Showing posts with label Muhammad Sanusi Md Nor. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Sanusi Md Nor. Show all posts

Saturday, February 2, 2013

'Negara baru' sedang menanti... kita merdekakan Malaysia sekali lagi...

Muhammad Sanusi Md Nor


Pada Jam 10 malam hari pengundian PRU-13, TV dan radio mula mengumumkan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen satu demi satu dimenangi oleh PAS, PKR dan DAP. Menjelang jam 12 malm, TV mengumumkan Kedah Kekal di tangan PR. pada jam 2.45 pagi, impian seluruh rakyat termakbul, Pengerusi SPR mengumumkan PR memenangi lebih banyak kerusi dan semua tokoh-tokoh BN tumbang, sebuah kerajaan baru boleh dibentuk oleh PR di semua negeri dan Persekutuan.

Pada jm 10 pagi, rombongan daripada PR akan mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda YD Agong menyembah maklum kemenangan yang dicapai dan seorang Perdana Menteri aru Malaysia daripada PR mengangkat sumpah jawatan.

Menjelang 3.00 petang, satu pengumuman dibuat. Harga minyak seluruh negara turun 50 sen seliter. Pengumuman kedua, pinjaman PTPTN dihapuskan dan digantikan biasiswa. Pengumuman ke tiga..... pengumuman keempat..... Adakah orang yang tak mahu hutangnya dilupuskan?? -: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Ceramah di Kuala Ketil.

'Negara baru' sedang menanti... kita merdekakan Malaysia sekali lagi...

Saturday, January 26, 2013

Nampaknya dalam UMNO KEDAH..hanyalah Dato' Mat Bashah sahaja yang berani pun..!!!

Hanya Dato' Bashah Yg Berani...?

Dato' Bashah tidak pernah menjadi Menteri Besar, tetapi lama di dalam DUN, sama dengan MB Ustaz Azizan dan Abu Hasan Sharif. Dia tidak pernah menjadi nombor satu dalam kerajaan, tetapi kini menjadi nombor satu dalam UMNO/BN Kedah. Dia dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah selepas Shafie Afdhal menggalas jawatan itu untuk meredakan kekalutan keranan tewas dalam PRU-12.

Dia jarang terpalit dengan skandal sepanjang menjadi exco di bawah beberapa Menteri Besar, hanya dalam pengambilan tanah Kg Batin dan pembinaan Tesco Mergong namanya disebut orang. Itupun mungkin kerana dia adalah Adun di kawasan itu dan Exco Kerajaan Tempatan.

Saingannya dalam politik UMNO untuk memimpin Kedah ialah Timbalannya Dato' Mukhriz Tun Mahadhir, bekas MB Dato' Mahdzir Khalid dan seorang muka baru yang masih 'bersih' dari sebarang isu di Kedah.
Antara cubaan yang GAGAL untuk mencalarkan PAS/PR di Kedah...Demo isu rumah
Dalam tempoh memegang jawatan nombor satu dalam UMNO Kedah, Dato' Bashah tidak banyak mempamerkan gerakan politik berprofil tinggi untuk menumbangkan PAS/PR. Dia tidak memberikan sebarang kekalutan kepada PAS/PR. Sementara PAS/PR menumpukan perhatian kepada tugasan baru sebagai kerajaan, Bashah dan UMNO Kedah kelu dan pasif. Hanya sesekali membuat kenyataan di Media bila timbul isu-isu politik, namun komennya dalam nada UMNO lama tahun 80-an. Tiada apa yang baru.


Sebahagian senarai salah laku kewangan GLC oleh pemimpin UMNO sewaktu memerintah Kedah...
Saya percaya, dia tidak punya banyak masa. Selain berusaha membetulkan koyak rabak dalam UMNO, dia menyimpan kebimbangan. Bimbang PAS/PR di bawah pimpinan Ust Azizan berupaya menyaingi pencapaian UMNO/BN di Kedah. Takut pencapaian sepanjang 50 tahun UMNO berjaya dipadamkan oleh PAS. Yang paling mengusik dirinya dan UMNO Kedah ialah apa akan jadi kalau semua kudis buta yang bertapuk akhirnya terdedah. Kebimbangan ini yang mengkelukan lidah dan mengunci mulut. Langkah menjadi sumbang pandangan kadang kala menjadi kelam.
Gelak sementara boleh...lepas ni jawab!!
Kebimbangan itu akhirnya menjelma juga menjadi nyata. Pencapaian PAS/PR dalam tempoh 4 tahun 8 bulan hampir menjadikan pemerintahan UMNO/BN satu kesilapan sejarah. Rupa-rupanya Kedah boleh dipacu lebih laju dan dinamik. Lihat sektor-sektor penting seperti pendidikan, kewangan, ekonomi, pertanian, institusi agama dan sosial, semuanya menjadi semakin baik dan menyerlah. Tak perlu ditulis panjang tentang perakuan Laporan Ketua Audit Negara dalam pengurusan kewangan dan peningkatan hasil selama 3 tahun, semua positif.

Sejarah Insaniah bagaikan ditulis semula di buku baru. Kampus baru di Kuala Ketil membuatkan kepala pemimpin UMNO tergeleng-geleng tanpa disedari sambil hati bertanya...Kenapa bukan kita yang buat? Pembalakan menjadi duri yang tertanam di tapak kaki pemimpin UMNO. Kenapa kita dulu tidak mengkayakan negeri, tetapi mengkayakan diri? Kenapa PAS boleh melonjakkan pembalakan hingga melondehkan kebobrokan UMNO? Ini semua pemimpin bawah punya pasal, depa minta duit dan kita perlukan duit untuk mengekalkan kedudukan dalam parti. Duit itulah penyambung hayat semua peringkat kepimpinan UMNO.

Sesekali UMNO melontar bom di daerah pencapaian cemerlang PAS/PR. Insaniah, Aman Central, keharmonian dengan pegawai dan ketelusan pemimpin. Ada riak-riak yang berkocak, tetapi tiada yang tumpah. Insaniah terjawab mudah dengan pengiktirafan 4 bintang oleh MQA dua hari lalu. Aman Central yang disekat dengan Solahiah akan selesai menjelang 19 November nanti.
MB Ustaz Azizan menjawab mudah isu UUM yang digunakan untuk menghodohkan PAS/PR

Pukulan paling sakit ialah pendedahan projek sakit dan salah laku kewangan. Muncul satu demi satu calar yang kian menjadi kudis dan bisul, merebak dan menunggu pecah. Laporan pertama kes udang kerpan mengunci mulut beberapa pemimpin. Ada sembilan lagi yang akan dilaporkan, tiap-tiap laporan akan menikam seluruh tubuh UMNO/BN. Paling terdedah untuk tikaman ialah bekas pemimpin nombor satu kerajaan. Paling pedih untuk menghadapinya ialah pemimpin nombor satu UMNO sekarang.

Secara jujur semua itu harus dihadapi oleh UMNO/BN sebagai sebuah pasukan, untuk membuktikan kesatuan mereka sebagai sebuah parti dan pakatan paling ampuh. Hakikatnya tidak! Siapa yang buat dia kena tanggung, kalau tak mahu dibelasah terok, kepala jangan panggong.

Sunyi sepi cyber trooper dan facebooker UMNO yang sekian lama menyerang PAS/PR dengan caki  maki dan rekayasa. Hanya isu-isu luar Kedah dibawa masuk untuk menutup satu kudis yang terdedah.

Sebagai ketua, Bashah punya tanggungjawab berat. Dia muncul juga menawarkan kerjasama untuk disiasat, dan di siat-siat. Dia bersedia sebab dia tahu siapa yang akan disiat-siat...bukan aku! Bila dimaklumkan PAS akan buat road show mendedahkan kepincangan itu, dia tidak mampu menjawab isu, tetapi mengalih arah mengatakan PAS hanya tahu berceramah. 


Memang PAS mahir menganjurkan ceramah, atas dorongan dan 'sokongan' UMNO juga. Kalaulah media arus perdana memberi ruang yang sama rata kepada PAS, senarionya tentu berubah. PAS tak akan pandai berceramah, tapi UMNO sudah lama masuk kubur.

BN sedia disiasat, katanya. Bashah menyandarkan semua salah silap itu kepada BN, walaupun dia sangat mengerti bahawa pelaku utama adalah pemimpin UMNO. Dia menumpang umbi besar BN untuk mengelak calar besar pada batang UMNO. Apa kata Gerakan, apa reaksi MCA, MIC pula bagaimana? 
 

Jika Ikut Kepala PERKASA.. tak payah belajaq GEOGRAFI dah cuma perlu SUMPAH LAKNAT sahaja selesai masalah..!!

Dongeng Bersumpah Laknat: Air Baja dan Air Selut Mudik Ke Hulu Demi Bermadu Asmara Dengan Air Tasik Pedu...


Tapak Ladang Agrotourism yang menjadi punca Utusex mencabar sumpah laknat bahawa satu hari nanti di bawah kerajaan PR, air, racun dan baja yang terlarut resap akan 'ragaih' bukit mudik ke hulu untuk masuk ke Tasik Pedu

Saya tidak pernah terbayangkan sepanjang hidup saya satu hari nanti,  saya akan menempuh satu zaman di mana masalah geografi, topografi tanah dan rajah geometri yang saintifik perlu dipertahankan dengan sumpah laknat! Tapi ia telahpun muncul hari ini di akhbar milik UMNO Utusan Malaysia. Setelah lebih sedekad menyajikan ummat melayu Islam dengan cerita sex, liwat dan porno, hingga mempopularkan sumpah laknat untuk membuktikan dubur Saiful Bukhari telah ditusuk sembilu tumpul.

