Showing posts with label PAS Kedah. Show all posts
Showing posts with label PAS Kedah. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

Berbeza pandangan sikit-sikit tu biasalah dalam organisasi

Cuma ulasan 'jurucakap tak bertauliah'... tak boleh pakai tu


Hanya 'masalah kecil' di Kota Siputeh bukannya krisis PAS Kedah

ALOR SETAR – Perbezaan pendapat yang berlaku di kalangan segelintir ahli PAS di kawasan DUN Kota Siputeh tidak boleh dianggap sebagai krisis PAS Kedah.

Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musodak Ahmad (foto di atas) bagi mengulas laporan oleh pihak media kononnya 'krisis PAS Kedah' sudah meruncing.

“Tidak benar sama sekali, ia hanya melihatkan segelintir pihak di peringkat Unit Peti Undi (UPU) yang berbeza pandangan dalam isu tertentu yang lebih merupakan isu setempat,” ujarnya.

Menurut Musodak, dakwaan bahawa 11 DUN di Kedah menolak Dato’ Seri Di-Raja Ustaz Azizan hanya dibuat oleh seorang yang mendakwa pemegang jawatan di peringkat UPU.
“Beliau tiada hak untuk bercakap bagi pihak 11 DUN, sedangkan semua Majlis Tindakan DUN (MTD) di Kedah tidak pernah membuat apa-apa pendirian rasmi berhubung kedudukan Pesuruhjaya PAS Kedah,” katanya.

Setiausaha Perhubungan PAS Kedah itu memberitahu bahawa isu kecil yang melanda DUN Kota Siputeh itu akan dapat ditangani dengan baik kerana pihak Perhubungan telah memberi perhatian khusus mengenainya.

“Berbeza pandangan sikit-sikit tu biasalah dalam organisasi tetapi insyaAllah ahli PAS yang sering ditekankan aspek tarbiyah akan dapat mengatasinya dengan sebaik mungkin sebelum PRU13,” terangnya.

Wednesday, February 20, 2013

Kepada pimpinan PAS..tak kira 6 selenden ka 3 selenden ka hangpa boleh 'pantang' sat dak..??

Memang Pemimpin PAS Perlu Berpantang

Oleh Mohd Sayuti Omar

Permintaan Naib Preiden PAS Husam Musa agar semua para pemimpin PAS atau jurucakap PdAS agar berpantang selama 90 hari menjaga karektor, mulut atau kata-kata agar tidak tersasar sehinggakan ia menjadi isu atau pun disunting oleh pihak lawan untuk menghentam PAS satu cadangan yang tepat.

Rasanya permohonan itu tidak sukar untuk dipenuhi oleh para pemimpin PAS kerana ia tidak perlu sampai diadakan kursus khas.

husam musa
Husam: Selalu ceramat mengulas isu.
Bagi Husam kenapa beliau mengajak demikian kerana ada sebab musababnya. Saya sendiri terperasan dengan masalah ini. Sesetengah pemimpin PAS banyak bercakap, yang tidak ubah seperti burung ktitir atau terkukur yang rajin bercakap. Pantang ada peluang dan dihulurkan mikekrofon sikit mereka akan bercakap dan mengulas apa juga isu yang diajukan kepada mereka walaupun ia kurang relevan.

Bersikap mesra wartawan atau media tanpa hujung pangkal dan pandai membaca apakah motif di sebaik pertanyaan wartawan itu tidak baik juga.

Persis burung ketitir atau terkukur kalau berkokok tidak kira hari siang atau malam, boleh menimbul konfius juga. Memanglah tuannya pelihara unggas itu untuk menikmati kemerduan suaranya dan melihat telatah dan tabiatnya sebagai seni hiburan. Tetapi kalau malam siang tidak kira waktu berkokok ia membosankan.


Gara-gara suka bercakap atau selalu salah cakap itu ia menimbulkan masalah kepada PAS. Menyebabkan PAS terpaksa membetul balik implikasi dari salah cakap itu. Seperkara lagi yang hendak mengulas apa-apa yang ditalakan kepadanya tidak bijak atau fatanah. Mereka mempunyai niat yang baik untuk meredakan keadaan, tetapi kerana kurang 'ilmu pangkah', menyebabkan ia menjadi bertele-tele dan menimbulkan masalah pula.


Bila sesuatu itu kepanjangan maka ia memberi kesan tidak baik. Masa akan habis dengan melayan isu itu saja dan sedikit sebanyak ia boleh mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai. Apabila sesuatu isu itu sering muncul dan telah dimanipulasikan menyebabkan lama kelamaan orang ramai memandang serong kepada PAS. Jadi kalau kita tidak tahu membawa kereta api, (menangani isu) jangan cuba start enjinnya kerana kalau hidup ia tidak akan mudah untuk berhetnti.

Misalnya terbaru isu kalimah Allah. Tidak semua pemimpin sama ada yang ada autoriti yang diberikan parti atau autoriti dari segi ilmu, bertaraf Mursyidul atau presiden atau apa, tidak perlu mengulas panjang berkali-kali sehingga ia menjadi polemik. Apabila Majlis Syura Ulamak sudah membuat keputusan, terima dan akurlah keputusan itu. Muktamadkan ia tanpa perlu diberi apa-apa pandangan sampingan lagi.

Sama ada Karpal Singh atau mana-mana pihak hendak bercakap, sama ada orang yang sudah kencing PAS hendak mengulas, jangan pedulikan. Semua pemimpin PAS patut kata no commen kepada apa-apa pertanyaan. Ini tidak, hari ini cakap sudah selesai, esok pun cakap sudah selesai lusa pun cakap sudah tutup buku. Selesai dan tutup buku macam mana kalau isu terus dicatat dan bergema dalam media massa dan ianya terus diulas-ditulas-diuls-diulas-diulas dan diulas?

Bak ini pemimpin PAS tidak belajar daripada Najib Razak. Najib memang dia sedari dia buta mengenai isu-isu agama dan (najis muqalazah pun tidak tahu), jadi dia diamkan diri saja. Dia tidak bercakap langsung. Perangai Najib yang satu ini perlu diambil, tirulah macam dia. Orang tidak akan kata kita tidak tidak pandai atau jahlil kalau kita tidak bercakap mengenai isu tersebut.

Kedua, isu yang saya lihat susah untuk mampus ialah isu pemecatan bekas timbalan presiden PAS sebagai ahli majlis syura ulamak. Bertele-tele dan semacam tidak lena tidur pula kalau isu ini tidak diulas. Dia sudah dipecat, tidak perlu PAS melayani pertanyaan pihak lawan yang diwakilkan melalui wartawan untuk menjawabnya. Sedarkan bahawa ada wartawan diupah untuk membuat provokasi?

Wartawan sifatnya memang begitu suka mensensasikan keadaan. Kalau tidak ada berita dan maklumat sensasi surat khabar atau portol mereka akan kosong dan tinggal skrin putih saja. Jadi hendak tidak hendak mereka akan 'mengogeh-ogehkan' juga sesiapa untuk mengulas agar sesuatu itu menjadi polemik. Tidak kira siapa yang bercakap ia memberi nyawa kepada isu itu.

Biarlah pemimpin Umno dan juga mana-mana individu yang sudah tidak berada didalam PAS bercakap isu mengenai 'orang itu' siang malam. Serah kepada mereka. Terima dan dengarlah apa yang hendak mereka lemparkan kepada PAS; tindakan makan diri, tindakan merugikan PAS, tindakan hendak melupuskan ulama dan sebagainya. Jangan ulas. Bila ianya tidak diulas, lama kelamaan ia akan berhenti dengan sendiri. Keretapi betapa ia laju kalau sudah kehabisan minyak ia akan berhenti juga.

