Showing posts with label KUIN. Show all posts
Showing posts with label KUIN. Show all posts

Friday, February 8, 2013

Nie dia JAWAPAN kerajaan Negeri cara nak bayaq balik hutang KUIN...

Tiada masalah bayaran balik pinjaman KUIN
Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Kerajaan negeri tiada masalah untuk membayar balik pinjaman pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil sebanyak RM330 juta.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, kerajaan negeri mempunyai sumber untuk membuat bayaran balik tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.

Kadar bayaran balik setahun Kedah Sato Sdn Bhd kepada Bank Islam Malaysia Berhad adalah sebanyak RM49.2 juta setahun, bermula Disember 2013. Bayaran RM49.2 juta perlu dijelaskan dalam tempoh tiga tahun pertama, dan bayaran semakin rendah sehingga tahun ke 15.

“Pinjaman yang dibuat dahulu daripada kerajaan Persekutuan untuk pembinaan Blok E Wisma Darul Aman telah selesai Disember 2012, jadi kita guna ‘wang tersebut’ sebanyak RM27 juta..(kali ini) untuk bayaran KUIN Kuala Ketil, maka kita perlu tambah lagi RM22 juta.

“Kita yakin mampu untuk bayar sebab kita ada sumber lain untuk tampung.


“Kedah Sato yang menjadi kontraktor yang bertanggungjawab untuk bina universiti milik kerajaan negeri, jadi kita (kerajaan) bagi duit pada Kedah Sato untuk dijelaskan kepada bank,” jelas beliau bagi menjawab dakwaan Pemuda Gerakan Kedah yang mempersoal kemampuan kerajaan negeri untuk jelaskan hutang pinjaman KUIN Kuala Ketil.

KUIN dibina dengan menggunakan peruntukan kerajaan negeri sepenuhnya tanpa sesen menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan.

Selama 55 tahun negara mencapai kemerdekaan, inilah kali pertama kerajaan negeri memiliki sebuah universiti yang tersendiri.

“Sepatutnya mereka perlu bangga kerana kerajaan yang baru memerintah hanya lima tahun mampu membina sebuah universiti milik kerajaan negeri dengan hanya kos yang tak mencecah billion ringgit,” ujar beliau pada sidang media selepas Majlis Jamuan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2013 yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, di sini.

Thursday, February 7, 2013

Pemimpin BN Kedah biadab kepada Agong?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Catatan kejayaan paling besar dan bersejarah sepanjang tempoh satu penggal Pakatan Rakyat menerajui kedah ialah apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berangkat merasmikan Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil. Manisnya catatan ini ialah apabila ia berlaku di penghujung penggal, kira-kira tidak sampai sebulan sebelum PRU13 diadakan.

Sejak Pakatan mengambilalih pentadbiran kerajaan, KUIN menjadi isu yang paling mencabar disensasikan oleh pihak pembangkang. Selepas satu isu, muncul pula isu lain yang berbeza, semuanya berentetan dari awal hingga ke akhir penggal. Itulah 'bahananya' apabila Menteri Besar meletakkan misi dan visi yang terlalu besar terhadap KUIN. Projek besar, cabaran pun besar dan muncullah beraneka masalah. Mungkin sepatutnya Ustaz Azizan tidak meletakkan matlamat yang terlalu besar terhadap KUIN, maka tidak muncullah masalah. Tapi itu bukan cara berfikir orang yang berfikiran besar.

Natijah dari wawasan besar terhadap kepentingan pendidikan itulah maka wujud sebuah kampus bernilai RM330 juta di atas tapak seluas 330 hektar untuk fasa pertama. Semua mata yang memandang kampus yang tersergam indah itu sukar untuk mempercayai bahawa ianya bernilai RM330 juta, kerana di zaman BN dahulu dua buah logi pembersih air di Padang Sanai dan Lubuk Buntar yang dibina sudah bernilai RM220 juta! Inilah kelebihannya apabila golongan yang menjadikan 'sifar rasuah' sebagai polisi diberi amanah mentadbir negeri.

Beberapa hari menjelang perasmian KUIN oleh Yang di-Pertuan Agong, pihak tertentu sudah merasai kegelisahannya. Apa tidaknya, jika pemimpin nombor satu negara yang berangkat merasmikannya maka tiada suara-suara sumbang lagi yang berani mengkritik KUIN yang dibangunkan tanpa sesen pun wang kerajaan Persekutuan. Terdengar khabar angin di hujung telinga bahawa ada usaha melobi pihak tertentu supaya pihak Istana Negara tidak dilibatkan dalam upacara perasmian kampus induk KUIN.

Pelbagai alasan direka serta bermacam perancangan dibuat ke arah itu, tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Allah SWT mengtakdirkan Yang di-Pertuan Agong berangkat juga merasmikannya.

