya hanya provokasi seperti mana yang dilontar oleh Pengerusi SPR sebelum ini.

Kami kesal kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir menjadi kayu ukur untuk menimbulkan sekali lagi kemelut dan polemik politik murahan. Malangnya PM Datuk Seri Najib pula menyambut spekulasi ini seolah-olah ia benar-benar akan berlaku.

Jelas politik desperado ( politik terdesak ) kini diguna bukan sahaja untuk mengelak menjawab isu-isu besar seperti kepincangan ekonomi dan jenayah yang melibatkan pemimpin negara , malah mencipta isu keselamatan untuk menjustifikasi tindakan luar jangka akan diambil, mula dibayangkan oleh pemerintah sendiri.

PRU 13 yang tidak boleh ditunda lagi walaupun pemerintah sekarang belum cukup yakin akan bertahan , malangnya kini diheret kepada perbincangan yang bersifat spekulasi yang sangat tidak bertanggungjawab.

Spekulasi poltik seperti yang dikeluarkan Mahathir malangnya seperti biasa disambut oleh media perdana sebagai suatu isu besar seolah keputusan piliharan raya yang bakal diumumkan sudah dapat dijangka. Lantaran itu provokasi akan berlaku huru hara ditimbulkan jika pihak pembangkang kalah.


Apakah ini petanda pihak BN sendiri bersedia melakukan apa sahaja untuk menolak keputusan rakyat jika sebaliknya berlaku. Dengan beriya-iya benar BN akan mempertahankan Putrajaya sehingga titisan darah terakhir seperti yang pernah diumumkan sendiri oleh PM dalam perhimpunan Umno, bermakna BN lebih berkemungkinan mengujudkan suasana huru hara jika ia gagal mempertahankan kuasa.

Kami membantah keras PRU 13 kali ini cuba diheret kepada spekulasi politik yang melibatkan keselamatan negara. Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab , berunsur provokasi yang merbahaya.

Mahathir dengan jelas kini bermain sentimen keselamatan disaat kehangatan rakyat bangkit untuk membuat perubahan. Spekulasi Mahathir sepatutnya tidak dilayan oleh pihak media atau rakyat kerana ia jelas memerangkap semua pihak untuk merasa keselamatan negara akan terjejas jika keputusan PRU 13 tidak berpihak kepada BN.

Kami berpendirian pihak keselamatan harus melihat provokasi ini sebagai suatu pernyataan yang perlu dikawal dan diambil tindakan terutama terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut iaitu Mahathir.

Apa asas beliau mengeluarkan kenyataan tersebut? Adakah hanya kerana gelombang kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung maka beliau melontarkan spekulasi seperti itu untuk menjustifikasi huru-hara akan berlaku?

Kami menegaskan bahawa jika ada mana-mana pihak menjadikan ini sebagai alasan untuk mengantung PRU13 maka jelas negara ini menuju kearah pemerintah diktator.

Kami melihat pernyataan ini mempunyai muslihat politik yang sangat curang kerana nafsu memegang kuasa oleh BN terlalu kuat sehingga mengenepikan kewarasan dan kematangan ketika berdepan dengan pembangkang.

Bukankah demokrasi menuntut kepada persaingan sihat untuk mentadbir dengan terbaik melalui penggubalan dasar dan perlaksanaan dasar yang diterima oleh rakyat? Kenapa pihak pemerintah harus bersandar kepada taktik menimbulkan isu keselamatan jika rakyat sudah bersedia untuk menukar pemerintahan secara pilihanraya yang bersih dan adil?

Isu yang harus dibahaskan ialah sejauhmana PRU 13 dijamin berjalan dengan adil dan bersih . Isu seperti pendaftaran dan pemberian kerakyatan kepada rakyat asing secara tidak sah sehingga boleh menjejaskan daftar pengundi dalam PRU seharusnya diberi perhatian. Demikian juga isu mengenai penggunaan institusi awam untuk berkempen politik oleh parti pemerimtah, ketiadaan akses pihak pembangkang untuk menyampaikan mesej melalui media awam dan pengurusan undi pos yang tidak telus adalah isu yang perlu ditangani dan didebatkan. Bukan isu spekulasi hura hara.

