Showing posts with label Sekolah Agama. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Agama. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

Pencapaian STAM di Kedah meningkat

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 di Kedah, Terengganu dan Kelantan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Di ALOR SETAR Pengarah Pelajaran Kedah Mansor Lat berkata keputusan STAM 2012 menunjukkan peningkatan sebanyak 3.18 peratus berbanding 2011.

Beliau berkata daripada 846 calon sekolah yang menduduki peperiksaan itu, sebanyak 465 calon iaitu 54.96 peratus berjaya mendapat sijil STAM dengan pangkat sekurang-kurangnya maqbul (lulus).

Beliau berkata seramai 35 calon memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) berbanding 23 calon pada 2011 manakala 138 calon memperoleh keputusan Jayyid Jiddan (sangat baik) berbanding 41 calon pada tahun sebelumnya.

"Selain itu seramai 225 calon memperoleh Jayyid (baik) berbanding 200 pada 2011 dan 67 calon pula memperoleh Maqbul berbanding 168 calon pada sebelumnya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hampir semua mata pelajaran mencatatkan peningkatan kecuali mata pelajaran Tafsir dan Ulumuhu yang menunjukkan penurunan 3.7 peratus manakala Arudh dan Qafiyah menurun 4.36 peratus.

Wednesday, January 9, 2013

Projek pertanian untuk Sekolah Agama, Tamil dan Cina jana pendapatan





ALOR SETAR – Kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengagih-agihkan tanah pertanian berskala besar kepada sekolah-sekolah Cina, Tamil dan Sekolah Agama rakyat untuk dibangunkan.

Demikian kenyataan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak ketika merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Buku Kerja UPSR dan Bantuan Wang PIBG untuk enam buah sekolah Tamil, sebuah sekolah Cina dan tiga buah sekolah rendah kebangsaan sekitar zon utara.

Tambah beliau lagi, sebagai alternatif sumbangan berbentuk wang ringgit yang telah disumbangkan saban tahun, tanah ladang yang bakal diagihkan akan diberi kebenaran untuk penggunaannya selama 30 tahun dan secara usahasama dengan GLC berkaitan.

“Kita bukan bagi terus sebagai hak milik, tapi kita bagi untuk dibangunkan. Tanam kelapa sawit atau getah selama 30 tahun dan pulangan hasil akan diperolehi oleh sekolah-sekolah ini. Dalam masa dua hingga tiga tahun, InsyaAllah hasil sudah boleh diperolehi.

“Mungkin 500 ekar, 800 ekar dan mungkin juga 1000 ekar walau bagaimana pun kita kena pastikan ianya tidak mengganggu alam sekitar. Tapi sebelum dapat hasil tanaman kekal. Tanaman kontan seperti pisang, ubi, nanas dan lain-lain dapat diusahakan dan ianya juga boleh mendatangkan pulangan yang lumayan,“ terang Azizan.

Ujar beliau lagi, tindakan sedemikian menunjukkan satu jaminan dari kerajaan negeri dan betapa seriusnya usaha memastikan pendidikan di Kedah berjalan dengan baik tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama. Kerajaan negeri sangat mengambil berat berkenaan dunia pendidikan, walau pun pelbagai sumbangan telah disalurkan oleh Kementerian Pendidikan kepada sekolah-sekolah namun kerajaan negeri turut bersama-sama membantu sekadar termampu untuk anak bangsa agar tidak tercicir.

“ Untuk melihat masa depan sesebuah negeri atau negara, kita boleh melihat atau menilai anak-anak muda hari ini. Kalau anak-anak muda berpendidikan dan berilmu bermakna baik untuk masa depan negeri atau pun negera itu tapi kalau anak muda tidak bertangjungjawab serta tidak berilmu maka akan lahirlah generasi tidak bermoral dimasa akan datang.

“Tanggung jawab yang besar ialah untuk meninggalkan sesuatu yg terbaik untuk generasi kini. Sekiranya gagal, maka gagallah mereka dan ianya berpunca dari kita sendiri. Penbangunan yang pesat dan kemajuan ekonomi yang tinggi tidak menjamin kesejahteraan sesebuah negara kalau generasi tidak berilmu, berakhlak dan beragama,“ luahnya di hadapan kira-kira 500 hadirin.

Beliau turut berkongsi pengalaman beliau semasa menuntut ilmu dahulu, di mana pengajian beliau tidak ditaja atau dibantu oleh mana-mana agensi atau biasiswa samada negeri mahu pun persekutuan namun tekad dan azam beliau yang kuat untuk terus belajar sehinggalah beliau ditawarkan menjadi pensyarah di beberapa buah universiti, antaranya di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa , selain pernah menjadi tenaga pengajar di Maktab Mahmud pada tahun 1966.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Persatuan Kemajuan Masyarakat Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India kerana berjaya mengadakan majlis ini serta tahniah kerana dapat membantu meringankan beban ibubapa.

“Kepada para pelajar yang dapat buku latihan UPSR hari ini, guna elok-elok buku itu sebaiknya. Saya dulu belajar menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Buku bahasa Arab mahal, tak mampu beli, tiap-tiap tahun pinjam dekat senior, balut elok-elok dan guna sebaiknya,“ celahnya lagi.

Seramai 311 pelajar menerima sumbangan buku-buku latihan UPSR serta enam buah sekolah Tamil di zon utara yang menunjukkan prestasi cemerlang menerima bantuan wang tunai kepada PIBG sebanyak RM1000 setiap sekolah di majlis berkenaan.

Majlis yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon itu turut dihadiri oleh, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, YB Dato’S. Manikumar, Adun Kota Darul Aman, Lim Guan Aik, Penasihat Persatuan Masyarakat Malaysia, Dato’Segaran Krisnan, Pengerusi Persatuan Masyarakat Malaysia, Encik Kanusamy, guru-guru dan waris-waris pelajar sekolah-sekolah yang terlibat.

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SRJKT Thiruvaluvar, SRJKT Barathi, SRJKT Jabi, SRJKT Darul Aman, SRJKT Paya Kemunting, Jitra, SRJKT Changloon, SRK Titi Gajah, SRK Wawasan, Taman Aman dan SRJKC Soon Jian.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Besar dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam.

Sunday, January 6, 2013

Kerajaan PR Selangor buat gila lagi..BN dulu 50 tahun cuma 5 jaa tapi depa baru 5 tahun dan wujud 5 dah..!!!

Umno-BN 50 Tahun = Lima Sekolah Agama, 
PR Selangor Lima Tahun = Lima Sekolah Agama


SRA PR selangor 01

BANGI, 6 JAN : Hanya dalam tempoh empat tahun, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor berjaya membina lima buah sekolah rendah agama (SRA) di Bangi berbanding Kerajaan Umno-BN yang mengambil 50 tahun untuk membina jumlah sekolah yang sama.

Terbaru, sebuah SRA empat tingkat sedang dalam proses pembinaan di Kampung Sungai Tangkas, di sini dengan menggunakan peruntukan sejumlah RM 2.5 juta daripada Kerajaan Negeri.

