Showing posts with label Bongkar 403. Show all posts
Showing posts with label Bongkar 403. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar) - MENYOKONG PENUH PENDEDAHAN NGO BONGKAR 403

KENYATAAN MEDIA Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar) 

MENYOKONG PENUH PENDEDAHAN NGO BONGKAR 403 TENTANG KEPINCANGAN PENTADBIRAN BARISAN NASIONAL KEDAH.

Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar) sangat terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh sebuah NGO BONGKAR 403 tentang 11 penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum 2008 ketika mentadbir negeri KEDAH. Ini yang mengakibatkan rakyat kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta. Seluruh rakyat perlu diberi penerangan tentang penyelewengan dan salahtadbir sehingga melibatkan RM403 juta di Kedah dari zaman pentadbiran Menteri Besar Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Haji Osman Bin Haji Aroff , Y.A.B Tan Sri Dato Seri Sanusi Bin Junid, Y.A.B Dato Seri Haji Syed Razak Bin Haji Syed Zain dan yang terakhir Dato' Seri Diraja Haji Mahdzir Bin Khalid.

Kami mempersoalkan bagaimana pihak kerajaan persekutuan mengawal projek-projek awam di negeri yang menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat. Jika perbelanjaan tersebut dikeluar di zaman BN memerintah negeri Kedah sewajarnya semua dokumen yang ada dalam agensi-agensi pelaksana pusat dan negeri disiasat. 


Jumlah kerugian yang dinyatakan itu sangat signifikan bagi negeri seperti Kedah yang bukan sahaja memberi kesan kepada aliran kewangan pembendaharaan negeri malah boleh menjejaskan integriti kerajaan di kaca mata kerajaan Pusat dan institusi kewangan.

Jika segala pengurusan 11 projek tersebut berjalan mengikut prosedur, pihak ketua kerajaan di zaman BN itu tidak perlu takut untuk memberi penjelasan asalkan fakta dan rekod yang ada tidak diselewengkan. Jika jelas ada penyelewengan, maka tindakan mengikut undang-undang perlu diambil kerana ia melibatkan wang awam.

Jika kerajaan BN Negeri Kedah mencatat rekod kerugian dalam projek-projek yang dilaksanakan atau terbukti berbelanja di luar prosedur yang sepatutnya sehingga kos sengaja dibesarkan (over inflate) untuk memberi keuntungan kepada pihak tertentu, maka tindakan tegas perlu diambil dan pihak kerajaan yang memerintah ketika itu perlu dipertanggungjawabkan
Bukan sahaja rakyat Kedah malahan seluruh rakyat Malaysia ingin tahu tentang perjalanan projek- projek “sakit” ini :-

Projek Udang Kerpan,
Projek UbahSuai Sri Mentaloon,
Projek Feedlot Pendang,
Projek Balak Laluan Tekih,
Projek 99 East Langkawi,
Jerai International Park,
Projek Taliworks Langkawi dan
Projek Loji Air Padang Sanai dan Lubuk Buntar

Sebelum ini Pengerusi Bongkar 403 juta, YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar menjelaskan, penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN ini mengakibatkan rakyat Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta.
Sehubungan dengan itu kami menjemput bukan sahaja anak- anak Kedah diperantauan tetapi seluruh warga Lembah Kelang dan rakyat Malaysia untuk menilai sendiri pembongkaran 11 penyelewengan yang melibatkan RM403 juta itu yang akan diadakan pada 23 Februari 2013 . Jam 9.00 malam di Dewan Dato Haji Fadzil Mohd Noor , KUIZM, Taman Melawar Kuala Lumpur.

Ceramah pada malam itu akan menampilkan YB Dato Mahfuz Omar / Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato’ amiruddin / exco kerajaan negeri Kedah , YB Dato’ Ahmad B Kasim / Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Ustaz Firdaus Jaafar / Pengerusi Bongkar 403 , Saudara Sanusi Mohd Noor / Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Saudara Zulkifli Yahya / Pegawai penerangan Kerajaan Negeri Kedah , Ustaz Riduan Abu Bakar dan Wakil dari parti DAP Kedah.

