Showing posts with label Mummy Rokiah. Show all posts
Showing posts with label Mummy Rokiah. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Saat Saat Akhir Kerajaan Najib

Oleh Mummy Rokiah

DS Najib telah memberi bayangan bahawa Parlimen akan dibubar pada bila-bila masa sebaik senarai-senarai calun ditapis halus oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan keselamatan.

Dalam masa yang sama DS Najib juga memberi bunga-bunga supaya rakyat tidak usah bimbang akan kehilangan mana-mana pemimpin kerana itu adalah proses biasa dalam dunia politik. Pemimpin datang, pemimpin pergi . Perjuangan parti adalah lebih besar dan penting berbanding individu. Mesej ini jelas bahawa akan berlaku banyak pengguguran pemimpin-pemimpin besar dalam PRU13 yang akan datang. 
 
Jika ini indikasinya maka tidak hairanlah jika ada ketua-ketua UMNO Bahagian yang akan digugurkan kelak khasnya yang banyak masaalah diselimuti isu-isu peribadi seperti harta, wanita dan mabuk kuasa. 


DS Najib sendiri telah bekerja keras menemui rakyat dan rakyat melihat beliaulah PM yang cukup kuat dan rajin turun ke bawah tak ubah seperti bapanya Tun Razak. Pentadbiran DS Najib telah melakukan banyak pendekatan, initiatif dengan berbagai tindakan proaktif malah melebihi jangkauan seperti perancangan jangka panjang untuk kesejateraan rakyat di semua peringkat tidak mengira kaum. 

Kesungguhan ini seharusnya tidak dipolitikkan dan penerusan Wawasan 2020 yang telah diasaskan oleh Tun M adalah hala tuju yang cukup mantap jika di bandingkan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat yang kelam kabut sedang mencari identiti perjuangan. 

Walaubagaimanapun pecutan saat-saat akhir ini tidak akan bermakna jika muka-muka calun yang sudah basi, hapak dan tengik masih di’recycle’ kembali. Bekas KPN Tan Sri Musa Hasan juga sependapat BN harus mengenengahkan muka-muka baru yang berintegriti tinggi dan berjiwa rakyat. 

Jika ini dapat dilakukan dengan sendirinya perubahan akan berlaku di dalam pemilihan UMNO yang akan datang. 

http://mummyrokiah.blogspot.com/

Wednesday, January 30, 2013

Blogger UMNO Kedah pon dah naik pening dengan kelaku cakaq mengcakaq sekarang nie..!!!

KEMELUT UMNO KEDAH - NAJIB USAH BUTA DAN TULI

Oleh: Mummy Rokiah (blogger pro UMNO)

Datuk Ahmad Bashah               Fail - MI
PRU 13 sudah hampir. Bila-bila masa dari sekarang Parlimen boleh dibubar. Kalau diperumpamakan pisang ianya sudah tersangat ranum dan bila-bila masa boleh diramas-ramas untuk dibuat cucor kodok.

Pengerusi BN negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dengan tegas memberi amaran pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi supaya berhenti mengadu domba, bercakaran dan berbalah sesama sendiri. 

Semua ini jelas membuktikan bahawa krisis dalaman bahagian-bahagian UMNO di Kedah masih berterusan, kritikal dan porak peranda. Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri masing-masing sedang memasang angan-angan bercita-cita tinggi untuk menjadi wakil rakyat. 

Mereka dibuai mabuk untuk berkuasa kerana ‘over confident’ bahawa PAS akan kalah dalam PRU13 nanti. Apa yang sedang berlaku cuba ditutup dari pegetahuan Presiden Parti DS Najib. Mereka akan berasak-asak mencium tangan DS Najib setiap kali lawatan DS Najib ke Kedah konon untuk tunjuk ‘everything is OK boss’. Tetapi semuanya ibarat bangkai gajah yang sudah tidak boleh ditudung lagi. Tudung kepala nampak kaki,tudung kaki nampak gigi. 

Menurut maklumat sahih masih terdapat bahagian UMNO di Kedah di mana perbalahan di antara Ketua Bahagian dengan Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Penerangan, Ketua Wanita, Ketua Puteri begitu parah sekali ‘bagai tongkang nak pecah’. Masing-masing mengheret penyokong masing-masing ke majlis anjuran masing-masing. Masing-masing mendabik dada masing-masing konon namanya akan diumum menjadi calun dan tidak dapat tidak semua mesti sokong beliau dari sekarang. 

Malah ada yang mendabik dada konon dialah yang bakal menjadi calun kerana kawan rapatnya adalah menteri kabinet yang disayangi presiden parti dan setiap majlis beliau dihurung seperti semut menghurung gula. Malah yang mengharubirukan lagi kedengaran kata-kata di belakang bahawa akan ada segelintir penyokong si anu bin si anu akan melancarkan boikot secara halus jika ketua mereka yang mereka tatang bagai ‘tokong hindu’ itu tidak disenarai sebagai calun PRU13 yang akan datang. Mereka lupa bila tongkang pecah kata Yus Jambu Maharajalawak Mega ‘apa pun tak dapat’. Ibarat peribahasa Melayu ‘Jong Pecah Yu Kenyang’.

Sinario hari ini, hakikatnya banyak aktiviti dan program yang dianjur oleh Bahagian-Bahagian UMNO di Kedah tidak mendapat sambutan langsung dan keseluruhan yang hadir hanyalah muka yang sama, kumpulan yang sama dan kelompok yang sama, bertepuk sorak syok sesama mereka sahaja. 

Menurut maklumat lagi untuk mengumpul 300 orang pun susah di dalam program ceramah yang dianjur UMNO. Malah di kalangan mereka sendiri pun ada yang tidak hadir kerana boikot dan tidak sebulu dengan jawatankuasa yang menganjurkan. Hanya apabila ada aktiviti yang melibatkan Presiden parti dan Timbalan Presiden parti maka berduyun-duyunlah rakyat hadir untuk mendengar apa pula pengumuman bantuan baru yang bakal digula-gulakan. 

Berbeza dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan NGO yang lebih mendapat sambutan dan ikhlas berjuang untuk agama Islam dan bangsa tanpa mengharapkan habuan. Tetapi yang menyedihkan aktiviti-aktiviti NGO ini seringkali dijauhi oleh kumpulan-kumpulan UMNO ini malah aktiviti mantan PM Tun Mahathir di Kedah pun mereka tidak hadir kerana Tun sudah tidak berkuasa lagi untuk mengumumkan gula-gula. Sebaiknya UMNO yang mendapat agihan peruntukkan yang banyak bagi menjalankan aktiviti harus menyokong usaha NGO-NGO ini. Mereka harus sedar segala aktiviti-aktiviti NGO yang mendedahkan kepincangan pembangkang ‘milage’ politik itu akhirnya adalah kepada parti UMNO dan memenangan untuk parti mereka juga.