Saya sering diingatkan bahawa cerita bohong yang diulang-ulang akan disangka benar secara psikologi paksa. Berita Tasik pedu akan kering kontang dan dasarnya merekah keras 'kong' gara-gara projek agrotourism kerajaan PR Kedah akan mengancam nyawa seluruh penduduk Malaysia akan ditulis selepas pembohongan ini berjaya - sekiranya rakyat Kedah buta mata dan buta huruf - mujurlah TIDAK!

Air lari dari kawasan projek akan membawa segala baja dan racun tenaman menerpa masuk ke tasik dengan kaedah mudik ke hulu dan meragaih permatang jalan setebal 300 meter dengan keadaan tercungap-cungap keletihan. 

Permatang pemisah (disebut jambatan konkrit dalam plan JKR) T.E.K.I.H (Trans Eastern Kedah Interland Hiway) direkabentuk dengan perkiraan saintifik menangani kedudukan paras air selepas 100 tahun - termasuk membuat unjuran pencairan glasier di kutub urata dan kutub selatan bumi dan kadar hujan tahunan yang bakal mencurah.

Hakikatnya ialah aliran air parit dan air lari dari tapak projek menghala ke arah bertentangan dengan Tasik Pedu, bercantum dengan satu sungai yang menjadi 'outlet' - aliran keluar- (BUKAN INLET- aliran masuk) takungan tasik pedu jika paras air melepasi paras tertentu, terus menghala ke Sungai Pedu, lajak lagi ke Sungai Terap. Air sungai2 ini tidak pernah mudik ke hulu untuk memadu asmara dengan air di Tasik Pedu.

Untuk tidak memanjangkan 'kekaguman tahap gaban' kepada Utusex dan pemuda UMNO, termasuk pimpinan nombor satu dan dua UMNO Kedah, yang berpot-pet tanpa fakta, saya perturunkan laporan teknikal dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah yang telah disyarahkan oleh YAB Menteri Besar pada sidang DUN 20-22 Nov lalu. Kerana sudah dibentangkan di DUN, maka dokumen ini saya kira sudah menjadi dokumen awam yang boleh mencerdikkan pemuda UMNO yang berdemo di depan wisma  semalam dengan kekuatan ketumbukan sebesar 30 orang. 

Maklumat dari jabatan juga menyatakan laporan ini akan dibentangkan kepada Mukhriz pada esok (21 Disember 2012) setelah dipanggil pada hari ini. Sebelum mendapat laporan yang akan mengunci mulutnya dan menambahkan lapang di kepalanya, dia pun bersyarah sakan di TV3 malam ini, mempelawa MB menaiki helikopter meninjau kawasan itu. Adusss!!! 

1.0       LATAR BELAKANG


1.1 HUTAN SIMPAN PEDU
Hutan Simpan Pedu adalah hutan jenis darat dimana berkeluasan 15,537 hektar dan terletak di bahagian utara Negeri Kedah. Ia telah diwartakan pada 11 September 1952 (No. Warta: F297). Terdapat 52 Kompartmen hutan di dalam Hutan Simpan Pedu di mana kompartmen tersebut adalah berbukit-bukau. Kawasan bertasik yang terdapat didalam kawasan hutan simpanan kekal ini telah menempatkan sebuah empangan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan simpanan air bagi kegunaan pertanian. Ketinggian tertinggi di hutan simpan ini adalah 582 m apl.


1.2 PEMBAHAGIAN DAERAH HUTAN DAN DAERAH SIVIL
Hutan Simpan Pedu adalah terletak di Daerah Hutan Kedah Utara dan Daerah Sivil Padang Terap.

1.3 KAWASAN HUTAN TADAHAN AIR

Hutan Simpan Pedu telah dikelaskan kepada dua (2) iaitu Hutan Pengeluaran dan Hutan Tadahan Air. Semua kompartmen hutan di kawasan Hutan Simpan Pedu adalah dikelaskan sebagai kawasan hutan tadahan air kecuali kompartmen 1, 2, 3, 4, 48, 50, 51 dan 52.


1.4 KEADAAN MUKA BUMI

Terdapat beberapa batang sungai yang mengalir di sekitar Hutan Simpan Pedu antaranya Charok Chabang Dua, Charok Chik, Charok Batang Padi dan Charok Tipek. Aliran sungai-sungai tersebut tidak mengalir ke kawasan empangan sebaliknya aliran sungai tersebut mengalir ke charok-charok sungai kecil sejauh lebih kurang empat (4) km ke Sungai Pedu seterusnya ke Sungai Padang Terap.

Disamping itu beberapa bukit juga terdapat di dalam hutan simpan tersebut antaranya Bukit Merah yang berkitinggian 361 m apl dan Bukit Jani yang berketinggian 315 m apl.


1.5 KAWASAN PENEMPATAN PENDUDUK
Kawasan Projek Agroforestry adalah kawasan yang terletak jauh daripada daripada penempatan penduduk. Walaubagaimanapun, kawasan penempatan penduduk yang dikenalpasti berhampiran iaitu lebih kurang 4 hingga 7 kilometer dengan kawasan projek. Kampung-kampung tersebut dan jarak antara kampung-kampung tersebut dengan kawasan projek pembangunan adalah seperti berikut:-

1) Kg. Tok Chai - ± 4.0 km

2) Kg. Pinang - ± 4.0 km

3) Kg. Datin Fatimah - ± 4.5 km

4) Kg. Tong Pelu - ± 6.5 km

5) Kg. Tangjung Luar - ± 7.5 km

Penduduk kampung tidak bergantung kepada bekalan air masyarakat sebaliknya menggunakan bekalan air yang disediakan oleh pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA).

1.6 AKTIVITI MASYARAKAT SETEMPAT
Masyarakat setempat telah menjalankan beberapa aktiviti untuk menjana pendapatan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengusahakan perladangan getah di sekitar kawasan penempatan dan dusun buah-buahan.

1.7 KAWASAN TADAHAN AIR MASYARAKAT

Tinjauan dan rekod jabatan menunjukkan tiada penggunaan air masyarakat di sekitar kawasan projek. Kawasan penempatan penduduk terhampir juga telah menggunakan air yang dibekalkan oleh kerajaan melalui pihak SADA. Kegunaan air yang dibekalkan oleh SADA ini adalah untuk kegunaan domestik.


1.8 GAMBARAN KASAR KAWASAN SEKITAR KAWASAN EMPANGAN DAN KAWASAN PROJEK

Kawasan yang diusahasil dan Empangan Pedu adalah dipisahkan oleh permatang bukit dan berjarak lebih kurang 300 meter daripada tebing empangan. Sehubungan dengan itu, adalah mustahil bagi air atau mendapan daripada kawasan lesen balak bergerak menaiki permatang secara langsung ke Empangan Pedu.

Gambaran kasar di kawasan usahasil paling hampir dengan kawasan Empangan Pedu adalah seperti berikut:-


2.0 ADUAN BERKAITAN HUTAN SIMPAN PEDU MELALUI MEDIA

Siri aduan awam melalui media telah diterima oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Maklumat mengenai aduan tersebut adalah seperti berikut:- (Tidak termasuk pembohongan di Utusex dan TV3 hari ini yang akan berulang esok dan luasa hingga PRU13)
 
[SETERUSNYA HANGPA PIE BACA DI BLOG SETPOL - KLIK SINI]

Friday, January 4, 2013

SETPOL - Duit untuk masuk IPTA dah mula bagi...MKK jangan dok buat lambat..!!


Duit UNTUK anak2 nak masuk pengajian tinggi dah di keluarkan oleh bendahari negeri sebanyak 1.2juta jadi kepada MKK dan KETUA SETEMPAT dan Orang Perseorangan hangpa dah kena kutip nama mana anak-anak kita yg nak masuk tu boleh bagi dah..jangan dok lengai sangat...jangan dok kira PAS UMNO..kerajaan negeri tak buat pun undang2 mcm tuu..jadi cepat....

Tuesday, November 13, 2012

Muktamar: Pas Kedah tonjol model tadbiran Islam

NURUL FATIHAH SULAINI
13 November 2012
logo muktamar
. 
Muhammad Sanusi Md Noor ALOR SETAR - Pas Kedah akan menonjolkan model pentadbiran Islam dalam masyarakat majmuk pada Muktamar Pas Pusat kali-58 yang berlangsung di Kelantan minggu ini.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor berkata, mereka akan menggunakan sepenuhnya peluang pentas muktamar untuk mengetengahkan pencapaian serta kejayaan Pas dalam menerajui sepenggal kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah.

Menurutnya, usaha berkenaan bagi membolehkan segala maklumat berkenaan pencapaian itu sampai sepenuhnya kepada pengetahuan Pas Pusat serta Pas negeri lain.

Pas mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah sejak Mac 2008.

“Walaupun kita menghadapi cabaran dalam mentadbir kerajaan, namun tidak besar hanya sedikit cabaran sahaja,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berhubung perwakilan Pas bebas membentangkan sebarang usul walaupun pada tahap mengkritik pemimpin sendiri, Sanusi turut menyambut baik usaha itu.

Menurutnya, bagaimanapun isu yang lebih penting untuk diketengahkan perlu menyentuh usaha untuk mengukuhkan pendirian Pas dari dalam terutamanya menghadapi situasi negara yang semakin mencabar.

“Muktamar kali ini juga dilihat sebagai medan untuk pembahas mempersiapkan isu menjurus kepada usaha Pas menerajui Kerajaan Persekutuan termasuk mengukuhkan Pas dalam komponen PR.

“Perwakilan tidak boleh menjadikan pentas muktamar sebagai tempat melepaskan geram semata-mata tetapi untuk kemajuan Pas,” katanya.