Rakyat seharusnya menolak spekulasi ini. Strategi politik murahan seperti ini yang boleh menimbulkan ketidakyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini boleh memporak-perandakan negara.

Kami lebih khuatir huru hara boleh berlaku jika keputusan yang tidak memihak kepada pemerintahan sedia ada, berdasarkan insiden politik samseng yang terjadi berkali-kali terhadap pembangkang dalam program jelajah dan acara ceramah di seluruh negata.

Sepatutnya inilah yang perlu diambil tindakan oleh pihak keselamatan. Bukan memberi reaksi pantas kepada kenyataan spekulatif seperti yang dikeluar oleh Mahathir.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

MAT SABU sesuai calon parlimen KUBANG PASU???

Oleh Pemuda Kubang Pasu
 
Kubang Pasu merupakan parlimen yang amat menarik diperhatikan. Selaku parlimen mantan Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir yang rasanya amat diketahui 1Malaysia. Sebelum kita soroti lebih jauh lebih baik kita melihat elemen yang terdapat di parlimen ini. Parlimen Kubang Pasu yang keluasannya sebesar negeri Perlis bersempadan dengan Thailand( Danok ), Penang, Perak dan Kelantan. Kedudukannya yang stategik menyebabkan banyak pembangunan yang berjaya dilakukan samada oleh pemerintah ataupun pihak swasta. Kalau hendak dibandingkan Kubang Pasu 20 tahun yang lepas memang terdapat perbezaan yang amat ketara.

Kubang Pasu dikelilingi dengan institusi pengajian tinggi seperti UUM, Institut Aminudin Baki, Institut Perguruan Malaysia Kampus Darulaman, Institut Latihan Perindustrian, kolej Komuniti dan banyak lagi institusi yang berada disini. Selain itu juga terdapat 51 buah sekolah kebangsaan, 30 buah sekolah menengah kebangsaan, MRSM, SBPI dan Sekolah Mengenah Sains Kubang Pasu. Ibarat kata Kubang Pasu seperti Bandar Baru Bangi di Selangor yang penduduknya juga dikalangan orang yang berpendidikan tinggi.


Ironinya dari segi politik terdapat perubahan politik yang ketara walaupun masih dimenangi oleh UMNO. UMNO pernah memenangi Parlimen Kubang Pasu dengan majority melebihi 25 ribu tetapi angka tersebut semakin berkurangan setiap kali pilihanraya antara 5 – 7 ribu. Pada PRU12 UMNO hanya menang dengan majority 7 ribu melalui calonnya Datuk Johari Baharum. Pada tsunami politik 2008 Kubang Pasu satu-satunya parlimen yang PAS kecundang di Parlimen dan DUN ( Bukit Kayu Hitam dan Jitra ) memandangkan di 14 Parlimen lain PAS memenangi samada kerusi DUN atau PARLIMEN ataupun menyapu bersih semua sekali.

Selepas PRU12 kebangkitan anak muda semakin ketara tidak ketinggalan di Kubang Pasu. Ekoran daripada itu terdapat pihak yang merupakan penyokong PAS yang dikenali sebagai PEMBELA yang perangainya sebijik macam UMNO diketuai oleh BASIR ISMAIL, IR JAMAL NASIR dan konco-konconya. Mereka ini menyerang PAS KAWASAN tanpa adab dan penuh KURANG AJAR. Mereka pernah menggelarkan kepimpinan PAS KAWASAN sebagai manusia paling bodoh di dunia dan kemudiannya di sambut dengan gelak ketawa dan tepuk tangan dari pengikut-pengikutnya. MEMANG KURANG AJAR PUN. Pada ketika itu juga mereka ini dikatakan mendalangi pengedaran buku KENAPA USTAZ AZIZAN TIDAK BOLEH MENJADI MB ketika muktamar PAS di batu 9 serta menyerang peranan yang dimainkan oleh AHLI MAJLIS pada ketika itu. Mereka ini telah menghasut untuk mengajak penduduk membuat demontrasi menyerang AHLI MAJLIS dan PAS KAWASAN demi kepentingan diri sendiri. Mereka mewujudkan USRAH KUBRA ( DAH PUPUS PUN ) sebagai wasilah untuk mencari pengaruh dan menghantam kerajaan negeri dan PAS KAWASAN.