Akibatnya tokoh-tokoh politik BN di Kedah, kepanasan. Mereka dijemput oleh KUIN untuk hadir. Jika tidak menghadirkan diri, mereka dianggap biadab kepada Yang di-Pertuan Agong. Seandainya hadir pula, ia bermakna mengiktiraf kejayaan besar Pakatan Rakyat. Akhirnya para pemimpin BN Kedah memilih mudharat kecil berbanding mudharat besar. Mereka memilih untuk biadab kepada Yang di-Pertuan Agong dari memberi keuntungan politik kepada Pakatan. Bayangkan jika pemimpin kerajaan negeri dari Pakatan yang memboikot kehadiran seorang raja, maka media-media mereka akan memalu isu tersebut empat puluh hari empat puluh malam. Mereka akan berhujah, bidang pendidikan tidak wajar dipolitikkan. Tetapi oleh kerana yang biadab itu mereka, maka media talibarut BN pun buat-buat pekak badak.

Yang di-Pertuan Agong dalam titah perasminnya berpuas hati dengan perkembangan KUIN dan mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan yang telah berjaya membangunkan KUIN dengan gigih dan cemerlang. “Beta menghargai sokongan semua pihak dalam merealisasikan kejayaan ini. Dari segi bidang ilmuan dan kurikulum yang ditawarkan, KUIN telah berjaya melangkah lebih jauh, kini ianya telah menjadi institusi pengajian tinggi yang menyediakan program profesional seperti perubatan, kejuruteraan, multimedia, hospitality, kaunseling, perbankan dan kewangan Islam dan sebagainya, yang semuanya dilaksanakan secara Islamik, melalui proses Islamisasi ilmu melalui gabungan konstruktif, kreatif, inovatif dan komprehensif antara ilmu dunia dan ilmu akhirat,” titah baginda.

Di majlis tersebut Tunku Bendahara Kedah (Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah), Dato’ Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Wira Dr Affifudin Omar dilantik sebagai Pro Canselor. Ramai terkejut kerana kerajaan Pakatan melantik Afiffudin seorang veteran Umno sebagai pro Canselor. Beliau dilantik kerana professionalismenya di bidang pendidikan bukan kerana politik tetapi para pemimpin BN Kedah meletakkan politik lebih tinggi dari kepentingan pendidikan. Sebab itulah mereka memboikot majlis perasmian KUIN oleh Yang di-Pertuan Agong.

Wednesday, January 30, 2013

[DEDAH] Ada puak nak sabotaq Majlis Perasmian KUIN...


KUIN : Tuanku puas hati tetapi ada segelintir ADUN BN macam tak puas hati jaa..!!!


KUALA KETIL – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berpuas hati dengan perkembangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Titah baginda, KUIN yang hanya bermula dari sebuah pusat pengajian yang bertapak di rumah kedai di kawasan perindustrian Mergong di tahun 1995, KUIN telah membangun dengan cepat sekali, dan kini berjaya bertapak di sebuah kampus tetap, yang mana kampus ini telah dibekalkan dengan kelengkapan yang serba canggih.

“Dari segi bidang ilmuan dan kurikulum yang ditawarkan, INSANIAH telah berjaya melangkah lebih jauh, kini ianya telah menjadi institusi pengajian tinggi yang menyediakan program profesional seperti perubatan, kejuruteraan, multimedia, hospitality, kaunseling, perbankan dan kewangan Islam dan sebagainya, yang semuanya dilaksanakan secara Islamik, melalui proses Islamisasi ilmu melalui gabungan konstruktif, kreatif, inovatif dan komprehensif antara ilmu dunia dan ilmu akhirat,” titah baginda.

Baginda juga yakin bahawa pelajar akan menggunakan peluang berada di INSANIAH ini, untuk menuntut dan mendalami kedua-dua ilmu dunia dan akhirat.

“Saudara dan saudari bukan sahaja akan menjadi profesional yang kompeten dan berkebolehan dalam menjalankan urusan duniawi, bahkan akan menjadi profesional yang akan membawa kemajuan dan perkembangan yang lebih dinamik dan lebih berimbang kepada agama, kemanusiaan dan dunia.

“Beta juga berharap saudara dan saudari akan menggunakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ini, pada jalan yang diredhai dan diberkati oleh Allah SWT jua hendaknya,” titah baginda.

Baginda turut melahirkan ucapan tahniah kepada pihak pengurusan yang telah berjaya membangunkan INSANIAH dengan gigih dan cemerlang.

“Beta menghargai sokongan semua pihak dalam merealisasikan kejayaan ini.

“Beta dan Raja Permaisuri Agong juga berdoa semoga seluruh warga INSANIAH ini dilindungi Allah SWT daripada sebarang musibah, diberikan kekuatan serta keberkatan untuk terus menjadi tonggak pembangunan agama, bangsa dan negara, semoga Allah jadikan kita semua orang yang bersyukur dan bertakwa, serta berjaya di dunia dan akhirat,” titah banginda.

Baginda bertitah pada Istiadat Konvokesyen Khas dan Perasmian Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah, di sini.

Lebih 5 ribu rakyat menyaksikan detik bersejarah KUIN di rasmikan oleh YDPA tapi ada segelintir ADUN BN yang 'tuang'...!!!