Sanusi yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah berkata, muktamar berkenaan turut membantu mempersiapkan Perwakilan Pemuda Pas yang boleh menyediakan pelbagai jawapan untuk berhadapan dengan pertanyaan pengundi baru tentang pelbagai isu politik.

“Golongan pengundi muda sekarang memerlukan jawapan kukuh serta pantas bagi menjawab tohmahan serta pertanyaan isu yang sering diputarbelit  oleh pihak mempunyai kepentingan tertentu,” katanya.

Menurutnya, mereka juga akan memfokuskan isu yang dapat mendekati kelompok pengundi muda yang pertama kali mengundi melalui media baru termasuk jaringan laman sosial serta blog.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat Pas Kedah, Datuk Siti Ashah Ghazali berkata, antara isu yang akan disentuh oleh perwakilan mereka turut memfokuskan isu pendidikan dan ekonomi termasuk isu lain.

“Bagaimanapun maklumat secara terperinci kita belum terima kerana Dewan Muslimat Pas Kawasan menghantar terus usul berkenaan kepada Muslimat Pas Pusat,” katanya.

Tuesday, October 30, 2012

BN Kedah Kehausan: Semua Straw Dalam Satu Gelas...

Politik BN bergantung kepada talihayat PNG


Kes Papua New Guinea menjadi satu-satunya modal BN Kedah menghadapi PRU13. Semua pimpinan yang ternama -seperti Dato' Bashah, Mukhriz dan Bekas Menteri Besar- dan sedang berusaha mencari tempat - seperti Badrulhisham dan Kheng Liang- memberi tumpuan sepenuhnya membuat serangan. Matlamat semua pemimpin kecil dan besar dalam BN ialah mencalarkan imej dan integriti Ustaz Azizan dan kerajaan PR.

Saya telah menjumlahkan kehilangan modal pengurusan dan pelaburan dalam laporan audit, jumlahnya RM6.4 juta. BN berulang kali menjumlahkannya menjadi lebih RM13 juta. Saya memeriksa sekali lagi dengan Jawatankuasa Penilaian yang telah pergi ke PNG dan London untuk menghantikan pelaburan yang sangat berisiko itu. Jawapan mereka ialah angka yang dibangkitkan oleh BN itu ialah jumlah yang terkumpul sejak zaman BN memerintah Kedah dan orang mereka menguruskan KCB.

Jumlah itu turut disumbangkan oleh projek 99 East di Langkawi. Jika ditolak 'kehilangan' dalam kes PNG, kerugian teraudit yang dijana oleh KCB di zaman BN sekitar RM7 juta. Itu tidak termasuk kehilangan yang dapat dihentikan dalam projek 99 East bila PMBKed mengarahkan perjanjian KCB dengan Terra Monda dikaji semula.

Untuk rekod, KCB terpaksa menanggung premium tanah berjumlah RM36 juta, dan tanah seluas 360 ekar itu akan diserahkan kepada 99 East sebagai balasan ditawarkan 20% pegangan dalam 99 East. Mujur bin nasib baik kebodohan BN dulu disedari, dan projek dihentikan sementara, menyelamatkan Kedah daripada kehilangan tanah berharga dan wang berpuluh juta.

Bekas MB- Mahdzir Khalid

Hari ini bekas Menteri Besar mensasau dalam akhbar kerana 99East ditangguh oleh Kerajaan PR. Projek itu tetap ada walau apapun kata kerajaan sekarang, dia membebel. Kalau dijodohkan dengan projek NFC, jawapannya itu seperti dia berkata...lembu tetap ada walaupun RM49 juta dilesapkan ke dinding kondo.

Katanya lagi Ustaz Azizan hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara KCB dan MAS Incorporated (PNG) Ltd. Masakan Ustaz Azizan tak tahu apa kandungan perjanjian dan apa jenis perniagaan itu. Kheng Liang dan Badrulhisham juga berkongsi idea pandir itu. Adakah orang yang menyaksikan sesuatu majlis menandatangani perjanjian perlu dan wajib tahu apa yang dua pihak lain ( KCB dan MAS) persetujui.

Dalam hal meneliti dan mengkaji apa-apa perjanjian bagi pihak sebuah Kerajaan Negeri adalah tanggungjawa Penasihat Undang-undang Negeri (LA). Hakikatnya, sebelum atau selepas ia dipersetujui, ia tidak langsung dibawa untuk LA menunaikan tanggungjawabnya.

Bukankah Ustaz Azizan sudah menjelaskan bahawa semua urusan KCB dalam kes PNG tidak dimaklumkan kpd ALP?


Badrulhisham Mengintai Peluang

Badrul sedang mengintai kerusi untuk bertanding. Dia sedang berkira- kira menggulingkan Adun Pedu, bekas bosnya. Bagaimana? Menyerang PNG bermakna membuka ruang supaya kes- kes lama bosnya dibongkar seluas mungkin. Setakat ini sudah empat kes projek sakit didedahkan. Laporan ke SPRM akan dibuat oleh pemuda esok. Kes 99 East, kes Dewan Mentaloon dan Kes Udang Kerpan berlaku di zaman Adun Pedu menjadi MB. Hanya kes RM11 juta dengan Long Island berlaku di zaman Syed Razak.

Badrul membuat sidang akhbar di pejabat MCA, komponen paling ceroi tapi berani dalam BN Kedah sekarang. Presiden MCA menghina Islam, UMNO seluruh dunia diam membisu. Badrul tidak menggunakan pejabat UMNO untuk menumbangkan seorang tokoh UMNO yang bermasalah. Dia akan menduduki kerusi itu. Kuala Nerang tidak selamat untuk Badrul kerana Syed Sobri sudah lama mengkancing gigi menunggunya.

Badrul menyebut MB patut tahu sebab dia mengarahkan Dato' Puat ke London menguruskan pinjaman. Saya rasa mahu ketawa, kenapa Badrul boleh tersalah dengar atau tersalah baca atau sengaja tersalah cakap tentang pemergian Jawatankuasa Penilaian dan pinjaman itu. ( saya seperti mahu bertanya hang pokak ka?).

Dato' Puat tidak ke London untu membuat pinjamantetapi membatalkan pinjaman atas saranan Ustaz Azizan selepas mengetahui tentangnya. Pinjaman bersendiket itu atas nama MAS Incorporated dan cagarannya ialah projek yang dimiliki 70% sahamnya oleh KCB melalui satu perjanjian.

Badrul boleh mengira walaupun tidak menjejak menara gading. Dia tahu RM6.4 juta tercatat dalam laporan audit, tapi dia memilih untuk menyebut RM13 juta dalam sidang akhbarnya. Dia mahu bekas bosnya merasai pedih calar 7 juta yang tidak dapat dijelaskan! Pedih itu membawa rebah bersekali kerusi Pedu. Tok Det mungkin ke Parlimen? Tengoklah nanti.

Ada satu kes lain dengan KCB sewaktu Tok Det menjadi MB yang belum didedahkan. Badrulhisham patut tahu hal ini. Semua staff KCB mengetahuinya. Dalam projek Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH) dari Durian Burung ke Baling, terdapat beberapa jajaran jalan baru yang menempuh kawasan hutan berbalak. Nilainya berjuta juga. Semua kawasan itu diserahkan oleh MB kepada KCB. Tajul Urus dan menantunya yang bertugas di KCB menguruskannya. KCB tidak menerima sebarang hasil dari pada kawasan balak itu. Di hujung cerita, sebuah site office kontraktor jalan dibakar bersama sebuah kereta dan semua dokumen berkaitan kawasan balak yang sudah menjadi jalan itu. Siapa yang boleh menjelaskan kejadian ini?

Tan Kheng Liang - Kesumat Perkauman

Dia membawa agenda Parti Gerakan. Mereka hanya ada kerusi Derga sekarang. Dia berhajat membunuh UMNO satu koloni. Gerakan berhajat bertanding lebih banyak kerusi dan dia mengidamkan satu untuk dirinya. Dia tahu semua isu yang dibangkitkan sebelum ini bahananya akan pergi kepada UMNO. Melemahkan UMNO akan memudahkan urusan menuntut lebih banyak kerusi.

Dia menghina Islam melalui twitternya. UMNO diam! Haris Che Mat berpeluang mengisi muka depan akhbar menasihati Kheng Liang. Tanpa sedar Haris mengurut dan menepuk-nepuk belakang pemuda Gerakan yang menghina Islam. UMNO akan menanggung akibat penghinaan itu nanti.

Kheng Liang membangkitkan isu perumahan. Sepanjang sejarah, hanya PAS sahaja yang berani membuat polisi yang dilihat menjamin masa depan melayu dalam sektor perumahan. Komposisi kaum berasaskan penempatan akan disusun semula melalui polisi ini. Polisi yang tidak berani disentuh oleh BN kerana takut kehilangan undi cina berubah sedikit menjelmakan keadilan untuk semua kaum, melayu bumiputra dan bukan bumiputra. Menyerang polisi ini sebenarnya melondehkan seluar UMNO dan akan membangkitkan sokongan melayu kepada PAS dan PR.

Menekan isu PNG akan meransang kurap dan songkla pemimpin UMNO sewaktu memimpin kerajaan didedahkan. Dia mahu pemimpin parti melayu yang mengetuai BN ditalanjangkan. Dia juga tahu mengira, dia lawyer! Dia juga memakai angka 13 juta. Dia lawyer, kesilapan angka sebesar ini dalam kes mahkamah boleh menyebabkan kalah walaupun hujah lain dia kukuh. Kalau dia jujur dan bertanggungjawab dari awal, dia patut membangkitkan banyak penyelewengan kerajaan BN sebelum 2008. Sahlah dia ada niat lain!