Pada pemilihan PAS pada tahun 2011, konco-konco mereka ini berjaya memenangi beberapa jawatan samada pada peringkat dewan pemuda atau pun kawasan. HASILNYA, Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu seperti tidak wujud. Katanya Timbalan Ketua Pemuda Kaman Jaafar yang merupakan penerangan PEMUDA NEGERI yang sering dilihat di kedai kopi gagal menghidupkan PEMUDA KUBANG PASU walaupun bercakap di peringkat negeri macam garuda tetapi di kawasan macam beruk kementoi, lesu macam bangkai bernyawa. Sebagai contoh, pada HKR112 parlimen lain boleh merancang belasan buah BAS tetapi KUBANG PASU memang hampeh pun, sehinggakan penduduk KUBANG PASU merasakan DEWAN PEMUDA KUBANG PASU SUDAH BUBAR DAN TIDAK WUJUD LAGI….

Setelah puak-puak ini berjaya mempengaruhi pemilihan PAS KAWASAN dan akhirnya agenda mereka ini semakin mencapai kejayaan. Puak-puak ini berjaya menjadi AHLI MAJLIS dengan sedikit tipu daya yang memang tidak lagi menjadi rahsia lagi di KUBANG PASU. Semenjak itu mereka ini ibarat duri dalam daging dalam pentadbiran PBT dan kerajaan negeri sehinggakan terdapat EXCO yang memang amat mempercayai puak-puak ini. Banyak masalah yang ditimbukan oleh mereka ini yang menjadi liability dan beban pada PAS. Antara isu-isunya:

1. Tapak bazaar Ramadhan di Yawata yang dikatakan mereka ini berjaya memperolehi puluhan ribu ringgit kerana membuka khemah diluar kebenaran YDP MDKP dan menyalahgunakan kuasa mereka sebagai ahli majlis. Katanya ada pihak yang tidak berpuas hati telah melempar mercun di rumah ahli majlis di Taman Bunga Raya.

2. Isu perlantikan YDP MDKP yang mana mereka telah berdemontrasi di wisma negeri dan di Jitra serta menuntut perletakan jawatan SUK Datuk Rasli. Membuat gempak gempita mamcam beruk mendapat buah pisang, akhirnya senyap begitu jua, kembali sepertimana arahan asal, yang susahnya MB yang terpaksa mengadap YDPA.

3. Nat Tok Jalai : diluluskan dalam mesyuarat Ahli Majlis setelah berunding dengan persatuan penjaja dan mendapat persetujuan secara majority dengan para penjaja tetapi akhirnya berlagak HERO membela nasib penjaja ( perangai macam puak munafik ) dan kesudahannya sehingga hari ini gagal diselesaikan.

4. Projek-projek kecil yang diberikan kepada kroni dan konco-konco mereka yang semakin kaya raya sekarang. Sebab tu depa nie perangai sebijik macam UMNO cuma ahli je PAS.

5. Banyak lagi isu2 yang nak diterangkan rasanya sampai esok tak habis kalau tulis perangai buruk puak2 nie. Itu x kira lagi isu pasaipa ada puak2 nie yg pernah dipecat jawatan dalam PAS…..

Menjadi satu yang mengecewakan apabila terdapat suara2 yang mengatakan puak2 yang berjiwa UMNO nie akan diangkat sebagai calon PRU13. Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang. Katanya ir Jamal Nasir yang katanya bini pun sorang pun tak boleh nak jaga akan diangkat sebagai calon. Sejak tahun lepas rata tempat turun berceramah berkempen untuk diri sendiri dan akhir-akhir ini katanya akan mewakili PARLIMEN bukan lagi DUN. Adakah PAS dah ketandusan calon di KUBANG PASU sehinggakan hendak mencalonkan calon yang bermasalah??? CALON INI akan menjadi liability pada PAS dan PAS terpaksa menjawab banyak isu yang dibuat oleh puak2 nie. RASANYA UMNO TENGAH BERSEDIA DENGAN PELURU BERPANDU UNTUK MENYERANG PAS