Lebih 5 ribu saksikan detik bersejarah perasmian Kampus Induk KUIN oleh Yang DiPertuan Agong

KUALA KETIL - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong mencemar duli berangkat ke Istiadat Konvokesyen Khas dan Perasmian Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil pada 29 Januari 2012 yang lalu. Kira-kira 5 ribu hadirin membanjiri dewan besar Kampus bersama-sama mengambil peluang menyaksikan detik bersejarah berkenaan.

Sempena mengumumkan perasmian Kampus KUIN, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan Tuanku Canselor turut mengumumkan dewan tersebut dinamakan sebagai "Dewan Permaisuri Tuanku Haminah".

Majlis penuh gilang gemilang itu menyaksikan pengisytiharan Tunku Bendahara Kedah, YTM Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj sebagai Pro Canselor 1 dan Yang Berbahagia Dato' Wira Dr. Affifudin Hj Omar sebagai Pro Canselor 11.
Selain titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, para hadirin juga berpeluang mendengar ucapan Menteri Besar, Rektor KUIN serta ucapan Pro Canselor 1 dan 11.

Para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan Monodrama dari pelajar-pelajar KUIN yang menceritakan kronologi penubuhan KUIN sejak 1985 sehingga sekarang.
YAB Dato' Seri Menteri Besar juga menyifatkan kejayaan terlaksananya Kampus Tetap KUIN di Kuala Ketil itu sebagai hadiah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke 85.
Bersempena dengan pengiktirafan penarafan Tier 4 (sangat baik) bagi sistem penarafan IPT 2011, KUIN yang telah memiliki sebuah kampus induk yang serba moden akan muncul sebagai 'Universiti Ummah' dan terkenal di persada antarabangsa.
Terakhir Dikemaskini (Rabu, 30 Januari 2013 18:19)

TAPI DALAM BANYAK DAN RAMAI RAKYAT YANG HADIR TU YANG NGELATNYA PUAK-PUAK NIE...

Menteri Besar ‘hadiahkan’ KUIN untuk Agong sempena Hari Keputeraan ke 85

KUALA KETIL – Kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) diibaratkan sebagai hadiah yang dipersembahkan oleh Menteri besar kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,  bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ke 85.

Perkara tersebut terkandung dalam ucapan Menteri Besar, YAB Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak di hadapan kira-kira lima ribu hadirin sempena Istiadat Konvokesyen Khas dan Perasmian Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah, di Kuala Ketil.

Beliau juga bersyukur kehadrat Allah SWT, walau pun sebelum itu terdapat pelbagai halangan dan kekangan, namun dengan pertolongan Allah dan berkat doa semua pihak, kampus induk berkenaan dapat disempurnakan perasmiannya.

"Saya pilih Kuala Ketil ini kerana dua faktor. Pertama kerana ingin membangunkan kawasan yang terpencil di Kedah ini dan seterusnya untuk meningkatkan sosial ekonomi daerah ini.

"Apabila ada universiti yang dibina sama ada di bandar atau luar bandar maka akhirnya kawasan berkenaan akan maju dan berubah wajah," katanya.


Beliau mengambil contoh penubuhan Universiti Al-Azhar yang dibina pada tahun 972 dan akhirnya ianya begitu sinonim dengan bandar Kaherah dan begitu juga pembinaan Universiti Oxford pada 1096 M dan Universiti Cambridge pada tahun 1226M. Kedua-dua universiti berkenaan dibina di perkampungan Inggeris yang tidak membangun dan kini Cambridge dan Oxford menjadi bandar besar dan pesat.

"Begitu juga di kampung kecil di Bangi, bila adanya UKM di situ, kini Bangi menjadi bandar pesat dan maju," ujarnya.

Jelasnya lagi, pembangunan program akademik pada awalnya mendapat pandangan pro dan kontra. Perubahan drastik itu adalah semata-mata bertujuan untuk mewujudkan pelbagai bidang profesional untuk melahirkan modal-modal insan yang mempunyai ilmu mendalam di bidang duniawi dan ukhrawi.

"Dari tujuh program pada awal 2008, sekarang kita menawarkan 47 program bermula pada hari ini. Antaranya perubatan, perbankan, kejururawatan, kejururawatan, kejuruteraan dan banyak lagi yang telah menjulang nama KUIN sebaris dengan institusi-institusi pengajian terkenal dalam negara," sambungnya.

Cengkaman dan pengaruh barat berjaya diserap secara licik dalam pendidikan hari ini dan justeru itu KUIN tampil dengan perubahan program duniawi dan ukhrawi sebagai pengimbang untuk mengekang cengkaman pengaruh berkenaan. Maka selepas ini akan lahirlah ribuan ulama berkelulusan profesional yang mempunyai latar belakang agama yang tinggi.

Sehubungan itu katanya lagi, corak pengajian di KUIN yang menetapkan agar pelajar memahami dan mendalami isi kandungan Al-Quran menjadi salah satu prasyarat bagi beberapa jurusan pengajian mereka di mana ianya tidak begitu dititik beratkan oleh institusi pengajian lain di negara ini.

