Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

UMNO pengkhianat MELAYU sebenarnya...!!!

Antara Dua Darjat-Satu Malaysia, Dua Masa Depan.
 oleh Sakmongkol AK47


Saya berada dinegeri Kedah buat pusingan ke2. Menyertai ceramah penerangan kepada penduduk negeri Kedah. Malam kelmarin bersama dengan Tn Haji Mat Sabu di Pendang. Kehadhiran amat baik memandangkan Mat Sabu tokoh yang popular. Pendengar datang membawa tikar dan payung mencari mana2 tempat untuk duduk.

Tema yang kita bawa , sama seperti dilain2 tempat. Saya memberitahu akan kebimbangan orang Melayu adalah kebimbangan yang palsu. Adalah suatu pendustaan yang besar yang UMNO lakukan untuk (a) menakutkan orang Melayu (b) membodohkan orangMelayu.

Orang Melayu jumlah mereka seramai 18 juta dari penduduk yang 28 juta. Secara fisikal, Melayu adalah majority. Tapi UMNO hampir berjaya membentuk fikiran Melayu yang ramai, takut kepada jumlah yang kecil. 65% orang Islam diajar takut kepada 9% orang Kristian. Mubaligh dan paderi Kristian berdakwah dikalangan masyarakat orang Asli, yang susah hati orang melayu. Mengapa?


Kalau ada orang melayu yang murtad, siapa patut disalahkan? Saban minggu kita ada forum perdana, kita ada jabatan2 yang berkerja untuk agama Islam, kita ada jabatan kebajikan masyarakat yang membantu mereka yang susah- tapi masih ada Melayu yang murtad. Semua jabatan dan ejensi kerajaan dikuasai oleh penyokong UMNO yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, maka masih ada orang Melayu yang murtad? Maka jawab nya, mereka ada ditempat dan jawatan2 masing2- tidak mebantu untuk mengukuhkan agama Islam.

Mengapa UMNO mahu menyalahkan orang lain dala kes2 Melayu murtad? Yang mesti disalahkan ialah UMNO.

Hari ini, saya mahu bercerita mengenai masa depan. Ini adalah kerana masa depan kita akan dibentuk oleh pemerintah yang akan datang. Masa depan yang baik bergantung kepada sebuah pemerintahan yang baik. Pemerintahan yang baik dibina oleh orang2 yang baik.

Semasa saya berceramah di Pendang, saya menyedari suatu perkara. Rupa2 nya, masa depan untuk orang Melayu tidak sama untuk semua. Ada dua jenis masa depan. Suatu masa depan yang gemilang untuk bin Mahathir, bin Hussein Onn, bin Tun Razak, bin pemimpin UMNO yang atasan. Suatu lagi ialah masa depan yang muram untuk sebahagian besar orang Melayu. Yakni Melayu yang 90% merupakan penerima BR1M.

Pemberian BR1M yang bertambah bukan tanda kemegahan Dato najib oi. Ia mengesahkan bahawa sebahagian besar orang Melayu terus dipinggirkan dan dimiskinkan oleh dasar UMNO. Setelah 55 tahun UMNO perintah Malaysia, 8.7 juta orang Melayu hidup dengan pendapatan RM1500 kebawah sebulan. RM1500 jauh rendah dari kelayakan mendapatkan BR1M sebanyak RM3000 sebulan.

Masa depan yang gemilang hanya untuk Melayu seperti Syed Mokhtar Bukhari penyumbang wang tunai terbanyak kepada UMNO. Masa depan yang gemilang adalah untuk Mokhzani Mahathir yang tersenarai diantara yang terkaya di Malaysia. atau Syed Mokhtar Bukhari. Kepada orang2 seperti ini, matahari sentiasa bersinar.

Masa depan sebahagian besar orangMelayu pula macam mana? Marilah kita memikirkan perkara ini dengan serius.

Masa depan sebahagian besar orang Melayu macam ini. S Jibeng, penyanyi pop yeh2 tahun 60an, menyarai baki hidup nya dengan menyanyi dikaki 5 dan stesyen bas. Mati dalam keadaan yang menyedihkan. Yahya Sulong yang baru meninggal, mati dikediaman nya di flat bandaraya. Diakhir hayat untuk membayar sewa pun tidak mampu. Anak seniman Agung P ramlee menyarai hidup nya dengan menghantar tong gas masak. 

Saloma penyanyi kebanggaan kita ketika sakit dihospital tidak mampu membayar kos perubatan.

Itu masa depan yang menanti sebahagian besar orang Melayu kalau kita pilih UMNO. UMNO menawarkan 2 masa depan- satu untuk mereka yang terpilih yang berbinkan nama yang betul. Itu masa depan yang gemilang dan terbilang.

Satu lagi ialah masa depan yang muram dan gelap yang digambarkan melalui kehidupan para seniman yang kita sebutkan.

Kita ramai. Puak UMNO sedikit. Kenapa kita yang ramai mahu menyokong UMNO dan membiayai UMNO mengujudkan 2 jenis masa depan untuk kita semua? Mari kita sama2 jumlah yang ramai ini, menjatuhkan UMNO yang sedikit secara demokratik.

Sekian dari Alor Star Kedah. 

http://sakmongkol.blogspot.com/2013/02/antara-dua-darjat.html

Friday, February 8, 2013

JASA UMNO - 300,000 Melayu masih berpendapatan bawah RM1000.00

Ke mana perginya kelas menengah Melayu?
NURUL IZZAH ANWAR
5 Februari 2013


Satu ketika dahulu ada disebut bahawa pembangunan dan perkembangan kelas menengah Melayu menjadi agenda utama kerajaan.

Tetapi setelah sekian lama – ada yang kata sudah 43 tahun semenjak DEB diperkenalkan dan ada yang kata sudah 56 tahun semenjak merdeka lagi – kelas menengah Melayu tidak banyak kelihatan, malah kelas bawahan Melayu pula makin bertambah.

Sebanyak 80% rumah tangga di Malaysia, berpendapatan kurang dari RM3,000 layak menerima BR1M. Jangan pula disebut tentang 32% rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah dibawah RM1,500 adalah Melayu.

Satu bukti jelas yang ramai terlepas pandang adalah dengan perlunya kerajaan mengadakan BR1M yang rata-rata penerima adalah Melayu hanya membuktikan kegagalan kerajaan BN untuk ‘membebaskan’ serta ‘memartabatkan’ prestasi ekonomi Melayu. sebaliknya bantuan ini menambahkan kadar hutang negara sehingga RM700 billion (termasuk hutang yang dijamin kerajaan untuk GLC) – yang sebenarnya menjadikan rakyat berhutang untuk menerima bantuan itu sendiri -sesuatu yang tragik.

Orang Melayu tidak mahu BR1M, PR1MA, BL1M dan banyak lagi bantuan yang bersifat sementara dan semakin hari nampaknya merupakan ‘gula-gula’ pilihanraya sementara golongan elit pula terus mendapat ‘kilang gula-gula’.


Orang Melayu mahu peluang sama rata dengan golongan elit Melayu yang kebetulan rapat dan intim dengan parti pemerintah yang lebih cenderung ‘memerdekakan’ ekonomi keluarga dan kroni daripada majoriti Melayu yang dipinggirkan.

Jurang kemiskinan makin membesar sedangkan jerung-jerung kekayaan makin rakus.
Lihat sahaja kepada Indeks Gini, nisbah terkaya dengan termiskin, 46% yang meletakkan negara pada tahap di antara yang tertinggi di Asia. Lihat sahaja tahap PLI (Poverty Line Income atau Garis Pendapatan Miskin) yang menjadi penanda aras kemiskinan diguna kerajaan – Rm800. Jumlah ini ‘menutup’ kadar sebenar yang disarankan institusi kewangan antarabangsa yang meletakkannya pada RM1,500 – bila digunapakai meletakkan hampir 10 juta orang Melayu dewasa dikategori miskin.

Oleh kerana 10 juta Melayu dewasa masih miskin jika dibandingkan dengan hanya orang Melayu yang dikatakan kaya raya sehingga bilangan Melayu kelas menengah terus mendatar dengan anggaran tidak melebihi 100,000 menjelaskan kepada kita mengapa isu-isu emosi seperti agama dan bangsa terus digunakan untuk mengalih pandangan serta digunakan agar Melayu yang dikatakan oleh seorang mantan pemimpin tertinggi ‘mudah lupa’ – akan bukan saja lupa kemiskinan mereka tetapi yang lebih penting melupakan siapa yang sebenar mengekalkan kemiskinan mereka.

Apabila ditanya penduduk Melayu di seluruh negara seperti di kampung atau di FELDA atau di Lembah Pantai terutamanya generasi muda dan wanita – adakah mereka ada harapan untuk menjadi Melayu Kelas Menengah, rata-rata jawapannya adalah tidak.

Paling pun katalah mereka dapat membeli rumah PPR, itu pun dengan bayaran faedah 6.5%. Walaupun mereka tahu jika menjadi kelas menengah,mereka akan dapat membeli rumah di Bangsar atau Kota Damansara dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Paling kata peneroka FELDA dapat lah berhutang membeli saham yang tidak banyak mana pun di mana harga saham pasti jatuh di bawah harga yang dibeli jika tidak di ‘selamatkan’ institusi-institusi kewangan kerajaan seperti EPF.

Paling pun kata mereka dapat membeli kereta nasional yang tinggi harganya dengan pinjaman kereta bertahun-tahun dengan masalah parkir yang tidak berkesudahan walaupun seringkali melihat anak-anak menteri memandu kereta mewah yang harga sebuah adalah sama seperti gaji 20 tahun rakyat teramai.

Jangan pula hendak melihat atau merasa gaya hidup mewah, gaya fesyen hebat, beg tangan dan perhiasan cincin termahal yang hanya mampu dinikmati mereka yang menjadi jutawan projek RM36 juta pada usia muda atau menikmati projek percuma RM250 juta atau berjaya menabung dari kecil lagi.

Ini bertambah merungsingkan apabila harapan atau matlamat penduduk hanya untuk ‘kais pagi makan pagi’ agar pendapatan yang diperolehi cukup tanpa perlu bantuan Ah Long atau Ah Jib untuk menyara kos hidup yang jelas semakin tinggi apabila harga barang semakin hari naik kerana ada monopoli beras dan gula yang sepatutnya mengurangkan bukan menambahkan harga.
Sudah lah tanah pesaka diambang tergadai diatas nama pembangunan yang hanya menguntungkan pemaju sehinggakan bukan sahaja tanah kehilangan malah nama pesaka seperti Kerinchi turut hilang dan digantikan dengan nama Bangsar South atau nama Kampong Abdullah Hukom digantikan dengan nama yang langsung tidak memartabatkan bahasa kebangsaan iatu KL Eco-City. Adakah nama Kampung Baru juga akan ditukarkan kepada New Town oleh menteri yang dikenali sebagai mewakili kepentingan pemaju tanah kaya raya?

