Showing posts with label Empangan Pedu. Show all posts
Showing posts with label Empangan Pedu. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

BN Kedah diasak sampai ke hutan Pedu!

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) diadakan secara bersiri di seluruh negara, hampir semuanya diadakan di bandar-bandar utama negeri masing-masing. Pada 12 Januari 2013, HKR terbesar diadakan di Stadium Merdeka juga ibukota utama.

Peliknya PAS Kedah mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat pasca #KL112 di kawasan hutan yang tiada penempatan manusia sekitar Tasik Pedu namun mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Lebih 15,000 hadir di tapak perladangan yang disensasikan BN kononnya telah musnah angkara kerakusan pembalakan.

Kenderaan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak tidak dapat masuk ke tapak himpunan lantaran kenderaan yang bersesak menutup setiap ruang jalan. Beliau terpaksamembonceng motorsikal lebih tiga kilometer.

Sebelum ini Perkasa dan Umno turut mengadakan perhimpunan di situ, namun sambutan rakyattidaklah sehebat itu walaupun mereka dikerah dan diupah. Himpunan anjuran PAS hanya untukmenyatakan sokongan padu rakyat terhadap projek kerajaan negeri serta menyanggahputarbelit pembangkang berhubung isu balak.

Mulanya nampak BN mengasak Pakatan tetapi akhirnya PAS pulak yang mengasak BN hingga ke hutan Pedu.

Rali panjang menuju PRU13 semakin menuju garisan penamat tetapi BN Kedah nampaknya masihterkial-kial mencuba pelbagai isu, tiada satu pun yang benar-benar utuh untuk membolospertahanan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Minggu lalu, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menyerang lagi kerajaan negeri kononnyamembuat hutang hampir RM1 billion sepanjang tempoh satu penggal pentadbiran, lalumempersoalkan kemampuan kerajaan negeri untuk membayar balik.

Beliau sejak dahulu memang terkenal dengan pengumuman angka-angka bombastik yang tidak masuk akal. Cara kerjanya mudah saja, mengutip semua angka yang dijumpai di mana-mana bagi menampakkan kegawatan kerajaan negeri walhal sebahagian angka yang disebut tiada relevan dengan isu.

Misalnya, Keng Liang pernah mendedahkan angka-angka projek berkaitan negeri yang tidakdibuat melalui tender terbuka. Nampaknya berbilon-bilon, walhal projek yang disenaraikannya itu ialah projek pelaburan masuk, misalnya Sungai Limau Hidro Carbon Hub (SULIHH) bernilai RM83 billion dan Aman Central RM500 juta.

Mereka adalah syarikat korporat bukan GLC. Tender terbuka dibuat untuk mendapatkan nilai kos optimum terhadap projek yang membelanjakan wang negeri. Bagi pelaburan masuk, maka pelaburlah yang merancang kos yang paling optimum bukan pihak negeri yang membiayai kos! Ketua Pemuda Gerakan itu 'terpening' barangkali akibat ghairah bermain angka.

Begitulah persoalan hutang yang kononnya dibuat semasa pentadbiran Pakatan. Hutang yangditinggalkan BN pada Mac 2008 sudah mencecah RM2.2 billion. Hutang negeri biasanyadirujuk kepada hutang berkaitan pengurusan air, perumahan, logistik serta lain-lain yangberkaitan dengan pentadbiran negeri.

'Bijaknya' Ketua Pemuda Gerakan mencampuradukkan hutang GLC ke dalam senarai hutang negeri bagi menjadikan hutangnya mencecah hampir RM3 bilion. Tak pernah dibuat orang.


Sebahagian besar hutang yang ditinggalkan kepada Pakatan ialah hutan berkaitan air iaitusebanyak RM1.83 billion. Ia menimbulkan persoalan dan pertikaian mengapa projek berkaitanperkhidmatan air yang diberikan pusat dikira hutang bukannya geran.

Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) telah dimulakan pada 1974 dan diperluaskan dibawah skim Accelerated Rural Water Supply di dalam RMK-2 (1971-1975) dan masih berterusan sehingga kini dan akan diteruskan dalam RMK-10.

Pada awalnya, dasar pembiayaan program BALB ialah 80 peratus pinjaman dan 20 peratusgeran kerajaan Persekutuan. Jemaah Menteri pada 31 Mei 2000 telah bersetuju pertukarandasar pembiayaan program kepada 100 peratus geran Kerajaan Persekutuan.

Sewajarnya bantuan kewangan ini diberi dalam bentuk geran kerana ia adalah tanggung jawab kerajaan kepada rakyat, tambahan pula sumber duit kerajaan juga dari rakyat.

Kerajaan Negeri Kedah di zaman BN menolak status geran untuk membina Loji Pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai oleh kerajaan Pusat, sebaliknya mahu status pinjaman. Inilah ketidakcerdikan kerajaan lalu yang menyebabkan kerajaan negeri menanggung hutang sebanyak RM220 juta.

Antara projek besar lagi ialah saluran paip dasar laut dari tanah besar ke Langkawi sejauh 46.4 km berserta sebuah logi dan dua buah kolam bekalan air. Semuanya berjumlah RM150 juta dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan.

RM150 juta itu 'dianggap' tanggungan oleh Syarikat Taliworks yang menguruskan air di Langkawi hingga menyebabkan jumlah caj pengurusan air terhadap kerajaan negeri lebih tinggi dari caj air terhadap pengguna.

Pihak yang tanggung beban ialah kerajaan negeri tetapi pihak yang kenyang besar ialah syarikat kroni yang diberi hak mengurus air.Sebahagian besar bebanan hutang adalah tinggalan BN. Penyelewengan dan rugi besar besar RM403 juta juga adalah tinggalan BN. Padanlah BN diasak hingga ke hutan Pedu.[WartaUtara]

Sunday, February 17, 2013

BN Kedah harap keajaiban balak selepas gagal isu lain

Oleh ZULKIFLI YAHAYA


UNTUK kali kedua BN Kedah menghimpunkan penyokongnya dari seluruh pelosok negeri di Charok Genting Bunga bagi melakukan 'battle cry' terhadap isu pembalakan yang kononnya berlaku dengan rakusnya di bawah Pakatan Rakyat

Mereka mendakwa 12,000 orang berhimpun kali ini, lebih 2,000 orang berbanding perhimpunan pertama.

Setiap peserta perhimpunan dibekalkan dengan baju-T percuma, minyak motosikal untuk konvoi, wang sagu hati dan makanan. Ditambah dengan bayaran untuk artis jemputan, sewa ratusan buah khemah, publisiti dalam pelbagai bentuk - maka jumlah yang dianggarkan tidak kurang RM1 juta dibelanjakan untuk himpunan kali kedua.

Himpunan kali pertama juga tidak kurang besar belanjanya apabila orang kampung yang tidak tahu apa-apa dikerahkan dengan beratus-ratus buah bas, hadir terpinga-pinga mendengar ucapan Dato' Ibrahim Ali.

Persoalan menarik ialah, mengapa BN Kedah sanggup melaburkan wang dan masa dengan begitu banyak hanya untuk memfokuskan isu yang satu, iaitu balak? Cukupkah dengan isu tersebut untuk menumbangkan Pakatan di Kedah?

Hakikatnya, di negeri Jelapang Padi ini pembangkang memang ketandusan isu sejak awal lagi. Kalau mereka peroleh isu pun ia hanya untuk sementara waktu, akhirnya isu tersebut tidak memihak kepada mereka.