Isu didalam politik samalah dengan bola squash. Bola squash tidak akan berhenti selagi kita memukulnya. Kita pukul, lawan pukul, lawan pukul, kita pukul ia tidak akan jatuh dan tamat. Berdentum berdenting naik dan turun. Hinggalah mana-mana pihak salah teknik memukulnya baru bola itu akan jatuh.

Tetapi kalau sudah jatuh diambil lagi dipukul lagi dan lagi dan lagi, maka akan melenting lenting dan hiduplah bola squash sehingga kedua-dua pihak termasuk kita kecapekan. Tanpa kita sedari yang letihnya bukan bola tetapi kita yang memukul.

Jadi elok sangatlah kalau semua pemimpin menerima saranan dan rayuan Husam sagar semua berpihak berpantang dari bercakap dan mengulas apa-apa isu menjelang pilihan raya ini. Tidak lama hanya 90 hari saja. Tidak rugi kalau tidak boleh bercakap 90 hari kerana selepas habis pantang nanti kalau nak bercakap macam radio 24 jam pun boleh.

Saya percaya kalau semua orang mengambil peringatan dan tindakan atas pesanan dan rayuan ini pihak musuh tidak akan ada isu lagi untuk serang PAS. Mereka akan diam dan dunia mereka pun akan sunyi. Hari nini pun musuh PAS bercakap mengikut rentak PAS saja mereka tidak ada isu khusus terhadap PAS.

PAS pula apabila tidak perlu menghabis masa dengan melayani kerenah itu akan dapat menumpukan kepada kerja-kerja lain yang lebih penting. Boleh menyusun strategi bagaimana untuk mempengaruhi rakyat agar memberi sokongan untuk menumbangkan Puterajaya. Boleh merancang pendekatan secara holistik bagaimana memastikan kira-kira 2.3 juta anak muda lebih 60% bersama PAS dan Pakatan Rakyat

Tuesday, February 12, 2013

Lapor Polis Kerana Menyamar Ahli PAS

Oleh IZWAN ABDUL HALIM 
 
PADANG SERAI: PAS Kawasan Padang Serai membuat laporan polis berhubung sekumpulan individu yang mengaku sebagai ahli dan penyokong PAS. Laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, di sini 3 Februari lalu. 

Ketua Penerangannya, Ahmad Rizal Mohd Nor menegaskan, individu-individu berkenaan didapati telah menyamar sebagai ahli PAS apabila semakan mendapati tidak wujud keahlian mereka.

Menurutnya, ini bermakna semua individu tersebut telah melakukan kesalahan undang-undang kerana mengaku sebagai ahli sebuah parti berdaftar yang mungkin bertujuan mengelirukan awam hingga boleh menggugat keharmonian, keamanan dan mencetuskan huru hara.

Tegasnya, dakwaan beliau itu berasas apabila kumpulan berkenaan telah mengadakan satu bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung isu kalimah Allah di Masjid Sungai Kob, Karangan pada 1 Februari lalu.

Perkara itu maklumnya, mendapat liputan media elektronik dan cetak sebagaimana keratan berita akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2 Februari yang dilampirkan beliau dalam laporan polis itu.


“Ini merupakan fitnah dianjurkan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik jahat dengan menggunakan nama PAS bagi tujuan melakukan propaganda dan cubaan memecah belahkan kerjasama PAS, KeADILan dan DAP,” ujar Rizal.

Katanya, semua PAS Cawangan-cawangan yang disebut dalam akhbar itu berada dalam pentadbiran PAS Kawasan Padang Serai dan pengesahan semakan dari PAS Cawangan mendapati tidak wujud keahlian mereka.

Perbuatan kumpulan itu tegasnya, sangat serius kerana menjurus kepada hasutan, kerja fitnah, provokasi, propaganda dan penyamaran.

Oleh itu katanya, sebagai warga Malaysia yang cintakan keamanan, pihaknya menggesa siasatan telus dan profesional serta tindakan segera terhadap laporan tersebut. [Warta Utara]

Monday, February 11, 2013

Ada orang buat busuk nama PAS pun pihak PAS KEDAH boleh relax jerrr..!!!

oleh AnakKedah007

Alhamdulillah nampaknya PAS TERENGGANU lagi PANTAS daripada PAS KEDAH & PAS PENANG...

Ok baca dulu apa yang AKU PUJI PAS TERENGGANU...
"Syaitan Dikenali" Berdemo Guna Lambang PAS - Laporan Polis Dibuat
PAS Terengganu membuat satu laporan polis ekoran tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan lambang PAS dalam demonstrasi isu kalimah ALLAH yang diadakan di pekarangan Masjid Sultan Ahmad di Chukai pada Selasa 5 Februari lalu.

Dalam laporan tersebut, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Haji Hanafiah Mat menegaskan beliau tidak mengenali langsung mereka-mereka yang mengadakan demonstrasi itu.


Beliau berkata, lapoan tersebut dibuat kerana tindakan individu terbabit khususnya Mohd Firdaus Harun yang menjadi jurucakap kumpulan itu telah menyebarkan ketegangan kaum dan agama serta boleh menyebabkan keselamatan negara terancam.
Tengok depa dengan pantas membuat laporan POLIS diatas beberapa Individu yang membuat demontrasi dengan mengaku AHLI PAS...

TETAPI kepada PAS KEDAH apa mereka sudah lakukan apabila ada beberapa orang yang buat kerja bangang nie

Bukan Demonstrasi PAS; Polis Diminta Ambil Tindakan



KUALA TERENGGANU - Dua demonstrasi yang diadakan di masjid Tengku Tengah Zaharah Kuala Ibai, Kuala Terengganu dan di pekarangan Masjid Sultan Ahmad di Chukai adalah bukan dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Terengganu atau mana-mana organ dibawahnya.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab berhubung isu kalimah ALLAH dan menggesa pihak polis mengambil tindakan segera.

TETAPI cuba lihat PAS KEDAH apa tindakan depa ambik apabila ada beberapa orang yang mengaku sebagai AHLI PAS duk buat demontrasi...

Lagi bantahan ahli Pas terhadap Guan Eng


SEBAHAGIAN daripada penyokong dan ahli Pas mengadakan bantaran terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung penggunaan kalimah Allah, di hadapan Masjid Khairiyah Bedong, Sungai Petani hari ini. - UTUSAN
SUNGAI PETANI 27 Jan. - Sekumpulan penduduk dan ahli Pas di sini hari ini mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ekoran kenyataannya yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. 

Kumpulan tersebut mengadakan perhimpunan aman di Masjid Al-Khariah, Bedong di sini selepas solat Zuhur dan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang itu memohon maaf kepada umat Islam di negara ini secara terbuka dengan segera.

Jurucakap kumpulan itu yang merupakan ahli Pas kawasan Guar Chempedak, Abdul Mannan Khan Arshad Ahmad, 48 berkata dia kesal apabila melihat isu agama menjadi taruhan politik sesetengah pihak.

"DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan isu ini untuk mengambil kesempatan bagi meraih undi di kawasan bandar dan saya kecewa apabila Pas berdiam diri.

"Ulama-ulama Pas sepatutnya menegur dengan lebih awal Guan Eng dalam isu ini tetapi nampaknya mereka tidur sahaja.

"Hanya orang Islam boleh menggunakan kalimah Allah dan kami bantah jika mana-mana pihak yang bukan beragama Islam mahu menggunakan kalimah Allah," katanya kepada pemberita ketika perhimpunan aman di Masjid Al-Khariah di sini hari ini.

Seorang ahli Pas kawasan Gurun, Jasmi Rosli, 36 pula berkata dia berasa marah apabila isu ini dimulakan oleh Guan Eng.

"Saya juga sedih apabila soal agama dipermainkan dan saya harap pemimpin Islam di negara ini bersatu hati dalam isu kalimah Allah ini," ujarnya.