DENGAQ-DENGAQ CAKAP, ada UPU yang bersedia untuk menutup bilik jentera pilihanraya sekiranya calon yang bermasalah ini diangkat sebagai calon. KUBANG PASU kawasan yang dipenuhi golongan INTELEKTUAL DAN BERPENDIDIKAN tak kan la nak meletak calon GRED C setakat memperolehi 
( ir ) tetapi tidak mempunyai kewibawaan. Rasanya KUBANG PASU sebagai kerusi mantan PERDANA MENTERI di letakkan ABANG MAT SABU yang pasti mendapat sokongan ramai pihak memandangkan PARLIMEN KUBANG PASU populasi penduduknya yang pelbagai kaum meliputi MELAYU 50%, 30% CINA, 10% INDIA DAN 10% SIAM DAN LAIN2. ABANG MAT SABU INSYA ALLAH memperolehi kejayaan dengan sokongan semua pihak dan kaum dan pasti menggerunkan JENTERA UMNO……





Pas pilih perubahan defensif atau ofensif di PRU13?


 

Perubahan adalah satu kemestian. Suka tidak suka, kita boleh mencipta perubahan atau terubah dengan sendirinya.

Pas sebagai parti dakwah pun sebenarnya berdepan dengan perubahan.

Mara kedepan sebagai Impian Malaysia merupakan perubahan yang ofensif.

Berundur ke belakang atas dalih kononnya untuk mengekalkan keaslian Pas sebagaimana era sebelum 1990-an merupakan satu lagi bentuk perubahan yang difensif.

Pas dilihat ofensif apabila anjal dalam mengemukakan cita-cita politik.

Perubahan yang ofensif umumnya akan mengembang tapak sokongan rakyat terhadap Pas.

Pas dilihat difensif apabila regid dalam mengemukakan cita-cita politiknya.

Perubahan yang defensif umumnya akan menguncup tapak sokongan rakyat terhadap Pas.

Sebagai contoh, ijtihad arwah Fadhil Mohd Noor membela Anwar Ibrahim semasa difitnah Tun Dr Mahathir Mohamad, menubuhkan Gerak sehingga terlahirnya Barisan Alternatif dilihat sebagai perubahan yang ofensif.

Betapa Fadhil ofensif antaranya mengumumkan Anwar Ibrahim sebagai Pertama Menteri menjelang pilihan raya umum 1999.


Implisitnya, tapak sokongan Pas paling mengembang berbanding DAP dan ADIL (kini dikenali sebagai PKR) sehingga Fadhil diiktiraf sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Berbeza dengan pengganti Fadhil Noor, Abdul Hadi Awang bersama Dr Harun Din (Timbalan Mursyidul Am) mengumumkan Dokumen Negara Islam menjelang pilihan raya umum 2004.

Langkah itu dikatakan perubahan yang defensif kerana reaksi pada umpan politik Dr Mahathir mengumumkan Malaysia Negara Islam.

Implikasinya, tapak sokongan rakyat terhadap Pas menguncup di seluruh negara, sampai di Kelantan yang dikatakan kubu kuat Pas pun bertahan dengan 'dua batu nisan'.

Terengganu yang menjadi kubu kuat Pas pun tumbang dalam pilihan raya itu.

Dinamika perubahan Pas serta trend sokongan rakyat terhadap parti itu senantiasa mencuri perhatian banyak pihak termasuk DAP.

Sebab itu, DAP mengambil langkah yang lebih ofensif dengan mengumumkan Anwar sebagai Perdana Menteri sekarang.

Sebab itu juga, DAP sekarang pun mengambil langkah yang ofensif dengan mengumumkan AJK PAS Malaysia, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin kekal sebagai Menteri Besar jika Pakatan Rakyat kembali diberi mandat mentadbir Perak.

DAP pun percaya pada perubahan yang ofensif demi mengembangkan tapak sokongan rakyat terhadap terhadap parti integriti itu.