Isu cadangan meroboh ganti Madrasah Salihiah untuk projek Aman Central dikira cukup besar. Himpunan demi himpunan diadakan, hingga akhirnya Menteri Besar turut diheret ke mahkamah. Namun ia selesai dalam keadaan hampir tiada siapa pun peduli mengenainya, bahkan sewaktu bangunan madrasah itu diroboh tiada satu biji mata pun yang bersagang nyawa untuk 'menyelamatkannya'.

Sebabnya, dari awal isu tersebut berpihak kepada kerajaan Negeri, cuma menghadapi tentangan yang dibuat-buat tanpa prinsip. Bahkan sewaktu mereka mempertikaikan kaedah Istibdal yang diguna pakai oleh kerajaan negeri, mereka kantoi apabila yang memberi penjelasan mengenainya bukan Exco kerajaan tetapi Mufti.

Isu penyelewengan dalam penyelenggaraan perumahan awam yang melibatkan kerugian sebanyak RM2.55 juta seperti dilaporkan oleh Ketua Audit Negara bagi laporan audit 2011 juga tidak mampu bertahan.

Mulanya BN sungguh ghairah menyerang kerajaan negeri tetapi termonyeh akhirnya apabila pegawai yang didakwa terbabit dengan penyelewengan itu adalah 'orang kuat' Umno Kedah.

Kenaikan tarif air sebanyak RM0.10 untuk satu meter padu air juga tidak bertahan lama kerana rakyat Kedah tidak merasa beban kenaikan akibat yang terlalu kecil, berlaku pula dalam tempoh yang lama. Apatah lagi kualiti perkhidmatan air jauh lebih baik berbanding di zaman BN dahulu.

Isu air yang berlaku di selatan dan utara Kedah selesai akhirnya dengan pembinaan logi pembersih air baru di Lubuk Buntar, Sik dan Padang Sanai. Tiada lagi cerita mahasiswa UUM membawa baldi, menadah air dari lori tangki di tepi jalan tetapi cerita yang kedengaran ialah paip lama di kampus itu pecah kerana tidak mampu menahan tekanan air yang terlalu kuat.

Apabila BN menyerang kerajaan negeri dalam isu pertambahan pusat hiburan, serangan itu berpatah balik kepada mereka kerana pertambahan pusat hiburan haram mesti dipantau oleh pihak polis, sedang polis adalah agensi Persekutuan. Dari aspek lain, akibat terlalu kuat menyerang pusat hiburan mereka ditempelak oleh rakan sekutu Gerakan dan MCA, akhirnya Umno menikus dalam isu tersebut.

Isu kerugian balak dalam pelaburan Kedah Corporation Berhad (KCB) di Papua New Guinea sebanyak RM6.4 juta juga tidak dapat bertahan lama. Ia 'lekat di celah gigi' apabila muncul pendedahan penyelewengan dan bebanan di zaman BN yang jauh lebih besar iaitu sebayak RM403 juta!

Itu baru jumlah bebanan yang akibatnya ditanggung oleh kerajaan negeri kini. Kalau dihitung jumlah penyelewengan, kerugian dan bebanan yang tidak ditanggung kerajaan kini - jumlahnya jauh lebih besar.

Isu kononnya berlaku pertembungan antara pegawai dengan pemimpin politik, yang cuba dipanaskan oleh pihak pembangkang di Sidang Dun juga tidak sampai ke mana kerana akhirnya ia selesai begitu sahaja.

Isu kononnya berlaku kelemahan pentadbiran di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) juga nampaknya tidak bertahan lama. Ia selesai dalam sekelip mata apabila Yang di-Pertuan Agong berangkat merasmikan kampus induk KUIN di Kuala Ketil bernilai RM330 juta untuk fasa pertama.

Maka menempelak KUIN sama seperti menempelak Agong yang juga merupakan Sultan Negeri ini.

Maka selemah-lemah isu pembalakan pun, itulah pula isu yang paling besar bagi BN di Kedah. Itulah yang mereka canangkan kepada rakyat siang dan malam dalam propaganda yang penuh putarbelit.

Selepas dua himpunan BN di tapak balak Tasik Pedu, kini giliran penyokong kerajaan negeri pula akan berhimpun di Tasik Pedu mempertahankan tindakan kerajaan negeri sambil membongkar salahlaku BN. Menteri Besar sendiri akan turun dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah ini.

Selepas ini, besar kemungkinan isu balak pun akan terpadam macam isu-isu lain yang dimainkan oleh pembangkang di Kedah.

#Savekedah - Eishhh takan hangpa claim kat ICU kot untuk program ke Tasik Pedu tempohari..??


King Jason

Kantoi.. jika sebuah bas kadar bayarannya RM1400 sebuah.. banyangkan berapa puluh bas yang mereka guna dan malangnya mereka gunakan wang pembayar cukai untuk kerja2 parti...!!

Dimanakah maruah kita sebagai pembayar cukai?

Mereka sukahati mengunakan wang negara untuk kepentingan politik umno bn...

Nak say YES to BN lagikah?

Saturday, February 16, 2013

#SaveKedah : Di Sebalik Antara BAS & KERETA yang ke Empangan PEDU...

Mai kita tengok perbezaan antara dua himpunan ini...


Oleh: Aiman Rasist

Perbezaan yang paling besar ialah nawaitu... satu kumpulan datang dengan niat untuk mempertahankan kerajaan Kedah Sejahtera demi mendaulatkan Islam di bumi Kedah ini. Manakala satu kumpulan lagi berniat untuk dapat upah, sedangkan sebahagian besar mereka datang tanpa tahu apa-apa tujuan. Orang atas buat kerahan tenaga... orang bawah ikut secara membuta tuli.

Perbezaan lain ialah yang satu hadir dengan ikhlas dan hati yang sukarela, minyak motor kereta sendiri isi. Yang satu lagi sudahlah berangkut dapat upah lagi maka ikhlas tak tau dok tang mana, lagi pun nak ikhlas apa kalau tak tau apa-apa tujuan berhimpun.

Lagi perbezaan ialah jumlah kehadiran... yang satu, asal kereta boleh isi.. full punya isi. Manakala yang satu lagi bas saja besaq tapi setiap bas ada 5 orang, ada sepuluh orang.. takdak yang isi penuh. Kehadiran HKR kira-kira 20 ribu manakala kehadiran Perkasa Umno kira-kira 2000 orang saja.

Perbezaan lain... pakat2 cari sendiri nooo, pasti jumpa punya.

Friday, February 15, 2013

Isu Balak PEDU - JAS & Pengarah Hutan..OK tapi BN pula yang menghalangnya..!!

Jabatan Alam Sekitar tiada halangan, ‘pihak’ lain cuba menghalang
“Baru-baru ini Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya turun meninjau ke Tasik Pedu untuk meninjau lokasi tapak projek dan tiada halangan daripada pihak mereka untuk meneruskan projek tersebut.
ALOR SETAR – Projek Agro Tourism di Charok Genting Bunga, Padang Terap yang bakal menyediakan banyak peluang pekerjaan dan mengubah wajah Tasik Pedu sering mendapat tentangan apabila kebenarannya sering diputar belit oleh pihak yang tidak mahu projek tersebut berjalan dengan lancar.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, apabila selesai dan tiada masalah berkenaan isu tadahan air di Tasik Pedu, maka timbul pula isu bahawa kerajaan negeri rakus menebang balak di kawasan terbabit sedangkan setiap aktiviti pembalakan perlu dapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Hasil Bumi terlebih dahulu.