Sudah lah semua projek besar-besar berbillion ringgit termasuk penswastaan penjana letrik yang tarifnya lebih tinggi dari negara jiran yang tiada banyak minyak dan gas, air yang seringkala kering di pili ketika hujan lebat turun, konsesi lebuhraya dengan tol yang mengosongkan poket seperti dicuri tol-yol, komisen peralatan dan pembelian harta kerajaan yang berlipat ganda sehingga menyebabkan negara mendapat gelaran negara aliran wang haram hampir RM1 trillion kedua paling tertinggi di dunia! Kekayaan hanya terpusat kepada golongan elit kecil yang bilangannya boleh dikira dengan bukan semua jemari satu tangan – sedangkan beratus malah beribu usahawan Melayu yang berupaya telah dihilangkan upaya bersaing melalui amalan kronisme atau kertas kerja bisnes di ‘curi’.

Sudah lah sistem pendidikan negara semakin merudum sehingga berbagai pelan tindakan masih belum bertindak dan kos pengajian tinggi semakin tinggi sehingga yuran yang terpaksa dipinjam serta dipaksa bayar balik walaupun bertahun tidak dapat peluang pekerjaan setaraf sijil hanya untuk membayar IPTS milik golongan elit kecil.

Bagaimana hendak diwujudkan kelas menengah Melayu apabila pimpinan kerajaan tertinggi sendiri mengaku masih tidak ada ‘formula’ melainkan menghadiahkan dengan duit rakyat sendiri hanya empat biji tayar untuk pemandu teksi yang jelas pula tidak memiliki teksi tersebut kerana permit teksi sebenar hanya diberikan kepada pihak tertentu sahaja -membangunkan agenda ekonomi melayu yang mapan – kerana mengatakan terlalu sibuk membetulkan kesilapan dasar-dasar atau lebih tepat lagi amalan ekonomi kroni dua pemimpin-pemimpin yang lepas?
Ini adalah agaknya nasib Melayu apabila 62 NGO Melayu seperti Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) meminta kerajaan BN untuk memperkasakan ekonomi Melayu didalam lautan akronim ETP, NKRA dan NTA; akhirnya dapat bukan agensi Teraju tetapi hanya Terajang.

Ke mana perginya kelas menengah Melayu? Tanya lah UM…

Versi Sinar Harian:
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/ke-mana-kelas-menengah-melayu-1.128235

Wednesday, January 23, 2013

PAS nie yang utama ahli dia ISLAM lepas tu MELAYU.. jadi dimana hilangnya KUASA MELAYU jika undi PAS..??

Pas dakwa Umno cetus kebimbangan Melayu
Wartawan Sinar Harian
23 Januari 2013
 Abu Bakar Hussain
Abu Bakar Hussain
 
IPOH – Pas Perak mendakwa Umno cuba mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang Melayu dengan menggunakan sentimen perkauman dalam agenda politik mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berkata, Pas melihat Umno sedang mereka-reka cerita bahawa bangsa Melayu akan terancam disebabkan bangsa lain dalam usaha mengekalkan kuasa di negara ini.

Menurut beliau, apa yang dilalukan Umno merupakan sebahagian daripada strategi untuk mengukuhkan kedudukan di mata rakyat dengan memomokkan orang Melayu menggunakan politik perkauman.

“Umno telah menakut-nakutkan rakyat negara ini terutamanya orang Melayu. Tindakan mereka sebenarnya akan menggagalkan semangat perpaduan kaum di negara ini yang telah dipupuk sejak 56 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, tindakan Umno dan media milik mereka yang sering mempolemikkan isu sensitif dengan tujuan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang Melayu sedikit sebanyak akan merapuhkan semangat perpaduan rakyat negara ini.

Katanya, rakyat kini sedar dengan fitnah yang dilemparkan oleh Umno dan parti itu akan lebih agresif meneruskan isu perkauman ini demi kepentingan politik mereka.

“Saya yakin rakyat sudah matang serta menolak politik sempit Umno. Sudah pasti mereka akan membuat keputusan demi kesejahteraan negara dan bukan politik murahan Umno," katanya.

Friday, January 18, 2013

Ayuh kita Nyahkan MITOS bahawa.. UMNO sahajalah yang penjaga AGAMA, BANGSA & RAJA-RAJA

Masa Depan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Raja Melayu.

Minuman Kegemaran Orang Melayu
Artikel ini asal nya dalam bahasa Inggeris. Tapi saya terbitkan nya dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu. Supaya menghindarkan rasa takut orang Melayu kita yang berjumlah 18 juta dari 28 juta rakyat Malaysia. Supaya 64% orang yang beragama Islam jangan takut kepada 9% orang yang menganut agama Nasrani. Maklum sajalah, UMNO menakutkan orang Melayu supaya berfikiran mereka lemah, mundur, koro dan memerlukan UMNO. 

Takut kita orang Melayu dibuatnya UMNO. Kalau UMNO kalah, orang Melayu yang 18 juta, mati bergelimpangan. 18 juta Melayu lari kucar dan kacir, mundar dan mandir takde panduan. kalau UMNO kalah, maka 64% penganut Islam akan dikristiankan oleh 9% orang Nasrani. takut kita dibuatnya, Raja Melayu memilih pemimpin UMNO untuk menjadi jurucakap kepentingan mereka. takut lagi kita, bila Raja2 Melayu memilih Ibrahim Ali menjuarai kepentingan Raja2 Melayu. 

Bila kerajaan Pakatan ambil alih pemerintahan, bahasa Melayu tetap kekal bahasa rasmi. Kita tak ganti dengan bahasa Cina atau Bahasa India.

Orang Melayu tidak perlu takut. Dah lama mereka ditakutkan. 55 tahun orang Melayu ditakutkan oleh UMNO SUPAYA berfikiran bahawa tanpa UMNO, Melayu akan mati. Inilah sekatan keatas minda orang Melayu yang menyekat mereka dari merdeka fikiran dan minda.
Ingat tak kita ketika Najib sebut, zaman kerajaan tahu serba serbi sudah berakhir? Bohong! Orang UMNO kalau tidak mengkonsentrasikan kuasa, mereka tak boleh urus Negara. UMNO boleh kekal kuasa kalau ramai lagi yang miskin, susah dan jahil. kalau dah ramai senang, dan pandai, UMNO akan hancur. 

Bagaimana mengkonsentrasi kuasa? Guna kekerasan. Guna dakyah dan propaganda. Sebab itu Mahathir kata, kalau nak terus berkuasa, pemimpin jangan takut dan lembik. Mesti kuat( baca zalim) . Lumpuhkan minda rakyat. Lumpuhkan judiciary. Control dan kawal penjawat awam, polis, tentera. Letakkan ketua yang simpati dengan perjaungan UMNO disana- baru kita kuat. Pastikan ketua jabatan yang ada rekod buruk. Supaya mereka tunduk kepada kita.

Demikian cara UMNO mengurus negara.

Apa tindakan yang terbaik mengatasi kelumpuhan berkerajaan ini? Judiciary, civil service, the armed forces and pihak penjaga keselamatan awam( polis)? Mudah sahaja- buangkan semua elemen korap dan sudah habis tempoh. Amalan memberi kontrak kepada pemegang jabatan yang sudah pencen mesti ditamatkan serta merta.

General2 yang lebih suka keluarkan muka diTV dan bercakap mengenai pasukan bola ATM, dibersarakan. Buang semua general2 lapuk dan gantikan dengan professional general yang mahu mengukuhkan pertahanan negar ini. Peralatan dan persenjataan angkatan tentera, darat, udara dan laut dilengkapkan mengikut kehendak benar pertahanan Negara.

Demikian nya, pimpinan polis yang korap dan rasuah, dibersarakan dan diganti dengan mereka yang professional.

Pastikan kesemua cabang2 kerajaan ini distrukturkan mengikut taburan bangsa diMalaysia. Beri peluang Malaysia ditadbir oleh semua bangsa warga Negara ini. Tarik balik kewarganegaraan mereka yang jadi warga Negara tidak mengikut undang2. Yang dikatakan mengikut undang2 mesti memenuhi syarat2 yang dikenakan.

Boleh atau tidak perlembagaan Negara sekarang ditukar oleh sesiapa? Tidak boleh kerana perubahan dalam perlembagaan memerlukan kekuatan 2/3 dalam parlimen. Kalau pakatan menang 2/3 boleh tukar? Sudah tentu boleh tukar jika perlu. Dan peruntukan perlembagaan keatas bangsa Melayu boleh ditukar atau tidak? Boleh jika dibenarkan oleh perlembagaan baru.

Bagaimana kita pastikan jika ada perlembagaan baru maka kepentingan orang Melayu dijaga? Jawapan mudah ialah memastikan ramai ahli parlimen dalam parlimen adalah Melayu. Dan bukan sahaja UMNO yang Melayu. Melayu yang tidak baik diganti dengan Melayu yang baik.

Dan mesti kita ingat, orang Melayu dalam PAS, dalam PKR dan dalam DAP dan mana mana parti, keMelayuan mereka TIDAK kurang dari Melayu nya UMNO? Perlembagaan boleh kita tukar tapi mesti tengok taburan bangsa, raja2 Melayu dan sebagainya. Ertinya, kalau Pakatan ambil alih kerajaan, kepentingan orang Melayu tetap terjaga dan terlindung. We Malays in DAP, PAS dan PKR are no less Malay than Malays in UMNO.

Siapa kata Melayu kurang cekap dan pandai? UMNO. Siapa kata orang Melayu tidak pandai berniaga? UMNO. Siapa kata Melayu belum sedia itu dan ini? UMNO kata. Jika demikian, mengapa bila UMNO menggantikan Melayu dan melakukan pemajuan dan pemerkasaan atas nama agama, bangsa dan tanah air, masih juga gagal dalam bidang yang UMNO pilih? GLC pun gagal. Syarkat yang UMNO taja pun gagal. Pendek kata apa sahaja yang Melayu UMNO pegang dan sentuh, besar kemungkinan akan gagal.

Penjara atau lokap minda ini membenarkan pemimpin UMNO melakukan durjana keatas bangsa sendiri. Perjuangan yang kononnya dibangunkan diatas agenda agama, bangsa dan tanah air, semenjak 1981 menjadi agenda megayakan segelintir masyarakat yang terpilih. Pada 1981 ma’nikam yang dikenali oleh jauhari Melayu memimpin bangsa kearah kebinasaan. Dalam tahun 1988, kehancuran orang Melayu sampai kekemuncak bila UMNO diharamkan dan diganti oleh UMNO Dr Mahathir. Sebab itu bukan lah satu rahsia mengapa Dr Mahathir tidak senang duduk sekarang, sebab legasi nya yang terbesar iaitu, UMNO88 akan berkubur tidak berapa lama lagi.

