Showing posts with label Himpunan Hijau. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Hijau. Show all posts

Wednesday, December 5, 2012

Adakah SAMSENG SELANGOR akan bergabung dengan SAMSENG BALING KASUT untuk kacau Prog. Himpunan Rakyat esok..????

Samseng UMNO Selangor sedang bergerak ke Kedah?


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Tinggal beberapa jam lagi menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti... cuma 1 km dari rumah MK. Sudah dua malam MK dan rakan-rakan PAS, PKR dan DAP bertungkuslumus gantung bendera parti di semua laluan masuk ke tempat himpunan diadakan. Penganjur cuma sedia nasi bungkus dan minuman, semua kerja yang dibuat oleh petugas yang terdiri dari anak-anak muda ketiga-tiga parti adalah percuma. UMNO boleh buat ke macam tu?

Dengar cerita program Jelajah Rakyat yang dianjurkan oleh PKR di Gombak telah diserang oleh kumpulan samseng UMNO oleh seorang tok guru silat. Patutnya seni silat warisan bangsa Melayu digunakan untuk meninggikan martabat bangsa tapi digunakan untuk menyerang bangsa sendiri, memecahbelahkan orang Melayu Islam di negara ini. Tok guru silat ka tok guru ajaran sesat macam ni...
Betulka kumpulan samseng UMNO itu sedang bergerak ke Kedah untuk menimbulkan huru hara di program Himpunan Kebangkitan Rakyat 7 hb ni? Benar atau tidak kita kena berhati-hati dengan puak-puak ni. Mereka boleh datang untuk mencetuskan provokasi misalnya buat bising, baling batu atau bekas plastik yang mengandungi air kencing. Mesti ada penyokong Pakatan yang akan hilang sabar lalu bertindakbalas. Katakan akibat tindakbalas itu ada ahli kumpulan samseng itu tercedera sikit, maka itulah berita yang akan dibesar-besarkan oleh TV3 tak cukup suku. Mereka mungkin akan lumur air pencelup warna merah seluruh badan bagi nampak teruk sungguh kena belasah... maka TV3 suku akan main isu tu 30 hari 30 malam.

Tengok macam di Gombak kelmarin, yang ramai kena dan teruk kena belasah termasuk ditikam ialah penyokong Pakatan langsung tak masuk TV. Cerita orang UMNO luka (entah accident merempit kat mana) yang masuk TV3 suku. Eiiii sakitnya hati aku tengok. Lepas tu siap berbohong pula kononnya mereka mai sebab ada program UMNO bukan mai buat kacau. Dah tau PR buat program ceramah besar, celah-celah tu kononnya nak mai atur program UMNO di tempat yang sama pulak pasai apa? Rakyat Malaysia tak bodoh sangatlah nak dengaq kelentong hangpa. Cukup cukuplah tu UMNOOO..

Mai rakyat Kedah kita berhimpun ramai-ramai Jumat esok, biag puak samseng UMNO Selangor tu kalau betoi depa mai.. terkejut berok tengok jumlah manusia yang hadir lalu balik loi ke Selangor macam tuu saja..

Sunday, July 15, 2012

Stadium Kuala Selangor dilimpahi manusia...

Lautan manusia penuhi Stadium Kuala Selangor



(Orang ramai memenuhi Stadium Kuala Selangor sempena Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor)

KUALA SELANGOR: Lautan manusia memenuhi Stadium Kuala Selangor bagi menyertai Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor.

Kalau di perhimpunan hijau di negeri lain hanya pemimpin PAS sahaja yang menyertainya, di Selangor, para pemimpin Pakatan Rakyat turut menyertainya.

(Para pemimpin di pentas utama himpunan)

Selain Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, turut serta adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Teresa Kok, Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP.

Veteran Umno, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil yang turut menyertai himpunan ini pula berkata, "Saya bangga dapat kibarkan bendera yang mulia ini" sambil mengibarkan bendera PAS di atas pentas utama.

Selain Mohamad Sabu, pemimpin PAS yang hadir adalah Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Dzulkefly Ahmad anggota Parlimen Kuala Selangor dan Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam.

Wan Azizah ketika berucap terus memberikan semangat reformasi untuk para hadirin yang di majlis yang penuh bersejarah untuk PAS Selangor ini.

(Dr Wan Azizah berucap sambil mengibarkan bendera PAS)

Himpunan bermula sejak petang dari apabila lebih 1,000 anak muda  berkonvoi dengan menaiki motor dari seluruh Selangor menuju stadium ini.

Mereka kemudiannya solat Asar berjamaah di stadium dan seterusnya solat Maghrib berjamaah di sini.

(Stadium Kuala Selangor penuh dengan keceriaan semasa Himpunan Hijau)


(Ikrar para pimpinan PAS)

(Bekas pegawai kanan kerajaan sertai PAS)

(Wakil Presiden Mesir turut memberikan ucapan)

Monday, June 11, 2012

Dekat nak habih umog, Umno makin teruk meraban...



Jangan ambil hati jika Umno meracau

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
(Nota Utara, Harakah)

Umno meraban lagi. Kali ini membawa peralatan pembinaan tahun 70an seperti kereta sorong dan penyodok pasir untuk disumbangkan kepada kerajaan negeri Kelantan bagi membina lebuhraya yang diumumkan oleh Menteri Besar baru-baru ini. Nawaitu mereka hanya satu, menyindir dan menghina pihak lawan walaupun perbuatan yang dipamerkan hanya menonjolkan kebodohan diri sendiri.

Ia adalah lanjutan dari tindakan terencat akal yang dilakukan oleh rakan-rakan seperjuangan mereka antaranya; menghantar kepala lembu dan mangkok jamban ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, menghantar 'najis manusia', kek hitam dan bunga hitam ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, berniaga burger dan senaman tonggeng punggung di hadapan rumah Datuk S. Ambiga.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam nada sinis mengucapkan ‘terima kasih’ kepada pihak tersebut kerana telah berjaya memalukan perjuangan sendiri akibat tindakan 'tidak cerdik’.

Tuan Guru juga turut menyifatkan tindakan sedemikan sebagai memalukan orang Melayu yang dilakukan dengan tujuan untuk memalukan pihak yang lain (kerajaan negeri).

"Jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah.

"Percayalah, Umno sendiri akan malu dengan perbuatan ini satu hari nanti. Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka," tajam sekali pukulan tuan guru.

Segala episod drama politik bikinan Umno mutakhir ini membayangkan kegelabahan yang tidak terbendung lagi. Lalu lahirlah tindakan di luar kewarasan manusia, namun mereka yang melakukannya tidak merasai apa-apa persis orang hilang akal yang kencing di tengah jalan. Orang yang merasa malu ialah orang yang menyaksikannya bukan si gila itu.

Puncak kepanikan Umno ialah apabila PAS berjaya menghimpunkan lebih 100 ribu penyokong di Stadium Darul Aman baru-baru ini. Ia hampir menyamai kehadiran peserta Bersih kali pertama diadakan pada 2007. Apa yang lebih menyakitkan Umno ialah kehadiran para peserta himpunan Hijau Ke Putrajaya 1 Jun lalu, tanpa pembiayaan pihak parti. Mereka datang dengan tambang, penginapan, makan dan minum sendiri. Sedang Umno terpaksa menghabiskan jutaan ringgit duit rakyat untuk menghimpunkan ahli-ahlinya dalam jumlah yang kurang sedikit dari PAS, di Bukit Jalil.

Kenyataan Timbalan Presiden Umno bahawa PAS terpaksa mengadakan perhimpunan di Kedah untuk mengembalikan sokongan rakyat yang hilang hanya menyerlahkan kegusarannya terhadap kebangkitan rakyat menyokong PAS. Ia mengingatkan kita kepada kenyataan bekas Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mahdzir Khalid sewaktu PAS mengadakan muktamar tahunan di negeri ini tahun 2006. Katanya, tindakan PAS itu tidak menggugat kekuatan BN. Tidak sampai dua tahun selepas itu beliau hilang jawatan Menteri Besar dan negeri sekali.

Lagi hebat racauan Tun Dr. Mahathir yang menyifatkan jumlah besar kehadiran himpunan PAS tidak akan bertukar menjadi undi kerana kehadiran mereka dibayar. Inilah jenaka terhebat yang pernah dikeluarkan oleh seorang tokoh Umno.

Hari ini adalah zamannya di mana para pemimpin Umno bercakap sesuatu yang tidak lahir dari lubuk hati. Rakyat tidak lupa dengan keangkuhan Presiden Umno, Datuk Seri Najib ketika berucap di hadapan ribuan penyokongnya di Bukit Jalil. "Rasanya macam besok saja saya pergi mengadap Agong untuk bubar Parlimen," ujarnya. Namun selepas sebulan berlalu tanda-tanda pilihanraya nampaknya semakin jauh. Maka rakyat semakin nampak bahawa Najib sebenarnya takut untuk menghadapi pilihanraya sebab tak yakin akan menang. Maka tidak pelik jika keyakinan terhadapnya merudum teruk hasil kajian yang dibuat oleh Merdeka Center.

Di celah-celah ketakutan bukan kepalang yang menghantui para pemimpin Umno, tiba-tiba terdengar khabar dari jauh sana bawa rakan seperjuangan mereka Hosni Mubarak dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah Mesir. Inilah yang membuatkan para pemimpin kerajaan Pusat berada di puncak kegelisahan. Gelisah dan takut boleh menyebabkan seseorang hilang kewarasan. Sebab itu jangan ambil hati jika Umno meracau teruk ketika ini. Tindakan mereka menyekat PTPTN terhadap pelajar Unisel adalah contoh manifestasi kegelisahan yang tidak terkawal.

Inilah juga ketikanya rakyat Malaysia kena berwaspada kerana orang yang terlalu takut biasanya akan jadi terlebih berani. Macam sipenakut yang berani melompat pagar berduri kerana dikejar anjing. Itulah watak kerajaan Malaysia sekarang.

Sunday, June 10, 2012

Himpunan Hijau langkah gagah PAS ke Putrajaya

Oleh Mohd Rashidi Hassan

Tiada sebab untuk PAS menoleh kebelakang. Tiada sebab untuk PAS berasa dirinya lemah. Tiada sebab untuk PAS berasa ianya masih belum mendapat sokongan kukuh orang Melayu.

PAS berada dalam pentas politik sudah lama. Berada di tahap yang begitu matang, bukan alasan PAS harus berbangga atau sebaliknya.

Sebagai sebuah parti yang mengasaskan perjuangannya dengan asas Islam, PAS yakin dengan janji Allah. Janji Allah bahawa golongan Islam akan mencapai kemenangan menewaskan golongan yang ingkar.

Kemenangan akhirnya akan berpihak kepada Islam. Justeru, PAS yakin bahawa akidah yang PAS pegang adalah benar, perjuangan yang PAS dukungi badalah benar. Dan PAS yakin bahawa persefahaman yang PAS wujudkan bersama-sama parti rakan dalam Pakatan Rakyat adalah bertepatan dengan Islam.

Ianya berasaskan kepada tahaluf siyasi yang dirangka mengikut kaedah syarak.

PAS yakin bahawa pendekatan PAS dalam persoalan politik selama ini, adalah pendekatan yang benar, pendekatan yang diredhai Allah SWT kerana ianya berasaskan kepada hujah nas dan syarak.

Justeru, seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong PAS, tidak harus berasa gentar, tidak harus berasa goyah dengan dakwaan bahawa persefahaman kita dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tidak bertepatan dengan kehendak agama.

Himpunan Hijau menuju ke Putrajaya pada 1 Jun 2012 di Stadium Darul Aman, Alor Setar adalah bukti segala-galanya.