Sebelum ini, pada Jumaat lalu, satu perhimpunan aman untuk mendesak Guan Eng memintaa maaf telah diadakan oleh penduduk Islam di hadapan Masjid Muzzaffar Shah manakala semalam perhimpunan yang sama diadakan di Masjid Kampung Sepom Tikam Batu di sini. - UTUSAN

Dari sumber risikan kami mamat yang bernama MANAN nie seorang yang tak berparti dan beliau ini manusia yang ibarat lalang... untuk makluman lanjut bolehlah PAS KEDAH hubungi PAS Cawangan Guar Chempedak untuk maklumat detail...

Kenapa di diamkan sahaja apa yang dilakukan oleh beberapa orang ini..sedangkan apa yang dilakukan telah menjejaskan nama PAS bukan sahaja di KEDAH tetapi di dalam MALAYSIA amnya....

Mana perginya PAS KEDAH atau PAS KAWASAN untuk membersihkan nama PAS yang dicemari oleh beberapa orang ini..... jangan anggap ini benda kecil..memang jika di KEDAH tak ada impaknya tetapi bagaimana dengan rakan-rakan di negeri lain sepert MELAKA & NEGERI SEMBILAN yang mana sudah semestinya mereka akan di peningkan pemikiran mereka dengan isu-isu sebegini....

Jadi pakat-pakat fikirkanlah apa nak buat....

Tuesday, November 13, 2012

Muktamar: Pas Kedah tonjol model tadbiran Islam

NURUL FATIHAH SULAINI
13 November 2012
logo muktamar
Muhammad Sanusi Md Noor ALOR SETAR - Pas Kedah akan menonjolkan model pentadbiran Islam dalam masyarakat majmuk pada Muktamar Pas Pusat kali-58 yang berlangsung di Kelantan minggu ini.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor berkata, mereka akan menggunakan sepenuhnya peluang pentas muktamar untuk mengetengahkan pencapaian serta kejayaan Pas dalam menerajui sepenggal kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah.

Menurutnya, usaha berkenaan bagi membolehkan segala maklumat berkenaan pencapaian itu sampai sepenuhnya kepada pengetahuan Pas Pusat serta Pas negeri lain.

Pas mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah sejak Mac 2008.

“Walaupun kita menghadapi cabaran dalam mentadbir kerajaan, namun tidak besar hanya sedikit cabaran sahaja,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berhubung perwakilan Pas bebas membentangkan sebarang usul walaupun pada tahap mengkritik pemimpin sendiri, Sanusi turut menyambut baik usaha itu.

Menurutnya, bagaimanapun isu yang lebih penting untuk diketengahkan perlu menyentuh usaha untuk mengukuhkan pendirian Pas dari dalam terutamanya menghadapi situasi negara yang semakin mencabar.

“Muktamar kali ini juga dilihat sebagai medan untuk pembahas mempersiapkan isu menjurus kepada usaha Pas menerajui Kerajaan Persekutuan termasuk mengukuhkan Pas dalam komponen PR.

“Perwakilan tidak boleh menjadikan pentas muktamar sebagai tempat melepaskan geram semata-mata tetapi untuk kemajuan Pas,” katanya.

Sanusi yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah berkata, muktamar berkenaan turut membantu mempersiapkan Perwakilan Pemuda Pas yang boleh menyediakan pelbagai jawapan untuk berhadapan dengan pertanyaan pengundi baru tentang pelbagai isu politik.

“Golongan pengundi muda sekarang memerlukan jawapan kukuh serta pantas bagi menjawab tohmahan serta pertanyaan isu yang sering diputarbelit  oleh pihak mempunyai kepentingan tertentu,” katanya.

Menurutnya, mereka juga akan memfokuskan isu yang dapat mendekati kelompok pengundi muda yang pertama kali mengundi melalui media baru termasuk jaringan laman sosial serta blog.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat Pas Kedah, Datuk Siti Ashah Ghazali berkata, antara isu yang akan disentuh oleh perwakilan mereka turut memfokuskan isu pendidikan dan ekonomi termasuk isu lain.

“Bagaimanapun maklumat secara terperinci kita belum terima kerana Dewan Muslimat Pas Kawasan menghantar terus usul berkenaan kepada Muslimat Pas Pusat,” katanya.

Thursday, November 1, 2012

Dalam PIMPINAN PAS KEDAH ada manusia yang berhati 'HITAM''

oleh Mohd Radzhi Samad @ Kulim

Keratan dari www.kedahlanie.info

Nampaknya ada pihak dalam PAS KEDAH kelaku mereka semakin pelik...pelik dengan MAJLIS yang dianjurkan itu. Siapa tak kata pelik.. dalam orang bersemangat nak ke Negeri Sembilan sambut HIMPUNAN PAKATAN RAKYAT..mereka pulak sedang kalut dok nak buat MAJLIS IJTIMAK NEGERI KEDAH pada waktu dan tarikh yang sama iaitu 03/11/2012 nanti.cuma masa habis sahaja jam 2.00 petang. dan himpunan pula bermula jam 4.00 petang. Jika begini keadaannya rombongan dari KEDAH kena pergi naik KAPAL TERBANG jika hendak naik KERETA maksimum speed cuma 110km/hr takut kamera AES ambil gambar.. Ini semua akan menyusahkan perjalanan yang akan bergerak dalam tergesa-gesa.

Sehingga jam 4.00pm artikal ini di tulis masih belum ada penafian dari PAS KEDAH berkenaan SMS tersebut jadi ia boleh diandaikan ianya BENAR dan MAJLIS IJTIMAK PAS Negeri KEDAH itu program RASMI PAS KEDAH.


Jika sebegitu MAJLIS IJTIMAK PAS KEDAH ini boleh dianggap sebagai satu majlis untuk mensabotaj program yang dibuat oleh PIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT. Ini kerana sekarang ini program yang UTAMA ialah HIMPUNAN PAKATAN RAKYAT tetapi dengan adanya MAJLIS IJTIMAK PAS Negeri KEDAH ia boleh dianggap sebagai perancangan golongan-golongan tangan hitam untuk menghalang AHLI PAS turun ke program HIMPUNAN di Negeri Sembilan sana.

Kelaku pihak-pihak yang mengajurkan majlis ini sudah semesti satu pihak yang sudah tentu ada SATU TITIK HITAM dalam hati mereka... ini adalah kerana dengan apa yang mereka rancangkan sudah semestinya ada satu PERKARA YANG TERSEMBUNYI DI SEBALIKNYA MAJLIS TERSEBUT.

Jika beginilah kelakunya pihak-pihak tersebut.. mereka ini tidak patut ada dalam saf kepimpinan PAS KEDAH, kelaku seperti ini umpama kelaku huduh macam mahu meletakkan duri di tengah jalan orang ramai dan mempunyai agenda khianat sesama kawan seperjuangan.

Apakah golongan ini sudah merasakan PAS KEDAH sudah HEBAT dan mampu mempertahankan kemenangan tanpa ada kesepakatan dalam PAKATAN RAKYAT serta mendengar arahan PIMPINAN DI PUSAT sana... entahlah apa nak jadi dengan golongan-golongan yang merasakan merekalah manusia yang bijak pandai mengurus tadbir neger.

Harus diingat negeri Kedah yang di perintah oleh PAKATAN RAKYAT KEDAH bukannya HAK MILIK PERIBADI PAS KEDAH.....ingatlah.anda semua naik dengan UNDI RAKYAT dan anda semua juga boleh jatuh dengan UNDI RAKYAT...

Jika nak perintah negeri mengikut kepala otak anda sendiri sila keluar dari PAS dan lawanlah bagi menang dan tadbirlah negeri tanpa perlu mengikut keputusan kepimpinan atasan. Kami tak mahu PAS KEDAH ini dijadikan Sykt Sdn Bhd oleh ANDA semua...

Dengan kelaku huduh yang dilakukan oleh segolongan anda ini kami tak mahu terpalit dikatakan punca kekalahan pada pertarungan akan datang....