Dasar Ekonomi Melayu diganti dengan Dasar Mengayakan Melayu terpilih.

Orang Melayu ada masaalah banyak sekarang sebab membenarkan UMNO menentukan bagaimana kita hidup. Ambil contoh bidang ekonomi. UMNO beritahu kita, orang Melayu kurang pandai, kurang modal dan ada pelbagai kekurangan lain. Jika demikian, mengapa perniagaan yang sepatutnya dijalankan oleh individu Melayu apabila dijalankan oleh GLC tetap gagal? Yang mengendali nya banyak modal dan Melayu yang ada dalam GLC semua terpelajar. Megapa gagal?

Mungkin kalau dibenarkan dijalankan oleh Melayu yang kurang modal dan kurang expertise tadi, pada peringkat awal ada kegagalan. Failure rate dan casualty rate mesti ada sebab mereka berada pada leraning curve. Tapi mungkin juga pada masa sekarang, orang Melayu tersebut sudah diganti oleh Melayu yang sudah berjaya. Mereka berjaya melalui kumpulan pengalaman, ilmu dan kecekapan dan pengumpulan modal.

Tapi sebab UMNO rasa mereka tahu lebih, maka mereka yang menentukan. Bila mereka jalankan, pun gagal. Jadi kita nak tanya Najib, bila dia sebut slogan bahawa zaman kerajaan tahu segala nya, sudah berakhir dia faham atau tidak bagaimana hendak capai matlamat tersebut? Jika zaman kerajaan tahu serba serbi sudah berakhir, mengapakan kemajuan Melayu sehingga hari ini mesti diarah dari centre? Why must the progress of Malays for instance, must be centrally commanded by the UMNO plutocrats? Yang menentukan masa hadapan orang Melayu yang miskin, lembut diri, berbudi bahasa ialah golongan Melayu yang istimewa yang “limousine-riding, jet-flying, stylin', profilin', whiskey drinking, wheelin' dealin' kiss-stealin' son of a gun!
Besar kemungkinan dia tidak tahu. Sebab Najib dan sebahagian besar pimpinan UMNO adalah mereka “ jenis manusia yang berkereta mewah, terbang sana sini dengan jet peribadi, ada gaya, ada stail, minum wiskey, pau sana sini, tidur sana sini. Mereka tidak tahu agenda Melayu yang sebenarnya!

Ketahuilah, UMNO itu hidup diatas system yang menyekat potensi. UMNO jadi penghadang terbesar menyekat kemajuan orang Melayu. Siapa yang kata orang Melayu tak boleh bersaing? UMNO. Siapa yang kata Melayu kurang cekap? UMNO. Siapa yang kata orang Melayu mundur sebab agama Islam penghalang itu dan ini? Ibrahim Ali- kontraktor politik UMNO. Oleh sebab2 maka UMNO kata- bergantunglah kepada nya dan percayakan nya- orang Melayu akan selamat.

Siapa yang menyebabkan orang Melayu sehingga sekarang hidup sebagai pengemis? UMNO. Siapa yang menjalankan dasar penjualan saham kepada Melayu berdarjat ? UMNO. Siapa pula yang membenarkan golongan atasan ini menjual RM52 billion saham tersebut? UMNO. Siapa yang menyebabkan pegangan saham tersebut tinggal RM2 billion? UMNO. Siapa yang menyebabkan Bank Bumiputera hancur? UMNO.
UMNO melakukan ini semua- orang Melayu masih mahu sokong UMNO?

Seoarang sahabat- ahli politik dari Sabah beritahu saya bagaimna nak menerangkan sistem UMNO. Saudara mempunyai anak. Dia lulus SPM 10A. anak seorang pemimpin UMNO lulus SPM dengan 5A, 5B. kedua2 memohon biasiswa. Mana satu yang dapat? Yang dapat ialah anak pemimpin UMNO. Itu sistem UMNO.

Apabila UMNO ujudkan dan pertahankan sistem reward yang rosak dari segi prinsip asal, maka perjalanan pentabiran negara dan ekonomi jadi rosak. Kenapa? Kerana kita ada sistem dimana yang berkerja kuat dan berusaha akan melihat buat apa berusaha keras jika mereka yang kurang pencapaian mempunyai jalan singkat mengatasi mereka. Mereka yang jujur dan amanah dan on the staright, tidak akan dapat meningkatkan diri. 

Ini system UMNO.

Sistem UMNO lah yang menyebabkan mengapa judiciary kita kucar dan kacir. Para hakim yang tegas dan menjalankan pengadilan mengikut hukum, tersekat dari naik keatas. Yang memihak kepada kepentingan politik naik keatas. Yang kekal on the straight path sukar untuk dinaikkan pangkat. Kenaikan pangkat mereka ditentukan oleh ketua eksekutif Negara. Dan ketua eksekutif Negara menaikkan pangkat mereka yang dirasai menjaga kepentingan golongan elit.

Sebagai contoh- how do we improve the judiciary and place it again as the final and trustworthy arbiter of conflicts in society? Di Malaysia, peyelesaian nya amat mudah. Pencenkan SEMUA hakim2 mahkamah tinggi, mahkamah rayuan dan ketua hakim sekali. Gantikan mereka dengan hakim2 yang disokong oleh suatu system pemilihan yang bebas dari campur tangan ketua eksekutif.

Bagaimana nak pencenkan mereka? Dengan membayar mereka. Belanjakan beberapa juta, pencenkan hakim2 yang merosakkan judiciary kita. Dengan sekali tindakan, overnight, kita akan membaiki judiciary kita.[Sakmongkol AK47]

Thursday, January 17, 2013

Mitos MELAYU - Dengan ahli UMNO cuma ada 3 juta dari 18 juta.. In Sha Allah MELAYU akan terus terbela..!!

Orang Melayu perlu merdekakan jiwa dan minda

Kita sudah sampai ke penghujung penggal pilihanraya dan pemilihan itu akan diadakan dalam beberapa minggu sahaja lagi. Kali ini merupakan pilihanraya yang berkeadaan yang paling rumit dan mencabar bagi BN dan masa yang paling baik bagi Pakatan Rakyat untuk menunjukkan mereka (PR) sebagai ‘coalition’ alternatif yang akan menjadi pengganti kepada pemerintahan BN. UMNO sudah dianggap terlalu usang oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

Tanda yang paling jelas UMNO itu usang ialah ketidak-mampuan untuk mengubah keadaan dan persepsi buruk rakyat terhadap parti itu dengan keseluruhan kepimpinannya. Banyak pihak telah mengkritik dan memberikan pandangan yang berbagai-bagai untuk memperbaiki parti itu tetapi UMNO tetap dengan sikap dan perangai yang sama tanpa ada tanda-tanda untuk berubah kepada kebaikan.

Segala kesalahan moral dan jenayah yang dilakukan oleh UMNO dan BN selama ini tetap terus berlaku dan rakyat sudah tiada pilihan selain dari melakukan yang drastik terhadap parti pemerintah itu. Betul lah kata setengah pendapat orang, keadaan ini adalah kehendak yang ‘natural’ dan ianya berlaku kepada semua parti-parti dan pertubuhan siasah yang sudah lama dan usang dimana-mana.

Ahli-ahli serta penyokong-penyokong tegar UMNO masih dalam sindrom penafian dan masih bertegas mengatakan UMNO akan menang dan ada yang mengatakan yang parti itu akan mendapat sokongan 2/3 dalam Dewan Parlimen kali ini. Tetapi hakikatnya tindakan mereka hanyalah untuk menyedapkan hati mereka sahaja kerana keadaan sebenarnya adalah di sebaliknya.

UMNO masih terkial-kial dengan masalah dalaman mereka sendiri dan masalah seperti ini tidak memungkinkan mampu untuk memperbaiki peluang UMNO untuk mendapatkan mandat yang lebih baik. Malahan parti itu akan bertambah merudum dan akan terbukti dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kalau UMNO hendak berubah pun ia terpaksa berlaku sebelum pilihanraya ini dan masa untuk membetulkannya sudah terlalu suntuk untuk melakukannya.

Persoalannya apakah yang patut dilakukan oleh UMNO dalam masa yang amat suntuk ini jika ia masih mahu melihat sedikit saki baki kehadirannya dalam politik negara ini? Pertamanya mampukah UMNO melakukan perubahan dengan melakukan tindakan yang drastik dengan menggantikan keseluruhan barisan kepimpinannya dalam kerajaan dan parti dengan pemimpin parti itu yang tiada dalam barisan kerajaan dan MKT parti itu. UMNO tidak sedar yang masalah terbesar parti itu ialah di sebabkan persepsi buruk yang tidak terkira buruknya.

Menggantikan barisan kepimpinan dengan orang lain secara keseluruhan adalah satu-satunya jalan bagi parti itu untuk dipandang oleh rakyat. UMNO sudah tidak dipandang lagi oleh rakyat, malahan ia tidak dihormati oleh ahli-ahlinya sendiri. Itulah sebabnya Najib boleh berikan bantuan BRIM1, BRIM2 dan apa-apa ‘Rim’ yang lain tetapi rakyat tetap tidak melihat UMNO itu sebagai parti yang relevan sekarang ini. Maksud saya rakyat sudah tidak senang dengan kehadiran UMNO itu sendiri. Itu masalahnya.

Justeru, UMNO perlu membuang semua yang ada di dalam barisan MKT serta barisan kabinet sekarang ini. Tindakan setengah pimpinan dalam UMNO untuk menggantikan Najib dengan Muhyiddin tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada UMNO itu. Mereka semuanya adalah hasil dari acuan yang sama seperti yang di bentuik oleh Dr Mahathir dahulu. Orang yang patut menggantikan pimpinan UMNO ini seharusnya dari mereka yang tidak bersetuju dengan acuan ciptaan Mahathir ini kerana itu sahaja caranya UMNO untk menempilkan kepada rakyat yang UMNO sekarang adalah berimej baru dan ia akan membawa dan membina keyakinan yang baru.

Saya telah lama menyebut ini semasa saya masih berada di dalam parti itu tetapi saya tidak digemari oleh pimpinan terutamanya di peringkat negeri. Kesabaran saya sudah habis dan saya telah begitu yakin yang UMNO tidak akan boleh baik lagi maka itu sebabnya saya meninggalkan parti itu dan mengambil keputusan ‘to grow old with DAP’ dan tidak akan berpatah balik. Tindakan saya itu telah mengundng banyak sokongan dan hanya saya sahaja yang merasakannya.