Persatuan Anak Kedah di Perantauan amat menyokong penuh pendedahan yang telah dicetuskan oleh BONGKAR 403 ini dan kami juga menuntut agar pihak UMNO dan Barisan Nasional Kedah tampil untuk menjelaskan kepincangan ini tanpa mereka perlu memusing fakta dengan merangka serangan yang bersifat keanak-anakan umpama “menutup tahi gajah dengan sebatang lidi”.

Sekian, wassalamualaikum .

Yang Benar ,

Mohd Amin Othman.
Pengerusi Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar),

Tuesday, February 19, 2013

Teng dicabar dedah penyelewengan RM403 juta

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang dicabar untuk mempersoal Umno-BN dalam isu kerugian RM403 juta dalam 11 projek awam ketika kerajaan BN memerintah Kedah sebelum dimenangi Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Pengerusi Bongkar 403, Mohd Firdaus Jaafar berkata, tindakan Teng mempersoal kononnya kerajaan PAS Kedah berhutang RM2.933 bilion bagi tujuan projek membela rakyat tidak masuk akal.

Sedangkan isu yang jauh lebih besar adalah bagaimana ketika kerajaan negeri ditadbir BN, beberapa projek yang dibuat untuk kroni akhirnya melahirkan kerugian yang besar hingga terpaksa ditanggung oleh kerajaan PAS yang ada sekarang.

Firdaus berkata, isu penyelewengan RM403 juta itu perlu mendapat penjelasan daripada pentadbiran kerajaan Umno-BN ketika itu dan pihak Jabatan Audit Negara perlu membuat siasatan.

Mengulas lanjut, beliau yang ditemui Harakah pada 15 Februari lalu berkata, apa yang disebut Teng mengenai RM2.993 bilion itu memang benar, tetapi ia adalah hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno-BN terhadulu.

Teng mendakwa hutang kerajaan PAS Kedah kini berjumlah RM2.933 bilion. Dalam laporan akhbar harian, beliau menyatakan, Kedah berhutang antaranya bagi projek Rancangan Bekalan Air (RM1.9 bilion), Perumahan Awam Kos Rendah (RM152.75 juta), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (RM372.56 juta) dan pelbagai (RM153.45 juta). Selain itu Teng mendakwa,

kerajaan PAS Kedah juga berhutang dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dalam pembinaan Kampus KUIN sejumlah RM330 juta.

Mengulas lanjut, Firdaus berkata, kerajaan PAS Kedah terpaksa menanggung hutang bagi tujuan melaksanakan projek-projek yang membabitkan kepentingan rakyat khasnya dalam pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) bernilai RM330 juta yang akhirnya berjaya disiapkan.

“Kita nak buat KUIN, pihak kementerian tidak tolong, jadi kita berhutang demi kepentingan rakyat khasnya dalam menyediakan pendidikan kepada rakyat,” katanya.

Tidak seperti semasa Umno-BN memerintah, cadangan untuk menyiapkan KUIN antara RM2 bilion, dan mereka (BN) berhutang untuk kepentingan kroni, katanya.

Dalam beberapa kes lain kata Firdaus, BN berhutang bukanlah untuk kepentingan rakyat, sebaliknya untuk menyediakan projek kepada kroni yang akhirnya projek itu gagal sama sekali.

Firdaus juga mencabar Teng mengemukakan samada pinjaman yang dibuat oleh kerajaan PAS Kedah itu kini gagal dimanfaatkan untuk projek rakyat. “Apakah ada masalah dengan apa yang kita (PAS) buat? Setakat ini projek yang kita laksanakan tidak menjadi gajah putih,” katanya lagi.

Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, sebelum ini sebanyak 11 penyelewengan telah dilakukan oleh kerajaan Umno-BN yang mengakibatkan rakyat Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta.

Katanya lagi, penyelewengan yang dilakukan oleh BN termasuklah projek loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar yang melibatkan kerugian RM145 juta.

Tambahnya, kerajaan negeri pada zaman BN telah menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai yang diberikan oleh Kerajaan Pusat, dengan memilih untuk mengambil status pinjaman. Pembinaan loji pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta, tetapi harganya menjadi RM65 juta apabila ditukar status pinjaman.

Sehubungan itu, Firdaus mencabar Teng agar mengetengahkan isu kerugian RM403 juta sewaktu kerajaan Umno-BN menerajui kerajaan Kedah.