Kheng Liang jarang meneliti fakta dalam mengangkat isu. Dia sering tersasar membuat tuduhan. Contohnya dalam isu garis panduan baru papan iklan MBAS. Lama seblum garis panduan itu diumumkan, banyak syarikat sudah memahami kehendak pasaran di Kedah. Banyak syarikat sudah memaparkan imej model wanita bertudung. Terpampang sebesar gergasi iklan syarikat telekomuikasi di bangunan PKNK dengan imej wanita bertudung, tiada siapapun yang berasa sensitif sama sekali. Malah penduduk beragama Islam merasa bangga pula. Dalam hal ini Kheng Liang melawan arus untuk mencuri perhatian akhbar. Dia sebetulnya menjauhkan pengundi melayu daripada BN.

Kheng Liang menuduhkan projek Aman Central dibuat tanpa tender terbuka, bertentang dengan manifesto. Kheng Liang mungkin tak tahu, projek itu projek swasta. Kalau ada syarikat membawa modal sendiri RM500 juta untuk membangunkan semula projek yang terbengkalai selama 33 tahun di tengah bandaraya Alor Setar, dan kerajaan mengarahkan projek itu dibuat tender terbuka, tidakkah mereka wajar menuduh kerajaan ini gila? Dalam kes Aman Central yang tak mampu diselesaikan selama 33 tahun di bawah 5 Menteri Besar BN, saya rasa terjahan Kheng Liang itu yang gila!

Sepanjang sejarah Gerakan mengepalai Kerajaan BN di Pulau Pinang, satu demi satu penyelewengan dalam isu tanah dibuka oleh DAP selepas 2008. Isu dalam PDC, isu perumahan, isu penempatan orang-orang Melayu, isu Tanjong Tokong, isu Balik Pulau, dan banyak lagi. Gerakan melingkupkan politik baru Malaysia disebalik pintu perkauman dan penindasan.

Kecelaruan Parti Gerakan membawa Presidennya tewas di dua kerusi yang ditandingi. Gerakan tinggal nyawa-nyawa ikan dalam politik Malaysia. Ia bakal dihantar ke taman peringatan. Sila toleh sejenak ke belakang, apa yang Gerakan buat hingga ditolak rakyat, khususnya masyarakat cina di Malaysia. Kerusi Derga itu hanya terlepas ke tangan Gerakan di Kedah kerana tiga penjuru. Kheng Liang patut baiki rumah sendiri sebelum menunjukkan bocor di rumah orang. Kalau rumah kau daripada kaca, jangan membaling batu ke rumah orang lain.

Kheng Liang akan membuat sidang akhbar setiap selasa, memancing respon MB pada hari rabu selepas mesyuarat Exco. Hanya hari rabu lalu dia menerima bungkusan yang kena dengan seleranya. Mungkin ada sedikit lagi saki baki buah dan daun cermai untuk dihinggut. Aiiyaaa...Hinggutlah!

Muhammad Sanusi Md Nor

Monday, October 29, 2012

PNG: Pengurusan Tak Mencapai Standard


Alamak! Menuduh Yusrin Pulak...

Mr Papua menyerang Yusin Adnan sebagai pembunuh projek di PNG. Tuduhan terhadap Yusrin ialah dia mengidam jawatan di KCB. Hah! Syarikat paling tenat, projek paling sakit, pengurusan berserabut, pinjaman tanpa kebenaran, semuanya dikesan oleh Yusrin selaku Pegawai Kewangan PMBKed dan Pegawai Khas GLC. Takkan Yusrin sengaja mencari nahas mengorat janda beranak ramai mengidap leukimia macam itu?

Hah! Yusrin dituduh tak membayar gaji Bos KCB dan menyebabkan bos KCB kena constuctive dismissal. Anda mengepalai syarikat, dengan staff dan pejabat. Anda diamanahkan tanggungjawab hidup mati syarikat dan staffnya. Anda answerable kepada Lembaga Pengarah dan Holding Company sebagai pemegang saham. Anda mampu merancang melabur dan meminjam berjuta. Takkan gaji anda harapkan orang lain tolong bayar? Kalau tanggungjawab menjana gaji sendiri dan staff pun anda tak mampu, bagaimana tanggungjawab anda kepada pemegang saham? Anda unfit!


Dua Jiwa Satu Tubuh.

Penulis ialah bekas staff KCB. Dia pernah memanggil Yusrin Mat Bafia. Dia pernah bekerja dengan MAS Incorporated, dan diambil sebagai staff KCB oleh Hj Akashah. Separuh jiwanya bersama MAS, separuh lagi tempat dia dibayar gaji. Dia juga mendakwa projek itu diteruskan selepas pengurusan yang ditamatkan itu membawa diri. Maka projek itu viable! Menilai projek pelaburan di bumi asing perlukan kesenian dan sikap berhati-hati. Menyusuri selok belok yang menjerumuskan KCB ke dalam gaung tidak bermaksud berhajat untuk terjun gaung juga.

Tirai Dan Budaya

Hakikatnya ialah pasukan baru bersama Jawatankuasa Penilaian yang dilantik PMBKed telah menemui 'sesuatu' di sebalik tirai yang dipasang oleh MAS dengan pemilik tanah pihak berkuasa di PNG. Beberapa wakil tuan tanah di bawa ke Kedah untuk mereka kenali siapakah yang menyara segala keperluan MAS dan tuntutan para pemilik tanah. Selepas itu baru mereka sedar ada pihak lain selain MAS dalam projek itu. Selama ini MAS seperti menyembunyikan KCB daripada mereka di sana. Bila ada sesuatu yang cuba disorok daripada pengetahuan orang, tentu ada kepentingan yang tersimpan.

MAS sangat tidak selesa bila tirai itu disingkap oleh Jawatankuasa Penilaian dan pasukan yang akan menentukan adakah projek itu patut dilanjutkan. Apa yang tidak dibuat oleh pengurusan KCB ialah kajian budaya penduduk dan ketua puak di PNG. Mereka suka meruntun dan mendesak berbagai keistimewaan. Walaupun tidak berkasut dan berbaju, mereka sangat cerdik mencekik. Mereka seperti manusia yang tidak pernah kenyang.

MAS seolah-olah menyembunyikan budaya dan geografi kawasan projek daripada KCB. Tinjauan ke tapak oleh wakil Jawatankuasa Penialaian PMBKed mendapati bukan semua kawasan 42 ribu hektar yang didakwa hutan dara itu menyimpan kayu. Ia termasuk juga belukar, padang ragut, kawasan yang diceroboh, kawasan yang sudah dibalak sebelumnya (KSK), gunung dan gaung. Ada kawasan yang terputus hubungan kerana sungai yang besar dan kos membina titi menelan kos berjuta pula.

Pertemuan dengan Pengarah Perhutanan Negeri di PNG juga menyokong syor projek itu terlalu berisiko. Dia juga awalnya meletakkan bermacam- macam tol untuk ditemui. PNG juga terikat dengan protokol dan resolusi perhutanan antarabangsa. Bukan mudah menggondolkan hutan seluas 42 ribu hektar tanpa jelingan mata dunia antarabangsa terhadap kehijauan yang makin hilang. Maklumat asas boleh dirujuk di: http://www.forestry.gov.pg/site/page.php?id=77.

Kenapa Cerita Haya Separuh Benar

Terlalu banyak yang tidak didedahkan dalam projek ini kepada KCB, manakala perjanjian yang sudah ditandatangani bakal mencekik kantung KCB hingga kempis dan kering. FCA (setaraf lesen membalak) yang didakwa sudah diperolehi oleh MAS adalah maklumat palsu. Setelah meneliti semua faktor, maka pelaburan KCB di PNG, maka Jawatankuasa Penilaian membuat syor supaya pelaburan itu wajar ditamatkan untuk mengelak risiko yang lebih besar kepada KCB yang boleh mengjangkiti Kerajaan Negeri.

Pinjaman Off-shore.

Pinjaman ini diuruskan tanpa pengetahuan ALP KCB, PMBKed dan Menteri Besar. Setelah lulus, dan satu akaun untuk menadah wang dibuka di Labuan, barulah ia disedari. Dato' Puat yang mengetuai Jawatankuasa Penialaian diminta ke London mengkaji kesan dan keupayaan pinjaman ini dilunaskan. Jawatankuasa penilai mendapati syarat dan polisi pembiayaan terlalu membebankan, terlalu rigid berdasarkan prestasi projek yang masih tidak stabil di PNG dan mereka akan menempatkan wakil mereka sebagai lembaga pengarah syarikat untuk mengawal operasi.

Di hujung jalan cerita projek ini, KCB akan menjadi seperti kerbau membajak sawah milik MAS dan pembiaya projek. Oleh yang demikian disyorkan ia dibatalkan dan semua kos peguam dan perunding yang telah melaksanakan kerja mereka perlu dibayar.

Beberapa persoalan yang tidak terjawab.

1. Kenapa MAS tidak menawarkan kawasan yang 'diperolehinya' kepada JCorp yang mempunyai pengalaman 30 tahun melabur dalam sektor perladangan dan pembangunan tanah di PNG?

2. Kenapa pengurusan JCorp ketawa besar bila jawatankuasa ini menawarkan perniagaan itu kepada mereka.

3. Dato' Manaf dalam sms nya memarahi saya mendakwa dia menawarkan projek bernilai jutaan dolar kepada Kedah dalam pinggan perak (silver plater) tetapi tidak dihargai oleh kepimpinan Kedah. Soalnya kalau beliau seorang ahli perniagaan berpengalaman dan berkeupayaan, kenapa tidak mengambil projek itu untuk syarikatnya saja. Kenapa mencari KCB yang terlalu mentah di bumi PNG. Kenapa tidak approach JCorp yang ada segala sumber yang dia perlukan dari sebuah syarikat kerjasama?