“Baru-baru ini Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya turun meninjau ke Tasik Pedu untuk meninjau lokasi tapak projek dan tiada halangan daripada pihak mereka untuk meneruskan projek tersebut.

“Mana-mana aktiviti penebangan balak yang dibuat adalah mengikut peraturan JAS dan Jabatan Hutan Negeri. Malah kajian mendapati tiada aliran air daripada kawasan ladang masuk ke Tasik Pedu kerana kedudukan tasik lebih tinggi dan kawasan penebangan di sebelah bawah,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman.

Tambahnya, hutan dibersihkan untuk menanam pokok buah-buahan. Mana mungkin dapat menanam pokok jika tidak menebang pokok yang ada. Masalah sekarang adalah ada pihak yang cuba ‘putar’ isu ini untuk memberi gambaran buruk mengenai kerajaan negeri kepada rakyat.

Kerajaan negeri tidak melakukan penebangan hutan sesuka hati dan tidak pernah mengganggu kawasan tadahan mahupun hutan simpan kekal.

Keseluruhan kawasan penebangan yang dibenarkan adalah seluas 2400 hektar, pihaknya hanya menebang balak seluas 400 hektar di Pedu dan masih ada lagi 2000 hektar di kawasan lain.

“Kedah menjadi mangsa apabila isu penebangan balak secara rakus dikaitkan dengan kerajaan negeri sedangkan Kerajaan Persekutuan tidak pernah membayar pampasan RM100 juta kepada kerajaan negeri untuk kawasan tadahan tersebut.

“Perjanjian pampasan itu dibuat secara lisan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, namun selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri jumlah pampasan diturunkan kepada RM60 juta. Tetapi ketika itu, Dato’ Seri Mahdzir Khalid tidak teruskan tuntutan, maka kita tidak dapat apa-apa bayaran,” tambahnya.

Katanya, pampasan itu dicadangkan untuk bayaran ganti rugi kerana kerajaan negeri tidak dapat mengutip hasil apabila aktiviti penebangan balak tidak dilakukan.

“Kalau mereka masih bising kononnya kita rakus tebang balak, maka sila bayar RM100 juta setahun. Hutan adalah hak kita, kita tebang kawasan hutan simpan sahaja, tak kacau kawasan tadahan air seperti yang didakwa oleh mereka,” katanya dengan tegas.

Suasana bergambar himpunan di Pedu.. berapa orang hangpa kira sendiri lah..!!

Alhamdulillah semuanya selamat 
dan yang best MB siap kena nai motor sebab jammed dengan anak muda nak kesana....ini ada beberapa gambar sahabat fb saksikanlah...
 









Thursday, February 14, 2013

Menteri Besar akan turun Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah di Tasik Pedu petang nanti..

SAVE KEDAH... DARI PENYAMUN TARBUS BERNAMA BN
 

Oleh: Fauzi Pisau Cap Ayam

Berita baik untuk rakyat Kedah yang sedang berkempen Save Kedah (dari penyamun dan penyangak), insya Allah besok YAB Menteri Besar Dato' seri Di-Raja Ustaz Azizan Razak akan turun bersama ribuan rakyat Kedah di Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan berhampiran Tasik Pedu, bermula jam 3.30 petang 15 Februari 2013.

Dah dua kali puak2 Perkasa menghantar rombongan melancong projek agro pelancongan Charok Genting Bunga maka kali ini giliran rakyat yang waras pula berhimpun untuk membongkar pembohongan yang dibuat oleh Perkasa, UMNO dan konco2 mereka.
Antara perkara yang dijangka akan disebut MB ialah pembohongan pihak BN bahawa air kesan pembalakan di Charok Genting Bunga boleh melompat melalui udara masuk ke Tasik Pedu... kah kah kah, gelak sekali.


Sementara itu Sekretariat Bongkar 403 pula akan turun hadir untuk memperincikan penyelewengan BN sewaktu merintah Kedah dulu yang akibatnya ditanggung oleh kerajaan kini. Meriah laa nampaknya himpunan kali ni. 

Cakap banyak tak gunalah...esok kita pi ramai-ramai, nak habag bagi.. ni pun satu lagi catatan sejarah kat Kedah. Sapa pi, maka mereka adalah pelakar sejarah Kedah.

Saturday, January 26, 2013

Jika Ikut Kepala PERKASA.. tak payah belajaq GEOGRAFI dah cuma perlu SUMPAH LAKNAT sahaja selesai masalah..!!

Dongeng Bersumpah Laknat: Air Baja dan Air Selut Mudik Ke Hulu Demi Bermadu Asmara Dengan Air Tasik Pedu...


Tapak Ladang Agrotourism yang menjadi punca Utusex mencabar sumpah laknat bahawa satu hari nanti di bawah kerajaan PR, air, racun dan baja yang terlarut resap akan 'ragaih' bukit mudik ke hulu untuk masuk ke Tasik Pedu

Saya tidak pernah terbayangkan sepanjang hidup saya satu hari nanti,  saya akan menempuh satu zaman di mana masalah geografi, topografi tanah dan rajah geometri yang saintifik perlu dipertahankan dengan sumpah laknat! Tapi ia telahpun muncul hari ini di akhbar milik UMNO Utusan Malaysia. Setelah lebih sedekad menyajikan ummat melayu Islam dengan cerita sex, liwat dan porno, hingga mempopularkan sumpah laknat untuk membuktikan dubur Saiful Bukhari telah ditusuk sembilu tumpul.

Saya sering diingatkan bahawa cerita bohong yang diulang-ulang akan disangka benar secara psikologi paksa. Berita Tasik pedu akan kering kontang dan dasarnya merekah keras 'kong' gara-gara projek agrotourism kerajaan PR Kedah akan mengancam nyawa seluruh penduduk Malaysia akan ditulis selepas pembohongan ini berjaya - sekiranya rakyat Kedah buta mata dan buta huruf - mujurlah TIDAK!

Air lari dari kawasan projek akan membawa segala baja dan racun tenaman menerpa masuk ke tasik dengan kaedah mudik ke hulu dan meragaih permatang jalan setebal 300 meter dengan keadaan tercungap-cungap keletihan. 

Permatang pemisah (disebut jambatan konkrit dalam plan JKR) T.E.K.I.H (Trans Eastern Kedah Interland Hiway) direkabentuk dengan perkiraan saintifik menangani kedudukan paras air selepas 100 tahun - termasuk membuat unjuran pencairan glasier di kutub urata dan kutub selatan bumi dan kadar hujan tahunan yang bakal mencurah.

Hakikatnya ialah aliran air parit dan air lari dari tapak projek menghala ke arah bertentangan dengan Tasik Pedu, bercantum dengan satu sungai yang menjadi 'outlet' - aliran keluar- (BUKAN INLET- aliran masuk) takungan tasik pedu jika paras air melepasi paras tertentu, terus menghala ke Sungai Pedu, lajak lagi ke Sungai Terap. Air sungai2 ini tidak pernah mudik ke hulu untuk memadu asmara dengan air di Tasik Pedu.

Untuk tidak memanjangkan 'kekaguman tahap gaban' kepada Utusex dan pemuda UMNO, termasuk pimpinan nombor satu dan dua UMNO Kedah, yang berpot-pet tanpa fakta, saya perturunkan laporan teknikal dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah yang telah disyarahkan oleh YAB Menteri Besar pada sidang DUN 20-22 Nov lalu. Kerana sudah dibentangkan di DUN, maka dokumen ini saya kira sudah menjadi dokumen awam yang boleh mencerdikkan pemuda UMNO yang berdemo di depan wisma  semalam dengan kekuatan ketumbukan sebesar 30 orang. 