Ianya membuktikan bahawa, PAS adalah sebuah parti Melayu-Islam yang terbesar dalam negara. Ianya bukti PAS adalah parti yang kuat dan mendapat sokongan besar rakyat, khususnya dari kalangan orang-orang Melayu.

Himpunan Hijau yang berjaya menghimpunkan ratusan ribu pemimpin, ahli dan penyokong, membuktikan bahawa PAS bukannya parti yang calang-calang untuk di pandang enteng.

Himpunan Hijau merupakan iltizam seluruh kepimpinan dan penyokong PAS, bahawa tekad utama mereka adalah untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Himpunan Hijau membuktikan bahawa PAS berada di dalam gelanggang politik dalam keadaan gagah dan bersedia untuk mengharungi segala rintangan dan badai.

Manakala lawannya Umno-BN, tidak harus menafikan bahawa mereka berasa amat gerun dengan kekuatan PAS, serta kesepaduan Pakatan Rakyat, sehingga ada pemimpin mereka yang mengatakan bahawa PRU ke-13 ini, merupakan penentu hidup mati Umno.

Bagi PAS, orang-orang PAS yang sama tekadnya dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, azam PAS pada PRU ini, tidak dapat tidak adalah untuk menumbangkan Umno-BN.

Tiada istilah hidup buat Umno dalam politik Malaysia. Tiada jalan lain untuk memulihkan demokrasi, memulihara sistem politik, menyelamatkan negara dari kebangkrapan, selain melenyapkan Umno dari tampuk kuasa dalam negara.

Keyakinan rakyat, yang memberi kepercayaan kepada PAS serta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat menguasai lima negeri pada PRU 2008, terus subur dan mekar.

Keyakinan dan kepercayaan rakyat bahawa PAS dan Pakatan Rakyat berjaya menjalankan urustadbir negeri dengan baik dan cemerlang, tidak sesekali dapat digoyahkan Umno-BN.

Pemimpin-pemimpin Umno-BN yang tidak berhenti-henti menyerang Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor dianggap sebagai 'riuh murai, tetapi ekor bersepah dengan najis' apabila, negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka jatuh terjelepuk ke lembah kebangkapan.

Dabik dada mereka bahawa merekalah parti pentadbir yang baik sudah tidak kedengaran, ego mereka bahawa mereka pandai mengurus ekonomi negeri dan negara sudah dipadamkan. Yang tinggal bagi Umno-BN, hanyalah politik air liur dan retorik palsu.

Semakin bongkak mereka melaung, semakin banyak salahlaku, penipuan, rasuah, skandal dan penyelewengan pemimpin-pemimpin Umno-BN terbongkar satu persatu.

Manakala negeri-negeri yang dikuasai PAS seperti di Kelantan, sudah menjangkau 22 tahun, sehingga hari ini diisytihar bebas dari rasuah. Selama empat tahun pemerintahan di Kedah, juga bebas rasuah. Samalah seperti di Selangor dan di Pulau Pinang.

Justeru kita amat yakin bahawa fenomena kebangkitan rakyat pada PRU 2008 dan perjuangan bersama Pakatan Rakyat adalah suatu kebenaran, yang bakal memacu kepada perubahan besar dalam negara pada PRU ke 13 nanti.

Ia adalah peluang terbaik rakyat untuk menumbangkan BN dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat, dengan PAS, salah sebuah parti utama yang menunjangi kerajaan baru Malaysia. Hidup Islam! Hidup PAS!

Friday, June 8, 2012

Sebak terkenang Ustaz Fadzil Noor di Himpunan Hijau

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Sebenarnya saya hampir terlepas daripada mengikuti secara dekat peristiwa bersejarah Himpunan Hijau ke Putrajaya, malam 1 Jun lalu, yang mengumpulkan lebih 100,000 penyokong PAS di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Mulanya, sahabat saya, wartawan kanan Wan Nordin Wan Yaacob yang dijangka menemani sepanjang perjalanan ke utara, terpaksa membatalkan hasratnya disebabkan demam.

Meskipun dapat menghadiri program Amanat Khas Presiden, yang mencatat kehadiran lebih 3,000 aktivis parti dari seluruh pelosok negara, pada hari sama, pagi Jumaat, di Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut, sekali lagi saya hampir terlepas majlis kemuncak malamnya disebabkan kereta ketua pemberita Harakah Kedah, Azamin Amin, terperangkap dalam kesesakan teruk di sekitar stadium. Sepatutnya beliau menjemput saya di hotel, yang jaraknya tidak pun sampai 5 kilometer.

Ada rakan menawarkan kemudahan untuk membonceng motosikal, namun terhalang dengan keuzuran kaki kiri saya. Mujur kakitangan Hotel Regency Alor Setar ringan tulang  berjalan kaki  ke Pekan Rabu mencari teksi; pemandunya nampak agak keberatan disebabkan beliau sendiri baru saja menempuh laluan yang cukup perlahan. (Rupanya masa sama ada teman-teman lama yang 'tersangkut' dan memilih untuk berehat di hotel saja -- mereka tentu tidak menduga Stadium Darul Aman malam itu bakal melakar sejarah).

"Kalau ada pertandingan bola babitkan pertandingan penting pun jalan tak seteruk ini," kata pemandu dalam usia 60-an itu. "Cuba tengok, kenderaan terpaksa diletakkan jauh dari stadium," tambahnya, semasa kami melepasi Masjid Zahir. "Ramai sungguh kali ini, saya tak pernah alaminya di Alor Setar," ujarnya, sambil menceritakan pengalamannya lebih 40 tahun memandu teksi.

Seminggu sebelum 1 Jun, saya agak risau melihatkan promosi himpunan semacam tidak begitu rancak dan kurang diperkatakan. Saya kerap membandingkan dengan gimik prademonstrasi Bersih 3.0 -- ibarat langit dengan bumi. Sekurang-kurangnya di Kuala Lumpur, tiada acara "pemanas badan", malah baju hijau, yang sepatutnya mula dijual, hampir tiada kelihatan. Kawan-kawan yang pernah menjadi pengusaha kilat baju-T Bersih pula "buat tak kisah aja".

"Saya lebih bimbang jika gegak gempita perarakan Bersih 3.0, yang berjaya menghimpunkan lebih suku juta orang itu akan ditenggelamkan begitu saja jika himpunan hijau nanti gagal capai target," saya luahkan kerisauan kepada seorang pemimpin PAS, beberapa hari sebelum berakhir bulan Mei lalu. Beliau seperti berkongsi rasa. 

Meneliti laman-laman sosial, seperti Facebook, debaran itu agak terubat apabila menatap pelbagai gaya poster himpunan (sebahagiannya direka sendiri, dengan logo yang sama), namun langsung tidak terbayang ia satu kempen strategik untuk menghimpunkan 100,000. Ya, tidak mudah untuk 'memanggil' 100,000 ke Alor Setar dalam waktu yang cukup singkat. Harakah sendiri cukup lambat menyiarkan iklan dan hebahan, malah nama program pun bertukar-tukar.

Difahamkan persiapan hanya mengambil masa dua minggu, satu tempoh yang relatif singkat jika diukur skala program yang mahu menghimpunkan 100,000 orang. Apatah lagi ia merupakan aktiviti menggantikan muktamar tahunan parti, yang sepatutnya berlangsung pada masa sama. Maknanya, himpunan ini, dari satu segi, mencabar keupayaan PAS untuk membuktikan kemampuan jentera dan petugas partinya berdepan "ibu segala pilihan raya", PRU13.

"Himpunan ini bukannya program gabungan bersama Pakatan Rakyat kerana ia umpama muktamar parti, sekali gus menguji komitmen aktivis parti Islam untuk mengharungi bermacam-macam mehnah dan fitnah," kata seorang  tokoh akademik.  "Walaupun sama sekali tidak bertujuan mempamerkan kekuatan PAS tetapi saya percaya ia berjaya menyuntik semangat dan keyakinan buat ahli-ahli bahawa PAS tidak boleh diremehkan. Bukan hanya Kedah yang mahu dipertahankan tetapi impian untuk menguasai Putrajaya, yang banyak bergantung kepada potensi PAS, dapat dicapai jika strategi dan pendekatannya betul," tambahnya.

Semasa menapak perlahan di celah-celah ribuan hadirin, menuju pintu utama stadium, saya mendengar pidato Ustaz Azizan Abd Razak, Menteri Besar Kedah, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri. Beliau sempat menitipkan pesanan agar setiap penggerak jemaah terus istiqamah dan bersabar meniti perjuangan suci ini.

Dari bilik VIP di tingkat atas stadium, langkah saya terhenti. Saya terpukau dengan lautan hijau, yang cukup memikat. Pandangan saya terpaku seketika terutama kepada ribuan yang memenuhi padang dan balapan. Ya, saya benar-benar terkejut. Tidak pernah saya jangkakan dapat menyaksikan suasana yang syahdu, tetapi penuh bersemangat itu. Subhanallah!

Lebih mengujakan apabila melihat reaksi proaktif hadirin yang secara berterusan mengibarkan bendera parti, Jalur Gemilang dan kelihatan juga bendera negeri-negeri tertentu, tanda pertemuan yang dimulakan dengan solat berjemaah Maghrib itu dihadiri penyokong parti seluruh negara.

Beberapa kali saya terpaksa menahan air mata kegembiraan. Kebimbangan saya sebelum ini bukan saja berakhir tetapi digantikan automatik dengan rasa syukur, sebak dan terharu. Sukar digambarkan perasaan penuh nikmat itu. Bagaikan darah mengalir lancar di segenap tubuh, yang membangkitkan rasa ghairah yang luar biasa hebatnya, untuk menyambut setiap lontaran idea dan harapan pemidato utama, terutama daripada kepemimpinan parti. Di kala itu, saya juga terkenangkan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Assyahid Ustaz Ibrahim Libya, dua anak Kedah yang memahat sejarah tersendiri dalam PAS.

Dari kedudukan saya, yang betul-betul berada di bahagian atas tingkat tetamu kehormat, butiran ucapan agak sukar ditangkap. Malam itu, bagi saya, isi pidato tidak penting lagi. Saya bagaikan menonton satu persembahan yang berjaya mengusik emosi dan perasaan. Gelombang lautan manusia yang nampak berombak, ditambah sorakan dan takbir, serta lebih istimewa lagi tiupan trompet yang biasanya bergema semasa pertandingan bolasepak.

Melalui layar besar, saya lebih terpesona dengan aksi tangkas pengarah program, Mahfuz Omar, yang secara santai menguasai pentas utama. Gaya Naib Presiden PAS itu memperkenalkan beberapa 'selibriti' yang kini menjadi anggota keluarga besar parti cukup menarik.

Misalnya, penampilan bekas pengacara TV Al-Hijrah, Robby anak Tandang, seorang Iban, yang telah memeluk Islam dan kemungkinan bertanding dalam PRU13 nanti, atas tiket PAS, di kerusi Sibuti, Sarawak. Semasa saya berkunjung ke Miri dua bulan lalu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Jofri Jaraiee, banyak bercakap tentangnya. Malam itu bicara Roby @ Muhammad Zaid mempesona terutama apabila mengaitkan dengan hikmah agama. Kebetulan 1 Jun itu Hari Gawai dan beliau tidak lupa mengucap selamat buat rumpun bangsanya.

Secara peribadi saya terkesan dengan ucapan penyanyi Aishah. Tutur katanya teratur dan penekanannya jelas -- isyarat pemikiran politik dan budayanya juga begitu mantap. "Selama 25 tahun saya berada di pentas hiburan. Malam ini saya sangat terharu diberi peluang berada di pentas PAS  dan membuktikan PAS for everyone," kata Aishah. Bekas Juara Lagu itu sempat mengingatkan: "Bila PAS sampai Putrajaya, jangan lupakan artis di sini."