Ramai orang Melayu di dalam UMNO telah menyuarakan sokongan terhadap tindakan saya itu dan saya membacanya melalui e-mail saya setiap hari sehingga hari ini. Saya merasakan degup nadi orang Melayu yang sudah tidak melihat UMNO sebagi parti yang relevan lagi. Tindakan saya bersama beberapa rakan yang lain telah membuka minda setengah orang Melayu dan mereka sekarang merasakan yang jika UMNO tiada orang Melayu tetap wujud bersama agamanya yang tidak terguris dan tercalar.

Rupa-rupanya momokan UMNO yang mengaku parti itu sahaja yang menentukan masa depan orang Melayu itu tidak memberi makna apa-apa kepada kita semua. Ia hanyalah momokan UMNO semata-mata tidak lebih dari itu. Di negara ini ada seramai 18 juta orang Melayu dan Bumiputra dan yang menjadi ahli UMNO hanyalah 3 juta sahaja. Selebihnya tidak menjadi ahli UMNO pun tetapi mereka tetap dengan Melayu dan Islamnya.

Malahan kumpulan ini tetap hidup dalam keadaan yang lebih baik kerana pemikiran mereka tidak ditentukan oleh UMNO. Mereka berfikir dengan pemikiran bebas mereka. Mereka bersikap lebih positif dan tidak bersandar kepada UMNO untuk meneruskan kehidupan mereka membina keluarga dan keturunan mereka denagn baik. Pemikiran mereka tidak dikongkong oleh retorik lapuk UMNO yang mengatakan ‘melayu akan hilang di dunia’ ini jika UMNO ditolak oleh rakyat. Mereka pula mempunyai pendapat berlainan dan terbukti benar. Mereka berfikir jika UMNO masih di benarkan memomokan mereka, ‘melayu itu akan hilang dunianya’.

Pilihanraya ini merupakan peluang untuk orang Melayu untuk memerdekakan pemikiran mereka dan menjauhi momokan UMNO yang membunuh kemajuan pemikiran kita semua.

Merdeka!

Aspan Alias@ http://aspanaliasnet.blogspot.com/2013/01/orang-melayu-perlu-memerdekanan-jiwa.html

#LISTEN : Bukti MELAYU tak akan hilang KUASA jika UMNO tumbang..!!!


Tuesday, January 15, 2013

[GEMPAR] Rupa-rupanya MELAYU JOHOR paling MISKIN & MELAYU KELANTAN paling KAYA di atas muka bumi MALAYSIA nie..!!!

 Melayu Johor paling miskin di Malaysia kerana faktor kos hidup, kata DPMM


Syed Ali berkata kos hidup di Johor yang semakin meningkat adalah punca 
orang Melayu di negeri tersebut paling miskin.
KUALA LUMPUR, 15 Jan — Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.
Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.

“Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup, terutamanya di Johor Bahru.

“Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing,” kata Syed Ali dalam sidang media di ibu pejabat DPMM hari ini.

DPMM juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula projek Iskandar Malaysia, dengan memperuntukkan 30 peratus projek di Nusajaya kepada orang Melayu.

“Dalam resolusi Kongres Ekonomi Melayu Zon Selatan yang berlangsung pada 6 Januari lalu, kedudukan orang Melayu di Johor jauh ketinggalan dari segi perbezaan ekonomi.

“Orang Melayu di Kelantan lebih kaya di Johor kerana setiap ringgitnya lebih bernilai, umpamanya mereka boleh beli rumah banglo RM200,000 sedangkan di Johor RM1.5 juta,” katanya lagi.

Iskandar Malaysia, berkeluasan 221,634 hektar, meliputi keseluruhan daerah Johor Baharu, Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin, yang kesemuanya terletak dalam daerah Pontian.

Sejak pelancarannya pada November 2006, koridor ekonomi itu telah menerima banyak kepentingan asing, bukan sahaja dari Singapura yang berjiran, malah dari Timur Tengah dan United Kingdom.

Kerajaan telah menyenaraikan enam sektor yang disasarkan yang berasaskan perkhidmatan di dalam industri kreatif, pendidikan, khidmat nasihat kewangan dan perundingan, penjagaan kesihatan, logistik dan pelancongan bagi Iskandar Malaysia.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira bahawa pelaburan di Iskandar Malaysia telah melepasi sasaran RM100 bilion dalam tempoh enam tahun dan sebahagian besar daripada jumlah itu diperolehi baru-baru ini.  

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/melayu-johor-paling-miskin-di-malaysia-kerana-faktor-kos-hidup-kata-dpmm/

Tuesday, January 8, 2013

MELAYU dah jadi kelas ketiga walaupun MELAYU yang jadi PEMIMPIN NEGARA..!!!

MELAYU LEBIH TERUK DARIPADA INDIA DAN LAIN-LAIN BANGSA

Pendapatan isi rumah Bumiputera di Sabah berjumlah RM2,800, jauh di belakang purata pendapatan isi rumah Bumiputera di seluruh negara sebanyak RM3,624 .

Purata pendapatan isu rumah rakyat Malaysia di seluruh negara berjumlah RM4,025.

Pendapatan Bumiputera Sabah itu hanya 23% daripada pendapatan purata semua Bumiputera dan 30% pendapatan purata seluruh rakyat Malaysia.

Pendapatan purata isi rumah untuk Bumiputera dan Semenanjung masing-masing sebanyak RM3,784 dan RM3,217.

Maklumat ini diperolehi melalui tinjauan Jabatan Perangkaan pada tahun 2009, yang disampaikan di Parlimen sebagai jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching (DAP- Serdang) minggu lalu.

Lebih memeranjatkan ialah catatan yang dikeluarkan oleh The Household Income and Basic Amenities Survey Report 2009. Purata nasional ialah RM4,025. Bumiputera seluruh negara RM3,624. Cina RM5,011. India RM3,999. Lain-lain bangsa RM3,640. Bumiputera Semenanjung RM3,784. Bumiputera Sarawak RM3,217. Bumiputera Sabah RM2,800. Tinjauan itu dijalankan dua kali dalam tempoh lima tahun. Kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2009.


Anda perlu ingat bahawa fakta di atas bukan auta dan inilah hasil yang Melayu peroleh setelah 55 tahun berada di bawah pemerintahan Setan UMNO/BN. Orang Melayu/Bumiputera berkedudukan lebih teruk daripada orang India dan lain-lain bangsa.

Apakah ini yang mereka maksudkan sebagai “JANJI DITEPATI” ? Sudah tentulah tidak. Adakah PAS yang melakukannya? Tidak. Adakah PKR yang melakukannya? Tidak. Adakah DAP yang melakukannya? Tidak. Adakah Cina rampas hak kita? Tidak.

Adakah India rampas hak kita? Tidak. Adakah Lain-Lain Bangsa rampas hak kita? Tidak. Setan UMNO/BN yang menipu kita. Mengapa mereka menipu kita dengan BR1M, KR1M, TR1MA, bajet desperado 2013, dan sebagainya? Supaya kita tidak peka kepada kesengsaraan yang sedang kita alami ini.

Majoriti Melayu hidup merempat di tanah airnya sendiri gara-gara dikhianati oleh bangsanya sendiri. Siapa yang senang-lenang? Pemimpin Setan UMNO/BN dan kroni-kroni mereka. Tidak perlulah kita biarkan penderitaan ini berterusan, kita kuburkan saja Setan UMNO/BN dalam PRU Ke-13 nanti !!! Khas untuk orang Sabah dan Sarawak: Ini kalilah.........

http://bilahrotan.blogspot.com/2013/01/melayu-lebih-teruk-daripada-india-dan.html

Sunday, January 6, 2013

Letih betoi ngan puak ketuanan Melayu neh...!!!!

"Salam semua... Letih betoi Pak Long ngan kelaku orang kita. Pong pang, pong pang punya cerita pasai perpecahan orang Melayu la ni... macam la dulu tak berpecah... haha... Sebenaqnya perpecahan neh dah ada sejak sebelum merdeka lagi... ca tengok time depa tuntut merdeka dulu.

Satu puak yang nak merdeka bersandaqkan Islam dan Melayu... yang lagi satu pulak nak merdeka berteraskan Melayu tapi kongsi ngan semua kaum yang dok kat Tanah Melayu dengan Islam jadi agama rasminya. Tak pecah lagi ka lagu tu...

Kepala hotak Melayu dah memang terdidik dalam dua cara pembawakan... Satu puak cintakan Islam lalu depa pun teringin nak realisasikannya manakala satu puak lagi tak berapa nak faham Islam, sebab tu depa pandang ringan pada suruhan agama... tambah-tambah lagi tertarik ngan kebesaran duniawi. Dua fikrah tu ditinggai penjajah sampailah la ni...
Melayu boleh bersatu sebenaqnya tapi bersyarat... Bukan syarat macam Hj Hadi mintak kat Rais Yatim tuh... haha...

Syarat dia Melayu kena istiqomah betoi-betoi, jadikan Islam yang memerintah, bukan diperintah. Jadikan Islam sebagai payung kat semua umat Melayu. Letak Islam sebagai panduan dan dasar dalam kehidupan depa dan tak dak satu benda pun yang bolehkan depa tolak Islam. Banyakkan bersembang pasai Islam sampailah Islam tu lama kelamaan jadi amalan dan realiti dalam kehidupan.
Ingat...!! Kita kena kuat untuk pertahankan diri kita tapi kita perlu lebih kuat kalau nak pertahankan umat-umat yang lain... Tak payah la dok pong pang, pong pang cakap pasai Melayu. Kalau tak cakap pun kita neh memang dah Melayu pun... Tak kurang sikit pun Melayu kita kalau kita letakkan Islam mengatasi segala-galanya...

Saturday, January 5, 2013

Wow..!! Orang Melayu UMNO Tipu, Raja2 Melayu pun UMNO Tipu!..

oleh Sakmangkol AK47

Padan muka orang Melayu. 


UMNO tipu mereka selama ini. orang Melayu ditakutkan supaya percaya kalau UMNO tidak ada, musnah lah orang Melayu. Apalah yang sangat kita boleh harapkan UMNO kalau para pemimpin rasuah dan bermuka muka menolong bangsa Melayu. Lebih lagi jika pemimpin UMNO koro dan kurang cerdik.

Raja2 Melayu pun UMNO tipu supaya takut dan percaya kalau UMNO tidak ada kedudukan mereka musnah. Jangan takut kepada UMNO. Takutlah kepada rakyat. Bila rakyat kecik hati, Raja akan dihina.

Apa pasal orang melayu tidak lagi sedar bahawa kedudukan orang Melayu, kedudukan Agama Islam, kepentingan orang Melayu semua nya dilindungi oleh Majlis Raja2 Melayu?

Raja2 tak pernah titah orang macam Ibrahim Ali jadi jurucakap Raja2 Melayu. Orang UMNO sahaja yang hidung tak mancung, pipi sorong2 nak jadi juara Raja Melayu. Takde Raja cerdik kah? Takde Raja yang pandai bercakap jika kepentingan mereka diancam? Malu Raja2 Melayu kalau jurucakap dan juara mereka orang standard Ibrahim Ali.