"Tempias ilmu yang berkembang di KUIN ini, InsyaAllah akan memanfaatkan rakyat di negeri Kedah yang selama ini agak tidak diberi perhatian dalam perkembangan dunia pendidikan. Selain itu kampus KUIN ini juga dapat mengelakkan berlakunya pengaliran wang rakyat Kedah ke negeri-negeri luar.

"Selepas ini akan berlaku pengaliran tunai dari luar mencurah dan secara tidak langsung mewujudkan pelbagai peluang pendapatan bagi rakyat terbanyak di kedah," tambah beliau lagi.

Jelasnya lagi, KUIN dibina dengan kos RM330 juta tanpa bantuan dari Kerajaan Pusat di atas tanah seluas 330 ekar iaitu sebahagian daripada keluasan tanah milik KUIN seluas 832 ekar dan di mana kawasan ini dahulunya adalah kawasan ladang kelapa sawit milik Selangor Coconat.

Dengan kemudahan pinjaman oleh Bank Islam Berhad dan Affin Bank Berhad ianya secara tidak langsung mampu merangsang sosial ekonomi Kedah. Selain itu kesungguhan Kedah Sato Sdn. Bhd yang bertungkus lumus, siang dan malam menyiapkan pembinaan dan terbukti ianya disiapkan lebih awal dari jadual yang disasarkan.

"Kerajaan negeri turut berbangga kerana KUIN telah menerima pengiktirafan penarafan Tier 4(sangat baik) bagi sistem penarafan IPT 2011 pada 1 November yang lalu oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Khaled Nordin.

"Pengiktirafan ini selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan KUIN serta menjadikan negeri ini sebagai sebuah negeri ilmu," jelas beliau.

Majlis turut dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Rektor KUIN, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, Ahli-Ahli Senat, Speaker DUN Kedah, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat, tenaga pengajar dan kakitangan KUIN, ketua-ketua jabatan kerajaan, pemimpin masyarakat, guru dan para pelajar sekolah serta masyarakat setempat.

AmanTV - Video Perasmian KUIN yang tak ada di RTM & TV3

Wednesday, January 23, 2013

Walaupun Adun BN kondem pembinaan KUIN...namun akhirnya tersergam indah di Kuala Ketil..!!

 Opssss... Sebelum baca cerita kat bawah nie..hangpa dengaq dulu video nie dimana ADUN UNMO BN Kedah mengondem usaha membina KUIN di Kuala Ketil yang mana beliau mengatakan pembinaan itu merupakan langkah yang tidak baik disebabkan ia akan memberikan BEBAN jangkamasa pangjang pada Kerajaan Negeri..... walaubagaimana pun baik tak baik ALHAMDULILLAH dah tersergam KUIN tersebut..


Kampus induk KUIN: Dulu ‘angan-angan’, kini jadi kenyataan

ALOR SETAR – ‘Angan-angan kosong’, itulah perkataan yang sering didengari apabila kerajaan negeri Kedah mengumumkan untuk membina kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil empat tahun lalu.

Tiada siapa yang menyangka, empat tahun berlalu, kini KUIN telah siap dibina dan tersergam indah bagaikan unversiti ‘lima bintang’.

Siapapun pasti akan kagum apabila menjengok ke kolej ini kerana di hadapannya terdapat tasik buatan yang sangat cantik sepanjang 1.2 km dan tidak lama lagi ianya akan menjadi tempat kejohanan perahu panjang dan perahu naga di rantau ini.

Dewan utamanya merupakan dewan terbesar di utara tanah air dan mampu memuatkan kira-kira 5,500 hadirin dengan panggung eksperimen dengan kapasiti 1500 orang pada satu-satu masa. Dewan kuliahnya pula menepati cirri-ciri terkini dengan senibina yang mengagumkan.

Ianya dapat disiapkan dalam masa hanya empat tahun pemerintahan kerajaan negeri kini dan lebih menakjubkan ianya adalah tanpa sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Pusat.
Sementara itu, Majlis Perasmian KUIN Kuala Ketil dan Istiadat Konvokesyen Khas yang dijadualkan pada 29 Januari ini akan disempurnakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang juga Canselor KUIN.

Baru-baru ini, Rektor KUIN, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman menyembah maklum dan memohon perkenan YTM Tunku Bendahara dilantik sebagai Pro Canselor KUIN sempena majlis perasmian tersebut.
YTM Tunku Bendahara berkenan dilantik sebagai Pro Canselor KUIN dan meluangkan masa hampir sejam bagi mengetahui perkembangan terkini pembangunan fizikal kampus induk KUIN.

Dalam majlis perasmian itu nanti, mantan Menteri Kewangan, Dato’ Wira Dr. Affifudin Omar dilantik sebagai Pro Canselor kedua menggantikan Dato’ Dr. Halim Ismail.