Ramai yang meluahkan komen kata meraka kalau mengharapkan UMNO bergerak 'habuk pun tak ada', mereka masih tak habis-habis bertokak sesama sendiri. Sehinggakan isu kalimah Allah yang diperolok-olokkan dan dimanipulasikan oleh DAP pun mereka gagal menjadi juara untuk mempertahankannya. 

Yang sebenarnya hampir 80 peratus Bahagian UMNO di Kedah tidak membuat kerja hanya gila mengejar kuasa. Jika DS Najib hanya melihat pimpinan bahagian sebagai ‘winnable candidate’ bermakna DS Najib juga buta dan tuli.

Sunday, January 6, 2013

Blogger UMNO pun mula pertikai kenapa takut Haji Hadi muncul di TV..!!

MENGAPA TAKUT HAJI HADI MUNCUL DI TV?



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bimbang jika RTM atau TV3 memberi ruang kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersiaran secara langsung di televisyen selama sejam ia akan merosakkan minda pendengar dan berupaya menggugat keharmonian. 

Kata Khairy tindakan untuk menjelaskan isu Amanat Haji Hadi itu boleh mengundang risiko kepada masyarakat. 

Ramai pemerhati politik yang berkecuali atau yang di atas pagar berpendapat Hadi Awang seharusnya diberi ruang untuk menjelaskan apa sebenarnya Amanat Haji Hadi yang telah memesongkan ramai pengikutnya. 

Masa selama satu jam itu sebenarnya tidak cukup untuk Haji Hadi menebus segala dosa-dosanya jika bersabit amanatnya itu yang terkumpul bertahun-tahun. 

Persoalannya siapa yang mengawal RTM dan TV3 untuk lulus atau tidak penyiaran taubat Hadi ini? Jika terlalu banyak syarat dan songehnya terbuktilah badan penyiaran ini dikawal rapi dan ketat oleh parti-parti politik yang memerintah. 


Di mana keterbukaan dan kebebasan bersuara dalam negara ini seperti yang di war-warkan sesetengah pihak hanyalah laungan kosong sahaja. 

Rating penonton RTM yang paling tercorot jika dibandingkan dengan ASTRO khasnya Maharaja Lawak Mega tidak harus membimbangkan mana-mana parti politik yang memerintah.

Begitu juga rating TV3 yang semakin merudum lebih 58% bukan lagi saluran propaganda yang berkesan. Malah rating Ustaz Azhar Idrus di media sosial lebih mencanak jika di bandingkan dengan Forum Perdana Hal Ehwal Islam di RTM.

Sesungguhnya Haji Hadi bukan calang-calang politikus. Kematangannya telah memerangkap dua badan penyiaran negara ini. Pengundi sudah boleh membaca siapa sebenarnya yang mengawal media negara ini dan ramai yang akan beralih arah merujuk media sosial, blog dan Youtube.

Monday, December 17, 2012

UMNO "Tunggul" Kedah sedang asah parang, cangkul dan tombak...

'WARLORDS' UMNO DI KEDAH SEDANG ASAH PARANG, CANGKUL DAN TOMBAK

“Warlords” di dalam UMNO ibarat tunggul-tunggul gerigis. Tunggul-tunggul adalah perdu pokok yang telah ditebang dan meninggalkan gigi-gigi tajam di permukaan yang dipanggil gerigis. Tunggul-tunggul yang bergerigis ini seringkali menyekat akar-akar muda untuk menjalar. 
 
Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi apabila ditanya tentang ‘warlords’di dalam UMNO yang tidak memberi ruang kepada muka-muka baru (rujuk klik sini UM 14/12/2012) juga tidak menjawab dengan tepat berhubung penyakit ini. 
 
Menurut pendedahan kaji selidik yang dijalankan oleh The Asia Foundation, didapati 58% majoriti belia yang berumur 17-35 menyokong BN dan positif bahawa Kerajaan hari ini adalah terbaik. 
 
Jika tunggul-tunggul gerigis ini masih betunjang dan dilayan seperti VIP oleh pemimpin atasan bermakna generasi ini tidak akan berpeluang menduduki jawatan utama di dalam UMNO Bahagian. 
 
Umpamanya di negeri yang BN kalah Kedah telah terdengar bunyi-bunyi bahawa ‘warlords’ ini sedang mengasah parang, cangkul dan tombak untuk menyelinap mana-mana calun baru khususnya jika calun itu bukan ketua bahagian. 
 
"Tidak dapat kepala telinga depa pulas" kata seorang pemerhati politik.
 
http://mummyrokiah.blogspot.com/2012/12/warlords-umno-di-kedah-sedang-asah.html 

Thursday, December 6, 2012

Blogger BN nasihat puak BN jangan cuba Jolok Bekas KPN MUSA HASAN...!!!

MENJOLOK BEKAS KPN,MUSA HASSAN SEPERTI MENJOLOK SARANG TEBUAN


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bukan lah seorang yang mudah diheret ke gelanggang politik. MR pernah berbual mesra dengannya ketika diperkenalkan oleh Allahyarham Dr Rastina Majid.

Beliau seorang yang mesra dan telus dengan perinsipnya yang tersendiri. Banyak perkara yang beliau tahu tentang kecurangan politik yang orang tidak tahu. Maka tidak hairanlah jika Musa berpendirian teguh untuk tidak terlibat di dalam mana-mana parti politik.

Mungkin Musa keciwa semasa beliau menjadi KPN ada tangan-tangan ghaib politik yang terlibat dalam tugas beliau seperti isu Bersih di mana menteri juga memberi arahan sehingga pegawai bawah sukar menjalankan tugas. 

MR kira Menteri Dalam Negeri yang seringkali dilabelkan sebagai lembik dan kulai terpaksa bangun menunjukkan beliau itu keras. 


Musa harus faham Hishamuddin menerima desakkan dan tekanan hebat orang politik, NGO dan pencinta keamanan. 

Manakala Hishamuddin pulak seharusnya bijak mengimbangkan keutamaaan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. 

Di dalam perjalan menuju PRU 13 yang sudah dekat ini adalah sangat kritikal untuk bertelagah dengan Musa Hassan, bekas KPN kerana Anwar Ibrahim and the gang musuh tradisi Musa Hassan sedang menunggu untuk menangguk di air yang keruh. 

Jangan dijolok Musa Hasan lagi takut beliau terpaksa memuntahkan perkara-perkara yang tidak elok. Sekarang adalah waktu genjatan senjata. Kita tunggu selepas PRU13 kita bertujai lagi. 

dari Blog Mummy Rokiah...!!
http://mummyrokiah.blogspot.com/2012/12/menjolok-bekas-kpnmusa-hassan-seperti.html

Monday, December 3, 2012

Tu dia aihh Sampin Pemimpin UMNO harga sampai RM5000...???