Begitu juga dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Fauzi Shaari, yang kebetulan esok paginya, 2 Jun, saya sempat berbual ringkas bila terserempak dengannya di tangga Pekan Rabu. (Pagi Sabtu itu, setiap kali melangkah di Pekan Rabu, kita pasti berselisih bahu dengan penyokong PAS dari seluruh negara -- petanda aktivis parti Islam mendominasi Alor Setar).

Sesungguhnya Himpunan Hijau itu amat besar makna dan impaknya buat PAS, parti yang dianggap cukup kritikal dalam PRU13 nanti, terutama untuk merebut hati dan minda pengundi Melayu. Cabarannya terlalu besar dan kesempatan masa yang masih berbaki ini mesti dimanfaatkan sepenuhnya untuk menggembleng setiap potensi kekuatan untuk memastikan PAS dapat membantu impian Pakatan ke Putrajaya.

Justeru, saya tidak hairan apabila melihat Umnpo cukup resah dan gelisah dengan Himpunan Hijau itu. Sehinggakan Dr Mahathir Mohamad terpaksa memberi komen bahawa  jumlah besar yang membanjiri program itu  tidak akan diterjemahkan di kertas undi, sambil menegaskan peserta dibayar untuk menghadirinya.

TPM Muhyiddin Yassin juga berkata peserta Himpunan Hijau itu  mungkin dibayar supaya hadir. Katanya, peserta berkenaan mungkin dibayar supaya hadir dari seluruh negara.

Rupanya kerisauan dan kebimbangan saya sebelum 1 Jun itu telah beralih kepada pemimpin Umno, khususnya Muhyiddin dan Dr Mahathir, tentunya dalam bentuk yang lebih dahsyat! Mereka cukup gerun dengan kehilangan kuasa, sesuatu yang lazim dalam "permainan demokrasi".

Malam itu, saya terpaksa bergegas pulang cepat ke hotel, ketika Tuan Guru Presiden berucap, untuk menyiapkan muka-muka utama Harakah edisi Isnin. Malangnya, rakan-rakan jurugambar dan wartawan gagal menghantar bahan tepat pada masanya disebabkan gangguan internet walaupun selepas menunggu sehingga awal Subuh.

Dan saya turut terlupa untuk "menghijaukan" masthead Harakah daripada warna asal merah. "Kalau masthead Utusan Malaysia yang  biru itu pun boleh ditukar kepada merah untuk meraikan bersama sambutan Umno ke-66 tahun di Stadium Bukit Jalil, 11 Mei, mengapa masthead Harakah tak boleh tukar menjadi hijau," tanya seorang pembaca setia Harakah.
Tanpa hadir dan jika tidak dapat memerhati dari sudut paling strategik di stadium malam 1 Jun lalu, walaupun sempat mengikutinya melalui video atau YouTube, saya pasti terlepas saat-saat paling manis sebagai anggota parti Islam, terutama untuk menikmati  kesyahduan tersendiri Himpunan Hijau itu ...

Thursday, June 7, 2012

Fenomena Hijau: Fitnah "anti-Islam" disanggah dengan lautan manusia

WARNA ALAM

Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk semua kerana ia melambangkan kemesraan manusia dan alam sedangkan alam adalah lambang jiwa besar yang mampu menampung apa sahaja yang di dalamnya.  Apabila melihat lambang hijau ia memaparkan satu lambang tanggungjawab untuk memastikan alam ini terus menjadi tempat untuk didiami oleh semua.  Ingat hijau kita akan ingat impian kedamaian, keseimbangan dan ketenangan, ia adalah impian yang dikongsi oleh semua orang di alam ini.

EKSPRESI HIJAU

Di Alor Setar pada 1 Jun yang lalu Hijau menjadi tema di mana-mana namun ia bukanlah pertemuan menyelematkan alam ini dari dicemari dan dirosakkan, ia adalah pertemuan yang tidak kurang pentingnya dari menyelamatkan alam, ia adalah pertemuan menyelamatkan negara dari pencemaran warna Biru Pekat yang kini berasa tidak selamat lagi untuk meneruskan usaha pembiruan mereka ke atas sesetengah bahagian negara ini yang telahpun bertukar menjadi Hijau.
Sesiapa yang hadir dalam pertemuan Hijau di Alor Setar baru-baru ini tidak dapat menafikan bahawa Hijau bukan lagi satu kuasa yang boleh dipandang ringan, Hijau telah membuktikan juga bahawa ia berjaya mencapai matlamat 100 ribu yang disasarkan dan sekaligus ia mewakili sokongan padu rakyat kepada pejuangannya.

KEGILAAN HIJAU


Saya berada di Alor Setar satu hari lebih awal untuk meninjau bagaimana keadaan orang ramai yang hadir.  Saya membayangkan ia menjadi seperti aturcara tahunan biasa seperti Muktamar, namun mulai tengahari 1 Jun itu, suasana menjadi luarbiasa di mana bandar Alor Setar sesak dengan pengunjung dari seluruh negara.
Ada yang datang dengan bas rombongan, kereta, motor dan hampir semua kenderaan membawa bendera hijau dengan bangganya.  Bandar Alor Setar khususnya di sekitar stadium telah "ditawan" oleh gerombolan Hijau, satu "kegilaan" telah berlaku sejak tengahari tadi, semua berpakaian hijau membawa bendera hijau, memakai topi hijau dan bas dan kereta dihiasi dengan bendera hijau.

BERSIAP SEDIA
Paginya semua kepimpinan dari Dewan-Dewan dan Kawasan-Kawasan seluruh negara berhimpun di Kota Sarang Semut untuk mendengar ucapan dari Presiden parti dalam rangka menyiapkan para petugas dan jentera parti berhadapan dengan PRU 13.  Dewan Markaz PAS Kedah itu dipenuhi dengan para peserta yang bersemangat.  Lagu Negaraku berkemundang pada permulaan majlis disertai dengan lagu PAS "Bersatulah!" cukup untuk membangkitkan semangat siapa sahaja yang mendengarnya.
Lagu PAS sendiri meremangkan bulu roma orang yang menghayati senikata lagunya, khususnya pada penghujungnya mengingatkan semua petugas dan pendokongnya: "Selamatlah Parti Islam melangkah, membimbing umah ke medan siasah, berpedomankan Al Quran dan Sunnah, suburlah hidupnya dan pasti berbuah".  Buah yang hendak dipetiknya kali ini bukan calang-calang hasil, PAS mengidamkan mara ke Putrajaya untuk menyelamatkan negara ini dan membebaskannya dari terus dinodai angkara gerombolan Biru Pekat yang menjadi "penjajah" baru negara.

MESEJ

Malamnya, banjiran manusia di tempat duduk stadium Darul Aman dan di atas padangnya menunjukkan parti PAS tetap menjadi pilihan orang ramai walaupun ia difitnah dengan berbagai tohmahan oleh musuh tradisinya dari parti UMNO.  Antara yang menjadi mentera di mulut pemfitnahnya ialah tuduhan bahawa ia telah lari dari perjuangannya dan sanggup bersengkongkol dengan parti "anti Islam". Mentera itu guna untuk menjauhkan orang Melayu daripada menyokong PAS.
Gambar dari Facebook.
Namun pada perhimpunan malam itu, dakwaan dan dakyah itu telah berjaya disangkal oleh PAS dengan kehadiran begitu ramai orang Melayu khususnya yang seolah-olah mahu membalas hujah fitnah itu dengan tindakan mereka hadir beramai-ramai di Stadium Darul Aman malam tersebut.  Inilah yang menggerunkan musuhnya, seolah-olah taktik fitnah sebegitu sudah tidak boleh digunakan lagi kerana orang Melayu pun sudah mual dengan pembohongan UMNO ke atas PAS.  Perhimpunan malam itu bukan sekadar perhimpunan tetapi ia adalah "bahasa badan" PAS untuk mengatakan "mentera kamu sudah tidak terpakai lagi, carilah cara lain untuk berhadapan dengan kami".

PARTI NASIONAL


Patriotisma jelas terserlah pada malam itu, kibaran bendera hijau diselangseli dengan jalur gemilang di mana-mana.  Suasana malam itu adalah sesuatu yang menggalakkan pada PAS kerana ia telah meletakkan dirinya bukan sebagai parti lokal tetapi ia menjadi parti yang mencetuskan inspirasi nasional yang melihat kerangka Malaysia sebagai fokusnya dan bukan sekadar kerangka kedaerahan seperti hanya Kedah, Perlis atau Kelantan.

Bagi membuktikan kesungguhannya melahirkan patriotisma ini, PAS telah membariskan semua kelompok berpengaruh dalam masyarakat untuk berucap menyatakan pendirian sokongan kepada PAS.  Pernyataan ini penting kerana PAS mahu membawa mesej bahawa ia telah bersedia untuk memimpin negara ini.  PAS bukan parti eksklusif untuk kelompok tertentu sahaja atau PAS bukan lagi parti "menumpang" populariti orang lain, tetapi PAS kini parti nasional yang merangkul semua pihak berada di bawah payungnya.  Artis, sasterawan, bekas pegawai tinggi Polis dan bekas pegawai tinggi pentadbiran awam dan ramai lagi yang hadir adalah simbol penerimaan semua pihak kepada PAS.  Malam itu adalah malam PAS menasionalkan dirinya tanpa disedari dan ia sesuatu yang terbaik untuk PAS.

GENDANG DIPALU


Pengacara Mahfuz Omar malam itu menunjukkan PAS tidak akan mengalah dengan tohmahan musuhnya, Naib Presiden PAS itu memberi amaran bahawa himpunan hijau akan digerakkan ke seluruh negara dan rakyat akan dimobilisasikan untuk hadir bagi menunjukkan sokongan kepada PAS dan rakan-rakannya.  Timbalan Presiden PAS pula memberi amaran, "jangan 'paksa' rakyat turun ke jalanraya dengan mencemarkan demokrasi kerana jika pilihanraya yang tidak telus tidak dibaiki, rakyat terpaksa ke jalanraya!"  Timbalan Presiden itu yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu seolah-olah mahu mengisyaratkan kemungkinan BERSIH 4.0 tidak dapat dielakkan jika regim hari ini masih tiada keazaman politik untuk membaiki sistem pilihanraya negara ini.  Bahasa dan konotasi ucapan adalah umpama paluan gendang yang sudahpun dipalu pada malam hijau tersebut.

KEKUATAN HAKIKI
Tidak ada mana-mana parti politik setakat ini yang boleh menampakkan imej keislamannya lebih daripada PAS.  Walaupun UMNO berusaha sedaya upaya untuk bersaing dengan PAS namun sukar untuk orang menerima bahawa UMNO lebih Islamik dari PAS.  Malam itu dimulai dengan solat maghrib berjamaah dan munajat memohon Allah memberkati usaha PAS mara ke Putrajaya.  Munajat adalah sinonim dengan PAS dan itu lambang kejituan asas keyakinan PAS kepada janji Allah bahawa kemenangan akan tiba akhirnya, kita hanya dituntut bekerja untuk kemenangan.  Inilah uniknya PAS, mereka sesekali tidak pernah kecewa dengan usaha mereka kerana keyakinan mereka disandarkan kepada bantuan dari Allah yang dengan kehendakNya memberikan kemuliaan kepada siapa yang dikehendaki dan memberikan kekuasaan pada siapa yang Dia kehendaki.

Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS membawa mesej tersebut dalam ucapan mereka.  Mursyidul Am PAS pula membaca bait syair Arab yang padat dengan pautan dan sandaran kepada Allah di saat manusia sudah kecewa untuk meminta kepadaNya.  Bagi PAS, inilah kekuatan hakiki yang mengikat gerak kerja parti dan ahlinya mencapai cita-cita politiknya.

