Saturday, February 9, 2013
Kerajaan lapar duit dari menjaga kesihatan rakyat..!!
Monday, January 14, 2013
Tuesday, December 18, 2012
Terbongkaq bab Aliran Duit Haram laa pulak.. duduk No 2 dunia..!!
menjejaki pengaliran modal, berkata tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
GFI telah memperkenalkan kaedah baru dan lebih konservatif dalam membuat anggaran aliran keluar wang haram, yang membantu untuk memberi tumpuan ekslusif terhadap wang kotor. Oleh itu, anggaran dari laporan terdahulu telah disemak semula.
Tahun lepas, GFI telah meletakkan angka aliran keluar wang haram bagi Malaysia pada tahun 2009 ialah AS$46.86 bilion (RM143.3 bilion). Ini telah diubah kepada AS$30.41 bilion (RM93 bilion).
Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia - dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38 bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010.
GFI belum memperolehi data untuk 2011 dan 2012, tetapi ini akan dimasukkan ke dalam laporan yang akan datang.
Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah "pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia".
Laporan GFI - 'Aliran Kewangan Haram Dari Negara Membangun: 2001-2010' - dihasilkan bersama oleh ahli ekonomi GFI, Sarah Freitas dan Dev Kar, yang merupakan bekas ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
sepanjang lebih 10 tahun - dari 2001-2010 - Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.
Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah AS$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah AS$2,740 bilion, dan Mexico, AS$476 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mempertikaikan angka GFI dan memaklumkan kepada Parlimen tahun lepas angka yang lebih rendah sebanyak RM135.3 bilion bagi aliran keluar modal haram 2000-2009.
Bagaimanapun, data GFI disokong oleh penyelidikan yang berbeza awal tahun ini oleh organisasi lain - Tax Justice Network yang berpangkalan di London - yang mendapati Malaysia adalah antara negara teratas di dunia dalam aliran modal.
Monday, December 17, 2012
Akhirnya NAJIB akan tunduk dengan kuasa rakyat menolak AES..!!
Saturday, December 15, 2012
Sehari dua nie memanjang kes saman PR menang dengan Utusan, Polis & Kerajaan Malaysia..!!
Penasihat DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, terlalu banyak isu yang boleh dimainkan seperti kes Antantuya Shariibuu yang boleh memusnahkan harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kekal kuasa di Putrajaya.
Jika Najib kekal di situ tambahnya, negara pasti bangkrap dan tidak maju ke hadapan ekoran pengeluaran wang negara yang terlalu banyak ke luar negara serta pembaziran hasil ketidak kecekapan kepimpinan Malaysia.
"DAP, PKR dan PAS sudah sebati dalam perjuangan menegakan kebenarn dan keadilan.
Maka, jangan putus asa sebaliknya teruskan langkah dengan laju lagi bagi memastikan Barisan Nasional (BN) jatuh dalam piihanraya ke 13 nanti, " ujarya dalam ucapan aluan sempena Kongres ke 16 DAP Kebangsaan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Bayan Baru sebentar tadi.
Sudah banyak kemenangan dikecapi ekoran serangan musuh menerusi akhbar Utusan Malaysia apabila ramai kepimpinan Pakatan Rakyat mencapai kemenangan dalam kes masing-masing.
Contohnya, Ketua Menteri Pulau,Pinang, Lim Guan Eng yang menang terhadap kes fitnah yang dilemparkan kepadanya selama ini.
Begitu juga Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub yang menang kes Bersih.
Ini bermakna tindakan pasukan Polis pada perhimpunan Bersih salah dan melanggari etika
"Sebelum mendaki Putrajaya secara sah kita telahpun menunjuk prestasi yang memberangsangkan apabila menang banyak kes mahkamah, " katanya dalam Kongres bertemakan 'Perubahan Di tanganmu'.