SAMPIN PEMIMPIN UMNO BERNILAI RM5,000 PERSEPSI ATAU REALITI?
 Oleh Mummy Rokiah


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui UMNO berhadapan dengan cabaran masalah persepsi di dalam mengukuhkan imej parti politik tanah air.

UMNO dilabelkan sebagai parti kronisme, elitis, ‘lavish’, sudah tidak mesra rakyat, egois dan korup. Golongan muda di luar melihat UMNO sebagai parti yang ada peluang.
Ada peluang masuk U walaupun result tidak seberapa, ada peluang dapat kerja, ada peluang dapat projek melalui kontek, ada peluang naik pangkat malah ada peluang jadi YB.

Di sekitar perhimpunan agung UMNO 2012 baru-baru ini wakil-wakil mereka mempamirkan wajah-wajah yang berseri yakin menang PRU13 kerana buat masa dan ketika ini Presiden mereka di dalam suhu yang kuat.

Ada wajah yang sudah nampak kecut tetapi dibotokkan atau paling tidak diinjek vitamin C supaya cekang dan merinin untuk memudakan wajah yang sudah tua.

Sampin dan songket berbenang emas berbagai warna tidak kurang bernilai di antara RM3 ribu sehelai malah ada yang RM8ribu.

Pemimpin utama mereka bergentanyangan dengan kereta mewah dan motor besar tergolong di dalam kelab ‘the big boys toys’.

Paling ketara ialah Pak Menteri-Pak Menteri sentiasa dipagari ‘bodyguard’-‘bodyguard’ berwajah bengis mungkin dibimbangi sukar dikawal apabila didekati ramai rakyat kerana ramai rakyat sudah mula terpengaruh dengan ucapan semangat mereka ‘UMNO mesra rakyat’.

Paling tidak pun mereka bimbang diserbu rakyat untuk bersalaman kerana rakyat ingin merasa denyut nadi tangan Pak Menteri yang lembut seperti baldu. Di dalam bas semasa balik dari persidangan tidak kering air lior bercerita kerana dapat bersalaman dengan Pak Menteri.

Di penjuru luar dewan perhimpunan duduk sekumpulan Mak Cik-Mak Cik pemerhati yang datang dari Johor tumpang di meja bulat kami kerana lenguh badan bersimpuh mendengar Ucapan Perasmian Presiden UMNO di laluan pejalan kaki luar dewan persidangan.

Apabila diprovok mereka mula membuka cerita tentang perjuangan UMNO sambil menjamah nasi lemak dan teh tarik PWTC yang berharga RM4/.

Wajah-wajah Mak Cik yang putih berseri bertepung disapu bedak buku nampak seperti sudah berumur dalam lingkungan 60an atau mencecah awal 70an. Katanya biar ditoreh tangan yang berdarah menyokong lain daripada UMNO tidak sekali. Ekpresi wajah Mak Cik yang kedut otomatik menjadi tegang tanpa botok apabila bercakap tentang perjuangan beliau dahulu dan dalam masa yang sama menghentam PAS.

Konklusinya, bukan darjat dan rupa untuk diperkata. Tetapi itulah yang berlaku di depan mata. Bukan UMNO yang berdosa. Tetapi pemimpinnya yang alpa dan leka.

Meminjam kata nasihat Tun M “Pemimpin bukan setakat mesti bersih tetapi mesti dilihat bersih”. 

http://mummyrokiah.blogspot.com/2012/12/sampin-pemimpin-umno-bernilai-rm5000.html

Wednesday, November 21, 2012

BERGELUT DENGAN PERSEPSI -UMNO MASIH BELUM BERSEDIA MENGHADAPI PRU13.


 
Cabaran utama UMNO hari ini ialah bergelut dengan persepsi. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui UMNO berhadapan dengan cabaran masalah persepsi di dalam mengukuhkan imej parti politik tanah air.

Beliau berkata selepas pilihan raya 2004, Umno bukan sahaja berhadapan dengan tohmahan pembangkang yang melabelkannya sebagai parti kronisme, elitis dan korup malah terpaksa berhadapan dengan bekas anggota parti yang kecewa apabila gagal meraih kedudukan politik semasa bersama Umno.

Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung dari 28 Nov hingga 1 Dis ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semua pihak sedang menanti apa perkara baru yang dikatakan perubahan yang UMNO akan pamerkan kelak.

Jika kenyataan Tengku Adnan dihayati dengan mendalam ia membawa mesej bahawa UMNO belum lagi bersedia dengan sepenuhnya untuk menghadapi PRU13 ini. Mereka masih lagi tidak berjaya menghakis persepsi kronisme, elitis dan korup.


Melalui organ propaganda media, ceramah dan pertemuan akar umbi, UMNO masih lagi bermain lagu lama dengan menyeru sepaya pengundi-pengundi jangan menilai individu tetapi harus menilai parti keseluruhan.

Dalam erti kata lain ‘vote the symbol not individual’, pilihlah Dacing walau siapa juga calunnya itu tidak penting. Dendangan slogan ini telah lama bermain dalam setiap kali kempen pilihanraya sehinggalah berlaku kejutan dalam PRU12 2008 bilamana pengundi sudah tidak yakin lagi dengan slogan ini khasnya pengundi baru.

Mereka melihat banyak individu yang dicalunkan yang terdiri dari Ketua-Ketua UMNO Bahagian memenangi jawatan dengan bergelut kuasa dengan politik wang, ‘lavish’, elit dan ego. Mereka tidak dapat menerima individu seperti ini. Akhirnya parti menjadi korban.

Hari ini untuk ‘sedap diri’ UMNO cuba menangkis dengan mengatakan kenyataan itu adalah tohmahan semata-mata dan hanya persepsi sahaja tetapi realitinya mereka masih tidak bersungguh-sungguh mengikis persepsi ini yang ternyata sukar kerana sudah sebati dan menebal dalam kepimpinan mereka. Rakyat sudah boleh menilai di antara keikhlasan dan hippokrasi mereka.

Ada sumber menyatakan bahawa terdapat ura-ura mereka yang telah kalah kerana ditolak rakyat dalam PRU12 akan dicalunkan kembali dalam PRU13 yang akan datang.

UMNO tidak boleh dilihat sebagai ketandusan pemimpin. Jika ini berlaku maka terbukti bahawa perubahan hanyalah janji retorik UMNO dan kepercayaan pengundi kepada UMNO akan terhakis sedikit demi sedikit akhirnya UMNO akan berakhir seperti parti LDP di Jepun.

Aku dan kamu,
Hidup sekarang di zaman maju,
Zaman pendapat baharu, fikiran baharu,
Tidak lagi seperti dahulu-
Zaman kebebasan dan perkembangan ilmu,
Manusia tidak boleh lagi diperlembu.
(Za’ba, 21 Januari 1957)

Friday, November 2, 2012

Blogger UMNO : PAS KEDAH guna strategi diumpamakan seperti ‘air masuk telinga’

UMNO KEDAH KINI MENERIMA AKIBAT KERANA MELETAK KETUA BAHAGIAN SEBAGAI PENGERUSI GLC. 