Saturday, February 16, 2013

GERAKAN cuba alih isu daripada menjawab BONGKAR 403...!!!

Usah alih sebenar kerugian RM403 juta masa kerajaan BN Kedah dulu
 Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang dicabar untuk mempersoal Umno-BN dalam isu kerugian RM403 juta dalam 11 projek awam ketika Kerajaan BN memerintah Kedah sebelum dimenangi Pakatan Rakyat dalam PRU13

Pengerusi Bongkar 403, Mohd Firdaus Jaafar berkata, tindakan Teng mempersoal kononnya Kerajaan PAS Kedah berhutang RM2.933 bilion bagi tujuan projek membela rakyat tidak masuk akal.

Sedangkan isu yang jauh lebih besar adalah bagaimana ketika kerajaan negeri ditadbir BN, beberapa projek yang dibuat untuk kroni akhirnya melahirkan kerugian yang besar hingga terpaksa ditanggung oleh Kerajaan PAS yang ada sekarang.


Firdaus berkata, isu penyelewengan RM403 juta itu perlu mendapat penjelasan daripada pentadbiran Kerajaan Umno-BN ketika itu dan pihak Jabatan Audit Negara perlu membuat siasatan.

Mengulas lanjut, beliau yang ditemui Harakah pada 15 Februari lalu berkata, apa yang disebut Teng mengenai RM2.993 bilion itu memang benar, tetapi ia adalah hutang yang ditinggalkan oleh Kerajaan Umno-BN terhadulu.

Teng mendakwa hutang Kerajaan PAS Kedah kini berjumlah RM2.933 bilion. Dalam laporan akhbar harian, beliau menyatakan, Kedah berhutang antaranya bagi projek Rancangan Bekalan Air (RM1.9 bilion); Perumahan Awam Kos rendah (RM152.75 juta); Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (RM372.56 juta) dan pelbagai (RM153.45 juta).

Selain itu Teng mendakwa, Kerajaan PAS Kedah juga berhutang dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dalam pembinaan Kampus KUIN sejumlah RM330 juta.

Mengulas lanjut, Firdaus berkata, Kerajaan PAS Kedah terpaksa menanggung hutang bagi tujuan melaksanakan projek-projek yang membabitkan kepentingan rakyat khasnya dalam pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) bernilai RM330 juta yang akhirnya berjaya disiapkan.

"Kita nak buat KUIN, pihak kementerian tidak tolong, jadi kita berhutang demi kepentingan rakyat khasnya dalam menyediakan pendidikan kepada rakyat," katanya.

Tidak seperti semasa Umno-BN memerintah, cadangan untuk menyiapkan KUIN antara RM2 bilion, dan mereka (BN) berhutang untuk kepentingan kroni, katanya.

Dalam beberapa kes lain kata Firdaus, BN berhutang bukanlah untuk kepentingan rakyat, sebaliknya untuk menyediakan projek kepada kroni yang akhirnya projek itu gagal sama sekali.

Firdaus juga mencabar Teng mengemukakan samada pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan PAS Kedah itu kini gagal dimanfaatkan untuk projek rakyat.

"Apakah ada masalah dengan apa yang kita (PAS) buat? Setakat ini projek yang kita laksanakan tidak menjadi gajah putih," katanya lagi.

Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, sebelum ini sebanyak 11 penyelewengan telah dilakukan oleh Kerajaan Umno-BN yang mengakibatkan rakyat Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta.

Katanya lagi, penyelewengan yang dilakukan oleh BN termasuklah projek loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar yang melibatkan kerugian RM145 juta.

Tambahnya, kerajaan negeri pada zaman BN telah menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai yang diberikan oleh Kerajaan Pusat, dengan memilih untuk mengambil status pinjaman.

Pembinaan loji pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta, tetapi harganya menjadi RM65 juta apabila ditukar status pinjaman.

Sehubungan itu, Firdaus mencabar Teng agar mengetengahkan isu kerugian RM403 juta sewaktu Kerajaan Umno-BN menerajui Kerajaan Kedah.

Senarai "BIAWAK HIDUP" Tinggalan BN - RM403Juta!!!!