Wednesday, October 31, 2012

Betulkah PAS KEDAH sabotaj AHLI dari pergi ke HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT di Negeri Sembilan

Assalamualaikum... 


Saya salah seorang dari ahli PAS KEDAH berasa musykil dengan satu SMS yang saya terima dalam kawasan saya. Apa yang sedang saya fikirkan ialah bila membaca SMS tersebut ianya merupakan satu majlis anjuran PAS NEGERI KEDAH yang pada dasarnya ia WAJIB di hadiri oleh semua pendokong.

Namun apa yang saya RALAT sekarang benarkah apa yang tertera di SMS tersebut kerana pada masa dan tarikh MAJLIS IJTIMAK tersebut pihak PAKATAN RAKYAT telah ada satu majlis besar di Negeri Sembilan sana iaitu HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT.
Jadi sekarang persoalan yang timbul adakah SMS itu benar dan JIKA benar kenapakah MAJLIS IJTIMAK tersebut perlu diadakan serentak dengan HIMPUNAN di Negeri Sembilan sana.


Ini kerana kebanyakan AHLI PAS KEDAH telah bersedia menyahut arahan PAS PUSAT untuk turun ke Negeri Sembilan sana bagi menjayakan himpunan besar tersebut. Tiket BAS, KERETAPI serta ROMBONGAN telah di aturkan untuk pergi ke Negeri Sembilan tiba-tiba datang SMS ini seperti untuk membantutkan segala perancangan awal yang telah diaturkan.

Kepada pihak yang berkenaan dalam PAS KEDAH.. Jika SMS tersebut sekadar propaganda pihak musuh untuk mengelirukan AHLI PAS supaya jangan hadir ke HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT, silalah adakah penjelasan seberapa segera untuk kepastian kerana tarikh 3hb Nov semakin dekat.

Yang Benar,
Ahli PAS Seumur Hidup.



Tuesday, September 11, 2012

Calon PAS Kedah.. Segak di luaq nak melingkop di dalam...


Masa balik raya tempohari waktu pie makan kenduri kat rumah pak menakan di jitra depa dok kata bahawa ada orang dok susun macam main chess setiap calon di Kedah. Nie calon PAS saja tak masuk PKR & DAP...

Depakata puak yang dok buat dia ada kabel besaq dengan orang atas. Dulu pada tahun 2008 bab calon tak ada dok pikiaq orang hang orang aku punmain lawan saja namun mai tahun 2012 dia dah jadi lain... Mungkinlah ini dikatakan ujian kemenangan....

Puak-puak nie dengaq kata bukan main semangat dok susun calon depa sampai sanggup membelakangkan mesyuarat PAS kawasan memilih calon mereka sampai sanggup turun kesetiap cawangan berjumpa ketuanya untuk ambik tanda tangan kata depa tak setuju denga calon kawasan pilih...

Ini belum lagi menolak sana menarik sini calon yang mereka suka....semua ini bila berlaku akan mengakibatkan ketidak puasan permainan ini dimainkan...

Pokok Sena
Dengaq kata ahli Parlimen dia akan di tolak ke dun sbg persediaan menjadi MB. walaupun kawasan masih mengekalkan beliau sbg calon Parlimen. Beliau akan di bawa bertanding di Alor Mengkudu dan calon dun yang lama akan di tolak ke bakar bata.

Baling
Ust Taib akan diturun manakala calon import akan digantikan iaitu ahli Parlimen Jerai Ust Firdaus. Setakat ini apa masalah beliau dengan MB pun kita tak tahu mungkin ada sikit tak puas hati

Jerai
Bila Ust Firdaus diterbangkan ke Baling depa nak bawa Timb Presiden mai Jerai. Benda nie juga sebenarnya tak tau pasaipa..depa kata sbgai nak halang Mat Sabu turun bertanding di Pendang.

Pendang
Walaupun mesyuarat kawasan dah tetap siapa calon...tapi mai puak nie duk ubah susun pula maka haru biru jadi dia... Bila Kawasan Pendang dah sebulat suara nak bagi seat Parlimen kat Bang Mat dan Dr Hayati akan di bawa ke dun Tokai sebab Taulan dah nak rest.. Jd depa nie dok olah nak bagi jadi kot lain dengan nak bawa Ketua Pemuda mai Tokai... Hayati maintain.. Mat Sabu tendang pie Jerai

Kuala Kedah
Bila Mahfuz nak dibawa pie Alor Mengkudu maka Dr Ismail nak ditendang pie Bakar Bata.. Anak Bukit dan Pengkalan Kundur tak usik..

Ini antara kawasan depa dok sembang laa... Cuba tengok bila benda nie berlaku ia akan mengakibatkan timbul ketidak kepuasan hati di setiap kawasan terlibat dan kita tak tahu apa akan berlaku.

Yang takutnya berlaku seperti mana berlaku kepada Umno pada  2008 yg lepas disebabkan KJ dok susun masuk orang dia jadi calon... Mai mengundi lingkop habih rakyat dan ahli boikot... Itu yang boleh tertiarap beberapa negeri tu..

Sekarang nie takut akan jadi macam tu laa bila mana kawasan dah tetapkan siapa jadi calon dan dah buat kerja dah lama dah dalam parti dengan turun ke masyarakat bawah sampai kira dah sebati dah antara masyarakat dan pemimpin tup tup mai hari penamaan calon naik orang lain...

Kita berdoalah semoga orang kita tak jadi macam kelaku 2008 Umno...depa nie akan terus buat kerja walaupun sapa datang dan pergi... Walaupun ada puak-puak duduk susun calon nie dok jalan terus agenda depa nak bagi puak depa menang dan berada dalm barisan perancangan mereka.

Tapi jika nak nampak smart balik puak-puak yang dok susun nie baik ambik lempaq masuk Sg.Pumpung supaya tak mengharu birukan susun gerak kerja di kawasan. Bila kawasan dah buat keputusan siapa calon dia maka kita biarkanlah kawasan dengan calon pilihan mereka sbb mereka lebih  ariff sesuatu gerak kerja di kawasan....

Jadi pakat pakat tengok laa noo jangan rasa iri hati apa sebab nak lingkop kita jugak nanti lingkop dengan labu labunya... Negeri boleh kat orang lain kita yang dok ada semua coklat angin.... Masa tu nak susuh nak buat apa dah.... 

Thursday, May 10, 2012

Petugas PAS Kedah 'serang' Parlimen Jerai esok..!!!

 
 
Alor Setar - Kira-kira 10 ribu petugas pilihanraya PAS Kedah dijangka akan berhimpun di Stadium Mini Guar Chempedak pada 12 Mei 2012 ini.

Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musodak Ahmad, program yang dinamakan Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Kedah itu mengundang semua petugas pilihanraya bermula dari peringkat Unit Peti Undi (UPU), Majlis Tindakan DUN (MTD), Kawasan dan Dewan-dewan di semua peringkat.

"Program ini boleh dianggap sebagai himpunan pembakar semangat dan penyampaian amanat yang terbesar  di kalangan petugas pilihanraya PAS, mungkin juga menjadi himpunan terakhir petugas sebelum Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangkakan berlaku dalam tempoh terdekat," ujarnya.
Beliau memberitahu, antara pemimpin utama yang akan menyampaikan ucapan ialah dua Naib Presiden PAS iaitu YB. Salahudin Ayob dan YB. Dato' Mahfuz Omar dan Pesuruhjaya PAS Kedah Dato' Seri Di-Raja Ustaz Azizan Abdul Razak. Sebelum itu keempat-empat ketua Dewan peringkat negeri (DPPNK, DMPNK, DUPNK, DHPPNK) akan turut berucap.

Undangan untuk semua petugas pilihanraya terbabit telah dibuat melalui Setiausaha PAS kawasan. Musodak menasihatkan supaya semua yang terbabit datang lebih awal, bermula jam 5 petang. Jamuan akan disediakan bermula jam lima petang dan berakhir jam 7 malam sahaja.