Depan rakyat kita CANGKUL, Belakang rakyat kita main GOLF
MB Kedah Ustaz Azizan Razak sekarang di dalam rangka melondeh segala kelemahan Kerajaan BN yang terdahulu di bawah pimpinan Ketua Pembangkang, Mahadzir Khalid- Link. Tindakan ini dilihat sebagai kesiapsiagaan persiapan untuk menghadapi PRU13 yang tidak berapa lama lagi. Sedikit demi sedikit kecurangan dahulu akan dapat rakyat nilai dengan waras siapa betul siapa salah. 
Strategi PAS ini diumpamakan seperti ‘air masuk telinga’. Apabila air sudah masuk telinga maka air juga diperlukan untuk masuk kembali di dalam telinga dan telinga ditunggang kembali bagi mengeluarkan air yang terperangkap. Jika tidak saban hari telinga akan berdengung menganggu perkerjaan harian. 
Di antara isu yang terbesar yang melibatkan bebillion ringgit ialah pendedahan pegangan tanah Kerajaan Negeri di Langkawi oleh Kedah Corporation Bhd dan Syarikat Singapura yang melibatkan padang golf di Langkawi. Mantan Pengerusi KCB dan Group Managing Director telah membuat penjelasan-Lihat Penjelasan di dalam usaha menjernihkan tohmahan ini. Walaubagaimanapun penjelasan-penjelasan rambang sebegini akan membuka ruang yang lebih besar kepada PAS untuk mencungkil lebih dalam lagi kepincangan projek tersebut. Ibarat membuka lapang sasar untuk ditembak. 

Inilah akibatnya jika Pengerusi GLC di beri kepada politikus berjawatan maka jawapan-jawapan yang diberikan dilihat rakyat sebagai jawapan politik. Rakyat atau pengundi atas pagar tidak yakin dengan penjelasan ini, hanya yang yakin adalah ‘hardcore’ UMNO di kalangan penyokong tegar mereka sahaja.
Pentadbiran Najib seharusnya mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Pengajaran besar kepada BN dan UMNO ialah tidak mengulangi dengan meletak mana-mana Ketua Bahagian UMNO sebagai peneraju utama GLC. Jawatan-jawatan Pengerusi, CEO, Group Managing Director atau Pengarah Urusan biarlah dilantik dari kalangan professional, mereka yang betul-betul berkelayakan dan berjiwa Melayu. 
Politik dengan perniagaan tidak harus dicampur-adukan. Kesilapan keputusan perniagaan bukan setakat mencemarkan maruah parti tetapi dengan jawatan ini juga mereka akan memperkudakan GLC untuk kepentingan politik peribadi mereka yang akhirnya akan melahirkan putaran politik wang yang ganas. Rakyat akan melihat UMNO sebagai gedung memperkayakan pemimpinnya dan akhirnya UMNO akan hancur seperti 'Semut yang mati kerana gula'.
Hakikatnya gelombang besar yang dilihat bakal merubah Kedah kini tercalar dengan watak-watak politikus yang rakus ketika memerintah. 

http://mummyrokiah.blogspot.com/2012/11/umno-kedah-kini-menerima-akibat-kerana.html

Thursday, October 11, 2012

Anak Mahmud Taib ada RM700juta dalam 111 akaun. Kalahkan Sadiq Sigaraga.

oleh Mummy Rokiah



Bekas isteri putera kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, Shahnaz Abdul Majid mendedahkan hari ini bahawa anak Tan Sri Mahmud Taib mempunyai 111 akaun di beberapa buah negara luar termasuk AS, Eropah dan Carribean.
 
Keseluruhan jumlah wang yang disimpan ialah sebanyak RM700 juta. Di antaranya di dalam Bank Of Swizerland sebanyak RM70.1 juta, HSBC Bank Jersey – RM52.19 juta, RM16.27 juta dan RM29.16 juta di HSBC Bank Hong Kong.
 
Benar atau tidak pendedahan bekas menantu Tan Sri Mahmud Taib ini satu persoalan lain. Rakyat percaya isteri pasti lebih tahu luar dalam parut di badan suaminya. Inikan pulak wang dan harta yang pernah dikongsi bersama semasa dibuai gelora cinta asmara (Pinjam senikata lagu P.Ramlee). Tan Sri Pehin seorang peminat tegar P.Ramlee pasti mengetahui senikata lagu  Jiwa Rasa Gelora, kasih pada teruna, bukan kerna intan permata kerna budi bahasa. 
 
Mungkin senikata P.Ramlee sudah lapuk dalam kes anak Tan Sri Pehin ini apabila bekas menantunya menuntut sebanyak RM400juta termasuk tuntutan mutaah sebanyak RM100juta. Bermula dengan berkasih-kasih akhirnya apabila bergaduh intan dan permata juga menjadi rebutan.
 
Jika rakyat bangun dalam pilihanraya di Sarawak bermakna bergeloralah politik Sarawak hancur taman kencana. Ini sudah melebihi kekayaan Sadiq Sigaraga yang menyimpan di Kongostan dan Goheadgostan.
 
http://mummyrokiah.blogspot.com/2012/10/anak-mahmud-taib-ada-rm700juta-dalam.html

Friday, August 24, 2012

Ini dia winnable candidate BN khasnya kawasan Parlimen Merbok

Rakyat Kedah silap atau UMNO Kedah yang silap?