Permainan bola sepak dalam posisi defensif tidak akan menang, paling tidak pun seri 0-0.

Tapi, sekiranya permainan bola sepak itu dimainkan dalam posisi ofensif, menang ada peluang menang dengan sokongan minat penonton terbanyak di Stadium.

Setuju?

Pas pilih perubahan yang defensif atau ofensif sempena PRU13 ini kali lah?

Kenapa sehari dua nie NAJIB komfiden akan menang PRU13..inilah sebabnya....!!!

Segala persiapan untuk Umno BN menipu dalam PRU13 dah lengkap?

Apa pun, aku cukup yakin, segala persiapan untuk Umno BN menipu masa PRU13 nanti dah pun sedia. Pasai tu Najib nampak dengan penuh yakin yang Umno BN akan menang lagi dalam PRU13.

Sinarharian melaporkan:
KUALA LUMPUR - Gelombang Arab Spring tidak akan berlaku di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerima apa sahaja keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PR tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sebarang huru-hara kerana negara ini mempunyai undang-undang. - Sinarharian.   

Kalau perjalanan pilihanraya berlaku secara adil dan telus memang takdak sebab untuk sapa pun mempertikaikan keputusan PRU13 nanti.

Sinarharian juga melaporkan:
"PR tidak boleh mencari apa sahaja alasan jika tidak menang dalam PRU13 ini dengan membuat huru-hara di negara ini.

"Kita yakin dengan kemampuan yang ditunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), begitu juga PR.

"Menghormati keputusan rakyat adalah satu daripada prinsip yang penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan," tegas beliau lagi. - Ibid.
Pandai-pandai pulak Najib nak jadi jurucakap kepada PR konon PR jugak yakin dengan kemampuan SPR. Kalau PR yakin dengan SPR apa guna PR bersungguh-sungguh menyokong tuntutua Bersih.

Sampai ke saat ni PR tak pernah berpuashati dengan daftar pemilih yang tak bersih. Macamana PR nak yakin dengan kemampuan SPR kalau daftar pemilih yang merupakan perkara terpenting dalam pilihanraya pun SPR tak mampu untuk sediakan senarai yang bersih dan telus.
Faktor tu saja pun sebenarnya dah cukup untuk PRtak terima keputusan PRU13, tambah-tambah lagi la kalau ditambah dengan berbagai tindakan dan tipu muslihat Umno BN yang dilihat seolah-olah SPR bukan setakat tak buat apa-apa malah turut sama bekerjasama buat kerja-kerja celaka tu menjelang hari pengundian nanti.

Sebenarnya PAS dan DAP tak pernah berpuashati dengan kerja buat SPR. Nak puashati macamana kalau selalu sangat anggota SPR terutama sekali pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha SPR beraksi macam 'si anjing Umno'.

Ramai penchachai mempersoalkan PR kalau dah tak percaya kepada SPR pasai apa masih nak sertai pilihanraya malah calon pembangkang pun banyak menang terutama dalam PRU12 yang lalu.

PR masih sedia untuk sertai pilihanraya pasai percaya walaupun SPR tak telus dan adil tapi tak la seteruk di negara kuku besi yang lain. Masih ada ruang untuk kita tukar pemerintah Malaysia yang korup yang Dr. Mahathir sendiri kata "busuk sampai ke usus" tu melalui proses demokrasi.

Tapi kalau dah jelas sangat sokongan rakyat yang cukup hebat dalam PRU13 nanti tapi keputusan masih tak jugak menyebelahi PR dan ditambah pulak dengan berbagai tipu muslihat dan kerja-kerja celaka yang Umno BN buat, memang tak patut sangat kalau PR masih jugak boleh terima keputusan PRU macam tu.

Tambah-tambah pulak sebelum ni Najib dengan lantang pernah kata "walau berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dari nyawa, Putrajaya akan dipertahankan walau apapun terjadi"

Apa pun, aku cukup yakin, segala persiapan untuk Umno BN menipu masa PRU13 nanti dah pun sedia. Pasai tu Najib nampak dengan penuh yakin yang Umno BN akan menang lagi dalam PRU13.

Berkaitan