Thursday, February 14, 2013

Apa itu BONGKAR 403 juta?

Grafik ringkas menerangkan BONGKAR 403 yang sedang dijalankan di Kedah. Mohon sebarkan.



Mulanya aku tak berapa nak sokong benda ni, sebab ada unsur-unsur partisan. Tapi bila difikirkan balik interest rakyat, rasanya perlu juga aku bantu mana yang patut. Partisan untuk rakyat takpa kot, jangan partisan meng-ular-sawa-kan hak rakyat haha

BONGKAR 403 ni nak persembahkan kepada rakyat tentang penyelewengan dan salahtadbir sehingga melibatkan RM403 juta di Kedah sahaja. Dari zaman Osman Aroff sampai ke hari ni (zaman PAS?).

Diketuai oleh YB Firdaus Jaafar dengan kerjasama rakan-rakan seperjuangan PR. Memang nampak macam agak kepartian sikit gerakan ni. Tapi sekali lagi, atas dasar the interest of rakyat, aku tolong bantu.



Gambar sekitar fenomena BONGKAR 403 kat Alor Setar. Gerakan ni akan berjalan sampai PRU nanti.









Link-link berkaitan BONGKAR 403

Harakah Daily
Sedaka Sejahtera
Facebook Page BONGKAR 403
Kedahlanie.info
MyKedah2u
Warga Marhaen
Blog MP Firdaus Jaafar

Untuk info semasa buleh dapatkan kat fanpage facebook, ataupun google search BONGKAR 403


http://www.taufiking.com/2013/02/apa-itu-bongkar-403-juta.html

Menteri Besar akan turun Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah di Tasik Pedu petang nanti..

SAVE KEDAH... DARI PENYAMUN TARBUS BERNAMA BN
 

Oleh: Fauzi Pisau Cap Ayam

Berita baik untuk rakyat Kedah yang sedang berkempen Save Kedah (dari penyamun dan penyangak), insya Allah besok YAB Menteri Besar Dato' seri Di-Raja Ustaz Azizan Razak akan turun bersama ribuan rakyat Kedah di Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan berhampiran Tasik Pedu, bermula jam 3.30 petang 15 Februari 2013.

Dah dua kali puak2 Perkasa menghantar rombongan melancong projek agro pelancongan Charok Genting Bunga maka kali ini giliran rakyat yang waras pula berhimpun untuk membongkar pembohongan yang dibuat oleh Perkasa, UMNO dan konco2 mereka.
Antara perkara yang dijangka akan disebut MB ialah pembohongan pihak BN bahawa air kesan pembalakan di Charok Genting Bunga boleh melompat melalui udara masuk ke Tasik Pedu... kah kah kah, gelak sekali.


Sementara itu Sekretariat Bongkar 403 pula akan turun hadir untuk memperincikan penyelewengan BN sewaktu merintah Kedah dulu yang akibatnya ditanggung oleh kerajaan kini. Meriah laa nampaknya himpunan kali ni. 

Cakap banyak tak gunalah...esok kita pi ramai-ramai, nak habag bagi.. ni pun satu lagi catatan sejarah kat Kedah. Sapa pi, maka mereka adalah pelakar sejarah Kedah.