Selain kimpinan DAP yang hadir ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PKR, Datuk Mansor Orhman, Setiausaha Agung PAS, Datuk Haji Mustafa Ali dan wakil parti Sosialis Rakyat Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan ((NGO).
Sunday, November 25, 2012
K’jaan takut pemerhati luar sebab p’raya Malaysia kotor..!!
Monday, October 29, 2012
Tanda dan dalil untuk perubahan sudah nyata. Bersabarlah!
Tuesday, September 18, 2012
Menteri tidak wajar paksa polis jadi BN

Monday, September 10, 2012
PRU13 menjadi puaka kepada UMNO/BN.
Ramai dikalangan pengemar dan pencinta politik tanah air, hatta diperkata sampai perengkat dunia. Di Perancis, Kanada dll negara. Pemimpin dan penyokong parti politik, cendiakawan, ilmuan di menara gading hatta rakyat jelata biasa. Mereka dah kehadapan tampil menjadi peramal, tukang tilek maupun sang dukun. Mereka turut membicara fenomina H1N1 berhubung kait kelabu asap tarikh PRU13, penuh mestri, bila? Semuanya kerana sikap dan sifat bacul DS Najib PM1Malaysia berterus terang tentangnya. Beliau cukup merahsia tarikh PRU13 kerana DS Najib sudah pupus keberanian, luntur keyakinan, hilang kudrat dan kekuatan jantan. Mandom untuk menjulang dalam memulihara sejahtera demokerasi yang tulin telus bersih. Sebagaimana tuntutan 500,000 rakyat di "BERSIH 0.2" dan "BERSIH 0.3". Sunday, September 9, 2012
Janji 2005 lagi.. Tapi K'jaan Pusat khianati penduduk Langkawi..!!
Janji Dicapati... Pengusaha Feri Langkawi Gagal Beri Tambang Istimewa
Tindakan tegas jika pengusaha feri Langkawi gagal beri tambang istimewa
LUMUT - Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pengendali feri penumpang di Langkawi yang dilaporkan masih gagal melaksanakan sepenuhnya pemberian kadar tambang istimewa kepada penduduk tempatan di pulau tersebut.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata pihaknya kesal dengan sikap syarikat feri tersebut yang terus berdegil dan enggan memberikan kadar tambang istimewa walaupun dipersetujui sebelum ini.
"Persetujuan ini (kadar tambang istimewa) kepada penduduk Langkawi bukan perkara baru... sejak 2005 lagi. Sepatutnya mereka kena patuhi janji yang dipersetujui. Isu tersebut sepatutnya tidak timbul lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 1Komuniti 1JPJ Peringkat Parlimen Lumut di Dewan Kolej Vokasional Seri Manjung dekat sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta kuatkuasakan arahan pemberian diskaun kepada penduduk Langkawi selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Langkawi, Jumaat lepas.
Kong berkata sehubungan itu pihak kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap syarikat feri yang terlibat termasuk kemungkinan menarik semula lesen perkhidmatan pengangkutan awam tersebut.
Kong yang juga anggota Parlimen Lumut berkata bagaimanapun pihaknya akan menghantar beberapa pegawai termasuk petugas Jabatan Laut untuk berunding terlebih dahulu dengan syarikat terlibat sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Sebelum September 2011, penduduk Langkawi menikmati diskaun harga tiket RM3 daripada harga asal RM23 bagi laluan Kuala Kedah dan RM15 bagi Kuala Perlis.
Bagaimanapun, bermula September 2011, kadar istimewa bagi penduduk Langkawi itu turut tidak lagi terpakai pada waktu cuti sekolah, cuti umum, Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Selain itu pesara, warga emas dan pelajar serta orang kurang upaya diberikan kadar tambang kanak-kanak iaitu RM17 bagi laluan Kuala Kedah dan RM13 bagi Kuala Perlis, tetapi kini tidak diberikan lagi.