Maklumat dari jabatan juga menyatakan laporan ini akan dibentangkan kepada Mukhriz pada esok (21 Disember 2012) setelah dipanggil pada hari ini. Sebelum mendapat laporan yang akan mengunci mulutnya dan menambahkan lapang di kepalanya, dia pun bersyarah sakan di TV3 malam ini, mempelawa MB menaiki helikopter meninjau kawasan itu. Adusss!!! 

1.0       LATAR BELAKANG


1.1 HUTAN SIMPAN PEDU
Hutan Simpan Pedu adalah hutan jenis darat dimana berkeluasan 15,537 hektar dan terletak di bahagian utara Negeri Kedah. Ia telah diwartakan pada 11 September 1952 (No. Warta: F297). Terdapat 52 Kompartmen hutan di dalam Hutan Simpan Pedu di mana kompartmen tersebut adalah berbukit-bukau. Kawasan bertasik yang terdapat didalam kawasan hutan simpanan kekal ini telah menempatkan sebuah empangan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan simpanan air bagi kegunaan pertanian. Ketinggian tertinggi di hutan simpan ini adalah 582 m apl.


1.2 PEMBAHAGIAN DAERAH HUTAN DAN DAERAH SIVIL
Hutan Simpan Pedu adalah terletak di Daerah Hutan Kedah Utara dan Daerah Sivil Padang Terap.

1.3 KAWASAN HUTAN TADAHAN AIR

Hutan Simpan Pedu telah dikelaskan kepada dua (2) iaitu Hutan Pengeluaran dan Hutan Tadahan Air. Semua kompartmen hutan di kawasan Hutan Simpan Pedu adalah dikelaskan sebagai kawasan hutan tadahan air kecuali kompartmen 1, 2, 3, 4, 48, 50, 51 dan 52.


1.4 KEADAAN MUKA BUMI

Terdapat beberapa batang sungai yang mengalir di sekitar Hutan Simpan Pedu antaranya Charok Chabang Dua, Charok Chik, Charok Batang Padi dan Charok Tipek. Aliran sungai-sungai tersebut tidak mengalir ke kawasan empangan sebaliknya aliran sungai tersebut mengalir ke charok-charok sungai kecil sejauh lebih kurang empat (4) km ke Sungai Pedu seterusnya ke Sungai Padang Terap.

Disamping itu beberapa bukit juga terdapat di dalam hutan simpan tersebut antaranya Bukit Merah yang berkitinggian 361 m apl dan Bukit Jani yang berketinggian 315 m apl.


1.5 KAWASAN PENEMPATAN PENDUDUK
Kawasan Projek Agroforestry adalah kawasan yang terletak jauh daripada daripada penempatan penduduk. Walaubagaimanapun, kawasan penempatan penduduk yang dikenalpasti berhampiran iaitu lebih kurang 4 hingga 7 kilometer dengan kawasan projek. Kampung-kampung tersebut dan jarak antara kampung-kampung tersebut dengan kawasan projek pembangunan adalah seperti berikut:-

1) Kg. Tok Chai - ± 4.0 km

2) Kg. Pinang - ± 4.0 km

3) Kg. Datin Fatimah - ± 4.5 km

4) Kg. Tong Pelu - ± 6.5 km

5) Kg. Tangjung Luar - ± 7.5 km

Penduduk kampung tidak bergantung kepada bekalan air masyarakat sebaliknya menggunakan bekalan air yang disediakan oleh pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA).

1.6 AKTIVITI MASYARAKAT SETEMPAT
Masyarakat setempat telah menjalankan beberapa aktiviti untuk menjana pendapatan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengusahakan perladangan getah di sekitar kawasan penempatan dan dusun buah-buahan.

1.7 KAWASAN TADAHAN AIR MASYARAKAT

Tinjauan dan rekod jabatan menunjukkan tiada penggunaan air masyarakat di sekitar kawasan projek. Kawasan penempatan penduduk terhampir juga telah menggunakan air yang dibekalkan oleh kerajaan melalui pihak SADA. Kegunaan air yang dibekalkan oleh SADA ini adalah untuk kegunaan domestik.


1.8 GAMBARAN KASAR KAWASAN SEKITAR KAWASAN EMPANGAN DAN KAWASAN PROJEK

Kawasan yang diusahasil dan Empangan Pedu adalah dipisahkan oleh permatang bukit dan berjarak lebih kurang 300 meter daripada tebing empangan. Sehubungan dengan itu, adalah mustahil bagi air atau mendapan daripada kawasan lesen balak bergerak menaiki permatang secara langsung ke Empangan Pedu.

Gambaran kasar di kawasan usahasil paling hampir dengan kawasan Empangan Pedu adalah seperti berikut:-


2.0 ADUAN BERKAITAN HUTAN SIMPAN PEDU MELALUI MEDIA

Siri aduan awam melalui media telah diterima oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Maklumat mengenai aduan tersebut adalah seperti berikut:- (Tidak termasuk pembohongan di Utusex dan TV3 hari ini yang akan berulang esok dan luasa hingga PRU13)
 
[SETERUSNYA HANGPA PIE BACA DI BLOG SETPOL - KLIK SINI]

Tuesday, January 22, 2013

[GEMPAR] Akhir kerajaan negeri Kedah tutup juga Projek di Tasik PEDU


Ramai yang sudah tahu resort ini sudah di tutup sepenuhnya..carian didalam internet/blog..perincian penutupan resort tersebut..

PEDU: Tasik Pedu sudah melabuhkan tirainya sebagai tempat tarikan pelancong dengan penutupan dua hotel terakhir di situ.

Iaitu Mutiara Pedu Lake Resort dengan 260 buah bilik, yang ditutup pada 8 Januari, seminggu selepas Desa Utara Resort ditutup.

Pihak pengurusan terpaksa berbuat demikian kerana perniagaan sangat teruk.

Hotel ketiga, Anjung Pedu Resort milik kerajaan negeri, telah ditutup beberapa tahun lalu.

Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Negeri, Ammar Abd Ghapar berkata Tasik Pedu pada satu ketika menjadi pilihan pelancong dari Taiwan dan Singapura, tetapi bilangannya menurun sehingga sangat sedikit dalam enam tahun lepas.
Masalah utama ialah kurangnya promosi, dan penemuan kubur di dasar Tasik Pedu, yang telah terdedah ketika kemarau lebih setahun yang lalu.

"Bilangan pelawat sudah menurun tetapi ia menjadi bertambah buruk selepas berita kubur tersebut merebak," beritahu Ammar.

"Ramai pelancong dari Taiwan dan Singapura agak was-was, mereka enggan pergi ke tasik tersebut."

Kemarau yang melanda juga menghalang aktiviti sukan air, yang pada satu ketika amat popular di tasik tersebut.

Bekas Ketua Keselamatan Mutiara Pedu Lake Resort Rani Dahaman memberitahu yang resort tersebut mengalami kerugian sebanyak RM1 juta setahun.

Kesemua 66 pekerja resort telah diberhentikan pada 14 Jan, dan telah diberi dua bulan gaji sebagai pampasan.

Kerajaan bangunkan Tasik Pedu sebagai destinasi pelancongan pada tahun 1992.