PENUTUP

Kita perlu ingat hijau juga adalah lambang kemarahan satu watak kartun marvel yang dipanggil "orang hijau" beliau adalah Hulk yang bertukar menjadi hijau apabila dia marah.  Kata-katanya yang menjadi tagline ialah "anda tidak akan suka saya jikalau saya marah".  Saya harap Ekspresi Hijau bukanlah satu kemarahan kerana UMNO pasti tidak akan suka kalau PAS marah, saya lebih suka menganggap ia lambang tanggungjawab PAS untuk memelihara keseimbangan dan kedamaian bumi tercinta ini.
Untuk mencapai cita-cita tersebut halangan besar mesti diatasi terlebih dahulu, bagi PAS dan majoriti yang hadir malam itu halangan besarnya ialah UMNO dan bahtera BN yang dah rosak teruk.  Selagi UMNO dan bahteranya terus menerus "mencemarkan" bumi Malaysia ini cita-cita kedamaian tidak akan tercapai.  Sememangnya himpunan hijau di Alor Setar baru-baru ini satu mesej untuk rakyat Malaysia dan pastinya UMNO memahaminya dengan baik.

*Dr.Mujahid Yusof Rawa (gambar kiri) adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.

Wednesday, June 6, 2012

Himpunan Hijau: Apa mesej PAS?

Himpunan hijau baru-baru ini bukan sekadar himpunan tetapi ia adalah usaha PAS untuk menyampaikan mesej kepada pengikutnya dan pendokongnya bahawa parti Islam itu masih bersemangat dan bertenaga untuk melakukan apa yang dilakukan selama ini iaitu bersaing dengan Umno.

Bezanya kali ini, mesej yang hendak disampaikan ialah, PAS sudah bersedia untuk mengambil alih kuasa politik orang Melayu dengan slogannya menuju ke Putrajaya.

Walau apa pun yang cuba diperkatakan oleh Umno untuk memandang remeh mesej PAS ini, pemimpin mereka dapat merasakan bahawa ketakutan Umno kini sudah sampai ke sum-sum tulang mereka.

Di sebalik kata-kata sinis pemimpin Umno terhadap mesej PAS, kata-kata yang tersirat jelas menggambarkan cemas mereka kepada sambutan yang diterima oleh PAS dalam perhimpunan hijau pada 1 Jun baru-baru ini di Alor Setar, Kedah.

Umno berhujah, PAS sendiri tidak mampu menunjukkan taringnya dalam isu Melayu dan Islam apabila gagal untuk menerajui YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang, begitu juga dengan kegagalan PAS untuk menyandang jawatan Exco Agama di Selangor.

Mereka dengan sinis menyatakan kalau itupun PAS gagal menguasainya dalam Pakatan Rakyat (PR), bagaimana PAS mampu menerajui orang Melayu dan hal ehwal Islam?

Ini adalah mentaliti Umno yang memaksa orang ramai berfikir seperti mereka yang asas pemikirannya ialah menggunakan “politik penguasaan”.

Premis pemikiran inilah yang mereka cuba bawa untuk memandang rendah pada PAS. Malangnya PAS tidak berfikir sekuno itu.

Kehadiran PAS dalam PR bukanlah sesuatu yang tidak menguji ketegasan prinsip yang diperjuangkan.

Pertama, PAS bersetuju bahawa syarat bersama dalam PR tidak akan menjejaskan dasar Islam yang menjadi prinsip perjuangan PAS selama ini.

Kedua, PAS meletakkan kaedah menghapuskan kezaliman sebagai perlaksanaan utama kerjasama antara parti dalam PR, dan ketiga, membentuk budaya politik baru yang menjaminkan pembentukan kerajaan Beramanah, Adil dan Telus.

Bagi PAS, membungkah amalan politik legasi Umno adalah keutamaannya hari ini, sebab itu soal politik penguasaan sesama parti tidak pernah terlintas dalam bentuk kerjasama PR.

Kami semua bersetuju untuk memastikan satu politik baru muncul di luar kerangka legasi politik Umno/Barisan Nasional (BN) hari ini.


Sebesar perjuangan PAS bersama PR ialah membuang politik ketuanan bangsa yang diamalkan oleh Umno.

Umno selaku tonggak BN menampakkan kelemahannya dan kemampuannya untuk membentuk politik baru.

Ini bukan salah pemimpin Umno mahupun golongan muda Umno yang mahukan pembaharuan dalam Umno tetapi yang bersalah ialah “masa”, kerana tarikh luput Umno sudah tamat.

Walau apa pun yang diusahakan, faktor masa tidak mengizinkan Umno. Dikukohkan lagi dengan alasan masa, ialah penguasaan budaya politik yang diselaputi dengan kepentingan diri sehingga telah hilang jatidiri sebuah perjuangan yang kerananya Umno tertegak.

Perbalahan dalaman yang bermatlamatkan kedudukan diri dan kelompok memburukkan keadaan untuk Umno memperbaiki dirinya kerana masa tidak berpihak pada dirinya.

Walaupun kelompok reformis dalam Umno menyedari keadaan ini, mereka akan terus berpusar dilingkaran yang sama sehingga apa yang mereka hujahkan akan membawa kepada mempertahankan amalan-amalan buruk Umno.

Mereka dalam Umno yang merasakan diri mereka reformis adalah sebenarnya konservatif dalam pakaian reformis.

Tidak heranlah hujah mereka kepada mesej PAS adalah hujah seorang konservatif yang terdesak dengan membawa pemikiran politik penguasaan.

PR membudayakan idea perubahan dan berani membongkah amalan-amalan politik kuno yang asasnya ialah Ketuanan Bangsa yang Umno perjuangkan.

Dalam perhimpunan hijau baru-baru ini, PAS telah membawa politik Malaysia kepada satu tahap baru iaitu menjaminkan keadilan untuk semua kaum atas nama Islam.

PAS telah membawa makna Islam dalam bentuknya yang dinamik dalam persekitaran pelbagai kaum.

Apatah lagi Perlembagaan Persekutuan menetapkan “Islam adalah agama resmi Persekutuan”.

Dalam kerangka Islam juga PAS menjaminkan hak semua kaum dari sudut budaya dan agama bersesuaian dengan ketetapan Perlembagaan Persekutuan bahawa “agama lain bebas diamalkan dalam Persekutuan”.

Tawaran ini unik dari Umno, kerana Umno menawarkan Ketuanan Bangsa dan hanya yang menerima ketuanan ini boleh berada dalam kerangka Artikel 3 dan Artikel 11 yang disebutkan di atas tadi.

Islam bagi Umno hanyalah tertunduk kepada politik ketuanan yang menjadi asas perjuangannya. Sementara Umno menggunakan Islam untuk tunduk pada kehendak ketuanan bangsanya, PAS pula menjadikan Islam sebagai asas kandongan manifesto politiknya kepada rakyat Malaysia.

Dari sudut kerangka politik, tawaran Islam lebih terjamin apatah lagi penafsiran Islam PAS merentasi semua kaum dan haknya.

Ketuanan Bangsa bagi PAS terpaksa tunduk kepada keadilan Islam, dengan cara itu orang Melayu akan selamat dan bukan Melayu akan terjamin.

Inilah politik baru yang PAS cuba bawakan supaya negara ini tidak lagi terjerat dengan kitaran ketuanan bangsa yang Umno perjuangkan selama ini dan menjadikan asas penguasaannya dalam BN atas asas ini.

PAS bertegas bahawa ia tetap bersama rakan-rakannya ke Putrajaya. PAS sedar bahawa ia tidak mungkin melakukannya seorang diri.

Transisi perpindahan rakyat Malaysia dari BN ke PR sememangnya bukan mudah kerana rakyat telah terbenam secara akar umbi dalam politik BN.

Isunya ialah bagaimana akar pokok ini yang terengkam kukoh hendak dibongkahkan. Kemunculan PR adalah usaha itu, disebalik tenaga gergasi yang diperlukan untuk berbuat demikian, PR juga terpaksa menanam benih baru, menyemai dan membajainya.

Berbanding dengan tenaga gergasi untuk membongkah akar dan usaha menyemai benih baru, menyemai benih baru lebih sukar kerana ia memakan masa yang panjang.

Kedua usaha dan proses ini sedang giat dijalankan dan pastinya mesej 1 Jun di Alor Setar baru-baru ini adalah untuk memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa PAS sedang melakukan kedua-keduanya sekali....The Malaysian Insider.

Tuesday, June 5, 2012

Antara Himpunan UMNO di Bkt Jalil , Belia di Putrajaya & Hijau di Alor Setar.. nampaknya PAS no 1..!!

Himpunan Hijau lagi bukti kuasa mobilisasi PAS
Oleh Siasahdaily

Tiga perhimpunan besar dengan matlamat menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini; perhimpunan ulang tahun Umno ke-66, perhimpunan belia di Putrajaya anjuran kerajaan Barisan Nasional dan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya oleh PAS.

Selepas beberapa hari berakhir Himpunan Hijau di Alor Setar, Kedah oleh PAS, perhimpunan ini menunjukkan kesan paling positif kepada penganjurnya, berbanding perhimpunan belia dan ulang tahun Umno.

Selain perbandingan mudah dan terpilih seperti yang tersebar di laman jaringan sosial Facebook, satu kelebihan yang masih dimiliki PAS ialah kemampuan menggerakkan jumlah ahli yang besar, dan digerakkan secara keseluruhannya dengan inisiatif ahli dan parti.
Perhimpunan di Alor Setar minggu lalu telah membuktikan lagi kemampuan mobolisasi PAS ini, yang menyebabkan PAS terus menjadi aset penting dalam gabungan Pakatan Rakyat dan kempen Bersih.

Kemampuan mobilisasi ini menjadikan PAS tunjang kepada segala aktiviti menggerakkan massa, satu senjata terhadap pemerintah yang masih belum digunakan sepenuhnya oleh pembangkang dan gerakan antirejim.

Sejak perhimpunan Bersih pertama pada hujung 2007 hingga yang terbaharu April lalu, PAS menjadi penentu yang memastikan kehadiran besar peserta.

Kejayaan perhimpunan di Alor Setar Jumaat lalu paling utama melibatkan jumlah ahli yang hadir, yakni sekitar 100,000 orang, pada hari bekerja sebahagian besar negeri lain, dan di negeri Kedah yang agak jauh ke utara semenanjung.

Selain itu, kejayaan perhimpunan itu (tanpa kes yang memalukan seperti kemalangan kereta lumba) sedikit memulihkan persaingan dalaman melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS, yang mencetuskan berita panas penggantian menteri besar dan persengketaan seorang exco dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.  

Kritikan-kritikan pemerintah termasuk pemimpin Umno terhadap perhimpunan itu juga kelihatan lemah dan sekadar menyuarakan kritikan tanpa sebarang isu yang substantif.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, Himpunan Hijau menyumbang kepada pembinaan dan pengekalan momentum untuk menghadapi pilihan raya.

Ucapan presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kelihatan memberi fokus sepenuhnya kepada usaha memenangi kerajaan persekutuan, dengan menyifatkan masa kini merupakan masa terbaik untuk PAS mencapai kejayaan itu.

"Sejak mencapai kemerdekaan, PRU kali ini adalah peluang terbaik bagi PAS untuk merealisasikan cita-cita murni tersebut, justeru saya menyeru seluruh ahli-ahli PAS dan pendukung kebenaran supaya bersiap sedia ke arah itu," kata Abdul Hadi.

Momentum menuju pilihan raya - dan bukan kaitan terus atau ukuran jumlah yang hadir dengan jumlah undi dalam pilihan raya nanti - menjadi kejayaan terbesar Himpunan Hijau, yang boleh dijadikan pembakar semangat kepada parti.