 
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah mengingatkan rakyat negeri Kedah supaya jangan mengulangi kesilapan dalam memilih kerajaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.
Kononnya kesilapan yang dilakukan pada PRU 2008 perlu ditebus bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara.
Persoalannya siapakah yang membuat kesilapan, rakyat Kedah kah atau kepimpinan BN/UMNO Kedah pada ketika itu? Mustahil rakyat yang membuat kesilapan. Yang sebenarnya rakyat ingin menghukum BN/UMNO Kedah yang ketika itu kerana mereka tidak berjiwa rakyat dan rakyat sudah ‘fed up’ dengan kerakusan kuasa dan harta barisan kepimpinan Kedah dan mereka ingin mengajar BN/UMNO yang sedikit kurang belajar.
Realitinya sehingga ke hari ini suhu sokongan rakyat kepada BN/UMNO Kedah masih terkapai-kapai dan masih memerlukan mesin bantuan hayat. Masih teraba-raba mencari calon-calon ‘winnable’.
Pendekatan soft power Ustaz Azizan dilihat sebagai ‘rakyat friendly’ malah Ustaz Azizan sanggup tidak tunduk kepada golongan radikal dalam partinya sendiri seperti Mahfuz Omar yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd GLC Kerajaan Kedah kerana tidak sebulu dengan Ustaz Azizan.
Ustaz Azizan juga tidak merongkah struktur operating procedure tinggalan Kerajaan BN/UMNO Kedah malah masih menyimpan rapi peti-peti rahsia yang berisi ulat MB Kedah yang sebelumnya.
Mokhzani berkopiah lebai mendekati rakyat di Merbok
Terkini, perkembangan politik Kedah yang menarik sepanjang bulan Ramadan ini yang mendapat perhatian sejuk ialah anak Tun Mahathir. Ramai rakyat Kedah menarik nafas lega apabila Mukhriz disebut-sebut akan menjadi MB Kedah kalau BN/UMNO Kedah kembali menguasai Kedah tetapi tidak ramai yang melihat seorang lagi tokoh anak Tun Mahathir yang tidak kurang pengaruhnya iaitu Datuk Mokhzani.
Beliau dilihat sebagai winnable candidate khasnya kawasan Parlimen Merbok. Kawasan tersebut yang pernah diwakili Tun Daim Zainudin dan Tan Sri Zainudin Maidin adalah kawasan yang berkembang pesat memerlukan tokoh nasional seperti Mokhzani. Menurut sumber beliau bukannya asing di kawasan tersebut malah pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Merbok, Bendahari UMNO Negeri dan begitu kerap turun ke kawasan tersebut sejak 1999 lagi tanpa publisiti murahan. Cuma tangga politik beliau seringkali dicantas kepimpinan UMNO kawasan tersebut.
Kerapkali apabila diajukan soalan kepada beliau, bagaimana jika beliau menjadi calun dalam PRU13 yang akan datang jawapannya adalah beliau tidak bercita-cita untuk menjadi wakil rakyat dan hanya memberi sokongan kepada parti. Realitinya inilah calun yang harus diberi pertimbangan yang tidak gila kuasa.
Dalam sebuah majlis di kawasan beliau baru-baru ini wajah beliau berubah sama-sekali dengan memakai kopiah putih mendekati rakyat akar umbi. Mokhzani adalah calun yang harus diberi perhatian.

http://mummyrokiah.blogspot.com/2012/08/rakyat-kedah-silap-atau-umno-kedah-yang.html

Monday, July 30, 2012

Walaupun Rakyat semakin meluat tapi MENTERI BN dok buat kelaku huduh tuu laa..!!!!

Amalan gangguan Pak Menteri dalam tender Kerajaan.

Nelayan berbisik dengan peraih di Kota Kuala Muda
MR bukanlah orang business. Sedikit pengalaman MR dalam perniagaan ialah semasa di sekolah dahulu sekitar 60an dan 70an menjual sagon (tepung gandum goreng bersama kelapa) dan nasi lemak. Tetapi kegiatan perniagaan MR ini terpaksa dihentikan kerana complaint oleh tauke kantin sekolah mungkin perniagaan beliau terjejas.
Semasa  di sekolah menengah MR membantu bapa menjual Tupperware melalui parti atau kerap dikenali  sebagai parti Tupperware. Parti Tupperware di antara parti yang friendly kerana ia bukannya parti politik yang tak habis-habis berkelahi.
Hari ini semua itu sudah berlalu. Apa yang hendak dibicarakan di sini ialah persaingan perniagaan Bumiputera dalam projek Kerajaan dan gangguan Pak Menteri dalam tender-tender besar Kerajaan.
Sebelum Ramadan MR berkesempatan singgah minum di cafeteria JKR bawah pejabat Menteri Kerja Raya dan terjumpa rakan lama semasa  menuntut di ITM dahulu seorang Jurutera bertauliah sedang mengeluh. Being professional beliau telah menyertai satu tender melalui proses tender terbuka dan keputusan hampir dibuat cuma menunggu surat tawaran. Tetapi kerana gangguan Pak Menteri keputusan ditangguh  untuk tailored kepada syarikat Pak Menteri tersebut.
Persoalannya di sini sejauh mana wujud fair level playing field di dalam tender-tender dan projek-projek Kerajaan? Ramai yang akan tertawa sinis bila mendengar istilah ini. Amalan favoritism yang diamalkan turun-temurun seperti sudah berdaki tebalnya. Iklan-iklan tender dan jawatan yang terpampang di dalam akhbar hanyalah sekadar  ‘ambil syarat’ sahaja untuk memenuhi peraturan tender manakala keputusan telahpun dibuat sebelum iklan tersebut lagi.
Mereka yang genuine untuk bersaing terhegeh-hegeh membeli dokumen tender tanpa sedar mereka adalah mangsa ratahan unwritten rule and system. Maka dengan itu tidak hairanlah peniaga-peniaga berlumba-lumba untuk mencium lutut Pak Menteri dan isteri Pak Menteri. Tebal muka menyondol dalam majlis-majlis Pak Menteri walaupun tidak diundang kerana untuk melobi projek dan memohon surat permohonan mereka supaya ditenyeh oleh Pak Menteri.
Pendeknya, sudah menjadi amalan sebati tender-tender besar Kerajaan juga kena berbisik seperti nelayan dengan peraih ikan di pantai Kota Kuala Muda. Tetapi nelayan bertarung nyawa di Blue Ocean manakala Pak Menteri baru membaca buku Blue Ocean Strategy.

Saturday, June 30, 2012

Blogger UMNO Sound Ketua Pembangkang Kedah dalam Isu KUIN




Petikan dari blog Mummy Rokiah (blog pro UMNO tapi selalu kritik UMNO)

Ketua Pembangkang Kedah meludah ke langit.

Sejak YAB Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengambil alih kepimpinan negeri Kedah perkara yang paling besar beliau lakukan ialah dengan memajukan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan menambahkan 47 program pengajian dalam pelbagai disiplin. Daripada Kulliyyah Usuluddin sehinggalah Kuliyah Hospitaliti dan Halal Services dan yang terkini ialah Fakulti Perubatan dan Kejuruteraan.

Semasa ditinggalkan oleh Mahadzir Khalid selaku Pengerusi KUIN, KUIN hanya menawarkan beberapa pengajian ‘pure Islamic Studies’ iaitu Pengajian Bahasa Arab, Usuluddin, Syariah dan Muamalat Perbankan Islam. Kini KUIN menawarkan pelbagai disiplin pengajian. (Rujuk Program-Program tawaran KUIN).

Akibat anjakan yang begitu besar KUIN telah menjadi sasaran hentaman dan cemburu yang begitu kuat oleh pihak pembangkang di Kedah iaitu UMNO/BN. Ketua Pembangkang DUN Kedah, mantan MB dan mantan Pengerusi KUIN DS Mahdzir Khalid menggesa supaya KUIN balik ke pangkal asal penubuhannya dengan hanya menawarkan pengajian Bahasa Arab, Usuluddin, Syariah dan Muamalat Perbankan Islam. Dalam lain perkataan berbalik kepada Sekolah Pondok. Cadangan ketua pembangkang ini ternyata sekali bertentangan dengan gagasan Islam Hadari yang diperjuangkan dan dilaung-laungkan beliau bagai naik rak bersama Bapa Islam Hadari Tun Abdulah Hj Ahmad Badawi semasa di Putrajaya.