"Selepas solat Maghrib, kita akan adakan solat Hajat yang dijangka akan diimamkan oleh Tuan Guru Haji Salleh Musa. Semua peserta dinasihatkan supaya membawa alas duduk atau hamparan kerana kita akan bersolat di atas padang," katanya.

Program seterusnya akan bermula selepas solat Isyak dan dijangka berakhir pada jam 12.00 malam. Menurutnya lagi, selain dari ceramah, antara pengisian program juga ialah majlis bacaan ikrar dan penyerahan panji-panji perjuangan kepada semua kawasan dan Dewan.

"Semua peserta diminta datang di sebelah petang atau sebelum Maghrib supaya semua peserta dapat mengambil bahagian dalam semua aturcara yang dirancang serta dapat mengelak keadaan kelam kabut," ujarnya. 

Monday, March 19, 2012

Mukhriz silap, bukan kerajaan Kedah kemere tapi Pemuda PAS yg poyo..

oleh DAR@Anak Beris

Tersebar berita Pemuda PAS Kedah membentang ususl untuk lucutkan jawatan Tim 1 & 2. Kenapa mereka engkar arahan keputusan PAS PUSAT pun tidak tahu kenapa.. sedangkan pihak PAS PUSAT sudah buat keputusan akan hal ini.

Saya sebagai orang luar tengok pentadbiran Negeri Kedah so far di luarnya nampak OK namun adatlah tentu ada serba sedikit yang tergelincir dan cacat celanya tidak seperti apa yang dikatakan oleh Mukriz...

Disini kenapa Pemuda PAS tak buat apa-apa tindakan untuk menegur mana-mana yang didapati tergelincir dari landasan. Contohnya Kedah AGRO bermasalah kenapa tidak menegur... Kumpulan Ladang Perbadanan Kedah juga bermasalah sekarang nie kenapa tidak menegurnya...

Sedarkah Kumpulan Ladang Perbadanan Kedah (KLPK) anak syarikat PKNK sudah tidak bermesyuarat Lembaga Pengarah hampir 1 tahun mulai 27/03/2011 hingga kini. Tidak ada pembentang belanjawan dibuat untuk 2012. Bila ditanya kepada pengurus besar KLPK kenapa tak mesyuarat.... Alasan beliau MB sibuk dan sakit.

Kalau syarikat UMNO kita bantai tak mau-mau... Kenapa apabila bawah ketiak MB kita takut bantai. Dahulu masa UMNO perintah kita pi kat peserta BRIS SIK kata UMNO tak betui bagi saham ladang mereka. Kini peserta BRIS cari kita pula kerana mereka dapat duit sikit bawah KLPK (PAS perintah). Lalu kita hilang tidak nampak muka. Ini luahan peserta BRIS kepada saya bila singgah sembahyang di Masjid.

Wahai Pemuda PAS Kedah berlaku adillah kerana adil itu hampiri taqwa. Sesungguhnya wala' pada keputusan pimpinan atasan itu adalah ikutan jemaah kita.. Jika kita tidak wala' siapa lagi kita nak suruh ikut arahan pimpinan kita... Si Hasan Ali.... UMNO.... atau pun Chua Soi Lek....

Sudah-sudahlah janganlah kita berlawanan arus dengan engkar arahan pimpinan atasan kita.. Musuh utama kita ialah BN/UMNO bukan 2 orang ini.. jadilah manusia yang berjiwa besar seperti MB Kedah itulah yang sebaik-baiknya......

Wassalam.....


Friday, March 2, 2012

Isu Kedah : Kenyataan Bersama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah

http://www.deamira.com/wp-content/uploads/2010/12/bismillah.jpg

1. Dewan Ulamak PAS Kedah dengan ini menyokong penuh dialog antara Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Diraja Ustaz Azizan Razak dan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah, Wakil-Wakil Rakyat PAS Kedah dan Ahli Badan Perhubungan PAS Kedah untuk mendapatkan penjelasan bagi apa sahaja isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini. Hal ini berlandaskan arahan Allah Taala bermaksud: "Dan segala urusan mereka berlaku dengan perbincangan sesama mereka." (Surah al-Syura ayat 38)

2. Dewan Ulamak PAS Kedah menegaskan sama sekali tidak menyokong sebarang usaha untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Negeri Kedah.

3. Dewan Ulamak PAS Kedah sentiasa istiqamah untuk mempertahankan Kerajaan PAS Negeri Kedah bersama-sama dengan ahli dan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia.

4. Dewan Ulamak PAS Kedah menyokong penuh sebarang usaha menggantikan mana-mana pemimpin yang sabit penyelewengannya.

YB Datuk Tuan Guru Harun Taib,

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Tuan Guru Syeikh Mohamad Abdullah,

Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah.

Jumaat, 2 Mac 2012 bersamaan 8 Rabi'ulAkhir 1433H, 5.30 petang

Madrasah Makarimul Akhlak, Pondok Hj Abdullah Kecil, Langgar, Alor Star, Kedah Darul Aman.

Thursday, March 1, 2012

Bahaya ribut dalam cawan - Mungkin misi BN akan menjadi lebih mudah di Kedah berbanding Selangor

Ahmad Lutfi Othman, 02 Mac 2012

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjx991AXRVXTylBDRgxm15zWCMTaLmjdeFk154GrVvrkt0_uyw5OBqROxbpzIM0AmMsb_GseFxY974a-l_B8qcCsgrhUfd-I2z0AqpV2FsLSGypdUnOpCVy1Pc3e8odAKWYvVj6EpaI5gY/s1600/kopi.gif

Tidak sukar untuk memahami kegelisahan ahli-ahli PAS peringkat akar umbi tentang situasi terkini politik di Kedah. Mereka risau dan bimbang perkembangan dramatik yang disensasikankan media itu boleh menyebabkan rakyat menolak Parti Islam dalam pilihan raya umum akan datang.

Hinggakan ada pembaca yang menelefon saya meluahkan rasa takut kerajaan Pakatan Rakyat Kedah boleh tumbang, sepertimana pernah berlaku di Perak genap tiga tahun lalu. "Bilangan Adun Pakatan dalam Dun Kedah, termasuk DAP, tinggal 20 orang, satu kelebihan yang cukup kecil berbanding 36 kerusi semuanya," katanya, sambil meminta Harakah memberi penjelasan lanjut senario sebenarnya.

Selepas Mohd Radhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Xu (Bakar Arang) mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas, KeADILan hanya mempunyai tiga Adun. Wakil PAS tetap 16, manakala DAP seorang. Kerajaan majoriti mudah terbentuk melalui 19 Adun.

"Insya-Allah, kerajaan negeri tetap stabil. Tak mungkin berlaku pengkhianatan di kalangan Adun PAS sampai BN boleh mengambil kesempatan, seperti kes Perak. Kalaupun ada perselisihan, ia hanya perbezaan pandangan bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan," jawab saya.

Bagaimanapun reaksi pembaca setia Harakah itu jelas tidak berpuas hati dengan respons saya: "Yang untung hanyalah Umno, tiada pihak lain. Dan makin cerahlah peluang mereka tawan Kedah. PAS dalam posisi yang lebih sukar."

Seorang lagi menyuarakan keresahan sama: "PAS sukar digugat daripada luar. Semakin kita ditekan, tambah padu dan jitu, tetapi dengan pergolakan dalaman, kedudukan kita goncang dan mudah dikalahkan, apatah lagi dalam realiti di Kedah, kerajaan campuran baru satu penggal berkuasa."

SMS daripada rakan-rakan saya di kampung, Tunjang, Jitra dan lebih ramai lagi di Alor Setar, bertali arus. Sebahagian besarnya seperti kebingungan: "Yang paling kami tidak faham, mengapa hal ini dibangkitkan semasa semua orang bersiap sedia berdepan PRU13. Penyokong tegar mungkin tetap mengundi PAS dan Pakatan, tetapi bagaimana dengan majoriti rakyat yang kehairanan memerhati?"