Ada banyak soalan untuk ditanya kepada MAS dan pengurusan KCB, Tapi bukan itu tujuan tulisan ini, kerana jawatankuasa penilaian sudah memutuskan pelaburan KCB dalam projek itu wajar dihentikan. Tulisan ini hanya untuk mengingatkan beberapa individu dalam MAS dan beberapa staff KCB yang berjiwa MAS bahawa banyak yang diketahui berbanding apa yang dihebahkan. Tak perlulah mengalihkan perhatian. Ia sudah menjadi sejarah yang membebankan kerajaan negeri sekarang.

Kata salah seorang ahli jawatankuasa penilaian, kalau KCB setaraf JCorp, Sime Darby, atau konlamerat lain yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia, mungkin mereka boleh meneruskan projek itu. Tetapi KCB yang sedang terbeban dengan projek lama yang sakit tenat, malah tidak mampu membayar gaji sendiri pun, manakala share partner yang menawarkan projek pula setaraf broker menjual kepala surat yang boleh ditemui di Hotel KL International, maka wajar sekali KCB diundurkan walaupun sudah melabur lebih enam juta.

Nanti saya siarkan sms dan komen Dato' Manaf di blog saya...kelakar la pulak dia ni di usia yang kian senja... Salam PNG Dato' Muslim.

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
SETPOL MB KEDAH
http://sanusisetpol.blogspot.com/2012/10/keupayaan-pengurusan-tidak-memenuhi.html

Sunday, October 28, 2012

Dakwaan Mukhriz Dibidas oleh SETPOL MB Kedah

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Mukhriz Mahathir dibidas kerana sewenang mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2011 berkaitan projek pelaburan negeri Kedah.

Timbalan Menteri itu menyifatkan kerugian pelaburan projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea (PNG) membabitkan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) sebagai mencemarkan nama baik negara.

Malah, Mukhriz turut menyatakan perkara itu sebagai salah laku penyelewengan mengejutkan yang bukannya amalan di negara ini serta perlu disiasat pihak polis.

“Mukhriz jangan cakap ikut sedap mulut. Cuba suluh diri sendiri di cermin sejarah,” bidas Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

Menjelaskan fakta berkaitan kes perniagaan Kedah Corp Berhad (KCB) di PNG, beliau menegaskan, kerugian perniagaan berjumlah RM6.4 juta dialami KCB bukanlah penyelewengan atau rasuah.

Jelasnya, ia adalah kos pengurusan perniagaan, kos pengurusan pinjaman dan pelaburan awal beberapa syarikat lain yang berhasrat untuk turut serta dalam perniagaan itu.

Manakala jumlah RM134 juta (USD44 juta) pula terang beliau, bukanlah jumlah kerugian atau penyelewengan, tetapi jumlah pinjaman dibuat oleh KCB dengan Capital Investment Agency yang berpusat di London.

Katanya, pinjaman tersebut untuk membiayai pengambilalihan 70 peratus kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd yang berjaya memperolehi kawasan pembalakan di PNG selain membiayai aktiviti lain KCB.

“Pinjaman ini telah dibatalkan pada Januari 2010 setelah Jawatankuasa Penilaian (ombudsmen) yang dilantik oleh PMBKed mendapati pinjaman dan penglibatan dalam perniagaan di PNG akan menambahkan beban dan risiko kepada syarikat.

“Jawatankuasa ini juga mengemukakan syor untuk KCB menamatkan perniagaan mereka di negara itu memandangkan suasana tidak menentu dalam prosedur urusniaga dan perjanjian yang dimeterai.

“Jawatankuasa itu dianggotai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Pegawai Eksekutif PMBKed,” jelas beliau.

Dalam lanjutan penerangannya Sanusi berkata, pinjaman itu tidak mendapat kelulusan Lembaga Pengarah KCB dan tidak dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat PMBKed, bahkan perjanjian perniagaan itu tidak dibawa untuk penelitian Penasihat Undang-undang Negeri.

Hujahnya, disebabkan pelaburan perniagaan di PNG itu ditamatkan pertengahan jalan, maka menyebabkan semua modal dan kos pengurusan dikeluarkan oleh syarikat dicatatkan sebagai pelaburan yang tidak sempat mendatangkan pulangan.

Tindakan itu kata Sanusi, dibuat setelah mendapat syor daripada Jawatankuasa Penilaian untuk mengelak risiko yang lebih besar kepada syarikat dan kerajaan negeri.

Beliau turut menerangkan bahawa KCB juga menanggung beban projek daripada pengurusan terdahulu melibatkan projek 99East di Langkawi dengan Syarikat Terra Monda (S'pore) Ltd.

Ujarnya, ketika itu KCB di bawah kendalian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dato' Tajul Urus Mat Zin yang kini merupakan Ketua Umno Bahagian Merbok.

Di mana dakwa Sanusi, pada 2007 itu Tajul Urus telah menjerumuskan KCB dalam projek 99East yang bernilai RM1.9 bilion hingga meninggalkan beban kewangan dan reputasi buruk lebih besar kepada syarikat berbanding perniagaan di PNG.

Manakala ujar beliau, CEO yang dilantik selepas Mac 2008 hingga menjerumuskan KCB dalam masalah di PNG telah ditamatkan perkhidmatan pada 2010 dan CEO tersebut bertindak menyaman PMBKed kerana mendakwa penamatan itu melanggar undang-undang Akta Pekerjaan 1955.

“Sebelum dilantik sebagai CEO KCB, beliau yang juga seorang usahawan sudah terbabit dengan individu dalam MAS Incorporated (PNG) Ltd, Dato' Abdul Manaf Hamid untuk menjalankan perniagaan di PNG dan kedudukan dalam KCB selepas dilantik pada 2008 digunakan sepenuhnya untuk meneruskan hasratnya sebelum itu.

“Dato' Manaf adalah seorang usahawan yang dipertikaikan ‘kejujurannya’ oleh banyak pihak. Hal ini dimaklumkan oleh bekas Pengerusi dan Ketua Pengarah Lembaga Tabung Haji dalam satu pertemuan dengan saya di Kuala Lumpur pada 2010.

“Dato' Manaf telah menyatakan bahawa dia berjaya melibatkan KCB dalam perniagaannya di PNG kepada tokoh ini dalam satu majlis makan malam di Istana Anak Bukit, tetapi sudah terlewat untuk saya memberi amaran kepada KCB dan PMBKed.

“KCB telah dimusnahkan oleh peniaga-peniaga yang menjadikan 'penipuan' sebagai modal dalam perniagaan mereka dan 'kelurusan' pengurusan KCB telah menjadikan syarikat dan pemegang saham sebagai mangsa,” kesali Sanusi.

Pun begitu menurutnya, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang masih baru dalam selok belok perniagaan antarabangsa masih sempat menghentikan risiko lebih besar melalui penglibatan anak-anak syarikat dengan aktiviti perniagaan antarabangsa.

Jelasnya lagi, satu hal sangat penting diberi perhatian ialah dasar tidak campurtangan dalam sesuatu tugas setelah diamanahkan kepada pihak yang dirasakan layak pada waktu itu, sehinggalah sesuatu masalah timbul memerlukan tindakan kerajaan.

“Inilah yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di Kedah dalam semua tugasan yang diperturunkan kuasa kepada pihak-pihak yang dilantik menerajui syarikat ataupun agensi kerajaan.

“Jadi Mukhriz patut bertanya pengurusan KCB di zaman BN kenapa KCB dijerumuskan dalam projek 99East di Langkawi yang bernilai RM1.9 bilion sedangkan KCB tidak memiliki tanah yang ditawarkan dalam perjanjian kerjasama dengan Terra Monda (S'pore) Ltd.

“Mukhriz juga patut bertanya skandal komisyen ratusan juta pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis, skandal BMF yang ditenggelamkan di zaman bapanya menjadi PM, penglibatan Bank Negara dan Tabung Haji dalam perniagaan matawang asing yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit, itu semua lebih memalukan negara,” bidas Sanusi.

Mukhriz juga tegasnya, patut mempersoalkan mengenai premium balak di zaman BN sebagai kerajaan di Kedah yang cuma memperolehi RM500 dan RM1,000 sehektar.

Sedangkan katanya, Kerajaan Pakatan Rakyat boleh menjana RM12,000 hingga RM17,000 sehektar.

Tegas beliau, itu juga satu bentuk kehilangan hasil kerajaan dan kerugian kepada rakyat Kedah.

Malah menurutnya, Mukhriz juga patut bertanya mengenai hutang Kedah kepada Persekutuan yang mencecah RM2.4 bilion di zaman BN selain terdapat kes dalam projek bekalan air luar bandar yang sepatutnya menerima geran daripada Persekutuan tetapi diberikan dalam bentuk pinjaman ratusan juta lalu terpaksa ditanggung oleh rakyat negeri ini.

Mukhriz juga gesanya, wajar bertanya kepada diri sendiri mengenai kerajaan BN yang sejak berpuluh tahun menguruskan negeri Kedah tetapi kerajaan sekarang yang terpaksa menanggung beban tindakan mahkamah sepertimana dalam kes-kes perjanjian perniagaan dengan beberapa syarikat.

Antaranya ujar Sanusi, membabitkan RM11 juta dalam kes tanah di Tandop, Alor Setar dan kes sedang menanti iaitu perjanjian hujung tahun 90-an berhubung Jerai International Park yang akan melibatkan tuntutan kepada kerajaan negeri sebanyak RM60 juta.