Isu perkhidmatan feri di Langkawi dibangkitkan Ketua Umno Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad dalam ucapannya pada majlis yang dihadiri Muhyiddin itu. - Bernama
Thursday, July 26, 2012
Kajian Merdeka Centre : Popularity Najib jatuh 1% manakala BN jatuh 6%
Thursday, July 19, 2012
Hutang Malaysia berpotensi jadi bom jangka, kata pakar ekonomi
Wednesday, July 18, 2012
Adakah PRU setelah ANWAR & The Gang's masuk penjara..!!!
Saturday, June 2, 2012
Dalam bulan Allah.. gua mengenali K-POP... Terima Kasih kerajaan...
oleh AnakKedah007
Friday, March 23, 2012
Hutang negara: Dapat dari mana, ke mana dibelanja?
KUALA LUMPUR, 24 Mac: Teras Pengupayaan Melayau (Teras) berpendirian pengumuman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussain bahawa hutang kerajaan masih tidak kritikal kerana kurang 2 peratus di bawah had 55 peratus dari KDNK dan tidak membimbangkan, adalah sangat tidak bertanggungjawab.
“Pertanyaan yang tidak dijawab ialah ke manakah wang yang diperolehi dengan berhutang itu dibelanjakan dan siapa yang menentukan perbelanjaan tersebut?” tanya Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Sepatutnya, kata beliau pihak perbendaharaan negara memastikan ia dibelanjakan mengikut peruntukan undang-undang.
Menurutnya, dengan hanya selisih 2% dari tahap kritkal 55% KDNK menunjukkan perbendaharaan negara cuai dengan kedudukan hutang negara.
“Itupun Teras mempersoalkan atas kriteria apa 55% itu ditentukan?” soalnya lagi.
Beliau berkata, persoalan yang lebih kritikal ialah apakah kerajaan berbelanja berdasarkan bajet yang diluluskan atau sebaliknya (on budget atau off budget).
Katanya, pihak perbendaharaan negara yang kini dibawah kuasa PM kerana beliau adalah juga Menteri Kewangan jelas telah membiarkan hutang bertambah bila defisit dicampur dengan berbelanja lebih dari yang dibenarkan.
Kini, ujarnya apa yang menjadi tanda tanya ketika kerajaan berbelanja lebih dari yang dibenarkan siapakah yang memberi kebenaran untuk berbuat demikian.
“Inilah sebabnya Teras melihat bahawa dalam isu hutang kerajaan yang kini hanya berada 2% di bawah had yang dibenarkan, ternyata tidak ada semak dan imbang (check and balance) lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, kini rakyat berhak untuk tahu bagaimana wang negara yang diperolehi dari hutang dan dibelanja sebabnya rakyatlah yang akan menanggung hutang tersebut.
“Inilah yang disebut sebagai pembiayaan hutang (debt financing) yang akan terbeban kepada setiap orang rakyat sesebuah negara,” ujarnya.
Untuk membayar hutang, tambahnya perbelanjaaan tambahan perlu dikeluarkan dan rakyatlah yang akan menerima beban hutang yang diambil oleh kerajaan.
Katanya, ketika mana hutang kerajaan bertambah bermakna wang rakyat akan diguna untuk membiaya hutang tersebut.
Di Amerika, ujarnya ada maklumat setiap hari yang disebut “U.S. NATIONAL DEBT CLOCK”.
Menurutnya, pada 23hb Mac 2012 jam 10.30.06 petang GMT hutang awam ialah USD15,589,100,336.066.82, juga mencatat populasi Amerika sekarang ialah 312,453,854, maka setiap warga Amerika menanggung hutang tersebut sebanyak USD49,892.19 pada hari tersebut.
Jelasnya, hutang Kerajaan Amerika terus meningkat secara purata USD4.02 billion sehari sejak 28 September 2007.
Ujarnya, setidak-tidaknya warga Amerika mempunyai maklumat mengenai hutang kerajaan setiap hari dan apa implikasinya terhadap setiap individu warganya.