Raja Melayu tidak perlu takut kepada UMNO. Yang mereka mesti takut ialah suara majoriti rakyat. Kalau Raja zalim dan tidak adil kepada mereka, rakyat akan berontak. Kalau Raja Melayu tak jaga diri, selalu mabuk, berpoya poya, berjudi, malukan Agama Islam- rakyat akan marah Tuanku. Maka lebih baik jaga hati rakyat daripada hati UMNO. UMNO- kecik sangat. 3.2 juta dari 18 juta orang Melayu. Lebih baik Raja2 Melayu ambil hati 15 juta orang Melayu dari layan karenah dan ugutan UMNO.


Kecuali lah Majlis Raja2 Melayu terdiri dari orang macam Raja Ropiaah. Kalau macam RR, itu jam masa depan Melayu memang terancam. Sebab kalau Majlis Raja2 Melayu dipenuhi oleh Raja kelawar Ropiaah, semua benda akan dijual nya. Guppyunit? Jual kat Cina. Astacanggih? India. Lelong dan jual semua.

Nak tukar kedudukan Melayu? Agama Islam? Institusi Raja2- semua mesti diperkenankan oleh Majlis Raja2 Melayu. Bukan bergantung pada UMNO.

Kembali kita kepada pendedahan Deepak. Kegunaan Deepak kepada kita ialah butiran pendedahan dia. Dia? Tak perlu layan pun tak mengapa. Dia kawan baik Dr Mahathir, hartawan USD44 billion. kita hairan- parti yang didakwa dipilih oleh Allah banyak melalukan kejahatan. mustahil Allah pilih parti jahat.

MINDEF membisu seribu bahasa- Puspahanas tak ada, tapi duit dah bayar ke Raja Ropiah. Siapa petualang dalam MINDEF yang membenarkan RR jual satu lot kepada Guppyunit? Mengikut peraturan, tanah 223 ekar itu mestilah di park kan dalam sebuah syarikat bernama Cebur Megah. Tak boleh keluar selagi si Raja Ropiah ni tak siap Puspahanas. Mesti ada pembelot dari MINDEF yang kautim dengan Raja Ropiaah- pakat boleh jual. RM2 juta dan kemudahan OD RM16 juta. Wa halalun kalau kongsi sama. Tangkap !

Apa ilmu Raja Ropiah pakai sehingga dia boleh sedut duit dari Deepak kita tak tahu. Itu Deepak punya hal. Kamu gatal nak bayar RM13 juta dan beri sumbangan RM8 juta. Sumbangan itu ada rekod tak? Atau disapu jugak oleh Raja Ropiaah?

Jadi kalau tanah itu masih dalam nama kerajaan, apapasal Baktwira anak syarikat Boustead bayar kepada Raja Ropiaah RM130juta? Apa pasal tak beli dari kerajaan? Tanah 223 hanya dapat kat Raja Ropiaah bila dia siap Puspahanas. Mana nya?

Kenapa beli Astancanggih dengan harga RM30 juta? Antancanggih bukan pemilik tanah 223 ekar tersebut. Kecuali hak milik keatas beberapa lot sudah dipindahmilik kepada Astacanggih. Kalau berlaku pindahmilik, seoalan serupa- siapa pengkhianat dalam MINDEF yang benarkan Raja Ropiaah pindah milik? Bukan harta kamu atau harta bapak kamu? 

orang Melayu kena tipu oleh UMNO. Raja2 Melayu pun UMNO tipu. wow! 

http://sakmongkol.blogspot.com/2013/01/orang-melayu-umno-tipu-raja2-melayu-pun.html

Friday, December 21, 2012

Apa untung nya Melayu jika UMNO tewas....

Soalan nya ialah apa untung nya Melayu jika UMNO tewas, bukan apa rugi nya mereka kalau UMNO tewas


Pemilihan anggota CEC dalam DAP tiba2 jadi isiu yang hangat. Mengapa demikian? DAP bukan parti komponen BN. MCA yang sama usia dengan UMNO tidak ada bangsa Melayu. MIC pun demikian juga. UMNO pun tidak ada bangsa Cina. Persoalan pokok nya, janganlah kita hendak memaksakan nilai yang kita pegang keatas parti lain. Tahulah DAP dan Melayu dalam DAP membuat adjustments nya. Yang paling penting DAP bersama PAS dan PKR mahu menumbangkan UMNO yang rasuah, korap dan penindas bangsa sendiri. Amat benar kata Zaaba 80 tahun yang lebih, penindas yang zalim sekali ialah dari kalangan bangsa sendiri.

Apa pasal orang Melayu yang beragama Islam mahu meletakkan masa depan, keselamatan mereka, rezeki mereka kepada UMNO? UMNO hanya sebuah parti politik dan tidak boleh menyamai Tuhan. Dan orang Melayu sudahpun insaf bahawa tanpa UMNO, mereka tetap boleh hidup bahkan menikmati kehidupan yang lebih baik daripada bergantung kepada UMNO.

Orang Melayu di Selangor, Kelantan, Kedah, dan Pulau Pinang dan Perak sebelum rampasan kuasa oleh UMNO hanya perlu bertanya- adakah kehidupan mereka dibawah PR lebih baik dari kehidupan dibawah UMNO? Jika jawapan nya ya, maka mereka sudah bertemu dengan jawapan kepada samaada Melayu akan rosak binasa jika UMNO tewas. Mari kita berhenti dari diperbudak budakkan oleh UMNO dan ditakutkan oleh UMNO supaya mempercayai bahawa tanpa mereka, Melayu akan binasa.


Melayu yang masuk DAP dihina sebagai murtad, tukar bangsa dan jual bangsa. Eloklah kita nyatakan disini- kita tetap Melayu- yang cina itu biarlah dengan cina mereka. DAP hanya landasan politik sahaja. Bukankah lebih baik masuk PKR atau PAS? Saya syorkan kepada mereka ini- berhentilah jadi bodoh. Kita hendak lawan dengan kamu, kamu mahu tentukan parti mana kita mesti masuk? Peduli apa parti mana yang kita pilih- yang penting kita hendak lawan UMNO. UMNO yang bersenapang ajak kita lawan, tapi mereka menetapkan parang dan pisau mana kita pilih. Tapi inilah suara yang datang dari parti yang sekarang ini dianggotai oleh orang yang bermutu rendah. bukan saya kata- Dr Mahathir yang kata. Yang cerdik masuk DAP, yang pandai masuk PKR dan yang bijak masuk PAS. Jadi apa yang tinggal dalam UMNO? Half past six punya orang.

Melayu dalam PAS, PKR dan DAP tidak kurang sentiment keMelayuan nya dari Melayu dalam UMNO. Orang UMNO tidak perlu cakap besar mereka lebih utamakan agama, bangsa dan negara. Kita bukan tak tahu latar belakang kamu.

Hanya mereka berada dalam parti politik yang berlainan. Orang Melayu hari ini bukan lagi kerja mereka menaksir jika UMNO kalah apa jadi kepada orang Melayu dan perkara2 yang dekat dihati mereka? Kita bukan budak kecil atau yang terencat fikiran yang mesti dijaga oleh UMNO. Dalam pada jaga itulah pemimpin UMNO ambil kesempatan dan malakukan rasuah dan lain2 penganiayaan terhadap bangsa sendiri.

Cuba kita tanya, soalan yang lebih penting- boleh kah kita letakkan masa depan bangsa , agama dan negara dalam tangan perasuah, pengurus yang tidak cekap dan pemimpin yang zalim? Negara maju kalau pengurusan nya diletakkkan dalam tangan pimpinan yang baik yang mempunyai kebolehan, keupayaan, dedikasi dan komited kepada mendukung kepentingan rakyat. Ini soalan yang lebih penting daripada bertanya apa masa depan UMNO. UMNO tidak ada masa depan sebab pemimpin mereka rasuah, zalim dan tidak cekap. Rakyat tak boleh amanahkan negara ini dalam tangan puak UMNO.

Kalau UMNO utamakan orang Melayu, mereka tidak jual tanah reseb Melayu. Kalau UMNO utamakan Islam, pemimpin tak senyum dan tumpang gembira bila orang kafir MCA mempersendakan dan mengejek agama Islam. Kalau UMNO sayangkan raja2 mereka, mereka tidak mebiarkan raja melakukan kezaliman dan kejahatan dan penganiayaan sebab rakyat akan benci raja2 Melayu kalau dibiarkan. UMNO biarkan sebab mereka boleh ugut raja2 Melayu kalau tidak ikut UMNO, maka masa depan raja Melayu yang diancam. Yang mengancam? UMNO!

Orang UMNO selalu bertanya- bayangkan apa kerugian orang Melayu kalau UMNO kalah? Cuba kita tanya dari sudut yang berlawanan. jika UMNO kalah, apa faedah yang orang Melayu dapat? Apa kebaikan2 nya? Bukan nya, kalau UMNO kalah, orang Melayu boleh terus hidup atau tidak, agama Islam akan terjaga atau tidak, raja2 Melayu akan terus ujud atau tidak.

Semua perkara2 ini tidak pun terancam kalau UMNO kalah. UMNO bukan Tuhan yang dipuja oleh penyokomg nya. Seolah olah nya, kalau UMNO tidak ada, kepada setengah orang, dunia mereka kiamat. Dunia kiamat kepada mereka yang dapat tender secara runding terus, yang buat rasuah, yang guna kedudukan untuk kayakan diri. Pendek kata dunia kiamat untuk mereka yang mendukung suatu system yang beri ganjaran kepada yang kurang berkerja dan yang bertenggek atas system tersebut.

Rakyat benci melihat, mereka yang ambil jalan pintas, yang mengguna hubungan politik, kedudukan mendapat ganjaran lebih dari mereka yang kerja dengan jujur, yang belajar tinggi dan sebagainya. Jika sitem demikian terus diamalkan, bagaimana rakyat mahu berkerja keras dan jujur jika melihat dalam hidup, matlaon dan kaki haprak lebih berjaya dari kita. Itu system yang didukung oleh UMNO dan para pemimpin nya gagal mengubah system tersebut.

Apakah orang Melayu akan sejahtera dan ekonomi mereka bertambah baik? Selama diperintah UMNO- pemimpin UMNO sendiri mengakui bahawa orang Melayu mengemis dalam negara sendiri. 8.5 juta hidup dengan pendapatan RM1500 kebawah. Itu 47% dari penduduk bangsa Melayu. Kalau dikira pendapatan RM3000, 70% adalah Melayu. Apa faedah yang orang Melayu dapat sejak diperintah oleh UMNO?

http://sakmongkol.blogspot.com/2012/12/soalan-nya-ialah-apa-untung-nya-melayu.html

Tuesday, November 6, 2012

Nik Abduh - Adakah kekal beragama Islam adalah satu paksaan?


