Showing posts with label Berita Belit. Show all posts
Showing posts with label Berita Belit. Show all posts

Monday, November 5, 2012

HANG TAK TAKUT DOSA KA.........???

Oleh : PUTERI BULAN


Apa istilah sewajarnya yang patut kita lebelkan kepada pelukis kartun di atas...?? Sikap biadap dan kurang ajar...langsung tidak mencerminkan akhlak seorang Islam.

Dengan penuh bangga menghina ulama, menghina Islam..memfitnah secara terang-terangan tanpa bukti dan fakta yang sebenar. Mengungkap mengikut hawa nafsu berlakarkan syaitan..berlebel hati perut yang penuh kebencian..busuk..ibarat najis ...

Nak pertahankan sebuah kerajaan yang korup, penuh penipuan..penuh rasuah..menghalalkan yang haram..mengharamkan yang haram..hidup menekan rakyat...harta negara ibarat harta mak bapak mereka...pemimpin berguling dalam kemewahan..rakyat mengira duit sileng meneruskan kehidupan.

Apakah kerajaan demikian hendak dipertahankan...demi survival..hidup bertopeng kepalsuan...meratah wang demi pembohongan..perut buncit makan harta rakyat...muka hitam legam..menghina Islam.....

Apa tidak cukup president MCA, Si Soi Lek yang lancang mulut menghina Islam..menghukum Islam mengikut akal fikiran yang bodoh sombong...sambil disambut anggukan pemimpin UMNO yang korup kononnya pembela Islam......

Tangan yang melakar pembohongan..penuh fitnah ini..hidupnya sedetik takkan senang...... hidup mencerminkan bangkai.... bertopengkan syaitan...tunggu habuan di akhirat kelak..!!

Apa lagi Nurul..jangan dok bagi muka kat UTUSAN nie..saman jee..!!!

Nurul Izzah: Saya sama sekali tidak terima murtad
 
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menafikan bahawa kenyataan beliau yang dibuat Sabtu lalu dalam satu forum awam menggalakkan umat Islam murtad.

NONE"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," tegasnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegasnya lagi.

Anak sulung ketua umum PKR itu merujuk kenyataannya sebagai panelis dalam forum tersebut yang bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?"

Beliau dilapor berkata tiada seorang pun boleh dipaksa untuk menerima ajaran agama tertentu dan perkara itu juga terpakai untuk orang Melayu.

Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Melayu bebas pilih agama?" dengan memetik laporan Malaysiakini berhubung kenyataan Nurul itu.