“Di Malaysia maklumat ini bukan sahaja sukar untuk dioperolehi, malah dimanipulasi seolah-olah semuanya dalam kedaan terkawal,” ujarnya.
Justeru, ujarnya Teras menggesa agar rakyat perlu menzahirkan keprihatinan mereka mengenai kepincangan perbelanjaan yang akan menjejaskan kedudukan kewangan negara sekaligus kesejahteraan rakyat.
“Jika rakyat membisu dan tidak peka dengan uruskelola kewangan negara, masa depan rakyat bakal menghadapi keadaan yang tidak menentu, jangan membayangkan situasi seperti Greece tidak akan berlaku di Malaysia,” katanya.
Friday, March 16, 2012
Kata Cikgu Boleh Aktif Berpolitik nie kementerian nak ambil tindakan tatatertib apa kejadahnya pula..??

kepala surat pun masih lagi KEDAH GEMILANG... patutlah haru-biru...
Thursday, March 15, 2012
Sejauh Mana Kesan Pemberian BR1M RM500..???
Di Parlimen hari ini Ha Najib Razak memberi tahu sebanyak RM1.92 billion wang rakyat yang diuruskan kerajaan di bawah bantuan BR1M telah diagihkan kepada 3.8 juta isi rumah sejak 1 Mac lalu. Wang itu bukan wang Umno tetapi wang rakyat.
Permohon yang tidak berjaya dengan pelbagai sebab sebanyak 972,000 atau 20 peratus.
Pemberian bantuan seumpama itu RM500 untuk satu keluarga itu pertama kali dilakukan kerajaan. Justeru ada yang beranggapan ia adalah umpan politik UBN untuk memancing rakyat. Apa lagi pemberian itu dilakukan saat-saat perlimen hendak dibubarkan.
Bagaimana pun Najib menafikan yang ia adalah pemberian politik. Katanya untuk masa akan datang kalau kerajaan mampu, pemberian itu akan diteruskan. Tidak ada siapa yang menerima penafian Najib itu. Bercakap atau memberi tahu budak-budak mungkin boleh, tetapi tidak bagi mreka yang boleh berfikir.
Melihat kepada cara dan kaedah pemberiannya jelas menunjukkan ia adalah pemberian politik. Mereka yang mendapat bantuan itu terlebih dahulu dipanggil ke majlis tertentu dan mendengar ceramah politik orang Umno memburuk kerajaan. Setengah majlis memakan masa sehari suntuk di mana orang kampung dikurung untuk mendengar dakwah Umno terhadap pembangkang.
Wang itu yang disediakan menerusi peruntukan khas dari Bajet 2012 adalah bertujuan untuk menarik perhatian rakyat supaya memilih UBN. Kalau bukan kerana motif politik kenapa ia dibuat pada waktu ini?
Persoalnya sejauh manakah bantuan wang rakyat itu menguntung dan memberi kesan baik kepada UBN? Atau pun pemberian bantuan itu seperti mencurah air ke daun keladai sahaja.
Kebetulan dua hari lepas saya berada di kampung dan memasuki dua buah kedai kopi yang menjadi 'parlimen' orang kampung. Antara topik yang dibicarakan ialah mengenai pemberian wang RM500 itu. Saya bertanya langsung kepada mereka apakah dengan penerimaan wang itu mereka akan undi UBN dalam pilihan raya akan datang.
Mengejutkan saya bila mana ada yang menjawab wang itu tidak ada kena mengena dengan Umno. Kata mereka wang itu wang kerajaan yang mereka faham ia adalah wang mereka juga. Adapun Umno yang sibuk-sibuk menyampaikan wang itu hanya menangguk di air keruh saja. Kata mereka Umno tidak ada wang.
Berdasarkan hakikat itu katanya wang RM500 itu bukan bayaran kepada mereka untuk mengundi UBN. Walaupun semasa mendengar taklimat dan ceramah sebelum wang itu disampaikan ada pemimpin Umno berpesan agar mengenang budi kerajaan (Umno), namun mereka tidak mudah akur kepadanya.