Sekolah tersebut merupakan yang ke-lima dibina selepas Pakatan Rakyat mentadbir Selangor bermula pada Mac 2008.

Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar berkata, bangunan sekolah terbaru itu terletak di atas tanah dua ekar. Projek itu mendapat kelulusan Kerajaan Negeri pada September 2011 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember tahun ini.


Menurutnya, ia mampu menampung lebih ramai murid di kawasan Bangi untuk mendalami pendidikan Islam dengan lebih baik dan teratur.

“Kelulusan untuk membina SRA di Sungai Tangkas amat cepat. Selepas Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, ketua kampung diarah untuk mencari tapak.

“Sekolah ini terdiri daripada dua bangunan empat tingkat yang dilengkapi 30 buah kelas dan sebuah kantin.

“Ia mampu menampung keperluan penduduk di kawasan ini untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama. Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat amat prihatin terhadap perkembangan pendidikan islam.

“Di Dun Bangi sahaja ada sepuluh buah sekolah. Lima daripadanya dibina semasa pemerintahan Datuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” katanya semasa memberi ucapan sempena Program Mesra Rakyat dan Kenduri Kesyukuran di Kampung Sungai Tangkas, di sini tengah hari tadi.

Program itu turut disertai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MP Serdang, Teo Nie Ching, MP Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, pembinaan SRA di kawasan itu akan memudahkan penduduk setempat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Menurutnya, Kerajaan Negeri akan terus memantau projek pembinaan sekolah itu bagi memastikan ia siap dalam tempoh yang ditetapkan.

SRA PR selangor 02

Thursday, December 27, 2012

Sekolah Agama Rakyat tidak pernah diabaikan oleh kerajaan negeri


ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah tidak pernah menafikan hak Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berada di bawah Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) seperti yang dinyatakan oleh TV3 baru-baru ini. Malah, kerajaan negeri kini lebih prihatin dan mengambil berat berbanding pemerintah sebelum ini.

Pengerusi HESA, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, dakwaan TV3 bahawa kerajaan negeri Kedah mengabaikan sekolah-sekolah SAR adalah suatu pembohongan dan tidak benar.

“Kerajaan negeri kini adalah pemerintah yang berusaha bersungguh-sungguh membantu sekolah-sekolah agama dan sebelum dapat memerintah Kedah pun sudah berusaha ke arah itu.

“Selepas pentadbiran Kedah berubah, sekolah-sekolah SAR telah disatukan di bawah HESA. HESA ditubuhkan pada April 2008 dan terdapat 71 buah sekolah dibawahnya. Sekolah-sekolah ini sudah mendapat kira-kira RM4 juta selama empat tahun kerajaan negeri kini memerintah Kedah,” ujar beliau ketika ditemui.

Tambahnya, dakwaan bahawa Sekolah Agama Taufikiah atau Pondok Pakya tidak mendapat satu sen pun daripada kerajaan negeri adalah suatu penipuan kerana sekolah tersebut pada tahun ini sahaja menerima bantuan guru yang digaji oleh Majlis Agama Negeri Kedah berjumlah RM196,748.88.

Selain itu, tahun lepas, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan untuk memberi bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah. Namun, janji itu tidak ditepati kerana seramai 5,048 pelajar dari 28 sekolah di bawah HESA di Kedah dinafikan hak mereka oleh Kerajaan Pusat.

“Akhirnya, atas rasa tanggungjawab, kerajaan negeri menghulurkan sebanyak RM100 kepada semua pelajar yang dianaktirikan oleh kerajaan pusat ini dan jumlah keseluruhannya adalah RM504,800.

“Dengan bantuan dan sumbangan yang diberikan oleh kerajaan negeri terhadap HESA, maka ianya dapat memotivasikan guru-guru hesa untuk meningkat kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah SAR,” katanya.

Katanya lagi, selain itu, kini sudah banyak sekolah yang ingin mendaftar dengan HESA. Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana berusaha tingkatkan kualiti sekolah-sekolah SAR.

Menteri Besar sangat prihatin dan sering bertanya khabar berkenaan dengan HESA . Beliau seolah-olah menganggap sekolah-sekolah HESA seperti ‘anak emas’.

“Sebelum ini Maktab Mahmud mempunyai banyak masalah yang berkaitan dengan pentadbiran contohnya seperti status guru yang tidak tetap. Namun, kini kerajaan negeri telah memastikan kira-kira 100 guru ini menjadi tetap.

“Ini bukti keprihtinan kerajaan negeri terhadap sekolah-sekolah agama. Selain itu, kerajaan negeri kini sedang berusaha mewujudkan Maahad Tahfiz Sains dan ianya merupakan suatu sejarah di Kedah kerana ianya tidak pernah diwujudkan sebelum ini,” terangnya.

Ujarnya, sekolah-sekolah di bawah HESA adalah sebanyak 71 buah dan ianya dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu Sekolah Rendah Islam sebanyak 12 buah, Sekolah Menengah Islam (7 buah), Sekolah Integrasi (3 buah), Pondok Umumi (27 buah), Maahad Tahfiz (15 buah) dan Sekolah Pondok (6 buah).

Sekolah-sekolah HESA tidak mendapat bantuan daripada kerajaan pusat seperti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

“Perancangan kita selepas ini adalah pada tahun hadapan kita akan wujudkan bangunan sendiri di Guar Chempedak. Kita telah membeli tanah di Pondok Haji Majid dan pada Januari tahun hadapan akan diletakkan batu asas.

“Kita pilih di sana kerana ianya berada di tengah-tengah Kedah dan berhampiran dengan pusat pelancongan Gunung Jerai serta terdapat banyak pondok-pondok di sana.

Ianya juga memudahlkan kita untuk menguatkan lagi institusi pondok di sana,” katanya.

Tambahnya, perancangan pihaknya yang seterusnya adalah untuk mengadakan kursus pentadbir pondok kali kedua pada tahun hadapan. Akhir sekali, pihaknya akan berusaha untuk lebih menguatkan lagi tarbiah di sekolah-sekolah HESA.

Berkenaan dengan bantuan yang dijanjikan oleh kerajaan pusat terhadap institusi pondok pula, beliau menyifatkan ianya hanya sebagai janji sahaja.

“Jika ianya benar sekalipun, sememangnya ianya adalah tanggungjawab pemerintah dan bantuan tersebut diberikan hanya kepada sekolah tertentu yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan sahaja.

“Masih banyak sekolah yang masih belum mendapat haknya. Kenapa selepas 50 tahun merdeka baru nak tubuhkan Yayasan Pembangunan Pondok,” soalnya.

Sementara itu, peruntukan kerajaan negeri terhadap sekolah-sekolah HESA adalah pada tahun 2008 sebanyak RM600 ribu, 2009 (RM650 ribu), 2010 (RM700 ribu), 2011 (RM300 ribu) dan 2012 (RM984,800).