Wednesday, February 13, 2013

Pimpinan BN Kedah masing-masing cuba mengelak ulas isu BONGKAR 403 Juta

Dato' Ahmad Kuah kena cari 'jawapan' lain... hujah tu nampak tak boleh pakai


BN masih mengelak dari menjawab isu 'RM403 Juta'
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
(Nota Utara, Harakah)
Sakit juga BN Kedah dengan penangan 'Bongkar 403 Juta' - sebuah NGO yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar. 403 ialah angka kerugian yang dialami oleh rakyat negeri Kedah (RM403 juta) akibat kesalahan dan kesilapan kerajaan BN dahulu yang akibatnya terpaksa ditanggung oleh kerajaan kini.
Bongkar 403 Juta (B403J) menganjurkan pelbagai program yang mengajak rakyat memahami isu tersebut seterusnya menolak BN dalam PRU13 nanti. Ia bermula dengan sidang media, cabaran debat, memorandum, himpunan, konvoi, pengedaran risalah serta road show penerangan di setiap kawasan.
Cabaran utama yang dilontarkan oleh B403J ialah mendesak BN Kedah menjawab isu tersebut satu persatu. Sehingga kini tiada pemimpin BN yang berani berbuat demikian. Hujah yang diberi untuk menangkisnya terlalu 'longgar' malah tidak menjawab soalan.
Para pemimpin BN menjawab, jika benar pemimpin BN dahulu melakukan penyelewengan RM403 juta, mengapa polis atau SPRM tidak membawa kes mereka ke mahkamah? Keduanya, isu tersebut sudah basi kerana sudah lama berlalu. Ketiga, mereka persoalkan, mengapa baru sekarang mahu membangkitkannya?
Pihak B403J dalam sidang media dan ceramahnya sudah menjelaskan bahawa angka RM403 juta itu bukan keseluruhannya adalah angka penyelewengan. Ia bercampur; ada penyelewengan, kehilangan, perjanjian berat sebelah yang merugikan kerajaan negeri, membuat pilihan yang tidak cerdik dan kelalaian kerajaan lalu.
Misalnya dalam isu Yayasan Islam Kedah disaman RM11 juta oleh Senisinga Sdn Bhd yang mengambilalih pinjaman tidak berbayar (NPL) Southern Finance Berhad. Mereka menang di mahkamah dan pihak kerajaan negeri kini terpaksa membayarnya, walhal kesalahan dilakukan oleh kerajaan lalu. Sewaktu B403J mengadakan himpunan di bandaraya Alor Setar, Yayasan Islam kalah lagi dengan tuntutan yang dibuat melalui mahkamah. Yayasan Islam terpaksa membayar RM18 juta dalam bentuk hartanah. Sepatutnya angka RM403 bertukar menjadi RM421 tetapi nama NGO sudah diisytiharkan.
Begitu juga 'kehilangan' RM6.15 juta hilang dari akaun bersama Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) anak syarikat kerajaan negeri dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB) anak syarikat kerajaan Pusat. Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan KAIMB membayar KASB sebanyak RM2.16 juta pada 5 Jun 2012 setelah agihan tidak dibuat. Nak cakap mahkamah tak putuskan mereka bersalah apa lagi sebab mahkamah dah jatuhkan hukuman pun.
Kes sebuah syarikat pemaju menyaman pihak kerajaan negeri, iaitu Permodalan Kedah Berhad (PKB) sebanyak RM22 juta juga melalui proses mahkamah. PKB mengadakan perjanjian dengan sebuah syarikat untuk melakukan usahasama membangunkan Jerai International Park di atas tanah seluas 1,145 ekar dengan nisbah 40 peratus PKB dan 60 peratus syarikat tersebut. Bagaimanapun apabila projek raksasa itu dibatalkan kerajaan negeri tidak berunding atau membuat penyelesaian dengan pihak berkenaan. Kerajaan negeri sedang menunggu perbicaraan dan mereka dijangka menuntut gantirugi RM60 juta, dan sebanyak RM22 juta daripadanya adalah melibatkan cadangan tanah untuk projek perumahan.
Hanya satu isu yang cuba dijelaskan oleh bekas Exco BN, Dato' Ir Nawawi Ahmad. Iaitu terma perjanjian yang merugikan kerajaan negeri kerana kerajaan melalui Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK, sekarang SADA) mengenakan caj kepada pengguna hanya sebanyak RM0.40 untuk satu meter padu air (sekarang RM0.50) tetapi terpaksa bayar kepada Taliworks RM1.91 untuk satu meter padu air. Kerajaan terpaksa tanggung setahun RM25 juta, kira-kira RM128 juta untuk lima tahun.
Dato' Nawawi berkata, perjanjian Taliworks tidak berat sebelah kerana termasuk kos pembinaan infrastruktur. Katanya, waktu itu Langkawi tidak cukup air kerana hotel semua dah naik. Menteri Besar, Tan Sri Osman Aroff tawarkan kepada sesiapa yang mampu membiayai infrastuktur di peringkat awal dan kerajaan negeri akan bayar secara ansuran kos awal yang dilaburkan itu. Pembayaran balik (berserta keuntungan) itulah yang diterjemahkan dalam perjanjian yang dianggap berat sebelah itu.
Persoalannya apakah kos terbesar dan berapakah jumlahnya untuk penyediaan infrastruktur tersebut? Biarlah dijelaskan di sini, ianya berupa saluran paip dasar laut dari tanah besar ke Pulau Langkawi sejauh 46.4 km. Juga sebuah logi dan dua buah kolam bekalan air. Semuanya berjumlah RM150 juta tetapi dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan; merupakan hutang yang ditanggung oleh kerajaan negeri terhadap Persekutuan! Habis, kos apa yang ditanggung oleh Taliworks yang kononnya terlalu besar sangat sehingga terpaksa dibuat perjanjian berat sebelah, berlangsung kira-kira 25 tahun?
Bagaimanapun dalam isu Taliworks terdapat juga perjanjian walaupun berat sebelah. Dalam kes Projek Feedlot di Pendang langsung tiada perjanjian dengan tuan tanah sehingga menyebabkan Kedah Agro rugi RM3.5 juta. Mereka yang berada di pihak kerajaan negeri waktu itu tidak cerdik atau sengaja khianat?
Manakala isu penyelewengan pula, jelas berlaku dalam kes pembinaan Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan harga RM46 juta. Projek belum bermula tapi pendahuluan sebanyak RM10 juta diberi oleh kerajaan pada awal tahun 2007 kepada Permodalan Kedah Berhad (PKB) selaku kontraktor pemaju. Anak syarikat PKB, Pembinaan Sintok subkan kerja kepada Najwa Bina yang tiada dalam daftar PKK. Duit dikeluarkan sebanyak RM10 juta tetapi kerja tidak berjalan. Kerja terbengkalai, menyebabkan kontraktor terpaksa ditukar.
Lagi penyelewengan yang berlaku secara terang-terangan ialah pengambilan balak di laluan projek Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH) dari Durian Burung ke Baling. Jelas pembinaan lalauan itu menempuh kawasan hutan berbalak. Nilainya berjuta juga. Semua kawasan itu dilaporkan diserahkan oleh Menteri Besar kepada Kedah Corporation Berhad (KCB). Mustahil KCB tidak menerima sebarang hasil dari pada kawasan balak itu, kerana tiada rekod langsung terhadap hasil balak di kawasan itu apabila Pakatan mengambil alih kerajaan.
Mengapa para pemimpin BN Kedah cuba bermain sandiwara atau buat-buat 'tidak mendengar', mengelak dari menjawab isu RM403 juta ini?