Yang lebih memeranjatkan lagi ada kalangan mereka menyatakan keyakinan kalau Pakatan Rakyat menjadi kerajaan mungkin wang bantuan untuk rakyat lebih besar lagi. Mendengar cakap-cakap di kedai kopi kalangan penerima itu dapat disimpulkan pemberian RM500 itu tidak memberi kesan besar kepada UBN dalam pilihan raya nanti.
Rakyat juga sudah cerdik apa-apa habuan yang mereka terima dari atas saluran politik tidak semestinya mereka berterima kasih dan mengenang budi kerana hal-hal seperti itu mereka anggap satu tanggungjawab yang akan dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berkuasa. [wm.kl.8:40 pm 13/03/12]
Mohd Sayuti Omar,
http://msomelayu.blogspot.com
Tuesday, March 6, 2012
Mengapa kerajaan beli syarikat Ananda Krishnan?
Kuala Lumpur, 6 Mac – Perdana Menteri Najib Razak digesa membentangkan laporan kepada parlimen pada persidangan yang akan bermula minggu hadapan tentang status pelaburan syarikat milik penuh kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Gesaan tersebut adalah berikutan langkah syarikat itu yang dilaporkan telah membeli Tanjong Energy Holdings, sebuah syarikat penjanakuasa bebas milik Ananda Krishnan yang memiliki loji janakuasa di serata Asia.
Semalam The Singapore Straits Times melaporkan bahawa 1MDB telah mengambil alih kepentingan Ananda dalam Tanjong Energy pada nilai RM8.5 Bilion.
Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, 1MDB adalah sebuah syarikat pemudahcara strategik untuk ide-ide dan sumber pembangunan baru, sedangkan “perniagaan janakuasa elektrik bukanlah suatu sumber pembangunan baru,” kata Tony dalam sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.
Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, kemasukan 1MDB ke dalam industri penjanakuasaan elektrik tidak akan memberi nilai tambahan yang besar memandangkan negara sudah cukup meriah dengan syarikat-syarikat penjanakuasa bebas (IPP), seperti Malakoff Bhd, YTL Power dan Genting Sanyen yang mendahului senarai 20 IPP di negara kini.
Lebih merisaukan, operasi 1MDB dibiayai dengan pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. “Kali terakhir ia membuat pinjaman bernilai RM5 bilion, 1MDB melabur RM4.2 bilion dalam satu usahasama spekulatif dengan sebuah syarikat minyak, PetroSaudi International. Bagaimanapun, dalam jangkamasa 6 bulan sahaja, 1MDB telah menukar pelaburan sebanyak 40% dalam usahasama itu menjadi pinjaman berjangkamasa 11 tahun kepada sebuah syarikat yang ‘rekodnya’ hanya bermula pada tahun 2005.”
Penglibatan 1MDB dalam usahasama PetroSaudi itu akhirnya menyebabkan syarikat milik negara itu tidak memiliki dana untuk menjalankan projek-projeknya sendiri. 1MDB masih perlu mendapatkan dana untuk membangunkan Bandar Malaysia di Sungai Besi dan Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD) yang bernilai RM26 bilion.
Menurut Pua, semua risiko daripada tindakan 1MDB akan terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia. “Tanpa kemahiran atau pengalaman dalam industri minyak dan gas, pembangunan hartanah dan kini ditambah dengan pelaburan terbaru sebanyak RM8.5 bilion dalam Tanjong Energy, 1MDB sedang menyiapkan diri untuk mencipta rekod bail-out terbesar di Malaysia.”
Justeru itu Pua menggesa Najib mengemukakan laporan rasmi daripada pihak kementerian berkenaan di Parlimen untuk mengelakkan negara daripada terjebak dalam malapetaka sektor kewangan yang dapat memicu krisis ekonomi terburuk dalam sejarah negara ini. – Roketkini
Thursday, March 1, 2012
DULU macam-macam alasan PR kata nak hapuskan TOL.. namun sekarang terbukti mampu lakukan....