Betulkah SAR di KEDAH tidak di bantu oleh Kjaan Negeri


Friday, December 14, 2012

Sekolah Agama Rakyat terima komputer dari kerajaan negeri

ALOR SETAR – Di sebalik kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang semakin pesat, Sekolah Agama Rakyat (SAR) masih tidak mendapat perhatian daripada Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, kerajaaan negeri Kedah berusaha agar sekolah-sekolah ini tidak ketinggalan dalam bidang ICT apabila menyumbangkan komputer kepada 10 sekolah SAR terpilih. Setiap sekolah menerima lima buah.

Exco Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains & Inovasi, Teknologi Maklumat & Komunikasi, YB Dr. Ismail Salleh berkata, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan pada satu dekad yang lepas sebanyak RM1 bilion kepada sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan pada masa yang terdekat ini mereka akan membelanjakan lagi sebanyak RM6 bilion.

Beliau berkata demikian semasa bercakap di sidang media selepas Majlis Ihtifal di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Tandop.

“Semua sekolah kerajaan mendapat peruntukan komputer, namun sekolah-sekolah SAR tidak mendapat peruntukan ini, maka kerajaan negeri di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri merasakan bertanggungjawab atas perkara ini. Oleh itu, kita memperuntukan sebanyak lima komputer untuk diberikan kepada 10 sekolah SAR yang terpilih.

“Kita dah bagi komputer maka pihak sekolah perlu sediakan guru dan makmal, selepas itu, kita akan pantau perkembangannya. Jika prestasi sekolah tersebut memberangsangkan maka pihak sekolah boleh membuat permohonan untuk menambah komputer,” terangnya.
Tambahnya, pihaknya sudah memulakan program ini beberapa bulan lepas dan ianya telah diberikan kepada dua sekolah. Pemberian pada hari ini merupakan simbolik penyerahan sumbangan komputer tersebut.

Sementara itu, dalam majlis tersebut YB Dr. Ismail turut meluangkan masa untuk melihat persembahan nasyid daripada pelajar SRIDU. Beliau juga dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang sekolah tersebut.

Monday, November 12, 2012

YAYASAN PEMBANGUNAN PONDOK 1 MALAYSIA DITOLAK OLEH TUAN-TUAN GURU PONDOK KEDAH


Perjumpaan Bersama Majlis Guru - Guru Pondok HESA.
1 November 2012
Madrasah Manabi' Al Ulum Al Diniah

24 daripada 28 Pondok Kedah Hadir mesyuarat 

Diantara agenda perbincangan adalah mengenai penubuhan Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M). Ini bertujuan bagi mengambil satu . Setelah Pondok Ar Rahmaniah Pondok Tuan Guru Hj Salleh Sik secara rasmi menolak Yayasan Pembagunan Pondok 1 Malaysia maka seluruh pondok Kedah menentang Yayasan ini pendirian terhadap penubuhan yayasan tersebut. Setelah mendengar perbahasan dan hujah daripada tuan - tuan guru, 
Majlis Guru - Guru Pondok HESA
mengambil pendirian :


1 - Tidak akan berdaftar secara rasmi ataupun tidak rasmi dibawah YPP1M tersebut
2- Tidak akan menghadiri sebarang program yang dianjurkan oleh YPP1M
3 - Akan membuka satu akaun bank di bawah Majlis Guru - guru Pondok HESA jika YPP1M ingin memberi sebarang sumbangan. Akan tetapi ianya akan diperhalusi
terlebih dahulu supaya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan
.







Thursday, October 11, 2012

Jumpa Soros boleh, jumpa pelajar SAR tak mahu

Abdul Aziz Mustafa, 11 Okt 2012
KUALA LUMPUR: PAS mempersoal sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta pemimpin BN lain yang enggan bertemu dengan aktivis dan pelajar sekolah agama rakyat (SAR) yang datang ke parlimen hari ini.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, berkata amat malang apabila seorang Perdana Menteri lebih sanggup bertemu George Soros berbanding para pelajar sekolah agama yang juga rakyat sendiri.

"Kalau Najib dilaporkan sanggup memperuntukkan masanya untuk bertemu Soros di New York, mengapa tidak boleh jumpa aktivis dan pelajar tersebut?

"Aktivis dan pelajar itu sudah datang ke hadapan Parlimen dan tidak perlu ke tempat-tempat mereka untuk berjumpa, mengapa tidak ada seorang pun pemimpin Umno BN yang turun bertemu mereka?" Salahuddin mempersoalkan.

Pagi tadi dianggarkan hampir 1,000 aktivis dan pelajar SAR berhimpun di hadapan bangunan Parlimen untuk menuntut peruntukan kepada sekolah mereka dalam Belanjawan 2013.

Mereka turut menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Salahuddin.

Salahuddin menyifatkan apa yang berlaku itu menceritakan dengan jelas tentang perbezaan layanan kerajaan Umno BN kepada rakyat berbanding dengan layanan kepada Soros.

Malaysiakini hari ini melaporkan, Najib telah mengadakan pertemuan peribadi dengan Soros kira-kira dua tahun lalu.

Menurut portal berita itu, pertemuan Najib-Soros itu telah disahkan dengan satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan Perdana Menteri dengan Soros yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010 lalu, lapor Malaysiakini.

Wednesday, October 10, 2012

Bajet BN anak tirikan 800,000 pelajar SEKOLAH AGAMA RAKYAT

'Mana dana untuk 800,000 pelajar sekolah agama?'

Aktivis dan pelajar sekolah agama rakyat (SAR) hari ini berhimpun di depan bangunan Parlimen di ibu negara untuk menuntut dana yang diperuntukkan untuk sekolah itu dalam Belanjawan 2013.

Jurucakapnya Zainal Abidin Kidam berkata, kira-kira 800,000 penuntutnya masih belajar bawah kemudahan di bawah paras sederhana walaupun ibu bapa mengeluarkan wang sehingga RM600.

"Ini melibatkan lebih sejuta ibu bapa, yang memilih menghanar anak mereka ke seolah agama. Islam adalah agama rasmi persekutuan dan pendidikan bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan.

"Setiap individu berhak mendapatkan pendidikan Islam," katanya.



SAR: 1,000 guru, pelajar ke parlimen tuntut peruntukan

Hazayani Zakaria, 11 Okt 2012

KUALA LUMPUR: Beberapa wakil pendidik dan NGO berkaitan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Malaysia ke Parlimen hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung pengabaian peruntukan kepada sekolah agama dalam pembentangan belanjawan 2013.

Memorandum tersebut menuntut Perdana Menteri dan Ahli Mesyuarat Jemaah Menteri memperuntukkan wang yang sewajarnya bagi pembangunan dan pengurusan untuk semua kategori sekolah agama.