Sunday, October 21, 2012

Mukhriz jangan cakap ikut sedap mulut... Cuba suluh diri sendiri dalam cermin rekod pemerintahan BN di Kedah...

oleh Muhammad Sanusi Md Nor

1- Satu hal yang sangat penting diberi perhatian ialah dasar tidak campurtangan dalam sesuatu tugas yang telah diamanahkan kepada pihak yang dirasakan layak pada waktu itu, sehinggalah sesuatu masalah timbul yang memerlukan tindakan kerajaan. Inilah yang dibuat oleh PR di Kedah dalam semua tugasan yang diperturunkan kuasa kepada pihak- pihak yang dilantik menerajui syarikat ataupun agensi kerajaan.

2- Mukhriz patut bertanya pengurusan KCB di zaman BN kenapa KCB dijerumuskan dalam projek 99East di langkawi yang bernilai RM1.9 bilion sedangkan KCB tidak memiliki tanah yang ditawarkan dalam perjanjian kerjasama dengan Terra Monda (S'pore) Ltd.

3- Mukhriz juga patut bertanya skandal komisyen ratusan juta pembelian kapal selam scorpene dari Perancis, skandal BMF yang ditenggelamkan di zaman bapanya menjadi PM, penglibatan Bank Negara dan Tabung Haji dalam perniagaan matawang asing yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit, itu semua lebih memalukan negara.
4- Mukhriz juga patut mempersoalkan kena premium balak di zaman BN jadi kerajaan di Kedah cuma RM500 dan RM1000 sehektar, sedangkan kerajaan PR boleh menjana RM12 ribu hingga RM 17 ribu sehektar. Bukankah itu satu bentuk kehilangan hasil kerajaan dan kerugian kepada rakyat Kedah.

5- Mukhriz juga patut bertanya kenapa hutang Kedah kepada persekutuan mencecah 2.4 bilion di zaman BN menjadi kerajaan di Kedah, sedangkan terdapat kes dalam projek bekalan air di luar bandar yang sepatutnya  mendapat geran daripada persekutuan tetapi diberi pinjaman ratusan juta yang terpaksa ditanggung oleh rakyat negeri ini.

6- Mukhriz juga wajar bertanya kepada diri sendiri bagaimana kerajaan BN sejak berpuluh tahun menguruskan negeri Kedah sehingga kerajaan sekarang terpaksa menanggung beban tindakan mahkamah dalam kes- kes perjanjian perniagaan dengan beberapa syarikat melibatkan RM 11 juta dalam kes tanah di Tandop, Alor Setar dan kes sedang menanti di Jerai International Park di penghujung tahun 90-an melibatkan tuntutan kerajaan  negeri  sebanyak RM60 juta.

Saturday, October 20, 2012

Orang UMNO yg mandi, orang PAS yang basah..mana boleh mcm tu...

Muhammad Sanusi Md Nor
IKLAN SAHAJA NIE
Masa di PKB pada 2007 -2008, dia dituduh terbabit dengan kes penyelewengan RM10 juta dalam projek Bangunan Baru MPSPk. Masa dia kena cekup dengan SPRM kita tak pernah kaitkan dia dgn UMNO pun...

Masa jadi KPSU Bahagian Perumahan SUK, dia bayar RM2.5 juta kepada kontrakor yang tak buat kerja, buat kerja tak ikut spec, dan tak ikut kadar harga dalam jadual kadar harga JKR.

Exco Perumahan panggil mesyuarat dia tak pernah hadir. Exco Jemput untuk berbincangisu2 perumahan, dia tak pernah mai. Dia hanya tau sebut "Aku penin laaaa" di Cafe Wisma...

2 Exco perumahan pernah mohon ditempatkan pegawai lain yang boleh bekerjasama dengan Kerajaan di Bahagian Perumahan, tak dapat2 lagi... bertahun-tahun dia duduk di situ dari 2009- sampai la ni...

Takkan lah "Kerajaan PAS Kedah" - yang dirujuk oleh agen2 UMNO dalam tulisan di fb dan blog- nak kena tanggung kerja kotoq pegawai yg sengaja membuat honar mcm ini.

Kenapa kerajaan UMNO tak dituduh lesapkan wang RM10 juta dalam projek MPSPk sebab ia dilakukan semasa BN jadi kerajaan di Kedah pada Mac 2008.

Dia juga pernah jadi AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah. dia masih UMNO dan kerja untuk UMNO sampai sekarang. Dia jadi setiausaha JKKKP kampung dia sampai la nii.. Ada mana2 agen UMNO di fb dan blog berani kata dia ni PAS ka PKR ka?

Aku tulis ni bukan saja2 nak bongkar salah laku pegawai kerajaan...tapi bila geng UMNO di blog dan fb kata kerja kotoq dia ni adalah kerja "kerajaan PAS Kedah" , aku nak termuntah... Orang UMNO yg mandi, orang PAS yang basah..mana boleh mcm tu...

Di sebalik cerita Kedah Corp Bhd & Papua New Guinea

oleh Muhammad Sanusi Md Nor

Beberapa fakta berkaitan kes Kedah Corp Berhad (KCB) dan perniagaannya di Papua New Guinea (PNG) dan 99 East Langkawi (2007).

1. Kerugian perniagaan berjumlah RM6.4 juta yang dialami oleh KCB adalah adalah kos pengurusan perniagaan dalam beberapa aktiviti dan kos pengurusan pinjaman, bukan penyelewengan atau rasuah.

2. RM134 juta (USD44 juta) ialah jumlah pinjaman yang dibuat oleh KCB dengan Capital Investment Agency untuk membiayai mengambilalihan 70% kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd. yang berjaya memperolehi kawasan pembalakan di PNG. Ia juga bai membiayai aktiviti lain KCB. Pinjaman ini telah dibatalkan pada Januari 2010 setelah Jawatankuasa penilaian yang dilantik oleh MBI mendapati ia akan menambahkan beban dan risiko kepada syarikat.

3. Pinjaman ini tidak mendapat kelulusan lembaga pengarah KCB, tidak dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat MBI dan perjanjian perniagaan tidak dibawa untuk penelitian Penasihat Undang-undang Negeri.

4. Pelaburan perniagaan di PNG ditamatkan di pertengahan jalan untuk mengelak risiko yang lebih besar.

5. KCB juga menanggung beban projek daripada pengurusan terdahulu dalam projek 99East di Langkawi dengan Syarikat Terra Monda (S'pore) Ltd. KCB di bawah Dato' Tajul Urus (Ketua Bahagian UMNO Merbok) pada 2007 menjerumuskan KCB dalam projek 99East yang bernilai RM1.9 bilion, meninggalkan beban kewangan dan risiko yang lebih besar daripada perniagaan di PNG.

6. Hj Akashah yang menjerumuskan KCB dalam masalah di PNG telah ditamatkan perkhidmatan pada 2010 dan beliau menyaman MBI kerana penamatan itu.

7. Sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KCB, Hj Akashah yang juga seorang usahawan sudah terbabit dengan tokoh dalam MAS Incorporated - Dato' Manaf- untuk menjalankan perniagaan di PNG, dan kedudukan dalam KCB digunakan sepenuhnya untuk meneruskan hasratnya sebelum itu.

8. Dato' Manaf adalah seorang tokoh 'putar alam' - hal ini dimaklumkan oleh bekas Pengerusi dan Ketua Pengarah LTH dalam satu pertemuan dengan saya di Kuala Lumpur pada 2010. Dato' Manaf telah menyatakan berjaya melibatkan KCB dalam perniagaannya di PNG kepada beliau satu majlis makan malam di Istana Anak Bukit, tetapi sudah terlewat untuk saya memberi amaran kepada KCB dan MBI.

9. KCB telah dimusnahkan oleh peniaga-peniaga yang menjadikan 'penipuan' sebagai modal dalam perniagaan mereka, dan 'kelurusan' pengurusan KCB telah menjadikan syarikat dan pemegang saham sebagai mangsa.

10. Kerajaan PR Kedah yang masih baru dalam selok belok perniagaan antarabangsa masih sempat menghentikan risiko yang lebih besar melalui penglibatan anak-anak syarikat dengan aktiviti perniagaan antarabangsa.

SETPOL MB KEDAH
https://www.facebook.com/muhammadsanusi.mdnor/posts/497440180280515

Sunday, September 16, 2012

Setiausaha Politik jawab fitnah terhadap MB Kedah

Muhammad Sanusi
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus menjadi mangsa fitnah terbaru blogger pro-Umno, apabila dikatakan menyerahkan projek tanpa tender meneroka kawasan galian di Mukim Temin, Kubang Pasu, bernilai jutaan ringgit kepada syarikat kroni.

Difahamkan, surat daripada Perbadanan Menteri Besar Kedah kepada sebuah syarikat terbabit didedahkan secara meluas di laman-laman blog adalah bukti dakwaan itu.

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, yang menafikan syarikat berkenaan adalah kroni Azizan dan mempunyai ikatan persaudaraan dengan pemilik syarikat terbabit.

Muhammad Sanusi berkata, galian kuarza ditemui di kawasan hutan oleh sebuah syarikat yang meneroka dan membawa penemuan itu kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk mengadakan jalinan kerjasama.

Memandangkan kawasan berkenaan bukan tanah milik MBI, MBI menganugerahkan kepada syarikat terbabit untuk diusahakan.

“Satu perjanjian usahasama dimeterai antara MBI dan syarikat itu. Antara persetujuan permohonan hak milik tanah dan permit galian dibuat oleh MBI supaya tanah itu terus menjadi milik kerajaan melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pelantikan operator untuk mengeluarkan quartz bawah urusan syarikat terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Menurutnya, Azizan mengakui mengenali pemilik syarikat itu tetapi tiada pertalian darah.

“MB jelaskan di semua syarikat kita ada kumpulan pengurusan profesional yang uruskan kerja, kalau semua MB buat, mereka nak buat apa?,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, Azizan turut dimaklumkan mengenai dakwaan blogger Umno bahawa kroni Azizan mendapat balak bernilai jutaan ringgit atas tanah berkeluasan 200 ekar, bagi mencerahkan kawasan untuk tanaman nenas.