"Rakyat bercakap soal laluan Pakatan ke Putrajaya. Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin meramalkan BN hanya selamat di tiga negeri dan kejutan hampir pasti berlaku di Sabah dan Sarawak. Takkan ketika banyak pihak ghairah ingin melihat perubahan di seluruh negara, tiba-tiba Kedah yang dalam genggaman pun mungkin terlepas, bukan kerana BN kuat tetapi PAS yang lemah," usik seorang pemerhati politik.

Menyalahkan media milik Umno yang mengeksploitasi semahunya isu ini -- meskipun kebanyakan laporannya tersasar dan hilang punca -- tentulah tidak banyak menyelesaikan masalah. Dungu sangatlah Utusan Malaysia dan TV3 (serta tidak terkecuali The Star yang dikuasai MCA itu) jika tidak memanipulasikan peluang keemasan ini untuk membantu taukehnya, BN, menawan kembali Kedah dalam PRU13.

Sifat ingin tahu orang ramai, termasuk ahli dan pendokong PAS, sukar ditenteramkan hanya dengan nasihat atau peringatan mesti mendapatkan khabar daripada sumber berautoriti parti. Dalam zaman langit terbuka dan dunia tanpa sempadan ini, maklumat atau tohmahan hanya di hujung jari.


Secara peribadi, saya sukar membayangkan jika negeri kelahiran saya itu bakal direbut semula oleh Umno, hanya berpunca daripada masalah dalaman parti yang gagal diuruskan dengan baik. Umum mengetahui bahawa Umno Kedah kini bukannya dalam kedudukan terbaik untuk melakukan kejutan. Kelemahan ketara mereka daripada segi barisan kepimpinan yang lemah dan tidak menonjol.

Sejak 1969, prestasi PAS di Kedah begitu membanggakan. Meskipun penguasaan kerusi Dun ada
kalanya begitu menyedihkan, namun kekuatan asas PAS tetap bertahan.

Aktivis PAS negeri ini pasti mengalir air mata mengenangkan kesungguhan, ketekunan dan ketabahan pemimpin agungnya, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, mengharungi siri kesukaran dan penderitaan, termasuk menanggung keuzuran yang menyiksakan.

Ya, Ustaz Fadzil yang begitu dekat dan terasa cukup akrab dengan sanubari para aktivis parti ...

Penggerak PAS Kedah tentunya masih mengingati sedalamnya tribulasi yang terpaksa dihadapi mereka hanya kerana mahu mendaulatkan kebenaran yang dibawa Parti Islam. Peristiwa Memali pada 19 November 1985 memakan korban yang ramai dan menganugerahkan syuhada buat 14 pejuang PAS.

Sebelumnya, ia didahului tragedi Lubuk Merbau, yang mengorbankan aktivis PAS, Othman Talib, yang terbunuh semasa kempen pilihan raya kecil Padang Terap pada Januari 1985, selepas diserang ahli-ahli Umno.

Pada akhir 1980-an, ramai aktivis PAS dikurung ISA ekoran rampasan tanah Muassasah Darul Ulum seluas 48 relung di Pokok Sena, lebih kurang 20km dari Alor Setar. Ahli-ahli PAS seluruh negeri Kedah bergilir-gilir membuat kawalan, siang dan malam, bagi mempertahankan hak mereka.

Sesungguhnya keringat, air mata dan darah menyuburi tapak kekuatan PAS Kedah.

Sebenarnya, yang menghalang PAS daripada membentuk kerajaan negeri lebih awal hanyalah kerana sokongan pengundi bukan Melayu di Kedah yang ketika itu masih setia kepada BN. Misalnya, pada pilihan raya umum 1999, BN berpaut rapat dengan masyarakat bukan Melayu apabila sebahagian besar kerusi majoriti pengundi Melayu dikuasai PAS.


Kemenangan manis pada Mac 2008 adalah hadiah paling istimewa buat aktivis PAS Kedah yang terbukti tetap istiqamah dan komited mengungguli perjuangan meskipun diasak kiri dan kanan. Amanah rakyat ini perlu dipelihara sebaiknya; kepercayaan tinggi mereka usah dipersiakan.

Beberapa rakan mengingatkan saya: "Kini, Umno boleh menyimpan peluru miliknya kerana mereka boleh menggunakan peluru yang dihadiahkan PAS untuk menyerang PAS sendiri. Adat orang berseteru, termasuk sesama dalam sebuah parti, akan timbul sedikit sebanyak serangan peribadi yang memburukkan sesama sahabat. Lebih bimbang lagi jika ia hanya fitnah."

Seperti ahli-ahli PAS dan penyokong Pakatan yang lain, saya amat mengharapkan ada kaedah atau pendekatan terbaik menangani kemelut ini. "Ribut dalam cawan" ini tidak boleh dipandang remeh, apatah lagi jika ia bukan hanya membabitkan dua tiga tokoh sahaja.

"Walaupun ribut dalam cawan, tetapi mesti pastikan air tidak tumpah ataupun terpercik keluar." Ungkapan ini pernah saya dengar belasan tahun lalu, juga semasa PAS dilanda krisis dalaman.

Apa pun, laporan Harakahdaily, Selasa lalu, memberi sinar positif.

Rombongan PAS Pusat yang bertemu pemimpin negeri, yakin isu di Kedah dapat diselesaikan dalam masa terdekat, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Beliau berkata demikian selepas pimpinan PAS Pusat mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak.

Mereka juga turut menemui Exco Kanan Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi, yang menjadi perhatian media sejak akhir-akhir ini.

Pimpinan PAS Pusat yang diketuai Timbalan Presiden, Mohamad Sabu itu turut disertai Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Penolong Setiausaha Agung PAS.

Mereka berkunjung ke rumah Ustaz Azizan dan Phahrolrazi. "Pertemuan hari ini banyak menghasilkan buah fikiran dan cadangan yang membina serta menunjukkan tanda positif ke arah penyelesaian. Hasil pertemuan ini akan dibawa ke mesyuarat khas AJK PAS Pusat malam Rabu," kata Salahudin.

Semasa ramai prihatin dengan perkembangan di Kedah, saya mendapat emel, antara lain merakamkan: "Semua pemimpinan Pakatan mesti menjaga perlakuan serta percakapan kerana dibimbangi ia boleh menjerat diri. Mesti berhenti daripada berasa "akan menang" atau "selangkah ke Putrajaya" takut-takut kita mudah berpuas hati dan mengurangkn gerakerja serta mengharapkn orang lain melakukan tugas yang kritikal.

"Terus terang cakap,jangan seronok sangat kononnya ramai orang sokong Pakatan. Harakah harus beri kefahaman tentang perjuangan Islam PAS kepada orang Melayu dengan sejelasnya.

"Akhir sekali tetapi penting, berhenti berangan-angan, rapatkan saf dan gempur habis-habisan. Semua perkara harus dilakukan dengan pantas dan tersusun. Kurang bercakap, banyakkan kerja, cakap hanya yang penting saja," kandungan emel itu dipetik.

Dalam pada itu, ingatan seorang pemimpin cawangan PAS di Selangor juga perlu diberi perhatian. Melalui telefon beliau mengharapkan agar pemimpin tertinggi parti meneliti impak program-program bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali, yang kini aktif berceramah di seluruh negara.

"Jangan hanya serahkan isu Hasan Ali kepada PAS Selangor semata-mata. Dalam situasi setiap undi begitu penting, sama ada buat Pakatan, mahupun BN, maka pilihlah jalan lebih selamat iaitu memandang serius semua isu yang berkait dengan PAS," ujarnya.