Salam Palestin,

Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal tuhannya sebagaimana non muslim.

Kelahirannya sebagai seorang muslim itu juga adalah satu ganjaran besar Allah kepada kedua ibu bapanya yang istiqamah dengan iman dan Islam sepanjang hayat mereka. Dengan itu, menjadi mudahlah bagi mereka untuk mendidik anak-anak kepada Islam. Anak-anak adalah amanah yang diperlu dijaga, tidak dikhianati dan akan ditanya Allah nanti.

Oleh kerana ia satu anugerah agung daripada Allah, adalah pelik dan tidak logik jika anugerah itu dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.

Bukankah Islam itu agama fitrah yang lahir bersama kelahiran dirinya?

Bukankah Islam itu saudara akalnya yang turut membesar, matang dan baligh bersama tumbesaran fizikalnya?

Bukankah ibu bapanya yang muslim sentiasa di sisinya menjadi tiang yang gagah untuknya bergantung dan meminta pertolongan?

Justeru seorang muslim semenjak lahir tidak berhak menukar ugamanya atau murtad. Ia adalah satu penderhakaan dan penghinaan terhadap tuhannya, ugamanya, ibu bapanya dan juga masyarakat. Ia telah sengaja mendatangkan kesusahan dan fitnah terhadap ugama Islam dan penganutnya.

Jika dia keliru dan was-was dengan ugamanya akibat sebab-sebab peribadi dan tertentu yang boleh menyebabkannya menyimpang daripada landasan istiqamah masyarakat Islam di sekelilingnya, maka dia mestilah merujuk atau dirujuk kepada masyarakatnya itu yang diwajibkan oleh ugama untuk berperanan dan bergandingan menjaga ugama dan iman setiap individu muslim di kalangan mereka.

Islam adalah ugama hujjah akal dan diperkuatkan pula dengan petunjuk al Quran yang penuh keterangan menakjubkan yang menjadi mukjizat agung kehidupan. Maka ruang syaitan adalah tertutup rapat untuk memurtadkan individu muslim dalam sebuah masyarakat muslim.

Jika dia masih enggan tunduk kepada kebenaran dan bersedia murtad daripada ugamanya, maka dia sebenarnya adalah pemberontak terhadap Allah, al rasul, ugama dan masyarakatnya. Demi kelangsungan martabat dan kemuliaan masyarakat muslim yang menjunjung Islam sebagai nikmat tertinggi, syariat Islam akan mengancamnya dan mengenakan hukuman keras ke atas kemurtadan. Ia adalah hukuman hudud yang telah nyata daripada Allah sendiri. Hukuman ugama, bukan hanya hukuman daripada masyarakat.

Dia akan ditahan, kemudian diberi peluang masa untuk belajar, bertanya, berhujah dan berfikir bersama ulama berwibawa yang dikira mampu membuka segala kekusutan yang melanda dirinya. Ia mungkin ditahan dan diberi peluang berbulan-bulan, bahkan bertahun sehingga keputusan akhir dibuat. Jika dia sedar, maka dengan izin Allah dia akan bertaubat dan dibebaskan dengan sambutan lega masyarakat. Jika sebaliknya, maka hukum Allah adalah paling adil dan layak ke atasnya. Perbincangan lanjut boleh didapati dalam bab hukum murtad di tempatnya.

Pernyataan di atas secara jelas menunjukkan bahawa ayat ‘tiada paksaan dalam berugama’ adalah merujuk kepada hak non muslim untuk kekal dalam ugama mereka sebebas-bebasnya. Itu satu hak yang Allah berikan kepada manusia untuk memilih ugama masing-masing. Tiada pemerintah muslim yang berkuasa atau sesiapa pun boleh memaksa non muslim untuk memeluk ugama Islam.

TETAPI, jika Allah telah membuat pilihan (menjadikan manusia dilahirkan sebagai muslim), maka manusia itu tidak hak untuk melanggar pilihan Allah ke atasnya.

Bagaimana dibayangkan seorang muslim dipaksa untuk menjadi muslim? Bukankah dia itu telah muslim?

Bagaimana dibayangkan haknya untuk menukar ugama? Bukankah itu melanggar hak Allah dan hak maruah ibu bapanya juga? Bagaimana dianggap hak jika ia melanggar hak yang lain??

Adapun seorang muslim yang murtad di negara bukan Islam dan di luar masyarakat Islam, maka tiada hukuman murtad ke atasnya di dunia, tetapi dia tetap dilaknat Allah sehinggalah dia bertaubat. Dia tidak akan diburu di dunia oleh masyarakat Islam. Kekurangan bantuan sosial ke atas ugamanya menjadikan hukuman duniawi adalah tidak terpakai untuknya.

Kemudian, bagaimana seorang bukan Islam jika dia memeluk Islam? Bukankah itu melanggar hak ugama asalnya dan masyarakat non muslim? Mengapa Islam melarang di sini dan membenarkan di sana?

Carilah jawabannya. Ia pasti menyeronokkan untuk lebih berilmu. Tetapi bukan di sinilah. Saya berhenti di sini dulu. Jika diizin, saya tulis lagi.

Bersama menyintai ugama Islam. Ugama terbaik dan terpilih dari tuhan pencipta alam. Allahu akbar wa liLlahil Hamd..

http://nikabduh.com/2012/11/06/adakah-kekal-beragama-islam-adalah-satu-paksaan/

Sunday, September 16, 2012

BN akan menang selagi pribumi berjiwa hamba...!!!!


Salah seorang yang terlibat dalam penubuhan UMNO ialah pendita Zaaba atau Zainal Abidin bin Ahmad. Kalau ikut Zaaba nama asal nya ialah United Malays Oragnization. (UMO) Dia seorang cendekiawan, pemikir dan pendidik yang terkenal. Yang beri dia gelaran pendita- sage atau bijaksana ialah Tun Razak kerana memperakui ketajaman dan kehalusan fikiran.
 
Pada umur yang awal, Zaaba telah memikirkan dan menulis mengenai topik2 sosial dan ekonomi dan politik. Dalam tahun 1921, beliau  menulis banyak rencana atau artikel yang tinggi mutu nya dalam Bahasa Inggeris menerusi akhbar Malay Mail. Rencana2 asal dalam bahasa Inggeris kemudian nya banyak di terjemahkan kedalam bahasa kita, bahasa Melayu.
 
Antara topik atau isu yang sangat diperhatikan oleh Zaaba ialah sebab2 orang Melayu ini miskin, mundur dan jauh ketinggalam dalam perlumbaanhidup.  Kepada Zaaba, kemiskinan orang Melayulah itu yang menjadi suatu sifat yang terlebih sebati dengan orang Melayu dsebabkan 2 perkara. Pertama mengikut Zaaba ialah:-

1.     Keadaan agama Islamnya dan iktkad2 kepercayaannya yang telah jatuh beberapa rendahnya daripada ketunggalan dan kebersihannya yang asli, pada hal iktikad2 ugama itulah yang memerintahkan segala jalannya dan gerak gerinya di dalam dunia ini.

2.     Kedua megikut Zaaba ialah kezaliman oleh pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri. Kezaliman yang dimaksudkan ialah beratus ratus tahun lamanya mereka telah kena perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas ditangan pemerintah2 nya yang pada zaman dahulu itu. yang demikian itu menjadikan bangsa Melayu mewarisi kepada beberapa tabiat perangai dan kebiasaan yang lemah dan rendah dan menjadi kelaziman keatas mereka. Perwarisan laku perangai dan tabiat yang rendah2 ini lah yang menjadi acuan menempa akan orang Melayu ini kepada rupa bentuk hari in.
 
Keadaan2 yang menjadi kelaziman kepada orang Melayu ini, mengikut Zaaba menjadi keperangaian kedua pangkat nya dari keperangaian kesemulajadian orang Melayu itu. dari suatu sudut kedatangan British ke Tanah Melayu ini ada faedah nya.
 
Apakah kesan positif kedatangan Inggeris tanya Zaaba?- kesan positif nya ialah melepaskan orang Melayu daripada kejahatan dan kebuasan tuan2 penghulunya seperti yang telah lalu itu. iaitu kebuasan dan kebinatangan puak feudal.

Namun demikian kedatangan Brtish itu tidaklah dapat ia melepaskan yang telah tertempa bentuknya dalam tuangan perkelilingan tatkala zaman azab sengsa dahulu itu.

bangga dapat bergambar dengan orang Inggeris! 4 purnama tak habis cerita!

Apa matlamat orang Melayu sebenarnya?
 
Mengikut Zaaba- dan masa sekarang hanyalah tinggal lagi kerja2 kita mesti menghapuskan segala kehasilan keji keji dan malang yang telah jadi daripada kesalahan zaman dahulu itu dan berpalinglah serta buat akan pemulih dan pengganti segala taksir yang telah sudah itu.


Makna nya, perjuangan orang Melayu yang sebetulnya ialah membuang segala laku perangai dan tabiat yang rendah yang sudah tertempa berkurun lama nya oleh pemerinatahan bangsa mereka sendii yang buas, dan zalim yang picit, ramas dan perah bangsa mereka sendiri.
 
UMNO mewakili pemerintahan jenis yang demikian itulah.

Tuesday, August 14, 2012

Melayu jangan kena tipu lagi dan lagi dan lagi

Saya tak nak percaya takdir atau destini orang Melayu ialah mereka kena tipu sepanjang zaman. Inilah dia akibat bersetia dalam mati. Komrad Kassim Ahmad semasa dia sibuk bersosialis dahulu ada buat sajak. Bunyi nya: Sekian lama kita mati dalam setia. Kali ini kita hidup dalam durhaka.
Tidak mengapa kalau dia sendiri tidak percaya lagi tentang apa yang dia tulis. Rakyat terutama orang Melayu, kalau mahu kenal erti hidup mesti durhaka.

Kita kian hampir menyempurnakan ibadat puasa. Kena lah tahu beberapa iktibar dari ibadat puasa tersebut. Menahan lapar, dahaga dan menjauhi dari menggauli isteri. Ertinya, melatih diri meninggalkan kebiasaan. Perkara yang biasa dalam hidup manusia ialah makan, minum dan menggauli isteri. Tuhan suruh tinggalkan kebiasaan2 ini. demikian juga, kebiasaan orang Melayu ialah mengundi dan menyokong UMNO. Jadi tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO, sokong PR.

Hidup orang Melayu tidak ada makna jika asyik menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Jangan sekali kali membiasakan diri menerima penentuan yang dibuat oleh orang lain. Ini yang UMNO suka buat. Ia menghambakan orang Melayu. Apa istimewanya mereka? Banyak mana cerdiknya mereka.