(2 Mac 2012 / 9 Rabiulakhir 1433)
Ini juga membuktikan bahawa perjuangan Pakatan Rakyat selama ini yang berusaha menghapuskan tol di negara ini sebenarnya adalah benar dan tidak sia-sia. Janji di dalam Buku Jingga bukanlah suatu retorik atau janji palsu, tetapi merupakan realiti yang mampu dilakukan sekiranya kerajaan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.
Namun demikian, DPPM merasa kesal kerana kerajaan tidak bersedia menghapuskan bayaran tol secara keseluruhan di kawasan terbabit. Pengurangan sebanyak 50 peratus dianggap sebagai suatu kejayaan besar kepada negara dengan publisiti meluas seolah-olah mereka telah mendapat kemenangan yang dramatik. Hakikatnya pencapaian kerajaan tidaklah boleh dibanggakan sangat memandangkan mereka hanya mampu mengurangkan bayaran sebanyak 50 peratus. Itupun keputusan ini diambil setelah bertahun-tahun lamanya pengguna lebuh raya di kawasan terbabit menanggung bebanan membayar tol.
Sedangkan Pakatan Rakyat (PR) telah berjanji sekiranya PR memenangi Putrajaya dalam PRU ke 13 nanti, keseluruhan kadar tol di kawasan terbabit malah di seluruh negara akan dihapuskan. Malah, PR telah mengkaji implikasi terhadap syarikat konsesi tol dan merasa yakin, tol secara keseluruhannya mampu untuk dihapuskan.
DPPM melihat sendiri bagaimana sorakan ahli dan pemimpin UMNO apabila tol di kawasan tersebut diumumkan dihapuskan semalam. Ia bererti ahli dan pemimpin UMNO sendiri bersetuju bahawa tol adalah suatu bebanan kepada rakyat dan bergembira apabila tol dihapuskan atau dikurangkan. Jika demikian, sudah tentu mereka akan merasa lebih puas jika Pakatan Rakyat pula yang telah berjanji sekarang akan menghapuskannya apabila mendapat mandat kerajaan kelak.
Oleh itu, DPPM mencabar kerajaan supaya mengkaji balik semua perjanjian dengan syarikat konsesi tol dan mengumumkan kepada rakyat bila untuk dihapuskan tol di kesemua lebuhraya secara berperingkat. Jika tidak, mereka dianggap masih gagal menambat hati rakyat serta tidak mampu menandingi kemampuan Pakatan Rakyat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Friday, January 27, 2012
Nampak gayanya bulan 3 nie tak jadi lagi pilihanraya 13.. Najib dok cari tarikh baru pulak...!!!!
- Jentera kerajaaan yang ada tak sempat buat persediaan disebabkan cuti berpanjangan dari cuti sekolah sehingga cuti tahun baru cina. Sebahagian besar daripada jentara pilihanraya kerajaan terdiri daripada para pegawai kerajaan yang masih dalam mood bercuti.
- Masalah dalam UMNO masih berserabut. Najib umumkan mahu 'calon winnable'. Maknanya ramai golongan veteran termasuk Pak Lah terpaksa lepaskan kerusi merekakepada yang lebih muda dan lebih digemari oleh penyokong. Kononnya nak buat transformasi. Tapi masalahnya majoriti kumpulan veteren ni tidak mahu lepaskan kerusi mereka. Masalah ini tidak dapat di selesaikan dalam masa terdekat.
- Sebahagian daripada pemegang jawatan Menteri Besar juga mahu disingkirkan oleh kumpulan Najib tetapi terdapat banyak halangan yang perlu diselesaikan sebelum PRU-13 yang nampaknya sukar dalam masa terdekat ini.