Hasil agenda ini rakyat telah disedarkan dan menerima pakai bahawa Islam Is The Way of Life, dinamik dan progressif. Tiba-tiba hari ini dek kerana kemelut politik sempit serta rakus kuasa agenda dan dasar yang baik kepada rakyat telah ditungging terbalikkan oleh ketua pembangkang yang ketandusan modal politik. Rakyat menjadi pening.

DS Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa berucap dalam wacana intelektual untuk The Oxford Centre For Islamic Studies di Magdalen College, University Of Oxford pada 1 Oktober 2004 menyatakan bahawa The Ulul Al-Bab or men of understanding the Quran refers to are people of reason, of science, of philosophy and of technology. To me the verse (190 Surah Al Imran) represents a categorical imperative for Muslims to unshackle our minds and, to acquire and master the sciences and technology in order to stay relevant in the modern world.

Hari ini rakyat Kedah yang rata-rata Melayu dan Islam menerima KUIN, sebagai bukti seramai 8,000 permohonan yang memohon untuk mengikuti pengajian di KUIN dan KUIN hanya mampu menempatkan 2,000 pelajar sahaja. Berbanding dengan KUIN dahulu yang hanya mengambil 400 pelajar setahun.

Pendekatan mempolitikkan pendidikan bukanlah satu tindakan yang bijak. Ketua pembangkang harus berhujah di atas landasan intelektual untuk meraih sokongan rakyat kepada partinya yang hampir menjadi kain buruk selepas PRU12 dahulu. Beliau harus berwibawa walaupun bukan berkelulusan Oxford, Cambridge atau Harvard supaya tidak menurut gaya pembangkang PAS, DAP dan PKR yang hanya hentam keromo memutar belit rakyat demi kuasa politik.

Yang baik katakan baik.

Posted by MUMMY ROKIAH at 8:14 AM

Monday, May 28, 2012

Senarai Calun : Kedah bakal punggah

oleh Mummy Rokiah

Di dalam kenyataan akhbar minggu lepas Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menyatakan bahawa Umno Kedah telah mengemukan kepada UMNO pusat cadangan senarai calon yang dirasakan layak untuk bertanding dalam PRU13 yang tidak berapa hari lagi.

Menurut beliau individu-individu tersebut terdiri daripada golongan professional seperti doctor perubatan (bukan doctor falsafah), loya (lawyer) dan ahli perniagaan. Kesemua bahagian sudah menghantar nama calun kawasan masing-masing kepada Umno Pusat dan salinan kepada Umno negeri kecuali Sungai Petani dan Padang Serai kerana kedua-dua bahagian ini masih lagi di dalam ICU (Intensif Care Unit) UMNO negeri.
Yang menariknya beliau tidak menolak kemungkinan ada bahagian mencadangkan kembali nama calon yang pernah bertanding bagi kawasan Parlimen dan Dun kalah pada PRU lalu. Ini bermakna keputusan yang dibuat masih berlegar-legar di dalam ‘kotak pemikiran’ yang lama, mengelamun, masih tidak serik dan tidak ada kesedaran untuk berubah.

 Walaubagaimanapun beliau tidak pula menyatakan senarai calun-calun ini ‘winnable” kerana mungkin beliau seperti juga individu yang lain sukar menilai kehendak pengundi bawahan yang  sukar diramal selera mereka.
Apapun UMNO perlu melaksanakan proses saringan calun yang betul-betul telus, ikhlas dan berwibawa tanpa ada prejudis supaya tidak berlaku lagi meletak calun yang muflis seperti Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang baru-baru ini mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Inilah satu pengajaran yang berharga apabila Mahadzir Khalid selaku Pengerusi Badan  Perhubungan UMNO Negeri hanya memilih bulu tanpa menilai latar belakang seseorang calun.

MR ingin mengambil Kawasan Merbok sebagai ‘benchmark’ bahagian-bahagian lain di negeri Kedah kerana di sini ialah kawasan peninggalan bekas tokoh-tokoh negara Daim dan Zam dan kawasan yang cukup kebal dengan BN selain dari Kubang Pasu.

Kawasan ini sekarang sedang dilanda kemelut politik dalaman yang berserabut. Hanya cantik di atas tetapi pekong di bawah. Lihat ~Merboktimes setelah sepenggal pilihanraya akan berakhir pergolakan dalaman masih tidak diubati. Maka tidak hairanlah jika kawasan ini bakal menerima calun ‘helicopter’ kerana tokoh-tokoh dalaman tidak bertokoh dan semua tunas-tunas muda yang ada dicantas secara terancang dan sistematik.

Apapun jika tersilap calun Kedah akan menjadi ‘miserable’ dan akan terbentuklah “Kelantan Dua” yang sukar dikembalikan kepada BN lagi.
 

Monday, February 27, 2012

"Grand Design" untuk perjatuhkan MB Kedah. Sudah ada Kuasa Ketiga

oleh Mummy Rokiah

Semenjak PAS menguasai beberapa Kerajaan negeri selepas PRU12 yang lepas seperti Perak, Selangor dan Kedah kemelut dalaman PAS yang paling ketara ialah apabila berlaku pemecatan Hasan Ali di Selangor atas desakan pakatan DAP dan Anwar Ibrahim.

Kini bahang yang terbaru ialah Negeri Kedah, dipermukaan dilihat seperti tidak ada apa-apa tetapi di bawah atau ’under current’nya hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa Ustaz Azizan, MB Kedah tidak dapat tidur nyenyak kerana tekanan-tekanan halus beberapa exco beliau sendiri hasil ‘grand design’ PAS pusat.

Kewibawaan Ustaz Azizan mengemudi Kerajaan Kedah dikira cukup cermat dan berhemah sehingga begitu sukar BN dan UMNO selaku pembangkang untuk menghentam beliau di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. BN dan UMNO seperti dikerat lidah mereka tidak berfakta untuk membelasah Ustaz Azizan dan semua serangan dijawab secara lembut dan pedas.

Sebaliknya apabila pembangkang begitu lemah di Kedah partinya sendiri menikam beliau dari belakang apabila 4 exco memboikot untuk dilantik sebagai exco.

Persoalannya apakah dengan pergolakan dahsyat ini PAS akan hilang pengaruhnya dan ‘milage’ politik akan beralih kepada BN dan UMNO? Percaturan secara cetek pemerhati politik akan melihat segala pergolakan ini banyak menguntungkan BN dan UMNO di dalam usaha untuk menawan kembali negeri Kedah.