Ada termaktub di mana-mana, PM Malaysia mesti berbinkan Tun Razak, berbinkan Hussein Onn, berbinkan Mahathir? tidak ada. Ada disebut dalam mana-mana kitab, bahawa semua fkiran yang datang dari Najib mesti ok punya atau terbaik? Janganlah kita taksub sangat dengan pengunggulan sesuatu tokoh. Meraka tidak ada lebih dari kita dan  kita pun tidak kurang dari mereka.

Orang Melayu mesti membebaskan diri mereka dari belenggu penjara minda. Kita memilih dan mendaulatkan seseorang bukan sebab dia berbinkan sifulan2- tapi kita angkat pemimpin berdasarkan apa yang dia boleh sumbang dan berdasarkan kelebihan yang dia ada.

Kalau orang Melayu hendak majukan diri mereka mesti membiasakan diri dengan nilai2 kejayaan dan pencapaian dan kesewarjagatan( achievement values and universalism). Apa makna nya istilah2 ini?

Maknanya, seperti dalam masyarakat yang lebih maju, semua orang dinilai mengikut apa yang dia boleh lakukan dan bukan mengikut siapa mereka. Siapa mereka tidak penting lagi. Seorang anak petani yang berwibawa dan ada kemahiran lebih berguna dari seorang anak bangsawan yang bodoh. Dalam masyarakat moden dan maju, sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk apa apa jawatan berbanding hanya di tentukan boleh melakukan kerja2 yang ditetapkan oleh masyarakat. Contoh: orang dari kasta bawah hanya boleh bekerja sebagai tukang cuci tandas. Walaupun dia ada ijazah kolej atau university, disebabkan dia datang dari keturunan yang tak betul, dia tidak boleh buat keraja yang lebih mulia.

UMNO suka prinsip ini sebab bolehlah mereka menentukan yang jadi PM mesti datang dari keluarga bangsawan dan elit. Bodoh pun takpe, apa keturunan itu penting. Itu UMNO. Rakyat menolaknya.

Kalau kita terima asuhan UMNO, orang Melayu akan feudal. Feudal ertinya, majoriti rakyat akan dihamba abdikan. Elit Melayu turun temurun akan memerintah Melayu kebanyakan walaupun yang memerintah bodoh dan bebal. Yang di bawah tidak akan dapat naik ke atas, kerana ini ketetapan hidup. Selagi kita tidak mempersoalkan ketetapan sementara ini maka selama itu kaum Melayu akan tertindas.

Cuba orang Melayu berfikir - apa sebab mereka lebih mundur dari kaum Cina misalnya? Walhal Melayu dan Cina terdedah kepada cuaca yang sama, kepada persekitaran yang sama. Namun, kaum Cina lebih maju dalam ekonomi berbanding dengan orang Melayu. Apa pasal?

Persekitaran yang sama menghasilkan keputusan yang berlainan? Macam mana boleh jadi begini? Jawapan nya kita dapati dengan membezakan nilai2, motives, serta insitusi sosial dan politik. Orang Melayu mundur sebab institusi politik mereka UMNO. Orang Melayu mundur sebab institusi sosial mereka memihak kepada golongan bangsawan dan elit. Orang Melayu mundur sebab nilai2 yang mereka pegang menyekat mereka dari kebebasan. Yang jadi penyekat sebetulnya ialah UMNO. Jadikan orang Melayu penakut dan sentiasa bergantung kepada UMNO. Itu pasal UMNO mengeksploitasi orang Melayu.

Orang Melayu kalau hendak maju mesti ada semangat jebat yakni enggan menerima secara babi buta. Kita Melayu mesti ada budaya enggan menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Kebiasaan mencabar sesuatu kedudukan, pandangan akan melahirkan Melayu yang robust dan rugged.  Dengan cara ini timbul Melayu yang ada jati diri dan tidak takut untuk bersaing.

Tapi sentiasa ditipu oleh UMNO, itulah yang terjadi. Pimpinan untuk bangsa Melayu ini bagus setakat Hussein Onn sahaja. Mulai Dr Mahathir - nasib orang Melayu menjadi lebih teruk. Memang benar kita ada pembangunan fisikal yang menakjubkan- tapi nikmat merasai pembangunan tersebut lebih untuk orang Melayu yang terpilih, dipilih oleh Mahathir. Nikmat kemajuan dan pembangunan dirasai lebih oleh kaum lain yang mempunyai kuasa ekonomi. Rakyat terbanyak terus bergantung kepada kerajaan. Bergantung maknanya mereka tidak merdeka dan tidak ada pilihan.

Selama 22 tahun di bawah pemerintahan Mahathir, 6 tahun di bawah Pak Lah dan sekarang di bawah Najib, demikianlah nasib orang Melayu. Ya - Najib pun tipu orang Melayu. Rakan baik dia semua tauke Cina tapi dia biarkan UMNO menghasut orang Melayu berkelahi dengan Cina dan India.

Asyik kena tipu. Ingatlah pengajaran berpuasa. Meninggalkan kebiasaan. Tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO. -  

http://sakmongkol.blogspot.com

Tuesday, July 31, 2012

Mitos ekonomi UMNO untuk orang Melayu

– Oleh Muhammad Nazreen

Memang, wujud perkaitan rapat di antara pengaruh ekonomi dan kesannya terhadap kelangsungan hubungan etnik di Malaysia. Ini bukanlah perkara yang salah. Jadi, dasar inilah yang memacu UMNO menggunakan ketakutan di kalangan orang Melayu yang merasakan terancam dengan dominasi ekonomi Malaysia daripada kelompok minoriti.

Faktanya dipesongkan supaya kelihatan dominasi ekonomi menjadikan acuan kepada tekanan perkauman. Penulis terpanggil untuk menjernihkan kekalutan yang diciptakan selama berpuluh-puluh tahun supaya UMNO terus gagah merompak harta rakyat.

Sebenarnya, ada asas yang lebih meyakinkan kita bahawa tidak wujud dominasi ekonomi atas dasar perkauman. Di sini, penulis mencuba untuk menjelaskan penipuan yang terselindung selama ini.


1. Hukum asas pasaran

Pertama, asas hukum pasaran bertentangan dengan sesuatu identiti. Pasaran berdiri di atas dua sebab: a) adanya Permintaan (Demand) dan Pembekalan/Penawaran (Supply). Hukum pergerakan ekonomi ternyata sah dengan kehadiran dua perkara asas ini. Penulis merasakan secara asasnya pasaran tidak mengenal warna kulit dan identiti untuk dijana.

Sebagai contoh,bayangkan A,B,C dan D merupakan aktor industri di dalam pasaran. A menjual beras daripada B. B menjual nasi kepada C. C menjual nasi goreng daripada D. Lalu, A membeli gula daripada D, D membeli air daripada C dan B membeli air sirap daripada A. Jadi, di sini kita lihat bahawa kebergantungan ekonomi secara idealistiknya hanya bergantung kepada ‘bargaining power’ yang ada dari sesuatu pembekal dan pengguna.

Ternyata, kuasa ekonomi asas bergantung kepada pemilik modal yang tidak ditentukan menerusi sesuatu identiti tetapi secara hukumnya ditentukan menerusi nilai permintaan dan pembekalan.

2. Permuafakatan kuasa politik

Kedua, penjelasan di atas mungkin kelihatan terlalu simplistik. Jadi, penulis ingin membawa kita kepada perbincangan yang lebih mendalam. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran, Malaysia mempunyai kuasa untuk mengenakan kawalan dalam tindakan-tindakan makroekonomi. Kerajaan berhak menentukan dasar-dasar kawalan ekonomi seperti kawalan fiskal dan monetari.

Lantas, ekuiti pembahagian kekayaan terletak pada keputusan kabinet. Soalan seterusnya adalah apakah dasar-dasar ekonomi yang diluluskan kabinet tidak mempunyai pengaruh dan kuasa politik? Sudah tentu tidak.

Berbalik kepada perkara seterusnya, kuasa politik di Malaysia berdiri di atas permuafakatan kaum dan bertujuan menjaga keharmonian semua sebagai warganegara. Jadi, persepakatan politik di antara kaum-kaum menjadikan bahawa sebarang tindakan makroekonomi yang diambil kerajaan perlulah mengambilkira semua kelompok dan tidak ada kelompok yang tercicir sekiranya kerajaan benar-benar melaksanakan tugas mereka.

Kerjasama Pakatan Rakyat di kalangan parti politik seperti PKR, DAP dan PAS misalnya merupakan contoh permuafakatan politik yang melintasi persoalan kaum sebagai perkara utama.

Bagi Pakatan Rakyat, ruang persefahaman di antara mereka yang mewujudkan momentum supaya persoalan asasi melibatkan kepentingan semua dapat terjamin.

Jadi, kelompok-kelompok di dalam Pakatan Rakyat membentuk suatu gabungan yang cakna supaya tiada golongan yang tertinggal. Jadi, apakah gabungan politik ini bakal menyisihkan sesetengah kaum? Tentu sahaja tidak.

3. Dasar Ekonomi Baru dan tindakan afirmatif

Ketiga, mekanisme ekonomi di Malaysia merupakan sebahagian daripada tindakan afirmatif. Tindakan afirmatif bermaksud dasar yang mengambil faktor agama, ras, etnik, orientasi seksual dan kewarganegaraan sebagai pertimbangan supaya tiada golongan yang tertinggal daripada agihan kekayaan, pekerjaan dan hak sosial.

Perdebatan ekonomi yang berkaitan di Malaysia tidak boleh dipisahkan dengan tindakan afirmatif, di mana ia merupakan suatu tindakan ekonomi yang memastikan bahawa tiada kelompok yang tercicir daripada pembahagian kekayaan negara. Di atas dasar ini jugalah, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1971.

Matlamat asal DEB bertujuan untuk memastikan kaum bumiputera menerima ekuiti kekayaan sebanyak 30% kerana ketika itu kemiskinan di kalangan etnik Melayu menyebabkan dasar afirmatif diteruskan.

Bagi penulis, kemiskinan bukanlah didasarkan atas faktor kaum tetapi sebenarnya merupakan analisa terhadap jurang pembahagian kelas sosial. Jadi, tindakan affirmatif yang murni sebenarnya bertujuan untuk merapatkan jurang kelas bawahan dan kelas atasan dengan menambah jumlah golongan kelas menengah bukan melahirkan pemisahan antara kaum sepertimana yang diterajui UMNO.
Hal ini sekali lagi membenarkan bahawa persaingan ekonomi tidak cenderung kepada hubungan etnik semata-mata tetapi lebih dilihat sebagai perlawanan kelas di antara yang kaya dan yang miskin.

Mitos yang menyatakan bahawa orang Melayu akan hilang dominasi ekonomi sekiranya UMNO dikalahkan adalah suatu mitos yang memastikan UMNO untuk terus survival sebagai pemerintah Malaysia.