Tasik seluas 120 hektar terletak 50km dari Kuala Nerang, pekan terdekat, dan 5km dari sempadan Malaysia-Thai.

Mutiara Pedu Lake Resort bermula sebagai Holiday Inn Pedu Lake Resort dalam tahun 1994.

Mutiara Hotels & Resorts mengambilalih tempat tersebut dalam tahun 1999.
 
ADMIN : He He He saje jer nak buat GEMPAK.. nak habaq kata KITA JANGAN LUPA SEJARAH...

Isu PEDU : BN & PERKASA jangan pejam mata..cuba tengok sejarah zaman BN

BN tebang balak Tasik Pedu, bina padang golf dan resort…pastu tutup, rugi juta-juta... awat tak bising??


Pembangunan Charok Genting Bunga, Pedu yang melibatkan seluas kira-kira 1000 ekar dengan projek ladang buah-buahan tiba-tiba penarik perhatian pembangkang di Kedah untuk dijadikan isu menyerang Kerajaan Negeri.

Isu yang dimainkan, kononnya pembangunan berkenaan melibatkan penggondolan tanah pembalakan yang mengakibatkan air di Tasik Pedu tercemar. Projek Ladang Buah-buahan itu juga dikatakan hanya sekadar berselindung untuk mengkaburi mata rakyat. Kerajaan Kedah diserang kononnya tidak peka kepada alam sekitar dan rakus untuk mendapatkan hasil balak tanpa memikirkan kesan-kesan mendatang.
Amat tidak wajar, isu murahan seperti itu digembar-gemburkan, apatah lagi media-media arus perdana juga cuba ‘tumpang toi’agar isu berkenaan ‘hidup’di samping menggunakan peranan pelakon-pelakon upahan yang langsung tidak professional.

Projek Ladang Buah-Buahan di Charok Genting Bunga tersebut merupakan cadangan Jabatan Perhutanan dan kedudukannya bersesuaian untuk dijadikan projek berkenaan. Masalah alam sekitar tidak wujud kerana bukit yang digondolkan itu akan hijau semula dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. Malahan pencemaran Tasik Pedu juga mustahil akan terjadi kerana kedudukan Tasik Pedu lebih tinggi dari kawasan projek.


 Tetapi seperti kata bidalan, “pelanduk lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk”, pembangkang Kedah lupa bahawa suatu ketika dahulu, sewaktu mereka menerajui Kerajaan Kedah, mereka telah melakukan penebangan pokok di kawasan yang sama yang melibatkan hampir 1000 ekar semata-mata untuk membuat padang golf dan resort. Sedangkan kerajaan sekarang, menebang pokok untuk ditanam semula tetapi kerajaan dahulu menebang pokok untuk padang golf.


Resort yang terdapat di Tasik Pedu itu, semuanya sudah ditutup kini. Tasik Pedu mendapat suntikan kerajaan sebanyak RM8.5 juta untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan. Pada 1994, Holiday Inn Pedu Lake Resort beroperasi dan selepas itu dikenali sebagai Pedu Golf and Lake Resort pada 1999. Pada 2001 ditukar kepada Mutiara Pedu Lake Resort. Desa Utara Resort pula beroperasi pada 1995, namun ditutup pada Januari tahun ini. Resort yang begitu cantik dan lengkap dengan pra sarana kini terbiar macam tongkang pecah. Tiada kawalan keselamatan menyebabkan barang-barang yang tinggal lesap entah ke mana. Kedua-dua resort itu dikatakan mengalami kerugian RM1 juta setahun akibat kehilangan pelanggan

Sementara itu semasa pemerintahan Syed Razak, demi menyelamatkan padang golf dari ditenggelami banjir, kerajaan mahu melepaskan air dari Empangan Pedu dan secara tidak langsung mengakibatkan kerosakan penanaman padi yang sedang dituai.

Amat malang sekali, ketika itu tiada demontrasi, tiada laungan kononnya berlaku pencemaran alam sekitar dan tiada pula bantahan kononnya hak-hak anak cucu rakyat Kedah tergadai. Pembangkang cuba menjadi “hero”dan hasilnya umpan makan tuan.

Kesannya sekarang, pokok-pokok di kiri kanan jalan di Tasik Pedu semuanya masih rendah akibat penebangan dahulu dan padang golf yang dibuat, terbiar begitu sahaja. Akhirnya, kerajaan sekarang terpaksa melakukan pemilihan tasik. Selain itu, semasa kerajaan dahulu membina laluan Tekih juga tiada sembarang bantahan dibuat, sedangkan kawasan berkenaan telah diwartakan sebagai kawasan tadahan hujan. Nampaknya sekali lagi pembangkang Kedah cuba bermain api tetapi terbakar jarinya sendiri.

Dalam mereka meraih simpati murahan, mencipta isu mengikut andaian mereka sendiri, pembangkang hampir terlupa apa yang terjadi dengan projek balak laluan TEKIH dari Durian Burung ke Baling yang mengakibatkan kehilangan RM3 juta.

Laluan berkenaan melibatkan beberapa jajaran jalan baru yang menempuh kawasan hutan berbalak. Semua kawasan yang nilainya berjuta-juta itu diserahkan kepada KCB di bawah Tajul Urus Md Zain berserta menantunya oleh Menteri Besar BN ketika itu. 

Tetapi amat malang sekali KCB tidak menerima sebarang keuntungan dari hasil balak berkenaan. Di penghujung episode apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Kedah maka sebuah ‘site office’kontraktor jalan dilaporkan telah dibakar bersama sebuah kereta dan semua dokumen berkaitan kawasan balak yang sudah menjadi jalan. Sehingga kini rekod pembalakan yang dianggarkan lebih RM3 juta itu hilang. 

Thursday, January 17, 2013

Projek Padang Golf di Tasik Pedu zaman BN lebih bawa mudharat


YAN – Tasik Pedu suatu ketika dulu sekitar tahun 90-an ‘dibangunkan’ dengan padang golf dengan keluasan lebih daripada seribu ekar, namun tiada tentangan terhadapnya.

Apabila kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat hendak majukan kawasan tersebut dengan projek agro pelancongan, ianya mendapat tentangan hebat daripada segelintir pihak yang sama ada cemburu akan keupayaan kerajaan negeri ataupun mahu menjadi ‘hero’ kepada penduduk.

Di zaman pemerintahan Dato’ Syed Razak, demi menyelamatkan padang golf daripada ditenggelami banjir, kerajaan mahu lepaskan air dari Empangan Pedu, dimana bakal merosakkan padi yang sedang dituai.

Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, pemilihan Charok Genting Bunga sebagai agro pelancongan adalah cadangan yang dkemukan oleh Jabatan Perhutanan.


“Sekarang kita (kerajaan negeri) tebang sebab nak tanam semula, dulu masa zaman Barisan Nasional tebang habis pokok-pokok di situ nak buat padang golf lebih daripada seribu ekar tak ada sapa pun buat rombongan untuk buat bantahan, akhirnya padang golf tu tinggal nama saja, saya nak pulih semula tasik.

“Cuba kita tengok di Tasik Pedu, kiri kanan jalan semua pokok rendah sebab dah ditebang dulu, tapi tak ada sapa pun buat bantahan.

“Pemilihan Charok Genting Bunga adalah cadangan daripada Jabatan Perhutanan, bukannya saya yang perintah, dok main ‘isu’ saja, kita boleh buat di Ulu Muda, tapi kita ambil kira dengan adanya lebuhraya, dengan udara tasiknya, amat sesuai tanam pokok disitu,” jelas beliau.