Selain itu, tuntutan juga dibuat agar kerajaan menambah geran bantuan per kapita yang sedia ada, bantuan modal, buku teks, bantuan guru akademik dan bantuan-bantuan lain bagi melicinkan pentadbiran SAR.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, ketiadaan peruntukan untuk SAR membuktikan kefahaman Kerajaan BN terhadap pendidikan Islam masih terbatas dengan menganggap ia sebagai mata pelajaran sahaja, bukan sebagai institusi penting dan menyeluruh.

"Kerajaan BN sudah tidak layak untuk memerintah negara kerana selama 50 tahun tidak peduli terhadap Sekolah Agama Rakyat. Mereka tidak bersedia dan tidak mampu membangunkan pendidikan Islam.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh dan ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS untuk dipanjangkan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Exco Pendidikan Negeri Selangor, Dr. Halimah Ali menyatakan kekesalan terhadap pengabaian terhadap SAR sedangkan ia di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

"Di Selangor, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6 juta peruntukan tahunan untuk Sekolah Agama Rakyat kerana kita faham keperluan SAR kepada rakyat," katanya.

Turut bersama, Exco-exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Abdul Rani Osman dan Ronnie Liu, Pengerusi Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman, Pengerusi Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (Mappis), Dr. Zainal Abidin Kidam dan beberapa wakil NGO lain.

Lebih 1,000 berkumpul hadapan Parlimen

Sementara itu, kira-kira 1,000 pelajar termasuk guru-guru SAR dari seluruh Malaysia berkumpul di hadapan bangunan parlimen seawal jam lapan pagi sebagai tanda solidariti mereka.

Mereka membawa kain rentang, sepanduk dan poster menuntut kerajaan memberi perhatian terhadap SAR.

Beberapa ahli Parlimen turut bersama iaitu Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Muhammad Husin (Pasir Putih) dan beberapa ahli parlimen lain.

Wednesday, August 1, 2012

Kjaan Kedah bagi duit raya kepada murid-murid SAR...!!!

Hak mereka dinafi Pusat tapi kerajaan negeri tetap bantu

ALOR SETAR – Sebanyak RM504,800 telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri melalui Tabung Tunku Mahmud kepada 5,048 pelajar dari sekolah-sekolah agama rakyat yang dinafikan hak oleh kerajaan Pusat. Sumbangan RM100 seorang itu melibatkan 28 buah sekolah agama rakyat yang bernaung di bawah Hal Ehwal Sekolah Agama Rakyat (HESA), Kedah.

“Empat tahun lalu kita melancarkan Tabung Tunku Mahmud dan melibatkan pemotongan elaun-elaun dari wakil-wakil rakyat, Exco-exco dan saya sendiri sebagai Menteri Besar.

“Pada hari ini, hasil tabungan ini, kita boleh salurkan kepada sekolah-sekolah agama rakyat yang dinafikan hak oleh kerajaan Pusat untuk menerima bantuan RM100 setiap pelajar sepertimana yang telah diterima oleh pelajar-pelajar sekolah lain,” ucap Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja, Ustaz Azizan Abdul Razak sempena Majlis Penyampaian Sumbangan RM100 kepada pelajar-pelajar sekolah agama rakyat di sini.


Menurutnya lagi, kerajaan negeri akan terus membantu mengikut keupayaan, menggunakan saluran yang betul serta tanpa melibatkan penyalahgunaan kuasa. Sempena di bulan yang baik ini, kerajaan negeri mengambil kesempatan melakukan sedikit kebajikan lebih-lebih lagi kepada golongan yang berkecimpung dalam dunia pendidikan.

“Saya sendiri juga asalnya mula belajar dari sekolah-sekolah agama seperti ini dan dari situlah saya tahu bab agama. Saya bukan dari sekolah Inggeris dan bukanlah jahil dalam agama seperti mana tohmahan sesetengah pihak.

“Saya sangat menitik beratkan pendidikan dan kita kena ingat mercu kejayaan Kedah adalah pendidikan. Oleh itu kita berusaha sedaya upaya samada melalui Tabung Tunku Mahmud atau dari GLC untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat,” tambah beliau lagi.

Katanya, kerajaan negeri bercadang untuk masa akan datang akan mencontohi Kelantan dan terus memperkasakan sekolah-sekolah agama rakyat. Setakat ini kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan hampir mencecah RM3.1 juta bermula Oktober 2008 hingga Julai 2012 melalui HESA untuk membantu urusan pentadbiran di sekolah-sekolah berkenaan.

“Saya cukup terhutang budi dengan mudir-mudir sekolah-sekolah agama rakyat ini kerana dengan pengorbanan mereka Islam di Kedah dapat dipertahankan serta menghasilkan golongan berpendidikan Islam yang komited dengan agama dan negara dan sudah tentulah matlamat kerajaan negeri menuju ke arah keredhaan serta ketaqwaan terhadap Allah menjadi mudah,”sambungnya lagi.

Dalam ucapannya juga, beliau menyentuh berkenaan perkembangan KUIN yang menjadi lambang kemercuan pendidikan di Kedah sehingga menimbulkan rasa irihati pada sesetengah golongan. Kerajaan negeri telah berusaha kembangkan KUIN dari empat program ke lebih dari 40 program untuk memberi ruang yang lebih luas kepada anak-anak Kedah khususnya untuk menyambung pelajaran di situ.

“Pada zaman pemerintahan kerajaan dahulu, KUIN hampir-hampir dijual kepada individu tertentu dan walau pun KUIN mendapat pengikhtirafan sebagai Kolej Universiti tetapi ketika itu KUIN masih ditahap yang sangat terhad samada dalam bentuk program dan kemasukan pelajar,walhalnya KUIN mendapat peruntukan yang tinggi.

“Bila kita memerintah, kita rombak semula dan buat pembaharuan dan nanti anak-anak kita yang belajar di sekolah-sekolah agama rakyat ini dapat melanjutkan pelajaran mereka ke sana mengikut bidang-bidang yang sesuai dengan mereka,”jelasnya lagi.

Kata beliau, bukanlah satu kerja yang mudah apabila sesuatu pembaharuan yang hendak dilaksanakan. Laluan tidak boleh berjalan terlalu pantas, banyak kemucut dijalanan yang akan mengganggu perjalanan.Kalau setakat satu kemucut sahaja boleh menimbulkan tidak keselesaan, apatah lagi kalau dihinggapi dengan puluhan kemucut, tentukan sedikit sebanyak  mengganggu kelicinan perjalanan sesuatu perancangan.

“Saya ini kadang-kadang pening juga dengan kerenah manja orang kita ini. Titi patah, longkang tersumbat, kerusi rosak, pintu reban, semua Menteri Besar kena tahu. Teruklah saya macam tu. Sedangkan dalam urusan-urusan apa pun kita memerlukan pengembelingan tenaga dan kerjasama,” celah beliau.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang akan menerima RM100 seorang  dan akan berusaha dalam masa terdekat untuk menyalurkan bantuan kepada pihak sekolah untuk membantu kakitangan mereka terutama menjelang hari raya ini.