Walau bagaimanapun, selain isu persiapan Pilihan Raya Umum ke-13 dan menuju Putrajaya, isu setelah sampai di Putrajaya juga perlu mula difikirkan dengan serius, melibatkan kedudukan dan pengaruh PAS dalam kerajaan baharu sekiranya berjaya dibentuk nanti.

Sunday, June 3, 2012

Wajar Kalau Umno Malu Dengan Himpunan Hijau


Timbalan Presiden Umno Udin anak Yassin sekata dan seracun dengan pemimpin Umno lain tentang kejayaan himpunan hijau ke Putrajaya anjuran Pas yang diadakan di Alor Setar, Kedah Jumaat lalu. Sewajarnya kalau Umno jelaous dan merasa sakit hati atas kejayaan itu. Dengan jumlah kehadiran lebih 100,000 ahli dan penyokng Pas meletakkan Umno Kedah dalam tertekan kini.

Ahli dan penyokong Umno Kedah jadi trauma dengan himpunan berkenaan. Trauma ini akan berterusan sehingga tiba pilihan raya.
Kepaduan dan semangat ahli dan penyokong Pas ini dicemburui Umno.

Gambaran himpunan itu telah memberi isyarat awal yang Umno Kedah bakal dikafankan dalam pilhan raya akan datang. Kepaduan ahli dan penyokong Pas Kedah yang diharapkan terburai ekoran berlaku krisis dalaman tidak lama lalu mengecewakan Umno. Himpunan itu disamping Pas berjaya meruapkan semangat berpilihan raya sekali gus ia menyerlahkan kekuatan sebenar Pas Kedah.

Lebih istimewa himpunan menyatakan hakikat sebenar Pas bahawa parti itu terus mendapat keyakinan dan kepercayaan orang Melayu.

Benar, yang hadir berhimpun dan memenuhi stadium Darul Aman itu bukan saja rakyat Kedah. Ia datang dari seluruh negara. Namun tidak dapat dinafikan seluruh rakyat Kedah hadir dan angkanya mencecah 40 hingga 50 ribu.

Lantaran itu Umno cuba mencari akal dan helah mempedayakna rakyat kononnya himpunan itu tidak asli dan tulen. Kononnya ia diupah? Cara Umno itu membunuh dirinya sendiri kerana ia cuba menipu diri sendiri dengan sesuatu yang diketahui umum.

Jumlah itu tidak mungkin dapat diatasi ataupun disamai oleh Umno Kedah. Kalau sekalipun Umno Kedah mengeluarkan belaja besar, memberi wang sakut RM30 hingga RM100 seorang belum tentu angka seramai itu dapat dikumpulkan di stadium Darul Aman. Usahkan untuk Kedah yang kini Umno berpecah kepada tiga atau empat puak, himpunan sempena ulang tahun Umno ke 66 di stadium Bukit Jalil pun gagal mencapai sasaran untuk mengumpul 100,000 orang. Kalau himpunan peringkat kebangsaan Umno gagal mengumpul jumlah besar apa lagi himpunan peringkat negeri.

Kegagalan Umno membuat kejutan dalam mengumpul orang ramai semasa himpunan  jutaan belia juga yang telah menghabiskan wang ratusan juta menjadi Umno dua kali ditimpa perasaan malu pada awal tahun ini. Himpunan jutaan belia itu gagal untuk menghimpun belia serentak dengan angka sebesar 100,000. Tetapi Umno terus membohongi rakyat menerusi medianya kononnya 2 juta turut berhimpun dan himpunan itu sejarah terbesar dunia.

Apabila Udin anak Yassin menuduh Pas mengumpah orang ramai agar hadir ke himpunan hijau itu, saya tidak rasa pelik bahkan hendak tergelak. Pas sendiri tidak perlu merasa malu dengan tuduhan itu. Kalau pun ia benar tidak ada masalah kerana sebelum Pas berbuat begitu ia sudah menjadi amalan Umno secara tradisi dan bayaran dan beli manusia budaya Umno.

Kalau benar begitu masih ada orang terhingin dengan wang ringgit Pas. Berbeza dengan Umno yang mengupah dengan nilai tinggi pun tidak menjamin orang ramai sedia menerima dan sanggup melakukan apa yang Umno suruh.Umno tuinggu masa akan jadi hina dina sajalah bila wangnya tidak ada nilai lagi.

Di sini menunjukkan Pas masih ada maruah dan ada nilai diri. Wang yang Pas berikan masih diambil orang. Ini berbeza dengan Umno, walaupun memberi upahan besar tetapi ada orang menolaknya. Di sini kita mencabar Udin anak Yassin dan Umno agar membuat himpunan sama di Alor Setar dalam masa terdekat. Upahlah dengan seberapa banyak, dan angkutlah orang ramai dengan kapal ternag sekali pun. Kita mahu tenguk berapa kerat yang sanggup datang berhimpun menyokong Umno di negeri itu.

Cubalah lakukan.[wm.kl.8:21 pm 03/06/12]
 
Mohd Sayuti Omar, 
http://msomelayu.blogspot.com/2012/06/susupan-malam.html

Himpunan Hijau memberi suntikan ke Putrajaya


(Baiah PAS dalam perjalanan menuju ke Putarajaya)

ALOR SETAR:  Pastinya ahli dan penyokong PAS rasa puas terhadap Perhimpunan Hijau Menuju Ke  Putrajaya yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah Jumaat lepas.

Selain dapat bertemu sahabat handai dan rakan taulan dari seluruh negara ianya juga bermatlamat membuktikan kepada pemerintah Umno dan Barisan Nasional (BN) bahawa PAS bersungguh untuk menawan pusat pentadbiran bersama dengan parti gabungan Pakatan Rakyat.

Ia bukan memukul tong kosong sebagaimana yang sering diperkatakan oleh kepimpinan Umno dan BN sebaliknya pendakian ke Putrajaya tidak mustahil asalkan ada kerja kuat segenap lapisan jentera walaupun menyedari pemergianya penuh dengan liku yang perlu ditempuhi.



Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapannya di malam berkenaan, menyifatkan perjalanan PAS sehingga ke saat ini memang cukup kental menempuhi berbagai peristiwa pahit manis dalam perjuangan termasuk ketewasan kepimpinan utama di tengah jalan.

Namun, apa pun ketewasan kepimpinan ia tetap diganti dengan kepimpinan yang lebih telus dan berdisplin malah lebih sibuk turun padang melawat jentera bawahan sambil memberikan peransang kepada mereka meneruskan perjuangan serta memberikan nafas baru terhadap orang baru yang menyertai pasukan ini.

Apa-apa pun kata Presiden, "kita mesti ada tautan dengan Allah s.w.t yang memberikan kita kemenangan hakiki."

Tetapi, usaha demi usaha wajar di gerakkan sama dengan perancangan rapi sebab musuh juga mempunyai segala macam jentera dan wang ringgit.

Program Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya itu walaupun disambut dengan limpahan hujan rahmat bermula jam 4.00 petang itu tidak sekali-kali mematahkan semangat ahli dan penyokong tegas tidak kira lelaki ataupun wanita.

Bahkan perhimpunan ini menyerlahkan lagi ikatan persaudaraan sesama Islam dalam satu fikrah tidak macam perhimpunan tajaan Kerajaan BN penuh dengan kemaksiatan dengan alasan itulah yang belia hari ini kehendaki.


Tanpa disedari tindakan Kerajaan BN itu mematikan harapan belia pada masa depan apabila mendedahkan mereka dengan perkara sia-sia tidak bermakna dan boleh menumpulkan pemikiran anak muda yang sepatutnya lebih kreatif berfikir.

Lautan manusia seramai lebih 100.000 orang itu memenuhi kerusi dan padang stadium sekali dilihat umpama semut yang sedang menghisap manisan tidak berganjak walaupun sedetik dalam suasana berhimpit-himpit dan dalam keadaan yang kurang selesa berikutan tanah dan rumput yang becak, berair ekoran hujan lebat sebelah petangnya.

Sembahyang Magrib, Isya dan hajat dimanafaatkan sepenuhnya untuk memohon Allah s.w.t memberikan kemenangan kepada gerakan Islam untuk sebaris memerintah Malaysia yang dicintai.  Kelambatan bertindak untuk mengambil alihan kuasa pentadbiran akan memusnahkan Malaysia.

Ini kerana, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala mesti diberikan perhatian sebab beliau bukan calang orang meneka begitu sahaja bahawa Malaysia akan bangkrap 2019 seandainya kerajaan tidak menangani masalah rasuah.

Pada malam itu juga terdapat tiga kejutan telah dilakukan pertamaya kehadiran Mohd Zaid Bin Tandang selebriti TV  Al Hijrah yang mengelolakan rancangan berkaitan saudara baru, kemasukan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zin Nik Yusuf ke dalam PAS dan tentangan 13 biji bola berwarna hijau sebagai simbolik 'tendangan ke Putrajaya' oleh enam orang bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Selepas sahaja tentangan tersebut bergemalah beberapa dentuman bunga api menghiasi langit yang hitam pekat.

Semoga apa yang dicapai di Perhimpunan Hijau itu akan membawa harapan baru kepada pencinta agama seluruh  pelusuk negara untuk mengubahkan, membersihkan dan mewarnai Putrajaya.

Himpunan Hijau ke Putrajaya... Wah, lebih 100,000 hadir..!!!

Oleh Aspan Alias

Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar malam tadi adalah perhimpunan raksasa dan yang hampir sebesar perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April yang lalu. 

Himpunan Hijau itu telah menunjukkan kepada rakyat seluruh negara bahawa kedatangan lebih daripada seratus ribu pengunjung perhimpunan itu membayangkan manifestasi keseluruhan rakyat benar-benar serius untuk ke Putrajaya selepas PRU yang akan datang ini.
Himpunan anjuran PAS ini sangat berjaya kerana orang ramai sudah memenuhi stadium dari pukul 4 ptg semalam. Orang ramai bukan sahaja telah memenuhi semua tempat duduk Stadium Alor Setar itu tetapi juga meliputi padang stadium tersebut dan juga di luar stadium. Ramainya peserta himpunan ini menunjukkan bahawa rakyat serius dalam perjuangan untuk menuju ke Putrajaya dan sambutan itu sudah cukup untuk memberikan gambaran sebenar akan kemahuan rakyat keseluruhannya.
Kejayaan ini amat membanggakan kerana mereka datang dengan sukarela dari seluruh negara tanpa dibayar tambang atau tempat penginapan dan tidak pula diberikan kemudahan perkhidmatan ribuan bas percuma seperti yang dilakukan oleh UMNO. Bayangkan jika UMNO menganjurkan perhimpunan tanpa wang, topi dan T-shirt serta tempat penginapan tidak akan ada siapa pun yang akan hadir kerana pergerakan UMNO dan ahlinya memerlukan tolakan dengan wang ringgit.
Jika UMNO hendak megadakan perhimpunan sebesar ini secara ‘conservative’nya ia akan memakan belanja sekurang-kurangnya RM15 juta. Itulah sebabnya saya dan ramai yang lain selalu berkata UMNO (baru) tinggal sejarah sahaja setelah wujud sejak 24 tahun yang lepas.
Kalaulah begini keadaannya saya tidak nampak bagaimana UMNO boleh bertahan di seluruh negara dan apatah lagi untuk kembali mengambil alih kerajaan Kedah itu. UMNO tidak berani untuk menunjukkan kepada media keadaan himpunan sejuta belia yang baru berlalu itu. Kementerian Belia dan Sukan telah berbelanja puluhan juta ringgit untuk membawa artis-artis dari dalam dan luar negara untuk mendapatkan kehadiran yang sejemput itu.
 