BONGKAR 403 : Laporan Pollis & SPRM dah dibuat namun tiada tindakan maka masa serah pada rakyat ...!!

Gesa pemimpin BN buat penjelasan
Wartawan Sinar Harian
11 Februari 2013
Gesa pemimpin BN buat penjelasan
Mohd Azam (kiri) ketika hadir memberi sokongan kepada jawatankuasa Bongkar 403 juta.
 
ALOR SETAR - Pemuda Pas Alor Setar menggesa pemimpin Barisan Nasional (BN) segera membuat penjelasan membabitkan 11 isu yang dikaitkan dengan penyelewengan kerajaan terdahulu.

Ketuanya, Mohd Azam Awang berkata, rakyat wajar didedahkan dengan kepincangan pentadbiran terdahulu termasuk butiran terperinci ke mana hilangnya wang RM403 juta yang dibelanjakan.

“Mereka yang terlibat diminta tampil jelaskan ke mana wang itu dibelanjakan, apa berlaku pada semua projek itu sebelum Pakatan Rakyat (PR) ambil alih Kedah. Saya percaya kerajaan negeri sekarang ada bukti dan fakta, sebab itu ianya dibongkarkan,” katanya.

Selasa lalu, Pengerusi Bongkar 403 juta, Mohd Firdaus Jaafar mendedahkan keseluruhan 11 projek sakit BN melibatkan kerugian RM403 juta, serta mendesak pemimpin BN membuat  penjelasan sebelum mereka turun padang berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Mohd Azam berkata, apa yang didedahkan Bongkar 403 juta bukan suatu tuduhan liar seperti didakwa Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, sebaliknya kerugian
projek-projek berkenaan direkodkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

“Buktinya kerajaan PR kena tanggung hutang itu dan terpaksa lunaskan sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai kerajaan.