- Isu panas rasuah, kronisme, nepotisme dan lain-lain yang buat Najib atau BN atau lebih tepat lagi Umno masih tak berkesudahan. Contohnya isu Lembu Shahrizat masih berkeliaran makan rumput serta anak pokok orang kampung. Orang UMNO sendiri dah naik lemas dengan skandal macam tu. Selagi isu ni tak selesai kalau Najib bubarkan parlimen alamat dia sengaja cari mampuih. Mana nak sempat bersih semua tu sebelum March. Najib perlu tunggu sehingga isu ini reda untuk mendapatkan momentum yang baik.
- Sabah dan Sarawak yang jadi simpanan tetap kemenangan BN banyak hadapi masalah. Umno tak dapat selesaikan semua masalah tersebut sebelum March ni. Kalau mereka tak ambil perhatian dengan Sabah dan Sarawak, alamat Putrajaya bakal dikuasai oleh PR.
- Pakatan Rakyat semakin lama semakin kuat dan berada dalam keadaan yang paling kuat sepanjang sejarah Pakatan Rakyat. Ramai kumpulan bermasalah telah dibuang atau lari keluar parti. Yang terakhir adalah Hasan Ali baru-baru ini. Tak ada lagi yang boleh menghalang PR untuk maju ke depan sekarang ini, ini menakutkan BN.
- Datuk Seri Najib perlu menunggu ratingnya naik lebih baik sedikit sebagaimana mula dia mengambil kuasa iaitu 72%. Ratingnya yang agak buruk sekarang ada kemungkinan akan naik semula dengan beberapa perubahan dan janji manis yang telah dilakukannya dan ia akan hanya naik selepas suku kedua tahun ini bukan dalam masa terdekat.
- Penyenaraian Felda pada April 2012 ini dijangkan dapat memberikan faedah kepada lebih 10,000 para peneroka Felda yang merupakan harapan kuat Datuk Seri Najib. Kesannya hanya akan ada selepas April jadi tak mungkin PRU13 akan di adakan sebelum itu.
- Beberapa perubahan pembaikan yang dijanjikan Najib seperti pembaikan sistem pilihanraya serta akta keselamatan masih dalam proses untuk dilaksanakan. AUKU juga masih dalam proses perbincangan. Ini perlu dikemaskinikan dulu bagi menaikkan rating kerajaan yang ada sekarang dan tidak mungkin semua ini mampu dilaksanakan sebelum Mac 2012.
- Kerajaan yang ada sekarang sudah tentu mahukan Parlimen serta dewan uindangan negeri dibubarkan serentak di seluruh negara. Dengan melewatkan PRU-13 boleh membuatkan semua negeri yang dikuasai PR akan menurut sama. Jika diadakan pada Mac ini berkemungkinan negeri PR tidak akan turut serta bubarkan DUN.
- Banyak projek yang mempunyai impak tinggi pada rakyat seperti MRT dan lain-lain hanya akan berjalan selepas suku kedua tahun ini. Kerajaan BN perlu tunggu semua ini berjalan lancar untuk menaikkan ratig mereka di mata rakyat.
Mengikut telahan seorang Ustaz berdasarkan ayat Quran, sesebuah kumpulan atau golongan itu akan Allah naik dan turunkan silih berganti. Daripada rekod PRU negara sejak dahulu lagi menunjukkan setiap kali BN menang besar akan dituruti oleh hampir kalah pada tahun berikutnya dan begitulah sebaliknya.
Jadi menurut ustaz tersebut, BN telah hampir kalah pada PRU-12 lalu dan berkemungkinan besar BN akan menang besar pula pada PRU-13 nanti. Itu semua hanyalah sekadar andaian. Tiada sesiapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa depan, Allah lebih mengetahuinya.
Sumber di ambil daripada Utusan Meloya dengan beberapa pembaikan dan tambahan daripada saya.
http://wartashubhi.blogspot.com/2012/01/kenapa-pru-13-bukan-pada-mac-2012.html