“Berdasarkan surat didedahkan blogger itu juga, MBI meminta deposit RM1 juta dan dikira sebagai hasil kepada MBI untuk kerja mencuci dan mengeluarkan sisa kayu di atas tanah seluas 200 ekar. Syarikat itu membayar lebih daripada itu sebab turut disyaratkan membangunkan infrastruktur seperti jalan, parit dan kolam air untuk tanaman nenas,” katanya.

Menurutnya, berbanding ketika Barisan Nasional (BN), setiap hektar kawasan pembalakan, Kerajaan Negeri cuma memperoleh RM1,000 bagi hutan dara dan RM500 untuk kawasan sudah kerja.

“Sebagai perbandingan, bawah kerajaan Pakatan Rakyat, pembalakan tebang dan cuci untuk projek Ladang Sejahtera yang di tender Jabatan Perhutanan ialah RM11,000- RM12,000 sehektar. Dalam kes ini, harga ditetapkan MBI sudah melepasi harga tender yang pernah diberikan oleh Jabatan Perhutanan,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, surat yang didedahkan oleh blog terbabit adalah dokumen komunikasi antara dua syarikat yang menjalin usahasama untuk pengeluaran galian kuarza, di mana urusan berkaitan projek dibuat oleh pengurusan MBI tanpa campurtangan Menteri Besar.

“MBI bukan dikawal secara langsung oleh Menteri Besar seperti zaman BN. Struktur dan pengurusan MBI sekarang, bukan dikendalikan sewenang-wenangnya. Semua polisi dan keputusan dasar diputuskan dalam mesyuarat

Lembaga Penasihat dianggotai oleh wakil-wakil berautoriti dalam bidang pentadbiran, kewangan, undang-undang dan pelaburan,” katanya.

Menurutnya, Lembaga Penasihat MBI dianggotai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan seorang Exco Kerajaan Negeri,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, pemilik syarikat berkenaan bukan saudara atau kroni Azizan, kerana bertentangan dengan prinsip Menteri Besar iaitu 'melobi beliau atas alasan kawan lama, saudara, ahli atau pemimpin parti untuk mendapatkan projek adalah langkah untuk menempa kegagalan.'

“Pesan Azizan, berniagalah kerana kamu seorang peniaga, bukan kerana kamu kenal atau saudara kepada pemimpin, termasuk dirinya,” katanya, memetik kata-kata Azizan apabila diajukan dakwaan ini.

Muhammad Sanusi berkata, antara kriteria pemilihan tanah untuk dibangunkan MBI ialah kawasan yang sudah diceroboh dan diterokai secara haram oleh mana-mana pihak, untuk mengelak aktiviti penerokaan haram terus berleluasa.

Menurutnya, diharap penjelasan ini dapat melenyapkan fitnah terbaru yang dilemparkan terhadap Azizan, kerana Kerajaan Negeri sekarang telus dalam menjalankan pentadbirannya, dan bersedia disiasat jika disyaki melakukan penyelewengan. [SH]

Monday, September 10, 2012

Fitnah Terbaru Blogger Upahan UMNO: Ini Jawapannya...


Sebelum itu ini artikal dari blogger UMNO :

EKSKLUSIF TERHANGAT DARI KEDAH..!!! BUKTI KRONI AZIZAN DIBERI PROJEK BALAK JUTAAN RINGGIT..!!!


Fitnah UMNO Kepada MB: Inilah Jawapan Saya Setakat Ini...

Hari ini MBI panggil semua Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang berada di bawahnya, dan dibuat penyusunan semula Ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat dari pagi hingga petang. Saya menunggu hingga jam 7 malam untuk mendapat laporan dan maklumat tambahan untuk menjawab tuduhan yang dibuat oleh beberapa blog UMNO beberapa hari lalu.

Petang khamis lalu, sewaktu menjanjikan jawapan itu, CEO MBI ada memberi penjelasan ringkas setakat yang berada dalam pengetahuannya daripada maklumat yang digali daripada fail projek itu. Kerana saya sudah berjanji untuk cuba memberikan jawapan selepas Isnin, maka saya perturunkan dulu apa yang saya ada, sebelum MBI memberikan maklumat detail terhadap persoalan itu jika ada!

Polisi Kerajaan PR.

Bagi semua galian yang ditemui, diterokai, dieksploit daripada tanah kerajaan atau hutan simpan, oleh mana- mana pihak sama ada orang perseorangan atau syarikat, kerja-kerja mengusahasil mestilah dibuat kerjasama/usahasama dengan mana- mana GLC dengan pembahagian pulangan yang dipersetujui bersama. Polisi awal kerajaan ialah pembahagiannya mestilah 51-49, di mana GLC mesti memegang 51%.

Oleh kerana polisi peratusan ini (yang bertujuan memaksimakan pendapatan kerajaan melalui GLC) agak berat, ia telah memperlahankan kemasukan pelabur, aktiviti penerokaan hasil-hasil baru dan menurunkan minat pengusaha dalam aktiviti terbabit. Seterusnya ia boleh membantutkan pendapatan hasil royalti, cukai dan premium kepada kerajaan dan pendapatan GLC. Oleh yang demikian, Kerajaan telah memberikan mandat kepada mana- mana GLC yang menceburi bidang ini untuk mengadakan rundingan tentang pembahagian hasil yang munasabah dengan syarikat atau perseorangan yang meneroka dan menemui apa-apa galian dan mengemukakan permohonan untuk mengadakan usahasama dengan mereka. Amalan kerajaan BN sebelumnya ialah 30-70, GLC makan kuah, pengusaha makan isi.

Bagi GLC yang memiliki tanah sendiri dan galian ditemui sendiri seperti PKNK dan PKB yang menemui deposit batu besi yang banyak dalam tanah mereka, GLC itu sendiri mempunyai mekanisme sendiri untuk melantik operator secara tender atau rundingan. Dalam kes terbaru tanah PKB di Gurun, mereka membuat sendiri kajian harga pasaran dbahan itu dan membuat tawaran kepada mana- mana syarikat untuk membayar RM60 setiap tan metrik batu besi yang dikeluarkan dari tanah mereka. Bagi tanah PKNK di Aman Jaya, PKNK telah membuat tender terbuka dan beberapa syarikat telah dilantik sebagai pengusaha (operator) dengan kadar harga berdasarkan gred galian itu.

Kenali MBI dan Strukturnya di Bawah Kerajaan Baru.

MBI ( Menteri Besar Incoorporated) adalah sebuah syarikat Holding yang wujud sebelum 2008 (tahun berapa saya tak pasti- mungkin sudah berpuluh tahun) dan dibuat penyusunan semula di tahun 2009 dengan melantik CEO dan pegawai-pegawai (Pegawai Operasi, Pegawai Kewangan, Juruaudit Dalam, Pegawai Pemasaran, dan lain-lain) seperti mana syarikat-syarikat holding yang lain di negara ini.

Sebelum kerajaan bertukar tangan, MBI dikawal sendiri oleh Menteri Besar secara langsung. Antara syarikat yang wujud dan ditubuhkan di bawah MBI adalah PKB, Kedah Agro Industries Sdn Bhd, KCE (sudah digulung), Kedah Corp. Berhad (KCB), dan lain-lain. SADA adalah entiti baru yang diletakkan di bawah MBI di zaman PR. CEO pertama MBI ialah Sr. Hj Che Had Dhali (2009-2011), Dato' Bakar Din ( 2011-2012- D.O Kota Setar sekarang) dan Dato' Hj Shabudin Shafie (2012 - sekarang).

MBI dikawal oleh sebuah Lembaga Penasihat (berfungsi seperti Lembaga Pengarah) yang dianggotai oleh YAB MB sebagai Pengerusi, Dato' Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wira Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Penasihat Undang-undang Negeri dan YB Dato' Amiruddin Hamzah dan seorang Setiausaha Syarikat dari firma luar.

Selain berfungsi menyelia anak-anak syarikat dimilikinya, MBI juga menjalankan perniagaannya sendiri melalui kerjasama yang dijalankan dengan syarikat dan perseorangan yang datang mengemukakan proposal perniagaan mereka. MBI kini berjaya melaksanakan projek Ladang Sejahtera di beberapa lokasi dan merancang lebih banyak projek itu di masa depan.

Antara kejayaan besar MBI Di bawah kerajaan PR ialah membuat tuntutan kepada Felcra yang mengusahakan tanah milik kerajaan tetapi tidak menyerahkan hasil kepada kerajaan negeri seperti yang dipersetujui dalam perjanjian. Sekurang-kurangnya RM200 juta wang rakyat Kedah yang diabaikan (dipejam mata) oleh kerajaan dulu berjaya dikorek kembali daripada Felcra dan pembayaran sedang dibuat berdasarkan perjanjian.

Kes Yang Dibangkitkan Oleh Blogger Upahan UMNO

Dalam kes galian quartz (apa benda quartz tu saya pun tak tahu) yang diteroka dan ditemui di satu kawasan hutan simpan oleh sebuah syarikat (Quartzcity Global Resources yang dituduh sebagai kroni MB Kedah yang dapat anugerah projek berjuta- juta) yang dimiliki oleh seorang lelaki berketurunan siam dan seorang lelaki melayu bernama Ikram Shafie.

Setelah menemui galian itu atas usaha mereka meneroka, membuat kajian jumlah deposit, lab testing dan kerja-kerja permulaan, mereka telah membawa penemuan ini kepada MBI untuk mengadakan kerjasana berdasarkan polisi semasa kerajaan negeri. Pada masa itu, kawasan itu BUKAN tanah milik MBI dan bukan MBI yang menemui atau memiliki galian itu dan menganugerahkan kawasan itu kepada syarikat Quartzcity Global seperti yang digambarkan oleh blogger UMNO dalam fitnah terbaru mereka itu.