Majlis berkenaan diadakan di Dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Telok Bagan dan turut dihadiri oleh YB Dato’Mohamed Taulan Mat Rasul dan YB Dato’Dr Isa Ismail.

Monday, July 30, 2012

Kerajaan Negeri Kedah bagi duit raya kepada pelajar Sek Agama Rakyat

RM500 ribu disumbang untuk pelajar sekolah HESA
Ditulis oleh Azimah Rafie dan Maslina Harun


ALOR SETAR, 30 Julai 2012 – Seramai 5,084 orang pelajar sekolah di bawah Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA) mendapat bantuan RM100 seorang.

Bantuan ini berikutan dengan ketidakadilan kerajaan Pusat dalam membahagikan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah agama di Kedah menyebabkan sesetengah pihak merasakan diri mereka terpinggir.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Dato’ Haji Mohamed Taulan Mat Rasul dalam ucapannya berkata, berlaku diskriminasi dalam pembahagian bantuan RM100 kepada pelajar sekolah menyebabkan pelajar dibawah HESA ini tidak mendapat sumbangan dari kerajaan Pusat sedangkan mereka juga adalah pelajar sekolah yang memerlukan bantuan.

“Kerana kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat, maka sumbangan ini diberikan khusus kepada pelajar-pelajar HESA yang terdiri daripada pelajar sekolah agama, madrasah dan sekolah tahfiz melalui peruntukan Tabung Tunku Mahmud,” ujarnya.

Tambah beliau, walaupun bantuan ini lewat disampaikan namun ia dapat meringankan beban pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.

Sumbangan ini disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, kepada wakil pelajar dan guru-guru sekolah agama di Dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Tandop.

Saturday, June 30, 2012

Isu Roboh SAR di PERAK - Aduhai kenapa versi Utusan UMNO lain Versi Penduduk Taman Lain..???

oleh: Al-Husseyn @ Meruntuhkan Bangunan SAR – Fitnah Umno Semata- Mata

 
 
Ipoh, 30 Jun : Dalam satu sessi penerangan di sini, Ust Radzi Zainon telah memberikan penjelasan mengenai rentetan isu sekolah agama rakyat Taman Desa Aman. Menurutnya, beliau berasa kesal kerana telah dihalau oleh Hamidah Osman sewaktu beliau dan Ahli Parlimen, Dr Lee Boon Chye datang ke majlis Ramah Mesra dan Dialog Bersama Rakyat dan dituduh sebagai penceroboh sedangkan tujuan mereka ke majlis tersebut adalah untuk mencari titik tolak ke arah penyelesaian.
 
Beliau berharap, semua perkara dapat diselesaikan dan tidaklah timbul pandangan negatif antara satu sama lain setelah hari itu.Tetapi, 16 Jun itu, kami dihalang untuk mengambil bahagian, memberikan pandangan kepada pihak Yang Berhormat ( Adun Sungai Rapat).

Ust Radzi menjelaskan, “Secara prinsipnya, PAS mahupun PKR tidak pernah menentang atau menghalang mana-mana sekolah rakyat.Tidak pernah wujud dalam sejarah dimana PAS menentang, menghalang , lebih-lebih lagi mahu merobohkan.


Seruan ‘fi sabilillah’ mereka mengatakan kami nak robohkan, sebab itu pada 1 Julai ini mereka nak berkumpul . Bagi saya, ini adalah fitnah paling jahat . Surat fitnah diedar berleluasa di sekitar Parlimen Gopeng mengatakan saya, bersama Major (B) Yaakub dan Encik Megat Ikmal merupakan dalang-dalang dan penghasut kepada pembinaan sekolah agama rakyat ini” katanya dengan kesal.

Menurutnya lagi, kehadirannya dan Encik Megat Ikmal adalah untuk melahirkan rasa simpati kepada penduduk-penduduk yang terlibat yang majoritinya adalah berbangsa Cina; terutama yang menghadap bahagian – padang tersebut.

“Mereka telah menghantar satu memorandum kepada Datuk Hamidah Osman pada 4 Mei, 2012.Memorandum yang sama dihantar kepada Datuk Rashidi, Datuk Bandaraya Ipoh pada tarikh yang sama.

Mereka meminta diadakan dialog dan sessi taklimat dan mereka ingin bertanya berkenaan pembinaan suatu binaan diatas padang permainan Taman Desa Aman, tetapi tidak dihiraukan oleh Datuk Hamidah.” Terang Radzi.

Menurut Radzi, itulah perkara pertama yang mereka mahu tahu sebab mereka sendiri keliru dan tidak pasti kerana bangunan yang didirikan tidak ada ‘signboard’ memaklumkan mengenai projek tersebut dari segi nama projek, nama kontraktor , kelulusan dan sebagainya sebagaimana lazimnya.

Tiada tembok penghadang keselamatan kawasan Pembinaan secara
terbuka dan keadaan ini pasti membahayakan orang ramai.

Radzi memberi tahu, bahawa salah seorang penduduk yang prihatin, adalah bekas kakitangan MBI dan dia tahu prosedur-prosedur yang berkaitan.
 
“Jadi setelah 20 hari mereka bersabar setelah menghantar memo kepada DUN Sungai Rapat, yang merupakan Exco Kanan Negeri Perak,tapi malangnya, beliau tidak memberikan respon dan tidak ada maklum balas , barulah mereka memaklumkan kepada YB Dr Lee Boon Chye kerana mereka yang terlibat ini berbangsa Cina dan kurang faseh berbahasa Melayu dan merasakan lebih selesa berurusan dengan Ahli Parlimen Kawasan tersebut.

Setelah dipersetujui, maka satu pertemuan diaturkan untuk bersama mereka pada 24 Mei 2012.”

Jadi apa yang kita nampak bahawa kesilapan yang berlaku adalah kerana sikap Datuk Hamidah tidak mahu melayan dan tidak mahu bertanggung jawab keatas pembinaan tersebut.Ini merupakan punca kenapa mereka memanggil Dr Lee Boon Chye dan Ust Radzi Zainon berjumpa dengan mereka.

Jika Datuk Hamidah berjumpa mereka, selesaikan masalah, berbincang hati ke hati, berunding dengan mereka, perkara ini tidak akan sampai ke peringkat sebagaimana sekarang.

Radzi berkata, rentetan yang kedua ialah pada 29 Mei, 2012 dimana mereka mengajak kami bersama mengadakan untuk sidang akhbar di padang berkenaan kerana penghantaran memo pada 4 Mei yang lepas itu masih tidak memberi kesan apa-apa pun.

“Sewaktu mengadakan sidang akhbar tersebut mereka menaikan sepanduk dan sebagainya. Tetapi pada sepanduk-sepanduk tersebut hanya merupan tulisan ’Bangunan Tanpa Kelulusan’ dan ’Rampas Tanah Rakyat’.