Mantan Timb Menteri Kewangan dilantik sebagai Pro Canselor ke 2 KUIN

Majlis Perasmian KUIN Kuala Ketil dan Istiadat Konvokesyen Khas yang dijadualkan pada 29 Januari ini akan disempurnakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang juga Canselor KUIN.

Baru-baru ini, Rektor KUIN, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman menyembah maklum dan memohon perkenan YTM Tunku Bendahara dilantik sebagai Pro Canselor KUIN sempena majlis perasmian tersebut.
YTM Tunku Bendahara berkenan dilantik sebagai Pro Canselor KUIN dan meluangkan masa hampir sejam bagi mengetahui perkembangan terkini pembangunan fizikal kampus induk KUIN.

Dalam majlis perasmian itu nanti, mantan Menteri Kewangan, Dato’ Wira Dr. Affifudin Omar dilantik sebagai Pro Canselor kedua menggantikan Dato’ Dr. Halim Ismail.

Alhamdulillah KUIN dapat disiapkan dengan duit kerajaan negeri


ALOR SETAR – Kejayaan pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dibiayai sepenuhnya peruntukan kerajaan negeri walaupun ianya menjadi kontroversi yang hangat sejak dimulakan.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, usaha ini membuktikan kesungguhan kerajaan negeri untuk memajukan dunia pendidikan sekaligus meletakkan nama Kedah di persada antarabangsa.

“Alhamdulillah berkat usaha gigih pihak kerajaan dan kesabaran pihak pentadbiran KUIN mengharungi pelbagai masalah yang timbul segala usaha jahat dan segala gangguan serta kekangan yang dilakukan bagi menggagalkan penyempurnaan pembinaan KUIN dapat diatasi.

“InsyaAllah, pengurusan dan pelajar akan memulakan sesi pengajian di kampus baru mulai beberapa bulan lagi,” jelas beliau pada Majlis Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ke 85 yang diadakan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, di sini.

Maklum beliau, dengan terbinanya kampus KUIN, Kuala Keti; dalam jangka waktu terdekat akan muncul seperti Bandar Baru Bangi di Selangor.

“Patik berasa gembira kerana dengan terbinanya kampus KUIN ini maka kemudahan lain untuk rakyat telah disediakan oleh kerajaan contohnya, jalan daripada Sungai Petani ke Kuala Ketil telah mula dilebarkan menjadi jalan empat lorong dua hala oleh Jabatan Kerja Raya dan akan siap tidak beberapa lama lagi.

“Bangi, sebelum wujudnya Universiti Kebangsaan Malaysia adalah merupakan sebuah bandar kecil akan tetapi setelah terbinanya UKM, Bangi muncul sebagai sebuah bandar baru yang dilengkapi dengan pembangunan kawasan industri serta pusat perniagaan dan pentadbiran yang maju.

“Kita berharap dalam beberapa tahun lagi satu bandar yang dinamakan Bandar Baru Kuala Ketil akan menjadi reality,” ujar beliau.

Tuesday, January 8, 2013

Walaupun UMNO kata KUIN Projek RUGI.. Namun inilah hasilnya selepas 4 tahun...!!


Walaupun UMNO BN mengatakan pprojek KUIN bukan satu projek yang BAIK
namun kini ia telah berdiri megah di bumi kita Kedah



Inilah hasilnya selepas 4 tahun memerintah..

Friday, November 30, 2012

Masa luaq DEWAN hangpa berkukuk sangat bab KUIN.. mai orang Jawab dalam dewan awat tak tanya dah..?? [Video]

KUIN tetap berjaya walaupun banyak cabaran

ALOR SETAR – Sejak pembaharuan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pada tahun 2008 hingga kini KUIN dihimpit pelbagai ujian, namun, atas kecekalan semua pihak terbabit pada tahun hadapan KUIN akan memasuki era baru apabila kampus tetapnya di Kuala Ketil akan dibuka.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan bahawa beliau menghadapi pelbagai masalah berkenaan KUIN sejak hari pertama beliau mentadbir Kedah.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan bagi menjelaskan persoalan yang dikemukakan oleh YB Dato’ Seri Mahawangsa Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid (BN-Pedu) berkenaan masalah yang berlaku di KUIN, semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke 12 di Wisma Darul Aman.

“Saya mendapati KUIN sangat berpotensi untuk dikembangkan. Lalu saya berbincang dengan banyak pihak untuk buat pembaharuan terhadap KUIN.

“Namun, saya ditegur agar tidak melakukan pembahuruan di KUIN. Mereka hanya mahu yang ada hanyalah kuliah agama sahaja tidak mahu campur dengan program akedemik,” katanya.

Tambahnya, KUIN kini berada di peringkat permulaan. Sama seperti orang berniaga, mesti bermula dengan sedikit terlebih dahulu, lama-lama baru bertambah.

Baru-baru ini pihaknya didatangi daripada kerajaan Nigeria dan mereka mahu menghantar 50 pelajar mereka untuk belajar KUIN.