Realitinya ini tidak berlaku kerana pergolakan di dalam UMNO sendiri masih tidak berkesudahan. Kepimpinan di dalamUMNO Kedah sendiri tidak berubah dan masih berada di dalam takuk lama. Rakyat Kedah tidak melihat satu keazaman yang kuat oleh Najib untuk mengubah UMNO Kedah. Perlantikan rakan seperjuangannya Ahmad Bashah Abu Hanipah sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri sudah cukup membawa imej UMNO Kedah sukar berubah. Rata-rata pengundi di atas pagar mengeluh “balik-balik tak ada muka lain muka-muka yang sudah basi itu juga ditayang berulang kali”.

Wednesday, February 15, 2012

Daim nie Pelupa kot... kompom tak layan facebook dan twiter..!!

Kenyataan Daim Zainudin sudah ketinggalan zaman

Wira anak lelaki Daim Zinudin

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan bekas Bendahari Umno selama 17 agak ketinggalan zaman apabila menyeru BN perlu mengambil inisiatif untuk mendekati golongan muda dalam menarik minat mereka kepada gabungan parti itu.

Beliau menyatakan pada majlis Tun Daim Bersama BN Lembah Pantai malam tadi yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Mungkin Daim tidak mengikuti perkembangan dan initiative berterusan PM DS Najib yang bukan setakat mendekati malah bercampur bersama mereka melalui Facebook, Twitter, menonton perlawanan bolasepak dan banyak lagi program bersama anak-anak muda.

Najib amat menyedari hampir 40 peratus pengundi berdaftar negara ini dikategorikan sebagai golongan muda yang memainkan peranan penting dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk menentukan kemenangan seseorang calun.

Daim seharusnya sedar hakikatnya hari ini perjuangan anak muda telah didahului kejuaraannya oleh PKR dan DAP seperti isu AUKU dan PTPTN. Berapa ramai pemimjam PTPTN di kalangan anak muda yang kantoi dengan tekanan muflis dan ‘underpaid’ walaupun bekerja siang malam kerana pekerjaan yang mereka perolehi bukan melalui ijazah yang mereka dapat tetapi melalui sijil SPM dan STP.

Pinjaman PTPTN yang mereka pinjam untuk mendapatkan ijazah tidak mendatangkan pulangan atau ‘Return On Investment’ yang setimpal untuk mereka mampu membayar pinjaman mereka.

Isu-isu yang sebegini telah dijuarai oleh Anwar Ibrahim walaupun mereka tahu Anwar Ibrahim bergelumang dengan najis sex tetapi itu semua menjadi ‘priority’ yang terakhir kerana ‘priority’ utama mereka ialah ‘survival’ untuk hidup dan makan minum hari ini.

Tindakan-tindakan tegas kepada peminjam PTPTN di lihat di antara dasar-dasar Kerajaan Najib yang .memberii tekanan kepada golongan muda yang masih terumbang-ambing mencari sesuap nasi manakala di sebelah pihak lagi seperti Pemuda UMNO, Puteri UMNO dan anak-anak pembesar negara bergentayangan dengan kemewahan dan elitis.

http://mummyrokiah.blogspot.com/2012/02/kenyataan-daim-zainudin-sudah.html

kemelut dalaman PR di Kedah ia masih tidak menguntungkan BN dan UMNO

PAS Kedah bunuh parasit

PAS Kedah berdiri teguh di belakang MB Ustaz Azizan Razak dan memberi amaran kepada pemimpin pusat PKR supaya tidak mencampuri urusan dalaman Kerajaan PAS Kedah di dalam beberapa isu terkini di negeri Kedah khasnya isu AUKU 1971.

Nampaknya PAS Kedah telah berjaya menghidu parasit PKR yang mula menggerodak sedikit demi sedikit dan akan membangkai jika tidak dibunuh seperti apa yang berlaku di Selangor.

Ternyata walaupun Hasan Ali belum memulakan ‘roadshow’nya di Kedah tetapi mesejnya lebih awal sampai dan PAS pusat tidak harus memperkecilkan pengaruh Hasan Ali yang ikhlas mendedahkan pekong PAS kepada rakyat sejagat.

Kerja-kerja kotor parasit ini termasuk mendesak Ustaz Azizan melepaskan jawatan MB Kedah dengan berbagai cara halus termasuk menyentuh kesihatan Ustaz Azizan tak ubah seperti cacing kerawit menggerobek ponggong.

Apa yang lebih menarik lagi PKR Kedah melalui Pengerusinya Datuk Wan Salleh Wan Isa dengan pendirian yang tegas menyatakan kepada media sokongan kepada Ustaz Azizan dan mereka tidak langsung terbabit dalam konspirasi mahu menyinggkirkan Ustaz Azizan.

Apa juga kemelut dalaman pembangkang di Kedah ia masih tidak menguntungkan BN dan UMNO untuk kembali menawan Kedah kerana konflik dalaman UMNO masih membengkak. Golongan muda masih terpisah jauh dengan UMNO kerana Pemuda-Pemuda UMNO sedang mencanak gila untuk menjadi calun manakala pendekatan isu-isu anak muda masih dalam fantasi.

Kata seorang pemuda kepada MR “Sampai bila tugas kami dalam pilihanraya hanya layak untuk menggantung poster?”

http://mummyrokiah.blogspot.com/2012/02/pas-kedah-bunuh-parasit.html

Saturday, January 7, 2012

Setiausaha Sulit Kanan TPM dituduh menerima suapan RM10,000 sebulan sebagai bayaran tol untuk berjumpa TPM

Dedah segera siasatan Setiausaha Sulit Kanan TPM

Apabila Setiausaha Sulit Kanan TPM dituduh menerima suapan RM10,000 sebulan sebagai bayaran tol untuk berjumpa TPM ini telah membuka mata rakyat peranan mereka yang disekeling Pak Menteri atau ‘the all President Men’.

‘The all President Man’ ini selalunya mereka yang rapat dengan Pak Menteri dari Pemandu, Setiausaha Sulit, Seiausaha Akhbar, Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Politik, Pegawai Khas, Bodyguard, Isteri dan anak-anak sehinggalah kepada Budak Pejabat.

Mereka-mereka ini bukanlah berkuasa sangat tetapi kelebihan mereka ini mereka tahu pergerakan Pak Menteri. Mereka tahu mood Pak Menteri. Mereka juga tahu muzik,makanan dan hobi kesukaan Pak Menteri. Dan mereka juga amat tahu maklumat-maklumat sulit dalaman.

Mereka cukup berkuasa untuk membakul sampahkan surat-surat yang sampai kepada Pak Menteri.Mereka akan pastikan cerita-cerita baik sahaja sampai kepada Pak Menteri. Kalau terdapat surat-surat yang dikirim dari pengirim yang mereka tidak suka cepat-cepat mereka bakulsampahkan.

Begitu juga lah jika sampai surat-surat yang ada ashoook atau dari rakan karib mereka cepat-cepat mereka angkat kepada Pak Menteri.

Mereka ini lah yang jika tidak amanah akan menjahanamkan Pak Menteri dan kerjaya politik Pak Menteri menjadi pendek.