Sebaliknya ratusan ribu yang datang ke Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar malam tadi tidak perlu membawa artis Korea dan Jepun dengan pakaian-pakaian seksi dan mengiurkan tetapi perhimpunan itu hanya didatangi oleh Uztaz Azhar Idrus sahaja. Uztaz Azhar Idrus tidak datang dari Korea atau pun Jepun dan tidak pula berpakaian seksi atau pandai menari dan berjoget. Uztaz Azhar Idrus hanya datang dari Terengganu sahaja.
Enam puluh peratus daripada ratusan ribu yang hadir itu adalah dari golongan muda mudi, kelompok terbesar di antara rakyat negara ini. Himpunan ini merupakan pemaparan manifestasi sebenar rakyat di negara ini. Mereka mahukan perubahan. Untuk kemajuan masa depan kita perlukan perubahan. Mereka mahu menolak kerajaan rasuah melalui peti undi dalam pilihanraya yang akan datang. Itu sahaja.
Jika dinilai daripada keadaan tekanan terhadap kerajaan hari ini tidak salah jika kita cadangkan supaya UMNO mengangkat bendera putih sahaja dan menyerahkan sahaja pentadbiran kerajaan kita kepada pihak alternatif kali ini.
Kita tengok sahajalah, apa yang UMNO perlu buat selain dari mengaku kalah sahaja. UMNO sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi sebenarnya. Hanya yang tinggal pada UMNO ialah ego dan keras kepala mereka sahaja.
Bagaimana pula reaksi Rais Yatim kali ini berhubung dengan jumlah peserta perhimpunan ini. Agak-agak Dato' Seri, jumlah kehadiran perhimpunan hijau ini sampai tak 2,000 orang? Kita hendak bertanya kepada Dato' Seri, kerana dalam ramai-ramai rakyat di negara ini hanya Dato' Seri sahaja yang pandai mengira. Kita semua ini semuanya buta, tuli dan bodoh-bodoh belaka.
Tetapi gambar-gambar ini dengan sendirinya memberitahu Rais Yatim jumlah sebenarnya kehadiran peserta Himpunan Hijau ke Putrajaya itu. Dato' Rais, kigho boto-boto.
 
http://aspanaliasnet.blogspot.com

Kuliah ustaz Azhar Idrus di Himpunan Hijau


Saturday, June 2, 2012

'K-POP' di Himpunan Hijau...!!!

Perhimpunan HIJAU @ K-POP (Kedah-Perhimpunan Of PAS)

Terima Kasih kpd semua pihak yang terlibat menjayakan majlis...Walaupun tanpa konsert dan artis hebat anda tetap hadir dengan satu tujuan yang sama. (Gambar-gambar yg di ambil sekitar kawasan Stadium D.A semasa perhimpunan berlangsung.



 
 

Pakatan perlu menang sekurang-kurang 100 kerusi parlimen Semenanjung untuk tawan Putrajaya

Firman Allah:
وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


1. Mukadimah

PAS menyertai PRU ke-13 ini bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) dengan matlamat untuk membentuk kerajaan yang dapat menunaikan amanah dengan baik berpandukan petunjuk Allah, dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN), seterusnya mendirikan sebuah pemerintahan yang adil dan mendapat keredhaan Allah s.w.t., insyaAllah.  Sudah tiba masanya BN diundurkan, kerana tempoh masa terlalu panjang sehingga terdedah banyak kesilapan yang memalukan.  Kalau dibiarkan berterusan, menambahkan lagi perkara-perkara yang membebankan rakyat dan membanyakkan dosa-dosa pemimpinnya.

Sejak mencapai kemerdekaan, PRU kali ini adalah peluang terbaik bagi PAS untuk merealisasikan cita-cita murni tersebut.  Justeru saya menyeru seluruh ahli-ahli PAS dan pendukung kebenaran supaya bersiap sedia ke arah itu.
Dalam menghadapi PRU ke-13 seluruh ahli-ahli PAS perlu bersedia dari segi rohani dan jasmani, dan juga dari segi dalaman organisasi dan luaran, kerana pertembungan dalam PRU kali ini mungkin yang paling sengit akan kita hadapi.

Marilah kita mengambil iktibar dari peringatan Sayyidina Umar bin al-Khattab r.a. kepada panglima tentera Islam Sa`ad ibn Waqqas r.a. dalam menghadapi tentera Parsi sebelum meletusnya Perang al-Qadisiyyah:

فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة

Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah swt dalam apa jua keadaan.  Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik-baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan.  Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar-benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu sendiri, lebih daripada maksiat musuh-musuh kamu.  Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh-musuh mereka.  Sesungguhnya orang-orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt.  Jika tidak demikian, tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka.  Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidaklah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki.  Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita.

2. Kandungan


2.1 Allah menjanjikan kemenangan kepada para pendukung perjuangan Islam sebagaimana Firman Allah s.w.t.:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَہَا‌ۖ نَصۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٌ۬ قَرِيبٌ۬‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Wahai orang-orang yang beriman!  Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?  Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjihad menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya di-dunia ini) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (al-Saff: 10 – 13)

Allah s.w.t. akan mengurniakan kemenangan kepada penolong-penolongNya dalam dua bentuk, iaitu kemenangan yang besar (الفوز الغظيم) di akhirat dan kemenangan yang hampir (فتح قريب) di dunia.

Kemenangan akan diperolehi dengan bantuan Allah s.w.t. (نصر من الله) setelah kita mempersiapkan ahli-ahli parti yang beriman dan berakhlak, komited, pimpinan-pimpinan parti yang berilmu, jentera-jentera parti yang tersusun dan strategi-strategi parti yang tepat.

2.2 Menegaskan kembali usaha PAS untuk membangunkan Negara Berkebajikan yang akan memberi keadilan kepada semua manusia dan alam sejagat.
Tiada percanggahan antara usaha membangunkan Negara Berkebajikan dengan dasar perjuangan PAS sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan PAS Perkara 5(1):

"Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah".

Memenuhi ciri-ciri kumpulan Islam yang dinyatakan oleh Firman Allah: (آل عمران)

104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang berjaya.

PAS sedia berdialog dengan mana-mana pihak kalangan kumpulan Islam (NGO) yang membuat tuduhan bahawa PAS telah lari dari perjuangan, untuk menerangkan pendirian PAS yang sentiasa beristiqamah.

Membangunkan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam PAS sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) Allah s.w.t. bukan sahaja kepada manusia, malah kepada seluruh alam sejagat.

PAS menyeru kepada semua pihak memahami takrifan Negara Berkebajikan sebagai yang dikemukakan:

"Kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip-prinsip adil dan ihsan (العدل والإحسان) di dalam seluruh sistem pemerintahan termasuklah pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain, seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan (فاستبقوا الخيرات) dan saling bekerjasama (التعاون) ke arah kejayaan (الفلاح) pemerintah dan rakyat di dunia dan di akhirat."

Allah membuat perbandingan dengan firmannya: (البقرة)

200.  Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat.

201.  Dan di antara mereka ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"

Model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan oleh PAS telah membimbangkan UMNO dan BN, kerana sejak 54 tahun yang lalu melakukan diskriminasi bukan sahaja terhadap kaum-kaum lain, tetapi juga terhadap sesama kaum Melayu dan Bumiputera.

Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah ini, diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama termasuklah kepada alam sekitar.

2.3 PAS telah bersedia untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

UMNO sebagai parti yang menjadi teras PERIKATAN dan BN yang telah memerintah negara sejak selepas kemerdekaan semakin terbukti gagal membawa keadilan dan perpaduan yang sebenar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dasar perjuangan sempit UMNO yang berteraskan kebangsaan Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan UMNO bukan sahaja tidak berupaya mengangkat martabat kaum Melayu, bahkan gagal membangunkan peradaban Islam di Malaysia.  Bahkan mencalarkan imej Islam yang murni dan mengancam perpaduan rakyat yang berteraskan adil kepada semua.

Dengan semangat kebangsaan Melayu tersebut, UMNO telah membelakang al-Quran dan al-Sunnah yang sepatutnya menjadi teras utama politik Islam.  Hukum-hukum Allah dan nilai-nilai peradaban Islam dipinggirkan dalam pemerintahan negara.

Apabila Islam tidak menjadi dasar politik dan pemerintahan, martabat Melayu juga tidak dapat dipertahankan.

UMNO juga bertanggungjawab

- Menghakis kuasa Raja-raja Melayu melalui pindaan Perlembagaan tahun 1983 dan 1993 yang menghakis peranan Raja-raja Melayu sebagai kuasa semak-imbang (check and balance) kepada Legislatif dan Eksekutif.

- Meminggirkan bahasa Melayu dan tulisan Jawi

- Merampas tanah-tanah orang Melayu sehingga Tanah Rizab Melayu berkurangan daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 selepas merdeka, menyusut hampir separuh kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995.

- Menggadai tanah Felda Plantation seluas 360,000 yang juga termasuk tanah rezab Melayu untuk dipajakkan dalam proses penyenaraian FGVH sehingga membolehkan pemilikan oleh warga asing.

- Merosakkan sistem Federalisme dengan mendiskriminasikan kerajaan-kerajaan negeri Melayu seperti Kelantan dan Kedah.  Antaranya dengan menafikan hak kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu terhadap Royalti Petroleum, serta cuai terhadap Sabah dan Sarawak.

Pemerintahan UMNO juga gagal memelihara jatidiri masyarakat Melayu sehingga berlaku keruntuhan akhlak yang semakin membimbangkan.  Salah satu petunjuknya, kadar kelahiran anak luar nikah meningkat setiap tahun.  Pada tahun 2009, seramai 17,703 anak luar nikah telah didaftarkan.
 PAS benar-benar bersedia untuk memimpin perpaduan ummah berdasarkan anjuran al-Quran dan al-Sunnah.

2.4 PR juga telah bersedia untuk menggantikan BN untuk memimpin Malaysia.
Negara Malaysia di ambang keruntuhan apabila tunjang-tunjang utama politik negara semakin runtuh dengan:
- Terhakisnya semangat federalisme.
- Kuasa yang terlalu besar kepada Perdana Menteri selepas hakisan kuasa Raja-raja Melayu.
- Tidak menghayatai sistem pemisahan kuasa, sehingga Institusi Kehakiman tidak lagi berwibawa dan hilang keyakinan.
- Agensi-agensi penting untuk keadilan dan keamanan seperti SPRM, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan lain-lain dipaksa tunduk kepada kuasa eksekutif Perdana Menteri.
- Media massa yang dicengkam oleh Kerajaan.
- Pilihanraya yang tidak lagi bersih sehingga kemungkinan untuk berlaku penipuan adalah begitu besar.
- Ketika orang lain mengambil contoh daripada Islam dengan memelihara hak rakyat, BN yang berketuakan UMNO menipu dan merasuah rakyat untuk mengekal kuasa dengan apa sahaja.

Masa depan ekonomi Negara juga semakin suram.

- Hutang Negara semakin meningkat sehingga berada di paras RM 430 biilion melebihi 53% KDNK Negara.
- Hutang isu rumah juga semakin meningkat sehingga mencecah RM 577 billion, iaitu 77% dari KDNK, merupakan yang tertinggi di Asia.
- Kos sara hidup rakyat juga semakin tinggi.
- Jurang kekayaan yang semakin melebar antara golongan kaya dan miskin. 40% isi rumah berpendapatan RM 1500 ke bawah, manakala 60% isi rumah berpendapatan RM 3000 ke bawah.