“Namun, kita tangguh dulu pelajar ini. Kita tak mahu jadi seperti pepatah ‘kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan’. Tahun hadapan barulah kita akan terima pelajar ini.

“Kini KUIN telah dapat penilain ‘tier’ empat daripada Kementrian Pengajian Tinggi,” terangnya.

Tambahnya, KUIN merupakan universiti swasta yang mendapat sedikit bantuan daripada kerajaan negeri. Kebanyakan sumber KUIN berasaskan yuran pelajar dan yuran pelajar pula berasaskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Jika pelajar lambat mendapat pinjaman daripada PTPTN, maka pentadbiran KUIN akan terganggu.

Pada tahun hadapan kerana kita akan berpindah ke KUIN Kuala Ketil. Di sana kelengkap pelajar akan mencukupi dan ianya akan berbaloi dengan yuran pelajar.

Sementara itu, ADUN Guar Chempedak, YB Dato’ Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail bertanyakan berkenaan dengan program pengajian KUIN yang tidak diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).

YAB Ustaz Azizan menjelaskan bahawa sebelum ini KUIN mempunyai program Diploma Al-Quran, namun, akhirnya pihak KUIN bersetuju untuk mengeluarkan kursus ini untuk diberikan kepada Yayasan Islam Negeri Kedah.

Selepas itu, KUIN memperkenalkan Program Tahfiz Wal Qiraat. Semua proram memerlukan MQA, untuk mendapatkan MQA, pihak pengurusan KUIN diberikan masa selama 3 tahun.

“Kita ada masa kira-kira setahun lagi tempoh untuk mendapat MQA. Kursus ini diambil oleh 8 orang pelajar dan ada di antara mereka telah ‘transfer’ kredit, maka pengajian mereka hanya 2 tahun sahaja dan tak cukup 3 tahun,” terangnya.

Thursday, November 8, 2012

KUIN: Makin ditohmah pembangkang makin cemerlang!!!


Insaniah diiktiraf sangat baik

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berbangga dengan kejayaan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) yang menerima pengiktirafan penarafan Tier 4 (sangat baik) bagi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi 2011 (Setara'11).

Azizan yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah bersyukur dengan kejayaan berkenaan hasil usaha bersungguh-sungguh seluruh warga institusi pengajian tinggi itu, walaupun dilanda pelbagai kontroversi membabitkan pengurusan Insaniah.

Menurutnya, pengiktirafan itu juga turut memenuhi sasaran Kerajaan Negeri untuk membangunkan semula Insaniah serta menjadikan negeri ini sebagai sebuah negeri berilmu pengetahuan.

"Setelah empat tahun berlalu kita sudah mula nampak hasilnya, pembinaan Kampus Induk Insaniah di Kuala Ketil juga merupakan hadiah tidak ternilai untuk rakyat," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Rektor Insaniah, Profesor Datuk Dr Jamil Osman berkata, Insaniah muncul antara 16 institusi pengajian tinggi meliputi universiti dan kolej daripada 52 buah menerima penarafan Tier 4 bagi Setara'11 diumumkan Menteri Pengajian Tinggi pada 1 November lalu.

Menurutnya, daripada 16 institusi itu, enam daripadanya institusi pengajian tinggi awam dan pengiktirafan itu membuktikan bahawa kualiti pengajaran serta pembelajaran di Insaniah diperakui oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

"Pada masa sama, ia turut menunjukkan peningkatan memberansangkan daripada pengiktirafan Tier 3 (baik) pada 2009.

"Pengiktirafan ini juga akan membuka lebih ruang memperoleh status universiti penuh pada masa depan selepas Kampus Induk Insaniah di Kuala Ketil beroperasi kelak," katanya.

Jamil berkata, jika mampu dicapai tidak mustahil Insaniah bakal menerima pengiktirafan Tier 5 (cemerlang) dalam tempoh lima tahun setelah kemasukan pelajar di kampus baru meningkat kepada 10,000 orang.

"Pelbagai kemudahan prasarana lengkap di Kuala Ketil juga akan dapat membantu meningkatkan mutu kerja warga Insaniah bagi menghasilkan kualiti terbaik," katanya.

Sementara itu, menurutnya, Setara'11 bertujuan mengukur kualiti pengajaran dan pembelajaran pada tahap enam kerangka kelayakan Malaysia peringkat ijazah pertama (ijazah sarjana muda) bagi universiti dan kolej universiti di Malaysia meliputi tiga aspek iaitu Input, proses dan output bagi menilai kualiti, pengajaran serta pembelajaran.

"Penilaian turut melibatkan bilangan pensyarah yang mempunyai kelulusan ijazah doktor falsafah (Phd), sarjana, pengurusan (nilai keantarabangsaan), penyelidikan, pasaran kerja yang selesai menamatkan pengajian.

"Klasifikasi penarafan kepada enam tahap Tier 6 sebagai tahap tertinggi (terbilang), Tier 5 (cemerlang), Tier 4 (sangat baik), Tier 3 (baik), Tier 2 (memuaskan) dan Tier 1 sebagai penarafan paling rendah (lemah)," katanya.