4. Minoriti melawan majoriti?

Keempat, perkara yang sering digembar-gemburkan UMNO adalah ekonomi Malaysia kini mengalami ‘minority market domination’ di mana etnik Cina dilihat mempunyai kuasa ekonomi yang mampu menekan warga majoriti iaitu orang Melayu. Dakwaan ini mengatakan bahawa 60% daripada agihan kek ekonomi dikuasai etnik Cina.

Mungkin, dakwaan ini ada asasnya terutamanya tetapi penulis melihat perspektif ini sebagai sesuatu yang bermasalah. Ini kerana keadaan ekonomi kini sudah berubah. Jumlah orang Melayu yang mendapat pendidikan tinggi sudah meningkat dan kini, banyak jawatan-jawatan korporat dan profesional diisi oleh orang Melayu.

Lebih 10 tahun lalu, 28 syarikat yang didaftarkan di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur, 8 syarikat daripadanya atau sekitar 28% menyaksikan wujud kerjasama di antara golongan bumiputera dan etnik Cina. Sepuluh tahun selepas itu, lebih banyak syarikat-syarikat Bumiputera mampu didaftarkan di bursa saham tanpa mempunyai kepentingan terus kepada kerajaan.

Jadi, isu ekonomi adalah persoalan persaingan. Sekiranya, orang Melayu sedia untuk bersaing secara sihat. Isu ketinggalan di dalam peluang ekonomi sebenarnya tidak wujud. UMNOlah yang bertanggungjawab selama ini memberi gambaran palsu bahawa orang Melayu tidak mampu bersaing secara sihat. Ini membuktikan bahawa UMNO mengecilkan kaum Melayu.

5. Pembaziran kerajaan yang melampau dan amalan rasuah

Kelima, masalah ekonomi di Malaysia sebenarnya berpunca daripada pembaziran melampau kerajaan dalam membelanjakan wang cukai kerajaan sewenang-wenangnya. Defisit perbelanjaan negara yang berturutan beberapa tahun sehingga hutang negara memuncak yang mendorong pertumbuhan ekonomi terbantut.

Jadi, golongan yang terkesan daripada pembaziran ini adalah semua rakyat Malaysia bukan orang Melayu atau Cina sahaja.

Pembaziran yang melampau serta skandal-skandal rasuah berskala besar di kalangan pimpinan negara menyebabkan inflasi berterusan tanpa kawalan. Disebabkan ini, negara dirundum dengan beban ekonomi yang teruk
Maka, kita memerlukan urus-tadbir yang cekap, akauntabel dan telus (C.A.T) untuk dilaksanakan oleh badan-badan kerajaan. Misalnya, sistem tender terbuka yang diperkenalkan di Pulau Pinang kini membolehkan ramai kontraktor-kontraktor Melayu bersaing secara sihat tanpa memerlukan kroni-kroni politik untuk mendapatkan kontrak kerajaan. Kesannya, pembahagian tender dapat dilaksanakan secara telus dan berkesan.

Semenjak 2008, kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang membuktikan bahawa mitos UMNO bahawa tanpa mereka, Melayu tidak mampu bersaing adalah tidak benar.

Seraya itu, golongan kontraktor Melayu berjaya meningkatkan lagi efisiensi mereka. Ini merupakan serba sedikit perkara yang dapat membuktikan bahawa orang Melayu boleh bersaing tanpa perlindungan daripada kerajaan, tetapi mampu bersaing dengan baik sekiranya jenayah rasuah dan kronisme dapat dibanteras.

6. Kesimpulan

Kesimpulannya, mitos UMNO untuk orang Melayu yang cuba melaga-lagakan orang Melayu dan etnik minoriti yang lain merupakan tindakan terdesak mereka supaya tembelang mereka tidak pecah.

Demikian, mereka dapat meneruskan usaha merompak wang yang diamanahkan rakyat kepada mereka untuk diberikan kepada suku-sakat mereka. Namun, perkara ini tidak akan berpanjangan jika orang Melayu mula sedar bahawa mereka telah dipermainkan selama hampir 55 tahun. – Roketkini.com

Friday, June 29, 2012

Seandainya Guan Eng yang mahu roboh BB Plaza... Barulah pejuang-pejuang keris akan meraung..!!!

BB Plaza: Hilang satu lagi aset bumiputera

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berasa kesal dan kecewa dengan tindakan kerajaan yang ingin merobohkan bangunan Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) bagi memberi laluan kepada projek pembinaan stesen MRT.

Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad berkata, BB Plaza merupakan aset kepada UDA Holding yang rata-ratanya mempunyai 60 peratus penyewa di kalangan orang Melayu.

Apatah lagi, ujarnya UDA itu sendiri bertujuan untuk membantu golongan usahawan bumiputera.

Menruutnya, BB Plaza yang telah berusia 33 tahun ini juga bukan sahaja sebagai pusat beli belah yang berkedudukan strategik malahan menjadi tumpuan pelancong samada tempatan mahupun antarabangsa.

“DPPWP melihat dengan perobohan bangunan BB Plaza ini, bagaikan menabur pasir ke dalam periuk nasi para peniaga Melayu/Bumiputera di sini.

“Bagaimanakah nasib para peniaga ini nanti?,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tempoh pembinaan Stesen MRT di tapak BB Plaza itu pula memakan masa selama 5 tahun.


Katanya, walaupun terdapat cadangan usaha beberapa pihak untuk membangunkan semula BB Plaza, persoalannya ialah mampukah para peniaga Melayu menampung kos sewa yang mahal.

Sebelum ini, ujar beliau UDA telahpun menjual 2 asetnya paling bernilai iaitu Plaza Warisan dan UO Superstore.

Aset-aset itu, tambah Kamaruzaman telah memberikan keuntungan kepada UDA yang menjaga golongan usahawan Melayu.

Kini, katanya BB Plaza pula ingin dilupuskan.

“Di manakah peranan kerajaan UMNO BN yang kononnya ingin menjaga hak dan keistimewaan orang Melayu?” tanya beliau.

DPPWP, katanya difahamkan bahawa laluan pembinaan stesen MRT yang asal tidak melibatkan bangunan BB Plaza.

Hanya apabila tidak mampu membayar pampasan, maka aset orang Melayu ini dikambinghitamkan, ujarnya.

Justeru, kata beliau DPPWP mendesak agar kerajaan mengkaji semula dan menarik balik cadangan merobohkan bangunan BB Plaza demi survival pengusaha-pengusaha Melayu di Kuala Lumpur.

“Kita tidak menolak sebarang usaha untuk membangunkan dan memajukan bandar Kuala Lumpur ini tetapi janganlah sehingga menindas sesetengah pihak terutama peniaga-peniaga bumiputera yang masih memerlukan bantuan untuk terus bersaing dengan peniaga-peniaga lain,” katanya.

Friday, June 22, 2012

Melayu Dan Semangat Kebangsaan

Bismillahirrahmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr.
Saudaraku,



Orang Melayu yang memperjuangkan Melayu sebenarnya memperjuangkan prinsip yang berlawanan dengan Islam dan perjuangan Rasul. Nabi tidak memperjuangkan bangsa tetapi Islam. Memperjuangkan Melayu itu perkauman. Islam tidak perkauman. Sekiranya Islam itu perkauman...sudah lama Islam tidak sampai di Tanah Melayu ini. Sudah lama Islam tidak berkembang biak di dunia ini.

Memang kita patut bangga@ proud dengan bangsa kita.....tetapi berhati-hatilah agar kita tidak terjatuh didalam lubang "Racist@perkauman" di mana Nabi tidak mengaku umatnya mereka yang memperjuangkan Semangat Kebangsaan.
Kerana Semangat Kebangsaan inilah menyebabkan Kerajaan Islam terakhir iaitu Kerajaan Ottoman Jatuh tersungkur di awal kurun yang ke 19. Kalau tidak, sekarang ini negeri Melaka yang kini dlm Malaysia masih berada dalam pemerintahan Kerajaan Islam Ottoman. Sejarah mecatatkan....Orang orang kafir laknatullah di bawah Pemerintahan Perancis telah cuba menghancurkan kerajaan ottoman ini tetapi tidak berjaya. Berbagai usaha telah dilakukan tetapi malangnya masih gagal. Hingga lah mereka mendapat idea bagaimana untuk menghancurkan kerajaan Islam Ottoman ini.

Semangat kebangsaan ini berasal dari kerajaan kafir Perancis.  Mereka telah menanam semangat Kebangsaan di semua negeri-negeri yang berlainan bangsa di bawah takluk dan naungan Kerajaan Ottoman pada masa itu agar mereka menentang Khalifah Islam yang terdiri dari bangsa Turki. Kerajaan ottoman ini melangkaui dari timur dan barat. Dari Barat sampai ke Bosnia Hezegovinia dan dari timur sampai ke Melaka dan Indonesia.

Orang2 kafir berkata : Wahai kamu yang berbangsa Arab, berbangsa Mesir, berbangsa Kurdish, berbangsa Syiah, berbangsa Libya, kamu sendiri diperintah oleh mereka yang bukan dari kalangan bangsa kamu sendiri. Ini negeri kamu, tanah tumpah darahmu, tetapi mengapa kamu diperintah oleh Khalifah yang berbangsa Turki bukan dari bangsa kamu sendiri. Maka tiap tiap negara Islam, mereka mula meniupkan semangat kebangsaan bermula dalam diri dan masyarakat juga negara agar menentang Kerajaan Islam Ottoman ini.   Apabila ini berlaku, kerajaan ottoman menjadi lemah ekoran krisis dalaman dan pemberontakan dalam negara, maka Perancis dan Libya telah menggunakan peluang ini dengan menghantar tentera bagi menyerang Kerajaan Ottoman dan negeri negeri di bawah takluknya, maka tumbanglah Kerajaan Islam ini di mayapada pada awal kurun yang ke 19. Maka terpecah kerajaan ottoman menjadi kecil.... Libya di bawah jajahan Itali, Mesir di bawah jajahan Perancis dan sebagainya. Dan akhirnya Turki diperintah oleh kerajaan boneka iaitu Kamal Attartuk...Seorang pemimpin boneka yang sangat zalim dan kejam yg tak dapat dilupakan oleh org Islam di waktu itu dan menjadi sejarah di masa kini.

Itulah sebabnya nabi melarang kita memperjuangkan Semangat Kebangsaan, benar kita cintakan bangsa dan negara tetapi jangan racist. Kerana kalau Islam memperjuangkan perkauman maka Islam tidak akan berkembang dan tiadalah bangsa bangsa lain di dunia ini akan menganut Agama Islam termasuklah nenek nenek moyang Melayu kita dahulu.

Wallahualam.
Panglima7