Gambar yang kononnya mereka mengadakan demo waima mereka sekadar
mengadakan sidang akhbar bersama Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon

Tidak ada perkatan yang mengatakan membantah atau menghalang pembinaan sekolah rakyat kerana ketika itu mereka sendiri pun tidak tahu bahawa bangunan tersebut adalah sekolah agama rakyat atau pihak Umno mahu dirikan bangunan bilik gerakan Umno,” jelas Radzi.
 
(Umno/BN tuduh mereka mendakan demo menentang pembinaan sekolah agama rakyat walhal keadaan sebenarnya adalah satu sidang akhbar membantah projek membina satu bangunan tanpa kelulusan diatas tanah lapang yang di gazet sebagai padang permainan.)

Dihalau keluar dari dewan – anak-anak jadi mangsa Umno yang
kononnya prihatin terhadap SAR

Radzi berkata, “Anak-anak kita dikeluarkan dari dewan dibelakang surau Desa Aman tersebut dan terpaksa belajar di bawah khemah berpanas dan berhujan selama dua minggu itu adalah semata-mata bertujuan untuk memberikan laluan kepada Umno menggunakan dewan tersebut sebagai bilik Gerakan mereka dalam menghadapi Pilihanraya yang digembargemburkan ketika itu.
 
“Ini terbukti dengan pengakuan dalam blog Sungai Rapat Online mengenainya – Umno mahu menggunakan dewan tersebut sebagai bilik gerakan bagi persiapan pilihanraya (Sila klik di sini).

Lawatan kami secara mengejut ke khemah tempat anak-anak kita belajar itu menyebabkan pada hari yang sama di sebelah petang itu juga, Hamidah telah mengarahkan mereka supaya kembali semula ke dalam dewan seperti biasa,” terang Radzi.

Thursday, May 24, 2012

Kerajaan Kedah memartabatkan institusi pondok

 
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
ALOR SETAR: Usaha agar Kedah kembali dikenali sebagai negeri yang mempunyai banyak pondok perlu dilaksanakan sebagai gerakan bersepadu dan terancang, demikian seru Exco Kanan Kerajaan Negeri, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah.
Ujar beliau, tindakan itu sekaligus akan menjadikan Kedah tumpuan untuk mencari ilmu sebagaimana juga di Kelantan dan Patani, Thailand.
Malah katanya, pendekatan di pondok juga perlu diolah agar mampu melahirkan para daie yang dapat memberi peranan dakwah mereka ke tengah masyarakat.
“Usaha memahamkan Islam perlu dipergiat dan diperluaskan melalui peranan digerakkan dari institusi pondok,” ujarnya berucap pada Kursus Pengurusan Dan Kepimpinan Institusi Pondok di Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah, Kampung Sungai Mati, di sini baru-baru ini
Sementara itu, pada slot Bicara Tokoh yang disampaikan Mudir Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah, Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam, beliau menegaskan peranan institusi pondok sebagai pusat perkembangan dakwah serta benteng aqidah umat Islam.
Ujarnya, pondok telah wujud sejak zaman Nabi Muhammad sepertimana para penuntut (ahli suffah) datang ke Madinah.
“Mereka ini duduk di situ dan berguru dengan Nabi s.a.w sendiri untuk beberapa tempoh waktu dan mengambil istifadah secara langsung yakni bertalaqi ilmu daripada Nabi s.a.w. Tradisi ini dikekalkan para ulama secara turun temurun yakni dari zaman Nabi s.a.w kepada zaman sahabat, tabiin, thabit tabiin hinggalah ke hari ini,” terangnya.
Jelasnya, sistem di pondok berbeza dengan sistem pendidikan biasa termasuk di universiti kerana di pondok menitikberatkan soal pengambilan ilmu dari guru yang layak serta menjadi qudwah kepada penuntutnya.
Ilmu juga katanya berbeza dengan pengetahuan yang dapat diambil di mana sahaja kerana ilmu tidak hanya mengajar otak dan minda tetapi turut memberi contoh akhlak baik, mendidik dan membentuk keperibadian.
Malah katanya,  Tuan Guru turut bermukim di dalam kawasan pondok di mana dia sentiasa dilihat ada, baik memimpin pengajian atau upacara ibadah atau juga sekadar turut serta.
Perkara itu ujar beliau, berbeza dengan universiti di mana seringkali pelajar tidak tahu mengenai keberadaan Naib Canselor atau pensyarahnya ketika pengajian berlangsung apatahlagi untuk memimpin atau turut serta dalam aktiviti di universiti.
Beliau turut melontarkan nasihat kepada masyarakat agar imej pondok dijaga, tidak dipandang rendah serta dijadikan tempat longgokan sampah atau telaga buruk dengan menghantar anak-anak bermasalah untuk dipulihkan.
“Suasana di pondok sangat barakah, bahkan dapat mengubah mereka yang jahat menjadi baik. Usahakan juga dihantar ke pondok anak-anak yang cerdas minda dan baik pekerti ke pondok, walaupun institusi pondok berupaya mengubah dan memproses manusia biar dari sebarangan latarbelakangnya,” tuturnya.
Menurutnya, jika dilihat sejarah penubuhan pondok-pondok di Kedah, didapati ianya diwujudkan di kawasan yang terdapat masalah dalam masyarakatnya.
Jelasnya, peranan Tuan Guru Pondok telah merubah tempat bermasalah sedemikian menjadi pusat ilmu.
Pun begitu tegasnya, pondok bukan tempat pelarian, sebaliknya keperluan kepada masyarakat untuk hidup beragama.
Demikian itu katanya, imej terhadap institusi pondok mesti dibetulkan dari pandangan sebagai tempat manusia bermasalah, orang malas, tempat kotor dan tidak tersusun serta pelbagai tanggapan negatif.
“Hakikatnya, di institusi pondoklah terletaknya warisan kenabian, ilmu pengetahuan untuk penyucian jiwa dalam menggapai mardhatillah. Di sinilah tempat para ulama’ menyebarkan ketamadunan dan ilmu agama yang sangat bernilai martabatnya,” ujar beliau.
Menghadapi masa depan yang kian mencabar, beliau melontarkan saranan agar institusi pondok tetap dikekal dan dipertahankan dengan sedikit penambahbaikan.
Cadang beliau, untuk menambahbaik dan menaiktaraf institusi pondok agar ia berupaya menghadapi cabaran semasa, konsep atau metodologi “Menghimpunkan cara lama yang penuh berkat dengan cara moden yang ada faedahnya,” perlu diperkenal dan dilaksanakan.
Pada majlis itu juga Sheikh Ahmad Fahmi turut sudi menyempurnakan melancarkan portal rasmi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama (Hesa) selaku Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menaungi 24 pondok di seluruh Kedah.

Thursday, August 18, 2011

Dilema sekolah pondok

Pengajian sekolah pondok bukan sahaja mampu melahirkan insan yang cemerlang akademik dan sahsiah diri, tetapi juga menjadi antara ‘kilang’ melahirkan tahfiz dan ulama generasi pelapis. Bukan mudah untuk melahirkan satu generasi umat Islam yang mampu melaksanakan tanggung jawab sebagai khalifah di muka bumi ini, melainkan dengan pendidikan lengkap dunia akhirat, serta mendidik akal dan hati selaras dengan Islam.