Satu perjanjian usahasama telah dimeterai antara MBI dan syarikat itu untuk mengusahasil galian tersebut. Antara persetujuannya ialah permohonan hak milik tanah dan permit galian dibuat oleh MBI supaya tanah itu terus menjadi milik kerajaan melalui GLC (kerajaan tidak kehilangan tanah kepada pihak swasta) dan urusan pelantikan operator untuk mengeluarkan galian quartz itu adalah urusan Quartzcity Global Recources setelah dipersetujui kedua-dua pihak.

Blogger UMNO membuat tuduhan bahawa MB telah memberi projek tanpa tender ini kepada kroninya, Ikram Shafie. Siapa Ikram Shafie? Saya bertanya MB malam kelmarin, adakah ada pertalian darah atau bau-bau bacang dengan Ikram Shafie.

Katanya dia kenal Ikram Shafie tetapi tiada pertalian darah. Aku kenal dia sebab isteri dia sewaktu zaman kanak-kanak pernah tinggal dengan Sheikh Hamzah, bapa mertua aku. Budak-budak panggil dia Pak Su Am! Dia seorang peniaga, apa dia meniaga aku tak tau, kata MB. MB tanya pasai apa hang tanya. Saya menerangkan kes blogger UMNO membawa fitnah baru bahawa Ustaz bagi projek juta- juta kepada kroni bersangkut dengan galian quartz dan mencuci kawasan yang MBI nak tanam nenas.

Oh! Macam tu! Cuba Hang tanya depa beberapa soalan, katanya.

PKB dok korek batu besi di Gurun, siapa korek aku tak tau, tapi aku juga jadi Penegrusi PKB, adakah aku yang bagi batu besi tu kat depa, dan adakah depa tu juga kroni aku?
Aku juga pengrusi PKNK dan ada banyak syarikat dapat batu besi depa di Aman Jaya, aku bagi juga ka? Kroni aku ka?
Aku juga Pengerusi KUIN dan banyak syarikat dok buat bangunan baru di Kuala Ketil, adakah aku juga bagi projek tu kat depa dan depa tu kroni aku juga ka?

Hang bagitau depa, di semua syarikat kita ada kumpulan pengurusan yang dok buat kerja depa. CEO buat kerja dia, kerani buat kerja dia, kalau semua aku buat, depa nak buat apa? Dalam kes quartz tu, satu hari 'Jan Siam' ada mai jumpa bagitau dia jumpa satu galian yang harga mahal di dalam hutan di Kubang Pasu ka Sintok ka tak ingat dah.

Kalau benda tu berjaya diusahakan, Kedah akan dapat hasil yang baik sebab benda tu tak ada di tempat lain. Aku kata baguih la hang tolong cari benda-benda yang boleh menjadi hasil baru kerajaan negeri. Jadi aku suruh dia pi kat MBI buat urusan dengan depa untuk korek benda tu. Masa tu Dato' Bakaq (Bakar Din) jadi CEO. Apa urusan depa lepas tu aku tak ambik tau sebab aku dan serah kat MBI buat apa yang wajar sebab kita sudah buat polisi tentang galian.

Pasai cuci kawasan nak tanam nenas tu salah tang mana pulak? Tanya MB. Saya terangkan - Blogger UMNO kata kroni MB dapat balak atas tanah tu berjuta-juta. Dalam surat tu MBI minta sejuta sebagai deposit untuk cuci dan bangunkan infra dia atas tanah MBI seluas 200 ekar. Mehat Saari (COO- Ketua Pegawai Operasi) yang sain surat tu. CEO bagitau saya dia tak dimaklumkan apa-apa oleh Mehat tentang kerja-kerja tu. Surat-surat dan fail semua dia pegang sendiri. COO boleh sain surat ka? MB bertanya. Saya jawab sepatutnya semua surat CEO yang sain. Mehat buat hal pulak dah ka? Tanya MB.....

Cuba hang kira berapa harga sehektar kayu atas kawasan tu kalau memang ada kayu balak? Kata MB.

Kalau ikut surat tu, RM1 juta untuk 200 ekar, satu ekar harganya adalah RM5000 dan kalau sehektar darab saja dengan 2.47 (1 ha = 2.47 ekar). Jawabnya RM12,350 sehektar. Maknanya depa membayar lebih daripada itu sebab depa juga diminta membangunkan infra seperti jalan, parit dan kolam air di atas tanah itu untuk tanaman nenas.

Hang tanya depa zaman UMNO dulu berapa depa dapat daripada sehektar kawasan balak?... Hang tolong jawab kat depa!

Jawabnya- Semua orang sudah maklum, di zaman UMNO, kerajaan cuma dapat RM1 ribu bagi hutan dara dan RM500 untuk kawasan sudah kerja seperti kawasan yang depa kerjakan itu. Sebagai perbandingan, pembalakan tebang dan cuci untuk projek ladang rakyat (ladang sejahtera) di lokasi lain yang ditender oleh Jabatan Perhutanan ialah RM11 ribu - RM12 ribu sehektar bagi kawasan dalam kategori seperti itu.

Soalan akhir saya kepada MB... Ustaz!, ada ka tidak Pak Su Am pernah jumpa dan minta apa-apa berkaitan projek ni...MB jawab ringkas...Berani dia nak cakap benda macam tu dengan aku!!!?

Kesimpulan:

1. Dokumen Komunikasi Antara Dua Syarikat Usahasama

Surat yang didedahkan oleh blogger upahan UMNO itu adalah surat biasa yang mengandungi komunikasi antara dua syarikat yang menjalankan usahasama untuk mengeluarkan galian quartz yang ditemui oleh Quartzcity Global dan membawanya kepada MBI untuk mengadakan usahasama seperti yang ditetapkan oleh polisi kerajaan.

2. Pengurusan projek ini dibuat oleh pengurusan MBI.

Seperti projek-projek lain di GLC yang lain, semua urusan dan keputusan operasi seperti ini tidak dibuat oleh MB, malah COO MBI tidak melaporkan kepada CEO MBI, apatah lagi melapor kepada MB.

3. MBI bukan dikawal secara langsung oleh MB seperti di zaman UMNO

Dengan struktur dan pengurusan MBI seperti yang ada sekarang, MBI bukan dikendalikan sewenang-wenangnya seperti zaman BN. Semua polisi dan keputusan dasar diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Penasihat yang dianggotai oleh wakil-wakil yang berautoriti dalam bidang pentadbiran, kewangan, undang-undang dan pelaburan.

4. Terlalu jauh untuk mengatakan Ikram adalah kroni

Ikram tidak pernah bersuara tentang aktiviti syarikatnya kepada MB, jauh sekali untuk melobi dan mendapat anugerah berjuta-juta. Bersandarkan pemerhatian saya tentang hubungan Ustaz Azizan dengan orang yang dikenalinya, melobi projek kerana kenal secara pribadi, kerana satu parti, kerana mencari duit untuk tolong parti, atau kerana kawan lama - adalah langkah pertama menempa kegagalan. Hal itu yang paling dibencinya. Berniaga kerana hang seorang peniaga, bukan kerana hang kenai aku! UMNO ditolak rakyat kerana tabiiat buruk ini. Itu pegangannya.

Dalam kes ini, Hanya 'Jan Siam' yang memang kerjanya mencari galian sejak zaman BN lagi berjumpa dan dia diminta menguruskan hasrat syarikatnya itu dengan pengurusan MBI. Apa yang dibuatnya dengan pengurusan MBI selepas itu adalah diluar pengetahuan MB dan itu adalah urusan mereka sendiri. Mustahil untuk mengatakan Jan Siam kroni juga.

5. Harga kayu balak dan jaras melebihi harga tender

Daripada kiraan mudah berdasarkan maklumat dalam surat jawapan kepada permohonan Quartzcity Global, dan perbandingan dengan kawasan hutan yang memang kaya dengan balak yang diberi secara tender oleh Jabatan Hutan, harga itu sudah munasabah, malah sudah melepasi harga tender. Secara logik, mana mungkin pengurusan MBI mencari kawasan yang semak yang jauh di tengah hutan belantara dengan pokok dua tiga pemeluk untuk dibangunkan sebagai ladang nanas. Antara kriteria pemilihan tanah untuk bangunkan oleh MBI ialah kawasan yang sudah diceroboh dan diterokai secara haram oleh mana-mana pihak- untuk mengelak aktiviti penerokaan haram terus berleluasa.

Adapun jika ada sebarang perkiraan antara mereka yang mengurusaturkan hal ini diluar pengetahuan, menyalahi dasar, polisi, etika dan arahan yang ditentukan oleh pengurusan tertinggi MBI, dan matlamat serta hala tuju kerajaan Pakatan Rakyat yang terangkum dalam slogan Kedah Sejahtera-Nikmat Untuk Semua... Merekalah yang harus menjawabnya di hadapan Allah swt.

Adapun pihak blogger UMNO yang merencanakan fitnah jahat ini, saya serahkan kepada mereka untuk bertaubat, insaf, sedar dan menoleh sebentar ke belakang, melihat apa yang pimpinan mereka telah laksanakan di zaman mereka diberi kuasa dan mengapa mereka ditolak oleh rakyat. Kami tidak mungkin mengulangi kesilapan dan kebangkrapan amanah dan integriti seperti mereka. Dakwaan, kritikan, serangan pribadi dan pendedahan untuk meraih keuntungan politik dan mendedahkan keburukan parti lawan patut bersandarkan maklumat dan bukti yang lebih kukuh, sahih dan berwibawa. Wallahu a'lam.