Amalan rasuah dan salahguna kuasa semakin menjadi-jadi sehingga berlaku pembaziran dan ketirisan.  Kedudukan Malaysia dalam ranking Indeks Persepsi Rasuah semakin merosot kepada tangga ke-60 tahun 2011 berbanding tangga ke-56 tahun 2010.

Dasar dan polisi yang kerajaan juga tidak dikaji sedalam-dalamnya sehingga berlaku flip-flop dalam membuat keputusan seperti keputusan kerajaan berkaitan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan yang terbaru isu pembelian saham MAS oleh Air Asia.

Begitulah kehancuran boleh berlaku apabila amanah diberikan kepada mereka yang bukan ahlinya.

فإذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة

2.5 Roadmap ke Putrajaya
  PAS menyertai PRU ke-13 dengan tujuan untuk mencapai kemenangan. Sehubungan dengan itu, PAS dan PR mesti memperkukuhkan penguasaan kerusi kita di Semenanjung Malaysia di samping melipat-gandakan penguasaan di Sabah dan Sarawak.
  PR perlu memenangi sehingga sekurang-kurangnya 100 kerusi parlimen dari 165 kerusi di Semenanjung Malaysia. Untuk mencapai jumlah tersebut PAS perlu:
- Mengekalkan semua kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU ke-12 2008
- Menambah lebih banyak kerusi di Terengganu, Perak dan Selangor berbanding PRU ke-12 2008.
- Memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen di Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

PAS mesti berusaha bersama PR untuk mempertahankan kemenangan di negeri-negeri yang sedia diperintah oleh PR iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

PAS mesti berusaha bersama PR untuk memenangi semula negeri Perak dan Terengganu di samping berusaha menawan negeri Perlis.

PAS mesti berusaha bersama PR untuk melemahkan penguasaan UMNO dan BN di kubu mereka, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan.

PAS juga mestilah bersedia menerima dan mengalu-alukan penyertaan golongan al-mala’ yang ingin menegakkan Islam bersama PAS, antaranya seperti golongan penjawat awam, kelompok budayawan, artis dalam berbagai bidang, pemimpin masyarakat dan pentadbiran kerajaan dan sebagainya.

PAS mesti memberi tumpuan untuk menambah sokongan pengundi-pengundi Melayu sehingga menambah secara purata 3-4 % dengan langkah-langkah berikut:

- Meyakinkan masyarakat Melayu bahawa PAS benar-benar bersedia untuk memimpin Negara dan akan martabat martabat masyarakat Melayu dengan mendaulatkan Islam.
- Menyedarkan masyarakat Melayu dengan isu-isu yang mereka mempunyai kepentingan langsung seperti isu FELDA, pengambilan dan rampasan tanah, majoriti masyarakat Melayu yang terpinggir dan salah urus wang zakat.
- Menjadikan masyarakat Melayu bandar dan golongan Melayu kelas pertengahan sebagai agen perubah penting kepada pengundi-pengundi Melayu luar Bandar. Kesempatan bulan Ramadan dan Eidul Fitri perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan tersebut.
- Mendekati golongan-golongan yang berpengaruh besar dari kalangan pengundi-pengundi Melayu seperti penjawat awam dan pertubuhan masyarakat sivil.

PAS melalui Dewan Pemuda perlu memberi tumpuan yang besar kepada pengundi-pengundi Muda yang sebahagian besar mereka berada di bandar-bandar.

PAS melalui Dewan Muslimat perlu mengekang dan mengurangkan sokongan kaum wanita kepada BN dan juga mendekati dengan berakhlak penggerak-penggerak KEMAS yang sebahagian besarnya dari kalangan kaum wanita.

PAS melalui Dewan Ulama perlu mendekati golongan agamawan dan NGO-NGO Islam untuk meyakinkan mereka bahawa PR bersedia memikul amanah ke arah pemerintahan yang adil dan ihsan.

PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan terus mendekati para pengundi bukan Islam untuk meyakinkan mereka dengan slogan "PAS for All".

Semua ahli-ahli PAS mesti mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan RELA di samping penyokong-penyokong UMNO dengan akhlak yang terpuji supaya mereka beralih menyokong perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS.  Sekiranya PAS dan PR diberi kepercayaan memimpin Malaysia kesemua mereka akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari Sirah Rasulullah s.a.w. tidak akan wujud gejala membalas dendam terhadap mana-mana pihak.
 
2.6 Persiapan Ahli-ahli PAS
Firman Allah:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan melaksanakan tugas masing-masing) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali Imran: 200)

Berdasarkan ayat di atas seluruh ahli PAS perlu mempersiapkan diri dengan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi PRU ke-13 yang merupakan pertembungan yang paling sengit.

Para petugas PAS perlu mempertingkatkan akhlak kita dalam menghadapi pertembungan sengit ini walaupun menghadapi provokasi yang melampau daripada pihak lawan.
Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan untuk memperkukuhkan jentera parti daripada peringkat pusat sehingga ke peringkat cawangan dengan mengelakkan khilaf yang tidak perlu dan mengutama semangat syura dalam membuat keputusan di setiap peringkat.

Mempereratkan hubungan dengan Allah s.w.t. dengan terus bermunajat dan bertawakkal kepadaNya bagi memenuhi ciri-ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah.

3. Penutup
Saya menyeru semua ahli-ahli PAS menjadikan gerakkerja dalam PRU ke-13 sebagai sebahagian dari jihad dan ibadah dengan membetulkan niat kita, melaksanakan tugas dengan Istiqamah dan Iltizam, semata-mata mencapai keredhaan Allah.
 الله أكبر ولله الحمد
*Intipati Ucapan Presiden PAS (gambar kiri) Munajat dan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya, dengan tajuk Himpunan Hijau Menuju Putrajaya. Dipetik dari Harakah Daily.

Mana Ahli PAS yg tak turun ke HIMPUNAN HIJAU nie dia senarai kerugian hangpa..!!

Senarai kerugian ahli PAS yang ponteng Himpunan Hijau ke Putrajaya semalam

Sebelum aku senaraikan, suka aku nak ingatkan yang senarai ni senarai peribadi aku, seorang blogger ahli PAS yang tak berapa nak cukup tarbiah.

Memang rugi besar la ahli PAS yang ponteng program kemarin dulu tu.

Antara kerugian ahli PAS yang tak hadir program Himpunan Hijau ke Putrajaya tu:

1. Terlepas peluang diuji dengan hujan di tengah padang dalam stadium.

Biasanya yang berpeluang kena hujan tengah padang dalam stadium ni cuma pemain bolasepak ja dan bukan semua pemain bolasepak boleh main dalam stadium macam Stadium Darulaman ni. Lebih rugi lagi terlepas ujian ditimpa hujan lebat dalam program besar macam tu. Aku memang respek la yang bertahan tengah padang masa hujan lebat tu.
 Tapi bagi jenis yang macam aku walaupun ada kat sana tapi terlepas jugak peluang tu pasai leka melantan bihun sup kat khemah geerai Abang Noq Bihun Sup. Tiba-tiba hujan turun, terus melekat kat situ sampai hujan seriat.

Duduk kat situ boleh la setakat berpeluang tengok kain tarpan semurup tepi khemah nyaris diterbangkan angit kuat.
2. Terlepas peluang tengok Ust Azhar Idrus jawab soalan secara LIVE.

Memang ada sesetengah orang tak teruja pun nak tengok Ust Azhar Idrus ni secara LIVE jawab soalah cara dia yang tersendiri, dan malangnya aku termasuk salah sorang yang tak berapa nak teruja tu. Tapi aku rasa bertuah jugak la pasai berkesempatan rasa pengalaman tu. Tu pun pasai dah puas duduk lama sangat kat gerai bihun sup, aku masuk dalam stadium. Hahaha...

Mungkin tak berapa nak bertuah sangat pasai tak nampak muka pun, jauh, tak boleh nak rapat ke pentas. Takat boleh tengok kat screen besar secara LIVE pun kita ok la tu.

3. Terlepas peluang dengar ceramah PAS dalam bahasa Iban secara LIVE.

Ruby anak Tendang atau nama Islam dia Zaid, bekas pengacara TV Al-Hijrah yang letak jawatan pasai nak aktif dengan PAS dan sekarang bergerak di Kawasan Miri. Memang sebijik dia cakap Iban pasai dia memang orang Iban.

Mana nak dapat peluang macam ni kat tempat lain. Lain la kalau kerja jadi cikgu, ada peluang jugak ditukarkan ke Sarawak kalau aktif sangat dalam PAS... Hahaha.

Yang menariknya bergema stadium bila habih Zaid yang berkepala botak ni habih bercakap guna bahasa Iban, macam depa faham!

4. Terlepas peluang memupuk sifat sabar pasai terpaksa bersesak-sesak terutama masa nak balik.


Pengalaman ni memang biasa bagi kaki dengar ceramah yang pantang dengar cerita ada ceramah kalau tak jauh sangat tentu pi punya, tapi tidak untuk aku yang bukan kaki ceramah. Memang menuntut kesabaran, nasib baik la aku naik bas rombongan

Tapi aku kesian tengok sorang kakcik tu yang naik kereta sorang-sorang. Memang nampak jelas di muka dia rupa orang yang hampir hilang sabar. Dia persoai ada apa sampai jalan jem macam tu.

Tapi tak kata kat dia la pasai dari rupa, lorat bahasa dan cara berpakaian, aku yakin kak cik tu bukan orang melayu dan beragama Islam. Dia nak balik rumah dia kut tapi tersangkut masa orang ramai tengah keluar dari stadium.

5. Terlepas berbaiah dengan seluruh kepimpinan PAS.


Peluang macam ni memang susah nak boleh dapat. Kecuali la kalau berpeluang jadi calon pilihanraya, baiah depa lagi power.

Tapi aku sempat lagi nak ngelat bila sampai part 'wala', siap 'oter' baiah tu dalam hati... Hahaha...

6. Terlepas peluang solat hajat berimamkan TG Hj Musa. Yang ni pada aku kerugian yang paling besar kalau terlepas.

Bagi orang Kedah mungkin ramai yang dah biasa tapi bagi orang luar Kedah macam aku ni mungkin inilah satu-satunya peluang sekali dalam seumur hidup. Pulak tu solat atas balapan yang berselut cuma berlapikkan kain serban member.

Tapi tersentak jugak aku bila TG Hj Musa cerita kaifiat solat hajat semalam. Mau tak tersentak, rakaat pertama selepas Fatihah baca 'qulhu' 10 kali dan rakaat kedua baca 20 kali. Rakaat pertama solat kedua baca 'qulhu' 30 kali dan rakaat kedua solat kedua baca 40 kali. Jumlah semua 100 kali kena baca 'qulhu'.

Larat ka aku nak berdiri lama macam tu dengan perut pulak lapaq dari pagi tak jumpa nasi. Tapi kalau TG Hj Musa yang dah berumur tu larat takkan aku tak larat.

Tapi mungkin berkat berjamaah dengan orang alim langsung tak rasa berat, rasa macam sat ja baca qulhu 40 kali tu.

7. Dapat bersama-sama berkumpul dalam program yang memang terbukan peluang untuk dapat pahala. 
Bukan payah nak kena buat apa-apa cumaperlu hadir ja. Dapat ka tak dapat pahala cuma bergantung kepada niat masing-masing.

Pasainya kalau mati berperang dengan orang kafir harbi pun boleh jadi mati sia-sia kalau niat tak betui.

Kesimpulannya memang rugi la ahli PAS yang ponteng program himpunan Hijau ke Putrajaya kemarin. Ada yang bandingkan antara program semalam dengan program Himpunan Jutaan Anak Muda baru ni. Mana boleh banding, tak sesuai macam tak sesuai nak bandingkan emas dengan ayaq acaq, jenis pun tak sama, kualiti lagi la... Hahaha...