Ini menyebabkan ada pihak tampil mahu memartabatkan sistem pengajian pondok agar dapat diseragamkan demi masa depan sekolah itu, yang hanya bersandarkan pada kepimpinan tok guru, selain beroperasi hasil daripada sumbangan dan dana orang ramai.



Sudah tiba masanya sistem pengajian pondok diberi nafas baru supaya pendidikan ini turut meniti di bibir pelajar-pelajar antarabangsa untuk menimba ilmu di negara ini.



Pelbagai penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya mahu merealisasikan hasrat itu, namun adakah perubahan yang dituntut itu sejajar dengan perjuangan sekolah-sekolah pondok yang sekian lama selesa dengan cara mereka sendiri.



Keseragaman pengajian pondok dibincang



Kerajaan Negeri sentiasa proaktif memperkenalkan pelbagai pembaharuan dalam usaha untuk meningkatkan taraf pendidikan pengajian Islam di Kedah.



Antaranya ialah dengan menubuhkan Majlis Guru-Guru Pondok Negeri Kedah Jun lalu untuk mengatasi kelemahan pengajian di sesebuah pondok yang diterajui seorang Tok Guru.



Pengerusi Hal Ehwal Sekolah-Sekolah Agama (Hesa), Ahmad Yahya berkata, dalam mesyuarat pertama Majlis Guru-Guru Pondok Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Mohd Rejab Md Akhir, Majlis mencadangkan supaya sistem pengajian pondok di negeri ini diseragamkan supaya dapat membuat penambahbaikan dalam sistem pengajian pondok sedia ada.



“Sebelum ini perjumpaan antara tuan guru pondok diadakan untuk membincangkan masalah yang timbul, tetapi kali ini mereka sebulat suara bersetuju menubuhkan Majlis Guru-Guru Pondok Negeri Kedah demi masa depan pusat pengajian ini,” katanya.



Menurutnya, penubuhan Majlis ini banyak manfaatnya, antaranya dapat menyatupadukan semua institusi pondok yang terdapat di Kedah bawah satu bumbung.



“Sebelum ini ada pondok yang memohon untuk bersama Hesa dan memang ada keperluan untuk wujudkan Majlis ini sebab mudah Kerajaan Negeri memantau perkembangan dan sumbangan untuk diagihkan,” katanya.



Ahmad berkata, perguruan pondok kelak lebih sistematik selain dapat menjaga kebajikan semua institusi pondok yang bernaung di bawah Hesa.



“Majlis ini juga akan menjadi medan bertukar tukar pandangan dan berkongsi idea dalam membangun dan mempertahankan institusi pondok. Malah boleh dijadikan tempat rujukan dan perbincangan ilmiah berhubung permasalahan semasa,” katanya.



Menurutnya, Hesa juga mahu tampil sebagai tali penghubung antara institusi pondok dengan Kerajaan Negeri supaya institusi pondok dapat dinaik taraf.



“Agenda pertama Majlis ini adalah untuk memastikan sama ada sesuai atau tidak sistem pengajian pondok diseragamkan atau mereka belum bersedia berdepan dengan perubahan ini. Ianya masih dibincangkan di peringkat awal dan setakat ini belum mendapat keputusan muktamad,” katanya.



Ahmad juga menyeru mana-mana pondok yang berminat bernaung bawah Hesa boleh mengemukakan permohonan bawah Majlis Guru-Guru Pondok Negeri Kedah.



“Kita bersedia bincang untuk bangunkan sekolah-sekolah ini selain membantu menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka,” katanya.



Ahmad berkata, Hesa ditubuhkan pada April 2008 dan kini memiliki 60 institusi pelbagai peringkat di bawahnya. Dua lagi majlis yang bernaung bawah Hesa, ialah Majlis Pengetua dan Majlis Guru Besar.



Perlu persetujuan pemilik sekolah pondok



Cadangan menyeragamkan sistem pengajian pondok adalah satu usaha yang baik untuk memartabatkan imej sekolah-sekolah pondok di negeri ini, namun keputusan muktamad bergantung kepada Dewan Ulama Lajnah Tarbiah Pas.



Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri , Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, mana-mana sekolah pondok yang berdaftar bawah Hal Ehwal Sekolah-Sekolah Agama (Hesa) kini mudah dipantau termasuk pengagihan bantuan kepada sekolah yang daif.



“Kita serah pada jawatankuasa sebab pengajian pondok ini bawah parti dan saya pasti mereka akan mengkaji sedalam-dalamnya sebelum selaraskan sistem pengajian ini, yang dipercayai lebih banyak manfaatnya berbanding kelemahan,” katanya.



Menurutnya, sekiranya sekolah-sekolah pondok bergabung bawah satu pengurusan, ianya dapat menjaga kebajikan pelajar termasuk menaik taraf struktur sekolah agar lebih sempurna.



“Inilah masanya kita tonjolkan kelebihan sesebuah pondok dan baiki kekurangannya. Bagaimana pun ianya bukan paksaan kerana pondok dimiliki tok guru masing-masing, kecuali jika mendapat persetujuan semua pihak, baru boleh laksanakan,” katanya.



Mohamed Taulan berkata, usaha ini juga baik untuk memperelok sistem pengajian sedia ada terutama untuk dijadikan tarikan pelajar dari luar negara.



http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9437669.asp

Thursday, July 21, 2011

Kedah Bentuk Majlis Tuan Guru Pondok

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Institusi pondok merupakan benteng terakhir dalam menjaga dan menyelamatkan akidah masyarakat pada masa kini.

Selain itu, ia merupakan pejuang utama kepada ilmu-ilmu turath yang sangat berharga dan sekiranya tidak dipelihara akan hilang ditelan zaman.

Jika diamati pembangunan dan persekitaran pula, ia seumpama ‘Madinah Kecil’ di mana rumah tuan guru hampir dengan madrasah utama selain dikelilingi pondok anak-anak muridnya.

Segala keistimewaan dan keunikan itulah menambahkan lagi keberkatan ilmu dan kehebatan institusi pondok di mata masyarakat.

Atas semangat itulah, Hal Ehwal Sekolah Agama (Hesa) telah menganjurkan Majlis Pertemuan Para Tuan Guru Pondok di Seri Mentaloon, di sini baru-baru ini.

Hasil pertemuan yang dihadiri 19 tuan-tuan guru pondok itu, sebuah jawatankuasa khas dinamakan Majlis Tuan Guru Pondok Kedah telah dibentuk dan bernaung di bawah Hesa.

Mudir Madrasah Manabi’ Al Ulum Al Diniah, Ustaz Mohd Rejab Md Akhir telah dipilih selaku pengerusi yang pertama kepada jawatankuasa majlis tersebut.