Tambah beliau, kawasan tersebut sudah tidak diwartakan sebagai kawasan tadahan hujan.

“Setelah bincang dengan Jabatan Perhutanan, baru kita tebang, tadahan air dah tukar lama dah diwartakan ke tempat lain, masa nak buat laluan Tekih dulu, kawasan ini masih diwartakan sebagai tadahan air, tiada bantahan juga dibuat.

“Sebenarnya Perkasa dah tak ada isu, dia kalah dalam kes Madrasah Salahiah, jadi dia main isu ini pula,” ujar beliau.

Sunday, January 13, 2013

Oi PERKASA inilah salah satu sebab kawasan hutan di PEDU itu di cerahkan...!!!

Optimis Kedah jadi negeri pengeluar makanan utama 

KOTA SARANG SEMUT – Kerajaan negeri optimis menjadikan Kedah sebagai negeri pengeluar makanan sebagaimana yang telah diputuskan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam mesyuarat NCIA bahawa Kedah adalah negeri pembekal makanan Malaysia.

Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, menjelaskan, setakat ini Kedah adalah penyumbang terbesar beras negara dan selebihnya diimport dari Thailand, Filipina dan Indonesia.

“Satu ribu ekar tanah di Charuk Genting Bunga, Pedu kita jadikan ladang buah-buahan. Semua jenis buah-buahan akan kita tanam di sana, dan ianya bukan sahaja menjadi ladang untuk mendapatkan hasil malah untuk dijadikan ladang pelancongan,“  kata beliau lagi.


Berucap sempena Majlis Penyerahan Sijil Pengurusan Tanaman Mempelam di Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri telah mengadakan Pelan Hala Tuju sektor pertanian yang dirangka untuk lapan tahun bermula dari tahun 2008 sehingga 2015. Kerajaan negeri sentiasa memandang serius kepada sektor pertanian negeri dan memberi keutamaan khususnya meningkatkan pengeluaran makanan selain meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar yang kebanyakannya menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan mereka.

“Kerajaan telah bersetuju mengenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian makanan selain dari beras seperti ubi, pisang, ubi kayu dan lain-lain. Kita berusaha meningkatkan agenda makanan kerana tuntutan kepada makanan semakin meningkat,“ jelasnya lagi.

Kedah Agro dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah diarah dan diamanahkan untuk mengurus rantaian pemasaran hasil pertanian di Kedah. Antara tindakan yang telah diambil selama lima tahun ini ialah mewujudkan pusat pengumpulan hasil pertanian di Sungai Petani dan di daerah-daerah. Semua hasil-hasil pertanian dikumpul dan diproses untuk menghasilkan produk makanan samada untuk pasaran dalam mahu pun luar negara.

“Sekarang ni memang agak perlahan sedikit proses rantaian itu tetapi selepas ianya dikemaskini dan ramai petani yang turut serta, proses itu akan berjalan lebih dan baik lancar.

“Selain kilang memproses hasil pertanian yang kita wujudkan di Sungai Petani, PKNK juga telah mengadakan kilang memproses nanas dalam tin dan InsyaAllah kita nak cadang buat macam tu untuk proses mempelam pula,“ sambung beliau.

Sambungnya lagi, dahulu orang kurang berminat untuk menjadikan mempelam sebagai perniagaan.Penanaman mempelam di Kedah mencecah sehingga 1000 hektar tetapi tidak dapat memulangkan hasil terbaik untuk Kedah.

“1000 hektar tu lebih kurang empat ribu relong. Luas sangat tapi kita tidak dapat manfaat darinya. Ini kerana pokok-pokok yang ditanam tidak dijaga dengan baik dan pengurusan yang tidak teratur.

“Saya menyambut baik usaha Jabatan Pertanian mengadakan kursus seumpama ini kerana dengan pendedahan mengenai teknik-teknik terkini, pengeluaran buah akan menjadi lebih banyak dan subur,“ ujarnya.

Melalui kursus yang mendedahkan teknik-teknik pemangkasan dan pemulihan pokok mempelam itu, maka para peserta boleh memanfaatkannya di kebun masing-masing dan sekali gus pengeluaran buah mempelam akan meningkat. Dengan keluasan penanaman yang menjangkau 1000 hektar, Kedah tidak perlu lagi memikir untuk menambah penanaman tetapi lebih kepada memberi penekanan kepada membaik pulih pokok-pokok berkenaan.

“Kursus pemangkasan dan pemulihan pokok ini sangat penting untuk menghasilkan buah yang baik. Dulu kita arahkan Kedah Agro kumpul buah mempelam untuk jadikan jus tapi masa itu belum ada kilang. Sekarang kita sudah ada kilang.

“Kita juga ada rangkaian di Eropah dan Timur Tengah. Yang penting saya minta aktiviti pertanian dipertingkatkan.Selain boleh tolong rakyat, petani dapat juga pendapatan sampingan. Cuma kita harap  aktiviti pertanian ini perlulah dibuat  secara terancang dan ianya boleh membantu pengeluaran hasil negeri.“ kata beliau lagi.

YAB Menteri Besar mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pertanian kerana memberi latihan kepada peserta dan berharap agar penanaman dan pengurusan pokok-pokok mempelam mereka menjadi lebih baik dan mengeluarkan hasil yang banyak. Peserta diharap dapat mempratikkan apa yang  dipelajari dan menjadi penggerak utama sektor pertanian untuk menjadikan Kedah penerajui sektor pertanian negara.

Seramai 41 peserta telah berjaya menamatkan kursus yang diadakan bermula  0gos 2011 sehingga Disember 2012.Kursus berkenaan akan diteruskan untuk masa-masa yang akan datang.

Beliau seterusnya menyampaikan sijil-sijil kepada para peserta kursus dan diberi peluang melihat demontrasi teknik pembiakan tanaman mempelam.

Turut hadir, YB Dato’Mohamed Taulan Mat Rasul, YB Dato’Amiruddin Hamzah, YB Ustaz Abdul Ghani ahmad, YB Tan Chow Kang, YB Lim Soo Nee, YB Senator Saiful Idzham, Pegawai Daerah Yan, Pengarah Pertanian Negeri, MKK dan penduduk setempat.

Tuesday, January 8, 2013

Tak puas hati Isu Salihiah selesai pun jangan la dok marahkan kepada ISTANA..!!

Perhimpunan di Pedu mahu balas dendam terhadap istana isu Madrasah Salihiah???


Oleh: MKBB

Sebuah pertubuhan pelampau Melayu akan mengadakan demonstrasi dekat Tasik Pedu, ini kira kali pertama dalam sejarah orang demo tepi hutan. Rasanya beruk2 kat Tasik Pedu tu akan gelak tengok kelaku depa.

Baru-baru ini hasil titah Yang Di-Pertuan Agong maka pihak jawatankuasa bertindak pertahan Madrasah Salihiah akhirnya akur dengan cadangan asal kerajaan negeri supaya madrasah itu dibuat istibdal atau pindahwakaf. Ada yang malu sebab depa kena ikut cadangan asal kerajaan negeri. Nak marah kat Agong tak boleh, baginda ketua negara. Dok merekam dalam dirilah.

Maka mengikut pirasat MK, cara puak-puak ni nak lepas geram dekat pihak istana ialah pi buat bantahan kat Tasik Pedu. Awat pulak Tasik Pedu? Sebab di situlah kompartment terakhir balak sedang diangkut dan kompartment terakhir tu milik Kerabat Di-Raja Kedah. Raja Kedah tu sapa? Yang Di-Pertuan Agonglah!