Malah bagi empat projek sebelum ini yang didedahkan Menteri Besar, laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat namun tiada tindakan,” katanya.

Menurutnya, segala bukti dan fakta berkaitan akan didedahkan pada kempen jelajah yang akan diadakan di seluruh daerah.

“Kita akan bawa maklumat itu kepada rakyat, ini bukan fitnah. Kita ada bukti dan dedahkan supaya rakyat buat penilaian sendiri menjelang PRU13. Saya harap pemimpin BN jangan berhelah lagi, jika mereka tidak bersalah, buktikan,” katanya.

Rabu lalu, Ahmad Bashah menepis dakwaan berlaku penyelewengan semasa Kerajaan BN memerintah Kedah dan menyifatkan ia sebagai satu tuduhan liar terhadap parti itu.

Katanya, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan sengaja diadakan untuk memberi gambaran buruk tentang kerajaan BN berikutan PRU semakin dekat.

Tuesday, February 12, 2013

Penyelewengan BN, Kedah tanggung hutang RM403 juta


KUALA LUMPUR: Suara Anak Muda Kedah atau Bongkar 403 juta hari ini tampil untuk membuat pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) sewaktu pemerintahan mereka di Kedah.

Pengerusi Bongkar 403 juta, Mohd Firdaus Jaafar menjelaskan, sebanyak 11 penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum ini yang mengakibatkan rakyat kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta.

Menurut beliau lagi, perkara ini perlu diketahui oleh semua rakyat Kedah agar mereka boleh menilai kenapa perlu menolak BN pada piliharaya yang akan datang.

"Kita tampil dengan satu Suara Anak Muda Kedah atau Bongkar 403 juta yang akan membuat pendedahan terhadap 11 penyelewengan yang dilakukan oleh BN sebelum ini.

"Pendedahan yang kita lakukan ini perlu dijelaskan oleh BN, kerana kita mahu seluruh rakyat Kedah mengetahui penyelewengan yang dilakukan oleh mereka," jelas beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS.

Mohd Firdaus memberitahu pembongkaran 11 penyelewengan yang melibatkan RM403 juta itu akan diadakan pada 23 Februari malam di Taman Melawar.

Beliau yang turut berkongsi penyelewengan yang dilakukan oleh BN adalah berkenaan dengan loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar yang melibatkan kerugian RM145 juta.

"Kerajaan negeri di zaman BN telah menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai yang diberikan oleh kerajaan pusat, dengan memilih untuk mengambil status pinjaman.

"Pembinaan loji pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta, tetapi harganya menjadi RM65 juta apabila ditukar status pinjaman," katanya.

Manakala loji pembersihan air Padang Sanai yang sepatutnya bernilai RM50 juta untuk kapasiti 50 juta liter air tetapi dengan sentuhan tangan BN harganya melonjak menjadi RM155 juta, jelas beliau lagi.

Beliau yang mempersoalkan mengapa kerajaan negeri sebelum ini beriya-iya menolak geran peruntukan pusat, sehingga samggup menerima pinjaman yang berlipat kali ganda kosnya.

Ahli Parlimen Jerai itu juga berharap kepimpinan BN Kedah yang sebelum ini tampil menyerang kerajaan Pakatan di Kedah tampil dengan segera untuk membuat penjelasan berhubung penyelewengan tersebut.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Pengerusi Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar), Mohd Amin Othman.

Wednesday, February 6, 2013

[BONGKAR 403] Aduhai PERKASA & UMNO...bila atug program tak dapat sambutan, dok kalut nak kacau program orang pulak..!!!

Tak habih-habih nak buat khianat program Pakatan...

Oleh: Aiman Rasist

Mungkin kerana teruja dengan kejayaan menggagalkan ceramah Mazlan Aliman di Felda Teloi Timur semalan... maka dengan rasa diri penuh gagah perkasa nak mai pulak gagalkan Himpunan Bongkar 403 yang dijadualkan di Alor setar esok. Depa atug program tak dapat sambutan, dok kalut nak kacau program orang. Jenih ni pun ada dalam dunia ni... entahlah apa nak jadi puak-puak nii.

Jangan pedulikan mereka, mai kita hadir beramai-ramai...