Monday, July 4, 2011

Pembangunan maahad penting

ALOR SETAR - Laporan Sinar Harian semalam menyingkap jatuh bangun dan mengapa pusat pengajian pondok atau maahad masih menjadi tumpuan masyarakat Islam, namun dalam siri dua ini, Sinar Harian akan berkongsi apakah harapan waris serta penuntut di pusat pengajian berkenaan.

Rata-rata waris atau penuntut yang ditemui, mengharapkan agar maahad mahupun pondok ini kekal sebagai medium menuntut ilmu terutama berkaitan dengan pengajian Islam dan bacaan al-Quran.

Ibu kepada seorang penuntut Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zdalifah, Siti Rozila Katiman berkata, pusat pengajian maahad sememangnya mampu melahirkan golongan tahfiz yang terbaik dan berkualiti.

Dia berkata, yuran yang dibayar sebanyak RM200 sebulan sememangnya berbaloi apabila anaknya dapat mempelajari pelbagai ilmu terutama dari aspek hafazan.

Menurutnya, walaupun sistem pengajian yang dijalankan berkesan, namun kemudahan prasarana dan fasiliti perlulah diseimbangkan serta diberi penekanan.

“Pelbagai pihak perlu beri perhatian terhadap aspek pembangunan di maahad kerana ia juga penting untuk pembelajaran penuntut.

“Selain kemudahan fasiliti, aspek keselamatan penuntut juga perlu diberi penekanan agar mereka sentiasa berada dalam keadaan yang selamat,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi penuntut, Ameerul Muqri Mohd Azman, 17, berkata, sebelum ini dia mendalami pengajian tahfiz di Indonesia dan apabila pulang ke Malaysia memilih untuk menyambung pengajiannya di Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zdalifah.

Dia berkata, harapannya juga sama seperti waris mahupun penuntut di sini yang mengharapkan agar bantuan untuk pembangunan maahad.

“Pengajian di sini amat bagus dan penuntut juga mudah memahami apa yang diajar namun kami mengharapkan pembangunan kawasan maahad.

“Saya yakin dengan adanya pembangunan, ia akan memberikan keselesaan kepada penuntut untuk belajar,” katanya.

Seorang lagi penuntut Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zdalifah, Abdul Rahman Wahab, 13, berkata, dia sememangnya meminati cara pengajian yang disediakan di pusat pengajian maahad.

Dia berkata, sistem pengajian yang memfokuskan kepada bacaan al-Quran itu menjadikan daya tarikan kepada Abdul Rahman yang bercita-cita menjadi ustaz.

Thursday, May 19, 2011

Tuan Guru Hj Salleh Musa [Sik Kedah] - Disebalik Tabir...

Tuan Guru Hj Salleh Musa ( Sik Kedah ) yang saya kenali

Assalamualaikum Wb .

Salam pada semua pengikut blog ini , Alhamdulilah malam ini dengan berkat doa saudara semua saya diberi kekuatan untuk menulis sedikit kisah tentang Tn Guru kita yang kita semua kasihi .

Sudah lama saya bercita-cita untuk menulis tajuk ini tetapi keadaan tidak mengizinkan , Alhamdulillah akhirnya Allah izinkan juga .

Saya BERASA DOSA andai saya tidak perenalkan Ulama yang saya kenali kepada Umum .

Masyarakat sekarang selalunya kenal ulama setelah ulama itu meninggal , Alhamulillah saya mula berazam untuk memperkenalkan ulama tempatan seramai munggkin kepada masyarakat umum , mudahan dengan usha ini ramai masyarakat dapat mengenali ulama kita yang masih wujud untuk kita sama ambil menafaat dengan mereka . ULAMA PEWARIS ANBIA , seharusnya kita mendekati mereka . Jangan setelah mereka meninggal barulah kita menyesal .
Saya akan tulis secara bersiri Insyallah . Terlebih dulu saya akan memperkenalkan Tuan Guru saya, Tuan Guru Hj Salleh . Memandangkan beliau sudah berusia 83 tahun sekarang (2011) maka saya dahului beliau supaya masyarakat mengenali beliau dan segera datang menimba ilmu dengan segera kepada beliau .

Nama :Tn Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah: Tn Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu:Khatijah bt Saad
Tempat lahir :Pekan Sik
Bil Adik beradik : 8 orang Anak ke : 3
Pendidikan : -
1.Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah , kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana )
2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah ,
3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy '
4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .

Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah . Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya . Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang .

Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik . Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang . Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak belaiu Syeikh Muslim sebagai Tim Mudir .

Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .

KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009 Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik

SEKARAN ULAMA ARAB TERUTAMNYA YAMAN , JORDEN , MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU INSYALLAH

Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)

Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)

Habib Kazim ( Yaman )

Habib Abdullah ( Jeddah)

Syeikh Habib ( Jorden)

Saudara yang saya kasihi ,Tn Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau , diantaranya beliau merupakan Tn Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .

-ke 2 beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang , seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia , Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tn Guru Hj Salleh

- Ke 3 beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan

Kuliah minguan beliau setiap hari Jummat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan , Allah beri taufiq pada beliau , walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .

-Ke 4 ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan ,tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau . Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya

" Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik "

(Tn Guru Hj Salleh menjadi imam solat jenazah Allahyarham Pak Teh Keroh )

-ke 5 beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah PAS kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)

-ke 6 fikiran beliau sangat terbuka


-ke 7 beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti PAS Pusat , PAS Negeri dan termasuk Anwar Ibrahim sentiasa rujuk pada beliau .


-Banyak lagi yang saya masih simpan , saya tidak akan dedahkan sekarang kerana saya bimbang kedatangan fithnah atau risau orang tuduh saya taksub , tetapi Demi Allah saya telah dapati banyak KERAMAT yang ada pada beliau tidak kurang dari 12 perkara yang saya yakin guru saya bukan sebarangan orang , beliau diantara orang yang Allah kasih Insyallah . Insyallah apabila sampai masa nanti saya akan dedahkan semuanya .

Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau , beliau berkata " Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas , sahabat dan musuh semua tunduk padanya"

ULAMA TEMPATAN YANG MENZIARAHI TN GURU HJ SALLEH
Tn Syeikh Nuruddin Al Banjari , pernah mengadakan Daurah di Pondok Sik

Tn Guru Hj Abd Hamid Seligi Kelantan

Dato Mufti Kedah , Syeikh Badarudin

ANUGERAH

Pingat S.D.K

Tokoh Guru Pondok Kedah 2010 dan banyak lagi .

Kelebihan Allah anugerahkan kepada Tn Guru merupakan kelebihan dunia Akhirat .
Mudahan Allah melanjutkan usia Tn Guru ,mudahan kita dapat mengambil menafaat dengan ilmu yang dimiliki beliau .

INSYALLAH ikuti lebih banyak cerita menarik mengenai guru saya dan ulama . Tolong doa agar saya Istiqamah , diberi taufiq dan dikuatkan Iman dalam meneruskan perjuangan

http://pondoktauhid.blogspot.com/2011/05/tuan-guru-hj-salleh-musa-sik-kedah-yang.html