Logik jugak 'tujuan' perhimpunan tu... maka geram dekat istana pun berjaya dilepaskan. Mokalau kata demo tu dibuat desak kerajaan negeri hentikan balak, tak munasarawak kerana projek tebang balak di situ memang selesai dah pun.

Huru hara sungguh puak ni, dekat pihak istana pun nak buat korang ajark. Depa ingat yang Di-Pertuan Agong dan Kerabat Di-Raja Kedah tak terasa apa-apa depa dok buat korang ajark dekat projek balak tu....

Sunday, January 6, 2013

Balak Pedu - JOHARI BAHARUM di jemput turut serta dalam lawatan PERKASA nanti..!!!

Johari dakwa Kedah sembunyi tujuan pembalakan

NAMPAKNYA BOLEH PANGGIL JOHARI BAHAROM PIE SAMA KOT MELAWAT TAPAK TUU..DOK CAKAP BANYAK SANGAT

JITRA -  Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd Johari Baharom mendakwa kerajaan Kedah menyembunyikan tujuan sebenar mereka meluluskan penerokaan kawasan hutan simpan berhampiran Tasik Pedu dan Gunung Inas di Baling.

"Saya yakin mereka ada tujuan lain. Saya harap kerajaan Pas Kedah lebih bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR/PMR 2012 anak-anak anggota polis daerah Kubang Pasu di sini, hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak baru-baru ini menegaskan lebih 400 hektar hutan simpan berhampiran Tasik Pedu yang ditebang akan dibangunkan dengan ladang buah-buahan manakala lebih 1,000 hektar di Gunung Inas untuk dijadikan ladang rakyat.

Azizan juga mengumumkan kerajaan negeri sedang mengenal pasti antara 800 hektar hingga 1,000 hektar lagi kawasan hutan untuk dipajak kepada persatuan-persatuan agama sebagai sumber pendapatan mereka.

Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kerajaan negeri sewajarnya membuat perancangan teliti dan tidak memberi kebenaran meneroka hutan sesuka hati.

"Jawapan Azizan bahawa tidak perlu kajian tanah kawasan yang ditebang balak berhampiran Tasik Pedu menjelaskan sikap tidak bertanggungjawab dan lepas tangan Menteri Besar.

"Kita juga nak tahu projek ini berdaya maju atau tidak... bukan buat dulu. Akhirnya balak sudah ditebang dan tinggal bukit yang gondol, sungai terjejas dan mendap oleh hakisan," katanya.

Mohd Johari berkata, walaupun pembalakan berhampiran Tasik Pedu dibuat di bahagian bawah, hakisan pasti akan berlaku dan akan memasuki Sungai Pedu, Sungai Kuala Nerang dan Sungai Padang Terap. - Bernama

Balak Pedu - Itu lah Seronak sangat nak DEMO sampai ada pihak tertentu "MURKA"

Tiba-tiba foto yang sekeping ini mendapat perhatian istimewa... kenapa?

Ia cuma sekeping foto yang diambil oleh seorang rakan maya Kedah La yang berasal dari Padang Terap. Sewaktu pulang dari program Penerangan Projek Tanaman Buah-Buahan di Carok Genting Bunga tempohari, rakan tadi melintasi sekumpulan manusia yang sedang berdemo membantah projek pembalakan di kawasn Tasik Pedu. Dia pun mengangkat kamera dan 'prakkk'... foto dikirim pada admin Kedah La.

Di luar dugaan Kedah La rupanya blog ini bukan setakat dibaca oleh rakyat biasa tetapi oleh orang bergelar. Kedah La mendapat maklumat yang sahih dari sumber pertama, bahawa foto itu telah menimbulkan kemurkaan pihak tertentu. Maksudnya bukan foto tu yang dimurkai tetapi perbuatan berdemonstrasi di atas tapak pengumpulan balak yang kompartmentnya dimiliki oleh pihak bergelar. Tak payahlah Kedah La nak ungkapkan semula apakah ayat yang terpantul itu.
(Rupanya berita tu memang sebut milik siapa balak tu.. klik sini)

Untuk perhatian, kesemua kompartment balak yang terbabit di sekitar Pedu telah pun ditebang kecuali satu kompartment sahaja yang sengaja ditinggalkan untuk tujuan kajian JAS dan hampir pasti tidak akan ditebang selagi ladang buah-buahan di Carok Genting Bunga menutupi bukit yang digondolkan. Dua buah kompartment terakhir yang sudah habis ditebang tetapi balaknya belum habis diangkut keluar itu adalah kawasan berplet kuning.. bukan bahasa simbolik ni, kalau sapa pi ke tempat tu memang boleh nampak plet kuning masih tertampal di sekitar tu. Maknanya.. hmmm pihak bergelar punyalah tuu!

Habih tu kalau ada kutu brahak yang sengaja pi dok tunjuk samseng berdemo kat tempat tu, maka tak peliklah kalau ianya menimbulkan kemurkaan. 

Mai pakat-pakat tengok apa episod yang akan berlaku lepas ni... 'sapa yang kenaaa?'...
 

Cepat la PERKASA tunggu apa lagi...MB dah ajak hangpa pie melawat Tasik Pedu nuuu..!!!

MB sokong tinjau lokasi balak
NURUL FATIHAH SULAINI
6 Januari 2013
MB sokong tinjau lokasi balak
Azizan menyampaikan sumbangan kepada murid sekolah 
 
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri menyokong inisiatif badan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa kira-kira 5,000 rakyat negeri ini melihat sendiri kawasan pembalakan yang dijadikan projek ladang buah-buahan di Pedu, Padang Terap.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengalu-alukan usaha berkenaan kerana rakyat boleh menilai sendiri lokasi projek berada di kawasan bawah dari Tasik Pedu.

“Elok la depa (mereka) pergi ramai-ramai, saya pun mahu bagi pokok-pokok (balak yang sudah ditebang) itu dipijak buang.

“Baru depa tahu betul tasik berada di atas manakala tempat projek di bawah,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyerahkan sumbangan buku kerja Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan bantuan wang tunai untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Seri Mentaloon, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, Datuk Manikumar Subramanian dan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik.

Dalam pada itu beliau turut mempertikai tindakan penunjuk perasaan yang menggesa Kerajaan Negeri menghentikan penebangan balak di kawasan berkenaan.

“Tindakan (demonstrasi tunjuk perasaan) mahu menghentikan aktiviti pembalakan tidak betul kerana orang (pemaju) sudah lama menghentikan aktiviti berkenaan dan sekarang proses menanam semula pokok buah-buahan,” katanya.

Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Perkasa yang mahu membawa sekitar 5,000 rakyat negeri ini ke kawasan pembalakan berkenaan pada 11 Januari ini untuk mengetahui perkembangan sebenar projek berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih terhadap ahli jawatankuasa Madrasah Salihiah yang setuju untuk menyelesaikan isu madrasah berkenaan secara baik di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan di Mahkamah Tinggi.

“Projek pembinaan Kompleks Aman Central akan berjalan semula seperti yang dirancang selepas usaha untuk merobohkan bangunan Madrasah Salihiah itu selesai.

“Sebelum ini proses menanam cerucuk terpaksa dihentikan sementara waktu namun akan disambung semula,” katanya.
Terdahulu pada majlis itu, seramai 311 murid dari enam sekolah rendah (Tamil), sekolah wawasan dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah menerima sumbangan Persatuan Kemajuan Masyarakat Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India Kedah.