Monday, November 5, 2012

KPT iktiraf KUIN 'Sangat Baik'!!! potong habis semua IPTA

Insaniah terima penarafan ‘Tier 4’ (Sangat Baik) dari Menteri Pengajian Tinggi



Oleh: MUSLIM ABDUL RAZAK

ALOR SETAR – Tohmahan demi tohmahan dilemparkan terhadap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) namun ianya tidak menjatuhkan kredibiliti kolej tersebut apabila ianya muncul di antara 16 institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menerima penarafan Tier 4 (Sangat Baik) bagi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2011 (SETARA’11) yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada 1 November lalu.

Timbalan Pendaftar KUIN, Ustaz Sayuthi Sanusi berkata, dengan mendapat pengiktirafan ini ianya membuktikan bahawa kualiti pengajaran dan pembelajaran di KUIN diperakui oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Pada masa yang sama ianya menunjukkan peningkatan memberangsangkan daripada pengiktirafan Tier 3 (Baik) pada 2009.


“Pengiktirafan ini juga akan membuka lebih ruang buat KUIN untuk memperoleh status universiti penuh pada masa depan selepas Kampus Induk KUIN di Kuala Ketil beroperasi kelak,” jelasnya.

Katanya lagi, jika ia mampu dicapai tidak mustahil KUIN bakal menerima pengiktirafan Tier 5 (Cemerlang) selepas ini. Dengan kemudahan prasarana lengkap di Kuala Ketil diharap warga KUIN dapat meningkatkan mutu kerja bagi menghasil kualiti optimum sekaligus merealisasikannya.

Sementara itu, SETARA bertujuan mengukur kualiti pengajaran dan pembelajaran pada tahap enam kerangka kelayakan Malaysia peringkat Ijazah Pertama bagi universiti dan kolej universiti di Malaysia yang meliputi tiga domain generik iaitu Input, Proses dan Output bagi menilai kualiti pengajaran dan pembelajaran.

SETARA’11 mengklasifikasi penarafan kepada enam tahap dengan Tier 6 sebagai tahap tertinggi (Terbilang) dan Tier 1 sebagai penarafan paling rendah (Lemah).

Sunday, November 4, 2012

Kolej Insaniah diarah bayar ganti rugi RM1.599 juta



SUNGAI PETANI - Mahkamah Tinggi Alor Setar memerintahkan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah), milik kerajaan Kedah, membayar RM1.599 juta kepada Syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd pada 31 Oktober lepas kerana kegagalan melunaskan bayaran perkhidmatan yang disediakan syarikat itu.

Pengarah Urusan syarikat itu, Shaikh Faisol Shaikh Yusoff berkata, beliau lega dengan keputusan itu walaupun jumlah bayaran yang diperoleh hanya bagi baki bayaran kontrak.

Pada Mac lepas, Shaikh Faisol membuat tuntutan di mahkamah terhadap Insaniah sebanyak RM1.599 juta untuk baki bayaran dalam kontrak, RM200,000 bagi kerugian kos bayaran sewa stor barang serta kerugian akibat tidak dapat meneruskan perniagaan lain berjumlah RM1,259,939 selain faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relief.


Katanya, syarikat itu menyediakan perkhidmatan kepada 300 pelajar Insaniah di cawangan Insaniah Sungai Petani bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2009 hingga Disember 2011 dengan kadar bayaran ditetapkan dalam perjanjian sebanyak RM200 sebulan untuk setiap pelajar.

Kos berkenaan merangkumi kos perkhidmatan asrama (kediaman) dan pengangkutan untuk seramai 300 pelajar, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata mengikut kontrak, jumlah bayaran keseluruhan mengikut persetujuan kedua-dua pihak sehingga selesai tempoh perjanjian adalah RM2.160 juta.
Akibat kegagalan defendan mematuhi terma perjanjian dengan sempurna, pihak plaintif mengalami kerugian apabila terpaksa menanggung kos sewa rumah, pembelian barang-barang keperluan dan kos-kos berkaitan. - Bernama

Kampus induk KUIN bakal jadi tumpuan antarabangsa

KUALA KETIL - Kampus Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil bakal menjadi tumpuan ramai di rantau ini apabila tasik buatannya sepanjang 1.2 km menepati piawaian antarabangsa sebagai venue pertandingan sukan air khususnya perahu panjang dan perahu naga pada masa depan.

Setiausaha Penang International Dragon Boat Federation (IDBF), Geh Teng Teik berkata, tasik tersebut dapat memuatkan sekurang-kurangnya lima lorong pertandingan bagi sesuatu kejohanan dan ianya akan menjadi salah satu venue tumpuan di rantau ini.

“Pencapaian yang diraih KUIN akan menjadi perintis buat institusi pengajian tinggi lain untuk membentuk pasukan mereka dalam dua acara berkenaan,” jelasnya.