"Mungkin ada yang berkata siri ceramahnya itu, pada sesetengah tempat agak ramai hadirin, kerana ia ditaja Umno, lalu dipandang remeh. Saya tak setuju. Saya bimbang ada pengundi Melayu confuse dan keliru bila dengar ceramahnya. Kesan akhirnya, ini akan menguntungkan Umno," tekannya lagi dengan nada serius.

Pandangan rakan saya, editor kanan sebuah akhbar harian, mungkin boleh disanggah dengan mudah, tetapi saya lebih selesa untuk bersikap berhati-hati dan tidak meremehkannya. Beliau berkata, isu-isu di Kedah dan Selangor, meletakkan PAS pada kedudukan yang agak goyah di negeri-negeri berkenaan.

"Mungkin misi BN akan menjadi lebih mudah di Kedah berbanding Selangor," tambahnya.

Wednesday, December 28, 2011

Depa kata Saf Pimpinan PAS kat Kedah masih lena...!!!

oleh DepaKata

pimpinan parti kat kedah nie dah tak ada dah kaaa.... penerangan mana... ketua pemuda dia mana... ketua muslimat dia mana.... ketua kawasan dia mana.. sampai tak ada sapa pon buat statement puji kerajaan negeri sptmana dibuat oleh pimpinan pusat.... dok goyang biji kat wisma saja ka yg retinya...... hangpa tolong habaq sat kat depa nie..... tension aihh gua... jawatan nak tapi nak counter berita macam tak reti jaa....

Lupus hutang pinjaman: Tahniah kerajaan Kedah

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kedah atas keputusan melupuskan hutang pinjaman pelajaran dalam kes-kes tertentu.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, inisatif kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah itu membuktikan bahawa mereka amat prihatin dan menyelami denyut nadi rakyat di negeri itu. Kepemimpinan negeri itu membuktikan bahawa mereka memegang tampuk kuasa bukan untuk kepentingan diri mereka sendiri, tetapi untuk kepentingan rakyat jelata.

Tuesday, October 4, 2011

50 keluar, 161 masuk Pas

KUALA NERANG - Jika sebelum ini 50 penduduk, belia di Kampung Tandop Besar mendakwa penyokong Pas menyertai Umno kerana kecewa dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu (Mat Sabu) yang didakwa menyokong komunis, namun 161 belia dari lapan kampung menyertai Pas kerana kagum dengan semangat pemimpin itu.

Simbolik penyerahan di Markas Pas Kampung Tandop Besar diadakan sempena penjelasan isu-isu semasa di sekitar Parlimen Padang Terap oleh Ketua Pemuda Pas Kawasan Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria sebelum ia diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Mohamad Sanusi Md Noor.

Difahamkan belia terbabit berasal dari Kampung Tandop Besar, Kampung Pong Utara, Kampung Pong Manis, Kampung Kubang Kenyeng, Kampung Kubang Bemban, Kampung Lubok Perong, Kampung Masjid dan Kampung Padang Kerasak.

Ahli baru Pas, Mohd Azham Yahya, 25, yang sebelum ini mendakwa sebagai pengundi atas pagar mengambil keputusan menyertai Pas selepas kagum dengan pendirian pemimpin parti itu yang terus kukuh pendirian walaupun terus dikecam.

Menurutnya, momokan media massa arus perdana membuatkan mereka membandingkan setiap kenyataan yang dikeluarkan pemimpin setiap hari.

“Rakyat pada hari ini terutamanya generasi belia sudah mempunyai pelbagai cabang media alternatif termasuk blog dan kami tahu untuk menilai isu-isu semasa,” katanya.

Bagi Megat Mohd Zuraimi Zakaria, 28, pula, isu yang mendakwa Mat Sabu menjadi dalang sebagai punca kepada penyokong Pas di Kampung Tandop Besar berpatah arang dengan Pas telah memperkenalkan individu itu kepadanya.

Menurutnya, dia mula mengagumi kredibiliti Mat Sabu dan pendirian yang dibawa olehnya.

“Mengenai isu 50 yang didakwa sebagai penyokong Pas baru-baru ini yang menyerahkan borang keahlian Umno baru-baru ini, saya tidak tahu bagaimana ia boleh tercetus, sedangkan saya pun berada di situ sewaktu kejadian,” dakwanya.

Mohd Hafizzullah Mad Lim, 26 pula mendakwa, golongan belia mahu bangkit dan membuktikan bahawa mereka turut mengambil tahu mengenai perkembangan isu semasa yang berlaku di seluruh negara.[SinarHarian]

Wednesday, July 27, 2011

'Isu rumah rakyat bukti kegagalan manifesto'

ALOR SETAR - Kegagalan Kerajaan Negeri menyiapkan beberapa projek perumahan rakyat di Kedah membuktikan jawapan buku pencapaian manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang dikeluarkan baru-baru ini retorik politik semata-mata.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya mengambil contoh satu projek pembinaan 100 perumahan rakyat di Yan yang didapati masih tidak dibangunkan walaupun kerja meratakan tanah telah dibuat sejak dua tahun lalu dan kegagalan projek itu membuktikan jawapan Kerajaan Negeri mencapai lebih 80 peratus daripada janji manifestonya amat meragukan.

Beliau juga menyuarakan kekecewaan terhadap Kerajaan Negeri kerana tidak membincangkan soalan lisan berhubung isu perumahan rakyat di dalam sidang DUN sebelum ini walaupun isu tersebut penting demi pembangunan rakyat Kedah terutamanya penduduk setinggan yang tertunggu-tunggu sampai bila ‘perumahan rakyat’ dapat disiapkan.

“Dalam bajet tahunan Kerajaan Negeri yang dibentangkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini, ada dinyatakan perumahan rakyat akan dibangunkan di Yan, Kampung Berjaya dan juga Jitra dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun, sehingga hari ini rakyat masih tidak nampak sebarang pembangunan projek perumahan rakyat sebagaimana yang diuar-uarkan dan saya yakin rakyat akan menghukum rentetan kegagalan Kerajaan Negeri ini pada pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Mahdzir berkata, UMNO Kedah akan mengeluarkan buku jawapan balas pencapaian manifesto Kerajaan Negeri dalam masa terdekat selain mendedahkan lebih banyak janji Kerajaan Negeri yang tidak terlaksana bagi menyedarkan mengenai keadaan sebenar politik semasa di Kedah.

“Kita akan mendedahkan segala kegagalan Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa dan ianya tidak akan berhenti sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13,” katanya.

Wednesday, July 6, 2011

Kenyataan Media Berhubung Simbahan Cat Merah dan Risalah Ugutan


PAS Kedah mengutuk keras tindakan pihak-pihak yang cuba mengganggu kestabilan dan keharmonian di Negeri Kedah dengan tindakan provokatif membaling cat dan risalah di beberapa kediaman pimpinan dan ahli PAS. Tindakan membaling cat merah termasuk di kediaman YAB Menteri Besar di Markaz PAS Jerai adalah perbuatan tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan keamanan dan keharmonian di negeri ini.

Risalah yang dilemparkan bersama cat merah itu juga mengandungi ugutan serius, membabitkan nyawa dan keselamatan ahli keluarga pimpinan dan ahli PAS. Saya percaya tindakan bodoh ini bertujuan mengugut dan menakutkan mereka dari memberikan sokongan kepada rally Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti, selain menimbulkan suasana tegang di kalangan masyarakat.

PAS Kedah menggesa piahk polis mengambil tindakan segera untuk menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat berasakan peruntukan undang-undang yang ada di negara kita. Ahli -ahli PAS yang menerima ugutan dalam kejadian itu di beberapa tempat diharap dapat memberikan kerjasama terhadap siasatan pihak berkuasa.

Polis juga diharap dapat meningkatkan kawalan dan pemantauan untuk mengelak kejadian sama berulang pada masa hadapan. Ahli dan penyokong PAS dinasihatkan meningkatkan kewaspadaan pada sepanjang masa, supaya pihak-pihak yang mempunyai agenda jahat seperti itu dapat dibanteras.