Wednesday, January 2, 2013

Nak buka Felda dulu kawasan hutan digondolkan juga


PADANG TERAP – Terdapat segelintir pihak yang kurang senang dengan usaha kerajaan negeri untuk bangunkan hutan di Charok Genting Bunga menjadi ladang buah-buahan yang terbesar di Malaysia.

Mereka mengatakan kerajaan negeri rakus menebang balak serta penggondolan hutan dilakukan dan berselindung di sebalik Projek Ladang Buah-Buahan bagi mengaburi mata rakyat.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, jika kita bercakap mengenai isu penebangan hutan, dalam membangunkan Felda juga hutan ditebang untuk tanam kelapa sawit.

“Tapak ini jadi isu besar, seolah-olah kita nak rosakkan alam sekitar. Sekarang kita tebang sebab nak tanam semula, nak buat ladang buah-buahan untuk tingkatkan hasil pertanian.

“Ada dua isu besar yang dibangkitkan, iaitu mereka kata kita nak rosak alam sekitar dan pencemaran air tasik.

“Masa zaman Tun Razak, di Pahang, di Felda pun tebang habis sebab nak tanam kelapa sawit, sama juga macam nak tanam serai, kena cabut rumput dulu, bukan boleh tanam macam tu saja, sama juga pembinaan laluan TEKIH di atas tanah hutan, maka balak-balak juga perlu ditebang, tetapi tak ada siapa pula yang nak bising kata rakus menebang balak,” ujar beliau.

Menurut beliau, projek ini dibangunkan bawah daripada Tasik Pedu, maka tidak mustahil air dari ladang tersebut boleh mengalir ke Tasik Pedu.

“Tasik Pedu berada lebih tinggi dari ladang buah-buahan ni, jadi air tak boleh masuk dalam Tasik Pedu tu..

“Selain itu, mengikut tafsiran Jabatan Perhutanan, ketinggian tanah mesti berada lebih 700 meter dari paras laut, manakala Jabatan Alam Sekitar lebih daripada 250 meter, kedu-dua ni berada di bawah satu kementerian, jadi kita ikut Jabatan Perhutanan,” jelas beliau.

Ladang Sejahtera untuk bantu rakyat bukan projek politik

PADANG TERAP – Ladang Sejahtera yang diilhamkan oleh kerajaan negeri adalah bukan bermotifkan politik seperti yang diwar-warkan.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Ladang Sejahtera diwujudkan bagi memberi peluang pekerjaan dan menambah pendapatan kepada penduduk luar bandar.

“Sesetengah telah salah faham dengan Ladang Sejahtera, ini bukan kepentingan politik, tetapi kita (kerajaan) buat untuk bantu rakyat yang memerlukan.

“Ladang ini adalah hak anak syarikat kerajaan negeri serta mereka yang usahakan, jadi ia beri peluang kepada penduduk setempat, setelah peroleh hasil, ianya diagihkan kepada rakyat yang memerlukan.

“Jika kerajaan mempunyai kepentingan politik, lebih baik kita bagi tanah kepada rakyat, ini baru dinamakan untuk kepentingan politik, tetapi kita cuma bagi hasil ini kepada rakyat,” jelas beliau dalam sidang media pada Majlis Penerangan Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga, di sini.


Ladang Sejahtera dibangunkan oleh Kedah Agro Integrated Plantations Sdn Bhd sebagai agen pelaksana dan merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah.

Sehingga kini, seluas 13,325 hektar telah dikenalpasti dan dimiliki untuk dibangunkan sebagai Ladang Sejahtera.

Gempar... Azizan sudah hentikan penebangan balak di Pedu



Projek ladang buah-buahan terpisah dari Empangan Pedu… setitik air tercemar pun tak boleh melompat ke sana

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Menteri Besar Ustaz Azizan Razak memberitahu Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga bakal menjadi pusat ladang buah-buahan yang terbesar di Malaysia apabila ianya siap kelak. Projek itu telah dikontroversikan oleh pihak tertentu kononnya telah menyebabkan pencemaran air Empangan Pedu dan Muda, walhal setitik air dari kawasan terbabit pun tidak boleh melompat masuk ke empangan kerana kedudukan dasar bukitnya (kawasan ladang) lebih rendah dari aras empangan serta dipisahkan oleh laluan TEKIH yang tinggi.

Bantahan di sana sini dibuat supaya kerajaan negeri menghentikan projek pembalakan di kawasan terbabit. Memang projek pembalakan sudah terhenti pun kerana sekarang bermula pula projek mengisi kawasan yang digondolkan dengan pokok buah-buahan. Selepas ia dipenuhi tumbuhan maka kawasan yang gondol tentu tidak kelihatan lagi.


Di mana-manapun projek ladang komersil yang dijalankan di mukabumi ini, hutan sedia ada mesti dibersihkan terlebih dahulu. Belum pernah ladang kelapa sawit dibuat dalam hutan rimba tanpa hutan tersebut diusik. Amalan ini berlaku di semua negeri di Malaysia.

“Di sebalik projek ini, orang Padang Terap tak tau, kita (kerajaan negeri) nak wujudkan peluang pekerjaan semasa ladang ini sedang dibangunkan dan selepas ianya siap, lebih daripada 300 peluang pekerjaan disediakan, dan saya galakkan orang tempatan untuk ambil peluang ini,” jelas Menteri Besar pada Majlis Penerangan Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga.

Tuesday, January 1, 2013

Projek Ladang Charok Genting Bunga bakal jadi pengeluar buah-buahan terbesar




PADANG TERAP – Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga bakal menjadi pusat ladang buah-buahan yang terbesar di Malaysia apabila ianya siap kelak.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, selain membangunkan kawasan Charok Genting Bunga ini, ianya juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, terutama di kawasan Padang Terap.

“Di sebalik projek ini, orang Padang Terap tak tau, kita (kerajaan negeri) nak wujudkan peluang pekerjaan semasa ladang ini sedang dibangunkan dan selepas ianya siap, lebih daripada 300 peluang pekerjaan disediakan, dan saya galakkan orang tempatan untuk ambil peluang ini.

“Kawasan ini tak ada siapa bangunkan lagi, saya bangunkan, jika berjaya ini, kita akan buat lagi selepas dapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar dan juga kawasan hutan yang dibenarkan.


“Kalau jadi projek ini, ia akan menjadi ladang yang terbesar di Malaysia,” jelas beliau pada Majlis Penerangan Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga, di sini.

Tambah beliau, projek ini adalah selaras dengan keputusan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang mahukan jadikan Kedah sebagai Jelapang Makanan.

“NCER sekarang letak harapan pada Kedah untuk bangunkan sektor pertanian dan makanan.

“Projek ini juga dapat merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk majukan dan kembangkan sektor pertanian seiring sektor pelancongan,” ujar beliau.

Menyentuh mengenai kesesuaian tanah untuk tanaman yang dirancangkan, beliau berkata, untuk buah anggur telah ada pengusaha untuk bangunkannya.

“Bagi buah anggur, kita dah ada pengusaha untuk usahakannya, dan beliau sendiri berkata kawasan ini yang paling sesuai untuk ditanam anggur,” ujar beliau.

Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan sejak Oktober 2010 dengan keluasan 885 ekar yang diberi hak pengunaan selama 30 tahun kepada Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.