Beliau berkata demikian semasa sesi perbincangan bersama Rektor KUIN, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman di pejabatnya hari ini selepas melakukan tinjauan di sekitar Tasik KUIN bersama wakil syarikat Seagull Singapore, Ong Eng Boon.

Turut dibincangkan keperluan dan penyediaan asas bagi pasukan KUIN terutamanya dalam menyediakan perahu latihan bagi memastikan mereka terus kompetitif.

Tuesday, October 9, 2012

Graduan Tahfiz KUIN boleh lanjut pelajaran tanpa MQA

ALOR SETAR – Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato’Mohamed Taulan Mat Rasul menafikan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Insaniah pada Konvokesyen 17 September lalu, tidak dapat melanjutkan pengajian atau memohon pekerjaan berikutan masalah ketiadaan MQA.

Beliau yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Kolej Universiti Insaniah berkata, proses permohonan akreditasi penuh program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berjalan lancar dan kini di peringkat penilaian badan bebas yang dilantik MQA.

“Pihak kami masih menunggu tarikh yang sesuai daripada MQA untuk badan penilaian terbabit berkunjung ke Insaniah bagi proses seterusnya.

“Kita juga sudah melepasi beberapa peringkat, tidak mungkin perlu menunggu sehingga setahun untuk mendapatkan MQA. Jika permohonan baru mungkinlah tapi pihak kita telah mengemukakan permohonan yang sudah dikemaskinikan pada 26 September lalu.

“Lagi pun dokumentasi yang dihantar ke MQA September lalu merupakan permohonan peringkat ke tiga sejak Januari,” jelas beliau.

Menurutnya lagi, permohonan mendapatkan kelulusan menjalankan program dibuat dua tahun sekali manakala peringkat ke dua membabitkan permohonan akreditasi sementara yang diperoleh selepas pelajar memulakan pengajian.

“Mereka masih boleh memohon J-QAF dengan menggunakan transkrip dan sijil sementara Insaniah, tetapi untuk mengesahkan jawatan mereka perlu tunjuk ijazah yang ketika itu sudah memperoleh MQA.

“Pengesahan jawatan dibuat selepas tempoh tiga tahun berkhidmat dan dalam tempoh berkenaan mereka sudah memperoleh MQA,” terangnya lagi.

Selain itu sambungnya, sudah ada beberapa graduan kumpulan berkenaan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dan ini menunjukkan mereka tiada masalah untuk membuat pernohonan.

Penjelasan berkenaan diberi bagi menyangkal dakwaan mengatakan ada graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz A-Quran dan Al-Qiraat yang terpaksa bekerja sebagai pemandu teksi gara-gara sijil tidak diiktiraf. Selain itu kelewatan memperoleh MQA kononnya pihak mereka perlu meneliti dokumen terbabit dan akan menyerahkan kembali kepada Insaniah sekiranya terdapat kesalahan dan proses berkenaan didakwa mengambil masa hampir setahun.

Monday, September 24, 2012

Inilah bila orang bagi gaji suruh buat kerja tak mau buat - Ijazah dari Insaniah didakwa tiada MQA

Ijazah didakwa tiada MQA

ALOR SETAR - Graduan kumpulan pertama program Ijazah Sarjana Muda al-Quran Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) terkilan dengan sikap pentadbiran kolej universiti itu kerana sijil mereka didakwa tidak mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi.

Sumber berkata, tujuh graduan terbabit melahirkan rasa terkejut apabila ijazah yang diperoleh pada Konvokesyen Insaniah, 17 September lalu tidak diiktiraf.

“Graduan cuba mendapatkan sijil, tetapi dimaklumkan sijil itu tidak boleh diberikan kerana tidak mendapat akreditasi penuh daripada MQA.

“Difahamkan, mereka sudah pun membuat aduan kepada dekan kuliah berkenaan untuk diambil tindakan,” katanya.

Menurut sumber lagi, penuntut terbabit memberi tempoh seminggu kepada pentadbiran Insaniah, dan sekiranya gagal menyediakan sijil berkenaan, mereka akan tampil membuat kenyataan.

“Antara punca proses permohonan MQA tergendala didakwa kerana pengurusan kolej gagal menyiapkan dokumen untuk akreditasi secara sempurna, menyebabkan permohonan ditolak,” katanya.


Difahamkan, dokumentasi yang siap diserahkan kepada Hal Ehwal Akademik (HEA) untuk dipanjangkan kepada MQA namun ditolak, atas alasan dokumentasi berkenaan tidak menepati format ditetapkan.

“Ini bukan masalah MQA tidak mahu beri pengiktirafan, tetapi seolah-olah pihak kolej tidak prihatin dengan masalah penuntutnya. Kesannya, penuntut terbabit tidak boleh memperoleh Ijazah walaupun sudah tamat konvokesyen dan selesai bayar yuran,” katanya.

Menurutnya, ini juga menyebabkan sebahagian graduan tidak dapat menyambung pengajian di peringkat sarjana di institusi pengajian tinggi (IPT) lain, selain tidak dapat membuat permohonan kerja dengan sektor awam.