Sekian terima kasih.

Muhammad Sanusi Md Nor
Ketua Penerangan PAS Kedah

Monday, June 20, 2011

Isu Mahfuz dan Ust Taib gugur - Depa Nak Beri laluan kepada pemimpin pelapis

‘Beri laluan kepada pemimpin pelapis’

ALOR SETAR - Pengguguran Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Taib Azamudden Md Taib sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III dalam senarai kepimpinan baru Pas Kedah dibuat atas permintaan kedua-dua pemimpin itu sendiri.

Mahfuz berkata, hasrat itu dimaklumkannya sendiri kepada Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam satu pertemuan selepas Menteri Besar Kedah itu diumumkan mengekalkan jawatan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, 12 Jun lalu.

Menurutnya, tanggungjawab sebagai naib presiden parti yang memerlukan tumpuan lebih di peringkat pusat bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 menyebabkan beliau tidak mahu memegang jawatan berkenaan.

Pada masa yang sama, katanya, beliau juga mahu memberi laluan kepada pemimpin pelapis memegang jawatan tersebut.

“Saya jelaskan kesibukan saya dan Taib Azamudden menggerakkan jentera Pas Pusat memerlukan Pas Kedah menyerahkan tanggungjawab berat itu kepada pemimpin pelapis yang aktif dan banyak ruang masa untuk tumpu jentera pilihan raya negeri,” katanya.

Sementara itu, Taib Azamudden ketika dihubungi turut sependapat dengan Mahfuz dan menegaskan Pas Kedah kini memerlukan kemunculan pemimpin baru terdiri dari kalangan pelapis serta belia.

Menurutnya, beliau yakin kepimpinan baru akan lebih agresif memperkukuhkan jentera parti menghadapi pilihan raya setelah pengagihan tugas-tugas parti dilaksanakan dengan sistematik dan tidak bertindih.

PAS Kedah gugur Mahfuz dan Taib Azzamuddin


http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/03/mahfuz-omar08.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGeleuXytOVTEaihA-RZACWwdalVW1wfLg-6r3pPxIup1mf-GH5Ah4Ln27QJqw2bXoOQSOvMRE03EuNibhd5bFyOl52tCLXZ4TFjz-cVEGTuL45BZEuhtr3W_3juuvl4_bHyrgfFISetlA/s1600/taib-azamudin03.jpg
GUGUR...!!!


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan anggota Parlimen Baling Datuk Taib Azamuddin Md Taib masing-masing digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III PAS Kedah bagi penggal 2011/2013.

Keputusan menggugurkan dua nama besar parti itu diputuskan dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS negeri di Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut, dekat sini, malam tadi.

Menteri besar merangkap pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata tempat mereka masing-masing digantikan oleh exco kesihatan, Dr Ismail Salleh dan bekas ADUN Belantek, Md Isa Shafie.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I manakala jawatan setiausaha, bendahari, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya negeri turut berubah.

Jawatan-jawatan itu diisi oleh pegawai khas (penerangan) menteri besar, Musoddak Ahmad, exco pertanian Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan bekas setiausaha PAS Kedah, Senator Yusuf Husain.

Musoddak mengambil alih jawatan setiausaha PAS negeri daripada Senator Yusuf yang dilantik pengarah pilihan raya PAS Kedah manakala Ir Amiruddin dilantik bendahari menggantikan exco agama dan pelajaran Datuk Taulan Mat Rasul.

Azizan berkata jawatan ketua penerangan PAS Kedah yang sebelum ini disandang Ir Amiruddin diserahkan kepada setiausaha politik beliau, Mohamad Sanusi Md Nor manakala penolong setiausaha diisi wakil Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kedah, Aizat Zakaria.

"Perubahan ini dibuat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 supaya sesuai dengan perubahan peringkat PAS Pusat dalam muktamarnya awal bulan ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan Bank Islam Thailand di Seri Mentalon hari ini.

Beliau berkata Ahmad Yahya dikekalkan sebagai ketua Dewan Pemuda manakala exco kebajikan dan pembangunan Wanita, Siti Aishah Ghazali (ketua Dewan Muslimat) dan Sheikh Mohamad Abdullah (ketua Dewan Ulama).

Bagaimanapun Pemimpin yang digugurkan daripada senarai jawatankuasa kepimpinan baru parti secara automatik tersenarai sebagai anggota jawatankuasa (AJK) Dewan Harian PAS Kedah, kata Azizan.

- Bernama

Sunday, June 19, 2011

Depa Kata Saff Pimpinan Kedah yang baru nie nampak kurennng laa..!!

oleh depakata.co.cc

http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/05/Pas1.jpg
Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah yang bermesyuarat pada hari telah meluluskan pelantikan baru bagi jawatan Timbalan Pesuruhjaya, Jawatakuasa Harian, Ahli Badan Perhubungan dan Pengerusi Lajnah - lajnah.
Jawatan

Pesuruhjaya - Dato'Seri. Us. Haji Azizan bin Abd Razak
Timbalan Pesuruhjaya (I) - Dato'. Ir. Haji Phahrolrazi bin Zawawi
Timbalan Pesuruhjaya (II) - Dr. Ismail bin Salleh
Timbalan Pesuruhjaya (III) - Us. Md Isa bin Shafie ( Bekas Adun Belantik )

Bendahari - Dato'. Ir. Haji Amiruddin bin Haji Hamzah

Setiausaha - Us. Musoddak bin Haji Ahmad
Penolong Setiausaha (I) - Us. Aizat bin Zakaria ( DPPNK )
Penolong Setiausaha (II) - Haji Ab Mutalib@Sobri bin Haji Awang
Penolong Setiasuah (III) - Kapten (B) Zamri bin Ibrahim

Pengarah Pilihanraya - Haji Muhamad Yusof bin Husin
Ketua Dewan Ulamak - Haji Sheikh Mohamad bin Abdullah
Ketua Dewan Pemuda - Us. Ahmad bin Yahya
Ketua Dewan Muslimat - Ustzh. Hajjah Siti Aishah binti Haji Ghazali
Ketua Penerangan - Haji Mohamad Sanusi bin Md Nor ( Setpol )

Tu dia depa punya senarai saff pimpinan PAS KEDAH untuk sessi baru nie...dalam banyak dilantik tu nampak macam ada tak kena la dengan PAS KEDAH nie... depa dok tanya pie mananya.. Mahfuz, Taib Azzamudin, Taulan dan Dr Hamdan... nak kata depa nie ada masalah kerja tak baguih tapi bila di lihatnya ada kerja buat depa tu baguih2 belaka seperti Mahfuz yang dulu timb pesuruhanjaya yg di ganti dgn dr.ismail...apa hebatnya dr.ismail nie di mata azizan pun tak tau laa..depa dok kata Mahfuz nie melawan orangnya jadi untuk cari yg yes man maka di penaikanlah Dr Ismail...begitu jugak bekas Adun Belantik tuuu... mungkin sebab tu laa Azizan angkat depa nie...

begitu jugak dengan jawatan Penerangan..awatlaaa pie bagi kat SANUSI the DRAGON tuuu....tak ada sifat menteri penerangan langsung....depa dok kata SANUSI nie pandai bodek AZIZAN jadi bila dah kelabu mata maka mamat tu lah yang di angkatnya....nak jadi KETUA PENERANGAN macamana nak update isu-isu semasa kat blog dan fb pon lembab... dulu masa AZIZAN kena smash dengan UMNO KEDAH berapa kali dia pertahankan orang tua..dok sembunyi balik dapoq saja dia tau laa..

Taktau depa kata laa jika macam nie punya saff pimpinan yg baru nampaknya setakat hebat di Mata Azizan je lah dapat jerekah orang tak ada yg nak melawan lepas tu hang syok sendiri la Azizan oi.....