Pengalaman MR sendiri menulis kepada Pak Menteri memberi beberapa cadangan isu-isu rakyat pada bulan Februari 2011 sehingga hari ini 2012 langsung tidak dibalasnya, mungkin surat tersebut telah menjadi bangkai.

Pilihanraya umum tahun ini akan menyaksikan Pak Menteri mana yang akan menjadi bangkai.

http://mummyrokiah.blogspot.com/2012/01/dedah-segera-siasatan-seiausaha-sulit.html

Wednesday, November 2, 2011

Selagi Anwar Ibrahim tak "khojol" maka lagi ramailah Senator yang tumbuh.

Jasa YB Datuk Nalla sangat besar

Oleh Mummy Rokiah

Nallakarupan dilantik menjadi Senator manakala ramai ghurka UMNO yang berjuang behttp://malaysianewsnetwork.net/portal/wp-content/uploads/2011/03/dn1-150x150.jpgrmati-matian dari dulu, kini dan selamanya dilupakan sahaja.

Kata bekas Setiausaha Politik seorang Menteri dengan perlantikan Nallakarupan sebagai Senator ia merupakan satu tamparan kepada mereka-mereka yang banyak berjasa pada UMNO tetapi dilupakan.

Mereka menjadi seperti hampas tebu selepas diperah hingga kering akhirnya dibuang menjadi makanan lembu.

Apakah perlantikannya hanya kerana beliau berani mendedahkan pekong taukenya dahulu Pak Sheh Anwar Ibrahim?

Dalam suasana politik sekarang tidak perlu lagi individu seperti Nalla untuk menjatuhkan Anwar kerana Anwar sekarang seperti nyawa ikan dengan pendedahan video berahinya oleh Datuk 'T'.

Jika masih gagal juga untuk menjatuhkan Anwar dengan video berahi itu maka lantiklah pula Datuk Eskay sebagai Senator kelak.

Selagi Anwar Ibrahim tak "khojol" maka lagi ramailah Senator yang tumbuh.

Pejuang-pejuang dalam UMNO akan sentiasa menggigit jari makan tulang.

http://mummyrokiah.blogspot.com

Pembongkaran Ketua Audit Negara melukakan hati penternak lembu, kambing dan kerbau

oleh mummy rokiah

Laporan Ketua Audit Negara yang terkini mendedahkan Institut Sukan Negara (NSI) memperoleh 23 ekor kuda bernilai RM5.66mil tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Dan yang melucukan lagi tiada seekor kuda pun yang dibeli layak bertanding dalam dua kejohanan antarabangsa seperti yang disyorkan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara lagi, yang menambah kehairanan apabila perolehan telah dibuat tanpa apa-apa surat tawaran atau perjanjian yang memerlukan ketetapan yang jelas berhubung tanggungjawab pembekal.

Malah hairan bin ajaib lagi pembayaran kepada Syarikat El Rancho Country Club telah dibuat di bawah atas nama individu.

Sesungguhnya dengan pendedahan audit Negara itu ternyata ia amat melukai hati penternak lembu, kambing dan kerbau di kampong apabila mereka mengetahui wang rakyat dihabiskan dengan membeli kuda tua.

Mereka akan merasa tertipu setiapkali apabila mereka memohon baka lembu, kambing dan kerbau untuk menternak di kampong, mereka sentiasa disajikan dengan jawapan “peruntukan tahun ini sudah habis, Pak Cik kena tunggu peruntukan tahun hadapan” kata pegawai jabatan haiwan daerah.

Dan apabila tiba tahun hadapan tiba, jawapan yang sama disajikan dengan katanya “Pak Cik kena tunggu awal tahun kerana peruntukan tahun ini terhad, Kerajaan tidak ada budget”.

Itu lah hiburan dendangan yang kerap orang kampong dengar, diputar-putar menjadi lagu yang sudah basi sehingga mereka hilang kenyakinan dengan dasar-dasar Kerajaan untuk membantu penternak dan nelayan.

Pendek kata mereka sentiasa ditipu dengan putar belit pegawai-pegawai di bawah dan di peringkat pegawai-pegawai atasan seperti KSU, TKSU dan KP mereka pula membelanjakan wang jutaan ringgit untuk membeli kuda-kuda endurance yang hanya layak ditembak mampus.

Agenda pegawai atasan hanyalah untuk memenuhi citarasa dan kepuasan elitis-elitis kaki kuda yang di atas, agar pangkat dan jawatan mereka sentiasa kekal dan kontrak mereka sebagai KSU sentiasa disambung walaupun mereka itu seperti kuda tua yang sudah tidak mampu bertanding.

Mereka akan kekal sebagai pembodek-pembodek tegar mengejar bintang dan pingat Datuk, Datuk Seri dan macam-macam darjah kebesaran.

Konklusinya. hampir semua pembongkaran Laporan Audit Negara ini menjejaskan rakyat-rakyat marhaen di bawah jika kita perincikan satu persatu.

Friday, October 28, 2011

Rahsia terbongkar mengapa anak didik tabika Kemas otaknya "selut"

Oleh Mummy Rokiah

Melihat visual di atas, hasil dari pededahan Ketua Audit Negara maka tidak hairan mengapa anak Melayu kita khasnya produk Tabika Kemas otaknya menhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiONkd4Y4XMejOaSLmndYllc1ZI37Kl4kH_jLlpH_aYzYCEzImNFm54GYzTvCB9INkIF-dt44F_o3GpvMixs-1cCF8FOH2NLfr8TRdy5ZPC-djnBoYZoKLUfXgbNOHlw6PoJOgrIlKo3U8/s400/logo-kemas.gifjadi "selut".

Mereka gagal bersaing dengan anak-anak Cina produk tabika Cina dari awal pra sekolah sehinggalah ke peringkat Universiti kerana hasil yang mereka makan diletak pada tempat yang paling menjijikan.

Rakyat berhak untuk bangun bertanya kemana perginya peruntukan jutaan ringgit yang disalurkan untuk pembangunan pra sekolah di luar-luar bandar di bawah Kementerian PembangunanWilayah dan Luar Bandar.

Guru-guru dan penyelia KEMAS Daerah dan Kawasan juga yang kebanyakannya terdiri dari politikus dalam UMNO Bahagian hanya asyik berpolitik mengejar jawatan sehingga tugas hakiki mereka diabaikan.

Peruntukan untuk membangunkan kelas-kelas Tabika menjadi modal untuk sogokan semasa berlawan merebut jawatan dalam UMNO bahagian.

Akhirnya lahirlah anak-anak yang otaknya 'selut', mandom, tak mampu bersaing dan ponteng sekolah.

Iktibar dari pembongkaran ini, Menteri yang ditugas seharusnya menyuci bersih pegawai-pegawai KEMAS, Guru-guru KEMAS dan Penyelia-Penyelia yang tidak kompetant.

http://mummyrokiah.blogspot.com/