[Sumber: Facebook]

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"

http://cenangau.blogspot.com/2012/06/senarai-kerugian-ahli-pas-yang-ponteng.html

Ikrar Bai'ah & Laungan Takbir memenuhi ruang di Himpunan Hijau

Friday, June 1, 2012

Jaga hubungan dengan Allah, syarat penting kemenangan



ALOR SETAR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, untuk mengambil alih pemerintahan negara bukan sesuatu yang mustahil, namun perlu memenuhi syaratnya.

Katanya, antara syarat utama adalah setiap ahli PAS perlu menjaga hubungan dengan Allah dengan menunaikan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya.

"Menang Putrajaya tidak mustahil, tapi dengan syarat kita mestilah melaksanakan roadmap yang ditentukan Allah SWT," katanya ketika berucap di Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Menurutnya, kemenangan akan diturunkan Allah jika kita menolong menegakkan agamaNya.

Kemenangan juga katanya, tidak akan datang dengan percuma dan memerlukan ahli PAS untuk turun ke medan melaksanakan tugasan berdepan dengan golongan yang memerangi Islam.

Namun katanya, Himpunan Hijau ke Putrajaya yang dianjurkan PAS malam ini adalah sebagai usaha awal untuk mencapai kemenangan tersebut.

"Malam ini kita melihat tanda kemenangan. Himpunan diisi dengan solat hajat memohon pertolongan Allah.

"Berbeza dengan (himpunan) pihak satu yang diisi dengan perkara yang melalaikan," katanya dipercayai merujuk kepada Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan Umno BN.

Himpunan anjuran Umno BN minggu lalu itu turut diisi dengan persembahan tarian K-Pop artis korea dan kumpulan penari seksi dari Jepun sehingga mendapat respon negatif dari rakyat.

Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi turut mengingatkan semua ahli PAS berkerja bersungguh-sungguh untuk memenangi pilihan raya umum nanti.

"Jangan jadi orang yang tidak mengerti iaitu pertama orang yang anggap kita tak boleh menang sampai bila-bila, dan kedua orang yang nak menang cepat," tegasnya.

Petanda Awal Runtuhnya UMNO BN Di Putrajaya

oleh greenboc


Inilah (gambar) jawapan PAS terhadap kesemua tindakan dan kejahatan Najib dan UMNO. Dan ketahuilah bahawa doa orang yang dizalimi itu tiada hijab (penghalang)lagi diantara mereka dengan Allah swt.

"Himpunan Hijau Ke Putrajaya" yang berlansung di Alor Setar kini adalah satu manifestasi besar dari rakyat yang telah sekian lama diperbodohkan dan dizalimi, ia adalah satu petanda awal bahawa Najib, UMNO dan BN akan terhumban keluar dari Putrajaya.

Dalam tempoh tak sampai dua minggu, notis untuk berhimpunan di warwarkan, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang berkebetulan Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah yang diamanahkan untuk mengemudi Perhimpunan Hijau ini, telah berjaya menggembelengkan ahli-ahli PAS dari seluruh negara untuk hadir di perhimpunan yang bersejarah ini.

Setiap ahli PAS yang datang ke Alor Setar hanya berbekalkan sekeping hati yang tulus tetapi cekal, tiada imbuhan tiada kemudahan tiada upah. Yang terngiang di kepala hanyalah satu hajat dan satu tujuan: UMNO BN perlu dikeluarkan dari Putrajaya untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dihancurbinasakan oleh rejim Najib, UMNO dan BN. Kekejaman dan kezaliman UMNO BN bersama jentera-jentera mereka: Polis, SPR, SPRM, JPN, ROS dan lain-lain perlu diberikan noktah besar yang terakhir.

Ini bukan majlis dansa sepertimana himpunan-himpunan anjuran UMNO BN, di sini tiada tarian, tiada lagha.... yang ada ialah takbir membesarkan Ilahi. Yang ada ialah peringatan-peringatan dari pimpinan dan yang ada ialah solat hajat sebagai bukti ahli PAS tidak takut dan tidak mengharap kepada sesiapa pun kecuali Allah swt.

Firman Allah yang bermaksud: “Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al-Anfal : 63).

Meskipun syarat-syarat ketat telah diberikan oleh polis kepada pihak penganjur terhadap perhimpunan hijau ini, namun kesemuanya berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Itu satu bukti yang mata nyata, bahawa PAS adalah kumpulan manusia yang meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan tertinggi disamping mendaulatkan kalimah "Allahu Akbar" sebagai slogan yang bakal menumbangkan raksaksa UMNO BN di Putrajaya.

Sepertimana yang GB selalu utarakan, hukum kebenaran dan keadilan pasti berlaku.

Kita selaku umat yang beriman kepada Allah swt berkeyakinan, bahwa Dialah Zat Yang Maha Adil, Maha Pengasih lagi Penyayang, dan kita merasa terhibur dengan janji-janji Allah yang tidak mungkin diingkariNya

Dalam sejumlah ayat Al-Qur’an, Allah menjanjikan bahwasanya pada kesudahannya kelak bumi ini akan diwariskan dan dikuasai oleh orang-orang baik, adil dan bertaqwa. Allah swt. berfirman, “Dan kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi, dan Kami hendak menjadikan mereka sebagai pemimpin dan akan mewarisi bumi ini.” (QS. Al-Qasas ayat 5). Ayat di atas secara kontekstual menceritakan tentang orang-orang Yahudi yang ditindas Fir’aun, dan Allah menjanjikan kepada mereka nanti untuk menjadi pemimpin dan pewaris bumi.

Meskipun demikian, maksud ayat tersebut tidak dibatasi dengan peristiwa yang dialami bangsa Yahudi waktu itu saja, karena ayat ini ingin menjelaskan bahwa orang-orang yang tertindas dan diperlakukan dengan zalim, suatu saat nanti akan menjadi penguasa dan pemimpin di atas bumi ini. Jadi ayat tersebut menyatakan, bahawa yang akan menjadi pemimpin dan pewaris bumi adalah orang-orang yang tertindas.

Pada ayat lainnya Allah berfirman, “Sesungguhnya, bumi ini akan diwarisi hamba-hamba-Ku yang saleh.” (QS. Al-Anbiya, 105). Ayat tersebut dengan jelas menyatakan, bahwa bumi ini akan diwariskan kepada orang-orang yang baik dan saleh. Jadi yang akan mewarisi dan menguasai bumi, pada akhirnya adalah orang-orang yang saleh.

Dalam Al-Qur’an surat An-Nur ayat 55, Allah berfirman, “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang beriman dan beramal kebaikan di antara kalian, bahwa Dia benar-benar akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa. Dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menggantikan keadaan mereka aman setelah mereka ketakutan.”

Ayat di atas menjelaskan, bahwasanya Allah berjanji akan menyerahkan kekuasaan atas bumi ini kepada orang-orang yang beriman dan beramal kebaikan. Beranjak dari tiga ayat di atas dan keimanan, tampak bahawa Allah tidak akan melanggar janjiNya, dan sememangnya Allah tidak memungkiri janji.

Kita selaku kaum muslim yakin, bahawa penderitaan, penindasan dan kezaliman serta pembolotan hasil kekayaan negara berkumpul yang hanya di kalangan mereka akan berakhir, dan dunia ini akan berada di bawah kepemimpinan orang-orang yang baik, bijak dan saleh, sehingga pemerataan keadilan dan kedamaian akan tertegak.

PAS bersama-sama rakan seangkatan di dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP akan tetap menang akhirnya menghumban keluar UMNO BN dari pesada pemerintahan negara. Itulah keyakinan kita, itulah kenyakinan orang beriman dan itulah yang ILTIZAM yang tak akan kunjung padam sebelum ia menjadi kenyataan. Biar apa pun pencacai-pencacai UMNO hendak kata. Mereka akan tetap binasa. Masanya tetap tiba! -GB

Laporan penuh: Hampir 100,000 hadir Himpunan Hijau

ALOR SETAR: Program Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar Kedah malam tadi berjaya menghimpunkan hampir 100,000 ahli PAS, penyokong dan rakyat yang datang dari seluruh negara.

Pengarah program, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan program kali ini berjaya mencapai matlamat penganjuran untuk memberi amanat pilihan raya kepada seramai mungkin ahli PAS.

"Alhamdulillah program yang berlangsung sejak pagi tadi berjalan lancar yang bermula dengan Amanat Khas Presiden di Kompleks PAS dengan kehadiran hampir 3,000.

"Dan malam ini kehadiran keseluruhan saya kira hampir 100,000 orang di dalam stadium dan tak sempat masuk ke stadium," katanya selepas program berakhir kira-kira 11.45 malam tadi.

Selepas majlis Amanat Khas Presiden di sebelah pagi, program disambung dengan Xpresi Anak Muda oleh Dewan Pemuda PAS Pusat kira-kira jam 4 petang.

Program bermula dengan konvoi 200 buah motosikal dari Masjid Perwaja, Gurun ke Alor Setar dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan dengan diiringi barisan exco.

Sejurus konvoi tiba di Stadium Darul Aman, program diteruskan dengan bacaan Ma'thurat dan solat Asar berjemaah.

Selepas itu acara pentas bermula dengan pidato oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His.

Ia kemudian disusuli dengan pelancaran maskot dan animasi Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Hadi dan Huda.

Pentas kemudian menampilkan Pengerusi Ameerah Fareedah Samad menyampaikan pidato sebelum Sketsa Kopi Amal membuat persembahan.

Program kemudian diteruskan dengan pidato oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Puluhan ribu hadirin kemudian dihidangkan dengan kuliah oleh penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus selama 40 minit.

Acara kemuncak program Xpresi Anak Muda petang tadi adalah pidato oleh Nasruddin sendiri selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Dalam program itu juga menyaksikan buku Siapa Menganut Ajaran Sesat terbitan Dewan Pemuda PAS dilancarkan bagi menjawab tomahan Umno.

Selain itu, hadirin turut dihidangkan dengan persembahan sketsa khas oleh selebriti Bob Lokman yang sekaligus melancarkan Kopi Amal.

Program tersebut berakhir sebelum solat Maghrib.

Pada malamnya program Himpunan Hijau ke Putrajaya bermula dengan solat Maghrib berjemaah disusuli solat hajat dan munajat perdana yang diterajui Tuan Guru Haji Saleh Musa Sik sehingga masuk waktu Isyak.

Solat isyak kemudian diimamkan sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sejurus selepas itu bermula acara di pentas ceramah yang dipengerusikan Datuk Mahfuz Omar.

Turut mengisi pentas malam tadi, ucapan aluan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, ucapan oleh tokoh wakil masyarakat seperti penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Dato Fauzi Shaari dan bekas selebriti tv al-Hijrah Mohd Zaid Abdullah.

Paling menarik, kelainan gimik perasmian malam tadi dengan membawa masuk bekas tujuh pemain bola sepak kebangsaan yang telah bersama PAS ke tengah-tengah padang dan menendang 13 biji bola berwarna hijau kepada penonton dengan diiringi lagu Hijau Kuning.

Sasterawan negara Datuk A Samad Said pula turut mendeklamasikan puisi khas bertajuk Generasi yang Gagah.

Majlis kemudian menyaksikan bacaan ikrar baiah oleh semua ahli PAS yang hadir diketuai Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Kemuncak malam tadi menyaksikan pengumuman bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Mohd Yusof menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang PAS kepada Tuan Guru Abdul Hadi di atas pentas sebelum dijemput memberi ucapan.

Turut berucap malam tadi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, presiden PAS dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membacakan doa penutup.
-HD




“Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah! Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (Al-Baqarah : 214)












http://greenboc.blogspot.com/2012/06/lagi-video-gambar-petanda-awal.html